The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SK SERI MEGA, 2021-08-02 20:37:54

Awang Ada Duit

Awang Ada Duit

iv

BAB 1

Rumah Di Hujung Kampung

TERSEBUTLAH kisah di sebuah kampung, dalam
negeri Indera Sakti, ada sebuah rumah yang kecil. Rumah
itu dikelilingi oleh pohon-pohon menghijau. Kedudukan-
nya agak jauh dari rumah-rumah yang lain di perkampun-
gan tersebut. Rumah itu diduduki oleh seorang perempuan
tua bernama Mak Uteh bersama anak lelakinya yang dige-
lar Awang Ada Duit Semua Jadi.

Sebenarnya Awang seorang pemuda yang gagah
dan bersopan santun. Dia rajin bekerja menolong ibunya.
Jika ibunya ke hutan mencari kayu api, Awang menger-
jakan kebuh buah-buahan dan sayur-sayuran di sekeliling
rumahnya. Pokok buah-buahannya itu tumbuh merimbun.
Pokok sayur-sayurannya pula subur menghijau.

Setiap pagi, ketika Mak Uteh keluar mencari kayu
api, Awang pula sibuk mengerjakan kebunnya. Kayu api,
buah-buahan serta sayur-sayuran itu dijual di pekan. Hasil
jualan itulah dibelikan makanan dan pakaian serta barang-
barang keperluan yang lain. Begitulah kehidupan mereka
setiap hari sejak bapa Awang meninggal dunia.

1

“Awang, bekerjalah rajin-rajin. Hanya engkaulah
seorang anak emak. Tidak dua dan tidak tiga. Pandai-
pandailah menjaga tingkah lakumu supaya hidup kita tak
dibenci orang,” pesan Mak Uteh ketika mereka bersarapan
pagi. Sarapan mereka ialah ubi rebus dicecah dengan nyiur
kukur.

Awang mendengar nasihat ibunya itu baik-baik.

“Tapi, mak…” Awang bersuara sambil mengunyah
ubi rebus.

“Tapia pa, Awang?” tanya Mak Uteh. Dia meman-
dang tepat ke wajah anaknya itu. Dia bimbang sekiranya
anaknya mempunyai masalah yang lain dalam hidupnya.

“Takkan lah kita nak terus hidup begini sahaja,
mak!” ujar Awang dengan nada menyesal. Entah mengapa
sejak akhir-akhir ini dia semacam kesal degan kehidupan
yang dilalui selama ini. Awang agak kurang puas hati den-
gan kehidupannya.

“Eh, apa lagi yang tidak cukup, Awang? Makan dan
pakai kita tak ada yang kurangnya. Sejak dulu lagi hidup
kita begina. Apa lagi yang engkau hendak?” tanya Mak
Uteh kehairanan.

“Maksud saya, bukan makanan yang tak cukup,
mak. Malah bukan juga pakaian yang kurang,” Awang
teragak-agak untuk menerangkan maksudnya.

“Jadi, apa lagi yang engkau inginkan, Awang?” tan-
ya Mak Uteh lagi.

“Saya inginkan….,” Awangmasih teragak-agak un-
tuk menyampaikan hajatnya.

“Apa yang engkau inginkan? Katakanlah kepada

2

emak. Emak akan ikhtiarkan apa saja, yang emak mampu
untuk memenuhi kehendakmu itu.katakanlah!” desak Mak
Uteh.

“Sebenarnya… Awang ingin berkahwin dengan put-
eri raja, mak!” jelas Awang sambil menundukkan kepalan-
ya. Dia kelihatan malu.

“Engkau ingin berkahwin dengan puteri raja?” Mak
Uteh amat terperanjat. Kepalanya digeleng-gelengkan.
“Mengapa puteri raja yang engkau mahukan, Awang? Bu-
kankah ramai anak gadis di kampung kita ini yang cantik
belaka? Katakanlah siapa saja, emak akan pinangkan, asal-
kan bukan puteri raja itu.”

“Kenapa, mak? Tidak bolehkan Awang berkahwin
dengan puteri raja itu? Bukankah dia manusia seperti kita
juga?” tanya Awang bertalu-talu. Keinginananya tidak da-
pat dilenyapkan dengan begitu sahaja.

“Tidakkah kamu sedar Awang, bahawa kita ini
rakyat biasa. Miskin dan hina pula. Tentulah tak layak put-
eri raja itu dijodohkan dengan kamu,” ujar Mak Uteh den-
gan lembut, memujuk hati anaknya. “Kamu dengan puteri
raja bagaikan enggang dengan pipit layaknya.” Kemudian
Mak Uteh mengeluh kecil.

“Ya, saya sedar, mak. Tapi, kalau ada duit semua
jadi. Sebab kita miskinlah emak takut meminang puteri
raja itu. Kalau kita kaya, ada suit, semua boleh jadi, mak,”
tegas Awang sambil tersenyum.

Mak Uteh termenung seketika. Dia memikirkan
mengapakah sampai begitu sekali keinginan dan cita-cita
anak tunggalnya itu. Sekarang tingkah laku Awang sudah
berubah. Mak Uteh amat bimbang jika berlaku sesuatu
yang tidak baik terhadap anaknya itu.

3

“Oh, Tuhan! Lindungilah anakku, Awang,” Mak
Uteh selalu berdoa kepada Tuhan.

“Kalau ada duit semua jadi, mak. Kalau kita kaya,
ada duit banyak, tentu Awang boleh berkahwin dengan
puteri raja…,” Awang terus mengulangi kata-kata itu. Ubi
rebus di hadapannya sudah habis dimakan. Kemudian dia
mengulangi pula kata-kata itu. “Ada duit semua jadi! Ada
duit semua jadi!”

“Eh! Apa sudah jadi dengan kamu ni, Awang?”
tanya Mak Uteh, kehairanan. “Tidak, Awang, tidak! Bukan
semua perkara boleh jadi kalau ada duit. Tapi, seseorang
itu mestilah ada kepandaian dan fikiran yang baik, barulah
tercapai maksudnya. Percayalah Awang, bukan duit sahaja
boleh menjayakan maksud seseorang itu.”

“Baiklah, mak. Kalau begitu Awang akan buktikan
ada duit semua hajat akan tercapai. Awang akan buktikan
juga suatu hari nanti Awang akan berkahwin dengan put-
eri raja itu,” tegas Awang bersungguh-sungguh dengan
penuh keazaman.

Kemudian Awang bangun dari tempat duduknya
lalu melangkah turun dari rumahnya.

“Hendak ke mana, Awang?” tanya Mak Uteh.

“Saya hendak berjalan-jalan di sekeliling kampung
kita ini, mak. Saya akan beritahu semua penduduk kam-
pung, jika ada duit, semua boleh jadi. Ha, ha, ha…!” kata
Awang sambil ketawa.

Mak Uteh tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hatin-
ya sungguh terhau dengan perubahan tingkah laku anak
tunggalnya itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya me-
lihat Awang yang telah hilang di antara rumpun-rumpun
pokok di hadapan rumahnya.

4

BAB 2

Ada Duit Semua Kerja Jadi

MATAHARI telah tinggi. Cahayanya menyinari se-
luruh kampung dengan penuh keindahannya. Daun kayu
melambai-lambai ditiup bayu. Di sana sini kedengaran
ayam berkokok bersahut-sahutan antara sebuah rumah
dengan rumah yang lain.

Penduduk di kampung itu masing-masing telah ke-
luar menjalankan kerja masing-masing. Sebahagian besar
daripada mereka bersawah padi. Setengah-setengahnya
berkebun. Ada juga yang masuk ke dalam hutan mencari
rotan atau menebang pokok. Batang-batang pokok diger-
gaji sendiri dengan menggunakan gergaji kayu untuk di-
jadikan kayu balak.

Apabila sampai di sebuah lorong, Awang telah
menemui seorang pemikat burung. Lelaki itu membawa
sebuah sangkar burung menuju ke hutan yang tidak jauh
dari situ.

“Eh! Awang, engkau hendak ke mana?” tanya pemi-
kat burung itu.

5

“Tak ke mana-mana, Wak. Ada duit, semua boleh
jadi!” jawab Awang.

“Apa yang engkau kata, Awang?” tanyapemikat bu-
rung kehairanan.

“Tak ada apa-apa. Ada duit, semua boleh jadi,”
ulang Awang dan terus berlalu dari situ.

Pemikat burung itu sangat hairan melihat tingkah
laku Awang yang telah berubah itu. “Selama ini anak muda
itu baik orangnya. Apa yang dah jadi kepadanya?”

Kemudian Awang pergi ke tepi sungai. Di situ
Awang bertemu dengan beberapa orang lelaki sedang me-
munggah kayu api dari sebuah perahu. Awang mendekati
mereka di situ.

“Ada apa, Awang?” tanya salah seorang daripada
mereka.

“Tak ada apa-apa. Ada duit semua boleh jadi,” jawab
Awang sambil berlalu dari situ.

“Eh, apa kena dengan Awang…?” tanya lelaki tadi.
Tapi Awang terus melangkah dari situ.

