The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Master Modul Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SLee Tiong, 2024-03-17 09:56:44

Master Modul Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas

Master Modul Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas

MODUL PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH MENENGAH ATAS


MODUL PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH MENENGAH ATAS


Terbitan 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Definisi Kurikulum Kebangsaan vii Kata Pengantar ix Pendahuluan 1 Matlamat 3 Kerangka Pendidikan Sivik 3 Modul Exemplar Bahasa Melayu 7 Modul Exemplar Bahasa Inggeris 35 Modul Exemplar Pendidikan Islam 57 Modul Exemplar Pendidikan Moral 91 Modul Exemplar Sejarah 115 Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Menengah 141 KANDUNGAN


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi


KURIKULUM KEBANGSAAN DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97] vii


KATA PENGANTAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai, transformasi bagi memperkukuh pendidikan sivik akan dilaksanakan secara bersepadu serta holistik bukan sahaja dalam mata pelajaran tetapi turut dilaksanakan menerusi kokurikulum, perhimpunan sekolah dan pelbagai program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Modul exemplar pendidikan sivik dibina berdasarkan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Modul yang disediakan ini perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah dalam waktu mata pelajaran masing-masing. Selain itu, pelibatan pihak luar dan pelbagai agensi seperti ibu bapa dan anggota masyarakat dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat melahirkan warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah. Usaha penghasilan modul ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak. Kepada semua pihak yang terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum ix


PENDAHULUAN Pendidikan sivik yang dilaksanakan di semua peringkat sekolah akan memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pemahaman dan kesedaran sivik boleh membentuk perwatakan murid untuk menjadi anggota masyarakat dan warganegara Malaysia yang mengutamakan perpaduan, bersemangat patriotik, berintegriti, bangga dan cinta akan negara serta memberi sumbangan bermakna ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Hasrat ini boleh dicapai menerusi pendekatan bersepadu melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program sekolah. Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah akan memberi penekanan kepada empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik boleh disampaikan secara pembelajaran bersepadu melalui mata pelajaran. Bagi mata pelajaran terlibat, suatu modul exemplar pendidikan sivik dihasilkan. Modul ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik serta pemetaan dan perinciannya. Kandungan pendidikan sivik akan membolehkan murid memahami dan menghayati pelbagai perkara seperti hak asasi, komitmen dan dedikasi, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, berkerjasama dalam masyarakat berbilang kaum dan etnik, bertanggungjawab memelihara kelestarian alam sekitar, berunding dan menyelesaikan konflik, serta menyumbang ke arah keharmonian, kemakmuran, dan pembangunan negara. Di samping itu, modul ini juga menyediakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang boleh dilakukan. Modul ini sebagai panduan untuk membantu guru bagi membolehkan murid menguasai kandungan pendidikan sivik. Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak. Di peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di peringkat sekolah menengah pula, pembelajaran pendidikan sivik akan membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. 1


Pendidikan Sivik Pendidikan sivik pada peringkat sekolah menengah atas dilaksanakan selama satu jam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah berdasarkan empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam membentuk insan yang tahu hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Pelaksanaan ini boleh dijalankan secara serentak pada minggu yang ditetapkan mengikut jadual waktu mata pelajaran tersebut. Bagi membantu guru melaksanakan pendidikan sivik dalam mata pelajaran tersebut, suatu modul exemplar pendidikan sivik dihasilkan sebagai panduan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersepadu menekankan literasi dan amali sivik dalam mata pelajaran sama ada dalam mahupun di luar bilik darjah. Kandungan modul ini juga memuatkan pemetaan dan perincian nilai teras, tajuk, konteks, literasi dan amali pendidikan sivik sekolah menengah atas . Selain itu, terdapat beberapa contoh serta cadangan aktiviti PdP. Kaedah PdP yang boleh digunakan untuk melaksanakan modul ini ialah pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran penyelesaian masalah dan pembelajaran khidmat masyarakat yang melibatkan hands-on, minds-on dan hearts -on bagi menggalakkan pelibatan murid secara aktif dalam PdP. Berpandukan modul ini, guru digalakkan mempelbagai strategi dan pendekatan PdP mengikut kesesuaian, kreativiti dan mengikut konteks setempat. Guru juga boleh membina modul mengikut mata pelajaran berdasarkan pemetaan dan perincian yang disediakan. Pentaksiran pendidikan sivik dalam kalangan murid hendaklah dilakukan secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pentaksiran secara lisan, bertulis dan pemerhatian sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pelbagai aspek boleh ditaksir seperti pengetahuan dan fakta, pertuturan dan sikap, perlakuan dan amalan, kemahiran mengaplikasi, kemahiran manipulatif dan kemahiran sosial. Selain daripada itu, pentaksiran bersepadu juga boleh dilaksanakan dalam aktiviti luar seperti perhimpunan sekolah, kokurikulum dan program sekolah secara berterusan dalam mengenal pasti keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan, kesedaran, tindakan dan mengamalkannya dalam kehidupan. 2


Rajah 1: Kerangka Pendidikan Sivik MATLAMAT Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, tanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. KERANGKA PENDIDIKAN SIVIK Pelaksanaan pendidikan sivik seharusnya dijalankan secara holistik berfokus kepada pembentukan perwatakan murid melalui nilai teras sivik, iaitu kasih sayang, hormati-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Pembentukan perwatakan murid dibentuk melalui literasi sivik dan amali sivik melalui pelbagai aspek seperti di Rajah 1. 3


Literasi sivik dan amali sivik dijadikan asas dalam pendidikan sivik. Penekanan kepada perkara ini diberikan seawal peringkat prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Literasi Sivik merangkumi tiga elemen, iaitu pengetahuan kewarganegaraan (pengetahuan), karakter atau sikap kewarganegaraan (sosioemosi) dan keterampilan kewarganegaraan (tndakan) yang dilaksanakan dalam kurikulum seperti yang berikut: 1. Pengetahuan Kewarganegaraan Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal demokrasi dan raja berperlembagaan, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak dan tanggungjawab bagi menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam sistem sosiopolitik. 2. Karakter atau Sikap Kewarganegaraan Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan secara bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui sosioemosi sivik, setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam kepelbagaian masyarakat. 3. Keterampilan kewarganegaraan Keterampilan kewarganegaraan adalah individu yang mampu melaksanakan hak-hak kewajipannya sebagai warganegara, bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya untuk menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan, pembangunan negara serta mampu memberi respons perkara-perkara berkaitan dengan masyarakat, negara dan global. 4


