CONTOH
CONTOH 3 Tegak sama tinggi, duduk sama rendah
Sama taraf
Kejayaan negara dalam bidang sains angkasa itu membolehkan
negara kita tegak sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara yang lain.
4 Terapung sama hanyut, terendam sama basah
Persahabatan yang setia; sehidup semati
Wardina dan Safiyyah yang mengusahakan perniagaan
pakaian bayi dalam talian itu sanggup menghadapi cabaran
dalam bidang perniagaan bersama-sama, terapung sama
hanyut, terendam sama basah.
49
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Ada rupa ada harga
Harga barang menurut rupanya
Semua perabot di rumah Puan Khadijah memang ada rupa
ada harga kerana perabot itu memang berkualiti.
4 Ada sampan hendak berenang
Sengaja menyusahkan diri
Ibu membasuh baju dengan tangan, padahal ayah telah
membeli mesin basuh baju. Inilah yang dikatakan orang, ada
sampan hendak berenang.
Eh, ada sampan
hendak berenang
pula!
54
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH17 Api kecil baik dipadamkan
Basmilah kejahatan sementara masih baru bermula
Sekiranya saya dan adik berbuat salah, ibu saya pasti akan
mendenda kami. Baginya, api kecil baik dipadamkan.
18 Awal dibuat akhir diingat
Sebelum membuat sesuatu pekerjaan, baiklah fikirkan masak-
masak supaya selamat
Encik Sundram memerlukan masa untuk meneliti projek ini
sebelum beliau bersetuju untuk melabur kerana kata orang,
awal dibuat akhir diingat.
61
CONTOH
CONTOH 3 Baru bertatih hendak berlari, tersembam
Membuat pekerjaan yang lebih daripada tersanggup
Ahli perniagaan itu bankrap kerana dia tidak bijak mengurus
perniagaannya yang baru bertatih hendak berlari,
tersembam.
4 Batu yang bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi
lumut
Orang yang kerap-kerap tukar kerja sukar hendak mencapai
kemajuan
“Dalam tahun ini, sudah lima kali kamu bertukar tempat kerja.
Tak ada gunanya kamu berbuat demikian kerana batu yang
bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut,” kata
Encik Musa kepada anaknya itu.
5 Belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan
tajam juga
Biar bodoh sekalipun, kalau belajar bersungguh-sungguh akan
menjadi pandai juga
63
CONTOH Cikgu Hisham tidak berputus asa untuk mengajar murid-murid
yang lemah itu kerana beliau yakin bahawa belakang parang
sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam juga.
6 Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah
bergirang hati terlebih dahulu
“Kamu janganlah belum duduk sudah berlunjur semasa
menduduki temu duga itu kerana belum pasti kamu berjaya,”
kata Badari kepada rakannya itu.
7 Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati
Biar miskin asalkan berhati mulia dan berbudi bahasa
Walaupun Hasnita berasal daripada keluarga yang miskin,
Syamsul tetap memilihnya sebagai calon isteri kerana sikap
Hasnita yang lemah lembut dan baik hati berbanding Zarina
yang kaya tetapi sombong. Baginya, biar buruk kain dikapai,
asal pandai mengambil hati.
64
CONTOH
CONTOH10 Bertanam tebu di bibir
Mengeluarkan perkataan yang manis-manis untuk memujuk
Puan Halijah memang pandai bertanam tebu di bibir kerana
kain-kain yang djualnya di tempat kerjanya biasanya laris.
11 Bertanjak baharu tinjau
Membuat kerja mengikut aturan
Apabila melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan, kita
hendaklah bertanjak baharu tinjau agar sesuatu pekerjaan
itu dapat dilaksanakan dengan baik.
12 Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
Sesuatu kejadian tidak mungkin berlaku daripada satu pihak
sahaja
Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Encik Bakar tidak
melawan atau membantah pendapat Encik Lee itu. Bak kata
orang, jika bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
66
CONTOH13 Biar lambat asalkan selamat
Membuat sesuatu perkara dengan cermat dan berhati-hati
Sewaktu pulang ke kampung, Encik Amran memandu kereta
dengan berhati-hati kerana baginya biar lambat asalkan
selamat.
14 Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Sesuatu rahsia itu tetap dirahsiakan, walaupun dipaksa untuk
menceritakan rahsia tersebut
“Saya percaya akan kamu agar tidak menceritakan rahsia
saya ini kepada sesiapa, biar pecah di perut, jangan pecah
di mulut,” kata Sarah kepada Mariana.
15 Biduk lalu kiambang bertaut
Lebih baik jangan dicampuri perselisihan faham orang yang
ada hubungan kekeluargaan atau bersanak saudara kerana
akhirnya mereka akan berbaik semula
“Usahlah kamu mencampuri pertelingkahan antara Farid
dengan sepupunya itu. Kata orang, biduk lalu kiambang
bertaut,” kata Yusri kepada Jamil.
67
CONTOH16 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?
Setiap orang ada masanya berbuat salah
“Saya sudah memaafkan segala kesalahan kamu itu, saya
pun pernah melakukan kesalahan kepada rakan-rakan juga.
Kata orang, bumi mana tidak ditimpa hujan?” kata Maria
kepada Suzana.
