The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pieka.biela18, 2020-09-06 09:41:06

PEMBINAAN KIT PENGAJARAN “FUN RESPIRATION BOX” SUBTOPIK STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA BIOLOGI TINGKATAN 4

Laporan D20162075544

PEMBINAAN KIT PENGAJARAN “FUN RESPIRATION
BOX” SUBTOPIK STRUKTUR RESPIRASI DAN

MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA BIOLOGI
TINGKATAN 4

WAN SYAFIKA NABILA BINTI WAN HASHIM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2020



PEMBINAAN KIT PENGAJARAN “FUN RESPIRATION BOX” SUBTOPIK STRUKTUR
RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA BIOLOGI
TINGKATAN 4

WAN SYAFIKA NABILA BINTI WAN HASHIM

LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT
UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BIOLOGI)
DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2020

i
PENGAKUAN
Bahawanya saya mengaku sesungguhnya karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasanyang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.
29 Julai 2020

WAN SYAFIKA NABILA BINTI WAN HASHIM
NO MATRIK: D20162075544

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengetahui. Bersyukur kehadrah Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya dikurniakan kesabaran, keyakinan dan kesihatan dari segi
emosi dan fizikal untuk menyiapkan pembinaan kit pengajaran bagi subtopik struktur resprasi
dan mekanisme pernafasan manusia serta menyiapkan penulisan ilmiah tepat pada waktunya.
Sepanjang menyiapkan kit pengajaran ini, pelbaga cabaran yang terpaksa ditempuhi dan
akhirnya berkat usaha dan kesabaran maka wujudlah kit pengajaran yang diberi nama “Fun
Respiration Box” bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia. Oleh
hal yang demikian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu dan pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyempurnakan
pembinaan kit pengajaran ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ppenyelia projek penyelidikan tahun akhir ini iaitu Dr. Norainie binti
Salleh Hudin diatas segala bimbingan, nasihat, cadangan dan dorongan yang membina
sepanjang proses menyiapkan kit pengajaran dan penulisan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya, Wan Hashim bin Wan Ishak dan Suriani
binti Hamzah kerana telah banyak memberikan sokongan dan semangat kepada saya sepanjang
tempoh menyiapkan projek tahun akhir ini. Tanpa pengorbanan mereka baik dari segi
kewangan, doa mahupun motivasi mungkin saya tidak mampu berada pada tahap ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa di sisi memberi tunjuk
ajar, buah fikiran galakan dan dorongan sepanjang penghasilan projek tahun akhir ini. Jasa dan
kerjasama kalian akan sentiasa diingati dan hanya Allah S.A.W yang akan membalasnya.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam pembinaan kit pengajaran ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada
Allah dan yang kurang baik adalah datangnya daripada kekurangan diri saya sendiri.

iii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina kit pengajaran sebagai bahan bantu
mengajar bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi
tingkatan 4 dan dalam waktu yang sama menentukan kebolehgunaan kit pengajaran yang
dibina dari persepsi guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Kit pengajaran ini diberi nama “Fun Respiration Box” dan dibina
berlandaskan model ADDIE. Reka bentuk kajian ini adalah melibatkan penyelidikan dan
pembangunan (Research and Development) dan berbentuk penyelidikan kuantitatif secara
tinjauan. Seramai dua orang pakar terlibat dalam memberikan kesahan muka dan kesahan
kandungan dalam kajian ini. Bagi mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik iaitu
Cronbach Alpha, seramai 10 orang guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dipilih
untuk dijadikan kumpulan bagi kajian rintis. Bagi memastikan kit pengajaran yang dibina ini
sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar, soal selidik diedarkan kepada guru pelatih
bagi mendapatkan tahap kebolehgunaan kit pengajaran ini. Pemilihan sampel berdasarkan
kriteria yang telah ditetapkan iaitu mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan Biologi
dan mempunyai pengalaman mengajar. Data soal selidik ini dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian SPSS versi 25.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min.
Hasil kajian ini mendapati nilai purata skor min kajian ialah 3.79 menunjukkan tahap
kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” berada pada tahap yang tinggi
berdasarkan interprestasi skor min yang digunakan setiap item instrumen soal selidik yang
tinggi adalah melebihi nilai min 3.50. Kesimpulannya, kit pengajaran “Fun Respiration Box”
boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi
tingkatan 4. Implikasinya, bahan bantu mengajar yang dibina dapat menjadi alternatif dalam
menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan efisen.

