ti,” kata tukang Cina itu sambil menganggukanggukkan
kepalanya.
Rancangan yang diusahakan oleh Awang itu sebe-
narnya telah diberitahu oleh Awang pada masa mula-mula
mereka bertolak bersama-sama ke istana Sultan Dewa da-
hulu.
“Tuan hamba berdua,” ujar Awang Ada Duit Semua
Jadi. “Sebenarnya hamba ingin turun di sini sahaja. Tuan
hamba berdua bawalah merak emas itu pulang dan bai-
kilah. Hamba hendak pulang ke kampung hamba. Apabila
siap merak itu dibaiki, tunggulah tiga purnama lagi, kemu-
dian bawalah ke sini. Hamba akan menunggu di sini, kita
pergi bersama-sama.”
“Oh, boleh, boleh,” kata tukang Cina itu. “Orang
muda tunggulah hamba berdua di sini tiga purnama lagi,
hamba akan datang.”
“Ya, hamba akan tunggu. Tuan hamba berdua bole-
hlah bertolak sekarang.” Tukang Cina dan pembantunya
pun segeralah beredar dari situ.
Awang Ada Duit Semua Jadi menggalas bungkusan-
nya lalu berjalanlah dari situ menuju ke kampungnya. Me-
mang itulah rancangannya untukmengelakkan diri daripa-
da kemurkaan Sultan Dewa, Raja Indera Sakti yang telah
menyedari puterinya telah mengandung. Dia bercita-cita
untuk pulang menemui ibunya pula buat beberapa ketika.
Setelah itu, dia akan pulang semula ke istana menemui is-
terinya.
Berjalanlah Awang Ada Duit Semua Jadi dengan
penuh pengharapan menuju ke kampungnya. Selama kira-
kira tiga hari tiga malam berjalan itu akhirnya sampailah
dia di rumah ibunya. Sekali lagi Mak Uteh terperanjat dan
96
penuh gembira apabila mengetahui anaknya pulang men-
emuinya.
“Syukurlah, nak, kamu selamat mencari ikhtiar un-
tuk menunaikan janji raja itu. Emak sangat bangga kerana
kamu sangat pandai membawa diri. Begitulah kata orang,
masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kamb-
ing mengembik, nescaya selamatlah kita walau berada di
mana-mana sekalipun,” kata Mak Uteh setelah mendengar
cerita daripada anaknya itu.
“Bagaimana dengan Lela, mak? Adakah kawan
Awang itu telah beristeri?” tanya Awang Ada Duit Semua
Jadi.
“Entahlah, Awang. Sudah banyak anak gadis di
kampung ini ditunjuk oleh Tuk Penghulu untuk dijodoh-
kan dengannya. Emak juga diminta oleh Tuk Penghulu su-
paya memujuk Lela. Tapi hingga sekarang dia tidak mahu
beristeri. Boleh jadi dia ingin menunggu kamu pulang
agaknya,” terang Mak Uteh.
Awang Ada Duit Semua Jadi tersenyum mendengar
keterangan daripada ibunya itu. Kini terbayanglah di ru-
angan matanya akan kecantikan dan kebaikan budi pekeri
Seroja, anak peladang tempat dia menumpang dulu.
“Eh, kenapa kamu tersenyum, Awang?” tanya Mak
Uteh kehairanan.
“Begini, mak,” kata Awang Ada Duit Semua Jadi
dengan gembira memulakan rancangannya. “Di rumah
tempat Awang menumpang tinggal di negeri Sangkapuri
itu, ada seorang gadis yang cantik dan lemah lembut pula
tingkah lakunya. Sejak dulu lagi Awang bercadang ingin
menjodohkan gadis itu dengan Lela. Awang berharap Lela
mahu menerima cadangan Awang, kerana selama ini dia
banyak sekali menolong emak dan Awang sendiri.’
97
“Memang baik benar cita-cita kamu tu, nak. Kata
orang tua-tua, orang memberi keta merasa, orang berbudi
kita berbahasa,” sokong Mak Uteh.
“Kalau begitu Awang hendak pergi ke rumah Lela
sekarang juga, mak. Rindu benar rasa Awang nak mene-
mui Lela,” kata Awang Ada Duit Semua Jadi.
“Pergilah, nak. Moga-moga berjaya kamu memujuk
Lela,” ujar Mak Uteh sambil tersenyum.
Awang Ada Duit Semua Jadi un turunlah dari ru-
mahnya dengan penuh harapan. Mudah-mudahan Lela
sudi menerima Seroja menjadi pasangan hidupnya nanti.
Semoga dengan itu juga perhubungan antara keluarga Se-
roja dengan keluarganya sendiri akan lebih erat. Di samp-
ing itu, akan terbalaslah pula budi baik Pak Sampar dan
Mak Intan yang telah memberi pertolongan terhadap di-
rinya dahulu.