“Apa kata Awang tadi?” tanya lelaki lain pula, yang
sama-sama memunggah kayu di situ.

“Awang cakap ada duit semua boleh jadi,” jawab le-
laki pertama tadi.

“Memang betul cakap Awang itu. Sebab duitlah kita
punggah kayu api di sini. Kalau tidak kerana duit tentu-
lah kayu-kayu ini tak keluar dari hutan itu,” sokong lelaki
kedua itu.

“Tapi, hamba lihat Awang itu lain benar kelakuan-
nya. Mengapa pula dia bercakap begitu?” tanya lelaki per-

6

tama tadi. “Dah buang tabiat agaknya Si Awang ini!”

Kemudian Awang terus berjalan dari situ menuju ke
tepi sawah. Di situ ada beberapa orang perempuan sedang
menanam padi. Mereka bekerja secara bergotong-royong.
Awang berhenti pula di situ memerhatikan perempuan-
perempuan itu yang sedang tekun menanam padi.

“Eh! Awang, kenapa kau berdiri di situ? Datanglah
ke sini, boleh juga tolong kami tanam padi,” kata salah se-
orang perempuan di situ apabila dia terpandang Awang
yang sedang berdiri di atas bahu sawah.

“Tak mengapa, mak cik. Kalau ada duit semuanya
boleh jadi!” kata Awang sambil tersenyum. Kemudian dia
berlalu dari situ.

“Memang benar cakap kamu itu, Awang. Marilah
tolong mak cik mengerjakan sawah ini,” seru perempuan
tadi. Akan tetapi Awang sudah jauh meninggalkan tempat
itu.

“Kenapa pula Awang berkata begitu?” tanya se-
orang perempuan yang lain pula.

“Entahlah! Dah tak betul agaknya fikiran budak itu.
Dia dah mula nak jadi gila agaknya,” jawab perempuan
pertama tadi.

“Tapi, Awang itu baik budaknya. Boleh jadi dia in-
gin bergurau dengan kita saja,” sampuk perempuan yang
ketiga pula.

Matahari semakin terik menyimbahkan cahayanya.
Burung-burung berkicauan di dahan-dahan kayu. Sekali-
sekala terdengar lembu dan kerbau menguak di padang.
Kambing pula mengembek di halaman.

7

Awang terus berjalan dari satu tempat ke satu tem-
pat menemui siapa sahaja dalam kampung itu. Setiap
orang yang dijumpainya dikatakan ada duit semua kerja
jadi. Kadang-kadang dia mengulang kata-kata itu dua tiga
kali baru berlalu dari tempat itu. Setiap orang yang men-
dengar kata-kata itu terasa sesuatu perubahan pada diri
Awang. Akan tetapi, apabila Awang sudah menjauh, mer-
eka meneruskan pekerjaan masing-masing.

Begitulah yang dilakukan oleh Awang dari sehari
ke sehari, memberitahu penduduk di kampung itu, kalau
ada duit semua jadi. Di mana-mana sahaja dan pada bila-
bila masa sahaja. Kerana itulah akhirnya penduduk di situ
menggelarkan dia ‘Awang Ada Duit Semua Jadi’.

Sejak itu juga Awang telah mengabaikan kerja-kerja
di kebunnya. Mak Uteh amat susah hati melihat keadaan
Awang yang telah berubah kelakuannya. Bermacam-macam
nashat diberikan kepada Awang, akan tetapi Awang Ada
Duit Semua Jadi tetap juga tidak berubah keadaannya. Biar
di rumah atau di mana-mana sahaja dia tetap melafazkan
kata-kata ada duit semua kerja jadi. Orang-orang di kam-
pungnya telah bosan dengan kata-katanya itu. Ibunya se-
makin rungsing memikirkan keadaan anaknya itu.

Kadang-kadang Awang termenung sendirian. Dia
terasa yakin bahawa ada duit semua kerja jadi. Dia juga
menanamkan azam untuk berkahwin dengan puteri raja
pada suatu hari nanti. Keazaman itu tetap tertanam dan
tersemat di hatinya. Dia percaya suatu hari nanti azamnya
itu akan menjadi kenyataan sekiranya dia berusaha den-
gan bersungguh-sungguh.

8

BAB 3

Bertandang Ke Pekan

“FIKIRLAH betul-betul, Awang, janganlah turut-
kan hatimu itu. Kita mesti bekerja untuk mendapatkan
duit. Bukan berangan-angan sahaja,” kata Mak Uteh me-
nasihati Awang.

Awang masih termenung di pelantar rumahnya.
Matanya memandang ke arah sawah padi yang mula men-
guning. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah
kawasan kebunnya pula.

“Tidak sayangkah kamu pada pokok-pokok di ke-
bun kita itu? Lihat, semuanya akan mengeluarkan hasil.
Semua itu dari usaha kamu, lah. Kalau tk berusaha, masa-
kan pokok-pokok itu berbuah lebat,” kata Mak Uteh lagi
sambil menuding jarinya ke arah pokok buah-buahan itu.

“Benar, mak, kalau ada duit semua jadi,” tingkah
Awang, selamba.

“Lagi-lagi itulah yang kamu katakana. Tak adakah
hal-hal lain yang ingin kamu perkatakan?” herdik Mak

9

Uteh. Dia sudah bosan mendengar kata-kata anaknya itu.

Awang terkebil-kebil. Menjawab tidak, mengiakan
pun tidak. Dia terus termenung sambil melemparkan pan-
dangannya jauh-jauh.

“Apalah yang akan terjadi pada anakku ini…,” keluh
Mak Uteh sambil berlalu dari situ. Kecewa benar hatinya
melihat keadaan Awang sekarang. Apa boleh buat, Awang
sajalah anaknya. Pada Awanglah tempat dia menumpah-
kan segala kasih dan sayangnya.

Awang masuk ke dalam rumah mengambil kain
selepangnya lalu keluar dari rumahnya.

“Eh! Awang, kamu hendak ke mana?” tanya Mak
Uteh.

“Awang nak pergi ke pekan, mak,” sahut Awang.

“Ke pekan? Buat apa kamu hendak ke sana, nak?”
tanya Mak Uteh lagi. Dia amat bimbang kerana Awang
tidak selalu pergi ke pekan itu. Dia takut kalau-kalau ber-
laku sesuatu yang tidak diingini.

“Awang ingin berjalan-jalan sahaja di pekan,” jawab
Awang lalu terus berjalan dari rumahnya.

“Haa, ada apa Awang? Ada duit semua jadi, ya?”
tanya Lela, menyindirnya.

Awang tersenyum. Dia tahu Lela Cuma bergurau
dengannya. Selama ini Lela adalah satu-satu kawan yang
benar-benar bersimpati terhadap dirinya. Dia tidak pernah
mempersenda dengan kata-kata Awang itu. Malah, diras-
ainya kata-kata ada duit semua jadi itu memang benar.

“Begini, Lela,” kata Awang setelah duduk di be-

10

randa rumah sahabatnya itu. “Hamba ingin mengajak tuan
hamba ke pekan. Pergi berjalan-jalan sahaja. Jemu rasanya
hamba tinggal di kampung ini. Bagaimana, tuan hamba
setuju?”

“Ke pekan?” tanya Lela sambil memikirkan sesuatu.
“Hmm! Bagus juga, boleh kita menghiburkan hati. Hamba
juga boleh membeli sesuatu di pekan nanti.”

Awang gembira sekali apabila Lela bersetuju untuk
menemaninya ke pekan. “Kalau begitu, bersiap-siaplah.
Kita bertolak sekarang.”

“Baiklah, tuan hamba tunggu sekejap, hamba hen-
dak bersalin pakaian dan meminta izin daripada emak
hamba terlebih dahulu,” Lela segera masuk ke dalam ru-
mahnya.

Setelah Lela mendapat izin daripada ibunya, mere-
ka pun bertolaklah menuju ke pekan. Mereka berjalan kaki
melalui lorong-lorong di dalam hutan dan kampung. Ke-
luar padang, masuk padang, masuk hutan dan kampung
serta lorong-lorong. Apabila terasa panas, mereka berhenti
berteduh di bawah pohon kayu. Kemudian mereka berjalan
semula dengan tanpa jemu menuju ke pekan. Jauhnya pe-
kan itu berbatu-batu dari kampung mereka itu. Begitulah
keadaan mereka, berjalan dan berhenti berehat beberapa
kali sebelum sampai ke tempat yang dituju.

11

BAB 4

Dimasukkan Dalam Kurungan

AKHIRNYA sampailah Awang dan Lela di pekan.
Awang tercengang-cengang melihat betapa ramainya
orang di pekan itu. Gerai buah-buahan, syur-sayuran dan
barang-barang keperluan didirikan di sepanjang lorong di
pekan tersebut.

Mereka berjalan dari lorong ke lorong. Awang tidak
putus-putus berkata, “Ada duit semua jadi! Ada duit se-
mua jadi! Ada duit semua jadi!”

Lela hanya tersenyum melihat telatah rakannya itu.
Dia memahami benar tingkah laku Awang itu. “Biarlah dia
berkata apa pun, asalkan tak mengganggu orang, sudahl-
ah.”