iv

ABSTRACT

The purpose of this study was to develop a teaching kit as a teaching aid for subtopic respiratory
structure and human respiratory mechanisms for form 4 Biology subject. At the same time, this
study aimed to study the usability of the teaching kit from the perception of trainee teachers
from the Bachelor of Biology Education program at Sultan Idris Education University. This
teaching kit was called “Fun Respiration Box” and was developed based on the ADDIE model.
The study applied the design and development research which was based on quantitative
research through a survey. There were two experts involved in providing face validity and
content validity of the survey questions. Furthermore, to get the reliability coefficient of the
survey (Cronbach’s Alpha), 10 teacher trainees from the Bachelor of Science Education were
selected to be the sample group of pilot study. To ensure that the built-in teaching kit was
suitable to be used as a teaching aid, the survey was distributed to Biology trainee teachers to
obtain the level of usability of this teaching kit. Selection of the samples was based on several
criteria i.e had a background in the Biology Education and possessed teaching experiences. The
data from the survey were analyzed descriptively by using SPSS software version 25.0 to obtain
the frequency, percentage and mean values. The study found that the average mean score of
the usability survey was 3.72 which indicated that the high usability level of the “Fun
Respiration Box” teaching kit. In conclusion, teaching kit is easy to use as a teaching aid in
learning and teaching activities for subtopic respiratory structure and human respiratory
mechanisms for form 4 Biology subject. The implication of this study is that the teaching aid
provides an alternative material to enhance teaching and learning.

KANDUNGAN v

PENGAKUAN Muka Surat
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
KANDUNGAN iv
SENARAI RAJAH v
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN viii
SENARAI LAMPIRAN x
BAB 1 PENDAHULUAN xi
xii
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Penyataan Masalah 2-3
1.4 Tujuan Kajian 4-6
6

1.5 Objektif Kajian vi
7
1.6 Persoalan Kajian 7

1.7 Signifikan Kajian 8
1.7.1 Pelajar 8-9
1.7.2 Guru 9
1.7.3 Pihak Sekolah 9
1.7.4 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 10
1.7.5 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) 10
11
1.8 Limitasi/Batasan Kajian
12
1.9 Kerangka Konsep Kajian 12
13
1.10 Definisi Operasional 13
14
1.10.1 Pengajaran
15
1.10.2 Kebolehgunaan 16-17

1.10.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

1.10.4 Respirasi

1.11 Rumusan

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Pendidikan Biologi di Malaysia

2.3 Teori Pembelajaran vii

2.3.1 Teori Behaviorisme 17-18
17
2.3.2 Teori Kognitif
18-19
2.3.3 Teori Konstruktivisme 19-21
21-22
2.4 Bahan Bantu Mengajar
22
2.5 Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pembelajaran
23
2.6 Rumusan 24-26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 27
27-29
3.1 Pengenalan 29-30
30-31
3.2 Reka Bentuk Kajian
32
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 33
34
3.4 Instrumen Kajian

3.5 Kesahan

3.6 Kebolehpercayaan

3.7 Kajian Rintis

3.8 Prosedur Kajian

3.9 Analisis Data

3.10 Rumusan viii
35
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 36
4.2 Pembinaan Kit Pengajaran
4.2.1 Analisis 37-38
4.2.2 Reka Bentuk 38
4.2.3 Pembangunan
4.2.4 Pelaksanaan 39-43
4.2.5 Penilaian 44
4.3 Kesahan Kit Pengajaran 44
4.4 Kebolehpercayaan Kit Pengajaran
4.5 Analisis Soal Selidik 45-50
4.5.1 Latar Belakang Responden 50-51
4.5.2 Kebolehgunaan Kit Pengajaran
4.6 Rumusan 52-53
53-58
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
59

