The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Master Modul Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SLee Tiong, 2024-03-17 09:56:44

Master Modul Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas

Master Modul Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas

AKTIVITI 3 Bincangkan dalam kumpulan Aktiviti “Trade The Problem” Satu kumpulan menulis permasalahan dalam persahabatan dan menyerahkan catatan tersebut kepada kumpulan lain untuk mencari jalan penyelesaiannya. Contoh masalah : • Ingin berkenalan dengan rakan luar negara tetapi mempunyaimasalah bahasa • Kawan karib sering menghantar mesej negatif dan fitnah terhadap kawan lain • Ingin memberi pendapat sendiri yang ternyata bertentangan dengan pendapat sahabat baik • Menerima mesej daripada kenalan luar negara agar menyertai satu perniagaan mata wang Wakil setiap kumpulan menjelaskan cadangan penyelesaian masalah dan murid lain memberi respon dan cadangan tambahan. Guru membuat rumusan. PENGUKUHAN Kepesatan dunia digital menyaksikan perkembangan hubungan tanpa sempadan antara pendduduk bumi. Bincangkan adab dan tatasusila dalam menjalinkan persahabatan menerusi media maya. Apakah kelebihan dan implikasi jalinan persahabatan tanpa sempadan ini? Mahu mengatakan TIDAK tetapi bimbang kehilangan kawan? Sumber : http://www.mkm.edu.my/images/Awam/Penerbitan/ Dimensi_Koop/DimensiKoop41/Komunikasi-Asertif.pdf 89


1. Pemerhatian : keaktifan murid dalam aktiviti perbincangan kumpulan dan sumbangsaran 2. Ketepatan fakta dan hujah murid dalam sesi soal jawab dan sumbangsaran 3. Nota dan bahan pembentangan RUMUSAN PENTAKSIRAN INFO SIVIK Hak : Hak untuk memilih rakan dan menjalin persahabatan bagi melengkapkan kehidupan dan menikmati kegembiraan. Tanggungjawab : Peka dan prihatin terhadap keperluan rakan dan berusaha membantunya agar kehidupan lebih bermakna dan bahagia. Murid memahami dan dapat menjelaskan : 1. maksud sahabat secara umum dan khusus 2. Maksud persahabatan merentasi sempadan 3. ciri-ciri sahabat yang baik 4. Cara dan tatasusila persahabatan melalui media internet 5. kepentingan dan implikasi persahabatan merentasi sempadan ِدقِي َن َٰ َم َع ٱل َّص ْ ٱ ََّّللَ َو ُكونُوا ْ ٱتَّقُوا ْ َمنُوا ِذي َن َءا َّ َها ٱل ُّ ي َ أ ٓ يَ ٦٦١َٰ “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119) 90


MODUL EXEMPLAR PENDIDIKAN MORAL


Sayangi Flora dan Fauna MATA PELAJARAN Pendidikan Moral Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Menjelaskan kepentingan dan cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. SOSIOEMOSI: Mengekpresikan perasaan sayang dalam memupuk kesedaraan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. TINDAKAN Sedaya upaya memelihara dan memulihara flora dan fauna dalam menyemai budaya sayangi alam sekitar. Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Diri, Keluarga dan Masyarakat Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: Sumber Youtube https://youtu.be/ wTY9glJHU3U Persediaan Guru: DSKP Tingkatan 4 Kemapanan Alam Sekitar . Mencari maklumat berkaitan pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. PENGENALAN Murid menonton sedutan tayangan video https://youtu.be/wTY9glJHU3U TAJUK 1 Jam Masa: Murid bersoal jawab tentang video yang ditonton tadi: i. Apakah yang anda lihat dalam klip video tersebut? ii. Murid perlu menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. iii. Menyenaraikan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan bermaksud proses memelihara, merawat dan membela manakala pemuliharaan adalah perihal sesuatu proses memulihara sesuatu. Jelasnya, dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkait rapat dengan proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 93


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid diminta menghasilkan sebuah poster untuk menzahirkan rasa sayang kepada alam sekitar berpandukan rangsangan yang diberikan oleh lagu bertemakan “hijau”. Berdasarkan klip video di bawah ini, murid diminta menyenaraikan kepentingan dan cara memelihara dan memulihara alam sekitar secara berkumpulan. Dalam kumpulan, murid diminta menghasilkan sebuah pantomin tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan dan kesan sekiranya alam sekitar kita tidak dijaga. Hasil perbincangan mereka dipersembahkan di hadapan kelas, AKTIVITI 3 https://youtu.be/4wTul3OqHCA https://www.youtube.com/watch?v=iGYTYl7ghB0 94


Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang dibentangkan dan dihasilkan oleh murid tentang kepentingan dan langkah-langkah memelihara dan memulihara flora dan fauna. Penilaian kendiri juga dapat dilaksanakan untuk melihat kesedaran murid dalam menghargai alam sekitar. • Menyatakan kepentingan memelihara dan memulihara flora dan fauna. • Menjelaskan langkah-langkah sewajarnya untuk menjaga alam sekitar. • Cara memupuk kesedaran tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar. Rumusan Info Sivik Hak: Hak menikmati kehidupan yang selesa tanpa pencemaran alam sekitar. Tanggungjawab: Sedar bahawa kitalah yang bertanggungjawab bagi memastikan kelestarian alam sekitar diutamakan. 95


MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tingkatan 4 Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Diri dan Global Literasi Sivik Nota Rujukan: • International Committee of the Red Cross (ICRC) • Exploring Humanitarian Law (EHL) • Modul PdP (UUKA) Tingkatan 3 • International Humanitarian Law (IHL) Persediaan Guru: DSKP Tingkatan 4 (Berperikemanusiaan demi Kesejahteraan Masyarakat) PENGENALAN Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang bertujuan menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia menggariskan had-had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan ke atas parti-parti yang terlibat, selain melindungi mereka yang terlibat atau tidak lagi dalam peperangan. Ia juga dikenali sebagai undangundang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata yang bertujuan memelihara hak kemanusiaan di samping memastikan tanggungjawab kita untuk mengekalkan keamanan dunia sejagat terpelihara. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menyenaraikan peraturan dan undangundang untuk mengurangkan kemusnahan akibat konflik bersenjata. SOSIOEMOSI: Menghargai keamanan negara dan global. TINDAKAN: Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. NOTA GURU KEMANUSIAAN Apakah peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa? 96


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 1. Guru merujuk kepada Modul Pengajaran dan Pembelajaran Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa Tingkatan 3 muka surat 41. 2. Rujuk kepada QR code yang berkaitan. 3. Murid diminta menerangkan tentang peraturan asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa berdasarkan maklumat yang diperoleh. Tonton video “The Story of An Idea” IFRC untuk mengetahui latar belakang asal usul Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta memilih salah satu daripada peraturan asas yang ada untuk dibincangkan dalam kumpulan. Kemudian bentangkan di dalam kelas dengan menekankan kesan sekiranya mengabaikan peraturan tersebut serta bantuan sewajarnya yang dapat kita hulurkan. https://youtu.be/I9bsmnuJU-o Kesan Pengabaian Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa • Keadaan keselamatan masyarakat antarabangsa tidak terjamin. • Kemungkinan berlakunya peperangan secara meluas tanpa kawalan. • Wanita dan kanak-kanak tidak lagi dilindungi semasa peperangan. Informasi Undang-undang Antarabangsa 97


AKTIVITI 3 Murid diminta berfikir apakah konsep negara aman yang mereka harapkan dan diminta menghasilkan peraturan bagaimana negara tersebut bagi menjamin keamanan sejagat. Murid diberi ruang untuk menyiapkan kerja ini dalam apa bentuk yang mereka fikirkan sesuai mengikut kreativiti kumpulan. Cadangan Aktiviti • Mencipta dan mendeklamasikan puisi • Menghasilkan buku skrap • Lakonan • Poster Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang diberikan oleh murid tentang pemahaman mereka terhadap undangundang kemanusiaan antarabangsa. Penilaian kendiri mengambil kira tentang konsep negara aman yang menjadi harapan mereka. Murid mengetahui: 1. Undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa. 2. Kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa kepada diri dan negara global. 3. Bentuk bantuan yang dihulurkan. Rumusan Hak: Manusia mempunyai hak untuk hidup dan mengecapi keamanan di dunia ini demi menjaga maruah negara tercinta. Tanggungjawab: Memastikan keamanan sejagat terpelihara. Info Sivik 98


MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tingkatan 4 Nilai Teras: Hormat-menghormati Konteks: Diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara Literasi Sivik Nota Rujukan: • https://www.youtube.com/ watch?v=eE5S7ezNdtI • https://www.youtube.com/ watch?v=3oln7IUrab8 Persediaan Guru: KBSM TINGKATAN 4 (Toleransi ) PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan dan lain-lain. Malaysia sangat unik kerana rakyatnya mempunyai pelbagai adat resam dan pantang larang. Justeru adat resam dan pantang larang pelbagai kaum ini perlu dihormati serta dipelihara agar keharmonian dan kemakmuran negara kita kekal sejahtera. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Mengetahui jenis-jenis adat resam serta SOSIOEMOSI: Mengekspresikan perasaan hormat dan bangga terhadap adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. TINDAKAN: Menghormati adat resam dan pantang larang serta memelihara sensitiviti pelbagai kaum. NOTA GURU Uniknya Malaysia Guru meminta murid mengenal pasti jenis adat resam dan pantang larang pelbagai kaum Malaysia melalui klip video yang ditayangkan. Murid seterusnya diminta menyatakan adat resam dan pantang larang kaum Malaysia yang tidak dipaparkan dalam klip video tersebut. 99


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid dikehendaki membuat persembahan dalam kumpulan dengan menyanyikan lagu hari perayaan kaum masing-masing bagi mengekspresikan perasaan banggan terhadap adat resam pelbagai kaum. AKTIVITI 3 Murid diberi tugasan secara berkumpulan untuk mencari maklumat lanjut tentang pantang larang sesebuah kaum. Murid dikehendaki menghasilkan sebuah video pendek dengan menyatakan rasional bagi kepercayaan dan pantang larang tersebut. Murid dalam kumpulan dikehendaki menyenaraikan jenis adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. Dengan menggunakan kaedah Jelajah Ilmu, hasil kerja murid ditampal di dinding untuk dinilai oleh kumpulan lain dengan menggunakan sticky note. ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG SUKU KAUM DI SABAH https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images? q=tbn:ANd9GcRbM87S6G0Xi2ULbjF28TFWFUvjXh87bnuyy Y8W7AMuHi1ZfKxt 100


Rumusan Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang dibincangkan oleh murid melalui aktiviti nyanyian dan hasilan video pendek tentang adat resam dan pantang larang pelbagai kaum, serta memahami cara memelihara dan menghormati sensitiviti kaum lain. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan tentang hak dan tanggungjawab murid dalam menghormati dan memelihara adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. • Memahami adat resam dan pantang larang pelbagai kaum. • Menunjukkan perasaan bangga memiliki adat resam dan pantang larang. • Menghormati adat resam dan pantang larang serta memelihara sensitiviti pelbagai kaum. Hak: Hak untuk mengamalkan adat resam dan pantang larang mengikut kaum masingmasing. Tanggungjawab: Menghormati dan memelihara sensitiviti pelbagai kaum. Info Sivik 101