Manakala Amali Sivik adalah pengaplikasian pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik dalam pelbagai situasi. Pengaplikasian amali sivik hendaklah bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan global. Amali sivik boleh murid menterjemahkan pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik mereka ke arah memberi sumbangan secara berkesan dalam kehidupan. Amalan sivik boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti sama ada di dalam dan di luar sekolah seperti berikut: 1. Perhimpunan Sekolah Perhimpunan rasmi sekolah boleh dimanfaatkan untuk mendidik pendidikan sivik dalam kalangan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah pada setiap minggu. Melalui perhimpunan sekolah, pendidikan sivik boleh dilakukan dengan menggunakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM) mengikut nilai teras yang telah ditetapkan. Kandungan MKSANM akan memberi kesedaran sivik yang disesuaikan dengan pelbagai perkara seperti latar Malaysia yang berbilang bangsa, etnik dan mempunyai pelbagai fahaman agama. Murid akan memperoleh satu gagasan nilai sejagat yang boleh dikongsi bersama-sama untuk membentuk warganegara yang baik dan memperkukuh perpaduan di Malaysia. 2. Kokurikulum Pelaksanaan pendidikan sivik ini perlu dilaksanakan pada setiap minggu mengikut nilai teras yang telah ditetapkan dalam semua program kokurikulum seperti aktiviti Badan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan bagi menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikannya. Menerusi aktiviti kokurikulum, murid bukan sahaja boleh memperoleh dan meningkatkan ilmu, kemahiran baharu dan memupuk sikap positif, malahan dapat memperkembangkan nilai-nilai murni, mengamalkan sifat kemanusiaan dan keinsanan serta meningkatkan kualiti jati diri. 3. Program Sekolah Program atau aktiviti sekolah pula, pihak sekolah digalakkan mengadakan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti, media, agensi swasta, badan-badan bukan kerajaan dan pelbagai kementerian. Pengukuhan pelaksanaan pendidikan sivik melalui program atau aktiviti sekolah seperti Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Bumi, RIMUP, dan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan melibatkan PIBG serta komuniti setempat perlu diperkasakan bagi menggalakan kesedaran sivik dalam kalangan murid. Ringkasnya, pendididkan sivik di sekolah hendaklah dilaksanakan secara bersepadu, holistik dan menyeluruh melalui pelbagai cara. Pelibatan semua pihak boleh mendorong ke arah pembentukan perwatakan murid yang memiliki pemikiran sivik, tahu hak dan tanggungjawab dalam memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. 5


MODUL EXEMPLAR BAHASA MELAYU


Hentikan Keganasan MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 5 PENGETAHUAN: Menerangkan pengetahuan tentang keamanan sejagat. SOSIOEMOSI: Menghargai keamanan negara dan global TINDAKAN Rancang projek bantuan kemanusiaan Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Global Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu https://ms.wikipedia.org/wiki/ Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu 2. Syukuri Nikmat Keamanan http://www.astroawani.com/berita- malaysia/syukuri-nikmat-keamanan- kedamaian-yang-dikecapi-agong154712 Persediaan Guru: Guru mencari maklumat tentang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain itu guru juga perlu mendapatkan maklumat tentang cara menulis puisi dan langkah-langkah menulis kertas projek PENGENALAN Setiap manusia di dunia ini berhak hidup dalam negara yang aman tanpa peperangan. Negara yang aman dapat diwujudkan sekiranya semua pihak terutamanya golongan pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan menghargai keamanan sejagat. Masyarakat dunia juga bertanggungjawab menjaga dan menghargai keamanan dengan menyemarakkan rasa kasih sayang sesama manusia. TAJUK 1 Jam Masa: Gambar sumber https://www.pinterest.com/ pin/343892121539583015/ Imbas kod QR ini untuk paparan berita tentang Malaysia komited bersama dengan PBB memperjuangkan keamanan dunia (astroawani.com) Sumbang saran: i. Guru meminta murid memberikan definisi keamanan sejagat mengikut fahaman mereka sendiri. ii. Murid memberikan pendapat mereka tentang keamanan sejagat. iii. Guru mengemukakan peristiwa peperangan yang berlaku di negaranegara bergolak seperti Syria dan Palestine. iv. Guru meminta murid memberikan pendapat tentang peristiwa peperangan dan mengaitkannya dengan keamanan sejagat. Kod QR 9


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Tugasan 1: Media massa sering memaparkan berita peperangan yang berlaku di seluruh dunia. Antara peperangan yang telah berlaku sejak puluhan tahun lamanya ialah peperangan di Palestine. Pelbagai usaha telah dijalankan di peringkat dunia namun masih belum menemukan titik keamanan. Bincangkan peranan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dalam mengembalikan keamanan di negara-negara yang bergolak. Mewujudkan hubungan persahabatan antarabangsa berdasarkan asas persamaan hak menentukan nasib sendiri dan tidak mencampuri urusan dalam negara lain Mewujudkan perdamaian dan keamanan secara global Mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan perbalahan di peringkat global dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, dan kemanusiaan PBB bertanggungjawab untuk mengembalikan keamanan sejagat agar seluruh masyarakat dunia mendapat hak yang sewajarnya untuk hidup dalam keadaan aman. Tugasan 2 Rakyat Malaysia perlu mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi dalam apa-apa jua situasi. (Dipetik daripada petikan berita Astro awani bertajuk Syukuri nikmat keamanan, kedamaian yang dikecapi bertarikh 9 Sept. 2017) http://www.astroawani.com/berita-malaysia/syukuri-nikmat-keamanan-kedamaianyang-dikecapi-agong-154712 Bina sebuah sajak secara berkumpulan yang menggambarkan anda mensyukuri nikmat keamanan serta memupuk kasih sayang sesama manusia. Rakyat perlu mempelajari dan mengambil iktibar daripada peperangan yang Rakyat perlu sentiasa berlaku di luar negara menghargai usaha-usaha menjaga keamanan dan keselamatan negara Rakyat perlu menghargai perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara Rakyat perlu berwaspada dengan ancaman kumpulan pengganas yang membimbangkan di seluruh dunia Rakyat perlu terus memelihara dan menyuburkan perasaan kasih sayang sesama manusia. Titah Perintah Yang di-Pertuan Agong Kelima Belas Kod QR Sila imbas kod QR untuk mendapatkan video Sejarah Ringkas Palestine 10


Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang dibentangkan oleh murid: • menghuraikan peranan PBB dalam mengembalikan keamanan di peringkat dunia. • menzahirkan rasa kesyukuran atas keamanan negara yang dikecapi melalui puisi. • Merancang projek bantuan kemanusiaan. AKTIVITI 3 Tugasan 3 Anda dan rakan-rakan bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat di negara Syria dan anda terpanggil untuk membantu mereka. Secara berkumpulan lantik ahli jawatankuasa bagi kertas projek Bantuan Untuk Syria untuk diusulkan kepada pengetua sekolah. Ahli jawatankuasa tersebut perlu lengkap dengan huraian tugas. SUMBER TAMBAHAN Kod QR: Imbas kod QR bagi mendapatkan maklumat cara untuk memberikan sumbangan kepada mangsa peperangan di seluruh dunia Rumusan Penilaian Merancang projek bantuan kemanusiaan supaya dapat menyemarakkan rasa kasih sayang sesama manusia di seluruh dunia. Kita perlu tahu peranan PBB dalam mengembalikan keamanan sejagat. Seluruh masyarakat di Malaysia perlu menghargai keamanan negara dan sentiasa memupuk rasa kasih sayang sesama manusia. Hak Setiap manusia di dunia ini mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Tanggungjawab Setiap pemimpin di seluruh negara perlu bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik antara negara supaya keamanan sejagat dapat dirasai di seluruh dunia. Info Sivik 11


BERWAWASAN MEMANFAATKAN SUMBER ASLI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Menyenaraikan sumber-sumber asli SOSIOEMOSI: Menghargai sumber asli TINDAKAN Mengurus sumber asli dengan berhemah Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Masyarakat LITERASI SIVIK: NOTA GURU Nota Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan Kelestarian Global, BPK (2016) Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan jenis-jenis sumber alam, cara menjaga kelestarian sumber asli dan cara mengurusnya. PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber asli. Sumber asli atau sumber semula jadi ialah sumber alam sekitar yang belum terusik dan berfaedah kepada manusia. Setiap warganegara mempunyai hak untuk mengetahui sumber asli yang terdapat di negara kita dan bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian sumber asli agar Malaysia kekal sebagai negara mega diversiti di dunia. TAJUK 1 Jam Masa: QR Code KOSA KATA Kelestarian - keadaan (hutan, persekitaran, dll) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal Diversiti - keadaan (sifat, bentuk, dsb) yang pelbagai Sumbang saran: Bincangkan tentang gambar di atas. Imbas Kod QR untuk menonton video Punca-punca Pencemaran 12


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 PERBINCANGAN KUMPULAN (ROTATING REVIEW) Setiap kumpulan diberi satu topik perbincangan. Hasil perbincangan dicatat di kertas sebak dan dipaparkan di tempat kumpulan masing-masing. Setiap pasukan akan bergerak ke pasukan lain untuk membuat penilaian dengan memberi komen, tambahan idea atau persoalan menggunakan warna pen berbeza. QR Code SUMBANG SARAN • Tonton video tersebut. • Senaraikan jenis-jenis sumber asli yang anda ketahui. • Berikan contoh bagi setiap sumber asli tersebut dan huraikan kepentingannya. INFO GURU Cara menghargai sumber mineral Cara menghargai sumber hutan Cara menghargai sumber tanih Cara menghargai sumber air Cara menghargai sumber suria INFO Menghargai merujuk kepada cara menjaga sumber alam agar tidak mengalami 13


AKTIVITI 3 Rumusan Info Sivik Setiap orang mempunyai hak untuk hidup dalam alam sekitar yang tidak tercemar. Setiap orang bertanggungjawab untuk menghargai, mengekalkan dan mengurus sumber alam dengan baik. Penilaian Kumpulan yang berjaya menanam banyak pokok bersama dengan keluarga masing-masing akan diberi penghargaan oleh pihak sekolah. PROJEK KUMPULAN Projek ini melibatkan ibu bapa murid. Setiap kumpulan dikehendaki menghijaukan persekitaran sekolah mengikut kreativiti masing-masing. Bentangkan dan jelaskan hasil perbincangan kepada kelas. PROGRAM 1 KELUARGA 1 POKOK Elakkan pencemaran air sungai, laut, darat dan udara. Elakkan penerokaan hutan sewenang-wenangnya. Mengelakkan pembakaran terbuka Membuang sisa toksid di tempat yang betul Bukit dan gunung dikekalkan sebagai pasak bumi Elakkan penebangan pokok yang tidak terkawal Pentaksiran bilik darjah dilaksanakan secara lisan dan pemerhatian dalam semua aktiviti. 14


