The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KELIP Edisi 1-2023
Kampus Kesihatan USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nor Azlin Wan Azlan, 2024-03-30 23:33:09

Buletin KELIP Edisi 1-2023

Buletin KELIP Edisi 1-2023
Kampus Kesihatan USM

Keywords: kelip

kehadiran kulat, fungus, bakteria dan hama dalam bangunan yang tidak dibersihkan dengan baik serta serangan makhluk perosak seperi tikus, lipas dan sebagainya yang tidak dibanteras,” ulasnya lanjut. Nurulilyana turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa langkah untuk mencegah SBS daripada berlaku. “Antaranya ialah dengan melakukan penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekitarnya termasuk membersihkan sistem pendingin hawa bagi meningkatkan kadar pengudaraan, mengatasi kebocoran paip air di dalam bangunan untuk mengelak kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap bagi mengawal pembiakan kulat, memastikan pencahayaan semula jadi dapat memasuki bangunan dan kawalan haiwan perosak yang mesti dilakukan oleh pengendali berlesen serta kompeten. “Selain itu, pengawalan terhadap bahan pencemar udara semasa proses pengubahsuaian sesebuah bangunan juga perlu diambil berat bagi memastikan persekitaran kawasan yang tidak terlibat dilindungi daripada pencemaran, pembersihan dalaman yang kerap untuk mengawal habuk, melaksanakan dasar larangan merokok dan memasang penapis udara di dalam premis,” katanya. Nurulilyana turut menasihatkan agar penghuni sesebuah bangunan lebih cakna terhadap SBS dengan memahami tentang bahayanya jika terdedah kepada sindrom ini serta mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengatasi SBS,” ujarnya lagi. sesebuah bilik atau zon tertentu dan tidak mustahil ia juga boleh tersebar ke seluruh bangunan jika tidak diatasi dengan kadar segera,” katanya ketika ditemu bual dalam segmen Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Nurulilyana, ciri-ciri yang boleh menjadi indikator kepada pengenalpastian SBS ini ialah apabila terdapat rungutan atau aduan berkait dengan kesihatan daripada penghuni setelah memasuki sesebuah bangunan seperti sakit kepala, kerengsaan pada mata, hidung atau tekak, batuk kering, kulit kering, gatal, pening, mual, lesu, hilang konsentrasi dan sensitif kepada bau yang terhasil. "Selain itu, punca kepada simptom penyakit tersebut turut tidak dapat dikenal pasti dan kesemua simptom yang dialami hanya berlaku apabila penghuni berada di dalam bangunan tersebut dan sebaik sahaja mereka meninggalkan bangunan, simptom yang dialami tadi akan hilang. “Mengikut ‘American Standards for Heating, Refrigeration and Air-Conditioning Engineers’ (ASHRAE), hal ini hanya terpakai jika 20 peratus (%) atau lebih daripada penghuni sesebuah bangunan mengadu mengalami gejala ketidakselesaan kesihatan tersebut untuk tempoh melebihi dua (2) minggu,” ujarnya lagi. Nurulilyana berkata, SBS boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan penghuni khususnya mereka yang berisiko seperti pesakit asma, kanak-kanak dan warga emas. “Namun, perkara ini dapat dibendung jika langkah-langkah pencegahan dapat diamalkan dengan baik. “Elemen keselamatan sepatutnya diterapkan bukan sahaja kepada penghuni bangunan, malah langkah proaktif dan amalan yang betul menjadi tanggungjawab bukan sahaja kepada penyelenggara sesebuah bangunan, malah penghuni bangunan itu sendiri”, jelasnya. Menurut Nurulilyana, SBS juga mempunyai perkaitan dengan pencemaran udara daripada luar bangunan selain peralatan dalam bangunan itu sendiri serta penghuni. “Antaranya adalah berpunca daripada ekzos kereta yang dipakir berhampiran bangunan yang mana ianya akan menghasilkan gas karbon monoksida, peralatan atau produk berhampiran bangunan yang mungkin mengeluarkan gas penyebab kepada ‘contact dermatitis’ dan asap rokok. “Selain itu, sistem pendingin hawa yang tidak diselenggara secara berkala juga antara penyebab kepada pengumpulan gas karbon dioksida dan karbon monoksida, bahan binaan bangunan yang menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma, Buletin KELIP - Edisi 1/2023 49 Kampus Kesihatan USM


Tahukah anda, kelewatan mendapat bantuan kecemasan ketika tidak sedarkan diri boleh menyebabkan otak mengalami kecederaan serius. Menurut Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Boniami Yazid, pendedahan mengenai teknik bantuan asas hayat atau 'Cardiopulmonary Resuscitation' (CPR) kepada orang ramai sangat penting kerana hanya orang yang berada di sekitar mangsa sahaja boleh memberikan bantuan kecemasan seperti CPR secepat mungkin, sementara menunggu petugas kesihatan tiba. "Mangsa perlu diberi bantuan segera kerana otak manusia hanya dapat bertahan selama empat (4) minit sahaja sebelum mengalami kecederaan fatal akibat kekurangan oksigen. "Kelewatan bantuan boleh mengakibatkan kemungkinan mangsa terlantar sebagaimana pesakit strok walaupun berjaya diselamatkan dan CPR merupakan salah satu teknik pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. "Bantuan ini seharusnya diberikan segera sementara menunggu ambulans tiba kerana tempoh masa yang ada terlalu singkat” ujar beliau ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Mohd Boniami, sebelum melakukan CPR, kita perlu memastikan persekitaran kita selamat dengan mengalihkan mangsa ke tempat yang bersesuaian. "Sekiranya mangsa terkena renjatan elektrik, sila pastikan aliran elektrik dimatikan terlebih dahulu. “Komponen CPR terdiri daripada tekanan dada dan bantuan pernafasan mulut ke mulut. “Kita perlu memastikan mangsa betul-betul tidak sedarkan diri dengan memeriksa denyutan nadi, pernafasan, pergerakan seperti Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan Sembang Sihat DR. MOHD BONIAMI YAZID Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia Cepatkan Bantuan CPR, Elak Kecederaan Otak Seriusfi Sembang Sihat 50 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


batuk dan cuba bercakap dengan mangsa," katanya lagi. Mohd Boniami berkata, sekiranya tidak selesa untuk memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut, kita boleh melakukan tekanan dada sahaja yang dipanggil 'hands only CPR'. "Keberkesanan teknik ini adalah setara dengan teknik CPR yang sepenuhnya dengan syarat jumlah kelajuan dan tekanan dada adalah betul. "Pelbagai faktor mempengaruhi kejayaan perawatan mangsa untuk kembali pulih. Antaranya adalah tempoh selang masa pesakit tidak sedarkan diri dengan memulakan CPR, kualiti CPR yang diberikan, siasatan, perawatan dan pemulihan menyeluruh di hospital dan ini panggil 'Chain of Survival," ulasnya lanjut. Mohd Boniami turut menjelaskan punca mangsa tidak sedarkan diri majoritinya disebabkan oleh serangan jantung yang teruk. "Apabila berlaku serangan jantung, jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh badan terutama ke bahagian otak dan kekurangan oksigen di bahagian otak akan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. “Terdapat tiga faktor risiko yang paling utama mendapat serangan jantung iaitu tekanan darah yang tidak terkawal, paras kolestrol yang tinggi dan tabiat merokok,” terangnya. Mohd Boniami turut berharap agar semua isi rumah dan masyarakat lebih peka dengan pengetahuan melakukan teknik CPR supaya dapat menyelamatkan lebih ramai orang pada masa akan datang. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 51 Kampus Kesihatan USM


Sembang Sihat PROFESOR DR. WAN AZMAN WAN SULAIMAN Penyelaras Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Awas Merkuri dalam Kosmetikfi Sembang Sihat 52 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Merkuri atau nama saintifiknya Hydrargyrum (Hg) merupakan logam berat yang juga dikenali sebagai logam transisi dan boleh berada dalam pelbagai bentuk selain bentuk yang boleh berubah dan berfungsi sebagai konduktor haba dan elektrik. Menurut Penyelaras Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Wan Azman Wan Sulaiman, dalam peradaban manusia, merkuri digunakan dari zaman purba lagi terutama di kawasan Timur Jauh dan Asia Tengah. "Ianya digunakan dalam proses pengawetan mayat golongan bangsawan dan bagi bangsawan di istana mereka menggunakan merkuri untuk menjadikan kulit sentiasa kelihatan remaja. "Penggunaan merkuri dalam perawatan kosmetik bermula secara Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood


tidak sengaja apabila pekerja yang menguruskan merkuri mengalami pengelupasan kulit dan sembuh dengan kulit yang lebih remaja berbanding usia. "Kesan positif merkuri ialah boleh mencerah dan menegangkan kulit hasil dari pembentukan atau pertukaran bahagian epidermis kulit melalui pengaktifan kolagen kulit atau secara umumnya merkuri merangsang proses semulajadi 'regenerative' kulit," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Wan Azman, merkuri boleh diserap melalui permukaan kulit dan memasuki badan bergantung kepada jenis merkuri yang bersentuhan dengan kulit atau mukosa. "Penggunaan merkuri dengan jumlah yang sedikit tidak mendatangkan apa-apa kesan ketara kepada badan. "Namun, penggunaan berterusan akan menyebabkan pengumpulan merkuri dalam badan dan apabila ia sudah mencapai tahap yang tinggi, ia akan menyebabkan berlaku kerosakan kepada organ dalam badan," jelasnya lagi. Wan Azman berkata, penggunaan merkuri yang berterusan juga menyumbang kepada kerosakan organ penting badan seperti otak, paru-paru, hati, usus, buah pinggang dan sebagainya. "Antara tanda umum keracunan merkuri ialah sakit kepala, mual atau muntah, batuk berpanjangan, pendarahan usus, serta kekuningan. "Bagi mengelak penggunaan bahan-bahan kosmetik yang mungkin mengandungi merkuri, kita perlu mengenali nama biasa serta nama saintifik merkuri agar sentiasa peka dengan kandungan bahan kosmetik terutama produk yang diragui kelulusannya dari pihak berwajib. "Selain itu, kita juga perlu sensitif terhadap perubahan kesihatan badan setiap kali penggunaan bahan kosmetik yang baharu," ujarnya. Wan Azman turut berpesan agar orang ramai mengamalkan cara hidup yang sihat, amalkan pemakanan sihat, sentiasa melakukan senaman, memastikan masa rehat dan masa tidur yang mencukupi di samping melindungi kulit daripada pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari serta menggunakan pelembap kulit yang tidak mengkakis kulit. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 53 Kampus Kesihatan USM


