The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KELIP Edisi 2 2023
Kampus Kesihatan USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nor Azlin Wan Azlan, 2024-03-30 23:37:48

Buletin KELIP Edisi 2 2023

Buletin KELIP Edisi 2 2023
Kampus Kesihatan USM

Kompilasi Ekspresi Liputan Informasi Peristiwa EDISI 2/2023 [JULAI - DISEMBER 2023] Kebersamaan HPU antara Tunjang Kekuatan Sektor Pendidikan Tinggi KAMPUS KESIHTAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Interactive Gallery SPICES for Medical Sciences SPICES@PPSP


Penaung Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin Ketua Editor Amyrulhan Azhari Penasihat Dato’ Prof. Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Fotografi Abdul Hasib Abdul Rahman Editor Siti Sri Mas Ismail Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Reka Grafik Ahmad Fansuri Salleh Tugas-tugas Khas R. Alia Fazni R. Azmi Kamaruzaman Yusof Sidang Redaksi Buletin KELIP: Pusat Media & Perhubungan Awam Blok Pentadbiran Hospital USM, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-767 1010 / 1011 / 1055 Faks: 09-767 1060 Emel: [email protected] Sidang Redaksi Hak cipta buletin KELIP Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunan serta bahan-bahannya adalah hak milik USM. Tiada mana-mana bahagian buletin ini boleh diubah, disalin, diedar, disiar, dipamer, diterbitkan semula, dilesenkan, dipindah, disimpan, dijual atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian buletin, serta diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada USM.


KANDUNGAN 70 44 16 58 268 KEPAKARAN 8 Prosedur TAVI Kurangkan Risiko Kematian Pesakit Injap Jantung 10 Terapi Oksigen Hiperbarik Bantu Sembuh Luka Kronik 12 IVF Prosedur Inkubasi Persenyawaan Atasi Masalah Kesuburan Suami Isteri 14 Sembelit Usah Dipandang Enteng, Mungkin Petanda Awal Kanser Kolorektal BERSAMA KOMUNITI 16 Dekati Komuniti Orang Asli Pos Pasik, USM Perturun Ilmu Asas Perubatan 18 Bawa Hospital kepada Komuniti, USM Perhebat Kempen Pemeriksaan Awal Kanser Payudara 20 'Lets Walk For Diabetes': Inisiatif Tarik Masyarakat Jalani Saringan Awal Perangi Diabetes 22 Masyarakat B40 Setiu Terima Manfaat Khidmat Pasukan Program KPT Prihatin Madani Hospital USM 24 Cakna Kesihatan Oral Komuniti Orang Asli, USM Manfaat Suntikan Dana KPT Prihatin Madani 26 Jabatan Surgeri Beri Khidmat Khatan Percuma Bantu Kanak-Kanak B40 Gua Musang 28 Hospital USM Perkukuh Jaringan Libatsama Komuniti Sempena Sambutan Maulidur Rasul Pondok-Pondok Negeri Kelantan 30 Prihatin Dengan Kesihatan Sistem Reproduktif dan Mental Remaja Perempuan, Jabatan O&G Dekati Remaja Sekolah 32 Hospital USM (A) Juarai Karnival Bola Sepak (Veteran), Piala Pengarah Hospital USM SEMBANG SIHAT 34 Masalah Pendengaran Saringan Awal Kelahiran Bantu Perkembangan Pertuturan Kanak-kanak 36 Pergaulan Bebas Punca Kehamilan dalam Kalangan Remaja 38 Air Bersih untuk Kesihatan, Kenali Punca dan Solusi Atasi Pencemaran 40 Ujian Air Kencing, Kaedah Mudah Saring Penyakit dalam Badan Secara Menyeluruh 42 Urus Emosi Tangani Kesan Lebih Buruk Hadapi Kehilangan 44 Kerintangan Insulin: Punca dan Kesannya 46 Saringan Kesihatan: Cegah Sebelum Parah 48 Keselamatan Mata di Tempat Kerja: Ambil Cakna Elak Risiko dan Bahaya 50 Rawatan Mati Saraf Gigi, Elak Gigi Kekal Yang Rosak Dicabut 52 Kencing Manis Jom Cakna Terhadap Diri Sendiri 54 Parkinson: Kenali Simptom dan Cakna Perubahan Diri SOROTAN PROGRAM 56 Utamakan Keselesaan Pesakit, Klinik FNAC Hospital USM Tawar Perkhidmatan di Lokasi Baharu 58 ‘Colour Run’ Semarakkan Semangat Patriotik dan Perpaduan 60 Hargai Jasa dan Kecemerlangan 287 Terima APC Hospital USM 62 PTOKU USM-MAIK Anjur Bengkel Bantu Tangani Kanak-Kanak Lambat Bercakap 64 DBP-USM Suburkan Minat Warga USM dalam Bidang Penulisan untuk Dekati Masyarakat 66 Promosi Potensi Pertumbuhan yang Optimum dalam Kalangan Bayi dan Kanak-Kanak Fokus Utama Persidangan IYCF 68 Potongan Zakat Melalui Pusat Islam USM Bantu Golongan Kurang Berkemampuan 70 IBWC Perkenal Teknologi Baharu Rawatan Luka dan Lecuran Buletin KELIP - Edisi 2/2023 [Julai - Disember 2023]


76 72 Maal Hijrah 1445H USM Seru Warga Kampus Suburkan Perpaduan dan Jayakan Transformasi Golongan Terkebawah 74 Warga Hospital USM Komited Memperkasa Agenda Kelestarian Universiti 76 HWS Enam Kontinjen Buru Juara Beradu Penuh Semangat Kesukanan dan Setiakawan 78 Kumpulan Usains Holding Sdn. Bhd. Rai 25 Tahun dalam Industri dan Tubuh Hab Pertama Burung Pungguk di USM Kubang Kerian 80 D’PRINCE: Pusat Asuhan Inklusif Anak-Anak Normal dan Masalah Pendengaran 82 Anak Merdeka: Siti Khairiyah Teruja Sambut Bayi Sulung 31 Ogos di Hospital USM 84 ISSC Beri Tumpuan Penyelidikan Seni dan Sains Pergerakan Manusia Pasca COVID-19 86 ‘Duta Kesihatan’ antara Kejayaan USM Bentuk Pasukan Sukarelawan dalam Kalangan Orang Asli 88 USM-MINDRAY SONOSCHOOL: Sumbangan RM1 Juta Perkukuh Kemahiran POCUS Pelajar dan Pengamal Perubatan 90 ISEPCoH 2023: Pakar Dua Negara Cetus Idea Inovasi Kosmetik dan Kesihatan 92 Pemakanan Sihat Penyumbang Produktiviti Warga Hospital USM 94 Peranan Radiasi dalam Perubatan, Kepelbagaian Perkongsian Ilmu Program KPT Prihatin Madani 96 SPICES Galeri Unik Pembelajaran Taruhan Baharu Tarik Pelajar Pilih Bidang Perubatan USM 98 Ahli Farmasi Bukan Sekadar Pemberi Ubat 100 Keselamatan Pesakit Tanggungjawab Bersama - Nik Hisamuddin 102 Kolaborasi Saintis USM dan ZN Abqary Bantu Pembangunan Penyelidikan Industri Vital-S 104 Majlis Apresiasi Rai Penganjur dan Penderma Darah Hospital USM 132 122 96 74 126 108 106 Pelajar USM Perlu Bergerak Sebagai Pemacu Negara 108 Hospital USM Serah Bas Mini ‘MOBILE CLINIC’ kepada PPUSMB 110 MPP Seru Semangat Hebatkan Diri Sebagai Mahasiswa USM 112 Kebajikan Pelajar B40 Tidak akan Dipinggirkan - Naib Canselor 114 Berlari Sambil Beramal, Kutipan Dana Tabung Kebajikan Bantu Pesakit Memerlukan 116 Hospital USM Tawar Khidmat Kaunseling kepada Warga USM dan Masyarakat 118 Hidupkan Konsep Ta'awun dalam Organisasi, Jadikan Pemerintahan Rasulullah Sebagai Inspirasi 120 Bentang Penemuan Baharu Perawatan Penyakit Jantung Fokus Utama APCU@USM 2023 122 'Healing Little Heart' Penuhi Impian dan Harapan Pesakit Jantung Kongenital 124 Main Peranan Penting, PPK Pelengkap Pasukan Perawat Hospital USM - Nik Hisamuddin 126 Kayuhan Amal Funride 2023 Bantu Promosi Tabung Wakaf Tunai MAIK - Kampus Kesihatan USM 128 Hospital USM Sasar Sifar Kes ‘Medico Legal’ 130 Teknik Pengurusan Tingkah Laku Atasi Tantrum dalam Kalangan Kanak-Kanak 132 Kebersamaan HPU antara Tunjang Kekuatan Sektor Pendidikan Tinggi 134 CDL: Gabungan Pelbagai Makmal Rutin Diagnostik Perkemas Perkhidmatan Makmal Hospital USM 136 Cakna Ubat Anda: Fahami Keperluan Elak Pembaziran SELAUT BUDI, Seribu Memori 138 Kakitangan Bersara Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih 142 Belangsungkawa Salam Takziah


fifffflffiflfflflfflfffflfflfflfflffi  ff ffffiflfflfl  fifffflffiflfflfflffifflffi


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. ejam celik - pejam celik kita telah berada di edisi kedua buletin KELIP bagi tahun 2023 (Julai – Disember). Pelbagai topik telah dikupas selari dengan situasi semasa. Edisi kali ini diharap memberi input yang berguna kepada semua pihak sebagai bahan rujukan dan makluman tentang perkembangan-perkembangan semasa berkaitan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Di kesempatan ini, saya bagi pihak editorial buletin KELIP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sumbangan maklumat bagi penghasilan buletin kali ini. Komitmen dan usaha semua pihak yang menjadikan penerbitan buletin ini terlaksana haruslah dipuji. Diharap melalui penerbitan buletin ini, warga Kampus Kesihatan dapat menyumbang lebih banyak maklumat sebagai kandungan berita dan kapsyen aktiviti yang akan dimuatkan dalam buletin KELIP edisi berikutnya. Buletin KELIP juga sentiasa bersedia menjadi platform utama penyaluran informasi yang padat dan tepat kepada warga Kampus Kesihatan khususnya dan USM amnya. Semoga buletin KELIP terus menjadi lidah rasmi dalam meningkatkan reputasi serta imej yang positif kepada USM. Sekian, terima kasih. P Amyrulhan KETUA EDITOR DARI MEJA KETUA EDITOR


