The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KELIP Edisi 2 2023
Kampus Kesihatan USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nor Azlin Wan Azlan, 2024-03-30 23:37:48

Buletin KELIP Edisi 2 2023

Buletin KELIP Edisi 2 2023
Kampus Kesihatan USM

kesihatan gusi yang sihat kerana telah terbukti keberkesanannya dan merupakan satu pilihan rawatan yang terbaik untuk menghalang proses kerosakan gigi daripada berterusan” ujarnya lagi. Tambah Huwaina, apabila kawasan pulpa telah dijangkiti, keradangan pulpa akan berlaku dan pesakit biasanya akan mengalami gejala seperti sakit apabila makan atau minum sesuatu yang panas atau sejuk, sakit berdenyut yang berpanjangan, sakit gigi secara tiba-tiba, sakit gigi yang mengganggu tidur malam serta pembentukkan bengkak pada bahagian gusi. “Selain itu, gejala lain yang mungkin dihadapi oleh pesakit ialah perubahan pada warna gigi, gigi menjadi mudah patah, retak atau bergoyang,” jelasnya. Huwaina turut menerangkan dalam sesetengah keadaan pesakit mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai gigi yang dijangkiti dan memerlukan rawatan ini. “Masalah ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan bertambah teruk yang boleh membawa kepada jangkitan atau nanah pada gigi dan gigi mungkin terpaksa dicabut. “Namun begitu, pesakit perlu ambil maklum bahawa gigi yang telah melalui proses rawatan mati saraf gigi akan menjadi sedikit rapuh berbanding kekuatan asal gigi asli yang sihat. “Oleh itu, rawatan pemasangan korona amatlah disarankan bagi memanjangkan tempoh kelangsungan gigi tersebut,” ulasnya lanjut. Huwaina juga turut menjelaskan bahawa pesakit mungkin mengalami sedikit rasa sakit atau tiada kesakitan langsung semasa menjalani rawatan mati saraf gigi. “Hal ini kerana ubat kebas setempat akan disuntik di kawasan gigi yang dirawat untuk memberikan kesan kebas pada gusi dan gigi bagi keselesaan pesakit sepanjang prosedur,” katanya. Selain itu, Huwaina turut menasihatkan orang ramai agar menjadikan amalan mendapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. “Melalui pemeriksaan gigi berkala, doktor gigi dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi seseorang individu lebih awal serta memberi rawatan dengan lebih cepat,” jelasnya. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 51


Kencing manis atau diabetes adalah keadaan apabila paras gula atau glukosa dalam darah lebih tinggi daripada paras normal disebabkan kekurangan hormon insulin dalam badan atau peningkatan rintangan badan terhadap insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Masyarakat sering menyangka penyakit kencing manis hanya dikesan dan dihidapi oleh golongan tua atau individu obesiti (kegemukan), namun individu yang tidak bergejala tetapi mempunyai faktor genetik yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol serta sejarah kencing manis semasa mengandung adalah antara golongan berisiko tinggi. Pegawai Perubatan Klinik Rawatan Keluarga (KRK), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nik Nurfariha Mohamed Zalami berkata, peningkatan bilangan angka bagi kes kencing manis amat membimbangkan kerana pada tahun 2019, dianggarkan hampir lima (5) juta penduduk negara ini menghidap kencing manis . “Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), peratusan pesakit kencing manis di Malaysia meningkat daripada 8.4 peratus (%) pada 2015 kepada 9.4% pada tahun 2019. "Jika dinisbahkan purata mengikut etnik, kaum India menduduki carta kes kencing manis tertinggi iaitu sebanyak 31.4%, diikuti kaum Melayu 22.6% dan Cina 15.1%. “Laporan itu juga sekaligus menunjukkan peningkatan yang ketara bagi individu dewasa berusia 25 tahun ke bawah menghidap penyakit kencing manis dan ini sangat membimbangkan," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Nik Nurfariha, saringan kencing manis boleh dilakukan dengan mengambil sampel darah pada kapilari contohnya di hujung jari. “Sekiranya ujian dilakukan sewaktu berpuasa, nilai yang normal Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood DR. NIK NURFARIHA MOHAMED ZALAMI Pegawai Perubatan Klinik Rawatan Keluarga (KRK) Hospital USM 52 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Kencing Manis Jom Cakna Terhadap Diri Sendiri Sembang Sihat


adalah tidak melebihi dari 5.6mmol/L manakala jika diambil secara rawak selepas makan, ia tidak boleh lebih daripada 7.8mmol/L. “Sekiranya bacaan didapati abnormal, ujian lanjut seperti ujian plasma darah secara puasa (fasting plasma glucose), ujian minum air gula (oral glucose tolerance test - OGTT) atau pengambilan ‘glycosylated hemoglobin’ (Hba1c) untuk nilaian yang lebih tepat disarankan dilakukan,” ujarnya lagi. Menurut Nik Nurfariha, antara tanda-tanda menghidap penyakit kencing manis ialah kerap minum air atau dahaga, kerap lapar, kerap buang air kecil serta cepat letih. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 53 “Biasanya pesakit kencing manis dinasihatkan untuk mempunyai mesin memeriksa gula sendiri di rumah (glucometer) dan melakukan pemeriksaan untuk memantau tahap gula dalam badan masing-masing. “Ini kerana berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penjagaan pengurusan kendiri pesakit kencing manis sebenarnya memberi kesan yang jauh lebih baik sekaligus dapat mengelak peningkatan dalam kos rawatan perubatan,” katanya. Beliau berkata, pengurusan kendiri merujuk kepada keupayaan individu yang mengalami kencing manis menguruskan pemeriksaan sendiri, mengenal pasti gejala yang bahaya dan boleh mengamalkan aktiviti untuk mencegah daripada mendapat komplikasi kronik seperti sakit jantung, kerosakan saraf, penyakit buah pinggang, gangguan mata atau penglihatan dan strok. “Selain itu, ahli keluarga dan komuniti terdekat juga dinasihatkan untuk memastikan pesakit kencing manis mempunyai mekanisme tindakan keselamatan sekiranya mengalami tanda-tanda gejala hipoglisemia atau hiperglisemia. “Gejala hipoglisemia adalah apabila gula rendah dalam darah dan biasanya bacaan gula kurang dari 3.9mmol/L di mana pesakit akan mengalami rasa berdebar, berpeluh dan berasa ketar pada bahagian tangan dan kaki. “Gejala hiperglisemia pula adalah apabila gula terlalu tinggi dalam darah dan pesakit biasanya akan kerap minum air atau dahaga, kerap membuang air kecil dan berasa cepat letih,” ulasnya lanjut. Nik Nurfariha turut berpesan agar segera mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda menghidap kencing manis terutama dengan gejala hipoglisemia dan hiperglisemia “Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan segera ke premis kesihatan terdekat untuk melakukan saringan kesihatan. “Masyarakat juga digalakkan menjalani ujian saringan darah untuk kencing manis bagi mengawal paras gula dalam darah selain mengekalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang komplikasi penyakit,” jelasnya. Nik Nurfariha turut memaklumkan bahawa penyakit kencing manis sebenarnya mampu dikawal sendiri jika pesakit tahu strategi penjagaan kendiri. “Ini sangat penting untuk mengekalkan hidup sihat tanpa komplikasi dan pada masa yang sama mengurangkan beban kepada sumber penjagaan kesihatan.


Penyakit Parkinson adalah penyakit kronik ‘Neurodegenerative Disorder’ yang boleh menyebabkan gangguan berterusan serta menyukarkan pergerakan tubuh dalam tempoh yang lama. Penyakit ini timbul secara perlahan-lahan dengan kemerosotan dan kematian ‘neuron’ tertentu di otak terutama kawasan yang mengawal gerakan. Pakar yang juga Pensyarah Neurosurgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ang Song Yee berkata, empat (4) tanda seseorang menghidap penyakit parkinson ialah sentiasa menggeletar, pergerakan menjadi lambat, badan menjadi keras dan ketidakseimbangan badan. “Gerakan gementar (tremor) merujuk kepada pesakit yang akan perasan tangan atau kaki mereka menggeletar tanpa kawalan terutama semasa rehat. “Pergerakan menjadi lambat pula merujuk kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu itu menjadi lambat dan terganggu seperti berjalan, membuat kerja rumah dan aktiviti harian lain. “Selain itu, tanda-tanda parkinson juga dikaitkan dengan tangan dan kaki pesakit menjadi keras atau kaku dan sering mengalami ketidak seimbangan badan (mudah jatuh terutama ketika berjalan atau bangun dari duduk),” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Menurut Song Yee, parkinson biasanya berlaku disebabkan ‘Idiopathic’ yang tidak diketahui bergantung kepada faktor genetik yang menyebabkan kemerosotan saraf otak. “Berdasarkan kajian, pesakit yang menghidap parkinson pada usia muda iaitu sebelum 50 tahun dipercayai berpunca daripada faktor genetik (parkin gene mutasi) dan hanya sebilangan kecil sahaja penghidap penyakit ini yang mempunyai sejarah keluarga penyakit parkinson. “Proses penyakit parkinson pada peringkat permulaan adalah sangat Teks : Marlina Zahari DR. ANG SONG YEE Pakar & Pensyarah Perubatan Neurosurgeri Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan USM 54 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sembang Sihat Parkinson: Kenali Simptom dan Cakna Perubahan Diri


responsif kepada rawatan ubatan, iaitu melalui pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi ‘madopar’ dan ‘dopamine agonist’ terutama bagi permulaan penyakit tiga (3) hingga lima (5) tahun,” ujarnya. Tambah Song Yee, selepas rawatan melalui pengambilan ubat pada peringkat permulaan, penyakit ini akan menjadi tidak responsif atau kurang responsif kepada ubat tersebut akibat daripada kemerosotan kepada saraf. “Pada peringkat ini pesakit mula menjadi pelupa, mengalami gangguan emosi dan tidak berupaya menjaga diri sendiri sehingga pada peringkat terakhir, pesakit biasanya akan terlantar di katil. “Penyakit parkinson sebenarnya boleh dirawat melalui pembedahan ‘deep brain stimulation’ atau rangsangan otak. Namun, kaedah itu hanya untuk melengah atau memperlambatkan proses kemerosotan ubat,” jelasnya lagi. Song Yee berkata, pesakit biasanya akan dimasukkan ke wad dan dirujuk kepada pakar perubatan neurologi untuk menjalani ujian bagi melihat kesesuaian kepada pembedahan rangsangan otak. “Pembedahan ini dapat membantu pesakit mengurangkan tanda-tanda penyakit selain membantu pesakit mendapat kualiti kehidupan yang lebih bagus. “Pembedahan ‘deep brain stimulation’ juga dipercayai dapat mengurangkan keperluan ubat-ubatan dan secara tidak langsung dos ubat makin berkurangan,” ulasnya lanjut. Song Yee turut menjelaskan bahawa antara komplikasi pembedahan ‘deep brain stimulation’ ialah jangkitan kuman dan pendarahan otak. “Antibiotik akan diberi kepada pesakit untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman dan kemudahan teknologi canggih 'image-guided surgery' (IGS) akan digunakan bagi mengelak alat yang dimasukkan terkena salur darah untuk mengurangkan risiko pendarahan otak. “Dengan kemajuan serta perkembangan dalam bidang penjagaan kesihatan dan nutrisi, jangka hayat seseorang individu akan turut meningkat,” katanya. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 55


