The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KELIP Edisi 2 2023
Kampus Kesihatan USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nor Azlin Wan Azlan, 2024-03-30 23:37:48

Buletin KELIP Edisi 2 2023

Buletin KELIP Edisi 2 2023
Kampus Kesihatan USM

Buletin KELIP - Edisi 2/2023 101 sepatutnya berlaku kerana yang paling layak membuat keputusan perawatan adalah pesakit yang menerima rawatan itu sendiri,” jelasnya lagi. Tambah Nik Hisamuddin, sebagai pegawai perubatan yang bertanggungjawab, kita perlu membantu pesakit membuat sebarang keputusan dan bukan membuat keputusan untuk mereka. "Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 Peringkat Hospital USM diadakan untuk meningkatkan pemahaman mengenai keselamatan pesakit, meningkatkan penglibatan orang ramai dalam keselamatan perawatan kesihatan dan mempromosi tindakan secara global untuk mencegah serta mengurangkan bahaya yang dapat dielakkan dalam perawatan kesihatan. "Pada tahun ini, sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia bertemakan 'Engaging Patients For Patient Safety' yang memfokuskan penglibatan pesakit, keluarga dan penjaga mereka secara aktif dalam memastikan penjagaan yang selamat. "Penglibatan ini terbukti memberi impak yang ketara dalam memastikan pesakit selamat, meningkatkan kadar kepuasan pesakit dan seterusnya tahap kesihatan pesakit," ujarnya. Nik Hisamuddin turut menjelaskan bahawa pengurusan Hospital USM sentiasa memastikan proses yang terlibat dalam pengurusan pesakit sentiasa dikemas kini dan ditambah baik menerusi polisi, prosedur operasi standard dan garis panduan klinikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang efesien, efektif dan berpaksikan pesakit. "Saya berharap agar semua pihak memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran tentang pentingnya peranan pesakit serta waris dalam mengekalkan standard keselamatan dalam penjagaan kesihatan," katanya. Pesakit Sedunia Hari Keselamatan ‘World Patient Safety Day’ Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Insfrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraff Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah (Klinikal), Profesor Dr. Zaidi Zakaria merangkap Pengerusi Program sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia.


Shaharum Shamsuddin mewakili Naib Canselor USM dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak bagi pihak USM manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shahfieq Senan dan Ketua Pegawai Pemasaran, Muhamad Azhar Hasan bagi pihak ZN Abqary Enterprise. Menurut Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, perjanjian penyelidikan ini merupakan langkah awal yang signifikan dalam usaha menggabungkan penyelidikan daripada pelbagai latar belakang untuk menangani masalah baharu terutamanya dalam bidang perubatan komplementari dan tradisional. "Kerjasama ini penting bagi berkongsi kepakaran dalam kemajuan bidang sains kesihatan selain mencerminkan aspirasi untuk membina kerjasama pintar dan dinamik antara universiti dan industri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Universiti Sains Malaysia (USM) dan ZN Abqary Enterprise memeterai perjanjian geran penyelidikan untuk berkongsi kepakaran dalam penyelidikan bagaimana ‘Plukenetia Volubilis’ atau lebih dikenali sebagai ‘Sacha Inchi’ dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan. Kerjasama dua (2) hala antara USM dan ZN Abqary Enterprise ini mencakupi usaha sama selama tiga (3) tahun dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk bagi projek yang bertajuk 'Elucidating the Anti-Hypercholestrolaemic Mechanism of Plukenetia Volubilis Via Lipid Peroxidation and Anti-Glycation Pathway' (Mekanisme Peroksidasi Lipid dan Laluan Anti-glikasi Sacha Inchi atau Plukenetia Volubilis Sebagai Agen Anti-hiperkolesterol). Hadir menandatangani perjanjian ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Kolaborasi Saintis USM dan ZN Abqary Bantu Pembangunan Penyelidikan Industri Vital-S 102 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel & Nur Aishah Najwa Abd Rahim (Pelajar Latihan Industri UniMAP) Sorotan Program


“Melalui perjanjian ini, produk makanan tambahan yang berasaskan Sacha Inchi dihasilkan melalui kajian dikenali sebagai VITAL-S bertujuan mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang semakin meningkat di Malaysia," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut. Tambah Shaharum, kajian terhadap produk ini telah dijalankan oleh saintis di USM, diketuai oleh Dr. Sabreena Safuan dan Dr. Zuraidah Abdullah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. "Selain itu, kerjasama ini juga merupakan langkah penting ke arah pembangunan perubatan komplementari yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia dan menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit," jelasnya lagi. Shaharum turut berharap agar kerjasama ini terus berkembang pada masa akan datang selain membuka peluang yang lebih luas untuk penyelidikan dan penemuan baharu dalam bidang perubatan komplementari. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZN Abqary Enterprise, Mohd Shahfieq Senan pula berkata, perjanjian ini merupakan satu langkah pihak ZN Abqary untuk mengeluarkan produk yang bukan sahaja halal tetapi selamat dan diformulasikan khusus untuk rakyat Malaysia. “ZN Abqary sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan USM yang memiliki ramai saintis berbakat dan sentiasa menjadi rebutan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. “Syukur alhamdulillah, para penyelidik USM sudi berkolaborasi dengan kami untuk mengkaji dan menghasilkan produk Sacha Inchi VITAL-S yang kini sudah berada di pasaran Malaysia dan Singapura serta bakal dikembangkan lagi ke negara-negara lain pada masa akan datang,” katanya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSK, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian; Ketua Projek ‘Research Grant Agreement’ antara USM dan ZN Abqary Enterprise, Dr. Sabreena Safuan, para penyelidik dan pegawai-pegawai ZN Abqary Enterprise. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 103 VITAL-S


Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM 104 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan para penderma dan penganjur program derma darah sebagai tonggak dalam menjamin kesejahteraan pesakit dan kesudian untuk menderma darah kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Perubatan Transfusi dengan kerjasama Jabatan Hematologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Penganjur dan Penderma Darah 2023. Majlis tersebut juga bertujuan merai dan menzahirkan penghargaan kepada para penganjur dan penderma darah yang banyak membantu dalam memastikan kestabilan bekalan darah di Hospital USM sentiasa mencukupi. Teks: Marlina Zahari Majlis Apresiasi Rai Penganjur dan Penderma Darah Hospital USM Sorotan Program


Menurut Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria, statistik penggunaan darah di Hospital USM menunjukkan peningkatan daripada sekitar 10,000 setahun kepada 12,000 setahun. “Pertambahan ini adalah sejajar dengan pertambahan unit-unit kritikal seperti Unit Kardiotorasik, Unit Hepatobiliari dan juga Unit Rawatan Kritikal di Hospital USM. “Unit-unit ini dapat berfungsi secara optimum adalah kerana kesudian dan jasa baik semua pihak yang menderma darah kepada para pesakit hospital kami,” ujarnya semasa berucap merasmikan majlis tersebut, hari ini. Zaidi berkata, pengurusan Hospital USM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi khidmat dan komitmen kerana Hospital USM tidak mungkin dapat berfungsi secara sempurna tanpa sokongan yang padu dari semua pihak. “Saya berharap agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi mengeratkan jalinan kerjasama antara para penderma darah, penganjur program derma darah dan Hospital USM selain terus menjadi tunjang utama bagi memastikan kestabilan stok darah dalam keadaan yang baik,” katanya. Seramai 87 orang penderma darah setia dan 72 penganjur program derma darah diraikan dalam majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Hematologi, PPSP yang juga Ketua Unit, Unit Perubatan Transfusi, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Rosnah Bahar; Pensyarah Hematologi, PPSP merangkap Penasihat Majlis Apresiasi Penganjur dan Penderma Darah 2023, Profesor Madya Dr. Haslina Md Noor serta Ketua Program Majlis Apresiasi Penganjur dan Penderma Darah 2023, Dr. Nur Ilyla Syazwani Saidin. “Saya berharap agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi mengeratkan jalinan kerjasama antara para penderma darah, penganjur program derma darah dan Hospital USM selain terus menjadi tunjang utama bagi memastikan kestabilan stok darah dalam keadaan yang baik,” Buletin KELIP - Edisi 2/2023 105