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Prosedur TAVI Kurangkan Risiko Kematian Pesakit Injap Jantung Dr. Wan Yus Haniff Wan Isa Pakar Perunding Kardiologi Buletin KELIP - Edisi 2/2023 sakit dada, pening atau pengsan,” katanya ketika ditemu bual. Tambah Wan Yus, dengan kecanggihan teknologi terkini, proses penggantian injap aorta jantung boleh dilakukan melalui prosedur TAVI. “Prosedur TAVI masih belum meluas di negara ini kerana faktor kos yang tinggi iaitu antara RM100,000 hingga RM130,000 bagi setiap kes dan kurangnya pengetahuan mengenai prosedur ini dalam kalangan masyarakat. “Pembedahan terbuka biasanya mengambil masa yang agak panjang iaitu sehingga tiga (3) atau empat (4) jam, namun prosedur TAVI mengambil masa yang lebih pendek. “Selain itu, dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) hari selepas menjalani prosedur TAVI, kebanyakan pesakit sudah dibenarkan pulang dan dalam tempoh seminggu mereka sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa,” jelasnya lagi. Wan Yus berkata, prosedur TAVI berbeza dengan Sejak tahun 2021, prosedur penggantian injap jantung tanpa pembedahan terbuka (open heart surgery) yang dikenali sebagai ‘Transcatheter Aortic Valve Implantation’ (TAVI) mula diperkenalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Prosedur TAVI adalah untuk merawat pesakit yang mengalami injap aortik tersumbat (aortic stenosis) sehingga mengakibatkan kemerosotan fungsi injap untuk menyalurkan darah ke seluruh anggota badan. Menurut Pakar Perunding Kardiologi yang juga Penyelaras Makmal Kardiologi Hospital USM, Dr. Wan Yus Haniff Wan Isa, faktor usia menjadi salah satu punca utama injap jantung seorang individu rosak. “Kebanyakan individu berusia 65 tahun ke atas biasanya mengalami masalah injap aorta jantung apabila ianya menjadi rosak, keras dan sempit yang dinamakan sebagai aortic stenosis (AS). “Apabila penyempitan berlaku, jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah yang perlu membawa oksigen ke seluruh badan serta otak dan hal ini boleh mengakibatkan individu tersebut mengalami 8 Kepakaran


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 9 rawatan pembedahan terbuka yang mana proses penyembuhannya mengambil masa antara dua (2) hingga tiga (3) bulan. “Prosedur TAVI juga lebih selamat berbanding pembedahan terbuka bagi pesakit yang berusia kerana selain mengurangkan risiko kematian, ia dapat mengurangkan risiko strok ketika pembedahan, masalah kegagalan buah pinggang serta kehilangan darah. “Ini kerana prosedur TAVI dibuat dengan cara melakukan satu cucukan di pangkal peha kiri atau kanan untuk dimasukkan satu tiub ke dalam saluran darah sehingga ke injap jantung. “Injap jantung gantian akan dimasukkan menerusi tiub itu secara perlahan-lahan dan selepas injap ditukar ia akan berkembang dan mengambil alih fungsi injap asal,” jelasnya lagi. Wan Yus berkata, selepas itu tiub akan dikeluarkan semula dan doktor akan menutup luka hirisan kecil di bahagian paha pesakit. “Di Hospital USM, injap gantian yang digunakan adalah daripada tisu lembu dan bahan ini diuji keberkesanannya selain membantu injap berfungsi seperti sediakala. “Jantung akan berdenyut dengan lebih baik dan pesakit boleh bernafas serta melakukan aktiviti harian seperti biasa. "Jangka masa hayat pesakit juga dapat dilanjutkan sehingga 10 tahun selepas menjalani prosedur TAVI iaitu bersamaan dengan daya tahan injap yang digantikan berbanding tanpa prosedur TAVI atau penggantian injap, pesakit akan mengalami masalah kualiti hidup terjejas serta masalah kegagalan jantung dalam masa dua (2) tahun atau boleh berlaku kematian," katanya. Menurut Wan Yus, kebanyakan pesakit yang mengalami injap sempit atau injap bocor sebelum ini hampir berputus asa disebabkan kebanyakan hospital tidak sanggup mengambil risiko melakukan pembedahan terbuka kerana faktor usia mereka menyebabkan kadar kematian yang tinggi. “Namun setelah dimaklumkan tentang prosedur TAVI dan dengan kecanggihan teknologi peralatan TAVI, ia memberi peluang kepada pesakit menjalani pembedahan melalui prosedur yang singkat, luka yang sedikit serta tidak meninggalkan parut. “Selain itu, pesakit yang melakukan prosedur TAVI juga tidak perlu mengambil ubat mencairkan darah (warfarin) seperti pesakit yang melakukan pembedahan terbuka yang mana ubat tersebut perlu dimakan secara berterusan seumur hidup serta perlu selalu ke hospital untuk pemantauan,” ulasnya lanjut. Wan Yus turut menyarankan pesakit yang mengalami masalah injap sempit atau AS yang berusia 65 tahun ke atas dan mempunyai risiko tinggi untuk dibedah supaya mengambil peluang melakukan prosedur TAVI. “Mana-mana pesakit yang mengalami masalah pening, pengsan atau sakit dada dan berumur 65 tahun ke atas, dapatkan rawatan atau nasihat pakar dengan segera untuk mengesan masalah kesihatan kerana dikhuatiri anda mungkin mengalami AS. “Semua pihak perlu lebih cakna tentang kesihatan masing-masing kerana pelbagai rawatan disediakan dengan kecanggihan teknologi terkini,” jelasnya. “Injap jantung gantian akan dimasukkan menerusi tiub itu secara perlahan-lahan dan selepas injap ditukar ia akan berkembang dan mengambil alih fungsi injap asal,”


10 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Terapi Oksigen Hiperbarik atau lebih dikenali sebagai ‘Hyperbaric Oxcygen Therapy’ (HBOT) adalah rawatan perubatan di mana seseorang diletakkan di dalam ruang atau mesin yang akan menyalurkan 100 peratus (%) oksigen pada tekanan yang lebih besar daripada tekanan atmosfera biasa. Tekanan yang lebih besar ini bermakna bahawa oksigen yang diberikan boleh dirujuk oleh nombor yang lebih besar daripada 100% serta menunjukkan tekanan relatif gas di dalam ruang memberi lebih banyak oksigen daripada kebiasaan yang diterima tubuh manusia. Dalam keadaan biasa, manusia bernafas menggunakan 21% oksigen di tahap tekanan atmosfera 1 ATA atau 760 mmHg atau 14.7 psi. Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Pakar Perubatan Kecemasan dengan subkepakaran bidang perubatan hiperbarik, Dato’ Terapi Oksigen Hiperbarik Bantu Sembuh Luka Kronik Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Pakar Perubatan Kecemasan (Perubatan Hiperbarik) Kepakaran


Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, dalam konteks badan manusia dan fisiologi, apabila tekanan udara meningkat, maka jumlah oksigen yang larut dalam darah akan meningkat. “Fenomena peningkatan oksigen mengalir ke tisu badan akan membantu sel-sel badan yang rosak untuk pulih dan sembuh. “Rawatan ini menggunapakai dua (2) prinsip fizik iaitu prinsip ‘Henry’s Law’ yang menyatakan jumlah molekul yang larut dalam cecair berkadar terus dengan tekanan udara pada suhu yang konsisten dan prinsip ‘Boyle’s Law’ yang menyatakan saiz buih adalah berkadar songsang dengan tekanan udara dan sekiranya tekanan udara meningkat, maka saiz buih dalam badan akan mengecil,” ujarnya semasa ditemu bual berhubung rawatan HBOT ini. Tambah Nik Hisamuddin, pada awalnya, HBOT diguna pakai untuk perawatan kes penyahmampatan ‘Decompression Illness’ atau DCI dalam kalangan penyelam. “Namun, kajian saintifik telah membuktikan dua (2) kategori penyakit yang boleh dirawat menerusi HBOT ini iaitu rawatan baris pertama (first line) bagi penyahmampatan dan keracunan ‘carbon monoxide’ serta rawatan sampingan (adjunct therapy) yang terdiri daripada luka kronik kencing manis (chronic diabetic ulcer), jangkitan kuman kronik tulang (chronic osteomyelitis), lecuran kulit, luka akibat radiasi (radionecrosis), tisu nekrosis (gangrene & necrosis) dan surgeri flap (flap surgery). “HBOT juga dipercayai boleh mengurangkan kos perawatan luka kronik dan mengelakkan amputasi kaki bagi pesakit diabetes (kencing manis) selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan di samping mengelakkan risiko amputasi anggota badan,” jelasnya lagi. Menurut Nik Hisamuddin, Hospital USM telah menawarkan perkhidmatan rawatan HBOT sejak September 2005 dan sehingga kini lebih 150 pesakit telah menerima manfaat rawatan melalui terapi ini. “Di Hospital USM, pesakit yang menggunakan rawatan Buletin KELIP - Edisi 2/2023 11 terapi ini kebanyakannya akibat kes penyahmampatan dan kes luka kronik. “Bagi kes penyahmampatan, ia berlaku disebabkan oleh buih-buih nitrogen yang terbentuk dalam tisu badan akibat kadar penyahmampatan yang cepat. “Untuk kes begini, HBOT menggunapakai teori ‘Boyle's Law’ iaitu tekanan udara perlu dinaikkan sehingga tiga (3) kali ganda dalam persekitaran 100% oksigen kerana tekanan udara yang tinggi akan mengakibatkan saiz buih nitrogen menguncup,” katanya. Nik Hisamuddin turut menjelaskan rawatan HBOT bagi kes luka kronik pula menggunapakai teori ‘Henry's Law’. “Kesan peningkatan tekanan udara semasa sesi HBOT mengakibatkan lebih banyak molekul oksigen larut dalam darah dan dihantar ke tisu-tisu badan serta peningkatan jumlah oksigen dalam badan akan mempercepatkan proses kesembuhan sel-sel luka. “Rawatan HBOT untuk kes penyahmampatan biasanya memerlukan dua (2) atau tiga (3) sesi yang mengambil masa lima (5) jam untuk setiap sesi bergantung kepada tindak balas kesembuhan pesakit berbeza dengan HBOT untuk kes luka kronik (kencing manis) yang kebiasaannya mengambil masa 90 hingga 120 minit untuk setiap sesi dengan jumlah sesi purata 30 hingga 50 kali bergantung kepada tindak balas penyembuhan luka,” terangnya lagi. Nik Hisamuddin berkata, Hospital USM merupakan satu-satunya Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang menawarkan rawatan HBOT selain fasiliti kesihatan ketenteraan iaitu Hospital Angkatan Tentera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan Sepanggar Sabah. “Rawatan HBOT sebenarnya telah lama wujud, namun di Malaysia ianya masih tidak diketahui ramai termasuk dalam kalangan pegawai perubatan. “Dengan kos rawatan RM200 untuk setiap sesi, saya percaya rawatan HBOT boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit luka kronik selain mengurangkan kos perawatan yang terpaksa ditanggung untuk rawatan biasa yang mengambil masa agak lama untuk sembuh serta mengelak risiko amputasi anggota badan,” ulas beliau lanjut. Sebarang pertanyaan berhubung rawatan ‘Hyperbaric Oxcygen Therapy’ (HBOT) sila hubungi: +609- 767 3223 [email protected]