Mereka terus berjalan dan berlegar-legar di pekan
itu. Dari sebuah kedai ke kedai yang lain mereka masuk.
Dan dari sebuah gerai ke gerai. Sepanjang perjalanan itu,
Awang terus tidak putus-putus berkata, “Ada duit semua
jadi.”

12

“Eh! Lela, mari kita singgah di kedai itu,” ajak Awang
sambil menuding jarinya ke arah sebuah kedai menjual ba-
rang-barang perhiasan.

“Ayuhlah!” sahut Lela. Mereka pun menuju ke ke-
dai tersebut.

“Oh! Banyak sungguh barang-barang dalam kedai
ini. Cantik-cantik pula. Lihat itu, subang, gelang, rantai,
intan, permata, tentu mahal harganya. Hmm! Ada duit se-
mua jadi,” kata Awang sambil membelek-belek perhiasan
tersebut.

Lela hanya tersenyum kerana dia sering benar meli-
hat barang-barang perhiasan itu. Dia selalu ke pekan kerana
mengikut bapanya. Tidak ada yang menghairankannya.

“Ada duit, semua jadi. Ada duit semua jadi!” seru
Awang berulang-ulang kali. “Kita akan dapat semuanya
itu. Ah, beruntungnya kita nanti! Ada duit semua jadi. Ha
ha ha…!” kata Awang lagi sambil ketawa.

“Eh! Orang muda, apa yang kamu kata berulang-
ulang kali itu ha? Kamu dah gila?” tiba-tiba Awang diser-
gah oleh seorang lelaki berpakaian lengkap, bertanjak dan
keris terselit di pinggang. Lelaki itu diiringi oleh dua orang
pengawalnya.

Awang dan Lela terperanjat. “Itulah Temenggung
negeri ini, Awang,” bisik Lela ke telinga Awang.

Tubuh Awang menggeletar apabila Temneggung
mendekatinya. “Tidak! Tak ada apa-apa Datuk Temeng-
gung!”

“Sejak tadi lagi kami mengintip kamu di pekan ini,”
kata Temenggung. “Nampaknya kamu tak putus-putus

13

berkata, ada duit semua jadi. Tadi kamu mengatakan se-
mua barang dalam kedai itu akan kamu miliki. Kami syak
kamu bermaksud jahat, atau kamu orang gila. Sebab itu,
kamu patut ditangkap. Pengawal! Tangkap orang muda
ini, masukkan ke dalam kurungan!”

Kedua orang pengawal itu segera menangkap
Awang. Awang cuba meronta-ronta, tetapi kedua-dua
pengawal itu dengan gagahnya memegang kedua-dua be-
lah tangan Awang.

“Lepaskanlah kawan hamba itu, Datuk Temeng-
gung,” Lela cuba merayu. “Sebenarnya kawan hamba itu
baik orangnya. Dia berkata begitu kerana fikirannya ter-
ganggu.”

“Tak boleh dilepaskan!” bentak Temenggung. “Sebe-
lum dia melakukan sesuatu yan tidak baik, dia mesti diku-
rung terlebih dahulu. Pengawal! Bawa anak muda itu, dan
masukkan ke dalam kurungan!”

“Baik, Datuk!” sahut pengawal, menurut perintah
Temenggung.

Awang terus dibawa dari situ menuju ke rumah Te-
menggung. Sebuah kurungan tersedia di situ. Lela amat se-
dih melihat Awang dibawa pergi dari situ. Dia segera ber-
lari keluar dari pekan itu, pulang ke kampungnya untuk
memberitahu Mak Uteh mengenai apa yang telah berlaku
ke atas Awang.

Sambil berlari itu teringatlah Lela betapa malang na-
sib Awang yang tiba-tiba sahaja ditangkap dan dimasukkan
ke dalam kurungan oleh Temenggung. Dia juga terkenang
akan ibu Awang. “Tentu Mak Uteh sedih apabila menden-
gar berita yang menimpa ke atas anaknya itu.”

14

Lela terus berlari masuk kampung dan keluar pa-
dang. Dari padang masuk pula ke kampung yang lain dan
dari kampung keluar ke padang, akhirnya sampailah ke
rumah Awang. Waktu itu hari telah pun petang. Matahari
telah berada di kaki langit.

Lela pun terus memanggil Mak Uteh. “Mak Cik!
Mak cik!”

Tidak berapa lama kemudian, muncullah Mak Uteh
di muka pintu. “Eh! Lela, naiklah. Di mana Awang?” dia
mula bimbang.

Lela naik ke rumah Awang. Dengan tenang dia men-
ceritakan perkara yang telah berlaku ke atas Awang.

“Awang telah ditangkap oleh Temenggung, mak
cik. Dia telah dikurung di rumahnya!” beritahu Lela.

“Oh, Awang, anakku…!” Mak Uteh mula menangis.
Air matanya berderaian keluar. Hatinya amat terharu dan
dukacita. “Sampai hati Temenggung berbuat begitu kepa-
da anak hamba yang hina itu!”

Lela turut terharu. Dia berasa kasihan dan bersim-
pati terhadap Mak Uteh. Dia menundukkan kepala tanda
turut sama berdukacita.

“Apa yang patut mak cik lakukan, Lela? Katakan-
lah…,” tanya Mak Uteh sambil menyapu air matanya.

“Bertenanglah, mak cik. Esok mak cik boleh men-
gadu kepada raja di atas perbuatan Datuk Temenggung
itu. Hamba boleh temankan mak cik ke istana. Berdoalah,
mak cik, mudah-mudahan Awang tidak diapa-apakan,”
pujuk Lela mententeramkan hati Mak Uteh.

15

“Terima kasih, Lela. Oh, anakku, Awang!” Mak Uteh
terus merintih.

Lela pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Malam itu juga telah gempar di kampung itu ba-
hawa Awang Ada Duit Semua Jadi telah ditangkap oleh
Temenggung ketika dia merayau-rayau di pekan. Orang-
orang kampung turut bersedih di atas kejadian itu.
Mak Uteh tidak dapat melelapkan mata pada malam
itu kerana mengenangkan nasib anak tunggalnya itu. Dia
tidak putus-putus berdoa mudah-mudahan Awang sela-
mat dan tidak diapa-apakan oleh Temenggung. Setelah
dinihari barulah dia dapat melelapkan matanya.
Apabila hari siang, Mak Uteh pun bersiaplah hen-
dak ke pekan untuk menghadap raja. Tidak lama kemudi-
an Lela pun datang ke rumahnya, lalu mereka berdua pun
bertolaklah ke pekan. Mereka berjalan tidak berhenti-henti,
masuk kampung keluar ke padang, dari padang masuk ke
kampung dan akhirnya sampailah di pekan.
Lela pun membawa Mak Uteh menuju ke istana raja.
Mak Uteh berasa khuatir juga untuk menghadap raja, mak-
lumlah orang kampung yang hina seperti dirinya. Tetapi,
apabila mengenangkan Awang anaknya yang satu-satunya
itu, bagaiana takut sekalipun, dia akan berkorban demi me-
nyelamatkan anaknya.

16

BAB 5

Jasa Ibu

“ITULAH istana raja, mak cik,” Lela menunjuk ke
arah istana itu apabila mereka hampir sampai di istana.

“Amboi, cantiknya!” kata Mak Uteh, terpegun seke-
tika.

Istana itu diperbuat daripada kayu, tetapi penuh
dengan ukir-ukiran. Bangunan itu mempunyai tujuh ruang.
Di setiap ruangnya terdapat ukir-ukiran yang tersendiri.
Tujuh orang pengukir yang mahir dititahkan oleh Sultan
Dewa, Raja Indera Sakti, menunjukkan kemahiran masing-
masing.

Di perkarangan pula terdapat sebuah halaman yang
luas. Di perkarangan itulah ditempatkan bermacam-macam
permainan apabila diadakan sesuatu perayaan atau kera-
maian.

Sekeliling istana itu dipenuhi dengan beraneka jenis
pokok bunga. Bunga-bungaan sedang menguntum mekar.

17

Kelihatan begitu indah sekali istana tersebut seperti bulan
dipagar bintang.

Di hadapan istana itu terdapat sebuah bangunan
lagi. Itulah Balairung Seri atau Balai Penghadapan. Ban-
gunan tersebut juga amat indah., dipenuhi dengan ber-
macam-macam ukiran. Sultan Dewa akan berangkat ke
balai tersebut setiap hari untuk menyelesaikan setiap pen-
gaduan rakyatnya.

Sultan Dewa seorang raja yang adil dan tegas dalam
pemerintahannya. Rakyat negeri itu sayang kepada bag-
inda. Negerinya aman. Perbuatan-perbuatan jahat seperti
mencuri, merompak dan menyamun jarang benar berlaku.
Temenggung, satu-satunya pengawal utama negeri itu,
menjalankan tugas mengawal dengan penuh saksama.

“Masuklah, mak cik, biar hamba tunggu di luar sa-
haja,” kata Lela, menyuruh Mak Uteh masuk ke dalam ka-
wasan istana.

“Eh! Mak cik takutlah, lela,” kata Mak Uteh.

