PENDAHULUAN
Gambar yang tuan puan tatap di atas merupakan pertemuan saya
dan Cikgu Mohd Fadhli bersama Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri
pada tahun 2018. Ketika itu beliau masih lagi menjadi Mufti
Wilayah.
Kami membentangkan statistik serta data berkaitan salah laku
seksual terutama yang melibatkan isu ketagihan pornografi dalam
kalangan remaja dan kanak-kanak.
Dalam pertemuan ini, Datuk Dr mengingatkan agar sentiasa
bersedia dengan cabaran yang ada di hadapan, bukan semua
orang suka apa yang kita sampaikan. Jadi, pendekatan yang
dilakukan perlu berhemah dan sesuai untuk semua golongan.
Maka, kami mengambil kata-kata beliau ini sebagai inspirasi untuk
terus menyebar luas awareness serta advokasi berkaitan
pendidikan seksualiti serta ancaman pornografi.
Kami turun ke sekolah dan IPT, menulis di media sosial,
menyumbang video di ML Studios, The Solusi serta tidak jemu
mengingatkan ibu bapa untuk fahami cabaran terkini anak-anak
agar mereka tidak ‘dibaham’ oleh ‘syaitan’ yang ada di dunia nyata
serta alam maya.
Namun, sepanjang kami berkongsi tentang isu ini, pelbagai kisah
benar yang diperolehi dari mangsa, ibu bapa, kanak-kanak, remaja,
guru, mahasiswa, mahasiswi, rakan aktivis serta netizen.
Justeru, ebook 25 Kisah Benar Masalah Seksualiti dan 10 Solusi ini
adalah himpunan kisah-kisah benar serta pengalaman yang kami
lalui sepanjang menyampaikan topik pendidikan seksualiti.
Semoga ianya memberi inspirasi serta idea kepada para pembaca
agar bersama menggerakkan awareness ini. Inshaallah.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi Cikgu Mohd Fadhli
25 Kisah Benar
Permasalahan Seksualiti
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia
telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan
Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya.” Al-Alaq 1-5
Kisah 1 : Kenapa Anak Saya Tak
Cerita?
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
"Tuan bayangkan, parents lain semua bercerita kes pelajar
tingkatan 1 yang terlibat dengan homoseksual di asrama. Jadi,
saya tanyalah anak saya betul ke kes tu berlaku. Dia iyakan.
Saya tak tahulah kenapa anak saya diam selama ni, langsung
taknak cerita. Ni kalau kalau ibu bapa lain tak bersembang dalam
group whatsapp, mesti sampai ke sudah saya tak tahu apa-apa.
Geram betul saya!"
Lalu, saya bertanya kepada puan berkenaan.
"Sebelum ni puan terbuka tak bersembang bab seksual dengan
anak?”
Terus beliau jawab,
"Tak. Saya seganlah nak cerita. Tak tahu nak mulakan dari mana."
Saya terus tersenyum dan bertanya beliau lagi.
"Boleh saya tahu, sejak dari kecil, nama kemaluan anak lelaki tu
puan panggil apa?"
Kali ni beliau pula tersenyum dan terus menjawab,
'Bird."
Saya balas kembali senyuman beliau.
"Ha, itulah punca yang menyebabkan anak puan tak berani
bersembang hal-hal yang sebegini. Dia macam ni puan, bila kita
memberi nama kiasan atau nama yang tiada kaitan dengan
kemaluan, maka ia biasanya akan menutup ruang komunikasi yang
baik antara ibu bapa dengan anak dalam soal seksualiti.
Kemaluan lelaki namanya zakar atau penis dalam Bahasa Inggeris.
Kemaluan perempuan pula namanya faraj atau vagina.
Lagipun nama yang biasa diberikan seperti nonet, kot*, kon*k,
p*ler, punai, burung, bebird, belalai, batang, timun dan lain-lain
langsung tak nampak keseriusan dalam proses mendidik.
Akhirnya perkataan berkenaan dilucahkan, dibuat lawak double
meaning serta dirty jokes. Mereka rasa ia kelakar. Sedang orang
sekeliling rasa tak selesa.
Jadi, bila kita mak ayah terus memberi nama kiasan kepada
kemaluan seperti yang termaklum, maka anak merasakan hal
berkaitan kemaluan bukanlah satu perkara yang patut ditanya
atau diceritakan kepada ibu bapa.
Seolah-olah kita membezakan kemaluan dengan anggota badan
yang lain, walhal setiap anggota badan ada fungsinya tersendiri.
Mata untuk melihat, tangan untuk memegang, kaki untuk berjalan
dan zakar pula untuk buang air kecil dan pembiakan.
Jangan takut untuk bercerita kepada anak. Kena berperingkat.
Bermula dengan berikan nama yang selayaknya kepada kemaluan
anak, kemudian ajar mereka apa itu private part, sentuhan
selamat dan tidak selamat.
Perbualan ini perlu bermula awal. Barulah anak tak segan silu nak
rujuk kita bila sesuatu yang berlaku kepada kemaluannya. Mereka
juga akan terus bertanya bila mendengar perkataan rogol, liwat,
kondom, onani, gay dan lain-lain.
Jadi, ketika itu tak timbul dah soal anak berahsia ke apa. Mereka
akan datang kepada kita dan cerita semuanya. Sebab kita terbuka
dalam hal ini."
Puan berkenaan mendengar dengan tekun. Lalu beliau bertanya,
"Bila patut saya mula tu encik?"
"Sepatutnya dari baby lagi. Masa mandikan anak, siapkan dia
dengan pakaian, saat lap badan dengan tuala selepas mandi dan
lain-lain waktu yang sesuai. Ini yang dinamakan sebagai learning
moment.
Sentiasa didik anak untuk memelihara private part, menjaga batas
pergaulan, sentuhan serta tanamkan sifat malu. Ulang dan ulang
tanpa rasa jemu."