12 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel IVFfi Prosedur Inkubasi Persenyawaan Atasi Masalah Kesuburan Suami Isteri Proses ‘in-vitro firtilization’ (IVF) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji memberi peluang dan harapan baharu kepada pasangan suami isteri yang mengalami masalah ketidaksuburan untuk memiliki cahaya mata. Masalah kesuburan yang dihadapi setiap pasangan adalah berbeza dan perjalanan untuk mengatasinya juga tidak sama. Ada sesetengah pasangan memerlukan rawatan kesuburan sahaja tetapi ramai juga yang perlu menjalani rawatan persenyawaan in-vitro untuk mendapatkan zuriat. Alternatif itu terpaksa dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya menghasilkan zuriat yang diimpikan. Ketua Jabatan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga pakar O&G dan Reproduktif Endokrinologi dan IVF, Profesor Madya Dr. Adibah Ibrahim berkata, proses IVF merupakan satu prosedur kompleks yang berpotensi membantu pasangan bermasalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat. “IVF juga salah satu pilihan terbaik sekiranya pasangan mengalami masalah tiub fallopio tersumbat, sejarah pensterilan tiub, endometriosis, masalah ovulasi, kualiti atau fungsi sperma yang sudah terjejas, masalah kesuburan lelaki, masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan atau sebagai cara pemeliharaan tahap kesuburan bagi pesakit kanser. “Pasangan yang ingin melakukan rawatan ini akan diberi penerangan dan khidmat rundingan tentang prosedur yang akan dilakukan agar pasangan suami isteri tersebut faham tentang perjalanan yang akan dilalui sepanjang tempoh rawatan,” ujarnya ketika ditemu bual berhubung prosedur IVF di Hospital USM. Menurut Adibah, proses IVF bermula dengan sperma lelaki dan telur wanita dikeluarkan dari tubuh badan dan disenyawakan di dalam makmal. “Telur dari rahim wanita akan diambil menerusi jarum halus yang dimasukkan ke dalam faraj dengan bantuan ultra bunyi untuk mengesan kedudukannya manakala bagi lelaki pula, sperma dari testis akan diambil menerusi proses onani ataupun jarum halus bagi mengekstrak ia daripada testis lelaki sekiranya perlu. “Apabila beberapa telur sudah diambil, ia kemudiannya akan disimpan di dalam bekas berisi cecair nutritif dan diinkubasi sebelum disenyawakan. Profesor Madya Dr. Adibah Ibrahim Pakar O&G dan Reproduktif Endokrinologi dan IVF Kepakaran


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 13 sudah mencapai tahap optimal dari segi saiz, hingga pelbagai prosedur lain dalam makmal yang hanya boleh dijalankan oleh kakitangan berkemahiran (embriologi) menggunakan peralatan khas untuk mendapatkan hasil seperti yang diinginkan,” jelasnya lagi. Adibah berkata, sememangnya tidak mudah bagi pasangan melangkah ke hadapan untuk mendapatkan bantuan dan meluahkan cabaran yang mereka hadapi demi mendapatkan zuriat yang dinantikan selama ini. “Namun, adalah penting untuk tidak melambat atau melewatkan saringan dan dapatkan rawatan segera memandangkan masa adalah agak kritikal bagi mereka. "Kadar kejayaan IVF sebenarnya bergantung kepada umur seseorang (pasangan suami isteri) kerana apabila umur semakin meningkat, rezab ovari individu berkenaan juga akan berkurangan. "Keadaan ini biasanya mengakibatkan kemerosotan dalam kualiti dan kuantiti telur yang dihasilkan serta boleh menyebabkan kadar kejayaan IVF menurun,” katanya. Adibah turut menjelaskan bahawa peratusan pesakit yang berjaya hamil melalui prosedur IVF adalah tinggi bagi yang berumur 35 tahun ke bawah dengan 20 hingga 25 peratus (%) kejayaan dan peratusan kejayaan akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia wanita tersebut. Selain itu, Adibah turut menyeru pasangan suami isteri supaya tidak malu untuk mendapatkan nasihat doktor apabila mengalami masalah sukar mengandung. “Setelah setahun berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal, segeralah berjumpa doktor untuk melakukan ujian saringan dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima rawatan yang disarankan kerana setiap rawatan itu berbeza bagi setiap pasangan,” ulasnya lanjut. “Terdapat dua (2) proses persenyawaan yang boleh dilakukan iaitu ‘inseminasi konvensional’ di mana ia melibatkan proses IVF dengan sperma dan ovum yang sempurna dicampurkan serta diinkubasi semalaman dan ‘suntikan sperma intracytoplasmik’ di mana ia melibatkan proses IVF dengan sperma disuntik terus ke dalam ovum yang sempurna,” katanya. Tambah Adibah, apabila sperma dan ovum itu sudah berjaya menjadi embrio, ia seterusnya akan dipindahkan menggunakan tiub yang halus, panjang dan fleksibel bernama kateter pemindahan dan akan dimasukkan melalui faraj, serviks dan terus ke dalam rahim wanita untuk proses mengandung. Adibah turut memaklumkan bahawa Hospital USM telah menawarkan perkhidmatan rawatan IVF sejak tahun 2014. “Rawatan IVF adalah berbeza bagi setiap wanita dan membuatkan setiap orang mengalami tindak balas berlainan terhadap ubat-ubatan serta pada masa yang berbeza. “Rawatan IVF di Hospital USM biasanya menelan kos antara RM5,000 hingga RM7,000 bergantung kepada keperluan ubat serta beberapa prosedur yang perlu dilakukan sepanjang rawatan. “Kos ini melibatkan beberapa prosedur berperingkat iaitu daripada merangsang telur dalam ovari melalui suntikan, mengeluarkan ovum sebaik sahaja telur


14 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Kepakaran Profesor Dr. Zaidi Zakaria Pakar Perunding Pembedahan Am dan Kolorektal Kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon atau rektum dan kebanyakan dihidapi oleh kaum lelaki. Kanser kolorektal kerap berlaku di dunia dan risiko menghidap kanser ini meningkat apabila usia semakin bertambah dan biasanya dijumpai dalam kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Menurut Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Pakar Perunding Pembedahan Am dan Kolorektal, Profesor Dr. Zaidi Zakaria, kanser kolorektal biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal dan memahami penyakit yang boleh dirawat ini adalah langkah pertama untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. “Penyakit ini biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) di dalam usus sebelum berubah menjadi kanser. “Individu yang menghadapi perubahan tabiat membuang air besar secara tiba-tiba perlu berwaspada kerana ia adalah antara simptom kanser kolorektal. “Jika tabiat itu berlanjutan, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk menjalani ujian kerana jika dikesan di peringkat awal, peratus untuk sembuh masih tinggi,” katanya ketika ditemu bual berhubung penyakit kanser ini. Zaidi berkata, simptom kanser kolorektal atau tanda amaran penyakit ini boleh dikesan sejak awal sebelum ia menjadi kanser iaitu ketika polip. “Namun, disebabkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat masih rendah, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital biasanya sudah berada pada tahap tiga (3) dan empat (4). “Sekiranya sel kanser sudah berada pada tahap empat (4), peratusan untuk sembuh sepenuhnya rendah berikutan sel sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru, hati, tulang dan otak,” jelasnya lagi. Tambah Zaidi, simptom utama kanser kolorektal ialah perubahan tabiat membuang air besar secara tiba-tiba iaitu daripada setiap hari menjadi dua hari atau lebih (sembelit) tanpa sebab. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Sembelit Usah Dipandang Enteng, Mungkin Petanda Awal Kanser Kolorektal


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 15 “Jika pesakit didiagnos menghidap kanser kolorektal peringkat awal, pendekatan laparoskopi (pembedahan lubang kecil) atau polipektomi (mengeluarkan polip semasa kolonoskopi) adalah antara pilihan rawatan yang biasa dilakukan. “Namun, sekiranya kanser itu sudah berada pada tahap lebih lanjut, biasanya pesakit disarankan melakukan pembedahan terbuka untuk membuang kanser dan tisu kolon di sekeliling nodus limfa (kelenjar). “Selain itu, kaedah kimoterapi, terapi sinaran, imunoterapi dan terapi ubat yang disasarkan juga antara pilihan rawatan yang biasa ditawarkan bergantung kepada tahap kanser yang dihidapi pesakit,” jelasnya. Menurut Zaidi, sekiranya kanser kolorektal lambat dikesan, prosedur rawatan menjadi lebih sukar selain kesan sampingan yang lebih teruk apabila kemungkinan sebahagian usus lebih panjang perlu dibuang. Akuinya, kebanyakan rakyat Malaysia enggan melakukan ujian saringan awal dan mengambil mudah terhadap simptom-simptom kanser ini dengan alasan takut, malas dan tiada masa. “Tahap kesedaran masyarakat kita masih rendah untuk menjalani ujian saringan kerana bagi mereka, selagi tidak sakit ujian saringan tidak perlu dilakukan. "Kanser kolorektal boleh dikesan awal menerusi ujian kolonoskopi dan jika ketumbuhan belum menjadi kanser, ia sudah pasti dapat dirawat sekaligus mengelak menjadi kanser. "Ini kerana ketumbuhan mengambil masa bertahun untuk menjadi kanser dan pencegahan awal lebih baik,” katanya. Zaidi turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser menjalani ujian saringan untuk pengesanan awal sebagai langkah berjaga-jaga. “Sekiranya tiada sejarah keluarga menghidap kanser terutama bagi individu berusia 50 tahun ke atas, anda boleh menjalani ujian saringan untuk pengesanan awal kerana ia merupakan langkah terbaik untuk mengenal pasti tanda dan gejala awal kanser kolorektal supaya rawatan boleh dijalankan secepat mungkin. “Selain itu, orang ramai juga dinasihat mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan menerusi pengambilan makanan yang kaya dengan serat, tidak merokok, tidak mengambil minuman beralkohol serta sentiasa bersenam untuk mengelak obesiti sebagai langkah mencegah kanser ini,” ujarnya lagi. “Manakala simptom-simptom lain pula ialah cirit-birit secara tiba-tiba, pendarahan dalam najis, sakit perut, muntah, perut berasa tidak selesa, kerap mengalami pedih perut atau kekejangan dan rasa kenyang atau kembung. “Simptom lain yang agak lewat ialah seperti kurang selera makan sehingga berat badan susut serta kelesuan dan keletihan akibat kurang darah merah,” ujarnya. Beliau berkata, terdapat beberapa ujian yang akan dijalankan untuk mengesan kanser kolorektal seperti ujian najis (FOBT – ‘Fecal Occult Blood Test’), ujian sigmoidoskopi dan ujian kolonoskopi. “Ujian najis (FBOT) adalah ujian yang dijalankan untuk mengesan darah dalam najis dengan mengambil sampel najis dan dihantar ke makmal untuk melihat kewujudan darah dalam najis manakala ujian sigmoidoskopi dan ujian kolonoskopi pula dijalankan secara memasukkan tiub melalui lubang dubur ke dalam rektum dan penghujung kolon untuk mengesan polip atau kanser di dalamnya. “Semasa prosedur ini dijalankan, pakar boleh melihat dan membuang polip atau ketumbuhan yang dipercayai kanser serta mengambil sedikit tisu untuk ujian biopsi (pemeriksaan di bawah mikroskop bagi mengesan sel kanser),” ulasnya lanjut. Kata Zaidi, terdapat beberapa pilihan rawatan untuk pesakit kanser kolorektum. Namun, kebanyakan kanser ini dibuang melalui kaedah pembedahan.


