Inilah langkah terakhir dalam sexual grooming (pengantunan
seksual). Pemangsa akan pastikan 'maintaining control'nya
berhasil sehinggakan mangsa mengubah kisah sebenar. Apatah
lagi jika mangsa itu kanak kanak. (Rujuk ebook Formula Mudahnya
Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi)
Bila cerita ini meletop, barulah pelajar yang lain berkongsi kisah
mereka menjadi mangsa cabul individu berkenaan. Maknanya
sebelum ini dah banyak kali berlaku. Tapi pemangsa pandai
‘pancing’ mangsa agar mendiamkan diri.
Wahai ibu bapa, ada beberapa perkara perlu diambil berat.
Ini Antara Solusi Yang Boleh Dilaksanakan
#solusi6
1. Ambil peduli apa yang anak-anak adukan pada kita. Jika
berlaku hal sebegini, terus ambil seberapa banyak maklumat
yang boleh diperolehi.
Antaranya tarikh aduan, masa, hari, tarikh berlaku, siapa yang
buat, dan apa yang berlaku. Ibu bapa perlu tulis mengikut apa
yang diadukan oleh anak.
2. Turunkan tanda tangan anak dan bacakan sekali lagi
pengakuan itu kepadanya. Nyatakan padanya ini adalah
perbuatan yang salah. Dia telah menjadi mangsa. Terangkan
dan rasionalkan pada anak. Nasihati anak agar jangan dekati
pemangsa dan lari jika dihampiri serta jerit.
3. Ibu bapa mestilah bertemu dengan ketua jabatan untuk
bincangkan hal ini. Bawa kenyataan yang telah ditulis. Anak
juga perlu dibawa sekali.
Kemudian, minta ketua jabatan panggil pemangsa. Dalam
masa yang sama jangan ada mangsa dalam bilik itu. Kerana
pemangsa (pedo) ini pandai ambil hati dan pusing ayat. Kita
takut mangsa akan ubah pemikiran.
4. Sekiranya ketua jabatan tidak ambil pusing setelah segala
kenyataan bukti jelas, bawakan pada peringkat jabatan
daerah. Jumpa pegawai yang berkaitan.
Pengalaman saya, pegawai ini akan ambil kes dan akan
menjalankan siasatan ke atas pemangsa dan mangsa. Mereka
juga profesional.
Dalam tempoh seminggu, ibu bapa perlu follow up. Jika tidak
memuaskan hati, buat report polis. Apabila report telah
dilakukan, jabatan daerah dan ketua jabatan tak boleh buat
apa apa. Kerana ini tugas pihak berkuasa.
Kenyataan yang dibuat pada awal sangat berguna. Jika ada
pengakuan dari mangsa yang lain itu lebih baik untuk
menguatkan tuduhan.
Dalam kes-kes sebegini ibu bapa ada dua pilihan. Sama ada nak
pilih jalan jabatan atau jalan pihak berkuasa. Terpulang kepada ibu
bapa.
Kisah 12 : Anak Saya Kena Liwat
Tuan!
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Menitik air mata saya baca mesej Puan ni.
Mana-mana mak ayah yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika
kejadian macam ni berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-
elok, didik baik-baik, tapi ada orang lain yang rosakkan!
Sebab tu kalau ada ibubapa yang mengadu pada saya pasal ni,
yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang
anaknya sampaikan.
Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kali menipu bila private
partnya (bibir, paha, dada, punggung, kemaluan) disentuh, diraba,
apatah lagi dimasukkan zakar.
Please, please, please, buat report polis segera. Kemudian, polis
akan guide untuk dapatkan laporan kesihatan di hospital. Doktor
perlu periksa kesan tusukan atau koyakan, samada kesan baru
atau dah lama (berkali-kali berlaku).
Tolong, tolong, tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat
dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tak
selesa seseorang individu menyentuh tubuh badannya.
Ingat 3 step ini (saya akan ulang sampai bila-bila), ajarkan kepada
anak,
1. JERIT kuat-kuat
2. LARI
3. MENGADU
Bila nak ajar? Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita,
terus sahaja ulang-ulang perkara ni. Lama-lama dia akan faham.
Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada
kemaluan yang lelaki dan perempuan.
Jika dah usaha untuk mencegah, tetapi perkara tak diingini tetap
juga berlaku, jangan pernah undur untuk membela nasib anak.
Jangan fikirkan sangat pasal pemangsa (apatah lagi si pelaku ahli
keluarga sendiri). Anak-anak ini akan nampak kita berbuat sesuatu
untuk haknya!
Selang beberapa hari kemudian, saya hubungi kembali puan
berkenaan. Mahu bertanya khabar dan update kes.
Alhamdulillah, si ibu telah
buat report polis, dapatkan
rawatan di hospital, jumpa
pakar kanak-kanak, pakar
psikiatri, khidmat sosial
perubatan dan JKM.
Anaknya pun dah masuk
sekolah, nampak ceria.
Syukur ke hadrat Allah.
Kawan-kawan, mari sama-
sama kita doakan agar
Puan ini dan suaminya kuat,
diberi kesabaran, anaknya
kembali pulih dari trauma
serta di pelaku mendapat
pembalasan yang setimpal.
Benar, pemangsa baru berusia 13 tahun. Dia ada keluarga dan
masa depan, tapi jenayah tetaplah kes jenayah. Semoga anak ini
berubah dan bertaubat.
Kisah 13 : Dirogol Ayah Tiri Dan
Tonton ‘Blue’ Bersama Mak, Ayah,
Abang Dan Kakak
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Baru dapat sebentar tadi daripada seorang sahabat yang bekerja
di sebuah Jabatan.
