TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 3
PERGERAKAN DENGAN SENJATA
305. Pergerakan anggota semasa di medan pertempuran perlu dilakukan dengan
berhati-hati dalam beberapa cara untuk mengelakkan daripada dikesan dan ditembak
oleh musuh. Cara-cara pergerakan ini telah pun dikaji dan didapati sesuai untuk
digunakan mengikut keadaan tanah dan perlindungan yang ada. Walaupun
pergerakan-pergerakan ini senang dilakukan tetapi ia memerlukan latihan dan
kemahiran untuk melaksanakannya.
306. Cara Mengambil Perlindungan. Perkara-perkara penting yang perlu diberi
perhatian semasa mengambil perlindungan adalah seperti berikut:
a. Sebelum meninggalkan tempat persembunyian, pilih tempat kedudukan
yang hendak dituju dan jalan yang paling sesuai serta selamat.
b. Rumput yang panjang memberikan persembunyian, tetapi pergerakan
melaluinya akan membuatkan rumput bergoyang dan kelihatan luar biasa. Ini
akan menarik perhatian musuh. Oleh itu, cuba elakkan dari menggunakan
laluan ini.
c. Diamkan diri selama beberapa minit sekiranya pergerakan anda telah
mengganggu binatang atau burung yang berada di kawasan tersebut.
d. Menggunakan kesempatan gangguan-gangguan seperti letupan, bunyi
guruh, kapal terbang yang terbang rendah dan lain-lain untuk bergerak.
e. Menggunakan kesempatan dari kabus, asap atau debu untuk menolong
melindungi pergerakan.
CARA-CARA PERGERAKAN
307. Terdapat beberapa jenis pergerakan yang dipraktikkan semasa bertempur
dengan pihak musuh. Pergerakan ini hendaklah dilatih dan dipraktikkan kepada setiap
anggota agar risiko kecederaan ataupun kemalangan jiwa dapat dielakkan ataupun
dikurangkan apabila terjadinya diserang hendap atau bertempur dengan pihak musuh.
Pergerakan-pergerakan tersebut adalah seperti berikut:
a. Pergerakan Perseorangan dengan Raifal. Dalam melaksanakan
sesuatu tugas terutamanya operasi di medan, pergerakan perseorangan dengan
raifal semasa bertempur dengan pihak musuh boleh dibahagikan kepada
beberapa cara. Cara-cara tersebut adalah seperti berikut:
(1) Lari Kera. Pergerakan ini perlu menggunakan tangan dan lutut.
Ia sesuai dilakukan di sebalik perlindungan yang tingginya lebih
3 - 16
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
kurang dua kaki dan ia boleh dilakukan dengan pantas tetapi mungkin
boleh mengeluarkan kesan bunyi sekiranya anggota tidak berhati-hati.
Pergerakan yang senyap boleh dilakukan di tempat yang bersih
daripada ranting, daun kering atau objek-objek yang boleh
mengeluarkan bunyi. Badan dan kepala hendaklah dibongkokkan tetapi
dalam masa yang sama anggota berkenaan mestilah dapat memerhati
keadaan sekeliling semasa bergerak. Jika anggota membawa raifal, ia
hendaklah dipegang dengan selesa dengan menggunakan sebelah
tangan dan tentukan tiada habuk atau tanah masuk ke dalam larasnya
yang boleh menimbulkan gangguan semasa menembak. Lihat Gambar
3.29.
Gambar 3.29 : Lari Kera
(2) Merangkak Harimau Bintang. Dalam pergerakan cara ini, siku
dan lutut digunakan di mana ia digunakan di sebalik perlindungan yang
rendah. Lutut dan siku digerakkan bersama badan ke hadapan di mana
pergerakan lutut dan siku adalah berselang-seli. Badan anggota
hendaklah dibongkokkan semasa membengkokkan tiap-tiap lutut.
Semasa bergerak, tentukan satu daripada kaki anggota diluruskan ke
belakang. Kemudian lutut yang dibengkokkan tadi hendaklah
diluruskan untuk menggerakkan badan ke hadapan. Semasa bergerak
cara ini, tangan kanan hendaklah memegang genting udi atau pistol
grip sementara tangan kiri memegang pengadang laras. Udi raifal
diletakkan di atas siku tangan kanan dan muncung raifal dihalakan ke
hadapan. Lihat Gambar 3.30.
3 - 17
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 3.30 : Merangkak Harimau Bintang
(3) Berguling. Cara ini adalah paling cepat untuk melarikan diri
daripada sesuatu tempat terutama dari permukaan tanah tinggi ke tanah
rendah. Apabila anggota berguling dengan raifal, tangan kiri anggota
hendaklah memegang pengadang laras dan tangan kanan hendaklah
memegang pistol grip. Ibu jari anggota mestilah di luar pengadang picu
dan anggota mestilah dalam keadaan siap sedia untuk bertindak. Lihat
contoh Gambar 3.31.
Gambar 3.31 : Berguling
3 - 18
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
(4) Jalan Hantu. Dalam pergerakan cara ini, anggota memegang
raifal dalam keadaan siap sedia menenang serta sentiasa berwaspada
dengan mendongakkan sedikit kepala supaya senang memerhati
keadaan sekeliling. Anggota berjalan menggunakan hujung tapak kasut
dan bengkokkan lutut untuk mewujudkan keseimbangan badan semasa
bergerak. Lihat contoh Gambar 3.32.
Gambar 3.32 : Jalan Hantu
b. Pergerakan Perseorangan dengan Mesingan Ringan (MGR).
Pergerakan perseorangan dengan MGR semasa bertempur dengan pihak
musuh boleh dibahagikan kepada beberapa cara. Cara-cara tersebut adalah
seperti berikut:
(1) Merangkak Harimau Bintang. Pergerakan ini serupa dengan
pergerakan menggunakan raifal. Pegang pada bahagian genting udi
senjata dengan tangan kanan dan kaki dua yang dilipat dengan tangan
kiri. Tolakkan senjata dengan kedua-dua belah tangan seberapa jauh
yang boleh kemudian bengkokkan lutut untuk menggerakkan badan ke
hadapan. Lihat contoh Gambar 3.33.
3 - 19
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 3.33 : Merangkak Harimau
Bintang Bersama MGR
(2) Merangkak dengan Sebelah Badan. Pergerakan ini
dilaksanakan dengan cara anggota mengambil kedudukan baring secara
mengiring sama ada di sebelah kiri atau kanan. Pegang pada pembimbit
senjata dengan tangan yang di sebelah dan letakkan udi senjata di atas
kaki bawah. Gunakan kaki di sebelah atas dan siku tangan bawah untuk
menggerakkan badan ke hadapan. Lihat Gambar 3.34.
Gambar 3.34 : Merangkak Dengan Sebelah Badan
3 - 20
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
(3) Merangkak dengan Lutut. Pergerakan ini biasanya digunakan
semasa anggota berada di sebalik perlindungan yang tingginya di paras
pinggang. Anggota melutut dengan lutut kanan sementara tangan kanan
yang tergenggam diletakkan di atas tanah. Pegang pada pembimbit
senjata dengan tangan kiri dan letakkan ibu jari di atas lutut kiri bagi
meringankan berat senjata. Untuk mara, gerakkan kaki kiri dan tangan
kanan yang tergenggam bersama-sama ke hadapan kemudian bawa
lutut kanan pula ke hadapan. Proses ini berlaku secara berterusan. Lihat
Gambar 3.35.
Gambar 3.35: Merangkak Dengan Lutut
c. Pergerakan Berpasangan dengan MGR. Pergerakan berpasangan
dengan MGR semasa bertempur dengan pihak musuh boleh dibahagikan
kepada beberapa cara. Cara-cara tersebut adalah seperti berikut:
(1) Merangkak Harimau Bintang. Pergerakan ini adalah secara
berpasangan di mana anggota yang kedua memegang kaki dua (bipod)
dengan tangan kanan sedikit ke hadapan dan orang yang pertama
memegang genting udi dengan tangan kiri. Halakan senjata itu ke
hadapan. Seterusnya, kedua-dua anggota akan merangkak harimau
bintang serentak dengan kaki yang berlainan. Raifal orang kedua pula
dipegang dengan menggunakan tangan kiri. Lihat contoh Gambar
3.36.
3 - 21
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 3.36: Merangkak Harimau Bintang
(2) Merangkak Harimau Bintang (Cara Kedua). Pergerakan ini
juga dilaksanakan secara berpasangan. Ia sama dengan merangkak
harimau bintang dengan raifal di mana anggota kedua berkedudukan
sama paras dan raifal iaitu berada di hadapannya. Tentukan kedua-dua
kelopak senjata menghala ke hadapan. Lihat contoh Gambar 3.37.
Gambar 3.37 : Merangkak Harimau Bintang (Cara Kedua)
3 - 22
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 4
MELINTAS HALANGAN
308. Semasa melaksanakan tugas rondaan, anggota mungkin akan berdepan dengan
pelbagai jenis halangan. Halangan-halangan ini biasanya adalah dalam bentuk jalan
raya, sungai, parit, paya, tunggul-tunggul kayu besar dan lain-lain lagi. Apabila
melintas halangan, anggota perlulah berhati-hati kerana halangan-halangan ini
merupakan tempat yang paling sesuai untuk musuh membuat serang hendap. Oleh itu,
cuba elakkan halangan-halangan ini seberapa yang boleh kerana ia selalu berada
dalam kawasan kawalan tembakan musuh. Sekiranya terpaksa juga melintas halangan,
ia mestilah dibuat dengan cepat dan selamat supaya tiada anggota yang tercedera
mahupun terkorban.
JENIS-JENIS HALANGAN
309. Halangan Dawai Berduri. Kebanyakan pasukan Tentera Darat di seluruh
dunia menggunakan halangan dawai berduri seperti pagar dawai berduri bergulung
dua lapis atau dawai rendah yang bergulung. Halangan-halangan seumpama ini
mungkin dipasang jerangkap samar atau alat-alat yang mengeluarkan bunyi. Perkara-
perkara khusus yang mesti dititikberatkan oleh anggota untuk melintasi halangan ini
adalah seperti berikut:
a. Merangkak di bawahnya jika boleh. Salah satu cara yang biasa
dipraktikkan ialah orang yang pertama menongkatkan dawai-dawai untuk
menolong mereka yang mengikutinya di belakang untuk melintas.
b. Dawai atau concertina yang longgar boleh dilintasi apabila anggota
meniarapkan dirinya di atas dawai itu perlahan-lahan dan anggota yang di
belakangnya berjalan di atasnya. Sekiranya perlu melintasi dawai jalinan yang
rendah, pijak di celah-celah urat dawai yang dijalin.
c. Apabila hendak memotong satu-satu dawai, potong hanya urat jalinan
di bawah sahaja dan tinggalkan yang di atasnya. Ini bertujuan untuk
menyukarkan musuh menjumpai lubang yang telah dibuat tadi. Jangan potong
dawai yang tegang sebelum ia disiasat terlebih dahulu bagi menentukan
tiadanya jerangkap samar dipasang di kawasan dawai tersebut.
d. Apabila anggota yang hendak memotong dawai itu hanya seorang diri
sahaja, hanya potong dawai yang berhampiran dengan pancang. Elakkan
kedua-dua hujung dawai yang dipotong itu daripada tersentak ke belakang,
kerana bunyi yang terjadi akan menarik perhatian musuh. Balutkan kain pada
dawai itu dan pegang dengan sebelah tangan. Potong di antara tangan dengan
pacang dan digulungkan hujung yang terputus itu supaya mudah untuk
berjalan.
