The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 01:14:12

MP 1.2.5A TD Ilmu Medan Perang

MP 1.2.5A TD Ilmu Medan Perang

TERHAD

TERHAD

MMP 1.P2.5A1.T2D.5A TD

ILMU MEDAN PERANG
(SEMENTARA)
2009

i
TERHAD

TERHAD

Manual Tentera Darat TERHAD
No: MP: 1.2.5A TD
Markas Latihan Tentera DMarPat1.2.5A TD
KUALA LUMPUR, Disember 2009

ILMU MEDAN PERANG Muka Surat
KANDUNGAN
Perenggan ii
iii
Syarat-syarat Edaran iv
Kata-kata Aluan v
Prakata vi
Sijil Pindaan viii
Glosari xi
Kandungan
Rujukan

BAB 1 101 1-1
102 1-1
PENGENALAN 104 1-2
111 1-3
Seksyen

1. Am
2. Objektif
3. Ilmu Medan Perang
4. Rumusan

BAB 2

PERSIAPAN DAN KEMAHIRAN
PERSEORANGAN

Seksyen

1. Am 201 2-1
2. Pakaian dan Kelengkapan Perseorangan 202 2-1
3. Penyamaran 206 2-8
4. Perlindungan dan Penyembunyian 211 2 - 10
Perseorangan
5. Pemerhatian 213 2 - 14
6. Mengenal Bunyi 216 2 - 17
7. Rumusan 222 2 - 19

viii
TERHAD

TERHAD

BAB 3 MP 1.2.5A TD

KAWALAN PERGERAKAN 3-1
3-1
Seksyen 3 - 16
3 - 23
1. Am 301 3 - 25
2. Isyarat Senyap Medan 302
3. Pergerakan dengan Senjata 305 4-1
4. Melintas Halangan 308 4-1
5. Rumusan 316 4-3
4-6
BAB 4 4-8
4 - 11
MENEMBAK SASARAN 4 - 12

Seksyen 5-1
5-1
1. Am 401 5-5
2. Mengagak Jarak 402 5 - 10
3. Menunjuk Sasaran 405 5 - 15
4. Mengesan Sasaran 407
5. Perintah Kawalan Tembakan 409
6. Kad Jarak 415
7. Rumusan 419

BAB 5

KEMAHIRAN DI MEDAN

Seksyen

1. Am 501
2. Mendirikan Khemah 502
3. Simpulan Tali dan Ikat Mengikat 509
4. Pelampung 513
5. Rumusan 515

ix
TERHAD

TERHAD

BAB 6 MP 1.2.5A TD

KEMAHIRAN DI WAKTU MALAM 6-1
6-1
Seksyen 6-4
6-7
1. Am 601
7-1
2. Penglihatan dan Pemerhatian Waktu Malam 602 7-1
7-3
3. Pergerakan Perseorangan di Waktu Malam 607 7-5

4. Rumusan 613 8-1
8-1
BAB 7 701 8-2
703 8-4
SENTRI 706 8-6
710
Seksyen 9-1
9-1
1. Am 9-2
2. Tanggungjawab dan Penempatan Sentri 9-5
3. Mencabar dan Kata Jodoh 9-6
4. Rumusan

BAB 8

TINJAUAN RAPAT

Seksyen

1. Am 801
2. Prinsip-Prinsip dan Persiapan 802
3. Perolehan Maklumat 803
4. Jenis-Jenis Tinjauan Rapat 805
5. Rumusan 807

BAB 9

LATIHAN ILMU MEDAN PERANG

Seksyen

1. Am 901
2. Panduan Jurulatih 902
3. Pengendalian Ilmu Medan Perang 903
4. Validasi Selepas Latihan 912
5. Rumusan 915

x
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Maklumat yang terkandung di dalam manual ini tidak boleh diberi dengan
secara langsung atau tidak langsung kepada akhbar atau kepada sesiapa
yang tidak berhak menerimanya.

ILMU MEDAN PERANG
(SEMENTARA)
2009

i
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

SYARAT­SYARAT EDARAN 

1. Manual ini mengandungi maklumat yang berdarjah.

2. Manual ini mestilah dilindungi di bawah peraturan standard keselamatan
yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi maklumat yang mempunyai darjah yang
sama.

3. Manual ini tidak boleh diberi kepada negara lain tanpa kebenaran bertulis
Kementerian Pertahanan.

4. Manual ini tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada tujuan
ketenteraan.

5. Manual ini tidak boleh didedahkan kepada organisasi bukan berbentuk
keselamatan melainkan diberi kebenaran oleh Kementerian Pertahanan.

ii
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

KATA-KATA ALUAN

Manual ini diterbitkan untuk memberi panduan asas mengenai kemahiran Ilmu
Medan Perang (IMP) yang perlu dimiliki oleh warga Tentera Darat (TD) semasa
berada di medan pertempuran. Pengetahuan IMP yang mendalam dan pengaplikasian
amatlah penting agar operasi daratan terlaksana dengan jayanya. Selain itu,
maklumat-maklumat yang terkandung di dalam manual ini hendaklah diikuti dengan
penuh dedikasi, komited serta menerapkan mutu dan nilai disiplin yang tinggi semasa
melaksanakan tugas operasi. Justeru, kemahiran mengaplikasikan IMP dengan betul
di medan merupakan faktor utama ke arah kejayaan misi operasi darat yang
dilaksanakan oleh pasukan tempur dan lain-lain pasukan TD.

Manual ini hendaklah dibaca dan difahami sepenuhnya oleh semua warga TD
yang terlibat secara langsung dengan tugas operasi agar mereka dapat melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Segala butiran yang terkandung di
dalam manual ini berkaitan IMP hendaklah dijadikan panduan utama dan diikuti demi
mengekalkan prestasi TD di medan pertempuran. Di samping itu, prinsip-prinsip
peperangan, pertimbangan asas operasi dan faktor-faktor penting lain hendaklah juga
diadaptasikan mengikut keadaan serta kesesuaian operasi.

Manual ini merupakan manual kajian semula yang menggantikan manual
terdahulu iaitu T 3212 – Phamplet Ilmu Medan Perang. Manual ini perlu dibaca
bersama dengan publikasi lain seperti Meronda dan Mengesan (MP 1.2.9A TD) dan
Panduan Ketua Seksyen Infantri (MM 1.1.2A TD). Justeru, segala maklumat yang
diperolehi hendaklah guna pakai secara menyeluruh demi menentukan operasi daratan
berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Manual ini hendaklah dikemaskinikan
dari masa ke semasa agar isi kandungannya tepat, relevan dan sesuai digunakan pada
sebilang masa.

Markas Tentera Darat
Kementerian Pertahanan

Dikeluarkan Dengan Perintah

TAN SRI MUHAMMAD ISMAIL BIN HJ JAMALUDDIN
Jeneral
Panglima Tentera Darat

iii
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

PRAKATA

Manual bertajuk Ilmu Medan Perang (IMP) ini diterbitkan bertujuan untuk
memberi maklumat berkaitan kemahiran penyamaran, mengenal dan menembak
sasaran serta keupayaan bergerak pada waktu malam tanpa dikesan seteru. Penjelasan
terhadap aspek kemahiran di medan amatlah penting agar pasukan tempur dapat
melaksanakan operasi mereka dengan berkesan. Manual ini boleh dijadikan sebagai
panduan dan rujukan utama kepada semua pegawai dan anggota TD terutamanya
kepada pasukan tempur yang menjalankan operasi darat. Dengan adanya manual ini
sekali gus ia dapat membantu mereka dalam melaksanakan tugas-tugas operasi di
medan peperangan dengan lebih berjaya.