Terus beliau jawab,
"Anak saya yang bongsu baru 3 tahun. Tak terlambat lagi untuk
saya tukar nama kemaluannya."
"Alhamdulillah, terbaik puan. Semoga dipermudahkan
urusannya."
Kisah 2 : Peranan Pentadbir Di
Sekolah Dalam Menangani Masalah
Pornografi
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Isu berbual-bual tentang seks, pornografi dan pengaruh mengenai
seks hari ini bukan hanya ada di sekolah menengah, tetapi telah
berjangkit dengan meluasnya bermula dari sekolah rendah lagi.
Pernah suatu ketika, di sebuah sekolah yang terletak di Johor
Bahru, saya berprogram di sana dan saya bertanya kepada murid-
murid,
"Di hadapan saya adalah perkataan pornography. Sekarang, saya
nak adik-adik datang ke depan dan tuliskan satu perkataan yang
terlintas berkaitan perkataan ini."
Hasilnya amat mengejutkan.
Terkejut beruk saya! Dapatan yang saya sendiri tak sangka-
sangka!
Hentai.
Zakar yang dimasukkan ke dalam faraj.
Video seks.
Video lucah.
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun!
Persoalannya, macam mana mereka tahu? Bayangkan seawal usia
12 tahun mampu kaitkan pornografi dengan benda-benda
sebegini? Adakah guru-guru di sekolah yang beri pendedahan
dengan tujuan mendidik? Jika ada Alhamdulillah.
Jika tiada? Siapa pula yang mengajar mereka? Adakah mereka
telah explore sendiri?
Satu pertanyaan yang cukup membimbangkan.
Sebuah sekolah lagi, gurunya melaporkan pada saya. Murid-
muridnya sudah pandai berbual-bual tentang seks dengan rakan
sekelasnya. Bualan tentang seks bukan sesuatu yang asing lagi.
Bila ditanya apa tindakan guru pentadbir, katanya Guru Besar
hanya kumpulkan pelajar berkenaan dan beri nasihat.
Kecewa juga saya. Isu berkaitan pornografi bukanlah sama seperti
kes ponteng sekolah atau masalah disiplin yang lain.
Ia pemula kepada permasalahan seksual yang lebih besar selepas
itu seperti zina, seks bebas, cabul, rogol, liwat dan lain-lain.
Bukanlah bermaksud beri nasihat tu tak bagus, namun ia belum
cukup untuk menyedarkan murid betapa jijiknya virus pornografi
ini.
Beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah
sekiranya terdapat permasalahan seperti ini di sekolah (terutama
sekolah rendah) :
1. Panggil mak ayah mereka yang menjadi punca.
2. Bincang dengan mak ayah dan anak-anak di dalam bilik
tertutup.
3. Nyatakan kebenaran tanpa berselindung dan rasa takut.
Sebagai seorang guru, hasrat kita adalah ingin gejala ini dapat
dibanteras daripada awal. Selain itu, memberi mesej kesedaran
agar murid-murid lain berhati-hati dan jaga diri mereka sendiri.
Bagi ibu bapa, perlulah berlapang dada. Anak-anak anda berada di
sekolah bersama guru. Maka, guru tahu apa yang berlaku. Jangan
pula menyangka anak-anak anda di sekolah sama seperti mereka
berada di rumah.
Percayalah kepada guru-guru yang mendidik dan mengasuh anak-
anak anda.
Ibu bapa dan sekolah hendaklah berganding bahu sentiasa untuk
membanteras isu sebegini. Selamatkan anak-anak kita daripada
bahaya pornografi!
Kisah 3 : Pakcik Bawang
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Jika jaga tepi kain orang itu boleh digelar sebagai Pakcik Bawang,
maka ketahuilah yang saya telah memperoleh gelaran itu.
Semuanya bermula ketika saya temankan anak-anak bermain di
taman. Aya Sophia dan Al-Fatih ajak main polis sentri one two jaga.
Mereka jadi polis, saya jadi penjenayah. Huhu.
Lari punya lari, tiba-tiba saya ternampak satu pasangan yang
sedang syok dating di sebuah kerusi yang ada di taman. Kemain
rapat budak lelaki tu dok himpit budak perempuan disebelahnya.
Dari bahagian belakang, kelihatan jelas si perempuan sedang
membelek-belek telefon bimbit. Barangkali, sedang mencari
sudut yang terbaik untuk selfie bersama teman lelakinya.
Maka, saya pun sengaja berlari ke arah mereka sambil dituruti
kedua orang anak. Kemudian, saya berhenti betul-betul di depan
pasangan ini. Mereka terkejut! Saya pula terus memandang wajah
mereka dua.
Kau tahu kawan, yang lelaki tu tengah letakkan kaki kanannya di
atas paha si perempuan. Taman ni ramai orang tau. Kawasan
terbuka. Tempat yang mereka duduk tu bukan kawasan tertutup.
Orang boleh nampak.
Terus sahaja saya memulakan perbualan, "Assalammualaikum."
Mereka berdua panik. Tak sangka tiba-tiba ada seorang lelaki
botak menegur mereka.
"Waalaikummussalam."
Jawab si lelaki tergagap-gagap.
Cepat-cepat kakinya dialihkan dari paha si perempuan. Budak
perempuan itu pula terus sahaja alihkan pandangannya ke tempat
lain. Tak berani nak menatap wajah saya.
"Dah kahwin ke belum?" Inilah pertanyaan yang biasa saya tanya
kalau nampak budak muda dok beramas mesra kat taman.
"Belum."
Tanya sepatah, jawab sepatah.
"Dah kalau tak kahwin lagi, kenapa buat macam ni? Saya nampak
tadi kamu dok gesel paha dia pakai kaki kamu. Ini tempat awam
tau. Sana sini ada orang.