Antara rumah Penghulu dengan rumah Awang Ada
Duit Semua Jadi tidaklah begitu jauh, cuma kira-kira seper-
laung. Terasa kecewa juga di hati Awang apabila sampai di
rumah itu didapati rumah itu sepi, tidak ada sesiapa pun
di sekitarnya.
“Eh, ke mana perginya orang-orang di rumah ini?”
tanya Awang Ada Duit Semua Jadi sendirian.
Dia melaung memanggil nama Lela beberapa kali di
perkarangan rumah itu, akan tetapi tidak ada orang yang
menyahutnya. Sekali lagi dia memanggil nama Lela. Tiba-
tiba terbukalah pintu rumah itu. Seorang anak gadis terce-
gat di situ.
Melihat anak gadis itu, hati Awang berdebar-debar.
“Siapakah agaknya anak gadis itu? Aku tidak pernah meli-
hatnya selama ini. Tunangan Lela agaknya?”
98
“Abang Lela tak ada di rumah. Dia ke pekan ber-
sama Tuk Penghulu dan mak cik pagi tadi. Mereka akan
pulang petang nanti,” kata gadis itu di muka pintu itu den-
gan malu-malu.
“Oh, begitu,” ujar Awang Ada Duit Semua Jadi.
“Tolong pesankan kepada Lela, minta dia datang ke rumah
hamba malam nanti. Katakana padanya, Awang baru sa-
haja pulang.”
“Baiklah, hamba akan beritahu Abang Lela nanti,”
kata gadis itu.
“Terima kasih, hamba pulang dulu,” seru Awang.
Dia melangkah dengan hampa menuju ke rumahnya. Da-
lam fikirannya tidak putus-putus bertanya, siapakah gadis
itu? Tunangan Lela, kah?
Sesampainya di rumah, Awang Ada Duit Semua
Jadi segera bertanya kepada ibunya. Akan tetapi, Mak Uteh
juga tidak mengetahui tentang gadis itu.
“Boleh jadi ahli keluarganya yang jauh, tolong jaga
rumah Tuk Penghulu tu sepeninggalan mereka anak-be-
ranak ke pekan, Awang,” kata Mak Uteh.
“Jika keluarganya yang jauh, baguslah, mak. Awang
khuatir jika gadis itu tunangannya. Kalau tunangannya,
gagallah rancangan Awang hendak menjodohkan Lela
dengan Seroja,” ujar Awang pula. Dia berharap gadis itu
bukanlah tunangan Lela.
Malam itu, selepas makan, Awang dan ibunya ber-
bua-bual di tengah rumah. Satu demi satu Awang bercer-
ita kisah-kisah yang dialaminya sepeninggalannya dulu.
Tiba-tiba mereka mendengar suara Lela memanggil nama
Awang.
Awang bangun dan segera membuka pintu lalu
99
menjemput Lela masuk ke rumahnya.
“Rindu benar hati hamba kerana lama tidak melihat
wajah tuan hamba,” kata Awang sambil menghulurkan be-
kas sirih kepada Lela.
“Hamba pun demikian juga, tapi tidaklah seperti
tuan hamba. Kampung ini terasa sunyi benar apabila tuan
hamba tidak ada. Tak ada siapa yang sesuai hamba jadi-
kan kawan. Kebanyakan anak muda di sini, tak sesuai be-
nar dengan jiwa hamba untuk dijadikan kawan,” kata Lela
sambil memalitkan kapur pada sehelai daun sirih. Dia me-
lipat-lipat daun sirih itu lalu disuapkan ke mulutnya.
“Eh, takkan sunyi pula, bukankah di rumah, tuan
hamba dah berteman?” Awang menduga sambil terse-
nyum.
“Anak gadis di rumah hamba itu, maksud tuan
hamba?” tanya Lela kembali.
“Benar, Lela.” Tiba-tiba Mak Uteh mencelah. “Awang
bertanyakan mak cik tadi. Mak cik kata tak tahulah siapa
orangnya. Awang kata pula, boleh jadi tunangan kamu.”
Lela tersenyum sambilmenggeleng-geleng. “Tidak,
Awang! Anak gadis itu sebenarnya dipungut oleh bapa
hamba dan tinggal di rumahhamba kerana ibu bapanya
telah meninggal. Kedua-dua ibu bapanya telah lemas di
dalam sunagi kerana sampan mereka dibedal oleh buaya.
Pada masa itu mereka membawa kayu api ke pekan. Per-
istiwa itu berlaku kira-kira sepurnama dulu. Dia tu anak
yatim piatu,” jelas Lela.