Dalam usaha mengutamakan keselesaan kepada pesakit, Klinik ‘Fine Needle Aspiration Cytology’ (FNAC), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan perkhidmatan di lokasi baharu berhadapan Klinik Pakar Perubatan, Hospital USM bermula awal Jun lalu. Klinik FNAC Hospital USM merupakan satu-satunya Klinik FNAC di Malaysia yang melaksanakan sendiri proses pengurusan pesakit termasuk mempunyai sistem pendaftaran dan deskripsi perubatan atau sijil sakit sendiri. FNAC ialah prosedur yang dilakukan menggunakan jarum halus untuk mengambil sedikit sel pada ketulan atau ketumbuhan superfisial bagi mengenal pasti sama ada ia ketumbuhan yang bahaya (kanser) atau sebaliknya. Menurut Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, kebanyakan Klinik FNAC di hospital lain berkongsi ruang di Klinik Surgeri atau Otorinolaringologi (ORL). “Keberadaan klinik ini secara sendiri dan terbuka dapat memberi keselesaan dan ruang khas yang kondusif untuk para pesakit melakukan prosedur ini. “Ini membuktikan kepentingan klinik FNAC adalah untuk memberikan perkhidmatan sama rata kepada semua pesakit dalam semua bidang kepakaran atau subkepakaran di Hospital USM khususnya dan Kelantan amnya,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Klinik FNAC Hospital USM. Nik Hisamuddin turut berbangga dengan pembukaan Klinik FNAC tersebut sekaligus membuktikan Hospital Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Utamakan Keselesaan Pesakit, Klinik FNAC Hospital USM Tawar Perkhidmatan di Lokasi Baharu 56 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 57 Klinik FNAC Hospital USM dirasmikan oleh Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman USM komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada para pesakit. “InsyaAllah, Klinik FNAC bakal bertindak sebagai ‘Point of Care Testing’ (POCT) untuk perkhidmatan sitopatologi dan akan diintegrasi dengan kemudahan lain seperti mesin ‘ultrasound’ kerana ianya akan meningkatkan lagi kadar keberkesanan dan sensitiviti prosedur ini. “Selain itu, saya juga percaya prosedur FNAC di Hospital USM terbukti selamat dan mesra pesakit serta mendapat pengiktirafan akreditasi antarabangsa MS ISO 15189: 2014,” jelasnya lagi. Tambah Nik Hisamuddin, pengurusan Hospital USM mengharapkan perkhidmatan Klinik FNAC ini memberi manfaat sepenuhnya kepada semua pesakit yang terlibat kerana impaknya sangat besar dalam kehidupan mereka. “Pengurusan Hospital USM juga akan sentiasa menyokong usaha ini agar semua masyarakat khususnya pesakit Hospital USM mendapat manfaat melalui perkhidmatan FNAC yang ditawarkan,” kata beliau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM, Timbalan-timbalan Dekan PPSP USM, Ketua Jabatan, Jabatan Patologi USM, Dr. Faezahtul Arbaeyah Hussain dan Penyelaras Klinik FNAC merangkap Pengarah Majlis Perasmian Klinik FNAC, Profesor Madya Dr. Anani Aila Mat Zin.


58 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Menyedari perkara tersebut, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan ‘Colour Run’ 2023 di Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan USM. Sukan mampu menjadi wadah penting dalam usaha membentuk sebuah keluarga Malaysia yang harmoni merentasi garis kaum dan agama kerana sejak dari dahulu sukan mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara sebagai bangsa yang tinggi dengan nilai kasih sayang. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Semarakkan Semangat Sorotan Patriotik dan Perpaduan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 59 Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, sejak wabak COVID-19 melanda negara, aktiviti atau program yang melibatkan perhimpunan besar tidak dapat dijalankan termasuk ‘Colour Run’ atas beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Namun, pada tahun ini, program ‘Colour Run’ 2023 dapat diteruskan kembali setelah beberapa tahun tertangguh dan walaupun dalam suasana krisis kesihatan yang masih membelenggu negara, sambutan ‘Colour Run’ kali ini tetap meriah penyertaannya. “Syabas saya ucapkan kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam program ini kerana begitu bersemangat walaupun sibuk dengan rutin harian masing-masing termasuk sebagai seorang pelajar,” katanya. Shaharum turut menyeru para pelajar Kampus Kesihatan agar mengusulkan lebih banyak cadangan program kesukanan seumpama itu bagi meningkatkan penglibatan dalam kalangan pelajar. Beliau turut mengingatkan semua peserta agar sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan ketika mengikuti program tersebut. “Bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba, dehidrasi, pengsan dan sebagainya, para peserta perlu memastikan bekalan air yang dibawa mencukupi, memakai pakaian yang bersesuaian dan membawa kelengkapan sukan yang lain seperti topi, kipas dan lain-lain yang dirasakan perlu. “Awasi langkah dan berjaga-jaga dalam berseronok agar kita tidak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain,” ujarnya lagi. Turut hadir dalam program yang disertai kira-kira 200 peserta itu ialah Penasihat Persatuan Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Dr. Adam Abdul Malik; Penasihat Program ‘Colour Run’ 2023, Mohamad Norzulhairie Othman dan Pengarah Projek ‘Colour Run’ 2023, Nik Zahid Asyraf Nik Ahmad Zuky .


Seramai 287 staf Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 dan Anugerah Khidmat Sanjungan Budi (AKSB) di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Daripada jumlah tersebut, 26 orang penerima adalah daripada kumpulan pengurusan dan profesional manakala 261 lagi terdiri daripada staf kumpulan pelaksana serta 33 orang penerima AKSB. Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Hargai Jasa dan Kecemerlangan 287 Terima APC Hospital USM 60 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 61 Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman semasa menyampaikan ucapan berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan menghargai jasa staf yang selama ini bertungkus lumus dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tahun 2022 selain menghargai warga Hospital USM yang telah genap 25 tahun memberi perkhidmatan. “Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda Hospital USM menghargai jasa warganya yang telah memberikan khidmat terbaik kepada Hospital USM melalui prestasi kerja yang cemerlang. “Saya berharap pengiktirafan seumpama ini akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada semua untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, lestari serta menjulang nama universiti di peringkat kebangsaan mahupun di persada dunia,” ujarnya. Tambah Nik Hisamuddin, cabaran masa hadapan memerlukan kesediaan warga Hospital USM untuk bekerja keras, bertindak pantas serta kreatif dan inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan. “Hal ini memerlukan keupayaan staf untuk berfikir secara strategik, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi dengan berkesan sebagai kayu ukur dalam keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. “Oleh itu, pembudayaan hasil kerja berprestasi tinggi dalam suasana kerja berpasukan yang harmoni dan ‘happiness index’ yang tinggi harus dijadikan sebagai pemangkin untuk mencapai kecemerlangan universiti amnya dan Hospital USM secara khususnya,” katanya lagi. Nik Hisamuddin turut menasihati warga Hospital USM agar menggunakan kemudahan kecanggihan teknologi ke arah yang lebih baik, berfaedah dan memberi kesan positif bukan sahaja kepada warga USM malah masyarakat keseluruhannya. “Adalah penting untuk kita sebagai warga Hospital USM menjaga imej serta nilai yang baik bagi mengekang penularan budaya menyebar (viral) sesuatu perkara yang tidak sahih atau membawa impak kurang menyenangkan untuk tontonan masyarakat umum. “Namun, pada sisi yang lain, budaya viral ini juga boleh dijadikan sebagai platform yang baik sekiranya kita mampu menawarkan perkhidmatan, sikap serta budaya kerja yang terbaik kepada pelanggan Hospital USM,” jelasnya. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pendaftar Kanan, Mohd Saberi Mohd Yusoff.


Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) melalui Pusat Transformasi (PT) OKU, Universiti Sains Malaysia (USM) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (PTOKU USM-MAIK) telah melaksanakan program pemerkasaan orang kelainan upaya (OKU) dengan penganjuran Bengkel Lambat Bercakap: Ketahui Teknik Bijak Rangsang Bercakap 'Dari Klinik Speech ke Kelas' bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, usaha pemerkasaan ini seiring dengan salah satu daripada agenda utama USM iaitu 'Accelerated Programme for Exellence' (APEX) dengan meletakkan golongan OKU sebagai kumpulan sasaran utama untuk diberi perhatian. “Melalui bengkel ini para peserta diberikan pendedahan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada pengusaha dan gugu-guru taska mengenai teknik-teknik yang ada untuk mengendalikan anak-anak taska yang mempunyai masalah pertuturan. "USM menggabungkan kepakaran terapi carakerja (Occupational therapy) bagi membantu pegawai pemulihan pertuturan dalam usaha untuk menangani masalah lambat bercakap dalam kalangan kanak kanak Bengkel Lambat Bercakap: Ketahui Teknik Bijak Rangsang Bercakap Teks: Mohd Hafiz Ya’acob Anjur Bengkel Bantu Tangani Kanak-Kanak Lambat Bercakap PTOKU USM-MAIK Sorotan Program


“Ia juga dapat memberi semangat dan motivasi serta daya penyelesaian masalah kepada guru-guru taska selain membantu mengurangkan bilangan peratusan kanak-kanak yang mengalami masalah lambat bercakap di Malaysia,” katanya. Tambah Shaharum, USM sebagai sebuah universiti awam perlu memainkan peranan utama dalam menyebarluas ilmu serta kepakaran terutama dalam bidang kesihatan di samping mengukuhkan sistem jaringan universiti bersama masyarakat. "USM menggabungkan kepakaran terapi carakerja (Occupational therapy) bagi membantu pegawai pemulihan pertuturan dalam usaha untuk menangani masalah lambat bercakap dalam kalangan kanak kanak. “Selain itu, jaringan kerjasama yang telah dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara USM dengan Al Kauthar Eduqids (AKE) Sdn. Bhd. pada Februari lalu dilihat memberi impak yang besar apabila bilangan peserta bengkel yang hadir paling ramai adalah dari AKE iaitu seramai 107 orang. “Bagi pihak USM, saya berharap agar semua peserta mendapat manfaat daripada perkongsian Pakar Patologi Pertuturan dan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat dipraktikkan ditempat masing-masing agar lebih ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bercakap mendapat manfaatnya. Shaharum turut berharap agar rakan-rakan industri lain juga turut tampil dan mencari peluang kerjasama dengan PTOKU USM-MAIK bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan program ini agar ia terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AKE, Dato’ Dr. Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim dan Ketua PTOKU USM-MAIK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 63