3 - 23
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
310. Pintu Pagar dan Pagar. Cara yang terbaik untuk mengatasi halangan ini
adalah dengan merangkak di bawahnya dengan merapatkan dada ke tanah seberapa
yang boleh sementara senjata dipegang menggunakan sebelah tangan. Apabila cara ini
tidak dapat dilaksanakan, anggota bolehlah memanjat atau melompat pagar tersebut
mengikut ketinggiannya dan faktor keselamatan hendaklah sentiasa diambil perhatian.
311. Jalan raya dan Lorong. Semasa melintas jalan raya atau lorong, pilih satu
tempat yang mempunyai perlindungan dan tempat persembunyian. Cari lubang yang
besar di kawasan rendah yang boleh dijadikan perlindungan.
312. Kayu Mati yang Besar. Cara yang paling baik untuk mengatasi pokok-pokok
kayu besar yang tumbang di hutan ialah mencari jalan di sekelilingnya. Ketika
menghampiri halangan seumpama ini hendaklah berhati-hati kerana tempat begini
selalunya dipasang dengan jerangkap samar atau kawasan musuh melaksanakan
serang hendap. Tidak ada satu cara yang sesuai atau cepat untuk melintasinya kerana
ia bergantung bagaimana keadaan halangan itu. Walau bagaimanapun elakkan dari
tempat-tempat terang apabila melintasinya.
313. Parit dan Anak Sungai. Sekiranya laluan dihalangi oleh parit-parit yang lebar
atau anak sungai, ia hendaklah dilintasi dengan senyap dan berhati-hati terutama
apabila turun di sebelah tebing sungai dan naik di sebelah tebing lain. Jika parit dan
anak sungai itu sempit, bolehlah berlari sambil melompat. Bagi melintasi halangan-
halangan ini, langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:
a. Hampiri halangan dengan berhati-hati serta buat kajian dan
pemerhatian dari satu tempat yang sesuai dan terlindung dari pandangan
musuh.
b. Tentukan kedua-dua belah halangan tersebut tidak mengeluarkan bunyi
apabila dipijak.
c. Sebelum berlari dan lompat, pilih satu tempat untuk berlindung di
seberang halangan tersebut.
d. Lari dan lompat halangan tersebut dengan cepat. Seterusnya baring ke
tanah serta terus merangkak masuk ke tempat perlindungan yang dipilih tadi
dan terus memerhati sasaran.
314. Tembok. Memanjat tembok atau halangan yang seumpamanya adalah
pergerakan yang merbahaya kerana bentuk dan bayang anggota yang memanjat
tersebut jelas kelihatan dan senang menjadi sasaran tembakan musuh. Jika tiada
pilihan lain dan mesti memanjatnya, baringkan badan seberapa rendah dan gulingkan
badan di atas tembok itu dengan seberapa cepat yang boleh. Sekiranya tembok
tersebut tinggi, seorang anggota atau lebih, hendaklah bersedia di bawah tembok dan
membantu yang lain untuk sampai ke atas dengan apa cara yang boleh. Melintas
3 - 24
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
tembok 12 kaki dengan sambil lewa semasa latihan merempuh halangan adalah suatu
amalan yang merbahaya dan boleh menjejaskan keyakinan diri.
315. Kawasan Bahaya. Sebarang kawasan di mana pemerhatian dan perjalanannya
terhad atau di mana dipercayai terdedah kepada pemerhatian dan tembakan musuh
adalah merupakan kawasan merbahaya. Dalam membuat penentuan untuk melintasi
kawasan tersebut, perkara-perkara yang mestilah dipertimbangkan adalah seperti
berikut:
a. Kawasan Musuh. Kawasan yang berdekatan dengan musuh di mana
musuh berupaya membuat pemerhatian atau menguasai dengan tembakan.
Tindakan melintasi halangan di kawasan seperti itu adalah berbeza dengan
kawasan yang tidak mempunyai musuh.
b. Halangan. Ini termasuk periuk api, parit, sungai yang dipasang dengan
dawai berduri dan lain-lain.
c. Keselamatan. Tindakan ini termasuklah tinjauan yang rapi di kedua-
dua belah kawasan bahaya. Pengawal atau pelindung mesti mengambil
kedudukan sebelum melintasi halangan.
d. Pendedahan kepada Musuh. Semasa melintasi kawasan yang
merbahaya atau di dalam pandangan serta tembakan musuh, tentukan masa
yang diambil adalah seminimum yang boleh.
e. Pergerakan. Pergerakan untuk melintasi kawasan bahaya jika
difikirkan perlu, pergerakan bolehlah dilaksanakan pada waktu malam.
SEKSYEN 5
RUMUSAN
316. Kawalan yang berkesan dengan senyap dan pantas akan dapat dicapai melalui
penggunaan isyarat medan yang betul. Bagaimanapun ianya memerlukan kerjasama
dari semua anggota dalam kumpulan berkenaan yang bertanggungjawab sebagai
perantaraan di antara satu sama lain dalam penggunaan semua isyarat medan ini.
Manakala cara-cara pergerakan hendaklah dipraktikkan dan dimahirkan oleh setiap
anggota sekiranya ingin mencapai kejayaan dan mengelakkan kecederaan yang teruk
di kalangan anggota semasa di medan pertempuran. Di samping itu, setiap halangan
mestilah dianggap merbahaya dan anggota perlu berhati-hati dan mengambil tindakan
yang pantas apabila melintasi halangan. Anggota-anggota perlu berlatih sehingga
mahir kerana melintasi halangan memerlukan kawad yang tersendiri.
3 - 25
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
BAB 4
MENEMBAK SASARAN
SEKSYEN 1
AM
401. Selain dari memiliki kemahiran dalam kebolehan untuk mengelakkan diri dari
dikesan atau dilihat oleh pihak musuh dan di masa yang sama dapat mengesan pihak
musuh, adalah mustahak bagi sasaran musuh yang dikesan tersebut dapat
dimusnahkan secara berkesan. Ini dapat dilaksanakan dengan, memiliki kemahiran
dalam kaedah mengagak jarak, menunjuk sasaran dan juga teknik-teknik PKT.
Semua kemahiran ini perlu diasah bermula dari peringkat awal penglibatan dalam
bidang ketenteraan lagi. Dengan memperoleh kemahiran-kemahiran tersebut, segala
bentuk operasi yang dilaksanakan akan dapat mencapai misi yang berikan oleh pihak
atasan.
SEKSYEN 2
MENGAGAK JARAK
402. Kemahiran untuk mengagak jarak sesuatu sasaran amat penting bagi seseorang
anggota untuk membolehkannya menggunakan senjatanya dengan berkesan dan
seterusnya memusnahkan musuh. Kemahiran ini juga dapat mengelakkan berlakunya
pembaziran peluru dengan mengaplikasikan cara-cara memberi PKT yang baik.
403. Kaedah Mengagak Jarak. Bagi mendapatkan jarak sesuatu sasaran atau
objek, kaedah mengagak jarak yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
a. Cara Unit Ukur (Unit of Measure). Bagi mengagak jarak
menggunakan kaedah ini, bayangkan jarak 100 meter di atas tanah sebagai
satu unit ukuran. Kira berapa unit 100 meter boleh dimasukkan di antara
kedudukan pemerhati dengan objek atau sasaran yang dilihat. Sekiranya jauh
sasaran atau objek itu ialah tiga kali 100 meter, bermakna jarak kedudukan
sasaran atau objek tersebut ialah 300 meter. Cara ini boleh digunakan jika
penglihatan tidak dihalang di antara pemerhati dengan objek dan ianya sesuai
untuk jarak 400 meter atau kurang.
b. Cara Mengenal Rupa (Appearance Method). Cara ini adalah
membandingkan dengan tepat saiz objek-objek dengan keadaan sekelilingnya
sebelum memutuskan jarak kepada objek itu. Bagi mengagak jarak dengan
lebih tepat menggunakan kaedah ini, anggota-anggota memerlukan latihan
yang banyak dalam keadaan tanah serta pemerhatian yang berbeza. Anggota-
4-1
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
anggota perlu diberikan peringatan bahawa sesuatu objek adalah berlainan di
dalam keadaan tertentu seperti berikut:
(1) Objek kelihatan lebih dekat dari yang sebenarnya jika berlaku
keadaan-keadaan seperti berikut:
(a) Cahaya terang atau matahari memancar dari hadapan
pemerhati.
(b) Ia lebih besar apabila dibandingkan dengan keadaan
sekeliling.
(c) Ada tanah rendah seperti gaung, lembah di antara objek
dengan pemerhati.
(d) Pemerhati memandang dari bawah ke atas bukit.
(2) Objek kelihatan lebih jauh dari yang sebenarnya jika berlaku
keadaan-keadaan seperti berikut:
(a) Cahaya tidak baik atau cahaya matahari memancar dari
arah hadapan pemerhati.
(b) Objek lebih kecil berbanding dengan keadaan keliling.
(c) Memerhati di dalam kedudukan baring atau di celah-
celah lurah atau lorong dipenuhi deretan pokok-pokok.
(d) Pemerhati memandang dari atas bukit ke bawah bukit.
404. Bantuan Mengagak Jarak. Berpandukan kepada cara menggunakan unit
ukur dan mengenal rupa, bantuan mengagak jarak lain yang boleh digunakan secara
berkesan adalah seperti berikut:
a. Cara Setengah (Halving). Pilih satu objek atau tempat yang lebih
kurang setengah jarak ke sasaran daripada pemerhati. Kemudian anggarkan
dan gandakan dua kali.
b. Cara Kurungan (Bracketing). Caranya adalah seperti berikut:
(1) Anggarkan jarak yang maksimum di mana sasaran itu berada.
(2) Anggarkan jarak yang minimum di mana sasaran itu berada.
(3) Jumlah jarak (1) + (2) dan dibahagikan dua.
4-2
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
c. Panduan Jarak (Key Range). Sekiranya jarak sesuatu objek atau
kedudukan yang berhampiran dengan sasaran diketahui, maka jarak sasaran
boleh dianggarkan dari objek atau kedudukan tersebut.
d. Cara Purata (Unit Average). Arahkan beberapa anggota mengagak
jarak. Kemudian ambil semua jawapan dan puratakan.
SEKSYEN 3
MENUNJUK SASARAN
405. Sesuatu keadaan tanah jika telah dibentuk dengan susun cara lengkok
tembakan (arc of fire) masing-masing, ianya akan memudahkan Ketua Seksyen atau
penembak menunjuk sesuatu sasaran yang terdapat di kawasan tanggungjawabnya.
