TERHAD
MP 1.2.5A TD
BAB 8
TINJAUAN RAPAT
SEKSYEN 1
AM
801. Melaksanakan tinjauan rapat adalah satu cara yang dilakukan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang musuh. Banyak maklumat boleh
diperoleh jika tinjauan ini dilakukan dengan betul. Di samping itu, semasa
menggeledah sesuatu kawasan atau semasa menjalankan tugas rondaan biasa,
kumpulan ronda berkemungkinan akan terjumpa dengan khemah musuh atau tempat-
tempat musuh. Dengan itu, kumpulan ronda tersebut perlulah mengambil kesempatan
ini untuk membuat tinjauan rapat. Ini bergantung kepada kemahiran medan atau IMP
yang ada pada setiap anggota yang terlibat. Di dalam mengekalkan kemahiran dan
membolehkan maklumat yang lengkap diperoleh, setiap anggota mestilah dilatih
tentang cara-cara bergerak dengan senyap dan memerhati dengan teliti.
SEKSYEN 2
PRINSIP-PRINSIP DAN PERSIAPAN
802. Prinsip-Prinsip Tinjauan Rapat. Sebelum melaksanakan tinjauan rapat,
persiapan diri perlu diutamakan serta sentiasa perlu mengekalkan kerahsiaan bagi
memperoleh kejayaan. Oleh itu, beberapa prinsip tinjauan rapat mestilah diketahui
oleh semua anggota peninjau sebelum diatur gerakkan. Prinsip-prinsip tersebut
adalah seperti berikut:
a. Maklumat Yang Tepat. Segala maklumat yang diperlukan semasa
tinjauan perlu direkodkan agar perancangan selanjutnya oleh pihak atasan
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara maklumat yang diperlukan
termasuklah keluasan kem musuh, sistem pertahanan, kedudukan senjata
bantuan, halangan, kekuatan dan lain-lain lagi yang difikirkan perlu.
b. Perancangan Yang Baik. Sebelum tinjauan dilaksanakan, segala
tindakan yang bakal diambil kelak perlu dirancang dengan baik dan teratur.
Taklimat yang terperinci juga perlu disampaikan kepada semua anggota yang
terlibat agar tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
c. Kerahsiaan. Faktor kejayaan sesuatu operasi yang dijalankan adalah
aspek kerahsiaan. Dengan demikian, perancangan yang telah diatur perlu
dirahsiakan terutamanya kepada pihak awam. Ini berkemungkinan pihak
8-1
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
musuh telah mendapat kerjasama dari pihak awam yang dijadikan sumber
untuk mendapatkan maklumat berkenaan pasukan keselamatan.
d. Keselamatan. Setiap anggota perlulah menjaga keselamatan semasa
menjalankan tugas tinjauan yang melibatkan keselamatan diri, peralatan dan
maklumat.
e. Kawalan. Kawalan yang mantap adalah asas sesuatu kejayaan
terutamanya dalam melaksanakan tugas tinjauan rapat. Setiap anggota perlu
mengetahui rancangan dan tugas masing-masing melalui perintah atau
taklimat yang telah disampaikan yang melibatkan kawalan pergerakan,
tembakan dan Tindakan Serta Merta (TSM). Ini termasuk semua IMP yang
telah dipelajari perlu dipraktikkan bagi mencapai misi yang diharapkan.
f. Ketabahan, Keberanian Dan Kesabaran. Sifat-sifat ini penting bagi
setiap anggota kerana ia adalah asas kepada sesuatu tindakan yang bakal
dilaksanakan serta meningkatkan keyakinan diri untuk menjalankan tugas dan
seterusnya mencapai kejayaan dalam tugas yang bakal dilaksanakan.
g. Kejujuran Dan Kerjasama. Sifat ini merupakan salah satu daripada
penggerak kepada keberkesanan sesuatu tugasan yang diamanahkan. Dengan
menyemai sifat kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan tugas di samping
kerjasama yang diberikan oleh semua anggota, kejayaan yang diharapkan pasti
akan tercapai.
