The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

25 Kisah Benar Masalah Seksualiti dan 10 Solusi
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBTS, 2021-09-19 06:48:04

25 Kisah Benar Masalah Seksualiti dan 10 Solusi

25 Kisah Benar Masalah Seksualiti dan 10 Solusi
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Kisah 25 : Anak Saya Ni Normal
Tak?

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Saya perasan satu perkara, ada ibu bapa yang keliru dan tertanya-
tanya adakah anaknya normal atau tidak setelah melihat tindak-
tanduk mereka kebelakangan ini. Boleh kata setiap hari ada yang
mesej saya bertanyakan hal ni.
Maka, saya nak senaraikan perbuatan normal dan tidak yang
mungkin dilakukan oleh seorang anak lelaki atau perempuan
berusia 12 tahun ke bawah.
1. Anak luahkan yang beliau suka dan cintakan seseorang.

Kadang-kadang beliau cakap nak kahwin dengan budak itu
atau budak ini. Ini normal. Ia dipanggil fitrah manusiawi. Anak
sebut begitu pun mungkin sebab dah biasa layan drama tv
yang ada genre cintan cintun.

Yang tak normal adalah anak sukakan seseorang, tetapi dalam
masa yang sama ada keinginan nak kiss mulut budak itu atau
pegang punggung kanak-kanak berkenaan atau lain-lain
kelucahan.

2. Anak lelaki ada ketika menyeluk tangan ke dalam seluar atau
memegang seluar (kemaluan) walau tangan tidak diseluk.
Perbuatan ni sebenarnya bertindak balas dari rasa ingin tahu
anak lelaki, kenapa kemaluannya kejap kecil, kejap besar,
kejap pendek, kejap panjang.

Yang tak normalnya adalah anak lelaki bukan sekadar
memegang kemaluan, tetapi memegang kemaluan kawan-
kawannya, genital adik beradiknya samada lelaki atau
perempuan. Lebih parah andai anak lelaki ini sudah tahu
menggosok-gosok kemaluan persis melakukan onani.

3. Anak perempuan yang ada ketika menggaru-garu
kemaluannya. Mungkin gatal. Perlakuan ini normal.

Yang tak normalnya adalah anak perempuan ini memasukkan
jarinya ke dalam kemaluan, menggesel atau sembamkan
kemaluannya pada orang lain atau perlakuan lain-lain.

4. Kanak-kanak main kahwin-kahwin. Tak kisahlah sesama
sepupu sepapat ke, sesama adik beradik ke. Ia normal.

Yang tak normalnya adalah main kahwin-kahwin, tapi
perbualan mereka dah menjurus idea malam pertama, buat
anak dan seks.

5. Anak lelaki atau anak perempuan yang melukis tubuh badan
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Yang tak normalnya adalah kanak-kanak ini melukis gambar
manusia, tetapi di bahagian dada dilukis payudara yang besar,
kemaluan lelaki yang panjang atau lain-lain private part. Juga
mereka meletak dialog lucah dalam setiap lukisan itu.

6. Anak-anak berkumpul dengan sepupu ketika balik kampung
dan bermain aktiviti di luar rumah seperti panjat pokok, kejar
ayam, main layang-layang dan lain-lain aktiviti.

Yang tak normalnya adalah anak-anak ini bermain dengan
sepupu dalam rumah, duduk dalam bilik, siap berkunci lagi.
Juga mereka main di satu sudut, seolah-olah cuba menyorok
dan menyimpan rahsia aktiviti apa yang sedang mereka
lakukan, sambil di tangan mereka ada handphone.

7. Anak balik dari sekolah dan bercerita pasal kawan-kawannya.
Kisahnya menjurus kepada layanan cikgu, topik yang
dipelajari, sikap kawan-kawan atau sikap rakan-rakan yang
mengejek (ini masalah juga sebenarnya).