Raudzah Alumni Yang Menabur Bakti 36 Tahun Sebagai Jururawat di Hospital USM Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel “Syukuri apa yang ada dan sentiasa tanam niat yang baik di dalam hati untuk bekerja dengan seikhlas mungkin agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan,” demikian kata Ketua Penyelia Jururawat, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Raudzah Haji Mohamed Ariffin. Isteri kepada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bercerita mengenai tempoh 36 tahun dalam bidang kejururawatan merupakan satu pengalaman hebat buat seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ini. Memilih untuk melabuhkan tirai perkhidmatan pada usia 59 tahun setelah lebih tiga dekad menabur bakti kepada pesakit sejak mula melaporkan diri sebagai jururawat pada 15 Januari 1987 merupakan satu keputusan yang sukar baginya untuk melepaskan profesyen yang telah sebati dalam diri. Wanita bertubuh kecil ini telah melalui pelbagai rintangan, pahit manis, suka duka bergelar seorang jururawat. Bermula sebagai jururawat U29 seawal usia 21 tahun sebelum dilantik menjadi Ketua Jururawat U32, 10 tahun kemudiannya. Beliau terus cemerlang berbakti sehingga dinaikkan pangkat U36 10 tahun berikutnya dan diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pengurusan tertinggi Unit Kejururawatan Hospital USM sehingga bergelar Ketua Penyelia Jururawat U52. Raudzah yang sentiasa fokus dan berorientasikan pencapaian, berpegang teguh untuk ke arah kecemerlangan, bermoral dan beretika dalam setiap tugas dan penghasilan kerjanya. Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang berwawasan dan seorang mentor yang disegani selain dikenali dengan sifatnya yang prihatin, penyayang serta sentiasa bersedia membantu staf yang memerlukan bantuan. Ketika ditemu bual, Raudzah yang tidak lokek dengan senyuman sentiasa menitipkan pesanan buat semua warga USM khususnya jururawat agar sentiasa menimba ilmu dan mempelajari sesuatu yang baharu sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. “Nasihat saya kepada semua jururawat khususnya di Hospital USM, kita tidak boleh berhenti belajar dan jadilah jururawat atau staf yang berwawasan, hebat dalam bidang akademik serta beretika tinggi dalam perkhidmatan. “Sentiasa bersabar, ikhlas, cekap dan tanamkan rasa cinta kepada tugas yang diamanahkan, InsyaAllah, anda akan berasa profesyen ini suatu kecintaan yang sangat suci,” ujarnya. Kisah Inspirasi 54 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Menelusuri kisah graduan ‘School of Nursing, University Hospital Kuala Lumpur (UHKL)’ ini, Raudzah turut menceritakan cabaran paling besar atau peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang perkhidmatannya adalah menggalas tugas dan amanah ketika negeri Kelantan dilanda banjir pada tahun 2014 dan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19. “Sebagai ketua yang memegang tampuk kepimpinan kejururawatan Hospital USM, saya perlu bijak mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang mendatang terutamanya dalam pengurusan staf untuk memastikan perawatan kepada pesakit berjalan lancar. “Saya terpaksa kuat, menjadi garang dan adakalanya bersikap autokratik untuk memastikan staf dapat menumpukan perhatian kepada tugas walaupun saya tahu ada ketikanya fikiran mereka melayang memikirkan nasib keluarga yang sedang berhadapan bencana banjir atau dijangkiti wabak COVID-19,” jelasnya lagi. Prinsip untuk sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan seseorang jururawat di bawah seliaannya berada pada tahap terbaik dan memiliki kemahiran kognitif yang tinggi tersemat utuh di dalam diri beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam dan bersara pilihan pada 30 Januari 2023. “Tinggi kemahiran kognitif seseorang itu, maka tinggilah etika dalam dirinya. “Pelajaran dan pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik, dewasa dan matang. Pada usia bila pun, pembelajaran perlu berterusan untuk mempertingkatkan kemahiran kognitif seseorang itu,” katanya. Raudzah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM dan ‘Master of Nursing’ daripada Open University Malaysia turut menitipkan nasihat buat semua jururawat Hospital USM agar terus menyumbang bakti memberikan khidmat yang terbaik kepada pesakit selain menjalani kehidupan yang seimbang dan perlu bijak menguruskan masa. “Bekerjalah dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana hanya Allah yang mampu menilainya. “Sesibuk mana pun kita, kita jugalah yang menyusun jadual harian sendiri. Kita harus memastikan kehidupan kita seimbang, berkesan dan berkat," katanya mengakhiri temu bual. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 55 Kampus Kesihatan USM


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Teruskan Usaha Menjenamakan Hospital USM – Nik Hisamuddin Sorotan Program di Kampus Kesihatan “Walaupun pelbagai pencapaian berjaya diraih, namun pastinya banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi untuk mengetengahkan nama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) agar menjadi ‘branding’ yang diingati atau dikenali semua lapisan masyarakat,” demikian seruan Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.


Menurut beliau, warga Hospital USM haruslah bersama-sama menjaga imej dan reputasi Hospital USM agar nama Hospital USM sentiasa meniti di bibir masyarakat khususnya dalam aspek perkhidmatan dan rawatan. “Semua staf perlu memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada pesakit khususnya rakyat negeri Kelantan yang kebanyakannya merupakan pesakit tetap Hospital USM. “Selain itu, kompetensi kerja juga harus dipertingkatkan melalui latihan yang berterusan bagi memperoleh hasil yang terbaik daripada tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya ketika menyampaikan perkongsian dan perancangan hala tuju Hospital USM dalam Majlis Bersama Pengarah Hospital USM. Tambah Nik Hisamuddin, selaras dengan status APEX dimiliki oleh USM yang merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka, beliau menekankan agar warga Hospital USM sentiasa berada di landasan yang tepat untuk merealisasi agenda APEX. “Agenda APEX perlu dihidupkan kembali agar seluruh warga Hospital USM sentiasa memberikan perkhidmatan dan bekerja berlandaskan sembilan teras APEX iaitu keilmuan, kemanusiaan, masa hadapan, kelainan, kelestarian, kesejagatan, kesejahteraan, pengorbanan dan perubahan. “Sifat kebersamaan dan kebertanggungjawaban perlu ada dalam diri semua staf terutama aspek imej dan ketrampilan, cara berkomunikasi dan berinteraksi, profesionalisme, fahami budaya organisasi dan perhubungan dengan pelanggan,” jelasnya lagi. Nik Hisamuddin turut berkongsi pencapaian jabatan dan unit-unit di bawah Hospital USM bagi tahun 2022 sebagai penanda aras untuk menambahbaik prestasi dan menetapkan target baharu serta hala tuju tahun 2023 dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang staf secara bermuka dan maya itu. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah Pelancaran Buku Pelaporan Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) 2021-2022 dan Pelancaran Kod QR Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Pengarah Klinikal, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, Timbalan Pengarah Operasi, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pendaftar Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Bersama Pengarah Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusof dan ketua-ketua jabatan serta unit Hospital USM. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 57 Kampus Kesihatan USM Majlis bersama Pengarah Hospital USM


Sorotan Program di Kampus Kesihatan 58 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 59 Kampus Kesihatan USM “Laman sesawang SIPC berperanan sebagai tempat pengumpulan maklumat kesihatan daripada segenap aspek berkenaan COVID-19 bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada orang ramai dan petugas kesihatan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Buku COVID-19, hari ini. Tambah Shaharum, projek penulisan buku ini merupakan satu pencapaian luar biasa kerana berjaya menghasilkan bacaan ilmiah berkualiti dalam masa yang singkat. “Ini kerana para penulis juga merupakan pakar-pakar perubatan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan, saringan dan rawatan penyakit COVID-19 selain turut berkhidmat sebagai pendidik atau penyelidik dalam bidang masing-masing. “USM juga turut berbangga dan sangat menggalakkan para pensyarah untuk terlibat terutamanya dalam penerbitan buku–buku separa ilmiah bagi manfaat umum,” ujarnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, PPSP, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Pengarah Perubatan Hospital KPJ Perdana, Dr Mohamad Hamzah dan para editor Buku COVID-19. Pandemik COVID-19 telah lebih tiga tahun melanda dunia hingga mengubah norma kehidupan dalam semua aspek. Pelbagai informasi dan kajian mengenai koronavirus dan penyakit COVID-19 telah dijalankan namun masih banyak lagi bidang ilmu yang perlu diterokai dan dikenal pasti. Justeru, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) menerbitkan buku bertajuk “COVID-19: Impak Kesihatan dan Norma Baharu Kehidupan”. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, penerbitan buku tersebut bertujuan untuk menyampaikan informasi sahih hasil nukilan daripada pakar bidang yang berkenaan dan sesuai dijadikan bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat. “Penerbitan buku ini merupakan idea daripada barisan editor dan ahli jawatankuasa Laman Sesawang Sumber Informasi Perubatan COVID-19 (SIPC) yang telah dilancarkan pada Julai 2020. Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Buku COVID-19: Sumber Rujukan pada Masyarakat