“Oh, begitu,” sampuk Mak Uteh. “Kasihan gadis itu,
ya. Baik benar hati kedua ibu bapa kamu menolong anak
yatim piatu.”
100
“Kalau begitu, salahlah dugaan hamba tadi. Maaf-
kanlah hamba,” ujar Awang pula.
“Tak ada apa yang nak dimaafkan,” sambut Lela.
Awang Ada Duit Semua Jadi tersenyum kegiran-
gan.
Suasana sepi. Di luar kedengaran suara cengkerik
bersahut-sahutan. Burung pungguk mendayu-dayu mer-
indukan bulan. Blan mengambang penuh terapung-apung
di dada langit. Sinarnya tertumpah ke permukaan daun-
daun, tampak berkilau-kilauan.
“Eh! Kenapa tuan hamba tersenyum sendirian tu?
Ada apa-apa maksud agaknya?” tanya Lela, mengesyaki
ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh rakannya itu ke-
padanya.
“Ya, memang ada maksud yang ingin disampaikan
kepada Lela,” sampuk Mak Uteh. “Katakanlah, Awang,
harap-harap Lela sudi menerimanya.”
“Begini, tuan hamba….,” Awang cuba meluahkan
hasrat yang sekian lama terpendam di hatinya. Dia mem-
betulkan letak silanya dan berbicara bersungguh-sungguh.
“Ketika hamba merantau dulu, hamba sampai di negeri
Sangkapuri. Di sana hamba tinggal dengan sebuah keluar-
ga peladang. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang
sungguh manis, bersopan santun dan lemah lembut ting-
kah lakunya. Berkenan benar di hati hamba untuk men-
jodohkanny adengan tuan hamba. Itulah maksud hamba
yang sebenarnya.”
“Katakanlah, Lela. Apakah kamu sudi untuk meli-
hat gadis itu terlebih dahulu? Jika kamu berkenan, bole-
hlah mak cik rundingkan,” celah Mak Uteh.
101
Lela mengangkat wajahnya pelahan-lahan. Sam-
bil tersenyum dia berkata, Terpulanglah pada bicara tuan
hamba berdua. Jika sesuai pada tuan hamba, sesuailah
pada hamba juga.”
Awang Ada Duit Semua Jadi hampir melompat
kegembiraan mendengar jawapan rakan ikrabnya itu. Dia
memeluk Lela seerat-eratnya. “Jika demikian, bolehlah ibu
hamba sampaikan maksud hamba ini kepada kedua orang
tua tuan hamba. Sesudah itu, bolehlah kita sama-sama
pergi menengok gadis yang hamba maksudkan itu,” kata
Awang Ada Duit Semua Jadi setelah melepaskan pelukan-
nya.
Tiada suara yang dapat diucapkan oleh Lela, cuma
angguk-angguk.
Setelah Lela bersama-sama Awang Ada Duit Semua
Jadi mengunjungi sendiri ke rumah Seroja, Lela benar-be-
nar bersetuju untuk dijodohkan dengan Seroja. Kira-kira
dua purnama kemudian, berlangsunglah perkahwinan
mereka. Awang sendiri banyak mengeluarkan belanja
daripada baki wang pemberian raja dahulu untuk perkah-
winan Lela.
Akhirnya, setelah genap tiga purnama, Awang Ada
Duit Semua Jadi pulang menemui ibunya, pada suatu
hari bertolaklah pula Awang ke sempadan negeri untuk
menunggu kereta kuda yang akan menghantar kembali
merak emas ke istana Sultan Dewa.
Berjalanlah Awang Ada Duit Semua Jadi sambil
menggalas bungkusannya menuju ke sempadan negeri
dengan penuh tanda tanya. Apakah tukang Cina itu akan
datang tepat pada harinya? Berjayakah rancangannya nan-
ti? Tertunaikah janjinya kepada baginda? Bagaimanakah
nasib hidupnya selanjutnya?
102
BAB 17
Lepas Dari Sengsara
TEPAT pada masanya, ketika Awang Ada Duit Se-
mua Jadi sampai di sempadan negeri, dia melihat sebuah
kereta kuda yang dijanjikan dulu sampai di tempat terse-
but. Di atasnya termuat merak emas yang telah siap diper-
baiki. Awang Ada Duit Semua Jadi amat gembira.
“Naiklah, orang muda. Boleh kita bertolak ke istana
bersama-sama,” pelawa tukang Cina itu dengan penuh
hormat.
Awang Ada Duit Semua Jadi pun naik ke atas kereta
kuda itu dan berkata, “Amboi, tepat sekali janji tuan haba
kepada hamba.”
“Tentulah, orang muda, kalau tidak tentulah orang
muda tidak percayakan hamba lagi,” jawab tukang Cina
itu.