Yang tak normalnya adalah anak balik sekolah dan menyebut
perkataan kunyit, serai yang kedua ini merujuk kepada
hubungan gay dan lesbian. Anak juga dah pandai cakap fuck
dan tunjuk jari tengah.

Kalau anak tak menyebut perkataan atau perbuatan
berkenaan, tak normal juga kalau beliau kongsikan ada kawan
menyebut nak rogol kawan, main bontot dan lain-lain istilah.
Ada something wrong yang dah berlaku di sekolah.

Sebenarnya ada banyak lagi keganjilan kisah-kisah yang saya
perolehi. Cuma, nak bagi tahulah, jika perbuatan tak normal ini
berlaku, maka ini kemungkinannya,

1. Anak kita telah terdedah dengan pornorafi. Samada dari
handphone yang kita bagi atau sepupu yang ajar tengok video
lucah masa balik kampung.

2. Anak pengasuh yang ajar, atau budak-budak transit. Akhirnya,
anak ini rasa ia satu permainan dan meneruskan habitnya di
rumah.

3. Anak melihat perlakuan jimak mak ayah depan mata.
Maklumlah, jenis tak reti pisahkan tempat tidur anak sampai
usia 12 tahun. Mak ayah expect anak dah tidur. Tanpa mereka
sedar, anak curi-curi melihat dan memerhati.

4. Darah daging sendiri yang jadikan anak kita mangsa. Samada
ayahnya sendiri, bapa sedara, sepupu, adik beradik dan lain-
lain. Juga boleh jadi individu yang lain seperti cikgu sekolah,
pemandu bas, pakcik kantin, kawan kepada kita dan lain-lain.

5. Kawan ajar di sekolah.
6. Masih mandi bogel bersama adik beradik. Bila balik kampung,

mandi bogel dengan sepupu sepapat pula.

Apa Solusinya? #solusi11+

Tolong pastikan siapa yang ajar anak. Kadang-kadang, anak
berkelakuan tak senonoh disebabkan dia tak tahu benda tu salah.
Apatah lagi si pelaku dah tanamkan mindset jangan bagi tahu
sesiapa, ini rahsia kita berdua dan diberi ganjaran kemudiannya.

Kena rujuk psikiatris di hospital jika dah sampai tahap ketagih.
Akan ada sesi rawatan yang perlu anak ikuti.

Jika puncanya ada kaitan dengan jenayah, maka mak ayah please
bela dan tuntut keadilan untuk anak. Lakukanlah apa sahaja walau
kena buang keluarga, dipulaukan, turun naik mahkamah atau
dituduh sengaja memfitnah.

Report polis jika anak berkelakuan lucah disebabkan menjadi
mangsa pengantunan (sex grooming)

Paling penting, sentiasa doakan anak kita, tunjukkan contoh yang
baik, sentiasa pesan tentang private part, sentuhan selamat dan
tidak selamat dan lain-lain.

25 Kisah Benar (Bonus)

Permasalahan Seksualiti

KISAH BONUS 3 :

Kisah Bonus 1 : Parents, tolonglah
berhati-hati di media sosial ni!

Ini bukan kali pertama hal begini berlaku. Seseorang individu yang
berkemungkinan besar awak tak kenal pun tiba-tiba menulis,
"Hai semua, cuba tempek gambar anak ampa yang comel-comel.
Nak bagi duit raya ni."
Maka, menderu-deru emak-emak letakkan gambar raya anak. First
thing first, fikirlah dulu yang menulis tu siapa. Kalau nama pemilik

acc perempuan, kau yakin ke tu betul-betul perempuan dan bukan
fake acc?

Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta
gambar budak untuk tujuan yang tak elok? Kalau dia sebarkan
dalam group paedophlie? Kalau dimasukkan ke laman web child
porn?

Fikir panjang sikit. Jangan orang tu letak caption nak bagi duit
raya, kau kemain excited dok tempek gambar anak. Walau orang
tu real acc sekalipun, jangan bagi!

