The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KELIP Edisi 1-2023
Kampus Kesihatan USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nor Azlin Wan Azlan, 2024-03-30 23:33:09

Buletin KELIP Edisi 1-2023

Buletin KELIP Edisi 1-2023
Kampus Kesihatan USM

Keywords: kelip

Madani Kerangka Fokus Menginsankan Pendidikan dan Kembalikan Roh APEX Kompilasi Ekspresi Liputan Informasi Peristiwa BULETIN EDISI 1/2023 [JANUARI - JUN 2023] KAMPUS KESIHTAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


MENTRANSFORMASIKAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK KELESTARIAN HARI ESOKfi KAMPUS KESIHATAN USM


Hak cipta Buletin KELIP Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunannya serta bahan-bahannya adalah hak milik USM. Tiada mana-mana bahagian buletin ini boleh diubah, disalin, diedar, disiar, dipamer, diterbitkan semula, dilesenkan, dipindah, disimpan, dijual atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian buletin, serta diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada USM.


Penaung Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin Penasihat Dato’ Prof. Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Ketua Editor Amyrulhan Azhari Editor Siti Sri Mas Ismail Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Tugas-tugas Khas R. Alia Fazni R. Azmi Kamaruzaman Yusof Sidang Redaksi Reka Grafik Ahmad Fansuri Salleh Fotografi Abdul Hasib Abdul Rahman Sidang Redaksi Buletin KELIP: PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM Blok Pentadbiran Hospital USM, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-767 1010 / 1011 / 1055 Faks: 09-767 1060 Emel: [email protected]


DARI MEJA KETUA EDITOR Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. yukur kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan limpah kurnia-Nya, Buletin KELIP edisi pertama (Januari – Jun) 2023 berjaya diterbitkan. Keluaran tahun kedua buletin ini diharap dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak dalam usaha mengetengahkan Universiti Sains Malaysia (USM) ke persada antarabangsa. Buletin ini juga dihasilkan sebagai salah satu medium penyaluran maklumat terkini kepada semua warga Kampus Kesihatan amnya dan USM khususnya. Sidang redaksi mengharapkan kerjasama semua pusat tanggungjawab (PTJ) untuk menyumbangkan idea atau cadangan dalam menambahbaik penerbitan buletin ini untuk edisi berikutnya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan Buletin KELIP ini. Sekian, terima kasih. S AMYRULHAN AZHARI KETUA EDITOR Amyrulhan EDITOR


KEPAKARAN Penyakit Mata Juling di Malaysia: Kaedah Rawatan dan Cabaran 8 Saringan Retinopati Diabetes: ke Arah Aplikasi Teknologi Kepintaran Buatan Cuaca Panas Melampau, Awas Strok Haba 10 12 BERSAMA KOMUNITI Cakna Warga Emas: Program KRIS Hospital USM Beri Pendedahan Masalah Kesihatan Mental 14 Program KKKK Terjemah Pembelajaran Secara Praktikal Bersama Komuniti Penduduk Teruja dan Bersyukur Klinik Bergerak USM Masuk Kampung 16 18 20 22 24 26 28 Projek Payung 2023 Kolaborasi Kesihatan Kesan Awal Kanser Payudara 15 Pelajar B40 Bersyukur Terima Bantuan Cermin Mata Percuma USM Ulang Tahun ke-4 Rumah Ronald Mcdonald Hospital USM Dirai Bersama 53 Keluarga Pesakit Sebar Luas Maklumat Fokus Utama Sambutan Hari Rehabilitasi Bersama Komuniti Pemindahan Ilmu kepada Masyarakat Program Geriatrik USM Bantu Warga Emas Meniti Proses Penuaan Yang Sihat SEMBANG SIHAT Botulinum Toxin dalam Perspektif Perubatan Rehabilitasi - Dr. Mohd Adli Jihad Mohd Bustamin 30 Fahami Fakta Penyakit Gout Elak Mitos Yang Membahayakan Nyawa - Dr. Muhamad Aizat Mohamed Saat 32 22 14 KANDUNGAN


Pusat Transformasi OKU USM-MAIK Platform Pemerkasaan Golongan Istimewa - Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim Kehilangan Gigi: Ketahui Kaedah Penggantian Terbaik - Dr. Noor Huda Ismail Kisah INSPIRASI Kaitan Estrogen & Kanser Rahim: Apa Yang Perlu Anda Tahu - Dr. Noorul Balqis Che Ibrahim OKU Aktif: Kekurangan Bukan Penghalang - Dr. Nur Syamsina Dato’ Haji Ahmad Penyakit Berjangkit dan Kaedah Pencegahan Elak Jangkitan Kuman - Profesor Dr. Zakuan Zainy Deris 34 36 38 40 42 ‘Retainer’ Bantu Kekalkan Kedudukan Gigi Selepas Rawatan ‘Braces’ - Dr. Liyana Ghazali Remaja dan Obesiti: Kenali Punca dan Ubah Cara - Profesor Madya Dr. Razlina Abdul Rahman Kenali Sindrom Bangunan Sakit dan Solusi Pencegahan - Dr. Nurulilyana Sansuddin Cepatkan Bantuan CPR, Elak Kecederaan Otak Serius - Dr. Mohd Boniami Yazid Awas Merkuri dalam Kosmetik - Profesor Dr. Wan Azman Wan Sulaiman 44 46 48 50 52 Raudzah Alumni Yang Menabur Bakti 36 Tahun Sebagai Jururawat di Hospital USM 54 Buku COVID-19: Sumber Rujukan pada Masyarakat Sorotan Program di Kampus Kesihatan Teruskan Usaha Menjenamakan Hospital USM - Nik Hisamuddin 56 59 Buku Pelaporan KRIS Dokumentasi Kejayaan Kolaborasi KPT USM 61 54 59


80 70 Wadah Perkongsian Ilmu: Karya Ilmiah Pakar Bidang antara KPI Baharu Hospital USM 72 ROTG Inisiatif Baharu Rangkaian Perpustakaan USM Perkasa Penyelidikan Tekad Menyumbang Urus Bencana Dorong Kadet Terbaik USM Sertai Kor SISPA 74 76 Bendung Penyalahgunaan Dadah USM Perkenal Intervensi Inovatif 78 Dana Kerajaan Jepun dan Kepakaran USM Fokus Pemerkasaan OKU Ramadan: Warga Kampus Diseru Pertingkat Ibadah Seiring Prestasi Kerja 80 83 84 86 88 PPP Petugas Barisan Hadapan Yang Sentiasa Bersedia Berkhidmat Kuasai Bahasa Inggeris dan Perkuat Jati Diri Bakal Mahasiswa Intipati Program “Gear Up!” USM CIC Turun Padang Fokus Program Perkasa Pencapaian KPI Inovasi USM Penerima Pertama Kursi UNESCO Genetik Manusia Talasemia 64 Naib Canselor Tinjau Prestasi Fizikal dan Kewangan Projek Pembangunan Kampus Kesihatan, USM 67 Delegasi KPT, Kementerian Kewangan, JKM dan Wakil UA Tinjau Pelaksanaan Geran Libatsama Universiti - Komuniti PPDK USM Akademi Sukan Anak Staf, Agenda Kesejahteraan Warga 68 70 USM – AL KAUTHAR EDUQIDS Meterai MoU Tingkatkan Sinergi Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak 62 KOR SISPA Latih Pelajar Perkukuh Jati Diri 90 Hadapi Pelbagai Kemungkinan Situasi Kerangka Madani Fokus Menginsankan Pendidikan dan 92 Kembalikan Roh APEX – Naib Canselor


MKI Bukan Sekadar Hiburan, Turut Perkenal Kebudayaan dan Sejarah Kaum India Perkasa Kredibiliti OKK untuk Pengurusan Bencana Yang Lebih Efisien Kepakaran USM Bantu Usaha Basmi Ketagihan Ketum Empat Dekad Bersama, Jururawat Terus Perkukuh Jenama Hospital USM Kolaborasi Mampan Bersama Rakan Industri, USM Terima Sumbangan ABP Bernilai Hampir RM90,000 OSH Day USM: Pelaburan Dalam Infrastruktur dan Modal Insan Mampu Tingkatkan Produktiviti 104 106 108 110 112 Pemeteraian MoA USM dan Dwiniti Fokus Rapatkan Jurang Akademik - Industri 114 102 Belangsungkawa Salam Takziah Selaut Budi, Seribu Memori Kakitangan Bersara Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih 116 121 94 NC Seru Warga Kampus Kesihatan Pentingkan Nilai Kebersamaan dengan Mereka Yang Kurang Bernasib Baik 96 98 100 BPMB dan PNB Beri Sumbangan Peralatan Hampir RM800,000 kepada Hospital USM Ikhlas dan Adil Nilai Utama Perlu Ada dalam Diri Setiap Warga Hospital USM - Hisamuddin Produk ‘Mofresh White’ Kolaborasi antara USM dan Hannan Medispa Bakal Menemui Pengguna 102 108


Kepakaran USM 8 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 pergerakan mata seperti inferior rectus, superior rectus, inferior oblique dan superior oblique. "Masalah mata juling ini boleh berlaku sepanjang masa (constant) atau sekejap-sekejap (intermittent) dan ada yang berlaku secara konsisten pada satu mata sahaja serta ada yang berlaku secara silih berganti (alternating) antara mata kanan dan mata kiri," katanya ketika menyampaikan syarahan umum sempena Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Shatriah yang juga Ketua Jabatan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, berkata, kadar kelaziman masalah mata juling dilaporkan antara 1.7 hingga 5.0 peratus (%) berdasarkan populasi kedudukan geografi dunia. "Masalah juling horizontal (iaitu exotropia dan esotropia) dilaporkan lebih kerap berlaku berbanding juling vertikal (iaitu hypertropia dan hypotropia). "Masalah juling boleh berlaku tanpa mengira jantina dan usia serta ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak berusia kurang dari satu tahun hingga ke usia dewasa. "Masalah mata rabun, sejarah keluarga yang mempunyai masalah mata juling, kelahiran pramatang merupakan antara faktor yang berkait rapat berlakunya masalah mata juling," jelasnya lagi. Penyakit Mata Juling di Malaysia: Kaedah Rawatan dan Cabaran Strabismus atau masalah juling merupakan kedudukan posisi bola mata yang tidak memandang lurus ke hadapan. Keadaan ini dikenali sebagai juling keluar (exotropia), juling masuk (esotropia), juling atas (hypertropia) dan juling bawah (hypotropia). Menurut Pensyarah Kanan yang juga Pakar Perunding Oftalmologi dengan subkepakaran Pediatrik Oftalmologi dan Strabismus, Profesor Dr. Hajah Shatriah Ismail, masalah mata juling ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara otot-otot mata yang mengawal pergerakan bola mata. "Juling keluar (exotropia) atau masuk (esotropia) adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara otot medial rectus dan otot lateral rectus manakala juling atas (hypertropia) dan juling bawah (hypotropia) pula disebabkan oleh ketidakseimbangan otot-otot Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Oftalmologi PROFESOR DR. HAJAH SHATRIAH ISMAIL Jabatan Oftalmologi & Sains Visual, PPSP


