Buletin KELIP - Edisi 1/2023 99 Kampus Kesihatan USM keadilan itu akan menjadikan Hospital USM satu tempat yang sangat harmoni dan sejahtera untuk semua pihak,” katanya dalam Majlis Bersama Pengarah Hospital USM siri 2 bertemakan Mengangkat Nilai, Mengukuh Kompetensi yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Nik Hisamuddin berkata, Hospital USM akan membangunkan kompetensi seluruh warganya berdasarkan empat (4) dimensi iaitu dalam kepakaran setiap individu, kepakaran untuk memperbaiki secara berterusan proses kerja dalam menjaga keselamatan pesakit, kakitangan dan kesihatan persekitaran, dalam konteks organisasi Hospital USM secara khusus dan USM secara umum serta mempertingkatkan bidang teknologi, komunikasi dan maklumat. “Penekanan kompetensi ini adalah asas untuk membawa Hospital USM ke peringkat seterusnya dalam menangani cabaran masa hadapan di era revolusi industri 4.0 dan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy)," jelasnya. Tambah Nik Hisamuddin, pada tahun 2023, Hospital USM akan memberi fokus kepada pelaksanaan Program Keselamatan Kakitangan kesinambungan daripada program keselamatan pesakit, kakitangan dan persekitaran yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019. “Program Keselamatan Kakitangan adalah berpaksikan kepada dua (2) konsep iaitu pembangunan kompetensi (competency building) dan persekitaran yang adil (just culture). “Pembangunan kompetensi merangkumi aktiviti meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memupuk perlakuan bagi memastikan persekitaran penjagaan yang selamat dan adil secara keseluruhan untuk Hospital USM merangkumi semua kakitangan, pusat pengajian dan Kampus Kesihatan secara keseluruhannya. “Sebagai permulaan kepada Program Keselamatan Kakitangan, sebanyak sembilan (9) Prosedur Kerja Selamat (PKS) telah dibangunkan selepas mengenal pasti insiden yang kerap berlaku di Hospital USM iaitu Keselamatan Air Hemodialisis, Mengendali Jarum Suntikan, Mengangkat Pesakit, Mengelakkan Lantai Licin, Mengendali Tumpahan Bahan Radioaktif, Mengendali Tong Oksigen Mudah Alih, Pengurusan Ubat Kimoterapi, Mengambil dan Menyimpan Barang dari Tempat Tinggi serta Pengurusan Ubat dan Tumpahan Sitotoksik,” ujarnya lagi. Selain itu, Nik Hisamuddin turut menjelaskan bahawa Hospital USM telah memulakan inisiatif akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) edisi ke-6 dalam memastikan penjagaan perubatan dan kesihatan yang diberikan oleh Hospital USM setaraf dengan hospital terbaik di Malaysia. “Seramai 14 orang Pegawai Perubatan telah dilantik sebagai Pakar Rujuk MSQH dan sedang menjalani proses pembangunan kompetensi. “Kumpulan pakar rujuk ini seterusnya akan membangunkan kompetensi kumpulan pasukan petugas MSQH yang akan diwakili oleh staf dari semua perkhidmatan di Hospital USM. “Insya-Allah, kita merancang untuk mendapat akreditasi ini pada tahun 2024 dan kesemua kayu ukur ini akan memacu Hospital USM untuk menjadi hospital terbaik dan bertaraf dunia dalam masa terdekat,” ulasnya lanjut. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah Pelancaran Tabung Fastabiqul Khairat: Aktiviti Ihya Ramadan, Pusat Islam Kampus Kesihatan, penyampaian sijil penghargaan kepada pasukan petugas Hospital USM dan pembentangan prosedur kerja selamat.
