CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 5 Alah bisa, tegal biasa
Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi
senang
Pada mulanya, Razlan agak kekok untuk mencanting batik
di bengkel ayahnya itu, lama-kelamaan dia sudah mahir
mencanting batik. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.
6 Ayam terlepas, tangan bau tahi
Kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-
mata
Pemuda yang telah mencuri pakaian berjenama di butik itu
telah tertangkap dan dia tunduk malu apabila dibawa keluar
dari butik itu kerana
ayam terlepas,
tangan bau tahi.
CONTOH
CONTOH
5 Berani kerana benar, takut kerana salahCONTOH
Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang
tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan
Danial tidak takut apabila disoal oleh guru disiplin tentang kes
ponteng sekolah itu kerana dia berada di pihak yang benar,
berani kerana benar, takut kerana salah.
6 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih
susah orang yang menanggungnya
Bantuan yang diberikan Semoga bantuan
oleh penduduk kampung kerusi roda ini dapat
dapat meringankan meringankan beban
bebanan Mak Utih yang
lumpuh itu kerana berapa Mak Utih.
berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.
CONTOH 7 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Suka duka sama-sama ditanggung
Kerja membaiki jambatan
yang rosak akibat banjir
di Kampung Temau
itu menjadi mudah
kerana penduduk
kampung bekerjasama
membaikinya kerana
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
8 Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-
dengar
Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati agar
tidak menyinggung perasaan orang lain
“Kalau hendak meluahkan rasa tidak puas hati tentang orang
atasan itu berhati-hatilah. Bak kata pepatah, berkata siang
melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar,” kata
Puan Dayang kepada Hairi.
CONTOH 9 Buang yang keruh, ambil yang jernih
Buang yang jahat dan ambil yang baik
Pak Mahat dan Pak
Jahim telah berdamai
dan melupakan
persengketaan mereka
yang lalu. Perbuatan
mereka itu, buang yang
keruh, ambil yang
jernih.
10 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Kalau hendak membuat kebaikan biarlah berpatutan, tetapi
jangan sekali-kali berbuat jahat
Kita hendaklah membantu rakan yang berada dalam kesusahan
mengikut kemampuan diri kita. Bak kata pepatah, buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
CONTOH11 Berkerat rotan, berpatah arang
Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik
semula
Mohan yang berselisih faham dengan ayahnya tentang
sahamnya itu bertekad keluar dari rumah ayahnya dan berjanji
tidak akan kembali lagi. Perbuatan Mohan itu seperti berkerat
rotan, berpatah arang.
12 Biar berputih tulang, jangan berputih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu
Anggota tentera yang berani itu sanggup berkorban nyawa
daripada membiarkan tanah air jatuh ke tangan pihak komunis
kerana mereka berpegang kepada prinsip biar berputih
tulang, jangan berputih mata.
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Disangkakan panas sampai petang, kiranya hujan di tengah
hari
Disangka hidup senang buat selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa
kesusahan
Kemewahan yang dimiliki oleh Puan Nora akhirnya lenyap
setelah perniagaan kosmetiknya bankrap akibat kegawatan
ekonomi. Dia tidak menyangka kehidupannya akan berubah
begitu kerana disangkakan panas sampai petang, kiranya
hujan di tengah hari.
4 Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu
Lahirnya baik, batinnya jahat
Tingkah laku Salina kelihatan sungguh bersopan apabila
berada di hadapan kawannya namun sebenarnya dia
hanya berpura-pura, di luar bagai madu, di dalam bagai
hempedu.
12
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan
nama buruk
Walaupun Tunku Abdul Rahman telah lama meninggalkan
kita, namun jasanya kepada negara akan sentiasa dikenang,
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.
4 Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang
juga
Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun
orangnya sudah tiada
Budiman tidak akan melupakan budi baik tuk penghulu
sekeluarga yang mengambilnya sebagai anak angkat selepas
kematian ayah dan ibunya kerana hancur badan dikandung
tanah, budi yang baik dikenang juga.
17
CONTOH 5 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Setiap orang harus mentaati adat dan perlu diingatkan bahawa
kita juga akan mati
Tuk penghulu menyeru penduduk kampung supaya
mengamalkan hidup secara bermasyarakat kerana hidup
dikandung adat, mati dikandung tanah.
6 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri
Tempat sendiri lebih baik daripada tempat orang
Sudah berpuluh tahun Pak Hassan bekerja di luar negara
namun dia tetap ingin pulang ke tanah air apabila dia bersara
kelak kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
18
CONTOH 7 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Susah senang dirasai bersama
Penduduk di perkampungan nelayan itu sentiasa bersatu
hati menghadapi segala masalah yang mendatang sama ada
susah atau senang, hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah.