16 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Dekati Komuniti Orang Asli Pos Pasik, USM Perturun Ilmu Asas Perubatan Bersama Komuniti


Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prihatin Madani sekali lagi melaksanakan program pemindahan ilmu bersama komuniti orang asli dengan melatih sukarelawan atau wakil kesihatan terpilih di Pos Pasik, Gua Musang untuk mempelajari ilmu asas perubatan. Pos Pasik merupakan salah satu pos orang asli yang terletak agak jauh di pedalaman Gua Musang iaitu kirakira 36 kilometer dari jalan utama dan menyebabkan komuniti mereka agak terhad daripada menerima akses perkhidmatan arus perdana seperti perkhidmatan kesihatan. Menurut Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital USM merangkap Ketua Pengarah Projek Pusat Kesejahteraan USM - Pos Pasik, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab, projek ini merupakan kesinambungan dari Projek Pusat Kesejahteraan Universiti Sains Malaysia (USM) – Pos Balar yang diadakan selama 12 bulan pada tahun 2022-2023 merangkumi empat (4) fasa dan disifatkan sebagai satu projek yang mencapai kejayaan membanggakan dalam melatih sukarelawan orang asli Pos Balar. “Untuk program kali ini, pasukan USM Kampus Kesihatan melatih sekumpulan orang asli dari Pos Pasik sebagai pelatih ataupun wakil kesihatan melalui kaedah pemindahan ilmu (knowledge transfer) sebagai usaha meningkatkan mutu penjagaan kesihatan dalam kalangan mereka. “Projek ini akan mengambil masa selama lapan (8) bulan merangkumi tiga (3) fasa iaitu Fasa Tinjauan dan Kesedaran Kesihatan (health awareness), Fasa Latihan kepada Pelatih Orang Asli (training of trainers) dan Fasa Penilaian (outcome evaluation). “Program ini juga melibatkan tiga (3) projek yang akan dijalankan oleh tiga (3) jabatan berbeza iaitu Projek Membangunkan Sukarelawan Terlatih Pos Pasik, Projek Pemerkasaan Kesihatan Oral Komuniti Orang Asli dan Projek Meningkatkan Taraf Penjagaan Kesihatan Komuniti Orang Asli,” katanya. Tambah Shaik Farid, untuk fasa pertama bermula 21 hingga 23 Julai lalu, seramai 65 peserta dari USM Kampus Kesihatan terlibat dalam program ini. “Bagi fasa kedua yang dijadualkan pada September 2023, sukarelawan orang asli akan dibawa ke Hospital USM untuk menjalani latihan 'Training of Trainer' (ToT). “Fasa ketiga pula akan diadakan selama empat (4) bulan setelah tamat fasa kedua dan fasa ini akan menekankan aspek penilaian hasil pendidikan kesihatan dan ToT yang dijalankan sebelum ini (outcome evaluation),” jelasnya lagi. Shaik Farid berkata, inisiatif pembelajaran ilmu rawatan Buletin KELIP - Edisi 2/2023 17 dan perubatan asas kepada komuniti orang asli ini diharap dapat membantu mereka sekiranya mengalami kecemasan sementara menunggu bantuan perubatan khusus tiba di lokasi mereka. “Kebanyakan misi kemanusiaan ke perkampungan orang asli tidak bersifat kekal dan tiada kesinambungan kerana ia sekadar menghantar bekalan ubat, memberi rawatan dan pemeriksaan percuma serta bantuan makanan. “Melalui projek ini, komuniti orang asli memperoleh ilmu perubatan asas untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan dari pihak berwajib tiba. “Sepanjang kursus jangka pendek ini, mereka diberi pendedahan kepada cara merawat dan mencuci luka, membuat 'cardiopulmonary resuscitation' (CPR), rawatan asas kepatahan, rawatan tercekik serta penjagaan kesihatan oral,” ulasnya. Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan untuk komuniti orang asli Pos Pasik antaranya pemeriksaan kesihatan asas dan ubatan yang diperlukan, pemeriksaan pergigian, penyampaian sumbangan kasut sekolah dan kotak pensil serta sumbangan barangan penjagaan kesihatan. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Governan IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Ahmad Muzaffar Ahmad Bakri; Penghulu Pos Pasik, Asem Along; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli, Sani Natiman dan Timbalan Pengarah Projek Pasukan Kesejahteraan USM - Pos Pasik, Dr. Mohd Farried Anwar Mohamed.


18 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: R. Alia Fazni R. Azmi Bawa Hospital kepada Komuniti, USM Perhebat Kempen Pemeriksaan Awal Kanser Payudara Bersama Komuniti


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 19 Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan menerusi Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menganjurkan Karnival Kesejahteraan Payudara Negeri Kelantan atau 'Kelantan Wellness Breast Carnival' (KWBC). Karnival bertemakan 'Kesan Sebelum Kesal: Sihat dan Cantik Cegah Penyakit’ berlangsung selama dua (2) hari di Kompleks Apam Putra, Pasir Mas. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan diri dan kesejahteraan payudara. "Selain itu, ia juga merupakan platform di mana masyarakat dapat menerima maklumat atau advokasi penyakit secara langsung serta penting untuk tujuan pencegahan penyakit. “Karnival ini dilengkapi dengan peralatan untuk pemeriksaan lanjut yang biasanya hanya terdapat di hospital seperti mesin mammogram dan mesin 'ultrasound'," ujar beliau. Tambah Shaharum, berdasarkan statistik, kes yang telah disahkan menghidap kanser payudara di USM menunjukkan peningkatan dengan purata 100 kes setahun. "Dalam 100 wanita yang mendapat kanser, satu (1) daripadanya adalah lelaki. Sehubungan itu, golongan lelaki amat digalakkan untuk tampil membuat pemeriksaan kerana pemeriksaan mammogram juga boleh dilakukan terhadap lelaki," katanya lagi. Shaharum turut berharap supaya karnival seperti ini dijadikan acara tahunan agar semakin ramai berpeluang menikmati kemudahan yang disediakan terutama golongan asnaf dan B40 kerana ia tidak ubah seperti membawa hospital kepada komuniti. Sementara itu, menurut salah seorang pengunjung yang ditemubual, Sepiah Ghani, 58, karnival ini banyak memberi manfaat dan kesedaran berkenaan kepentingan mendapatkan saringan yang sempurna selain dirujuk segera ke hospital sekiranya didapati berisiko. “Saya tertarik untuk hadir ke karnival ini kerana pemeriksaan yang diadakan adalah percuma tanpa perlu ke hospital. "Lokasi penganjurannya amat strategik dan memudahkan penduduk setempat untuk datang membuat pemeriksaan. "Saya ingin menyeru semua warga Kelantan khususnya yang tinggal di daerah Pasir Mas untuk datang melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan awal kerana kanser boleh menyerang tanpa kita sedar," katanya. Turut hadir dalam karnival tersebut ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah; Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Ketua BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Harun dan Pengerusi KWBC, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.


20 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Muhd Zulkifli Zakaria Dalam usaha memberi kesedaran tentang penyakit diabetes dan kepentingan saringan penyakit diabetes dilakukan secara berkala kepada komuniti setempat, Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan mengadakan program 'Lets Walk for Diabetes' sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2023 di Pantai Irama, Bachok. Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat menjalani hidup sihat dan aktif di samping membantu mengekal dan menstabilkan tahap gula dalam darah terutama kepada penghidap diabetes selain mengurangkan risiko diabetes bagi golongan lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM berkata, penyakit kencing manis atau ‘Diabetes Mellitus’ merupakan sejenis penyakit dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) 'Lets Walk For Diabetes': Inisiatif Tarik Masyarakat Jalani Saringan Awal Perangi Diabetes Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2023 Pantai Irama, Bachok Kelantan Bersama Komuniti


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 21 terutama selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. "Secara umum, penyakit kencing manis terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu diabetes jenis satu (I) dan diabetes jenis dua (II). “Diabetes jenis (I) juga dikenali diabetes bersandar insulin (insulin dependent diabetes mellitus) atau diabetes awal remaja yang berkait dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. "Biasanya penghidap jenis ini mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja," katanya. Tambah Mohd Fadhli, diabetes jenis dua (II) pula boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan. “Oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, diabetes jenis II boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, pengambilan ubat secara makan dan suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat berbentuk tablet kurang berkesan,” ujarnya lagi. Mohd Fadhli berkata, semua bentuk diabetes boleh meningkatkan risiko komplikasi jangka panjang yang besar berkait dengan kerosakan saluran darah. "Risiko diabetes adalah faktor risiko utama penyakit kardiovaskular dan kira-kira 75 peratus (%) daripada kematian pesakit diabetes adalah disebabkan oleh penyakit diabetes (kardiovaskular). “Komplikasi lain penghidap diabetes adalah kerosakan kepada mata, buah pinggang dan saraf serta kos yang diperlukan untuk merawat komplikasi ini akan berlipat kali ganda berbanding kos perawatan penyakit diabetes itu sendiri," jelasnya. Mohd Fadhli turut mengingatkan semua pihak betapa pentingnya membuat saringan penyakit diabetes dan saringan faktor risiko kardiovaskular lain seperti darah tinggi dan tahap kolesterol. "Saya berharap agar anda semua meluangkan masa sekejap untuk membuat saringan kesihatan kerana ia ditawarkan secara percuma," katanya. Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur, Pejabat Kesihatan Daerah Bachok, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Daerah Bachok, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok serta Kementerian Belia dan Sukan Bachok yang turut sama menggembleng tenaga melaksanakan program tersebut bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Haji Mohd Huzaimy Che Husin; Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed; Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Mohd Yani Yusof dan Pengarah Projek 'Lets Walk For Diabetes', Dr. Nur Izat Muhammad.