Sorotan Program 106 Buletin KELIP - Edisi 2/2023


Pelajar USM "Tahniah kepada pelajar-pelajar baharu yang mendaftar diri di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) kerana anda kini berada di dalam sebuah universiti yang merupakan antara universiti penyelidikan terbaik di Malaysia dan terkenal dengan kepelbagaian dalam semua aspek," demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Menurut Shaharum, kepelbagaian aspek itu dapat dilihat menerusi para pelajar yang mendaftar di USM terdiri dari pelbagai kaum, agama, bangsa, budaya, bahasa, cara hidup dan negara asalnya termasuklah pelajar antarabangsa yang berasal dari benua berbeza-beza. "Kepada pelajar tempatan, ini adalah kesempatan untuk mengenali orang lain dan meningkatkan potensi antara budaya yang menjadi syarat utama untuk berjaya dan cemerlang di pentas dunia. "USM memerlukan pelajar-pelajar yang mampu untuk berfikir secara inovatif, kreatif, bebas, kritikal dan terhubung antara satu sama lain seiring dengan dunia yang bergerak dengan dengan pantas. "Justeru, penyelesaian terbaik bagi menghadapi kesan tsunami serta perkembangan Revolusi Industri 4.0 adalah dengan melahirkan lebih ramai pelajar USM yang mampu mencipta peluang pekerjaan dan bukan hanya sekadar mencari pekerjaan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Sesi bersama Ibu Bapa Pelajar Baharu Sidang Akademik 2023/2024, Kampus Kesihatan USM hari ini. Tambah Shaharum, sebagai sebuah Universiti APEX, Polisi Keusahawanan Universiti adalah untuk memupuk lebih ramai pencipta pekerjaan dengan menekankan kepada nilai-nilai USM. "Lonjakan pertama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menggariskan untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. "Oleh itu, universiti melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah menggariskan untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri (H.E.B.A.T) iaitu 'Holistik' (Holistik), 'Entrepreneurial' (Keusahawanan), 'Balanced' (Seimbang), 'Articulate' (Kepetahan) dan 'Thinker' (Pemikir)," ujarnya lagi. Shaharum turut mendoakan kejayaan para pelajar dan bersedia membantu apa sahaja dalam memastikan para pelajar terus berjaya daripada sekarang sehingga mereka bergelar alumni USM. "Sebagai ibu bapa, tetaplah menyokong dan terus memberikan semangat kepada anak-anak agar mereka dapat menjadi mahasiswa mahasiswi yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan mengharumkan lagi nama USM di persada antarabangsa," rayunya. Turut hadir ialah Timbalan Dekan (USM-KLE) mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) mewakili Dekan PPSK, Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah dan Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Hafiz Assad Zakaria. Teks: R. Alia Fazni R. Azmi Perlu Bergerak Sebagai Pemacu Negara Buletin KELIP - Edisi 2/2023 107


Sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas penglibatan aktif pasukan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) khususnya serta Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) amnya dalam program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) berbesar hati menyerahkan bas mini ‘mobile clinic’ KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). KPT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.58 juta kepada Hospital USM bagi melaksanakan Program KRIS pada Jun 2021. Selaras dengan perubahan pucuk kepimpinan, KPT telah melancarkan inisiatif baharu iaitu Program Semarak Siswa Madani pada 20 Jun 2023 dan satu (1) daripada empat (4) program utama yang telah dirangka ialah KPT Prihatin Madani iaitu kesinambungan daripada Program KRIS. Teks: Marlina Zahari Menurut Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria, penyerahan bas mini ‘mobile clinic’ ini bertujuan memudahkan PPUSMB bergerak dengan lebih aktif dalam Program KPT Prihatin Madani. “Program KPT Prihatin Madani diterjemahkan melalui pelaksanaan program klinik bergerak dan program 'outreach' kesihatan komuniti kepada golongan sasar terutamanya golongan luar bandar atau pedalaman dan komuniti B40 yang jauh daripada fasiliti kesihatan. “Hal ini seiring dengan misi dan visi USM ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarikan Hari Esok’ dengan mengupayakan golongan terkebawah dan meletakkan ‘Libat sama Universiti-Komuniti’ sebagai salah satu agenda bagi ‘knowledge transfer’. “Program KPT Prihatin Madani juga telah membuka Hospital USM Serah Bas Mini ‘MOBILE CLINIC’ kepada PPUSMB 108 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Edisi 2/2023 32 peluang jaringan kerjasama antara PTJ di USM serta agensi-agensi kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) yang lain bagi melaksanakan program kesihatan yang memberi impak lebih besar kepada golongan sasar,” katanya ketika berucap mewakili Pengarah Hospital USM dalam majlis tersebut. Tambah Zaidi, program-program komuniti yang telah dijalankan ini adalah antara projek yang meletakkan USM di tangga ke-4 dunia dalam Matlamat Pembangunan Mampan atau ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) dan ia merupakan satu keunikan serta kebanggaan seluruh warga USM. Sementara itu, Pengarah IPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin pula berkata, bas mini ‘mobile clinic’ ini diharap dapat merapatkan lagi jurang antara masyarakat sekitar dalam penerimaan perkhidmatan kesihatan secara meluas. “IPPT akan terus aktif turun padang melaksana program yang dirancang menerusi program KPT Prihatin Madani dengan menyantuni komuniti serta menyediakan pelbagai pemeriksaaan saringan kesihatan. “Menerusi program-program sebegini, budaya cakna terhadap kesihatan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat di samping mewujudkan jaringan kerjasama antara USM dan komuniti setempat,” ujarnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah (Klinikal Kelestarian dan Piawaian), IPPT, Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim dan Timbalan (Pengarah Akademik dan Antarabangsa), IPPT, Dr. Ida Shazrina Ismail. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 109


110 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 “Menjadi insan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau dayung sayang dibasah, tidak sampai kita ke seberang. Kalau kalian cepat mengalah, nanah menjadi barah, langkah semakin punah, hanya mampu pasrah. “Maka untuk mencapai satu kejayaan, janganlah sesekali kita ingin memeluk gunung kerana tangan tidak akan sampai, jangan pula kalian duduk termenung kerana cita-cita tidak akan tercapai,” demikian kata Naib Yang Dipertua III, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Wan Hafiz Irshad Wan Mohd Zuhdi. Beliau menyeru para pelajar baharu di Kampus Kesihatan USM bagi Sidang Akademik 2023/2024 menjadi mahasiswa HEBAT. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Seru Semangat Hebatkan Diri Sebagai Mahasiswa USM Wan Hafiz Irshad Wan Mohd Zuhdi Naib Yang Dipertua III Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 111 “Daripada puluhan ribu yang memohon untuk melanjutkan pengajian di USM, kalian adalah kelompok kecil yang terpilih untuk bergelar mahasiswa USM dan saya yakin kalian semua mempunyai ciri-ciri mahasiswa HEBAT yang diperlukan USM. “HEBAT bermaksud 'Holistik' (Holistik), 'Entrepreneurial' (Keusahawanan), 'Balanced' (Seimbang), 'Articulate' (Kepetahan) dan 'Thinker' (Pemikir). “Marilah sama-sama kita berganding bahu berjuang di menara gading ini membuktikan kita juga memiliki ciri-ciri tersebut untuk bergelar graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Sambutan Siswa di hadapan lebih 500 orang pelajar baharu Kampus Kesihatan dan pengurusan tertinggi USM. Tambah Wan Hafiz Irshad, USM bukanlah universiti yang biasa-biasa. “Dengan ketokohan dan kehebatan yang ada pada Naib Canselor walaupun baru sahaja dilantik mengemudi USM tidak sampai setahun, kedudukan USM terus melonjak daripada universiti ke-4 kepada universiti ke-2 di Malaysia. “Saya percaya dengan semangat dan iltizam yang ada pada kita semua digandingkan dengan kehebatan lanskap kepimpinan Naib Canselor, USM boleh terus melonjak menjadi universiti terbaik dan nombor satu (1) di Malaysia,” jelasnya lagi. Pada majlis yang sama, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Abdul Rahman Mohamed turut menyampaikan amanat kepada pelajar baharu termasuk penerangan mengenai kerangka Universiti APEX.