Setelah itu bergeraklah kereta kuda itu menuju ke
istana. Seperti yang dirancang oleh Awang Ada Duit Se-
mua Jadi, sebelum sampai di istana, dia masuk bersem-
bunyi dalam tubuh merak emas itu. Dia berpesan kepada
103
tukang Cina dan pembantunya agar merahsiakan perkara
itu. Dia memberi upah tambahan kepada mereka sebanyak
dua ratus keeping wang emas lagi. Tukang Cina dan pem-
bantunya dengan gembira menerima dan berjanji tidak
akan membocorkan rahsia itu.
Tukang Cina pun memacu kudanya, akhirnya sam-
pailah di hadapan istana. Beberapa orang hulubalang dan
pengawal yang menjaga pintu istana segera menurunkan
merak emas dari kereta kuda itu. Kemudian tukang Cina
segera memacu kudanya keluar dari kota menuju pulang
ke negeri Sangkapuri.
Apabila merak emas dibawa semula ke bilik perad-
uan Puteri Sekuntum Melur, betapa gembira hatinya me-
nyambut kepulangan suaminya yang dipercayai bersem-
bunyi di dalam tubuh merak emas tersebut.
“Oh, alangkah gembiranya hati beta, merak kes-
ayangan beta telah diperbaiki seperti sedia kala. Dayang,
lihatlah cantik sekali merak beta ini,” kata Puteri Sekun-
tum Melur dengan penuh sukacita.
Semua dayang dan inang pengasuh berkerumun
melihat merak emas tersebut. Mereka sama-sama gembira
melihatnya.
Malam itu, setelah selesai makan, dayang-dayang
dan inang-inang pengasuh pun berbual-bual di tengah
istana sambil makan sirih. Apabila terasa mengantuk, mer-
eka pun masuk ke bilik masing-masing dan tidur. Masa
itulah yang amat diharap-harapkan oleh tuan puteri untuk
menemui suaminya.
Tidak lama kemudia, terdengarlah dengkur di sana
sini menandakan dayang-dayang dan inang pengasuh te-
104
lah lena. Puteri Sekuntum Melur segera turun dari perad-
uannya dan mendapatkan merak emas.
Puteri Sekuntum Melur mengetuk pintu merak
emas itu perlahan-lahan, “Kakanda, keluarlah! Keluarlah,
kakanda.”
Seketika kemudian terdengarlah kunci pintu merak
emas itu dibuka dari dalam. Keluarlah Awang Ada Duit
Semua Jadi mendapatkan isterinya. Puteri Sekuntum Melur
segera memeluk suaminya dengan penuh rasa bahagia.
“Oh, alangkah gembiranya hati adinda dapat berta-
mu semula dengan kakanda,” ujar Puteri Sekuntum Melur
di dalam pelukan suaminya.
“Kakanda pun rasa gembira, adinda,” kata Awang
Ada Duit Semua Jadi pula.
“Marilah, kakanda, kita makan. Adinda telah menye-
diakan hidangan untuk kita makan bersama-sama. Sengaja
adinda tidak makan tadi kerana menunggu untuk makan
bersama-sama kakanda,” Puteri Sekuntum Melur menga-
jak suaminya menyantap hidangan. Lantas segera pula dia
membuka hidangan yang telah dibawanya ke bilik itu.
Alangkah bahagianya hati Awang Ada Duit Semua
Jadi apabila mengetahui betapa kasih dan setianya tuan
puteri terhadap dirinya itu. Mereka pun makanlah ber-
sama-sama dengan penuh selera. Selesai makan, sambil
berehat-rehat, mereka makan sirih pula. Ketika itu Awang
menceritakan kisahnya bagaimana dia pulang ke rumah
menemui ibunya sehingga selesailah perkahwinan rakan-
nya, Lela dengan Seroa.
Puteri Sekuntum Melur tidak jemu-jemu mendengar
cerita suaminya itu. Berbahagia benar kedua suami isteri itu
105
melayani kerinduan hati masing-masing setelah berpisah
sekian lama. Kepulangan Awang itu seperti pucuk dicita
ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal.
Setelah lama mereka berbual-bual dan melayani
kasih masing-masing, hari pun telah larut malam. Kedua
suami isteri itu beradulah.
Matahari memancar indah di puncak bukit. Angin
pagi berhembus segar. Segala hulubalang dan pengawal
telah bersedia berkawal di pintu kota dan di dalam istana.
Inang pengasuh dan dayang-dayang sibuk ke sana ke mari
menjalankan tugas masing-masing. Ada yang menyiram
bunga, ada yang menyapu sampah dan ada yang menge-
mas peraduan raja. Tidak kurang pula segala khadam dan
tukang masak sibuk menyiapkan hidangan untuk santa-
pan Sultan Dewa dan Puteri Sekuntum Melur.