Masyarakat B40 Setiu Terima Manfaat Khidmat Pasukan Program KPT Prihatin Madani Hospital USM 22 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bersama Komuniti


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan Program KPT Prihatin Madani melalui klinik bergerak dan program jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada golongan sasar terutama komuniti luar bandar dalam kalangan B40 yang jauh daripada fasiliti kesihatan. Program ini merupakan salah satu daripada empat (4) program utama yang telah dirangka oleh KPT menerusi Program Semarak Siswa Madani yang diadakan di Pesisir Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Program ini antara lain bertujuan memberi pemeriksaan kesihatan percuma di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan asas kesihatan, demo teknik bantuan asas kecemasan 'cardiopulmonary resuscitation' (CPR), pemberian ubatan asas, demo pemeriksaan sendiri payudara, pemeriksaan 'electrocardiogram' (ECG) jantung dan kolestrol, konsultasi perubatan dan lawatan ke rumah. Hampir 100 orang masyarakat setempat dengan pelbagai latar belakang hadir memeriahkan program yang turut disertai oleh pasukan Unit Klinikal selaku urus setia serta petugas kesihatan dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Hematologi dan Unit Perubatan Pemulihan atau Rehabilitasi. Program ini juga diharap dapat memupuk budaya cakna kesihatan di samping mewujudkan jaringan kerjasama antara USM dengan organisasi luar dan komuniti setempat. Turut hadir dalam program ini adalah Pegawai Perubatan Kesihatan Awam Unit Klinikal, Hospital USM, Dr. Normala Abdul Wahid. Program Semarak Siswa Madani yang diadakan di Pesisir Pantai Penarik Setiu, Terengganu Buletin KELIP - Edisi 2/2023 23


Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan mulut dalam kalangan komuniti orang asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, Unit Sains Asas dan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program ‘Kerana Mulut Badan Binasa, dengan Ilmu Hidup Sejahtera’ pada 29 Ogos lalu. Program yang mendapat suntikan dana daripada Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Sekolah Komuniti Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak Cakna Kesihatan Oral Komuniti Orang Asli, USM Manfaat Suntikan Dana KPT Prihatin Madani 24 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bersama Komuniti


Kebangsaan Pos Kuala Mu itu bertujuan melakukan saringan awal kesihatan gigi dan gusi serta memberi tumpuan kepada pendedahan penggunaan ubat-ubatan secara selamat. Program yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Wan Nazatul Shima Shahidan ini antara lain betujuan meningkatkan taraf kesihatan pergigian komuniti orang asli melalui pengamalan sistem saringan rawatan kesihatan pergigian yang moden selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan status kesihatan mulut masyarakat orang asli dan meningkatkan kadar pengesanan awal penyakit gusi selain menurunkan kadar kehilangan gigi dan penyakit kronik lain dalam kalangan masyarakat orang asli. Pelbagai saringan kesihatan gigi dijalankan kepada komuniti orang asli Pos Kuala Mu antaranya pemeriksaan gigi, penilaian kesihatan gusi dan pendidikan kesihatan mulut. POS KUALA MU Buletin KELIP - Edisi 2/2023 25


26 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Jabatan Surgeri Beri Khidmat Khatan Percuma Bantu Kanak-Kanak B40 Gua Musang Prihatin dan cakna dengan kesukaran kanak-kanak di kawasan pedalaman Gua Musang untuk mendapatkan khidmat berkhatan, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif turun padang mengadakan Program Sunathon Amal Jabatan Surgeri, Hospital USM di Kampung Jerek, Gua Musang pada 26 Ogos lalu. Program yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Belia dan Sukan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jerek, Dr. Muhammad Mahir Che Hassan itu merupakan usaha murni membantu golongan yang memerlukan khususnya keluarga B40 mengkhatankan anak mereka secara percuma. KHATAN PERCUMA Bersama Komuniti


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 27 Suntikan dana daripada Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin Madani ternyata sangat bermakna kerana program khatan percuma ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 74 orang kanak-kanak golongan B40 berusia tujuh (7) hingga 12 tahun daripada Kampung Jerek, Kampung Meranto, Kampung Star, Kampung Bertam Baru dan Kampung Limau Kasturi menyertai program Seramai 42 staf dari Hospital USM terdiri dari Pakar Bedah, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan staf sokongan memberikan khidmat sebagai sukarelawan sepanjang program ini berlangsung. Turut hadir sebagai sukarelawan ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM Profesor Dr. Zaidi Zakaria. KANAK-KANAK B40 GUA MUSANG


28 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bersama Komuniti


Pasukan Petugas Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyantuni penduduk sekitar Pasir Puteh sempena sambutan Maulidur Rasul Pondok-Pondok Negeri Kelantan Tahun 2023. Program yang berlangsung di Padang Pak Amat ini memberi peluang kepada para petugas memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital USM selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan hari ini ialah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan lindungan perubatan (standby). Program ini diharap dapat memupuk budaya cakna kesihatan di samping mewujudkan jaringan kerjasama antara USM dengan organisasi luar dan komuniti setempat. Turut hadir ialah Ketua Perkhidmatan Jaringan Komuniti, Hospital USM, Dr. Norhayati Mohamad. Hospital USM Perkukuh Jaringan Libatsama Komuniti Sempena Sambutan Maulidur Rasul Pondok-Pondok Negeri Kelantan Buletin KELIP - Edisi 2/2023 29


Prihatin Dengan Kesihatan Sistem Reproduktif dan Mental Remaja Perempuan, Jabatan O&G Dekati Remaja Sekolah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) menzahirkan keprihatinan mengenai kesihatan sistem reproduktif dan mental remaja perempuan dengan mengadakan Kempen Kesihatan Remaja pada 14 September lalu. Melalui suntikan dana Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong, Bachok menjadi lokasi pilihan dengan mensasarkan pelajar perempuan tingkatan satu (1) hingga tingkatan lima (5). Program yang mendapat kerjasama Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK) dan Unit Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja dari Pusat Kesihatan Daerah Bachok itu bertujuan memberi pengetahuan tentang kesihatan remaja khususnya kesedaran tentang perubahan fizikal badan semasa proses akil baligh termasuk haid dalam kalangan remaja perempuan selain turut menfokuskan masalah kesihatan mental remaja seperti stres, keresahan dan kemurungan. Selain itu, para pelajar juga diberi pendedahan mengenai penjagaan haid, ketidaknormalan haid dan cara mengatasi masalah haid seperti pendarahan berlebihan, kekurangan darah, senggugut dan juga kebersihan haid melalui sesi ceramah daripada pakar. Turut hadir ialah Pengarah Program Kempen Kesihatan Remaja, Dr. Nik Rafiza Nik Muhamad Afendi. 30 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bersama Komuniti


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 31 Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong, Bachok Kelantan


Pasukan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM A) muncul juara Karnival Bola Sepak Veteran Piala Pengarah Hospital USM selepas mengalahkan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir di Padang Kopa Arena, Kampus Kesihatan USM. Kejohanan ini merupakan salah satu pengisian sempena Sambutan 40 tahun Hospital USM. Selaku juara, pasukan Hospital USM A membawa pulang Piala Iringan Pengarah Hospital USM selain medal dan hamper, manakala pasukan JKNK membawa pulang medal beserta hamper. Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam kejohanan ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim selain memupuk semangat kesukanan. Hospital USM (A) Juarai Karnival Bola Sepak (Veteran), Piala Pengarah Hospital USM 32 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bersama Komuniti


Karnival yang dianjurkan oleh Hospital USM ini turut disertai oleh empat (4) pasukan lain iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pasukan Hospital USM (B), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Hadir menyampaikan hadiah ialah Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pendaftar Kanan, Haji Mohd Saberi Mohd Yusoff. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 33


34 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Pendengaran merupakan salah satu deria penting untuk perkembangan bahasa dan pertuturan. Deria pendengaran membolehkan seseorang mendengar, mengesan, membezakan bunyi, menterjemah dan memahami bunyi-bunyi di persekitaran dan bunyi pertuturan. Sekiranya bayi lahir dengan masalah pendengaran, perkembangan bahasa dan pertuturannya boleh terjejas atau terbantut sama sekali. Tempoh kritikal bagi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah dari sejak lahir sehingga tiga (3) tahun yang pertama. Menurut Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi), Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Syazana Mohd Zainudin, saringan pendengaran bayi adalah ujian asas yang dilakukan ke atas bayi baru lahir untuk mengesan bayi yang mempunyai masalah pendengaran. “Terdapat dua (2) jenis saringan pendengaran bayi iaitu saringan pendengaran berisiko tinggi ke atas bayi yang lahir dengan komplikasi kesihatan dan saringan pendengaran universal iaitu saringan yang dilakukan kepada semua bayi yang lahir di Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Universal Neonatal Hearing Sceening' (UNHS). “Ujian ini sebenarnya bukan perkara baharu, ia mula dilaksanakan pada sekitar tahun 2001. Sekarang ini ia telah diperkemas semula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih menyeluruh di mana kemudahan saringan ini disediakan oleh hampir kesemua hospital kerajaan dan swasta termasuk di Hospital USM,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Nur Syazana, punca utama masalah pendengaran boleh diklasifikasikan kepada dua (2) iaitu masalah pendengaran yang wujud sejak lahir atau dikenali sebagai 'Congenital Hearing Loss' dan masalah pendengaran yang berlaku selepas waktu kelahiran iaitu dalam tempoh perkembangan bayi dikenali sebagai 'Acquired Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan NUR SYAZANA MOHD ZAINUDIN Pegawai Pemulihan Perubatan Unit Audiologi & Patologi Pertuturan Hospital USM Masalah Pendengaran Saringan Awal Kelahiran Bantu Perkembangan Pertuturan Kanak-kanak Sembang Sihat