Sorotan Program di Kampus Kesihatan 60 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Kisah Inspirasi penghasilan Buku Pelaporan Program KRIS 2021 - 2022 adalah sebagai bukti dana yang disalurkan oleh KPT, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan masyarakat. "Buku pelaporan ini juga merupakan rujukan informasi berkenaan projek-projek yang telah dilaksanakan sama ada secara 'one off' ataupun bersiri sejak Julai 2021 sehingga Disember 2022. "Bagi pihak pengurusan Hospital USM saya berterima kasih dan sangat berbangga dengan komitmen serta dedikasi semua staf yang terlibat dengan setiap program walaupun pada hujung minggu. Kerjasama erat sesama staf adalah faktor kejayaan program KRIS Hospital USM," ujarnya lagi. Menurut Zaidi, suntikan dana KRIS nyata memberi peluang kepada pelbagai jabatan di USM untuk berganding bahu bukan sahaja sesama jabatan malah turut bekerjasama dengan organisasi kerajaan lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan aktiviti untuk penduduk di lokasi yang terpilih melibatkan negeri Kelantan, Utara Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pelancaran edisi pertama buku pelaporan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman disaksikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Pengarah Operasi, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud serta Timbalan Pendaftar Kanan, Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am, Mohd Saberi Mohd Yusoff. KRIS HOSPITAL USM Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Buku Pelaporan KRIS Dokumentasi Kejayaan Kolaborasi KPT USM Kolaborasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) nyata memberi impak positif kepada masyarakat khususnya golongan sasaran B40 dan berkeperluan khas. Pengerusi Program KRIS Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria berkata, sebagai sebuah Hospital Pengajar Universiti (HPU), Hospital USM turut berperanan mempromosi program-program komuniti dengan tujuan untuk menyebarluas maklumat, mempergiat kempen kesedaran penjagaan kesihatan, memberi perkhidmatan saringan kesihatan serta konsultasi rawatan kepada komuniti. "Projek pertama KRIS Hospital USM adalah pemberian vaksin bergerak di Penjara Pengkalan Chepa menerusi Program 'Outreach KRIS' pada 21 September 2021. "KRIS merupakan satu program yang unik kerana kita memfokuskan perkhidmatan perawatan yang berbeza mengikut pola geografi serta keperluan penduduk. "Antara perkhidmatan yang diberi adalah saringan kesihatan asas, saringan awal kanser, pemeriksaan mata, rawatan pergigian, pemakanan, berkhatan dan tidak ketinggalan program pengupayaan komuniti seperti runding cara pemulihan anggota, transformasi orang kurang upaya (OKU), kesihatan mental dan pelbagai lagi," katanya. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital USM turut menjelaskan bahawa Buletin KELIP - Edisi 1/2023 61 Kampus Kesihatan USM


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel USM – AL KAUTHAR EDUQIDS Meterai MoU Tingkatkan Sinergi Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Al Kauthar Eduqids (AKE) Sdn. Bhd. untuk meningkatkan sinergi dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak terutama kanak-kanak istimewa. Majlis penandatanganan MoU tersebut disempurnakan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang mewakili Naib Canselor USM, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dan Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pembangunan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) bagi pihak USM, manakala AKE pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Kapten Dr. Bakhtiar Aliff Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi, Datin Dr. Nor Fadilah Alias. Kerjasama strategik tersebut dijangka memberi manfaat kepada ramai kanak-kanak hasil pertukaran pengetahuan, latihan berorientasikan perkhidmatan dan forum awam selain memberi manfaat besar kepada masyarakat terutamanya ibu bapa muda dan anak-anak kecil demi masa depan negara. Menurut Shaharum, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2016, kira-kira 3.3 peratus (%) daripada kanak-kanak di negara ini mempunyai masalah dalam perkembangan mereka dan lebih separuh daripada angka tersebut disebabkan oleh kelewatan pertuturan. “Punca lain pula termasuklah masalah perkembangan sosial dan kelewatan perkembangan motor halus atau kasar dan masalah-masalah tersebut menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini mengalami kelewatan masa menunggu untuk lawatan pertama ahli terapi yang kebanyakannya mengambil masa lebih daripada enam bulan. “Kanak-kanak yang mengalami kelewatan pertuturan mendapat banyak manfaat daripada terapi pertuturan intensif kerana kekerapan dan intensiti terapi yang disediakan di rumah selalunya terhad ekoran kesibukan kedua-dua ibu bapa yang bekerja dan terapi pada lewat petang mungkin kurang ideal kerana anak-anak telah letih dan ‘cranky’,” ujarnya. Tambah Shaharum, sebagai universiti ketiga tertua di negara ini dan satu-satunya universiti APEX, USM berada pada kedudukan ideal untuk memainkan peranan dalam meningkatkan perkhidmatan kepada Sorotan Program di Kampus Kesihatan 62 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


kanak-kanak yang memerlukan bantuan melalui kerjasama intensif dengan AKE yang mengendalikan 190 cawangan perkhidmatan jagaan harian kanak-kanak bukan sahaja kanak-kanak biasa tetapi juga kanak-kanak berkeperluan khas. “Sepuluh pakar terapi pertuturan yang aktif di Kampus Kesihatan USM) akan bekerjasama dengan guru-guru di AKE untuk memastikan setiap kanak-kanak yang mengalami kelewatan pertuturan diberi bimbingan optimum dan terapi bagi memperbaiki pertuturan mereka. “Selain itu, pakar-pakar di USM juga akan membantu guru-guru AKE menyempurnakan kemahiran dalam menyediakan terapi awal yang berkesan untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan lain. “Doktor pemulihan, pakar terapi cara kerja dan pakar terapi pertuturan dari Hospital USM akan terlibat dalam kerjasama ini dan seluruh pasukan pakar dari Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU), Pusat Pengajian Sains Kesihatan turut bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran bersama guru-guru AKE,” jelasnya lagi. Sementara itu, Bakhtiar Aliff, pula berkata, kanak-kanak yang berada di AKE akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini melalui sesi pendidikan yang akan diberikan kepada guru-guru oleh pakar USM dalam bidang pediatrik serta bidang khusus lain seperti diet dan pemakanan termasuk psikologi kanak-kanak. “Forum awam yang disampaikan oleh pakar yang sama juga akan menjadi platform untuk memberi panduan yang tidak ternilai kepada ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak yang terkesan. “MoU ini antara lain akan membuka peluang dan menjadi jambatan antara profesional berkemahiran tinggi USM dan masyarakat, guru-guru serta ibu bapa yang akan bertanggungjawab untuk masa depan Malaysia kerana faedah kerjasama ini merangkumi peningkatan kemahiran guru menjaga kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas. “Diharap stigma terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan atau kecacatan dapat dikurangkan,” katanya. Hadir sama pada majlis adalah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Ketua Jabatan Pediatrik, PPSP USM, Dr. Mohamad Ikram Ilias; Pengerusi Program MoU antara USM dan AKE Sdn. Bhd., Dr. Siti Nur Haidar Hazlan, para penyelidik serta pegawai-pegawai AKE Sdn. Bhd. dan Kampus Kesihatan USM. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 63 Kampus Kesihatan USM


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Talasemia adalah penyakit genetik yang paling kerap ditemui terutama di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low and middle income countries - LMIC). Tanpa rawatan yang sewajarnya, pesakit talasemia menghadapi banyak komplikasi yang boleh menyebabkan kematian. Pesakit yang mengalami talasemia teruk akan terdedah kepada tekanan fizikal, psikologi dan sosial yang ketara kerana talasemia ditentukan oleh penurunan penghasilan hemoglobin, sama ada menjejaskan rantai alfa atau rantai beta. Pada tahap tertentu, talasemia akan membawa kepada anemia teruk yang memerlukan pemindahan darah untuk mengekalkan kehidupan. Menurut Pensyarah Perubatan, Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zilfalil Alwi, talasemia terbahagi kepada dua iaitu talasemia alfa dan talasemia beta yang dipengaruhi oleh gen berbeza. “Dianggarkan terdapat 270 juta pembawa talasemia di seluruh dunia di mana 80 juta daripadanya adalah pembawa talasemia beta. “Beberapa negara seperti Cyprus dan Singapura telah berjaya mengurangkan insiden talasemia kepada bilangan yang paling rendah melalui pemeriksaan antenatal yang berkesan, program kesihatan awam dan rawatan yang optimum. “Malaysia juga telah menjalankan program saringan talasemia di seluruh negara dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berumur 16 tahun sejak 2016 sebagai usaha mengesan pembawa talasemia,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Advocating justice and equity in medical genomics of thalassemia through education dan science’, dalam Majlis Syarahan Khas Kursi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization-UNESCO). Zilfalil yang juga penerima anugerah Program Kursi UNESCO mengenai Genetik Manusia Talasemia berkata, satu (1) daripada setiap 20 individu adalah pembawa talasemia di Malaysia. “Negeri Sabah mencatatkan jumlah kelahiran talasemia tertinggi berbanding negeri lain di Malaysia. Namun, sejak tahun 2014 hingga 2018, kelahiran baru talasemia menurun secara berterusan terutamanya di Sabah susulan inisiatif kerajaan menjalankan saringan terhadap pelajar - pelajar sekolah menengah yang dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam. “Dengan penurunan bilangan kelahiran talasemia di Malaysia, program saringan seluruh negara ini boleh dijadikan model kepada negara lain untuk memerangi talasemia. “Oleh itu, USM bersama Universiti Kebangsaan USM Penerima Pertama Kursi UNESCO Genetik Manusia Talasemia USM Penerima Pertama Kursi UNESCO Genetik Manusia Talasemia Sorotan Program di Kampus Kesihatan 64 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Malaysia (UKM) dan ‘Global Variome’ telah menubuhkan ‘Global Globin Network’ (GGN) yang terdiri daripada saintis, penyelidik dan ahli akademik dari 32 negara yang berusaha untuk memerangi talasemia dengan mengaplikasi pembangunan terkini dalam genetik manusia,” ujarnya lagi. Tambah Zilfalil, GGN adalah platform yang ideal untuk bekerjasama di peringkat antarabangsa bagi perkongsian pengetahuan, kemahiran teknikal dan pembinaan kapasiti di samping merapatkan jurang ‘genomic divide’ antara ‘high income countries’ (HIC) dan LMIC. “Kerjasama ini juga diharap dapat menyatu dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam sains inovatif yang boleh membawa kepada penemuan baharu,” ulasnya. Program Kursi UNESCO telah ditubuhkan pada 1992 melibatkan lebih 850 institusi dari 117 negara bagi menggalakkan kerjasama dan rangkaian antarabangsa antara universiti untuk meningkatkan keupayaan institusi melalui perkongsian pengetahuan dan kerjasama. Institusi pengajian tinggi Malaysia yang telah dilantik oleh UNESCO untuk menjalankan Program Kursi UNESCO ialah Universiti Malaya (UM) (2016), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2019), USM (2020 & 2022), Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik, Kuala Lumpur (2022). Kursi UNESCO mengenai Genetik Manusia Talasemia dianugerahkan kepada USM pada November 2022 dan merupakan kursi pertama mengenai genetik manusia yang dianugerahkan oleh UNESCO. Hadir secara maya dalam majlis anjuran Pusat Genom Manusia dengan kerjasama Sekretariat Projek Variom Manusia Nod Malaysia (MyHVP) ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Penyelaras Penyelidikan UNESCO, Dr. Keith Holmes. Turut hadir ialah Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman Buletin KELIP - Edisi 1/2023 65 Kampus Kesihatan USM