Apabila sudah santap, Sultan Dewa pun bersiap-siap
untuk berangkat ke Balairung Seri. Hari itu hari Ahad, bag-
inda menerima hadiah dan persembahan daripada hamba
rakyatnya. Biasanya pada hari-hari tersebut baginda begitu
sukacita kerana akan menerima bermacam-macam persem-
bahan, terutama buah-buahan yang lazat untuk santapan
baginda. Lazimnya buah-buah itu dipilih dari jenis yang
terbaik dan segar.
Sejak terjaga dari peraduan lagi baginda kelihatan
resah dan gelisah. Sejak akhir-akhir ini kat adan fitnah ten-
tang Puteri Sekuntum Melur yang mengandung kononnya
tanpa suami sering benar sampai ke telinganya. Meskipun
baginda cuba bersabar apabila mengingatkan ramalan Wak
Nujum dahulu, namun hingga kini belum lagi ternyata ra-
malan itu akan kebaikannya.
106
“Boleh jadi ramalan ahli nujum beta itu tidak be-
nar,” fikir Sultan Dewa, Raja Indera Sakti sendirian.
Setelah siap berpakaian selengkapnya, baginda pun
berangkat ke Balairung Seri. Segala orang besar negeri, ter-
masuk Temenggung telah lama menunggu ketibaan bag-
inda.
Apabila baginda bersemayam di atas singgahsana,
Temenggung tampil menyembah, “Ampun tuanku, beri-
bu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Hari ini
hamba rakyat tuanku telah ramai berkumpul di luar istana
untuk menyampaikan persembahan masing-masing. Am-
pun, tuanku.”
“Temenggung, jemputlah rakyat beta itu membawa
persembahan masing-masing ke hadapan beta,” titah Sul-
tan Dewa.
Temenggung segera menyembah lalu keluar men-
jemput sekalian rakyat yang membawa persembahan mas-
ing-masing itu.
Seorang demi seorang masuk menghadap Sultan
Dewa sambil meletakkan persembahan di hadapan bag-
inda. Akhirnya setimbun besar persembahan itu terletak di
hadapan baginda. Kebanyakannya terdiri daripada beran-
ika rupa buah-buahan seperti mempelam, nangka, rambu-
tan, durian, manggis, ciku dan langsat. Semua buah-buah-
an itu yang baik-baik isinya dan segar-segar pula.
Setelah selesai baginda pun berangkatlah memeriksa
persembahan itu. Sebiji demi sebiji buah-buahan itu diper-
lihatkan oleh khadamnya. Ketika itulah, tiba-tiba sewaktu
khadam memperlihatkan sebiji buah nangka yang besar,
gugurlah bekas tebukan daripada kulitnya, jatuh di hada-
pan baginda.
107
“Temenggung! Apakah maksud persembahan ke-
pada beta ini, ha?” herdik baginda, penuh murka.
“Ampun, tuanku. Sebenarnya…, patik kurang per-
iksa, tuanku,” sembah Temenggung, terperanjat dan keta-
kutan.
“Cis, rakyat beta! Rupa-rupanya tuan-tuan meny-
enda beta hari ini ya? Beta tahu maksud persembahan itu!
Tak lain dan tak bukan mahu mengatakan puteri beta itu
telah berlaku curang, seperti buah nangka ini telah ditebuk
orang,” titah baginda dengan amat murkanya. Wajahnya
merah padam. Bibirnya bergerak-gerak. Tangan kanan
baginda memegang ulu keris seerat-eratnya.
Suasana dalam Balairung Seri itu sunyi sepi, jika se-
pucuk jarum jatuh pun akan kedengaran bunyinya. Mas-
ing-masing ketakutan.
“Beta tak tertahan lagi menanggung malu daripada
angkara puteri beta itu. Baiklah, sekarang juga akan beta
hapuskan riwayatnya,” bentak baginda dalam hati sambil
menghunus keris di pinggangnya. “Tak patut! Tak patut
sama sekali seorang puteri mengandung dengan tak tentu
suaminya!” lalu baginda segera berlari keluar menuju ke
istana.
Ketika itu juga Temenggung dan hulubalang menge-
jar baginda untuk menghalang daripada berlaku sesuatu
yang tidak diingini. Akan tetapi, mereka tidak sempat lagi
mendapatkan Sultan Dewa kerana baginda telah pun men-
jejak tangga istana lalu meluru ke bilik peraduan Puteri
Sekuntum Melur.
Dengan segera pula baginda membuka pintu bilik
dan menyelak tirai di dalam bilik itu. Alangkah terperan-
jatnya baginda kerana mendapati Awang Ada Duit Semua
108
Jadi sedang tidur bersama-sama puteri baginda. Ketika itu
juga tiba-tiba terjatuh keris dari tangan baginda lalu terca-
cak di lantai!