Dulu pernah juga viral hal yang mirip-mirip begini. Datang seorang
lelaki dalam satu group, kenalkan diri dia doktor, kemudian minta
gambar faraj budak perempuan. Katanya, nak check kot ada
keputihan/ kulat (lebih kurang begini caption).

Gilanya adalah, menderu-deru emak-emak letakkan gambar
kemaluan anaknya di situ. Siap tanya ni normal ke doktor.

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Nak dapatkan khidmat konsultansi kesihatan samada untuk kau,
suami atau anak, bukan di media sosial. Para doctor yang aktif di
media sosial tu rasanya dah banyak kali membebel pasal ni, kena
pergi klinik, pergi hospital, jumpa doktor, bukan di media sosial.

Dan sekarang, mari fikirkan bersama, apa yang 'doktor' tu nak
buat dengan gambar kemaluan anak? Dan saya ulang kembali ayat
perenggan yang kelima.

Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta
gambar kemaluan budak untuk tujuan tak elok? Kalau dia
sebarkan dalam group paedophile? Kalau disebarkan ke laman
web child porn?

Sahabat saya, Tuan Akhtar Syamir pun pernah berhadapan situasi
begini di group telegram beliau. Modus operandi yang sama,
muncul di situ, klaim sekian-sekian individu dan minta gambar
kemaluan anak perempuan, kot-kot ada masalah kesihatan.

Dengar ya, negara Malaysia ni nombor 1 paling banyak mengakses
child pornography di Asia Tenggara!

Pedofilia (remaja atau dewasa) yang ada ketertarikan secara
seksual kepada kanak-kanak yang belum akil baligh ni ada di
sekeliling kita. Kita tak kenal siapa mereka.

Bila viral, baru orang sedar golongan sebegini wujud. Kes adik
Nurin Jazlin dahulu, kes mahasiswa Malaysia di Eropah yang
menyimpan puluhan ribu gambar serta video lucah kanak-kanak.

Begitu juga kes seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia
ditahan di airport sebab simpan lebih 900 gambar video kanak-
kanak, kes kanak-kanak perempuan dicabul lelaki dewasa di kedai
serbaneka di Rawang.

Ditambah pula kes kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dicabul di
dalam tandas Mall di Ipoh. Itu belum lagi kes yang betul-betul gila
dan menjijikkan, seorang tua 68 tahun nak merogol cucu berusia
11 tahun.

Ini semua kisah yang real ya tuan puan! Bukan direka-reka. Mak
ayah tolonglah jadi pandai sikit.

Janganlah ikut trend emak bapak yang nak anak jadi instafamous,
ikut artis sana sini, nak anak possing macam orang dewasa,
pakaikan anak pakaian seksi untuk secebis likes dan followers dan
paling teruk share gambar zakar anak lelaki yang dilukis gajah
demi meraih perhatian netizen.

Nak upload gambar anak boleh, tapi biarlah gambar bersama mak
ayahnya, bukan gambar seorang penuh, bukan gambar pakai
pakaian renang, bukan gambar pose gedik macam budak tiktok
dan bukan pula gambar kemaluan anak.

Begitulah.

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Kisah bonus 2 : Diliwat/ dicabul di
Tahfiz

Kes yang di sampaikan pada saya malam ini oleh ibu mangsa:
"Kepada tuan SYED AZMI :
Assalamualaikum. Saya Ana (bukan nama sebenar) seorang ibu
kepada Ady, bawah 12 tahun (belajar di sebuah tahfiz sehingga 1
juzuk berhenti kerana gangguan seksual ).
Saya ingin beritahu kepada tuan berkenaan kes anak saya Ady.
Saya masukkan dia ke sebuah tahfiz berdaftar di bawah Majlis
Agama Negeri pada Januari 2018. Saya tahu kewujudan tahfiz ini
melalui seorang kenalan yang anaknya juga belajar di tahfiz yang
sama.
Saya juga ada mencari maklumat berkenaan tahfiz ini di internet.
Selepas saya berhubung dengan mudir tahfiz dan bertanyakan

yuran dan pengajian yang digunapakai di situ saya pun berbincang
dengan suami untuk memasukkan Ady ke tahfiz berkenaan.