Cara ini ternyata mudah difahami dan dapat diketahui dengan cepat oleh si penembak.
406. Cara Menunjuk Sasaran. Bagi menembak sesuatu sasaran, ia mestilah
terlebih dahulu dikenali. Bagi menyenangkan pengenalan, terdapat beberapa kaedah
yang digunakan untuk menunjukkan sasaran. Cara-cara tersebut adalah seperti
berikut:
a. Cara Terus. Cara ini digunakan untuk menunjukkan sasaran yang
senang dikenali dan lengkok tembakan mestilah diketahui oleh semua anggota.
Ini termasuk paksi lengkok dan menunjukkan sempadan lengkok kiri dan
kanan. Lengkok tembakan ini seperti yang ditunjukkan di Gambarajah 4.1.
Susunan tatacara menunjuk sasaran untuk cara terus ini adalah seperti berikut:
(1) Beri jarak untuk menunjukkan berapa jauh hendak dipandang.
(2) Beri arah mengikut cara yang ditunjukkan di Gambarajah 4.1.
(3) Terangkan jenis sasaran. Penerangan adalah ringkas tetapi
tepat.
(4) Contoh cara terus adalah seperti berikut; “DUA LIMA
KOSONG - SETENGAH KANAN - PONDOK KECIL”.
4-3
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Sedikit kiri PaksPi Lakesnigkok
¼ kiri Sedikit kanan
½ kiri ¼ kanan
¾ kiri ½ kanan
¾ kanan
Pemerhati
Gambarajah 4.1 : Lengkok Tembakan
b. Cara Tanda Panduan. Bagi sasaran yang susah dikenali, cara terus
bolehlah digabungkan bersama cara tanda panduan seperti berikut:
(1) Beri jarak kepada sasaran.
(2) Pilih satu tanda panduan untuk digunakan sebagai paksi.
(3) Beri arah sebagaimana cara terus.
(4) Terangkan jenis sasaran. Penerangan adalah ringkas tetapi
tepat.
(5) Contoh cara tanda panduan adalah seperti berikut; “TIGA
RATUS (jarak ke sasaran) - POKOK RIMBUN (tanda panduan) -
SEDIKIT KIRI (lengkok tembakan) - RUMPUN KECIL (sasaran)”.
c. Cara Permukaan Jam. Apabila sasaran susah hendak dikenali, cara
permukaan jam untuk menunjukkan sasaran adalah cara yang baik untuk
digunakan. Tanda panduan yang diterangkan di perenggan 406.b. adalah
digunakan dan permukaan jam adalah diumpamakan terletak di tengah-tengah
jam di atas tanda panduan tersebut. Bayangkan satu garisan lurus dari tanda
panduan ke sasaran sebagaimana kita membaca jam. Gambaran cara
permukaan jam ini seperti yang ditunjukkan di Gambarajah 4.2. Contohnya;
“DUA RATUS (jarak ke sasaran) - PONDOK KIRI (tanda panduan) -
PUKUL LAPAN - KELOMPOK BATU (Sasaran)”.
4-4
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
11 12 1
10 12 2
93
Sasaran 8 4
7 5
6
Pemerhati
Gambarajah 4.2 : Cara Permukaan Jam
d. Cara Sudut Tangan. Kebiasaannya cara ini digunakan bersama
dengan cara tanda panduan atau cara permukaan jam. Cara pengiraan sudut
tangan adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah 4.3. Contoh cara
sudut tangan adalah seperti berikut; “DUA RATUS (jarak ke sasaran) -
POKOK (tanda panduan) - KIRI, PUKUL LAPAN - LEBIH KURANG
TUJUH PULUH MIL - RUMPUN BULUH (Sasaran)”.
30 mil 70 mil 100 mil 120 mil
350 mil
150 mil 180 mil 250 mil
Gambarajah 4.3 : Cara Pengiraan Sudut Tangan
4-5
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 4
MENGESAN SASARAN
407. Mengesan Sasaran yang Sukar Dikenali. Ada kalanya sesuatu sasaran itu
agak sukar untuk dikenali kerana kedudukannya yang terlindung atau faktor-faktor
lain yang menghalang pandangan. Apabila keadaan ini berlaku, maka cara-cara yang
boleh diikuti adalah seperti berikut:
a. Tembakan Peluru Pengesan. Peluru atau tembakan boleh digunakan
bagi menunjuk satu sasaran yang paling sukar. Walau bagaimanapun cara ini
mestilah mendapat kebenaran dari ketua kumpulan sebelum digunakan kerana
musuh akan mengetahui dan menjejaskan rancangan-rancangan operasi
selanjutnya. Senjata-senjata yang menggunakan tembakan pengesan ialah
senjata persendirian, meriam atau helicopter gunship. Contoh perintah untuk
sasaran yang sukar dikenali ialah; “TIGA RATUS - LIHAT PENGESAN INI
– DI MANA KENA DI SITU ADA MUSUH”.
b. Kawad Prosedur “TIDAK NAMPAK”. Bagi sasaran yang tidak
dapat dikenali walaupun semua cara telah digunakan, maka kawad prosedur
“TIDAK NAMPAK” mesti digunakan. Dalam keadaan ini, pemerhati akan
menunjukkan sasarannya kepada anggota-anggota lain. Sekiranya sasaran
yang ditunjukkannya itu tidak dapat dikenali, anggota-anggota mestilah
berteriak “TIDAK NAMPAK”. Bila mendengar aduan ini, anggota yang
menunjukkan sasaran atau pemerhati perlu mencuba lagi menunjukkan sasaran
dengan menggunakan cara-cara yang diajar. Jika dia berpendapat bahawa
anggota yang menerima itu gagal memahami sasaran yang ditunjuk olehnya,
maka dia haruslah menunjukkan sasaran itu sekali lagi. Sekiranya beliau
berpendapat anggota gagal mendengar apa yang ditunjukkan, beliau mesti
menunjukkan sasaran itu sekali lagi supaya semua anggota boleh
mendengarnya.
408. Mengesan Sasaran Melalui Bunyi. Dalam menghadapi serangan musuh
terutama dalam situasi PMI, selalunya musuh menembak ke sasaran dari tempat
persembunyiannya yang sukar untuk dikesan dan diagak jarak kedudukan mereka.
Oleh itu setiap anggota mesti dilatih tentang teknik-teknik mengesan dan mengagak
kedudukan musuh dengan menggunakan semua pancaindera terutamanya pandangan
dan pendengaran. Cara mengesan yang paling berkesan ialah dengan menggunakan
pandangan. Jika tidak kelihatan, maka penggunaan pendengaran adalah lebih
berkesan. Oleh itu latihan mengenal bunyi mestilah dilakukan supaya anggota dapat
mengenal jenis-jenis tembakan senjata serta arah kedudukan tembakan. Cara-cara
yang digunakan untuk mengetahui jenis senjata dan kedudukan musuh adalah dengan
bunyi desingan dan letupan (crack dan tam). Semua anggota mestilah sentiasa
berwaspada dan bersedia menghadapi musuh supaya dapat bertindak serta-merta
terhadap mereka apabila keadaan memerlukan. Maklumat-maklumat yang boleh
diperolehi dari bunyi ‘crack’ dan ‘tam’ adalah seperti berikut:
4-6
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
a. Bila satu desingan tembakan kedengaran, mula-mula yang kedengaran
ialah bunyi ‘crack’ peluru tersebut yang kemudiannya akan diikuti dengan
bunyi ‘tam’. Bunyi seperti itu boleh didengari kerana perjalanan peluru lebih
cepat dari perjalanan bunyi tembakan. Bagi mendapat gambaran sepenuhnya,
latihan desingan dan letupan mesti diadakan oleh semua anggota.
b. Semasa sesuatu tembakan dilepaskan, kita akan dapat mendengar dua
bunyi iaitu bunyi desingan ‘crack’ dan diikuti bunyi ‘tam’. Kita lupakan bunyi
pertama iaitu ‘crack’ dan tumpukan perhatian kepada bunyi kedua iaitu ‘tam’.
Ini penting kerana ia akan membantu anggota untuk menentukan arah
datangnya tembakan itu. Latihan ini perlu dibuat beberapa kali supaya setiap
anggota dapat menentukan kedudukan atau arah tembakan senjata melalui
bunyi sahaja. Jarak masa di antara bunyi ‘crack’ dan ‘tam’ akan memberi
sedikit panduan mengenai jarak si penembak di mana lebih jauh senjata itu
berada bererti lebih lama pula masa di antara ‘crack’ dan ‘tam’.
c. Latihan desingan dan letupan adalah bertujuan untuk memberi
gambaran sebenar serta untuk mengagak jarak atau kedudukan dan arah
tembakan. Dalam keadaan ini latihan mencakupi aspek-aspek seperti bunyi
tembakan-tembakan senjata-senjata yang ada dan bunyi desingan-
desingannya, arah tembakan dari kiri, kanan atau tengah serta mengesan jarak
dekat dan jauh. Latihan ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali
setahun untuk memantapkan kecekapan anggota-anggota dalam menentukan
bunyi tembakan senjata-senjata yang ada serta dapat mengagak jarak, arah
atau kedudukan tembakan dengan lebih tepat.
d. Bunyi tembakan boleh digunakan bagi mencari kemungkinan
kedudukan musuh dan menandakan sasaran musuh. Anggota-anggota raifal
yang terlatih akan memilih kedudukan tembakan musuh dalam lengkok yang
telah dikhaskan kepada mereka. Satu kad jarak mestilah dibuat bagi
menunjukkan kawasan tanggungjawab dan jaraknya supaya pemerhatian
kawasan dan perintah menunjuk sasaran dapat diberi atau terima dengan tepat
dan berkesan. Oleh itu, panduan-panduan yang boleh digunakan untuk
mengesan sasaran melalui bunyi adalah seperti berikut:
(1) Perhatikan lamanya masa antara bunyi ‘crack’ dan ‘tam’ dan
cuba tentukan jarak ke senjata.
(2) Dengar bunyi ‘tam’ dan agak arah datangnya.
(3) Perhatikan jarak dan arah yang telah dianggarkan untuk
mencari kesan-kesan seperti asap, habuk dan sebagainya yang dapat
menunjukkan sesuatu sasaran.
4-7
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
(4) Cari kedudukan musuh dalam kawasan itu dan lihat untuk
mencari panduan mengenai adanya sasaran musuh.
SEKSYEN 5
PERINTAH KAWALAN TEMBAKAN
409. Perintah Kawalan Tembakan adalah perintah yang diberi oleh seseorang ketua
kepada anggotanya untuk menghala dan menjaga tembakan di dalam pasukan masing-
masing. Ia merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh seseorang ketua semasa
berlakunya pertempuran baik semasa latihan atau di dalam operasi. Penyampaian PKT
yang betul dan tepat oleh seseorang ketua akan membolehkan anggota-anggota
menembak dengan berkesan ke kedudukan musuh kerana mereka telah mengetahui di
mana musuh berada berpandukan PKT yang diberikan. PKT diberi dengan cara-cara
tertentu dan mengikut peraturan. Ia mestilah diberikan dengan kuat dan terang supaya
mudah didengar dan difahami oleh anggota yang akan menembak.