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Usains Infotech Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pelesenan bersama Hannan Medispa Sdn. Bhd. bagi mengkomersialkan produk ‘Mofresh White’. 'Mofresh White' merupakan ubat gigi pemutih digabungkan dengan pen pemutih yang direka untuk memaksimumkan pembersihan dan pemutihan tanpa merosakkan gigi. Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Syarikat USAINS, Farid Wajidi Mat Yusoff bersama Pengarah, Pusat Inovasi dan Perundingan, Produk ‘Mofresh White’ Kolaborasi antara USM dan Hannan Medispa Bakal Menemui Pengguna USM, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan bagi pihak Usains Infotech manakala Hannan Medispa pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hannan Medispa Sdn. Bhd., Dr. Mohd Hanan Mohd Yusof dan Pengurus Hannan Medispa Sdn. Bhd., Cik Hannan Jamaludin. Menurut Farid Wajidi, dalam meniti arus kemodenan kini, kajian menunjukkan kebanyakan individu tidak berpuas hati dengan warna gigi mereka kerana keinginan yang kuat untuk mempunyai gigi yang lebih putih. “Namun begitu, disebabkan faktor usia, penyakit genetik seperti ‘amelogenesis imperfecta’ dan HANNAN MEDISPA SDN. BHD. USAINS INFOTECH SDN BHD 100 Sorotan Program di Kampus Kesihatan Buletin KELIP - Edisi 1/2023
‘dentinogenesis imperfecta’ menyebabkan permukaan pada dentin terdedah akibat gigi haus, merokok dan pemakanan, maka gigi akan berubah warna kepada kekuningan serta kusam. “Produk pemutihan gigi menjadi semakin popular disebabkan permintaan yang tinggi untuk mendapatkan gigi yang lebih putih. Terdapat pelbagai jenis produk dan teknologi di pasaran pada hari ini yang digunakan untuk menangani perubahan warna gigi,” katanya. Tambah Farid Wajidi, agen pengkakis yang terdapat dalam ubat gigi memainkan peranan penting dalam membersihkan gigi dan tahap kakisan perlu dikawal. “Ubat gigi dengan bahan pengkakis yang tinggi boleh menyebabkan penurunan gusi, kakisan pada gigi serta hipersensitiviti gigi. “Oleh itu, USM bersetuju berusahasama dan membantu Hannan Medispa Sdn. Bhd. untuk mengkaji dan mereka produk pemutih gigi bagi memaksimumkan pembersihan serta pemutihan tanpa merosakkan keadaan asal gigi,” ujarnya lagi. Farid Wajidi berkata, projek penghasilan produk ‘Mofresh White’ ini diketuai oleh Dr. Tuan Nadrah Naim T Ismail @ T Manah bersama Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis dan Profesor Madya Dr. Azlina Ahmad dari Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM. “Dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2021, ciptaan ini telah memenangi pingat emas. “Tidak seperti ubat gigi pemutih lain di pasaran, ‘Mofresh White’ memutihkan gigi tanpa mengurangkan ketumpatan enamel berdasarkan kajian yang dijalankan secara in vitro,” jelasnya. Sementara itu, Dr. Mohd Hannan pula berkata, formulasi ubat gigi ‘Mofresh White’ dijangka menemui pengguna dalam masa dua (2) tahun dari tempoh perjanjian ini dimeterai. “Hannan Medispa Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk pengkomersialan. Dengan nilai komersial jenama yang ada, kami amat optimis untuk membawa produk ini kepada pengguna. “Diharapkan produk ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam memilih produk pemutih gigi yang bersesuaian dan pilihlah produk keluaran tempatan untuk membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya. Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, PPSG, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 101 Kampus Kesihatan USM
Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Kepakaran USM Bantu Usaha Basmi Ketagihan Ketum Ketagihan ketum semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Kelantan terutama di Pasir Puteh yang merupakan salah satu daerah yang mempunyai banyak kes penanaman pokok ketum, penjualan air ketum dan penagihan ketum. Situasi ini amat berbahaya kerana masih ramai yang tidak tahu akibat buruk ketagihan ketum terutama golongan remaja yang baru berjinak-jinak dengan air ketum. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana penagihan ketum adalah berbahaya untuk kesihatan serta boleh mengganggu keharmonian keluarga dan masyarakat. Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Bahaya Penagihan Ketum bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Selising. Menurut Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, sebagai sebuah universiti awam, USM sentiasa mendokong aspirasi untuk meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat. “Penganjuran Seminar Bahaya Penagihan Ketum merupakan usaha murni USM dalam aspek pemindahan ilmu kepakaran dan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya para pelajar tentang bahan-bahan bahaya yang terkandung dalam air ketum yang boleh memudaratkan kesihatan. Seminar Bahaya Penagihan Ketum bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Selising. 102 Sorotan Program di Kampus Kesihatan Buletin KELIP - Edisi 1/2023