Sorotan Program di Kampus Kesihatan 66 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 67 Kampus Kesihatan USM Naib Canselor Tinjau Prestasi Fizikal dan Kewangan Projek Pembangunan Kampus Kesihatan, USM Teks: Amyrulhan Azhari "Projek pembangunan perlu dipantau secara berkala dan sistematik supaya setiap satunya terlaksana mengikut jadual serta 100 peratus (%) menepati spesifikasi perancangan asal", demikian antara intipati pesanan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sewaktu meninjau prestasi fizikal dan kewangan projek pembangunan di Kampus Kesihatan. Rahman dalam rangka lawatan kerja ke Kampus Kesihatan telah diberi taklimat berkenaan perkembangan beberapa projek dalam fasa pembinaan di bawah RMK 11 dan 12 oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta pasukan pengurusan projek Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA). Antara projek yang sedang berjalan ialah ubah suai ruang Jabatan Kecemasan lama, tingkat 7 bangunan wad Hospital USM dan dewan-dewan bedah bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan rawatan perubatan serta pembinaan ram bagi mematuhi piawaian keselamatan. Projek lain yang sedang dibangunkan ialah pembinaan tangki menara dan rumah pam air baharu untuk meningkatkan kapasiti penyediaan bekalan air bersih serta menyediakan ruang rehat (lounge) di tingkat 8 bangunan wad Hospital USM untuk kegunaan doktor serta pasukan petugas kesihatan "tunggu sedia" (on-call). Kesemua projek berkenaan bakal memberi manfaat langsung kepada warga kampus dan secara tidak langsung kesan positif akan turut dirasai oleh pelanggan Kampus Kesihatan khususnya pesakit yang menjalani rawatan di Hospital USM. Oleh yang demikian, Rahman menyeru pengurusan USM memantau rapi pelaksanaan projek dan segera menguruskan dengan agensi terlibat sekiranya timbul sebarang isu supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan dan setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan manfaat maksimum. Semasa tinjauan yang sama, Rahman turut mengumumkan komitmen universiti untuk memastikan kemaslahatan para pelajar selaku pihak berkepentingan utama tidak diabaikan dalam sebarang agenda pembangunan USM. Sehubungan itu, pengurusan universiti dari semasa ke semasa akan memperhalusi serta meluluskan pelan pembangunan yang berkait dengan keselamatan, kesejahteraan serta fasiliti sokongan pengajaran dan pembelajaran untuk manfaat pelajar. Turut sama dalam tinjauan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) Kampus Kesihatan, Engku Nazli Engku Mohd Ariffin dan Jurutera Projek, Rozilah Hamzah.


Sorotan Program di Kampus Kesihatan 68 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Delegasi KPT, Kementerian Kewangan, JKM dan Wakil UA Tinjau Pelaksanaan Geran Libatsama Universiti - Komuniti PPDK USM Teks: Mohd Hafiz Ya'acob Geran Libatsama Universiti - Komuniti merupakan inisiatif pembiayaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyokong pelaksanaan program-program pemindahan ilmu, kemahiran serta kepakaran universiti kepada komuniti menerusi projek-projek khas yang disasarkan untuk meningkatkan sosioekonomi serta kesejahteraan hidup para peserta. Sejak pengenalan geran tersebut pada tahun 2008, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) selaku penyelaras telah melaksanakan pelbagai projek antaranya ialah memulakan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) formula USM dengan beberapa nilai tambah kepada program asal yang diasaskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Program PPDK USM dipelopori oleh Unit Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama JKM dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan OKU di Kota Bharu mensasarkan peserta bukan sahaja mampu mengurus diri sendiri, tetapi juga dilengkapi dengan ilmu serta kemahiran bagi meraih pendapatan untuk sara hidup serta membantu keluarga. Program ini juga adalah hasil impak positif Pelan Transformasi APEX Universiti yang dilancarkan oleh KPT sejak tahun 2008. Delegasi KPT, Kementerian Kewangan, JKM dan wakilwakil Universiti Awam (UA) hadir ke Kampus Kesihatan untuk menilai keberkesanan program, prestasi perbelanjaan serta meninjau pengoperasian setiap projek yang sedang berjalan. Delegasi diberi taklimat oleh Ketua Pusat Transformasi (PT) OKU USM - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), PPSK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim sebelum tinjauan di beberapa lokasi. Selain PPDK, mereka turut dibawa meninjau sekitar PTOKU USM – MAIK, Makmal Simulasi Pekerjaan, Pusat Modifikasi Kerusi Roda, Tapak Penternakan Ayam Kampung Kacuk, Pertanian Fertigasi dan Taska OKU Auliya. buletin KELIP - edisi 1/2023 69 Kampus Kesihatan USM Melalui perkongsian kepakaran yang ada di USM ini diharap dapat membantu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain untuk memperkasa lagi usaha mereka ke arah memantapkan hala tuju dan kelangsungan program transformasi OKU di tempat masing-masing. Istimewanya, delegasi ini turut disertai oleh wakil-wakil Sekretariat PPDK daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk mempelajari kelestarian pelaksanaan Geran Libatsama Universiti formula USM. Turut hadir menyertai lawatan ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Kaliyapan A/L Rajakumaran; Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Foo Sook Fuang; Pengarah Jabatan Pembangunan OKU, JKM, Zuhaimi Omar; Dekan PPSK USM, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; sekretariat PPDK Kampus Induk USM dan para pegawai BJIM USM.


Sorotan Program di Kampus Kesihatan Teks: R. Alia Fazni R. Azmi Akademi Sukan Anak Staf, Agenda Kesejahteraan Warga Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi agenda kesejahteraan warga sentiasa tampil dengan pelbagai inisiatif dan yang terkini memperkenalkan program Akademi Sukan Anak Staf (ASAS). Beberapa acara sukan telah dikenal pasti pada peringkat permulaan ASAS di Kampus Kesihatan yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam suatu majlis di Dewan Badminton, Kompleks Sukan 1.


Menerusi akademi ini, para peserta yang terdiri daripada anak-anak staf, khususnya daripada kumpulan B40 dan M40 akan diberi pendedahan serta latihan berstruktur di fasiliti sukan USM oleh jurulatih-jurulatih kompeten. Antara sukan yang ditawarkan ialah bola sepak, badminton, memanah dan tenis. Shaharum ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut berkata, ASAS ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak staf menceburi bidang sukan dan menonjolkan bakat dalam acara sukan yang diminati secara percuma. “Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai amalan hidup sihat di samping membentuk pemain yang berkualiti untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. “ASAS mensasarkan anak-anak staf Kampus Kesihatan yang berusia 14 tahun ke bawah dan tidak berpeluang untuk mengikuti akademi sukan di luar yang mempunyai komitmen bulanan serta kadar yuran yang tinggi,” katanya. Tambah Shaharum, bersukan merupakan antara aktiviti sihat yang perlu dibudayakan oleh semua peringkat untuk melahirkan generasi sejahtera. “Saya dimaklumkan sasaran penyertaan seramai 100 orang untuk menyertai ASAS telah melebihi kuota dan pihak urus setia terpaksa menolak sesetengah permohonan atas faktor kemampuan jurulatih yang terhad dan kemudahan sukan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan. ”Ini menujukkan bahawa anak-anak memerlukan platform yang betul untuk membuktikan bakat yang mereka ada,” jelasnya lagi. Shaharum turut menyuarakan harapannya agar anak-anak yang terlibat dalam akademi ini terus aktif dalam sukan yang diceburi sehingga peringkat yang lebih tinggi serta dapat mewakili negeri dan negara seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga mereka ke arah yang lebih baik. ”Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini terutamanya kepada jurulatih yang sudi melatih peserta ASAS secara sukarela tanpa bayaran dan elaun. ”Adalah diharapkan akademi yang diperkenalkan ini mampu menjadi salah satu wadah bagi mencapai tujuan yang digarapkan oleh universiti,” ujarnya. Untuk rekod, ASAS pada tahun ini menerima 34 penyertaan bagi sukan bola sepak, 37 penyertaan bagi badminton, 22 penyertaan bagi acara memanah dan tujuh (7) penyertaan bagi sukan tenis. Sementara itu, salah seorang bapa peserta ASAS yang juga Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Seksyen Farmasi Non Formulari, Hospital USM, Mohd Rahmatul Fithri Ismail, berkata, beliau sangat gembira dan terharu apabila anaknya yang berusia 10 tahun terpilih menyertai sukan bola sepak. “Saya yakin program ini dapat melahirkan lebih ramai atlet pada masa akan datang kerana bakat para peserta telah dilatih secara asas. “Program ini juga diharap dapat diadakan secara berterusan pada setiap tahun untuk mengelak anak-anak lebih terpengaruh kepada gajet selain membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila ibu bapa turut sama meluangkan masa memberi galakan dan motivasi sepanjang anak-anak menjalani latihan ASAS," katanya ketika ditemubual. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria mewakili Pengarah Hospital USM, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria dan Ketua-ketua Jabatan Kampus Kesihatan. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 71 Kampus Kesihatan USM


Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid Wadah Perkongsian Ilmu: Karya Ilmiah Pakar Bidang antara KPI Baharu Hospital USM Kepelbagaian bidang kepakaran yang ada di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dimanfaat bagi memastikan pemindahan ilmu berterusan kepada masyarakat. Sejajar dengan Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan, Hospital USM turut memainkan peranan sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dalam menyebarluas maklumat. Sebagai salah satu usaha 'Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan', Hospital USM mengambil inisiatif mengadakan bengkel penulisan buku ilmiah memandangkan penulisan merupakan salah satu wadah perkongsian informasi serta pemindahan ilmu antara institusi pendidikan tinggi dan masyarakat. Timbalan Pendaftar Kanan, Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am, Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff berkata, bengkel penulisan ini diadakan untuk melatih kakitangan hospital yang berminat menulis buku berdasarkan bidang kepakaran serta perkhidmatan yang ditawarkan. "Bengkel ini adalah susulan daripada hasrat pengurusan Hospital USM untuk memberi galakan kepada semua warga hospital terlibat dalam aktiviti penulisan, sama ada penulisan berdasarkan bidang kepakaran atau umum. "Ia juga akan dijadikan sebagai 'Key Performance Indicator' (KPI) Hospital USM yang menyokong pengiktirafan USM sebagai Universiti Penyelidikan (Research University- RU) dan 'Malaysia Research Assessment' (MyRA)", katanya. Berobjektifkan menterjemah bakat dan potensi diri dalam penulisan, peserta diberi pendedahan berkenaan konsep, teknik dan tatacara penulisan sama ada penulisan buku, buletin, majalah dan Sorotan Program di Kampus Kesihatan 72 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


lain-lain karya. Saberi yang juga Pengerusi Penganjur bengkel tersebut berharap agar bengkel yang diadakan itu dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan warga Hospital USM. "Kita bertuah kerana manuskrip yang dihasilkan boleh dihantar kepada Penerbit USM untuk memohon kelayakan diterbitkan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan", ujar beliau lagi. Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari itu dihadiri kira-kira 40 orang peserta dikelolakan oleh penceramah dari Pusat Penerbit USM iaitu 'Editor-in-Chief', Bahagian Penerbitan Popular, Dr. Nazrul Hassan serta dua (2) Pegawai Penerbitan Kanan, Bahagian Perolehan dan Bahagian Editorial, Nur Naimah Jaafar dan Noor Sheela Suratman. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 73 Kampus Kesihatan USM


Sorotan Program di Kampus Kesihatan Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT), Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited dalam memantapkan hubungan kerjasama dengan pusat pengajian dan pusat tanggungjawab (PTJ) khususnya di Kampus Kesihatan dengan memperkenalkan program ‘Research on The Go (ROTG) with USM Library’. ROTG adalah pendekatan perpustakaan USM dalam memberi perkhidmatan konsultasi pelbagai modul literasi maklumat dan sokongan akademik secara terus kepada pelajar ijazah pertama, ijazah tinggi, penyelidik serta pensyarah yang dilaksanakan di lokasi-lokasi strategik sekitar USM dan ia kesinambungan daripada program yang telah dimulakan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Kampus Induk dan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan. Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan Inisiatif Baharu Rangkaian Perpustakaan USM Perkasa Penyelidikan Sorotan Program di Kampus Kesihatan 74 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, inisiatif program ROTG diharap dapat memberi nilai tambah kepada perkhidmatan perpustakaan dan menyerlahkan peranan serta kepentingan perpustakaan kepada warga kampus. “Semoga ia menjadi satu pendekatan strategik secara umumnya dalam memberi perkhidmatan sokongan akademik dan penyelidikan kepada warga USM. “Program ini juga diharap menjadi perangsang dan pemangkin ke arah memberi sokongan akademik dalam membantu kerja-kerja penulisan penyelidikan sejajar dengan hasrat USM untuk menjadi sebuah universiti global yang kompetitif,” ujarnya semasa merasmikan program ROTG. Tambah Shaharum, beliau yakin warga Kampus Kesihatan akan memanfaatkan maklumat yang diperoleh daripada program ROTG bagi memastikan USM sentiasa terkehadapan dalam pelbagai bidang. “Para pelajar dan penyelidik berpeluang mendapatkan konsultasi secara terus dengan fasilitator yang dilantik melalui program ini untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan penulisan seperti garis panduan penulisan tesis dan jurnal,” katanya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti) Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad dan Timbalan Ketua Pustakawan, PHT, Noraida Hassan. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 75 Kampus Kesihatan USM


Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Tekad Menyumbang Urus Bencana Dorong Kadet Terbaik USM Sertai Kor SISPA Mohamad Hafiz Mohamad Adli, pelajar tahun empat (4), Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul sebagai penerima Anugerah Pegawai Kadet Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Terbaik USM. Beliau antara 73 orang pelajar USM yang berjaya mendapat pentauliahan pada sesi 2022. Majlis Pentauliahan Kor SISPA, Peringkat Kebangsaan Kali Ke-13 Tahun 2022 telah diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok dan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali. Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Tinggi, Kor SISPA merupakan wadah terbaik dalam memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa terutamanya sebagai persediaan mahasiswa kini di dalam menghadapi impak cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu. Penekanan latih amal aspek ilmu pengurusan bencana, disiplin dan pembelajaran dalam Kor SISPA yang memfokuskan aspek pertahanan awam di samping penerapan sikap kesiapsiagaan para mahasiswa dalam menghadapi bencana dilihat sebagai salah satu platfom untuk melahirkan pegawai pertahanan awam yang berkaliber dan cekap pada masa hadapan. Sorotan Program di Kampus Kesihatan 76 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Mohamad Hafiz ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan bangga kerana dipilih sebagai penerima anugerah tersebut dan memberitahu beliau memilih menyertai Kor SISPA kerana ia merupakan satu medium untuk belajar ilmu pertahanan awam. “Kor SISPA yang saya sertai selama tiga (3) tahun ini banyak memberi pengalaman terutama dalam bab mendisiplinkan diri, bagaimana menghadapi bencana banjir, bertindak sebagai ‘First Responder’ dalam memberi rawatan kecemasan awal dan bab pengurusan diri. “Saya menyeru semua sahabat agar dapat sama-sama melaporkan diri di mana-mana Pejabat Pertahanan Awam terdekat untuk menabur khidmat kerana buat masa sekarang, jumlah sukarelawan amat sedikit selain dapat meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap pertahanan awam," katanya ketika ditemu bual. Mohamad Hafiz turut menasihatkan semua pelajar yang berminat menyertai Kor SISPA agar menguruskan masa dengan baik, mengikut jadual dan silibus yang ditetapkan serta tidak melibatkan diri dengan perkara yang tidak bermanfaat. Seramai 902 orang Pegawai Kadet Siswa ditauliahkan pangkat Leftenan Muda (PA) pada majlis kali ini mewakili 16 Institut Pengajian Tinggi Awam, dua (2) Institut Pengajian Tinggi Swasta dan dua (2) Intitut Pendidikan Guru. Daripada jumlah tersebut juga, seramai 64 orang pelajar adalah dari Kampus Induk USM dan sembilan (9) orang pelajar dari Kampus Kesihatan. Turut hadir mewakili USM dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa yang juga Komandan Kor SISPA USM, Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Dato' Profesor Gs. Dr. Narimah Samat; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM yang juga Timbalan Komandan Kor SISPA USM Kampus Kesihatan, Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Dr. Shaharum Samsuddin; Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang juga Timbalan Komandan Kor SISPA USM Kampus Induk, Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman; Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri yang juga Ajutan Kor SISPA Kampus Induk, Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim dan Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan, Kapten Bersekutu (PA) Khairul Ithma Mahdi. buletin KELIP - edisi 1/2023 77 Kampus Kesihatan USM


Sorotan Program di Kampus Kesihatan 78 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Teks : Muhd Zulkifli Zakaria USM Perkenal Intervensi Inovatif DADAH Bendung Penyalahgunaan Pengarah Kampus PROFESOR DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN Penyalahgunaan dadah merupakan isu global dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat melibatkan pekerja kerajaan atau swasta termasuk golongan berpendidikan tinggi, profesional mahupun yang tidak berpendidikan. Bagi membendung serta membantu individu berkenaan termasuk warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Psikiatri dengan kerjasama Unit Wiser, Hospital USM mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Asas Pengetahuan Rawatan dan Pemulihan Penyalahgunaan Bahan atau Dadah yang meliputi aspek pendidikan, kesedaran serta maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan cara pencegahannya. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, setiap orang melakukan kesilapan dengan cara berbeza dan ia normal dalam kehidupan seseorang individu. “Kita perlu ada sifat simpati serta sifat ingin membantu individu tersebut kerana mereka mungkin berhadapan dengan masalah keluarga atau sebagainya. "Dengan cara ini, saya yakin kita dapat membantu mereka untuk kembali kepada masyarakat. "Perkembangan semasa, memperlihatkan kes berkaitan penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang membimbangkan serta memerlukan tindakan proaktif dan efektif," katanya ketika merasmikan bengkel tersebut di Dewan Nurani. Tambah Shaharum, sekiranya individu yang bekerja sebagai penjawat awam ditangkap terlibat dengan