SEKSYEN 3
PEROLEHAN MAKLUMAT
803. Taklimat. Sebelum tinjauan rapat dilaksanakan, ketua kumpulan hendaklah
memberi taklimat terperinci kepada anggotanya tentang tujuan, cara-cara pelaksanaan
dan apakah maklumat yang perlu diperolehi sekiranya sesuatu khemah musuh atau
tempat-tempat musuh telah dijumpai, disyaki dan diketahui. Taklimat adalah ringkas
tetapi padat dan mudah difahami oleh semua anggota.
804. Maklumat-Maklumat Yang Perlu Diperoleh. Perkara-perkara yang perlu
diperolehi semasa melaksanakan tugas tinjauan rapat dan memudahkan perancangan
selanjutnya adalah seperti berikut:
a. Maklumat Penting. Bagi membolehkan pihak atasan merangka
rancangan seterusnya seperti melaksanakan serangan ke atas pihak musuh di
lokasi yang disyaki, maklumat-maklumat yang perlu diperoleh dan
diperkirakan oleh kumpulan peninjau rapat ini adalah seperti berikut:
8-2
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
(1) Lokasi sebenar musuh dalam bentuk Rujukan Grid (GR).
(2) Keluasan lokasi musuh.
(3) Kekuatan dan jenis musuh.
(4) Kubu-kubu tembakan dan perlindungan.
(5) Tempat Atur Bentuk (TAB) yang sesuai.
(6) Data panduarah ke kedudukan.
(7) Kedudukan kumpulan penyekat dan bantuan tembakan yang
sesuai.
b. Maklumat Tambahan. Sekiranya keadaan dan masa mengizinkan,
beberapa maklumat tambahan boleh diperolehi dengan seberapa banyak yang
mungkin. Namun perlu diingat bahawa segala maklumat yang diperolehi tidak
akan berguna lagi sekiranya kumpulan tinjauan dapat dikesan oleh pihak
musuh. Antara maklumat-maklumat tambahan yang boleh diperolehi adalah
seperti berikut:
(1) Kedudukan Pos Sentri musuh.
(2) Tempat ambil air musuh.
(3) Kekuatan dan lokasi senjata bantuan musuh.
(4) Denai-denai dan jalan-jalan yang mungkin digunakan oleh
musuh untuk melarikan diri apabila diserang.
(5) Jalan yang digunakan oleh musuh.
(6) Kegemaran musuh.
(7) Kegiatan musuh.
(8) Halangan sasaran sama ada halangan semulajadi atau halangan
buatan manusia.
(9) Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.
8-3
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 4
JENIS-JENIS TINJAUAN RAPAT
805. Tinjauan Rapat Dirancang. Perkara-perkara yang perlu diketahui oleh
setiap anggota semasa melaksanakan tinjauan rapat adalah seperti berikut:
a. Mengambil masa yang lama untuk membuat tinjauan.
b. Dilakukan oleh subunit dan kumpulan yang besar ke atas kedudukan
pertahanan musuh yang kuat.
c. Dilaksanakan dengan terperinci dan melibatkan koordinasi dan
penyatuan dari banyak pihak.
d. Pihak musuh selalunya telah menjangkakan kehadiran kumpulan
tinjauan.
e. Kumpulan tinjauan mestilah terlatih serta lengkap bersama senjata dan
peralatan yang canggih.
f. Merupakan peringkat pertama sebelum serangan besar-besaran
dilaksanakan.
g. Rancangan Ketua Kumpulan Bagi Tinjauan Rapat Dirancang.
Sebelum melaksanakan Tinjauan Rapat Dirancang, perkara-perkara yang
perlu dirancang oleh ketua kumpulan adalah seperti berikut:
(1) Membuat kajian dan tinjauan di atas peta atau foto udara.
(2) Rancangan tinjauan.
(3) Penyatuan pentadbiran.
(4) Penyampaian maklumat.
(5) Raptai (jika perlu).
(6) Pelaksanaan. Meliputi perkara-perkara berikut:
(a) Penyusupan.
(b) Mendekati sasaran.
(c) Penyatuan.
8-4
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
(d) Pengunduran.
(e) Taklimat kepada pihak atasan.