Kamu tengok anak saya ni, tak malu ke depa tengok apa yang
kamu berdua? Kalau tempat ramai orang pun kamu berani buat
macam ni, bayangkan tempat yang tak ada orang?"
Mereka berdua hanya mendiamkan diri. Jujurnya, muka saya dah
kemerahan masa ni. Rasa marah tu membuak-buak. Tapi saya
terus betulkan kembali niat asal, aku datang nak menegur, bukan
nak marah.
Lalu saya tanya kepada yang perempuan, "boleh saya tahu, awak
ni tingkatan berapa?"
Fizikalnya kecil. Bertudung. Memakai jersi pasukan bolasepak.
Kecil budaknya. Comel-comel. Sekali pandangan, nampak sangat
naif. Jenis muka mudah ditipu budak lelaki.
"Saya tingkatan 2." Jawab beliau.
Ya Allah! Baru tingkatan 2 dah 'berani' buat macam ni. Kalaulah
mak ayah dia tahu apa yang dia dah buat.
"Awak pula?" Tanya saya kepada yang lelaki.
"Saya tak sekolah dah."
Ketika ni nampak penyesalan pada raut wajah mereka berdua.
Yang lelaki tu kalau ambil pisau toreh muka, silap-silap tak keluar
darah. Pucat lesi.
"Awak tahu tak, saya ni selalu dijemput ke sekolah untuk
berceramah. Macam-macam sekolah saya dah pergi. Saya selalu
ingatkan pada pelajar sekolah, yang perempuan tolonglah jaga
maruah diri. Jauhi zina, jangan sampai melakukan seks sebelum
berkahwin, apatah lagi hamil luar nikah.”
Lalu, saya terus merenung tepat kepada mata si lelaki.
“Bang, kita ni orang lelaki tau. Lelaki adalah pelindung bagi orang
wanita, perlu ada sifat tanggungjawab. Apa yang awak buat ni
salah. Seorang yang bertanggungjawab, takkan sekali-kali buat
orang perempuan begini. Tambah-tambah kau orang berdua ni
belum lagi kahwin."
Suasana sunyi sepi. Pasangan ini pun boleh terima teguran yang
diberikan.
Rasanya dah cukup pesanan yang diberikan. Orang lain makin
pandang kami. Nanti malu pula mereka berdua.
Lalu, saya terus hulurkan tangan untuk menyalami yang lelaki.
Tangan kami berjabat. Saya terus memberi satu senyuman yang
paling manis pada mereka berdua. Mudah-mudahan apa yang
disampaikan tadi berbekas dalam hati mereka sampai mati.
Inshaallah. Mudah-mudahan.
Tuan Puan yang baik hati, saya mohon sangat agar kalian pesan
awal-awal kepada anak perempuan agar jaga maruah diri. Jangan
mudah percaya pada mana-mana lelaki. Ya, saya faham mereka
masih muda, remaja.
Namun, pesanlah pada mereka untuk sayangi diri sendiri dahulu
sebelum menyintai orang lain. Boleh kan?
Ayah-ayah, tolong beri cinta kalian kepada anak perempuan. Jika
kalian menjadi cinta pandang pertama mereka, sudah pasti dia
takkan memilih lelaki-lelaki 'selekeh' sebagai pasangan hidup
mereka.
Yang ada anak lelaki, tolonglah ajar agar mereka menjadi lelaki
yang melindungi wanita. Jangan biarkan mereka membesar
menjadi lelaki yang tak bertanggungjawab, mempermainkan
perasaan perempuan, ambil kesempatan pada gadis muda,
berzina, jadi pencabul, perogol dan menyebabkan seorang wanita
hamil luar nikah.
Kita pula sebagai anggota masyarakat, tolong jadi pakcik dan
makcik bawang yang baik. Bukan bawangs yang suka mengumpat
dan sebar fitnah, tetapi Bawangvengers yang mampu menegur
anak-anak muda yang perlukan nasihat kita.
Kadang anak-anak yang bermasalah di luar ni dahagakan nasihat
dari kita orang dewasa. Apatah lagi, remaja itu tidak mendapat
perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari mak ayahnya
sendiri. Anak orang lain, anak kita juga!
Kisah 4 : Seks tu rasa dia macam
mana?
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
"Weh! Apa rasa ya kalau lelaki punya masuk dekat perempuan
punya?"
Pertanyaan ini diungkapkan oleh seorang murid perempuan
darjah 4 di sebuah sekolah di daerah Kluang. Dahsyat bukan?
Seawal usia 10 tahun sudah mampu bualkan perkara sebegini.
Cerita ini diceritakan oleh seorang guru kepada saya. Saya bukan
pakar dalam bidang ini. Saya juga bukan kaunselor atau psikologis.
Saya hanya seorang aktivis dalam memerangi dan menyampaikan
kesedaran atas isu sebegini.
Guru sekolah berkenaan amat risau. Beliau cuba mencari jalan
bagaimana hendak mengekang apa yang telah dan sedang
berlaku dalam kalangan murid-muridnya ini.
Bayangkan, baru darjah 4!
Salah siapa? Ini Solusinya! #solusi1
Mari saya kongsikan apa yang guru-guru wajib lakukan :
1. Jalankan soal siasat kepada mereka yang terlibat. Terutama
kepada mereka yang membuka perbualan sebegini. Semasa soal
siasat, cuba sedaya mungkin untuk mencari punca.
Dapatkan dahulu maklumat berkenaan pelajar. Antara soalan
yang boleh diajukan adalah pakah pekerjaan mak ayahnya, erapa
orang adik beradiknya, erapa abang berapa kakak.
Di rumah, bagaimana penggunaan gajetnya.
Berbuallah dengan santai mengikut kreativiti guru. Ini penting
agar murid berkenaan tidak rasa tertekan sehingga tidak mahu
bercakap. Proses ini perlukan kesabaran.