Pengalaman dirogol oleh ayah tiri dan menonton porn sekeluarga
menyebabkan kesan buruk pada diri individu.
Menonton secara berjemaah mungkin kurang dipercayai,
kemungkinan budak itu menonton daripada smartphone ibu,
ayah, abang atau kakaknya. Namun segala kemungkinan boleh
terjadi.
Mengapa budak-budak akan mengalami ketagihan setelah
terdedah dengan porn atau jenayah seksual seperti rogol?
Ini kerana, mereka telah didedahkan dengan perkara-perkara ini
terlalu awal. Otak mereka tidak dapat menepis dan menapis apa
yang baik dan yang buruk. Ini menyebabkan mereka terbayang-
bayang dan ingin mengulangi semula.
Mangsa rogol di awal usia muda contohnya, merasakan diri
mereka sudah tidak berharga dan tidak berguna. Oleh kerana itu,
mereka akan mula bergaul bebas sesuka hati dan adakalanya suka
bersendiri mencari ketenangan secara membuta tuli.
Mangsa rogol juga pada awalnya kerana paksaan, lama kelamaan
mampu mendatangkan ketagihan. Ini kerana fikiran mereka masih
mentah dek kerana mahukan keseronokan. Maka, mindset
mereka menyatakan seks itu seronok.
Hal ini juga berlaku pada kanak kanak yang telah terdedah dengan
video porn. Mereka menyangka, inilah keseronokan. Tanpa ada
perasaan bersalah, mereka akan kerap kali menonton kerana ingin
mencapai kepuasan diri sendiri.
Semakin hari semakin teruk. Mentalitinya akan set bahawa inilah
yang terbaik. Tambahan lagi, dirinya melihat bahawa ahli
keluarganya turut ada yang menonton dan menyimpan video
porn.
Mak aku tengok!
Ayah aku tengok!
Apa salahnya aku tengok? Alah, tengok saja pun! Bukan buat apa!
Inilah situasi yang akan berlaku.
Persoalannya, virus ini semakin hari semakin merebak. Setiap hari
saya mendapat keluhan sebegini. Saya akan minta izin untuk
dikongsi bersama netizen.
Tujuannya adalah supaya masyarakat sedar bahawa isu ini
bukanlah isu main-main. Ini adalah isu serius. Mak ayah, sekolah,
institusi agama dan masyarakat perlu berganding bahu.
Sampai bila kita ingin dihidangkan berita-berita sebegini atau
biarkan ia senyap namun barahnya semakin merebak dalam diam!
Ayuh, selamatkan generasi kita! Generasi Malaysia yang akan
menentukan masa depan Malaysia!
Kisah 14 : Tak Mandi Wajib Lepas
Onani?
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Sedih saya bila baca luahan adik ini. Beliau baru berusia 13 tahun,
tingkatan 1, bersekolah agama dan tinggal di asrama. Tak
terjangkau dek akal, sepanjang beliau hidup, sudah melalui hal-hal
semacam ini.
Bila mana adik ini meletak pornografi di awal tulisan, maka saya
dah dapat agak apa yang akan berlaku kepada beliau seterusnya.
Maka, lihatlah apa yang berlaku selepas itu,
1. Melakukan onani
2. Meraba
3. Melukis keadaan dirinya yang menunjukkan simbol lucah (jari
tengah)
4. Tak mandi wajib selepas melakukan onani
5. Cium pipi kawan lelaki
6. Hampir berperangai buruk di dalam tandas, intai kawan
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Segala apa yang beliau kongsikan ini sudah pasti tidak diketahui
oleh ibu dan ayahnya. Sebab itu saya tak jemu-jemu ingatkan mak
ayah hati-hati bila beri anak handphone. Itua antara punca utama
seseorang kanak-kanak boleh terjebak dengan video lucah.
Sudahlah sikap segelintir mak ayah yang tak peduli apa yang anak
lihat, main dan tonton. Yang penting, kau jangan kacau aku.
Sekarang bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh adik ini di
asrama. Rasa-rasanya apa yang dia boleh lakukan terhadap
kawannya yang lain? Jangka mak ayah okeylah anaknya. Ya lah,
belajar sekolah agama kot.
Sebab itu saya selalu sebut kepada pelajar di sekolah, kalau ada
seorang je kawan kita dalam kelas pernah tengok porn, dia akan
rosakkan kawan-kawannya yang lain.
Dia akan share di wassap group, dia akan masukkan kita dalam
group lucah, dia akan ajar kat mana nak cari video ni dan lebih
parah dia akan ajak untuk melalukan aksi seperti yang terpapar
dalam video porn, walau lelaki sama lelaki.
Apa yang kita boleh lakukan? Apa
solusinya? #solusi7
1. Jangan hanya fokus pada anak perempuan untuk jaga maruah
diri. Anak lelaki ini haruslah disampaikan hal-hal seperti ini, sedari
kecil. Lagipun pengalaman saya sebelum ini, ada je yang terjebak
dengan porn semenjak pra sekolah.
2. Mak ayah wajib sampaikan tentang fungsi kemaluan anak lelaki,
zakarnya, testisnya, benih yang akan dikeluarkan, soal akil baligh
dan keburukan pornografi.
3. Anak yang dah nak remaja ni, layanlah mereka seperti kawan-
kawan. Bila kita treat them as a friend, percayalah cakap saya,
anak akan selesa berkongsi cerita dengan kita.
Tertengok porn? Mereka akan bagi tahu. Ada kawan share video
lucah? Mereka akan bagi tahu. Ada kawan buat hal tak elok di
sekolah? Mereka akan bagi tahu. Kuncinya adalah,
TALK NOW, PROTECT ALWAYS!