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 9 Kampus Kesihatan USM Shatriah yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata turut memberitahu, mata rabun jauh (myopia) pula berkait rapat dengan masalah mata juling keluar (exotropia) dan mata rabun dekat (hypermetropia) berkait rapat dengan masalah mata juling masuk (esotropia). "Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang mengalami masalah mata juling turut mengalami masalah kabur penglihatan (sekiranya juling berlaku pada satu mata sahaja) dikenali sebagai mata malas (ambliopia). "Individu yang mengalami masalah mata juling silih berganti mempunyai kesukaran dalam persepsi 3-dimensi (stereopsis) iaitu menganggar kedalaman ruang (contohnya menuang air ke dalam cawan, menaiki tangga dan kedalaman longkang) serta menggunakan kedua-dua mata serentak seperti menggunakan mikroskop, teropong dan teleskop," ulasnya. Jelas Shatriah lagi, masalah mata juling perlu dikenal pasti dan dirawat pada peringkat awal iaitu sebelum usia lima (5) tahun disebabkan oleh perkembangan mata/visual perlu selari dengan perkembangan pembesaran otak kanak-kanak. "Antara jenis rawatan yang diperlukan ialah memakai cermin mata, rawatan menampal (bagi yang mengalami masalah mata malas) dan pembedahan mata juling. "Sebanyak 80% daripada pesakit yang mengalami masalah mata juling perlu dirawat menggunakan kaedah pembedahan dan pembedahan mata juling diyakini selamat serta dilakukan oleh pakar mata yang terlatih dalam rawatan masalah mata juling (strabismus specialist). "Dalam kajian yang diterbitkan oleh penyelidik USM, kadar kejayaan pembedahan mata juling untuk kali pertama ialah 81.6% dan kadar peratusan ini setanding dengan data yang diterbitkan oleh negara-negara Asia seperti Thailand, Hong Kong, Korea Selatan dan China," katanya. Tambah Shatriah, pesakit yang mempunyai sudut juling yang besar (melebihi 50 prism diopter) biasanya perlu menjalani pembedahan mata juling sebanyak dua kali dan perancangan akan dibuat oleh doktor pakar bersama pesakit sebelum pembedahan dilakukan iaitu semasa sesi konsultasi pra-pembedahan. "Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh USM pada tahun 2020, pesakit yang telah menjalani pembedahan mata juling mempunyai kualiti hidup yang lebih baik berbanding situasi sebelum menjalani pembedahan," ujarnya. Salah seorang penduduk setempat, Che Ibrahim Che Amat, 59, ketika ditemubual memberitahu beliau amat berterima kasih kepada USM dan Yayasan Merican kerana turun padang menyantuni komuniti khususnya warga emas dan penduduk daripada golongan B40 yang mempunyai masalah kesihatan dan sukar untuk mendapatkan rawatan di hospital. “Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan program ini kerana program sebegini amat ditunggu-tunggu penduduk kampung untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan lebih terperinci. “Program seperti ini juga menjimatkan masa tanpa perlu menunggu giliran yang lama untuk berjumpa doktor dan saya amat berharap agar program sebegini dijalankan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang demi manfaat semua,” katanya. Kampus Kesihatan USM


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Saringan Retinopati Diabetes: ke Arah Aplikasi Teknologi Kepintaran Buatan Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Oftalmologi PROFESOR DATIN DR. ZUNAINA EMBONG Jabatan Oftalmologi & Sains Visual, PPSP Retinopati diabetes merupakan penyakit pada organ mata khususnya pada lapisan retina yang diakibatkan oleh diabetes mellitus. Pada peringkat awal retinopati diabetes, tahap penglihatan mata adalah baik seperti sediakala. Namun begitu, penglihatan akan menjadi kabur dan akhirnya buta apabila retinopati diabetes mencapai peringkat teruk. Kebutaan yang diakibatkan oleh retinopati diabetes ini boleh dicegah sekiranya saringan awal dilakukan terhadap pesakit diabetes mellitus. Menurut Pensyarah Kanan yang juga Pakar Perunding Oftalmologi dengan subkepakaran retina, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr. Zunaina Embong, berdasarkan Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2019, retinopati diabetes merupakan antara enam penyebab utama kebutaan peringkat dunia manakala berdasarkan Laporan Kaji Selidik Mata Kebangsaan 2014, retinopati diabetes merupakan faktor kedua kebutaan di Malaysia. “Diabetes Registri Kebangsaan 2019 melaporkan sebanyak 35 peratus (%) pesakit diabetes mellitus mendapat retinopati diabetes. “Kebutaan yang diakibatkan oleh retinopati diabetes ini boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan mata sebaik sahaja didiagnosis mengidap penyakit diabetes mellitus. “Pemeriksaan mata dalam kalangan pesakit diabetes Kepakaran USM 10 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


“Dalam saringan retinopati diabetes, pengeluaran atau hasil data yang diinginkan ialah komputer yang dibangunkan dapat membuat rumusan bukan sekadar mendiagnosis pesakit tersebut mengalami retinopati diabetes malah dapat mengkelaskan tahap keterukan retinopati diabetes,” ujarnya lagi. Menurut Zunaina, aplikasi teknologi kepintaran buatan dalam saringan retinopati diabetes mendatangkan banyak manfaat selain dapat dijalankan dengan mudah dan pantas. “Hanya mesin dilengkapi teknologi kepintaran buatan sahaja yang diperlukan tanpa menggunakan peralatan pemeriksaan mata lain dan dalam masa yang singkat, bilangan pesakit diabetes mellitus dapat disaring dengan lebih ramai pada satu-satu masa. “Perkara ini dapat mengatasi masalah bilangan pesakit yang menjalani saringan retinopati diabetes yang rendah peratusannya dan secara tidak langsung, peratusan kebutaan sebagai akibat diabetes mellitus dapat dikurangkan dengan pengesanan awal kes-kes berisiko,” ulasnya lanjut. Selain itu, Zunaina turut menjelaskan bahawa, peningkatan pesakit yang membuat saringan retinopati diabetes merupakan kunci kepada penurunan kadar kebutaan. mellitus dikenali sebagai saringan retinopati diabetes dan saringan ini perlu dilakukan walaupun tiada tanda kabur penglihatan atau rasa sakit mata,” katanya ketika menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor. Tambah Zunaina, saringan tersebut adalah penting untuk memastikan salur darah bocor atau pertumbuhan salur darah abnormal dapat dikesan dan rawatan awal dapat diberikan. “Pemeriksaan biasa atau konvensional yang dilakukan semasa saringan retinopati diabetes adalah menggunakan peralatan seperti funduskop, binokular oftalmoskop, lampu slit, atau kamera retina. “Pemeriksaan menggunakan peralatan ini perlu dilakukan oleh doktor kerana cara pemeriksaannya memerlukan teknik kemahiran yang betul,” jelasnya. Zunaina yang merupakan anak kelahiran Bukit Besi, Dungun, Terengganu, turut memaklumkan, dengan kemajuan teknologi pada masa kini, komputer telah dibangunkan untuk berfikir seperti manusia dan mentafsir data. “Dalam bidang perubatan, teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence) digunakan dalam pemprosesan data pesakit termasuk mendiagnosis penyakit dan saringan retinopati diabetes menggunakan aplikasi teknologi kepintaran buatan merupakan satu cabang pemprosesan data pesakit. Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menjelaskan bahawa data pesakit yang digunapakai dalam aplikasi teknologi kepintaran buatan bagi tujuan saringan retinopati diabetes ialah imej retina. “Dengan menggunakan rangkaian neural yang berasaskan interaksi antara neuron, komputer yang dibangunkan dengan peranti teknologi kepintaran buatan berkemampuan untuk belajar daripada set data imej retina sedia ada untuk meramal pengeluaran atau hasil data (output). Buletin KELIP - Edisi 1/2023 11 Kampus Kesihatan USM


China, India dan Bangladesh,” ujarnya. Nik Rosmawati berkata, individu yang melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi mendapat strok haba seperti pekerja pembinaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, pengendali jentera berhaba, atlet dan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di bawah sinaran matahari terik. “Selain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti meningkatkan lagi risiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik. “Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius. Berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Bouchama et al. (2022), kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting. “Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka Pensyarah Perubatan PROFESOR MADYA DR. NIK ROSMAWATI NIK HUSAIN Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP Strok haba merupakan suatu penyakit yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih. Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat. Kadar kejadian strok haba adalah berbeza bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat. Risiko strok haba adalah tinggi apabila berada dalam keadaan suhu sekeliling melebihi 39.2°C. Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, berdasarkan laporan ‘World Health Organization’ (WHO) 2023, fenomena gelombang haba berterusan di Eropah pada pertengahan tahun 2022 telah menyebabkan lebih 20,000 kematian akibat strok haba. “Di Malaysia pula, 200 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan pada tahun 2016, di mana 22 kes adalah strok haba. Oleh itu, tindakan aktif hendaklah diambil bagi mengelak kejadian penyakit berkaitan haba seperti strok haba. “Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023 selain turut melanda negara-negara Asia lain termasuk Thailand, Vietnam, Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Cuaca Panas Melampau, Awas Strok Haba Kepakaran USM 12 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian,” jelasnya lagi. Tambah Nik Rosmawati, orang awam perlu mengetahui tanda-tanda dan gejala strok haba agar tindakan segera dapat diambil. “Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit), pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit), badan terasa panas dan kering, sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing, berasa mual, peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C), tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg) serta tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan. “Orang awam juga perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang, elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan, pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung, tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik serta memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis,” katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda awal penyakit berkaitan haba. “Sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada METMalaysia dan amaran kesihatan berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. “Kurangkan atau elak daripada melakukan sebarang aktiviti luar mahupun bersenam ketika cuaca panas terik,” rayunya lagi. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 13 Kampus Kesihatan USM