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 35 Hearing Loss'. “Antara punca masalah pendengaran di Malaysia termasuk faktor genetik, jangkitan telinga, kecederaan kepala atau telinga, terdedah kepada bunyi bising berlebihan dan masalah kesihatan yang lain. "Ia juga boleh terjadi tanpa diketahui puncanya,” jelasnya lagi. Nur Syazana turut menerangkan bahawa data terkini UNHS di hospital KKM melaporkan empat (4) daripada 1,000 bayi dikenal pasti mengalami masalah pendengaran jenis kekal. "Angka tersebut bagaimanapun hanya berpandukan 62 peratus (%) daripada jumlah bayi yang menjalani saringan pendengaran ketika ini. “Sehubungan itu, KKM menyasarkan peningkatan penyertaan UNHS dalam kalangan bayi di negara ini dengan lebih menyeluruh untuk pengesanan awal masalah pendengaran. “Hal ini supaya rawatan dan rehabilitasi yang bersesuaian dapat dimulakan seawal yang boleh supaya perkembangan bayi tidak terganggu atau terbantut terutamanya untuk perkembangan bahasa, pertuturan dan sosial," ujarnya. Nur Syazana berkata, pekak dan bisu sangat sinonim dalam masyarakat dan dengan rawatan awal kita mahu mengubah persepsi itu kepada orang yang pekak juga boleh bercakap. "Ujian saringan pendengaran kebiasaannya dilakukan sebelum bayi dibenarkan pulang ke rumah atau discaj. "Ini adalah bertujuan untuk memastikan keputusan ujian tidak dipengaruhi oleh salur telinga bayi yang dipenuhi vernix," ulasnya lanjut. Menurut Nur Syazana lagi, ujian saringan pendengaran merupakan kaedah yang selamat, mudah, dan sangat cepat untuk dilakukan. "Ia hanya memerlukan bayi yang berada dalam keadaan tenang, ruang yang senyap dengan penggunaan mesin ujian. “Terdapat dua (2) jenis mesin untuk ujian saringan pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi iaitu mesin ujian 'Otoacoustic Emission' (OAE) dan 'Automated Auditory Brainstem Response' (AABR). “OAE akan digunakan untuk saringan pertama dan sekiranya tidak lulus, ibu bapa akan diberi temujanji susulan dalam tempoh sebulan untuk ujian saringan kedua menggunakan mesin AABR," katanya. Beliau berkata, sekiranya saringan kedua juga gagal, temujanji untuk ujian diagnostik lebih terperinci akan diberikan untuk mengetahui status pendengaran sebenar bayi. “Garis panduan yang diguna pakai ialah 1, 3, 6 iaitu saringan seawal satu (1) bulan, ujian diagnostik seawal tiga (3) bulan dan rawatan atau pemulihan sebelum berumur enam (6) bulan. “Bagi proses rawatan ini, Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) akan bergabung dengan pakar – pakar lain seperti pakar dari Jabatan Otorinolaringologi (ORL) dan Terapis Pertuturan,” jelasnya lagi. Nur Syazana turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dengan pendengaran dan perkembangan anak-anak terutamanya apabila anak tidak memberi respon kepada bunyi atau lambat bercakap bagi mengelak kelewatan mendapatkan rawatan.


Kehamilan remaja adalah isu sosial yang kompleks dengan pelbagai dimensi dan cabaran serta ia merujuk kepada kejadian kehamilan dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 19 tahun. Kehamilan remaja boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti perkahwinan bawah umur atau kebanyakannya disebabkan aktiviti seksual bebas dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Dianggarkan secara purata 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pakar yang juga Pensyarah Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Engku Husna Engku Ismail berkata, kajian penduduk dan keluarga Malaysia yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2015 mendapati pengetahuan mengenai aspek seksualiti dan kesihatan reproduktif masih rendah dalam kalangan remaja di Malaysia. “Kehamilan remaja berlaku apabila kurang pendidikan seksual kerana mereka tidak mengetahui kemungkinan akan mengandung sekiranya aktif seksual dengan teman lelaki dan risiko seksual termasuk jangkitan kelamin atau STD serta kurang kesedaran akses kepada alat merancang kehamilan disebabkan remaja masih mentah. “Faktor lain melibatkan sosial dan budaya iaitu pengaruh rakan sebaya, media sosial yang bebas, pornografi dan pemakaian yang menjolok mata atau mengikut 'trend', kurang komunikasi dan sokongan keluarga terbuka termasuk pendidikan kesihatan seksual, penjagaan diri dan maruah juga antara penyebab berlakunya kehamilan dalam kalangan remaja," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat di Kelantan FM. Tambah Engku Husna, antara faktor lain yang turut menjadi punca berlakunya kehamilan dalam kalangan remaja ialah aspek Teks : Marlina Zahari DR. ENGKU HUSNA ENGKU ISMAIL Pakar dan Pensyarah Obstetrik & Ginekologi Jabatan Obstetrik & Ginekologi Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Pergaulan Bebas Punca Kehamilan dalam Kalangan Remaja 36 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sembang Sihat


sosioekonomi yang melibatkan kemiskinan, keluarga berpecah-belah, keganasan rumah tangga, penderaan mental, fizikal, seksual dari keluarga dan rakan. "Masalah yang terdapat pada kehamilan remaja yang berisiko kesihatan dengan komplikasi mengandung ialah kekurangan darah (anemia), perkembangan bayi terbantut semasa dalam kandungan, cacat, darah tinggi, kemurungan ibu, kelahiran pramatang, kelahiran yang sukar, bayi lemas, tumpah darah, jangkitan kuman dan kematian ibu. "Bayi juga berpotensi dilahirkan kurang berat badan, lemas sewaktu kelahiran sehingga boleh mengakibatkan kematian. "Bayi itu juga berisiko untuk tidak disayangi seperti kanak-kanak lain semasa proses tumbesaran di atas pelbagai faktor," ujarnya lagi. Engku Husna berkata, aspek pencegahan sangat penting untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang atau jauhi seks bebas sebelum alam perkahwinan dengan menjaga maruah diri seeloknya. Beliau berkata, bagi mengurangkan masalah kesihatan remaja ketika hamil, mereka perlu membuat pemeriksaan awal kandungan, perawatan kesihatan serta mendapat sokongan moral yang cukup sepanjang dan selepas kehamilan. "Komunikasi terbuka dalam keluarga, sokongan moral untuk penjagaan bayi selepas kelahiran secara Buletin KELIP - Edisi 2/2023 37 terperinci adalah penting sebagai pendokong remaja tersebut meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik. "Ibu bapa dinasihatkan untuk mengawasi tingkah laku anak-anak dan peka dengan persekitaran serta pergaulan mereka terutama apabila terdapat perubahan tingkah laku kerana mencegah kehamilan adalah lebih baik daripada merawat kehamilan yang tidak dirancang atau dijangka," ulasnya lanjut.


DR. NUR FATIEN MUHAMAD SALLEH Pensyarah Universiti Program Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Pencemaran air merujuk kepada keadaan di mana air tercemar oleh bahan-bahan berbahaya seperti zat-zat kimia, fizikal atau biologi yang boleh merosakkan kualiti air dan mengancam hidupan akuatik serta manusia. Punca utama pencemaran air adalah daripada pembuangan sisa industri dan rumah tangga, penggunaan baja dan racun perosak berlebihan dalam pertanian serta pencemaran akibat aktiviti perlombongan dan kapal-kapal di laut. Impak jangka panjang pencemaran air adalah seperti penularan penyakit diare, infeksi kulit, keracunan akibat paparan bahan kimia berbahaya, kematian hidupan akuatik dan gangguan pada rantai makanan dalam ekosistem. Menurut Pensyarah Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Dr. Nur Fatien Muhamad Salleh, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran berpunca dari rumah. “Gunakan sistem pengurusan sisa rumah yang baik seperti tangki septik dan amalkan penggunaan produk pembersih yang mesra alam bagi mengurangkan kesan negatif terhadap kualiti air. “Kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap pengurusan sisa dengan betul perlu ditingkatkan selain tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang melakukan kesalahan membuang sisa sewenang-wenangnya,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Nur Fatien, aktiviti pertanian turut menyumbang kepada pencemaran air apabila aliran bahan kimia dari tanah pertanian mengalir ke sumber air. "Hal ini boleh diatasi melalui beberapa langkah iaitu memastikan teknik yang betul semasa menggunakan baja dan racun perosak serta amalkan sistem pengurusan air hujan seperti kolam tahan air Teks: Mohd Hafiz Ya’acob 38 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Air Bersih untuk Kesihatan, Kenali Punca dan Solusi Atasi Pencemaran Sembang Sihat


atau rawatan air hujan. “Selain itu, amalkan tanaman penutup tanah untuk mengurangkan hakisan tanah selain memberi pendidikan dan latihan kepada petani mengenai amalan pertanian yang lestari,” katanya lagi. Nur Fatien berkata, penggunaan teknologi juga mampu membantu mengatasi pencemaran air. “Penggunaan Teknologi Rawatan Air Sisa yang canggih mampu membersihkan sisa sebelum dibuang selain penggunaan sensor dan teknologi pengesan untuk mengenal pasti dan mengesan punca pencemaran air dengan kadar yang lebih cepat. “Teknologi pertanian lestari seperti penggunaan sistem penyiram titisan dan baja organik juga mampu mengurangkan aliran bahan kimia berbahaya ke dalam sumber air. “Selain itu, penggunaan teknologi mesra alam seperti panel suria dan kenderaan elektrik turut mengurangkan kesan negatif terhadap kualiti air,” ujarnya. Nur Fatien menegaskan bahawa sangat penting bagi pihak berkuasa melaksanakan tindakan pengawasan dan penguatkuasaan untuk menghalang pembuangan sisa secara tidak teratur yang menyebabkan pencemaran air. "Perkara ini amat penting bagi menjaga kualiti air, kesihatan manusia dan memastikan kelestarian sumber air untuk generasi masa depan," ulasnya lanjut. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 39


DR. HANIM AFZAN IBRAHIM Pakar Patologi Kimia Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Ujian air kencing atau analisis urin merupakan satu kaedah diagnostik yang umum digunakan dalam bidang perubatan untuk mengidentifikasi pelbagai masalah kesihatan melalui analisis komponen-komponen dalam air kencing. Ujian air kencing dilakukan untuk mengesan masalah kesihatan seperti jangkitan kuman pada saluran kencing, diabetes atau kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan gangguan kesihatan lain yang dapat mempengaruhi keseimbangan tubuh. Menurut Pakar Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Hanim Afzan Ibrahim, semua bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam tubuh seperti urea, kretinin, ubat-ubatan, dadah dan lain-lain akan disingkirkan bersama-sama urin daripada sistem ginjal sebagai penuras melalui ureter ke pundi kencing untuk dikumpulkan dan keluar sebagai air kencing. “Air kencing yang keluar adalah hasil perkumuhan badan yang penting untuk memberi isyarat bahawa badan kita mempunyai masalah kesihatan yang dikesan melalui analisa atau ujian air kencing. “Kebiasaannya, Pegawai Perubatan akan meminta pesakit membuat ujian air kencing untuk mengetahui masalah kesihatan yang dihadapi pesakit sama ada mempunyai masalah buah pinggang, penyakit hati, masalah dengan darah ataupun diabetes. “Pemeriksaan air kencing atau analisis urin merangkumi ujian strip dan ujian mikroskopi untuk melihat kehadiran komponen dalam air kencing” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Hanim Afzan, melalui ujian mikroskopik pula, kita dapat mengesan kehadiran mikroorganisma atau bakteria yang menunjukkan terdapat jangkitan kuman pada saluran kencing pesakit. Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan Ujian Air Kencing, Kaedah Mudah Saring Penyakit dalam Badan Secara Menyeluruh 40 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sembang Sihat