KISAH 15 : Bapa Mertuaku
Pedofilia
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
“Bapa mertua saya pernah melakukan perkara (sexual
harassment) pada saya, 7 tahun dahulu. Dia juga pernah
lakukannya pada mak saya, 5 tahun dahulu dan pada makcik saya,
5 tahun dahulu.
Kami diamkan saja untuk menjaga hubungan keluarga. Saya
trauma selama bertahun-tahun hinggalah dia ke Mekah. Saya
ingatkan orang tua itu sudah bertaubat, namun selepas 3 minggu
balik dari umrah, dia telah membuat perkara yang tidak baik
kepada anak perempuan saya yang berusia 8 tahun pula.
Dia mencium mulut dan memasukkan lidahnya di dalam mulut
anak saya. Anak saya bercerita pada saya secara tidak sengaja.
Allah juga yang membuka jalan-Nya, hingga terbuka rahsia dan aib
perangai bapa mentua saya itu.
Pada mak saya (besan, mak kepada si pengadu), dia pernah
membuat himpitan di belakang dan gosokkan kemaluannya di
belakang mak saya, semasa mak saya sedang berdiri. Tidak ada
orang lain waktu itu. Kami di dalam bilik. Mak saya datang
melawat ketika ayah saya tiada.
Saya tidak tahu sehinggalah saya mengadu pada mak saya selepas
lelaki tua itu memeluk dan mencium saya berkali-kali di rumah
saya.
Dia datang semasa suami saya sedang bekerja. Makcik saya juga
mengadu diraba di bahagian belakang dan tali bra miliknya. Saya
banyak kali diraba di rumah mertua. Jika saya basuh pinggan
seorang diri, dia akan datang meraba dan picit-picit bahu saya.
Saya ada beritahu suami tapi suami macam tak buat apa-apa. Lama
saya trauma. Asyik takut nak balik rumah mertua. Saya sentiasa
bertudung dalam rumah mertua. Saya tak boleh nak bersalam pun
dengan dia lepas insiden tu berlaku.
Ingat dah berubah sebab dia dah tak usik saya, tapi rupanya, dia
buat pada anak kecil saya pula. Anak saya memang cantik, Encik
Fadhli. Kami memang ada kacukan daripada Siam dan Pakistan.
Anak saya pun pakai elok-elok saja di rumah tu.
Apa yang saya perasan adalah apabila saya masukkan gambar
dalam WhatsApp keluarga, bapa mertua saya akan komen anak
saya cantik, dah dewasa, comel. Dia tidak pernah komen
berkenaan orang lain.
Bila saya fikir semula, sebelum ini memang bapa mertua saya
pernah grooming anak saya. Dia asyik tarik, peluk dan cium muka
anak saya depan kami (saya dan suami). Sekali cium.
Tapi, bila di belakang, anak cerita bertubi-tubi! Saya rasa nak
rebah bila dapat tahu!
Setuasi sekarang adalah, saya telah pun memberitahu bapa
mertua apa yang telah dia buat kepada anak saya.
Saya minta dia berhenti tetapi bapa mertua saya tidak mengaku!
Ibu mertua pula tidak percayakan saya. Sekarang, berlaku
pergaduhan yang menuduh saya menipu dan anak saya juga
penipu. Dalam kes ini, bapa mertua saya seakan difitnah. Itu
tanggapan mereka!
Dia hantar mesej pada saya, menukar cerita dan tidak mengaku!
Saya sudah takut nak balik ke rumah mertua lagi. Anak saya, dua
orang perempuan dan dua orang lelaki.
Pernah saya bertanya kepada anak perempuan saya, berapa kali
dah insiden sebegini berlaku. Dijawabnya, banyak kali juga, dalam
3 kali dah.”
Kisah ini baru saja diluahkan kepada saya. Saya amat terkejut dan
sedih akan apa yang telah berlaku. Bapa yang sepatutnya menjadi
pelindung kepada anak dan cucu, tapi, hari ini telah menjadi
haruan!
Apa nasihatkan serta solusi dalam perkara
ini? #solusi8
1. Hukum - Dalam Islam, dari segi usul fiqh, jika sesuatu yang kita
buat (walaupun baik) tapi mendatangkan mudarat yang buruk
maka wajar kita berhati-hati dan tinggalkan ia. Perkara ini perlu
diberitahu dan dibincangkan bersama dengan suami.
2. Perlu buat perbincangan round table dengan bapa mertua, ibu
mertua, puan dan suami. Sementara itu, buat rekod suara sebagai
bukti pengakuan. Bincang meja bulat cari kata persefahaman dan
wajib bertentang muka serta wajib suami ada di sisi.
3. Ini amat perit, tapi kena buat juga. Kita dah ada undang-undang.
Akta pun sudah wujud. Buat laporan polis. Sebagai langkah awal,
walaupun perjalanannya akan makan masa nanti. Anak-anak puan,
mak puan dan sesiapa yang pernah jadi mangsa boleh tampil
menjadi saksi. Buat report itu sangatlah penting!
Pelaku tiada saksi, sedangkan puan dah ramai saksi dan ada bukti.
Kita bukan nak aniaya orang, tapi nak tegakkan kebenaran.
4. Perlu bercakap telus dengan suami tentang apa yang telah
berlaku. Setiap hari, apa yang berlaku pada puan, perlu dicerita
dan diberitahu pada suami.
5. Perlu beritahu pada anak-anak akan nasihat atau peringatan
sebegini, “Selepas ini, jika berlaku sebegini lagi, terus mengadu
pada ibu ya.” Ajar anak-anak kita 3 perkara ini bila berlaku perkara
yang tak diingini seperti ini.
