The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SK SERI MEGA, 2021-08-02 20:37:54

Awang Ada Duit

Awang Ada Duit

“Eh, kamu bersedih, Awang? Maafkanlah mak jika
kata-kata mak tadi menyinggung perasaanmu, nak,” kata
Mak Uteh. Dia langsung tidak bermaksud ingin meluka-
kan perasaan anak kesayangannya itu.

“Tidak, mak, bukanlah Awang tersinggung dengan
kata-kata emak itu. Cuma, Awang terkenangkan nasib
diri Awang,” tingkah Awang Ada Duit Semua Jadi samil
duduk bertenggek di atas sebatang kayu mati yang terle-
tak di situ. “Mengapa begini malang nasib Awang. Dapat
isteri, tapi tak dapat hidup bersama-samanya.” Dia tunduk
sambil menguis-nguis rumput kering dengan sebatang
ranting kayu.

“Bersabarlah, nak,” pujuk Mak Uteh. “Hidup kita
ini adalah di tangan takdir. Walaupun begitu, kita mestilah
berusaha dan berikhtiar untuk mengatasi kesulitan hidup
kita itu. Jangan pula diserahkan kepada takdir semata-ma-
ta.”

Awang masih termenung dan menguis-nguis rum-
put kering di tanah. Fikirannya masih melayang-layang
ke istana. Bukan keindahan dan keseronokan yang difikir-
kannya. Sebaliknya kedukaan. “Oh, sungguh ganjil dunia
ini.”

“Emak! Tiba-tiba Awang Ada Duit Semua Jadi ber-
suara setelah lama mereka mendiamkan diri.

“Ya, ada apa, Awang?” tanya Mak Uteh, penuh tan-
da tanya.

“Benarlah seperti kata-kata emak tadi. Kita mesti
berikhtiar dan berusaha untuk mengatasi sesuatu kesuli-
tan hidup kita itu. Awang menemui kesulitan hidup seka-
rang. Sembilan bulan lagi akan matilah Awang jika tidak
diikhtiarkan untuk memenuhi janji dan pertaruhan raja

46

itu,” kata Awang Ada Duit Semua Jadi sambil memandang
wajah ibunya.

“Apakah ikhtiar yang akan kau lakukan, Awang?”
tanya ibunya.

“Begini, mak… awang bercadang hendak keluar
merantau ke negeri orang. Mana tahu, di sana nanti Awang
mendapat apa-apa ikhtiar mengatasi kesulitan yang Awang
tanggung sekarang,” kata Awang Ada Duit Semua Jadi
menerangkan maksudnya.

Mak Uteh termenung mendengar anaknya akan
meninggalkan dirinya. Belum puas lagi melepaskan rindu-
nya setelah lama berpisah dahulu, tiba-tiba mereka akan
berpisah lagi. Tetapi kali ini anaknya pergi untuk kebaikan
dirinya juga.

“Pergilah, nak, emak rela melepaskan kamu pergi.
Mudah-mudahan kamu akan mendapat apa-apa ikhtiar
nanti,” kata Mak Uteh dengan ikhlas.

Awang Ada Duit Semua Jadi agak terperanjat men-
dengar kata-kata ibunya itu. Tidak disangka ibunya rela
melepaskan di pergi. Awang Ada Duit Semua Jadi terus
memeluk ibunya erat-erat. “Mak! Awang tahu mak faham
benar maksud Awang itu,” dia menggosok-gosok belakang
ibunya dengan penuh kasih sayang.

“Pergilah, nak,” kata ibunya sambil membelai-be-
lai manja rambut anaknya. “Tapi, tinggallah dulu barang
seminggu dua di rumah kita. Kamu patut berjumpa den-
gan Lela, anak Tuk Penghulu, tu. Bukankah dia kawan bai-
kmu? Dialah yang menolong emak semasa kamu dikurung
dulu. Dan, selama kamu tiada, dialah yang selalu menjen-
guk emak.”’

47

“Baiklah, mak, Awang setuju tinggal di rumah kita
selama enam hari lagi. Awang memang teringat akan Lela
yang baik hati itu,” kata Awang.

Cahaya matahari berjurai-jurai di bawah pokok. Si-
narnya menikami celah-celah daun kayu. Angin berhem-
bus segar. Burung-burung terbang bebas ke sana ke mari
bersiul-siulan penuh mesra.

Awang memimpin tangan ibunya sambil berjalan
pulang ke rumah.

Dalam masa seminggu itu, Awang sempat bergaul
semula dengan Lela. Mereka begitu akrab sekalli. Boleh
dikatakan setiap hari mereka bersama-sama. Jika tidak
Awang ke rumah Lela, rakannya itu akan bertandang ke
rumah Awang. Pergaulan mereka seperti isi dengan kuku.

“Awang,” kata Lela pada suatu hari. “Bertuahlah
tuan hamba dapat berkahwin dengan puteri raja. Hamba
ini barangkali akan bujang sampai ke mati.”

“Ah, apa yang bertuahnya, Lela. Hamba berkahwin
tu macam tak berkahwin juga! Sebaliknya, hamba akan dit-
impa bencana pula,” ujar Awang dengan sedih.

“Walau macam mana pun, tuan hamba dan berkah-
win dengan puteri raja, bukan?” kata Lela semula.

“Yalah, kerana tuan hamba jugalah hamba dapat
berkahwin dengan puteri raja itu. Jika tidak tuan hamba
temankan hamba ke pekan dulu, tentulah hamba sampai
ke tua menjadi bujang angan-angan di kampung kita ini,”
balas Awang Ada Duit Semua Jadi.

48

“Bujang yang berangan-angan nak berkahwin den-
gan puteri raja, agaknya?” tanya Lela lagi.

“Begitulah. Tuan hamba ini apalah yang disusahkan
sangat tentang kahwin tu, Lela? Bukankah tuan hamba ini
anak Tuk Penghulu? Banyak anak gadis yang cantik-cantik
di kamppung kita ini. Si Delima ada, Si Selasih pun ada.
Bukankah kedua mereka itu manis belaka?” bisik Awang
Ada Duit Semua Jadi sambil menepuk bahu Lela.

Lela hanya tersenyum.

“Lela, beebrapa hari lagi hamba terpaksa mening-
galkan tuan hamba, ibuku dan kampung ini pula,” terang
Awang Ada Duit Semua Jadi dengan perasaan sedih.

“Eh! Tuan hamba nak ke mana pula, Awang?” tanya
Lela. Dia kelihatan terperanjat.

“Hamba nak merantau ke negeri lain, Lela. Bukan
tuan hamba tak tahu, Sembilan bulan lagi raja ingin meni-
mang cucu daripada puterinya itu. Mana tahu, apabila
hamba berada di rantau orang nanti, hamba akan menda-
pat sesuatu ikhtiar untuk melepaskan diri dari hukuman
raja itu,” jelas Awang selanjutnya.

“Kalau begitu tujuan hamba, eloklah, Awang. Ham-
ba doakan semoga tuan hamba berjaya dan selamat berada
di rantau orang nanti,” balas Lela, memberi restu.

“Terima kasih, Lela. Tolonglah tengok-tengokkan
emak hamba itu. Dia dah tua, tinggal seorang diri pula.
Jika tidak kerana janji raja itu, tak sampai pula hati hamba
meninggalkan dia seorang diri,” pinta Awang Ada Duit

49

Semua Jadi dengan perasaan terharu.

“Percayalah, Awang, hamba akan menunaikan
harapan tuan hamba itu. Mudah-mudahan dia akan sela-
mat sepeninggalan tuan hamba nanti,” sahut Lela dengan
ikhlas.

Kini semua penduduk di seluruh desa itu tahu
Awang Ada Duit Semua Jadi sekarang telah menjadi me-
nantu raja. Kalau dulunya mereka sering mempermain-
mainkan Awang dengan kata-katanya itu, kini mereka
juga turut sama-sama berbangga kerana anak muda dari
kampung mereka sendiri berjaya berkahwin dengan puteri
raja.

Sejak Awang pulang, tidak putus-putuslah pen-
duduk kampung itu menziarahi rumah Awang. Mereka
bertanya khabar dan mengucapkan tahniah kepada Awang
dan ibunya kerana kini mereka telah menjadi keluarga
raja.

Akhirnya genaplah sudah Awang Ada Duit Semua
Jadi berada bersama-sama ibunya selama tujuh hari tujuh
malam. Pada pagi-pagi hati yang ke delapan, setelah me-
nyiapkan segala bekalannya, Awang Ada Duit Semua Jadi
pun turunlah dari rumah untuk keluar merantau.

“Tinggallah, mak, Awang nak keluar merantau, nak
tahu cupak kecil, gantang besar di negeri orang. Halalkan-
lah air susu dan darah seketul, budi baik emak terhadap
Awang selama ini,” kata Awang Ada Duit Semua Jadi
sambil sujud di kaki ibunya.

Mendengar kata-kata Awang Ada Duit Semua Jadi
itu, tidak tertahan lagi hati Mak Uteh lalu menangis dan
memeluk anaknya itu erat-erat. “Pergilah, nak. Mak doa-

50

kan engkau akan berjaya dan selamat di rantau orang nan-
ti,” dia terus menangis tersedu-sedu sambil mencium dan
memeluk anaknya itu.

Setelah lama mereka bertangis-tangisan, Awang
Ada Duit Semua Jadi pun melepaskan pelukan ibunya. Ke-
mudian dia bersalaman pula dengan Lela.

“Maafkanlah hamba, Lela, kiranya ada tersilap sela-
ma kita bergaul selama ini,” kata Awang sambil menggeng-
gam tangan Lela erat-erat.

“Hamba maafkan tuan hamba dan sekali lagi hamba
ucapkan selamat dan berjaya hendaknya tuan hamba di
rantau orang nanti,” balas Lela sambil menahan kepiluan
hatinya.

“Baiklah, selamat tinggal emak dan Lela….,” seru
Awang Ada Duit Semua Jadi sambil menggalas bungku-
san dan bekalannya, lalu meninggalkan rumahnya.

Lela dan Mak Uteh berdiri tercegat di situ melihat
pemergian Awang Ada Duit Semua Jadi sehinggalah hil-
ang daripada pandangan mereka.