Setiap hujung bulan pihak tahfiz akan membenarkan anak-anak
keluar outing. Pada 3 bulan pertama pengajian anak saya di sana,
dia nampak sangat gembira dan bercerita dengan penuh
semangat tentang kawan-kawannya dan dia berniat hendak
belajar di sana sampai boleh menjadi seorang ustaz.

Bermula pada bulan April perubahan sikap Ady mula nampak. Ady
dah jadi agak pendiam. Bila keluar outing dia tak banyak cakap. Dia
juga menangis bila saya hantar balik selepas membeli barangan
keperluannya seperti sabun dan ubat gigi.

Apabila saya bertanya kenapa? Ady hanya menangis dan berkata
"Rindu mama". Saya sedikit hairan kenapa selepas beberapa bulan
belajar, dia dah selesa di tahfiz berkenaan tetapi menunjukkan
reaksi begini.

Namun saya memujuk diri saya untuk berfikir mungkin dia dah
mula rasa tekanan dalam pembelajaran yang makin lama makin
banyak yang perlu dia pelajari.

Cuti raya Aidilfitri mereka dapat cuti panjang. Ady asyik memujuk
saya belikan dia PS4 menggunakan duit rayanya tapi saya tak
benarkan kerana dia perlu fokus kepada pengajian agama bukan
isi masa dengan bermain permainan video.

Menjadi kehairanan lagi, dalam waktu bercuti mudir dia selalu
bertanya khabar Ady melalui telefon. Dia juga hendak bercakap
sendiri dengan Ady.

Saya tak pernah curi dengar perbualan mereka. Setiap kali ada cuti
panjang sikit, mudirnya pasti telefon atau WhatsApp bertanyakan
Ady. Saya jadi hairan.

Istimewa betul anak saya dimata mudirnya ni. Dia asyik memuji
ketaatan Ady sebagai pelajar tahfiznya. Dia juga memuji saya amat
beruntung mendapat anak seperti Ady. Saya amat bersyukur.

Pekara sebenar terbongkar juga akhirnya. Jam lebih kurang 5 pagi
saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari nombor yg tidak
dikenali dan Ady yang menelefon.

Dia telah lari bersama 2 orang lagi rakan nya kerana gangguan
seksual. Bagai nak luruh jantung mendengar apa yang Ady
beritahu.

Dia telah meminta bantuan penduduk Taman untuk
menyembunyikan diri mereka bertiga sementara saya datang
mengambilnya.

Saya pula ketika itu berada out station atas urusan kerja suami.
Saya meminta bantuan kawan untuk mengambil mereka bertiga
dan bawa ke rumah ibubapa saya yang tinggal berdekatan dengan
saya.

Ayah saya mula interview ketiga-tiganya dan memberitahu akan
pergi membuat laporan polis. 2 orang pelajar yang lari bersama
Ady diserahkan kepada penjaga mereka.

Ady pula ayah saya bawa ke balai untuk membuat laporan
berkenaan gangguan seksual yang dibuat sendiri oleh mudir
tahfiz berkenaan.

Mudir ditahan reman selepas beberapa jam laporan diterima. Ady
dihantar ke hospital dan menerima rawatan di wad selama lebih
kurang hampir seminggu.

Saya sampai di hospital jam 12 malam dan dibenarkan untuk
becakap dengan Ady selama 30min.

Ady kata dia disuruh urut kaki mudirnya lepas kaki naik ke betis,
lepas betis mudir membuka seluar dan menyuruh urut kemaluan
pula. Itulah permulaannya.