A. Yell ( jerit)
B. Tell ( adu)
C. Run ( lari)
Apabila anak-anak kita diperlakukan sebegitu atau diapa-apakan,
beritahu padanya untuk jerit sekuat hati, ajar dia untuk mengadu
dan larikan diri. Saya faham perasaan puan, apabila puan
diperlakukan sebegitu. Trauma puan hanya diri puan yang
mengerti. Namun, saya tahu apa yang puan hadapi. Akhir sekali,
jangan putus asa untuk berdoa.
KISAH 16 : Bunga dan Burung
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Bunga & Burung Boleh Pegang Tak?
"Bunga (faraj) & burung (zakar) tak salah nak pegang." Kata
seorang pakcik kepada seorang budak perempuan berumur 11
tahun.
Cerita ini, saya baru saja terima daripada seorang guru di Kluang
Johor. Seorang ibu yang mana suaminya kini dipenjara kerana
dadah. Ibu ini dalam proses untuk bercerai dan dalam eddah. Oleh
kerana si ibu sebatang kara, kini dia tiada tempat tinggal.
Si ibu mempunyai 4 orang anak perempuan hasil perkongsian
hidup dengan bekas suami. Kini si isteri tinggal bersama dengan
teman lelakinya serumah dengan anak anak.
Betapa sakitnya masyarakat kita sekarang.
Di sekolah, menurut guru itu, si anak bercerita bahawa ibu dan
teman lelakinya membuat mukadimah seks di hadapan mata anak-
anaknya. Tanpa rasa segan dan silu.
Anaknya pula merupakan pelajar yang sederhana tahap
pencapaian pelajarannya. Si anak pernah bertanya kepada guru
sekolahnya,
"Cikgu, bunga dan burung boleh pegang tak? "
Guru tersebut terperanjat dengan soalan itu. Lantas bertanya
kembali, kenapa dia bertanya soalan sedemikian.
Budak tu jawab, "Dekat rumah, mak saya tinggal dengan lelaki
(bukan ayahnya). Lelaki tu kata, pegang burung dan bunga tak
salah." Cikgu tersebut terus bertanya nakkan kepastian,
"Dia ada pegang awak punya tak? Kalau ada, beritahu saya tau!"
Kes ini terus dipantau oleh guru. Kini, masih dalam siasatan untuk
diambil tindakan susulan. Pelajar hari ini terdedah dengan
pelbagai unsur sexual harrasment, pornografi dan pelbagai lagi.
Oleh kerana itu, pendidikan seks dan program seperti Meniti Usia
Baligh, Sentuhan Selamat & Sentuhan Tak Selamat & Goodbye
Pornography perlu diperbanyakkan dan diberi sokongan malah
prioriti yang utama.
Budak-budak zaman sekarang sangat perlu diperkenalkan dengan
perkara-perkara sebegini agar mereka tidak terjebak dengan
pengaruh sakit mental ini. Guru-guru pula perlu ambil tindakan
drastik bagi menyelamatkan pelajar-pelajar daripada menjadi
mangsa-mangsa seksual.
Apa tunggu lagi?
Bertindak sekarang!
KISAH 17 : PORNINSTAGRAM =
PORN + INSTAGRAM
Oleh : Cikgu Mohd Fadhli
Saya pernah dedahkan bagaimana Facebook begitu mudah untuk
disalahgunakan. Hanya satu klik kita dah boleh join group
berunsur seks atas nama yang pelbagai. contohnya, janda sangap,
janda seksi dan lain-lain lagi.
Saya nak bocorkan satu lagi rahsia yang mungkin ibu bapa atau
cikgu-cikgu sendiri tak tahu. Sebelum tu, saya dapat banyak
feedback. Antaranya :
"Macam mana tuan tahu benda-benda macam ni ya?"
" Ustaz tahu saja bab-bab video blue ni. Ustaz layan juga ya? "
Hahahahaha! Ini sudah jadi bidang saya. Bila saya nak beri ceramah
atau perkongsian pada pelajar, saya akan kaji dahulu bahan-bahan
yang mereka layari. Nama dan laman web, saya akan buat
lapangan kajian dahulu.
Jadi, sekarang saya nak kongsikan pula berkenaan satu lagi media
sosial yang sangat berguna dan sangat bahaya jika salah guna iaitu
Instagram.
Instagram merupakan satu Apps yang sangat disukai oleh anak
remaja. Daripada sekolah rendah hingga kepada orang tua, pasti
sudah ada akaun masing-masing.
Jika ibu bapa ingin tahu, di laman Instagram, sangat mudah nak
dapat bahan pornografi ini. Mereka hanya perlu hashtag sahaja,
kemudian akan keluarlah. Contoh, #porn maka akan keluarlah
video yang berdurasi 1 minit saja, berkaitan dengan porno ini.
Iya. Hanya satu minit sahaja! Tetapi satu minit inilah yang akan
menjahanamkan anak-anak kita, mungkin isteri atau suami kita.
Saya sebenarnya tak nak kongsi perkara ini. Takut ada yang cuba-
cuba untuk explore.
Tapi, demi kepentingan ramai, saya kongsikan juga. Kerana saya
banyak mendapat pertanyaan,
“Adakah Instagram antara penyumbang kepada masalah porno
ini?”
Maka inilah coretan saya. Hanya dengan satu hashtag, maka
pencarian blue akan meluas. Jadi, saya fokuskan beberapa
langkah dan solusi untuk ibu bapa memastikan agar anak-anak
mereka tidak hashtag yang entah apa-apa.