Manual ini telah disusun dalam Sembilan Bab yang pada amnya menerangkan
mengenai kepentingan IMP dan manfaat yang diperolehi sekiranya memiliki
kemahiran ini. Bab Satu dan Dua manual ini menjelaskan mengenai Objektif IMP,
Penyamaran, Penyembunyian, Pemerhatian dan Mengenal Bunyi yang mana ini
merupakan faktor asas IMP. Bab Tiga menjelaskan dengan terperinci mengenai aspek
Kawalan Pergerakan dengan menumpukan penerangan isyarat senyap dan melintasi
halangan agar pergerakan pasukan tempur menjadi lebih teratur. Bab Empat
mengutarakan perihal Menembak Sasaran meliputi kaedah mengagak jarak, menunjuk
dan mengesan sasaran agar segala tindakan susulan dapat diambil dengan baik. Bab
Lima menumpukan penjelasan terhadap kemahiran IMP di Medan dengan penjelasan
umum cara mendirikan khemah, simpulan tali pengikat dan membuat pelampung. Bab
Enam menjelaskan Kemahiran IMP Waktu Malam agar segala pergerakan dan
pemerhatian dapat dilakukan dengan baik tanpa dikesan seteru. Bab Tujuh memberi
tumpuan terhadap aspek Sentri yang mana kaedah ini diguna pakai dalam menentukan
keselamatan anggota di medan. Bab Lapan menjelaskan cara melakukan Tinjauan
Rapat agar maklumat yang diperolehi tepat dan betul. Pada Bab Sembilan pula
penerangan diberikan mengenai kepentingan Latihan IMP dengan menekankan
bahawa kemahiran ini hendaklah sentiasa dikekalkan sentiasa dan dipelajari oleh
setiap warga TD.

Pemahaman yang mendalam terhadap manual ini dapat membantu pasukan
tempur di medan perang mencapai kejayaan lebih cemerlang. Di samping itu, semua
anggota TD harus mematuhi sepenuhnya kaedah dan penggunaan IMP dengan betul
sekali gus dapat menjamin keberkesanan operasi. Secara amnya, kejayaan mutlak
operasi daratan secara langsung mengharapkan kepada kesungguhan warga TD
mengaplikasikan IMP dalam misi memusnahkan seteru. Justeru, usaha yang
berterusan perlu dilakukan dalam memperbaiki serta mendalami pengetahuan IMP
agar perlaksanaan tugas operasi daratan menjadi lebih bermutu.

iv
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

SIJIL PINDAAN

1. Segala syor untuk pindaan ke atas manual ini, MP 1.2.5A TD hendaklah
dikemukakan kepada:

Panglima Latihan Tentera Darat
Markas Latihan Tentera Darat
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

2. Satu salinan syor untuk pindaan juga perlu dikemukakan kepada:

Kolonel Doktrin
Markas Latihan Tentera Darat
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Senarai Pindaan Dipinda Oleh Catatan
(e)
Perenggan Tarikh Nama Tandatangan

(a) (b) (c) (d)

v
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

GLOSARI

Seksyen 1 : Daftar Kependekan

DZ Drop Zone (Zon Guguran)
GR Grid Reference (Panduan Grid)
IMP Ilmu Medan Perang
LP Landing Point (Titik Mendarat Helikopter)
MGL Multiple Grenade Launcher
MGR Mesingan Ringan
NVG Night Vision Goggle
PK Peperangan Konvensional
PKT Perintah Kawalan Tembakan
PMI Peperangan Melawan Insurgensi
TAB Tempat Atur Bentuk
TSM Tindakan Serta Merta

Seksyen 2 : Istilah

Bantuan Tembakan
Tembakan yang membantu secara langsung pasukan angkatan darat, maritim, amfibi
dan pasukan operasi khusus untuk bertempur dengan pasukan musuh, formasi tempur
dan kemudahan-kemudahan musuh bagi mencapai objektif taktikal dan gerakan.

Kawasan Operasi
Bahagian kawasan perang yang penting bagi operasi tentera baik berupa ofensif atau
defensif, sesuai dengan misi yang diserahkan dan untuk tujuan pentadbiran bagi
operasi tentera tersebut.

Kawasan Pengaruh
Sebahagian dari zon yang dipertanggungjawabkan dan kawasan operasi di mana
pemerintah itu berkeupayaan secara langsung mempengaruhi perkembangan atau
hasil operasi melalui manuver eleven-elemennya yang berjaya bertapak melalui
penghantaran kuasa tembakan dengan sistem bantuan tembakan, biasanya di bawah
kawalan atau pemerintahannya. Kawasan tersebut adalah kawasan geografi yang luas
saiznya bergantung kepada misi, organisasi dan peralatan pasukan yang terlibat. Bagi
maksud perisikan, setiap pemerintah biasanya mempunyai cara bagi mendapatkan
maklumat yang diperlukan dari lingkungan pengaruhnya.

Kawasan Rapat
Kawasan operasi di mana pasukan-pasukan sedang bertempur secara langsung dan
rapat dengan musuh.

vi
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Kawasan Tanggungjawab
Satu kawasan daratan yang ditakrifkan di mana tanggungjawabnya telah diserahkan
khas kepada pemerintah kawasan tersebut bagi tujuan pembangunan dan senggaraan,
bangunan, pengawalan pergerakan dan pelaksanaan operasi taktik yang melibatkan
trup-trup di bawah pemerintahannya bersama-sama pihak berkuasa selari untuk
melaksanakan fungsi-fungsi ini.

Operasi
Satu tindakan ketenteraan atau melaksanakan satu misi strategik, taktikal,
perkhidmatan, latihan atau misi pentadbiran ketenteraan; proses melaksanakan
kombat, termasuk pergerakan, pembekalan, serangan, pertahanan dan manuver yang
diperlukan untuk mendapatkan objektif sebarang peperangan atau kempen.

Operasi Lawan Insurgensi
Operasi dan segala kegiatan yang dilaksanakan oleh pasukan tentera, pasukan para
tentera atau agensi-agensi bukan tentera untuk menentang kegiatan insurgensi.

Operasi Rapat
Operasi rapat adalah aktiviti-aktiviti, yang melibatkan pasukan sahabat yang sedang
bertempur secara langsung dengan musuh.

Pemerintahan dan Kawalan
Pengarahan kuasa dan arahan oleh pemerintah yang didesignasikan ke atas pasukan-
pasukan yang ditugaskan atau ditumpangkan dalam melaksanakan suatu misi.
Fungsi-fungsi pemerintahan dan kawalan dilaksanakan melalui mengaturgerakkan
anggota-anggota, peralatan, komunikasi, kemudahan dan prosedur-prosedur oleh
seorang pemerintah dalam perancangan, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal
angkatannya dan operasi-operasi dalam mencapai suatu misi.

Sistem Pemerintahan dan Kawalan
Kemudahan, peralatan, komunikasi, prosedur dan anggota-anggota yang perlu kepada
seseorang pemerintah untuk merancang, mengarah dan mengawal pasukan-pasukan di
bawah perintah untuk menjayakan misi yang diberikan.