“Kesedaran perlu diberikan pada peringkat awal iaitu kepada pelajar kerana pada peringkat ini mereka suka untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana mereka tidak tahu mengenai bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ketum yang mana bersifat psikoaktif dan boleh menyebabkan ketagihan seperti ‘mitragynine’, ‘mitaphylline’ dan sebagainya,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian seminar tersebut. Sementara itu, Ketua Jabatan Farmakolgi, PPSP, USM, Dr. Wan Nazirah Wan Yusuf, pula menjelaskan bahawa statistik Hospital USM menunjukkan kes urin positif ketum semakin meningkat setiap tahun. “Ujian air kencing bagi mengesan seseorang itu mengambil ketum dijalankan melalui kaedah ‘Thin Layer Chromatography’ (TLC) dan Hospital USM merupakan satu-satunya hospital yang melaksanakan kaedah ujian pengesanan ketum setakat ini di Pantai Timur. “Pengambilan ketum secara berlebihan dan campuran bahan dalam minuman ketum seperti ubat nyamuk amat berbahaya kepada kesihatan,” ujarnya. Tambah Wan Nazirah, selain sawan, kesan lain seperti halusinasi, mengantuk dan cepat marah turut dialami bergantung kepada jumlah pengambilan air ketum tersebut. “Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencegah masalah ini dan langkah pencegahan pada peringkat awal seperti memberi kesedaran dan pendedahan tentang bahaya ketum kepada pelajar sekolah menengah adalah platform terbaik. “Hal ini dapat mengurangkan aktiviti penagihan dan membenteras gejala ini daripada terus merebak dalam kalangan remaja sehingga menjejaskan masa depan mereka,” jelas beliau. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Abdul Aziz Abdul Hamid; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Pasir Puteh, Asisten Superintendan Syed Rahayat Syed Mohd Ramle; wakil AADK, Kota Bharu, Muhamad C Ismail dan Pengarah Program Seminar Bahaya Penagihan Ketum, Dr. Norzila Ismail. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 103 Kampus Kesihatan USM
Sorotan Program di Kampus Kesihatan pelajar USM” ujarnya lagi. Tambah Shaharum, kejayaan penganjuran program ini merupakan titik tolak kepada mahasiswa dalam membina sahsiah diri yang lebih cemerlang dengan ciri-ciri daya tahan, daya juang dan daya saing yang tinggi bagi memastikan mereka kelak menjadi seorang graduan yang holistik selaras dengan visi USM untuk ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok’. “Penganjuran MKI juga diharap dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menghormati dan memahami budaya lain di Malaysia sekaligus membuka jalan untuk keharmonian dalam perpaduan antara kaum,” jelasnya. Festival gilang-gemilang bertemakan 'Samsara' iaitu kitaran kehidupan ini dipenuhi cahaya lampu serta hiasan berwarna-warni sinonim dengan budaya masyarakat India diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian, drama, komedi serta cabutan bertuah. Kira-kira 1,400 orang hadir memeriahkan program ini terdiri daripada warga Kampus Kesihatan USM, pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), masyarakat india seluruh Kelantan dan komuniti sekitar. 104 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel MKI Bukan Sekadar Hiburan, Turut Perkenal Kebudayaan dan Sejarah Kaum India Malam Kebudayaan India (MKI) 2023, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan pelbagai kaum dengan menyajikan persembahan kebudayaan yang menarik, kreatif, artistik dan menghiburkan untuk semua lapisan masyarakat. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, MKI merupakan saluran tepat untuk menelusuri perjalanan menarik di samping meneroka budaya dan warisan kaum India melalui pelbagai persembahan menghiburkan seperti tarian dan drama. “Dalam negara berbilang kaum dengan kepercayaan dan kepelbagaian agama, banyak perayaan disambut ditambah dengan budaya dan makanan yang enak. “Saya percaya program sebegini mampu mempamerkan budaya masyarakat India pada tahap terbaik di mana masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang dari seluruh negeri Kelantan khususnya berkumpul untuk membentuk ikatan yang lebih kukuh dan perpaduan yang harmoni sambil mempelajari dan memahami budaya masing-masing dalam perspektif baharu,” katanya. Menurut Shaharum, USM amat menyokong dan menggalakkan program seperti ini sebagai