Solusi dan Langkah-langkah #solusi9
1. Ibu bapa yang mempunyai akaun Instagram, silalah follow anak-
anak anda. Like dan komen seberapa banyak mungkin di posting
anak-anak anda.
2. Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai akaun Insta, tidak perlu
buat akaun Instagram. Bikin serabut saja nanti. Anda hanya perlu
bertegas sedikit untuk memeriksa smartphone anak-anak anda.
Selagi anak-anak anda belum berumah tangga, mereka dibawah
tanggungjawab anda. Terutama bagi yang perempuan.
3. Sekiranya anda (ibu bapa) telah mengetahui tindakan anak-anak
anda yang terdorong ke arah keseronokan berpornografi ini, sila
ambil tindakan yang drastik dan berhikmah. Contohnya, ambil
handphone daripada mereka. Bertegas dan dorongkan mereka
dengan kerja-kerja kebajikan.
Bertindaklah sebelum terlambat. Media sosial di luar sana sedang
menunggu untuk membaham anak-anak anda. Pornografi bukan
biasa biasa, tapi ianya barah yang berbisa!
KISAH 18 : LUKISAN LUCAH
KANAK-KANAK
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Mari saya huraikan lukisan kanak-kanak yang normal dan tidak.
Gambar di atas adalah
karya anak saya,
Muhammad Al-Fatih yang
ketika itu berusia 5 tahun.
Gambar di sebelah kanan
ni pula adalah lukisan
seorang kanak-kanak
berusia 12 tahun yang
telah dikongsikan oleh
rakan facebook saya,
Puan Maryam Aziz.
Saya nak tanya tuan
puan, jika gambar
pertama mewakili
lukisan anak-anak kita
saat ini, maka apakah
penyebab seorang
anak syurga ini melukis
gambar lucah
sedahsyat itu?
Tidak ada jawapan
yang lain tuan puan,
melainkan kanak-kanak
itu telah terjebak
dengan pornografi
sejak dari awal.
Untuk pengetahuan
tuan puan, kajian terkini menunjukkan purata umur kanak-kanak
di Malaysia terdedah dengan pornografi seawal usia 8 tahun!
Macam mana mereka terjebak?
Handphone yang mak ayah berikan. Porn ni kalau kita tak cari, dia
akan datang sendiri. Baik dari pop up, ads hinggalah games yang
anak kita main.
Saya faham ada ibu bapa yang bertindak untuk menyekat terus
penggunaan smartphone pada anak. Ini tindakan yang paling
power boleh dilakukan oleh mak ayah.
Namun, nak taknak kita kena akui anak kita akan bercampur
dengan kawan-kawannya lain. Kita tak tahu apa jenis perkara yang
dah diakses oleh rakan-rakannya ini.
Itu belum lagi kanak-kanak yang jadi mangsa sex grooming di
internet melalui media sosial. Predator ini akan mengajar anak
tuan puan step by step sehingga pornografi dianggap biasa oleh
anak kita.
Didik anak dulu sebelum ‘syaitan’ yang mendidik anak bab ini!
KISAH 19 : TUNJUK JARI TENGAH
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Seorang ibu mesej saya. Beliau berkongsi satu cerita yang saya
kira berkemungkinan berlaku kepada tuan puan di luar sana juga.
Ceritanya begini. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke
rumah setelah mengambil anak perempuannya balik dari sekolah.
Tiba-tiba beliau terlihat seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan
jari tengahnya kepada kawan-kawan yang lain, di dalam van
sekolah.
Puan ini rasa geram. Melampau sangat dah ni. Baru darjah 1, tetapi
perangai dah macam ni. Maka, beliau teruslah menegur dan
berkata tak elok buat macam tu.
Budak lelaki ini terus memandang tepat kearah puan berkenaan,
marah-marah, dan memberitahu kepada rakannya yang lain.
Kemudian, salah seorang rakannya ini slumber badak tunjuk jari
tengahnya kepada puan ini. Bukan satu tangan, bahkan kedua-
duanya sekali, kiri dan kanan!
Speechless! Puan ni tak tahu nak cakap apa. Marah ada. Geram
ada. Sedih pun ada. Tak tahu apa perasaan yang hadir dalam
dirinya saat itu.
Bila dalam kereta, beliau berpesan kepada anak-anak, jangan
sekali-kali buat perbuatan seperti itu, ia simbol lucah, tak elok,
jangan sekali-kali buat dan wajib dijauhi!
Malam itu, di dalam bilik tidur, anak perempuannya berkongsi 1
cerita. Rupa-rupanya beliau kenal budak lelaki yang tunjuk jari
tengah tu. Malah anaknya boleh sebut istilah jari tengah tu, siap
namanya sekali!
F**K!
Allah!
**********
Ketika ceramah, saya kerap tekankan bab ini, baik kepada pelajar
sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Bagi mereka, normal bagi seseorang tunjukkan middle finger,
sebab di sekeliling mereka ramai yang buat benda yang sama.
Dalam televisyen, drama, filem, di sekolah, anak-anak jiran, abang
sendiri, kakak, adik beradik bahkan ada mak ayah yang buat benda
yang sama.
Kalau budak 7 tahun dah berani tunjuk simbol lucah pada orang
dewasa, rasa-rasa ia normal atau tidak? Mungkin tak ada siapa
yang beri maklumat yang betul pada mereka. Yang dia nampak
orang tunjukkan jari tengah sebab marah, atau tanda maki hamun
orang lain.
Sedang simbol ini bermaksud f**k you! Sungguh, anak-anak ini
telah memproses maklumat yang salah hingga diikuti.
Tuan Puan, saya mohon sangat-sangat, terangkanlah pada anak
pasal perkara ini. Jika anak kita tak buat, anak orang lain. Dari anak
kita tak tahu, dengan dia-dia sekali terjebak.
