The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MARINIE BINTI JALALUDDIN @ MOHD RASID Moe, 2021-01-18 11:27:27

BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKD 2021

BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKD 2021

Panduan dan Takwim Persekolahan 2021
SK Dedong,

E. JURULATIH
1) Menjadi jurulatih kepada pasukan badan beruniform/persatuan ko-akademik/sukan
permainan sekolah
2) Mematuhi SOP Unit Kokurikulum SK Degong.
3) Membuat pemilihan pemain seawal bulan Oktober-Disember.
4) Membuat senarai nama pemain.
5) Membuat kertas kerja dan jadual latihan Pre Season/While Season/Off Season.
6) Membuat surat pemberitahuan dan memohon kebenaran membuat latihan pasukan
dari Sekolah Agama Rakyat bagi pemain yang terlibat.
7) Memastikan murid hanya dibenarkan memakai pakaian sukan baju T sekolah atau
baju T putih, tudung putih (murid perempuan) dan seluar panjang berwarna gelap,
berkasut dan stoking pada setiap kali latihan .
8) Membuat pemilihan pemain selewat-lewatnya 3 minggu sebelum pertandingan.
9) Bertanggungjawab mengambil perhatian masalah kesihatan murid sebelum
menjalankan apa-apa aktiviti dan membuat catatan di bahagian laporan aktiviti.
10) Tidak membenarkan murid mengeluarkan dan memasukkan alatan di stor sukan
kecuali dibawah pengawasan guru serta mencatitkan semua penggunaan alatan di
buku yang disediakan. Sebarang kehilangan alatan akan dikenakan tindakan
disiplin.
11) Bertanggungjawab sepenuhnya semasa mengambil, menggunakan dan
memulangkan alatan sukan permainan semula ke tempat yang sepatutnya dan
memastikan Rekod Penggunaan Alatan diisi. Murid tidak dibenarkan mengambil
alatan sama sekali tanpa pengawasan guru mengikut pekeliling dan atas faktor
keselamatan.
12) Memastikan murid-murid menunggu di bawah garaj dan menunggu arahan
Jurulatih.
13) Murid tidak dibenarkan berada di luar pagar sekolah, padang, kantin, tangga
bangunan, di mana-mana bilik darjah dan ceruk sekolah.
14) Keselamatan dan disiplin murid adalah tanggungjawab jurulatih pasukan.
15) Kehadiran adalah wajib bagi jurulatih-jurulatih dan murid yang terlibat. Sebarang
ketidakhadiran perlulah disertakan dengan surat dan dikepilkan ke dalam fail
pasukan.
16) Bertanggungjawab menjalankan aktiviti selaras dengan silibus, teori, kemahiran dan
undang-undang sukan permainan yang dikendali bagi mempersiapkan pasukan
dengan ilmu dan asas sukan permainan sebelum pertandingan-pertandingan di
peringkat sekolah/kelompok/daerah/negeri/kebangsaan.
17) Menggalakkan dan memberi motivasi kepada murid untuk menyertai aktiviti dan
pertandingan peringkat sekolah, kelompok, daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
18) Sekiranya cuaca hujan, kilat/petir, amaran panas yang melampau dan jerebu,
latihan hendaklah dibatalkan dan jurulatih perlu menunggu murid selamat diambil
oleh ibu bapa mereka.
19) Sebarang pembatalan latihan hendaklah diberitahu dan dimaklumkan dengan lebih
awal kepada ibu bapa pemain bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

THE GONG THE BEST 2021 106

Panduan dan Takwim Persekolahan 2021
SK Dedong,

20) Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan ahli semasa ahli berada di
dalam kawasan, diluar pagar utama sekolah dan semasa menjalankan aktiviti di luar
sekolah.

21) Bertanggungjawab menghantar dan mengiringi ahli apabila menyertai pertandingan
di luar sekolah.

22) Menjadi AJK Bilik Pendidikan Jasmani dan sentiasa memastikan alatan
kelengkapan sukan permainan dan perkhemahan adalah lengkap, bersih kemas,
tersusun rapi dan mudah didapati.

23) Memberikan maklumat dan pencapaian murid dengan teliti dan mengambil kira
peringkat penyertaan murid kepada Setiausaha Kokurikulum bagi pengisian data
PAJSK .

24) Menggunakan Google Classroom dalam program/pertandingan Unit Kokurikulum.
25) Sijil Penghargaan untuk Setiausaha Sukan pada Hari Apresiasi Kokurikulum.

THE GONG THE BEST 2021 107


Click to View FlipBook Version