MALU MELAKUKAN PERKARA NEGATIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 4 Nilai Teras: HORMAT- MENGHORMATI Konteks: MASYARAKAT NOTA GURU Nota Rujukan: http://abuaiman72.blogspot. Persediaan Guru: Guru menunjukkan video aksi-aksi pergaulan bebas dalam kalangan masyarakat. PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: Sifat malu merupakan salah satu bentuk emosi manusia apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan atau norma masyarakat sehingga berkecenderungan untuk menyembunyikannya. Hal ini adalah kerana individu itu berasa tidak selesa apabila perbuatan tersebut diketahui oleh orang lain. Konsep malu membawa makna yang baik dan buruk. Manusia akan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang tercela kerana adanya sifat malu. Dalam masa yang sama mereka akan melakukan sesuatu perkara yang terbaik. Manusia yang telah hilang sifat malu pula akan melakukan apa-apa saja tanpa memikirkan impak negatif kepada mereka. QR Code Adi Putra dalam sedutan Filem Anlal( 2007) https://www.youtube.com/ watch?v=sOSZMb_xYK4 Sumbang saran : Senaraikan kesan malu yang positif dan kesan malu yang negatif . Malu Positif Malu Negatif • Malu bergaul secara bebas • Malu melakukan perkara negatif • Malu mendedahkan aurat • Malu menonjolkan diri • Malu menyatakan pemikiran. • Malu bertanya • Malu mencari ilmu • Malu menyatakan kebenaran. • Malu mempertahankan hak. PENGETAHUAN: Menjelaskan cara menghormati batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan SOSIOEMOSI: Menghargai diri dan dapat menjaga batasan pergaulan TINDAKAN Menjaga batasan antara lelaki dengan perempuan Literasi Sivik: 15


Tugasan kumpulan: Bincangkan tanggungjawab anda untuk menjaga diri daripada melakukan perbuatan yang memalukan diri sendiri. Catatkan dapatan perbincangan anda sebagai aku janji anda kepada diri sendiri. AKTIVITI 3 Tugasan berkumpulan 1: Malu yang negatif patut dihindari oleh semua orang untuk mengawal tingkah laku sosial masing-masing. Nyatakan hak anda untuk malu dalam melakukan sesuatu tindakan. Tugasan Kumpulan 2: Nyatakan sebab anda patut malu untuk melakukan perbuatan tersebut. Anda telah mengetahui bahawa malu dapat memberi impak positif dan negatif kepada seseorang. Fikirkan cara terbaik untuk menyebarkan kesedaran mempunyai perasaan malu yang positif kepada semua murid di sekolah anda. Cadangan: i. Bina satu poster menggunakan aplikasi yang anda tahu. ii. Tajuk poster anda ialah “Malu Pengawal Aktiviti Sosial”. iii. Sebarkan di laman sosial sekolah anda dalam masa dua minggu dan dapatkan respons daripada rakan-rakan dan guru. Malu untuk bergaduh Malu untuk bergaul secara bebas Malu mendedahkan aurat Malu mengambil hak orang lain AKUJANJI Menjaga aurat Menjaga pergaulan Menjauhkan diri daripada sikap negatif Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat Tidak mengambil hak orang lain hak orang Anda berhak dan bertanggungjawab untuk malu dalam melakukan perbuatan yang negatif agar perasaan tersebut dapat menjadi benteng kepada diri anda untuk menjadi modal insan yang baik. AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 16


Rumusan Penilaian Murid menulis tiga daripada maksud peribahasa bertemakan malu. Berani malu, mati takut Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut Tahu membezakan antara malu yang memberi kesan positif dengan malu yang memberi kesan negatif. Kita hendaklah mempunyai perasaan malu untuk melakukan perkara yang negatif . Kita patut tahu hak dan tanggungjawab untuk malu dalam membuat keputusan sesuatu perkara Info sivik Hak : Hak untuk malu pada perkara yang negatif. Tanggungjawab : Memastikan diri dan ahli keluarga mempunyai sifat malu yang bertempat. 17


Pengekalan Warisan Budaya Malaysia MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 5 PENGETAHUAN: Menyatakan kepelbagaian warisan budaya antara kaum SOSIOEMOSI: Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia TINDAKAN Menunjukkan sikap hormatmenghormati dalam sebarang tindakan hidup bermasyarakat Nilai Teras: Hormat-menghormati Konteks: Masyarakat Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: https://sites.google.com/site/ sivikkenalibudayamalaysia/ tanggungjawab-mengekalkankepelbagaian-warisan-budaya-malaysia/ kepentingan-mengekalkan-kepelbagaianbudaya-malaysia http://www.utusan.com.my/rencana/ utama/pertahankan-budaya-dan-warisanbangsa-1.370668 Persediaan Guru: Guru perlu mencari maklumat tentang hak dan tanggungjawab murid untuk dihormati dan menghormati semua kaum di Malaysia. Guru juga perlu mengaitkan pengetahuan dan pemahaman tentang kepelbagaian budaya dengan mewujudkan sifat hormat-menghormati. PENGENALAN Malaysia memang terkenal oleh kepelbagaian budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia didiami oleh masyarakat pelbagai bangsa, agama, dan etnik. Secara tidak langsung, hal ini telah melahirkan identiti yang menarik kepada negara. Perkara ini, jika dipelihara sebaik-baiknya, akan menjadi aset penting kepada negara. Impaknya bukan sahaja kepada pengukuhan warisan budaya tersebut, malah pembangunan ekonomi, pendidikan, sukan dan sosial negara. Oleh itu, setiap rakyat perlu dididik sejak zaman kanak-kanak lagi supaya sentiasa bertanggungjawab untuk menjadi warganegara yang mengamalkan nilai hormatmenghormati serta sifat bertolak ansur antara satu sama lain. TAJUK 1 Jam Masa: Sumbang Saran Murid-murid berkongsi pengalaman mereka berjiran dengan kaum lain. 18


AKTIVITI 1 Tugasan1: Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama, masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Secara berkumpulan, lengkapkan teka silang kata di bawah ini. KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA Ke bawah Melintang 1. makanan yang dimakan semasa kaum Cina menyambut festival kuih bulan 4. kemeja Panjang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau sutera yang dipakai oleh lelaki India 2. kuih tradisional masyarakat melayu yang sangat popular 5. sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung beras, tepung kacang, dan dicampur dengan rempah 3. permainan terompah galah yang dimainkan oleh masyarakat Kadazan Dusun 7. kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban 6. permainan kanak-kanak yang menggunakan batu-batu kecil 9. sejenis makanan yang dimasak menggunakan air panas dan dikacau sehingga kental 8. nasi atau pulut yang dimasak di dalam sarung daun kelapa yang dianyam 11. membawa maksud baju dan seluar dalam dialek kantonis 10. perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu 13. permainan tradisional kaum India 12. permainan tradisi biasanya dimainkan sewaktu berlangsungnya Pesta Kaul yang merupakan festival unik daripada etnik Melanau juga Iban di Sarawak 14. Pakaian tradisional bagi perempuan Melayu 15. ikan atau daging yang dimasak dalam buluh Teka silang kata Kepelbagaian Kaum di Malaysia. Jawapan teka silang kata Kepelbagaian Kaum di Malaysia. 19