“Oh! Awang Ada Duit Semua Jadi rupanya. Jadi,
puteri beta ini mengandung dengan suaminya sendiri,”
titah Sultan Dewa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Tapi, bagaimana dia boleh ke mari tanpa pengetahuan
pengawal?”
Sultan Dewa pun menghampiri Awang Ada Duit
Semua Jadi yang masih nyenyak tidur bersama-sama ister-
inya itu. Oleh keran aterlalu letih dalam perjalanan petang
semalam dan tidur pula terlalu lewat malam tadi, Awang
dan Puteri Sekuntum Melur masih juga belum bangun.
Mereka tidak menyedari akan kehadiran Sultan Dewa di
dalam bilik tersebut.
Sultan Dewa Raja Indera Sakti segera menggoncang
bahu Awang Ada Duit Semua Jadi beberapa kali untuk
mengejutkannya daripada tidur. Akhirnya Awang pun
terjaga. Apabila dilihatnya baginda berdiri di sampingnya,
dia cuba bangun untuk melarikan diri.
“Tak usahlah takut, wahai anakanda. Ayahanda
Cuma nak tahu bagaimana anakanda boleh ke mari? Pa-
dahal istana ini dikawal ketat,” kata Sultan Dewa penuh
kemusykilan.
Awang Ada Duit Semua Jadi pun mengangkat sem-
bah lalu berkata, “Anakanda menyeludup masuk melalui
merak emas itu, ayahanda.” Dia menunjukkan ke arah
merak emas dalam bilik peraduan itu.
“Ya, sungguh bijak anakanda. Sungguh bijak sekali.
Bersiap-siaplah anakanda segera kerana ayahanda akan
bawa anakanda ke Balirung Seri. Di sana nanti ayahanda
109
akan perkenalkan kepada seluruh pembesar negerikita dan
seluruh rakyat Melayu, Cina, Siam, India, Bugis dan segala
bangsa bahawa anakandalah bapa kepada anak yang di-
kandung oleh puteri beta itu,” titah baginda sambil terse-
nyum dengan bangganya.
Awang Ada Duit Semua Jadi pun segera melutut
dan menyembah baginda, “Ampun tuanku, beribu-ribu
ampun, sembah anakanda harap diampun. Segala ti-
tah perintah ayahanda itu terjunjung di atas batu jemala
anakanda. Ampun, ayahanda.” Dia menyembah dengan
penuh takzim.
Sultan Dewa segera memaut bahu menantunya itu
seraya bertitah, “Bersiaplah anakanda segera. Setelah siap
nanti berangkatlah ke Balairung Seri.” Kemudian baginda
dan yang lain-lain pun berlalu dari situ.
Sepeninggalan Sultan Dewa, Awang Ada Duit Se-
mua Jadi masih terpinga-pinga menghadapi peristiwa yang
belum diketahui hujung pangkalnya. Puteri Sekuntum Me-
lur turun perlahan-lahan dari katilnya. Sambil tersenyum,
dia memegang tangan suaminya.
“Usahlah kakanda terperanjat. Ayahanda tidak akan
apa-apakan kakanda lagi. Hari ini barulah ayahanda keta-
hui bahawa anak yang adinda kandung ini adalah anak ka-
kanda sendiri. Bersiap-siaplah, kakanda. Di Balairung Seri
nanti kakanda akan mendapat suatu berita yang baik. Ten-
angkanlah hati kakanda.” Puteri Sekuntum Melur dengan
penuh sukacita menenangkan perasaan suaminya.
Setelah mendengar penjelasan daripada isterinya
itu, baharulah Awang Ada Duit Semua Jadi mula berasa
tenteram. “Boleh jadi hari ini telah terlepaslah segala sen-
gsara yang aku tanggung selama ini.” Fikirnya sendirian
sambil tersenyum.
110
BAB 18
Pertabalan Mambang Negara
MATAHARI sepenggalah di puncak bukit. Ca-
hayanya memancar indah ke seluruh negeri Indera Sakti.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suatu berita yang baik
akan tersebar di seluruh negeri pada hari yang gemilang
itu.
Kemudian bergemalah bunyi tembakan meriam.
Tujuh gok Sembilan tala bunyinya meriam itu. Ini beerti
sekali tembakan meriam itu gemanya bersambut ke Sembi-
lan buah bukit di sekitar negeri Indera Sakti. Tembakan itu
adalah dari perintah Sultan Dewa, Raja Indera Sakti untuk
menghimpunkan seluruh rakyatnya. Baginda ingin men-
gumumkan suatu berita penting.