“Kita boleh mengenal pasti melalui mikroskop apakah jenis kuman yang terlibat supaya Pegawai Perubatan dapat memberi preskripsi antibiotik bersesuaian dengan jenis kuman. “Namun begitu, sekiranya keputusan ujian normal tetapi mempunyai simptom-simptom yang jelas, pesakit mungkin akan diminta untuk membuat ujian ulangan (mengumpul urin sekali lagi) kerana berkemungkinan sampel air kencing yang diambil sebelum ini terlalu sedikit atau cair untuk mendapatkan keputusan yang tepat. “Ujian ini juga sebagai ujian untuk memantau komplikasi pesakit kencing manis dan darah tinggi supaya ia dapat di kesan lebih awal dan rawatan awal dapat diberikan” terangnya lagi. Hanim Afzan turut menjelaskan bahawa pesakit disarankan mengambil sampel air kencing pertama pada waktu pagi untuk ujian kerana ia lebih pekat atau tepu serta lebih mudah untuk mengesan sebarang kehadiran substrat yang tidak normal. “Namun begitu, sampel air kencing rawak (air kencing yang diambil pada bila-bila masa) juga boleh digunakan. ”Pegawai yang bertugas perlu memberi arahan dengan baik mengenai prosedur yang betul untuk mengambil sampel urin seperti memastikan botol yang digunakan bersih dan dilabel nama, basuh tangan menggunakan sabun terlebih dahulu dan bersihkan bahagian alat sulit serta keringkan dengan tisu bersih sebelum mengumpul air kencing,” ujarnya. Hanim Afzan berkata, pesakit juga diingatkan untuk tidak memasukkan bahagian pertama air kencing yang keluar kerana dikhuatiri air kencing itu sudah tercemar dengan bakteria pada kulit yang boleh menyebabkan kesalahan keputusan analisa. ”Pesakit perlu kencing terlebih dahulu, berhenti dan sambung kembali kencing di dalam bekas yang disediakan. “Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor. “Hantar sampel segera atau kurang dari dua (2) jam kerana sampel air kencing boleh berubah menjadi alkali apabila terdedah lama,” tegasnya. Menurut Hanim Afzan lagi, ujian air kencing juga adalah satu ujian rutin yang dijalankan semasa temu janji ibu mengandung. “Ini kerana ibu mengandung berisiko mengalami masalah diabetes atau darah tinggi semasa mengandung. “Adalah penting untuk kita pastikan ibu mengandung bebas daripada diabetes dan darah tinggi kerana ia akan memberi komplikasi kepada bayi. “Ibu mengandung juga mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada salur kencing di mana simptom adalah tidak jelas dan hanya boleh dikesan melalui hasil ujian air kencing,” ulasnya lanjut. Hanim Afzan turut menasihatkan orang awam agar lebih peka dengan perubahan badan seperti perubahan pada warna air kencing dan sebagainya serta terus ke klinik atau hospital berdekatan untuk melakukan ujian air kencing dan rawatan segera sebelum menjadi semakin parah. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 41


RUZZAIRIEN RAMLI Pegawai Psikologi Unit Klinikal Hospital USM Kehilangan adalah satu perkara dalam kehidupan yang tidak dapat dielak dan menjadi titik tumpuan perbincangan dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama. Kehilangan, terutamanya kematian adalah sinonim dengan perjalanan kehidupan manusia di dunia. Keadaan ini mencetuskan keperluan untuk memahami, menghormati dan memberikan sokongan kepada individu yang menghadapinya. Pegawai Psikologi, Unit Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Ruzzairien Ramli berkata, kehibaan atau disebut sebagai ‘grief’ adalah satu gejala emosi yang akan dirasai apabila berlakunya kehilangan yang signifikan termasuk kematian. "Perubahan emosi dapat dilihat sekiranya kematian tersebut melibatkan ibu bapa, anak, pasangan hidup atau kenalan rapat. “Kehibaan adalah perkara yang normal dan ia bukan satu penyakit tetapi jika tidak diuruskan dengan betul, ia berisiko menjadi komplikasi atau penyakit mental yang memerlukan bantuan profesional. “Kehibaan bergantung kepada jenis kehilangan dan ia terbahagi kepada empat (4) jenis iaitu kehibaan yang sebenar di mana ia berlaku dalam situasi sebenar, imaginasi yang berlaku secara gambaran atau andaian, kehibaan diduga iaitu kehilangan yang boleh dijangka dan kehilangan yang tidak jelas iaitu kehilangan yang tiada kepastian atau penutup (closure),” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Ruzzairien, 'grief' mempunyai fasa tetapi tiada kerangka masa yang betul atau spesifik. “Terdapat lima (5) fasa kehibaan iaitu fasa penafian, kemarahan, pengharapan, kemurungan dan penerimaan. "Namun tidak semua individu akan melalui fasa ini secara Teks : Muhd Zulkifli Zakaria 42 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Urus Emosi Tangani Kesan Lebih Buruk Hadapi Kehilanganfi Sembang Sihat


berperingkat kerana ia adalah satu proses yang tidak linear iaitu boleh berbalik antara fasa-fasa tersebut," jelasnya lagi. Ruzzairien berkata, untuk mengurus dan menangani kehibaan, individu tersebut boleh menggunakan konsep 3A iaitu ‘Acknowledge’, ‘Adapt’ dan ‘Appreciate’ sebagai panduan. "'Acknowledge' bermaksud mengakui dan melabel emosi yang dirasai seterusnya mengendalikannya. "Beri masa pada diri dan cuba ekspresikan emosi tersebut di samping aplikasi teknik kawalan pernafasan, menulis, 'grounding' dan berkongsi dengan individu yang dipercayai. "Apabila emosi kembali stabil, individu dapat berfikir dengan lebih rasional bahawa kematian adalah suatu perkara yang pasti dan di luar kawalan manusia," ujarnya. Menurut beliau, 'adapt' ialah penyesuaian diri dengan keadaan semasa iaitu membentuk identiti dan peranan baharu. "Hal ini termasuklah perubahan rutin, meneroka minat dan aktiviti serta membina hubungan baharu. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 43 "'Appreciate' pula ialah mengekalkan keterikatan dengan individu yang meninggal dunia dengan menghargai kehadirannya dalam hidup. "Contohnya dengan mengingati mereka melalui doa, meneruskan amalan-amalan yang dilakukan atau memenuhi impian serta hajat mereka sebelum ini," ulasnya lanjut. Ruzzairien berkata, melalui konsep 3A ini, individu dapat menghadapi kehibaan dengan lebih sihat dan memberi makna baharu dalam hidup. Beliau turut menjelaskan bahawa kehilangan adalah cabaran besar dalam kehidupan dan setiap individu akan menghadapinya dengan cara yang berbeza. "Perkara paling penting adalah mencari sokongan, menjaga diri sendiri dan memberi ruang kepada diri untuk merasai perasaan hiba semasa berduka. "Dengan memahami dan menghormati pengalaman ini, kita dapat membantu individu yang berduka melalui proses hiba dengan lebih baik," katanya.


Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah supaya sentiasa dalam keadaan normal. Dalam badan manusia, selepas setiap kali pengambilan makanan, karbohidrat daripada makanan akan ditukarkan kepada gula ringkas dan ini menyebabkan paras gula di dalam darah meningkat. Apabila paras gula di dalam darah meningkat, insulin akan dirembes dan merangsang sel-sel badan terutamanya hati, otot dan sel-sel lemak untuk menyerap gula yang terdapat dalam darah untuk disimpan sebagai sumber tenaga atau glikogen dan insulin akan bertindak untuk merencat pemecahan glikogen kepada gula di dalam hati ke dalam darah sehingga paras gula di dalam darah kembali normal. Pakar yang juga Pensyarah Patologi (Patologi Kimia), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Aniza Mohammed Jelani berkata, kerintangan insulin ialah gangguan fungsi hormon insulin di mana berlaku kegagalan tisu-tisu badan untuk bertindak balas terhadap hormon ini. “Ini menyebabkan gula tidak dapat diserap masuk ke dalam tisu untuk diproses dan seterusnya berlaku pengumpulan gula dalam darah pada kadar yang tinggi. “Apabila keadaan ini berlaku, badan bertindak balas menghasilkan lebih banyak insulin daripada kebiasaan untuk meningkatkan kemasukan gula ke dalam tisu. “Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, paras insulin yang banyak ini tidak lagi mampu menampung jumlah gula dalam darah dan menyebabkan berlakunya hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah),” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Aniza, sekiranya masalah kerintangan insulin tidak dikawal atau diatasi, seseorang individu itu akan terdedah kepada risiko Teks : Marlina Zahari 44 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 DR. ANIZA MOHAMMED JELANI Pakar Patologi (Patologi Kimia) & Pensyarah Perubatan Jabatan Patologi Kimia Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Kerintangan Insulin: Punca dan Kesannya Sembang Sihat


mendapat penyakit diabetes mellitus. “Pengetahuan tentang kerintangan insulin adalah sangat penting memandangkan pada masa kini semakin ramai masyarakat kita menghadapi masalah ini. “Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2022 menunjukkan kadar prevalens kerintangan insulin dalam kalangan rakyat Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 50.4 peratus (%),” jelasnya lagi. Aniza berkata, kerintangan insulin berpunca daripada faktor persekitaran seperti gaya hidup, aktiviti seharian dan pemakanan selain turut disebabkan oleh faktor genetik tertentu. “Terdapat beberapa golongan individu yang berisiko mendapat kerintangan insulin iaitu golongan obesiti yang mempunyai berat badan berlebihan, gaya hidup Buletin KELIP - Edisi 2/2023 45 yang sedentari dan tidak aktif melakukan senaman, pengamal pemakanan yang tidak sihat dengan mengambil makanan yang manis dan tinggi kandungan karbohidrat, faktor genetik yang mempengaruhi kewujudan kerintangan insulin dan penghidap penyakit ‘polycystic ovarian syndrome’, katanya. Aniza turut menjelaskan bahawa selain penyakit diabetes mellitus, kerintangan insulin mempunyai perkaitan rapat dengan pelbagai masalah kesihatan lain. “Ini kerana selain fungsi utama insulin dalam mengawal paras gula darah, ia juga mempunyai beberapa fungsi lain antaranya metabolisma lemak, mengawal fungsi salur darah, mengawal penyimpanan dan penghasilan tenaga oleh otot dan hati serta mempengaruhi fungsi organ lain seperti buah pinggang, jantung, mata dan lain-lain. “Gangguan dalam fungsi insulin atau kerintangan insulin akan berkait rapat dengan masalah dislipidaemia (kandungan lemak darah yang tinggi), penyakit kardiovaskular, paras asid urik yang tinggi, gangguan inflamasi dan sebagainya,” ulasnya lanjut. Aniza turut memberitahu bahawa kerintangan insulin boleh diatasi melalui pengawalan berat badan yang ideal iaitu sebanyak lima (5) hingga tujuh (7) peratus daripada berat badan asal berkesan mengatasi masalah kerintangan insulin serta mengelak risiko mendapat diabetes mellitus. “Pengambilan makanan seimbang dengan mengutamakan serat atau sayur-sayuran diikuti nutrien penting seperti sumber protein sihat, karbohirat, oat serta roti bergandum penuh untuk mengelak pengambilan makanan manis serta makanan tinggi lemak dan kandungan garam. “Di samping itu, amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti harian yang aktif serta melakukan senaman berkala sangat berkesan dalam mengatasi masalah kerintangan insulin,” katanya