Awang terus melangkah. Selangkah demi selangkah
meninggalkan kampungnya yang tercinta itu. Dalam hat-
inya tertanam satu tekad dan azam. Kiranya dia menda-
pat sesuatu ikhtiar di rantau orang nanti, dia akan terlepas
daripada hukuman raja. Dengan bekalan tekad dan azam
itulah dia memberanikan diri menjadi seorang perantau.

51

BAB 10

Di Rumah Peladang

BERJALANLAH Awang Ada Duit Semua Jadi ke-
luar kampung masuk padang, masuk kampung keluar pa-
dang, sehingga akhirnya sampailah dia ke sebuah hutan.
Awang Ada Duit Semua Jadi terus mengembara dalam
hutan itu. Pada siang hari dia berjalan, apabila malam dia
mematahkan daun-daun kayu dijadikan lapik tidurnya.
Besoknya dia berjalan lagi mendaki bukit, menuruni lu-
rah, mengharungi sungai. Apabila malam, tidurlah pula
Awang Ada Duit Semua Jadi berlapikkan daun-daun kayu
sehingga siang hari.

Demikianlah Awang Ada Duit Semua Jadi berjalan
tidak jemu-jemu dengan harapan akan sampai ke sebuah
negeri lain, kiranya memperoleh sesuatu ikhtiar menunai-
kan perjanjiannya dengan Sultan Dewa.

Dengan hati yang tabah dan berani, Awang Ada
Duit Semua Jadi terus merentasi hutan belantara yang amat
tebal itu. Kadang-kadang dia bertemu dengan sekumpu-
lan gajah liar yang merayau-rayau mencari makan dalam

52

hutan itu. Dia cepat-cepat menyembunyikan diri sehingga
gajah-gajah tersebut berlalu dari situ. Tidak kurang pula
dia mendengar ngauman harimau atau tempikan beruang.
Dengan berhati-hati pula dia mengelakkan diri daripada
binatang-binatang liar tersebut.

Kadang-kadang dia bertemu pula dengan rusa, ki-
jang atau kancil. Binatang-binatang itulah menjadi buruan-
nya. Mana yang dapat disembelih, dipanggang dagingnya.
Itulah makanannya bersama umbut-umbut, pucuk-pucuk
dan buah-buah kayu yang memang banyak terdapat di da-
lam hutan tersebut.

Akhirnya, pada suatu hari, ketika hampir rembang,
keluarlah Awang Ada Duit Semua Jadi dari hutan itu lalu
masuk ke dalam sebuah padang yang luas terbentang.
Rumputnya subur menghijau. Betapa gembiranya hati
Awang Ada Duit Semua Jadi melalui padang tersebut.

“Tak lama lagi akan sampailah aku di sebuah kam-
pung,” fikir Awang Ada Duit Semua Jadi. “Oh, sungguh
sengsaranya aku selama satu purnama berjalan seorang
diri di dalam hutan, tidak pernah bertemu dengan seorang
manusia pun. Siapakah agaknya yang mula-mula akan
kutemui nanti?”

Awang Ada Duit Semua Jadi terus melalui padang
itu. Dia amat berharap akan sampai di sebuah kampung
dan menumpang berteduh di situ. Ketika itulah tiba-tiba
Awang Ada Duit Semua Jadi ternampak seorang peladang
sedang menjaga kerbaunya di situ. Gembira hatinya tidak
terkira. Dia terus menuju ke arah peladang tersebut.

“Assalamualaikum, pak,” tegur Awang Ada Duit
Semua Jadi.

53

“Waalaikummussalam,” jawab peladang itu. “Ada
apa, nak? Anak ini datang dari mana?” dia memerhati
Awang dari kepala hingga ke kaki.

“Hamba ini orang merantau, pak,” jawab Awang.
“Sudah sepurnama hamba mengembara dalam hutan dari
negeri Indera Sakti, akhirnya sampailah hamba ke sini,”
jelas Awang lagi.

“Oh, begitu! Marilah singgah di rumah bapa. Ten-
tu anak ini letih sekali, bolehlah berehat-rehat di rumah
bapa,” pelawa peladang itu dengan ikhlas. Dia sungguh
kasihan melihat anak muda itu berpakaian lusuh dan com-
pang-camping pula.

“Terima kasih, pak. Jika bapak sudi mengajak ham-
ba yang hina ini, tentulah seribu kali hamba sudi. Hamba
seorang perantau yang tak ada saudara-mara di sini,” kata
Awang Ada Duit Semua Jadi dengan suara yang amat ter-
haru.

“Tak mengapa, nak, bukankah kita ini bersaudara.
Wlau ke mana kita pergi, kalau pandai membawa diri ten-
tulah orang suka. Jemputlah, nak, marilah ikut bapa,” ajak
peladang itu sambil menuntun kerbaunya.

Awang Ada Duit Semua Jadi menuruti kerbau itu
dari belakang. Ketika itu teringatlah dia akan ibunya. Pada
malam sebelum dia keluar merantau itu ibunya telah ber-
pesan, “Pandai-pandailah nak membawa diri.”

“Kata orang, masuk kandang kambing mengembik,
masuk kandang kerbau menguak. Bawalah resmi padi,
makin tua makin tunduk. Jangan bawa resmi lalang, se-
makin tua semakin tegak. Jika asal benih yang baik itu,

54

jatuh ke laut menjadi pulau,” demikianlah kata-kata nasi-
hat dari ibunya yang akan dipegangnya kukuh-kukuh.

“Inilah rumah bapa, nak. Rumah pun kecil dan bu-
ruk pula,” kata Pak Peladang apabila sampai di halaman
rumahnya.

Awang Ada Duit Semua Jadi melihat di sekeliling
rumah itu. Bersih dan dipenuhi dengan pokok-pokok bun-
ga. Bunga anggerik, mawar, melur dan cempaka sedang
berbunga indah.

“Ah, tentu ada anak gadis yang menanam pokok-
pokok bunga ini,” fikir Awang.

“Seroja! Panggil emak, katakana ada orang datang
ke rumah kita,” laung Pak Peladang kepada anak gadis-
nya.

Seroja yang sedang mengintai Awang Ada Duit Se-
mua Jadi di celah lubang dinding, segera berlalu dari situ,
memberitahu ibunya.

“Oh, orang muda! Jemputlah naik!” kata isteri pela-
dang setelah menjenguk muka di pintu.

“Ya, naiklah, nak. Bapa nak tambatkan kerbau di
perdu poko pauh itu,” kata Pak Peladang pula, lalu mem-
bawa kerbaunya menuju ke pokok pauh.

Awang Ada Duit Semua Jadi membasuh kakinya
lalu naik ke rumah tersebut. Meskipun rumah itu kecil,
tetapi kemas. Awang Ada Duit Semua Jadi duduk sambil
bersandar di tiang seri rumah itu lepas menghadapi hidan-
gan yang disediakan untuknya. Kemudian dia memuji-
muji hidangan yang disediakan itu sangat sedap.

55

“Sedap apalah sangat, nak. Boleh jadi anak dah lama
tak makan masakan itu, sebab itulah terasa sedap,” kata
Pak Peladang.

“Memang sedap sungguh, bapa,” tegas Awang Ada
Duit Semua Jadi.

Setelah masing-masing menggulung rokok daun dan
makan pinang, baharulah Pak Peladang bertanya khabar
tentang diri Awang Ada Duit Semua Jadi yang sebenarnya.
Awang Ada Duit Semua Jadi pun menceritakan kisah
hidupnya yang sebenar dan tujuannya merantau itu.

“Oh! Sungguh malang nasibmu, nak. Bersabarlah,
bapa percaya suatu hari nanti anak akan mendapat apa
yang dihajatkan itu,” ujar Pak Peladang.

Kemudian Awang pula bertanyakan tentang negeri
yang dijejakinya sekarang.

“Negeri ini bernama Sangkapuri. Rajanya bernama
Merdung Sakti. Oleh kerana Merdung Sakti itu terlalu pe-
murah dan adil memerintah, maka banyaklah saudagar
dari luar datang berdagang di sini,” terang Pak Peladang.

“Ya, nak, kalau anak ke pekan nanti, anak akan ten-
gok macam-macam barang yang dijual oleh Cina seperti
pinggan-mangkuk, periuk belangan dan barang-barang
tembikar,” celah isteri peladang pula, menguatkan kata-
kata suaminya.

“Benar, nak. Tukang-tukang Cina yang mahir juga
banyak di negeri ini. Mereka membuat bermacam-macam
barang. Membuat rumah, senjata, ukir-ukiran dan macam-

56

macam lagi. Orang-orang India pula menjual barang-ba-
rang seperti kain, sejadah, manic-manik dan batu-batu per-
mata,” jelas Pak Peladang lagi.

“Orang-orang kita juga banyak yang berniaga di pe-
kan itu. Mereka menjual kahwa, kuih-muih, buah0buahan,
sayur-sayuran dan ikan. Jika ada duit, semuanya jadi, nak,”
kata isteri peladang lagi dengan wajah yang berseri-seri.

“Ada duit semua jadi, mak cik…?” tiba-tiba saja
terkeluar pertanyaan itu dari mulut Awang Ada Duit Se-
mua Jadi.

Itulah kata-kata yang sering diucapkannya dahulu,
kata-kata itu menyebabkan dia dibenci oleh orang-orang
di kampungnya. Dan kata-kata itu juga menyebabkan dia
ditangkap dan dikurung., sehingga akhirnya dia dikah-
winkan dengan puteri raja.

Kata-kata itu juga membawa dirinya merantau ke
negeri Sangkapuri. Dan kini, di rumah peladang itu dia
mendengar kata-kata itu pula dari seorang perempuan
tempat dia menumpang.

“Boleh jadi aku bernasib baik merantau ke sini,” fikir
Awang. Dia tersenyum kegembiraan.

“Eh, mengapa anak tersenyum itu?” tanya isteri
peladang, kehairanan.

“Tak ada apa-apa, mak cik. Hamba rasa bertuah
apabila sampai ke negeri ini,” jelas Awang Ada Duit Se-
mua Jadi, mengelakkan daripada ketara maksudnya yang
sebenarnya.

Ketika mereka berbual-bual itu, Seroja duduk di se-
balik dinding dapur rumahnya mendengar perbualan itu

57

sepenuhnya. Sekali-sekala dia mengintai melalui lubang
dinding buluh melihat Awang Ada Duit Semua Jadi. Pemu-
da itu sungguh kacak dan baik budi bahasanya. “Sayang,
dia telah pun beristeri,” kata Seroja dalam hatinya.