usaha menyemai perpaduan dalam kalangan pelajar kerana ianya penting untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam akademik dan memiliki pelbagai kemahiran insaniah agar mereka dapat terus hidup di dunia nyata. “USM juga amat mengalu-alukan program seperti ini termasuk penganjuran festival kebudayaan bagi memelihara dan memartabatkan kesenian budaya tempatan. “Malam ini, mahasiswa mahasiswi Kampus Kesihatan yang memiliki bakat terpendam akan membuktikan kepada kita bahawa mereka bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mereka juga boleh menari tarian kebudayaan mereka dan berlakon. “Ini benar-benar pelajar holistik dari segi pengetahuan dan bakat serta ianya selari dengan agenda HEBAT (Holistik, Minda Keusahawanan, Keseimbangan, Artikulasi, Pemikir) yang diterapkan dalam diri semua
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan (Libatsama Industri – Komuniti dan Pembangunan), Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam, Penasihat Program MKI 2023, Profesor Madya Dr. T.P Kannan serta Pengarah Program MKI 2023, Naveen Paramasivam. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 105 Kampus Kesihatan USM
“Selain OKK yang kukuh, praktis memberikan penerangan mengenai kedudukan pintu dan jalan keluar kecemasan setiap kali sebelum acara atau mesyuarat bermula adalah sangat wajar supaya semua orang mendapat gambaran yang jelas untuk menyelamatkan diri jika berlaku insiden yang tidak diingini,” ujarnya semasa merasmikan kursus tersebut di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Nik Hisamuddin berkata, dengan adanya pengetahuan berkenaan pencegahan kebakaran, staf dapat memastikan tempat kerja masing-masing adalah selamat daripada risiko kebakaran atau sekiranya berlaku kebakaran, staf dapat mengambil tindakan awal bagi memadam kebakaran ketika api masih kecil serta membantu menyelamatkan pesakit dan pelawat di bawah jagaan masing-masing. “Saya berharap agar kursus seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan penyertaan yang lebih ramai dari setiap jabatan atau unit supaya setiap warga Kampus Kesihatan sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan tentang mencegah dan mengawal kebakaran,” jelasnya. Kursus yang dihadiri oleh 157 orang peserta terdiri daripada kakitangan pelbagai jawatan di Hospital USM dan PPSP itu diisi dengan taklimat lengkap dan demonstrasi penggunaan alat pemadam kebakaran oleh Penolong Penguasa Bomba, Pusat Gerakan Operasi, JBPM Negeri Kelantan, El Taraff Mohd Zachariah. Peserta juga diberi penerangan mengenai prosedur pengungsian bangunan dan kawalan awal kebakaran supaya kelengkapan hospital dan keselamatan pesakit lebih terjamin jika berlaku sebarang musibah. Turut hadir ialah Dekan, PPSP, USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kursus Keselamatan Kebakaran 2023, Dr. Ahmad Filza Ismail. Insiden kebakaran yang sering berlaku di premis-premis hospital di negara kita telah membuka mata Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan JKKP, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) untuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan bagi memperkasakan kredibiliti Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK). Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, JKKP Hospital USM dan PPSP mengambil inisiatif mengadakan Kursus Keselamatan Kebakaran 2023 bagi mengetengahkan aspek keselamatan kebakaran serta tindakan yang sewajarnya perlu dilakukan sekiranya berada dalam kecemasan. “Kesemua peserta kursus akan diserap secara langsung ke dalam Pasukan OKK dan pengurusan USM mengharapkan pasukan ini menjadi pasukan bantuan terawal untuk menghadapi sebarang bencana kebakaran ditempat masing-masing. Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan Perkasa Kredibiliti OKK untuk Pengurusan Bencana Yang Lebih Efisien 106 Sorotan Program di Kampus Kesihatan Buletin KELIP - Edisi 1/2023
Kampus Kesihatan USM Buletin KELIP - Edisi 1/2023 107 EL TARAFF MOHD ZACHARIAH Penolong Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Kelantan dengan adanya pengetahuan berkenaan pencegahan kebakaran, staf dapat memastikan tempat kerja masing-masing adalah selamat daripada risiko kebakaran atau sekiranya berlaku kebakaran, staf dapat mengambil tindakan awal bagi memadam kebakaran ketika api masih kecil serta membantu menyelamatkan pesakit dan pelawat di bawah jagaan masing-masing. - Nik Hisamuddin