2. Gerakkan satu program kesedaran mengenai isu ini seperti
ceramah awal baligh, awal remaja, bahaya lucah dan sebagainya.
Tujuannya agar murid-murid tahu bahawa perbuatan yang
berunsurkan lucah adalah satu kesalahan yang besar dalam diri
manusia. Kaitkan juga dengan ancaman dan keburukannya sekali.
3. Panggil mak ayah yang terlibat. Dalam proses ini, guru-guru
perlu mempunyai hati kering dan sanggup menempuh risiko.
Niat kita adalah untuk mengekang gejala ini dan mengubah akhlak
murid-murid yang terlibat.
Dalam pertemuan dengan ibu bapa ini, guru-guru hendaklah
berterus-terang apa sebenarnya yang dah berlaku. Biar mak ayah
mereka tahu perangai anak-anaknya di sekolah.
Sekiranya ada mak ayah kata seperti ini,
"Anak saya dekat rumah baik je! Cikgu pandai-pandai nak cakap
anak saya macam ni, cikgu siapa?!”
Guru-guru boleh jawab kembali,
"Saya guru dan manusia yang bertanggungjawab mendidik anak-
anak encik. Anak encik berada dalam kawasan sekolah dengan
kami. Maka, kami lebih mengetahui. Mungkin di rumah nampak
baik tapi tidak di sini.”
Guru-guru perlu berani menyatakan hujah dengan penuh hikmah
dan berhemah. Hujah kita bukan untuk mengajar, akan tetapi
untuk mengajak bersama mendidik anak-anak mereka.
Tujuan perjumpaan tersebut dibuat adalah untuk menerangkan
perilaku anak-anak mereka. Nyatakan kesalahan anak-anak
mereka dengan jelas.
Disebabkan pertemuan 4 mata di sekolah tadi, secara tidak
langsung, ibu bapa akan tersentak dan akan terus mengawal dan
mengurus anak dengan lebih menyeluruh.
Ibu bapa pula janganlah melenting apabila guru memberitahu
sesuatu tentang anak-anak kita. Ibu bapa hendaklah terima
dengan hati yang terbuka. Sepatutnya ibu bapa bersyukur kerana
ada insan yang ingin menegur anak-anak kita.
Hari ini, banyak sekolah dan peringkat atasan memandang isu
pornografi ini dengan sebelah mata. Sedangkan, isu ini
sebenarnya sangat bahaya pada anak-anak murid kita.
Program-program kesedaran perlu diperhebatkan tanpa mengira
bangsa dan agama, agar generasi akan datang dapat menjadi
generasi yang bebas daripada unsur pornografi.
Kisah 5 : Anak Gesel Kemaluan?
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Bila puan ni berkongsi kisah
anaknya, saya dah syak mesti ada
sesuatu yang telah berlaku.
Tindakan anak lelakinya yang
berusia 6 tahun menggesel zakar
semasa sedang baring bukanlah
perlakuan normal seorang kanak-
kanak.
Kalau budak lelaki pegang penis
tu normal. Itupun sebab hadirnya
perasaan ingin tahu kenapa
zakarnya kadangkala menegang,
mengendur,mengecil, membezar.
Lalu, saya hantar voice message kepada beliau,
"Puan, jika anak gatal pada bahagian kemaluan, tindakan yang
betul adalah beliau garu. Bukan gesel zakar.
Ada beberapa kemungkinan anak puan jadi begitu. Yang pertama,
ada orang ajar dia tengok video lucah. Yang kedua, saya khuatir
beliau melihat puan dan suami berjimak.
Yang ketiga, ada orang lain telah lakukan sesuatu yang tak elok
pada kemaluan dia samada di tadika, kawasan kejiranan atau
ketika di kampung.
Puan jangan marah dia. Jangan
pukul. Tanya elok-elok kenapa dia
buat macam tu. Inshaallah, anak
akan berterus terang dan
kongsikan apa yang dah berlaku."
Esoknya puan berkenaan update
apa sebenarnya yang telah berlaku
kepada anak beliau.
"Salam tuan. Saya nak update.
Semalam saya dah slow talk
dengan anak. Dia cerita kawan
sebaya kat rumah pengasuh ada
pegang penis dia. Saja macam
gurau kata dia.
Anak saya kata jangan. Tapi saya tahu anak saya mesti jenis kata
jangan tapi gelak-gelak. Adeh. Saya akan inform pengasuh utk
tegur kawan anak tu."
Apa yang kita boleh belajar dari kes ni? Apa
Solusinya? #solusi2
1. Tolong ajar anak seawal mungkin apa itu private part. Mulut,
dada, kemaluan, paha, punggung. Ulang lagi dan lagi sampai
anak faham dan boleh ulang apa yang kita ajar.
2. Jangan bagi sesiapa sentuh, pegang, ramas, raba, cium private
part berkenaan samada orang itu ayah, bapa saudara, ipar
duai, sepupu, adik beradik, atuk, cikgu, ustaz dan lain-lain,
melainkan sebab-sebab tertentu (isu kesihatan).
3. Ajar anak untuk tidak memegang private part orang lain
termasuklah sesama adik beradik, kawan di tadika, di sekolah,
di kawasan kejiranan, sesama sepupu di kampung,
kesemuanya.
4. Jika ada yang berani memegang private part mereka, ajar anak
untuk jerit kuat-kuat, atau kata no! Kemudian, lari selamatkan
diri dan beritahu seseorang untuk minta pertolongan. Ingat,
YELL - RUN - TELL.
(Telah saya huraikan secara terperinci dalam ebook Formula
Mudahnya Mengajar Pendidikan Seksualiti Kepada Anak Sendiri)
5. Pengasuh, pengusaha tadika, guru sekolah atau sesiapa sahaja
yang ada akses kepada kanak-kanak wajib memahami isu ini.