806. Tinjauan Serta Merta. Perbezaan di antara tinjauan rapat dirancang dengan
tinjauan rapat serta merta adalah seperti berikut:
a. Masa tinjauan adalah terhad.
b. Dilaksanakan di atas kesempatan atau peluang pertembungan ke atas
musuh.
c. Kekuatan dan saiz kedudukan musuh yang kecil.
d. Dilakukan oleh unit yang kecil bagi tujuan mendapatkan maklumat
tanpa mendapat bantuan secara langsung.
e. Musuh tidak menjangka kehadiran kumpulan tinjauan.
f. Rancangan Ketua Kumpulan bagi Tinjauan Rapat Serta Merta.
Sebelum melaksanakan Tinjauan Rapat Serta Merta, perkara-perkara yang
perlu dirancang oleh ketua kumpulan adalah seperti berikut:
(1) Mencari kedudukan yang selamat.
(2) Membuat kajian di atas peta.
(3) Rancangan tinjauan.
(4) Memberi taklimat ringkas.
(5) Melaksanakan tinjauan.
(6) Pengunduran.
(7) Memberi maklumat kepada pihak atasan.
8-5
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 5
RUMUSAN
807. Tinjauan rapat sememangnya merupakan satu taktik yang benar-benar
memerlukan kesabaran dan ketelitian bagi mengaplikasikannya, terutama sekali
apabila diarahkan oleh pihak atasan dalam merealisasikan sesuatu rancangan dengan
jayanya. Tanpa latihan yang jitu, pelaksanaannya mungkin tidak akan dapat
dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan musuh. Dengan adanya
penerangan dan bimbingan dalam bab ini, diharapkan semua anggota dapat
mengetahui bagaimana cara-cara hendak melaksanakan tinjauan rapat sama ada
semasa melaksanakan latihan mahupun semasa melaksanakan tugas-tugas gerakan.
8-6
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
BAB 9
LATIHAN ILMU MEDAN PERANG
SEKSYEN 1
AM
901. Ilmu dan kemahiran IMP di kalangan setiap anggota serta pegawai hendaklah
sentiasa dikuasai dengan sepenuhnya bagi melahirkan keyakinan diri untuk
menghadapi sebarang tugasan sama ada operasi mahupun latihan untuk berperang.
Seseorang jurulatih hendaklah serius dan menitikberatkan setiap disiplin latihan agar
mutu pencapaian yang tinggi di dalam IMP dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu
semua jurulatih yang terlibat dapat memahami dengan lebih mendalam tentang
perkara-perkara yang diajar, memberi pelbagai latihan serta mendatangkan minat
kepada penuntut-penuntutnya.
SEKSYEN 2
PANDUAN JURULATIH
902. Sebahagian pelajaran di dalam manual ini adalah tidak mencukupi bagi
jurulatih untuk membuat latihan dengan memuaskan. Oleh itu, jurulatih hendaklah
mengadakan satu masa tambahan bagi menentukan perkara-perkara penting dapat
diajar iaitu seperti berikut:
a. Jangan hanya mengulang pelajaran sama setiap hari. Seorang jurulatih
hendaklah bijak mengatur masa serta sentiasa mengulang kaji pelajaran-
pelajaran yang penting dan kemudian tumpukan perkara dalam latihan
praktikal.
b. Aturkan masa latihan dari maklumat-maklumat yang terdapat di
manual ini atau dari pengalaman-pengalaman yang sedia ada.
c. Semasa menjalankan latihan IMP, sentiasa menegur kesalahan-
kesalahan yang dilakukan oleh penuntut. Kesalahan tersebut mestilah
dibetulkan dengan segera.
d. Semasa menjalankan satu-satu latihan, jika terdapat kelemahan yang
nyata dan difikirkan penuntut itu tidak faham dari segi latihan maka hendaklah
diadakan kelas ulang kaji.
e. Buatkan satu latihan amali seberapa menarik yang boleh agar penuntut
mempunyai minat yang tinggi dalam latihan tersebut.
9-1
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
SEKSYEN 3
PENGENDALIAN LATIHAN ILMU MEDAN PERANG
903. Latihan IMP adalah sangat mustahak dan berguna bukan sahaja dalam
memberi latihan kepada anggota-anggota yang terlatih atau separuh terlatih, malah
ianya adalah untuk melahirkan minat ingin belajar di kalangan anggota-anggota.