Para pekerja merupakan aset penting kepada negara secara umumnya dan merupakan aset utama kepada keluarga secara khususnya dalam menjana ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup. Dalam memastikan para pekerja dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Management System) dalam pelaksanaan tindakan pencegahan dan perlindungan di tempat kerja. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapannya di Majlis Perasmian Penutupan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Day), Kampus Kesihatan 2023 berkata, majikan dicadangkan untuk membuat pelaburan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan modal insan yang mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. “Sempena Sambutan Hari Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Sedunia yang disambut pada 28 April setiap tahun, penganjuran 'OSH Day' ini dilihat dapat memberi kesedaran kepada majikan terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta langkah-langkah pengawasan yang perlu diambil oleh staf. "Setiap ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak boleh bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan Teks: Marlina Zahari OSH Day USM: Pelaburan dalam Infrastruktur dan Modal Insan Mampu Tingkatkan Produktiviti Sorotan Program di Kampus Kesihatan 108 Buletin KELIP - Edisi 1/2023
keperluan dalam memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan staf di jabatan masing-masing," katanya. Tambah Shaharum, aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. "Kombinasi di antara ketua PTJ yang prihatin, staf yang berkualiti dan produktif, sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif serta persekitaran kerja yang kondusif, pastinya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan di PTJ akan mencapai standard yang dikehendaki. “Ini kerana persekitaran tempat kerja yang kondusif membolehkan para pekerja menjalankan tugas dengan selesa, selamat dan sihat selain menjamin keselamatan dan kesihatan orang awam yang berada berhampiran. “Kesan pelaburan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dibuat oleh majikan akan memberi impak positif dalam mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja, mengawal jumlah kemalangan serta penyakit pekerjaan yang mungkin berlaku di tempat kerja,” jelasnya lagi. Shaharum berkata, majikan juga pastinya dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja para pekerja sekaligus meningkatkan keuntungan sesebuah organisasi. "Walau bagaimanapun, usaha ini seharusnya mendapat komitmen daripada pekerja dalam mematuhi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan yang telah disediakan oleh majikan. "Saya berharap agar sambutan 'OSH Day' memberi impak positif dan dapat mengurangkan bahaya serta risiko di tempat kerja, mengawal jumlah kemalangan dan penyakit pekerjaan yang mungkin berlaku di tempat kerja," ulasnya lanjut. Dalam majlis yang sama turut diadakan penutupan Program ‘ECO Week’ yang diadakan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia atau lebih dikenali ‘World Environment Day’ (WED) yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan setiap lapisan masyarakat untuk memelihara alam sekitar serta memberi inspirasi kepada para peserta. Turut hadir ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Induk USM, Mohd Hafizul Mohd Arop; Pengerusi Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Khairilmizal Samsudin dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Kesihatan USM, Muzani Omar. ‘OSH DAY’ U N I V E R S I T I SA I N S M A L AYS I A Buletin KELIP - Edisi 1/2023 109 Kampus Kesihatan USM
Kepakaran USM Jururawat adalah nadi dan tulang belakang institusi perubatan termasuk Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Bukan sahaja merawat pesakit, jururawat juga adalah mata, telinga dan insan yang menggalas tugas dan tanggungjawab dalam menyediakan khidmat untuk merawat pesakit. Menurut Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia tahun ini yang bertemakan ‘Our Nurses Our Future: Menyelusuri Sejarah, Meraikan Masa Depan’, pengurusan Hospital USM sangat menghargai jasa dan bakti yang ditaburkan oleh para jururawat selama ini. “Menelusuri sejarah 40 tahun yang lalu, Hospital USM memulakan operasi pada tahun 1983 dengan 134 orang staf kejururawatan iaitu lima (5) Ketua Jururawat, 107 Jururawat dan 22 orang Penolong Jururawat (atau dikenali sebagai AN – Assistant Nurse pada waktu itu). “Selepas empat (4) dekad, kita mempunyai lebih 2,000 staf di bawah penyeliaan Unit Kejururawatan. Perkembangan sumber yang selari membuktikan pengurusan hospital telah meletakkan jururawat sebagai organisasi terkehadapan sejak dahulu lagi,” katanya ketika berucap di Majlis Bersama Pengarah Siri 3 dan Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2023, Peringkat