Tadika, rumah pengasuh serta sekolah wajib menjadi tempat
yang selamat untuk kanak-kanak.
6. Jika kanak-kanak dijaga sampai ke petang, tolong aturkan
dengan baik waktu mereka mandi. Jangan sesekali biarkan
budak-budak ni mandi bogel beramai-ramai, melihat kemaluan
kawan, baik sesama jantina atau lain jantina.
Ajar mereka pakai kain basahan, mandi ikut turutan, tanamkan
perasaan malu serta sediakan ruang privacy untuk mereka
bersiap.
7. Jika pencabulan berlaku antara budak dan budak di premis
(tadika/ rumah pengasuh), maka pengusaha jangan lepas
tangan. Kena selesaikan hal itu sebaik mungkin.
Keluarga pemangsa wajib tahu. Terangkan pada mereka
budak tu tak salah, boleh jadi dia pun belajar atau diajar dari
sumber yang salah.
Minta mak bapak untuk slow talk dengan anak. Sekiranya anak
telah terjebak dengan tengok pornografi hingga ketagih,
maka rujuklah segera kepada pakar (kaunselor, psikologis,
psikiatris). Jangan sebab anak kita atau kesilapan kita sendiri,
habis rosak anak orang lain.
Jika anak kita kita melakukan hal itu disebabkan pernah
dicabul, maka ibu bapa wajib ke balai polis untuk buat laporan.
Jika tidak, pengalaman pertama seksual inilah yang akan
mengubah orientasi seksual beliau sepanjang hayat.
8. Satu lagi hal yang penting. Jika anak mengadu ada individu
yang memegang atau meramas atau mencium atau
menyentuh private part mereka, jangan sesekali anggap anak
mereka-reka cerita. Jika parents endah tak endah sahaja, 3
keadaan pasti akan berlaku.
a) Anak akan hilang trust dengan kita.
b) Semakin besar, semakin peristiwa itu menghantui mereka
hingga anak alami depresi, anxiety dan suicidal thought.
c) Akan jadi lebih teruk lagi. Rasa seronok diperlakukan
begitu. Akhirnya ada yang ketagih seks dan ada pula yang
jadi homoseksual.
Jangan pandang enteng isu sebegini ya tuan puan!
Kisah 6 : Anak Saya Kena Cabul! Apa
Yang Perlu Saya Buat?
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Apakah yang boleh dilakukan oleh Tuan Puan andai anak kecil
mengadu dicabul atau diperkosa oleh seorang individu yang
dikenali atau tidak dikenali? Mari saya mulakan dengan berkongsi
beberapa hal yang penting.
1. Ajarkan sebutan yang betul bagi anggota badan sulit kanak-
kanak, zakar/ penis bagi anak lelaki, faraj/ vagina bagi anak
perempuan. Jangan sekali-kali tukarkan ia kepada istilah yang
biasa kita dengar dalam masyarakat seperti burung, bebird, punai,
bunga, pepet dan lain-lain.
Menukar nama kemaluan kepada objek atau nama kiasan akan
menutup ruang komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak
dalam soal seksualiti. Ia jadi taboo, lucah dan terlalu peribadi.
2. Kemudian, ajarkan pula berkaitan private part yang tidak boleh
disentuh, diraba atau dipegang oleh sesiapapun samada mereka
orang yang dikenali atau tidak. (Private part : mulut, dada,
kemaluan, punggung, paha)
3. Jika ada sesiapa cuba menyentuh private part pada tubuh
badan anak, ajarkan kepada mereka untuk :
a) Jerit
b) Lari
c) Mengadu
Anak-anak perlu diingatkan yang hal ini serius, bukan boleh dibuat
main. Ia bukan perkara yang boleh direka-reka atau untuk
seronok-seronok.
Selain itu, amatlah penting untuk beritahu kepada anak-anak agar
tidak sesuka hati menyentuh tubuh badan adik beradiknya sendiri,
terutama di bahagian private part berkenaan.
Ketiga-tiga perkara di atas adalah asas yang perlu diterapkan oleh
ibubapa di rumah, bukan di sekolah. Ibu bapa perlu jadi guru
pertama yang berbicara tentang seks kepada mereka.
Nak dijadikan cerita, seorang rakan saya tergerak hati berkongsi
kepada 2 orang anak perempuannya berkenaan private part.
Kemudian, beliau lanjutkan pertanyaan, "Pernah tak sesiapa
menyentuh atau melakukan perkara tak senonoh pada kakak?"
Anak sulung beliau yang berusia 7 tahun menjawab, "Ada!"
Bukan sahaja anaknya yang itu, bahkan yang 5 tahun juga
mengadu hal yang sama. Bapa saudara melakukan perbuatan tak
senonoh berulang kali kepada mereka berdua. Bukan muda
remaja, tetapi dah berkahwin!
Semua kejadian ini berlaku di dalam rumah keluarga mentua!
Jantan berkenaan secara sedar sengaja menarik seluar anak
beliau hingga ternampak punggung. Setelah seluar ditarik, beliau
membiarkan sahaja sambil tersenyum.
Rakan saya meneruskan soal jawab dengan si anak,
"Apa respon kakak bila diperlakukan seperti itu?"
Mereka berdua menjawab serentak,
"Marah! Kakak cakap pada dia janganlah buat macam ni. Tapi dia
gelak je."
Bukan itu sahaja, pelaku juga pernah mengintai serta membuka
pintu bilik air ketika kanak-kanak ini sedang mandi dan
melepaskan hajat.
Inilah yang diluahkan oleh sahabat saya beberapa hari lepas. Saya
minta beliau bersabar, jangan sekali-kali serang lelaki berkenaan
serta jangan update maki-maki di media sosial.