Tambah Asrenee, lazimnya masalah gangguan kesihatan mental yang dihidapi oleh warga emas adalah seperti nyanyuk, kemurungan, keresahan dan masalah tidur serta rawatannya pula adalah berdasarkan jenis masalah yang dialami. “Gejala masalah ini adalah berbeza dengan golongan muda. Bagi golongan warga emas, gejala kemurungan biasanya datang bersama sakit-sakit badan, tidak larat, tidak bertenaga, sakit kepala, resah gelisah dan apabila diperiksa ia memenuhi kriteria kemurungan. “Kebiasanya rawatan yang akan diberikan adalah berpandu kepada jenis gangguan terhadap kesihatan pesakit. Contohnya, ubat anti kemurungan bagi yang mengalami masalah kemurungan, ubat anti keresahan bagi masalah keresahan dan ubat untuk melambatkan proses nyanyuk pada peringkat awal. Cakna Warga Emas: Program KRIS Hospital USM Beri Pendedahan Masalah Kesihatan Mental Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin meningkat dan ia tidak hanya melibatkan golongan muda sahaja tetapi turut dihidapi oleh golongan warga emas. Cakna akan kepentingan perkara berkenaan, Jabatan Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi suntikan dana Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Tumpat mengambil inisiatif menganjurkan Program Literasi Kesihatan Mental dalam Kalangan Warga Emas di Dewan Masjid An-Nur, Kota Kubang Labu, Tumpat. Menurut Pengarah Program, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak, melalui program ini warga emas akan diberi kefahaman yang sebenar tentang apa itu masalah kesihatan mental. “Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman dan mengubah stigma masyarakat berkenaan kesihatan mental. “Ramai yang beranggapan kesihatan mental itu adalah sakit mental dan kefahaman tersebut adalah salah. "Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesihatan diri seperti kesihatan fizikal, mental, spiritual dan sosial," katanya ketika ditemubual dalam program tersebut. Asrenee yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, menjelaskan bahawa sihat bermaksud kita mampu menyumbang kepada masyarakat secara optimum. “Sama seperti penyakit lain contohnya pesakit darah tinggi dan diabetes, sekiranya mereka mampu memberi sumbangan terutama dalam pekerjaan maka mereka tidak dikategorikan sebagai sakit. “Bagi masalah kesihatan mental pula, ia adalah perubahan dari segi emosi, tingkah laku, pemikiran yang akan mengganggu kehidupan seharian. "Contohnya semua orang mengalami anxiety atau keresahan pada tahap yang normal dan ini adalah lumrah biasa. Namun, sekiranya keresahan ini meningkat melebihi tahap biasa sehingga menggangu fungsi kehidupan seharian secara menyeluruh, maka ia boleh dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental,” jelasnya lagi. Pengarah Program PROF. MADYA ASRENEE AB. RAZAK Timb. Dekan Penyelidikan & Inovasi PPSP Bersama Komuniti 14 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


“Selain daripada ubat-ubatan, terdapat juga rawatan secara psikoterapi sokongan iaitu terapi kaunseling kepada pesakit yang kemurungan dan rawatan rangsangan fungsi pemikiran kepada pesakit demensia," ujarnya. Tambah Asrenee, di Klinik Memori Hospital USM, pesakit akan diperiksa bagi menentukan sama ada mereka mengalami masalah ingatan dan fungsi pemikiran selain pemeriksaan fizikal serta status kesihatan mental sebelum diberikan rawatan lanjut. Asrenee turut berharap agar program ini membantu meningkatkan kemahiran serta pengetahuan warga emas seterusnya dapat memberi bantuan awal psikologi kepada diri mereka sendiri atau kepada mereka yang memerlukan. Hadir merasmikan program ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Turut hadir ialah Ketua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Tumpat, Wan Fauzi Wan Mamat. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 15 Kampus Kesihatan USM


Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkasa Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) sebagai jambatan yang menghubungkan USM dengan masyarakat. Program KKKK merupakan salah satu kurikulum utama kursus Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) yang dilaksanakan secara praktikal bersama komuniti setempat dan ia diterjemahkan melalui penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat mereka di perkarangan Pejabat Penggawa Daerah Badang, Kota Bharu. Menurut Timbalan Dekan USM-KLE, PPSP USM, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah, melalui program KKKK, seramai 155 orang pelajar perubatan akan melalui pengalaman tinggal bersama keluarga angkat selama lima hari bermula 14 Februari 2023. “Para pelajar diberi peluang merasai sendiri pengalaman secara terus bersama masyarakat sama ada dalam aspek berkomunikasi selain merancang dan menjayakan program-program promosi kesihatan serta pencegahan penyakit bersama komuniti setempat. “Perkara paling penting adalah melatih pelajar memahami serta menghormati latar belakang agama, budaya dan sosial dalam merangka pelan pengurusan pesakit di samping menanam rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam pasukan kesihatan dan komuniti kelak,” katanya. Program KKKK Terjemah Pembelajaran Secara Praktikal Bersama Komuniti Bersama Komuniti 16 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Tambah Nik Ahmad Zuky, kaedah pembelajaran melalui refleksi yang terhasil berdasarkan pengalaman ini merupakan salah satu pendekatan utama USM untuk meningkatkan karakter, sahsiah dan kematangan pelajar. “Kami yakin dengan adanya pelbagai projek intervensi kesihatan komuniti sebegini ia bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman asas tentang penyakit dan risiko penyakit, tetapi juga dapat menerapkan sikap positif dan amalan sihat bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik seseorang individu khususnya dan dalam kalangan masyarakat amnya. “Kami juga berharap agar program bersama komuniti ini turut memberi sumbangan kepada kedudukan USM dalam senarai ’Times Higher Education’ (THE-GIR) yang mana pada tahun 2022, USM telah menduduki tempat ke-empat terbaik seluruh dunia,” ujarnya lagi. Nik Ahmad Zuky berkata, sepanjang program tersebut, para pelajar juga berpeluang menjayakan projek-projek intervensi yang sesuai dengan masalah kesihatan spesifik yang telah dikenal pasti dalam komuniti setempat. “Antaranya adalah Pengetahuan Mengenai Kanser Payudara, Program Kito Pero, Kito Jaga, Program Kesihatan Seksual dan Reproduktif serta Penyalahgunaan Dadah, Pendidikan Tentang Kencing Manis dan Program Mencegah Influenza,” jelasnya. Sementara itu, Zanala Abidin Sohor dan Eshah Samat antara keluarga angkat yang ditemui dalam majlis tersebut melahirkan rasa gembira kerana terpilih untuk menerima anak angkat dari USM. “Kehadiran anak angkat ini bukan sahaja membantu kami mendapat maklumat berguna berkenaan penjagaan kesihatan malah jiran-jiran dan penduduk kampung turut mendapat manfaat. “Para pelajar yang menjadi anak angkat kami ini akan menjadi daya penarik atau idola kepada anak-anak remaja lain untuk meminati bidang perubatan. “Saya juga berharap agar mereka turut mengenali adat dan budaya masyarakat di sini serta ukhwah yang terjalin ini berkekalan selamanya,” kata Zanala. Hadir merasmikan program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah mewakili Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Haji Mohd Anis Hussein; Pengerusi Program KKKK, PPSP USM, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad dan Penggawa Daerah Badang, Asmadi Ismail. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 17 Kampus Kesihatan USM


USM menerusi Program Libatsama Komuniti USM-Merican kali ini turun dengan kekuatan pasukan seramai hampir 130 orang daripada pelbagai disiplin termasuk 12 pakar perubatan serta para pelajar perubatan. Program kali ini menyediakan kemudahan saringan kesihatan umum, pemeriksaan telinga, hidung dan tekak (otorinolaringologi - ORL), mata (oftalmologi), pergigian, pemulihan perubatan (rehabilitasi) serta pelbagai pameran pendidikan kesihatan. Turut dibawakan khas kepada komuniti setempat ialah dua (2) buah bas klinik bergerak bersama pakar serta "Syukur dan terima kasih Universiti Sains Malaysia (USM)", demikian terujanya reaksi kira-kira 250 penduduk sekitar Kota dan Pintu Geng menerima kunjungan pasukan petugas kesihatan USM yang menganjurkan program khidmat komuniti kesihatan di Masjid Khadijah, Kampung Surau Kota, Kota Bharu. Salah seorang penduduk setempat, Che Ibrahim Che Amat, 59, ketika ditemubual memberitahu beliau amat berterima kasih kepada USM dan Yayasan Merican kerana turun padang menyantuni komuniti khususnya warga emas dan penduduk daripada golongan B40 yang mempunyai masalah kesihatan dan sukar untuk mendapatkan rawatan di hospital. “Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan program ini kerana program sebegini amat ditunggu-tunggu penduduk kampung untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan lebih terperinci. “Program seperti ini juga menjimatkan masa tanpa perlu menunggu giliran yang lama untuk berjumpa doktor dan saya amat berharap agar program sebegini dijalankan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang demi manfaat semua,” katanya. Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Penduduk Teruja dan Bersyukur Klinik Bergerak USM Masuk Kampung Bersama Komuniti 18 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


petugas yang berkeupayaan membuat pemeriksaan secara terperinci tanpa pesakit perlu datang ke Hospital USM. Program yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Masjid Khadijah ini mensasarkan penduduk serta ahli kariah masjid berkenaan selain turut mengundang ahli kariah daripada 15 buah masjid, badan bukan kerajaan (NGO) serta pusat-pusat tahfiz berhampiran. Program Libatsama Komuniti USM-Merican dilancarkan pada tahun 2019 dan kini menginjak usia lebih 3 tahun. Pasukan program ini telah menjelajah ke 14 lokasi serata pelosok negeri Kelantan. Antara matlamatnya ialah berusaha memberi peluang kepada masyarakat awam, khususnya golongan terpencil yang sukar mendapat akses kepada fasiliti perubatan di bandar. Selain membawa pasukan perawatan ke setiap destinasi, pasukan ini juga mempromosikan pelbagai kempen gaya hidup sihat kepada masyarakat. Program hasil daripada kerjasama strategik antara USM dengan Yayasan Merican ini ternyata menampakkan impak yang signifikan apabila sehingga kini, lebih daripada 2,000 orang awam telah mendapat manfaat langsung secara keseluruhan di kesemua lokasi yang dikunjungi. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengasas Yayasan Merican, Dato’ Dr. Mahmood Merican dan isteri serta ahli keluarga, Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Dekan (Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan), PPSP merangkap Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM - Merican, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Khadijah Kampung Surau Kota, Muhd Nawawi Mat Daud. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 19 Kampus Kesihatan USM