Hospital USM. Tambah Nik Hisamuddin, Hospital USM telah bertindak sejajar dengan matlamat universal ‘Our Nurses Our Future’, jauh lebih awal dari tempoh tema ini diguna pakai kerana sentiasa percaya dengan kemampuan Unit Kejururawatan mengurus sumber, selari dengan keperluan perkhidmatan. “Pengurusan USM sentiasa menitikberatkan permohonan kejururawatan dan meletakkannya sebagai keutamaan untuk dipenuhi agar sentiasa selari dengan keperluan perkhidmatan di Hospital USM. “Saya juga amat berbangga kerana hampir 40 peratus (%) daripada jururawat Hospital USM berjaya mendapat pendidikan lanjutan sama ada pos basik, sarjana muda, sarjana, malahan ada jururawat yang berkelulusan doktor falsafah. “Aktiviti perawatan pesakit adalah salah satu tunjang utama dalam memastikan proses penjagaan kesihatan dapat dilaksanakan secara holistik dan berkesan. Maka, jururawat perlu mempunyai kepakaran, pengetahuan dan latihan khas bagi memastikan perawatan yang diberikan mematuhi piawaian serta Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Empat Dekad Bersama, Jururawat Terus Perkukuh Jenama Hospital USM Sorotan Program di Kampus Kesihatan 110 Buletin KELIP - Edisi 1/2023
selamat,” jelasnya lagi. Nik Hisamuddin berkata, selaras dengan perkembangan tersebut, pengurusan universiti mengharapkan agar semua jururawat Hospital USM mempunyai nilai yang diimpikan oleh organisasi iaitu memiliki ‘High Standard of Knowledge, Skill and Attitude’ (KSA), kepakaran dalam bidang perawatan, ‘Multi-tasking’, sentiasa mematuhi etika kerja (Immediate Action, Courtesy), mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta berfikiran kritis, kreatif, inovatif, dedikasi, dan komited dalam tugas. “Unit Kejururawatan juga perlu menggalas komitmen yang besar dalam mengekalkan kecemerlangan dan keupayaan mengharumkan nama USM di pelbagai peringkat. Turut hadir, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof dan Ketua Penyelia Jururawat Hospital USM, Wan Marina Wan Sulaiman. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 111 Kampus Kesihatan USM
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Kolaborasi Mampan Bersama Rakan Industri, USM Terima Sumbangan ABP Bernilai Hampir RM90,000fi Dua (2) syarikat pengeluar alat bantu pendengaran (ABP) berbesar hati menyumbang peralatan bernilai hampir RM90,000 kepada Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk pengajaran klinikal bagi memastikan integrasi teori kepada praktikal pelajar sentiasa terkini dan menggunakan teknologi ’artificial intelligence’ (AI). Sebanyak 10 unit ABP jenama Phonak yang bernilai RM58,400 disumbangkan oleh Swiss Medicare Sdn. Bhd. dan dua (2) unit ABP termasuk ’assisstive listening devices' jenama Starkey yang bernilai RM28,000 disumbangkan oleh Best Hearing Aid Centre. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, USM sangat berbesar hati menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan rakan industri bagi kelestarian pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan kepada pesakit dan komuniti setempat. “Sebagai salah sebuah hospital pengajar universiti (HPU), USM amat menitikberatkan prasarana yang terdapat di klinik adalah terkini termasuk teknologi ABP yang dilihat sangat cepat berubah mengikut arus kemodenan. “Oleh itu, pengajaran klinikal perlu sentiasa disokong oleh teknologi terbaharu yang ada di pasaran bagi memastikan integrasi teori kepada praktikal pelajar sentiasa terkini dan menggunakan teknologi AI dalam usaha memastikan kelestarian kualiti dan kecemerlangan pelajar," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyerahan Alat Bantu Pendengaran. Menurut Shaharum, selain memberi faedah kepada pelajar, sumbangan ABP ini juga bermanfaat kepada pesakit yang menerima rawatan di Klinik Audiologi, USM khususnya komuniti setempat di mana mereka berpeluang mencuba ABP berteknologi AI dan merasai perbezaan kualiti bunyi. Sorotan Program di Kampus Kesihatan 112 Buletin KELIP - Edisi 1/2023
“USM amat menghargai sumbangan berterusan daripada rakan-rakan industri bukan sahaja dari segi kewangan atau peralatan, tetapi peluang latihan klinikal tanpa melibatkan implikasi kewangan. “Sumbangan ini diharap akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak,” jelasnya lagi. Dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Makan Malam Pelajar Program Audiologi PPSK bagi meraikan pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Turut hadir ialah Pengurus Produk dan Latihan Swiss Medicare Group Malaysia, Tan Kia Ing; Ketua Pembangunan Pemasaran, Best Hearing Aid Centre, Davis Chuah; Pengerusi Program Audiologi USM, Profesor Madya Dr. Mohd Normani Zakaria; Ketua Klinik Audiologi, Hospital USM, Mohd Khary Hussin dan Penasihat Majlis Makan Malam Pelajar Program Audiologi, Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid. Buletin KELIP - Edisi 1/2023 113 Kampus Kesihatan USM