Bukan apa, di alam maya ni orang jahat boleh nampak baik bila
gunakan term agama dalam penulisan. Akhirnya, orang nampak
dia betul, kita yang salah.
Esoknya, beliau dan suami membawa anaknya ke IPD Kuala
Lumpur. Sebelum buat report, beliau telah menaip sendiri
kronologi jawapan si anak, printkan ia serta merakam video
sebagai bukti pengakuan.
Video ini akan membantu pihak forensik untuk membuat analisa.
Lagipun, beliau khuatir terlupa point yang penting semasa
membuat laporan.
Selepas laporan dibuat serta diserahkan segala rakaman
keterangan anak, pihak polis terus memulakan siasatan.
Dalam kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak, Unit
D11 berperanan untuk menyelesaikannya. Mereka terus
menghubungi pelaku dan meminta beliau untuk hadirkan diri ke
balai polis.
Si pelaku enggan dengan memberikan alasan akan ke tempat lain.
Namun pihak polis beri kata dua pada beliau, hadirkan diri atau
namanya akan disenarai hitam.
Maka, si pelaku hadir ke balai, ditahan reman selama 5 hari untuk
siasatan. Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tak kurang
15 tahun.
Nampak remeh kan perlakuan lelaki tu? Tarik seluar, mengintai
mandi. Namun ketahuilah perbuatan seperti ini digazetkan satu
kesalahan jenayah dalam akta kanak-kanak.
Mari saya kongsikan; Menurut Rang Undang-undang Kesalahan-
kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan
menarik/ membuka seluar termasuk di bawah klausa 12(d)
Bahagian IV Amang Seksual Fizikal Atas Kanak-Kanak.
Mengintai di kamar mandi pula di bawah klausa 16(a) (iii) dalam
Amang Seksual Bukan Fizikal Atas Kanak-Kanak.
Bayangkan jika ibubapa menyedari hal ini lebih awal, pasti setiap
dari mereka tahu untuk berbuat apa andai hal seperti ini terjadi
kepada anak-anak.
Kita mampu halang dari berlakunya kes yang lebih besar, rogol,
sumbang mahram, seks luar tabie dan lain-lain.
Namun itu kesedaran diperingkat mak ayah. Bagaimana pula
dengan anak-anak?
Ikuti 3 langkah yang saya kongsikan di awal kisah ini. Ia sangat
penting!
Jika yang melakukan perkara terkutuk itu ayah kandung, maka
saya sarankan agar si ibu yang buat report. Kena beranikan diri
demi masa depan anak-anak.
Jika tidak dibuat apa-apa, hal itu akan membuatkan si mangsa
trauma, hidup dalam tekanan hingga dewasa.
Ada ketika, hal seperti ini akan buatkan pengadu hilang keluarga,
dipulaukan oleh orang tersayang, apatah lagi jika pencabul itu ahli
keluarga terdekat.
Akhirnya, laporan di tarik balik. Si pelaku terus bebas mencari
mangsa yang seterusnya. Jangan sekali-kali berundur ke
belakang!
Untuk warga pendidik, saya sarankan agar sentiasa istiqamah
mendidik anak murid berkaitan sentuhan selamat dan tidak
selamat. Jangan jadikan budaya menyentuh private part sebagai
gurauan di sekolah. Fahamkan anak murid yang perbuatan itu
salah dan merupakan satu jenayah.
Semoga Allah bantu kita.
Amin.
Kisah 7 : Anak Terjebak Pornografi
Berpunca Dari Kelalaian Ibu Bapa?
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Rentetan daripada peristiwa seorang murid seawal usia 8 tahun
sudah pandai menonton video blue aka pornografi, gurunya telah
berjaya mendapat pengakuan daripada murid tersebut.
Bukan itu sahaja, guru tersebut meminta pelajar berkenaan
menceritakan bagaimana dia mengakses bahan lucah.
Terkejut guru tersebut, hanya menaip ROMEN dalam YouTube,
murid tersebut boleh menonton pelbagai adegan porno.
Dengan kerisauan yang tinggi, cikgu ini terus mengadu kepada ibu
murid berkenaan.
Malangnya aduan tadi dilayan dengan kemarahan si ibu. Si ibu
tidak percaya yang anaknya berkelakuan jelek seperti itu.
Menurut emak budak ini, anaknya baik dan dia selalu pantau
penggunaan telefon bimbit anaknya. Akhirnya, guru tadi tidak
mampu buat apa-apa kerana ibunya tidak percaya.
Apakah kesan dari kes ini?
1. Si anak akan merasa bahawa perbuatannya tidak salah, siap
dilindungi oleh ibunya sendiri. Maka, ada berkemungkinan besar
budak ini akan terus menonton video lucah lagi.
2. Murid ini akan mengakses seringan-ringan kelucahan (soft porn)
hinggalah kepada video lucah yang berat (hard pornography).
Maka, bermulalah dunia gelap si anak, KETAGIHAN PORNOGRAFI!
3. Si anak tidak akan mendengar nasihat orang lain walaupun
nasihat itu berguna untuknya.
Perkara sebegini amat membahayakan tumbesaran otak kanak-
kanak.
Individu yang telah terdedah dengan unsur pornografi akan
mengalami 'tapisan' otak yang mudah bocor. Maksudnya, otak
individu ini akan mudah lemah dan cepat lupa.
Selain dari itu, kanak-kanak akan menganggap seks ini sebagai
suatu keseronokan sekiranya tiada sesiapa yang mencegah dan
menasihatinya.
Jadi, apa Solusi yang boleh diambil? #solusi3
1. Ibu bapa perlu mempunyai sedikit sangkaan buruk atau sangsi
kepada anak. Demi menjaga keselamatan anak daripada sudut
mental dan emosi.