8 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Kalau ada kemahuan, maka ada sahaja jalan untuk
melakukannya. Tetapi jika hati tidak mahu, maka ada sahaja
alasan untuk tidak melakukannya
Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya
Farhan berjaya menternak lembu tenusu secara komersial
kerana dia berpegang kepada prinsip hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih.
19
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Ikut kata hati mati, ikut rasa binasa
Orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya
Janganlah mengambil keputusan yang terburu-buru semasa
hati sedang marah kerana ikut kata hati mati, ikut rasa
binasa.
4 Ikan seekor rosakkan ikan setajau
Kerana yang sedikit rosakkan yang banyak
“Saya akan menyingkirkan pemain-pemain yang tidak
berdisiplin. Saya tidak mahu membiarkan ikan seekor
rosakkan ikan setajau,” kata jurulatih pasukan bola sepak
itu.
5 Ini hari orang, esok hari kita
Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa
beringat-ingat
Penduduk Kampung Raja bersimpati akan musibah yang
menimpa keluarga Pak Mahat kerana ini hari orang, esok
hari kita.
23
CONTOH
CONTOH 3 Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang
mulutnya
Kita hendaklah menepati janji
Kita hendaklah mengotakan janji yang kita buat pada
seseorang kerana jika kerbau dipegang talinya, jika
manusia dipegang mulutnya.
4 Jika tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya
Cita-cita tidak akan tercapai tanpa berusaha
Rahsia kejayaan Natasya dalam peperiksaan adalah belajar
dengan bersungguh-sungguh kerana jika tidak dipecahkan
ruyung, masakan dapat sagunya.
5 Jiwa bergantung di hujung rambut
Dalam keadaan yang berbahaya
Para penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu berasa
cemas kerana jiwa bergantung di hujung rambut apabila
paras air sungai semakin meningkat akibat hujan lebat itu.
25
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 9 Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati
Kedatangan rombongan dari Jepun ke inap desa Kampung
Manggis itu disambut oleh penduduk kampung dengan
gembira, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
10 Kena pedang bermata dua
Sangat menyakitkan hati
Kata-kata Aina itu benar-benar menggores hati Suraya seperti
kena pedang bermata dua.
11 Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Mendapat kecelakaan kerana percakapan
Berhati-hatilah semasa berkata-kata dengan rakan-rakan
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
30
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak
ditimpa hujan
Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabaran
Sudah menjadi lumrah bahawa semua pekerjaan mempunyai
masalah dan risiko masing-masing kerana laut mana yang
tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
4 Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang
Kesalahan yang kita lakukan, kita juga yang menanggung
akibatnya
“Tindakan kamu yang suka ponteng sekolah ini menyalahi
peraturan sekolah. Berfikirlah sebelum bertindak kerana
lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang,”
pesan Ikmal kepada Firdaus.
34
CONTOH
CONTOH
3 Masuk ke telinga kanan, keluar melalui telinga kiriCONTOH
Nasihat atau pengajaran Kamu ini degil.
yang tidak dimasukkan ke Nasihat emak kamu
dalam ingatan
tidak dengar.
Nasihat yang diberikan oleh
Mak Kiah kepada Zali itu
langsung tidak diendahkan
oleh anaknya itu umpama
masuk ke telinga kanan,
keluar melalui telinga kiri.
4 Membujur lalu melintang patah
Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan
Haniza sanggup menghadapi segala cabaran yang mendatang
dalam usaha untuk memajukan perusahaan batiknya itu
kerana baginya membujur lalu melintang patah.
37
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Orang mandi berselam, kita mandi bertimba
Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat
keuntungan kecil
Restoran makanan Arab yang diusahakan oleh peniaga
asing itu memperoleh keuntungan yang banyak berbanding
dengan peniaga tempatan, ibarat orang mandi berselam,
kita mandi bertimba.
4 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya
dengan baik
Tuk penghulu telah menjamu penduduk kampung yang
membantunya menuai padi di sawahnya kerana orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
41
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati
Terlalu sukar untuk mengubah tabiat atau perangai seseorang
Sikap panas baran Pak Taha itu masih tidak berubah dari
zaman mudanya hinggalah kini. Bak kata pepatah, rupa dapat
diubah, tabiat dibawa mati.
4 Rambut sama hitam, hati masing-masing
Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang isu itu
kerana rambut sama hitam, hati masing-masing.
5 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama
Penduduk kampung bekerjasama membersihkan kawasan
kampung kerana bagi mereka ringan sama dijinjing, berat
sama dipikul.
44
CONTOH
CONTOH
CONTOH