5.1 Pengenalan ix
5.2 Perbincangan Pembangunan Kit Pengajaran
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 60
5.3.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan 61
5.3.2 Tahap Kebolehgunaan 61
5.4 Implikasi Kajian 62-63
5.5 Cadangan 63-65
5.6 Kesimpulan Kajian 65-65
RUJUKAN 66-67
LAMPIRAN 67-68
69-76

x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Skala Likert Empat Pilihan Muka Surat
3.1 Formula Kesahan Kandungan 29
3.2 Interpretasi Skor Min Skala Likert Empat Mata 30
3.3 Tahap Peratusan Kesahan Pakar bagi Kesahan Kit 34
4.1 Pengajaran 45
Tahap Peratusan Kesahan Pakar bagi Kesahan Muka
4.2 Kit Pengajaran 46
Tahap Peratusan Kesahan Pakar bagi Kesahan
4.3 Kandungan Borang Soal Selidik 47-48
Nilai Kebolehpercayaan alfa Cronbach
4.4 Kebolehgunaan Kit Pengajaran bagi Setiap Item 51
4.5 54-55

xi

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 11
3.1 Carta Alir Reka Bentuk Kajian 24
4.1 Fasa Orientasi 39
4.2 Fasa Pencungkilan Idea (Permainan Puzzle) 40
4.3 Fasa Penstrukturan Idea 41
4.4 Nota Tambahan Berkaitan Ciri Penyesuaian Alveolus 42
4.5 Fasa Aplikasi Idea (Membina model pernafasan manusia) 42
4.6 Fasa Refleksi 43
4.7 Carta Peratusan Responden Mengikut Jantina 52
4.8 Carta Peratusan Responden Mengikut Bangsa 53
4.9 Purata Keseluruhan Frekuensi Item Soal Selidik 57
4.10 Peratusan Kekerapan Responden terhadap Kebolehgunaan 58
Kit Pengajaran

xii

BBM SENARAI SINGKATAN
KPM
SPM Bahan Bantu Mengajar
SPSS Kementerian Pendidikan Malaysia
UPSI Sijil Pelajaran Malaysia
Statistical Package for the Social Science
Universiti Pendidikan Sultan Idris

xiii

SENARAI LAMPIRAN

A Soalan-soalan Flash Card
B Slide Power Point
C Manual Pengguna
D Borang Lantikan Pakar
E Borang Keshan Pakar
F Borang Soal Selidik
G Analisis SPSS

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dan menghuraikan dengan terperinci tentang latar belakang
kajian mengenai pengunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) di bilik darjah. Kemudian, diikuti dengan penyataan masalah yang
menjadi dorongan penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Seterusnya, kerangka konseptual,
objektif kajian serta batasan kajian dan akhir sekali definisi operasional yang berkaitan dengan
pembinaan kit pengajaran.

1.2 Latar Belakang

Pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak transformasi dalam memastikan bidang
pendidikan negara setanding dengan negara maju. Tidak dapat disangkal dalam era globalisasi
ini, pendidikan seharusnya bergerak seiring perkembangan teknologi. Menurut Sufean Hussin
(2014), transformasi membawa maksud perubahan mega dan komprehensif, iaitu yang
melibatkan perubahan kepercayaan, ilmu, sikap, struktur sistem dan organisasi, rupa bentuk
sistem dan organisasi, teknologi, budaya kerja, proses kerja, dan prestasi kerja. Tidak dapat
dinafikan, transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting
bertujuan meningkatan mutu dan kualiti pendidikan yang menjadi salah satu aspek yang
penting untuk dititikberatkan bagi mencorak masa depan negara. Justeru itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah melaksanakan transformasi secara berperingkat dalam memastikan
pendidikan di Malaysia sentiasa releven dan diterima seantero dunia.