Projek Payung 2023 Kolaborasi Kesihatan Kesan Awal Kanser Payudarafi Teks : Syairah Rani & Prof. Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Penyelidikan dan Kesedaran Kanser Payudara (BestARi) komited untuk terus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan kepakaran USM dalam pengesanan awal penyakit payudara. Kanser payudara yang dikesan awal mempunyai peratusan tinggi untuk sembuh dan boleh menurunkan kadar kematian akibat penyakit ini. Terbaharu, Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM250,000 untuk program Saringan Kesejahteraan Payudara Wanita Kelantan (PAYUNG 2023) melalui kerjasama erat dengan BestARi, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Dhia Camelia Holdings Sdn. Bhd. yang dijangka memberi impak kepada seluruh wanita Kelantan. Menurut Timbalan Dekan (Libatsama Industri-Komuniti dan Pembangunan), Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Profesor Dr. Wan Hazzabah Wan Hitam yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, program kesedaran dan saringan kesejahteraan payudara yang dipelopori oleh BestARi USM telah menarik minat Kerajaan Negeri Kelantan kerana ia selari dengan agenda kesejahteraan wanita Kelantan dalam konteks pengesanan awal penyakit. “Justeru, kerjasama yang akan dijalankan sepanjang tahun 2023 ini sekaligus merupakan projek rintis kepada saringan payudara secara besar-besaran di Malaysia. “Semua pesakit yang mempunyai masalah berkaitan payudara boleh terus mendapatkan rawatan di BestARi Hospital USM tanpa perlu membuat temu janji,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian PAYUNG 2023 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Selaku unit yang bertanggungjawab menyediakan modul latihan untuk program PAYUNG 2023, BestARI yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Juhara Haron telah menganjurkan bengkel ‘Training of Trainer 1.0 & 2.0’ yang disertai oleh Pakar dan Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh Negeri Kelantan dan staf USM bertujuan melatih pasukan saringan untuk melakukan saringan kesihatan payudara di setiap daerah. Selain itu, dalam majlis yang sama turut berlangsung Bersama Komuniti 20 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


penyerahan geran penyelidikan berjumlah RM55,000 kepada lima (5) penyelidik USM menerusi lima (5) projek yang tepilih berkaitan payudara. Penyelidik yang terlibat ialah Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husin (Pakar Perubatan Masyarakat), Dr. Rosnani Zakaria (Pakar Perubatan Keluarga), Dr. Bazli Md Yusoff (Pakar Radiologi), Dr. Noorazliyana Shafii (Pakar Patologi Kimia) dan Dr. Ahmad Shahril Ab. Halim (Pakar Psikiatrik). Majlis tersebut juga diisi dengan sesi pengenalan Projek PAYUNG 2023 yang telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan USM merangkap Pengerusi PAYUNG, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din dan ceramah pengenalan modul kesejahteraan payudara bertajuk ‘Menggapai Nikmat Sihat’ oleh Pakar Patologi Kanser Payudara USM, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman. Majlis Perasmian PAYUNG 2023 telah disempurnakan oleh Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Dato’ Mumtaz Md Nawi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah dan Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman. DR. ROSNANI ZAKARIA Pensyarah Perubatan, Pakar Perubatan Keluarga DR. NOORAZLIYANA SHAFII Pensyarah Perubatan, Pakar Patologi Kimia DR. BAZLI YUSOFF Pensyarah Perubatan, Pakar Radiologi DR. AHMAD SHAHRIL AB HALIM Pensyarah Perubatan, Pakar Psikiatrik PROF. MADYA NIK ROSMAWATI NIK HUSIN Pensyarah Perubatan, Pakar Perubatan Masyarakat ANUGERAH DANA PENYELIDIKAN PAYUNG 2023 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 21 Kampus Kesihatan USM


Teks: Muhd Zulkifli Zakaria Bersyukur Terima Bantuan Cermin Mata Percuma USM 15 PELAJAR B40 Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok PROF. DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM Seiring dengan visi Universiti Sains Malaysia (USM) ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’, Bahagian Jaringan Industri Masyarakat (BJIM) melalui Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata untuk Pelajar sempena Program Saringan Penglihatan Pelajar Asnaf B40.


Kira-kira 200 orang pelajar dipilih menerima cermin mata percuma mengikut penggiliran setiap daerah di Kelantan termasuk 15 pelajar terpilih dari enam (6) buah sekolah di daerah Pasir Puteh. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, Program Saringan Penglihatan Pelajar Asnaf B40 diketuai oleh Profesor Dr. Shatriah Ismail yang merupakan Pakar Mata Kanak-Kanak USM. "Pasukannya diberi tanggungjawab melatih guru-guru Pendidikan Kesihatan melibatkan 10 daerah di seluruh negeri Kelantan dengan memfokuskan pemilihan para pelajar yang mempunyai masalah mata terutamanya mata juling. "Program ini amat istimewa kerana rujukan pelajar dibuat terus oleh guru-guru kepada pakar mata kanak-kanak melalui ‘google form’ dan pemeriksaan konsultasi mata dibuat di setiap PPD," katanya. Tambah Shaharum, kaedah rujukan ini menjimatkan masa menunggu, memudahkan semua pihak yang terlibat dan tempoh untuk pelajar memperoleh cermin mata adalah singkat iaitu antara dua hingga tiga bulan sahaja. “Program seperti ini dapat membantu para pelajar terutama di kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan kepakaran yang ada di USM selain peranan penting turut dimainkan oleh guru-guru sekolah dalam pemilihan pelajar yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka adalah individu paling rapat dengan pelajar ketika di sekolah," jelasnya lagi. Sementara itu, menurut salah seorang penerima cermin mata dari Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Nurul Izatie Ide Abdullah, beliau amat gembira serta teruja apabila namanya terpilih sebagai penerima cermin mata. “Saya amat berterima kasih kepada USM kerana memberikan cermin mata yang direka khas ini bagi membantu saya melihat dengan lebih jelas ketika belajar dan meneruskan kehidupan seharian. “Terima kasih juga kepada guru-guru dan ibu bapa kerana banyak membantu dan bersabar melayan kerenah saya sebelum ini,” katanya yang juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai PPD Pasir Puteh, Tuan Silmi Tuan Ismail; Timbalan Pegawai PPD (Sektor Pembangunan Murid), Afifi Abdullah@Omar, Ketua jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP, USM, Profesor Dr. Shatriah Ismail dan Pensyarah Jabatan Pendidikan, PPSP, USM, Profesor Madya Dr. Mohd Zarawi Mat Nor. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 23 Kampus Kesihatan USM


Bersama Komuniti 24 buletin KELIP - edisi 1/2023


Sementara itu, menurut salah seorang bapa pesakit kanak-kanak yang menginap di RRM Hospital USM, Mohamad Saiful Shafiq Rajaib, RRM sangat membantu memudahkan urusan perawatan anaknya kerana jarak rumah beliau dengan hospital agak jauh. "RRM Hospital USM banyak membantu meringankan beban saya dan keluarga dari segi kos, masa dan tenaga kerana anak saya perlu menjalani tempoh rawatan yang lama. "RRM Hospital USM menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang kami menginap di sini seperti bilik tidur yang selesa, dapur, ruang makan, taman permainan, ruang menonton, surau dan banyak lagi," katanya. Sempena ulang tahun keempat RRM Hospital USM, beberapa acara turut diadakan seperti pertandingan mewarna, senaman kanak-kanak (chicken dance) dan membentuk belon bersama pasukan RRM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi RRM Hospital USM, Profesor Madya Dr. Che Maraina Che Hussin; Timbalan Dekan (Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Pengurus RRM Hospital USM, Nurul Wahida Harun. Ulang tahun keempat Rumah Ronald McDonald (RRM) Hospital USM diraikan bersama 53 keluarga pesakit yang menginap di rumah berkenaan. Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof yang mewakili Pengarah Hospital USM dalam ucapannya berkata, RRM Hospital USM ditubuhkan sebagai kemudahan kepada keluarga pesakit kanak-kanak kategori B40 yang berumur 18 tahun ke bawah bagi memastikan mereka sekeluarga sentiasa bersama sepanjang tempoh anak mereka menerima rawatan di hospital. “RRM Hospital USM dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan di Hospital USM dan dijadikan sebagai ‘home away from home’ atau rumah kedua untuk semua keluarga pesakit terutamanya pesakit pediatrik. “RRM Hospital USM telah membantu lebih 500 keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di Hospital USM sepanjang empat (4) tahun pengoperasiannya” jelasnya. Imran turut berharap agar RRM Hospital USM bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga untuk mendapatkan tempat menginap ketika meneman anak-anak semasa mendapat rawatan di hospital, tetapi juga menjadi tempat untuk keluarga pesakit mendapatkan kekuatan psikologi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang turut sama menemani anak mereka yang sakit. Teks: R. Alia Fazni R. Azmi Ulang Tahun ke-4 Rumah Ronald Mcdonald Hospital USM Dirai Bersama 53 Keluarga Pesakit Buletin KELIP - Edisi 1/2023 25 Kampus Kesihatan USM


22 buletin KELIP - edisi 1/2023 Sebar Luas Maklumat Fokus Utama Sambutan Hari Rehabilitasi Bersama Komuniti Teks: Wan Salizawati Wan Ismail Bagi memperkenalkan perkhidmatan rawatan rehabilitasi kepada masyarakat, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Hari Rehabilitasi Bersama Komuniti 2023 bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM. Program yang julung kali diadakan ini turut menyediakan perkhidmatan rundingan kepakaran perubatan dan rehabilitasi kepada komuniti sekitar di samping menggalakkan gaya hidup sihat. Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, Unit Perubatan Pemulihan merupakan tunjang utama dalam memberi perkhidmatan rundingan kepakaran perubatan dan rehabilitasi kepada pesakit di Hospital USM. “Mereka berperanan memberi perkhidmatan diagnostik dan terapeutik kepada pesakit, menyediakan peralatan anggota palsu dan alat bantuan pemulihan serta memberi perkhidmatan pembelajaran kepada staf, pesakit, pelajar, pelatih dan masyarakat. “Unit Perubatan Pemulihan mempunyai empat (4) bahagian perkhidmatan iaitu perkhidmatan perubatan klinikal rehabilitasi, perkhidmatan perawatan fisioterapi, perkhidmatan perawatan pemulihan carakerja, perkhidmatan prostetik dan ortotik serta tidak terkecuali yang paling terbaru ialah perkhidmatan robotik,” katanya. Tambah Nik Hisamuddin, semua bahagian perkhidmatan ini ditempatkan di bawah satu unit serta menjadi pasukan yang hebat di mana tujuan dan rawatan yang diberikan adalah untuk membantu pesakit kembali normal atau mencapai tahap kefungsian optimum. “Peranan rehabilitasi amat penting untuk mencapai kesejahteraan kualiti kesihatan yang lebih baik demi keterjaminan masa hadapan. “Saya percaya program seperti ini dapat mengetengahkan peranan serta perkhidmatan rehabilitasi Hospital USM kepada komuniti khususnya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merangkumi pelbagai peringkat umur,” jelasnya lagi. Bersama Komuniti 26 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Sementara itu, Ketua Program Hari Rehabilitasi Bersama Komuniti 2023, Che Nor Haslindar Ishak ketika ditemui berkata, program ini antara lain bertujuan untuk menilai tahap kesihatan daripada aspek medikal dan rehabilitasi seperti penilaian keupayaan atau kecergasan fizikal dan kognitif, pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, paras kolestrol dalam darah dan banyak lagi. “Dengan adanya program ini, ia dapat memberi pendedahan tentang perawatan dan kepentingan rawatan rehabilitasi kepada masyarakat terutamanya rakyat di negeri Kelantan serta kesedaran untuk mendapatkan rawatan awal fisioterapi dan terapi carakerja bagi mengelak komplikasi yang lebih teruk kepada pesakit,” ujarnya. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria, Penyelaras, Unit Perubatan Pemulihan merangkap Penasihat Program Hari Rehabilitasi Bersama Komuniti 2023, Dr. Al Hafiz Ibrahim dan warga kerja Unit Perubatan Pemulihan, Hospital USM. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 27 Kampus Kesihatan USM