Walaupun bilangan jurulatih kecil tetapi mereka boleh mengawal keadaan pelatih
yang ramai. Selepas satu latihan dijalankan, perbincangan singkat untuk menguji
penerimaan penuntut juga boleh diadakan.
904. Latihan Pemerhatian. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Arahkan anggota-anggota yang telah diraptaikan bergerak di sekitar
kawasan pemerhatian, kemudian adakan kejadian-kejadian yang realistik,
menembak pelbagai jenis senjata, mengali, memerhati dan lain-lain.
b. Masukkan simulasi perang jika berlatih di lapang sasar dengan
menggunakan cas-cas letupan untuk memberi bunyi bedilan meriam dan lain-
lain.
c. Setiap jurulatih mesti mempunyai satu carta masa kejadian-kejadian.
Mereka boleh mengarahkan anggota-anggota untuk menunjukkan sasaran dan
menyemak serta menerangkan apa yang telah mereka lihat.
d. Untuk menguji tumpuan pemerhatian anggota-anggota, adakan satu
waktu ujian di pertengahan pelajaran apabila tidak ada apa-apa kejadian.
e. Anggota-anggota dikehendaki merekodkan di buku catatan masing-
masing apa yang telah mereka lihat dan digunakan sebagai satu asas
pertandingan. Soal anggota-anggota pada masa rehat yang sesuai dan berikan
pujian bagi jawapan yang memuaskan. Ini bertujuan bagi menyemai minat
yang mendalam bagi menguasai dan mempelajari IMP.
905. Latihan Pergerakan. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Pilih padang berbentuk tiga segi atau empat segi yang mempunyai
semua jenis perlindungan dan jarak antara penjurunya lebih kurang 100 meter.
Setiap penjuru padang ditempatkan kumpulan yang terdiri dari seorang
jurulatih dan pelatih. Setiap kumpulan pula menghantar seorang atau
berpasangan di kedua-dua arah pada waktu tertentu untuk meninjau di
sekeliling kawasan tersebut. Anggota-anggota yang tidak meninjau boleh
memerhati dan membuat teguran.
9-2
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
b. Beberapa orang jurulatih dikehendaki berada di keliling kawasan itu
untuk menilai keputusan-keputusan setiap satu perjumpaan dan simpan
keputusan yang diperoleh.
906. Latihan Pengesan Dan Orang Yang Dikesan. Ia meliputi perkara-perkara
seperti berikut:
a. Bahagikan anggota kepada dua kumpulan untuk bertindak sebagai
pengesan dan orang yang akan dikesan. Pengesan hendaklah
memerhatikannya dari tanah yang tinggi manakala orang yang akan dikesan
mula dari jarak 250 meter. Orang yang dikesan dikehendaki sampai di garisan
penamat lebih kurang 50 meter di hadapan pengesan tanpa dilihat oleh
pengesan.
b. Bagi memulakan latihan, bunyi wisel yang panjang digunakan sebagai
menandakan permulaan dan tanda tamat latihan ditunjukkan oleh tembakan
perlindungan yang datang ke arah pengesan-pengesan. Seterusnya bunyikan
satu tiupan panjang kedua dan dua tiupan pendek untuk menunjukkan
pengesan itu telah mengangkat kepala ke atas sekali lagi. Sebagai tindakan,
suruh pengesan memusingkan belakangnya ke arah orang yang kena kesan
setiap kali di antara satu tiupan panjang dan dua tiupan pendek. Seterusnya
apabila kedengaran dua tiupan pendek, biar pengesan itu berpusing semula ke
arah orang yang dikesan dan cuba mengesan orang yang akan dikesan semula.
c. Bagi dua tiupan wisel yang panjang, orang yang dikesan mesti berlari
ke hadapan dan di antara tiupan panjang dan dua tiupan pendek, mereka
hendaklah mengambil perlindungan. Manakala di antara dua tiupan pendek
dan tiupan panjang selanjutnya mereka tidak akan bergerak. Sesiapa yang
dapat dilihat oleh pengesan-pengesan adalah dikira mati.
d. Pergiliran latihan hendaklah dibuat pada kedua-dua kumpulan.
Kumpulan yang berjaya sampai ke garisan penamat dengan jumlah yang
paling ramai adalah dikira sebagai pemenang.
907. Latihan Merangkak. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Pilih tanah yang banyak perlindungan rendah, tetapi jurulatih masih
boleh melihat apa yang berlaku dan setiap satu latihan berkehendakkan satu
kawasan tanah yang luas yang panjangnya lebih kurang 200 meter. Bahagikan
dua kumpulan yang terdiri daripada seorang jurulatih dan tiga orang anggota
dan latihan ini bolehlah dilakukan secara serentak.
b. Latihan dimulakan dengan meletakkan benda-benda untuk mewakili
bungkusan makanan yang dijatuhkan dari udara di tengah kawasan itu dan jika
perlu tandakan dengan sehelai kain di atas rumpun kayu sebagai tanda
mewakili payung terjun.
9-3
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
c. Seterusnya tunjukkan kepada kumpulan-kumpulan tadi keadaan tanah
dan sempadannya. Tentukan setiap anggota menggenggam segumpal tanah
sebagai sebutir bom lempar. Sebelum latihan merangkak dimulakan, pastikan
kedua-dua kumpulan tadi berada di hujung tanah dan bertentangan antara satu
sama lain. Keluarkan arahan iaitu sesiapa yang gagal untuk sampai ke
makanan itu dalam masa 15 minit akan mati kelaparan. Seseorang anggota
boleh membunuh lawannya dengan melemparkan sebutir bom tangan dalam
jarak 10 kaki darinya.
908. Latihan Penyembunyian. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Bahagikan anggota-anggota kepada dua kumpulan iaitu sebagai
pencari dan orang yang dicari. Arahkan pencari itu pusing ke belakang dan
hantar orang yang akan bersembunyi lebih kurang 150 meter jauhnya dari
pencari dengan bantuan seorang jurulatih. Bunyikan wisel untuk
memberhentikan penyembunyian di mana mereka masih boleh melihat orang
yang mencari. Jurulatih menentukan orang yang bersembunyi boleh melihat
orang yang mencari. Selepas beberapa ketika suruh pencari ke hadapan semula
dan cuba menunjuk orang yang bersembunyi dalam masa dua minit.
b. Bincangkan keputusannya dan tunjukkan kesalahan-kesalahan serta
cadangkan bagaimana mereka boleh memperbaikinya lagi. Seterusnya tukar
kedua-dua pasukan itu dan ulangi latihan tersebut.
LATIHAN ILMU MEDAN PERANG DI WAKTU MALAM
909. Latihan Mengenal Bunyi. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Bahagikan anggota kepada dua kumpulan dan tempatkan satu
kumpulan di pos pendengaran. Pos pendengaran tadi ditandakan dengan tali
pita dan terdapat sebuah kebun kecil yang jaraknya lebih kurang 20 meter dari
pos tersebut. Mereka pula adalah dilarang dari meninggalkan pos tersebut.
Berikan kumpulan yang satu lagi dengan satu senarai barang-barang yang
mereka akan dapatkan dan aktiviti-aktiviti yang akan dibuat. Manakala
kumpulan yang pertama cuba kenalkan bunyi itu apakah aktiviti yang sedang
berlaku.
b. Bagi kumpulan yang kedua, masa diberikan selama 30 minit untuk
membuat aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh jurulatih seperti
menggunakan trak untuk pergi ke hujung kebun itu, turunkan muatan dari trak,
gali satu lubang untuk tempat menyorok makanan (food dump), bakar sedikit
kertas, tanamkan pita jerangkap samar, selamatkan anggota yang cedera dari
tempat berhampiran pos, dirikan satu perkhemahan, isikan trak dengan minyak
petrol dari tong minyak, muatkan ke trak dan bergerak.
9-4
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
c. Kumpulan yang pertama tadi perlu mendengar dengan teliti dan
kumpulkan maklumat seberapa banyak yang boleh dan seterusnya bincangkan
keputusan-keputusan yang telah dipeoleh. Seterusnya tukarkan kumpulan dan
ulangi latihan ini dengan aktiviti musuh yang lain.