“Kampus Kesihatan juga telah berubah wajah kebelakangan ini kerana banyak kemudahan baharu disediakan termasuk bilik Majlis Perwakilian Pelajar (MPP) USM dan ruang ‘Learning Space’ untuk aktiviti pelajar dan padang bola Kopa Arena bertaraf antarabangsa yang baharu sahaja siap dibina,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Sambutan Siswa Sidang Akademik 2023/2024. Tambah Abdul Rahman, Kampus Kesihatan juga berjaya menubuhkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) menempatkan lebih 200 spesimen manusia yang pertama seumpamanya di Malaysia. "SPICES ini turut dilengkapi dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan tiga dimensi serta pelbagai kelebihan lain yang dapat memberi pengalaman pembelajaran dinamik dan menarik kepada para pelajar. "Gunakan kelebihan galeri yang dibangunkan dengan gabungan elemen sains dan seni ini untuk mengoptimumkan pengalaman pembelajaran anda bersama universiti ini," jelasnya lagi. Abdul Rahman berkata, para pelajar sangat bertuah kerana dapat memasuki USM, satu-satunya universiti berstatus APEX di Malaysia. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Kebajikan Pelajar B40 Tidak akan Dipinggirkan - Naib Canselor “USM sentiasa prihatin nasib dan kebajikan mereka yang berada dalam tahap kemiskinan atau B40. Usah malu jika anda berada dalam kumpulan ini kerana peluang untuk berjaya terbuka sama rata kepada semua pelajar,” demikian kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Menurut Abdul Rahman, para pelajar perlu bersedia untuk tampil mengambil setiap peluang yang ada, bertemu dengan pihak yang bersedia membantu seperti pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Pusat Islam dan Kaunselor di Unit Kaunseling serta mengambil bahagian dalam pelbagai program yang diadakan oleh universiti secara aktif. “USM juga menyediakan pelbagai fasiliti untuk siswa-siswi. Ambillah kesempatan sepenuhnya dengan menyertai lebih 100 persatuan dan pertubuhan pelajar yang ada termasuk menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang sering dianjurkan oleh universiti. “Manfaatkan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin kerana ia akan memberi pengalaman baharu untuk diterokai. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) 112 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


"APEX adalah singkatan daripada Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau ‘Accelerated Programme for Excellence’ dan USM dipilih menjalani program ini pada tahun 2008 sebagai sebahagian dari Pelan Transformasi Pendidikan Tinggi Negara. "Fokus utama USM APEX ialah Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok atau ‘Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow’. "Banyak yang telah USM lakukan di bawah kerangka Universiti APEX termasuk program Kampus Sejahtera yang berperanan dalam mendidik komuniti kampus mengenai aktiviti kelestarian seiring dengan kredibiliti USM sebagai sebuah universiti yang memimpin hal-hal kelestarian," ulasnya. Abdul Rahman turut berharap siswa-siswa baharu menjadi bakal pemimpin masa hadapan yang akan memimpin institusi, masyarakat dan negara dalam bidang kesihatan dan perubatan. "Masyarakat dan negara memerlukan khidmat profesional anda semua dan manfaatkanlah sepenuhnya peluang yang ada semasa mengikuti pengajian. "Bantulah universiti dalam menjayakan agenda kelestarian seperti tidak menggunakan bahan yang mengancam alam contohnya plastik dan polistirena, sentiasa berusaha berhati-hati dalam penggunaan sumber seperti air dan elektrik, menjaga kebajikan bersama, prihatin dengan nasib orang lain dan sentiasa membantu, mengelak berlakunya konflik dan krisis, menghormati satu sama lain, mempunyai semangat patriotisme dan cintakan tanah air serta pelbagai lagi," katanya. Seramai 504 orang pelajar mendaftar diri di Kampus Kesihatan, USM bagi Sidang Akademik 2023/2024 dengan bilangan pelajar perempuan berjumlah 400 orang berbanding 104 orang pelajar lelaki. Mereka merupakan sebahagian daripada 4,696 calon yang telah ditawarkan masuk ke USM dari sejumlah 60,161 calon yang memohon untuk menyambung pengajian di USM Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Ketua Pustakawan USM, Arinawati Ayob, dekan-dekan serta timbalan-timbalan dekan; ahli-ahli senat universiti dan pegawai-pegawai utama universiti. Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok APEX - Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan Buletin KELIP - Edisi 2/2023 113


Dalam usaha mempromosi dan mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Pembangunan Korporat dengan kerjasama Unit Kerja Sosial Perubatan menganjurkan Larian Amal Sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM. Program ini antara lain bertujuan membantu pesakit miskin atau tidak berkemampuan menjalani rawatan yang sempurna seperti golongan lain ketika mendapatkan rawatan di Hospital USM. Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman berkata, program ini memberi peluang kepada orang perseorangan dan syarikat korporat menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan. “Hasilnya, golongan miskin atau tidak berkemampuan berpeluang mendapatkan rawatan di Hospital USM tanpa merasakan diri mereka terpinggir. “Selain itu, larian amal ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyertai aktiviti yang memberi faedah kepada kesihatan sekaligus mencegah penyakit gaya hidup sedentari,” katanya ketika berucap di majlis perasmian program tersebut. Tambah Nik Hisamuddin, program sebegini juga dilihat dapat melahirkan individu sihat melalui aktiviti larian ke arah mewujudkan masyarakat cergas, sihat dan sejahtera. “Semangat kesukanan dan jalinan muhibah dalam kalangan masyarakat di Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel 114 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Berlari Sambil Beramal, Kutipan Dana Tabung Kebajikan Bantu Pesakit Memerlukan


negeri Kelantan juga dapat dipupuk melalui penganjuran program seperti ini. “Saya juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang dan dijadikan sebagai acara tahunan dalam usaha mengumpul dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM kerana sokongan pelbagai pihak amat diperlukan untuk kebaikan diri, keluarga serta seluruh masyarakat,” jelasnya lagi. Seramai 564 peserta mengambil bahagian dalam acara larian tersebut yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi di Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan USM. Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Penyelaras Unit Pembangunan Korporat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Larian Amal Sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Abdul Rahman Izaini Ghani@ Ab. Ghani. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 115


Berbekalkan hasrat untuk membudayakan kaunseling sebagai sistem sokongan dalam masyarakat di samping memartabatkan profesion kaunseling di Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mewujudkan ruang perkhidmatan kaunseling berpusat. Perkhidmatan yang mula beroperasi pada bulan Disember 2022 di Aras 2, Blok 108 (Berhampiran Wad 2 Akik/ Topaz) ini menawarkan khidmat kaunseling dari aspek perkahwinan dan keluarga, stres atau ‘coping skill’, ‘loss and grief’ kebimbangan atau kemurungan dan lain-lain lagi. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, ‘Minda Madani Masyarakat Harmoni’ adalah tema yang dipilih sempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023 sangat berkait dengan usaha yang dilakukan Pengurusan Hospital USM iaitu memperkenalkan satu fasiliti rasmi yang menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional kepada warga USM dan masyarakat sekitar. “Ini kerana kaunselor bertanggungjawab untuk menyediakan ruang sesi kaunseling yang kondusif dan terapeutik serta menepati piawai yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. 116 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 HOSPITAL USM TAWAR K H I D M AT KAUNSELING KEPADA WARGA USM DAN MASYARAKAT Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Sorotan Program