“Seroja, buatkan kahwa tiga cawan ke sini. Tekak
kami dah haus, lama benar berbual-bual dengan …,” Se-
roja terkejut apabila tiba-tiba ibunya melaung namanya.

“Awang, nama hamba Awang, mak cik,” tingkah
Awang Ada Duit Semua Jadi.

“Ya, maafkan kami kerana belum lagi kenal nama
anak tadi. Memang kami di sini tidak mahu bertanyakan
nama seseorang itu dengan segera. Mana tahu kalau-kalau
dianggap kami tak percayakan orang itu nanti,” jelas Pak
Peladang, merendah diri.

“Benar, nak, begitulah adat kami di sini. Kalau anak
dah beritahu nama anak tadi, biarlah kami pula mem-
perkenalkan nama kami. Nama mak cik, Mak Intan. Pak
cik kamu itu namanya Pak Sampar. Dan di dapur itu anak
kami, Seroja,” kata Mak Intan, berterus-terang.

“Terima kasih, mak cik dan pak cik. Hamba rasa
seperti emak dan bapa hamba di kampung, kerana mak cik
dan pak cik sebaya benar dengan mereka berdua. Sayang-
nya, bapa hamba sudah meninggal dunia,” kata Awang
Ada Duit Semua Jadi dengan ikhlas.

Mak Intan dan Pak Sampar tersenyum.

“Kalau begitu, selama anak merantau di negeri ini,
tinggallah bersama-sama dengan kami. Lagipun, kami tak

58

mempunyai anak lelaki. Boleh juga kami tumpang ber-
manja,” pinta Pak Sampar sungguh-sungguh.

“Baik budi pak cik dan mak cik itu hamba junjung
tinggi,” kata Awang, mempersetujui permintaan kedua
ibu bapa angkatnya itu.

Setelah siap menyediakan tiga cawan kahwa dan
sepinggan pisang goreng, Seroja meletakkannya di dalam
sebuah dulang menuju ke tengah rumah. Agak tersipu-
sipu Seroja meletakkan hidangan itu sambil bersimpuh di
hadapan mereka.

Ketika itulah Awang Ada Duit Semua Jadi sempat
meleretkan pandangannya ke wajah Seroja. Manis sekali
wajah anak gadis itu, penuh dengan keaslian sebagai se-
orang gadis desa. Tingkah lakunya lemah-lembut dan
bersopan-santun. Ketika itu jua, teringatlah Awang akan
rakannya di kampung. Betapa sesuainya anak gadis ini jika
dipertemukan dengan Lela.

Setelah Seroja berlalu dari situ, mereka pun minum
kahwa dan makan pisang goreng sambil terus berbual-bual
mengisahkan hal diri masing-masing.

Malam itu tidurlah Awang di rumah Pak Sampar,
dalam sebuah bilik yang disediakan untuknya. Besok,
dia bercadang mengajak Pak Sampar, Mak Intan dan Se-
roja berjalan-jalan di pekan kerana dia ingin membelikan
sesuatu hadiah untuk mereka bertiga. Hadiah itu sebagai
tanda penghargaan Awang kepada Pak Sampar sekeluara.
Budi yang baik dibawa mati.

59

BAB 11

Menempah Merak Emas

MATAHARI memancar indah di negeri Sangkapuri.
Cahaya itu melimpah ruah. Sinar cahaya tersebut menem-
busi dinding buluh rumah Pak Sampar. Sebutir cahaya itu
menjuman tepat ke mata Awang.

Apabila matanya merasai panas ditimpa cahaya, ba-
rulah Awang Ada Duit Semua Jadi terjaga dari tidurnya.
Dia mendapati matahari sudah tinggi. Butir-butir embun
di daun kayu telah kering. Lantas dengan segera pula dia
bangun dari tidur, mengemaskan tempat tidurnya. Kemu-
dian keluar dari bilik itu.

Pak Sampar dan Mak Intan sedang makan pinang
di hadapan biliknya. Segeralah Awang menegur mereka,
“Maaf, pak cik dan mak cik, hamba terbangun lewat pagi
ini. Boleh jadi mengganggui pak cik dan mak cik.” Dia be-
rasa malu dan kesal.

“Oh, tak mengapa, nak. Kami tahu anak letih benar
siang kelmarin, maklumlah jauh berjalan sehingga sampai
ke mari. Tak ada yang mengganggu kami, nak. Lagipun,

60

hari ini kami tak bekerja,” kata Pak Sampar dengan ikhlas.

“Benar, nak. Kami sedar anak tinggal di rumah den-
gan kami. Pergilah mandi, kemudian kita makan pagi sa-
ma-sama. Di dapur tu adik Seroja kamu dah siapkan maka-
nan,” tingkah Mak Intan pula dengan rasa senang hati.

Awang meminta lalu, dan dia pun turun dari rumah
menuju ke telaga. Air telaga itu begitu dingin dan menye-
garkan tubuhnya. Sesudah mandi, dia segera naik ke ru-
mah dan berpakaian ala kadarnya.

“Jemputlah makan, nak. Kahwa tu pun dah sejuk
agaknya,” pelawa Mak Intan setelah Awang duduk bersa-
ma-sama mereka di tengah-tengah rumah tersebut.

Kahwa yang menyerupai kopi, dihirup oleh Awang
seteguk. Minuman tersebut amat menyegarkan badannya.

“Makanlah serawa buah nangka tu, nak. Rasalah,
sedap tidaknya adik Seroja yang memasaknya,” pelawa
Mak Intan pula.

“Terima kasih, mak cik,” kata Awang, lalu mence-
dok secamca dan dihirupnya. “Hmm, sedap sunggu, mak
cik. Pandai adik Seroja memasaknya,” pujinya bersung-
guh-sungguh.

Seroja yang sedang berada di dapur, tersenyum-se-
nyum sendirian apabila mendengar pujian anak muda itu.
Bangga benar hatinya.

“Kalau sedap, makanlah. Makanlah sepuas-puasnya.
Adik Seroja kamu tu tentu gembira kalau tetamunya men-
gatakan masakannya sedap,” sampuk Pak Sampar pula

61

sambil menjenguk-jenguk ke arah dapur sengaja mahu
mengusik-usik anaknya.

Seroja menyembunyikan dirinya keran amalu.

“Pak cik dan mak cik bersiap-siaplah, suruh Seroja
bersiap-siap juga, kita pergi ke pekan bersama-sama. Ham-
ba ingin benar melihat-lihat pekan tu seperti yang pak cik
dan mak cik ceritakan kelmarin,” pinta Awang Ada Duit
Semua Jadi setelah menghadapi hidangan pagi itu.

“Awang pergilah dengan pak cik, biarlah mak cik
dan Seroja tinggal di rumah,” sela Mak Intan.

“Eh, tak boleh. Mak cik dan Seroja kena pergi sama-
sama sebab hamba ada hajat sikit di pekan nanti,” desak
Awang.

“Baiklah, kalau begitu, nanti mak cik dan Seroja ber-
siap-siap,” tingkah Mak Intan, lalu masuk ke biliknya. Dia
menyuruh Seroja bersiap-siap.

Ketika matahari sepenggalah di hujung bukit, mer-
eka berempat pun turunlah dari rumah berjalan menuju
ke pekan negeri Sangkapuri. Mereka berjalan masuk kam-
pung keluar padang. Apabila tengah hari, sampailah mer-
eka di Pekan Sangkapuri.

Betapa ramainya orang dalam pekan itu, dipenuhi
dengan pelbagai bangsa. Ada orang Melayu, Cina, India,
Siam dan Bugis. Mereka bercampur-gaul membeli barang-
barang dan berniaga bersama-sama. Lebih ramai dan me-
riah berbanding Pekan Indera Sakti.

Awang dapati pekan tersebut dipenuhi berbagai-ba-
gai barang seperti mana yang diceritakan oleh Pak Sampar
dan Mak Intan. Suka benar hati Awang melihat keadaan

62

pekan tersebut. Di tengah-tengah pekan ini juga terletak
istana raja Merdung Sakti. Istana itu lebih indah, lebih he-
bat dan lebih besar berbanding istana Sultan Dewa, Raja
Indera Sakti.

“Haa, mak cik dan pak cik serta Seroja, mari kita ke
kedai itu. Hamba ingin melihat barang-barang di situ, ma-
rilah,” ajak Awang.

Mereka berempat berjalan bersama-sama menuju
ke kedai tersebut. Awang melihat berbagai jenis kain dan
barang-barang perhiasan yang cantik.

“Pilihlah, mak cik dan Seroja, mana yang suka kain
dan perhiasan itu. Hamba sedia membayar harganya. Hajat
itulah yang hamba katakana tadi,” pinta Awang Ada Duit
Semua Jadi bersungguh-sungguh. Dia berhajat menghad-
iahkan pakaian tersebut kepada tiga beranak itu. Hadiah
itu sebagai membalas budi baik mereka terhadap dirinya.

“Eh, Awang, kenapa pula begitu? Kami tak mahu
menyusahkan Awang. Lagipun, kain itu mahal-mahal har-
ganya. Selama ini tak pernah kami memakai pakaian yang
mahal-mahal itu,” kata Mak Intan, ragu-ragu. Dia benar-
benar tidak mahu menyusahkan Awang.

“Tak mengapa, mak cik, Awang sanggup membayar
harganya. Lagipun, kalau nak dinilaikan dengan budi baik
mak cik dan pak cik berdua terhadap diri hamba tentulah
tak ternilai dengan harga kain-kain ini. Pilihlah, hamba
benar-benar ikhlas untuk menghadiahkannya kepada pak
cik, mak cik dan adik Seroja,” ujar Awang Ada Duit Semua
Jadi.

Oleh kerana desakan itu, mereka pun memilih be-
berapa helai pasang seorang. Awang juga membeli beber-

63

apa pasang untuk dihadiahkan kepada ibunya, Lela dan
isterinya, Puteri Sekuntum Melur. Mana tahu, suatu masa
nanti dia akan pulang menemui mereka juga.

Apabila siap dipilih dan dibungkus kain-kain itu,
Awang pun mengeluarkan beberapa keeping wang emas.