17 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Berbuat baik biarlah secara tidak berlebih-lebih, tetapi jangan
sesekali berbuat jahat
Hazman tidak sanggup menjual tanahnya semata-mata untuk
membantu rakannya yang muflis kerana baginya buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
14 Burung terbang dipipiskan lada
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi
diperoleh
Encik Bakri sudah menempah sebuah kereta baharu dengan
mengharapkan keuntungan daripada hasil usahanya
mengeluarkan biskut itu. Kata orang, burung terbang
dipipiskan lada.
68
CONTOH
CONTOH
CONTOH 5 Cicak makan kapur
Orang yang mendapat malu kerana kesalahannya sendiri
Farid seperti cicak makan kapur kerana berasa malu apabila
perbuatannya menuduh Aidil mengambil buku Karina tanpa
usul periksa diketahui oleh guru kelas.
6 Cicir dipungut, hilang dicari
Sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran
Puan Aminah berhati-hati dan merancang perbelanjaan
dengan sebaik-baiknya agar tidak ada pembaziran. Bak kata
orang, cicir dipungut, hilang dicari.
71
CONTOH
CONTOH 3 Daripada cempedak baiklah nangka
Lebih baik ada daripada tiada langsung
Puan Jamilah menyediakan cucur ikan bilis untuk para tetamu
kerana bahan itu sahaja yang ada. Bak kata orang, daripada
cempedak baiklah nangka.
4 Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik
berseteru dengan orang berakal
Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan
dengan orang bodoh
Danial tidak bergaul dengan budak-budak nakal itu kerana dia
tahu tidak banyak manfaat akan diperoleh olehnya. Baginya,
daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik
berseteru dengan orang berakal.
5 Darah setampuk pinang
Belum berpengalaman
“Janganlah kamu yang baru darah setampuk pinang hendak
bertanding untuk merebut jawatan ketua belia itu,” kata Encik
Jusoh kepada Aidil.
73
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 6 Jangan tercirit di periuk
Jangan berbuat masalah di tempat kita menumpang
“Semasa kamu tinggal di rumah pak long nanti, jangan
tercirit di periuk pula,” pesan Encik Ishak kepada anaknya
yang agak nakal itu.
7 Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan
Mendengar nasihat pakar
Encik Fauzi mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai
pertanian itu sebelum beliau menceburi bidang pertanian
kerana baginya, jika hendak beranak, ikutlah kata bidan.
8 Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya
Kerja yang dilakukan tidak patut dibiarkan terbengkalai
Syamsul meneruskan kerjanya membuat pangking itu sehingga
selesai kerana dia tahu bahawa jika pandai menggunting,
hendaklah pandai menjahitnya.
85
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH
CONTOH 3 Lembu dogol jangan dibalun
Jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana
berbahaya jika dia melawan
Mereka tidak berani menyakat Azhar di sekolah kerana mereka
tahu bahawa lembu dogol jangan dibalun.
4 Lunak gigi daripada lidah
Merendah diri, bersikap lemah lembut
Memang sikap Lee Keat lunak gigi daripada lidah kerana
dia akan berbaik-baik dan bercakap dengan lemah lembut
sekiranya ingin meminta bantuan daripada rakan-rakannya.
5 Lain padang, lain belalang
Terdapat perbezaan adat dan budaya di tempat yang
berbeza
Penuntut Malaysia yang belajar di luar negara sudah arif
tentang perbezaan budaya masyarakat di sana kerana lain
padang, lain belalang.
90
CONTOH
CONTOH 3 Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut
Kalau segan berusaha, kita tidak akan mendapat kemajuan
Saya tidak malu untuk bertanyakan guru atau rakan jika
saya tidak memahami sesuatu tajuk atau soalan kerana malu
bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
4 Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
Oleh sebab terlalu marah, seseorang itu merosakkan harta
benda
Puan Liza terus mencampakkan pinggan ke lantai kerana
terlalu marah terhadap sikap anaknya yang tidak mahu pergi
ke sekolah. Bak kata orang, marahkan nyamuk, kelambu
dibakar.
5 Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil
Anak-anak haruslah dididik dan dipupuk dengan nilai yang
baik sejak mereka masih kecil lagi kerana kata orang,
melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
92
CONTOH
CONTOH 8 Memikul di bahu, menjunjung di kepala
Membuat sesuatu perkara biarlah pada tempatnya
“Ibu harap kamu lakukan kerja ini kena pada tempatnya
agar kerja itu sempurna. Bak kata orang, memikul di bahu,
menjunjung di kepala,” kata Puan Nora kepada anaknya.
9 Menarik rambut di dalam tepung
Bersikap adil dan berhati-hati apabila menyelesaikan sesuatu
masalah
Dalam menangani masalah penduduk di kawasannya, ketua
kampung bersikap menarik rambut di dalam tepung kerana
beliau tidak mahu sesiapa berkecil hati.
10 Mengais hendaklah berkuku
Sebelum mencari pekerjaan hendaklah melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran
Malik membaca segala maklumat tentang ekonomi negara
serta perkembangan syarikat tersebut sebelum dia menghadiri
temu duga pada minggu hadapan kerana kata orang, mengais
hendaklah berkuku.
94
CONTOH