410. Peraturan. Selepas mengambil keputusan untuk melepaskan tembakan,
terdapat 4 peraturan yang perlu dipatuhi dalam memberi perintah ini iaitu seperti
berikut:
a. T - Terang. Perintah hendaklah disampaikan dengan terang, ringkas
dan tepat.
b. K - Kuat. Perintah hendaklah disampaikan dengan kuat supaya boleh
didengari oleh semua anggota.
c. S - Sebagai Perintah. Perintah hendaklah diberi sebagai perintah dan
mesti dipatuhi.
d. P - Perenggan. Perintah hendaklah disampaikan secara berperenggan-
perenggan.
411. Cara. Bagi mengelakkan kesalahan atau ketinggalan perintah dan
membolehkan anggota senang mengagak urutan perintah seterusnya, PKT hendaklah
diberi dengan peraturan berikut:
a. K - Kumpulan. Ia diberi adalah seperti berikut; “SEKSYEN”,
“KUMPULAN RAIFAL” atau “KUMPULAN BANTUAN”.
b. J - Jarak. Ia diberi untuk menunjukkan kedudukan penembak ke
sasaran. Contohnya; “TIGA RATUS” atau “SATU LIMA KOSONG”.
4-8
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
c. M - Menunjuk Sasaran. Mengarahkan pandangan kumpulan ke
sasaran. Contohnya; “POKOK MATI, RUMAH MERAH, SEDIKIT
KANAN, PUKUL TIGA SIMPANG JALAN” dan sebagainya mengikut arah
kedudukan sasaran tersebut.
d. J - Jenis Tembakan. Jenis tembakan adalah seperti berikut:
(1) “TEMBAK” - Tembak serta merta dengan kederasan biasa.
(2) “TEMBAK TUBI” - Tembak serta merta dengan tembak tubi.
(3) “PERHATI DAN TEMBAK” - Tembak dengan sendiri apabila
sasaran kelihatan di kedudukan yang telah ditunjukkan.
(4) “TUNGGU PERINTAH SAYA” - Bersedia untuk menembak
tetapi jangan mulakan tembakan sehingga perintah diberi.
(5) “TERUSKAN” - Teruskan tembak dengan kederasan biasa
melainkan diberi perintah “TEMBAK TUBI, TERUSKAN”.
412. Perintah Kawalan Tembakan Tambahan. Selain daripada PKT di atas,
beberapa perintah-perintah tambahan atau susulan boleh diberikan semasa menembak.
Contoh perintah kawalan tambahan yang boleh diberikan adalah seperti berikut:
a. “BERHENTI” - Bermaksud berhenti menembak tetapi meneruskan
pemerhatian ke sasaran.
b. “BUAT SELAMAT” - Bermaksud keluarkan peluru dan kemudian
isikan peluru semula. Pada kebiasaannya perintah ini diberikan apabila
kumpulan bersedia untuk bergerak atau meneruskan mara.
c. “TERUSKAN” atau “TERUSKAN TEMBAKAN” - Bermaksud
tembak semula dengan kederasan mengikut PKT yang diberikan sebelumnya.
d. “KUMPULAN...HENTI”, “KUMPULAN…TEMBAK’ - Bermaksud
untuk mengawal tembakan supaya tidak berlakunya pembaziran peluru.
e. “KUMPULAN RAIFAL DAN TINJAU TEMBAK, KUMPULAN
MGR HENTI - KUMPULAN MGR TEMBAK, KUMPULAN RAIFAL DAN
TINJAU HENTI’ - Bermaksud tembakan akan dibuat mengikut kumpulan bagi
mengawal tembakan serta mengelak pembaziran peluru.
413. Semasa latihan, sekiranya sasaran yang diberikan oleh ketua itu kurang jelas
dan was-was akan kesahihannya, seorang atau dua orang ahli kumpulan itu boleh
memberikan pertolongan untuk menunjukkan sasaran dengan melakukan perbuatan
menenang.
4-9
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
414. Jenis-Jenis PKT. Terdapat 5 jenis PKT yang digunakan iaitu seperti berikut:
a. PKT Penuh. Perintah ini diberi apabila sasaran tidak begitu jelas dan
ada masa yang cukup untuk memberikannya. Contohnya adalah seperti
berikut:
(1) “KUMPULAN BANTUAN - TIGA RATUS - PONDOK -
KIRI, PUKUL SEMBILAN - MESINGAN MUSUH DALAM
RUMPUN BULUH - TEMBAK TUBI - TEMBAK”.
(2) “SEKSYEN - DUA RATUS - SETENGAH KIRI - MUSUH
DI PENJURU PADANG - TEMBAK”.
b. PKT Ringkas. Perintah ini diberi apabila tidak ada masa tetapi sasaran
jelas dan dekat. Contohnya; “TINDAK - SUKU KIRI - TEMBAK TUBI -
TEMBAK”.
c. PKT Bertangguh. Perintah ini digunakan apabila ketua yang
mengawal tembakan dapat mengagak apa yang akan dibuat oleh pasukannya
atau apa yang akan dibuat oleh musuh. Pasukan penembak bersiap sedia
menembak tetapi menunggu masa yang baik untuk menerima perintah
“TEMBAK”. Contohnya adalah seperti berikut:
(1) “SEKSYEN - DUA RATUS - PONDOK KANAN, PUKUL
LIMA - MUSUH DALAM RUMPUN BULUH - DUA SEKSYEN
KITA AKAN SERANG DARI KANAN - KITA AKAN BERI
TEMBAKAN PERLINDUNGAN APABILA MEREKA ADA DI
TEMPAT LAPANG - TEMBAK TUBI - TUNGGU PERINTAH
SAYA (apabila 2 seksyen masuk tanah lapang) - TEMBAK”.
(2) “SEKSYEN - DUA RATUS - SUKU KANAN - KELOMPOK
POKOK GETAH - APABILA MUSUH KELUAR KE TANAH
LAPANG - TEMBAK TUBI - TUNGGU PERINTAH SAYA (apabila
musuh keluar ke tanah lapang) - TEMBAK”.
d. PKT Individu. Perintah ini diberi apabila musuh kelihatan dalam
masa singkat dan tidak memberi masa untuk PKT. Tembakan dilepaskan
apabila kelihatan oleh setiap anggota. Contohnya adalah seperti berikut:
(1) “KUMPULAN RAIFAL - DUA RATUS, SEDIKIT KANAN -
PONDOK - MUSUH DI KAWASAN ITU, PERHATI DAN
TEMBAK”.
(2) “SEKSYEN - DUA RATUS - RUMAH BERHALA - KANAN
PUKUL TIGA, DUA RATUS MIL - MUSUH DI PINGGIR HUTAN
- PERHATI DAN TEMBAK”.
4 - 10
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
e. PKT Kaedah Pengesan. Perintah ini diberi apabila musuh kelihatan
di waktu malam. Contohnya, “SEKSYEN - PANDANG HADAPAN - DI
MANA PELURU TRACER JATUH, DI SITU ADA MUSUH - TUBI-TUBI
TEMBAK”.
SEKSYEN 6
KAD JARAK
415. Adalah mustahak bagi semua peringkat anggota mengetahui cara membuat
dan tujuan membuat kad jarak. Kad jarak adalah satu cara untuk mendapatkan
penyatuan antara anggota-anggota seksyen dan platun dalam lengkok tembakan dan
tanggungjawabnya di kawasan hadapan. Seseorang anggota itu perlu tahu tugas dan
tanggungjawabnya untuk mempertahankan kedudukannya serta membantu kawasan
rusuk kiri di dalam lengkok tembakan mereka. Dalam masa yang sama, keupayaan
saling membantu (mutual supporting) dapat dilaksanakan melalui lengkok tembakan
kedua (secondary arc of fire). Oleh itu, menjadi tugas Ketua Seksyen untuk memberi
lengkok tembakan pada setiap anggota di bawahnya secara terperinci. Keseluruhan
lengkok tembakan di peringkat seksyen dan platun pula adalah ditentukan oleh Ketua
Platun masing-masing. Secara menyeluruh semua lengkok tembakan adalah
diselaraskan oleh pemerintah tertinggi sesuatu lokasi pertahanan tersebut.
MEMBUAT KAD JARAK
416. Kad jarak mesti disediakan apabila satu-satu kedudukan itu akan diduduki
untuk tempoh yang agak lama. Ia bertujuan bagi memudahkan proses menunjukkan
sasaran dan memberi PKT.
417. Jika sesuatu kawasan itu diduduki untuk jangka masa singkat, data-data dalam
kad jarak adalah ringkas dan mudah, tetapi lama kelamaan akan banyak maklumat-
maklumat terkumpul dan perlu direkodkan di dalam kad tersebut. Maklumat-
maklumat itu termasuklah perkara-perkara berikut:
a. Tanda-tanda yang jelas (prominent land mark).
b. Tempat-tempat yang selalu didatangi musuh.
c. Jarak kepada tiap-tiap satu tanda iaitu tanda semula jadi di atas bumi.
418. Kad jarak boleh memberi panduan dengan cepat dan tepat untuk mengenal
sebarang sasaran. Ia akan menentukan yang kawasan bahaya tidak diabaikan. Tiap-
tiap senjata di dalam seksyen mempunyai kad jarak masing-masing yang mempunyai
tanggungjawab untuk mengendalikan sasaran-sasaran yang berada di dalam lengkok
tembakan seksyen. Ketua Seksyen mempunyai kad jarak yang dapat menguasai
keseluruhan lengkok tembakan seksyennya. Sebarang kertas yang kalis air dan
4 - 11
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
disamarkan boleh digunakan sebagai kad jarak. Contoh kad jarak adalah seperti di
Gambarajah 4.4.
Paksi
Sempadan Sempadan
Kiri Kanan
600 500 400 300 200 100
DI BUAT OLEH : ..................................................................................................... ..................
TARIKH : ……………...........................................…….................................................
KEDUDUKAN GR : …………………………………………………………....................………
ARAH : ……………………………………………………………............…………
CARA MENDAPAT JARAK : ………………………………………………………….....
TANDA TANGAN : …............................................……………...............................................….
Nota: Penetapan jarak adalah tertakluk kepada keadaan tanah
Gambarajah 4.4 : Contoh Kad Jarak
SEKSYEN 7
RUMUSAN
419. Bagi memahirkan seseorang anggota yang berpengetahuan dalam ilmu
mengagak jarak, menunjuk sasaran, PKT dan membuat kad jarak, mereka perlu
menjalani banyak latihan di medan terutamanya yang melibatkan operasi PMI.