2. Ibu bapa hendaklah mengambil berat setiap aduan daripada
pelbagai pihak terhadap anaknya terutama daripada pihak
sekolah. Kerana di sekolah, anak-anak berada lebih lama di bawah
pengawasan guru-guru.
3. Ibu bapa janganlah menidakkan setiap kesalahan anak-anak.
Hukum mereka dengan cara yang berhikmah. Ianya bertujuan
untuk mengajar anak untuk faham apa yang baik dan buruk.
4. Ibu bapa wajib menguruskan pengurusan gajet yang digunakan
oleh anak. Jangan tahu memberi sahaja.
Smartphone memang smart, tetapi ada ketikanya, ibu ayah dan
pengguna yang tidak smart.
Disebabkan nak jaga hati si anak, maka, semuanya diberi tanpa
mengambil kira natijah yang akan berlaku.
Anda yakin keluarga anda terselamat daripada najis pornografi?
Kisah 8 : Ibu, Abang Cabul Saya!!
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Anaknya lelaki. Budak pandai. Baru melepasi usia akil baligh.
Pendek kata, si ibu dan bapa telah berikan segala-galanya demi
anak bujangnya itu. Sehinggalah suatu hari, berlaku satu kejadian
yang menggemparkan!
Anak perempuan mereka yang berusia 6 tahun, mengadu si abang
telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan beliau semasa
dirinya sedang tidur!
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Hampir mahu pengsan si emak dan ayah.
Bila puan ini bertanya, anaknya tak mengaku, terus menafikan.
Si ibu tahu anak sekecil 6 tahun takkan sekali-kali mereka-reka
cerita. Apatah lagi si ibu sering mengikuti perkongsian saya di
facebook berkenaan isu pencabulan kanak-kanak.
Soalan demi soalan diajukan sehinggalah si anak sulung mengaku
yang beliau telah melakukan perbuatan keji berkenaan.
.
.
Sedihnya rasa hati si ibu. Runtun hati si ayah. Mengapa hal
semacam ini boleh berlaku dalam keluarga mereka.
.
.
Setelah diselidiki, tahulah mereka si anak telah terjebak dengan
video lucah sejak bercampur dengan kawan-kawan di sekolah
asrama.
Walau mereka ini budak pandai, namun dengan smartphone yang
dimiliki, seorang 'malaikat' pun boleh jadi syaitan.
Apakah Solusinya? #solusi4
Tuan Puan yang saya kasihi kerana Allah, kadangkala bila kita
membaca kisah seperti ini, pasti terdetik dalam hati agar ianya tak
berlaku dalam keluarga, apatah lagi kepada darah daging sendiri.
Namun jika ianya tetap berlaku, anggaplah ia ujian Tuhan untuk
keluarga kita. Jangan terus belasah si anak hingga lebam dan
berbirat badan.
Anak kita ini wajib dibantu. Kita perlu bawa mereka berjumpa
pakar psikiatri kanak-kanak. Bukan sahaja si pemangsa, bahkan si
adik yang menjadi mangsa.
Lagi awal lagi bagus, at least trauma anak kecil yang menjadi
mangsa boleh dirawat dari awal. Jika tidak, dirinya akan
membesar dalam keadaan trauma hingga membawa kepada
masalah kesihatan mental.
Tolong asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Apatah
lagi bila mereka sudah akil baligh.
Islam menitikberatkan hal ini.
Sedari awal, tekankan bab sentuhan selamat dan tidak selamat.
Sebut pada anak private part yang wajib dijaga dari disentuh oleh
sesiapapun walau ayah sendiri.
Kisah saya dan anak-anak
Kedua anak saya sudah diajar tentang perkara ini, sejak dari usia
2 tahun.
"Aya, Abi nak tanya, boleh ke kalau Abi sentuh faraj Aya?"
Beliau gelak-gelak. Anak saya menjawab, "boleh!"
Saya terangkan pada beliau, "Tak bolehlah Aya. Abi tak boleh
sentuh faraj Aya. Kalau abang Fatih pegang boleh tak?"
Beliau dah dapat tangkap apa yang saya nak sampaikan, terus
sahaja dijawab, "tak boleh!"
"Ha, pandai. Macam tulah. Ingat, bukan sahaja Abi, abang Fatih,
ummi pun tak boleh suka-suka pegang. Ok, kalau Abi pegang masa
nak basuh punggung Aya lepas berak, boleh tak?"
Anak saya jawab, "Tak boleh!"
Saya ketawa. "Aik, kalau Abi tak bersihkan, siapa yang nak basuh
tahi Aya?"
Dia mendengar dengan penuh minat.
"Nanti kalau Aya dah pandai basuh punggung sendiri, Abi tolong
jirus je. Aya yang bersihkan okey?"
Beliau jawab, "ok Abi."
Anak lelaki saya Al-Fatih pun saya ajarkan benda yang sama.
Jangan bagi sesiapa sentuh, pegang, raba private part; bibir, dada,
punggung dan zakarnya, walau si pelaku orang yang dikenali.
Komunikasi seperti ini perlu diulang-ulang. Inshaallah, lama
kelamaan anak akan ingat perkara ini.
Kadang-kadang, kita tak sedar di sekeliling kita bertebaran
paedophile yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk
berbuat perkara yang tak elok kepada si kecil.
Di rumah pengasuh, di sekolah, di asrama, di maahad tahfiz, di
tadika, di rumah sendiri hinggalah sepupu sepapat sebaya dengan
mereka yang berkumpul di rumah atok nenek ketika cuti sekolah.
Masih ingatkan kita kisah adik Nurin Jazlin?
Saya doakan agar Allah bantu urusan kita untuk mendidik dan
membesarkan anak-anak.
Kisah 9 : Ayah/ Suami Layan Porn?
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Isu pornografi bukan isu di sekolah sahaja. Bukan juga isu remaja
dan belia sahaja. Tetapi, isu ini meliputi semua peringkat umur.