Kemajuan Teknologi dan Etika Penggunaan Peranti MATA PELAJARAN Pendidikan Moral Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Menyenaraikan contoh kemajuan teknologi dan etika semasa menggunakannya. SOSIOEMOSI: Mengekpresikan perasaan bangga menggunakan teknologi dengan mematuhi beretika. TINDAKAN Mampu beretika semasa menggunakan teknologi. Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Diri, keluarga , sekolah, masyarakat dan negara Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: https:// www.berbagaireviews.com/201 8/07/macam-macam-peralatanteknologi.html Persediaan Guru: DSKP Tingkatan 4 (Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika) PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: Murid diminta memberi respon terhadap imej yang dipaparkan oleh guru. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat. 1. Apakah yang kamu dapat lihat tentang imej yang dipaparkan? 2. Mengapakah teknologi perlu pada masa sekarang? Teknologi komunikasi adalah satu istilah yang menggambarkan saling hubungan antara manusia yang berlandaskan kepada teknologi sebagai alat bantu gerak sesuatu maklumat, mesej, pesanan, perasaan atau fikiran supaya disampaikan dengan jelas dan tepat kepada penerima. Setiap individu berhak menggunakan teknologi yang ada demi kemajuan negara. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bagi memastikan teknologi tidak disalahgunakan agar tidak memudaratkan negara. 102


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid membentuk kumpulan untuk melaksanakan tugasan iaitu menyenaraikan etika semasa menggunakan teknologi khususnya penggunaan peranti.Hasil perbincangan mereka adalah dalam bentuk Powerpoint dan perlu dibentangkan. Murid diminta menyenaraikan kemajuan teknologi yang dicapai oleh Malaysia berdasarkan paparan video dan maklumat yang bersesuaian dalam pelbagai sumber menggunakan peta grafik . ( PETA I-THINK) AKTIVITI 3 Murid dalam kumpulan yang sama diminta melakonkan situasi yang menunjukkan cara dan etika semasa menggunakan peranti dengan menerapkan tanggungjawab dan kesan sekiranya tidak mengamalkan etika penggunaan peranti dengan cara yang betul. 103


Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang dinyatakan dan dihasilkan oleh murid bagi memastikan murid memahami cara menggunakan teknologi dengan etika yang betul. Penilaian kendiri dinilai bagaimana cara murid mempraktikkan etika penggunaan peranti dengan cara yang betul. Kemajuan teknologi dan etika semasa menggunakannya. Perasaan bangga menggunakan teknologi dengan mematuhi beretika penggunaan. Etika-etika semasa menggunakan teknologi. Rumusan Info Sivik Hak: Hak menggunakan teknologi yang ada demi kemajuan negara. Bertanggungjawab: Memastikan teknologi tidak disalahgunakan agar tidak memudaratkan negara. 104


Cukai dan Negara MATA PELAJARAN Pendidikan Moral Tingkatan 4 Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Diri dan negara NOTA GURU Nota Rujukan: • Laman web LHDN • Laman web Kastam (JKDRM) • Laman web Kidzania JTO • Buku Teks Ekonomi Tingkatan 5 (MPEI) Persediaan Guru: • DSKP Tingkatan 4 (Tanggungjawab diri) • Mencari maklumat berkaitan cukai dalam negara daripada pelbagai sumber. PENGENALAN Cukai merupakan bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu dan syarikat. Hasil cukai digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara. Guru memaparkan beberapa koleksi resit daripada pembelian barangan dan tempahan perkhidmatan. Murid diminta meneliti resit tersebut dan mengaitkannya dengan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara yang perlu membayar cukai. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menyatakan jenis-jenis cukai dan peranan warganegara Malaysia dalam membayar cukai. SOSIOEMOSI: Menunjukkan perasaan puas hati apabila dapat menunaikan tanggungjawab diri terhadap negara. TINDAKAN Peka dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian. LITERASI SIVIK: 105


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid menjalankan aktiviti perbahasan dalam kumpulan berkaitan cukai dalam negara. Cukai dan Negara AKTIVITI 3 Murid diberi tugasan untuk mencari maklumat daripada pelbagai media berkaitan jenis-jenis cukai yang ada di Malaysia. Murid membuat sumbang saran berkaitan peranan warganegara dalam membayar cukai untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara. CUKAI LANGSUNG CUKAI TIDAK LANGSUNG Cukai Pendapatan Syarikat Duti Eksais Cukai Pendapatan Individu Cukai Jualan Cukai Keuntungan Harta Tanah Cukai Perkhidmatan Duti Setem Duti Import Duti Eksport Ke Mana Hasil Cukai Dibelanjakan? Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Pembangunan • Bayaran emolumen • Bayaran khidmat hutang negara • Pencen dan ganjaran • Bekalan dan Perkhidmatan • Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am 106


Rumusan Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang dibentangkan oleh murid berkaitan hak dan tanggungjawab murid sebagai warganegara Malaysia dalam menyumbang hasil cukai kepada negara. Penilaian kendiri dengan menunjukkan keyakinan diri dalam perbahasan. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan tentang implikasi cukai terhadap diri dan negara. Hak: Hak untuk mendapatkan manfaat daripada hasil cukai. Tanggungjawab: Menunaikan kewajipan sebagai warganegara dalam membayar cukai. Info Sivik KESIMPULAN Tiada cukai=hasil kerajaan akan berkurangan=rakyat tidak dapat dibantu=rakyat miskin. Dengan kutipan cukai yang efektif=pendapatan negara bertambah=rakyat dapat dibantu=kurang kemiskinan 107


MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tingkatan 5 Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Masyarakat, negara dan global. Literasi Sivik Nota Rujukan: • Sumber : Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia Persediaan Guru: • DSKP Tingkatan 5 • Mencari maklumat berkaitan pemimpin negara daripada pelbagai sumber. PENGENALAN Pemimpin negara adalah individu yang diamanahkan untuk memimpin rakyatnya dan dikenali sebagai Perdana Menteri. Kemajuan ekonomi dan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada transfomasi pemimpin negara yang sentiasa menjana idea agar generasi seterusnya dapat merasai nikmat dan kesejahteraan hidup. Justeru itu, sebagai warganegara Malaysia yang patriotik murid mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab mencontohi sikap pemimpin yang berwawasan dalam memajukan negara diperingkat global. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menerangkan peranan pemimpin dalam mencapai wawasan negara dan global SOSIOEMOSI: Bersyukur dapat menikmati kehidupan yang stabil dalam negara dan global TINDAKAN: Mengaplikasi ciri-ciri kepimpinan positif dalam kehidupan seharian NOTA GURU Pemimpin Berjasa Dunia Sejahtera Murid diminta menyenaraikan maklumat tentang semua Perdana Menteri Malaysia. https://sites.google.com/site/psktahun5unit10/ 108


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Murid secara berkumpulan mencari maklumat di laman sesawang tentang sumbangan dan jasa pemimpin negara dalam memainkan peranan mereka terhadap pembangunan negara. Secara berkumpulan, murid diminta menghasilkan sajak yang mengekspresikan perasaan syukur terhadap pemimpin negara. Wakil kumpulan diminta mendeklamasikan sajak tersebut di hadapan kelas. Murid menjalankan aktiviti perbahasan ala parlimen dalam kumpulan tentang tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat dan negara. Pembangunan negara daripada aspek: • Ekonomi • Politik • Sosial KREDIT: SMK USJ 8 Tanggungjawab Pemimpin • Bijak dalam membuat keputusan untuk menangani masalah negara • Adil dan saksama dalam menegakkan undangundang • Peka dan prihatin terhadap isu dan kebajikan rakyat • Berdisiplin dan berintegriti dalam menjalankan tugas • Jujur dan amanah dalam setiap tindakan 109


Rumusan Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta bagi memastikan murid mengetahui sumbangan, jasa dan tanggungjawab sebagai pemimpin negara. Penilaian kendiri dengan menunjukkan keyakinan diri dalam perbahasan. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan: • Menyatakan sumbangan dan jasa serta tanggungjawab pemimpin • Menghargai jasa pemimpin yang memberi sumbangan kepada negara. • Mencontohi ciri-ciri positif pemimpin. Hak: Memilih pemimpin yang berwibawa dan berwawasan Tanggungjawab: Mengaplikasi ciri-ciri kepimpinan positif dalam kehidupan seharian Info Sivik 110


Sumbangan kepada Negara MATA PELAJARAN Pendidikan Moral Tingkatan 5 PENGETAHUAN: Mengenal pasti kejayaan individu di peringkat antarabangsa. SOSIOEMOSI: Menghargai sumbangan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan kepada negara. TINDAKAN Mencontohi cara tokoh-tokoh mengembangkan potensi diri untuk memberi sumbangan kepada negara Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Masyarakat, negara dan global. LITERASI SIVIK: NOTA GURU Nota Rujukan: • Portal rasmi Arkib Negara Malaysia. Persediaan Guru: • DSKP Tingkatan 5 ( Meningkatkan Pengiktirafan Dunia Terhadap Negara) • Mencari maklumat berkaitan tokoh yang memberi sumbangan kepada negara daripada pelbagai sumber. PENGENALAN Tokoh negara merujuk kepada individu yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan negara. Sumbangan tokohtokoh ini akan dikenang sepanjang zaman. Negara kita turut berjaya melahirkan tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang. Seharusnya murid mempunyai wawasan untuk memajukan diri di peringkat global seperti mereka. TAJUK 1 Jam Masa: Murid membuat sumbang saran berkaitan dengan tokoh-tokoh negara yang diketahui dan sumbangan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. 111


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Setiap kumpulan perlu menghasilkan beberapa slaid pembentangan dengan menggunakan hasil dapatan maklumat daripada aktiviti 2. Wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan maklumat dengan menggunakan Power Point. Murid diminta mencari maklumat melalui laman sesawang tentang beberapa tokoh yang memberikan sumbangan kepada negara mengikut bidang yang telah ditetapkan. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu memilih seorang tokoh mengikut bidang yang dipilih. Murid mencari maklumat biografi dan sumbangan tokoh tersebut dengan menggunakan teknologi ICT. Perubatan Dr. Kaw Bing Chua Sukan Datin Paduka Sharifah Mazlina Teknologi Pua Khein Seng Sains Datuk Dr. Mazlan Othman Usahawan Tan Sri Ananda Krishnan Seni Sastera Datuk A. Samad Said Pejuang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau Kebajikan Sabariah Hussein Pejuang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau Pejuang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau 112