Kemahiran yang mereka miliki akan membantu dalam pelaksanaan tugas dengan
berkesan. Kegagalan dalam menguasai semua ilmu ini akan memberi peluang kepada
pihak musuh untuk bertindak balas dan boleh menyebabkan pasukan mengalami
kegagalan dalam operasi atau latihan yang dilaksanakan. Oleh itu setiap anggota
hendaklah berlatih bersungguh-sungguh pada sebilang masa dan segala kemahiran
dan pengetahuan yang dimiliki, hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin
terutamanya bagi seseorang ketua di dalam memerintah dan mengawal anggota-
anggota di bawahnya dalam mencapai kejayaan dalam misi yang diberikan.
4 - 12
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
BAB 5
KEMAHIRAN DI MEDAN
SEKSYEN 1
AM
501. Sebagai seorang anggota yang terlatih terutamanya dalam menguasai IMP,
kemahiran di medan yang meliputi aspek mendirikan khemah, pengetahuan cara-cara
ikatan dan juga ilmu pengapungan hendaklah dikuasai sepenuhnya bagi memantapkan
lagi keyakinan diri dalam menjalankan tugas-tugas operasi mahupun semasa
menjalani latihan. Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini perlulah sentiasa
dipraktikkan khasnya oleh setiap anggota infantri agar pelaksanaan misi yang
melibatkan operasi PMI mahupun PK dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
berjaya.
SEKSYEN 2
MENDIRIKAN KHEMAH
502. Tidur dan rehat merupakan satu keperluan kepada setiap anggota semasa
menjalankan operasi atau membuat latihan di medan. Oleh itu setiap anggota mestilah
tahu dan mahir tentang cara-cara mendirikan khemah yang baik untuk mendapatkan
keselesaan dan keselamatan. Keselesaan yang dimaksudkan bukanlah seperti keadaan
di rumah tetapi memadai ianya sesuai kepada keadaan dan dapat berlindung dari
panas dan hujan serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.
503. Dalam tugas operasi, ia boleh dianggap sebagai satu pangkalan rahsia di mana
pasukan ronda akan bergerak. Ianya boleh digunakan untuk satu malam sahaja atau
beberapa hari, tertakluk kepada saiz dan tugas pasukan yang akan mendudukinya.
KEPERLUAN MEMILIH TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
504. Faktor-Faktor Pemilihan Tempat. Semasa memilih kawasan untuk
mendirikan khemah, seseorang ketua itu mestilah menimbangkan beberapa faktor
seperti berikut:
a. Mestilah selamat dan boleh dipertahankan jika diserang.
b. Dapat memberikan keselesaan kepada anggota terutama dari segi
keluasan dan bentuk muka bumi.
5-1
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
c. Terdapatnya keperluan-keperluan asas seperti air.
d. Terlindung.
e. Tidak menghalang perhubungan radio.
f. Berdekatan dengan tempat mendarat helikopter (LP) dan tempat zon
gugur (DZ).
g. Kawasan di mana gerakan boleh dilancarkan dengan senang dan
mudah.
505. Lain-Lain Faktor. Faktor-faktor lain yang mesti diperhatikan semasa
memilih kawasan untuk mendirikan khemah adalah seperti berikut:
a. Khemah jangan didirikan di tebing sungai kerana ia terdedah kepada
ancaman banjir serta bunyi bising air sungai. Ini akan menyebabkan
berlakunya gangguan pada pendengaran dan sukar untuk mengesan
pergerakan musuh.
b. Di lereng bukit yang tidak curam baik untuk didirikan khemah kerana
pengaliran air yang baik.
c. Semasa mendirikan khemah, elakkan dari tempat yang ada pokok-
pokok atau ranting kayu yang mati.
d. Jangan buat khemah di lorong-lorong atau kawasan laluan binatang.
506. Peralatan. Peralatan-peralatan asas yang diperlukan bagi mendirikan khemah
adalah seperti berikut:
a. Tali.
b. Parang yang tajam.
c. Kayu (untuk membuat rangka khemah).
d. Ponco.
507. Ingatan Semasa Mendirikan Khemah. Perkara-perkara yang mesti diingati
semasa mendirikan khemah adalah seperti berikut:
a. Ikatan tali yang digunakan untuk mengikat khemah mestilah senang
ditanggalkan.
5-2
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
b. Jangan halakan bahagian khemah yang terbuka pada arah datangnya
angin.
c. Kayu-kayu pokok yang dipotong mestilah disamarkan.
d. Khemah mestilah bersih dan teratur. Alat kelengkapan yang tidak
digunakan hendaklah disimpan dalam beg galas.
JENIS-JENIS KHEMAH
508. Secara umumnya terdapat dua jenis khemah yang biasa digunakan oleh
anggota sama ada semasa menjalani latihan di medan atau membuat tugas operasi.
Pemilihan jenis khemah yang bersesuaian adalah bergantung kepada jenis-jenis tugas
serta tempoh anggota berada di sesuatu tempat. Jenis khemah yang biasa didirikan
adalah seperti berikut:
a. Khemah Atas Tanah. Khemah jenis ini baik digunakan semasa
menjalankan rondaan atau operasi bergerak. Ianya senang dibuat dan
digunakan untuk semalaman. Ia juga boleh digunakan secara berseorangan
atau berpasangan. Lihat Gambar 5.1 dan 5.2.
Gambar 5.1 : Khemah Atas Tanah (Perseorangan)
5-3
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.2 : Khemah Atas Tanah (Berpasangan)
b. Basha. Khemah jenis ini adalah sesuai didirikan sekiranya anggota
perlu tidur di satu tempat untuk jangka masa yang lama. Ia boleh menjamin
kesihatan tetapi kurang selamat dalam keadaan di mana ancaman musuh
adalah kuat. Ia juga boleh digunakan secara berseorangan atau berpasangan.
Lihat Gambar 5.3 dan 5.4.
Gambar 5.3 : Basha Perseorangan
5-4
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.4 : Basha Berpasangan
SEKSYEN 3
SIMPULAN TALI DAN IKAT MENGIKAT
509. Pengetahuan membuat simpulan tali serta cara membuat ikatan dan jenisnya
adalah sangat mustahak kepada semua peringkat anggota kerana ia sangat berguna
terutamanya ketika berada di medan. Kemahiran ini digunakan dengan meluasnya
semasa aktiviti menyeberangi sungai, membuat pelampung, rakit dan lain-lain lagi.
Oleh itu, apabila memerlukan sesuatu ukuran tali, perlu diingatkan bahawa cara
mendapatkan saiz tali yang betul mestilah mengikut ukuran keliling (circumference)
sesuatu tali itu dan panjang satu-satu tali biasanya diukur dalam meter.
510. Jenis-Jenis Tali. Tali diperbuat daripada pelbagai jenis seperti sabut, jerami
(manilla), sisal, nilon, jerami halus (flax), kapas dan tumbuh-tumbuhan lain yang
diproses menjadikan benang. Manakala jenis tali yang biasa digunakan pada masa
kini ialah tali dari jenis nilon dan tali sabut.
511. Penjagaan Tali. Bagi mengelakkan tali dari menjadi cepat reput dan rosak, ia
mestilah dijaga dan disimpan dengan baik. Sebagai panduan, penjagaan tali boleh
dibuat dengan cara-cara berikut:
5-5
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
a. Tegangkan tali sebelum digunakan. Seterusnya ikatkan tali pada
hujung penyangkut untuk membolehkan tali itu memintal (twisting).
b. Tali jangan dipotong melainkan jika perlu. Pintalkan atau ikatkan
secara simpulan ibu jari (thumb knot) di kedua-dua hujung tali atau gunakan
pita pelekat (adhesive tape) apabila berada dalam kecemasan.
c. Tali jangan disimpul mati kerana ia akan mengurangkan kekuatan tali.
d. Jangan masukkan tali yang besar ke dalam lubang yang kecil kerana
ini akan merosakkan benang tali itu dan tali jangan ditarik melalui lumpur atau
pasir.
e. Jangan lintaskan tali melalui benda-benda yang tajam. Lapikkan kayu
yang bulat atau karung guni sekiranya perlu.
f. Jangan tarik tali dengan mengejut kerana ini akan mengurangkan
kekuatan tali.
g. Tali hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. Walau bagaimanapun,
jangan sekali-kali keringkan tali yang basah menggunakan haba api tetapi
biarkan ia ditiup angin untuk dikeringkan.
h. Periksa dengan kerap kerosakan atau kereputan tali.
i. Jika tali diletakkan di tempat yang lapang, ia hendaklah ditutup.
j. Setelah tali digunakan, tentukan ia bersih dan kering sebelum dililitkan
atau diubah ke tempat lain.
k. Simpan tali jauh dari air asid atau alkali.
512. Simpulan Tali. Terdapat beberapa jenis simpulan tali yang sangat berguna
untuk diketahui oleh semua peringkat anggota sebagai asas. Oleh itu, jenis-jenis
simpulan yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
a. Simpulan Ibu Jari (Thumb Knot) dan Simpulan Angka Lapan.
Simpulan ibu jari biasanya digunakan untuk membuat simpulan di bahagian
hujung tali yang dipotong bagi mengelakkan pintalan tali terurai. Manakala
simpulan angka lapan pula adalah lebih mudah untuk dibuka. Lihat Gambar
5.5 dan 5.6.
5-6
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.5 : Simpulan Ibu Jari
Gambar 5.6 : Simpulan Angka Lapan
5-7
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
b. Simpulan Buku Sila (Reef Knot). Simpulan ini biasanya digunakan
untuk menyambung dua utas tali yang saiznya hampir sama. Lihat Gambar
5.7.
Gambar 5.7 : Simpulan Buku Sila
c. Ikatan Selapis (Single Bend) dan Dua Lapis (Double Sheet Bend).
Simpulan ini digunakan untuk menyambung dua utas tali kering yang saiznya
berbeza menggunakan kaedah ikatan selapis (single bend). Sekiranya tali itu
basah, kaedah ikatan dua lapis (double sheet bend) boleh digunakan. Lihat
Gambar 5.8 dan 5.9.
Gambar 5.8 : Ikatan Selapis
5-8
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.9 : Ikatan Dua Lapis
d. Simpulan Belit (Hitch). Simpulan ini digunakan untuk menambat atau
menguatkan ikatan tali kepada sebatang kayu. Terdapat beberapa jenis
simpulan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian. Lihat Gambar 5.10.
Gambar 5.10 : Simpulan Belit
5-9
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 4
PELAMPUNG
513. Pelampung merupakan satu alat bantuan kepada anggota untuk menyeberangi
sebarang bentuk halangan air seperti sungai, paya, kawasan lombong, kolam dan
sebagainya. Pada kebiasaannya pelampung ini digunakan apabila di tempat tersebut
tidak terdapat kemudahan pengangkutan air. Oleh itu pelampung dibuat sebagai alat
untuk menyeberangi halangan ini dengan selamat.