Tugasan 2 : Setiap warga Malaysia perlu mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dalam kepelbagaian budaya yang kita miliki. Oleh hal yang demikian, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menzahirkan perasaan cinta dan bangga kepada negara. Secara berkumpulan, hasilkan sebatang pokok yang rimbun dengan menyenaraikan seberapa banyak warisan budaya di Malaysia. Kemudian bentangkan hasil tugasan anda dengan menjelaskan sebab-sebab anda berasa bangga dengan keunikan tersebut. Menziarahi jiran yang sakit Jiran berbilang bangsa meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama Ahli Jawatankuasa taman perumahan berbincang tentang menu bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Taman Seri Kenanga. Dalam perbincangan menu mereka perlu mengambil kira jiran yang menganut agama Hindu dan Buddha Bertegur sapa dengan jiran yang telah lama tidak berjumpa Menerima perbezaan dengan hati terbuka Kepelbagaian kaum Menguasai Bahasa Kebangsaan dan berpeluang mempelajari bnahasa lain Mengamalkan konsep Makanan tradisional toleransi. seperti nasi lemak menjadi produk pelancongan bertaraf dunia Tidak bersangka buruk terhadap kaum lain Bangga menjadi rakyat Malaysia Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat menghormati satu sama lain. Setiap kumpulan perlu melakonkan situasi yang akan diberikan oleh kumpulan lain secara spontan. (setiap situasi bertemakan sikap hormat-menghormati dalam masyarakat) AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Menasihati jiran yang membiarkan anjing peliharaannya berkeliaran secara berhemah. 20


Kita perlu sentiasa berbangga dengan keunikan dan kekayaan warisan budaya negara kita kerana kita mampu bersatu dalam semua perbezaan dan kepelbagaian itu menjadi negara kita unik Setiap masyarakat perlu mengetahui tentang kepelbagaian warisan antara kaum supaya rasa hormat menghormati dapat diwujudkan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Nilai hormat-menghormati perlu diterap dan diamalkan sejak dari awal lagi kerana melalui nilai ini akan mendidik sifat bertolak ansur dalam kalangan masyarakat. Rumusan Penilaian Hak Setiap masyarakat di negara ini mempunyai hak untuk dihormati dan berhak untuk mengamalkan kepercayaan masingmasing . Tanggungjawab Setiap masyarakat bertanggungjawab untuk mempertahankan keharmonian yang telah kita kecapi dengan mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam budaya setiap kaum di negara ini. Info Sivik Guru menilai tahap pengetahuan murid tentang kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia menerusi permainan teka silang kata Guru menilai hasil kerja murid berdasarkan ungkapan rasa bangga terhadap tentang keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia. Guru menilai kesantunan bahasa murid yang ditunjukkan oleh murid melalui aktiviti lakonan. 21


SUMBER TAMBAHAN QR Code: Kebebasan bersuara: Hak dan Adab https://www.academia.edu/7819740/ Kebebasan_Bersuara_Hak_Dan_Adab_Dalam_Kritikan Kebebasan Dengan Batasan MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 4 Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Masyarakat NOTA Nota Rujukan: 1. https://www.kpdnhep.gov.my/aduan/# 2. http://www.utusan.com.my/rencana/ utama/antara-hak-dan-batasanbersuara-1.625445 Persediaan Guru: 1. Guru perlu mencari maklumat tentang hak masyarakat untuk bersuara. 2. Guru perlu mencari maklumat tentang cara-cara membuat aduan. PENGENALAN HAK untuk bersuara, berekspresi atau mengutarakan pandangan sememangnya telah terpelihara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa setiap warganegara berhak ke atas kebebasan bercakap dan bersuara. Kebebasan ini banyak membantu dalam melindungi hak masyarakat awam dalam mengekspresikan pandangan masing-ma-sing dalam konteks peradaban masa kini. Namun terdapat segelintir masyarakat kita yang terlalu taksub menggunakan hak ini tanpa mengetahui natijah penggunaan hak tersebut sewenang-wenangnya tanpa batas sehingga mengakibatkan kesan yang buruk terhadap individu, komuniti, institusi berkepentingan malah kesannya terhadap negara. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Memberi dan menerima kritikan dengan cara yang betul. SOSIOEMOSI: Menghargai pendapat orang lain. TINDAKAN Menyalurkan perasaan dan tindakan tidak puas hati dengan cara yang betul. Literasi Sivik: 22


AKTIVITI 2 Ketua Kampung Kati telah membuat keputusan untuk mengubahsuai dewan orang ramai tanpa berbincang dengan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK). Tindakan beliau telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli jawatankuasa dan berikutan hal itu juga beberapa orang telah mengkritik beliau menerusi aplikasi whatsapp. Berikut merupakan perbualan mereka menerusi aplikasi whastapp. Bincang secara berkumpulan tentang adab memberi dan menerima kritikan dengan cara yang betul. Tulis sebuah dialog yang menunjukkan anda menghargai pendapat yang diutarakan oleh sahabat anda walaupun pendapat tersebut telah mengkritik anda. Cari ungkapan yang baik untuk menolak pendapat sahabat kita supaya perbincangan berjalan lancar Ambil pendapat bernas yang telah diutarakan oleh sahabat anda Sentiasa berbaik sangka sekiranya pendapat anda ditolak oleh orang lain Sentiasa menghormati rakan walaupun berbeza pendapat Dengar dengan teliti dan jangan mencelah semasa sahabat kita mengutarakan pendapatnya 01 02 03 03 01 Haji Ismail Assalamulaikum wbt.. Saya dah beli cat dan kayu.. Jadi kita akan adakan gotong-royong ubah suai dewan orang ramai Sabtu ni. Daud Engkau ni Mail memang gila kuasa sepatutnya buat mesyuarat AJK dulu ini tidak kau beli terus dengan duit orang kampung kau ni tak takut dosa ke? Harun Ketua gila kuasa….. Patut letak jawatan aje.. Makan duit orang kampung Busu Sabar dulu saudara semua tak elok kita mengata ketua kita begini.. Sepatutnya ada banyak cara lain untuk kita meluahkan perasaan kita .. Bukan cara begini kerana boleh menyebabkan kita bermusuhan Rahman Eh apa pasal kau ni memandai-mandai buat keputusan sendiri kau ingat kau ketua boleh buat ikut aje. Anda berhak untuk memberi komen dan kritikan sekiranya berlaku perkara yang menimbulkan keraguan namun anda bertanggungjawab untuk memberi kritikan dengan cara yang betul AKTIVITI 1 23