Rumusan Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang diberikan oleh murid berkaitan tokoh individu di peringkat antarabangsa dan sumbangannya. Penilaian kendiri boleh dilakukan dengan melihat keyakinan murid semasa sesi pembentangan. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan: • Menyatakan tokoh-tokoh yang telah memberikan sumbangan kepada negara. • Menghargai sumbangan tokohtokoh yang memberi sumbangan kepada negara. • Mencontohi tokoh-tokoh dalam mengembangkan potensi diri untuk memberi sumbangan kepada negara. • Menunjukkan semangat cinta akan negara. Hak: Memberi sumbangan kepada negara dari segi material, tenaga dan sokongan. Tanggungjawab: Mengharumkan nama negara dengan memajukan diri dalam semua bidang di peringkat antarabangsa. Info Sivik 113


MODUL EXEMPLAR SEJARAH


Keamanan Untuk Semua MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Menerangkan pengetahuan tentang keamanan sejagat SOSIO EMOSI: Bersyukur dengan keamanan negara. TINDAKAN Rancang projek bantuan kemanusiaan Nilai Teras: Kasih sayang Konteks: Sekolah Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP KSSM Tingkatan 4, Tajuk dalam pemetaanHentikan keganasan Persediaan Guru: “Picture Card”, Klip Video Lagu, Surat khabar lamaGam, gunting, “water Colour” Mesej keamanan kepada semua manusia diwujudkan untuk kesefahaman, toleransi dan keamanan bagi meningkatkan kerjasama antara manusia ke arah keamanan dunia. Kita perlu mengamalkan nilai kasih sayang antara satu sama lain untuk hidup bersama. Malaysia tidak akan membuka ruang kepada manamana penjenayah dalam atau luar negara. Negara ini perlu disayangi dan semua rakyat harus bertanggungjawab mernjaga keamanan untuk kesejahteraan semua. TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk hidup dalam negara yang aman dan makmur Tanggungjawab: Memastikan seluruh rakyat mematuhi peraturan dan undang-undang negara serta menghormati perlembagaan PENGENALAN Sumber: mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/24/hadiah-nobel-keamanan 117


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 PAK21– “using large picture card” Guru menyediakan bahan berkaitan -Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan oleh Institute For Economic and Peace (IEP) telah menyenaraikan 163 negara dan wilayah berdasarkan tahap keamanan dan kestabilan. Dengar lagu dan baca lirik lagu. Secara berkumpulan, murid menganalisis data dengan menggunakan bahan di papan “teacher’s display”. Murid menulis pendapat berkaitan tahap keamanan negara-negara di dalam gambar. Kredit: Vission Of Humanity dan Malay Mail Lirik lagu Demi Keamanan - Jamal Abdillah Jamal Abdillah Demi Keamanan Tak tahu Bilakah kan berakhirnya Sengsara kehidupan Dunia ini Ku mahu Kau sama pengaruhinya Berlalu meninggalkan Semoga kami aman Kau lihat Betapa oh dahsyatnya Yang telah kau lakukan Terhadap dunia Oh kejamnya Kau sanggup membinasakan Sebuah kehidupan Dan juga kedamaian Secara “shoulder partner”. Murid menghayati lagu dan mengekspresikan perasaan dalam aspek keamanan negara dalam bentuk “Mind Mapping”. 118


AKTIVITI 3 RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran Kesimpulannya, negara yang aman akan melahirkan kehidupan yang sejahtera. Rakyat Malasia perlu mengamalkan nilai kasih sayang dan mempunyai rasa tanggungjawab menjaga keamanan negara. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (I See, I Think, I Wonder) dengan membincangkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Cadangan soalan: a. Apa yang perhatikan daripada gambar tersebut? b. Bagaimanakah cara-cara untuk menjaga keamanan dunia? c. Nyatakan cara-cara anda dapat membantu mangsa peperangan dunia? Murid diminta untuk merancang sebuah projek bantuan kemanusiaan secara berkumpulan. Murid dibekalkan gambar dan menghasilkan signage berkaitan keamanan dunia. Murid mengedarkan signage yang dihasilkan kepada kepada kumpulan murid yang untuk tujuan penyebaran maklumat. 119


Sayangi Negara MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 4 SOSIOEMOSI: Mengekpresikan perasaan bangga kerana menjadi rakyat Malaysia TINDAKAN Mengamalkan sikap rela berkorban untuk negara Nilai Teras: Kasih sayang Konteks: Negara Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP Sejarah Tingkatan 4 Keratan akhbar, Video, Petikan artikel dari media sosial Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan cinta akan negara dari pelbagai sumber PENGENALAN Perasaan sayang dan cinta akan negara akan mendorong seseorang individu terus berkhidmat untuk pembangunan negara, memelihara budaya dan warisan negara. Selain itu, dedikasi dan pengorbanan demi mempertahankan negara daripada anasir luar atau dalaman. TAJUK 1 Jam Masa: Hak: Hak untuk cinta akan negara. Tanggungjawab: Memastikan warganegara mengamalkan sikap rela berkorban untuk negara demi meningkatkan semangat cinta akan negara. INFO SIVIK PENGETAHUAN: Menghuraikan kepentingan cinta akan negara 120


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Aktiviti PAK21. Murid ditayangkan video klip “Peristiwa Kemerdekaan Negara”. Murid meneliti iklan berkaitan kemasukan “Perajurit Muda”. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (sumbang saran) tentang penyertaan pelbagai kaum dalam Angkatan Tentera. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (sumbangsaran) menghuraikan kepentingan cinta akan negara. Murid mengekspresikan perasaan bangga dan kesediaan murid berbakti kepada negara. 121