514. Jenis-Jenis Pelampung. Secara keseluruhannya, pelampung terbahagi kepada
dua jenis yang utama iaitu seperti berikut:
a. Jenis Semula Jadi. Ia adalah pelampung yang dibuat dari bahan-bahan
semulajadi atau telah sedia ada seperti kayu-kayu mati yang ringan, buluh
kering atau buah kelapa yang kering dan lain-lain bahan yang boleh didapati
secara semula jadi di sesuatu kawasan tersebut.
b. Jenis Buatan Manusia. Ia meliputi semua jenis alat atau perkakas
yang dicipta dengan kebijaksanaan manusia seperti perahu, rakit, jaket
keselamatan (life jacket) dan pelampung yang dijual di pasaran atau
pelampung rekaan. Pelampung rekaan yang biasa dibuat oleh anggota tentera
bagi menyeberangi sesuatu halangan air terbahagi kepada beberapa jenis
seperti berikut:
(1) Pelampung Rekaan Daripada Poncho. Lihat Gambar 5.11
hingga 5.13. Peralatan-peralatan asas yang diperlukan untuk membina
pelampung ini ialah seperti berikut:
(a) Kayu berukuran garis lintang satu inci. Jumlah yang
diperlukan adalah sebanyak tiga batang iaitu 2 kaki 6 inci
panjang sebanyak 2 batang dan 3 kaki panjang sebanyak 1
batang.
(b) Daun kering atau rumput sebanyak mungkin yang
difikirkan perlu.
(c) Dua helai poncho serta tali nilon secukupnya.
5 - 10
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.11 : Anggota Sedang Menyiapkan
Pelampung Rekaan Dari Ponco
Gambar 5.12 : Pelampung Rekaan Dari Ponco Yang
Telah Siap Bersama Senjata
5 - 11
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.13 : Anggota Sedang Menyeberang Sungai
Menggunakan Pelampung Rekaan Dari Ponco
(2) Pelampung Rekaan Daripada Botol Air (Water Bottle), Tin Minyak
(Jerrycan) atau Buah Kelapa Kering. Pelampung ini dibuat dengan
menggunakan botol air yang kosong, tin minyak atau buah kelapa kering yang
diikat ke tali pinggang atau dipegang semasa berenang. Lihat Gambar 5.14
hingga 5.16.
Gambar 5.14 : Pelampung Daripada
Botol Air Yang Kosong
5 - 12
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.15 : Anggota Berenang Menggunakan
Pelampung Botol Air
Gambar 5.16 : Anggota Berenang Menggunakan
Pelampung Bekas Minyak
(3) Pelampung Rekaan Daripada Seluar. Cara-cara untuk membuat
pelampung ini adalah dengan mengikat di kedua-dua belah kaki bahagian
bawah seluar dan ia mestilah dibasahkan sebelum digunakan. Lihat Gambar
5.17 dan 5.18.
5 - 13
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambar 5.17 : Kedua-Dua Belah Kaki Seluar Diikat
Gambar 5.18 : Pelampung Rekaan Dari
Seluar Sedang Digunakan
5 - 14
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 5
RUMUSAN
515. Semua peringkat anggota hendaklah menimba sebanyak mungkin ilmu dan
kemahiran untuk mendirikan khemah, mengikat tali dan membuat pelampung
terutama sekali semasa dalam tugas operasi atau latihan di medan. Di samping
memahami secara teori, anggota-anggota juga perlu melaksanakan latihan-latihan
praktikal secara berterusan untuk menambahkan kecekapan dan kemahiran asas
individu (individual basic skill). Pengetahuan dan kemahiran asas ini penting kerana
ianya akan membantu anggota semasa membuat tugas operasi atau latihan di medan
dan lain-lain latihan yang berkaitan.
5 - 15
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
BAB 6
KEMAHIRAN DI WAKTU MALAM
SEKSYEN 1
AM
601. Kemahiran yang dimiliki oleh semua anggota terutamanya dalam IMP tidak
hanya dipraktikkan di siang hari malahan turut merangkumi kemahiran di malam hari.
Ia amat penting bagi pelaksanaan tugas terutamanya yang melibatkan tugas tinjauan.
Oleh itu, setiap anggota perlu mahir dan cekap menjalankan tugas yang diberikan di
malam hari dengan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan disiplin diri agar segala
perancangan yang diatur oleh pihak atasan dapat direalisasikan dengan cemerlang dan
berkesan.
SEKSYEN 2
PENGLIHATAN DAN PEMERHATIAN WAKTU MALAM
602. Sesuatu tugasan yang dilaksanakan oleh anggota bukanlah terhad kepada
waktu siang sahaja tetapi kadangkala perlu dilakukan pada waktu malam. Walaupun
kita mempunyai alat-alat bantuan melihat (visual aid) seperti Night Vision Goggle
(NVG), Night Vision Binocular atau radar namun penggunaan peralatan-peralatan
tersebut adalah terhad serta pembekalannya adalah tidak mencukupi. Dengan
demikian setiap anggota perlulah dilatih supaya dapat menggunakan pancaindera
mata dengan efektif untuk melihat serta memerhati walaupun semasa gelap.
Pemerhatian pada waktu malam adalah sukar dilakukan dan perlu diawasi dengan
lebih teliti supaya sesuatu sasaran dapat dikesan dengan mudah dan dapat ditembak
dengan tepat.
603. Seseorang anggota juga hendaklah mengetahui serba sedikit fungsi serta
peranan beberapa bahagian atau sel dalam mata yang merupakan faktor utama
penglihatan semasa siang atau malam hari dapat digunakan. Ia adalah sel rod dan sel
kon. Gambarajah 6.1 menunjukkan fungsi mata manusia yang mana cahaya masuk
ke mata manusia melalui anak mata (pupil). Banyaknya cahaya yang masuk dikawal
oleh mata hitam (iris) dan difokuskan oleh kanta ke kawasan sensitif yang dipanggil
retina. Sel kon digunakan di waktu siang dan berperanan untuk melihat warna,
perbezaan dan sesuatu bentuk. Manakala sel rod pula digunakan di waktu malam dan
terletak di sekeliling kawasan kon di sebelah luar selaput mata. Ia berperanan untuk
melihat warna hitam, putih dan kelabu. Dengan demikian, untuk penglihatan yang
berkesan pada waktu malam, sel rod mata hendaklah digunakan dengan sebaiknya.
6-1
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
Gambarajah 6.1: Fungsi Mata Manusia
PRINSIP-PRINSIP PENGLIHATAN WAKTU MALAM
604. Bagi mendapatkan penglihatan yang baik dan maksimum pada waktu malam,
setiap anggota perlulah memahami prinsip-prinsip berikut:
a. Penyesuaian Mata Ketika Waktu Gelap. Prinsip ini meliputi
perkara-perkara seperti berikut:
(1) Penyesuaian mata di dalam gelap amat penting bagi
membolehkan seseorang anggota itu melihat sesuatu objek dalam
pancaran cahaya yang lemah. Sesetengah anggota dapat menyesuaikan
mata di dalam masa 6 hingga 10 minit sahaja dan yang lain mengambil
masa yang lebih panjang. Bagi mendapatkan 98 % penyesuaian mata
di dalam gelap, biasanya seseorang anggota itu mengambil masa lebih
kurang 30 minit.
(2) Terdapat beberapa cara untuk menyesuaikan mata sebelum
seseorang anggota itu membuat kerja di dalam gelap. Di antaranya
adalah seperti berikut:
(a) Duduk di dalam tempat yang gelap selama 30 minit
untuk mendapatkan penyesuaian mata.
(b) Membuat kerja di tempat yang samar-samar dahulu
sebelum membuat kerja di tempat yang gelap.
(c) Menggunakan kaca mata merah atau cahaya merah
kerana kaca mata merah dapat menapis semua cahaya yang
masuk ke mata kecuali cahaya merah yang mana tidak akan
merosakkan mata (visual purple).
6-2
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
(d) Perubahan keadaan dan masa semasa waktu stand to
dan stand down.
(3) Walau apa pun cara yang digunakan untuk penyesuaian,
seseorang itu mestilah berada di dalam keadaan gelap terlebih dahulu
untuk menyesuaikan matanya. Sel mata malam (sel rod) tidaklah
begitu tepat, ianya cepat letih dan pandangan menjadi kabur. Ia boleh
merenung sesuatu benda di antara 4 ke 10 saat sahaja sebelum menjadi
kabur. Oleh itu darjah penglihatan hendaklah diubah untuk
membolehkan sel malam berehat dan pulih semula.
b. Penglihatan Serong (Off-Center Vision). Prinsip ini meliputi perkara-
perkara seperti berikut:
(1) Melihat dengan mata serong bermaksud memandang dengan
mata keluar 100 ke 180 mil daripada benda yang dipandang sambil
menumpukan pemandangan kepada benda itu. Penglihatan serong
digunakan untuk membolehkan kawasan rod mata dimainkan selain
dari menggunakan kawasan sel kon buta (blind cone cell area) terus ke
belakang.
(2) Sesuatu benda apabila dilihat dengan tepat pada waktu malam
akan hilang dalam beberapa saat sahaja. Ini adalah disebabkan sel rod
yang ada di kawasan kon terlalu sedikit bilangannya dan tidak
mencukupi untuk membolehkan seseorang itu melihat lebih lama. Jika
benda tersebut dipandang secara serong, iaitu di antara 100 ke 180 mil,
bayang benda itu akan difokuskan ke kawasan rod mata dan
membolehkannya tersimpan di dalam penglihatan. Pemerhati boleh
memandang ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah benda tadi.
c. Meninjau. Prinsip ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:
(1) Meninjau bermaksud pergerakan mata bagi memandang dalam
masa yang singkat, cepat atau memandang di sekitar kawasan
pemerhatian atau memandang pada sesuatu benda yang disyaki.
Sebab-sebab seseorang pemerhati mesti meninjau ialah kerana ungu
penglihatan yang memberi sensitif kepada sel rod akan menjadi lemah
selepas memandang antara 4 ke 10 saat. Bila satu kumpulan sel rod
tidak lagi menjadi sensitif ke atas benda yang dipancarkan di waktu
malam, kumpulan kon atau sel rod akan mengambil alih untuk
digunakan dengan mengalihkan paksi penglihatannya. Oleh itu setiap
4 ke 10 saat seseorang pemerhati mesti mengalihkan paksi
penglihatannya. Lain-lain sebab peninjauan dibuat adalah kerana sel
rod sangat sensitif terhadap pergerakan, tetapi tidak boleh melihat
sambil mata itu bergerak. Oleh itu pemerhati mesti menggunakan
6-3
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
kepantasan mata bila mengalihkan mata ke kumpulan sel rod yang
baru untuk mengesan pergerakan. Ianya berbeza dengan tinjauan pada
siang hari kerana di siang hari seseorang pemerhati mencari sasaran
dengan menggerakkan matanya dari kiri ke kanan dan ke benda-benda
yang terlindung oleh kayu-kayu dan yang dekat kepada yang jauh. Jika
cara ini digunakan pada malam hari, ia akan menggunakan sel rod
yang sama dan akan menjadikan mata itu sentiasa bergerak. Ini
menyebabkan pandangan tidak akan nampak langsung. Meninjau pada
waktu malam dengan menggunakan cara ini hendaklah dilakukan
dengan pandangan serong supaya memperolehi penggunaan mata yang
maksimum.
d. Keyakinan. Prinsip ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:
(1) Bagi memperoleh keyakinan diri dalam kebolehan melihat
pada benda yang menerima pancaran cahaya yang lemah, prinsip-
prinsip yang telah dibincangkan mesti digunakan. Pemerhati mesti
mempercayai apa yang dilihat oleh matanya kerana sel rod tidak
bekerja dalam keadaan yang sama seperti sel-sel kon. Benda yang
dipandang pada waktu malam akan kelihatan kabur dan samar-samar
di sekelilingnya dan tidak kelihatan terang seperti yang dilihat pada
waktu siang. Seseorang pemerhati mesti melalui amalan belajar
mengenal benda-benda pada waktu malam dan tahu perbezaannya dari
apa yang dilihat pada waktu siang hari. Penyesuaian mata kepada
sesuatu benda pada waktu malam boleh tercapai dengan menyatukan
prinsip-prinsip melihat pada waktu malam. Setelah dapat
menyesuaikan mata dengan teknik melihat pada waktu malam hari,
kebolehan dan keyakinan untuk kejayaan membuat kerja-kerja malam
akan tercapai dengan cepat.