Lebih 70 orang warga emas Kampung Bahagia mendapat manfaat daripada Program Bersama Warga Emas anjuran Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), ‘Family Medicine Specialist Kelantan’, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan ‘Ethos Healthcare’. Kampung Bahagia, Kuala Krai merupakan kampung angkat Jabatan Perubatan Keluarga dan 'Family Medicine Association' (FAMOUS) yang mana beberapa wakil penduduk dilatih untuk mengendalikan pemeriksaan kesihatan mudah seperti tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Mereka dijadikan agen komuniti supaya penduduk yg dahulunya lebih cenderung dengan perubatan tradisional akan lebih mendekati perubatan moden. Lokasi Kampung Bahagia yang terletak di seberang Sungai Kelantan dan pengangkutan rutin penduduk dengan bot menjadikan akses kepada rawatan pakar agak terhad. Justeru, USM menerusi program ini membawa pasukan termasuk doktor pakar bagi mengenal pasti keperluan rawatan penduduk dan mengatur selanjutnya mengikut keperluan. Bertemakan 'Jangan Lupa yang Lama, Hargai Warga Emas', program ini memfokuskan aspek penyediaan Pemindahan Ilmu kepada Masyarakat Program Geriatrik USM Bantu Warga Emas Meniti Proses Penuaan Yang Sihat Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Bersama Komuniti 28 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 293 Kampus Kesihatan USM perkhidmatan kesihatan kepada golongan warga emas. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, seiring dengan peningkatan usia, golongan warga emas lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, masalah penglihatan, kesukaran mengimbangkan badan dan kelemahan otot. “Program ini diadakan bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan kepada warga emas kerana ada dalam kalangan mereka menghadapi kesulitan untuk pergi ke klinik disebabkan masalah pengangkutan dan kekangan fizikal. “Melalui program ini, USM mengambil inisiatif mengadakan perkhidmatan lawatan ke rumah bagi memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada warga emas terlantar selain pemeriksaan mata percuma dan penilaian risiko jatuh turut dilaksanakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian. Sementara itu, Pensyarah Perubatan, PPSP merangkap Pengarah Program, Profesor Madya Dr. Nani Draman pula berkata, di samping meraikan warga emas, program ini juga turut memberi kesedaran berkenaan keperluan menjaga diri supaya mereka kekal sihat. "Sembilan (9) orang warga emas telah dikenal pasti merupakan pesakit yang terlantar dan menghidap penyakit kronik lain. "Kami mengambil inisiatif menziarahi mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan jika ada keperluan, pesakit akan dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran," ujarnya. Menurut Nani, antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah ceramah penjagaan kesihatan dan senamrobik warga emas selain turut menyumbang barangan seperti tongkat dan lampin pakai buang. "Saya berharap agar penganjuran program ini dapat membantu warga emas untuk sentiasa sihat serta mampu menjaga diri mereka sendiri memandangkan jumlah mereka semakin bertambah dan golongan muda pula ramai yang berhijrah mencari rezeki di luar. "Program yang berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Bahagia ini dilihat mampu mencapai matlamat ke arah membantu warga emas dalam meniti proses penuaan yang sihat, positif, proaktif dan produktif serta persekitaran yang baik," katanya lagi. Program ini turut dijayakan oleh 30 orang pelajar Sarjana Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, PPSP, USM.


Botulinum toxin merupakan neurotoksin yang dihasilkan oleh bakteria Clostriridium Botulinum. Terdapat tujuh jenis botulinum toxin iaitu A, B, C, D, E, F dan G dan kebiasaannya yang paling banyak digunakan dalam bidang perubatan adalah jenis A. Menurut Pegawai Perubatan, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Adli Jihad Mohd Bustamin, botulinum toxin mampu menghalang dan melemahkan isyarat daripada saraf kepada otot badan yang menyebabkan otot tidak boleh berfungsi secara biasa. "Cara botulinum toxin digunakan bergantung kepada kepakaran doktor yang merawat dan secara khususnya, Perubatan Rehabilitasi di Hospital USM melibatkan tiga kepakaran iaitu ‘neuro-rehab’, ‘ortho-rehab’ dan ‘paediatric-rehab’. “Kita perlu melihat kepada keadaan pesakit itu sendiri contohnya pesakit strok, lumpuh separuh badan yang akhirnya menyebabkan otot badan menjadi keras dan susah untuk bergerak. "Suntikan botulinum toxin ini mampu mengubah otot yang keras menjadi lembut kerana isyarat daripada saraf ke otot telah dilemahkan," katanya ketika sesi temu bual dalam rancangan Sembang Sihat bersama Kelantan FM. Mohd Adli berkata, hal tersebut memudahkan pesakit mencapai fungsi keadaan seharian seperti memakai baju dan beralih kedudukan selain dapat membantu penjaga menguruskan pesakit berkenaan. "Pesakit berusia dua tahun ke atas dan tiada penyakit yang boleh memudaratkan adalah sesuai untuk mendapatkan rawatan botulinum toxin. "Kos untuk sebotol kecil botulinum toxin ini bermula dari RM1,500 sehingga RM2,000 bergantung kepada jenama botulinum toxin dan kegunaannya. Botox dan ‘dysport’ adalah dua jenama yang selalu digunakan di Hospital USM. Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Sembang Sihat DR. MOHD ADLI JIHAD MOHD BUSTAMIN Pegawai Perubatan Unit Perubatan Pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia Botulinum Toxin dalam Perspektif Perubatan Rehabilitasi Sembang Sihat 30 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


“Pesakit yang kurang berkemampuan tidak perlu risau kerana bagi golongan B40, harga adalah serendah RM30 sahaja manakala bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) kos rawatan ditanggung oleh kerajaan,” katanya lagi. Tambah Mohd Adli, rawatan suntikan botulinum toxin juga mempunyai komplikasi tertentu namun pesakit tidak perlu takut. "Berdasarkan pengalaman saya, sejak bermulanya rawatan ini di Hospital USM pada tahun 2015, jarang berlaku komplikasi kepada pesakit. “Namun begitu, pesakit turut diberi penerangan sebelum menjalani rawatan berkenaan komplikasi yang berkemungkinan akan timbul. "Sakit tetap ada sebab ia adalah suntikan jarum, sedikit pendarahan serta kemungkinan lain seperti demam dan alergik pada kulit" jelasnya. Menurut Mohd Adli, sekiranya berlaku komplikasi yang teruk seperti gangguan pernafasan, pesakit dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Kecemasan yang berdekatan secepat mungkin. "Kebiasaannya pesakit yang mendapatkan rawatan botulinum toxin di bahagian rehabilitasi sudah mempunyai temujanji atau yang dirujuk oleh doktor setelah menjalani pemeriksaan awal. "Penilaian sama ada pesakit sesuai ataupun tidak untuk mendapatkan rawatan ini akan dilakukan bersama pakar dan sekiranya sesuai, pesakit hanya perlu hadir temujanji, dapatkan suntikan dan boleh terus pulang," ulasnya lanjut. Mohd Adli turut menasihatkan orang ramai agar berfikiran terbuka dan jangan menghadkan pandangan terhadap botulinum toxin adalah untuk kecantikan sahaja sebaliknya ia juga berfungsi untuk pelbagai lagi rawatan lain. "Jangan takut dan segan, jika anda mempunyai masalah yang memerlukan rawatan botulinum toxin, anda boleh mendapatkan rawatan ini sama ada di Hospital USM atau di Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 31 Kampus Kesihatan USM


Penyakit Gout adalah penyakit sendi yang tertua dalam sejarah peradaban manusia yang dahulunya digelar sebagai ‘penyakit orang kaya’, namun kini keadaan telah berubah dan hampir semua orang berpotensi menghidapinya. Menurut Pakar yang juga Pensyarah Ortopedik, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Muhamad Aizat Mohamed Saat, penyakit gout berpunca daripada pembentukan ‘Monosodium Urate (MSU) Crystal’ pada bahagian badan pesakit seperti sendi, kulit, saluran pundi kencing dan ginjal. “MSU terbentuk daripada asid urik yang berlebihan apabila badan mencerna makanan atau ubat – ubatan yang mengandungi purin. “Gejala penyakit gout adalah seperti rasa sakit dan bengkak di bahagian sendi badan terutama di bahagian ibu jari kaki dan sendi lutut. Selain itu, ia juga bermanifestasi di bahagian kulit pesakit yang menjadi bengkak bersama benjolan - benjolan kecil kekuningan yang dipanggil ‘Tophi’,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Muhamad Aizat berkata, sakit batu karang juga berkait rapat sebagai gejala gout apabila terdapat deposit kristal yang berkumpul pada bahagian yang tidak dapat dilihat contohnya ginjal dan hal ini sebenarnya adalah ‘silent killer’. “Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana pesakit gout tidak mengalami sebarang gejala dan dikategorikan sebagai ‘Asymptomatic Hyperuricaemia’ yang hanya dapat dikesan apabila pesakit melakukan ujian darah. “Pesakit ini biasanya akan diberi rawatan susulan untuk mengelak serangan gout ke atas organ badan yang lain. “Selain itu, mereka yang mempunyai masalah obesiti dan mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat juga sangat berisiko untuk menghidapi gout,” ujarnya lagi. Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan Kepakaran Sembang Sihat USM 32 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Sembang Sihat DR. MUHAMAD AIZAT MOHAMED SAAT Pakar & Pensyarah Ortopedik Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Fahami Fakta Penyakit Gout Elak Mitos Yang Membahayakan Nyawa