Setiap perubahan mahupun transformasi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan
telah menjadi satu bentuk cabaran baru dalam profesion perguruan. Laporan awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025 yang telah diterbitkan pada September 2012
memberi peringatan bahawa dalam persekitaran global yang mencabar, guru memainkan
peranan penting dalam merencanakan agenda pembangunan pendidikan negara (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru seyogia lebih
cakna dengan inovatif dan kreatif dari segi penyampaian pembelajaran serta sentiasa
memikiran pendekatan baharu untuk mengaplikasikan amalan penyampaian dengan kehendak
pelajar dalam era rovolusi abad ke 21. Seperti yang dinyatakan oleh Vebrianto dan Kamisah

2

(2012), tugas seorang guru adalah merancang dan menyediakan pelbagai aktiviti dan bahan
dengan mengambil kira jenis dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.

Mengikut penerangan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) KSSM, elemen kreativiti
dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdPc bagi mengembangkan potensi dan kreativiti
mengikut keupayaan pelajar. Bagi mewujudkan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan yang
berasaskan suasana pendidikan abad ke 21 pelbagai aspek perlu diubahsuai termasuklah
penggunaan bahan bantu mengajar. Justeru itu, penggunaan BBM adalah amat penting dalam
menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Penggunaan BBM bergantung
kepada kemahiran guru atau kepakaran dalam menggunakan bahan tersebut. Seperti yang
dinyatakan oleh Faizah Ja’apar (2017), penggunaan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi
akan dapat meningkatkan prestasi pelajar sekaligus, guru juga dapat menyampaikan idea-idea
yang bernas dan mutu menjadikan penyampaian pembelajaran yang berkesan terhadap PdPc.

Perkembangan dalam menginovasikan penggunaan media pembelajaran pada masa kini
telah menjadikan kaedah pembelajaran yang kian digunapakai dalam PdPc kerana
keberkesannya dalam melancarkan proses pembelajaran dalam bilik darjah. Pengunaan media
pembelajaran dapat membantu meningkatkan proses penyerapan maklumat kerana melibatkan
media grafik bergambar, video serta sistem pemprosesan maklumat yang lebih pantas dan
teratur (Aszoura, 2007). Kit pengajaran ini merupakan salah satu kaedah inovatif yang
digunakan sebagai BBM dalam pembelajaran di bilik darjah. Pembinaan kit ini juga bertujuan
menjadikan subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia lebih menarik dan
mudah untuk diperlajari oleh para pelajar sekaligus dapat membantu meningkatkan pencapaian
pelajar.

3

1.3 Penyataan Masalah

Laporan fakta ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
tahun 2018 menunjukkan pendaftaran pelajar yang mengambil aliran sains menurun lebih
kurang sebanyak 10 000 pelajar berbanding pada tahun sebelumnya. Selain kemorosotan
penglibatan pelajar dalam bidang sains, pencapaian mata pelajaran ini juga turut dalam keadaan
yang membimbangkan. Mengikut analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018,
peratusan calon cemerlang telah menurun sebanyak 0.3% daripada tahun 2017. Tambahan pula
jika dilihat melalui kedudukan Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa seperti dalam Trend
Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) yang mana purata skor bagi mata pelajaran sains jauh di bawah purata
skor antarabangsa (Abdul Halim, Johari & Norhasniza, 2014).

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah pelajar tidak menceburi
aliran sains dan memperolehi pencapaian yang kurang memberangsangkan antaranya seperti
yang dinyatakan oleh Aszoura (2007), kebanyakan pelajar merasakan bahawa mata pelajaran
sains merupakan suatu subjek yang sukar untuk difahami. Jelaslah apabila pelajar merasakan
mata pelajaran ini susah, sudah pasti mereka tidak akan mempelajari bidang tersebut.
Tambahan pula, pelajar lebih ditekankan dengan konsep bacaan dan hafalan tanpa
menitikberatkan konsep kefahaman terlebih dahulu (Ummu Salamah, 2018). Justeru itu, teknik
kefahaman terlebih dahulu perlu dikuasai oleh pelajar kerana tanpa kefahaman mereka tidak
mampu menjawab soalan yang mempunyai konsep yang namun telah diubah bentuk soalannya.

4

Bukan itu sahaja, kaedah konvensional kurang sesuai digunakan dalam pembelajaran
Biologi kerana matapelajaran ini memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi
selain menghafal semata-mata. Kajian yang dijalankan oleh Fatihah (2019) menyatakan
bahawa kaedah konvensional memerlukan pelajar untuk menghafal dan mengingati fakta tanpa
dibantu oleh bahan bantu mengajar (BBM) yang memudahkan mereka untuk mengingati fakta
tersebut. Sejak akhir-akhir ini, amalan penggunaan BBM semakin mendapat perhatian dalam
dunia pendidikan. Namun begitu, bukan semua guru menggunakan BBM dalam PdPc seperti
yang dinyatakan dalam kajian Omar (2014). Sebagaimana yang kita sedia maklum penggunaan
BBM adalah amat penting bagi menarik minat serta meningkatkan prestasi pelajar (Faizah
Ja’apar, 2017).

Disamping itu, berdasarkan kajian Norliza (2017), hasil analisis tinjauan berdasarkan
persepsi guru terhadap topik yang terkandung dalam biologi menunjukkan bahawa topik
respirasi merupakan topik yang susah untuk difahami oleh pelajar. Rentetan itu, jika dilihat
kepada Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017 yang disediakan oleh panel yang terdiri daripada
Ketua Pemeriksa, Ketua Pemeriksa Bersama dan Ketua Pasukan mata pelajaran Biologi, bagi
mata pelajaran Biologi Kertas 2 berkaitan dengan soalan respirasi, laporan tersebut
menunjukkan bahawa calon keliru antara kedudukan bronkus dan bronkiol dalam sistem
respirasi manusia. Bukan itu sahaja, Kupasan Mutu Jawapan Biologi Kertas 2 tahun 2018 juga
turut menyatakan bahawa terdapat calon dalam kumpulan rendah menunjukkan mereka kurang
mengetahui struktur yang terlibat dalam proses pernafasan serta peranannya dalam mekanisme
pernafasan. Umumnya, manusia mempunyai struktur respirasi yang lebih kompleks dan
terdapat banyak organ yang berfungsi semasa proses menarik dan menghembus nafas.
Justifikasinya, pelajar mudah keliru dan tidak memahami struktur dan mekanisme yang
terdapat pada respirasi manusia.

5

Dalam kajian yang dijalankan oleh Cimer (2012), sebilangan besar pelajar
mencadangkan bahawa dalam mengajar Biologi, guru seharusnya menggunakan bahan visual
kerana dalam mata pelajaran biologi merangkumi banyak konsep dan fenomena yang
memerlukan pemerhatian. Oleh itu, mereka menyatakan bahawa dalam biologi, jika guru
menggunakan pelbagai visual bahan dan alat pengajaran dan pembelajaran, seperti angka,
model, simulasi komputer, video, 3-D, bahan, dan objek kehidupan sebenar maka PdPc Biologi
dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan.

Justeru itu, kajian dijalankan oleh penyelidik dalam membina kit pengajaran sebagai
inisiatif yang digunakan sebagai BBM dalam PdPc bagi menjadikan pembelajaran yang lebih
menarik dan mudah untuk difahami dengan kehadiran elemen-elemen seperti media, video dan
animasi. Pembinaan kit pengajaran yang diberi nama “Fun Respiration Box” ini juga diharap
akan menjadi perintis kepada lebih banyak penghasilan inovasi dalam pembelajaran.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan membangunkan kit pengajaran yang berkonsepkan
pembelajaran menggunakan pelbagai media sebagai BBM bagi tajuk respirasi dalam kalangan
pelajar Biologi Tingkatan Empat. Kit pengajaran ini diberi nama “Fun Respiration Box”.