Saya puji tindakan puan ini yang berani menegur kanak-kanak tadi.
Walau respon budak-budak berkenaan sungguh mengecewakan,
kita tetap kena tegur dan cegah.
Ingat pesanan saya ini, mencarut serta menunjukkan simbol lucah
merupakan salah satu simptom awal kanak-kanak akan terjebak
dengan pornografi, walau mereka masih berusia 7 tahun!
KISAH 20 : MAKE UP ANAK LELAKI
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Lihatlah kejahilan yang terang-terang dilakukan oleh emak-emak
di luar sana. Saat saya perolehi kiriman screenshot ini dari seorang
followers, terus mulut ini terpacul perkataan, "bodohnya!".
Anak awak tu lelaki. Adik awak yang dimakeup tu juga lelaki.
Suami awak itu juga lelaki. Saraf otak yang mana telah tersumbat
hingga kalian bertindak seperti ini?
Anak lelaki itu lelaki. Jadikan dia lelaki. Tak pernah ke kalian
terfikir yang mereka ni akan membesar dalam keadaan keliru
identiti dan menganggap dirinya wanita?
Atau kalian rasa biarlah, sekali je. Anak aku, bukan anak kau. Tak
payah tunjuk baik sangatlah.
Saya ni tak henti-henti educate adik-adik di sekolah, baik di
sekolah rendah, menengah dan IPT agar tidak cenderung menjadi
jantina yang lain.
Jaga private part, tahu bezakan sentuhan selamat dan tidak,
jangan ejek kawan yang berperwatakan lembut, jangan jadi gay,
lesbian atau transgender.
Pendek kata, apa jua perkara yang mendorong ke arah itu, akan
saya lawan dan beri nasihat. Tapi emak-emak mendorong pula
anak-anak jadi begini.
Baik, mari saya quote kata-kata seorang transgender yang
terkenal di Malaysia dalam satu dokumentari di RTM berjudul
Halalkah Aku tahun 2012,
"Memang daripada kecil saya suka pakai baju kakak-kakak saya
dalam diam. Mak bapak saya tak tahu.
Bila mak saya tidur ke apa, saya pakai kasut tumit tinggi dia, jalan-
jalan. Saya suka bersolek, pakai pakaian wanita dan main
permainan perempuan."
Wahai emak-emak, dalam kes transgender ni beliau sorok-sorok
ya. Mak ayah dia tetap larang dari awal, tapi sudah terlambat.
Sekolah menengah beliau sudah ambil pil hormon perempuan.
Kau pula terang-terang solekkan anak jadi perempuan dari kecil.
Siap support satu sama lain pula. Puji anak orang tu comel bila
dimakeup satu muka.
Tak ada ke dikalangan ahli group berkenaan yang menegur
tindakan kalian ini? Admin support? Atau emak-emak jenis gini
akan melenting bila orang nasihat?
Ingatlah apa yang Nabi Muhammad pesan ni,
"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah),
ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan
mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi."
Kalau rasa tak mahu dengar apa yang Nabi Muhammad sampaikan
itu, tolong ambil pengajaran dari kata-kata transgender yang
terkenal di atas. Beliau merupakan testimoni paling 'berjaya' di
Malaysia.
Tolong tadah muka sendiri please. Jangan rosakkan anak lelaki
awak.
KISAH 21 : KAU PONDAN!
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Ketika menunggu van transit anak sampai, saya terdengar satu
jeritan seorang budak lelaki dari luar pagar sekolah,
"Hek eleh. Kau tu dah lah pondan. Pondan! Pondan!"
Sebagai seorang tukang ceramah yang selalu nasihatkan pelajar
dalam program, maka saya tegur budak ni.
"Bang, kenapa panggil kawan pondan? Awak nak ke nanti bila dia
besar ada payudara bagai?"
Terkejut dia aku tegur.
Terus dia jawab, "alamak! Sorry sorry. Tak cakap dah."
Bila saya tanya, dia maklumkan baru darjah 5, tapi bab ejek kawan
nombor 1.
Saya pesan lagi ke dia lagi,
"Jangan ejek-ejek kawan lagi. Tak elok."
Budak ini anggukkan kepala dan berlalu pergi.
****
Biasa tak berhadapan dengan situasi macam ni?
Kat rumah? Taman permainan? Sekolah? Tadika? Di transit?
Jadi, apa yang patut kita lakukan sebagai orang dewasa?
Tegur? Diamkan diri? Atau gelakkan?
Jadilah seorang dewasa yang benar-benar dewasa.
Bukan saat kanak-kanak mengejek sahaja, masa dia mencarut pun
tegur, tunjuk jari tengah pada kawan pun tegur, apa sahaja
momen yang tak elok berlaku depan mata, tegur dan
nasihatkanlah baik-baik.
Tolong jangan ada mindset, alah lantaklah, bukan anak aku pun.
Atau alah biarlah, budak-budak je pun. Sebab budak-budaklah kita
kena tegur.
Kesan psikologi kepada budak-budak yang diejek akan
membuatkan mereka down, rasa terhina dan paling parah diejek
pondan dek suara lembut atau karakter hingga cenderung ke arah
itu bila remaja.
Nauzubillah!
Kisah 22 : Anak Saya Gay!
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
"Tuan, apa lagi saya boleh buat? Saya buntu. Tak tahu nak buat
apa dah. Saya ingatkan lepas pindah sekolah, anak saya tak
terdedah dengan benda gini. Rupa-rupanya makin melampau."
Luah seorang ibu kepada saya. Berat luahan beliau ni sebenarnya.
Anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya
ketagihan seks sejenis.