Tambah Muhamad Aizat, berdasarkan hasil kajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), genetik juga turut menjadi faktor risiko gout di mana kaum Melayu dan Iban memiliki genetik berisiko tinggi untuk menghidapi gout terutamanya lelaki. “Ramai yang menyangka makanan laut adalah punca utama gout. Namun begitu, pengambilan minuman beralkohol dan minuman ringan yang mengandungi fruktosa juga antara punca utama gout kerana mempunyai purin yang tinggi. “Daging merah, sayuran yang mengandungi purin, ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi juga boleh menjadi penyumbang penyakit gout,” katanya. Jelas beliau lagi, gout menjadi lebih bahaya apabila MSU berkumpul pada bahagian yang tidak sepatutnya seperti di bahagian ginjal yang boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang dan di bahagian saraf tunjang yang boleh mengakibatkan lumpuh. “Masalah komplikasi gout sering terjadi apabila kebanyakan pesakit sangat sinonim dengan beberapa mitos rawatan gout. “Pertama, pesakit sering menunda rawatan dan tidak berminat untuk mengambil ubat serta hanya menunggu bengkak atau sakit itu hilang sendiri yang menyebabkan inflamasi menjadi semakin teruk. “Kedua, segelintir pesakit yang sedang menjalani rawatan dengan preskripsi ubat berhenti mengambil ubat-ubatan yang diberi menyebabkan inflamasi berganda ketika serangan akut dan yang ketiga, pesakit gout hanya cenderung mengelak makanan berasid urik tinggi tanpa mengetahui makanan yang mengandungi purin yang tinggi juga perlu dielakkan,” ulasnya lanjut. Muhamad Aizat turut menasihatkan semua rakyat Malaysia agar tidak memandang remeh mengenai penjagaan kesihatan. “Saya mahu fokus kepada risiko yang boleh dimodifikasi iaitu risiko yang boleh dikurangkan dengan menjaga berat badan, bersenam, menjaga pemakanan dan meminum air masak secukupnya. “Pesakit juga dinasihatkan agar tidak mengamalkan rawatan sendiri selain daripada rawatan pakar kerana kebanyakan pesakit memilih untuk membeli ubat tahan sakit di kaunter farmasi sahaja. “Ketahuilah bahawa preskripsi ubat dan rawatan yang salah boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti kegagalan buah pinggang,” ujarnya Buletin KELIP - Edisi 1/2023 33 Kampus Kesihatan USM


Permasalahan orang kelainan upaya (OKU) merupakan satu isu yang kompleks kerana ia adalah masalah kehidupan. Setiap kategori OKU mempunyai permasalahan yang berbeza dan keperluan mereka juga berubah mengikut tahap umur. Contohnya, keperluan OKU strok adalah berbeza dengan OKU lumpuh. Begitu juga, keperluan OKU kanak-kanak adalah berbeza dengan keperluan OKU dewasa. Menurut Ketua Pusat Transformasi OKU, Universiti Sains Malaysia (USM) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (PTOKU, USM-MAIK), Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim, apabila seseorang kanak-kanak dilahirkan cacat, semasa mereka berumur antara kosong (0) hingga dua (2) tahun, keperluan mereka adalah rangsangan perkembangan agar mereka boleh berkembang mengikut tahap umur seperti perkembangan bercakap, berjalan, merangkak dan sebagainya. “Bagi kanak-kanak yang berumur dua (2) hingga lima (5) tahun pula, keperluan perkembangan mereka adalah memberikan tumpuan kepada kemahiran kehidupan iaitu kebolehan untuk berdikari seperti kebolehan memakai pakaian, makan dan aktiviti tandas. “Untuk kanak-kanak berumur lima (5) hingga tujuh (7) tahun, keperluan mereka adalah membina kemahiran bagi menempuh alam persekolahan seperti kemampuan menulis dan begitulah untuk setiap tahap kehidupan seterusnya, iaitu persekolahan dan pekerjaan. “Semua permasalahan tersebut perlu dikenal pasti dan diberi penyelesaian bagi membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Mohd Zulkifli yang juga Pengerusi Bersama Kluster OKU, USM, berkata, program yang dijalankan oleh PTOKU USM-MAIK melibatkan program-program untuk transformasi OKU dan pemerkasaan OKU seperti menyediakan perkhidmatan bagi latihan pekerjaan OKU, Program Modifikasi Khas Kerusi Roda, Pusat Latihan Teks: Wan Salizawati Wan Ismail Sembang Sihat DR. MOHD ZULKIFLI ABDUL RAHIM Ketua Pusat Transformasi OKU USM-MAIK & Pengerusi Bersama Kluster Orang Kurang Upaya Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Pusat Transformasi OKU USM-MAIK Platform Pemerkasaan Golongan Istimewa Sembang Sihat 34 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Pertanian OKU Pusat, perkhidmatan taska termasuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). “Program Transformasi OKU ini merupakan salah satu usaha USM bagi menukar status OKU dari liabiliti kepada produktiviti iaitu dengan menjadikan OKU ini sebagai sumber manusia yang dapat memberi sumbangan kepada hasil negara. “Selain itu, ia juga dapat membantu golongan OKU hidup berdikari walaupun mereka tidak sempurna seperti orang lain dan PTOKU USM - MAIK memainkan peranan menukar status OKU daripada 'zero to hero',” ujarnya lagi. Tambah Mohd Zulkifli, USM amat berterima kasih kepada MAIK atas sumbangan dana bagi membina PTOKU USM-MAIK yang merupakan pusat pertama ditubuhkan di Malaysia bagi menjalankan program-program pemerkasaan OKU. “PTOKU USM-MAIK ini juga menghubungkan pesakit dalam kalangan OKU kepada perkhidmatan lain yang di perlukan, contohnya menghubungkan pesakit kepada kepakaran perubatan untuk mendapatkan pengesahan perubatan bagi tujuan pendaftaran kad OKU. "PTOKU USM-MAIK turut menyediakan perkhidmatan runding cara daripada Pakar Terapi Carakerja untuk membuat penilaian kepada OKU yang memerlukan kerusi roda bagi menentukan jenis kerusi roda yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan serta keadaan pesakit," jelasnya. Mohd Zulkifli berkata, PTOKU USM- MAIK juga berfungsi sebagai pusat sehenti kepada perkhidmatan OKU iaitu menghubungkan OKU kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kelantan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) selain menjadi penghubung kepada 'Non-Governmental Organisation' (NGO) seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Persatuan Spinal Pantai Timur (PSPT) dan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK),” ulasnya lagi. “Kami juga sentiasa berusaha untuk mengubah stigma ibu bapa serta masyarakat yang mempunyai perasaan rendah diri dan beranggapan mempunyai anak OKU merupakan bebanan kepada mereka kerana anak-anak OKU juga mempunyai masa depan dan potensi untuk berjaya serta mendapat pekerjaan. “Dengan sokongan, bimbingan dan persiapan yang betul, ibu bapa pasti boleh membantu golongan ini untuk mendapat pekerjaan sekaligus dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ibu bapa,” jelasnya lanjut. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 35 Kampus Kesihatan USM


Gigi kekal amat berharga dan tiada yang benar-benar dapat menggantikannya. Namun, kehilangan gigi bagaimanapun tidak dapat dielakkan. Menurut Pensyarah Pergigian, Program Pergigian (Prostodontik), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Noor Huda Ismail, kita tidak sepatutnya membiarkan gigi yang telah dicabut rongak kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk ke atas gigi sedia ada. “Apabila gigi ada yang rongak, ia akan menyebabkan gigi bersebelahan dengannya mengalami proses mobilisasi lantaran tiada gigi yang boleh menahan gigi tersebut dari bergerak. “Pergerakan gigi bersebelahan boleh berlaku ke kawasan yang tiada gigi ataupun gigi yang berlawanan akan tumbuh lebih panjang ke kawasan gigi yang hilang. “Sekiranya gigi bersebelahan bergerak ke kawasan yang tiada gigi, ia akan mengakibatkan wujudnya ruang antara gigi tersebut dan gigi di belakangnya serta menyebabkan pelbagai kesulitan hingga memberi kesan ketidakseimbangan pada struktur gigi,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Noor Huda berkata, sebelum doktor mencabut gigi, pesakit seharusnya mengetahui punca gigi mereka dicabut. "Adakah disebabkan tiada harapan untuk diselamatkan seperti karies gigi, cabutan untuk tujuan rawatan atau cabutan disebabkan gigi bergoyang kerana masalah gusi. “Sebelum membuat keputusan untuk menjalani rawatan penggantian, pesakit perlu berbincang dengan doktor untuk memastikan bahawa ia merupakan pilihan yang sesuai bagi menggantikan gigi yang hilang. Tambah Noor Huda, terdapat beberapa prosedur pilihan rawatan yang akan diberikan kepada pesakit bagi menggantikan gigi yang Teks: Wan Salizawati Wan Ismail Sembang Sihat DR. NOOR HUDA ISMAIL Pensyarah Pergigian Unit Prostodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia Kehilangan Gigi: Ketahui Kaedah Penggantian Terbaik Sembang Sihat 36 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


hilang iaitu implan gigi, jambatan gigi dan gigi palsu.” ujarnya lagi. "Implan merupakan titanium yang di tanam ke dalam tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang. "Sebelum prosedur tanam gigi dilakukan, doktor terlebih dahulu akan membius kawasan yang akan dilakukan rawatan. “Implan juga antara alternatif terbaik kerana ianya lebih kukuh dan tidak menjejaskan struktur gigi bersebelahan seperti kaedah jambatan gigi," jelasnya. Noor Huda turut menerangkan tentang prosedur rawatan lain penggantian gigi seperti penggunaan gigi palsu di mana bahan yang digunakan bagi menghasilkan gigi palsu ini terdiri daripada plastik akrilik dan juga struktur logam kromium kobalt serta nilon. “Jambatan gigi juga salah satu kaedah perawatan di mana ia merupakan prostesis jenis tetap yang disimen terus pada gigi tumpang dan tidak perlu dibuka untuk tujuan pembersihan. "Tempoh penyesuaian diri untuk perawatan ini mengambil masa yang pendek untuk jambatan pergigian bersaiz kecil dan juga ringan berbanding gigi palsu boleh tanggal selain amat mudah diterima sebagai sebahagian daripada gigi asli setelah disimen di dalam mulut,” ulasnya lanjut. Noor Huda turut berpesan agar pesakit menjaga kebersihan gigi gantian seperti gigi asli bagi menjamin kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut. "Kegagalan untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut boleh mengakibatkan komplikasi lain seperti mulut berbau, penyakit gusi, kerosakan gigi asli yang sedia ada dan boleh menyebabkan kehilangan gigi," katanya. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 37 Kampus Kesihatan USM


Di persekitaran kita terdapat berjuta-juta kuman yang dianggarkan melebihi daripada sel tubuh manusia dan kebanyakan kuman ini tidak merbahaya serta boleh membantu kita. Namun, sebahagian daripada kuman juga boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Pada masa yang sama, dalam badan manusia terdapat sistem yang melindungi badan daripada terkena jangkitan kuman. Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan merangkap Ketua Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zakuan Zainy Deris berkata, penyakit berjangkit adalah kecelaruan fungsi badan disebabkan oleh kuman. Kuman-kuman ini merupakan makhluk kecil yang boleh merebak yang terdiri daripada kumpulan virus, bakteria, fungi dan parasit. Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Sembang Sihat PROFESOR DR. ZAKUAN ZAINY DERIS Perunding Mikrobiologi Perubatan & Ketua Jabatan Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Penyakit Berjangkit dan Kaedah Pencegahan Elak Jangkitan Kuman Sembang Sihat 38 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