Sorotan Program di Kampus Kesihatan 114 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 Dalam usaha merapatkan jurang antara akademik dan industri selain memupuk ekosistem kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama Dwiniti Konsult Sdn Bhd. Pemeteraian MoA itu disempurnakan oleh Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak yang mewakili Naib Canselor USM dan Pengerusi Program Kejururawatan, Dr. Azlina Yusof bagi pihak USM, manakala Dwiniti Konsult Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Eric Tang dan wakil United Kingdom yang juga Pengurus Sumber Manusia, Eliza Reid. Menurut Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Dwiniti Konsult Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan peluang kepada jururawat Malaysia untuk memulakan kerjaya di hospital berprestij di United Kingdom. “MoA ini melambangkan komitmen bersama antara USM dan Dwiniti Konsult Sdn Bhd yang bersetuju menjalin kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong serta memperkaya kemampuan pekerjaan kepada graduan dan Alumni Kejururawatan USM. “Selain itu, ia juga bagi merapatkan jurang antara akademik dan industri serta membina ekosistem kolaboratif yang memberi manfaat kepada semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Pemeteraian MoA USM dan Dwiniti Fokus Rapatkan Jurang Akademik - Industri Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel
Buletin KELIP - Edisi 1/2023 115 Kampus Kesihatan USM Tambah Wan Rosli, perjanjian ini selaras dengan salah satu nilai teras 'Accelerated Program for Excellence' (APEX) yang dianugerahkan kepada USM berdasarkan penglibatan akademik, kerjasama penyelidikan dan penyertaan pelajar. “Menyedari bahawa kuasa transformasi pendidikan hanya boleh direalisasikan sepenuhnya apabila ia sejajar dengan keperluan dan permintaan industri, saya percaya perjanjian ini berupaya mencipta peralihan yang lancar bagi graduan ke dunia profesional serta melengkapkan mereka dengan kemahiran, pengetahuan, dan minda yang dikuat untuk berkembang maju dalam kerjaya,” jelasnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSK, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian dan Penyelaras Program Sarjana Muda Kejururawatan, PPSK, Dr. Intan Idiana Hassan. MoA pengajian sains kesihatan Dwiniti Konsult Sdn Bhd. PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN Pusat UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Selaut Budi, Seribu Memori 116 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 MAH HUSSIN BIN SAAD Pemb. Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 01/01/2023 MAZIAH SALLEH Pemb. Perawatan Kesihatan U14 Hospital USM 01/01/2023 MOHD ALI ABDULLAH Juruteknologi Makmal Perubatan U32 Pusat Pengajian Sains Perubatan 01/01/2023 MOHD SHAIFUL BAHRIN MAT NASIR Juruteknologi Pergigian U36 Pusat Pengajian Sains Pergigian 01/01/2023 SYED ZAINUDDIN SAIYID ABDULLAH Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 01/01/2023 ROHANI BISU Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 01/01/2023 ZAIDAH BABJAN Jururawat U32 Hospital USM 01/01/2023 NORAZLIAH HAJI SAMSUDIN Pensyarah Universiti DS52 Pusat Pengajian Sains Kesihatan 02/01/2023 ROSZUNAIDA ENCHE HAMID Jururawat U32 KUP Hospital USM 03/01/2023 SUAZIZI ARIFFIN Pembantu Perawatan Kesihatan U18 Hospital USM 15/01/2023 Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih Kakitangan Bersara
Buletin KELIP - Edisi 1/2023 117 Kampus Kesihatan USM ROS HILAWATI RAMLI Pembantu Tadbir (P/O) N22 Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (Kesihatan) 18/01/2023 DR. TUAN NORDIN TUAN KECHIK Guru Bahasa DG54 Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan (KCK) 21/01/2023 MOHAMAD RAZALI CHE ELIAS Pembantu Awam H14 Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset (KCK) 23/01/2023 RAUDZAH HAJI MOHD ARIFFIN Jururawat U52 Hospital USM 31/01/2023 SURITA SHAMSUDIN Jururawat U32 Hospital USM 31/01/2023 MASRI DOLLAH Pengawal Keselamatan KP14 Hospital USM 31/01/2023 DR. KHAIRY SHAMEL SONNY TEO Pensyarah Perubatan DU56 Pusat Pengajian Sains Perubatan 01/02/2023 MOHAMAD ALI Pembantu Operasi N11 Hospital USM 01/02/2023 MOHD YUSOF MAT Pengawal Keselamatan KP14 Hospital USM 01/02/2023 NOR RIZAM MOHD NOR Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 01/02/2023 PROF. DR. ROSLINE HASSAN Pensyarah Perubatan Gred Khas B VK6 Pusat Pengajian Sains Perubatan 02/02/2023 PROF. DR. MOHD SHAFIE ABDULLAH Pensyarah Perubatan DU56 Pusat Pengajian Sains Perubatan 07/02/2023