Setelah mendengar bunyi meriam itu maka gempar-
lah seluruh isi negeri. Maka tertanya-tanyalah rakyat In-
dera Sakti, apa gerangan yang telah terjadi? Segala hamba
rakyat negeri Indera Sakti berduyun-duyunlah menuju ke
istana raja.
111
Setelah hamba rakyatnya berhimpun, maka Sultan
Dewa pun bertitah, “Wahai sekalian rakyat beta. Hari ini
padamlah sudah arang yang terconteng di muka beta. Ke-
tahuilah oleh rakyat beta sekalian, Awang Ada Duit Semua
Jadi, menantu beta ini adalah bapa kepada anak yang di-
kandung oleh anakanda beta, Puteri Sekuntum Melur itu.”
Suara baginda begitu nyaring dan penuh sukacita.
“Sebab itu, hari ini beta umumkan, sepurnama lagi
menantu beta ini akan beta tabalkan menjadi raja di neg-
eri Indera Sakti, menggantikan beta. Beta telah pun tua,
eloklah jadi sebagai penasihat sahaja kepada menantu beta
itu,” titah baginda lagi dengan penuh ketenangan.
Apabila mendengar pengumuman itu, maka riuh-
rendahlah segala hamba rakyat bercakap-cakap mengenai
pelantikan itu. Mereka sungguh berasa bangga kerana se-
orang anak muda yang berasal dari kampung telah dilan-
tik menjadi seorang raja. Mereka menerima pengumuman
daripada Sultan Dewa itu dengan perasaan penuh sukac-
ita.
“Bersiap-siaplah wahai pembesar-pembesar negeri
sekalian, pda hari pertabalan menantu beta itu nanti kita
akan adakan perayaan berbagai-bagai jenis permainan, se-
lama tujuh hari tujuh malam,” titah Sultan Dewa kepada
pembesar-pembesar negeri Indera Sakti.
Mendengar titah perintah baginda itu, maka berlom-
pat-lompatanlah antara rajyat jelata itu kerana amat gem-
bira. Mereka pun pulang ke rumah masing-masing sambil
memikirkan sesuatu yang dapat dipersembahkan kepada
raja sebagai membantu perayaan itu nanti.
112
Hari demi hari sibuklah segala pembesar negeri,
termasuk Temenggung, menteri-menteri, hulubalang-hu-
lubalang, sehingga sampai kepada penghulu-penghulu.
Mereka menyiapkan segala alatan dan persembahan untuk
pertabalan Awang Ada Duit Semua Jadi yang akan dilan-
tik menjadi raja.
Segala permainan rakyat telah dipesan untuk diper-
sembahkan dalam perayaan tersebut. Ada makyung, me-
norah, wayang kulit, beduan, gendang tari, inai, bersilat,
termasuk juga permainan laga kerbau dan menyabung
ayam. Empat ratus empat puluh ekor kerbau akan disem-
belih untuk kenduri-kendara. Kerbau-kerbau itu dari em-
pat puluh empat mukim dalam negeri Indera Sakti itu.
Segala inang pengasuh dan dayang-dayang pula
sibuk menyiapkan perhiasan dan kelengkapan di dalam
istana. Istana raja dihias dengan seindah-indahnya. Mana
tirai yang lusuh dan koyak ditukar ganti, lantai yang kotor
dibasuh dan dihamparkan dengan permaidani yang indah-
indah. Kain-kain langsir yang kotor dicuci, pokok-pokok
bunga yang kurang subur disalin ganti. Di tengah-tengah
Balairung Seri pula diletakkan sebuah singgahsana yang
indah bergemerlapan. Dihiasi dengan bunga-bunganya. Di
situlah nanti Awang Ada Duit Semua Jadi akan ditabalkan
menjadi raja.
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pagi-
pagi lagi berduyun-duyunlah segala hamba rakyat negeri
Indera Sakti berjalan menuju ke istana. Mereka berpakaian
yang indah-indah, maklumlah hendak menyertai perayaan
yang amat beerti bagi negeri itu. Hari itu juga merupakan
113
hari bergembira buat mereka. Lelaki, perempuan, tua dan
muda hadir semua. Melayu, Cina, Siam, India dan segala
bangsa, yang capik, yang buta, yang pendek tidak terkira.
Di dalam bilik peraduan Puteri Sekuntum Melur,
para khadam dan Mak Andam sibuk sekali menyiapkan
pakaian kedua suami isteri yang bakal menjadi raja dan
permaisuri negeri Indera Sakti. Puteri Sekuntum Melur
tersenyum riang melihat betapa gagah suaminya berpaka-
ian diraja, lengkap dengan tanjak dan keris diraja terselit
di pinggang.
Mak Uteh juga turut sama berbangga melihat beta-
pa gagahnya anaknya itu berpakaian sebagai seorang raja.