Teks: Mohd Hafiz Ya’acob 64 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Bidang Penulisan untuk Dekati Masyarakat Selaras dengan misi dan visi Universiti Sains Malaysia (USM) yang sentiasa mahu dekat dengan masyarakat menerusi pelbagai platform, USM Kampus Kesihatan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melancarkan tujuh (7) buah buku terbitan DBP, hari ini sebagai salah satu cara pemindahan ilmu melalui media kreatif. Buku tersebut terdiri daripada empat (4) buah buku umum bertajuk 'Apnea, Tidur Lena Yang Membawa Maut', 'Aduh Sakitnya: Merungkai Fisiologi Kesakitan', 'Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Rintis dan Resdung’ dan ‘Hernia' serta tiga (3) buku berbentuk antologi cerpen bertajuk 'Isteriku 46XY’, ‘Suamiku 47XXY’ dan ‘Mustajabnya Tahajud Cinta’ yang kesemuanya bertemakan perubatan dan kesihatan. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, aktiviti penulisan bersama DBP yang diketuai Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain ini berjaya melahirkan penulis dalam kalangan warga USM terdiri daripada pakar perubatan, staf akademik dan bukan akademik. “Terima kasih saya ucapkan kepada Profesor Dr. Nik Hazlina atas usaha yang berterusan dengan DBP semenjak tahun 2008 lagi. Minat Warga USM dalam DBP-USM Suburkan Sorotan Program


"Hasil dari usaha beliau ini, lebih 100 judul buku terbitan DBP karya penulis Kampus Kesihatan berjaya diterbitkan merangkumi pelbagai genre termasuk umum, ilmiah dan karya kreatif. "Malah hari ini, kita dapat melihat di mana 50 orang penulis terlibat dalam penghasilan buku-buku yang dilancarkan," katanya ketika berucap di majlis pelancaran buku tersebut. Shaharum berkata, buku-buku ini adalah bukti kelestarian yang diperkasakan oleh USM kerana buku akan tetap ada biarpun para penulisnya telah meninggal dunia. "Secara tidak langsung ia juga menggambarkan warga USM sangat prihatin dan bersedia untuk menyampaikan ilmu mengenai sesuatu penyakit serta memberi kesedaran penjagaan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia. "Kegemilangan sesebuah institusi terletak kepada semangat kecintaan terhadap pengembangan ilmu yang bermanfaat dan kejayaan penghasilan buku-buku melalui penulisan umum dan kreatif ini menunjukkan bahawa kita semua mempunyai keinginan untuk menyebarkan ilmu dan membangkitkan kesedaran mengenai sesuatu penyakit kepada masyarakat," jelasnya lagi. Tambah Shaharum, penulisan kisah pesakit-pesakit kronik mampu menjadi ruang yang memberi semangat kepada para pesakit dan masyarakat untuk lebih memahami dan mendalami emosi seseorang yang dilanda sesuatu penyakit. “Majlis pelancaran buku ini amat bermakna kepada USM dan seluruh warga Kampus Kesihatan kerana hasil penulisan merupakan wadah yang menghubungkan kita dengan masyarakat. "Saya amat berharap agar buku-buku ini dapat mengurangkan rasa takut sesetengah masyarakat dan meningkatkan kesedaran pencegahan awal serta kepentingan mendapatkan rawatan yang sepatutnya daripada pakar-pakar perubatan dan kesihatan yang bertauliah," ujarnya. Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada penulis-penulis yang terlibat dengan kesemua buku yang dilancarkan hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarah DBP, Dr. Hj. Hazami Jahari; Pengarah Penerbitan DBP, Fauzilayatun Mustafa; Pengarah DBP Wilayah Timur, Ariza Che Ismail; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan (Libatsama Industri - Komuniti & Pembangunan), PPSP, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam; Timbalan Dekan (USM-KLE), PPSP, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Pelancaran Buku DBP-USM, Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.


66 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Pemakanan sihat di samping penjagaan kesihatan yang baik semasa proses tumbesaran awal kanak-kanak adalah penting bagi mencapai permulaan yang baik dalam kehidupan. 1,000 hari pertama yang bermula sejak dalam kandungan sehingga dua (2) tahun usia kanak-kanak adalah fasa yang sangat kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan di mana pemakanan memainkan peranan utama dan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sihat dan cukup khasiat lebih berprestasi di sekolah dan berjaya mencapai potensi penuh. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Promosi Potensi Pertumbuhan Yang Optimum dalam Kalangan Bayi dan Kanak-Kanak Fokus Utama Persidangan IYCF Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Dato’ Dr. Zaini Hussin, inisiatif penganjuran ‘3rd National Infant and Young Child Feeding Scientific Conference’ (IYCF) oleh JKNK, Universiti Sains Malaysia (USM) dan ‘World Alliance for Breastfeeding Action’ (WABA) sangat bertepatan dengan tujuan mengumpul pakar-pakar untuk berbincang dan berkongsi kepakaran berhubung penyusuan susu ibu, pemakanan untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak kecil. Dato’ Dr. Zaini Hussin Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 67 “Sesetengah masalah tumbesaran boleh dikesan sejak lahir di mana bayi mungkin lebih kecil berbanding umurnya. “Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah tumbesaran hanya dapat dikesan apabila kanak-kanak tersebut kelihatan lebih kecil daripada rakan sekelasnya atau apabila pertumbuhan mereka kelihatan tidak ketara dalam tempoh masa tertentu. “Bagi menangani masalah ini dan untuk mengesan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemantauan tumbesaran secara berkala di peringkat jagaan primer iaitu dari tempoh kanak-kanak tersebut lahir sehingga berumur 5 tahun,” katanya yang mewakili Menteri Kesihatan Malaysia ketika menyampaikan ucapan perasmian persidangan tersebut. Zaini berkata, Malaysia kini berhadapan dengan peningkatan kadar obesiti dan bantut selain masalah kekurangan mikronutrien yang agak membimbangkan. “Kekurangan zat makanan boleh dicegah melalui pemahaman yang betul tentang peranan yang dimainkan oleh pelbagai sektor. “Strategi kerjasama ini digariskan dengan jelas dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pemakanan Malaysia III (2016-2025) menerusi Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2.0 yang dilancarkan pada 27 Julai 2021 sekaligus membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan pemakanan jangka hayat di negara ini,” jelasnya lagi. Tambah Zaini, pada tahun 2022, ‘National Health and Morbidity Survey’ (NHMS) melaporkan prevalens permulaan penyusuan awal dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 88.6 peratus (%) dan penyusuan berterusan dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 hingga 23 bulan hanyalah 50.6%. “Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan bayi dan anak kecil ialah menggalakkan ibu menyusu secara eksklusif sehingga bayi berusia enam (6) bulan,” ujarnya. Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed pula mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran persidangan itu dan berharap agar pertambahan ilmu baharu dapat menyumbang serta dikongsi bersama dalam proses mempromosi pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. “Persidangan ini membuka peluang kepada para peserta dalam menitikberatkan tumbesaran anak-anak yang sempurna selain membawa pulang ilmu dalam meningkatkan pemahaman orang ramai berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil seterusnya menyumbang kepada proses menggalakkan potensi pertumbuhan optimum bayi dan kanak-kanak,” katanya yang menyampaikan ucapan secara maya. Turut berlangsung dalam majlis ini ialah perasmian Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat negeri Kelantan yang disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun. Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengerusi Emeritus ‘World Alliance for Breastfeeding Action’ (WABA), Dato’ Seri Dr. Mohammed Anwar Mohammed Fazal; Pengarah Bahagian Pemakanan, KKM, Rusidah Selamat; Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Pengerusi Persidangan Kali Ke-3 IYCF yang juga Penyelaras Sekretariat Laktasi, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaharah Sulaiman dan Pengerusi Bersama Persidangan Kali Ke-3 IYCF yang juga Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) JKNK, Puspawati Mohamed.


Buat julung kalinya, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan 'Town Hall' Zakat Kampus Kesihatan yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. Penganjuran program ini ekoran USM Kampus Kesihatan dilantik sebagai amil zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus dan Pusat Islam sebagai urusetia. Program ini juga bertujuan untuk menghebahkan kepada warga kampus mengenai bantuan yang disediakan oleh Tabung Amil Zakat Kampus Kesihatan serta menggalakkan staf membuat bayaran zakat melalui potongan gaji. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, pada tahun 2022, kutipan zakat pendapatan daripada warga kampus kesihatan sangat memberangsangkan dengan jumlah menghampiri 1,500 orang staf yang membuat potongan gaji. “Kutipan yang berjaya dikumpul melebihi RM3 juta dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 peratus (%) akan dikembalikan kepada USM di bawah kelolaan Pusat Islam bagi merancang serta melaksanakan pelbagai program bantuan demi menyantuni warga kampus termasuk pelajar, staf, pesakit, peneman pesakit di Hospital USM, kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan dan komuniti sekitar. “Kutipan yang berjaya dikumpul melebihi RM3 juta dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 peratus (%) akan dikembalikan kepada USM di bawah kelolaan Pusat Islam bagi merancang serta melaksanakan pelbagai program bantuan demi menyantuni warga kampus termasuk pelajar, staf, pesakit, peneman pesakit di Hospital USM, kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan dan komuniti sekitar”. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Potongan Zakat Melalui Pusat Islam USM Bantu Golongan Kurang Berkemampuan 68 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


“Antara bantuan yang diurus oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan ialah bantuan sara hidup untuk pelajar, bantuan kecemasan, bantuan ihsan, gerobok rezeki untuk pelajar, bantuan kemasukan anak ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), bantuan persekolahan awal tahun, kit Maidaturrahman, sumbangan rahmah untuk pesakit dan banyak lagi," katanya. Tambah Shaharum, seiring dengan misi USM sebagai sebuah universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka, bantuan ini diharap menyumbang kepada perkembangan kualiti kehidupan mereka secara holistik. “Secara keseluruhannya, saya berasa amat bertuah dan gembira dengan komitmen serta kesungguhan Pusat Islam Kampus Kesihatan yang berjaya menambah baik kaedah promosi dan penerangan berkenaan peri pentingnya mengeluarkan zakat serta faedah berzakat melalui USM. “Semoga tahun ini serta tahun-tahun mendatang, Pusat Islam dapat meneruskan kecemerlangan melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan lebih baik,” jelasnya lagi. Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada MAIK yang sentiasa menyokong USM dan ucapan tahniah kepada warga Kampus Kesihatan yang menunaikan kewajipan berzakat melalui USM kerana sumbangan tersebut sangat membantu mereka yang memerlukan. Turut hadir ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Ketua Pegawai Baitulmal MAIK mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK, Haji Ridhwan Abdul Rahman; Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Amira Abdul Sattar@Ismail. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 69