Pengesanan awal penyakit melalui saringan kesihatan amat penting kerana kebiasaannya penyakit yang dikesan pada peringkat awal lebih mudah dirawat. Saringan kesihatan merupakan pemeriksaan kesihatan yang mana melibatkan sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal bagi mengesan kehadiran atau tanda-tanda awal kehadiran penyakit yang tidak disedari. Menurut Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Imran Ahmad, tujuan utama saringan kesihatan dilakukan adalah untuk mengesan sebarang penyakit dalam badan seseorang bagi memastikan ia sihat atau sebaliknya. “Ia melibatkan proses mendapatkan sejarah kesihatan, melakukan pemeriksaan fizikal dan menjalani ujian yang perlu. “Ini penting kerana pengesanan awal, siasatan susulan serta rawatan segera mampu mengurangkan risiko komplikasi kesihatan yang teruk,” ujarnya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat Kelantan FM. Tambah Imran, terdapat pelbagai penyakit yang boleh dihidapi oleh seseorang. “Secara dasarnya, penyakit yang dikesan dan berada di peringkat awal serta keadaannya tidak teruk lebih mudah dirawat berbanding penyakit yang lambat dikesan. “Sesetengah penyakit dapat disembuhkan apabila dikesan dan dirawat dengan segera sebelum timbulnya pelbagai komplikasi penyakit yang biasanya lebih susah untuk dirawat. “Lebih teruk lagi, bagi sesetengah penyakit tertentu rawatan yang dapat diberikan hanyalah bersifat paliatif bertujuan memberi keselesaan kepada pesakit menjalani hari-hari terakhir kehidupan,’ jelasnya lagi. Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood PROFESOR MADYA DR. IMRAN AHMAD Pakar Perubatan Keluarga Jabatan Perubatan Keluarga Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Saringan Kesihatan: Cegah Sebelum Parahfi 46 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sembang Sihat


Imran menjelaskan bahawa perkhidmatan saringan kesihatan boleh dibuat di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan dan juga klinik swasta. “Hospital swasta juga menawarkan perkhidmatan eksekutif saringan kesihatan termasuk Hospital USM melalui Poliklinik USAINS bagi mereka yang inginkan masa yang fleksibel untuk melakukan saringan ini. “Seseorang itu juga perlu melakukan beberapa persediaan sebelum melakukan saringan kesihatan seperti membuat pengesahan dengan klinik sama ada perlu berpuasa atau tidak sekiranya ia melibatkan pengambilan darah,” katanya. Selain itu, Imran turut berpesan agar masyarakat cakna perubahan kesihatan diri dan mengambil peluang melakukan pemeriksaan kesihatan yang disediakan sekiranya diadakan di sekitar kawasan kediaman masing-masing. “Orang ramai juga boleh mengunjungi klinik-klinik terdekat jika ingin melakukan saringan kesihatan kerana ia tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan pelan pelaburan untuk kesejahteraan masa hadapan kita semua,” ulasnya lanjut. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 47


Mata merupakan anugerah yang sangat berharga bagi setiap insan. Bagi memastikan deria penglihatan ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna, penjagaan mata perlu dititik beratkan bukan sekadar melalui pemilihan makanan dan vitamin, namun aspek keselamatan mata juga wajib diambil tahu. Kajian retrospektif kecederaan mata pada tahun 2021 di Malaysia menunjukkan sebanyak 8,861 kes kemalangan di tempat kerja melibatkan kecederaan mata telah didaftarkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepanjang lima (5) tahun pemantauan. Berdasarkan kajian antarabangsa pula melaporkan bahawa peratusan kecederaan mata berlaku di tempat kerja adalah lebih tinggi iaitu 38.5 peratus (%) berbanding akibat kemalangan jalan raya 20.5%, bersukan sebanyak 29% dan melalui pergaduhan 5%. Sebanyak 72.5% daripada kes kecederaan mata yang dilaporkan di tempat kerja adalah akibat tusukan manakala 26.5% akibat hentaman dan 1% kesan percikan bahan kimia. Pakar Oftalmologi dan Pensyarah Perubatan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shahidatul Adha Mohamad berkata, kempen kesedaran keselamatan mata perlu dipertingkatkan untuk memberi kefahaman kepada pekerja terhadap risiko yang boleh mencederakan mata di tempat kerja dan ini sejajar dengan tema sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2023 - 'Love Your Eyes at Work'. “Stigma masyarakat yang menganggap risiko kecederaan mata di tempat kerja hanya berlaku dalam kalangan pekerja pembinaan sahaja perlu dikikis. "Mereka perlu sedar aspek lain dalam kegiatan seharian juga boleh menjadi punca kecederaan mata seperti debu, habuk, besi, logam, kaca, serpihan konkrit, peralatan kerja yang tidak stabil, percikan bahan kimia, cahaya kimpalan, cahaya radiasi dan objek yang terpelanting menusuk ke dalam mata. Teks: Mohd Hafiz Ya’acob DR. SHAHIDATUL ADHA MOHAMAD Pakar Oftalmologi & Pensyarah Perubatan Jabatan Oftalmologi & Sains Visual Pusat Pengajian Sains Perubatan USM 48 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Keselamatan Mata di Tempat Kerja: Ambil Cakna Elak Risiko dan Bahaya Sembang Sihat


“Selain itu, penggunaan telefon pintar dan komputer dalam tempoh yang lama turut berbahaya kerana boleh menyebabkan mata menjadi kering, kabur, sakit kepala dan kelesuan atau dikenali sebagai ‘digital eye strain'," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Menurut Shahidatul, kecederaan mata yang seringkali berlaku di tempat kerja secara amnya dikategorikan kepada dua (2) iaitu kecederaan traumatik dan kecederaan pendedahan. “Kecederaan traumatik ialah seperti hentakan objek tumpul atau tusukan objek tajam yang menyebabkan risiko pendarahan dalam mata, pecah bola mata atau menembusi keseluruhan mata. "Kecederaan pendedahan pula berpunca daripada bendasing seperti habuk sampah, habuk besi, percikan bahan kimia berbahaya seperti asid atau alkali yang mengakibatkan luka atau melecet pada kornea," jelasnya lagi. Tambah Shahidatul, lebih 85% kes kecederaan mata berkaitan kerja biasanya berlaku ketika mereka sedang menggerudi, mengimpal besi dan memotong logam, manakala 10% lagi berlaku ketika sedang bertukang dan menukul. "Individu yang berisiko tinggi mendapat kecederaan mata ketika di tempat kerja adalah dalam kalangan mekanik, jurukimpal, tukang rumah, pekerja sektor pembinaan, ahli sukan, pemotong rumput dan tukang cuci. "Bagi memastikan pekerja mengambil langkah keselamatan di tempat kerja, satu Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja telah dibangunkan oleh Unit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. "Langkah keselamatan tersebut adalah mengenal pasti punca risiko, mewujudkan suasana kerja yang selamat, memastikan peralatan berfungsi dengan baik, memilih alat pelindung yang sesuai dan memastikan alat pelindung sentiasa berada dalam keadaan baik," ujarnya. Shahidatul berkata, pelindung mata wajib digunakan apabila melakukan kerja yang terdedah kepada bahaya bagi mencegah kecederaan serta risiko kehilangan penglihatan kekal dan perlu bersesuaian dengan pekerjaan bergantung kepada jenis bahaya, persekitaran kerja dan keperluan individu. "Majikan juga perlu memainkan peranan dalam isu keselamatan mata di tempat kerja dengan membuat caruman dengan PERKESO. “Majikan perlu bertanggungjawab membuat caruman PERKESO kepada pekerja memandangkan kecederaan atau kemalangan berpotensi berlaku di semua tempat kerja selain wajib menyediakan alat pelindung mata yang bersesuaian supaya dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku," katanya. Shahidatul turut mengingatkan bahawa kemalangan mata masih boleh berlaku walaupun alat pelindung mata digunakan. "Namun begitu, tahap kecederaan mata yang dialami tidak begitu serius atau kritikal. “Sekiranya berlaku tusukan bahan tajam seperti kepingan besi, paku, skru, kaca, jangan sesekali cuba mencabutnya keluar dari mata sebaliknya harus segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut kerana bahan tajam ini perlu dikeluarkan melalui pembedahan," ulasnya. Jelas Shahidatul, bagi mereka yang terkena percikan bahan kimia atau pencuci, segera basuh mata dengan melalukan air bersih yang mengalir selama 20 minit dan terus ke klinik atau hospital untuk iritasi selanjutnya. "Rujukan kepada doktor mata adalah sangat penting bagi melihat dan menilai kecederaan pada setiap struktur mata supaya rawatan dapat diberikan dengan betul,” ujar beliau lagi. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 49


Gigi merupakan salah satu anggota badan yang penting dan mempunyai tiga lapisan iaitu enamel, dentin serta pulpa gigi. Pulpa gigi terdiri daripada saraf, saluran darah dan tisu penghubung. Apabila bakteria masuk dalam pulpa, ia boleh menyebabkan keradangan atau nekrotik (mati). Gigi yang mengalami keradangan atau mati perlu dirawat melalui rawatan mati saraf gigi atau dikenali sebagai rawatan kanal (salur) akar yang boleh dilakukan oleh doktor pergigian am atau pakar endodontik (pakar rawatan akar gigi) bagi kes yang rumit. Pensyarah Pergigian, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Huwaina Abd Ghani berkata, rawatan ini merupakan rawatan alternatif untuk gigi yang telah rosak teruk supaya tidak perlu dicabut dan boleh terus kekal berfungsi. “Kebaikan mendapatkan rawatan mati saraf gigi ini adalah gigi tersebut masih kekal di dalam mulut dan dapat berfungsi untuk mengunyah serta mengekalkan estetik setiap pesakit dengan kadar kelangsungan sebanyak 95 peratus (%) sepanjang tempoh empat (4) tahun. “Dengan rawatan yang sesuai dan tahap praktis yang tinggi, kemungkinan besar gigi yang telah melalui proses rawatan mati saraf gigi mampu bertahan untuk seumur hidup,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat Kelantan FM. Menurut Huwaina, rawatan mati saraf gigi diperlukan apabila jangkitan pada rongga gigi tidak dirawat untuk masa yang lama dan jangkitan juga mungkin berlaku apabila individu tersebut mengalami gigi patah atau rosak akibat trauma. “Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya diberi dua pilihan rawatan gigi iaitu menjalankan rawatan mati saraf gigi ataupun cabutan gigi. “Rawatan mati saraf gigi adalah pilihan terbaik sekiranya gigi tersebut masih mempunyai struktur korona gigi yang mencukupi dan Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan DR. HUWAINA ABD GHANI Pensyarah Pergigian Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Rawatan Mati Saraf Gigi, Elak Gigi Kekal Yang Rosak Dicabut 50 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sembang Sihat


Click to View FlipBook Version