“Apa yang nak ditakutkan mak cik? Raja kita itu baik
dan adil. Dia akan melayan rakyatnya sama sahaja, tak kira
orang miskin atau kaya. Orang kampung atau orang pe-
kan. Masuklah,” kata Lela, meyakinkan Mak Uteh.

“Baiklah, mak cik masuk. Tapi, Lela tunggulah mak
cik di sini, nanti kita pulang bersama-sama,” balas Mak
Uteh.

“Ya, hamba tunggu di sinii,” Lela berjanji.

Mak Uteh pun berjalan menuju ke pintu pagar istana.
Di situ dia diperiksa oleh dua orang pengawal dan bertanya

18

tentang maksud kedatangannya. Mak Uteh menerangkan
tujuannya. Dia pun dibenarkan menghadap raja.

Apabila masuk ke Balairung Seri, Mak Uteh menda-
pati Sultan Dewa sedang bersemayam di atas singgahsan-
anya, diiringi oleh dayang-dayangnya. Sultan Dewa amat
gagah rupanya. Berpakaian lengkap, misainya lebat dan
bertaring pula.

“Haa, ada perempuan tua di situ. Marilah mengh-
adap beta,” titah baginda dengan senang hati.

Perasaan Mak Uteh menjadi tenteram mendengar
pelawaan raja itu. Lantas dia pun berdatang sembah, “Am-
pun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik diharap am-
pun!”

“Ya, katakanlah, apa masalah kamu!” titah Sultan
Dewa, Raja Indera Sekti.

“Ampun tuanku, patik dagang bertemu, bertemu
mata dengan tuanku. Patik ingin tahu, anak patik yang
digelar Awang Ada Duit Semua Jadi ditangkap oleh Datuk
Temenggung di pekan itu, apakah salahnya dan apakah
yang dicuri oleh anak patik itu? Ampun, tuanku,” sembah
Mak Uteh sambil mengangkat tangan ke dahinya.

Sultan Dewa termenung dan menundukkan kepal-
anya seketika. Baginda memikirkan sesuatu. “Tentu ada
sesuatu maka Temenggung beta itu menangkap anak
perempuan tua ini.”

Selama itu baginda menaruh kepercayaan kepada
Temenggung mengawal negerinya. Di atas kawalan Te-
menggunglah negerinya menjadi aman dan damai.

19

“Baiklah, beta sendiri akan siasat perkara itu. Kamu
pulanglah dulu ke rumah,” titah Sultan Dewa.

Mak Uteh pun mengangkat sembah lalu bermohon
diri pulang ke rumahnya.

Setelah Mak Uteh berlalu, Sultan Dewa pun meni-
tahkan pengawalnya menghadap.

“Wahai pengawal, siapkan kuda putih beta. Beta
sendiri ingin melihat pemuda itu di dalam kurungan di ru-
mah Temenggung,” titah baginda setelah pengawal tampil
menghadap.

“Ampun tuanku, titah tuanku patik junjung,” seru
pengawal itu, segera pula mengerjakan titah baginda tadi.

Setelah kuda putih kesayangan baginda di bawa ke
hadapan Balairung Seri, Sultan Dewa pun keluar. Dengan
tangkas sekali baginda menaiki kuda itu lalu memacunya,
diiringi oleh beberapa orang pengawalnya.

Ketika sampai di rumah Temenggung, Sultan Dewa
terus menuju ke tempat kurungan orang-orang salah. Ke-
tika itu beberapa orang pengawal yang ditugaskan men-
gawal kurungan tersebut sedang leka berbual-bual. Ada
antaranya asyik bermain sepak raga. Mereka semua ter-
peranjat. Masing-masing lari lintang pukang membawa
senapang tumbuk iaitu sejenis senapang buatan sendiri.
Mereka masuk ke dalam hutan buluh, hutan semak-semak
di situ. Mereka bersembunyi kerana takutkan baginda.

“Hai pengawal, perintahkan Datuk Temeng-
gung menghadap beta sekarang juga!” titah Sultan Dewa

20

dengan murka sekali.

Pengawal menyembah lalu bermohon masuk ke da-
lam rumah Temenggung. Ketika itu Temenggung sedang
minum kahwa, iaitu sejenis air kopi. Temenggung amat
terperanjat apabila diberitahu bahawa raja berada di ru-
mahnya.

Dengan segera Temenggung pun keluar dari rumah-
nya datang sembah, “Ampun tuanku beribu-ribu ampun,
sembah patik harap diampun. Maksud apakah tuanku sudi
mencemar duli di teratak patik yang hina ini? Ampun, tu-
anku.”

“Datuk Temenggung, apakah salahnya Awang Ada
Duit Semua Jadi itu dimasukkan dalam kurungan ini?
Apakah yang dicurinya? Atau siapa yang dipukulnya?”
soal Sultan Dewa bertalu-talu.

“Ampun, tuanku, sebenarnya tiada apa-apa kesala-
han Si Awang itu, tuanku. Cuma patik mengesyaki hamba
itu akan melakukan sesuatu yang buruk. Ketika hamba
tuanku itu merayau-rayau dalam pekan bersama-sama
temannya kelmarin, hamba tuanku itu tidak putus-putus
berkata ada duit semua jadi. Ada duit semua jadi. Sebab
itulah patik menangkap dan mengurungkannya, tuanku,”
jelas Datuk Temenggung.

Baginda tunduk berfikir. “Ada duit semua jadi….,”
baginda mengulangi kata-kata Awang itu. “Ada duit se-
mua jadi…. Hmm! Tentu ada sesuatu maksud yang tersem-
bunyi dalam kata-kata itu,” fikir baginda lagi.

“Datuk!” seru bagida. “Segera lepaskan Awang Ada
Duit Semua Jadi itu, dan bawa dia ke istana beta.”

21

“Ampun, tuanku, perintah tuanku patik junjung,”
sembah Temenggung. Segera pula Temenggung membuka
kunci kurungan itu.

Awang Ada Duit Semua Jadi pun keluar mendapat-
kan baginda. “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah
patik harap diampun. Kalau ada duit semua jadi, tuanku.”

Baginda tersenyum mendengar kata-kata Awang
itu. “Bawa pemuda ini ke istana beta!” perintah Sultan
Dewa. Dengan tangkas pula baginda melompat ke atas
kuda putih baginda lalu memacunya menuju ke istana, dii-
kuti oleh pengawal-pengawalnya.

Temenggung segera memanggil pengawalnya yang
sedang bersembunyi di dalam semak tadi. Pengawal-pen-
gawal itu keluar dalam ketakutan mendapatkan Temeng-
gung.

“Kamu semua ini tak boleh diharap. Mujurlah tu-
anku tidak murka terhadap hamba tadi. Jika baginda
murka, nahas kamu semua!” bentak Temenggung dengan
marahnya. “Sekarang, berkawallah semula dengan baik!”

Temenggung bersama Awang Ada Duit Semua Jadi
dan beberapa orang pengawal kemudian berjalan menuju
ke istana.

22

BAB 6

Pertaruhan Wang Emas

SULTAN Dewa telah lama tiba di Balairung Seri,
menunggu kedatangan Temenggung membawa Awang
Ada Duit Semua Jadi menghadap baginda. Ke hulu ke hilir
baginda berjalan dalam Balairung Seri itu memikirkan ka-
ta-kata Awang Ada Duit Semua Jadi tadi, “Benarkah ada
duit semua jadi?” fikir baginda. “Ya, benar!”

“Apa saja boleh dibeli jika ada duit,” fikir baginda
lagi. “Makanan, pakaian, barang-barang kemas, rumah,
harta, apa saja. Tetapi, beta hendak menduga pula bahawa
kata-kata Awang itu tidak benar. Beta mesti mencari jalan
untuk menduga pendapat pemuda itu.”

Sultan Dewa terus berfikir dan berfikir. Baginda
sebenarnya ialah seorang raja yang amat berminat tentang
falsafah kehidupan. Selama ini baginda sering benar men-
genakan dugaan-dugaan terhadap ahli-ahli bijak pandai
dalam negeri baginda tentang sesuatu masalah seperti da-
lam cerita-cerita Abu Nawas.

23

Suatu ketika dahulu, seorang puteri baginda yang
tercantik antara sekian ramai putera dan puteri baginda
itu, dikahwinkan dengan pertaruhan suatu masalah.

Sultan Dewa masih ingat lagi bagaimana baginda
menawarkan suatu masalah, iaitu siapa sahaja yang dap-
at memaksa baginda berkata ‘dusta’ maka puteri baginda
yang bernama Puteri Sekuntum Mawar akan dikahwinkan
oleh baginda kepada orang itu.

Ramailah anak raja dari negeri jiran tetangganya
yang dapat membawa seribu cerita akan peristiwa yang
aneh-aneh. Mereka mengemukakan bahawa di negerinya
terdapat sebuah sungai dan sebuah gunung mengalirkan
air susu. Baginda berkata ‘ya’. Ada pula yang menceritakan
di dalam lautan berhampiran dengan negeri anak raja itu
terdapat sebuah taman yang indah. Di taman itulah tempat
keluarga dirajanya bermain-main dan berehat-rehat.