“Virus biasanya dirujuk sebagai bahan boleh berjangkit yang paling kecil, bersaiz sekitar 10 - 500 nanometer (nm) dan tidak dapat dilihat dengan mikroskop biasa, tetapi boleh dilihat dengan mikroskop elektron. "Ia tidak boleh hidup secara bersendiri tetapi memerlukan sel organisma lain untuk hidup. Contohnya penyakit yang disebabkan virus adalah 'Human Immunodeficiency Virus' (HIV), hepatitis, denggi dan campak. "Kumpulan kedua pulanadalah bakteria dan ia lebih besar serta boleh dilihat dengan mikroskop biasa dan boleh hidup serta menjalankan fisiologi kehidupan secara sendiri. Contoh penyakit disebabkan oleh bakteria adalah bisul, tifoid, jangkitan selaput otak dan banyak lagi,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Zakuan, kumpulan ketiga adalah fungi. Antara penyakit yang disebabkan oleh kuman dalam kumpulan ini adalah penyakit kurap dan panau. "Kumpulan terakhir yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit adalah kumpulan parasit. Ia bersaiz lebih besar yang menyebabkan penyakit seperti malaria, cacing dan kutu. “Secara umumnya, tanda seseorang dijangkiti kuman adalah berbeza mengikut jenis kuman dan tempat dijangkiti contohnya demam adalah tanda umum untuk kebanyakan jenis jangkitan tetapi bukan semua penyakit berjangkit menyebabkan demam. "Ia merupakan satu bentuk tindakbalas badan dalam menghadapi kuman. Dua kelebihan kuman adalah ia boleh menghadkan kecederaan disebabkan oleh kuman serta pada masa yang sama memberikan amaran kepada empunya badan bahawa sesuatu kecederaan berlaku pada badan dan memerlukan perhatian perubatan," jelasnya lagi. Menurut Zakuan, sebagai langkah pencegahan, individu tersebut perlu mengenal pasti bagaimana kuman merebak. "Secara umumnya, terdapat tiga (3) cara jangkitan yang biasa terjadi iaitu yang pertama jangkitan melalui sentuhan, yang kedua jangkitan melalui udara dan yang ketiga adalah melalui perantara binatang dan serangga,” katanya. Zakuan turut menjelaskan bahawa terdapat pencegahan khusus bagi setiap kategori kuman yang perlu dipatuhi antaranya memakai sarung tangan, memakai pelitup muka, membersihkan tempat tercemar dengan pembasmi kuman serta membunuh tempat pembiakan serangga seperti nyamuk agar persekitaran sentiasa terjaga. Selain langkah pencegahan di atas, Zakuan turut menasihati orang ramai agar mengambil vaksin sekiranya terdapat vaksin bagi penyakit berjangkit tersebut. "Vaksin berfungsi untuk memperkenalkan kuman kepada sistem imun seseorang dan seterusnya sistem imun individu yang mengambil vaksin itu akan bersedia untuk melawan ancaman kuman tersebut di masa hadapan. "Ubat anti kuman atau antibiotik tidak boleh mengambil peranan vaksin dalam pencegahan penyakit berjangkit," jelasnya lanjut. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 39 Kampus Kesihatan USM


Dianggarkan lima (5) daripada 100,000 wanita Malaysia dikesan mengidap kanser setiap tahun. Berdasarkan statistik daripada ‘Malaysian National Cancer Registry Report 2019’, kanser rahim menduduki tempat ke-6 daripada 10 kanser paling kerap dikesan dalam kalangan wanita di Malaysia. Berdasarkan data tersebut, adalah amat penting untuk masyarakat mengetahui tanda-tanda awal kanser rahim dan melakukan pemeriksaan yang sepatutnya supaya penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal. Menurut Pensyarah Perubatan dan Pakar Patologi, Jabatan Patologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Noorul Balqis Che Ibrahim, kanser rahim berlaku disebabkan sel-sel pada lapisan dalam dinding rahim atau endometrium membiak tanpa kawalan dan menyebabkan lapisan ini menjadi tebal. “Ketebalan normal lapisan dalam dinding rahim adalah kurang daripada 10 milimeter (mm) dan ia berbeza mengikut kitaran haid, tetapi bagi mereka yang menghidap kanser rahim, ia akan menebal lebih daripada 10mm. “Kajian menunjukkan hormon estrogen merupakan punca utama menyebabkan kanser rahim. Walaupun hormon ini adalah hormon biasa terdapat pada wanita, namun pendedahan kepadanya secara berpanjangan boleh menyebabkan sel-sel pada lapisan dalam dinding rahim membahagi tanpa kawalan dan akhirnya boleh menjadi kanser,” katanya ketika sesi temu bual dalam rancangan Sembang Sihat bersama Kelantan FM. Tambah Noorul Balqis, golongan yang berisiko tinggi mendapat kanser rahim termasuklah pesakit polisistik ovarian sindrom, pesakit diabetis, mereka yang mengalami masalah obesiti, mandul serta mereka yang tanpa sedar mengambil hormon estrogen daripada produk-produk yang tidak diketahui isi kandungan sebenarnya. Jelas beliau lagi, antara tanda awal kanser rahim adalah pendarahan Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Sembang Sihat DR. NOORUL BALQIS CHE IBRAHIM Pakar Patologi & Pensyarah Perubatan Jabatan Patologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kaitan Estrogen & Kanser Rahim: Apa Yang Perlu Anda Tahu Sembang Sihat 40 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


haid yang tidak normal, banyak dan berpanjangan serta pendarahan selepas menopaus. "Selain itu, tanda lain termasuklah gejala disebabkan kurangnya hemoglobin seperti cepat letih dan mengah. Sekiranya mereka lewat mendapatkan rawatan, mereka mungkin datang dengan gejala bahagian abdomen atau pelvik yang membesar. “Pesakit yang mengalami tanda-tanda tersebut akan diperiksa dan imbasan rahim akan dilakukan untuk melihat keadaan rahim dan mengukur ketebalan lapisan dalam dinding rahim. "Sekiranya ia tebal, doktor akan mengesyorkan pesakit untuk menjalani biopsi bagi menentukan sama ada tisu tersebut normal atau tidak," ujarnya lagi. Noorul Balqis berkata, pada tahap awal kanser rahim, pesakit boleh dirawat melalui rawatan hormon. "Namun sekiranya dikesan pada tahap yang lebih teruk, terdapat pilihan rawatan seperti rawatan radioterapi, kimoterapi dan pembedahan," jelasnya lagi. Noorul Balqis juga turut menasihatkan agar semua wanita menjalani gaya hidup sihat, makan secara sihat dan kekal aktif kerana hal ini dapat membantu mengelak daripada obesiti yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada risiko mendapat kanser rahim. “Jadilah pengguna yang bijak dengan mengambil tahu kandungan sesuatu produk sebelum menggunakannya. "Kita mungkin tidak pasti sama ada terdapat kandungan estrogen sehingga kita terdedah kepada paras estrogen yang tinggi," ulasnya. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 41 Kampus Kesihatan USM


Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan sebagai seseorang yang mengalami kekurangan atau kecederaan kekal fizikal atau kecacatan mental yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas keupayaannya untuk melakukan aktiviti seharian secara normal. Terdapat kategori tertentu dalam menentukan kekurangan upaya mereka. Secara umum, golongan OKU mudah terdedah kepada masalah berat badan dan risiko penyakit kronik kerana gaya hidup yang tidak sihat. Menurut Pensyarah Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nur Syamsina Dato’ Haji Ahmad, menyedari permasalahan tersebut, beliau melakukan kajian dengan memfokuskan penyelidikan dan aktiviti komuniti terhadap golongan kurang upaya pembelajaran. “Saya dan pasukan sepakat untuk memperkenalkan ‘Program OKU Aktif’. Idea untuk melaksanakan program ini tercetus semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020, yang mana Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) seluruh negeri Kelantan ditutup dan golongan ini terpaksa menjalani kelas secara dalam talian. “Hal demikian menyebabkan aktiviti kecergasan mahupun sosial kurang dijalankan bersama rakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Dengan adanya program ini, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan kualiti hidup mereka serta menambah nilai di dalam sistem modul di PPDK,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Nur Syamsina, Program OKU Aktif memberi fokus kepada beberapa jenis senaman ringkas yang sesuai untuk golongan OKU. “Senaman ini dilaksanakan secara dalam talian bersama-sama pelatih OKU di 43 buah PPDK seluruh negeri Kelantan. Teks: Wan Salizawati Wan Ismail Sembang Sihat DR. NUR SYAMSINA DATO’ HAJI AHMAD Pensyarah Program Sains Senaman & Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia OKU Aktif: Kekurangan Bukan Penghalang Sembang Sihat 42 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


“Teknik senaman dan video juga dikongsi sebagai panduan dan rujukan kepada semua anak-anak istimewa untuk kekal aktif,” ujarnya lagi. Nur Syamsina berkata, jurulatih akan menunjukkan teknik senaman seperti orang biasa dan hanya intensiti latihan atau teknik diubah mengikut kesesuaian golongan ini kerana mereka cuma mengalami masalah intektual sahaja. “Selain itu, para pelatih OKU juga dapat mengikuti senaman di PPDK masing-masing bersama guru-guru dengan menggunakan video yang telah direkod,” jelasnya. Beliau berkata, pelbagai cabaran dilalui semasa menjalankan Program OKU Aktif dalam memastikan teknik senaman yang dilakukan oleh pelatih adalah teknik yang betul. “Untuk menangani isu atau cabaran tersebut, beberapa orang guru di PPDK telah dilantik sebagai pembantu instruktor dan diberikan sijil. “Video yang telah direkod oleh instruktor senaman dihantar kepada guru-guru untuk melakukan sendiri aktiviti senaman setiap hari Rabu di PPDK masing-masing secara fizikal. “Hasil kepada komuniti sasaran terutamanya golongan OKU tercapai apabila dapat menghasilkan gaya hidup sihat dalam kalangan OKU dan guru-guru PPDK,” katanya. Menurut Nur Syamsina, para pelatih OKU ini juga telah di dedahkan dengan Hari Sukan Negara yang juga turut dihadiri oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman. "Ujian kecergasan telah dijalankan dan hasilnya seramai 14 orang dikenal pasti mempunyai pontensi yang baik dalam bidang sukan. “Pelatih-pelatih OKU yang berpotensi ini telah melalui tapisan bersama jurulatih dan seramai dua (2) orang pelatih terpilih untuk diketengahkan serta telah menjalani latihan berpusat dan seterusnya menyertai pertandingan Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2023. “Bakat mereka ini harus digilap dan diketengahkan oleh pihak bertanggungjawab agar tidak tersisih atau diabaikan kerana para pelatih OKU sangat berminat untuk menyertai aktiviti sosial, namun tiada platform yang sesuai untuk mereka,”ulasnya. Nur Syamsina berkata, bagi memastikan Program OKU Aktif diteruskan, semua aktiviti senaman yang dijalankan hampir enam (6) bulan dirakam dan digabungkan serta dibukukan di dalam ‘Ebook’. “Ebook yang dihasilkan mengandungi beberapa modul senaman ringkas diberikan secara percuma kepada semua PPDK seluruh negeri Kelantan selain turut dijual di platform indiework.usm.my. “Hal ni menunjukkan teknologi semasa juga memainkan peranan besar dalam usaha menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” jelasnya lanjut. Nur Syamsina turut berharap semua pihak memainkan peranan agar golongan OKU tidak dipinggirkan kerana mereka juga mampu memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dan negara amnya. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 43 Kampus Kesihatan USM