Budak pandai. Belajar tip top. Tapi entah apa yang berlaku,
anaknya mula terjebak dengan homoseksual di sekolah asrama.
Awalnya sekadar gurau-gurau dengan kawan-kawan, sentuh
private part satu sama lain, onanikan kemaluan kawan-kawan,
lama-lama jadi seronok dan biasa.
Ketika saya bertemu
anaknya tahun lepas,
budak ini baru berusia
15 tahun. Mula
terjebak dengan
pornografi ketika
berusia 13 tahun. Kini,
beliau semakin berani.
Ibunya siap jumpa
perbualan lucah beliau
dengan seorang lelaki
yang ditemuinya di
dalam apps gay.
Penuh dengan ayat-
ayat mesra, luah yang
dirinya sangap, sanggup bayar servis untuk puaskan nafsu dan
plan bila nak bertemu. Dan perbualan ini berlaku dalam bulan
Ramadan yang lepas.
Oleh sebab puan ini sudah berpisah, maka bekas suami cadang
untuk hentikan persekolahan anaknya dan dimasukkan ke tahfiz.
Bila puan ini minta pendapat saya, awal-awal lagi saya larang.
Jangan sekali-kali bawa masalah ke tahfiz pula. Nanti tak pasal-
pasal kawan-kawannya jadi seperti dirinya. Ini mentaliti yang
salah!
Banyak mak ayah fikir kalau anak jahat, nakal, terlibat dengan
masalah sosial, suka sama jantina, tahfiz serta belajar Quranlah
yang mampu ubah anak mereka.
Solusinya #solusi10
Anak kita boleh diubah jika istiqomah dan disiplin jalani rawatan
terapi di hospital. Sesi kaunseling jangan tinggal. Bawa jumpa
pakar psikaitrik. Juga, tolong beri harapan pada anak yang dia
boleh berubah.
Banyakkan berdoa tuan puan. Allah akan bantu kita nanti. Sedang
Nabi yang Allah utuskan diuji dengan anak, inikan pula kita. Doa,
doa dan terus berdoa.
Maka, nak taknak
pendidikan dari awal di
rumah itu amatlah
penting. Didik dari awal
apa itu sentuhan selamat
dan tidak selamat, how to
protect our private parts,
fungsi kemaluan,
bertanggungjawab
dengan kurniaan Tuhan
dan lain-lain.
Anak nak masuk asrama,
ulang-ulanglah selalu
pada mereka cabaran
yang boleh dialami.
Baik buli mental, emosi, seksual, sentuhan tak selamat, budaya
abang angkat adik angkat, gurauan seksual dan lain-lain.
Anak perlu tahu dan perlu tahu lebih awal.
Sekadar berkongsi kesedihan hati mendapat kes-kes seperti ini.
Kisah 23 : Bila Google Menjadi Guru
Utama Anak-Anak Belajar Tentang
Seks
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Ada seorang bapa mesej saya. Anaknya perempuan yang berusia
7 tahun search benda lucah di google.
Kau tahu dari mana dia belajar? Budak ni cakap dari kawannya di
tadika ketika berusia 5 tahun. Google sahaja kata kunci 'cerita
india', maka akan keluar scene cium-cium dan love scene.
Sebelum judge parents ni bukan-bukan, eloklah tahu keadaan
sebenar. Mereka bukan jenis mak ayah yang lepas tangan beri
phone pada anak tanpa kawalan.
Sebelum ni memang tak bagi pun. Cuma sejak PKP nilah baru
anaknya dapat pegang phone. Itupun sebab nak mudahkan
anaknya belajar melalui google classroom.
Tapi akhirnya jadi benda gini. Jadi, beliau PM minta nasihat apa
yang boleh dibuat.
Maka saya jawab, jangan marah anak. Mereka tak salah. Mereka
sangat naif. Saya berikan contoh kisah saya dan anak-anak.
Sejak mereka kenal youtube, saya dah bagi tahu awal-awal, dalam
youtube ni bukan hanya ada video Omar Hana, Upin Ipin, Frozen,
Boboiboy, Ejen Ali, Doraemon dan lain-lain kartun.
Tapi ada baaaaanyaaaaaakkk lagi video yang tak elok dan lucah.
Saya terangkan pada mereka lucah tu video orang cium mulut,
peluk sana sini, bogel, tak kiralah video manusia ataupun animasi.
Jadi, saya pesan awal-awal, kalau terakses video begitu, cepat-
cepat bagi tahu saya. Saya ulang benda ni hampir 2 tahun.
Memang melekat betul pesanan ni sampai sekarang.
Kalau nak search gambar haiwan, dinasour atau maklumat lain di
google, kena bagi tahu saya. Alhamdulillah, apa-apa je, depa akan
bagi tahu.
Bukan itu sahaja, saya juga selalu ingatkan agar mereka berhati-
hati dengan apa yang kawan cerita dan cakap di sekolah.
Kalau kawan share benda tak elok, lucah, cakap bodoh, babi,
mencarut, jari tengah ke apa, buli ke, bagi tahu. Senang saya nak
jumpa budak berkenaan dan maklumkan pada guru.
Dan akhirnya, saya pesan pada Tuan berkenaan walau anaknya
telah mengakses benda-benda gini sewaktu usia 7 tahun, tapi
belum terlambat untuk hentikan tabiat itu.
Bila anak buat kerja atau tonton video ketika sesi pembelajaran
online, duduk bersama dengan mereka. Kemudian, kuarantin
phone tu untuk digunakan pada satu tempoh.
At least anak tahu apa yang dia buat tu salah. Jangan pukul, jangan
marah. Dia tak tahu pun benda tu salah. Hanya mengikut apa yang
kawan ceritakan.