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 79 Kampus Kesihatan USM Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Penasihat Undang-Undang, Kampus Induk USM, Mohd Izwan Hamdan; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pengarah Keselamatan, Kampus Kesihatan, Eady Othman; Presiden Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM), Nik Fakaruddin Nik Ali; Ketua Jabatan Farmakologi, PPSP, Dr. Wan Nazirah Wan Yusof; Ketua Pegawai Psikologi, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan, Mohd Norzulhairie Othman dan Pegawai Undang-Undang Hospital USM, Wan Amier Firdaus Wan Mohd Azman. penyalahgunaan dadah, ia akan menjejaskan masa hadapan mereka. "Menyedari kepentingan menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan staf, pihak pengurusan USM Kampus Kesihatan mengambil langkah awal dengan menyediakan satu Garis Panduan Intervensi Dadah bagi Staf USM. "Selain itu, bengkel ini juga turut memberi latihan kepada kaunselor untuk membantu individu bermasalah yang telah dikenalpasti dan memberi input berguna kepada staf yang menyertainya untuk disebarkan kepada rakan sekerja serta masyarakat sekeliling," ujarnya lagi. Sementara itu, Pengarah Program merangkap Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Profesor Madya Dr. Mohd Azhar Mohd Yasin berkata, sebelum adanya panel intervensi, staf yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan diberhentikan kerja, tetapi sekarang mereka diberi peluang kedua. “Sekiranya Ketua Jabatan atau Jabatan Keselamatan mengenal pasti individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan dirujuk terlebih dahulu kepada panel intervensi untuk mengklasifikasikan bantuan dan rawatan yang perlu diberi berdasarkan tahap ketagihan. "Individu tersebut akan dipantau dari semasa ke semasa dalam tempoh tiga (3) bulan menjalani rawatan," katanya. Bengkel Asas Pengetahuan Rawatan dan Pemulihan Penagih Dadah


Fokus Pemerkasaan OKU Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Pusat Latihan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran telah ditubuhkan di Rumah Sri Kenangan (RSK), Taman Kemumin pada tahun 2019. Pusat ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Koperasi Cakna OKU Kelantan bertujuan memberi bimbingan dan latihan kepada golongan OKU sehingga mereka berkeyakinan dan boleh berdikari serta dapat membina kerjaya dalam bidang pertanian atau perniagaan. Selaras dengan tujuan tersebut, kerajaan Jepun telah bersetuju menyumbang bantuan Geran Jepun untuk Projek Keselamatan Manusia Akar Umbi (GGP) 2021 kepada Koperasi Cakna OKU Kelantan melalui geran berjumlah RM295,624.99 bagi pembinaan infrastruktur projek pertanian bersepadu. Majlis Penyerahan Tapak Projek Pertanian Bersepadu OKU Masalah Pembelajaran telah disempurnakan oleh Konsul Jeneral Jepun, Kawaguchi Yoshiyasu kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Yoshiyasu dalam ucapannya berkata, kerajaan Jepun berbangga dan berbesar hati untuk mengeluarkan geran kepada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup golongan OKU. “Pemberian geran ini menandakan sumbangan bermakna oleh kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia terutama bagi golongan OKU. “GGP adalah skim bantuan kewangan di bawah Kementerian Luar Jepun bagi projek-projek khusus untuk memenuhi keperluan asas dan keselamatan manusia di negara-negara membangun,” katanya. Sementara itu, Abdul Rahman pula berkata, USM berterima kasih kepada kerajaan Jepun atas Dana Kerajaan Jepun dan Kepakaran USM Sorotan Program di Kampus Kesihatan 80 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


sumbangan geran tersebut dan penghargaan kepada JKM kerana memberi sokongan padu serta kebenaran untuk menggunakan tapak RSK bagi menjalankan projek tersebut. “Saya percaya kerjasama strategik ini akan menjadi model perkhidmatan dan rujukan pihak lain tentang cara bekerjasama dengan agensi kerajaan luar untuk menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar dalam usaha memperkasa golongan OKU. “Pemerkasaan OKU merupakan salah satu fokus USM di bawah agenda 'Accelerated Program for Excellence' (APEX). Adalah menjadi aspirasi USM untuk menghasilkan program pemerkasaan OKU selaras dengan moto ‘Mentransformasi Orang Kurang Upaya daripada Liabiliti kepada Produktiviti’,” katanya. Tambah Abdul Rahman, projek pemerkasaan ini juga sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Negara 2030 iaitu mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan OKU. “Saya berharap kerajaan Jepun akan terus memberi sokongan kepada kami dalam apa jua cara demi meningkatkan taraf kehidupan OKU di Malaysia,” ujarnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Said Sidup, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), PPSK, Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah dan Penyelaras Pusat Transformasi OKU, USM – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Ketua Projek Pertanian Bersepadu OKU Masalah Pembelajaran, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim. KAWAGUCHI YOSHIYASU Konsul Jeneral Jepun Buletin KELIP - Edisi 1/2023 81 Kampus Kesihatan USM


Sorotan Program di Kampus Kesihatan 82 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Personaliti TV atau Penceramah Bebas, Dato' Dr. Danial Zainal Abidin yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Ramadan Menyuburkan Peribadi Rahmah'. Sementara itu, dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan sumbangan kepada Tabung Aktiviti Ihya Ramadan Kampus Kesihatan USM oleh Kelab Jasa Budi, Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Yayasan Tengku Salwani, Yayasan Raja Shamri dan Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Hospital USM. Selain itu, Tabung Amil Zakat Kampus Kesihatan USM turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar Kampus Kesihatan sebanyak RM 23,040.00. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abd Sattar@Ismail Buletin KELIP - Edisi 1/2023 83 Kampus Kesihatan USM Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Ramadan: Warga Kampus Diseru Pertingkat Ibadah Seiring Prestasi Kerja Sempena bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, Pusat Islam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Majlis Pelancaran Hilal Ramadan 1444 H/ 2023, Peringkat Kampus Kesihatan USM bertempat di Auditorium Trauma, Jabatan Kecemasan. Program ini bertujuan untuk menguar-uarkan aktiviti Ihya Ramadan di Kampus Kesihatan dalam usaha menghidupkan kampus dengan aktiviti keilmuan dan kerohanian di samping mengharapkan agar warga staf dan ahli kariah masjid Kampus Kesihatan sentiasa memberi sokongan dengan mengimarah dan meraikan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan nanti. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, dalam kesibukan memberi khidmat kepada pesakit, warga Kampus Kesihatan USM perlu merebut peluang yang besar untuk mengaut seberapa banyak pahala sepanjang bulan Ramadan. “Sebagai umat Islam, kita perlu menanam azam dan tekad untuk mempertingkatkan amal ibadat pada peringkat terbaik dan mengharap agar diampunkan segala dosa serta sentiasa berada dalam lindungan rahmat-Nya. “Gunakan peluang ini untuk menebus kesalahan lalu selain menyempurnakan amalan ibadah seperti bersedekah, bertadarus, qiamullail, solat terawih, berzikir dan membantu menyediakan hidangan berbuka puasa,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis tersebut. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Personaliti TV / Penceramah Bebas Dato' Dr. Danial Zainal Abidin


Penolong Pegawai Perubatan (PPP) merupakan antara profesion terawal dalam bidang kesihatan di Malaysia yang wujud lebih daripada 230 tahun dahulu. Terdapat profesion yang hampir sama dengan PPP di luar negara seperti Pembantu Doktor di Amerika Syarikat, ‘Barefoot Doctor’ di Australia, Kanada, Rusia, China serta di beberapa buah negara membangun seperti Filipina. Menurut Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, PPP adalah antara pasukan barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan perawatan, malah sumbangan mereka juga amat terserlah sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda. “Selain daripada tugasan hakiki, kumpulan PPP ini walaupun jumlahnya kecil tetapi mereka banyak Sorotan Program di Kampus Kesihatan 84 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Teks : Muhd Zulkifli Zakaria PPP Petugas Barisan Hadapan Yang Sentiasa Bersedia Berkhidmat


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 85 Kampus Kesihatan USM membantu Pegawai Perubatan yang mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri di tempat baharu. “Bermula daripada enam (6) orang PPP ketika Hospital USM mula dibuka dan kini Hospital USM mempunyai 86 orang PPP yang bertugas dalam bidang klinikal dan teknikal perubatan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2023 Peringkat Hospital USM di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Nik Hisamuddin berkata, tanpa khidmat PPP, Jururawat juga sukar untuk melakukan sesuatu tugas bagi tugas-tugas tertentu malah kesukaran tersebut turut dirasai Ketua-ketua Jabatan kerana kemahiran dalam bidang mereka amat diperlukan. “Peredaran zaman telah banyak mengubah skop kerja PPP, jika dahulu mereka hanya memberi ubat kepada pesakit tetapi kini mereka turut terlibat melakukan prosedur dalam bilik bedah seiring dengan Pegawai Perubatan. “Saya juga ingin menyarankan agar PPP menyahut cabaran saya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi memperkasakan ilmu bukan hanya melunaskan tanggungjawab berdasarkan diskripsi tugas semata-mata,” katanya lagi. Nik Hisamuddin turut berharap agar semua PPP di Hospital USM terus bersama-sama petugas barisan hadapan yang lain menyumbang bakti dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik di Hospital USM serta yakin bahawa profesion PPP akan terus berkembang bagi memenuhi aspirasi seperti yang diharapkan. Sambutan Hari Pembantu Perubatan disambut pada setiap 10 Mac setiap tahun bagi meraikan PPP di seluruh negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Bakti Mulia: Profesion Diperkasa, Masyarakat Sejahtera". Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Ketua PPP Negeri Kelantan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Basir Hj Ahmad dan Ketua Perkhidmatan PPP, Hospital USM, Mohamad Nazri Mustapa.


Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Bagi meningkatkan nilai kepimpinan dan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan ke alam pengajian tinggi dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) menganjurkan Program ‘Gear UP!’ 2023 (Get Ready for University Programme) di Kampus Kesihatan USM. Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat dalam ucapan sempena majlis perasmian penutupan program ini berkata, Program ‘Gear Up!’ 2023 juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal mahasiswa mengenai kehidupan sebagai pelajar universiti atau institusi pendidikan yang bakal dilalui selepas tamat persekolahan. “Saya percaya program yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 17 Mac 2023 akan menjadi platform untuk para pelajar memulakan lakaran perjalanan baharu bagi mencipta kecemerlangan untuk menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang terbaik, bukan hanya dalam akademik tetapi juga sahsiah diri dan minda yang hebat pada masa hadapan. “Sahutlah cabaran dalam era pembelajaran pada masa kini dengan semangat juang, tidak mudah mengalah, penuh kesabaran, ketabahan dan kecekalan serta sentiasa berfikiran terbuka,” katanya. Tambah Narimah, di Malaysia hanya tiga (3) Universiti Awam (UA) yang dilantik untuk menganjurkan program ini iaitu USM di Semenanjung Malaysia sebagai wakil tunggal di negeri Kelantan dan Pulau Pinang, Universiti Kuasai Bahasa Inggeris dan Perkuat Jati Diri Bakal Mahasiswa Intipati Program USM Sorotan Program di Kampus Kesihatan 86 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Malaysia Sarawak (UniMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan universiti swasta bagi negeri-negeri lain. “Bagi pelajar yang ingin masuk ke USM, kami menyediakan Program Pra-Universiti dengan tajaan penuh daripada MARA dan program ini merupakan satu laluan untuk kesinambungan pengajian peringkat ijazah pertama dan seterusnya peringkat ijazah tinggi. “Program Pra-Universiti USM ini telah disediakan antara lain bertujuan untuk melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing serta mampu mengisi kekosongan pasaran kerja dan bukan hanya pencapaian akademik yang dititikberatkan tetapi juga kemahiran lain termasuk kemahiran insaniah atau ‘soft skill’,” ujarnya lagi. Program ‘Gear Up!’ ini disertai oleh seramai 110 orang pelajar dari seluruh negeri Kelantan melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Razlan Haji Samsuri; Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Siti Aminah Abdul Kadir; Pengarah MARA Negeri Kelantan, Fazli Rizal Ismail; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Induk USM, Haji Ramli Osman; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad; Ketua Fasilitator Program ‘Gear Up!’ 2023 merangkap Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Dr. Syed Mohamad Syed Abdullah dan Pengetua-pengetua MRSM seluruh Kelantan. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 87 Kampus Kesihatan USM


Teks : Wan Salizawati Wan Ismail Bagi membantu pusat pengajian dan pusat tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) merangka strategi dalam meningkatkan pencapaian 'Key Performance Indicator' (KPI), Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC) menganjurkan program 'Gear Up Your Innovation KPI’ di Dewan Peperiksaan, Kampus Kesihatan USM. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsudin ketika menyampaikan ucapan perasmian program ini menyambut baik penganjurannya kerana staf dan penyelidik diberi penerangan berkaitan pemfailan harta intelek, kefahaman mengenai perjalanan pengkomersilan produk penyelidikan, proses pembentukan syarikat terbitan (spin off company) dan penerangan berkaitan insentif potongan cukai selain membantu para penyelidik menfailkan paten-paten produk. “Untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan yang unggul dengan moto “Kami Memimpin”, kita seharusnya bersama-sama dalam menghasilkan impak yang positif terhadap pengurusan ilmu, pengetahuan dan juga inovasi. “Salah satu aspek penting adalah kapasiti untuk menggerakkan hasil penyelidikan daripada persekitaran makmal kepada klinik atau produk-produk penemuan baharu supaya dapat dipertingkatkan ke dalam perkhidmatan dan digunakan oleh masyarakat,” katanya. Turun Padang Fokus Program Perkasa Pencapaian KPI Inovasifi Sorotan Program di Kampus Kesihatan 88 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Key Performance Indicator “It’s important” “It’s measure performance” “It’s, quantitative” KPI


23 Tambah Shaharum, kejayaan USM dalam menterjemah hasil penyelidikan kepada penyelesaian di dalam industri atau masyarakat, bukan sahaja mampu memacu aspek kemampanan penyelidikan, tetapi juga memberi impak positif kepada ekonomi negara. “Ini merupakan antara peranan penting yang dimainkan oleh universiti dalam mengharungi ekonomi yang dipacu oleh pengetahuan berkaitan dengan penyelidikan untuk diterjemahkan pengetahuan bagi kegunaan industri, komuniti, kerajaan serta sesama Institusi Pendidikan Tinggi. “Antara metrik pengukuran bagi pencapaian KPI Penyelidikan adalah menerusi ‘Malaysia Research Assessment’ (MyRA). Pencapaian USM di dalam MyRA terutama dalam Seksyen Inovasi telah menunjukkan peningkatan ketara dan pencapaian ini disumbang menerusi usaha penyelidik untuk kesemua kampus USM yang telah memfailkan paten dan lain-lain harta intelek dalam penghasilan penyelidikan mereka dan juga merupakan inisiatif penubuhan syarikat terbitan. “Usaha sama dan kolaborasi di antara penyelidik dan rakan industri turut membantu meningkatkan KPI Pelesenan Teknologi dengan jumlah pencapaian keseluruhan KPI inovasi,” ujarnya lagi. Shaharum berkata, usaha yang telah dilakukan oleh pihak CIC dalam mengadakan program sebegini mampu memupuk budaya inovasi dalam kalangan penyelidik dan warga universiti, sama ada kesedaran dalam perlindungan harta intelek, kaedah pengkomersilan, atau membudayakan keusahawanan penyelidikan dengan pembentukan syarikat terbitan. “Pembudayaan ini diharap boleh memacu penterjemahan hasil penyelidikan menjadi penyelesai masalah dalam industri dan masyarakat serta dapat meningkatkan ekonomi negara,” jelasnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri – Komuniti), Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim dan Pengarah CIC, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 89 Kampus Kesihatan USM


Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) merupakan entiti tunggal badan beruniform di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM). Penubuhan badan beruniform seperti Kor SISPA di universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk memperkasa kemahiran insaniah (soft skill) dalam kalangan pelajar. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM yang juga Timbalan Komandan Kor SISPA Kampus Kesihatan, Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, pasukan beruniform merupakan salah satu cabang yang memberi nilai tambah kepada para pelajar di samping penekanan kepada pencapaian akademik yang cemerlang. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel KOR SISPA Latih Pelajar Perkukuh Jati Diri Hadapi Pelbagai Kemungkinan Situasi PROFESOR DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN Timb. Komandan Kor SISPA Kampus Kesihatan KOR SISPA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KOR SISPA"Secara spesifiknya, kemahiran membentuk semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan tanah air dapat dipupuk melalui ko-kurikulum Kor SISPA. "Selain itu, pelajar yang terlibat dalam Kor SISPA biasanya mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi, berdaya saing, cakna pada komuniti sekeliling, mampu berkongsi ilmu dan kemahiran serta pengalaman khususnya dalam aspek penjagaan diri, kesihatan fizikal dan mental semasa bencana," ujarnya. Tambah Shaharum, bagi pihak pengurusan Kampus Kesihatan USM, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) khususnya APM negeri Kelantan dan pasukan yang banyak membantu sepanjang kewujudan Kor SISPA Kampus Kesihatan USM sekaligus melahirkan pasukan yang dianggotai petugas kesihatan. “Kewujudan Kor SISPA ini ibarat meletakkan golongan pakar kesihatan sebagai barisan hadapan yang kukuh untuk menghadapi sebarang krisis wabak atau bencana yang mendatang. “Saya juga berharap agar kerjasama antara USM Kampus Kesihatan dan APM negeri Kelantan semakin erat sebagai tanda kebersamaan antara agensi dan menjadikan platform ini sebagai peluang untuk merencana pelbagai aktiviti atau program yang lebih hebat pada masa akan datang,” katanya lagi. Shaharum menerima kunjungan hormat Pengarah APM negeri Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab dan rombongan ke Kampus Kesihatan selain menerima Watikah Pegawai Kehormat APM yang disampaikan kepada beliau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan USM yang juga Ajutan Kor SISPA, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Hafiz Assad Zakaria, Pegawai-pegawai APM negeri Kelantan dan Pegawai-pegawai Bersekutu APM Kampus Kesihatan USM. Sorotan Program di Kampus Kesihatan 90 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 91 Kampus Kesihatan USM