Baginda berkata ‘ya’ dan ingin pula untuk pergi
melihat serta berehat-rehat di dalamnya. Anak raja itu ter-
paksa menolak kerana ternyata tempat itu tidak ada. Dan
apa yang diceritakannya itu semata-mata untuk memaksa
baginda supaya berkata ‘dusta’.

Akhirnya seorang pemuda kampung yang miskin
dan hina seperti diri Awang Ada Duit Semua Jadi telah
menghadap baginda dan mengadukan suatu perkara.

“Ampun, tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik
harap diampun. Patik datang menghadap tuanku ini kera-
na hendak menagih hutang,” sembah pemuda itu.

“Hutang?” baginda terpegun. “Kepada siapa yang

24

beta berhutang?”

“Ampun, tuanku,” sembah pemuda itu selanjutnya.
“Pada masa hayat bapa patik masih ada, bapa patik ada
menyatakan beliau mempunyai dua ribu keeping wang
emas. Bapa patik itu telah meninggal dunia baru-baru ini.
Sekarang ini patik datang untuk menagih hutang itu.”

“Tidak! Bohong! Bohong! Dusta! Beta tak berhutang
dengan sesiapa, apa lagi dengan bapa kamu itu, beta kenal
pun tidak!” bentak baginda. Merah padam muka baginda
kerana terlalu murka.

“Tuanku, sedarlah, bukankah tuanku telah berkata
‘dusta’ tadi. Kerana itu pemuda ini terpaksalah tuanku kah-
winkan dengan puteri tuanku itu,” sembah Hakim Besar
negeri Indera Sakti yang ada bersama-sama di Balairung
Seri ketika itu.

“Apa! Beta telah berkata ‘dusta’? oh!” keluh Sultan
Dewa, sungguh kesal. Barulah baginda sedar bahawa pe-
muda tadi cuma mengemukakan cerita untuk baginda ber-
kata ‘dusta’ semata-mata.

Akhirnya berkahwinlah pemuda itu dengan Puteri
Sekuntum Mawar.

Hari ini baginda ingin pula mengemukakan suatu
masalah kepada Awang Ada Duit Semua Jadi. Ah, betapa
seronoknya baginda rasai jika terdapat sesuatu masalah
dalam kehidupannya, kerana sebagai seorang raja, sentiasa
saja berada dalam kesenangan. Bagi baginda, masalah itu
merupakan sebagai hiburan pula.

25

Dalam masa baginda berfikir itu, masuklah Temeng-
gung membawa Awang Ada Duit Semua Jadi mengahadap
baginda.

“Ampun, tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik
harap diampun. Inilah patik bawa Awang Ada Duit Semua
Jadi menghadap tuanku,” sembah Temenggung.

“Baiklah, tinggalkanlah pemuda itu di sini. Datuk
bolehlah pulang ke rumah. Beta ingin bercakap-cakap den-
gannya,” titah Sultan Dewa.

Temenggung menyembah lalu memohon pulang ke
rumahnya.

Sepeninggalan Temenggung, Sultan Dewa pun ber-
tanya kepada Awang, “Hei! Awang, benarkah kamu ber-
kata ada duit semua jadi?”

“Ampun, tuanku! Benar, ada duit semua jadi,” jawab
Awang tanpa ragu-ragu.

“Baiklah, beta ingin kamu membuktikan kata-kata
kamu itu. Beta akan menyuruh Hakim Besar negeri ini
menulis kata-kata itu dan membuat perjanjian dengan
beta,” tegas Sultan Dewa Raja.

Kemudian baginda pun menitahkan pengawal men-
jemput Hakim Besar negeri Indera Sakti menghadap bag-
inda.

Tidak berapa lama kemudian, hakim itu pun tiba se-
raya menghadap baginda, “Ampun, tuanku, patik datang
menghadap. Apakah maksud tuanku menjemput patik da-
tang ke mari?”

“Begini, hakim,” titah baginda. “Tuliskan suatu per-

26

janjian dalam kitab negeri I ni antara beta dengan Awang
Ada Duit Semua Jadi. Beta mahu perjanjian itu ditulis se-
baik-baiknya supaya tidak berlaku aniaya kepada Awang
nanti.”

“Baik, tuanku,” ujar Hakim Besar, lalu membuka
kitabnya dan bersedia untuk menulis perjanjian itu.

“Hai, Awang, katakanlah ‘Ada duit semua jadi’!”
perintah Sultan Dewa.

“Benar, tuanku, ada duit semua jadi,” kata Awang.
Baginda tersenyum sambil memerhatikan Hakim Besar
menulis kata-kata Awang tadi.

“Baiklah, dengan kata-kata kamu itu, beta akan
kahwinkan anak beta Tuan Puteri Sekuntum Melur den-
gan kamu,” titah baginda. “Akan tetapi, beta tak benarkan
kamu berdua tidur bersama-sama. Dalam jangka masa
Sembilan bulan yang akan datang beta mahukan seorang
cucu daripada Puteri Sekuntum Melur itu. Jika puteri itu
tidak dapat melahirkan anak, kamu akan diarak ke seluruh
pekan selama tujuh hari, kemudian akan digantung sam-
pai mati,” demikian perjanjian baginda yang pertama.

Hakim Besar menuliskan titah raja itu sebaik-bai-
knya dalam kitab negeri Indera Sakti.

Sultan Dewa terus tersenyum sambil memintal-
mintal misainya yang lentik itu. “Di atas perkahwinan itu,
beta akan menganugerahkan duit kepada kamu seban-
yak sepuluh ribu keeping wang emas. Jadi, dengan duit
itu kamu pergunakanlah sebagai suatu pertaruhan untuk
menunjukkan bukti akan kata-kata kamu ‘ada duit semua
jadi’,” titah Sultan Dewa sambil mengangguk.

27

“Baiklah, tuanku, patik setuju,” jawab Awang. Hat-
inya tabah untuk menghadapi cabaran baginda itu.

“Kalau begitu beta tak benarkan kamu pulang ke ru-
mah lagi. Kamu mesti berada di istana beta hingga selesai
perkahwinan tersebut,” Sultan Dewa bertitah dengan te-
gas.

Awang Ada Duit Semua Jadi mendiamkan diri. Dia
tidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia tunduk menerima
perintah raja itu dengan dua perasaan. Pertama suka dan
kedua, duka. Suka kerana dapat mengahwini puteri raja
yang diidam-idamkan selama ini. Duka kerana mengah-
dapi cabaran dan pertaruhan raja. Adakah dia dapat me-
menuhi kehendak raja itu mahu menimang seorang cucu
dalam tempoh Sembilan bulan lagi sedangkan dia tidak
dibenarkan bersama-sama dengan Puteri Sekuntum Me-
lur?

“Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran,”
fikir Awang dalam hatinya. “Ibuku selalu berkata, hendak-
lah menggunakan fikiran dan usaha untuk mendapat ses-
uatu hajat. Memang benar kata-kata ibuku itu.”

“Pengawal, pukul canang ke seluruh negeri, berita-
hu rakyat beta, Awang Ada Duit Semua Jadi akan dikah-
winkan dengan anakanda beta, Puteri Sekuntum Melur!”
titah Sultan Dewa. “Dan beritahu juga kepada temenggung
supaya mengumpulkan tujuh puluh tujuh ekor kerbau ker-
ana beta akan mengadakan kenduri selama tujuh hari tujuh
malam. Siapkan permainan makyung, menorah, dikir dan
wayang kulit untuk dipersembahkan dalam masa kerama-
ian itu kira-kira sepurnama lagi,” titah baginda selanjut-
nya.

28

“Ampun, tuanku, beribu-ribu ampun. Titah tuanku
terjunjung di atas batu jemala patik. Ampun, tuanku, patik
bermohon menjalankan titah tuanku segera,” sembah pen-
gawal tersebut.

“Baiklah, jalankan perintah beta itu sebaik-baiknya,”
sahut baginda.

Pengawal itu pun segera beredar dari situ untuk me-
meberitahu Temenggung dan memukul canang ke seluruh
negeri. Seorang pengawal lagi dititahkan oleh baginda
supaya membawa Awang Ada Duit Semua Jadi ke istana
baginda yang kedua di luar pekan. Baginda berkehendak-
kan supaya khadam dan inang pengasuh di istana tersebut
melayani Awang sebaik-baiknya sebagai bakal menantu
raja itu.

Awang Ada Duit Semua Jadi pun dibawa oleh se-
orang pengawal ke istana tersebut dan disambut oleh se-
orang khadam serta inang pengasuh dengan sebaik-bai-
knya. Tinggallah Awang Ada Duit Semua Jadi di istana
itu sebagai anak raja-raja menunggu hari perkahwinannya
sepurnama lagi. Antara suka dan duka dia menunggu hari
itu dengan hati yang berdebar-debar.