Kisah 24 : Kisah Anak Kita di Media
Sosial
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi & Cikgu Mohd Fadhli
Sedih saya pagi ni. Buka je twitter, ada yang share gambar ni, IG
Story budak perempuan di instagram.
"Kalau lelaki minat perempuan yang p*pek pink, t*tek besar. Tak
salah kami yang perempuan minat k*te besar, panjang."
"Nak awek elok-elok, bila suruh ramas t*tek segan pula."
Saya tak tahulah apa perasaan tuan puan yang baca ni. Sekarang
bayangkan kalau yang tulis ni anak perempuan kita, adik
perempuan kita, anak saudara perempuan kita atau anak murid
perempuan kita.
Speechless kan.
Inilah sebab utama saya tak jemu-jemu berkongsi dan mendidik
masyarakat. Di facebook saya fokus pada mak ayah. Di twitter
fokus untuk anak muda yang belum berkahwin.
Sebab itu juga saya selalu ulang, parents please bagi nama yang
selayaknya pada kemaluan anak.
Kemaluan lelaki, zakar atau penis. Bukan burung, bebird, batang,
punai, belalai, sosej dan lain-lain.
Kemaluan anak perempuan, faraj atau vagina. Bukan pepek, poen,
rama-rama, bunga, apam, karipap dan nama-nama carutan.
Sebab apa? Sebab nak tanamkan mindset pada anak kemaluan tu
bukan benda yang lucah. Ia sama seperti anggota tubuh badan
yang lain, ada nama dan fungsi.
Sebab pemberian nama pelik-pelik inilah munculnya lawak double
meaning, melucah kat pejabat, dalam group wassap, dalam group
masak tak jadi, dalam media sosial.
Anak-anak belajar dari orang dewasa. Dari kita. Jangan salahkan
mereka.
Ini dah tahun 2020. Anak hari ni tak sama macam zaman kita dulu.
Handphone, gajet, internet, game semua advance.
Kalau pemikiran kita masih di takuk lama, anak kita tu tak mustahil
akan rosak dan dirosakkan orang lain.
Belajarlah jadi ibu ayah yang baik, yang terbuka, yang mudah
diajak berbincang, yang akui kesilapannya kepada anak, yang
mudah mendidik anak tentang ilmu seksualiti.
*********
Hari ini meletop satu cerita bersekedudukan a.ka. berjimak a.k.a
hubungan seks dengan sepupu sendiri. Malah bangga dengan
post kan pada posting media sosial. Seolah olah ramadhan yang
lepas tiada apa apa kesan pada diri.
Saya tidak tahu mahu
tulis dari sudut mana.
Apa yang penting
masalah ini bukan
sebarangan. Virus ini
telah wujud dalam
keluarga tanpa kita
sedar!
Paling sedih, kisah ini
dikongsikan oleh orang
melayu islam secara
terang terangan malah
berbangga dengan apa
yang mereka lakukan.
Adakah generasi muda
Malaysia telah kemaruk
dengan seks?
Sehinggakan tiada rasa
apa apa bila post hal ini ?
Masalah ini bukan berlaku sehari dua hari atau setahun hingga dua
tahun. Tetapi masalah ini telah dibina bertahun tahun. Inilah yang
dipanggil grooming.
Banyak kemungkinan berlakunya kecenderungan ini dan berlaku
dalam keadaan tidak sedar. Biasanya, mengambil masa yang
panjang dan 'follow up' yang cantik.
Kemungkinan si pelaku pernah menjadi mangsa seks. Akhirnya,
melakukan perkara yang sama terhadap keluarga terdekat
terutama sepupu.
Ada juga kemungkinan bermula dari ketagihan video lucah yang
melanda dalam sesebuah keluarga. Video lucah ini telah menjadi
makanan dalam diri seseorang. Sehingga payah untuk tinggalkan.
Pergaulan bebas dalam keluarga terdekat seperti sepupu juga
menjadi punca utama. Pada awalnya mereka hanya berhubung
biasa biasa. Ketika kanak-kanak bebas bergaul bersentuhan dan
pencampuran yang tidak dikawal.
Zaman kini, media sosial sangat meluas hingga mengundang
kecelakaan jika tidak dipantau oleh ibu bapa.
Pada awalnya anak anak ini hanya mesej atau berhubungan biasa
biasa akhirnya perbualan berunsur lucah menjadi kebiasaan.
Oleh kerana itu, ibu bapa wajib memantau penggunaan
smartphone anak anak.
Solusi dan Langkah penyelesaian
7. Ibu bapa perlu nasihatkan anak-anak sedari sejak kecil akan
pergaulan dan pencampuran walaupun sesama sepupu dan
saudara.
8. Memantau pergerakan anak anak dari kecil hingga dewasa.
Dengan siapa mereka bersama dan keluar. Jangan pandang
ringan dengan dengan hanya mengandaikan "itu saudara, itu
sepupu. Tak kan nak buat benda tak baik"
9. Konsep Aurat perlu ditekankan apabila pulang ke kampung.
Walaupun telah berkahwin apatah lagi yang belum berkahwin.
Ini tidak, sesama sepupu pakaiannya singkat, bajunya jarang
dan agak memberahikan.
10. Perlu ingat, keluarga yang pulang ke kampung ada di antara
mereka yang 'Predator' dan kaki seks. Dek kerana ketagihan
bahan bahan lucah. Hal ini tidak kira apa jantina dan umur !
11. Saya akui hal ini sangat rumit. Tetapi yang hanya mampu
membendungnya adalah pendidikan dari rumah. Pendidikan
dari ibu bapa.