AKTIVITI 3 PAK 21 : Using Large Picture Cards Murid menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru. Contoh soalan : • Berdasarkan gambar, adakah anda bersedia untuk menyertai angkatan tentera? Mengapa? • Nyatakan sumbangan lain sekiranya anda tidak menyertai angkatan tentera untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran Kesimpulannya, sayang kepada negara boleh dibuktikan melalui pelbagai cara. Setiap warganegara mesti mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang tinggi. Kedaulatan negara perlu dipertahankan dari anasir dalam dan luar yang cuba mengganggu gugat keamanan negara. Sumber: 122


Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Memahami adat resam dan pantang larang pelbagai kaum SOSIOEMOSI: Berupaya menyesuaikan diri dengan kepelbagaian adat resam dan pantang larang pelbagai kaum TINDAKAN Menjaga sensitiviti kaum, etnik dan budaya Nilai Teras: Hormat Menghormati Konteks: Sekolah Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP KSSM Sejarah Ting. 4, Tajuk dalam pemetaan, Menghargai pemimpin Persediaan Guru: Keratan akhbar, Gambar, Video Klip Tarian Dalam kehidupan seharian, Adat resam dan pantang larang telah diwujudkan dan tetap dipatuhi oleh masyarakat sejak turun-temurun agar dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Adat resam dan pantang larang diamalkan dalam pelbagai bentuk kepercayaan yang berbeza. Setiap kaum, etnik dan Orang Asli mempunyai adat resam dan pantang larang masing-masing sejak dahulu lagi. TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk mengamalkan adat resam dan pantang larang kaum masing-masing. Tanggungjawab: Memastikan semua warganegara berupaya menyesuaikan diri dengan kepelbagaian adat resam dan pantang larang PENGENALAN Sumber: http://warnawarniohmalaysiaku.blogspot.com/ 123


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Memahami adat resam orang asli: Guru menunjukkan gambar . Sumber: http:// www.kosmo.com.my/jurnal/tarian -jooh-budaya-orang-asli-mahmeri-1.648777 Murid ditunjukkan keratan akhbar berkaitan “Tarian Jooh budaya Orang Asli Mah Meri”. PAK21 : “Brain Storming” Murid menyatakan idea dengan menulis pada “mini white board”. PAK21: Murid menari tarian mengikut tarian yang ditunjukkan dalam video klip. Murid menunjukkan sikap keterbukaan dan menghormati adat resam kaum lain. Murid dinilai secara pemerhatian. Murid menghargai keunikan budaya pelbagai kaum dan menyatakan perasaan gembira kerana dapat menarikan tarian. Sumber: https:// www.youtube.com/watch?v=tv7yGoL5DU 124


AKTIVITI 3 Brosur #Jomkongsibersama Murid menjalankan aktiviti PAK21 (I See, I Think, I Wonder) dengan membincangkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Cadangan soalan: a. Apa yang perhatikan daripada gambar tersebut? b. Huraikan langkah-langkah untuk menjaga sensitiviti kaum, etnik dan budaya? RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan dan soal jawab Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran Dalam memastikan golongan muda mengamalkan dan menghormati adat resam dan pantang larang pelbagai kaum, pihak kerajaan harus mengadakan kempen yang berkaitan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia dan memberi tumpuan dalam penyebaran pengetahuan amalan pantang larang pelbagai etnik melalui media massa. Guru-guru harus mengajar para pelajar tentang amalan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia serta memberitahu kepentingan amalan tersebut kepada mereka. Ibu bapa perlu memupuk amalan ini terhadap anak mereka sejak kecil lagi. Akhirnya, pemikiran golongan generasi muda terhadap amalan pantang larang haruslah berubah dan harus sedar bahawa amalan ini merupakan warisan nenek moyang mereka Sumber: https://prezi.com/v4dvdja8w1vv/komuniti-baba-dan-nyonya-chettidan-serani-di-melaka/ Murid menghasilkan brosur tentang adat resam pelbagai kaum di Malaysia dengan tema #Jomkongsibersama secara berkumpulan. Murid boleh menghormati dan menghayati adat resam dan pantang larang kaum, etnik dan orang asal di negara ini. 125


Menghormati Undang-undang Antarabangsa MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 4 PENGETAHUAN: Menyenaraikan contoh-contoh pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa SOSIOEMOSI: Melahirkan simpati terhadap pihak yang diancam peperangan TINDAKAN Membantu menghormati nyawa dan maruah manusia dengan dengan membenci peperangan Nilai Teras: Hormat menghormati Konteks: Global Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4, Tajuk dalam pemetaan, Menghormati undang-undang antarabangsa Persediaan Guru: Klip video, Gambar, posteManila kad, warna, mesin laminator Setiap negara perlu menerima dan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang telah digubal. Tujuan penggubalan undang-undang antarabangsa adalah untuk memberi perlindungan kepada negara-negara yang ditindas. Undang-undang ini perlu bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan sejagat. Malaysia sentiasa menjaga hubungan diplomatik yang baik dan turut berperanan dalam memberi sumbangan dalam keamanan dunia. TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk hidup dalam dunia yang aman dan sejahtera Tanggungjawab: Menjaga dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan global. PENGENALAN Sumber: www.bharian.com.my/dunia/asia/2017/07/306126/pasukan126


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid ditunjukkan poster tentang pencabulan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Melahirkan simpati terhadap pihak yang diancam peperangan Murid dipertontonkan klip video dokumentari terbitan Living On One dan 1001 Media ini melibatkan kerjasama antara Save the Children, agensi pelarian United Nations dan International Rescue Committee. Murid mengemukakan idea dan pendapat tentang contoh-contoh lain berkaitan dengan pencabulan hak asasi manusia. Murid menyatakan cara-cara menunjukkan perasaan empati terhadap nasib yang alami oleh pelarian secara soal jawab. 127