Seminggu yang lalu Sultan Dewa sendiri telah menitahkan
beberapa orang hulubalang menjemput wanita itu ke ista-
na. Sejak itu tinggallah dia di istana sambil menjaga Puteri
Sekuntum Melur, menantunya itu, yang sedang sarat men-
gandung.
Lela dan isterinya juga telah dijemput oleh Awang
Ada Duit Semua Jadi supaya hadir bersama pada hari
pertabalannya menjadi raja. Betapa bahagianya mereka
mendapat jemputan itu. Sejak pagi-pagi lagi Lela bersama
isteri dan kedua ibu bapanya sebagai penghulu kampung
itu telah sampai di Balairung Seri menunggu bersama
pembesar-pembesar negeri untuk melihat rakannya dita-
balkan menjadi raja.
Saat yang berbahagia itu telah pun tiba. Awang Ada
Duit Semua Jadi dan Puteri Sekuntum Melur diarak menu-
ju ke Balairung Seri dengan penuh kebesarannya. Sampai
di Balairung Seri, kedua bakal raja dan permaisuri negeri
itu disemayamkan di atas singgahsana yang bergemerla-
pan indahnya.
114
Apabila sampai pada ketika yang baik, Sultan Dewa,
Raja Indera Sakti pun meletakkan mahkotanya di kepala
Awang Ada Duit Semua Jadi dan Puteri Sekuntum Melur,
lalu baginda pun bertitah, “Wahai segala hamba rakyat
beta, mulai hari ini beta tabalkan Awang Ada Duit Semua
Jadi menjadi raja negeri Indera Sakti, menggantikan beta
dengan gelaran Sultan Mambang Negara. Semua hamba
rakyat beta hendaklah menurut segala titah perintahnya.
Beta hanya menjadi sebagai penasihat saja bagi negeri
ini.”
Selesai sahaja Sultan Dewa mengisytiharkan per-
tabalan itu, bergemuruhlah segala pembesar dan seluruh
rakyat menyeru, “Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat
Tuanku!” sebanyak tujuh kali. Serenta itu juga meriam pun
ditembakkan sebanyak tujuh gok Sembilan tala. Bunyinya
bergema di seluruh negeri Indera Sakti.
Setelah istiadat pertabalan itu berakhir, tiba-tiba
gempar pula seluruh isi Balairung Seri itu kerana per-
maisuri sakit hendak bersalin. Mujurlah ketika itu Sultan
Mambang Negara sempat memangkunya. Raja tua segera
menitahkan beberapa orang hulubalangnya mengusung
Puteri Sekuntum Melur untuk dibawa ke dalam istana.
Kini barulah teringat oleh baginda bahawa telah
genap Sembilan bulan janjinya kepada Awang Ada Duit
Semua Jadi untuk memangku seorang cucu hasil perkah-
winan mereka yang lalu. Terlalu sukacita baginda apabi-
la janji itu telah terkabul, kebetulanpada hari pertabalan
Awang Ada Duit Semua Jadi pula.
Apabila sampai di istana, tidak berapa lama kemu-
115
dian Puteri Sekuntum Melur pun melahirkan seorang put-
era. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Awang Ada
Duit Semua Jadi sendiri. Bersempena dengan pertabalan
dan kelahiran putera itu, maka amat meriahlah keramaian
itu diraikan oleh seluruh hamba rakyat dengan perasaan
yang terlalu gembira. Tujuh hari tujuh malam mereka ber-
sukaria menyambut raja baru dan kelahiran putera yang
bakal menjadi raja pula di negeri Indera Sakti.
Awang yang bergelar Sultan Mambang Negara
memerintah negeri Indera Sakti dengan aman dan damai.
Untuk menghiburkan hati rakyat, boleh dikatakan di se-
tiap kampung dibuka gelanggang menyabung ayam dan
laga kerbau. Dari sehari ke sehari, negeri Indera Sakti ber-
tambah makmur dan ramailah para pedagang Cina dan
India datang berniaga di situ.
Sejak itu juga Awang telah membawa ibunya ting-
gal bersama-samanya di istana. Kampung halamannya
telah diserahkan kepada Lela, dan didirikan sebuah rumah
untuk mereka suami isteri diami. Di samping itu, tidak
putus-putus pula Lela mengunjungi Awang di istana
kerana bapanya telah melantik Lela menjadi penghulu di
kampung tersebut.
Begitulah ceritanya, dan pertaruhan sepuluh ribu
keping wang emas. Awang yang berasal dari kampung
akhirnya menjadi raja memerintah negeri Indera Sakti.
Pemerintahannya sangat adil dan saksama sehingga ter-
masyhur ke seluruh dunia. Negerinya menjadi aman dan
makmur.
116