Kesihatan Sedunia (WHO) bagi tahun 2019, satu (1) daripada lapan (8) orang mengalami masalah kesihatan mental yang mana kebimbangan (anxiety) dan kemurungan adalah antara yang tertinggi direkodkan. “Data daripada ‘National Health and Morbidity Survey’ (NHMS) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 424,000 kanak-kanak mengalami isu kesihatan mental manakala 2.3 peratus (%) golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas mengalami kemurungan. “Melihat kepada statistik ini, ia memberi petanda kepada kita untuk lebih proaktif dalam mendukung aspirasi negara menjaga kesihatan mental kerana jika tidak dibendung ianya akan menjejaskan kualiti kehidupan dan produktiviti individu seterusnya memberi implikasi kepada masyarakat dan negara,” katanya. Shaharum turut berharap agar perkhidmatan kaunseling Hospital USM dapat dibudayakan dalam kehidupan tanpa mengira di organisasi ataupun dalam masyarakat. “Apa yang penting adalah kesedaran kendiri terhadap kesihatan mental dan tahu bahawa khidmat profesional disediakan sebagai sistem sokongan psikologi. “Kerjasama semua pihak dalam menyokong usaha membudayakan perkhidmatan kaunseling ini dilihat boleh membantu mengurangkan stigma kepada mereka yang memerlukan seterusnya menjalani kehidupan yang berkualiti dan berada pada tahap yang optimum,” ulasnya. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Ketua-ketua Jabatan dan Penyelia Perkhidmatan Kaunseling merangkap Ketua Perkhidmatan Pengurusan Risiko dan Keselamatan Pesakit, Unit Klinikal Hospital USM, Dr. Juhaida Daud. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 117 “Di samping itu, kaunselor juga terikat dengan kod etika untuk menjaga dan melindungi kerahsiaan maklumat klien dalam perhubungan membantu. “Justeru, adalah penting bagi ruang kaunseling yang digunakan untuk sesi bersama klien mengikut spesifikasi khusus agar kerahsiaan ini dapat dipelihara dengan baik,” ujarnya ketika merasmikan Ruang Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM. Tambah Shaharum, kaunselor merupakan satu keperluan dan menjadi tunjang kesejahteraan masyarakat. “Peranan kaunselor bukan hanya memfokuskan kepada golongan tertentu, bahkan merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak sehingga warga emas yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. “Skop tugas kaunselor bukan sekadar melakukan sesi kaunseling di bilik sahaja tetapi perlu mendekati komuniti serta mengenal pasti keperluan mereka. “Saya difahamkan bahawa kaunselor Hospital USM juga mengambil inisiatif untuk terlibat sama dengan program komuniti secara terbuka mahupun khusus kepada golongan rentan dan usaha ini dilihat selari dengan objektif pelaksanaan Bulan Kaunseling Kebangsaan iaitu meningkatkan aksesibiliti perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat,” jelasnya lagi. Menurut Shaharum, berdasarkan Laporan Pertubuhan


“Rasullullah SAW mengutamakan kepentingan ramai berbanding individu dan tidak memperjuangkan agenda sempit, sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus Kesihatan, 2023/1445H. Tambah Shaharum, tema sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus Kesihatan pada tahun ini iaitu “Nabi: Inspirasi Insani dan Madani” menekankan penyatuan hati dan menumpukan usaha ke arah memelihara kemaslahatan ummah dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dan inspirasi kehidupan. “Janganlah kita terlalu jauh menyimpang dari landasan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kerana baginda telah memberi contoh dan model yang cukup sempurna untuk kita teladani bersama dan menerangi jalan yang benar lagi adil. “Oleh itu, kita perlu bangkit bersama dan memberi keutamaan kepada kemaslahatan ummah dengan menjunjung petunjuk dan tauladan yang telah diwasiatkan oleh seorang insan yang paling sempurna “Setiap apa yang dilakukan oleh pemimpin hendaklah dibuat semata-mata atas dasar untuk menjaga kemaslahatan ummah. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW menuntut hubungan yang erat antara pemimpin dan masyarakat berlandaskan sifat saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Menurut beliau, perkara ini amat wajar diamalkan oleh semua warga USM bagi memastikan segala perancangan dan gerak kerja berpasukan dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama dan konsep ta'awun dalam setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ). “Elemen kasih sayang, saling menghormati sesama individu tanpa mengira jawatan dan gelaran merupakan asas kepada kejayaan bersama. “Kita semua wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan kerajaan Madinah adalah kerana kekuatan sosiopolitik yang menjamin hak dan keadilan warga, keberkesanan penyatuan ummah dan pembangunan ekonomi yang dinamik. Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Hidupkan Konsep Ta'awun dalam Organisasi, Jadikan Pemerintahan Rasulullah Sebagai Inspirasi 118 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 "Konsep pemerintahan yang dituntut oleh Islam merupakan satu amanah yang sentiasa berada dalam ruang lingkup ikatan perjanjian di antara manusia dengan pencipta-Nya. Sorotan Program


dan mulia ini,” jelasnya lagi. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah Pelancaran Tabung Sumbangan Kemanusiaan Palestin bagi membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis. Shaharum turut berharap semoga Allah SWT melindungi negara dan rakyat Malaysia dari sebarang musibah dan bahaya serta berdoa agar rakyat Palestin diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian yang sedang mereka hadapi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad; Penceramah Jemputan yang juga Pensyarah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir; Qari Jemputan merangkap Bilal Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Khairul Azwar Alias dan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur; Amira Abd. Sattar@Ismail. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 119 “Rasullullah SAW mengutamakan kepentingan ramai berbanding individu dan tidak memperjuangkan agenda sempit, sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan semua,”


APCU@USM 2023 Bentang Penemuan Baharu Perawatan Penyakit Jantung Fokus Utama Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Penyakit kardiovaskular adalah salah satu punca utama kematian di Malaysia dan penyakit jantung koronari merupakan penyumbang utama kepada jumlah kematian tersebut. Pada tahun 2021, jumlah kematian akibat penyakit ini adalah sebanyak 17.0 peratus (%) daripada 109,155 jumlah kematian berdaftar. Angka ini meningkat 13.2% berbanding yang dilaporkan pada 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Statistik ini tidaklah mengejutkan kerana Malaysia mempunyai peningkatan faktor-faktor risiko kardiovaskular dalam populasi diabetes, hipertensi, dislipidemia dan merokok. Menyedari hakikat tersebut, Persatuan Kardiologi Pantai Timur Malaysia (MECCS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama ‘National Heart Association of Malaysia’ (NHAM) mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan ‘14th Asia Pacific Cardiology Update’ (APCU)@USM 2023 bertemakan ‘Embracing Key Advances in Cardiology’. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Dato’ Dr. Zaini Hussin berkata, APCU merupakan medium terbaik untuk mengumpulkan pakar-pakar jantung dalam dan luar negara bagi membentangkan penemuan terbaharu dalam perawatan penyakit jantung. “Beberapa tahun kebelakangan ini, APCU menjadi platform untuk mengemaskini garis panduan nasional dan antarabangsa dalam perubatan kardiovaskular selain menjadi medan perkongsian pengetahuan dalam kalangan petugas kesihatan berkenaan perkembangan dan penemuan terkini dalam bidang kardiologi seluruh dunia. 120 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 121 “Perkembangan ilmu perubatan bergerak amat pantas di seluruh dunia seiring dengan perkembangan teknologi dan internet. Oleh itu, Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai tenaga kerja dan infrastruktur kesihatan antara yang terbaik perlu berada di landasan yang tepat supaya tidak ketinggalan,” katanya yang mewakili Menteri Kesihatan Malaysia ketika merasmikan persidangan tersebut. Tambah Zaini, para petugas kesihatan yang terlibat dengan penjagaan pesakit khususnya dalam bidang kardiologi perlu mengemaskini ilmu pengetahuan berkenaan pencegahan dan perawatan penyakit kardiovaskular. “Bersesuaian dengan tema utama APCU 2023 iaitu ‘Merangkul Kemajuan Utama dalam Kardiologi’, persidangan ini bersesuaian dan sangat relevan dengan revolusi semasa dalam pengetahuan perubatan serta teknologi perubatan. “Sejak 10 tahun yang lalu, sejumlah besar penyelidikan dan ujian klinikal telah dijalankan dengan potensi untuk memberi kesan dan mengubah amalan semasa dalam kardiologi. “Justeru, pada persidangan kali ini, saya menyeru semua peserta untuk menghadam bukti dan inovasi terkini kerana kita perlu menerima kemajuan dan kemahiran baharu dalam amalan perubatan untuk memberikan rawatan yang lebih baik,” ujarnya lagi. Zaini turut berharap agar APCU terus menjadi pentas pembelajaran berterusan yang sentiasa mengetengahkan ulasan pakar dan kemajuan terkini dalam bidang kardiologi. Sementara itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang mewakili Naib Canselor USM pula mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran persidangan itu dan berharap agar pertambahan ilmu baharu dapat menyumbang serta dikongsi bersama dalam perubatan kardiovaskular. “Saya percaya bahawa persidangan ini akan menjadi platform percambahan pengetahuan selain membimbing ke arah masa depan yang lebih sihat. “Bersama-sama kita membuat perubahan dalam memerangi penyakit kardiovaskular,” katanya. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Mantan Presiden NHAM, Profesor Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad; Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam, PPSP USM, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed; Penasihat '14th APCU@USM 2023', Profesor Dato’ Dr. Zurkurnai Yusof dan Pengerusi '14th APCU@USM 2023', Dr. Wan Yus Haniff Wan Isa.


Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel 'Healing Little Heart' Penuhi Impian dan Harapan Pesakit Jantung Kongenital 122 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 123 Lebih 80 pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat manfaat melalui Program Kebajikan Kardiotorasik USM – 'Healing Little Heart' (HLH) sejak tahun 2015 yang membantu memberi rawatan dan melakukan pembedahan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital. Penyakit jantung kongenital adalah salah satu penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak yang melibatkan kira-kira lapan (8) kes dalam setiap seribu kelahiran. Dalam siri lawatan pasukan perubatan HLH dari United Kingdom (UK) ke Hospital USM tahun ini, dianggarkan kira-kira RM200,000 diperuntukkan untuk kos keseluruhan pembedahan jantung kongenital yang dijadualkan dilakukan kepada 10 orang pesakit. Pakar Kardiologi Pediatrik Hospital USM yang juga Pengarah Program Kebajikan Kardiotorasik USM-HLH, Dr. Mohd Rizal Mohd Zain berkata, setiap tahun Hospital USM akan bekerjasama dengan pasukan perubatan HLH melakukan pembedahan jantung kepada pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital selain melaksanakan proses pemindahan ilmu, kepakaran dan penggunaan peralatan yang canggih dari luar negara dalam melatih doktor-doktor di Hospital USM. “Pasukan perubatan HLH yang tiba di Hospital USM pada 22 Oktober lalu terdiri daripada sebelas petugas termasuk Pakar Bedah Kardiotorasik Pediatrik, Pakar Kardiologi Pediatrik, Pakar Kardiologi Pediatrik Intensif, Jururawat serta Perfusionis diketuai oleh Pengasas Pertubuhan HLH, Dr. Sanjiv Nichani. “10 pesakit kanak-kanak berusia 10 bulan hingga tujuh (7) tahun dengan pelbagai masalah jantung kongenital dijadualkan menjalani pembedahan sepanjang lima (5) hari pasukan perubatan HLH di sini dan akan dibantu oleh pakar perubatan serta kakitangan Hospital USM. “Kos pembedahan bagi penyakit jantung kongenital biasanya mencecah RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap kes di hospital-hospital lain. Menerusi program ini, pesakit tidak perlu menanggung kos rawatan yang tinggi kerana sebahagian besar kos tersebut ditanggung oleh Hospital USM, Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS), Tabung Kebajikan Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) dan Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM),” katanya. Tambah Mohd Rizal, program ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu para pesakit, tetapi ia juga merupakan satu proses pemindahan ilmu dan kepakaran selain memberi pendedahan dalam merawat kes-kes yang lebih kompleks. “Melalui program ini, pasukan perubatan Hospital USM dapat berkongsi kepakaran dan pengetahuan seiring dengan perkembangan ilmu perubatan yang bergerak pantas di seluruh dunia. “Saya juga berharap agar program kebajikan ini dilaksanakan dengan lebih kerap bagi membantu lebih ramai pesakit jantung kanak-kanak menjalani pembedahan sekaligus mengurangkan beban keluarga pesakit yang berhadapan dengan kos pembedahan yang tinggi dan tempoh menunggu yang lama untuk melakukan pembedahan. Sementara itu, seorang ibu pesakit jantung kongenital kanak-kanak yang ditemui, Fauziah Mohd Ariffin, 40, melahirkan rasa syukur atas rezeki dari Allah SWT yang tidak dijangka kerana memudahkan proses rawatan ke atas anak bongsunya Muhammad A’azz Nurulhaifi. “Lemah longlai seluruh badan saat saya mendapat berita anak yang saya lahirkan bukan sahaja menghidap ‘sindrom down’ tetapi turut menghidap penyakit jantung kongenital tiga (3) hari selepas dilahirkan 10 bulan lalu. “Namun, percaturan yang Allah beri sangat indah dalam membesarkan bayi istimewa ini. “Terima kasih kepada Hospital USM dan pasukan perubatan HLH yang membantu meringankan beban kami kerana saya percaya sekiranya pembedahan ini dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN), ia pastinya menelan kos rawatan yang tinggi," katanya yang juga merupakan seorang guru.


124 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan dan Muhammad Aqeel Mohamad (Pelajar Latihan Industri UiTM) Main Peranan Penting, PPK Pelengkap Pasukan Perawat Hospital USM - Nik Hisamuddin “Anda semua bukan sahaja berfungsi sebagai pembantu, sebaliknya pelengkap kepada proses perawatan di hospital dan pusat perubatan yang lain. “Saya juga berpendapat aspek integriti perlu dititikberatkan agar PPK Hospital USM sentiasa berdisiplin bagi mencapai kecemerlangan daripada pelbagai sudut. “Ini kerana, PPK yang berintegriti tinggi akan sentiasa bertanggungjawab dengan amanah serta tugasan yang telah ditetapkan dan seterusnya menzahirkannya ke arah kecemerlangan,” ujarnya semasa “Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) merupakan jawatan yang tidak kurang pentingnya dalam setiap jabatan kerana peranan mereka sebagai pelengkap kepada pasukan perawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM),” demikian kata Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman. Menurut beliau, pengurusan Hospital USM sentiasa menghargai pengorbanan dan keringat yang dicurahkan oleh PPK dari semasa ke semasa tidak kira dari aspek pencucian mahupun membantu dalam jagarawatan pesakit.


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 125 “Integriti dan Disiplin Asas Kecemerlangan Profesion” menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari PPK 2023 di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Tambah Nik Hisamuddin, integriti dan disiplin bukan difokuskan kepada PPK sahaja, malah perlu dititiberatkan oleh semua kakitangan Hospital USM supaya dapat memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan. “Dengan jumlah PPK seramai 626 orang di Hospital USM dan merupakan bilangan PPK paling ramai berbanding pusat kesihatan yang lain di Malaysia, saya percaya mereka mampu menampilkan USM yang “hebat” di mata masyarakat. “Tanggungjawab PPK tidak kurang pentingnya dalam aspek penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit kerana setiap daripada kita mempunyai sumbangan dan peranan yang unik kepada USM,” jelasnya lagi. Nik Hisamuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua PPK Hospital USM yang telah menggembleng tenaga dalam melaksanakan perawatan dan proses kerja PPK berjalan lancar dari dulu sehingga kini. ”Terima kasih juga kepada Unit Kejururawatan yang telah bertindak selari dengan matlamat universiti iaitu melahirkan PPK yang berkemahiran tinggi dan menjadi rujukan organisasi luar,” katanya. Sambutan Hari PPK mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan disambut pada 1 November di peringkat kebangsaan. Tahun ini, moto “Integriti dan Disiplin Asas Kecemerlangan Profesion” dipilih sebagai tema sambutan. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Insfrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Ketua Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan Hospital USM, Wan Marina Wan Sulaiman dan Pembantu Perawatan Kesihatan Kanan, Mohd Zuhil Muhammad.