70 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Perkenal Teknologi Baharu Rawatan Luka dan Lecuran fi Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin Sorotan Program Dianggarkan 180,000 kematian akibat lecuran berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana setiap tahun berdasarkan data 'World Health Organization' (WHO) pada tahun 2018. Menyedari hakikat itu, Unit Sains Rekonstruktif, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Rawatan Kebakaran Hospital USM dengan kerjasama Unit Pembedahan Plastik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), 'Malaysian Society of Plastic and Reconstructive Surgery' (MSPRS) dan 'Malaysian Society for Burn Injury' (MBSI) mengambil inisiatif mengumpulkan 25 orang pakar perunding dalam bidang pembedahan plastik dari dalam dan luar negara untuk berkongsi kepakaran dan ilmu selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Dato’ Dr. Zaini Hussin, penganjuran ‘4th International Burn and Wound Conference 2023’ (IBWC) sangat bertepatan bagi meningkatkan pengetahuan para doktor, pakar dan pengamal perubatan di samping menyelaras semula perkembangan terkini berkenaan perawatan dan luka lecuran sebagai usaha meningkatkan kompetensi pengamal perubatan dalam memberi rawatan yang optimum dan efisyen kepada pesakit. "Pengurusan rawatan luka dan kelecuran memberi kesan kepada kehidupan mereka yang mengalaminya. "Kos perubatan bagi pengurusan rawatan ini adalah antara USD28.1 hingga USD96.8 bilion di mana rawatan bagi luka pembedahan dan ulser diabetes adalah yang paling mahal. "Pengurusan luka dan lecuran juga bukan sekadar memberi impak kepada gaya hidup mereka yang terlibat bahkan kepada ekonomi negara," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian persidangan tersebut. Tambah Zaini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk mengemas kini jumlah beban pengurusan luka dengan penilaian berkadar rawatan dan hasil penjagaan luka termasuk luka terbakar, traumatik, sakit tekanan, kencing manis dan luka pembedahan. “Arena penyelidikan kami telah berusaha untuk menambah baik penjagaan luka dan lecuran di Malaysia selama ini.


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Edisi 2/2023 71 "Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kekurangan yang boleh dan patut kita lakukan,” ujarnya lagi. Sementara itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin pula merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dan berharap persidangan ini mencapai matlamat dalam membina hubungan serta kerjasama yang memberi kebaikan kepada semua pihak melalui pertukaran dan perkongsian ilmu. "Perkembangan terbaru dalam rawatan luka dan kelecuran amat diperlukan buat masa ini. "Berdasarkan statistik di Hospital USM, kes melibatkan pesakit kelecuran semakin meningkat saban tahun. Dilaporkan sebanyak 153 kes pesakit melecur dan 2,130 kes untuk rawatan jagaan harian di Unit Rawatan Kebakaran (URK), Hospital USM bagi tahun 2020 hingga 2022," katanya. Menurut Shaharum, persidangan ini turut memperkenalkan rawatan Perkhidmatan Epidermal Kultur Autograf (Cultured Epidermal Autograft) yang disediakan di URK Hospital USM iaitu pembinaan kulit secara ‘in vitro’ (pengkulturan kulit pesakit lecuran itu sendiri di dalam makmal). "Rawatan melalui teknologi kejuruteraan tisu ini merupakan alternatif rawatan piawai tampalan kulit (split skin graft) kepada pesakit yang mengalami luka dan kelecuran yang menyeluruh serta menghadapi kesukaran untuk mendapatkan graf kulit sihat," ulasnya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas) yang mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) yang mewakili Pengarah Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah (Perubatan II) yang mewakili Pengarah HRPZ II, Dr. Tengku Annas Fathy Tengku Ahmad; Presiden MSPRS, Dr. Shah Jumaat Mohd Yussof; Presiden MSBI, Dr. Fatimah Mohd Nor; Penasihat Persidangan Kali ke-4 IBWC, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim dan Presiden Persidangan Kali ke-4 IBWC, Profesor Dr. Wan Azman Wan Sulaiman.


Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah merupakan salah satu peristiwa besar dalam usaha Rasulullah SAW menyebarluas agama Islam. Hijrah yang dituntut pada diri kita pada hari ini adalah menzahirkan perubahan daripada melakukan perbuatan mungkar dan buruk kepada perbuatan makruf dan baik. Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zaidi Zakaria, berkata, tuntutan hijrah dalam memberi manfaat dan kebaikan ini selari dengan agenda 'Accelerated Programme for Excellence' (APEX). “Agenda USM APEX yang dilihat selari dengan tuntutan hijrah ialah menjayakan tranformasi golongan terkebawah dalam masyarakat melalui pelbagai kajian rentas bidang yang telah diterokai oleh pasukan USM agar dapat meningkatkan sosioekonomi dan kelestarian hidup mereka. “Jika kita adaptasi ibrah hijrah ini, kita di USM juga telah mengecapi pelbagai kejayaan seperti penarafan universiti APEX, pencapaian tempat ke-4 dunia dalam impak ranking untuk dua (2) tahun berturut turut serta ranking dunia yang semakin meningkat. “Semestinya, semua kejayaan ini dicapai hasil perancangan dan 72 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 1445H Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan USM Seru Warga Kampus Suburkan Perpaduan dan Jayakan Transformasi Golongan Terkebawahfi Hijrah yang dituntut pada diri kita pada hari ini adalah menzahirkan perubahan daripada melakukan perbuatan mungkar dan buruk kepada perbuatan makruf dan baik. “Seluruh warga USM wajar menghayati agenda ‘Membangun Malaysia Madani’ yang memfokuskan perpaduan kaum dalam membina negara Malaysia yang tercinta” Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 73 kerja secara berpasukan,” ujarnya ketika berucap mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM di Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kampus Kesihatan USM 1445H. Tambah Zaidi, dalam menghayati makna hijrah, kita hendaklah menguatkan iltizam dan ketabahan hati serta bersifat ihsan untuk meneruskan kehidupan dalam mendepani cabaran dan ujian walau apa jua bidang yang kita lalui. “Melalui hijrah Rasulullah SAW juga dapat kita lihat bahawa perpaduan memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda penyebaran Islam. “Seluruh warga USM wajar menghayati agenda ‘Membangun Malaysia Madani’ yang memfokuskan perpaduan kaum dalam membina negara Malaysia yang tercinta,” jelasnya lagi. Menurut Zaidi, warga Kampus Kesihatan juga dituntut untuk mengaplikasi enam (6) teras Madani dalam membangunkan USM. “Contohnya, sebagai seorang pensyarah perlu menjayakan penyelidikan berstrategi yang mampan dan berdaya cipta, sebagai pentadbir mestilah hikmah dalam menyusun langkah mencapai kesejahteraan dalam gerak kerja berpasukan, sebagai pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya meneroka inovasi baru, sebagai seorang pekerja, bekerjalah dengan tekun , sebagai seorang peniaga, berniagalah dengan jujur dan sebagai seorang insan marilah sama-sama kita bersikap hormat dan ihsan terhadap individu atau makhluk yang lain,” katanya. Zaidi turut berharap agar semua warga Kampus Kesihatan dapat menghijrahkan diri menjadi individu yang lebih baik dari hari ke hari dalam segenap aspek kehidupan sama ada di rumah, tempat kerja ataupun di mana sahaja mereka berada. Majlis Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri Masyarakat), Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’. Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Wan Rosli Wan Ishak; Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Pengarah (Instrastruktur Dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Amira Abd Sattar @ Ismail.


Kesungguhan, komitmen dan konsisten merupakan antara elemen penting dalam perancangan apa jua strategi bagi memastikan ianya berjaya. Ketiga-tiga elemen tersebut diterjemahkan menerusi ‘Town Hall’ dan Majlis Pelancaran Program Kelestarian Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Pengarah bersama pengurusan dan warga Hospital USM segenap lapisan senada dalam usaha melestarikan alam sekitar sebagai bukti sokongan berterusan agenda Universiti APEX berkenaan pelaksanaan urusan kelestarian dan kesejahteraan kampus yang dilaksanakan universiti. Menurut Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, agenda kelestarian bukan sesuatu yang baharu bagi warga USM. Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel KELESTARIAN UNIVERSITI Warga Hospital USM Komited Memperkasa Agenda 74 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


“Pelbagai usaha telah dibuat dan ini terbukti dengan pencapaian universiti mengekalkan kedudukan keempat terbaik dunia dalam senarai terkini ‘The Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023’. “Ia sekaligus meletakkan USM di kedudukan pertama di Asia dalam ‘ranking’ kelestarian selain unggul di kedudukan pertama dalam ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) SDG16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh. “Oleh itu, kita sebagai salah satu pusat tanggungjawab (PTJ) di USM tidak seharusnya ketinggalan dalam usaha ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tambah Nik Hisamuddin, pelaksanaan amalan hijau dalam pengurusan fasiliti hospital berupaya memberikan penjimatan tenaga yang optimum, mengurangkan kos utiliti dan perbelanjaan operasi hospital, menyediakan kualiti udara dalaman yang baik di samping meningkatkan prestasi dan keupayaan keseluruhan bangunan. “Beberapa Hospital di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Hijau di peringkat antarabangsa dalam aspek pembangunan mampan dengan mengutamakan pematuhan piawaian dan pelaksanaan amalan hijau bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif. “Oleh itu, saya menyeru semua warga Hospital USM menyahut cabaran bagi mengangkat Hospital USM sebagai salah sebuah Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang turut mendapat pengiktirafan ini suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Selain itu, Nik Hisamuddin turut menyeru warga Hospital USM untuk bersama-sama berganding bahu memperkasa agenda kelestarian dalam operasi harian di Hospital USM agar ianya memberi manfaat kepada semua pihak bukan hanya kepada hospital khususnya tetapi kepada universiti amnya. Pelancaran program ini telah disempurnakan dengan penanaman pokok oleh Pengurusan Hospital USM serta sesi lawatan tapak Projek Kelestarian 'Go Green' Blok Pentadbiran Hospital USM yang melibatkan semua unit dan jabatan di bangunan tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) yang juga Pengerusi Program Kelestarian Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud, Timbalan Pendaftar Kanan, Mohd Saberi Mohd Yusoff; Penyelaras Kelestarian Kampus Kesihatan USM, Dr. Vina Tan Phei Sean dan ketua-ketua jabatan serta unit Hospital USM. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 75