29

BAB 7

Berkahwin Dengan Puteri Raja

HARI yang ditunggu-tunggu oleh Awang Ada Duit
Semua Jadi telah pun tiba. Setelah sampai masanya, Sultan
Dewa, Raja Indera Sakti pun menitahkan seorang huluba-
langnya menembakkan meriam sebanyak tujuh gok Sem-
bilan tala, yang beerti tujuk kali tembakan pada tiap-tiap
kali tembakan itu bergema pada Sembilan buah bukit yang
mengelilingi pekan tersebut.

Tembakan meriam itu adalah sebagai tanda upacara
perkahwinan Awang Ada Duit Semua Jadi dengan Puteri
Sekuntum Melur akan dilangsungkan. Setiap kali meriam
itu ditembakkan, gemparlah seluruh negeri. Bunyinya ge-
gak gempita.

Tahulah seluruh negeri bahawa telah sampai harin-
ya perkahwinan itu akan dilangsungkan. Seluruh keluarga
orang besar, pegawai-pegawai dan menteri-menteri pun
bersiap-siaplah untuk meraikan perkahwinan tersebut.
Sultan Dewa menjemput juga segala raja dari negeri-negeri
jiran tetangganya ke majlis perkahwinan puterinya itu.

30

Pagi-pagi lagi kerbau pun disembelih dan makanan
pun dimasak. Sibuklah mentara berulang ke sana ke mari
menyiapkan kenduri untuk dihidangkan nanti.

Ketika matahari sepenggalah di hujung bukit, ber-
duyun-duyunlah segala orang besar, pegawai-pegawai,
mentari-menteri dan raja-raja berjalan masuk menuju ke
Balairung Seri. Masing-masing berpakaian indah, berkelip-
kelipan emas, intan dan baiduri disinari cahaya matahari.

Dayang-dayang dan inang pengasuh di dalam ista-
na sibuk pula dengan kerja masing-masing menghiaskan
Puteri Sekuntum Melur. Puteri itu telah siap simandikan
dengan sintuk dan limau. Putih gebu kulitnya bagai kapas
dibusar. Kemudian, puteri itu dipakaikan pakaian yang in-
dah-indah. Kainnya sutera dewangga bersulamkan benag
keemas-emasan. Sanggulnya berkarang bunga melur.
Jarinya yang runcing disarungkan cincin emas dan zam-
rud. Begitu cantik rupanya bagai bidadari dari kayangan.

Di istana pula, Awang Ada Duit Semua Jadi sedang
dipakaikan oleh Tuk Bomoh serta dibantu oleh khadam-
khadamnya. Wajah Awang yang dulunya seorang pemuda
kampung, kini telah bertukar sama sekali menjadi seorang
pemuda yang kacak seperti anak-anak raja.

Tuk Bomoh sibuk mengenakan tanjak, baju laying
dan seluar daripada kain yang baik-baik bernama sahiat,
bersulamkan benang keemas-emasan. Dia memakai samp-
ing dan ikat pinggang pada kain berantelas-antelas, iaitu
sejenis sutera yang baik mutunya. Di pinggangnya diselit

31

sebilah keris yang bernama Keris Bawang Sebungkal. Ker-
is tersebut ulunya diperbuat daripada emas, mempunyai
ukiran bunga-bungaan.

Sekarang Awang Ada Duit Semua Jadi telah men-
jadi pengantin diraja yang segak dan tampan. Tidak kalah
jika dibandingkan dengan anak-anak raja yang berpakaian
pengantin serupa itu. Ketika itu teringatlah oleh Awang
Ada Duit Semua Jadi betapa bangga hati ibunya jika meli-
hat dia berpakaian yang indah itu. Tapi apakan daya, Sul-
tan Dewa sama sekali tidak membenarkan Awang keluar
dari istana tersebut sehingga dia dikahwinkan.

Setelah sampai ketika yang baik, menurut adat raja-
raja ketika itu, Awang Ada Duit Semua Jadi pun diarak
dengan penuh istiadat ke Balairung Seri. Mengikut adat
negeri itu, Awang diletakkan di atas bahu seorang yang
gagah, diiringi oleh sida-sida, hulubalang, inang pengasuh
dan dayang-dayang, Temenggung, Mamnda Menteri dan
tuk Bomoh turut mengiring menuju ke Balairung Seri.

Perarakan itu didahului oleh pasukan Hadrah yang
memukul gendang sambil menyanyi lagu mengarak pen-
gantin, riuh-rendah bunyinya di sepanjang jalan. Segala
hamba rakyat yang berdiri di kiri kanan jalan itu bertepuk
sorak, bertolak-tolak kerana ingin melihat wajah Awang
Ada Duit Semua Jadi. Mereka terlalu gembira mengalu-
alukan seorang pemuda kampung yang berjaya berkahwin
dengan seorang puteri raja.

Setelah sampai di Balairung Seri, pengantin lelaki
itu dijemput naik dan didudukkan di atas hamparan kun-
ing yang lembut dan mahal harganya. Sultan Dewa dan
Permaisuri telah bersiap sedia bersemayam di atas sing-

32

gahsana, menunggu Tuk Imam mengakad nikah.

Akhirnya tampillah Mamanda Menteri ke hadapan
melafazkan sembah, “Ampun, tuanku, beribu-ribu ampun,
sembah patik harap diampun. Sekarang tibalah ketikanya
upacara mengakad nikah akan dilangsungkan. Ampun, tu-
anku.”

“Jalankanlah istiadat itu, wahai Tuk Imam,” titah
Sultan Dewa.

Tuk Imam dan saksi-saksinya pun menyembah, lalu
duduk mendekati Awang Ada Duit Semua Jadi. Tuk Imam
berjabat tangan dengan Awang lalu melafazkan, “Aku
nikah akan dikau Awang bin Pandak Maya dengan Put-
eri Sekuntum Melur, puteri Raja Sultan Dewa dengan mas
kahwinnya seribu dinar.”

Ketika itu juga Awang menyambut lafaz tersebut,
“Aku terimalah nikah Puteri Sekuntum Melur, puteri raja
Sultan Dewa dengan mas kahwinnya seribu dinar.”

Tuk Imam mengangguk-angguk dan bertanya ke-
pada saksi-saksinya sama ada lafaz tersebut sah atau
tidak. Saksi-saksi itu mengangguk dan mengesahkan lafaz
tersebut. Kemudian Tuk Imam pun melafazkan khutbah-
nya dengan suara yang nyaring hingga terdengar seluruh
tamu di Balairung Seri itu. Kebanyakan para tetamu itu ter-
diri daripaada seluruh keluarga diraja, orang-orang besar,
hulubalang-hulubalang, sida-sida dan raja-raja dari neg-
eri-negeri jiran yang telah berangkat bersama merayakan
perkahwinan itu.

Apabila khutbah selesai dibacakan, Sultan Dewa
pun bertitah, “Dengan ini beta isytiharkan sahlah perkah-

33

winan puteri beta dengan Awang Ada Duit Semua Jadi
pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, mulai
saat ini bersama-sama rakyat Negeri Indera Sakti bergem-
biralah dengan permainan-permainan yang telah disedia-
kan itu selama tujuh hari tujuh malam.”

Sebelum tetamu di Balairung Seri itu bergembira
dengan permainan-permainan itu di halaman dan di luar
istana, mereka telah dapat menjamu mata melihat kedua
pengantin bersanding di atas pelamin yang indah dan
bergemerlapan perhiasannya. Gendang pun dipalu, pe-
nari-penari pun keluar menari dengan lemah gemalainya
di hadapan pelamin.

Setelah tarian itu selesai barulah tirai ditutup. Para
tetamu keluar beramai-ramai dari Balairung Seri untuk
menghadapi hidangan di istana. Awang Ada Duit Semua
Jadi makan sehidangan dengan isterinya, Puteri sekun-
tum Melur di bilik santapan. Itulah buat pertama kalinya
Awang melihat isterinya. “Aduh, betapa jelitanya isteriku,
bagai puteri dari kayangan!”

“Tetapi…,” tiba-tiba sahaja wajahnya muram apabi-
la teringatkan perjanjian dan pertaruhan yang telah dibuat
dengan Sultan Dewa Indera Sakti dahulu. “Hmm! Apa
boleh buat, sudah nasib diriku,” Awang Ada Duit Semua
Jadi mengeluh.

Selesai makan, kedua pengantin itu diarak keliling
istana untuk memberi kesempatan seluruh rakyat yang
datang, penuh sesak di luar istana melihat pasangan pen-
gantin tersebut. Masing-masing amat gembira dan takjub
melihat kecantikan rupa kedua-dua orang pengantin, ba-
gai pinang dibelah dua, bagai tanduk bersendikan gading.

34

Selepas berarak, Awang pun dibawa ke istana kedua
untuk berehat kerana malam nanti dia akan bersama-sama
bergembira dengan para tetamu menyaksikan permainan-
permainan yang telah disediakan.

Malam itu riuh-rendah dan gegak-gempitalah se-
luruh kawasan istana, seluruh hamba rakyat, lelaki dan
perempuan, tua dan muda berempuh-rempuhan menyak-
sikan permainan makyung, menorah, dikir, wayang kulit
dan sebagainya. Penonton-penonton yang di belakang me-
nyuruh penonton-penonton yang di hadapan duduk. Sia-
pa yang membantah ditumbuk dan ditolak dari belakang.
Maka berlakulah rempuh-rempuhan.