Tawanan Perang
Seorang tawanan seperti yang ditakrifkan dalam Artikel 4 dan 5 Konvensyen Geneva
terhadap Layanan Tawanan Perang bertarikh 12 Ogos 1949. Khasnya, seseorang yang
semasa bertempur di medan tempur di bawah arahan kerajaannya, ditawan oleh
pasukan bersenjata pasukan lawan. Oleh itu, ia adalah berhak menerima hak-hak
kekebalan seorang kombatan dari pihak yang memberkas bagi tindakan peperangan
yang tidak melanggar undang-undang konflik bersenjata.

Tindak Balas Insurgensi
Segala tindakan dan kegiatan tentera, separa tentera, politik, ekonomi, psikologi dan
sivik yang diambil untuk menewaskan insurgensi.

vii
TERHAD

TERHAD MP 1.2.5A TD

RUJUKAN
1. MP 1.2.9A TD - Meronda dan Mengesan.
2. MM 0.1.20 TD - Glossary of Term.
3. MM 1.1.2A TD - Panduan Ketua Seksyen Infantri.
4. T 3213 - Ilmu Medan Perang.

xi
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

BAB 1

PENGENALAN

SEKSYEN 1

AM

101. Bagi seseorang anggota untuk terus hidup (survive) di medan pertempuran,
beliau seharusnya dapat menewaskan pihak musuh sebelum musuh dapat
menewaskannya. Ini dapat tercapai dengan memperoleh kelebihan (advantage) di
dalam penggunaan tanah dan keadaan persekitaran. Pengendalian senjata yang efektif
dan mampu menembak dengan tepat juga suatu kelebihan. Kejayaan ini dapat tercapai
dengan adanya pengetahuan dan kemahiran di dalam Ilmu Medan Perang (IMP).
Kemahiran ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh anggota infantri yang terlibat secara
langsung di bahagian barisan hadapan pertempuran agar segala risiko kecederaan
mahupun korban tempur dapat dikurangkan atau pun dielakkan.

102. Ilmu Medan Perang merupakan ilmu dan pengetahuan dalam penggunaan
tempat penyembunyian (sama ada semula jadi atau pun buatan manusia) di medan
secara berkesan, bagi maksud dapat dilindungi dari dikesan atau dilihat oleh pihak
musuh. Dengan terdapatnya perlindungan ini, setiap anggota dapat bergerak tanpa
dikesan dan di dalam masa yang sama dapat menggunakan senjata mereka secara
efektif.

103. Ilmu Medan Perang boleh diamalkan di dalam semua keadaan persekitaran
peperangan termasuk di dalam peperangan di kawasan terbina.

SEKSYEN 2

OBJEKTIF

104. Objektif IMP adalah untuk melahirkan anggota tentera yang berkemahiran
dalam perkara-perkara berikut:

a. Bergerak dengan cekap tanpa dikesan oleh musuh semasa berada di
medan perang.

b. Mengesan musuh dengan cara memerhati keadaan tanah dan tanda-
tanda yang menunjukkan kedudukan dan kehadiran musuh.

c. Menggunakan tanah dan perlindungan dengan berkesan.

d. Mengagak jarak dengan tepat.

1-1
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

e. Mengenal, mengesan dan menunjuk sasaran dengan tepat serta
memahami Perintah Kawalan Tembakan (PKT).

f. Bergerak dengan senyap sama ada dengan senjata ataupun tanpa
senjata.

g. Bertindak dengan pantas apabila terputus hubungan dengan
pasukannya serta bersedia untuk menghadapi sebarang keadaan.

h. Membuat dan menggunakan pelampung rekaan atau ciptaan sendiri
semasa menyeberangi halangan sungai.

105. Latihan IMP adalah satu cara yang berkesan untuk membentuk diri seseorang
menjadi seorang anggota tentera yang terlatih. Seseorang pemimpin yang mahir
dalam IMP jika diberi peluang memimpin pasukannya dalam latihan di medan, ia
akan dapat memimpin pasukannya dengan baik dan secara tidak langsung IMP dapat
membantu mempertingkatkan mutu kepimpinan seseorang pemimpin dan membawa
kejayaan kepada pasukannya.

SEKSYEN 3

ILMU MEDAN PERANG

106. Semasa melaksanakan tugas operasi, persiapan dan kemahiran perseorangan
merupakan perkara asas yang semestinya dipersiapkan agar tugas dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan berjaya. Persiapan ini meliputi persiapan diri dan juga peralatan
yang hendak dibawa di samping berkemahiran dalam perkara-perkara mencari
perlindungan dan penyembunyian, pemerhatian seta mengenal bunyi-bunyian.

107. Cara-cara pergerakan semasa berada di medan turut memainkan peranan
utama semasa menjalankan tugas operasi berpandukan keadaan tanah dan
perlindungan yang ada terutamanya apabila bertembung dan bertempur dengan pihak
musuh. Oleh itu, isyarat senyap hendaklah digunakan di samping mengetahui
halangan-halangan yang wujud semasa pergerakan dengan mengetahui cara-cara
menyeberangi ataupun mengelakkannya yang akan melambatkan pergerakan.

108. Kemahiran menembak sasaran perlu dipelajari dan dilatih dengan bersungguh-
sungguh kerana ia merupakan kemahiran asas yang terpenting di dalam memusnahkan
musuh apabila berlaku pertempuran. Oleh itu, kemahiran hendaklah meliputi kaedah-
kaedah dalam mengagak jarak, menunjuk sasaran dan juga teknik-teknik PKT.
Dengan menguasai kemahiran-kemahiran ini, segala bentuk pelaksanaan latihan mahu
pun gerakan yang diberikan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai
misi yang dikehendaki.

1-2

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

109. Bagi memantapkan lagi keyakinan diri setiap anggota dalam menjalankan
tugas-tugas operasi mahupun semasa menjalani latihan, pengetahuan dalam IMP
terutamanya kemahiran di medan turut meliputi aspek mendirikan khemah,
pengetahuan cara-cara ikatan serta ilmu pengapungan hendaklah dikuasai
sepenuhnya. Ia juga perlu sentiasa dipraktikkan oleh setiap anggota sama ada
melibatkan operasi Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) mahu pun Peperangan
Konvensional (PK).

110. Pelaksanaan tugas operasi, tidak hanya melibatkan atur gerak di siang hari
malah turut dilaksanakan di malam hari. Oleh itu, setiap anggota perlu mahir dan
cekap menjalankan tugas yang diberikan dengan memahami prinsip-prinsip yang
ditetapkan dan seterusnya menguasai taktik dan teknik pergerakan di waktu malam
dengan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan disiplin diri.

111. Kawalan ke atas pangkalan atau kedudukan pertahanan yang diduduki sama
ada untuk jangka masa sementara atau pun tetap adalah penting bagi tujuan
keselamatan. Oleh itu, tugas seorang sentri perlu diwujudkan yang bertujuan untuk
memberi amaran awal kepada kumpulannya tentang kedatangan atau aktiviti musuh.
Bagi memahami tugas ini, seseorang sentri perlu mahir dalam IMP dan memahami
serta mengetahui segala tugas yang perlu dilaksanakan.

112. Bagi memperoleh maklumat yang lebih jelas tentang musuh, tinjauan rapat
adalah satu cara yang boleh dilaksanakan. Dengan cara menggeledah sesuatu kawasan
atau semasa menjalankan tugas rondaan biasa, kumpulan ronda berkemungkinan akan
terjumpa dengan kedudukan musuh dan tinjauan rapat bolehlah dilaksanakan bagi
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan musuh. Oleh itu, setiap
anggota yang terlibat perlulah menguasai kemahiran medan atau IMP yang telah
dipelajari.

SEKSYEN 4

RUMUSAN

113. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengaplikasian IMP adalah perkara
asas yang penting kepada setiap anggota tentera sebelum boleh dianggap sebagai
seorang anggota yang terlatih. Kemahiran yang dimiliki oleh setiap pemimpin dan
anggota dalam satu-satu pasukan akan dapat membantu pasukan berkenaan
melaksanakan tugas di medan sama ada semasa operasi atau latihan secara yang lebih
berkesan.

1-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

BAB 2

PERSIAPAN DAN KEMAHIRAN
PERSEORANGAN

SEKSYEN 1

AM

201. Sebagai seorang anggota tentera yang terlatih, persiapan dan kemahiran
perseorangan merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan perlu ada sebelum
sesuatu tugas gerakan mahupun latihan dijalankan. Persiapan ini termasuklah cara-
cara pemakaian pakaian dan kelengkapan yang dibekalkan serta penyamaran diri.
Manakala kemahiran perseorangan pula adalah melibatkan perlindungan dan
penyembunyian, pemerhatian seta mengenal bunyi-bunyian.

SEKSYEN 2

PAKAIAN DAN KELENGKAPAN PERSEORANGAN

202. Pakaian. Pakaian dan kelengkapan perseorangan yang dibekalkan kepada
semua anggota tentera khasnya pakaian tempur atau medan memainkan peranan yang
penting bagi digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas operasi. Cara pemakaian
pakaian tersebut adalah berlainan mengikut tugas dan keadaan semasa. Manakala
peralatan yang dibekalkan juga hanya digunakan mengikut kesesuaian tugas. Pakaian
ini telah direka untuk memberikan keselesaan kepada anggota-anggota yang
memakainya sama ada semasa menjalani latihan atau semasa melaksanakan tugas
operasi. Keselesaan ini penting kerana ia boleh mempengaruhi keberkesanan
seseorang anggota itu melaksanakan tugasnya. Bagi penugasan di medan, pakaian
yang dibekalkan telah disesuaikan mengikut keperluan tugas serta keadaan sekeliling
untuk memberi kesan penyamaran yang baik. Di antara pakaian medan yang
dibekalkan kepada anggota-anggota adalah seperti berikut:

a. Topi Hutan. Reka bentuk topi hutan yang tidak mempunyai bentuk
yang khusus sangatlah baik untuk penyamaran semasa di medan. Topi hutan
ini ringan dipakai dan mampu melindungi muka anggota yang memakainya
dari pancaran matahari. Dengan adanya lilitan kain di sekeliling topi hutan ini,
ia sangat berguna untuk menyempurnakan lagi penyamaran di kepala dengan
menggunakan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling.

b. Baju. Baju hendaklah dipakai dengan lengannya dilepaskan ke bawah
dan butang di pergelangan dikancing dengan kemas untuk melindungi kedua-
dua tangan. Semua butang hadapan juga hendaklah dikancingkan sepenuhnya.
Sekiranya perlu minyak pencegah serangga (insect repellent) bolehlah disapu

2-1

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

pada bahagian tubuh yang terdedah seperti keliling kolar dan pergelangan
tangan untuk mengelakkan serangan serangga berbisa.

c. Seluar. Seluar hendaklah longgar supaya anggota dapat bergerak
dengan bebas. Seluar yang ketat tidak begitu selesa dan akan menghalang
pergerakan. Manakala kaki seluar hendaklah dimasukkan ke dalam kasut
kombat untuk perlindungan daripada pacat dan serangga.

d. Kasut Kombat. Kasut kombat yang dibekalkan kepada anggota
memberi perlindungan yang baik kepada kaki. Bagi keselamatan kaki, ia
hendaklah diikat sampai ke atas kecuali ketika berada di dalam sungai atau
membuat tugas di perairan.

203. Sebagai panduan, pemakaian pakaian seragam tempur tanpa kelengkapan
seperti ditunjukkan di Gambar 2.1, pakaian seragam separuh tempur seperti
ditunjukkan di Gambar 2.2 dan pakaian seragam tempur bersama kelengkapan
seperti ditunjukkan di Gambar 2.3.1. dan Gambar di 2.3.2.

Gambar 2.1 : Pakaian Tempur Tanpa Kelengkapan

2-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambar 2.2 : Pakaian Seragam Separuh Tempur

Gambar 2.3.1 : Pakaian Seragam Tempur
Bersama Kelengkapan

2-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambar 2.3.2 : Pakaian Seragam Tempur
Bersama Kelengkapan

204. Alat Kelengkapan. Bagi kegunaan anggota semasa aktiviti-aktiviti di medan,
terdapat beberapa alat kelengkapan yang dibekalkan kepada setiap anggota. Di antara
alat-alat kelengkapan asas yang dibekalkan adalah seperti berikut:

a. Peralatan Webbing. Ia merangkumi peralatan-peralatan berikut:

(1) Tali Pinggang. Ia disatukan dengan bres (braces) yang mana
saiznya boleh diubahsuai. Uncang (pouches) dipasang pada tali
pinggang hadapan kiri serta kanan dan talinya disangkut di gelung bres.
Tali pinggang adalah satu-satunya alat yang terpenting di dalam
kelengkapan medan. Alat-alat yang boleh disatukan bersama tali
pinggang adalah seperti berikut:

(a) Botol air (water bottle) bersama koleh dan sarungnya
disangkut di bahagian belakang tali pinggang. Pil pembersih air
dan pil garam boleh disimpan di dalam sarung ini.

(b) Parang atau Benet.

(c) Ponco digulung kemas antara 10 inci ke 12 inci dan
diikat di bahagian belakang.

(d) Sarung Kompas.

2-4

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

(2) Beg Ronda. Beg ronda (Patrol Bag) diikat pada bahagian
belakang tali pinggang. Bagi lebih kemas tali pinggang diikat dengan
braces semasa membawa beg galas manakala beg ronda diikat di
bahagian atas beg galas tanpa mengubah isi kandungannya. Barang
atau peralatan yang boleh diisi di dalam beg ronda adalah seperti
berikut:

(a) Rangsum kecemasan.

(b) Kit perubatan sendiri yang mengandungi pembalut luka
medan, plaster, krim pencegah serangga, alat jahitan, ubat-
ubatan serta morfin (jika perlu) dan sebagainya.

(3) Alat Ikhtiar Hidup (Survival Kit). Ia mengandungi alat-alat
seperti berikut:

(a) Pisau penyelamat.

(b) Peralatan untuk menyalakan api seperti pemetik api atau
mancis yang tahan lembap dan lilin hexamine.

(c) Kelengkapan memancing dan jerat seperti tali nilon,
mata pancing, dawai jerat dan tali tangsi.

(d) Khemah dan tali kecil yang kuat.

(e) Beg plastik.

(f) Garam.

(g) Alat bantuan isyarat seperti cermin dan marker panel.

(4) Lampu suluh jenis kecil.

(5) Alat mencuci senjata.

(6) Kertas pembersih najis (jika perlu).

b. Beg Galas. Cara-cara penggunaan beg galas ini adalah seperti berikut:

(1) Ia hendaklah dipakai di bahagian belakang. Jika sesuatu
kelengkapan hendak diikat di bahagian luar beg, ia hendaklah
ditentukan kemas supaya tidak tersangkut pada tumbuh-tumbuhan yang
boleh mengganggu pergerakan. Sebaik-baiknya semua kelengkapan
hendaklah dimasukkan ke dalam beg galas supaya bahagian luarnya

2-5

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

bebas dari halangan. Beg galas akan ditanggalkan semasa dalam
kecemasan dan selalunya dilonggarkan sedikit mengikut kesesuaian si
pemakainya untuk membolehkan pergerakan yang bebas dan selesa.
Keadaan beg galas yang lengkap diisi seperti ditunjukkan di Gambar
2.4.

Gambar 2.4 : Keadaan Beg Galas yang Lengkap Diisi
(2) Kelengkapan di Dalam Beg Galas. Kelengkapan yang biasa
dibawa di dalam beg galas adalah seperti berikut:

(a) Rangsum, mess tin, dapur dan lilin hexamine.
(b) Sepasang pakaian simpanan.
(c) Perkakas-perkakas tidur termasuk peneduh (shelter),
alas tanah, kelambu dan selimut.
(d) Alat pencukur, sabun, berus dan ubat gigi.
(e) Tuala.
(f) Bateri lampu suluh simpanan.
(g) Tali simpanan kasut kombat.
(h) Batu asah.

2-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

(i) Seluar dan baju sukan serta baju sejuk (jersey pullover).

(j) Beg saring air (water straining bag).

(k) Ubat serangga (insect repellent).

(l) Bedak kaki dan badan.

(m) Alat jahitan.

(n) Cangkul dan penyodok.

(o) Alat pencuci senjata, pencegah serangga, alat penyala
api dan kit pembunuh kuman.

(p) Lain-lain peralatan yang perlu. Bagi menghindar dari
basah sebelum dimasukkan ke dalam beg galas, alat-alat
kelengkapan perseorangan mestilah kering dan dimasukkan ke
dalam beg yang kalis air (contohnya beg plastik) dan selalu
dikeluarkan untuk dikeringkan.

(3) Panduan Mengisi Rangsum Semasa Operasi. Bagi
memudahkan kerja mengeluarkan rangsum semasa menjalankan tugas
operasi, rangsum yang hendak dimasak pada hari berkenaan hendaklah
diisi di dalam mess tin dan dimasukkan di poket kiri dan kanan beg
galas. Dengan cara ini ia akan menjimatkan masa kerana tidak perlu
membuka beg galas sepenuhnya untuk mengambil bahan-bahan
makanan. Di antara bahan-bahan makanan yang biasanya diisi di dalam
mess tin adalah beras, lauk, garam, kopi/teh/susu/gula, dapur termasuk
lilin hexamine, mancis, pembuka tin, sudu dan garpu.

c. Kelengkapan yang Dibawa di Tubuh Badan. Sebagai tambahan alat-
alat yang perlu dibawa bersama anggota terutama semasa tugas operasi atau
latihan adalah seperti berikut:

(1) Peta.

(2) Kompas yang diikat dengan tali dan disimpan dalam sarungnya.

(3) Pisau lipat yang diikat dengan lanyard.

(4) Jam tangan yang kalis air.

(5) Disk pengenalan.

2-7
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

(6) Kit melepaskan diri yang disimpan secara rahsia di dalam
pakaian supaya senang untuk digunakan jika ditawan oleh musuh. Ia
mesti mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Kompas.

(b) Peta (dicetak atas sutera yang tahan jika terkena air dan
boleh diselitkan di jahitan baju atau di tempat rahsia).

(c) Alat pemotong yang kecil dan tajam. Pisau cukur sangat
baik digunakan kerana boleh disembunyikan di tapak kasut atau
di celah jahitan baju.

(d) Dawai yang lembut atau kepingan gergaji besi (hacksaw
blade).

(e) Tali halus yang teguh di samping tali kasut kombat.

(f) Krim penyamaran (camauflage cream).

205. Seseorang anggota tentera akan hanya membawa peralatan yang perlu sahaja
semasa di medan. Dua prinsip medan yang perlu diingat iaitu berat yang minimum
serta keyakinan diri yang kuat. Semasa operasi, peralatan webbing, topi dan senjata
persendirian mesti dipakai sebilang masa.

SEKSYEN 3

PENYAMARAN

206. Penyamaran merupakan aspek penting yang mesti diambil perhatian oleh
semua anggota apabila mereka berada di medan sama ada untuk tugas operasi atau
latihan. Pengaplikasian penyamaran dengan betul dan berkesan akan menyelamatkan
anggota dari dikesan oleh musuh. Ini sekaligus akan membantu anggota berkenaan
melaksanakan tugasnya dengan baik untuk mencapai misi yang diberikan.
Penyamaran adalah bertujuan untuk mengelakkan sesuatu objek itu dari dikesan. Oleh
itu, prinsip asas penyamaran yang meliputi bentuk, warna, cahaya atau perbezaan
mestilah disamar dan disamakan dengan keadaan di sekelilingnya supaya ianya sukar
dilihat dan dikesan terutama sekali oleh pihak musuh.

JENIS-JENIS PENYAMARAN

207. Penyamaran Anggota Badan. Penyamaran anggota badan adalah penting
kerana bahagian anggota badan yang terdedah tanpa penyamaran akan memancarkan
cahaya serta mewujudkan perbezaan yang jelas di antara anggota berkenaan dengan

2-8

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

suasana di sekelilingnya. Perbezaan ini dapat diatasi dengan cara anggota berkenaan
membuat penyamaran di bahagian badan yang terdedah terutama di bahagian muka
serta tangan sama ada menggunakan krim penyamar (camouflage cream), lumpur atau
arang mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Penggunaan warna samaran mestilah
disesuaikan dengan suasana persekitaran supaya ia menimbulkan kesamaan di antara
anggota atau objek dengan keadaan di sekelilingnya. Contoh penyamaran bahagian
muka adalah seperti ditunjukkan di Gambar 2.5.

Gambar 2.5 : Penyamaran Bahagian Muka
208. Penyamaran Pakaian dan Peralatan. Pakaian dan alat kelengkapan juga
perlu dibuat penyamaran bagi mengubah bentuk asalnya serta menyukarkannya untuk
dikesan. Penyamaran boleh dilakukan menggunakan jaring penyamaran, cebisan kain
celoreng, daun-daun kayu atau benda-benda yang menyerupai persekitaran di mana
pakaian atau alat kelengkapan itu berada. Contoh penyamaran pada pakaian dan alat
kelengkapan adalah seperti di Gambar 2.6 dan 2.7.

2-9
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambar 2.6 : Penyamaran Pakaian dan Peralatan
Menggunakan Cebisan Kain Celoreng

Gambar 2.7 : Penyamaran Pakaian dan Peralatan
Menggunakan Tumbuh-Tumbuhan

209. Penyamaran Senjata. Penyamaran bagi senjata persendirian juga perlu dibuat
bagi menghilangkan rupa bentuknya serta bahagian-bahagian bercahaya yang boleh
dikesan dari jauh. Penyamaran ini boleh dibuat menggunakan cebisan kain celoreng
dan sebagainya. Bagaimana pun anggota mesti menentukan penggunaan penyamaran
ini tidak mengganggu keberkesanan penggunaan senjata tersebut.
210. Penyamaran Helmet. Sekiranya helmet digunakan semasa operasi atau
latihan, tindakan mestilah diambil untuk menyamarkannya kerana helmet mempunyai
bentuk yang jelas. Langkah pertama yang mesti diambil ialah mengubah permukaan

2 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

bentuk dan menghilangkan bayangnya. Penyamaran boleh dibuat menggunakan kain
celoreng atau kanvas yang diubahsuai menjadi penutup helmet. Penyamaran juga
boleh dibuat menggunakan daun-daun kayu sehingga ia boleh mengubah bentuk
asalnya. Contoh penyamaran helmet adalah seperti di Gambar 2.8.

Gambar 2.8 : Penyamaran Helmet

SEKSYEN 4

PERLINDUNGAN DAN PENYEMBUNYIAN
PERSEORANGAN

211. Penyamaran yang dibuat oleh seseorang anggota tidak berguna sekiranya
anggota tersebut tidak tahu bagaimana hendak mengambil kedudukan perlindungan
yang baik agar tidak dapat dikesan oleh musuh. Seseorang anggota yang terlatih
hendaklah bijak dalam memilih kedudukan perlindungan dan penyembunyian yang
membolehkannya mempunyai ruang pemandangan atau pemerhatian yang luas,
lengkok tembakan yang sesuai dan menyukarkan pihak musuh mengesannya.

212. Panduan Memilih Perlindungan dan Penyembunyian. Panduan untuk
memilih kedudukan perlindungan dan penyembunyian yang baik adalah seperti
berikut:

a. Lihat sekeliling atau melalui celah-celah penyembunyian (lihat Gambar
2.9) dan bukan melihat melalui atas penyembunyian (lihat Gambar 2.10).
Sekiranya tiada jalan lain dan terpaksa menggunakan penglihatan dari atasnya,
jangan gunakan garisan terang di kawasan berkenaan (lihat Gambar 2.11).

2 - 11

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambar 2.9 : Melihat dari Celah-Celah Penyembunyian

Gambar 2.10 : Elakkan Melihat dari Atas Penyembunyian
2 - 12

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambar 2.11 : Elakkan Penggunaan Garisan Terang
di Kawasan Penyembunyian

b. Elakkan latar belakang langit yang cerah. Lihat Gambar 2.12.

Gambar 2.12 : Elakkan Berjalan di
Garisan Langit yang Cerah
2 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

c. Berselindung di sebalik bayang-bayang objek statik seperti pokok
besar. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa bayang-bayang anggota
yang berlindung juga boleh bergerak dan boleh kelihatan mengikut kedudukan
matahari. Lihat Gambar 2.13.

Gambar 2.13 : Gunakan Bayang-Bayang di Kawasan Sekitar

d. Pilih latar belakang yang serupa dengan semua rupa bentuk dan
penyamaran kita. Lihat Gambar 2.14.

Gambar 2.14 : Pemilihan Penyamaran yang
Menyerupai Keadaan Sekeliling

2 - 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

e. Elakkan tempat perlindungan yang terasing. Ia selalunya boleh dilihat
dengan jelas oleh musuh dan senang diberi perintah tembakan kepadanya.
Lihat Gambar 2.15.

Gambar 2.15 : Elakkan Mengambil Perlindungan
di Kawasan yang Terasing

f. Bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati untuk mengelakkan dari
diperhatikan oleh musuh semasa mengambil atau meninggalkan perlindungan.

SEKSYEN 5

PEMERHATIAN

213. Kemahiran anggota untuk memerhati keadaan sekeliling terutama sewaktu
berada di medan amat penting kerana ia akan dapat membantu anggota berkenaan
mengesan setiap pergerakan pihak musuh sama ada di waktu siang atau malam.
Pemerhatian merupakan satu teknik di mana seseorang anggota itu dapat mengesan
kedudukan musuh walau pun mereka berada di dalam persembunyian.

214. Pemerhatian Awal. Melalui pemerhatian awal, seseorang pemerhati yang
cekap akan dapat mengesan kedudukan sesuatu objek itu apabila objek tersebut
mempunyai perbezaan dengan keadaan persekitarannya. Di antara perkara-perkara
yang memudahkan sesuatu objek itu diperhati atau dikesan adalah seperti berikut:

2 - 15

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

a. Rupa Bentuk. Alat kelengkapan tentera dan tubuh manusia adalah
bentuk yang mudah dikenali dengan cepat lebih-lebih lagi apabila bentuk itu
berlainan dengan keadaan sekelilingnya. Di antara peralatan yang nyata dan
senang dikesan adalah helmet, alat-alat kelengkapan yang dipakai serta senjata
persendirian.

b. Bayang-Bayang. Benda-benda yang tersembunyi dari pandangan
tetapi terdedah kepada pancaran cahaya matahari boleh dikesan dari bayang-
bayang yang timbul daripadanya.

c. Bayangan (silhouette). Sebarang benda yang terbayang dan berlainan
dengan latar belakang adalah kelihatan ganjil. Latar belakang yang licin dan
rata seperti air, padang atau langit akan menimbulkan bayangan sesuatu benda
di hadapannya.

d. Permukaan. Sebarang permukaan yang berlainan dengan keadaan
sekelilingnya dapat dilihat dengan nyata, lebih-lebih lagi sekiranya benda-
benda itu mengeluarkan cahaya. Kulit badan dan helmet anggota yang tidak
disamarkan adalah senang dikesan seperti di permukaan air atau berjalan dan
bergerak di atas tanah tinggi di kaki langit.

e. Jarak. Benda-benda semula jadi dan asli jarang sekali mempunyai
jarak yang sama. Benda-benda yang mempunyai jarak yang sama akan
kelihatan lebih nyata.

f. Pergerakan. Pergerakan secara tiba-tiba akan menarik perhatian mata
dan kedudukan benda yang tersembunyi akan mudah diketahui. Pergerakan
yang dilakukan secara perlahan dan berhati-hati sukar diketahui tempat
persembunyiannya.

215. Memerhati Keadaan Tanah. Terdapat dua cara yang paling baik untuk
memerhati keadaan tanah. Sebelum dua cara ini diikuti, perhatikan dengan penuh
teliti di atas permukaan semua kawasan itu selama 30 saat bagi mengesan sasaran
yang jelas dan merbahaya. Kemudian diikuti dengan salah satu dari dua cara berikut:

a. Bentuk Z. Bahagikan kawasan pemerhatian kepada petak-petak kecil
lebih kurang 50 meter setiap satu dan perhati dari kanan ke kiri. Mula-mula
perhati tanah yang terdekat sekali untuk mengesan musuh yang paling
merbahaya. Kemudian perhati pula kiri ke kanan pada petak kedua dan petak-
petak seterusnya dalam bentuk zig-zag. Lihat Gambarajah 2.16.

2 - 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambarajah 2.16 : Pemerhatian Keadaan
Tanah Mengikut Bentuk ‘Z’

b. Pusingan ke Dalam. Bahagikan kawasan kepada petak-petak kecil dan
mula perhati secara menyeluruh dari tepi setiap petak memusing satu arah
yang berterusan hingga ke bahagian tengah. Lihat Gambarajah 2.17.