Hari Warga Staf (HWS), sambutan yang cukup melekat di dalam diri warga Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum ini merupakan acara tahunan yang mengumpulkan warga USM dari ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan serta tidak ketinggalan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Kampus Kesihatan cukup sinonim sebagai lokasi penganjuran HWS dengan kemeriahan yang tiada tandingan. Ternyata HWS 2023 ditunggu-tunggu warga USM setelah tertangguh ekoran pandemik COVID-19 dan kali terakhir penganjurannya adalah pada tahun 2019. Temasya kali ini bukan hanya menjadi medan pertarungan atau menobatkan siapa yang hebat semata-mata, malah ia merupakan ruang interaksi antara peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pentadbir serta kakitangan daripada segenap lapisan melalui aktiviti sukan dan kebudayaan. Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, kepelbagaian demografi jawatan dan bidang warga USM ini mampu mewujudkan suasana kekeluargaan dan keharmonian dalam persekitaran kampus. “Saya yakin ia juga dapat meningkatkan motivasi dalaman (intrinsic motivation) staf untuk bekerja Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel bersungguh-sungguh dan terus memberi sumbangan terbaik bagi mencapai kecemerlangan USM. “HWS bukan sahaja menarik minat warga USM bersukan malah turut menjadi medan mencungkil bakat-bakat terpendam dalam pementasan dengan tema persembahan yang pelbagai dan inilah keunikan keluarga besar USM,” katanya ketika berucap merasmikan HWS USM 2023. Beliau berkata, biarpun acara sukan yang dipertandingkan tidak sehebat kejohanan sukan yang besar, namun ia mempunyai keunikan yang tersendiri. “Selain bertanding untuk bergelar juara, terdapat elemen-elemen tersembunyi dalam setiap acara yang dipertandingkan seperti membina kekuatan mental, mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan yang paling penting adalah membina semangat berpasukan. “Justeru, saya berharap strategi ini dapat diterapkan dalam tanggungjawab hakiki dan bertekad melaksanakan tugas untuk terus memacu USM ke tangga teratas dalam kelasnya yang tersendiri,” ujarnya lagi. Pelbagai acara dipertandingkan pada HWS USM 2023 seperti Boling, 'Campuslauf' (larian dalam kampus), 'Scavenger Hunt' (mencari harta karun), 'Tug of War' (tarik tali), 'Funday Esporte' (sukaneka), 'Masterchef', HWSEnam Kontinjen Buru Juara Beradu Penuh Semangat Kesukanan dan Setiakawan 76 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Anjung Lestari (khemah terbaik), Hip-hip Horey (sorakan terbaik) dan Pentas Lantera Seni (persembahan pentas). Masih mengekalkan nama berasaskan pokok-pokok herba yang menggambarkan kelestrian dan bersinergi dengan alam, enam (6) kontinjen berentap mewakili kesemua kampus iaitu Halia Bara dari Kampus Induk, Serai Wangi, Kampus Kejuruteraan, Duri Tujuh, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) manakala tuan rumah, Kampus Kesihatan mempertaruhkan tiga (3) kontinjen, Misai Kucing, Kacip Fatimah dan Jarum Mas. Tambah Abdul Rahman, bersesuaian dengan tema HWS USM 2023 iaitu ‘Warga Harmoni Universiti Lestari’, beliau berharap agar HWS tahun ini dizahirkan dengan penuh kemeriahan dan harmoni selaras dengan misi dan hala tuju USM. “Tunjukkan semangat kebersamaan kita sebagai warga USM. “Jadikan sambutan HWS ini sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan berentaplah dengan semangat kesukanan serta tonjolkan bakat di atas pentas persembahan. “Bukan piala tanda kemenangan, tetapi kebersamaan yang lahir menjadi penentu kejayaan,” jelasnya. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi yang turut menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlan Amran; Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti; dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur HWS USM 2023, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 77


meminimumkan kerugian tanaman yang disebabkan oleh aktiviti tikus yang merosakkan hasil di ladang dan sawah padi. “Bukan itu sahaja, penubuhan hab ini juga dapat memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1, 2, 4, 8, dan 15 iaitu; Tiada Kemiskinan; Kelaparan Sifar; Akses kepada Pendidikan Berkualiti; Pekerjaan yang sesuai dan Pembangunan Ekonomi; Melestarikan Penggunaan Mampan Ekosistem Darat, serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) USains terhadap komuniti di Kubang Kerian,” kata Awang Adek. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan USains atas pencapaiannya selama 25 tahun dalam industri yang masih kekal relevan dan mantap. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan USains Holding Sdn. Bhd., Datuk Dr. Hafsah Hashim berkata, hab penubuhan burung pungguk ini juga mengambil kira nilai ESG (Environment, Social, Governance) yang akan memberikan impak positif kepada persekitaran dan 78 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi Kumpulan Usains Holding Sdn. Bhd. Rai 25 Tahunfi dalam Industri dan Tubuh Hab Pertama Burung Pungguk di USM Kubang Kerian Kumpulan USains Holding Sdn. Bhd. hari ini telah menganjurkan majlis perasmian bagi dua (2) buah program iaitu USains Barn Owl Research Centre @ Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian (UBorg) dan Penukaran Nama USains Healthcare bersempena 25 Tahun dalam Industri. Program UBorg merupakan kerjasama antara Kumpulan USains Holding Sdn. Bhd. dengan Barn Owl Rodent Research Group (BORG) USM yang bertujuan untuk melaksanakan penggunaan burung pungguk jelapang atau nama saintifiknya, Tyto javanica javanica sebagai kaedah kawalan biologi yang berkesan untuk menangani tikus perosak di dalam kampus dan kawasan sawah yang terletak berdekatan dengan kampus di sepanjang Sungai Kemasin, Kelantan. Sementara itu, bersempena dengan 25 tahun penubuhannya dalam industri, anak syarikat Kumpulan USains Holding Sdn. Bhd., USains Tech Services telah menukarkan nama kepada USains Healthcare, yang mana syarikat ini telah berjaya menjadi entiti syarikat universiti yang berpotensi dan mampan dalam sistem kesihatan negara. Hadir bagi merasmikan kedua-dua program adalah Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin. Awang Adek dalam ucapan perasmiannya berkata, projek hab burung pungguk ini secara tidak langsung dapat menyokong amalan pertanian mesra alam di samping membantu petani dalam Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 79 komuniti dari segi alam sekitar, sosial dan pengurusan. Menurut Hafsah lagi, strategi UBorg ini mengimbangi pelaksanaan projek dengan prinsip-prinsip kelestarian alam, manfaat sosial, dan pengurusan yang beretika, sekaligus akan memberikan impak positif secara holistik. Tambahnya, “pencapaian 25 tahun kumpulan syarikat ini telah mencerminkan komitmennya dalam menyokong pembangunan, penyelidikan dan kepakaran universiti. “Kumpulan USains merupakan sebuah syarikat pengkomersilan yang telah memainkan peranan penting dalam mengubah “pencapaian 25 tahun kumpulan syarikat ini telah mencerminkan komitmennya dalam menyokong pembangunan, penyelidikan dan kepakaran universiti” penyelidikan saintifik serta teknologi kepada produk dan perkhidmatan komersial,” katanya. Hadir sama adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Ahli-Ahli Lembaga Gabenor Universiti; Pengurusan Tertinggi Universiti; Pengarah Urusan Kumpulan, USains Group of Companies, Farid Wajidi Mat Yusoff; Pengarah Eksekutif USains Healthcare Sdn. Bhd., Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; dan Ketua Penyelaras BORG, Profesor Madya Dr. Hasber Salim.


Program Inklusif Anak Cemerlang atau D’PRINCE (dahulunya dikenali sebagai D’KECeK atau PRINCE) merupakan Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diwujudkan untuk menyediakan intervensi awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam suasana inklusif serta memupuk dan memberi inspirasi pembelajaran. D'PRINCE menekankan perkembangan kanak-kanak di dalam persekitaran semulajadi khususnya kanak-kanak dengan masalah pendengaran menggunakan konsep pembelajaran melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu, teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Ketua Penasihat D’PRINCE yang juga Pensyarah Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) USM, Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid, D’PRINCE ditubuhkan dengan visi untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek moral, jasmani, rohani dan kognitif. “D'PRINCE menggunakan pendekatan menerap dan memupuk nilai kepimpinan kanak-kanak pada awal usia secara berterusan melalui penerokaan pembelajaran dan menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta mampu berfikir secara saintifik. “D’PRINCE juga memberi peluang kepada kanak-kanak khususnya pesakit Hospital USM yang didiagnos dengan masalah pendengaran untuk bersama-sama menjalani aktiviti seharian dengan kanak-kanak pendengaran normal agar mereka tidak rasa tersisih dan terpinggir lanjutan daripada masalah yang mereka alami,” katanya ketika ditemu bual. Jelas Mohd Fadzil, empat (4) dalam setiap 1,000 bayi dilahirkan telah dikesan mengalami masalah pendengaran. Ujian saringan pendengaran pada bayi yang baru lahir dapat membantu mengesan masalah pendengaran seawal mungkin selain membantu mengenal pasti kaedah rawatan terbaik untuk anak tersebut. “Kanak-kanak yang dikenal pasti mempunyai masalah pendengaran dan mendapat intervensi atau rawatan seawal umur enam (6) bulan berpotensi untuk bertutur dan mempunyai perkembangan bahasa selari dengan kanak-kanak sebaya yang mempunyai pendengaran normal,” ujarnya lagi. Mohd Fadzil berkata, D’PRINCE pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 2009 dikenali sebagai program D’KECeK (Deaf Kids Excellent Centre of Kelantan) yang memfokuskan intervensi awal kanak-kanak dengan masalah pendengaran dan membantu mereka untuk berkomunikasi dengan Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel 80 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 D’PRINCE: Pusat Asuhan Inklusif Anak-Anak Normal dan Masalah Pendengaran Sorotan Program


komuniti tanpa sebarang jurang perbezaan. “Program D’KECeK lebih menumpukan aspek terapi bahasa dan sesi berkumpulan untuk membantu kanak-kanak tersebut berdikari dan dikenali sebagai PRINCE pada tahun 2011. “Selepas dinamakan sebagai PRINCE, ia menekankan tujuh (7) prinsip asas pembelajaran awal dan perkembangan holistik kanak-kanak iaitu fizikal, sosial dan emosi, kesihatan dan pengurusan diri, bahasa dan literasi, kognitif dan pengetahuan am, kerohanian serta logik dan penaakulan, selaras dengan standard Kurikulum Permata untuk kanak-kanak di taska,” terangnya. Kini, setelah bertapak hampir 15 tahun di Kampus Kesihatan, penjenamaan semula kedua-dua program ini dilakukan dan dikenali dengan nama baharu sebagai D’PRINCE yang merujuk kepada D’KECeK berada di PRINCE. Menurut Mohd Fadzil, D’PRINCE mengekalkan objektif awal iaitu menerima kemasukan kanak-kanak bermasalah pendengaran dan belajar bersama-sama dengan kanak-kanak berpendengaran biasa bagi menjiwai pendidikan inklusif. Mohd Fadzil turut menjelaskan bahawa kaedah ini dapat memupuk semangat sukarelawan dalam jiwa kanak-kanak dari peringkat awal untuk membantu kanak-kanak lain (kanak-kanak berkeperluan khas) dengan konsep bandar raya sejahtera (healthy-city concept). “Ia juga dapat menerapkan tingkah laku yang baik dan sikap positif dalam diri selain membantu perkembangan kemahiran bahasa selaras dengan perkembangan umur kanak-kanak untuk berinteraksi dan bersosial dengan menepati tatasusila. “Kanak-kanak di D’PRINCE juga berpeluang memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk perkembangan fizikal yang Buletin KELIP - Edisi 2/2023 81 sihat selain mempunyai daya kreatif dan estetika,” ulasnya lanjut. Tambah Mohd Fadzil, beliau bersama tiga (3) lagi sahabatnya yang juga penasihat D’PRINCE dan pengurus D’PRINCE akan berusaha memberikan yang terbaik untuk membantu melatih kanak-kanak di D’PRINCE agar mereka memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah pencapaian yang lebih baik daripada aspek pendidikan awal, pengurusan diri serta perkembangan sosial kanak-kanak. “Pasukan Penasihat D’PRINCE turut dianggotai oleh Penasihat Pengurusan dan Kewangan yang juga Pensyarah Kanan Program Audiologi, PPSK, Aw Cheu Lih, Penasihat Audiologi yang juga Pegawai Pemulihan Perubatan Kanan (Audiologi), Suzana Mansor dan Pegawai Pemulihan Perubatan Kanan (Pertuturan), Nur Farina Rosli serta Pengurus D’PRINCE, Rosnani Zakaria. “Bagi ibu bapa yang berminat menempatkan anak-anak mereka di D’PRINCE, sila hubungi 09-7677802 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya mengakhiri temu bual.