Setelah membayar harga-harga kain itu, Awang Ada
Duit Semua Jadi memberi beberapa keeping wang emas
kepada Mak Intan untuk dibelanjakan di pekan itu. Kemu-
dian mereka pun keluar dari kedai itu. Mereka berjalan-
jalan lagi melihat barang-barang yang sesuai dibelil.

Tiba-tiba Awang Ada Duit Semua Jadi terfikir hen-
dak menempah seekor burung merak emas yang sangat be-
sar. Di dalamnya boleh diletakkan manusia. Tanpa mem-
buang masa lagi, dia pun segera ke tempat tukang Cina,
yang tidak jauh dari situ.

“Tukang, hamba ingin menempah seekor merak
emas yang besar. Orang boleh duduk di dalamnya. Har-
ganya hamba akan bayar walaupun berapa,” kata Awang
Ada Duit Semua Jadi dengan bersungguh-sungguh.

Tukang Cina itu dengan gembira berkata, “Ya, boleh.
Saya selalu buat garuda, naga dan kuda yang besar-besar
masa pertabalan Raja Merdung Sakti dulu.”

“Kalau begitu, tukang buatlah merak emas untuk
hamba. Cuba kira, berapa harganya?” kata Awang Ada
Duit Semua Jadi dengan penuh kesukaan. Berseri-seri wa-
jahnya.

Tukang Cina itu mengeluarkan pensil dan kertas
lalu mengiranya. Sambil itu Pak Sampar tertanya-tanya

64

dalam hatinya apakah maksud dan tujuan anak muda itu
menempah burung merak emas yang begitu besar. Dia be-
rasa sungguh hairan.

“Nak buat apa dengan burung merak emas yang be-
sar itu anak tempah?” tanya Pak Sampar.

Awang Ada Duit Semua Jadi tersenyum mendengar
pertanyaan bapa angkatnya itu.

“Begini, pak cik,” Awang menerangkan maksudnya.
“Bukankah tujuan hamba merantau ke sini untuk mencari
ikhtiar menunaikan janji Sultan Dewa yang berkehendak-
kan seorang cucu setelah hamba berkahwin dengan put-
eri baginda? Sekarang hamba telah mendapat ikhtiar itu.
Mudah-mudahan beraya juga ikhtiar hamba ini.”

Pak Sampar masih kurang faham maksud Awang
sebenarnya. Dia bertanyakan lagi hubungannya dengan
merak emas itu. Secara berbisik-bisik Awang menerangkan
maksudnya. Barulah Pak Sampar faham dan mengangguk-
angguk.

“Mudah-mudahan berjayalah ikhtiar anak itu,” doa
Pak Sampar. Dia juga turut bergembira kerana Awang te-
lah mendapat satu ikhtiar.

“Ya, orang muda, harganya kira-kira lima ribu keep-
ing wang emas. Bagaimana, boleh?” tanya tukang Cina itu
setelah selesai mengira harga merak emas itu.

“Boleh, hamba akan bayar harganya itu,” tegas
Awang. “Bilakah agaknya akan siap?” tanya Awang, sep-
erti tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan merak emas
yang ditempahnya itu.

65

“Hmm… dalam masa satu purnama. Saya boleh
buat cantik-cantik. Boleh muat satu orang dalamnya,” ujar
tukang Cina itu bersungguh-sungguh.

“Baiklah, ambillah cengkeram ini dulu, satu ribu ke-
ping wang emas. Bila siap nanti, hamba beri sepenuhnya,”
kata Awang Ada Duit Semua Jadi sambil mengeluarkan
sebuah uncang yang mengandungi wang tersebut.

Ketika menyerahkan uncang, Awang Ada Duit Se-
mua Jadi berpesan, “Jangan lupa, siapkan dalam tempoh
sepurnama lagi. Tukang mesti buat cantik-cantik, ya!”

“Oh, jangan takut. Saya buat cantik-cantik, kukuh-
kukuh,” ujar tukang Cina itu dengan gembira sambil men-
erima wang tersebut. Kepalanya diangguk-anggukkan
berulang kali.

Setelah itu, mereka pun berjalan pulang kerana hari
pun hampir petang. Sambil berjalan Awang Ada Duit Se-
mua Jadi teringat akan merak emas yang ditempahnya itu.
Dia berharap dengan merak emas itulah dia dapat menun-
aikan janjinya kepada Sultan Dewa, Raja Indera Sakti.

66

BAB 12

Berpisah

KETIKA matahari ayun-temayun, sampailah Awang
Ada Duit Semua Jadi, bersama Pak Sampar beserta isteri
dan anaknya di rumah itu. Pak Sampar sekeluarga begitu
gembira dengan hadiah kain baju yang diberikan oelah
Awang Ada Duit Semua Jadi di pecan tadi. Tidak pernah
mereka memakai kain baju yang mahal-mahal begitu se-
lama ini.

Awang juga gembira kerana dapat tinggal bersama
keluarga Pak Sampar yang baik hati itu. Cita-citanya hany-
alah untuk merantau dan tinggal di mana sahaja yang da-
pat. Tidur di kaki lima atau di surau-surau. Akan tetapi
Tuhan telah memberkati perantauannya itu, mendapat
tempat tinggal yang agak selesa.

Sejak tinggal di situ, setiap hari Awang Ada Duit
Semua Jadi menolong kerja-kerja Pak Sampar di huma
atau di kebunnya. Di huma, dia menolong menebas, me-
nyangkul dan menugal jagung atau padi huma. Di kebun,
Awang membersihkan semak-semak, menggembur tanah,
membubuh baja dan sebagainya.

67

“Kamu tinggallah saja di ruman, nak. Buat apa teruk-
teruk membantu kami. Tenaga kami berdua pun dah cu-
kup untuk mengerjakan tanah itu,” kata Pak Sampar pada
suatu hari, ketika mereka sedang berehat-rehat selepas ma-
kan tengah hari.

“Hamba tak boleh duduk diam di rumah sahaja, pak
cik. Semasa di kampug dulu pun hamba berladang macam
pak cik juga. Kata orang, kalau bekerja mengeluarkan pe-
luh, badan boleh jadi sihat,” ujar Awang Ada Duit Semua
Jadi pula.

“Entahlah, kalau anak sendiri kata begitu, pak cik
taklah pula menegahnya,” kata Pak Sampar. Dia berasa
bangga kerana memperoleh seorang anak angkat yang ra-
jin, baik hati dan bersopan-santun pula.

Ramai orang di kampung itu memuji tingkah laku
Awang. Tetapi tak kurang pula menyangka hal yang tidak
baik. Kononnya, Pak Sampar memelihara Awang itu kera-
na adaudang di sebalik batu. Ingin bermenantukan Awang,
Pak Sampar tidak menghiraukan semua itu.

“Katakanlah apa yang ingin mereka kata. Mereka
tidak tahu keadaan diri Awang sebenarnya. Mulut tem-
payan bolehlah ditutup,” fikir Pak Sampar apabila mend-
engar tuduhan-tuduhan yang begitu.

Sehari demi sehari Awang Ada Duit Semua Jadi
semakin mesra dengan keluarga angkatnya itu. Dia men-
ganggap Pak Sampar dan Mak Intan seperti bapa dan ibu
kandungnya sendiri. Demikian juga Seroja, anak gadis
yang manis itu pula, dianggapnya sebagai adik kandung-
nya sendiri.

Awang Ada Duit Semua Jadi tidak lupa akan merak
emas yang ditempah di pecan. Setiap minggu Awang Ada

68

Duit Semua Jadi berulang-alik ke pecan melihat merak
emas yang sedang disiapkan oleh tukang Cina itu. Setiap
kali dia melihatnya merak emas itu telah bertambah ben-
tuknya. Tukang Cina itu mengerahkan semua pembantu-
pembantunya menyiapkan merak emas tersebut dengan
secepat mungkin.

Awang Ada Duit Semua Jadi juga selalu menggesa
tukang Cina itu supaya merak emas itu disiapkan dengan
sebaik mungkin. Sebenarnya selama dia tinggal bersama-
sama peladang itu hatinya tidak pernah lupa mengingat-
kan janji dan pertaruhannya dengan Sultan Dewa. Janji
dan pertaruhan itulah yang akan menentukan hidup mat-
inya. Di samping itu Awang Ada Duit Semua Jadi tidak
lupa juga akan ibunya di kampung dan kawannya, Lela.
Setiap kali dia melihat Seroja, cita-citanya semakin kuat
untuk menjodohkan Lela dengan Seroja.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan.
Akhirnya siaplah merak emas yang ditempah oleh Awang
Ada Duit Semua Jadi itu. Merak itu begitu cantik, berwar-
na-warni dan berkilau-kilau kerana disepuh dengan emas.
Suka hatinya tidak terkira. Dia menggosok-gosok merak
emas itu dengan penuh harapan.

“Tukang, berikan hamba pena dan dakwat. Hamba
hendak menulis beberapa perkataan di tubuh merak ini,”
kata Awang Ada Duit Semua Jadi.

“Oh, boleh, boleh!” kata tukang Cina itu seraya
mengambil pena dan dakwat cina, lalu diberikan kepada
Awang Ada Duit Semua Jadi.

Awang pun menulis di tubuh sebelah kanan merak
emas itu demikian bunyinya, “Merak ini datang dari negeri
Sangkapuri, raja yang bernama Merdung Sakti, dipersem-

69

bahkan kepada Sultan Dewa untuk dihadiahkan kepada
Puteri Sekuntum Melur.”

Selesai ditulis kata-kata itu, Awang pun menyer-
ahkan baki harganya sebanyak empat ribu keeping wang
emas lagi kepada tukang Cina tersebut. Tukang Cina itu
menerimanya dengan gembira.

“Tukang, bolehkan kalau hamba meminta tolong
menghantarkan merak emas ini ke negeri Indera Sakti?
Persembahkan kepada Sultan Dewa. Hamba boleh mem-
ber upahnya sebanyak lima ratus keeping wang emas lagi,”
kata Awang Ada Duit Semua Jadi dengan penuh harapan.

“Lima ratus keeping wang emas? Oh, boleh, boleh!
Saya boleh hantar. Bila orang muda mahu saya hantar
merak emas ini?” tanya tukang Cina itu dengan gembira.
Dia merasai upah itu memang besar, sesuailah dengan
perjalanan ke negeri Indera Sakti itu yang memakan masa
kira-kira seminggu.

“Besok pagi, hamba datang lagi ke sini, boleh?” ujar
Awang Ada Duit Semua Jadi. Dia mengharapkan tukang
Cina itu bersetuju.

“Ya, boleh. Esok pagi orang muda datanglah ke
sini,” tegas tukang Cina itu.

Awang Ada Duit Semua Jadi seakan-akan mahu
melompat kegembiraan kerana hajatnya akan terlaksana.
Kemudian dia pun pulanglah ke rumah peladang hari itu
dengan hati yang bercampur duka. Suka kerana ikhtiar
yang dicari-carinya selama ini akan terlaksana. Duka ker-
ana akan berpisah dengan keluarga Pak Sampar yang ber-
hati mulia itu.

Malam itu Awang Ada Duit Semua Jadi menyam-
paikan maksudnya untuk meninggalkan rumah itu pada

70

pagi-pagi esoknya. Pak Sampar dan Mak Intan sudah mak-
lum bahawa mereka akan berpisah dengan anak angkat
mereka itu. Sebagai perantau, Awang Ada Duit Semua Jadi
akan pulang juga ke tempatnya apabila tiba masanya.

“Kami rela melepaskan kamu pulang, nak. Tapi hati
kami sedih benar untuk berpisah dengan kamu,” kata Mak
Intan dengan terharu. “Apatah lagi dalam masa sepurna-
ma anak bersama-sama dengan kami, terjalin kasih-sayang
yang sungguh-sungguh erat. Kami doakan anak selamat
pulang, dan janganlah lupa kami di sini,” dia menyapu air
matanya yang berlinangan di pelupuk matanya. Dilapkan
air mata itu dengan lengan bajunya.

“Ya, pulanglah, nak. Moga-moga segala rancangan
anak itu akan berhasil jua hendaknya. Sampaikan salam
kami kepada ibu anak apabila pulang ke kampung nanti,”
ujar Pak Sampar pula dengan perasaan terharu.

Seroja yang mendengar perbualan kedua ibu dan
bapanya bersama dengan Awang Ada Duit Semua Jadi itu
merasai sangat sedih dan terharu. Dia merasa seperti kehi-
langan sesuatu apabila Awang tidak ada di rumahnya itu.
Maklumlah, selama ini dia tidak mempunyai abang seba-
gai tempat bermanja atau bergantung kasih. Tetapi, dia se-
dar, setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya akan pulang
juga ke tempat asalnya.

Pada keesokan paginya, setelah bangun dari tidur,
Awang Ada Duit Semua Jadi pun berkemas untuk pulang.
Mak Intan dan Pak Sampar tolong mengemaskan barang-
barang yang patut dibawa oleh Awang Ada Duit Semua
Jadi. Seroja sibuk di dapur menyediakan makanan untuk
bekalan abang angkatnya itu di dalam perjalanan nanti.
Dia memasak ketupat, bengkang dan lepat. Makanan itu
dibungkusnya dengan baik.

71

Akhirnya turunlah Awang dari rumah Pak Sampar
dengan perasaan yang sungguh terharu. Di halaman ru-
mah itu dia bersalaman dengan mereka bertiga.

“Tinggallah pak cik dan mak cik, budi baik pak cik
tiga beranak tak akan hamba lupa buat selama-lamanya.
Hamba ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tuhan
jua hamba serahkan untuk membalas budi mulia pak cik
sekeluarga. Ampunkanlah segala kesalahan hamba semasa
tinggal di sini,” itulah sahaja kata-kata yang dapat diucap-
kan oleh Awang Ada Duit Semua Jadi kerana kesedihan
terasa menyebak di dadanya.

Awang engucapkan selamat tinggal dan terus me-
langkah dari situ menggalas bungkusan dan bekalannya.

Pak Sampar, Mak Intan dan Seroja memerhati pe-
mergian Awang hingga hilang dari pandangan mereka. Se-
roja segera berlari naik ke rumahnya dan membantingkan
tubuh di tempat tidurnya. Dia menangis tersedu-sedu.

“Nampaknya Seroja amat sedih apabila bepisah
dengan Awang,” kata Pak Sampar.

“Kenapa tidak, Pak Sampar ooiii, bukankah Awang
itu baik dan banyak menolong kita di sini?” sela Mak Intan
pula.

“Entah ada apa-apa tak?” sindir Pak Sampar.

“Eh! Orang tua ini, merepek yang bukan-bukan
pula. Bukankah Awang itu dah beristeri, dengan anak raja
pula,” tangkis Mak Intan.

Pak Sampar hanya tersenyum.

72

BAB 73

Ikhtiar Terlaksana

AWANG Ada Duit Semua Jadi terus berjalan dengan
penuh harapan menuju ke pekan. Kabus yang berbalam di
sepanjang perjalanan tadi telah pun menghilang. Sinar ca-
haya matahari memacar indah di puncak bukit. Butir-butir
embun di permukaan daun telah pun kekeringan. Awang
Ada Duit Semua Jadi terus berjalan, masuk kampung ke-
luar padang, masuk kampung keluar padang, akhirnya
sampailah dia di pekan.

Ketika sampai di kedai tukang Cina itu, dia melihat
sebuah kereta kuda telah pun berada di hadapan kedai
tersebut.

“Mungkin kereta kuda inilah yang akan membawa
merak emasku,” fikir Awang.

“Ha, orang kaya sudah datang,” tegur tukang Cina
ketika melihat Awang sedang berdiri di situ. “Baguslah,
boleh kita pergi sekarang.”

Awang Ada Duit Semua Jadi tersenyum, “Bolehlah!”
dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

73

Tukang Cina itu segera memanggil pembantunya
untuk mengangkat merak emas ke atas kereta kuda itu.
Setelah mereka datang, dengan dibantu oleh Awang, mer-
ak emas itu pun diangkat dan diletakkan sebaik-baiknya di
atas kereta kuda itu.

Awang Ada Duit Semua Jadi memuatkan bungku-
san dan bekalannya. Dia meloncat naik, duduk bersama-
sama merak emasnya. Dengan bangga dia memerhatikan
merak tersebut dan berdoa mudah-mudahan akan terlak-
sanalah maksudnya.

Setelah tukang Cina tadi bersama seorang pemban-
tunya memuatkan bekalan masing-masing, lalu mereka
pun bertolaklah ke negeri Indera Sakti. Ketika itu matahari
telah sepenggalah di hujung bukit. Berlarilah kuda itu den-
gan tangkas sekali membawa merak emas dan Awang Ada
Duit Semua Jadi.

Siang berganti malam, malam berganti siang, masuk
kampung keluar padang, merentas belukar, menuruni lu-
rah, mengharungi sungai, akhirnya sampailah rombongan
kereta kuda itu di istana Sultan Dewa. Perjalanan itu kira-
kira tujuh hari tujuh malam lamanya.

Apabila sampai di hadapan pintu kota, tukang
Cina itu pun turun mendapatkan seorang pengawal yang
menunggu di pintu kota.

“Hamba bawa seekor merak emas untuk dipersem-
bahkan kepada tuanku raja. Bolehkah hamba masuk?” ber-
itahu tukang Cina itu.

Pengawal itu datang menyiasat sendiri merak emas

74

di atas kereta kuda tersebut. Dia amat kagum melihat ke-
cantikannya. Apabila dilihat olehnya tulisan pada badan
merak itu menyatakan persembahan daripada Raja Mer-
dung Sakti untuk Sultan Dewa, lalu dibenarkanlah kereta
kuda itu masuk ke dalam kawasan istana.

Sampai di hadapan istana, seorang pengawal di situ
segera masuk ke dalam istana seraya menyembahkan hal
itu kepada Sultan Dewa. “Ampun tuanku beribu-ribu am-
pun, di hadapan istana tuanku ada seorang tukang Cina
membawa patung merak emas untuk dipersembahkan ke-
pada tuanku. Ampun, tuanku.”

Sultan Dewa pun segera bersiap-siap, memakai tan-
jak dan kerisnya lalu keluar ke hadapan istana. Baginda
sangat sukacita apabila melihat merak emas yang san-
gat cantik itu. Segera pula baginda melangkah turun dan
memeriksa sendiri merak emas tersebut. Baginda begitu
kagum melihat merak itu berwarna-warni dan berkilau-
kilauan kerana disepuh dengan emas.

Tiba-tiba apabila baginda melihat sekeliling tubuh
merak itu, terlihatlah oleh baginda tulisan yang berbunyi,
‘Merak ini datang dari negeriSangkapuri, raja yang berna-
ma Merdung Sakti. Dipersembahkan kepada Sultan Dewa
untuk dihadiahkan kepada Puteri sekuntum Melur’.

Baginda tersenyum dan berasa bangga kerana mera-
sakan suatu persembahan yang baik tanda persahabatan
daripada Raja Merdung Sakti, sahabat baginda itu.

Sultan Dewa tersenyum dan mengangguk-angguk,
“Baiklah, turunkan merak itu di sini.”

75

Beberapa orang pengawal dan hulubalng segera
menurunkan merak emas dari atas kereta kuda tersebut.

“Ampun, tuanku, patik bermohon pulang,” sembah
tukang Cina setelah selesai mengerjakan tugasnya itu.

“Baiklah,” titah baginda.

Tukang Cina itu pun segera naik ke atas kereta ku-
danya dan berlalu dari situ.

“Wahai hulubalang dan pengawal-pengawal beta,
angkatlah merak emas ini dan bawa ke bilik peraduan ana-
kanda beta, Puteri Sekuntum Melur,” titah Sultan Dewa.

“Ampun, tuanku, perintah tuanku patik junjung,”
sembah seorang daripada pengawal-pengawal baginda.

Mereka pun mengangkat beramai-ramai merak
emas itu dengan berhati-hati sekali. Terasa agak berat juga
merak tersebut, tetapi memang mereka duga merak itu
diperbuat daripada emas, suasa, bermatakan permata, ten-
tulah berat.

Sultan Dewa tersenyum dan berasa bangga. Dia
menyangka merak emas itu betul-betul hadiah daripada
seorang raja, negeri jirannya itu. Setelah itu, baginda pun
berangkat masuk ke istana semula.

Ketika merak emas itu diletakkan di bilik peraduan
Puteri Sekuntum Melur, hari telah pun hampir petang.
Apabila tuan puteri melihat persembahan yang diletakkan
di situ, segera pula dia memanggil inang pengasuh meli-
hatnya. Mereka beramai-ramai berkerumun melihat merak
emas itu.

“Eh, cantiknya merak emas ini!” seru Puteri Sekun-
tum Melur dengan penuh kesukaan. Wajahnya berseri-seri

76

sambil mengelilingi merak tersebut.

Segala inang pengasuhnya juga takjub dan hairan
melihat betapa cantiknya merak itu. “Bertuah benar tuan
puteri mendapat merak ini. Kasih sungguh Raja Merdung
Sakti kepada Tuan Puteri.” Mereka memuji dan turut sama
berasa bangga.

“Wahai inang, entahkan ada apa-apa maksud raja
itu menghadiahkan merak emas ini kepada beta,” kata Put-
eri SekuntumMelur pula. Tiba-tiba sahaja timbul pula syak
wasangka di hatinya.

“Takkan pula begitu, tuan puteri. Raja ini tentulah
ikhlas menghadiahkan merak emas ini. Bukankah beber-
apa purnama dahulu tuan puteri melangsungkan istiadat
perkahwinan dengan Awang Ada Duit Semua Jadi itu.
Boleh jadi hadiah ini dipersembahkan kerana baginda
tidak sempat menyediakan hadiah itu di hari perkahwinan
tuan puteri dulu,” jelas inang pengasuh mententeramkan
hati Puteri Sekuntum Melur.

“Kalau begitulah kata inang, barulah senang sedikit
hati beta. Tapi…,” sambung Puteri Sekuntum Melur, agak
masyhgul.

“Tapia pa, tuan puteri?” tanya inang tersebut.

“Tapi terkenang juga di hati beta, bagaimanakah
gerangannya suami beta sekarang? Walaupun suami beta
itu seorang anak muda kampung, tapi tingkah lakunya
baik. Seburuk-buruk pemuda itu, dia tetap suami beta
juga,” kata Puteri Sekuntum Melur dengan sedih.

“Ya, apa boleh buat, tuan puteri, sudah kehendak
tuanku raja. Kasihan juga patik apabila mengenangkan na-

77

sib tuan puteri dan suami tuan puteri itu,” sembah inang,
menunjukkan belas kasihannya.

“Hmm! Apa boleh buat, inang, sudah nasib beta,”
ujar Puteri Sekuntum Melur sambil mengeluh mengenang-
kan nasib malang yang ditanggungnya sekarang. “Hari
pun dah malam, ayuhlah kita ke dapur kerana beta ingin
bersantap.” Lalu mereka pun beredar dari situ meuju ke
dapur.

Setelah sudah santap dan makan sirih, Puteri Sekun-
tum Melur pun masuk ke bilik peraduannya. Apabila terli-
hat sahaja merak emas di dalam biliknya itu, hatinya tiba-
tiba sahaja terpaut kasih kepadanya. Dia menggosok dan
membelai manja merak emas itu.

“Entah mengapa, hati beta sungguh sayang kepa-
damu, merak,” bisik tuan puteri sambil memeluk manja
merak emas yang cantik itu.

“Tinggallah sayang, beta akan masuk beradu. Besok
beta akan membelai lagi tubuhmu,” kata tuan puteri itu
dengan penuh manja sambil mengucup pipi merak buah
hatinya.

Puteri Sekuntum Melur pun masuk ke peraduannya.
Tidak lama kemudian beradulah tuan puteri itu dengan
nyenyaknya. Ketika beradu itu dia bermimpi menemui se-
orang putera raja berpakaian indah, sedang bersiar-siar da-
lam sebuah taman. Putera raja itu cuba mendekatinya. Mu-
la-mula dia berasa takut, akan tetapi apabila dilihat wajah
putera itu adalah suaminya, Awang Ada Duit Semua Jadi,
dia berasa amat gembira lalu memeluk putera itu seerat-
eratnya. Oh! Alangkah bahagia dirasainya menemui suami
yang dirindui selama ini.

Ketika itulah pintu tubuh merak emas itu terbuka.

78

Lantas keluarlah Awang Ada Duit Semua Jadi perlahan-
lahan. Dia menoleh ke kiri dank e kanan kerana khuatir
kalau-kalau ada sesiapa melihatnya. Akan tetapi ternyata
tidak ada orang lain di situ selain Puteri Sekuntum Melur
yang sedang nyenyak beradu. Dia segera menyalakan pel-
ita.

Betapa gembiranya hati Awang Ada Duit Semua
Jadi apabila rancangan dan ikhtiarnya selama ini telah
berjaya. Demikianlah sejak awal lagi dia menempah mer-
ak emas yang besar itu supaya dapat memuatkan dirinya
untuk masuk ke dalam. Di peryengahan jalan petang tadi
dia telah bermuafakat dengan tukang Cina dan pembantu-
nya itu supaya tidak memberitahu sesiapa yang dia akan
masuk bersembunyi dalam tubuh merak emas itu lalu
menguncinya dari dalam.

“Sekarang telah terbukti, apabila ada duit semua
jadi,” fikir Awang Ada Duit Semua Jadi. “Aku telah berjaya
masuk ke paraduan isteriku ini. Tapi berjayakan aku men-
emuinya? Bagaimana nanti kalau isteriku menjerit apabila
mengetahui aku berada di dalam bilik peraduannya ini?
Oh, Tuhan, lindungilah diriku, semoga berjaya ikhtiarku.”
Dia berdoa dengan penuh harap.

Setelah dipastikan tiada sesiapa yang menyedari
dia berada di situ, Awang Ada Duit Semua Jadi pun me-
langkah perlahan-lahan menuju ke peraduan isterinya.
Dia berdiri tercegat di tepi katil dan kagum melihat betapa
jelita Puteri Sekuntum Melur yang telah sah menjadi ister-
inya. Akan tetapi betapa malang nasibnya selama ini tidak
dapat bersama-samanya untuk mencurahkan kasih sayang
sebagai suami.

Wajah itu amat tenang dan manis, seolah-olah sedia
menanti dan menyambut kepulangannya. Dengan penuh

79

debar dia memberanikan diri memegang tangan isterinya.
Tangan itu gebu dan lembut dirasainya. Dia menggoncang-
goncang tangan itu beberapa kali. Tiba-tiba Puteri Sekun-
tum Melur membuka matanya. Apabila dilihatnya ada
seorang pemuda berdiri di sampingnya, dia amat terperan-
jat. Cepat-cepat Awang Ada Duit Semua Jadi pun memberi
isyarat supaya mendiamkan diri.

“Adinda,” bisik Awang. “Janganlah terperanjat.
Kaknda datang. Tidak ada salahnya kakanda berada di
sini, bukankah kita telah sah dari segi adat dan hokum se-
bagai suami isteri! Kakanda suami adinda sendiri. Itupun
kalaulah sudi adinda menerima kakanda yang hina ini,”
jelas Awang Ada Duit Semua Jadi perlahan-lahan dengan
rasa rendah diri.

“Benarkah kakanda Awang yang berada di dalam
bilik peraduan adinda ini?” tanya Puteri Sekuntum Melur
untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah suamin-
ya.

“Benar, adinda. Kakandalah Awang, suami adinda,”
tegas Awang Ada Duit Semua Jadi, tambah berani.

“Oh, kakanda, suami adinda…!” seru Puteri Sekun-
tum Melur sambil bangun dari peraduannya lalu memeluk
suaminya dengan gembira.

“Oh, kakanda, dah lama adinda merindui kakanda.
Mengapa malang sekali nasib kita. Sudah berkahwin, tetapi
tidak dapat hidup bersama-sama,” rintih Puteri Sekuntum
Melur dengan perasaan yang sungguh terharu.

“Benar, adinda, malang sekali nasib kita. Apa boleh
buat, sudah takdir. Tapi, tak usahlah lagi adinda bersedih,
sekarang kaknda sudah berada di samping adinda. Bersyu-

80

kurlah kita kepada Tuhan kerana ikhtiar kakanda itu telah
pun berjaya,” kata Awang Ada Duit Semua Jadi, memujuk
isterinya.

“Ya, adinda bersyukur,” ujar Puteri Sekuntum Me-
lur dengan penuh kesyukuran.

Setelah beberapa lama mereka sama-sama melepas-
kan kerinduan,teringatlah di hati Puteri Sekuntum Melur
suaminya tentulah lapar kerana belum lagi menjamah ma-
kanan pada petang itu.

“Biarlah adinda menyiapkan makanan untuk ka-
kanda dulu. Lepas makan nanti bolehlah kita sama-sama
bercerita pula, ya kakanda,” kata Puteri Sekuntum Melur
dengan manja.

“Baiklah, adinda,” balas Awang Ada Duit Semua
Jadi sambil tersenyum.

“Tunggulah kakanda di sini. Adinda sendiri akan
menyediakan makanan dan membawa hidangan ke mari.
Tunggulah, ya, kakanda,” kata tuan puteri dngan mesra.

Tuan Puteri Sekuntum Melur melangkah perlahan-
lahan dan berhati-hati sekali membuka pintu biliknya lalu
keluar menuju ke dapur. Ketika itu dia mendengar sega-
la inang pengasuhnya sedang berdengkur di dalam bilik
masing-masing.

Setelah hidangan siap, lalu dibawa ke dalam bilik
peraduan itu.

“Makanlah, kakanda, hidangan yang adinda siap-
kan sendiri,” Puteri Sekuntum Melur mengajak suaminya
makan. Hatinya amat bangga kerana dapat menyiapkan
makanan untuk suaminya yang sangat-sangat dirinduinya
itu.

81

Awang Ada Duit Semua Jadi pun makan dengan
penuh berselera sambil berkata, “Betapa bahagianya adin-
da, jika kit adapat makan bersama-sama setiap hari.”

“Bersabarlah kakanda, tidak akan lari gunung dike-
jar. Apabila kakanda sudah berjaya menemui adinda di
sini, mudah-mudahan akan termakbullah hajat ayahanda
itu. Kemudian nanti tentulah kita dapat hidup bersama-
sama untuk selama-lamanya,” tingkah Puteri Sekuntum
Melur untuk menenangkan hati suaminya.

Awang Ada Duit Semua Jadi mengangkat muka me-
mandang isterinya itu lalu tersenyum mesra. Faham benar
dia akan maksud isterinya itu. Apabila selesai makan, dia
pun bercerita kepada isterinya bagaimana dia merantau
dan mencari ikhtiar supaya mereka dapat bersama. De-
mikian jugalah, Puteri Sekuntum Melur melahirkan rasa
hatinya yang selalu mengenangkan nasib malang yang
menimpa dirinya kerana tidak dapat bersama-sama den-
gan suaminya, Awang.

Untuk melepaskan perasaan masing-masing, maka
berpantunlah antara kedua-duanya. Puteri Sekuntum Me-
lur memulakan pantun, demikian bunyinya:

Kalau tumbuh padang kemuncut,

Tempat Selamat bermain padang;

Kalau sungguh janji tak lucut,

Beri alamat saya nak pegang.

Awang Ada Duit Semua Jadi sedang bersandar di
dinding bilik sambil tersenyum mendengar pantun terse-
but. Setelah menghirup kahwa seteguk, Awang Ada Duit
Semua Jadi pun membalas pantun itu. Demikian bunyin-
ya:

82

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang;
Dua tiga saya mencari,
Manakan sama adinda seorang.
Begitu bahagia hati Puteri Sekuntum Melur mend-
engar pantun daripada suaminya itu. Dia tersenyum riang.
Setelah itu, dia menjualkan pantunnya pula:
Sudah dapat duri landak,
Mari pegang tangan kiri;
Sudah boleh bagai kehendak,
Nyawa dan badan akan diberi.
Sekali lagi Awang tersenyum penuh kegembiraan
mendengar pantun isterinya itu. Sebagai membalas pantun
itu, Awang pun berkata:
Tenang belayar di Kuala Puju,
Dipukul angin dari buritan;
Sudah dapat kasih yang setuju,
Seperti paku lekat di papan.
Puteri Sekuntum Melur mengorak senyum menerima
baik maksud pantun tersebut sambilmengangguk-angguk.
Awang Ada Duit Semua Jadi juga membalas senyum den-
gan penuh makna. Kini tertanamlah di hati masing-masing
rasa kasih sayang suami isteri yang sebenar-benarnya.

Setelah hari larut malam, mereka pun beradulah.

83

BAB 14

Merak Emas Patah Ekornya

DEMIKIANLAH berlalunya peristiwa bagaimana
Awang Ada Duit Semua Jadi berjaya mencari ikhtiar me-
nemui isterinya, Puteri Sekuntum Melur. Dia penuh yakin
kerana ikhtiar daripada duit itulah kejayaan itu diperoleh-
nya.

Sejak itu, Awang Ada Duit Semua Jadi terus ting-
gal di dalam bilik peraduan Puteri Sekuntum Melur. Wak-
tu siang hari dia masuk ke dalam tubuh merak emas itu,
menyembunyikan dirinya. Apabila malam hari, setelah
inang pengasuh dan dayang-dayang semua masuk tidur
di dalam bilik masing-masing dan lena dengan lelapnya,
Awang Ada Duit Semua Jadi keluar dari merak emas itu
menemui isterinya.

Sehinggalah berlalu masa itu kira-kira empat pur-
nama. Setelah sampai masa tersebut, keadaan diri Puteri
Sekuntum Melur telah berubah. Dia gemar sekali mema-
kan buah-buahan yang masam-masam. Urat di dadanya
juga kelihatan berwarna hijau. Makanan yang paling dige-

84

marinya ialah gambir bakar dan batu kawi, rasanya begitu
kelat dan masam. Hanya orang-orang yang mengandung
sahaja menggemari bahan-bahan makanan tersebut.

Akhirnya, secara berbisik-bisik, gemparlah seluruh
inang pengasuh, dayang tua dan dayang muda di istana
itu.

“Apa dah jadi wahai tuan-tuan hamba semua? Li-
hatlah tuan puteri kita itu telah mengandung. Gerangan
apakah akan menimpa ke atas diri kita jika tuanku menge-
tahui rahsia ini?” kata dayan tua kepada rakan-rakannya
pada suatu hari.

“Ya, hamba juga hairan, bagaimana tuan puteri itu
boleh mengandung,” balas dayang muda.

“Kita menjaga tuan puteri itu dengan baik. Dia tidak
pernah keluar seorang diri, ke mana-mana jika tidak bersa-
ma-sama dengan kita. Bagaimana tuan puteri boleh men-
gandung?” ujar inang pengasuh pula.

Masing-masing tertanya-tanya da berasa hairan me-
lihat keadaan tuan puteri yang telah mengandung itu. Bim-
bang benar di hati mereka, jika hal itu diketahui oleh raja,
pasti mereka akan dipersalahkan. Tidak menjaga dan men-
gawasi dengan baik Puteri Sekuntum Melur itu. Meskipun
begitu, rahsia tersebut disembunyikan oleh mereka dengan
sebai-baiknya.

Akan tetapi bangkai gajak tidak dapat ditudung den-
gan nyiru. Berita mengenai Puteri Sekuntum Melur men-
gandung telah gempar di seluruh isi istana. Ramai antara
pengawal dan hulubalang mengetahuinya. Mereka sering
berbisik-bisik dan tertanya-tanya bagaimanakah tuan put-
eri itu mengandung sedangkan suaminya hilang entah ke
mana!

85

Tuan Puteri Sekuntum Melur sendiri sedar akan ke-
curigaan penghuni istana itu terhadap dirinya. Dia bim-
bang nanti kalau ayahandanya mengetahui dan bertindak
keras tanpa menyelidiki kejadian yang sebenarnya.

Pada suatu malam ketika Awang Ada Duit Semua
Jadi keluar dari merak emas itu dan sesudah makan hidan-
gan yang disediakan oleh isterinya, Puteri Sekuntum Me-
lur, puteri itu pun berkata, “Wahai kakanda, adinda sangat
bimbang di atas keselamatan diri kakanda.”

“Kenapa, adinda? Apakah yang dibimbangkan itu?”
tanya Awang Ada Duit Semua Jadi sambil memandang
wajah isterinya.

“Adinda bimbang jika hal ini diketahui oleh ayah-
anda, tentulah ayahanda akan murka. Bukanlah adinda
tidak sayang akan kakanda, tapi untuk keselamatan diri
kakanda, eloklah kita mencari ikhtiar menyelamatkan diri
kakanda itu,” jelas Puteri Sekuntum Melur dengan ikhlas
dan penuh kebimbangan.

Awang Ada Duit Semua Jadi tersenyum menden-
gar kata-kata isterinya itu. “Tak mengapa, adinda. Kanda
faham, dinda sungguh kasih akan kanda. Usahlah dinda
bimbang kerana hal ini akan dapat kanda atasi. Cuma, kita
terpaksa berpisah buat sementara waktu,adinda. Setelah
itu kaknda berharap, dengan izin Tuhan, kita akan dapat
hidup bersama-sama semula. Sabarlah, dinda. Tabahkan-
lah hati dinda itu,” kata Awang, memujuk isterinya sambil
membelai-belai rambut tuan puteri itu dengan penuh kasih
sayang.

Pada waktu tengah malam, Awang pun bangun dari
tidurnya lalu bersiap-siaplah untuk meninggalkan isteri

86

tercintanya itu. “Dinda tinggallah baik-baik di sini. Kanda
percaya adinda tidak akan diapa-apakan oleh ayahanda.
Tentang diri kakanda pula, usahlah adinda bimbangkan.
Kata orang, dalam telur sedang diannti inikan pula sudah
menetas,” demikian pesannya.

Puteri Sekuntum Melur kelihatan terlalu sedih un-
tuk berpisah dengan suaminya itu. Air matanya berlinan-
gan di kelopak matanya lalu menuruni pipinya.

“Janganlah menangis, adinda. Lakukanlah seperti-
mana yang kanda rancangkan itu,” pujuk Awang Ada Duit
Semua Jadi.

Setelah itu Awang Ada Duit Semua Jadi pun me-
matahkan ekor burung merak emas itu sebelah. Ekor itu
terkulai di situ dan kelihatan telah rosak. Kemudian dia
pun masuk semula ke dalam tubuh merak dan mengunci
pintunya dari dalam.

Apabila hari telah siang, inang pengasuh sedang
sibuk ke sana ke mari, lalu dipanggil oleh Puteri Sekuntum
Melur akan Dayang Tua menemuinya.

“Wahai dayang, lihatlah ekor burung merak hamba
itu telah rosak. Tolonglah titahkan seorang hulubalang ke
mari,” kata Puteri Sekuntum Melur sambil menunjukkan
perasaan sedihnya.

Hulubalang yang dipanggil oleh tuan puteri itu pun
datang mendapatkan tuan puteri. “Wahai hulubalang, to-
longlah panggilkan tukang Cina di negeri Sangkapuri itu
datang ke mari. Lihatlah merak emas beta itu telah rosak.
Perintahkan dia datang mengambilnya di sini,” kata Puteri
Sekuntum Melur kepada hulubalang itu.

87

“Ampun, tuan puteri, patik junjung segala titah per-
intah tuan puteri,” sembah hulubalang itu.

“Ambillah kuda beta. Bertolaklah hari ini ke sana,”
titah tuan puteri itu lagi.

Hulubalang itu menyembah, seraya berlalu dari situ
menuju ke kandang kuda. Kuda putih tuan puteri itu di-
tunggangnya dengan tangkas sekali. Kerana begitu tang-
kas larinya, dalam masa tiga hari perjalanan itu sampailah
di pekan negeri Sangkapuri.

Setelah bertanya ke sana ke mari, akhirnya bertem-
ulah hulubalang itu dengan tukang Cina yang membuat
merak emas yang ditempah oleh Awang Ada Duit Semua
Jadi dahulu. Apabila ditanyakan kehendak tuan puteri itu,
segera pula tukang Cina dan pembantunya menyiapkan
kereta kuda untuk membawa pulang merak emas itu nan-
ti.

Mereka pun bertolak ke negeri Indera Sakti. Dalam
masa tiga hari perjalanan, akhirnya tibalah di istana Sultan
Dewa.

“Ampun tuan puteri, patik datang untuk membaiki
merak emas itu. Izinkan patik melihatnya,” sembah tukang
Cina itu apabila dibawa menemui tuan puteri di dalam
istana.

“Baiklah, mari ikut beta,” kata puteri Sekuntum Me-
lur itu lalu dibawa tukang Cina masuk ke bilik peraduan-
nya.

“Lihatlah, ekor burung merak ini telah patah. Beta
dukacita sekali, tolongkah tukang baikinya. Upahnya ka-
takana saja berapa, beta sedia membayarnya,” titah Puteri
Sekuntum Melur sambil menunjukkan ekor merak yang

88

terkulai itu.

“Oh, boleh! Boleh! Patik boleh baikinya, tuan puteri.
Upahnya Cuma lima ratus keping wang emas. Patik bawa
balik merak emas ini ke kedai patik. Apabila sudah siap,
patik bawa ke mari pula, ampun tuan puteri,” terang tu-
kang Cina itu bersungguh-sungguh.

Puteri Sekuntum Melur tersenyum lalu mengelu-
arkan lima ratus keping wang emas dari dalam peti dan
menyerahkan kepda tukang Cina itu. “Ambillah upahnya
dulu. Bawalah merak emas beta itu baik-baik. Apabila siap
nanti hantarlah segera ke istana ini,” titah Puteri Sekuntum
Melur sambil menyerahkan wang emas itu.

“Ampun, tuan puteri. Segala titah perintah tuan put-
eri patik junjung,” sembah tukang Cina itu.

Puteri Sekuntum Melur segera memanggil beberapa
orang pengawal istana. Kemudian merak emas itu pun di-
angkat dan diletakkan di atas kereta kuda. Ketika kereta
kuda itu bergerak dari istana tersebut, Puteri Sekuntum Me-
lur tidak dapat menahan perasaannya lagi. Menitislah air
matanya seperti manic putus dari karangan. Hatinya sung-
guh sedih untuk berpisah dengan suaminya yang sedang
bersembunyi di dalam badan burung merak emas itu. Dia
melihat pemergian suaminya itu hingga hilang dari pan-
dangan. Setelah itu dia berlari masuk ke bilik peraduan-
nya, menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia menangis
tersedu-sedu mengenangkan nasib malang yang menimpa
ke atas dirinya dan suaminya itu.

89

BAB 15

Ramalan Wak Nujum

BANGKAI gajah memang tidak dapat ditudung
dengan nyiru. Demikianlah juga rahsia Puteri Sekuntum
Melur yang telah berbadan dua itu akhirnya sampai juga
ke telinga ayahandanya. Sultan Dewa amat murka apabila
diketahuinya hal tersebut.

Hari itu, apabila pada suatu hari baginda telah be-
rangkat ke Balairung Seri, tiba-tiba sahaja baginda terden-
gar beberapa orang pembesar negerinya bercakap secara
berbisik-bisik mengatakan puterinya telah berbadan dua,
sedangkan suaminya hilang entah ke mana. mereka berasa
hairan. Ada antaranya yang mengesyaki, puteri itu telah
melakukan perkara yang sumbang.

Mendengar perbualan itu, baginda pun masuk dan
bertempik dengan suara yang sangat nyaring, “Temeng-
gung! Benarkah apa yang dibincangkan oleh datuk-datuk
tadi?” Segala Datuk-datuk dan Orang-orang Besar yang
ada di Balairung Seri itu terkejut tidak terhingga. Tidak

90

mereka duga baginda akan sampai ke Balairung Seri pada
hari itu lebih awal daripada biasa.

Suasana sepi seketika, jika sebilah jarum jatuh pun
akan kedengaran bunyinya. Masing-masing ketakutan.

“Katakan, Temenggung! Benarkah puteri beta itu
telah berbadan dua?” tanya baginda lagi. Muka baginda
merah seperti udang direbus kerana terlalu murka.

“Ampun, tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik
harap diampun. Segala yang dibincang oleh hamba tuank
tadi adalah benar tuanku. Ampun, tuanku,” sembah Te-
menggung. Hatinya amat khuatir kiranya berlaku sesuatu
yang tidak diingini.

“Cis! Puteri Sekuntum Melur! Beta tak sangka sang-
gup mencemarkan nama keluarga beta!” seru Sultan Dewa
sambil menghunus keris di pinggangnya. “Hari ini juga
beta akan hapuskan puteri yang durhaka itu!”

Ketika itu juga baginda keluar dari Balairung Seri,
menuruni tangga dan berlari-lari menuju ke istana. Bag-
inda berlari dengan pantas sekali.

Melihatkan keadaan itu, Temenggung pun segera
berlari mengikuti baginda. Dari jauh Temenggung ber-
seru, “Ampun tuanku, nantilah dahulu, tuanku. Negeri
kita mempunyai Lembaga. Serahkanlah perkara ini kepa-
da Lembaga negeri kita. Janganlah tuanku berlaku zalim,
walaupun kepada puteri tuanku sendiri. Ampun, tuanku,”
seru Temenggung setelah hampir dengan baginda, sambil
memintas di hadapan baginda.

Mendengar kata-kata itu, Sultan Dewa pun berhenti

91

berjalan lalu mengurut-urut dada.

“Baiklah, jika hendak mengadakan perundingan,
jalankan segera. Beta sangat murka di atas perkara yang
telah berlaku ini,” titah Sultan Dewa.

“Ampun, tuanku. Patik pohon berangkatlah dahulu
tuanku ke Balairung Seri. Patik-patik sekalian dapat mer-
undingkan hal itu dengan baik di Balairung Seri nanti. Am-
pun, tuanku,” sembah Temenggung.

Sultan Dewa pun segera berpatah balik masuk ke
dalam Balairung Seri. Temenggung dan orang-orang besar
negeri Indera Sakti segera bermuafakat untuk menyelesai-
kan perkara tersebut. Akhirnya, dapatlah kata sepakat dan
sebulat pendapat.

Temenggung segera menyembah baginda, “Am-
pun, tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap di-
ampun. Negeri Indera Sakti ini bukanlah miskin, tuanku.
Kita mempunyai ramai ahli nujum yang bijaksana. Nujum
ketujuh pun ada. Tak patutlah perkara yang kecil ini tak
dapat kita selesaikan dengan baik. Ampun, tuanku.”

“Baiklah, kalau demikian bicara tuan-tuan semua,
segeralah perintahkan hulubalang memanggil Wak Nu-
jum itu menghadap beta,” titah baginda, agak tenang. Rasa
murka Sultan Dewa yang meluap-luap sebentar tadi telah
pun berkurangan setelah mendengar sembah Temeng-
gung.

Temenggung pun menyembah lau mendapatkan
hulubalang dan menyuruhnya memanggil Wak Nujum
menghadap baginda.

Apabila Wak Nujum tiba di Balairung Seri, dengan

92

segera menyembah Sultan Dewa, “Ampun, tuanku, beribu-
ribu ampun, sembah patik harap diampun. Apakah mak-
sud tuanku menjemput patik ke mari? Bencana apakah
yang menimpa negeri Indera Sakti? Ampun, tuanku.”

“Beta mendapat tahu, puteri beta itu mengand-
ung. Jadi, beta ingin tahu bagaimanakah perkara ini boleh
berlaku? Siapakah gerangannya yang berani melakukan
perkara sumbang itu di istana beta? Apakah alamatnya,
buruk atau baik?” soal Sultan Dewa bertalu-talu.

“Ampun, tuanku. Izinkan patik membuka buku Ra-
mal Tika Ketika,” sembah Wak Nujum.

Wak Nujum pun dengan segera membuka buku Ra-
mal Tika Ketika yang dibawanya. Buka sehelai dia meng-
geleng-gelengkan kepalanya. Buka dua helai dia mengang-
guk-anggukkan. Buka helai yang ketiga dan membacanya
beberapa ketika, Wak Nujum pun menyembah. “Ampun,
tuanku, beribu-ribu ampun, kejadian yang berlaku itu
mengikut ramalan patik bukanlah suatu perkara yang
tidak baik. Sebenarnya suatu perkara yang baik. Dengan
kejadian itu, negeri Indera Sakti ini akan menjadi aman
dan sejahtera. Usahlah tuanku behati walang. Ampun, tu-
anku,” jelas Wak Nujum dengan penuh keyakinan.

Sultan Dewa mulai mengukir senyuman apabila
mendengar ramalan ahli nujumnya itu. Hatinya tenang se-
mula. Baginda pun segera mengeluarkan wang emas dan
menghadiahkannya kepada Wak Nujum.

Wak Nujum pun menerimanya dengan penuh
takzim seraya menyembah, “Ampun, tuanku, tunggulah
dalam masa tiga purnama lagi, akan nyatalah suatu perka-

93

ra yang baik akan berlaku di negeri Indera Sakti ini. Am-
pun, tuanku, patik bermohon pulang.”

Setelah mengangkat sembah, Wak Nujum pun
berundurlah dari situ, lalu berjalan pulang ke rumahnya.

Hari itu Sultan Dewa sendiri menitahkan supaya
segala aduan hamba rakyatnya dibatalkan. Baginda in-
gin menenangkan hati di istana. Setelah Temenggung dan
orang-orang besar mengangkat sembah, baginda pun be-
rangkat menuju ke istana.

Temenggung dan orang-orang besar negeri Indera
Sakti bersyukur kepada Tuhan kerana sesuatu yang tidak
baik telah dihindarkan. Mereka pun pulang ke rumah
masing-masing dengan perasaan yang lega. Mereka sama-
sama menunggu apakah perkara baik yang akan berlaku
di negeri Indera Sakti itu, sepertimana yang dikatakan oleh
Wak Nujum tadi.

94

BAB 16

Perkahwinan Lela

KERETA kuda yang membawa merak emas untuk
diperbaiki it uterus berlari menuju ke negeri Sangkapuri.
Tukang Cina dan pembantunya terus memandu sambil
menyanyi melalui lorong-lorong, mendaki bukit, menuru-
ni lurah. Akhirnya sampailah mereka di sempadan negeri
Indera Sakti dengan negeri Sangkapura.

Tiba-tiba, alangkah terperanjatnya tukang Cina dan
pembantunya tadi apabila melihat Awang Ada Duit Semua
Jadi keluar dari merak emas itu.

“Eh, orang muda!” seru tukang Cina sambil mem-
berhentikan kereta kudanya.

Awang tersenyum dan berkata, “Sebenarnya perka-
ra ini semua adalah rancangan hamba. Sepertimana hamba
berjaya masuk ke istana itu dahulu, demikianlah juga ham-
ba untuk keluar dari istana itu.”

“Amboi, bijak betul tuan hamba jalankan rancan-
gan itu. Baguslah, hamba harap orang muda berjaya nan-

95


Click to View FlipBook Version