Tugasan 3 Media sosial bukanlah saluran yang tepat untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkhidmatan dan barangan. Imbas kod QR yang diberikan untuk membuat aduan terhadap situasi yang diberikan Rumusan Penilaian • Penilaian secara permerhatian semasa murid berbincang dan mengemukakan adab memberi dan menerima kritikan • Penulisan dialog yang mewujudkan situasi menghargai pendapat orang lain. • Menulis untuk membuat aduan melalui saluran yang betul. Hak Setiap masyarakat mempunyai hak untuk memberi dan menerima pendapat. Selain itu, kita juga mempunyai hak untuk rasa dihargai. Tanggungjawab Kita bertanggungjawab memberi pendapat atau kritikan dengan cara dan saluran yang betul agar dapat membina dan memupuk hubungan yang baik dengan orang lain. Info Sivik Ali telah pergi makan malam di Restoran Sedap Selalu . Semasa Ali ingin ke tandas dia mendapati banyak tikus berkeliaran di bahagian belakang dapur dan keadaan dapur restoran tersebut sangat kotor. keadaan restoran tersebut kotor dan Aminah demam dia telah mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik kesihatan di Bandar Sungai Puteri. Aminah mendapati jari pegawai perubatan yang bertugas luka dan beliau tidak memakai sarung tangan semasa proses mengambil darah. Semasa perjalanan ke Lapangan Terbang Chong telah memilih untuk menaiki teksi bermeter. Chong mendapati pemandu teksi tersebut telah mengenakan bayaran tanpa menggunakan meter bayaran teksi. Setiap masyarakat mempunyai hak untuk memberi dan menerima kritikan. Walau bagaimanapun, kritikan tersebut perlu diberi dengan cara yang betul. Setiap pendapat yang diutarakan oleh seseorang perlu dihargai. Masyarakat yang bertatasusila perlu rasa tidak puas hati perlu disalurkan dengan cara dan saluran yang betul. AKTIVITI 3 24


ANCAMAN DAN KEBIMBANGAN SIBER MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 5 Nilai Teras: BERTANGGUNGJAWAB Konteks: GLOBAL NOTA GURU Nota Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/ Jenayah_siber Persediaan Guru; Guru perlu mencari maklumat tentang penyalahgunaan media sosial , cara mengatasi dan memberi kesedaran kepada murid agar masalah yang tersebut dapat diatasi sekiranya semua pihak mempunyai tanggungjawab sivik mereka. PENGENALAN Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan, pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada sesiapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat dalam dunia siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. TAJUK 1 Jam Masa: Set Induksi. Sumbang saran tentang tujuan menggunakan Internet # membeli barangan # membuat rujukan # alat untuk berhubung # melakukan e-transaksi Sumbang saran tentang penyalahgunaan Internet # penipuan # judi siber # skim cepat kaya # pornografi # penggodam # penyebaran virus dan mel spam Minta murid berkongsi pengalaman menggunakan Internet dan penyalahgunaan Internet. BAR COD PENGETAHUAN: Menyatakan jenis-jenis masalah penggunaan teknologi. SOSIOEMOSI: Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah tentang penyalahgunaan teknologi. TINDAKAN: Mengambil tindakan yang wajar dalam menangani isu dan masalah yang berkaitan berkaitan dengan masalah penyalahgunaan teknologi. Literasi Sivik: 25


AKTIVITI 2 Tugasan Berkumpulan: Bincangkan cara yang patut dilakukan untuk mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi. Anda telah terbaca tentang penyebaran fitrah yang berleluasa melalui media sosial untuk menjatuhkan pemimpin negara. Sebagai seorang yang beretika apakah tanggungjawab anda untuk mengatasi masalah ini? Jelaskan perasaan anda sekiranya anda berjaya melakukan tindakan tersebut. AKTIVITI 3 Info sivik: Kita berhak untuk mendapat maklumat menggunakan aplikasi siber dengan sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Kita perlu bertanggunjawab menggunakannya dengan cara yang beretika untuk menjamin kehidupan yang sejahtera. beretika. Tugasan Kumpulan : Bina carta tentang masalah dan kesan penggunaan Internet. Huraikan dapatan perbincangan tersebut dalam pembentangan. Internet tidak mempunyai badan-badan penapis yang rasmi Maklumat yang diperoleh tidak tentu keesahannya Pelayaran laman web yang berunsur pornografi Ketagihan pornografi dalam kalangan penguna Penyebaran bahan-bahan negatif Penyebaran Fitnah memburukkan sesuatu pihak Pengaruh negatif kepada remaja Penggondaman Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Maklumat negara atau sesiapa sahaja boleh diplagiatkan MASALAH KESAN SKMM /POLIS Meningkatkan kemampuan KERAJAAN Mengenakan tindakan tegas kepada pesalah siber PENGGUNA Berhati-hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi KERAJAAN Mengadakan kerjasama dengan negara–negara luar CADANGAN: i. Bina satu poster menggunakan aplikasi yang anda tahu. Tajuk poster anda ialah : Jenayah Siber Mengancam Negara ii. Sebarkan di laman sosial sekolah anda dalam masa dua minggu dan dapatkan respond daripada rakan–rakan dan guru. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php / keselamatan/info-ringkas/22265-10-langkah -mengatasi-jenayah-siber KOD QR AKTIVITI 1 26


Rumusan Penilaian Pentaksiran berdasarkan fakta relevan yang dibentangkan oleh setiap kumpulan dalah untuk memastikan penilaian bilik darjah dilakukan secara lisan dan pemerhatian dalam semua aktiviti. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/ rencana/utama/mcmc-lindungi-pengguna-internet1.331360#ixzz5ia9MD8Hx © Utusan Melayu (M) Bhd Pengguna internet dilindungi oleh Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957. 02 Sebagai pengguna kita bertangungjawab menggunakan media sosial secara beretika supaya kita mendapat manfaat secara optimum Pengguna mesti bertindak melaporkan kepada KKM dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran sekiranya hak mereka sebagai pengguna media sosial dinafikan atau berlaku penyelewengan media sosial 01 03 04 Penggunaan media social dapat memberi kebaikan kepada kita sekiranya kita gunakan secara beretika. Jika sebaliknya, media ini pasti mengundang padah kepada kita. 27


PEMIMPIN BERJASA DUNIA SEJAHTERA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tingkatan 5 PENGETAHUAN: Menerangkan peranan pemimpin dalam mencapai wawasan negara dan global. SOSIOEMOSI: Menghayati jasa-jasa pemimpin negara. TINDAKAN: Mengaplikasi ciri-ciri kepimpinan positif dalam kehidupan seharian. Nilai Teras: KEGEMBIRAAN Konteks: NEGARA Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: Berita Harian, Ahad 27 Nov. 2016. https:/www.bharian.com.my/ node/217290 Persediaan Guru: Guru perlu mencari maklumat tentang ciri-ciri kepimpinan yang positif . PENGENALAN Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Kebolehan mempengaruhi pengikut berkait dengan memenuhi keinginan kepuasan kegembiraan pengikut. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta sedia ditegur atau dikritik oleh orang lain. Pemimpin yang baik juga berupaya memenuhi kehendak rakyat untuk berasa gembira, selamat di samping memupuk semangat bekerjasama dan rasa taat setia kepada negara. Pemimpin yang cemerlang pasti mampu menjana keamanan dan kemakmuran negara. TAJUK 1 Jam Masa: Sumbang saran: Senaraikan ciri pemimpin yang menjadi idaman anda. Nyatakan alasan anda . QR Cod a. https://leaderonomics.com/ bm/artikel/6-langkah-kepimpinan -hebat-jobs b. https://youtu.be/6woOSqFxry8 Pemimpin Idaman Mampu menjalankan amanah Mempunyai kekuatan fizikal, mental, emosi dan spiritual Berintegriti Berakhlak mulia Menunaikan janji Bijaksana a. b. 28


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Bincangkan satu program yang boleh anda lakukan untuk mencungkil bakat kepimpinan yang dapat mencapai wawasan negara dan global. Sediakan kertas kerja program tersebut. Info sivik: Ketahuilah bahawa anda berhak untuk memilih pemimpin yang berwibawa bagi menerajui negara menjadi sebuah negara yang maju. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab pula, kita mestilah memilih pemimpin yang benar-benar memenuhi kriteria yang kita inginkan. AKTIVITI 3 Pemimpin berintegriti tonggak negara sejahtera. Bincangkan peranan pemimpin untuk membina sebuah negara yang aman dan makmur. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Tugasan kumpulan 1: Nyatakan hak anda untuk memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri pemimpin idaman anda. Tugasan kumpulan 2. Sebagai rakyat Malaysia, nyatakan tanggungjawab anda untuk memilih pemimpin idaman dan sebab anda memilih pemimpin yang tersebut. berakidah berakhlak mulia bijaksana berani dan tegas adil dan saksama Cadangan isi: • Menguruskan negara dengan amanah, bersih dan cekap • Memastikan kebajikan rakyat diambil peduli • Mewujudkan persamaan dan perpaduan antara kaum • Adil dalam pembahagian ekonomi • Mempertahan kedaulatan negara Panduan Menulis Kertas Kerja Program 29


Rumusan Penilaian Pentaksiran bilik darjah dilakukan secara lisan dan pemerhatian dalam semua aktiviti. Pemimpin yang adil menjadi pilihan kerana semua rakyat akan mendapat hak yang sewajarnya. Pemimpin berakidah pasti menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah, bersih, berhemah dan berintegriti. Pemimpin yang bijaksana dan berilmu pengetahuan akan membantunya membuat Pemimpin yang berakhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan atau pun lawan. Akhlaknya yang baik Pemimpin yang berani dan tegas bersedia mengambil risiko terhadap tindakannya. Ketegasan yang dimiliki pemimpin tersebut juga membuatkan Pemimpin yang cekal tetap tabah meneruskan perjuangannya walaupun menghadapi pelbagai rintangan untuk mencapai matlamat yang dicita30


Jaringan Persahabatan Merentasi Sempadan MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Menjelaskan penggunaan teknologi secara berhemah semasa menjalinkan persahabatan menerusi alam maya. SOSIOEMOSI: Mempamerkan sikap rakan yang baik. TINDAKAN Bertindak secara asertif untuk menangani pengaruh negatif rakan. Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Global Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: 1.http://iyres.gov.my/index.php/ms/beritaterkini/760-kenapa-pilih-kawan-siber 2.www.hmetro.com.my/ hati/2017/12/295907/keselamatan-dialam-maya 3. www.hmetro.com.my/node/868 Persediaan Guru: Guru perlu mencari maklumat tentang kebaikan dan keburukan persahabatan yang terjalin melalui alam maya supaya murid dapat meneliti isu ini dengan mendalam. Pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab dalam persahabatan alam maya mesti disampaikan kepada murid. PENGENALAN Salah satu inovasi tercanggih pada era teknologi digital ini ialah media sosial. Aplikasi media sosial semakin popular sehingga hampir setiap individu dalam masyarakat kita menggunakannya saban hari. Keterujaan dengan pengalaman baharu untuk menjalinkan silaturahim merentas sempadan sosial dan geografi telah melahirkan perasaan seronok dan gembira dalam kalangan pengguna. Walau bagaimanapun, dalam keasyikan mewujudkan jaringan persahabatan di alam maya ini, pengguna mesti sedar akan hak dan tanggungjawab masing-masing supaya teknologi ini menjadi wahana yang membina untuk memperkaya kehidupan kita dan tidak sekali-kali mendatangkan permasalahan yang mengancam keselamatan diri dan pengguna lain. TAJUK 1 Jam Masa: Sumbang saran : Tunjukkan gambar di atas untuk murid berbual-bual tentang pengalaman mereka menjalinkan persahabatan di alam maya. 31


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Perbincangan Berkumpulan: Sikap rakan yang baik di alam maya tidak sama dengan sikap rakan yang baik yang sentiasa berdampingan dengan diri kita secara fizikal. Namun begitu, walaupun kehadiran sesetengah rakan ini hanya di alam maya, mereka tetap mampu memperkaya kenangan dan memberikan nilai tambah dalam kehidupan sehari-hari kita. Gunakan templat peta minda untuk mempamerkan sikap rakan yang baik. Kemudian, pembentangan “1 Stay 3* Stray” dijalankan. Tugasan berkumpulan : • Media sosial seperti Facebook menjadi satu platform untuk kita menjalinkan persahabatan secara sihat. • Guru dikehendaki mencetak kad roda di bawah (pastikan saiz besar) untuk diletakkan pada setiap kumpulan sebagai “alas meja”. • Murid berkongsilah secara bergilir-gilir mengikut soalan pada alas meja tersebut tentang media sosial yang digunakan oleh mereka. Kita berhak untuk berkawan kerana kawan dapat memberikan kegembiraan dalam kehidupan kita. Namun begitu, dalam kebebasan kita berkawan, kita mesti sedar akan batasannya. Kesedaran ini berserta dengan sikap kita menjadi tanggungjawab yang perlu kita pikul supaya kita menjadi seorang pengguna Internet yang berhemah khususnya dalam aspek menjalinkan persahabatan. www.presentationgo.com This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported (CC BY-NC-SA 3.0) Sikap Rakan yang Baik di Alam Maya 2 4 6 7 32


AKTIVITI 3 Info Sivik Hak Pengguna media sosial berhak bersuara secara bebas untuk memberikan pandangan sendiri. Walau bagaimanapun, mereka mesti sedar akan batasan hak diri masing-masing. Tanggungjawab Pengguna mesti sedar bahawa mereka perlu dipertanggungjawabkan terhadap segala maklumat yang disebarkan atau ditularkan oleh mereka dalam media sosial. Setiap individu juga mesti mengutamakan aspek kegembiraan dengan memastikan silaturahim yang sihat terjalin secara akrab serta menyedari hak dan tanggungjawab masing-masing. Daripada perbualan beberapa orang murid dalam kumpulan sembang maya Telegram untuk kelas mereka, iaitu 3 Bestari, didapati mereka telah menunjukkan sikap yang kurang berhemah sebagai pengguna media sosial. Tindakan mereka ini pasti akan mendatangkan kesan negatif kerana ahli kumpulan lain akan terpengaruh oleh mereka. Sebagai seorang sahabat yang baik dan bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat memberikan teguran yang bersifat asertif untuk memastikan elemen yang berunsur negatif tidak terus tersebar dalam media sosial? Berbincanglah dalam kumpulan anda untuk menulis respons anda yang dapat mengambil kira hak dan kepentingan setiap pihak, bak kata peribahasa, seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Setiap kumpulan perlu memaparkan respons yang ditulis dan dinilai oleh satu sama lain. Baca kandungan perbualan dalam Kumpulan Telegram Kelas 3 Bestari: CS SYA VIC SYA 33


Rumusan Penilaian Pentaksiran bilik darjah dijalankan secara berterusan dengan berfokus pada kualiti perbincangan murid secara lisan dan bertulis tentang : • Cara seseorang itu menjalinkan persahabatan secara berhemah di alam maya, • Sikap rakan yang baik dan bertanggungjawab (di alam maya) • Keupayaan mengambil tindakan secara asertif untuk menangani pengaruh negatif sahabat Sumber Tambahan Kod QR tentang cara untuk memilih jaringan/ rakan media sosial secara berhemah, “Choose Your Social Media Connections Wisely”. http://www.idtheftcenter.org/ 34


MODUL EXEMPLAR BAHASA INGGERIS


MY MALAYSIA SUBJECT ENGLISH Form 4 KNOWLEDGE Explain the importance of love for the country SOCIOEMOTIONAL: Express feelings of pride over the wealth of Malaysian arts ACTION Practise the spirit in upholding the good name of Malaysia Core Value: Love Context: Global Civic Literacy: TEACHER’S NOTES Reference Notes: Teacher Readiness: Google images INTRODUCTION Love for the country can also be called patriotism. One of the ways to show our patriotism is by upholding the country’s integrity. Besides taking pride in our origin, arts and culture, we need to stand united and devoted for the betterment of our nation. TOPIC 1 Hour Time: QR Code Info- Folio Teacher writes the following question on the board. How can we show love to our country? Pupils give their ideas and teacher writes them on the board. Eg. Attend the National Day parade/ Fly the Malaysian Flag. Pre Lesson 37


ACTIVITY1 ACTIVITY 2 Group work Teacher displays pictures of Malaysian arts and explains the richness of arts in the country. Teacher instructs each group to create a flyer/brochure to promote Malaysian arts based on one of the pictures on the board. Share-N-Turns Teacher shows a video to the pupils on Malaysian athletes in global arena.; Based on the video, teacher asks pupils to explain the importance of showing love for the country. Teacher asks pupils to sit in groups and each pupil is given a piece of paper. Pupils write their responses on the papers and rotate them around the group. UNIQUELY MALAYSIA WAYANG KULIT 38


Click to View FlipBook Version