PRINSIP–PRINSIP PEMERHATIAN WAKTU MALAM
605. Terdapat banyak perkara yang boleh membantu kita untuk membuat
pemerhatian secara berkesan pada waktu malam. Di antara perkara-perkara tersebut
adalah seperti berikut:
a. Semasa penglihatan masih terang, kita hendaklah memerhatikan
kawasan sekeliling supaya benda-benda yang tetap di atas tanah seperti
tunggul kayu, pokok-pokok rimbun dan lain-lain dapat diingat. Sesuatu benda
tidak akan dapat dikesan jika ia mendiamkan diri di sebalik perlindungan ini.
Ianya hanya akan dapat dikesan sekiranya ia bergerak dari perlindungan
tersebut. Bayangan (silhoutte) benda tersebut boleh juga membantu jika
mengesan sasaran tersebut.
6-4
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
b. Pada waktu yang gelap, sesuatu sasaran tidak akan dapat dikesan jika
ia berada terlalu jauh. Sasaran itu hanya akan dapat dikesan apabila ia berada
hampir dengan kedudukan kita.
c. Api rokok atau mancis mudah dikesan dari jarak yang jauh tetapi
masih sukar untuk dianggarkan bilangan dan jaraknya. Selalunya pada waktu
malam kita akan mengagak jarak lebih dekat dan bilangan yang lebih banyak
dari perkara yang sebenarnya.
606. Terdapat banyak lagi perkara yang boleh membantu kita memerhati pada
waktu malam dan mestilah digunakan sepenuhnya. Prinsip-prinsip penglihatan dan
pemerhatian pada waktu malam hendaklah dipraktikkan agar sesuatu sasaran dapat
dikesan dan ditembak dengan tepat.
SEKSYEN 3
PERGERAKAN PERSEORANGAN DI WAKTU MALAM
607. Pergerakan perseorangan pada waktu malam memerlukan pengawasan yang
lebih teliti kerana setiap pergerakan yang dilakukan dengan tidak berhati-hati boleh
dikesan dari jarak yang jauh berpandukan cahaya atau bunyi yang dihasilkan.
Walaupun kegelapan malam dapat memberikan perlindungan dari pandangan, tetapi
ia juga boleh mendedahkan kehadiran kita jika tidak diawasi.
PERSEDIAAN SEBELUM BERGERAK PADA WAKTU MALAM
608. Penyamaran kepada anggota badan yang terdedah dan peralatan yang boleh
memberikan cahaya perlulah dilakukan seperti mana pergerakan pada siang hari. Ini
adalah untuk mengelakkan dari peralatan dan anggota badan yang terdedah itu
mengeluarkan cahaya atau sinar yang boleh dikesan. Benda-benda yang berminyak
juga janganlah digunakan kerana ia akan bersinar apabila terkena cahaya.
609. Cara-cara yang harus dilakukan untuk mengurangkan bunyi adalah seperti
berikut:
a. Ikatkan tali di sekeliling pergelangan kaki seluar, lutut dan paha untuk
mengelakkan kedua-dua kaki seluar bergesel.
b. Tentukan botol minyak di dalam udi senjata tidak bergoncang dan
kelopak peluru simpanan disimpan dengan kemas. Bahagian-bahagian senjata
dan lain-lain alat-alat kelengkapan di dalam beg galas yang bergoncang
hendaklah diikat dengan menggunakan pita pelekat, tali atau sebagainya.
6-5
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
PERATURAN AM BERGERAK PADA WAKTU MALAM
610. Pergerakan di waktu malam memerlukan tahap kesenyapan yang lebih dari
waktu siang hari kerana suasana pada waktu malam adalah lebih sunyi. Peraturan-
peraturan yang perlu diikuti untuk mengurangkan bunyi semasa bergerak pada waktu
malam adalah seperti berikut:
a. Pergerakan hendaklah lebih berhati-hati kerana pada waktu malam
musuh lebih mendengar dari melihat. Oleh itu, penggunaan kasut yang
bertapak getah boleh mengurangkan bunyi apabila memijak tanah yang keras.
b. Pergerakan hendaklah mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu
berhenti, lihat, dengar dan bergerak semula. Semasa berhenti hendaklah di
sebalik perlindungan atau di sebalik bayang-bayang, jika ada. Jika tiada
perlindungan, baringkan badan ke tanah kerana dalam keadaan berbaring
bayang seseorang pemerhati tidak akan kelihatan dari cahaya langit tetapi
dapat mendengar dengan jelas apabila telinga berada atau dekat dengan tanah.
Jika terdengar sesuatu bunyi yang disyaki semasa bergerak, diamkan diri
sebentar kemudian bergerak perlahan-lahan ke tempat yang ada perlindungan
atau meniarap di atas tanah.
c. Bergerak di tempat yang lapang seberapa yang boleh untuk
mengelakkan bunyi dan membolehkan seseorang itu memandang ke arah yang
akan dilaluinya.
d. Ambil kesempatan untuk bergerak dalam keadaan yang bising akibat
dari bunyi tembakan ataupun letupan, bunyi kapal terbang, angin dan lain-lain
bagi melindungi bunyi pergerakan.
e. Elakkan berlari pada waktu malam kecuali jika perlu. Berlari boleh
mengeluarkan bunyi yang bising dan boleh menyebabkan kecederaan jika
terdapat halangan atau jatuh.
CARA-CARA BERGERAK PADA WAKTU MALAM
611. Pergerakan pada waktu malam mestilah mengikut cara-cara yang betul untuk
mengelakkan bunyi bising terutama apabila telah menghampiri kawasan musuh.
Pergerakan ini sangatlah lambat dan meletihkan serta dilakukan apabila benar-benar
mustahak atau pada saat-saat yang memerlukan. Pergerakan pada waktu malam
biasanya dibuat dengan cara-cara berikut:
a. Berjalan. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa berjalan
pada waktu malam adalah berikut:
(1) Menimbang badan supaya tidak terjatuh. Ini dibuat dengan
menggunakan kaki sebelah belakang. Manakala angkat kaki yang
6-6
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
sebelah lagi dengan tinggi untuk mengelakkan semak atau rumput
yang boleh mengeluarkan bunyi.
(2) Letakkan tapak kaki hadapan perlahan-lahan ke tanah untuk
menentukan tidak ada ranting kayu. Ini kerana ranting kayu akan
mengeluarkan bunyi yang kuat apabila dipijak.
(3) Seterusnya tukarkan berat badan anda dengan cermat ke kaki
yang di sebelah hadapan.
(4) Julang senjata dengan kedua-dua belah tangan di atas kepala.
b. Merangkak. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa
merangkak pada waktu malam adalah seperti berikut:
(1) Merangkak dengan menggunakan tangan dan lutut adalah sama
seperti merangkak pada siang hari. Gunakan tangan untuk
membersihkan rumput-rumput kering di atas tanah yang akan dilalui.
(2) Merangkak seperti yang dilakukan pada waktu siang hari
adalah terlalu bising. Oleh itu, cara-cara merangkak pada waktu
malam adalah seperti berikut:
(a) Meniarap di atas tanah, kaki dirapatkan dan senjata
dipegang jauh sedikit ke hadapan.
(b) Pegang senjata dengan tangan kiri dan tangan kanan
membersihkan ranting-ranting kayu, daun dan lain-lain
halangan di hadapan yang akan dilalui.
(c) Angkatkan badan dari tanah dan gerakkan ke hadapan
dengan perlahan-lahan serta diletakkan semula ke atas tanah.
TINDAKAN APABILA TERKENA CAHAYA ATAU SINARAN
612. Kebiasaannya musuh akan menggunakan suar, lampu atau lain-lain alat yang
mengeluarkan cahaya untuk menerangkan medan pertempuran. Oleh itu tindakan-
tindakan yang perlu diambil apabila perkara-perkara tersebut berlaku adalah seperti
berikut:
a. Jika terdapatnya perlindungan, bergerak ke belakang perlindungan
tersebut dengan cepat dan jika terkena sinaran di tempat yang lapang, diamkan
diri (freeze) dan kemudian jatuhkan badan ke tanah.
b. Diamkan diri sewaktu berada di kawasan hutan atau belukar kerana
musuh mungkin berada berhampiran kawasan tersebut. Jika merebahkan
6-7
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
badan ke tanah, ia akan mengeluarkan bunyi yang bising dan akan dapat
dikesan oleh musuh.
c. Biarkan satu mata tertutup untuk penglihatan pada waktu gelap apabila
cahaya telah padam. Ini disebabkan mata mudah letih pada waktu malam dan
jika dibuka kedua-duanya, ia akan menjadi kabur apabila melihat terlalu lama.
d. Bunyi penghasilan api suar selalunya akan memberi amaran beberapa
saat sebelum cahaya menjadi terang. Masa inilah mesti digunakan untuk
melakukan sesuatu tindakan seperti merebahkan badan atau mendiamkan diri.
SEKSYEN 4
RUMUSAN
613. Bagi membolehkan seseorang anggota itu melihat dengan baik di dalam gelap,
ia terlebih dahulu mestilah menyesuaikan mata dengan keadaan gelap. Memandang
secara serong akan dapat membantu pandangan dengan lebih jelas dan dengan itu
akan memberikan keyakinan kepada pemerhati. Prinsip-prinsip ini haruslah
dipraktikkan supaya dapat membantu kita melihat dan memerhati secara berkesan
pada waktu malam. Selain itu, pergerakan perseorangan pada waktu malam mestilah
dilakukan secara berwaspada dan berhati-hati. Sebaik-baiknya cuba elakkan dari
mengeluarkan cahaya atau bunyi yang bising. Tindakan yang pantas apabila terkena
cahaya sangatlah perlu untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh musuh.