Selaut Budi, Seribu Memori 118 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 ROHANI MOHD SHAHIDI Jururawat U36 Hospital USM 19/03/2023 NOR ZUKI WAN ISA Pegawai Tadbir N44 Pusat Islam (KCK) 28/02/2023 SITI SALMIAH HUSSEIN Pembantu Perawatan Kesihatan U14 Hospital USM 01/03/2023 CHE ROHIN CHE HAMAT Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 01/03/2023 ZAKARIA ISA Pembantu Operasi N11 Pusat Pengajian Sains Perubatan 01/03/2023 FATIMAH DESA Jururawat U36 KUP Pusat Pengajian Sains Perubatan 01/03/2023 PROF. DR. MOHAMED RUSLI ABDULLAH Pensyarah Perubatan Gred Khas C VK7 Pusat Pengajian Sains Perubatan 05/03/2023 RANIMAH ABDULLAH Setiausaha Pejabat N32 Pejabat Pengarah Kampus (KCK) 12/03/2023 MOHD YUSUF SOON ABDULLAH Juruteknologi Makmal Perubatan U36 Pusat Pengajian Sains Pergigian 13/03/2023 ROSIDAH YUSOFF Jururawat U36 Hospital USM 18/03/2023 NABILAH MOHD NOR Pembantu Tadbir (P/O) N26 Hospital USM 08/03/2023 MOHAMAD SALLEH ABDUL HAMID Juruteknologi Makmal Perubatan U36 Pusat Pengajian Sains Perubatan 08/03/2023
Buletin KELIP - Edisi 1/2023 119 Kampus Kesihatan USM FARIDAH ISMAIL Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 29/03/2023 CHE AZIZ BIN CHE YA Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 30/03/2023 MOHAMAD HASSAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 02/04/2023 MOHD ZAKI SELAMAT Pengawai Sains C54 Pusat Pengajian Sains Perubatan 02/04/2023 NORAINI AB. HALIM Jururawat U36 KUP Hospital USM 05/04/2023 PROF. DR. NORSA’ADAH BACHOK Pensyarah Perubatan Gred Khas C VK7 Pusat Pengajian Sains Perubatan 05/04/2023 DR. JOEHAIMEY JOHARI Pensyarah Perubatan DU56 Pusat Pengajian Sains Perubatan 10/04/2023 MOHD RAFI MUSTAPHA Pegawai Sains C52 Hospital USM 19/04/2023 MARIZAN ZAKARIA Jururawat U36 Hospital USM 21/04/2023 PROF. MADYA DR. JULIA OMAR Pensyarah Perubatan DU56 Pusat Pengajian Sains Perubatan 22/04/2023 WAN AMINAH HAYATI MOHAMED Jururawat U32 Hospital USM 25/04/2023 DR. MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH Guru Bahasa DG52 Pusat Pengajian Bahasa. Literasi & Terjemahan (KCK) 27/04/2023
RADZINA ISMAIL Pembantu Tadbir (P/O) N22 Pusat Pengajian Sains Pergigian 21/06/2023 ANG CHENG YONG Pengawai Sains C52 Pusat Pengajian Sains Perubatan 27/04/2023 NIK YUSOFF NIK YAACOB Pembantu Makmal C22 Hospital USM 08/05/2023 AZHAR AHMAD Pengawai Sains C52 Pusat Pengajian Sains Perubatan 09/05/2023 NIK ZULFASH NIK ABD. RAHIM Pembantu Tadbir (P/O) N22 Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (KCK) 10/05/2023 NORLIZA ISMAIL Pembantu Operasi N14 Hospital USM 23/05/2023 KHADIJAH AWANG MAT Jururawat U32 Hospital USM 25/05/2023 LAILAWATI IBRAHIM Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 12/06/2023 ROSDI JUSOH Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 14/1062023 FUZIRAH ABD HALIM Pembantu Tadbir (P/O) N19 Hospital USM 15/06/2023 SALMAH AWANG Jururawat U36 Hospital USM 07/06/2023 ASMAH BAKAR Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 11/06/2023 Selaut Budi, Seribu Memori 120 Buletin KELIP - Edisi 1/2023
OSMAN JAAFAR Pembantu Awam H14 Hospital USM 03/01/2023 MOHD YUSOFF BIN DAUD Pembantu Kemahiran H19 Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset (KCK) 19/06/2023 NURAMIRA NORUL AZMI Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 10/01/2023 TUAN SUZZITA TUAN YUSUF Pembantu Akauntan W22 Jabatan Bendahari (Kesihatan) 25/05/2023 Buletin KELIP - Edisi 1/2023 121 Kampus Kesihatan USM Salam Takziah Belangsungkawa (Sumber: Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM)
PANDUAN PENGGUNAAN LOGO KBS JENIS LOGO “INVERTED” Digunakan apabila latar belakang logo berwarna gelap JENIS LOGO “OUTLINED” Digunakan apabila latar belakang logo berwarna cerah Perbincangan berkaitan pembentukan kertas polisi antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwakili oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan USM di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan USM.
Jawatankuasa Kelestarian dan Keserakanan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sekretariat ‘Environmental Occupational Safety and Health’ (EOSH) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menganjurkan Program Penanaman Pokok dengan slogan 'Plant Today, Build for Future' di Kampus Kesihatan
KEMAMPANAN HORMAT KEYAKINAN IHSAN KESEJAHTERAAN DAYA CIPTA KERANGKA MADANI KAMI MEMIMPIN Mentransformasikan Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok