The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azilaojee, 2021-11-01 19:22:24

PORTFOLIO PRAKTIKUM

NORAZILA BINTI OJEE

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

1. Konsep

Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah,
pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar berkaitan dengan
pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan
sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan
menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan
sesuatu masalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan sesuatu tugasan mengikut
jangka masa yang ditetapkan.

2. Objektif

Pelajar dapat:

2.1 menggunakan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa praktikum
sebagai input untuk penambahbaikan.

2.2 menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah
dijalankan.

2.3 menggunakan jurnal reflektif sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan
bagi menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan
lagi keberkesanannya melalui penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara
berterusan.

.
2.4 meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar seorang guru yang
profesional yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan PdP.

2.5 menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan
dengan pensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan.

2.6 meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana
pemikiran kritis dan analitikal.

2.7 meningkatkan kemahiran profesionalismenya.

3. Garis Panduan

3.1 Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang
praktikum.

3.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah,
pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa
praktikum.

3.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi
pandangan, cadangan.dan tindakan susulan.

3.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan tinjauan literatur supaya setiap masalah,
cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan.

3.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan bagi
mengatasi masalah yang telah difokuskan.

3.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi
mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.

3.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai
guru yang profesional.

3.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini sepanjang
masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing.

4. Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal Reflektif
Mingguan

4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk
memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

4.2. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah
penyelia dan guru pembimbing.

PANDUAN PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

TAJUK/FOKUS/ISU :

BIL. PERKARA CATATAN

1. Isu/peristiwa/masalah yang difokuskan.

2. Perkembangan/isu /peristiwa/ masalah/yang difokuskan
releven/sesuai.

3. Isu/ masalah/peristiwa yang difokuskan dianalisis secara
terperinci.

I. mengenal pasti punca/ sebab isu/ masalah /peristiwa
yang difokuskan.

II. mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada
isu/masalah.

III. mengenal pasti kelemahan isu/ masalah /peristiwa
yang difokuskan.

IV. mengenal pasti kekuatan isu/masalah /peristiwa yang
difokuskan.

V. meramal kesan dan akibat isu/masalah/peristiwa yang
difokuskan.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu/masalah (literature
5 review)

6 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap
7. punca/kelemahan
I. sesuai dan releven
8.
9. II. kritis/kreatif

Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu/masalah
yang dikenal pasti.
Tindakan Susulan Dirancang Untuk Dilaksanakan Bagi
Menyelesaikan Isu/Masalah. Yang Dikenal pasti.
I. Pelan Tindakan/Jadual Kerja /Senarai Semak

Disediakan.
II. Rujukan – pembacaan/internet/perbincangan dll.
Pelaksanaan Terhadap Langkah- langkah
Penambahbaikan Dijalankan.
I. Tempoh masa yang ditetapkan sesuai.
II. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan.
Kesimpulan/Refleksi
I. Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah

dijalankan.
II. Halangan-halangan yang timbul (jika ada)











EO2. PENULISAN JURNAL MINGGUAN

BILANGAN JURNAL : MINGGU 1
TEMPOH : 23 – 27 OGOS 2021
NAMA : NORAZILA BINTI OJEE
TAJUK : Masalah pelajar yang kurang memberi perhatian dan

berbuat bising semasa PdP berlangsung.

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN

Pada minggu ini saya menghadapi masalah pelajar kurang memberi memberi tumpuan
semasa guru memberi penerangan berkaitan tajuk. Selain itu mereka sentiasa bercakap
sesame mereka sehingga menyebabkan bunyi yang boleh mengganggu pendengaran pada
murid lain. Masalah timbul apabila guru tidak memberi taklimat terlebih dahulu bagaimana
peraturan semasa mengikuti kelas secara atas talian dan menyebaban keadaan agak sukar
dijalankan dengan sebaik mungkin.

2.0 ANALISIS ISU

Masalah ini berlaku disebabkan guru tidak memberikan taklimat awal sebelum memulakan
kelas. Hal ini menyebabkan murid sentiasa bercakap sehingga mengganggu perjalanan
rancangan pengajaran pada hari tersebut. Ianya juga menyebabkan beberapa murid lain
kurang mendengar penerangan daripada guru dan menyebabkan murid tersebut sukar untuk
memahami isi pelajaran pada sesi pembelajaran tersebut. Hal ini diketahui oleh guru apabila
seseorang murid menghubungi guru menyatakan bahawa dia tidak dapat mendengar dengan
baik penerangan dari guru dan ianya menyebabkan murid tersebut tidak dapat memahami isi
pelajaran.

3.0 KAJIAN LAMPAU

Menurut Hook dan Vass, (2000), terdapat kunci utama dalam memastikan bilik darjah
tersebut terkawal, antaranya tangggungjawab, hak dan peraturan. Dimana, sekiranya
mengaplikasi teori kepimpinan , guru memerlukan satu respon yang jelas, yang boleh
disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku
murid. Ianya juga mestilah difahami dan diterima oleh murid dalam situasi tertentu.

Berdasakan hak sebagai seorang guru, guru mempunyai hak asasi dalam menguruskan
tingkah laku murid semasa dalam kelas. Melalui kejian ini, saya selaku guru seharusnya
berusaha mendorong murid untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab. Dimana
guru perlu menetapkan beberapa peraturan dalam kelas supaya sesi pembelajaran dapat
dijalankan dengan baik.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Sebagai seorang guru, saya akan mengadakan taklimat ringkas kepada murid
sebelum memulakan sesi pembelajaran.

2. Selain itu, saya juga harus meminta pertolongan kepada ibu bapa agar dapat
memantau anak dan mengajar cara penggunaan Google Meet agar khususnya
mematikan simbol pembesar suara semasa guru memberi penjelasan.

3. Saya juga perlu tegas dalam memberi teguran kepada murid agar pembelajaran
atas talian dapat dilaksanakan dengan baik.

4. Saya perlu menerapkan nilai hormat menghormati kepada pelajar agar sentiasa
menghormati guru dan rakan lain ketika menuntut ilmu. Ini kerana bagi
memastikan murid-murid mudah menerima maklumat yang disampaikan oleh
guru.

5.0 TEMPOH MASA

Proses ini sentiasa berterusan dari seamsa ke semasa bagi memastikan proses PdP
dapat berjalan lancar.

6.0 TINDAKAN SUSULAN

Saya telah cuba mengatasi masalah ini dalam beberapa kelas berikutnya, iaitu memberi
taklimat sebelum memulakan kelas secara online dan mengajar muri bagaimana
menggunakan Google Meet sekiranya tidak diminta untuk bercakap. Oleh itu, murid talah
dapat memahami arahan dan Berjaya melakukannya. Hal ini sedikit sebanyak dapat
membantu saya sebagai guru untuk memberi penerangan berkaitan dengan tajuk secara
jelas dan murid dapat menerima maklumat yang disampaikan. Selain itu, saya
menghubungi pelajar yang mengadu tidak faham berkaitan dengan topik pembelajaran
secara peribadi untuk memberi tunjuk ajar secara jelas. Akhirnya ianya mampu
menyelesaikan masalah ketidakfahaman murid terhadap tajuk pada sesi pembelajaran
tersebut.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

……………………………………………….. ……………….……………………………
(NORAZILA BINTI OJEE ) (DARUS BIN MOHAMAD)
Tarikh: 28.08.2021 Tarikh: 28.08.2021

EO2. PENULISAN JURNAL MINGGUAN

BILANGAN JURNAL : MINGGU 2
TEMPOH : 30 OGOS – 3 SEPTEMBER 2021
NAMA : NORAZILA BINTI OJEE
TAJUK : PENGURUSAN MASA

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN

Pada minggu ini saya menghadapi masalah pengurusan masa semasa pdp agak kurang
memuaskan. Dimana dalam salah satu sesi pembelajaran minggu ini telah melebihi masa
yang telah ditetapkan dalam rancangan penagajaran harian. Buktinya, saya terlalu banyak
mengambil masa dalam langkah yang kedua semasa kelas jawi hingga menyebabkan tidak
hamper tidak sempat untuk melaksanakan aktivti pada seterusnya. Sekali gus menyebabkan
objektif yang ketiga mungkin sukar untuk dicapai.

2.0 ANALISIS ISU

Ketika proses pdp berjalan saya mengajar seperti yang dirancang seperti dalam RPH tetapi
saya tidak menitik beratkan masa yang telah diperuntukkan bagi setiap langkah pengajaran
seperti set induksi, langkah satu, duan dan tiga serta penutup. Saya tidak mengendahkan
minit yang telah diperuntukkan dan meneruskan pengajaran seperti biasa sehingga hamper
tidak sempat melakukan aktiviti yang seterusnya. Saya mengambil lebih masa untuk
menghabiskan sesi pembelajaran pada sesi tersebut.

3.0 KAJIAN LAMPAU

Menurut Korweit (1989), penegurusan masa adalah pengurusan dalam kawalan guru iaitu
pengunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Di mana, pengurusan masa amat penting
dalam proses pdp dan perlu diberi perhatian kepada aspek ini oleh setiap guru. Oleh itu,
seorang guru haruslah bijak memastikan pengurusan masa hendaklah mengikut disiplin yang
telah dirancang dalam sesuatu perkara.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengelakkan saya tidak mengunakan lebih masa dari yang telah diperuntukkan saya
mencadang beberapa langkah iaitu merancang dengan berkesan. Saya perlu menyediakan
senarai semak untuk setiap langkah supaya tidak ada yang tertinggal dalam perancangan
tersebut kerana dalam setiap aktiviti hendaklah diselesaikan pada waktu yang diperuntukkan.
Selain itu, saya perlu menyediakan jam randik untuk mencatat masa agar ketepatan masa
dalam setiap langkah mampu dicapai dengan baik. Langkah seterusnya, saya perlu
melaksanakan tugas secara efisen dan teratur agar setiap sesi pembelajaran dapat diikuti
oleh murid dalam keadaan selesa.

5.0 TEMPOH MASA

Proses ini sentiasa berterusan dari seamsa ke semasa bagi memastikan proses PdP dapat
berjalan lancar.

6.0 TINDAKAN SUSULAN

Setelah mengenalpasti kelemahan diri, saya telah membuat beberapa tindakan susulan untuk
memperbaiki kualiti pengurusan masa dalam sesi pembelajaran. Antaranya ialah, merancang
aktitviti yang efisen dan tidak terlalu padat sehingga mengambil masa yang lama untuk
melaksanakannya. Selain itu, saya juga akan memsatikan pelajar saya memasuki sesi
pembelajaran tepat pada waktunya agar masa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

……………………………………………….. ……………….……………………………
(NORAZILA BINTI OJEE ) (DARUS BIN MOHAMAD)
Tarikh: 04.09.2021 Tarikh: 04.09.2021

ISU REFLEKSI MINGGU 3

Murid Kurang Memberi Tumpuan Semasa PdP
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Saya mendapati beberapa orang murid dalam kelas tahun dua kurang
memberi tumpuan semasa PdP minggu ini berbanding pada minggu lepas. Hal ini
dapat dilihat apabila guru mengajar dan bertanyakan soalan dalam setiap aktiviti
PdP, kelihatan beberapa orang murid sedang bermain dan tidak memberi tumpuan
sepenuhnya kepada penerangan guru. Kemudian ada dikalangan mereka tidak
mengendahkan soalan yang ditanya oleh guru.

Analisis Masalah

Dalam sesi pembalajaran terdapat beberapa faktor yang menyebabkan murid
melakukan masalah ketika sesi pembelajaran. Hal ini dapat dilihat kemungkinan
murid kurang selesa semasa sesi pembelajaran. Boleh juga dikatakan mungkin
murid bosan dengan situasi pembelajaran yang kurang menyeronokkan
menyebabkan murid tidak mengambil perhatian semasa guru memeberi
penerangan. Menurut teori pelaziman klasik Watson, ianya mengatakan, sekiranya
terdapat sesuatu rangsangan maka ianya akan menimbulkan tindak balas.
Contohnya bahan ransangan yang digunakan oleh guru berkemungkinan kurang
menarik perhatian murid dan menyebabkan murid cepat meras bosan dan membuat
hal mereka sendiri. Ini adalah satu cabaran besar buat guru untuk mengubah situasi
pembelajaran agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Berdasarkan kepada
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, beberapa perkara telah
dikenalpasti :-

1. Segelintir murid tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar dan tidak
menjawab soalan ketika ditanya

2. Kekurangan dari sudut bahan bantu mengajar kurang menarik
3. Murid berasa bosan kerana keadaan kelas mendatar dan kurang ceria.

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang telah difikirkan, bagi mengatasi masalah
ini. Bagi memupuk semangat serta menggalakkan murid-murid supaya lebih aktif
dalam setiap sesi PdP, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penyelesaian
seperti berikut:

1. Guru perlu menyediakan aktiviti yang lebih ceria seperti menyanyi.
2. Merancang aktiviti mudah supaya semua murid dapat terlibat secara aktif.
3. Memperbaiki hubungan guru dan murid yang lebih mesra dan baik supaya

dapat membantu murid menumpukan perhatian sepenuhnya.

Menurut Sulaiman (1997) terdapat pelbagai cara guru untuk menarik perhatian murid ketika
proses pembelajaran berlangsung. Salah satu daripadanya adalah menggunakan alat bantu
mengajar yang menarik . Penggunaan alat abntu mengajar seperti gambar-gambar yang
menarik akan mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dan ianya bagi
memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat kepada murid. Selain itu, guru perlu bijak
memilih pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi membantu menarik perhatian
murid.

Tempoh

20 September hingga 20 September 2021 (2 minggu)

Tindakan Susulan

Antara tindakan yang saya lakukan, mengadakan aktiviti yang menarik pada sesi kelas
seterusnya seperti melibatkan fizikal seperti menari dan menyanyi mengikut keseusain
tajuk yang dibincangkan, selain itu, aktivti yang sukar akan dipermudahkan lagi
contohnya dibuat secara serentak seperti membaca bersama-sama bagi mengelak
berlakunya murid yang pasif di dalam kelas. Selain itu, saya akan memberikan sedikit
waktu untuk melakukan regangan bagi membebaskan tekanan murid semasa
menerima maklumat daripada guru. Hubungan guru dengn murid juga akan
dilaksanakan serta dipertingkatka seperti berbual dengan murid sekejap bertanyakan
boleh faham ataupun tidak.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
menarik perhatian murid untuk belajar. Ini telah dinyatakan dalam kajian yang telah
dilakukan oleh Abd. Karim (1994) guru mempunyai peranan penting dalam
menggunakan pelbagai kaedah yang menarik dalam sesi PdP. Ianya bertujuan untuk
memastikan murid berminat untuk mengikuti pelajaran tersebut.

Rujukan

1. Shah Bin Mohamed Arip, M. A. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani
Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu
Kajiankualitatif.



ISU REFLEKSI MINGGU 4

Masalah murid pasif semasa PdPR
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Pada tarikh (23 September 2021), saya menghadapi masalah murid pasif bagi kelas
tahun 2A. Kali ini saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam
kelas, terutamanya di dalam aktiviti semasa sesi pembelajaran berlangsung atas talian.
Masalah yang sangat ketara kerana terdapat seorang murid lelaki yang akan cuba
mengelakkan diri daripada membuat aktiviti dan menjawab soalan apabila ditanya.

Analisis Masalah

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil menjadi
punca masalah ini. Ini juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki
keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang
keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan
diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian lepas melaporkan terdapat
hubungan yang negatif di antara malu dengan penglibatan murid ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Crozier, 2001) Murid yang pemalu
mengalami masalah komunikasi, mengambil masa yang lama untuk memberi respon
serta kurang bercakap ketika aktiviti perbincangan di dalam kumpulan. Berdasarkan
kepada pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, beberapa perkara
telah dikenalpasti :-

1. Seorang murid lelaki tidak menjawab soalan serta tidak mahu melakukan
aktiviti semasa PdP berlangsung.

2. Murid berasa malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti dalam sesi
pembelajaran.

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang telah difikirkan, bagi mengatasi masalah
ini. Bagi memupuk semangat serta menggalakkan murid-murid supaya lebih aktif
dalam setiap sesi PdP, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penyelesaian
seperti berikut:

1. Sebagai guru saya perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada
murid agar dapat menanam keyakinan dalam diri mereka dan berani untuk
melibatkan diri untuk melakukan aktiviti di dalam sesi pembelajaran.uru perlu
menyediakan aktiviti yang lebih ceria seperti menyanyi.

2. Untuk memupuk semangat saya perlu memberi peneguhan seperti memuji atau
memberi hadiah kepada mereka agar mereka dapat melibatkan diri secara aktif
di dalam kelas. Menurut Sekiner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, dan ianya menyebabkan perlakuan
itu diulanggi atau diperkuatkan lagi.

3. Saya perlu merancang aktiviti berpusatkan murid untuk menarik minat dan
perhatian murid semasa proses pdp berlansung. Baiki hubungan guru dan murid
yang lebih mesra dan baik supaya dapat membantu murid menumpukan
perhatian sepenuhnya.

Menurut Suradi Salim (1987), menyatakan kebanyakkan pelajar mempunyai minat
untuk belajar sekiranya guru memainkan peranan yang penting dalam kelas,
contohnya melaksanakan aktiviti dengan menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai
supaya mampu meningkatkan minat pelajar itu sendiri.

Tempoh

27 September hingga 1 Oktober 2021 (1 minggu)

Tindakan Susulan

Antara tindakan yang saya lakukan, saya akan cuba melaksanakan penambahbaikan
dalam masa seminggu dimana saya perlu memantau dan memberi perhatian lebih
kepada murid yang pasif agar mereka tidak terus ketinggalan dan tidak merasa bosan
dalam sesi pembelajaran dimasa akan datang.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap guru haruslah memainkan peranan yang penting untuk
memastikan setiap pelajarnya tidak ketinggalan dalam mengakses pelajaran pada
setiap sesi pembelajaran berlangsung. Ini telah dinyatakan dalam kajian yang telah
dilakukan oleh Abd. Karim (1994) guru mempunyai peranan penting dalam
menggunakan pelbagai kaedah yang menarik dalam sesi PdP. Ianya bertujuan untuk
memastikan murid berminat untuk mengikuti pelajaran tersebut dan tidak mengulangi
sikap pasif semasa sesi pembelajaran. Guru juga sentiasa memberi galakkan serta
prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajarnya.

Rujukan

1. Shah Bin Mohamed Arip, M. A. (2014). FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI
PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU
KAJIAN KUALITATIF.

ISU REFLEKSI MINGGU 5

Masalah Masalah murid tidak menggunakan pakaian
sesuai ketika PdPR
Norazila bt Ojee
PDPP Pendidikan Islam

Pada tarikh (30 September 2021), saya menghadapi masalah murid tidak memakai
pakaian yang sesuai ketika mengikuti kelas secara atas talian. Kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah ini, terutamanya di dalam aktiviti semasa sesi pembelajaran
berlangsung atas talian, ada dikalangan murid tidak mengikuti etika pemakaian yang sesuai
untuk mengikuti kelas. Masalah yang sangat ketara kerana terdapat seorang murid lelaki
dan murid perempuan mereka menggunakan seluar pendek dan tidak memakai tudung
ketika kelas walaupun sudah diingatkan sebelum kelas berlangsung.

Analisis Masalah

Mengikut etika pemakaian, murid perlu berpakaian kemas ketika hadir ke sekolah,
ianya juga sama seperti pembelajaran dari rumah, dimana murid juga perlu berpakaian
kemas dan bersesuaian dengan etika pemakaian semasa sesi pembelajaran. Walaupun
tidak memakai pakaian seragam sekolah, murid dikehendaki memakai pakaian yang kemas
dan sopan. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan mereka menganggap bahawa mereka
berada di rumah dan tidak ke sekolah. Selain daripada itu, masalah ini juga adalah
disebabkan mungkin beberapa dikalangan ibu bapa murid tidak mengendahkan perkara
tersebut walaupun sudah diberitahu sehari sebelum kelas berlangsung. Hal ini akan
menyebabkan murid tidak mengikut etika pemakaian yang sepatutnya. Kajian-kajian lepas
melaporkan terdapat hubungan yang negatif di antara malu dengan penglibatan
murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Imam Malik pernah berkata kepada muridnya, “pelajarilah adab sebelum
mempelajari ilmu”, dan demikian pula dengan ulama-ulama lainnya yang
memerintahkan pada muridnya agar menguatamakan adab sebelum ilmu. Mengapa
demikian? Karena dengan beradab maka ilmu akan mudah diserap. Memakai
pakaian yang sopan merupakan salah satu adab yang sangat dituntut oleh Islam
terutama dalam solat dan juga menuntut ilmu. Berdasarkan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan, beberapa perkara telah dikenalpasti :-

1. Seorang murid lelaki memakai seluar pendek yang kurang sopan ketika
sesi pembelajaran atas talian berlangsung.

2. Terdapat murid perempuan yang tidak memakai tudung terutamanya sesi
pembelajaran kelas al-Quran.

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang telah difikirkan, bagi mengatasi masalah
ini. Bagi memupuk diri murid supaya sentiasa beradab dan berdisiplin dalam
mengamalkan etika pemakaian yang sopan serta dijadikan amalan berterusan dalam
kehidupan seharian, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penyelesaian
seperti berikut:

1. Sebagai guru saya perlu memberi nasihat kepada murid mengenai kepentingan
menjaga aurat dengan sempurna.

2. Selain itu, sebagai guru, saya harus sentiasa mengingati murid untuk berdisiplin
dalam mematuhi etika pemakaian setiap kali berada dalam urusan rasmi seperti
sesi pembelajaran walaupun pembejaran tersebut di rumah, namun mereka
perlu mematuhi etikan pemakaian seperti disekolah iaitu sopan dan menutup
aurat.

3. Guru perlu menyatakan juga perkara tersebut kepada ibu bapa penjaga agar
sama-sama dapat mengatasi masalah ini daripada berulang kembali.

4. Selain itu, sebagai dorongan kepada murid, saya selaku guru perlu memberi
contoh teladan yang baik kepada murid agar dapat menjadi ikutan kepada murid.

Menurut Azhani (2008), penampilan juga memainkan peranan penting dalam
membentuk personaliti guru. Sebagai seorang guru yang professional, mereka
perlulah menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian yang bersesuaian iaitu
berpakaian sopan. Ianya juga mampu mempengaruhi murid dalam berpakaian setiap
kali berlakunya sesi pembelajaran walaupun berada dirumah.

Tempoh

1 Oktober hingga 31 Oktober 2021 (1 bulan)

Tindakan Susulan

Antara tindakan yang saya lakukan, saya telah cuba melaksanakan penambahbaikan
di mana, saya meminta kerjasama dari ibubapa penjaga menyediakan pakaian yang
besesuaian semasa sesi pembelajaran berlangsung. Dalam masa seminggu dimana
saya perlu memantau dan memberi perhatian kepada murid agar mereka sentiasa
mematuhi arahan dan menjaga penampilan yang lebih sopan dari semasa ke samasa.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap guru haruslah memainkan peranan yang penting untuk
memastikan setiap pelajarnya harus berdisiplin dalam mematuhi arahan serta
mengamalkan adab berpakaian yang dianjurkan oleh Islam dalam kehidupan seharian.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan lahirnya insan hebat dalam menjaga syariat
Allah disamping mendapat ilmu yang bermanfaat. Ianya akan mampu melahirkan
murid yang akan memberi manfaat kepada agama, negara, masyarakat dan keluarga
sepertimana yang terdapat dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rujukan

1. Afifah, A. N. (2021). Konsep Adab Menuntut Ilmu Perspektif Syaikh Muhammad Syakir dalam
Kitab Washoya dan Relevansinya dengan Tujuan Pendidikan Islam (Doctoral dissertation, IAIN
PONOROGO).

ISU REFLEKSI MINNGU 6

Set Induksi Kurang Berkesan
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Pada tarikh (06 Oktober 2021), saya menghadapi masalah untuk menyesuaikan
penggunaan set induksi dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancangkan. Sebagai seorang guru pelatih, kami telah di ajar untuk memanfaatkan set
induksi tersebut dengan baik dan menarik dengan peruntukan masa sebanyak 5 minit.
Dalam masa 5 minit tersebut merupakan masa yang sangat berharga dan sesuai digunakan
untuk merangsang minat muird untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah ini,kerana murid kurang berminat untuk mengikuti sesi
pembelajaran pada kali ini dalam kelas al-Quran. Masalah yang sangat ketara kerana tidak
aktif dan merasa bosan pada mula sesi pembelajaran.

Analisis Masalah

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, tajuk pengajaran banyak mempengaruhi
bentuk set induksi yang bersesuaian. Contohnya dalam tajuk khatam al-Quran, guru boleh
memperdengarkan bacaan al-quran kepada murid atau menunujukkan video orang sedang
mengaji dengan tajwid yang betul. Walaupun idea tersebut sesuai dengan isi pelajaran, amun
ianya sukar untuk menarik minat murid dalam mengikuti pembelajaran seterusnya.

Namun begitu, masalah yang dihadapi bukanlah setakat masalah menyesuaikan set
induksi dengan tajuk atau isi pelajaran, tetapi ianya juga berlaku disebabkan oleh set induksi
yang kurang menarik dan ianya akan merosakkan seluruh rancagan PdP pada hari tersebut.
Hal ini kerana guru terlalu memikirkan untuk menjayakan pelaksanaan set induksi sehingga
pelaksanaan PdP lari dari perancangan yang sebenar.

.

Menurut kajian yang menyentuh tentang pengertian set induksi adalah Ishak et al
(2012). Para pengkaji ini telah menjelaskan set induksi sebagai kaedah atau cara
seseorang guru memulakan pengajaran. Mereka turut menyatakan bahawa induksi
merupakan tindakan dan penyataan guru yang bertujuan untuk menghubungkan pengalaman
murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu pelajaran. Secara amnya, induksi juga boleh
dirujuk sebagai pemanasan minda bagi para guru dan murid sebelum menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa pentingnya set induksi yang menarik
dan baik supaya mampu merangsang murid dengan lebih aktif untuk mengikuti pembelajaran
seterusnya.

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang telah difikirkan, bagi mengatasi masalah
ini. antaranya, pada peringkat awal guru perlu memahami objektif pembelajaran
dengan sebaik mungkin. Dimana dalam merancang set induksi yang sesuai dan
baik, guru perlu bijak dalam mengaitkan langkah satu dengan set induksi. Selain itu,
dalam set induksi juga guru harus memainkan peranan untuk merangsang murid
agar sentiasa aktif untuk mengikuti pembelajaran seterusnya, contohnya sentias
bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyatakan pelbagai idea agar
murid bersemangat untuk mengikuti sesi pembelajaran . menurut pandangan
Omardin Ashaari, 1997, beliau mengatakan pentingnya bagi guru untuk memastikan
murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk memulakan pembelajaran.
Ini kerana apabila murid memberi perhatian, barulah guru akan mudah untuk
memulakan sesi penagajaran.

Tempoh

11 Oktober hingga 15 Oktober 2021 (seminggu)

Tindakan Susulan

Menurut Ea Ah Meng (1987), beliau menyatakan set induksi adalah merupakan
kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan murid anda bagi mengikuti
sesi orientasi prapengajaran.

Berdasarkan takrifan yang diatas, boleh dikatakan bahawa set induksi adalah satu
cara memulakan pengajaran, dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting
untuk guru menyampaikan ideanya kepada murid dan menggalakkan murid sentiasa
berfikir tentang apa pembelajaran pada hari tersebut. Antara tindakan lain yang saya
lakukan, selaku guru saya akan cuba membuat kelainan pada set induksi agar murid
tidak merasa bosan, contohnya membawa elemen-elemen yang mengejutkan supaya
murid teruja untuk tersu mengikuti pembelajaran yang hendak disampaikan oleh guru..
Dalam masa seminggu dimana saya perlu memberi perhatian kepada set induksi agar
dapat menambahbaik dan sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya,set induksi diibaratkan seperti memulakan sesuatu dengan
penuh keyakinan dang mengharap pada kemengana. Set induksi ini juga akan mampu
memberi hala tuju seseorang guru semasa mengajar. Sesungguhnya, sudah memadai
bagi sesorang guru menyediakan set induksi yang ringkas tetapi bermakna kerana
ianya dapat memberikan impak yang besar kepada keseluruhan PdP di dalam kelas.

Rujukan

1. Sandy, S., Jobar, N. A., Rusli, N. F. M., & Adam, N. F. M. (2021). Tinjauan
Pengetahuan, Faktor Dan Kesan Pelaksanaan Set Induksi Dalam Kalangan Mahasiswa
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asian Pendidikan, 2(1), 9-18.

ISU REFLEKSI MINGGU 7

Murid Bercakap semasa PdP Berlansung
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Pada tarikh (14 Oktober 2021), saya menghadapi masalah berkenaan murid
bercakap apabila guru atau rakannya yang lain membaca ayat-ayat al-Quran. Ianya
menyebabkan keadaan agak bising dan bacaan rakannya kurang jelas untuk didengar.
Terdapat beberapa orang murid yang bercakap dan dikenalpasti semasa kelas berlangsung
dan guru telah memberi teguran namun perkara tersebut masih berulang. Hal ini ternyata
mengganggu perjalanan aktivti yang telah dirancang oleh guru serta mengganggu rakan
yang untuk memberi fokus semasa PdP berlangsung.

Analisis Masalah

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, murid-murid akan bercakap sekiranya
mereka tidak terlibat dengan aktiviti tersebut, mereka akan mencari peluang untk mereka
bercakap dengan rakannya walaupun murd yang lain tengan membaca ayat al-Quran. Selain
itu, dapat dilihat mereka bersikap terlalu aktif menyebabkan mereka akan sentiasa mahu
bercakap dan membuat bising. Walaupun guru telah menegur, namu mereka hanya diam
hanya untuk seketika kemudian mengulangi lagi perbuatan tersebut. Hal ini jga mungkin
berlaku kerana kelemahan guru juga, iaitu tidak tegas dalam memberi teguran dan murid
menganggap ianya satu percakapan biasa dan bukan teguran secara tegas. Hubungan guru
juga terlalu rapat dengan murid menyebabkan mereka kurang rasa takut bila ditegur,
tambahan mereka berada dalam kediaman mereka sendiri.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Garner dan Hill (1995), tingkah laku
disruptif seperti membuat bising di dalam kelas akan memberikan kesan yang tidak baik pada
sesi pembelajaran tersebut, seperti menjejaskan fokus murid-murid dan pemebelajaran
mereka serta menjadi penghalang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti yang telah
dirancang. Ini menegaskan bahawa perbuatan bercakap atau bising semasa PdP akan banyak
menjejaskan kelicinan perjalanan aktiviti yang telah dirancang sekaligus sukar untuk mencapai
objektif pembelajaran sepertimana yang telah dirancang.

Cadangan

Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa
cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama
sekali, saya akan membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta
berkuatkuasanya sepanjang waktu pembelajaran. Apabila terdapat murid-murid yang
mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada sistem peraturan saya untuk
memberi dendaan supaya bersifat adil dan saksama.

Keduanya, saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila
terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana
kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan
kesannya. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan
penguasaan peraturan dalam apa jua. Seterusnya, saya akan memberi pengukuhan positif
kepada murid-murid yang sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah. Contoh pengukuhan
positif ialah kata-kata pujian, token, dan sebagainya.

Tempoh

18 Oktober hingga 5 November 2021 (2 minggu)

Tindakan Susulan

Daripada pengalaman menggunakan Model Canter “assertive discipline”, guru yang
asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang.
Kegarangan dan ketidak konsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma
psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang
dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Kadang-
kadang saya juga akan memarah murid-murid saya disebabkan kebisingan mereka. Jadi,
saya berasa saya mesti mengubah sikap saya yang tidak sabar tersebut.

Sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberi tunjuk ajar
dari menyampai pengetahuan atau adab menuntut ilmu, agar mereka sentias ingat bahawa
adab adalah penting untuk kehidupan seorang muslim. Saya harus menimba banyak lagi ilmu
dan pengalaman dari pensayarah dan guru pembimbing tentang bagaimana untuk mengawal
situasi kelas supaya ianya dapat berjalan dengan lancar

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, murid bercakap semasa guru mengajar atau rakannya sedang
membaca bukan merupakan sesuatu yang asing dalam kalangan murid yang
umumnya masih lagi kanak-kanak. Sudah menjadi sifat semulajadi kanak-kanak untuk
aktif dan menonjolkan diri. Namun hal yang demikian akan menimbulkan satu masalah
pada sesi pembelajaran sekiranya ianya tidak dapat dikawal dengan baik. Oleh itu
besar peranan eorang guru bagi memastikan murid mendapat akses pembelajaran
secukupnya dan memastikan sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Sekarang saya
faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu. Guru adalah seperti tukang
masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan
tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain. Semua ini saling
bergantung bagi memastikan kesempurnaan dapat dicapai.

Rujukan

1. Apak, J., & Taat, M. S. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru
dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 3(3), 64-79.

ISU REFLEKSI MINGGU 8

Kurang Idea Yang menarik
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Pada tarikh (20 Oktober 2021), pada minggu kelapan praktikum berlangsung saya
mengalami masalah kritikal iaitu kekurangan idea yang menarik untuk menyediakan
perancangan mengajar. Contohnya, saya kekuarangan idea untuk merancang aktiviti yang
boleh menarik perhatian pelajar khususnya dalam pelajaran khatam al-Quran. Menurut
pendapat saya, kaedah tunjuk cara merupakan kaedah sesuai untuk memastikan murid
dapat membaca dan menyebut ayat al-Quran dengan betul. Namun, disebabkan aktiviti
pembelajaran yang agak sama pada setiap minggu hanya sedikit perubahan dan ianya tidak
membantu sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Saya mengetahui bahawa sebagai
guru harus fleksibel menggunakan banyak kaedah lagi bagi memastikan murid berminat
untuk mengikuti kelas secara berterusan. Namun saya menghadapi masalah kekurangan
idea untuk menyediakan aktiviti yang menarik.

Analisis Masalah

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, masalah ini menyebabkan saya agak tidak
berpuas hati dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya mengetahui,
bahawa penjanaan idea yang menarik dalam strategi pengajaran sangat penting bagi
memastikan sesuatu pembelajaran tersebut jadi bermakna kepada semua murid. Saya
merasakan, masalah in perlu dibendung dengan segera memandangkan guru akan sentiasa
berkhidmat sepanjang masa. Hal ini akan memberi impak besar sekiranya guru mampu
memikirkan strategi yang kreatif untuk murid seronok dan mendapat akses dalam setiap
pembelajara. Sebagai guru harus memikirkan langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah
tersebut.

Menurut kajian Kementerian Pelajara Malaysia (2015) untuk menjadi seorang guru
yang cemerlang, seorang guru tersebut hendaklah kreatif dalam merancang pembelajaran
yang bermakna kepada murid dan juga sentiasa bermotivasi tinggi dalam menjalankan tugas.
Ini bermakna untuk menjadi seorang guru yang berkualiti, guru seharusnya melakukan apa
sahaja yang mereka mampu untuk menghasilkan pengajaran yang efektif.

Cadangan

Setelah menilti segala punca masalah ini berlaku, bagi memastikan masalah ini tidak
berlaku lagi, saya telah mengenalpasti beberapa langkah yang sesuai iaitu, melakukan
sumbangsaran bersama rakan guru untuk berbincang mengenai langkah atau beberapa aktiviti
yang menarik untuk dikongsikan kepada murid dimasa akan datang. Selain itu, saya juga
membuat pemerhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru lain, hal ini dapat
membantu saya dalam mencetus idea dan inovasi baru yang belum pernah saya lakukan
semasa sesi pembelajaran. Dapatan yang diperoleh dari pemerhatian tersebut akan
digunakan sebagai penambahbaikan dimasa akan datang.

Disamping itu juga, saya mesti melakukan langkah awal iaitu menyediakan peta
minda tentang strategi atau kaedah yang sesuai digunakan untuk sesi pembelajaran dari
semasa ke semasa. Saya juga perlu memikirkan tengtang beberapa aktiviti yang menarik
supaya dapat digabungkan dengan aktiviti yang sedia ada. Hal ini dapat membantu
menjadikan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Langkah yang terakhir ialah, saya akan
meminta pendapat kepada guru pembimbing dan juga pensyarah penyelia dengan
menghantar terlebih dahulu RPH untuk disemak sebelum digunakan untuk mengajar. Dengan
adanya usaha ini, sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan idea baru untuk
diaplikasikan pada sesi pembelajaran yang akan datang.

Tempoh

20 Oktober hingga 30 November 2021 (10 hari)

Tindakan Susulan

Sebagai tindakan susulan, saya akan mula berbincang dengan rakan guru sekaligus
meminta kebenaran untuk membuat pemerhatian semasa dia mengadakan PdP. Selain itu,
saya akan sentiasa terus untuk menghubungi guru pembimbing dan pensyarah untuk
bertanyakan pengalaman dan meminta tunjuk ajar tentang idea melaksanakan aktiviti yang
menarik bagi mengatasi masalah ini dapat dibendung.

Dengan adanya usaha ini saya dapat mengatasi masalah ini sedikit demi sedikit
sehingga mampu menjadikan perubahan yang besar dalam sesi pembelajaran. Saya yakin
dengan semua langkah yang telah dicadangkan dan cuba diaplikasikan serta mendapat
kerjasama dari semua pihak masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera. Selain itu,
sebagai seorang guru juga perlu memperbanyakkan bacaan berkaitan strategi bagi menjana
idea-idea baru untuk memastikan setiap sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
menyeronokkan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan sekiranya guru sentiasa
bersedia dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah sentiasa
memastikan segala perancangan pengajaran hendaklah dirancang dengan sebaik mungkin
untuk memastikan murid seronok dan bersemangat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Hal ini
kerana sekiranya pengajaran yang dilakukan krang menyeronokkan ianya akan menyebabkan
pengajaran guru menjadi kurang berkesan.

Rujukan

1. Naim, B.(2019). Keberkesanan Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan
Dalam Pdp Bahasa Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

ISU REFLEKSI MINGGU 9

Masalah Murid Tidak Melengkapkan
Lembaran Kerja
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Pada tarikh (27 Oktober 2021), masalah ini berlaku apabila saya memberikan tugasan luar
talian kepada murid. Pada minggu ini didapati ramai yang tidak menghatar lembaran kerja
khususnya aktiviti menulis dalam buku aktivti dalam pelajaran ulum, saya mendapati mereka
tidak menyiapkan latihan yang diberikan yang terdapat didalam buku aktiviti. Perkara ini agak
jarang berlaku kerana sebelum ini saya memberi tugasan melalui aktiviti gamifikasi. Oleh itu,
ramai murid telah menghantar tugasan pada minggu sebelumnya berbanding pada minggu ini.

Perkara ini membuatkan saya rasa sedikit kecewa kerana saya menyangkakan murid
dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
seperti sebelum ini namun, saya mendapati hampir semua daripada mereka membuat kerja
sambil lewa dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya mendapati segelintir murid tidak
berminat untuk menulis latihan dalam buku latihan berbanding dengan aktiviti secara atas
talian sebelum ini.

.
Analisis Masalah

Terry D. TenBrink (1974) ada menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya
digunakan dalam membuat keputusan. Ini membuktikan bahawa murid perlu membuat latihan
pengukuhan untuk memastikan mereka benar-benar memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Dengan adanya latihan pengukuhan tersebut, guru dapat membuat
penilaian terhadap tahap pencapaian murid dalam menguasai sesuatu ilmu tersebut.

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, masalah ini mungkin kerana murid tidak
bermint untuk menulis secara manual kerana murid lebih beminat untuk membuat latihan
secara atas talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti Quizizz, Kahoot,
Liveworksheet dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya mendapati murid yang lemah
ini terlalu bergantung kepada guru bagi mendapatkan sesuatu jawapan dan menyebabkan
mereka tidak membuat tugasab kerana tidak memahami kehendak soalan yang terdapat
dalam buku aktiviti tersebut.

Cadangan

Setelah menilti segala punca masalah ini berlaku, bagi memastikan masalah ini tidak
berlaku lagi, saya telah mengenalpasti beberapa langkah yang sesuai iaitu, saya hendaklah
mengekalkan latihan pengukuhan berbentuk atas talian dan konsep gamifikasi agar ianya
mampu menarik minat murid untuk melaksanakan tugasan dengan segera dan guru dapat
membuat penilaian ringkas berkaitan tahap pencapaian murid berdasarkan topik yang
dipelajari.

Disamping itu juga, saya mesti memberi peneguhan positif kepada murid seperti
memuji. Contohnya seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka
dan memberi ganjaran hadiah kepada mereka yang telah menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, bagi memudahkan murid untuk melaksanakan tugasa saya perlu memberikan
penerangan kepada murid tentang kehendak soalan dengan jelas dan ringkas.

Tempoh

28 Oktober hingga 5 November 2021

Tindakan Susulan

Sebagai tindakan susulan, saya akan sentiasa membina soalan yang ringkas dan
mudah untuk memastikan murid dapat memahami isi pelajaran tersebut. Memandangkan
murid sentiasa bersahabat dengan gadjet, soalan yang dibina tersebut hendaklah dimasukkan
ke dalam aplikasi gamifikasi bagi menggalakkan murid sentiasa memberi respon yang sangat
baik dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha
keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan
dan kerja rumah murid.

Selain itu, saya akan sentiasa meminta kerjasama dengan ibu bapa murid untuk
memastikan mereka sentiasa melaksanakan apa-apa tugasan walaupun mereka tidak berada
disekolah. Dengan adanya pemantauan dari ibu bapa ini juga sedikit sebanyak membantu
murid untuk terus mendapat akses dalam pembelajaran.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan sekiranya guru sentiasa
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Sememangnya sudah
menjadi tanggujawab guru untuk cakna kepada masalah murid dan bertindak segera untuk
mengatasi masalah tersebut supaya dapat mengelakkan murid tercicir dalam pembelajaran.
Sekiranya murid yang tidak mahu menghantar tugasan tersebut, jalan terkakhir adalah guru
harus menghubungi pelajar melalui panggila telefon dan membuat penilaian secara
komunikasi dan murid hanya menjawab melalui liasan sahaja. Hal ini sediki sebanyak
membantu murid tersebut supaya tidak ketinggalan dala pelajaran.

Rujukan

1. Hamzah, M. A., & Osman, F. (2020). Persepsi Pelajar Terhadap Manfaat dan
Keinginan Menggunakan Snake & Ladder Digital Game Board dalam
Pembelajaran Berasaskan Permainan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 126-134.

ISU REFLEKSI MINGGU 10

Kaedah Penerangan Kurang Membantu
Pengajaran Bidang Adab
Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah
Pada tarikh (3 November 2021), saya mendapati kaedah penerangan yang digunakan

ketika sesi pengajaran bidang adab iaitu konsep bersyukur. Setelah saya
menerangkan tentang adab mencintai rasul contohnya mengamalkan sunah rasul
murid kurang memahami istilah sunah yang dimaksudkan. Hal ini menyebabkan murid
kurang memahami beberapa isi pelajaran. Saya juga mengambil masa yang agak
lama bagi memastikan murid benar-menar memahami isi pelajaran pada hari tersebut.
.

Analisis Masalah
Pengajaran bidang Adab pada kebiasaanya memerlukan murid untuk

memahami sesuatu fakta ataupun kaedah mengamalkan adab tersebut dalam
kehidupan seharian. Di dalam pengajaran saya, saya menyedari bahawa saya telah
banyak menggunakan kaedah penerangan. Di dalam kaedah ini, pengajaran saya
hanya memberikan isi – isi pengajaran tanpa murid memahami bagaimana untuk
mengamalkan adab mencintai rasul dalam kehidupan seharian. Sebagaimana yang
kita tahu pengajaran bidang adab adalah satu bidang yang menekankan kepada
amalan yang penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian khususnya
mencontohi dan mengamalkan sunnah nabi. Oleh itu, saya merasakan murid hanya
mendapat isi pelajaran tanpa mendalami dan mengambil iktibar daripada adab
mengasihi rasul.

Berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan,
beberapa perkara telah dikenalpas iaitu, kaedah penerangan yang digunakan ketika
sesi pengajaran bidang Adab mengasihi Rasul kurang berkesan dimana murid kurang
berminat dan sukar untuk memahami bagaimana untuk mengaplikasikan adab
mengasihi rasul dalam kehidupan seharian.

Cadangan

Pembelajaran di dalam bidang Adab kebiasaannya memerlukan guru untuk
memperbanyakkan aktiviti bercerita dan memberi contoh yang sesuai dengan situasi
kehidupan murid berasaskan fakta–fakta isi pelajaran. Kekurangan kaedah bercerita
dan memberi contoh yang sesuai di dalam bidang adab akan menyebabkan murid
kurang berminat dengan isi pelajaran sekaligus akan menyukarkan murid untuk
mengingat fakta – fakta yang penting. Di samping itu, dengan melaksanakan kaedah
bercerita dan memberi contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid juga
akan menjadikan murid lebih seronok dan berminat untuk mengetahui adab
bagaimana untuk mengasihi rasul dan kenapa perlu untuk kita mengasihi rasul dalam
kehidupan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan video simulasi yang sesuai untuk
menjadikan pengajaran lebih menarik. Video simulasi yang digunakan haruslah
menepati syariah dan fakta yang ada di dalam video tersebut mestilah tepat dan tidak
bercanggah dengan sumber hadis dan al-Quran. Oleh yang demikian, langkah-
langkah yang akan saya ambil bagi memperbaiki kelemahan ini adalah seperti :

1. Guru akan memperbanyakkan kaedah bercerita dan melakukan simulasi
dalam mencontohi sesuatu perkara sunnah sebagai tanda mengashi rasul
kita.

2. Guru akan menggunakan beberapa bahan bantu mengajar seperti video
simulasi untuk membantu menarik minat murid dan menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan.

Menurut Mak Moon Song (2009), beberapa kemahiran perlu dihayati oleh guru
apabila menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar. Kemahiran tersebut seperti
memilih cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran, bercerita dengan bersahaja
tanpa melihat nota, menggunakan intonasi yang sesuai dengan jalan cerita dan watak
yang terlibat, melibatkan murid semasa sesi bercerita, menggunakan perkataan yang
mudah, membuat rumusan pada akhir sesi bercerita. Oleh itu, dalam pengajaran
bidang Adab guru perlu menguasai bagaimana adab mengasihi rasul dengan
melaksankannya dalam kehidupan seharian agar tidak terpesong daripada fakta
sebenar.

Tempoh

3 Oktober hingga 5 November 2021

Tindakan Susulan

Sebagai tindakan susulan, saya akan saya akan memastikan saya merancang dan
menggunakan kaedah yang sesuai untuk melaksankan sesuatu aktiviti dalam sesi
pembelajaran. Hal ini dalah untuk memastikan urid mudah untuk memahami isi pelajaran dan
boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, untuk bidang adab saya juga
harus melakukan sendiri adab tersebut terlebih dahulu agar ianya mampu manjadi contoh dan
teladan kepada murid, ianya seiring dengan matlamat seoarang guru yang professional iaitu
menjadi suru teladan kepada murid-muridnya.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan sekiranya guru sentiasa

membuat persediaan yang baik serta sentiasa menyediakan aktiviti pembelajaran yang
menarik dan berkesan supaya mampu mencapai objektif yang telah dirancang dalam
rancangan pengajaran. Oleh itu, sebagai sorang guru yang professional guru perlulah
menitikberatkan hal yang berkaitan dengan kaedah, strategi dan teknik yang sesuai dalam sesi
pembelajaran supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan bermanfaat
kepada murid.

Rujukan

1. Mak Moon Song. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran. Multimedia Sdn.
Bhd.



BIL TARIKH CATATAN KEMAJUAN

TAJUK

1 23 - 27 Ogos Masalah pelajar yang kurang memberi Sebag

perhatian dan meng

berbuat bising semasa PdP murid

berlangsung. pemb

Selain
pertol
mema
pengg
khusu
suara
penje

2 30 Ogos - 3 Pengurusan Masa Saya
untuk
September yang
terseb

N TINDAKAN SUSULAN

CADANGAN TINDAKAN CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN

SUSULAN

gai seorang guru, saya akan Saya telah cuba mengatasi masalah ini

gadakan taklimat ringkas kepada dalam beberapa kelas berikutnya, iaitu

d sebelum memulakan sesi memberi taklimat sebelum memulakan

belajaran. kelas secara online dan mengajar muri

bagaimana menggunakan Google Meet

n itu, saya juga harus meminta sekiranya tidak diminta untuk bercakap.

longan kepada ibu bapa agar dapat

antau anak dan mengajar cara Selain itu, saya menghubungi pelajar

gunaan Google Meet agar yang mengadu tidak faham berkaitan

usnya mematikan simbol pembesar dengan topik pembelajaran secara

a semasa guru memberi peribadi untuk memberi tunjuk ajar

elasan. secara jelas. Akhirnya ianya mampu

menyelesaikanmasalah ketidakfahaman

murid terhadap tajuk pada sesi

pembelajaran tersebut.

perlu menyediakan senarai semak Merancang aktitviti yang efisen dan tidak

k setiap langkah supaya tidak ada terlalu padat sehingga mengambil masa

tertinggal dalam perancangan yang lama untuk melaksanakannya.

but kerana dalam setiap aktiviti

3 6 - 10 September Murid Kurang Memberi Tumpuan henda
Semasa PdP yang

seteru
tugas
setiap
oleh m

Guru
lebih

Meran
semu

Memp
murid
supay
menu

4 20 - 24 September Masalah murid pasif semasa PdPR Memb
murid
dalam

aklah diselesaikan pada waktu Selain itu, saya juga akan memsatikan

diperuntukkan. pelajar saya memasuki sesi

pembelajaran tepat pada waktunya agar

usnya, saya perlu melaksanakan masa yang dirancang dapat

s secara efisen dan teratur agar dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

p sesi pembelajaran dapat diikuti .

murid dalam keadaan selesa.

perlu menyediakan aktiviti yang Mengadakan aktiviti yang menarik pada

ceria seperti menyanyi. sesi kelas seterusnya seperti

melibatkan fizikal seperti menari dan

ncang aktiviti mudah supaya menyanyi mengikut kesesuaian tajuk

ua murid dapat terlibat secara aktif. yang dibincangkan,

perbaiki hubungan guru dan Selain itu, aktivti yang sukar akan
d yang lebih mesra dan baik dipermudahkan lagi contohnya dibuat
ya dapat membantu murid secara serentak seperti membaca
umpukan perhatian sepenuhnya. bersama-sama bagi mengelak
berlakunya murid yang pasif di dalam
beri sokongan dan motivasi kepada kelas.
d agar dapat menanam keyakinan melaksanakan penambahbaikan dalam
m diri mereka. masa seminggu dimana saya perlu
memantau dan memberi perhatian lebih
kepada murid yang pasif agar mereka
tidak terus ketinggalan dan tidak merasa

memb
atau m
agar m
secara

Mera
untuk
murid

5 27 September - 1 Masalah murid tidak menggunakan Sebag
kepad
Oktober pakaian sesuai ketika PdPR menja

sentia
berdis
pema
urusa
walau
rumah
etikan
sopan

beri peneguhan seperti memuji bosan dalam sesi pembelajaran dimasa
memberi hadiah kepada mereka akan datang.
mereka dapat melibatkan diri
a aktif di dalam kelas.

ancang aktiviti berpusatkan murid
k menarik minat dan perhatian
d semasa proses pdp berlansung

gai guru saya perlu memberi nasihat melaksanakan penambahbaikan di

da murid mengenai kepentingan mana, saya meminta kerjasama dari
aga aurat dengan sempurna ibubapa penjaga menyediakan pakaian
yang besesuaian semasa sesi

asa mengingati murid untuk pembelajaran berlangsung.

siplin dalam mematuhi etika memantau dan memberi perhatian
akaian setiap kali berada dalam kepada murid agar mereka sentiasa
an rasmi seperti sesi pembelajaran mematuhi arahan dan menjaga
upun pembejaran tersebut di penampilan yang lebih sopan dari

h, namun mereka perlu mematuhi semasa ke samasa.

n pemakaian seperti disekolah iaitu

n dan menutup aurat.

6 4 - 8 Oktober Set Induksi Kurang Berkesan Guru
pemb

guru h
meran
untuk

7 11 - 15 Oktober Murid Bercakap semasa PdP Memb
Berlansung yang
berku
8 18 - 22 Oktober Kurang Idea Yang menarik pemb

Bersif
teruta
murid
darjah
melak
rakan
langka


Click to View FlipBook Version