AKTIVITI 3 Tema : #Jomtolakkeganasan Murid menjalankan aktiviti PAK21 (I See, I Think, I Wonder) dengan membincangkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Cadangan soalan: 1. Apa yang perhatikan daripada gambar tersebut? 2. Bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan keganasan? 3. Nyatakan kesan buruk keganasan terhadap manusia? 4. Apa yang anda faham tentang keganasan? RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran Kesimpulannya undang-undang antarabangsa sangat penting dalam memberi keamanan, keadilan, dan menjaga hak asasi manusia, politik, ekonomi, sosial serta menjamin hubungan serantau yang erat di antara Malaysia dan negara antarabangsa secara globalisasi keseluruhannya. Murid menghasilkan penanda buku tentang benci peperangan dan keganasan di peringkat antarabangsa. Murid membuat jualan penanda buku yang dihasilkan dan mendermakan hasil jualan kepada tabung yang memerlukan. 128


Cukai dan Negara MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 5 PENGETAHUAN: Menyenaraikan jenis-jenis cukai. SOSIOEMOSI: Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat membayar cukai. TINDAKAN Membayar cukai demi kemajuan negara. Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Masyarakat dan Negara Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP Sejarah Tingkatan 5, video, gambar Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan cukai dari pelbagai sumber. Cukai diperkenalkan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan merupakan salah satu sumber pendapatan negara bagi melaksanakan tadbir urus negara. Cukai adalah liabliliti atau wang yang perlu ditanggung dan dibayar kepada pihak kerajaan di atas pendapatannya. Pada masa yang sama, cukai diperlukan bagi menampung pembangunan sesebuah negara serta menjadi salah satu sumber pendapatan negara yang utama. TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk menikmati kemudahan dan kemajuan negara Tanggungjawab: Setiap warganegara perlu membayar cukai untuk kesejahteraan hidup. Sumber : http://www.hasil.gov.my/ PENGENALAN 129


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid dibekalkan bahan (Tarsia dan kertas lukisan) berkaitan jenisjenis cukai untuk menjalankan aktiviti PAK21 secara berkumpulan. Murid menyelesaikan puzzle tarsia dan menampal susunan tarsia di kertas lukisan. Murid mempersembahkan susunan tarsia di hadapan kelas. Murid dipaparkan beberapa logo agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan kutipan cukai. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (I See, I Think, I Wonder) dengan membincangkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Cadangan soalan: a. Apa yang perhatikan daripada gambar tersebut? b. Bagaimanakah pihak berkuasa tempatan menyediakan kemudahan kepada penduduk setempat? c. Bagaimanakah agensi-agensi kerajaan mendapatkan dana kewangan? d. Apa yang anda faham tentang e-filling? Murid ditayangkan video iklan cukai. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (sumbangsaran) berkaitan video tersebut: Cadangan soalan: • Apa yang anda perhatikan daripada video tersebut? • Nyatakan jenis-jenis cukai yang terkandung dalam video. • Nyatakan cukai lain yang anda tahu. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (Chain Link) secara berkumpulan dengan menulis kata-kata secara kreatif yang menunjukkan perasaan bangga apabila dapat membayar cukai. Murid menggantung hasil kerja di sekeliling kelas. Sumber: http://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/penerangan-logo Sila layari URL ini. Imbas kod QR ini. 130


AKTIVITI 3 Murid menjalankan aktiviti PAK21 (Commercial) dengan menghasilkan video pendek interaktif yang menunjukkan tanggungjawab warganegara membayar cukai demi kemajuan negara di dalam kumpulan. RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran. Masyarakat memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara untuk membayar cukai demi kemajuan negara. Tindakan : Murid memuat naik video tersebut di laman sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Cadangan : Menayangkan video pendek yang mendapat Like tertinggi di papan iklan interaktif dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. 131


Pilihanraya MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 5 PENGETAHUAN: Menjelaskan proses pilihan raya di Malaysia SOSIOEMOSI: Gembira melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara. TINDAKAN Menjalankan tanggungjawab sebagai wargangara Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Masyarakat dan negara Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 5, Tajuk dalam pemetaan. Menghargai pemimpin Persediaan Guru: Kad gambar, klip video dan lagu, poster, manila kad, marker Pilihan raya merupakan salah satu ciri utama demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memegang mandat kepimpinan negara. Dalam tempoh lebih 60 tahun mengecapi kemerdekaan, pilihan raya di Malaysia telah berlangsung sebanyak 14 kali dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat untuk mengundi kerajaan pilihan mereka. Malaysia merupakan antara negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan negara selain Britain, Kanada, India dan Bangladesh. TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk membuat pilihan Tanggungjawab: Warganegara harus memilih pemimpin yang berketerampilan. PENGENALAN Sumber: Laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 132


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid ditayangkan kad gambar berkaitan proses dalam bilik mengundi di Malaysia. Sumber : http://taotauajer.blogspot.com/2013/04/serius-jom-kita-lihat-lagumari.html Gembira melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Murid dipertontonkan klip video. Murid menyediakan dan membentangkan peta i-think peta alir berkaitan proses pilihanraya/dalam bilik mengundi secara berkumpulan. Murid menyatakan kepentingan setiap warganegara perlu melaksanakan tanggunjawab untuk keluar mengundi. Murid menyanyikan lagu secara beramai-ramai. Sila layari URL ini. Imbas kod QR ini. 133