Demikianlah, selama tujuh hari tujuh malam per-
ayaan itu diadakan untuk meraikan perkahwinan itu dan
untuk menghiburkan hati rakyat Indera Sakri. Setelah sele-
sai perayaan tetsebut semua pasukan permainan itu diberi
hadiah oleh Sultan Dewa. Tiap-tiap ketua permainan itu
dijemput ke istana. Sultan Dewa mengeluarkan wang emas
dan khazanah kerajaannya dan diberikan kepada ketua per-
mainan itu secukupnya. Ketua itu pula mengagih-agihkan
wang tersebut kepada ahli permainan masing-masing.

Raja negeri-negeri jiran pula pulang ke negeri mas-
ing-masing, dan Awang Ada Duit Semua Jadi ditempatkan
di istana kedua tanpa dibenarkan tinggal bersama-sama
isterinya, Puteri Sekuntum Melur. Sebagai seorang rakyat
yang mematuhi segala janji-janjinya, tinggallah Awang
Ada Duit Semua Jadi di istana tersebut memendam rasa,
memendam hati.

Akan tetapi, janjinya terhadap raja untuk menimang
seorang cucu Sembilan bulan nanti bagaimana jadinya?
Inilah yang merisaukan hati Awang. Apakah yang patut
dilakukannya?

35

BAB 8

Tuah Ada Untung Tidak

DARI sehari ke sehari, Awang terus memendam rasa
dan memendam hati. Meskipun kini hidupnya dipenuhi
dengan serba kemewahan dan kesenangan, akan tetapi
hatinya tidak pernah tenteram. Saban hari dia memikirkan
janji dan pertaruhan yang telah dimeteraikan dengan raja
itu.

“Apakah hidupku Cuma Sembilan bulan sahaja lagi?
Bagaimanakah caranya untuk aku terus hidup selepas itu?”
masalah itulah yang tidak mententeramkan hati Awang.

Terfikirlah kini betapa riangnya hidup sebelum
menjadi menantu raja dulu. Ketika itu dia bebas ke sana ke
mari tanpa masalah. Biarpun tanpa kemewahan dan kes-
enangan yang dikecapinya sekarang, namun hatinya sen-
tiasa tenang.

“Benarlah aku seperti seekor burung yang dikurung
di dalam sangkar emas? Aku menunggu cuma Sembilan
bulan lagi untuk dibunuh. Oh, sungguh malang nasib-
ku…!” rintih Awang seorang diri.

36

Pada ketika itu, Awang teringat akan ibunya. “Emak,
benarlah kata-katamu dulu, untuk mendapatkan sesuatu
hendaklah menggunakan fikiran terlebih dahulu dan beru-
saha.”

Awang Ada Duit Semua Jadi kembali tenag. “Hidup
ini memang banyak dugaan. Kita sendirilah berfikir dan
berusaha selesaikan masalah dan dugaan-dugaan itu. Esok
aku mesti pulang menemui ibuku. Di atentu rindu ke-
padaku. Tidak patut aku meninggalkan ibuku seorang.”

Malam itu Awang tidur di bilik peraduannya
menunggu esok untuk pulang menemui ibunya.

Bila dinihari,

Ayam berkokok jarang-jarang bahasa,

Murai berkicau di luar pagar,

Fajar menyinsing merah menyala,

Panas penuh padang, siang semula.

Awang pun bangun dari tidur pagi itu dengan
penuh keazaman untuk pulang menemui ibunya. Dia pun
bersiram dan bersiap-siap ala kadarnya. Setelah bersiap-
siap, Awang pun memanggil pengawalmenemuinya.

“Wahai pengawal, bolehkah tuan hamba menemani
hamba ke istana? Hamba ingin menyembah raja kerana
ada suatu maksud yang ingin hamba persembahkan pada
baginda,” kata Awang apabila pengawal itu datang kepa-
danya.

“Boleh, tuan hamba, apa salahnya. Marilah hamba
iringkan tuan muda ke istana,” ujar pengawal itu.

Setelah memberitahu inang pengasuhnya, Awang
pun berjalanlah ke istana raja dengan diiringi oleh pen-
gawal itu.

37

Sampai di istana, Awang pun menyembah Sul-
tan Dewa, “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah
anakanda harap diampun. Anakanda datang menghadap
ayahanda kerana ada suatu maksud yang ingin anakanda
persembahkan kepda ayahanda.”

“Ya, katakanlah, anakanda. Ayahanda sedia mend-
engarnya,” titah Sultan Dewa.

“Ampun, ayahanda. Anakanda terasa sangat ber-
salah kerana telah lama anakanda berada di sini mening-
galkan bonda anakanda di kampung. Sehinggakan perkah-
winan anakanda dulu pun tak dijemput bonda anakanda
bersama. Inginlah anakanda pulang ke kampung untuk
menemui bonda anakanda yang hina itu. Ampun, ayah-
anda,” sembah Awang dengan penuh takzimnya.

“Oh, begitu maksud anakanda!” titah Sultan Dewa
sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. “Memang be-
nar apa yang anakanda persembahkan tadi. Ayahanda juga
rasa bersalah kerana terlupa menjemput bonda anakanda
itu pada hari perkahwinan anakanda dulu. Baiklah, ayah-
anda benarkan. Pulanglah anakanda menemui bonda ana-
kanda itu, dan sampaikan salam ayahanda kepadanya,”
sambung bbaginda.

Mendengar titah baginda itu, berseri-serilah wajah
Awang Ada Duit Semua Jadi kerana terlalu gembira. “Am-
pun ayahanda, anakanda menjunjung kasih di atas kebe-
naran ayahanda itu. Anakanda bermohon sekarang juga
untuk pulang menemui bonda anakanda itu. Ampun, aya-
handa, anakanda bermohon diri.”

Sultan Dewa tersenyum dan mengangguk-angguk-
kan kepalanya.

Sampai di pintu istana, Awang Ada Duit Semua Jadi

38

menyuruh pengawal yang mengiringinya pulang sahaja ke
istananya kerana dia ingin pulang seorang diri.

“Tapi janganlah beritahu raja,” Awang Ada Duit Se-
mua Jadi berpesan kepada pengawal-pengawalnya itu.

“Baiklah, segala kehendak tuan muda, hamba menu-
rut,” kata pengawal, lalu berpatah balik menuju ke istana
kedua semula.

Awang Ada Duit Semua Jadi pun meneruskan
perjalanannya seorang diri. Kini dia berasa bebas seperti
seekor burung yang terlepas daripada sangkarnya. Ketika
berjalan itu terbayanglah wajah ibunya yang kesunyian
menunggu kepulangannya.

“Aku belikan pakaian yang cantik-cantik dan ma-
kan yang sedap-sedap sebagai hadiah kepada ibuku,” kata
Awang sambil mengurut-urut uncang wang emas yang
diberikan oleh raja.

Dengan perasaan gembira, Awang Ada Duit Semua
Jadi pun menuju ke kedai tempat dia ditangkap oleh Te-
menggung dahulu.

Awang Ada Duit Semua Jadi pun memilih paka-
ian yang baik-baik dan barang-barang kemas seperti sub-
ang, gelang dan beebrapa bentuk cincin. Kemudian dipilih
pula beberapa helai kain. Setelah dikira jumlah harganya,
Awang Ada Duit Semua Jadi pun membayar harga terse-
but. Tuan kedai itu terpinga-pinga melihat begitu bayak
wang yang ada pada pemuda tersebut.

“Itulah menantu raja yang baru berkahwin dengan
Puteri Sekuntum Melur dulu,” bisik seorang pekedai ke-
pada kawannya setelah Awang keluar dari kedai tersebut.

39

Apabila mendengar kata kawannya, rakan pekedai
itu tadi segera pula meluru untuk melihat Awang sekali
lagi, akan tetapi pemuda itu sudah pun berjalan jauh mela-
lui lorong di hadapan kedai tersebut.

Setelah agak lama berjalan masuk kampung keluar
padang, apabila tengah hari rembang, Awang berhenti bert-
eduh di bawah pokok keriang. Apabila gelincir matahari,
Awang pun meneruskan perjalanannya semula. Akhirnya
ketika matahari ayun-temayun di kaki langit, Awang pun
tiba di halaman rumahnya.

Dia memanggil ibunya berkali-kali. Tidak lama ke-
mudian, keluarlah Mak Uteh di muka pintu. Betapa ter-
peranjat dan gembiranya orang tua itu apabila melihat
anaknya tercegat di hadapan rumah.

Mak Uteh meluru turun dan memeluk Awang erat-
erat. “Oh! Awang, sungguh gembira hati emak melihat eng-
kau pulang, nak. Marilah naik, akan emak tanakkan nasi
dan masak asam pedas ikan sempuyu. Bukankah gulai itu
sangat kau sukai, Awang?” dia kelihatan sangat gembira.

Setelah lama berpeluk-pelukan itu baharulah mer-
eka naik ke rumah. Awang meletakkan bungkusan yang
dibawanya itu di tengah-tengah rumah. Dia membuka
bungkusan itu satu demi satu.