Selepas itu bukan sahaja urut kemaluan lagi malah melakukan
hubungan luar tabii. Mudir melakukan hubungan tersebut dengan
2 pelajar lagi iaitu yang lari bersama Ady.

Dia memanggil seorang demi seorang masuk ke bilik. setiap hari
sekerap 3 kali sehari pelajar dipanggil untuk melepaskan nafsu
songsangnya.

Saya berurusan dengan pihak polis. Dalam proses penahanan itu,
tahfiz masih beroperasi seperti biasa, seperti tak ada apa yang
berlaku. Setelah tamat tempoh reman mudir dilepaskan dengan

ikat jamin polis. Senangnya? Mudir dibenarkan pulang ke tahfiz
yang mana pelajar masih ada di sana. Saya kebingungan.

Kenapa tahfiz tak diarah tutup semasa mudir direman? Banyak
yang saya musykilkan dan hairankan tentang perjalanan kes anak
saya ni.

Saya pula hanya menunggu polis memanggil untuk soal siasat.
Saya dihubungi oleh 2 orang ibu yang mana anaknya bekas pelajar
tahfiz berkenaan.

Anaknya juga mangsa orang yang sama dan melarikan diri dari
tahfiz yg sama pada 2017. Mereka tidak buat report polis pada
ketika itu kerana anaknya merasa malu bimbang dan trauma.

Tetapi setelah ibunya mendengar tentang kejadian anak saya
mereka report bertujuan menegakkan kebenaran dan ingin
membantu kawan-kawan yang lain.

Saya juga diberitahu mudir ini pernah dituduh pada 2015. Kes
yang sama melibatkan pelajar tahfiz di negeri lain terhadap satu
adik-beradik sehingga tahfiz tersebut di arah tutup.

Maksudnya dah ada kes sebelum ni? Adakah diketahui,
latarbelakang diperiksa dan jika tahu kenapa pihak Jabatan
Agama negeri biarkan orang yang sama menguruskan tahfiz?

Ini bukan kes kecil. Kenapa tiada apa-apa siasatan dan tindakan
terhadap kes yang lama tu? Ada tanggapan atau adakah benar ada
campur tangan orang berpengaruh?

Ada ibu yang mengadu anak mereka jadi nakal dan memberontak
setelah berhenti tahfiz kerana gangguan seksual drpd mudir itu.

Bukan 2 bukan 3 malah lebih 10 mangsa yang saya dapat tahu
berhenti atau lari dari tahfiz yang Ady belajar itu kerana tidak
tahan dengan gangguan seksual dari orang yang sama.

Saya rasa seperti anak saya dianiaya. Pihak mana yang harus saya
harapkan? Siapa yang hendak menegakkan keadilan terhadap
mangsa-mangsa ini?

Sehinggalah hari ini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pihak polis
hanya memanggil saya sekali untuk soal siasat dan menyuruh saya
membawa Ady untuk rakaman percakapan.

WhatsApp yang saya hantar kepada inspektor yang
mengendalikan kes saya juga tidak dibalas, seperti tiada jawapan.
Saya diberitahu lagi yang tahfiz itu sudah mengarahkan pelajar-
pelajar berehat di rumah masing-masing kerana proses berpindah
di tempat lain pula."

From my interview:

Firstly, saya sudah membaca police report dan mengesahkan
benarnya laporan polis di buat. Please understand kes sebegini
melibatkan D11 siasatan jenayah seksual kanak-kanak, JKM dan
Majlis Agama Negeri. Kesemua agensi yang saya pernah
bekerjasama. Dan saya faham kekangan setiap agensi.

Laporan hospital telah dibuat. Perlu saya ingatkan, kalau kes
sebegini, tak semestinya perlu ada koyakan dubur baru ada kes.
Trauma akibat urutan kemaluan mudir tiada meninggalkan tanda,
(oral sex pun tiada tanda, tunjuk kemaluan pun tiada tanda)-
bukan bererti tiada kes tapi lagi sukar hendak buktikan.