910. Latihan Padang Halangan. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Sediakan sebuah padang halangan dengan sedikit dawai dan suar jerat
yang mana seorang demi seorang anggota boleh merangkak di bawahnya. Jika
ia diadakan di padang tembak, adalah baik diadakan suntikan perang.
Anggota-anggota yang lain pula boleh berada di sepanjang padang untuk
memerhatikan dan mengkritik.
b. Seterusnya latihan berpasangan pula boleh diadakan yang mana selang
jarak masa boleh ditetapkan iaitu lima minit setelah pasangan yang pertama
digerakkan.
911. Latihan Meninjau ke Cahaya. Ia meliputi perkara-perkara seperti berikut:
a. Letakkan dua lampu di jarak 200 ke 300 meter di mana setiap satu
kelihatan di antara satu dengan lain. Bahagikan anggota kepada dua kumpulan
(tidak lebih dari 12 anggota setiap kumpulan). Kumpulan pertama akan
bergerak secara berseorangan dan cuba untuk sampai ke lampu kedua.
Kumpulan kedua pula berada di lampu yang pertama dalam keadaan berbaring
dan cuba menangkap anggota kumpulan pertama. Kumpulan kedua juga tidak
dibenarkan berada di jarak 50 meter dari lampu yang kedua.
b. Seterusnya ubah bilangan dan jarak yang sesuai dengan keadaan tanah
dan kegelapan waktu malam. Anggota biasanya mengambil masa di antara 30
ke 60 minit untuk sampai ke lampu yang kedua dengan jayanya.
SEKSYEN 4
VALIDASI SELEPAS LATIHAN
912. Setiap anggota perlu menjalani latihan seberapa kerap yang boleh kerana
kesilapan-kesilapan yang telah dibuatlah akan meningkatkan lagi kefahaman mereka
terhadap sesuatu pelajaran yang dipelajari itu. Keputusan yang diperoleh dari latihan
pula hendaklah dibincangkan semula melalui validasi akhir yang diadakan secepat
mungkin selepas tamatnya latihan.
913. Persediaan untuk Perbincangan. Sebelum sesuatu perbincangan itu hendak
diadakan, beberapa perkara yang perlu diketahui oleh setiap anggota adalah seperti
berikut:
9-5
TERHAD
TERHAD
MP 1.2.5A TD
a. Mesti faham mengenai tujuan latihan.
b. Mesti faham mengenai pelajaran-pelajaran utama yang akan diajar. Ini
mestilah terang dari segi tujuannya dan kesalahan yang telah dilakukan.
c. Mesti faham benar-benar apa yang berlaku semasa latihan. Ini
selalunya boleh didapati dari soalan-soalan yang ajukan oleh penuntut kepada
jurulatih mahupun oleh jurulatih kepada penuntut.
914. Perbincangan. Antara perkara-perkara yang boleh dibawa semasa sesi
perbincangan adalah seperti berikut:
a. Dapatkan beberapa orang anggota atau ketua untuk menyuarakan apa-
apa perintah yang diterimanya, apa yang telah dibuat dan kenapa dia berbuat
demikian.
b. Dapatkan kritikan-kritikan dan nyatakan apa yang mereka lihat sama
ada kebaikan atau keburukan.
c. Tanya untuk mendapatkan sebarang maklum balas yang lain.
d. Ringkaskan faktor-faktor penting, ikhtiar-ikhtiar yang ada, rancangan
yang telah dicadangkan dan pelajaran yang mesti dipelajari.
e. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.
SEKSYEN 5
RUMUSAN
915. Latihan IMP amat penting untuk dipraktikkan terutamanya yang melibatkan
PMI. Pemerintah dan ketua-ketua kumpulan boleh mengimplementasikan semua
tindakan dan tatacara pelaksanaan IMP kepada anggota-anggota bawahannya bagi
meningkatkan keupayaan setiap kumpulan dan anggota menjadi lebih cekap dan
berkesan dalam melaksanakan tugas mereka. Latihan mestilah dilaksanakan dengan
berkesan sehingga setiap kemahiran dalam IMP dapat dikuasai dan menghasilkan
kejayaan.
9-6
TERHAD