Kerangka Madani Fokus Menginsankan Pendidikan dan Kembalikan Roh APEX – Naib Canselor Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) diseru mengembalikan roh ‘Pemacuan untuk Kecemerlangan’ (APEX) dengan memperkenalkan enam (6) kerangka MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan di samping sembilan (9) aspek tumpuan utama memacu kecemerlangan selain meneruskan usaha membantu merealisasikan dasar pembangunan masyarakat dan negara. Sembilan (9) aspek tumpuan tersebut adalah Penjenamaan USM sebagai satu jenama hidup dengan memanfaatkan kepakaran USM, Program akademik mampan dan berdaya maju, Melestari libatsama komuniti, Pembangunan kapasiti bakat, Kolaborasi dan sinergi dengan industri melalui pemerkasaan pusat-pusat kecemerlangan, Pemerkasaan mahasiswa, Menaik taraf Pusat Perubatan USM Bertam, Kepala Batas, Kelestarian kewangan dan Hubungan kerjasama antarabangsa melalui jaringan. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, seluruh warga perlu memainkan peranan dalam memetakan pengembaraan USM seterusnya bagi meletakkan USM pada destinasi yang sepatutnya di masa hadapan. “Bagi memastikan USM kekal berada di tahap yang paling baik, kita perlu fokus kepada perjalanan dan proses bukan hanya destinasi semata-mata. “Enam (6) kerangka MADANI yang diperkenalkan adalah antara proses menginsankan pendidikan, membentuk serta melahirkan graduan yang mempunyai kemanusiaan yang ‘high touch’ serta pada masa yang sama turut menguasai ‘high technology’,” KEMAMPANAN HORMAT KEYAKINAN IHSAN KESEJAHTERAAN DAYA CIPTA KERANGKA MADANI Sorotan Program di Kampus Kesihatan 92 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


jelasnya semasa menyampaikan Perutusan Naib Canselor, di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM. Menurut Abdul Rahman, antara usaha yang perlu dilakukan ialah memperhebatkan promosi kepakaran USM iaitu tenaga kepakaran yang ada perlu ditonjolkan dan dibangunkan sebagai satu jenama USM (Made in USM) yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan negara. “Mempelbagaikan kaedah promosi melalui pelbagai program anjuran Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan mengambil bahagian dalam pelbagai kumpulan rangkaian kerjasama (networking) dalam bidang profesional dan komuniti untuk lebih dikenali dan didekati. “Selain itu, ahli akademik juga perlu memahami komuniti bagi memudahkan kefahaman masyarakat terhadap sumbangan kepakaran mereka,” katanya. Tambah Abdul Rahman, warga Kampus Kesihatan juga disaran untuk terus berusaha mengekalkan bakat yang ada dengan sebaik mungkin di samping memanfaatkan kepakaran staf yang telah bersara, Profesor Emeritus dan Emerita, penerima ijazah kehormat, industri dan sebagainya melalui proses pengambilan yang lebih mudah tetapi berakauntabiliti. “Mereka boleh berkongsi ilmu dan kepakaran serta membangunkan rangkaian kerjasama terutama untuk dimanfaatkan oleh ahli akademik muda. “Mereka boleh juga dilantik sebagai penasihat di PTJ dalam bidang kekuatan mereka secara sambilan (part time) atau “pay per visit” kerana saya yakin elemen kepercayaan dan saling menghormati akan memudahkan proses ini,” ujarnya lagi. Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 staf pelbagai jawatan dan pelajar itu, Abdul Rahman turut mengajak warga Kampus Kesihatan untuk memahami aspirasi dan merealisasikan inisiatif APEX dalam satu pasukan iaitu ‘Pasukan USM’. “Agenda utama kita ialah memperkasa Agenda APEX dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji Agenda Pelaksanaan APEX. “Jawatankuasa ini akan melihat semua aspek berkaitan cabaran sekarang dan masa hadapan termasuk memastikan Dasar Pendigitalan USM untuk menjadi pemangkin kecemerlangan USM sebagai Universiti APEX,” ulasnya. Beliau berkata, pelbagai perubahan telah berlaku sejak USM dianugerahkan status APEX pada tahun 2008 dan kanvas APEX perlu dilihat semula untuk memastikan ia terus relevan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali; Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail dan ketua-ketua jabatan Kampus Kesihatan. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 93 Kampus Kesihatan USM


Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menyeru warga Kampus Kesihatan agar sentiasa mementingkan nilai kebersamaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Menurut beliau, menunaikan ibadat berpuasa merupakan salah satu cara membolehkan golongan berkemampuan menghayati dan merasai sendiri keperitan yang dirasai oleh golongan kurang bernasib baik iaitu terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan walaupun sekadar menu rahmah. “Majlis berbuka puasa yang diadakan setiap hari pada bulan Ramadan anjuran Pusat Islam, Kampus Kesihatan juga merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk membantu semua lapisan masyarakat kampus yang terdiri daripada siswa siswi muslim dan bukan muslim termasuklah pelajar antarabangsa, ahli kariah serta staf USM untuk berukhuwah dan berinteraksi. "Begitu juga projek Gerobok Syurga yang menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang kurang berkemampuan setiap hari. NC Seru Warga Kampus Kesihatan Pentingkan Nilai Kebersamaan dengan Mereka Yang Kurang Bernasib Baik Teks: Mohd Hafiz Ya'acob “Manfaatkanlah masa yang begitu terhad ini untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadan dengan cara melipat gandakan amalan beribadah terutamanya amalan menderma,” katanya ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Iftar Perdana Naib Canselor bersama Warga Kampus Kesihatan. Dalam majlis yang sama turut berlangsung beberapa penyampaian sumbangan iaitu sumbangan zakat oleh USAINS Holding Sdn. Bhd. berjumlah RM24,000 kepada 80 orang pelajar asnaf Kampus Kesihatan dan sumbangan kepada Tabung Aktiviti Ihya Ramadan berjumlah RM1,000. Pusat Islam Kampus Kesihatan juga turut menyampaikan Bantuan Sara Hidup Pelajar daripada Tabung Amil Zakat berjumlah RM108,600 kepada 362 orang pelajar selain sumbangan 'Back To School' berupa peralatan sekolah kepada 20 orang anak ahli kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan. Sumbangan Aidilfitri turut diberikan kepada pelajar asnaf dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dan sumbangan Kit Maidaturrahman yang berupa set keperluan dapur kepada staf dan ahli kariah terpilih. Sorotan Program di Kampus Kesihatan 94 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


Buletin KELIP - Edisi 1/2023 95 Kampus Kesihatan USM Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail dan ketua-ketua jabatan Kampus Kesihatan


Dalam usaha memastikan golongan kurang berkemampuan khususnya B40 menerima rawatan yang sewajarnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyumbangkan zakat untuk membeli peralatan bernilai hampir RM800,000. PNB berbesar hati memberi sumbangan alat ‘Ultrasonic Cement Extractor’ bernilai RM300,000 manakala BPMB pula menyerahkan sumbangan zakat pembelian peralatan rawatan ortopedik berjumlah BPMB & PNB BPMB dan PNB Beri Sumbangan Peralatan Hampir RM800,000 kepada Hospital USM Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel RM498,990 untuk kegunaan pesakit Hospital USM. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, bagi pihak Hospital USM, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada BPMB dan PNB atas sumbangan yang diberikan. “Hospital USM sangat berbesar hati menerima sebarang sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, konglomerat, institusi kewangan, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak lain Sorotan Program di Kampus Kesihatan 96 Buletin KELIP - Edisi 1/2023


dalam usaha membantu meringankan beban pesakit. “Seperti semua sedia maklum, kebanyakan pesakit di Kelantan tergolong dalam kategori B40 serta miskin tegar dan apabila terdapat ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital, keadaan kewangan keluarga menjadi lebih rumit dan membebankan. “Sumbangan zakat sama ada dalam bentuk wang atau peralatan amat membantu dalam melicinkan proses perawatan pesakit selain dapat mengurangkan kos atau perbelanjaan sepanjang mereka berada di hospital,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penghargaan Sumbangan Dana Zakat oleh BPMB dan PNB. Tambah Shaharum, sumbangan zakat oleh BPMB merangkumi peralatan yang diguna pakai secara bersama dalam meningkatkan mutu rawatan pesakit di Hospital USM seperti 'Ultrasonic Cement Removal System’, ‘Portable Ultrasound’ dan ‘Limb Reconstruction System’ (pembedahan korektif rekonstruktif kanak-kanak yang cacat anggota). “Selain itu, sumbangan zakat ini juga termasuk peralatan untuk kegunaan pakai tetap atau pakai buang yang diberikan kepada pesakit seperti kimopot (chemo pot), set penjagaan luka terkini (vacuum assisted wound therapy) dan pam pencegahan pembekuan darah (DVT pump). “Sumbangan zakat daripada institusi kewangan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ini diharap menjadi contoh untuk lebih ramai penyumbang tampil menyalurkan sumbangan bagi melaksanakan lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat dan impak besar kepada masyarakat khususnya rakyat di Kelantan,” ujarnya lagi. Shaharum berkata, sumbangan zakat ini diperoleh melalui inisaitif Pensyarah Kanan yang juga Pakar Perunding Ortopedik, Profesor Dr. Wan Faisham Nu’man Wan Ismail yang membuat permohonan kepada kedua-dua penyumbang sehingga membawa kepada persetujuan dengan tujuan untuk menyampaikan zakat syarikat secara terus kepada pesakit Hospital USM. “Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Ortopedik, Unit Perubatan Pemulihan dan Unit Sains Rekonstruktif yang turut menjayakan penyerahan sumbangan zakat ini kepada pesakit-pesakit lain di Hospital USM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan, BPMB, Noor Ain Mohd Amin; Ketua Pengurusan Syariah, PNB, Dr. Ahmad Basri Ibrahim; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof serta ketua-ketua jabatan Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Hospital USM. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 97 Kampus Kesihatan USM


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Nilai Utama Perlu Ada dalam Diri Setiap Warga Hospital USM -Hisamuddin Ikhlas dan Adil 98 Sorotan Program di Kampus Kesihatan Buletin KELIP - Edisi 1/2023 “Nilai ikhlas dan adil telah dipilih sebagai nilai Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) untuk diterapkan dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan selain menjadi pendorong untuk semua staf menjalankan tugas dengan penuh amanah dan terbaik,” demikian titipan kata-kata semangat daripada Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman. Menurut beliau, bekerja dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT akan menjadikan kerja sebagai satu ibadah dan amal jariah yang pahalanya akan dituai di akhirat kelak. “Nilai ini akan menjadi motivasi kepada kita untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam memastikan penjagaan keselamatan pesakit memenuhi prosedur yang ditetapkan. “Nilai adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya, seperti berlaku adil kepada pesakit iaitu memberi rawatan yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi serta adil kepada rakan sekerja dengan memastikan semua tugasan diselesaikan dan bekerjasama kerana konsep


Click to View FlipBook Version