Cuma tekanan ibu bapa secara beramai-ramai yang membolehkan
polis lebih mendapat detail. Jangan kata urut tu takpe dan kanak-
kanak nanti lupa bila besar.

Berkenaan lari 3 budak. Ia di ketuai oleh seorang budak bawah 14
tahun dan dia sydah tidak tahan diperlakukan sedemikian dan
mengajak kawannya dan Ady merupakan kawan sebilik kawannya.

Sepatutnya berlima tetapi yang 2 lagi takut dan salah seirang
daripadanya anak yatim. Mereka lari keluar dan memohon
perlindungan orang awam.

Lari bukan perkara yang senang. Dari satu bahaya boleh jadi
bahaya yang lain. Tumpang di rumah orang asing, macam-macam
boleh berlaku.

Dalam tempoh Ady masuk, seolah-olah mereka tahu sesama
sendiri perkara tersebut berlaku antara mereka dan boleh
berkongsi siapa kena apa dan bila macam berjadual.

Lepas pencabulan sama ada mengurut ataupun liwat, mereka
dibenarkan tengok TV atau main game di bilik Mudir. Reward.

Semua kanak-kanak yang terbabit termasuk yang tak lari kini dah
keluar dari sekolah tersebut. Hampir 10 laporan polis dibuat dari
mereka. Ady juga mula ceria kembali. Dia kini bersekolah tahfiz
harian.

Kes Ady bukanlah kes budak nakal dimasukkan tahfiz. Dia seorang
budak yang mempunyai cita-cita luhur. Ibu bapanya dah selidik
yang terbaik.

It is not about the school tetapi ketua sekolah iaitu mudir. Perlu
diingatkan kes pencabulan adalah kes penyalahgunaan kuasa.
Power.

Ada unverified information lain seperti berlakunya bribery
pemberian hadiah lain seperti tak payah belajar teruk sangat,
boleh berehat dan hadiah seperti basikal dan kebendaan lain.

Pangkat dalam jawatankuasa pengurusan juga ada di tawarkan
untuk menutup cerita. Contoh sebegini tidak asing dalam kes-kes
yang berlaku dalam institusi kanak-kanak yang lain yang saya rasa
boleh di ambil iktibar.

Yes, malangnya si mudir ini dah balik ke tempatnya dan Ady
selamat. Macam kes selesai. Tapi kira dah tutup ke kes tersebut?
Habis anak-anak lain? Nasib kalau ada anak yatim macam mana
kalau ada situ?

Kes masih dalam siasatan sehingga bukti nyata mudir bersalah. Ok
fine. Now saya mohon setiap yang membaca untuk balik check,
anak dan sedara yang bersekolah asrama bawah 13 tahun,
campurke asrama bawah 13 dengan bawah 17?

Ada pernah kes lari? Ada pernah mana-mana orang mintak urut
(tak kisah seorang atau berdua), dibilik private atau khalayak? Just
bagitau and nilai/bincang.

Kita tak ajar hak anak-anak kita. Yang penting malu keluarga . It is
time to change.

Saya tahu memang kalau benar dan cukup bukti, kita perlu
dapatkan keadilan. Marilah kita memohon pada Allah agar lebih
banyak bukti keluar.

Oleh : Tuan Syed Azmi

KISAH BONUS 3 : MANGSA PEDO

Ni mangsa pedo. Budak ni di'grooming' dari sebelum ambik UPSR.
Bila umur 13 tahun dah mengandung. Budak tu happy je
sebenarnya sebab dia tak tahu akibat.
Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir
sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ni babak akhir setelah
mangsa terkulai manja.
Kesian tak, budak kecik dah kendong anak. Ni gambar saya ambik
waktu dia nak mandi anaknya. Terpaksa berjengket sebab masih
rendah. Pendek. Ketinggian belum cukup. Masa mengandung
sedih tengok budak kecik perut terjungkit kedepan.