Penyakit ini tidak mengenal apa jua status. Suami, isteri, ustaz
atau ustazah dan guru-guru juga ada yang terlibat sama. Sama ada
kerap atau tidak, itu bergantung kepada diri seseorang.
Pernah ada orang cakap pada saya,
“Tabiat menonton video seks atau lucah ini akan tamat bila
seseorang itu kahwin.”
Kenyataan itu adalah salah sama sekali! Seseorang yang telah
mengalami ketagihan pornografi, mereka akan dihiaskan dengan
keseronokan yang bukan realiti. Fake! Berdiri di atas dunia yang
tak nyata.
Berbanding dengan isteri. Hubungan bersama isteri tu yang real!
Akhirnya, walaupun dia ‘bersama’ dengan isterinya, imaginasi
seksnya masih tinggi. Disebabkan itu, dia akan tetap mencari lagi
dan lagi pornografi.
Persoalan ini bukan sahaja berlaku pada lelaki atau suami. Ada
juga berlaku pada wanita atau isteri. Cuma, bagaimana pasangan
suami atau isteri ingin membendung sekiranya salah seorang
daripada pasangan mengalami situasi sebegini?
Apakah Solusinya? #solusi5
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pasangan
masing-masing adalah :
1. Pasangan hendaklah mencari ruang untuk membuka isu ini.
Pastikan isu ini tidak diketahui oleh anak-anak. Biarkan isu ini
antara suami dan isteri sahaja.
2. Sekiranya suami atau isteri ada niat untuk berhenti menonton,
jangan malu dan jangan segan untuk luahkan pada pasangan
kita. Kerana, hanya pasangan kita sajalah yang mampu
memahami apa yang kita rasa.
3. Gunakan ruang-ruang kosong (anak tiada atau anak tidur)
untuk berbual atau bersembang dengan pasangan. Pastikan
sentuhan manja berlaku kerana setiap pasangan gemar untuk
disentuh (bukan jimak).
4. Sebagai suami atau isteri, cuba mainkan peranan yang 'deep'
kepada pasangan kita. Asalkan tidak melanggar syarak.
Mungkin, kita sendiri tidak dapat mengikut kemahuan suami
atau isteri sehingga dia terjebak ke dalam kancah video PORN.
5. Elakkan pasangan keseorangan. Walaupun dari jauh,
sebolehnya, kerapkan hubungan melalui panggilan telefon
dan ‘video call’. Kerana individu yang duduk menyendiri,
seorang diri, berpotensi untuk melayan perasaannya sendiri.
6. Hidupkan solat berjemaah bersama. Selepas solat berjemaah,
buatlah sesi luahan. Hati ke hati. Ini yang terbaik. Luahkan
segala-galanya. Jangan berselindung.
Langkah-langkah ini bukanlah suatu ketetapan, tetapi adalah
pilihan. Setiap individu lain caranya. Namun, langkah ini boleh
diguna pakai dan dikongsi bersama. Semoga bermanfaat.
Kisah 10 : Kisah Paling Viral!
Dikongsi oleh 36 ribu orang
pengguna facebook!
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah
menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar
dalam.
Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun. Namun
mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda
separa sedar anak.
Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia remaja, budak ni terjebak
pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula
beralih kepada video lucah sama jantina, gay.
Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia
tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman
kanak-kanak.
Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel
dan melakukan onani dihadapan mereka pula.
Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak
terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.
Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?" Soal
kawanku.
Aku mendiamkan diri.
"Budak tu jadi gay?" Aku bertanya kembali kepada rakanku.
"Ya!"
Kelu tidak terkata.
******
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita.
Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid,
biseksual, zina, hamil luar nikah, pembuangan bayi.
Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks
yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!
Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar,
mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel
atau separa bogel dihadapan mereka.
Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon
sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja
di hadapan anak-anak.
Bagaimana kita nak educate anak mengenai private part, bad
touch, safe touch, malu, kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang
baik di depan mereka?
Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku
kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.
Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka,
mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan
hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah
rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika
share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya.
Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan,
meliwat dalam tandas, main 'rogol-rogol'.
Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya
mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?
Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang
budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan
sekelas.
Bila cikgu tanya, dia jawab biasa tengok parents buat macam tu.
Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru
kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-
kanak ini menjawab, "saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih
sayang kepadanya."
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita
tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu
apa-apa.
Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak
dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube
hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba
canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib
dipelajari.
Ajar anak mengenali tubuh
badan, fungsinya. Anak perlu
tahu fungsi zakar dan faraj.
Tanamkan rasa malu. Pisahkan
tempat tidur. Jangan melucah
depan anak.
Jadilah guru pertama mendidik
anak tentang hal-hal seksualiti,
bukan porn, bukan pula rakan
sebaya anak kita.
Gali lagi ilmu dan praktikkan.
Mudah-mudahan anak kita
terhindar dari zina,
homoseksual, seks luar tabie,
menjadi mangsa sex grooming,
pedofilia, dicabul dan dirogol.
Kisah 11 : C*kgu Cabul Pelajar?
Adukan Kepada Ketua Jabatan
Atau Terus Ke Balai Polis?
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Rasa malu bila nak sebut perkataan g**u, bila pelakunya
memegang status yang sangat mulia. Yang pasti pemangsa telah
mengambil masa yang agak lama untuk melakukan aktiviti jijiknya
ini.
Ceritanya pemangsa ini suka sangat menyentuh budak
perempuan. Sampai satu peringkat, pemangsa minta mangsa
menyentuh kemaluannya! Lalu, ibu kepada mangsa terus
melaporkan kes berkenaan kepada ketua jabatan.
Selepas ketua jabatan membuat siasatan, semua mangsa telah
ubah kenyataan. Malang sekali!