“Di mana kamu dapat barang-barang ini, Awang?
Sudah lamakah kamu dilepaskan daripada kurungan?”
tanya Mak Uteh ragu-ragu.

“Ambillah barang-barang ini dulu, mak. Nanti
selepas makan, Awang akan ceritakan satu persatu apa
yang telah berlaku kepada diri Awang,” kata Awang, cuba
menennangkan hati ibunya.

Kecewa benar hati Awang kerana menyedari ibunya

40

tidak mengetahui langsung apa yang telah berlaku ke atas
dirinya selama ini. “Maklumlah, kampung ini jauh terpen-
cil dan jauh dari pekan,” dia berkata sendirian.

Setelah bersalin pakaian, mandi dan menghadapi hi-
dangan bersama-sama ibunya, badan Awang terasa segar.
Hari inilah dia dapat menikmati semula masakan kesu-
kaannya. Semasa di istana, walaupun dihidangkan dengan
masakan yang lazat-lazat, akan tetapi tidak sama dengan
masakan ibunya, yang menjadi kegemarannya sejak kecil
lagi. Apalagi, ketika di istana hatinya tidak pernah tenter-
am kerana memikirkan perjanjian dan pertaruhannya den-
gan raja. Apakah dia akan selamat atau sebaliknya?

“Mak, sebenarnya Awang telah lama dilepaskan
daripada kurungan itu,” Awang mul amenceritakan hal
dirinya.

“Siapa yang melepaskan engkau? Selepas itu ke
mana kamu pergi?” tanya Mak Uteh, ingin tahu.

“Sultan Dewa yang melepaskan Awang, mak,” jelas
Awang Ada Duit Semua Jadi.

“Raja yang melepaskan kamu?” Mak Uteh kehairan-
an. “Lepas itu, apa yang telah terjadi?” dia tidak sabar-
sabar untuk mendengar cerita anaknya itu selanjutnya.

“Saya dikahwinkan dengan anaknya, mak,” kata
Awang Ada Duit Semua Jadi.

“Kamu berkahwin dengan puteri raja?” tanya Mak
Uteh bertalu-talu. Ketika itu teringatlah hatinya akan kata-
kata Awang dahulu yang bercita-cita hendak berkahwin
dengan puteri raja.

“Benar, mak. Awang telah berkahwin dengan put-
eri raja yang bernama Puteri Sekuntum Melur. Raja telah
memberi duit sebanyak sepuluh ribu keeping wang emas,”

41

cerita Awang Ada Duit Semua Jadi. Awang seterusnya
menceritakan kisahnya hingga ke akhir, sehingga dia pu-
lang ke rumah menemui ibunya.

“Jadi, kamu akan dibunuh oleh raja jika baginda
tidak dapat menimang cucunya, anak dari Puteri Sekun-
tum Melur?” tanya Mak Uteh dengan sedih sekali setelah
Awang mengakhiri ceritanya.

“Ya, mak. Awang akan diarak sekeliling pekan, ke-
mudian akan digantung sampai mati!” tegas Awang.

Mak Uteh terlalu sedih sehingga menangis tersedu-
sedu dan merintih, “Oh, sungguh malang nasibmu, nak!”

Kedua anak-beranak itu sama-sama bersedih men-
genangkan perkara yang akan dihadapi nanti. Mak Uteh
terus menangis. Awang Ada Duit Semua Jadi duduk ter-
menung dan cuba memujuk ibunya.

“Sabarlah, mak. Bukankah dulu mak pernah berka-
ta, kita mesti berfikir untuk menyelesaikan sesuatu perkara
atau masalah yang kita hadapi,” kata Awang cuba menten-
teramkan perasaan ibunya.

Namun begitu, Mak Uteh masih tidak dapat mena-
han sedihnya. Dia takut benar jika anaknya itu akan di-
bunuh oleh Sultan Dewa. Awanglah satu-satu anaknya.
Awanglah tempat dia bergantung kasih.

Bagi menghiburkan hati yang lara, pada malam itu
kedua-dua beranak itu pun berbalas-balas pantun. Bagi
mereka, pantun ialah sebagai pengubat hati, kerana ada
antara pantun-pantun itu mempunyai maksud yang men-
dalam untuk menghilangkan kerunsingan dan kedukaan.

Sambil bersandar di tiang seri rumahnya, Awang
Ada Duit Semua Jadi memulakan pantunnya:

42

Pisang kemanang tumbuh di batu,

Buah ada jantung tidak;

Sudah malang untung nasibku,

Tuah ada untung tidak.

Apabila mendengar pantun dari anaknya itu, Mak
Uteh amat merasakan kebenarannya. Setelah beberapa
lama dimenungkan isi pantun tersebut, terubatlah sedikit
kesedihannya. Memanglah anaknya itu mempunyai tuah
dalam hidupnya, tetapi apakan daya nasibnyalah yang
tidak baik. Selama ini pegangan hidup mereka adalah me-
nyerahkan pada takdir apabila sesuatu kesusahan menim-
pa ke atas diri mereka.

Melihatkan ibunya agak terhibur dan tangisnya juga
sudah berkurangan, Awang meneruskan pantunnya lagi:

Ayuh jelutung kayu di rimba,

Mati tertimpa kayu kelat;

Sudah untung kita berdua,

Umpama ikan di dalam belat.

Mendengar pantun kedua itu, Mak Uteh terasa be-
nar nasib malang yang menimpa mereka berdua. Apalah
yang hendak disusahkan lagi, nasib manusia adalah di tan-
gan Tuhan.

Malam semakin larut. Di luar rumah mereka terden-
gar kuang berbunyi sayup-sayup di tengah rimba. Pung-
guk mendayu-dayu merindukan bulan. Ketika itu sedu se-
dan ibunya tidak kedengaran lagi. Lalu berkatalah Awang,
“Tidurlah, mak. Malam pun telah larut. Dengar, burung
kuang telah berbunyi sayup-sayup.”

Mereka pun memadamkan pelita, lalu tidur di tempat
masing-masing. Oleh kerana terlalu letih, akhirnya Awang
Ada Duit Semua Jadi pun lena dengan nyenyaknya.

43

BAB 9

Merantau

APABILA siang hari, seperti biasa, Mak Uteh ban-
gun dari tidurnya dan terus ke dapur. Di dapur, dia mere-
bus ubi dan mengukur kelapa. Dia tahu, itulah makanan
kegemaran Awang Ada Duit Semua Jadi setiap pagi. Hari
itu dia akan melihat anaknya makan ubi tanamannya send-
iri, setelah lama anaknya itu tidak ada bersama-samanya.

“Makanlah, Awang, bukankah ubi ini makanan
kegemaran kamu sejak kecil lagi!” kata Mak Uteh apabila
Awang telah mencuci muka lalu masuk ke dapur.

Awang tersenyum melihat ubi keledek rebus yang
lembut, masih mengeluarkan wap yang panas. “Memang
mak, makanan inilah kegemaran saya.” Dia duduk bersila
berhadapan dengan hidangan itu.

“Eh, tahhan ubi itu lebih sedap daripada hidangan
di istana tempat kamu tinggal itu!” sindir Mak Uteh.

“Tidak, mak, walaupun masakan di istana itu sedap-

44

sedap, tapi tak sama dengan masakan di rumah kita ini.
Bukankah masakan ibu itu menjadi makanan yang biasa
Awang makan sejak dulu lagi?” ujar Awang Ada Duit Se-
mua Jadi dengan bersungguh-sungguh.

Mak Uteh tersenyum dan berasa bangga dengan
sikap anaknya yang masih tidak berubah meskipun telah
menjadi menantu raja. Dia bersyukur kerana memperoleh
seorang anak yang masih mengenang jasa dan bakti ibu-
nya.

Setelah makan, Awang Ada Duit Semua Jadi kelu-
ar berjalan-jalan di sekitar kebunnya. Dia melihat pokok
buah-buahan hasil tanamannya dahulu hidup dengan
subur. Daunnya merimbun dan menghijau. Popkok jambu
batu sedang berbuah lebat. Dia memetik sebiji. Buah yang
besar dan lembut itu digigitnya. Ah, betapa manis dan la-
zat isinya.

“Apa yang kamu menungkan tu, Awang?” tanya
Mak Uteh dari belakang.

“Oh, mak! Tak ada apa-apa, mak. Cuma, Awang
terkenang budi baik pokok-pokok kita ini yang membesar-
kan Awang hingga menjadi remaja sekarang,” jelas Awang
sambil menoleh ke arah ibunya.

“Kamu teringatkan pokok-pokok ini atau terkenang-
kan isteri kamu yang cantik jelita di istana itu?” Mak Uteh
menduga sambil tersenyum.

Mendengar kata-kata ibunya itu, Awang tunduk
kesedihan. Dalam fikirannya terbayang keelokan paras is-
terinya. Akan tetapi, betapa malang nasibnya! Dapat ber-
isteri, tetapi tidak dapat tinggal bersama-sama untuk ber-
mesra dan menumpahkan kasih sayang.

45


Click to View FlipBook Version