The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2021-12-27 18:56:25

PEPATAH BIDALAN

PEPATAH BIDALAN

4 Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

Disebabkan kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan

Rakan-rakan memburuk-burukkan Encik Salleh disebabkan
kesalahannya menerima rasuah daripada lelaki itu sehingga
segala kebaikannya selama ini dilupai oleh mereka. Inilah
dikatakan orang, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

5 Sebelum ajal berpantang mati

Tidak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditetapkan
oleh Tuhan

Sungguhpun kemalangan itu agak ngeri, namun saya tidak
menyangka bahawa mangsa kemalangan itu masih selamat.
Inilah dikatakan orang, sebelum ajal berpantang mati.

6 Sediakan payung sebelum hujan

Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana

Sebelum memulakan perjalanan, para pemandu haruslah
melakukan pemeriksaan tayar, enjin, dan brek kenderaan
untuk memastikannya dalam keadaan baik. Bak kata orang,
sediakan payung sebelum hujan bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan berlaku.
100






















Click to View FlipBook Version