6-8
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
BAB 7
SENTRI
SEKSYEN 1
AM
701. Tugas pengawalan adalah sangat mustahak bagi keselamatan satu-satu
pangkalan atau kedudukan pertahanan yang diduduki sama ada untuk jangka masa
sementara ataupun tetap. Tempat pengawalan ini dikenali sebagai Pos Sentri yang
bertujuan untuk memberi amaran awal kepada kumpulannya tentang kedatangan atau
aktiviti musuh. Seseorang anggota yang bertugas di Pos Sentri ini dikenali sebagai
sentri ataupun pengawal. Adalah menjadi tanggungjawab sentri untuk memberi
amaran awal mengenai sebarang bentuk aktiviti musuh kepada anggota-anggota lain
yang berada di pangkalan atau dalam kedudukan pertahanan.
SEKSYEN 2
TANGGUNGJAWAB DAN PENEMPATAN SENTRI
702. Perintah Pengawal. Seseorang sentri bertanggungjawab memberi amaran
awal tentang pergerakan musuh dan memeriksa pengenalan orang-orang yang tidak
dikenali yang berada berdekatan dengannya. Pada waktu malam, sentri mestilah
berpasangan dan masa bertugas diselang-selikan (staggered timing). Ini adalah untuk
mengelakkan daripada terdapat sentri yang memulakan tugasnya pada masa yang
sama dan ia tidak boleh ditugaskan untuk satu masa lebih dari dua jam. Bagi
melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan, perintah pengawal yang diberi
oleh ketua hendaklah dirancang dengan teliti supaya tiada perkara-perkara penting
tertinggal. Antara kandungan perintah pengawal yang perlu ada adalah seperti berikut:
a. Jangka masa bertugas.
b. Kedudukan pos pengawal yang lain (siang atau malam).
c. Lengkok tembakan dan pemerhatian.
d. Maklumat-maklumat rondaan atau pergerakan pasukan sahabat yang
berdekatan, termasuk pengenalan dan masa keluar masuk.
e. Perintah dan cara untuk mencabar.
f. Perintah untuk memulakan tembakan.
7-1
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
g. Kedudukan Ketua Seksyen atau Platun.
h. Kata Jodoh.
i. Penempatan isyarat awal dan pancaran api malam (lighting devices).
j. Cara tukar ganti dan siapa yang akan mengganti.
703. Penempatan Sentri. Penempatan sentri akan dilaksanakan dalam dua keadaan
iaitu seperti berikut:
a. Pada Waktu Siang. Sentri boleh ditempatkan secara berseorangan dan
seberapa jauh dari pangkalan yang boleh. Sebagai panduan, jarak pengawal
biasanya adalah di jarak pendengaran iaitu 80 ke 100 meter. Ini akan
membolehkan amaran diberi lebih kepada anggota-anggota dalam pangkalan
supaya tindakan dapat di ambil dengan cepat.
b. Pada Waktu Malam. Sentri mestilah berpasangan dan tukar ganti di
selang-seli. Adalah lebih berkesan untuk menempatkan pengawal di tempat
kumpulan bantuan (senjata MGR). Sistem amaran senyap harus diadakan
untuk mengejutkan anggota-anggota yang lain dalam pangkalan seperti
menggunakan tali perhubungan.
704. Faktor-Faktor Penempatan. Seseorang sentri yang bertugas tidak boleh
melepaskan tembakan jika tidak perlu. Ini kerana tindakan tersebut boleh
mendedahkan kedudukannya kepada pihak musuh. Sebagai seorang ketua, faktor-
faktor yang mesti diambil kira sebelum menempatkan seseorang sentri adalah seperti
berikut:
a. Tempat sentri mestilah selamat dan boleh mengawal tanah di
sekelilingnya.
b. Ditempatkan di jalan masuk ke pangkalan atau kedudukan pertahanan.
c. Ditempatkan di luar pangkalan di jarak yang sesuai.
d. Mempunyai alat perhubungan dengan pangkalan.
e. Pada waktu malam, sentri mesti diletakkan berpasangan.
f. Seseorang sentri tidaklah harus mengawal lebih dari dua jam pada
setiap kali bertugas.
g. Penugasan sentri mestilah diselang-selikan masa mengawalnya supaya
dua sentri tidak masuk bertugas pada masa yang sama.
7-2
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
705. Di dalam sesebuah seksyen, adalah menjadi tugas Ketua Seksyen atau
Penolong Ketua Seksyen untuk menghantar keluar sentri dan menggantikan tiap-tiap
sentri. Dengan ini mereka dapat memberitahu kepada sentri apakah tugas-tugas dan
perkara-perkara yang sentri harus ketahui. Ini hanya dilakukan semasa waktu siang
sahaja kerana pada waktu malam sentri ditempatkan di dalam pangkalan.
SEKSYEN 3
MENCABAR DAN KATA JODOH
706. Teknik Mencabar. Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam prosedur
mencabar adalah seperti berikut:
a. Prosedur mencabar yang ditetapkan mestilah diikuti sepenuhnya oleh
setiap sentri. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan kecederaan ke atas
anggota sendiri terutama kepada anggota yang keluar membuat tugas rondaan.
Ketua mestilah dipanggil jika perlu dan anggota hendaklah disiapsediakan
(stand to). Cabaran dibuat di jarak yang boleh menyebabkan kecederaan,
tetapi tidak terlalu dekat hingga musuh boleh menggempur atau merempuh
masuk. Perintah supaya berhenti diberi dan jika tidak dipatuhi, diulang sekali
lagi. Jika tidak dipatuhi juga tembakan mesti dibuat dengan serta merta.
b. Pada waktu malam, mencabar akan dibuat pada jarak yang dekat
setelah anggota-anggota lain di pangkalan dikejutkan. Kumpulan yang
menghampiri (kemungkinan musuh) akan diawasi oleh pengawal yang
mengendalikan senjata bantuan. Ia akan memulakan tembakan jika cabaran
tidak dijawab dengan betul atau bertindak di luar jangkaan.
c. Pada waktu siang, mencabar perlu dilakukan ke atas kumpulan yang
berpakaian seragam termasuk pasukan sahabat. Ini adalah untuk mengelak
kemungkinan musuh yang menyamar sebagai pasukan sahabat. Tetapi jika
sentri boleh mengetahui kumpulan yang menghampiri itu sebagai kumpulan
pasukan sahabat, cabaran adalah tidak perlu.
d. Jangan sesekali membalas teriakan atau soalan yang datang dari luar
pangkalan kecuali jika teriakan tersebut betul-betul dipastikan datang dari
pasukan sendiri. Kejadian mungkin berlaku terhadap kumpulan rondaan yang
sesat. Jika ini berlaku, keselamatan dan kerahsiaan kedudukan pangkalan
kemungkinan akan terancam.
e. Pada amnya, terdapat dua cara untuk mencabar iaitu dengan tidak
menggunakan kata jodoh dan dengan menggunakan kata jodoh. Penggunaan
kata jodoh ini hanya dilakukan sekiranya cara-cara yang lain tidak berkesan.
7-3
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
707. Kata Jodoh. Penggunaan kata jodoh mestilah dijadikan cara yang terakhir
sekali untuk pengenalan apabila cara-cara yang lain telah gagal. Kata jodoh
mengandungi dua bahagian, contohnya seperti “RUMAH - TERBANG”. Cara
membuat cabaran adalah sentri mencabar dengan menyebut perkataan “RUMAH”,
manakala tindak balas orang yang dicabar menjawab perkataan “TERBANG”. Jika
kedua-dua bahagian pada kata jodoh itu ada perhubungan atau kata berganda, ia tidak
boleh digunakan. Contohnya seperti Gunung-Ganang, Hitam Manis dan sebagainya.
Sebaiknya perkataan yang digunakan adalah senang diingat, tetapi tidak terlalu
menonjol sehingga musuh dapat mengagak gandingan kata jodoh tersebut. Kata jodoh
juga hendaklah ditukar setiap hari berpandukan arahan yang telah dikeluarkan oleh
pihak atasan.
708. Cara Mencabar. Terdapat dua keadaan mencabar iaitu pada waktu siang dan
malam. Mencabar pada waktu malam adalah ditetapkan seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 7.1. Manakala mencabar pada waktu siang pula adalah sama seperti
waktu malam tetapi jika orang itu telah dikenali terlebih dahulu, cabaran dan kata
jodoh adalah tidak perlu.
Bil Tindakan Sentri Tindakan Orang yang Dicabar
(a) (b) (c)
1. Perintah ‘BERHENTI, ANGKAT Berdiri tegak dan angkat kedua belah
tangan ke atas.
TANGAN’ jelas untuk didengar.
Seorang bergerak ke arah sentri dengan
2. Perintah ‘MARA’ atau jika lebih dari tangan ke atas.
seorang ‘MARA SEORANG’.
Berdiri tegak dengan tangan masih di
3. Perintah ‘BERHENTI’ bila orang itu atas.
sedang mara dan berada di jarak yang
boleh didengar. Sebutkan nama dan lain-lain
pengenalan.
4. Perintah ‘SIAPA KAMU’ dan cuba
untuk mengenal pelawat tadi tanpa Sebutkan jodohnya dengan perlahan
menggunakan kata jodoh. umpamanya ‘TERBANG’ dan kenalkan
diri serta nyatakan beberapa orang
5. Jika sentri masih lagi belum berpuas dalam kumpulannya.
hati, beliau segera akan menyebut
bahagian pertama kata jodoh itu. Orang yang dicabar hendaklah bergerak
Umpamanya ‘RUMAH’ dan tunggu ke hadapan sentri sambil
jodohnya yang betul. memperkenalkan diri kepada sentri
seorang demi seorang.
6. Perintah ‘MARA SEORANG DEMI
SEORANG UNTUK DIKENALI’.
Jadual 7.1: Cara Mencabar
7-4
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
709. Ingatan. Sentri hendaklah mencabar dengan suara yang cuma boleh didengar
oleh orang yang dicabar. Setelah dicabar sebanyak tiga kali dan anggota yang dicabar
gagal menjawab dengan betul terhadap cabaran itu maka jika terpaksa menembak
pastikan tembakan untuk membunuh. Perintah untuk memulakan tembakan adalah
jika ianya benar-benar musuh, mereka melarikan diri apabila dicabar, nyawa dan harta
benda terancam, ditembak dahulu dan atas arahan.
SEKSYEN 4
RUMUSAN
710. Tugas sebagai seorang sentri adalah berat kerana ia merupakan orang yang
menentukan keselamatan terhadap orang lain di dalam pangkalan atau kedudukan
pertahanannya. Tanggungjawab yang diamanahkan ini perlu dipikul dengan sebaik
mungkin dengan cara mematuhi segala perintah dan arahan yang telah dikeluarkan
dan mengikuti segala teknik mencabar yang dipelajari jika berkemungkinan musuh
menghampiri pangkalannya. Oleh itu, aspek keselamatan diri juga perlu diutamakan
semasa menjalankan tugas agar tugasnya sebagai anggota pertama untuk memberi
amaran awal kepada kumpulannya tentang kedatangan atau aktiviti musuh dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
7-5
TERHAD