Penyelia Asrama, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Kelantan (IKTBN), Siti Khairiyah Pauzi, 32, teruja dan gembira menimang cahaya mata sulung yang lahir pada tarikh keramat iaitu hari ulang tahun kemerdekaan negara. Beliau melahirkan bayi merdeka pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) pada jam 2.25 pagi semalam. Teks: Mohd Hafiz Ya’acob “Alhamdulillah, syukur saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.31 kilogram (kg) melalui pembedahan. "Terima kasih kepada seluruh kakitangan Hospital USM kerana memberikan layan yang amat baik sejak saya dimasukkan ke hospital pada 27 Ogos lalu. “Saya dijangka bersalin pada 6 September, namun disebabkan indikasi tertentu, saya dimasukkan ke hospital lebih awal dan selamat bersalin pada tarikh yang cukup istimewa iaitu 31 Ogos dan saya yakin sambutan Hari Kemerdekaan selepas ini akan bertambah meriah berikutan saya mempunyai seorang anak merdeka,” katanya. Hospital USM menyambut kelahiran 17 bayi sempena Hari Kemerdekaan ke-66 bermula jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam tadi. Daripada jumlah itu, sembilan (9) adalah bayi lelaki dan lapan (8) bayi perempuan yang dilahirkan secara normal dan pembedahan. 82 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Anak Merdeka: Siti Khairiyah Teruja Sambut Bayi Sulung 31 Ogos di Hospital USM Sorotan Program


Sementara itu, menurut seorang lagi ibu bayi merdeka, Siti Hajar Ghazali, 38, dia dan suaminya Mohd Sanusi Yusof berasa sangat bertuah kerana cahaya mata keempat mereka dilahirkan pada Hari Kebangsaan walaupun tarikh jangkaan sebenar yang diberikan doktor adalah pada 29 September 2023. "Sewaktu berada di rumah, saya mula merasai tanda-tanda ingin bersalin dan terus ke wad bersalin pada jam 10.00 malam 30 Ogos. "Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06 kg pada jam 3.20 pagi semalam. "Syukur ke hadrat Allah SWT, semua urusan bersalin dipermudahkan oleh-Nya dan kelahiran bayi merdeka ini bukan sahaja memberi rahmat buat saya dan suami, malah ia juga satu perasaan yang sukar digambarkan dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata," ujar beliau yang merupakan Pembantu Jururawat Hemodialisis Renal-Link (Kelantan) Sdn. Bhd. Pengurusan Hospital USM turut merakamkan penghargaan kepada Co-op Bank Pertama Cawangan Kota Bharu yang berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada bayi merdeka di Hospital USM. ANAK MERDEKA - 31 OGOS 2024 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 83


Sorotan Program Situasi global semasa pandemik COVID-19 menunjukkan kesan negatif terhadap penyertaan individu dalam aktiviti fizikal termasuk melakukan senaman dan bersukan. Menyedari perkara tersebut, Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Sukan (ISSC) kali ke-13 tahun 2023 bertemakan 'Seni dan Sains Pergerakan Manusia: Kesihatan, Kecergasan, Prestasi'. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, persidangan ini diadakan bertujuan menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, jurulatih, pensyarah, guru pendidikan jasmani, pengajar kecergasan dan pakar sains sukan untuk berkongsi penemuan dan pengetahuan terkini dalam pelbagai sub-disiplin Sains Sukan dan Senaman. "Persidangan ini telah dianjurkan bermula tahun 2001 secara dwi-tahunan, namun Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel ISSC Beri Tumpuan Penyelidikan Seni dan Sains Pergerakan Manusia Pasca COVID-19 84 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM persidangan ini juga akan memberi tumpuan kepada cabaran dalam bidang sukan berprestasi tinggi, kejurulatihan dan latihan dalam kalangan atlet.


sejak pandemik COVID-19 melanda negara, ianya tertangguh dan ini merupakan persidangan pertama selepas COVID-19. "Persidangan ini juga bertujuan membentangkan bukti-bukti sedia ada dan terkini mengenai kepentingan sukan dan senaman dalam menangani permasalahan sedia ada," katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan tersebut. Tambah Shaharum, persidangan ini juga akan memberi tumpuan kepada cabaran dalam bidang sukan berprestasi tinggi, kejurulatihan dan latihan dalam kalangan atlet. "Sains Sukan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi atlet dengan memberikan pemahaman saintifik tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi keupayaan fizikal dan mental. "Antara isu dan topik yang dibincangkan dalam persidangan ini adalah pemakanan sukan, psikologi sukan, fisiologi sukan, bimekanik sukan dan rehabilitasi sukan," jelasnya lagi. Menurut Shaharum, faktor pandemik dan perubahan cuaca global sangat mempengaruhi gaya hidup komuniti masa kini. “Tidak mahu terlalu terdedah kepada orang ramai dan faktor cuaca yang terlalu panas pada waktu tengah hari dan hujan ribut pada waktu petang telah menyebabkan aktiviti fizikal dalam komuniti sangat terbatas termasuk aktiviti sukan di sekolah. “Situasi ini memaksa kita untuk menyesuaikan diri dan berinovasi dalam mencari cara baharu untuk menyokong kesejahteraan mental dan fizikal atlet serta komuniti. "Bersesuaian dengan tema persidangan ini, ia mencerminkan komitmen kita untuk melangkaui sempadan sedia ada, mencabar kebijaksanaan konvensional dan menerima kemungkinan baharu," ulasnya. Beliau berkata, dengan meneroka seni dan sains pergerakan manusia, ia mampu membuka kunci kemungkinan baharu, mencabar pemikiran konvensional dan memberi inspirasi kepada kemajuan dalam metodologi latihan, penilaian prestasi dan potensi manusia secara keseluruhan. Seramai 10 orang penceramah jemputan, 26 orang penceramah simposium, 61 orang pembentang lisan dan 13 orang pembentang poster dari pelbagai negara termasuk New Zealand, Korea Selatan, Turki, Indonesia, Myanmar, China, India, Thailand, Ukraine dan Finland terlibat dalam persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari. Turut hadir ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), PPSK, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim dan Pengerusi ISSC Ke-13, Dr. Ayu Suzailiana Muhamad. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 85 Dr. Ayu Suzailiana Muhamad Pengerusi ISSC Ke-13


"Ini terbukti melalui penganjuran pertama Program Pasukan Sukarelawan USM bersama orang asli di Pos Balar, Gua Musang yang mana USM berjaya melatih seramai 10 orang sukarelawan pada tahun lepas" Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkasakan agenda ‘Accelerated Program for Excellence’ (APEX) membantu golongan terkebawah iaitu masyarakat orang asli untuk meningkatkan kemahiran mereka mengenai ilmu rawatan awal kecemasan melalui pelaksanaan Program 'Training of Trainer' (TOT) Pasukan Sukarelawan USM - Pos Pasik sejak Julai lalu. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, selain pemerkasaan agenda APEX, penglibatan USM kepada pembangunan masyarakat turut mendapat pengiktirafan terbaik di peringkat antarabangsa melalui penarafan ‘Sustainable Development Goals’ (SDG17) dalam konteks ‘Partnerships for The Goal’. “Petugas kesihatan USM yang turun padang dan menyumbang kepada masyarakat terutama kepada mereka yang tinggal jauh di pedalaman untuk menaiktaraf kehidupan terutama dari segi kesihatan merupakan satu inisiatif mulia. "Ini terbukti melalui penganjuran pertama Program Pasukan Sukarelawan USM bersama orang asli di Pos Balar, Gua Musang yang mana USM berjaya melatih seramai 10 orang sukarelawan pada tahun lepas," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penutup Program TOT Pasukan Sukarelawan USM-Pos Pasik di Auditorium Perubatan Kecemasan, Hospital USM Tambah Shaharum, para sukarelawan ini telah diberikan latihan asas mengenai perawatan awal kecemasan berkaitan penjagaan gigi dan luka. "Lebih membanggakan apabila salah seorang ahli pasukan sukarelawan terlatih itu berjaya menggantikan ‘porter’ (wakil orang asli yang menguruskan orang sakit) dari Pos Balar kerana kemahiran beliau merawat dan mengendalikan orang sakit. “Pemindahan ilmu seperti ini membolehkan duta kesihatan yang Teks: Mohd Hafiz Ya’acob ‘Duta Kesihatan’ antara Kejayaan USM Bentuk Pasukan Sukarelawan dalam Kalangan Orang Asli 86 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


dilatih terus memberi bantuan awal pertolongan cemas di perkampungan orang asli sebelum bantuan dari luar tiba,” jelasnya lagi. Shaharum berkata, program di Pos Balar merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat orang asli di sana. “Pemindahan ilmu sebegini terus diberi kepercayaan untuk mendapatkan dana dari Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani selain turut memperolehi persetujuan dari pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk meneruskan kesinambungan program seumpamanya di Pos Pasik. “Hari ini kami mengalukan-alukan kedatangan 15 orang sukarelawan dari Pos Pasik yang dibawa ke USM untuk menjalani program TOT. "Semoga peluang ini digunakan dengan sebaiknya oleh semua sukarelawan untuk mempelajari ilmu berkaitan perawatan awal kecemasan, penjagaan gigi dan penjagaan luka,” ujarnya. Shaharum turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutama petugas dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Unit Kejururawatan Hospital USM dan JAKOA. Turut hadir ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Timbalan Dekan (Libatsama Industri- Komuniti dan Pembangunan), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan merangkap Pengarah Projek Penubuhan Pasukan Sukarelawan USM-Pos Pasik, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 87


88 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Syarikat Mindray yang berpusat di China melalui Syarikat Infiniti Medical Sdn. Bhd. (pengedar mesin ultrasound dalam negara) berbesar hati menyumbang empat (4) buah mesin ‘ultrasound’ bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran termasuk membaik pulih bilik ‘ultrasound’ yang melibatkan keseluruhan kos hampir RM1 juta di Jabatan Perubatan Kecemasan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM). Projek USM-Mindray Sonoschool merupakan projek kerjasama antara Mindray dengan USM berdasarkan Memorandum Perjanjian (Memorandum of Agreement-MOA) yang telah dimeterai pada tahun 2021. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, USM-Mindray Sonoschool dibangunkan untuk memberi latihan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar Program Doktor Perubatan, Sarjana Perubatan dan subkepakaran berkaitan ‘ultrasound’ seiring perkembangan teknologi ‘ultrasound’ terkini dan tercanggih seperti yang disumbangkan oleh Mindray. “Dengan adanya kemudahan peralatan mesin ‘ultrasound’ ini, ia sedikit sebanyak membantu para pelajar memasuki era baharu pembelajaran perubatan. “USM juga merupakan perintis yang memperkenalkan kurikulum berstruktur untuk ‘point of care ultrasound’ (POCUS) bagi memastikan kemahiran pemeriksaan ‘ultrasound’ dalam kalangan pakar dan pegawai perubatan berada pada tahap kompetensi yang optimum. “Sehingga kini, USM telah melatih hampir 300 pelajar Sarjana Perubatan (Perubatan Kecemasan) yang mempunyai kemahiran dalam bidang POCUS,” katanya USM-MINDRAY SONOSCHOOL: Sumbangan RM1 Juta Perkukuh Kemahiran POCUS Pelajar dan Pengamal Perubatanfi Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 89 ketika ditemui selepas merasmian Majlis Perasmian USM-Mindray Sonoschool. Tambah Shaharum, USM turut mendedahkan bidang POCUS kepada pelajar Doktor Perubatan tahun lima (5) sejak tahun 2017 lagi terutamanya berkaitan Penilaian Berfokus Sonografi dalam Trauma (FAST). “Bermula tahun ini, USM mengorak langkah dengan memperkenalkan POCUS sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran untuk pelajar Doktor Perubatan tahun empat (4) dan USM merupakan universiti pertama dalam negara yang melaksanakan sukatan pelajaran tersebut. “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan POCUS USM juga telah menyumbang secara aktif kepada latihan POCUS di dalam dan luar negara selain menjalankan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam ‘World Interactive Network Focused On Critical Ultrasound’ (WINFOCUS) yang merupakan komuniti POCUS terbesar di seluruh dunia,” jelasnya lagi. Menurut Shaharum, bidang POCUS telah berkembang pesat dan dipraktikkan di seluruh dunia. “Kewujudan USM-Mindray Sonoschool ini diharap dapat membantu Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM menghasilkan graduan yang kompetitif dan berkualiti. “USM-Mindray Sonoschool ini di bawah kelolaan Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab yang juga merupakan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan USM dan Profesor Madya Dr. Mohd Hashairi Fauzi, Pakar Perubatan Kecemasan merangkap Penyelaras Pusat Integrasi Simulasi Klinikal, PPSP USM,” ujarnya. Shaharum turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mindray serta Infinity Medical Sdn. Bhd. atas sumbangan yang cukup besar kepada USM dan berharap sumbangan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sementara itu, dalam majlis yang sama turut berlangsung pelancaran buku POCUS pertama terbitan Penerbit USM. Buku ini mewakili pencapaian penting dalam bidang POCUS selain menyediakan panduan yang komprehensif bagi pakar dan pegawai perubatan menggunakan mesin ‘ultrasound’ dalam menjalankan proses ‘ultrasound’ di tempat pesakit berada atau ‘point of care’ selain membantu mendapatkan diagnosis serta rawatan yang lebih tepat. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Antarabangsa, Mindray, Kurt Xie; Pengarah Urusan Infinity Medical Sdn. Bhd., Ng Yoong Duong; Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan-timbalan Dekan PPSP, Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM dan Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab.


90 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Komited menggabungkan para cendekiawan dan pakar dalam bidang minyak pati, sains tumbuhan, kosmetik dan kesihatan untuk merungkai cabaran dan penemuan baharu di samping merangka laluan ke arah kesejahteraan holistik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Universitas Andalas, Indonesia menganjurkan ‘1st International Symposium of Essential Oils, Plants and Health 2023 (ISEPCoH 2023)’. Bertemakan ‘Emerging Natural Resources for Better Health’, simposium ini berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 105 peserta dari Malaysia dan Indonesia secara fizikal dan maya. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, ISEPCoH 2023 dianjurkan bertujuan menggabungkan pakar dalam bidang minyak pati, sains tumbuhan, kosmetik dan kesihatan untuk mencetuskan idea inovatif selain mencari penyelesaian masalah secara berkesan. Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan ISEPCoH 2023: Pakar Dua Negara Cetus Idea Inovasi Kosmetik dan Kesihatan Sorotan Program


“Perbincangan intelektual melalui simposium ini juga merupakan saluran penyebaran ilmu dan pertukaran pandangan saintifik antara pakar bidang masing-masing. “Selain itu, saya juga percaya simposium ini dapat mengeratkan hubungan baik dua (2) negara yang akan berdialog bersama rakan-rakan pakar dengan idea dan pengetahuan yang merentasi sempadan,” katanya ketika berucap merasmikan simposium tersebut, hari ini. Tambah Shaharum, ISEPCoH 2023 bukan hanya sekadar simposium, ia merupakan medium untuk memudahkan kerjasama antara bidang, memupuk rangkaian penyelidikan serta merapatkan jurang antara bidang akademik dan industri untuk memacu perubahan positif dalam bidang sumber asli dan kesihatan. “ISEPCoH 2023 juga merupakan platform yang tepat untuk pakar-pakar bersatu, bekerjasama dan bertukar pandangan serta ilmu dalam mendepani cabaran yang mendatang. “Semoga semua peserta beroleh ilmu yang bermanfaat melalui perkongsian pakar-pakar dalam simposium ini,” jelasnya lagi. Turut hadir ialah Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSK, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian dan Pengerusi ISEPCoH 2023, Profesor Madya Dr. Mohd Dasuki Sul’ain. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 91


ada di dalam atau luar kampus bagi memberi kesedaran dan menggalakkan warganya mengamalkan gaya hidup yang sihat. “Tanggungjawab menjaga kesihatan adalah tanggungjawab setiap individu dan ianya memerlukan usaha secara bersepadu daripada semua pihak bagi mewujudkan generasi yang sihat. “Staf USM yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan pengawalan pemakanan, Pegawai Perubatan yang merawat staf tersebut boleh membuat rujukan kes kepada Pegawai Dietetik di Klinik Dietetik bagi mendapatkan konsultasi diet. “Sekiranya terdapat kekangan masa untuk sesi susulan, mereka juga boleh menggunakan perkhidmatan Klinik Dietetik secara maya,” jelasnya. Sementara itu, dalam majlis yang sama turut berlangsung Pelancaran Klinik Dietetik Secara “Masyarakat kita termasuk warga Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dibebani pelbagai penyakit tidak berjangkit atau ‘non-communicable diseases’ (NCD) contohnya penyakit diabetes, penyakit jantung koronari dan kanser akibat pemakanan tidak sihat,” demikian ujar Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Menurut beliau, pengambilan makanan tinggi lemak, gula, garam, kurang serat serta gaya hidup sedentari (kurang aktiviti fizikal) merupakan antara faktor penyumbang kepada permasalahan tersebut. “Warga Hospital USM perlu mengubah pemikiran masing-masing daripada hanya mendapatkan rawatan apabila sakit kepada mengamal dan mempromosikan penjagaan kesihatan serta mencegah amalan gaya hidup yang tidak sihat ‘Promoting Wellness and Preventive Lifestyles’. “Amalan pemakanan sihat adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan semua peringkat kitaran kehidupan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Bersama Pengarah Hospital USM dengan tema ‘Pemakanan Sihat: Sejahtera Sepanjang Hayat’ yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini. Tambah Nik Hisamuddin, negara juga kini berdepan dengan beban berganda akibat malnutrisi yang merangkumi masalah kurang zat makanan dan berlebihan makan (lebih berat badan dan obesiti) serta peningkatan kos akibat penjagaan kesihatan berkaitan NCD. “Penyakit-penyakit tidak berjangkit ini menyebabkan beban kewangan kepada individu dan keluarga, kualiti hidup yang rendah, menjejaskan produktiviti dan peningkatan beban kewangan kepada negara. “Pemakanan sihat sangat mudah diamalkan iaitu dengan mengambil pelbagai jenis makanan mengikut kumpulan makanan yang disarankan berpandukan Piramid Makanan Malaysia 2020, mengekalkan keseimbangan dengan makan secara suku-suku separuh berpandukan Pinggan Sihat Malaysia, makan mengikut jadual dan tidak terlepas tiga (3) sajian utama, menggunakan kaedah memasak yang lebih sihat dan mengawal saiz hidangan,” ujarnya lagi. Nik Hisamuddin berkata, staf USM sangat bertuah kerana terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sama Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Pemakanan Sihat Penyumbang Produktiviti Warga Hospital USM 92 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


Maya yang diwujudkan sebagai pelengkap kepada perkhidmatan Klinik Dietetik sedia ada. Klinik Dietetik secara maya diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan menerima perkhidmatan terapi pemakanan selain memberi kemudahan kepada pesakit dari segi penjimatan masa, kos dan tenaga. Di samping itu, ia juga memacu Transformasi Digital Sektor Awam dalam meningkatkan penerimagunaan teknologi digital dan penggunaan peralatan digital bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Mohd Saberi Mohd Yusof; Ketua Unit, Unit Pemakanan dan Dietetik, Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani serta ketua-ketua jabatan dan unit Hospital USM. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 93


94 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 kepada masyarakat ekoran segelintir pesakit tidak mengetahui kesan sampingan rawatan menggunakan bahan radioaktif terhadap kesihatan sistem pembiakan lelaki dan wanita seperti penyakit kanser tiroid, payudara dan mulut. “Berdasarkan statistik, jumlah pesakit kanser yang dirawat di Hospital USM semakin bertambah dari tahun ke tahun dan jumlah pesakit kanser yang dirawat pada tahun 2022 adalah seramai 10,875 orang serta dilihat terus meningkat pada tahun ini. “Keadaan ini berlaku kerana masih ramai masyarakat kurang pendedahan tentang ilmu pendidikan kesihatan berkaitan radiasi dalam perubatan,” ujar beliau semasa berucap merasmikan program tersebut. Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi sekali lagi turun padang menyantuni penduduk daerah Jeli melalui program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani: ‘Kesedaran Radiasi dalam Perubatan dan Perkaitan dengan Kesihatan Lelaki dan Wanita'. Program bertemakan ‘Rawat Sebelum Rebah’ ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, Klinik Kesihatan Batu Melintang dan Jabatan Farmasi, Hospital USM. Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, program ini diadakan bertujuan berkongsi ilmu pendidikan kesihatan berkaitan peranan radiasi dalam perubatan Teks: Awanis Adlin Azmi & Nurul Farah Hani Abd Rahim (Pelajar Latihan Industri UniMAP) Peranan Radiasi dalam Perubatan, Kepelbagaian Perkongsian Ilmu Program KPT Prihatin Madani Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 95 Tambah Shaharum, seiring dengan peredaran perkembangan teknologi terkini, pelbagai mesin berteknologi baharu digunakan untuk merawat, mengesan serta mencegah kanser disediakan oleh pihak Hospital USM. "Hospital USM juga merupakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) pertama dan satu-satunya pusat rujukan yang menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear, radioterapi dan onkologi di Pantai Timur. “Perubatan nuklear adalah salah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi untuk memperoleh maklumat,” jelasnya lagi. Shaharum berkata, program ini juga diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kesuburan lelaki dan wanita serta kaedah-kaedah pencegahan kehamilan yang ada. "Pesakit wanita yang dalam prosedur rawatan radioiodine tidak digalakkan hamil bagi mengelak sebarang risiko kepada bayi dan pesakit itu sendiri. “Saya percaya, menerusi program ini, komuniti Jeli dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan tentang rawatan yang diberikan seiring dengan kepentingan penggunaan sinaran perubatan dalam diagnosis dan rawatan yang semakin meningkat pada masa kini,” ulasnya lanjut. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Mohd Shaifudeen Md Salleh; Setiausaha Majlis Daerah Jeli, Nik Mohamad Fahmi Nik Daud dan Pengarah Program, Dr. Norazlina Mat Nawi. ‘Rawat Sebelum Rebah’ Jeli, Kelantan


kepada pengunjung. "Terdapat lebih 200 spesimen yang membabitkan organ badan manusia diawet dan dipamerkan termasuk sel kanser serta ketumbuhan yang diambil daripada pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM sejak hospital mula beroperasi pada tahun 1984. “Galeri ini tidak terhad kepada pelajar program Doktor Perubatan PPSP sahaja, tetapi ianya merupakan ruang pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk para pelajar di Kampus Kesihatan USM termasuk pelajar Ijazah Sarjana selain turut dibuka kepada orang awam terutama pelajar sekolah bagi menarik minat mereka terhadap ilmu sains dan kesihatan khususnya perubatan,” ujarnya. Menurut Abdul Rahman, nama ‘SPICES’ tercetus sempena falsafah PPSP iaitu S (Student centred) P (Problem based), I (Intergrated), C (Community based), E Galeri Interaktif Sains Perubatan atau lebih dikenali sebagai ‘SPICES’ yang menelan belanja sebanyak RM2.4 juta di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan ruang pameran dengan reka bentuk gabungan sains dan seni bakal memberi pengalaman unik dan menarik minat pengunjung mendalami ilmu perubatan. Galeri berkonsepkan teknologi interaktif ini merupakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta menjadi ikonik untuk Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, ‘SPICES’ merupakan satu-satunya galeri yang menggabungkan idea sains dan seni serta memberi kelainan bukan hanya kepada USM tetapi juga kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) lain yang menawarkan program Perubatan di Malaysia. “Galeri bernilai RM2.4 juta ini mengandungi organ patologi mengikut sistem badan manusia dilengkapi kod QR yang dipamerkan, panel interaktif, sistem audio, 'Virtual Reality' (VR) dan 'Augmented Reality' (AR) serta pemetaan 3D organ manusia yang pastinya akan memberi pengalaman baharu Galeri Unik Pembelajaran Taruhan Baharu Tarik Pelajar Pilih Bidang Perubatan USM Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel 96 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Sorotan Program


(Electives) and S (Systematic and Spiral). SPICES juga bermaksud ruang interaktif untuk pengajian perubatan ‘SPace for InteraCtivE Medical Studies’. “’SPICES’ dibangunkan berdasarkan idea asal untuk menubuhkan Muzium Patologi. “Namun, dengan sokongan pengurusan tertinggi USM yang menyambut baik usaha PPSP, pengurusan mencadangkan serta memberi cetusan idea baharu ‘beyond pathology’ selain meluluskan bajet yang besar untuk penubuhan ‘SPICES’. “Dengan gabungan idea daripada pasukan pereka yang diketuai oleh Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM, Profesor Madya Dr. Hasnul Jamal Saidon dan pasukan dari PPSP yang diwakili oleh Profesor Emerita Dr. Nor Hayati Othman dan Profesor Madya Dr. Sharifah Emilia Tuan Sharif, maka lahirlah ‘SPICES’ pada hari ini,” ujarnya lagi. Tambah Abdul Rahman, ‘SPICES’ bukan sahaja berfungsi sebagai galeri biasa, tetapi ia merupakan ruang kondusif yang dilengkapi dengan teknologi terkini, model interaktif dan multimedia yang menarik seiring dengan pertumbuhan masa kini yang akan melengkapkan serta menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional sebelum ini. “’SPICES’ adalah bukti komitmen USM terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan. “Ia merupakan pencapaian penting, penumpuan teknologi, pengetahuan perubatan dan seni pembelajaran serta melambangkan komitmen USM dalam menyediakan suatu pengalaman pembelajaran yang lebih kreatif dan dinamik kepada para pelajar,” jelasnya. Abdul Rahman turut berharap agar galeri ini menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar, profesional perubatan dan masyarakat yang ingin memahami lebih mendalam tentang perkembangan sains khususnya bidang perubatan. “Ia juga merupakan langkah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan bagi mencapai perubahan positif dalam sektor kesihatan selain membawa Galeri Interaktif Sains Perubatan ini ke mata dunia,” ulasnya lanjut. Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan-timbalan Dekan, Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Perasmian SPICES, Profesor Madya Dr. Sharifah Emilia Tuan Sharif. Buletin KELIP - Edisi 2/2023 97


98 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 pesakit di Hospital USM. “Sambutan ini diadakan bertujuan menerapkan kefahaman tentang amalan pengurusan ubat-ubatan yang betul dalam kalangan masyarakat serta membimbing masyarakat dalam penjagaan ubat-ubatan melalui kaunseling pengubatan,” katanya ketika merasmikan majlis penutup sambutan berkenaan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, semalam. Tambah Nik Hisamuddin, semua ini direalisasikan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang dua Hari Farmasi Sedunia atau 'World Pharmacists Day' (WPD) merupakan salah satu hari penting yang disambut di seluruh dunia pada 25 September setiap tahun sejak tahun 2009. Tema Hari Farmasi Sedunia sentiasa berubah mengikut kepentingan dan peranan penting ahli farmasi dalam masyarakat. Pada tahun ini, tema yang dipilih adalah 'Pharmacy Strengthening Health Systems,' menekankan peranan penting yang dimainkan oleh ahli farmasi dalam mengukuhkan sistem kesihatan. Menurut Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, tahun ini merupakan tahun ke-15 sambutan ini diadakan. “Jabatan Farmasi Hospital USM telah menyediakan tema khusus bagi Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 Peringkat Hospital USM iaitu ‘Always There to Care’. "Tema tersebut amat dekat dengan peranan ahli farmasi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Ahli Farmasi Bukan Sekadar Pemberi Ubat Sorotan Program


Buletin KELIP - Edisi 2/2023 99 (2) hari ini iaitu Pameran Kenali Ubat Anda dan Kuiz Penggunaan Ubat-ubatan di laluan hadapan Unit Farmasi Pesakit Luar. “Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penganjur kerana pameran tersebut turut dijayakan oleh farmasi komuniti dan industri farmaseutikal iaitu IMedikel Pharma Holding Berhad, Jardin Pharma Berhad, Novugen Pharma Sdn. Bhd. dan Ethos Healthcare Sdn. Bhd. demi menjayakan matlamat Hari Farmasi Sedunia ini. “Apa yang saya dapat rumuskan adalah program seumpama ini dapat meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan dan memantapkan pengetahuan masyarakat berkenaan ubat-ubatan termasuk cara pengambilan, penyimpanan, kesan sampingan, mengenali ubat berdaftar dan banyak lagi,” jelasnya. Nik Hisamuddin berkata, ahli farmasi dipertanggungjawabkan untuk memastikan ubat yang digunakan oleh pesakit tidak mengakibatkan kemudaratan apabila mereka jelas dengan takrifan penggunaan ubat secara rasional dan selamat sebelum pulang. Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 Peringkat Hospital USM turut diisi dengan ceramah bertajuk "Penggunaan Ubat Secara Rasional dan Selamat" sebagai aktiviti penutup bagi memberi informasi bermanfaat kepada peserta tentang penggunaan ubat yang bijaksana dan kesan positifnya terhadap kesihatan individu. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Ketua Pegawai Farmasi, Jabatan Farmasi Hospital USM, Mohd Hanif Abdul Rahman dan Pengerusi Program Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023, Nor Suriana Mohd Yusof.


100 Buletin KELIP - Edisi 2/2023 Hari Keselamatan Pesakit Sedunia atau lebih dikenali sebagai ‘World Patient Safety Day’ disambut pada 17 September setiap tahun secara global. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan keselamatan pesakit sebagai keadaan di mana tidak berlaku sebarang kemudaratan yang boleh dicegah kepada pesakit dan usaha yang diambil bagi mengurangkan risiko kemudaratan kepada pesakit seminima mungkin. Menurut Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, data terkini dari WHO menunjukkan sekitar satu (1) dalam setiap 10 pesakit terjejas dalam penjagaan kesihatan dan lebih daripada tiga (3) juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penjagaan kesihatan yang tidak selamat. "Di negara berpendapatan rendah dan sederhana pula, sebanyak empat (4) dalam 100 orang pesakit meninggal akibat penjagaan yang tidak selamat. "Perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak adalah lebih 50 peratus (%) daripada bahaya (insiden) yang berlaku ini boleh dicegah dan separuh daripada bahaya (insiden) ini adalah disebabkan oleh kesilapan dalam pengurusan ubat-ubatan,” katanya ketika berucap di Majlis Bersama Pengarah Hospital USM Siri 5 sempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 Peringkat Hospital USM. Nik Hisamuddin berkata, penjagaan kesihatan adalah kerjasama yang perlu dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dan berpaksikan pesakit itu sendiri. “Adalah amat penting terutamanya dalam mendapatkan keizinan bermaklumat atau ‘informed consent’ daripada pesakit. “Sering kali pengambilan keizinan bermaklumat ini dijadikan hanya sebagai formaliti iaitu mengisi borang dan menurunkan tandatangan dengan andaian bahawa pesakit bersetuju dengan apa sahaja perawatan yang kita tawarkan dan perkara ini tidak Keselamatan Pesakit Tanggungjawab Bersama - Nik Hisamuddin Teks : Muhd Zulkifli Zakaria Sorotan Program


Click to View FlipBook Version