126 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 FUNRIDE 2023 Kayuhan Amal Bantu Promosi Tabung Wakaf Tunai MAIK - Kampus Kesihatan USM Tabung Wakaf Tunai MAIK-Kampus Kesihatan USM Teks: Mohd Hafiz Ya'acob Sorotan Program Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kelab Basikal USM dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Program Kayuhan Amal Wakaf Kesihatan 'Funride' 2023 bagi mempromosi Tabung Wakaf Tunai Maik-Kampus Kesihatan USM. Program yang diadakan bersempena bulan wakaf peringkat negeri Kelantan ini disertai hampir 100 peserta terdiri daripada warga Kampus Kesihatan USM dan masyarakat setempat mengambil bahagian dalam kayuhan basikal sejauh 30 kilometer. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, program ini merupakan salah satu usaha untuk merancakkan lagi aktiviti wakaf di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. “Ia dilihat mampu meningkatkan promosi Tabung Wakaf Tunai MAIK-Kampus Kesihatan USM kepada seluruh warga USM, penjawat awam, kakitangan swasta dan masyarakat selain meningkatkan dana dan bilangan pewakaf yang menyumbang secara tetap. “Selain itu, ia juga dapat memperkukuh kefahaman warga USM dan masyarakat terhadap impak amalan berwakaf,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian program itu di perkarangan Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM. Menurut Shaharum, sejak pelancaran tabung wakaf


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 127 pada tahun 2021, MAIK dengan kerjasama USM akan menguruskan aktiviti kutipan, penggunaan dan pelaburan selaras dengan tujuan penubuhan tabung tersebut. “Ini termasuk pembiayaan pembangunan keilmuan, pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan kebajikan pelajar Kampus Kesihatan USM di dalam dan luar negara. "Kaedah pelaburan akan mewujudkan satu bentuk instrumen kewangan yang lestari bagi menyokong perolehan fasiliti baharu di Kampus Kesihatan selain mengagihkan hasil kepada para penerima manfaat supaya wakaf tunai menjadi satu kebajikan seperti yang dikehendaki oleh pewakaf,” ujar beliau. Shaharum turut berharap agar program ini menjadi satu titik penting dalam usaha mempromosi projek wakaf selain merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program kali ini. “Terima kasih kepada pihak penaja program kali ini iaitu Uvest Sdn. Bhd., Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Dunia Daging Kelantan, Grand Riverview Hotel, H Elite Design Hotel, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Wan’s Cycle Shop yang sudi menaja hadiah cabutan bertuah bagi menambah keceriaan kepada semua peserta," katanya. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengerusi Kelab Berbasikal USM, Profesor Madya Dr. Mohd Nazri Shafei; Penolong Pengarah JAWHAR, Nor Asmahan Abdul Kadir dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM merangkap Pengerusi Program, Amira Abdul Sattar@Ismail.


Kes kecuaian dalam amalan perubatan atau lebih dikenali sebagai kes ‘medico legal’ sering berlaku di pusat perubatan atau hospital. Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, sebagai sebuah Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang berpengalaman, Hospital USM sangat komited dan memberi perhatian serius terhadap isu yang berkait dengan ‘medico legal’. “Warga kerja Hospital USM yang terlibat diseru untuk mensasarkan ‘zero tolerance medico legal’ sebagai penanda aras agar kes ‘medico legal’ di Hospital USM dapat dikurangkan pada masa hadapan. “Pengurusan Hospital USM juga menetapkan pengurusan risiko sebagai satu tonggak untuk penambahbaikan pengurusan hospital dalam menangani cabaran masa kini. “Salah satu komponen pengurusan risiko adalah berkaitan risiko ‘medico legal’ yang bermula dengan mengenal pasti dan menguruskan risiko bagi mengurangkan impak negatif terhadap organisasi,” katanya ketika merasmikan Seminar Menangani dan Menguruskan Kecuaian dalam Amalan Perubatan 2023 di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Tambah Nik Hisamuddin, seminar tersebut diadakan bertujuan memastikan warga kerja Hospital USM menambah baik kekurangan sedia ada sekaligus melindungi pengamal perubatan daripada risiko ‘medico legal’ selain membudayakan pengurusan risiko dalam kalangan warga Hospital USM. “Komponen penting dalam pengurusan risiko ‘medico legal’ adalah borang keizinan bermaklumat (informed consent) pesakit. Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan Hospital USM Sasar Sifar Kes ‘Medico Legal’ Sorotan Program 128 Buletin KELIP - Edisi 2/2023


“Warga kerja Hospital USM yang terlibat diseru untuk mensasarkan ‘zero tolerance medico legal’ sebagai penanda aras agar kes ‘medico legal’ di Hospital USM dapat dikurangkan pada masa hadapan.” perkhidmatan dan perawatan terutamanya pelajar ijazah tinggi yang silih berganti setiap tahun. “Ini kerana prosedur atau tatacara di hospital asal mereka berkhidmat adalah berbeza dengan prosedur dan tatacara yang ditetapkan di Hospital USM dan penganjuran seminar ini diharap dapat memberi pengetahuan serta kefahaman yang lebih menyeluruh kepada warga USM secara umumnya,” jelasnya lanjut. Nik Hisamuddin turut berharap agar seminar ini memberi manfaat berguna kepada semua pihak selain memperbaiki kelompangan yang ada serta meminimumkan wujudnya kes ‘medico legal’ di Hospital USM. Turut hadir ialah penceramah dari Tetuan Adam Abdullah dan Mani, Dato’ Muhammad Adam Abdullah; Timbalan Pengarah (Klinikal), Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Insfrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah (Operasi) merangkap Pengarah Program Seminar Menangani dan Menguruskan Kecuaian dalam Amalan Perubatan 2023, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof. “Proses untuk mendapat keizinan bermaklumat adalah penting termasuk dokumentasi dan ‘attestation’ pengamal perubatan yang terlibat serta implikasi prosedur perlu diterangkan kepada pesakit dengan jelas bagi mengurangkan risiko kes ‘medico legal’,” ujarnya lagi. Menurut Nik Hisamuddin, kes ‘medico legal’ bukan hanya melibatkan pegawai perubatan, tetapi turut melibatkan jururawat, pembantu perawatan kesihatan, ahli farmasi dan lain-lain bidang berkaitan. “Pada hari ini, kita menjemput wakil-wakil yang arif dalam bidang masing-masing untuk memastikan bahawa tindakan yang diambil oleh warga kerja Hospital USM yang juga sebagai pengamal perubatan adalah betul dan selari dengan ketetapan yang ditetapkan dan dapat mengurangkan atau mengelak wujudnya potensi ‘medico legal’ disebabkan kecuaian dalam melaksanakan perkhidmatan atau perawatan ke atas pesakit. “Selain itu, seminar ini juga diadakan bagi memastikan warga USM mengetahui tatacara dan proses tindakan lanjut untuk diambil sekiranya berlaku kecuaian dalam Buletin KELIP - Edisi 2/2023 129


Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) melalui Pusat Transformasi (PT) OKU, Universiti Sains Malaysia (USM) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (PTOKU USM-MAIK) telah menganjurkan Bengkel Tantrum: Ketahui Teknik Pengurusan Tingkah Laku Kanak Kanak di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji. Seramai 125 orang terdiri daripada pengusaha taska seluruh negeri Kelantan, Persatuan, Pusat Terapi, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan para ibu bapa mengikuti bengkel kali ini. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, bengkel ini merupakan platform pemindahan ilmu daripada universiti kepada masyarakat. "Ini merupakan salah satu agenda USM sebagai sebuah universiti berstatus APEX dengan meletakkan golongan orang kelainan upaya (OKU) sebagai kumpulan sasaran utama. Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Teknik Pengurusan Tingkah Laku Atasi Tantrum dalam Kalangan Kanak-Kanak 130 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


"Penetapan ini juga sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Negara 2030 serta sasaran ‘Sustainable Development Goal’ (SDG) Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program tersebut. Shaharum berkata, bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari ini lebih memfokuskan kepada teknik pengurusan tingkah laku kanak- kanak. "Pengurusan tingkah laku kanak-kanak amat penting kerana ia dapat menentukan potensi diri anak-anak itu sendiri seperti kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan ini merujuk kepada pentingnya membentuk kanak-kanak sejak dari kecil. "Saya berharap agar bengkel ini mencapai matlamat dan semua peserta mendapat manfaat hasil perkongsian kepakaran dari USM dan dapat mengimplementasikan ilmu ini dalam tugas masing-masing," katanya lagi. Sementara itu, Ketua PTOKU USM-MAIK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim pula berkata, amat penting untuk ibu bapa dan guru-guru tadika mengetahui teknik rangsangan yang betul bagi mengurus kanak-kanak OKU yang mengalami masalah tingkah laku. “Peserta didedahkan tentang ilmu mengenal pasti simptom-simptom dan teknik pengedalian yang betul terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku. “Selain itu, peserta juga dibantu untuk membuat penilaian intervensi dan membina emosi positif dalam menangani kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku tantrum,” ujar beliau. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 131


Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) 132 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Kebersamaan HPU antara Tunjang Kekuatan Sektor Pendidikan Tinggi “Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin menegaskan yang sektor pendidikan tinggi mesti bergerak sebagai satu ketumbukan yang kuat dan saling menyokong,” demikian kata Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut beliau, perkongsian secara strategik dan berkesan tentang segala ilmu, sumber, kepakaran dan penemuan baharu harus menjadi budaya. “Bukan sahaja dalam kalangan anggota dan warga sesebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau organisasi, tetapi merentas organisasi dan lapangan. “Bukan sahaja bersaing secara sihat dan produktif, tetapi turut mengumpul dan menggabungkan kekuatan yang ada pada semua pihak, menjadi satu kekuatan bersepadu sektor pendidikan tinggi,” katanya ketika merasmikan Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Mohamed Khaled berkata, dalam konteks bidang perubatan, KPT tidak mahu lagi membeza-bezakan kedudukan dan taraf antara hospital universiti yang ada. “Kita tidak akan melihat Hospital USM sebagai kekuatan USM, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebagai kekuatan Universiti Malaya (UM) atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz sebagai kekuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara berasingan dan terpisah. “Sebaliknya, semua pusat perubatan dan hospital ini adalah aset dan kekuatan bersama sektor pendidikan tinggi negara. “Jadi, kesemua hospital dan institusi perubatan ini mesti duduk dan bergerak secara bersekali dan berlaku perkongsian sumber, kepakaran dan ilmu termasuk perkongsian sistem, pendekatan tadbir urus serta amalan terbaik,” jelasnya lagi. Tambah Mohamed Khaled, semua Hospital Pengajar Universiti (HPU) perlu membangun secara bersama. “Dengan bergerak secara seiring dan bersekali, segala desakan dan tuntutan teknologi terkini, amalan terbaik serta pengaplikasian platform atau medium digital dapat dihadapi bukan sahaja secara serius, tetapi dengan lebih berkesan. Sorotan Program


40 TAHUN HOSPITAL USM “Fokus ke arah ‘Artificial Intelligence’ atau AI dan ‘machine learning’ adalah perkara yang sudah tidak boleh dielakkan. Ledakan teknologi disruptif ini sudah menerjah masuk ke dalam segenap spektrum kehidupan termasuk dalam sektor perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan,” ujarnya. Sambutan 40 Tahun Hospital USM diadakan bertujuan untuk menyebar maklumat tentang perkembangan Hospital USM selaras dengan objektif penubuhannya iaitu berkongsi informasi terkini mengenai pencapaian, skop dan fungsi utama Hospital USM, melestarikan pencapaian unggul dalam perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat, dan mempromosi perkhidmatan kesihatan ke arah masyarakat sihat selaras dengan konsep Malaysia MADANI. Mula beroperasi sejak tahun 1983, Hospital USM sehingga kini telah melahirkan lebih 3,000 pakar perubatan rentas bidang dengan melalui pelbagai evolusi dalam melaksanakan fungsinya sebagai sebuah HPU dan menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Sambutan ini adalah satu peristiwa untuk memperingati perjalanan kejayaan yang terlakar sepanjang empat (4) dekad penubuhannya. Tidak hanya menyaksikan perubahan dalam landskap perubatan, tetapi juga menyaksikan kisah-kisah kejayaan dan kisah penyembuhan yang menyayat hati. Setiap pesakit yang dirawat adalah sebahagian daripada kisah besar Hospital USM dalam memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 133 Sebagai pelopor dalam bidang penjagaan kesihatan di negeri Kelantan, khususnya dan wilayah Pantai Timur, amnya, Hospital USM menjadi tonggak utama kesihatan masyarakat yang sentiasa memberi khidmat terbaik kepada ribuan pesakit saban tahun. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Profesor Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman dan Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 40 Tahun Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof.


“Perkhidmatan makmal diagnostik sangat penting dalam perawatan pesakit kerana ia bertanggungjawab menganalisa sampel pesakit bagi membantu pengamal perubatan melakukan diagnosis, memantau perkembangan penyakit dan tindak balas kepada intervensi rawatan,” demikian kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Menurut beliau, penubuhan ‘Central Diagnostic Laboratory’ (CDL) merupakan penambahbaikan yang dilakukan dalam perkhidmatan makmal diagnostik di Hospital USM dengan menggabungkan beberapa makmal rutin diagnostik. “CDL merupakan makmal pertama di Hospital USM yang menggabungkan ujian-ujian rutin ke dalam sistem ‘Total Laboratory Automation’ (TLA) di mana sistem ini diwujudkan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan selain mengurangkan ‘turn around time’ serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. “Kini, sistem TLA di CDL turut menjadi rujukan kepada makmal-makmal lain yang menggunakan sistem sama di Malaysia. “Hal ini sangat bertepatan selaras dengan tekad dan iltizam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan makmal diagnostik Hospital USM,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian CDL. Tambah Nik Hisamuddin, beliau bangga dengan pencapaian CDL kerana menjadi matlamat pengurusan universiti untuk menawarkan perkhidmatan baharu seiring perkembangan teknologi dan peralatan yang dibekalkan. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel CDL: Gabungan Pelbagai Makmal Rutin Diagnostik Perkemas Perkhidmatan Makmal Hospital USM 134 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


“Bagi pihak pengurusan Hospital USM, saya mengharapkan perkhidmatan CDL ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua kakitangan hospital dan pesakit yang terlibat seterusnya memberi impak positif kepada kewangan hospital melalui proses penjimatan dan juga penjanaan. “Pihak pengurusan sentiasa memberi sokongan kepada CDL untuk terus meningkatkan mutu kualiti dan mencapai kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan yang profesional bagi memenuhi keperluan pelanggan seterusnya menjadi pusat rujukan serantau,” ujarnya lagi. Untuk rekod, sebelum ini makmal diagnostik di Hospital USM menjalankan ujian-ujian rutin dan beroperasi 24 jam di tempat yang berasingan. Setelah penubuhan CDL, perkhidmatan telah tertumpu pada satu tempat termasuk pusat penerimaan spesimen dengan hanya penggunaan satu ‘Laboratory Information System’ (LIS). Turut hadir ialah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Ketua Perkhidmatan Pentadbiran dan Latihan, Unit Klinikal Hospital USM, Dr. Tengku Mastura Tengku Mohd dan Penyelaras Operasi CDL, Hospital USM, Dr. Wan Central Diagnostic Laboratory Norlina Wan Azman. ‘Total Laboratory Automation’ (TLA) Buletin KELIP - Edisi 2/2023 135