AKTIVITI 3 Kempen kesedaran #undirosak Murid menyediakan signage tentang kempen kesedaran #undirosak adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan hak mereka semasa pilihanraya. RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran Kesimpulannya, sebagai warganegara kita haruslah menggunakan hak dan bertanggungjawab untuk mengundi dengan akal fikiran yang waras jangan dengan nafsu. Murid menyedari pentingnya nilai satu undi untuk menentukan masa depan dan kesejahteraan negara. 134


Bahasa Jiwa Bangsa MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 5 Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Negara NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 5, Tajuk dalam pemetaan, Menghargai pemimpin Persediaan Guru: Poskad, klip video lagu, flash kad Raja-raja Melayu sejak mesyuarat Durbar pada 1903, telah membangkitkan soal pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Semasa menurunkan tanda tangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957, Raja-Raja Melayu telah menetapkan tujuh wasiat, salah satu daripadanya menyentuh bahasa: “Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.” Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bahasa-jiwa-bangsa1.391185#ixzz5hrctQ56o © Utusan Melayu (M) Bhd TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk merasa bangga dengan identiti negara melalui bahasa kebangsaan negara kita Tanggungjawab: Memastikan setiap warganegara bertanggungjawab untuk menjaga dan rasa bangga terhadap bahasa kebangsaan. PENGENALAN Sumber:www.stamps-for-sale.com/malayan-federation-1962-nationallanguage-month-set-fine-used--on-first-day-cover-77802-p.asp PENGETAHUAN: Menjelaskan identiti Malaysia seperti Rukun Negara, Bahasa Melayu, Bendera, Lagu, Jata dan Bunga SOSIOEMOSI: Melahirkan perasaan bangga dengan identiti Malaysia TINDAKAN Menunjukkan sikap taat dan peka dengan identiti Malaysia Literasi Sivik: 135


AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Menjelaskan identiti Malaysia seperti Rukun Negara, Bahasa Melayu, Bendera, Lagu, Jata dan Bunga Murid dipertontonkan tayangan video lagu. Murid menonton video youtube tentang warga USA yang fasih berbahasa Melayu Tan Sri Dol Ramli (1922-2011) ialah rakyat Malaysia yang merupakan bekas ketua Pengarah Penyiaran dan juga pengasas Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dol Ramli dilahirkan pada 3 Oktober 1922 di Dunlop Street, Singapura. Beliau berkahwin dengan Che Kamilah Marzuki dan dikurniakan dengan lima anak lelaki. Pada akhir hayatnya, beliau dikurniakan dengan 11 cucu dan dua cicit. Tan Sri Dol Ramli ialah pengurus Besar Bernama dari 1975 hingga 1980.Dol Ramli ialah penulis lirik lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan aktif dalam aspek pemberitaan di surat khabar. Murid menyatakan perasaan mereka setelah menonton video dan cabaran memartabatkan bahasa Melayu pada generasi muda masa kini. Murid menjalankan aktiviti PAK21 (I See, I Think, I Wonder) dengan membincangkan apa yang dilihat dalam gambar tersebut. Cadangan soalan: • Apakah tema lagu dalam video klip tersebut? • Apa yang anda faham tentang identiti negara? • Bagaimanakah pihak berkuasa boleh meningkatkan identiti Malaysia? • Bagaimanakah agensi-agensi bukan kerajaan membantu meningkatkan identiti negara? Sila layari URL ini. Imbas kod QR ini. Sila layari URL ini. Imbas kod QR ini. 136


AKTIVITI 3 Menunjukkan sikap taat dan peka dengan identiti Malaysia Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan tindakan-tindakan yang harus diambil bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu di persada dunia. Maju bahasa - majulah bangsa; Bahasa jiwa bangsa. RUMUSAN PENILAIAN Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Guru boleh meletakkan tahap penguasaan berdasarkan DSKP mata pelajaran Kesimpulannya, rakyat Malaysia harus mempunyai kesedaran sendiri tentang usaha memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu di negara kita, bukan saja sebagai bahasa kebangsaan malahan sebagai elemen menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, agama, adat dan budaya. Sumber: https://prezi.com/jcx_8extnx6z/usaha-usaha-untuk-memartabatkanbahasa-melayu/ 137


Bangkit Dari Kegagalan MATA PELAJARAN SEJARAH Tingkatan 5 Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Diri NOTA GURU Nota Rujukan: DSKP KSSM Tingkatan 5, Tajuk dalam pemetaanMenghargai pemimpin Persediaan Guru: Klip video, gambar, kad nota tampalan Hidup manusia bagaikan roda, kadangkala kita mengecap kejayaan dan kebahagiaan. Kadang kala kita jatuh ke bawah, ditimpa kegagalan,kecelakaan dan juga musibah. Jatuhnya seseorang bukan bermakna tak mampu untuk bangkit semula. Bangkit dari kegagalan dan penyesalan bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Bangkit dari kegagalan juga memerlukan ilmu, kekuatan lahiriah dan jasmani untuk terus maju kehadapan. TAJUK 1 Jam Masa: INFO SIVIK Hak: Hak untuk menikmati kejayaan diri sendiri Tanggungjawab: Memastikan setiap warganegara berusaha mencapai kecemerlangan diri dalam pelbagai aspek kehidupan PENGENALAN Sumber: https://blog.maukerja.my/5-oku-tersohor-di-malaysia-nimembuktikan-masalah-fizikal-bukan-halangan-untuk-berjaya PENGETAHUAN: Mengenal pasti cara-cara menangani cabaran untuk bangkit dari kegagalan SOSIOEMOSI: Menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam menangani cabaran TINDAKAN Keupayaan menyesuaikan diri dan pintar mencari penyelesaian Literasi Sivik: 138


Click to View FlipBook Version