Di sini mereka perlu berdikari. Kena urus anak sendiri. Ada kawan
sebelahnya perhati, tunjuk ajar supaya budak ni lakukan dengan
betul.

Apa emak-emak dan ayah-ayah rasa bila tengok budak umur 13
tahun kendong anak? Adik ke anak?
Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung
dan melahirkan anak, air susu tetap ada dan mewah. Anaknya
menyusu susu ibu.

Masih ada 4 mangsa pedo belum melahirkan. 2 orang budak dah
melahirkan anak.

Ini lah bukti pedo makin bermaharajalela. Tahun lepas saja berapa
ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.
Emak, emak...jangan lena..

Bangun, bangun...

Oleh : Mak Liza (Baitus Solehah)

Kisah Bonus 4 : Surat Cinta Buat
Anak

Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya,
tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya
darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan,
darjah 5.

"Kepada ......

Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak
berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak
bersetubuh dengan perempuan?

Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je,
please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada
pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak
lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan,
menggeletar dan seolah-olah tidak percaya.

Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-
main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali
sahaja, tidak akan lahirkan anak.

Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan
berkenaan.

Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begitu.

1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Saya tak pelik hal ini
boleh berlaku. Kerap kali adalam program bersama budak sekolah
rendah, ada yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan
parents.

Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di
fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh
mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada
mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah
berjimak depan mata dari kecil?

2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah
menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai
ketagih. Tak perlu saya huraikan aspek yang ini.

Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki
12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah
terangsang tengok video lucah.

Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih
kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun rogol kakak sepupu yang
berusia 12 tahun. .

Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon
bimbit.

3. Kawan-kawan yang telah akses video lucah mengajar rakan-
rakannya yang lain di sekolah. Saya pernah kongsikan sebelum ni
ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk

main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau
katakan.

4. Yang paling saya takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak
ini menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh individu
yang dikenali atau tidak dikenali.

Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang,
sepupu, bapa sedara, abang ipar, anak pengasuh, pelajar transit,
kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah
membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.

Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol/ liwat
(nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa
telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal
dan menyeronokkan.

Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi
hadiah atau lain-lain ganjaran.

**

Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa
seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan
groom pula kawan-kawannya di sekolah.

Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg
sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya
terima 'surat cinta' ini.

Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,

1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak
elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan,
mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena
terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau
terangkan definisinya seperti perkataan zina, rogol, cabul, liwat
dan lain-lain.

2. Mak ayah juga tolong pesan kepada anak-anak jika dapat surat
kiriman kawan-kawan terus bagi tahu parents. Tak kisahlah walau
ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu.
Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.

3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak
selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual.
Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang
atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia
berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau
beri tahu parents.

4. Paling penting, jangan kau pula dok berjimak atau bercumbu-
cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke?

Buat guru-guru,

1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari
sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah.

2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin.
Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-
sebabnya saya dah nyatakan di atas.

3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual,
jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-
bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.

4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau
subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik
pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan
guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia
memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.

Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi
netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks
bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang
perlu dirawat.

Dan ia bermula dari rumah.

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

PENUTUP

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan

yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan yang tersusun kukuh.”
As-Saff (4)

Semoga kisah-kisah yang dikongsikan di dalam ebook ini memberi
manfaat buat tuan puan yang membaca.
Saya dan rakan-rakan mohon maaf andai kisah yang dihimpun
dalam karya ini membuatkan kalian kurang selesa hingga
menggangu emosi.
Tiada niat yang lain melainkan ingin mengajak sahabat semua
bersama menggerakkan awareness serta advokasi berkaitan isu
seksualiti ini.
Kita kena sama-sama mengembleng tenaga, idea serta usaha
untuk menyelamatakan seberapa banyak kanak-kanak yang ada di
Malaysia.
Dan ia bermula dari rumah kita sendiri.

Saudaramu,
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Cikgu Mohd Fadhli


Click to View FlipBook Version