136 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan Cakna Ubat Anda: Fahami Keperluan Elak Pembaziran Ahli farmasi merupakan kerjaya profesional kesihatan yang sangat penting selain doktor, jururawat, paramedik dan profesion kesihatan lain dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Profesion ini telah bertapak di Malaysia seawal tahun 1951 apabila Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 berkuat kuasa. Secara tradisi, kerjaya dalam bidang farmasi dilihat sebagai pemberi ubat melalui kaunter di hospital atau di klinik sahaja. Seiring dengan peredaran masa, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Farmasi semakin berkembang dan mencabar. Menurut Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, bidang farmasi telah melalui evolusi yang pesat mengikut arus perubahan zaman. “Kini, farmasi bukan sekadar tempat mendapat ubat semata-mata, tetapi konsep berpusatkan pesakit atau 'patient-centered’ diberi penekanan. “Saya percaya perkhidmatan yang digerakkan oleh Jabatan Farmasi Hospital USM secara berterusan kepada pesakit berupaya menangkis dan memerangi maklumat yang tidak tepat dalam pendidikan kepada pesakit melalui pelbagai medium sama ada secara berdepan atau alam maya, katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Pengarah Hospital USM Siri 6 yang berlangsung di Auditorium, Blok Pentadbiran Hospital USM. Nik Hisamuddin berkata, “Farmasi dan Ubat, Berpisah Tiada” dipilih sebagai tema majlis sambutan pada kali ini kerana bermula dengan proses perolehan ubat-ubatan sehingga pembekalan ubat yang betul dan selamat serta pemonitoran keberkesanan ubat secara berterusan kepada pesakit, sememangnya mempunyai maksud yang sangat signifikan dengan farmasi. Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 137 “Meskipun peruntukan terhad, penyampaian perkhidmatan kesihatan perlu diteruskan dan dipertingkatkan. “Di Hospital USM, kadar caj ubat pesakit luar bagi warganegara Malaysia cuma dikenakan bayaran RM12 untuk bekalan ubat bagi tempoh empat (4) minggu dan nilai ini sangat rendah jika dibandingkan dengan kadar caj di hospital lain serta harga sebenar ubat bersama perkhidmatan yang diberikan. “Ini membuatkan segelintir pesakit mengambil mudah, tidak cakna, tidak menghargai kemudahan yang diberikan malahan memulangkan semula ubat-ubatan yang melepasi tarikh luput dan tidak digunakan,” ujarnya lagi. Tambah Nik Hisamuddin, dalam mendepani pelbagai isu berkaitan ubat di samping cabaran sumber kewangan yang terhad, farmasi telah melaksanakan pelbagai langkah penjimatan berhemat bagi mengoptimum perbelanjaan. “Kita juga sedar kemajuan pesat dalam teknologi menjadikan akses atau capaian maklumat ubat menjadi sangat mudah. “Ini menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai mitos berkaitan ubat-ubatan dan ia turut menjadi salah satu punca kepatuhan terhadap ubat-ubatan menjadi rendah. “Ada pesakit yang percaya jika terlalu banyak mengambil ubat di hospital akan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan akhirnya ubat yang dibekalkan tidak digunakan dengan betul dan ia mengakibatkan kerugian bernilai ribuan ringgit,” jelasnya. Nik Hisamuddin turut berharap agar program seumpama ini memberi banyak pendedahan dan pengetahuan berkaitan perkhidmatan farmasi di Hospital USM serta memperkukuhkan sistem penyampaian kesihatan dan meningkatkan tahap kesejahteraan pesakit dan orang ramai. Program tersebut turut diisi dengan pelancaran laman sesawang Jabatan Farmasi, Hospital USM. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria, Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM, Saberi Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Farmasi, Jabatan Farmasi, Hospital USM, Mohd Hanif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Bersama Pengarah Hospital USM Siri 6, Noor Shufiza Ibrahim.


ROSLIZA HARON Pegawai Sains C44 Pusat Pengajian Sains Kesihatan 01/08/2023 Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih Kakitangan Bersara RUZMAN MOHD NOR Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 08/07/2023 SHAMSIAH ISHAK Pembantu Awam H14 Pusat Perumahan & Penginapan Universiti 09/07/2023 JAFRI IBRAHIM Pembantu Awam H11 Hospital USM 30/07/2023 NIK AHMAD NASRON NIK MUSTAPHA Pengawal Keselamatan KP14 KUP Jabatan Keselamatan (Kesihatan) 01/08/2023 ZILFALIL ALWI Pensyarah Perubatan Gred Khas B VK6 Pusat Pengajian Sains Perubatan 22/07/2023 AHMAD FAI ROSE YAACOB Pembantu Awam H11 Hospital USM 01/08/2023 NIK NATRAH NIK SOH@NIK ISMAIL Pembantu Tadbir (P/O) N26 Hospital USM 02/08/2023 138 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Selaut Budi, Seribu Memori ZUARINI MOHAMED Jururawat U42 Hospital USM 01/08/2023


SIDEK AHMAD MOHAMAD ZIN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 03/08/2023 NAZLAN AWANG Jururawat U48 Hospital USM 12/09/2023 RAZANEE BASIR SALLEH Penolong Jurutera JA29 Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset 05/08/2023 FARIDAH ZAKIRIA Pereka B44 Pejabat Pengarah Kampus 16/08/2023 ZAHARA RAZAK Penolong Jurutera JA26 Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset 18/08/2023 MAZLAN MUSTAFA Pembantu Awam H14 Hospital USM 27/08/2023 KASMANI MAMAT Jururawat U36 KUP Hospital USM 04/09/2023 WAN KARIM WAN JAAFAR Pembantu Awam H14 Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset 09/09/2023 ZAKARIA KASIM Pegawai Sains C44 Pusat Pengajian Sains Kesihatan 01/09/2023 MAKELTHOM ALI Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 12/09/2023 MOHD HASNI MUHAMMAD HANAFI Pegawai Sains C44 Pusat Pengajian Sains Kesihatan 25/09/2023 TAN BENG GEOK Jururawat U44 Hospital USM 19/09/2023 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 139


AHMAD ALADIN NGAH Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 04/11/2023 MOHAMED SAUFI MOHD ZAIN Penolong Pegawai Sains C29 Hospital USM 19/10/2023 ROKBI IBRAHIM Pembantu Tadbir (P/O) N22 KUP Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi 23/10/2023 AMALUDIN MOHD ZAIN Pembantu Operasi N11 Hospital USM 27/10/2023 NOR AZMAN MAT ZIN Pensyarah Perubatan DU56 Pusat Pengajian Sains Perubatan 29/10/2023 JABALUDDIN AB. KADIR Pembantu Perawatan Kesihatan U14 Hospital USM 26/10/2023 ISMAIL ABDULLAH Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM 30/10/2023 MOHAMAD NOOR HARUN Pembantu Kemahiran H22 Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset 09/11/2023 IZAZI MOHD. ZAIN Pembantu Makmal C19 Hospital USM 26/09/2023 NOR ANI NAFI Jururawat U36 KUP Hospital USM 16/10/2023 AYOB HUSSAIN Pembantu Keselamatan KP22 Jabatan Keselamatan 18/10/2023 DARIAH MOHD YUSOFF Pensyarah Universiti DS54 Pusat Pengajian Sains Kesihatan 06/11/2023 140 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Selaut Budi, Seribu Memori


WAN NUDRI WAN DAUD Pensyarah Universiti DS54 Pusat Pengajian Sains Kesihatan 08/12/2023 MAIZAN MAT Pembantu Tadbir (Kewangan) W26 Jabatan Bendahari 15/11/2023 MOHAMAD SAIMI HAMID Pembantu Perawatan Kesihatan U16 Hospital USM 16/11/2023 DR. NORMALA ABDUL WAHID Pegawai Perubatan Gred Utama C VU7 Hospital USM 21/11/2023 JAMARUDDIN MAT ASAN Juruteknologi Makmal Perubatan U40 Pusat Pengajian Sains Perubatan 22/11/2023 ABDUL RAHIM ABDUL SAMAD Pembantu Tadbir Kewangan W28 Jabatan Bendahari 21/11/2023 MAZIDAH SAAD Jururawat U44 Hospital USM 30/11/2023 MAZLAN MUDA@KASSIM Juruteknologi Makmal Perubatan U36 Pusat Pengajian Sains Perubatan 09/11/2023 SITI ESHAH HARUN Jururawat U36 KUP Hospital USM 10/11/2023 AZMAN YAACOB Pembantu Tadbir (Kewangan) W26 KUP Jabatan Bendahari 11/11/2023 (Sumber: Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM) Buletin KELIP - Edisi 2/2023 141


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 142 (Sumber: Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM) Salam Takziah Belangsungkawa WAN ZARIPAH WAN BAKAR Pensyarah Pergigian DUG56 Pusat Pengajian Sains Perubatan 30/09/2023 MAT ROHIM HUSSIN Pembantu Penyediaan Makanan N22 Hospital USM 18/12/2023 JAMIL ABDUL WAHAB Guru Bahasa DG41 Pusat Pengajian Bahasa, Literasi 10/11/2023 A L - FAT I H A H Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh Selaut Budi, Seribu Memori


1983 - 2023 4 0 Ta h u n H o s p i t a l U S M : Peneraju Ilmu, Pemacu Perkhidmatan Penyayang


Cenderahati Rasmi USM https:/bit.ly/TheKELIP KAMI MEMIMPIN Mentransformasikan Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok


Click to View FlipBook Version