‘Retainer’ merupakan satu alat rawatan gigi yang diberikan kepada pesakit yang telah melakukan rawatan ‘braces’ bagi menstabilkan kedudukan gigi. Ia tidak mempunyai daya tekanan yang kuat seperti pemasangan ‘braces’ tetapi berfungsi mengekalkan gigi seperti susunan yang dikehendaki. Pensyarah Pergigian, Unit Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Liyana Ghazali berkata, ‘retainer’ gigi juga dikenali sebagai penahan gigi dan juga rawatan susulan selepas pemakaian pendakap gigi (braces). "Selepas memakai 'braces' dalam tempoh yang ditetapkan, doktor gigi akan membuka ‘braces’ untuk mengambil acuan gigi bagi membuat ‘retainer’. “Kebiasaannya, selepas ‘braces’ dibuka gigi akan sentiasa cuba bergerak ke posisi asal kerana gigi yang telah dirawat menggunakan ‘braces’ tidak stabil sepenuhnya dalam kedudukan baharu. “Pergerakan gigi ini dikenali sebagai ‘relapse’ yang mengambil masa kira-kira setahun untuk ligamen ‘periodontal’ memejal ke posisi baharu setelah ‘braces’ ditanggalkan dan bagi mengekalkan kedudukan tersebut, pesakit perlu memakai ‘retainer’,” katanya ketika Teks: Muhd Zulkifli Zakaria Sembang Sihat DR. LIYANA GHAZALI Pensyarah Pergigian Unit Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia ‘Retainer’ Bantu Kekalkan Kedudukan Gigi Selepas Rawatan ‘Braces’ Sembang Sihat 44 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


ditemu bual dalam segmen Sembang Sihat di Kelantan FM. Tambah Liyana, pemakaian ‘retainer’ perlu dilakukan mengikut preskripsi teknik dan durasi masa yang diberikan oleh doktor gigi ataupun pakar Ortodontik. "Selain itu, ‘retainer’ juga perlu dibersihkan bagi memastikan kelangsungan jangka hayat dan fungsi alat tersebut. “Alat ini mempunyai dua (2) jenis iaitu ‘permanent retainer’ yang dipasang secara kekal mengikut bentuk dan struktur gigi dan ‘removable retainer’ iaitu 'retainer' boleh tanggal dan jenis ini sangat digemari ramai kerana ia boleh dicabut untuk dibersihkan dan dipakai pada bila-bila masa. “Pesakit digalakkan untuk memakai ‘retainer’ selama 24 jam sehari untuk beberapa bulan terawal selepas ‘braces’ dibuka kecuali semasa makan, minum atau gosok gigi dan selepas beberapa bulan penggunaan 'retainer', pemakaiannya boleh dikurangkan kepada sebelah malam sahaja,” katanya lagi. Liyana berkata, bagi ‘retainer' jenis ‘removable’, kebarangkalian untuk pecah adalah tinggi berbanding yang kekal sekiranya ‘retainer' tersebut tidak dijaga dengan elok. “Jika tidak membersihkan ‘retainer’ dengan betul, pemakai cenderung mendapat karang gigi, karies gigi serta masalah gusi akibat jangkitan kuman dan kemungkinan perlu berjumpa doktor untuk rawatan segera. “Sekiranya pesakit tidak mengikut jadual pemakaian yang betul atau melangkau masa pemakaian dalam jangka masa yang lama, hal ini akan mengakibatkan gigi beralih ke tempat asal,” jelasnya lanjut. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 45 Kampus Kesihatan USM


Masalah obesiti atau kegemukan telah menjadi satu epidemik di peringkat dunia. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan bilangan kanak-kanak bawah usia lima (5) tahun yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes meningkat daripada 42 juta kepada 70 juta dalam dekad seterusnya. Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NMHS) pada tahun 2011, 5.8 peratus (%) kanak-kanak dan remaja berumur antara 5 hingga 17 tahun didapati mengalami masalah obes dan peratus ini terus meningkat dan dianggarkan menjelang tahun 2025, 1.65 juta kanak-kanak dan remaja akan mengalami masalah obesiti jika kesedaran atau campur tangan yang meluas tidak diambil pada masa ini. Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Razlina Abdul Rahman, remaja dikategorikan sebagai obes jika mempunyai lemak terkumpul yang berlebihan dalam badan dan kiraan 'body mass index' (BMI) melebihi 27.5 ke atas. "Obesiti boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu genetik dan psikososial. "Bagi faktor genetik, ia sebenarnya melibatkan peratusan yang amat rendah dan hanya melibatkan remaja yang mewarisi penyakit daripada ibu bapa. “Faktor yang lebih besar adalah daripada segi psikososial seperti pemilihan jenis makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan amalan pengambilan saiz hidangan yang besar. Ibu bapa yang membiasakan anak-anak makan hingga terlalu kenyang sebenarnya mendedahkan anak anak mereka kepada amalan pengambilan makanan berlebihan dari tahap metabolisma badan” katanya ketika ditemu bual dalam segmen Sembang Sihat di Kelantan FM. Tambah Razlina, amalan jadual makan yang tidak teratur juga boleh menyumbang kepada obesiti apabila remaja cenderung untuk Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan Sembang Sihat PROFESOR MADYA DR. RAZLINA ABDUL RAHMAN Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Remaja dan Obesiti: Kenali Punca dan Ubah Cara Sembang Sihat 46 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Menurut Razlina lagi, remaja perempuan juga cenderung mengalami masalah peredaran haid tidak normal dan gangguan hormon yang boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila dewasa. "Mereka yang obesiti juga berisiko untuk menghidap penyakit hati berlemak selain memberi kesan kepada kesihatan mental remaja dan hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana masalah ini akan memberi kesan sehingga mereka dewasa. "Remaja obesiti berisiko berhadapan dengan masalah buli, ejekan dan diskriminasi yang boleh membawa kepada masalah imej badan yang seterusnya menyebabkan masalah pemakanan seperti bulimia dan aneroksia. "Mereka juga akan mengalami masalah kebimbangan, kurang keyakinan diri dan kemurungan yang boleh membawa kepada idea untuk membunuh diri," ujar beliau. Razlina turut menasihatkan agar semua kanak-kanak dan remaja berusaha dalam memperbaiki tahap kesihatan dengan mengawal pemakanan, mengurangkan penggunaan skrin serta banyakkan beriadah. "Ibu bapa perlu memain peranan dalam menunjukkan sokongan dengan menyediakan pelbagai menu sihat dan menarik serta turut sama melakukan aktiviti bersama keluarga dan sentiasa konsisten dalam mengamalkan gaya hidup sihat bersama anak-anak," katanya. makan berlebihan kerana terlalu lapar setelah terlepas waktu makan yang sepatutnya. “Ini kerana tubuh manusia mengambil masa sehingga 20 minit untuk mendapat isyarat bahawa mereka sudah kenyang dan anak- anak cenderung untuk terus makan walaupun perut mereka telah penuh. Hal ini jika diamalkan berterusan boleh menyebabkan anak-anak kita obes. “Selain pemakanan, remaja masa kini juga banyak mengamalkan gaya hidup sedentari iaitu gaya hidup yang melibatkan pergerakan minima dalam aktiviti seharian. "Ini menjadikan tenaga berlebihan yang diperoleh daripada pengambilan makanan tidak digunakan dan menyebabkan kegemukan," ujarnya lagi. Razlina turut menjelaskan peningkatan peranti teknologi seperti televisyen, telefon pintar, gajet dan penggunaan komputer yang banyak menggalakkan gaya hidup sedentari dalam kalangan remaja sehingga mereka sudah tidak berminat untuk berlari di padang atau bermain di luar rumah. “Menurut kajian, penggunaan skrin kepada anak-anak sepatutnya tidak melebihi dua (2) jam sehari sahaja. Namun, anak-anak biasanya menghabiskan masa sehingga tujuh (7) hingga lapan (8) jam sehari dan ini membuatkan pergerakan mereka terlalu kurang. "Tambahan lagi ada yang suka makan makanan segera sambil menonton yang turut menyumbang kepada peningkatan berat badan," jelasnya. Razlina berkata, kesan jangka panjang yang ketara ialah kesan fizikal yang gemuk di mana ia melibatkan pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolestrol yang tinggi. "Gabungan ketiga-tiga penyakit tersebut termasuk kegemukan dipanggil 'Sindrom Metabolik' yang meningkatkan risiko untuk remaja mendapat penyakit jantung di usia muda. “Selain itu, remaja obes yang mempunyai lemak di sekeliling leher boleh mengalami masalah ‘obstructive sleep apnea‘ iaitu kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat menyebabkan mereka berdengkur, sukar bernafas dan berhenti bernafas ketika tidur. "Hal ini juga sekaligus mengganggu kualiti tidur mereka mengakibatkan mereka mengantuk dan keletihan di waktu siang," katanya. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 47 Kampus Kesihatan USM


Sembang Sihat DR. NURULILYANA SANSUDDIN Pensyarah Program Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kenali Sindrom Bangunan Sakit dan Solusi Pencegahan Teks : Mohd Hafiz Ya’acob Pernahkah anda rasa lemas, sakit kepala, migrain, pedih mata, letih, gatal-gatal kulit ketika masuk atau berada dalam sesebuah bangunan walaupun pada awalnya anda tidak pernah mengalami situasi sebegitu sebelum memasuki bangunan tersebut? Lebih aneh lagi anda kembali sihat selepas beberapa jam atau sebaik sahaja anda meninggalkan bangunan yang dimasuki. Ini sebenarnya berkait rapat pencemaran udara dalam persekitaran bangunan yang dikenali sebagai Sindrom Bangunan Sakit (SBS). Menurut Pensyarah Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nurulilyana Sansuddin, SBS merupakan situasi di mana penghuni sesebuah bangunan mengalami masalah kesihatan yang akut atau serius apabila berada di dalam bangunan tersebut. “Masalah kesihatan tersebut biasanya akan hilang sebaik sahaja penghuni keluar meninggalkan bangunan itu. “Semakin lama penghuni yang terdedah kepada SBS berada di dalam bangunan tersebut, mereka akan merasa semakin tidak selesa. Walau bagaimanapun tiada penyakit atau punca tertentu dapat dikenal pasti sebagai penyebab rasa ketidakselesaan tersebut. “Aduan berkaitan ketidakselesaan mungkin hanya berlaku di dalam Sembang Sihat 48 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Click to View FlipBook Version