Gambarajah 2.17 : Pemerhatian Keadaan Tanah
Mengikut Pusingan ke Dalam

2 - 17
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

SEKSYEN 6

MENGENAL BUNYI

216. Selain daripada mata, telinga juga memainkan peranan yang penting bagi
seseorang anggota yang melaksanakan operasi mahupun latihan di dalam hutan.
Melalui telinga, seseorang itu dapat mengenal bunyi-bunyian sesuatu benda atau
hidupan yang bergerak ataupun yang terjadi. Oleh itu, mengenal bunyi adalah penting
bagi anggota yang menjalani tugas operasi di kawasan hutan sama ada pada waktu
siang ataupun malam dan melatih diri untuk membezakan di antara bunyi aktiviti
musuh, pasukan sahabat mahupun pergerakan binatang.

217. Kepentingan Mengenal Bunyi. Dengan mengenal bunyi, banyak maklumat
boleh diketahui dan boleh membantu di dalam menjalankan tugas. Melalui bunyi-
bunyian yang didengari, seseorang anggota itu boleh menentukan perkara-perkara
seperti berikut:

a. Menentukan sama ada bunyi itu dilakukan oleh binatang, pasukan
sahabat atau musuh.

b. Menentukan arah dan jarak datangnya bunyi itu.

c. Menentukan jenis senjata apabila berlaku letupan atau tembakan.

218. Cara-Cara Mengenal Bunyi. Bagi memperoleh pendengaran yang lebih
jelas, seseorang anggota itu perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

a. Mendiamkan diri dan condongkan badan ke hadapan sedikit, mulut
separuh terbuka dan halakan satu telinga ke arah bunyi. Telinga yang
diarahkan ke arah bunyi juga boleh di corong dengan tangan supaya
pendengaran akan bertambah jelas.

b. Jika difikirkan ada orang yang sedang berjalan atau melakukan sesuatu
pada tanah seperti mencangkul atau yang menyebabkan pergerakan tanah,
bolehlah lekapkan sebelah telinga ke atas tanah.

c. Telinga jangan sekali-kali ditutup dengan memakai peralatan yang
menutup telinga kerana ini akan menghalang pendengaran.

219. Apabila terdengar sesuatu bunyi, adalah penting bagi kita untuk mengenal atau
memastikan apakah bunyi-bunyi tersebut. Oleh itu, pengalaman dan latihan adalah
faktor utama bagi seseorang anggota itu agar dapat mengenal atau memastikan apakah
bunyi-bunyi tersebut dengan lebih berkesan dan berjaya.

2 - 18
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

220. Di dalam hutan, pelbagai bunyi boleh didengari sama ada dilakukan oleh
binatang ataupun pihak musuh. Maka adalah penting bagi setiap anggota untuk
mengagak dengan tepat apakah bunyi tersebut terutamanya bunyi yang dilakukan oleh
musuh. Bunyi-bunyi yang biasa dilakukan oleh musuh adalah seperti berikut:

a. Berbual atau berbisik-bisik.

b. Mematah ranting kayu.

c. Memotong, mengetuk atau menebang pokok.

d. Menggali lubang.

e. Menukar kelopak peluru.

f. Mengetuk senjata atau melepaskan kekesut (breech block).

g. Membuat bunyi seperti binatang.

221. Kesimpulan dari Bunyi. Setelah mengenal dan mengagak bunyi, seseorang
anggota itu perlulah membuat kesimpulan dari apa yang telah didengarinya. Antara
kesimpulan-kesimpulan yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

a. Kedengaran musuh memotong pokok, kesimpulannya mungkin
menunjukkan musuh sedang membina pangkalan.

b. Kedengaran musuh mengisi peluru dalam kelopak, kesimpulannya
mungkin musuh baru saja menerima bekalan peluru.

c. Kedengaran bunyi lepasan kekesut, kesimpulannya mungkin
menunjukkan musuh sedang mencuci senjata atau membuat latihan senjata.

d. Kedengaran musuh menggali lubang, kesimpulannya mungkin musuh
sedang membina kubu pertahanan atau membuat tempat simpanan makanan.

e. Kedengaran musuh mengetuk pokok atau membuat bunyi seperti
binatang, kesimpulannya mungkin menunjukkan musuh memberi isyarat
kepada kumpulan lain yang berdekatan.

f. Kedengaran musuh berbual atau berbisik-bisik, kesimpulannya
mungkin menunjukkan musuh sedang memberi perintah atau berbincang
mengenai sesuatu rancangan.

2 - 19
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

SEKSYEN 7

RUMUSAN

222. Persiapan dan kemahiran perseorangan memainkan peranan utama dalam
menentukan kejayaan sesuatu misi yang diberi. Bermula daripada pemakaian dan
kelengkapan yang dibekalkan, aspek penyamaran serta penggunaan perlindungan dan
penyembunyian turut membantu seseorang anggota melaksanakan tugasnya dengan
berkesan dan turut membantu menyelamatkan anggota dari dikesan oleh pihak musuh
semasa menjalankan tugas. Selain daripada itu, kemahiran untuk memerhati dan
mengenal bunyi-bunyian sebarang pergerakan atau aktiviti musuh dalam semua
keadaan cuaca, muka bumi atau persekitaran amat dititikberatkan. Ini kerana
sekiranya kita dapat mengesan pergerakan musuh terlebih dahulu maka kita
mempunyai kelebihan untuk bertindak memusnahkannya tanpa memberi ruang
kepada musuh untuk bertindak balas.

2 - 20
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

BAB 3

KAWALAN PERGERAKAN

SEKSYEN 1

AM

301. Pergerakan anggota semasa di medan terutamanya semasa melaksanakan tugas
gerakan mencari dan memusnahkan musuh banyak didorong oleh disiplin pergerakan
dengan menggunakan isyarat senyap. Cara-cara pergerakan turut memainkan peranan
utama mengikut keadaan tanah dan perlindungan yang ada terutamanya apabila
bertembung dan bertempur dengan pihak musuh. Di samping itu, halangan-halangan
yang wujud semasa pergerakan turut melambatkan pergerakan dan dengan demikian
setiap anggota perlu mengetahui cara-cara menyeberanginya ataupun
mengelakkannya.

SEKSYEN 2

ISYARAT SENYAP MEDAN

302. Apabila sesuatu pasukan atau kumpulan menjalankan gerakan di medan,
isyarat senyap medan (isyarat tangan) sentiasa digunakan. Ia adalah penting kepada
setiap anggota dan mereka perlu faham dan tahu menggunakannya dengan betul. Ini
akan menentukan kejayaan sesuatu operasi dan ia adalah suatu langkah keselamatan
apabila menjalankan operasi untuk menghampiri kedudukan musuh. Pada amnya
kaedah isyarat senyap medan digunakan untuk menyampaikan maklumat-maklumat
dan memberi perintah secara senyap oleh anggota yang berada di hadapan kepada
anggota di belakangnya.

303. Cara Memberi Isyarat Senyap Medan. Cara memberi isyarat senyap medan
mestilah menggunakan tangan tanpa mengeluarkan suara. Isyarat tangan mestilah
dihantar melalui orang yang pertama kepada anggota di belakang dan menentukan
anggota tersebut menerima segala maksud yang dikehendaki. Anggota yang
menerimanya mestilah faham segala isyarat yang dihantar kepadanya dan terus
menyampaikan isyarat yang sama kepada anggota di belakangnya pula. Cara ini
berterusan sehingga kepada anggota yang terakhir.

304. Jenis-Jenis Isyarat Senyap Medan. Di antara isyarat-isyarat senyap medan
yang perlu diketahui oleh anggota semasa membuat tugas operasi atau latihan di
medan adalah seperti berikut:

a. Mara dan Ikut Saya. Tangan dihayunkan daripada belakang ke
hadapan di bawah paras bahu atau atas bahu sekiranya terdapat tumbuh-
tumbuhan menghalangnya. Lihat Gambar 3.1.

3-1

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

Gambar 3.1 : Mara dan Ikut Saya

b. Berhenti. Tangan diletakkan separas dengan bahu. Manakala tapak
tangan dibuka dan jari dirapatkan. Lihat Gambar 3.2.

Gambar 3.2 : Berhenti

3-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

c. Musuh. Genggam tangan dan ibu jari dihalakan ke bawah. Lihat
Gambar 3.3.

Gambar 3.3 : Musuh

d. Selamat. Tangan digenggam dan ibu jari menghala ke atas. Lihat
Gambar 3.4.

Gambar 3.4 : Selamat

3-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

e. Jerangkap Samar. Semua jari dibuka dan dihalakan ke atas seperti bentuk
mangkuk. Lihat Gambar 3.5.

Gambar 3.5 : Jerangkap Samar

f. Halangan di Hadapan. Tangan diluruskan sementara jari hantu berada di
atas jari telunjuk dan dilubangkan. Lihat Gambar 3.6.

Gambar 3.6 : Halangan di Hadapan

3-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

g. Perhubungan Radio Diperlukan. Tangan digenggam dan dirapatkan
ke telinga seolah-olah bercakap melalui telefon. Lihat Gambar 3.7.

Gambar 3.7 : Perhubungan Radio Diperlukan

h. Perhati dan Dengar. Lengan tangan diangkat ke atas serta
dibengkokkan di paras bahu sambil tapak tangan dibuka dan dirapatkan ke
telinga dalam keadaan jari dirapatkan. Lihat Gambar 3.8.

Gambar 3.8 : Perhati dan Dengar

3-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

i. Anggota, Ketua Seksyen atau Penolong Ketua Platun Dikehendaki.
Tangan digenggam, jari (mengikut pangkat) diluruskan dan diletakkan di
lengan tangan. Lihat Gambar 3.9.

Gambar 3.9 : Anggota, Ketua Seksyen atau
Penolong Ketua Platun Dikehendaki

j. Ketua Platun Dikehendaki. Tangan digenggam, jari telunjuk
diluruskan dan diletakkan di atas bahu. Lihat Gambar 3.10.

Gambar 3.10 : Ketua Platun Dikehendaki

3-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

k. Ketua Kompeni Dikehendaki. Tangan digenggam dan diletakkan di
atas bahu. Lihat Gambar 3.11.

Gambar 3.11 : Ketua Kompeni Dikehendaki

l. Senjata M 203/Multiple Grenade Launcher (MGL) Dikehendaki.
Tangan digenggam serta jari telunjuk dan kelingking diluruskan menghala ke
atas. Manakala tapak tangan menghala ke hadapan. Lihat Gambar 3.12.

Gambar 3.12 : Senjata M 203/MGL Dikehendaki

3-7
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

m. Senjata Bantuan Dikehendaki. Tangan digenggam dan diangkat ke
paras bahu. Manakala tapak tangan menghadap ke hadapan. Lihat Gambar
3.13.

Gambar 3.13 : Senjata Bantuan Dikehendaki

n. Kumpulan Raifal Dikehendaki. Tangan diangkat di paras bahu dan
digenggam serta jari telunjuk dan jari hantu diluruskan membentuk huruf ‘V’
dan tapak tangan menghala ke hadapan. Lihat Gambar 3.14.

Gambar 3.14 : Kumpulan Raifal Dikehendaki

3-8
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

o. Kumpulan Tinjau Dikehendaki. Tangan diangkat di paras bahu dan
digenggam serta jari telunjuk diluruskan menghala ke langit dan tapak tangan
menghala ke hadapan. Lihat Gambar 3.15.

Gambar 3.15 : Kumpulan Tinjau Dikehendaki

p. Mortar 60 mm Dikehendaki. Tangan diangkat di paras bahu dan
digenggam serta jari telunjuk, kelingking dan ibu jari diluruskan membentuk
seperti tungku dan tapak tangan menghala ke hadapan. Lihat Gambar 3.16.

Gambar 3.16 : Mortar 60 mm Dikehendaki

3-9
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

q. Pengesan Jejak Dikehendaki. Tangan diangkat di paras bahu dan tapak
tangan dibuka menghadap ke hadapan. Manakala jari telunjuk dan ibu jari
bertemu membentuk huruf ‘O’. Lihat Gambar 3.17.

Gambar 3.17 : Pengesan Jejak Dikehendaki
r. Anjing Pengesan Dikehendaki. Tangan diangkat di paras bahu dan
tangan digenggam. Manakala tiga jari dikeluarkan iaitu jari kelingking, jari
hantu dan jari telunjuk lurus dan dirapatkan menghala ke atas. Tapak tangan
pula menghala ke hadapan. Lihat Gambar 3.18.

Gambar 3.18 : Anjing Pengesan Dikehendaki
3 - 10

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

s. Perlindungan Diperlukan. Tapak tangan ditepuk di atas kepala
beberapa kali dengan semua jari dibuka. Lihat Gambar 3.19.

Gambar 3.19 : Perlindungan Diperlukan
t. Simpang atau Cabang. Senjata ditegakkan, tangan diletak melintangi
senjata seperti huruf ‘t’ dan tapak tangan menghala ke bawah. Lihat contoh
Gambar 3.20.

Gambar 3.20 : Simpang atau Cabang
3 - 11

TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

u. Barisan Melintang. Kedua-dua tangan didepakan dan tapak tangan
menghala ke bawah. Lihat Gambar 3.21.

Gambar 3.21 : Barisan Melintang

v. Rumah Atau Pondok Di Hadapan. Tangan dan senjata anggota
dibawa atas kepala dalam keadaan membentuk seperti bumbung rumah atau
huruf ‘V’ terbalik. Lihat Gambar 3.22.

Gambar 3.22 : Rumah

3 - 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

w. Sungai. Luruskan tangan di paras bahu, tapak tangan menghala ke
bawah dan jari digerak-gerakkan seolah-olah gelombang. Lihat Gambar 3.23.

Gambar 3.23 : Sungai

x. Binatang Buas. Bengkokkan sebelah kaki dan tapaknya menghala ke
belakang. Lihat Gambar 3.24.

Gambar 3.24 : Binatang Buas

3 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

y. Menjaga Jarak. Angkat tangan di paras bahu dan tepuk paha (tanpa
bunyi). Lihat Gambar 3.25.

Gambar 3.25 : Menjaga Jarak

z. Pusing Ke Belakang. Tangan diluruskan ke bawah di paras pinggang
dan pusing ikut muka jam. Lihat Gambar 3.26.

Gambar 3.26 : Pusing Ke Belakang

3 - 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.2.5A TD

aa. Mengambil Kedudukan. Tangan dibengkokkan ke dada dan jari
dirapatkan. Tapak tangan menghala ke bawah serta digerakkan keluar dan ke
dalam. Lihat Gambar 3.27.

Gambar 3.27 : Mengambil Kedudukan

bb. Serang Hendap. Tangan diangkat di paras bahu dan dihalakan ke
hadapan sedikit. Manakala lima jari dibuka sedikit seperti membentuk
mangkuk dan tapak tangan menghala ke hadapan. Lihat Gambar 3.28.

Gambar 3.28 : Serang Hendap

3 - 15
TERHAD


Click to View FlipBook Version