6

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan penyataan masalah yang dinyatakan, objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Membina kit pengajaran "Fun respiration box" bagi subtopik struktur respirasi dan
mekanisme pernafasan manusia dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat.
2. Menentukan kebolehgunaan kit pengajaran "Fun respiration box" bagi subtopik struktur
respirasi dan mekanisme pernafasan dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat dalam
kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan penyelesaian terhadap persoalan-persoalan yang
timbul. Terdapat dua persoalan utama yang menyumbang kepada pelaksanaan kajian iaitu:

1. Apakah nilai kesahan dan kebolehpercayaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” bagi
subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi tingkatan 4?

2. Apakah tahap kebolehgunaan kit pengajaran "Fun respiration box" yang dibina bagi
subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi tingkatan 4
dalam kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris?

7

1.7 Signifikan Kajian

Pembinaan kit pengajaran ini sebagai BBM dalam kajian ini adalah bertujuan menguji
kebolehgunaan BBM tersebut bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan
manusia. Terdapat beberapa pihak yang mendapat manfaat daripada kajian ini antaranya ialah
pelajar, guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.7.1 Pelajar
Kit pengajaran yang dibina adalah bertujuan menarik minat pelajar menggunakan kit
pengajaran ini juga dapat membolehkan pelajar terlibat secara pelakuan atau dikenali
sebagai hands-on semasa pembelajaran berlangsung di bilik darjah bagi mengelakkan
suasana yang bosan dalam bilik darjah. Selain itu juga, kit ini dapat meningkatkan
kefahaman mengenai konsep dan penguasaan terhadap subtopik struktur dan mekanisme
respirasi manusia. Selain itu juga, dengan menggunakan BBM ini pelajar dapat belajar
menerusi pelbagai deria misalnya deria sentuhan, deria pendengaran dan deria penglihatan.
Akhir sekali, kit pengajaran ini juga diharapkan dapat mengubah tanggapan negatif para
pelajar terhadap mata pelajaran Biologi kepada tanggapan bahawa mata pelajaran ini
menyeronokkan dan senang untuk dipelajari sekaligus meningkatkan prestasi mereka.

1.7.2 Guru
Kajian ini dilaksanakan bagi memperkenalkan kit pengajaran mengenai subtopik struktur
dan mekanisme respirasi manusia kepada guru-guru Biologi. Penyelidik juga berharap agar
kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru-guru Biologi dalam sesi pembelajaran bagi

8

subtopik struktur dan mekanisme respirasi. Bukan itu sahaja, dengan pembinaan kit
pengajaran ini dapat menjadi inspirasi kepada guru-guru untuk menghasilkan BBM yang
lebih menarik dan sistematik.

1.7.3 Pihak Sekolah
Dari segi kepentingn kajian ini kepada pihsk sekolah adalah dengan pembinaan bahan
bantu mengajar dapat memudahkan pihak sekolah untuk memilih BBM yang bersesuaian
dengan kaedah pembelajaran guru semasa sesi PdPc. Tambahan itu juga, pihak sekolah
boleh menyediakan tempat khas seperti bilik penyimpinan dan pembinaan BBM yang
membolehkan semua guru dapat menggunakan BBM bagi setiap mata pelajaran.
Pembinaan BBM dalam PdPc ini juga boleh membatu pihak sekolah terutamanya pihak
pentadbir dalam membimbing dan menggalakkan guru-guru di sekolah mempelbagaikan
penggunaan BBM bagi meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian pembelajaran.

1.7.4 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, penyelidik berharap dapat memberikan
sumbangan kepada pihak UPSI dalam melahirkan bakal-bakal guru yang berkualiti dan
mampu mendidik generasi anak banga ke arah yang lebih cemerlang. Dalam masa yang
sama, pihak universiti juga dapat menerapkan penggunaan Pembelajaran Abad ke-21
(PAK-21) kepada bakal-bakal guru supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi dalam situasi pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Selain itu juga,
penyelidik berharap kajian ini dapat memberikan idea dan menjadi sumber bahan rujukan
kepada penyelidik lain pada masa hadapan.

9

1.7.5 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM)
Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu KPM dalam mengenal pasti jenis-
jenis BBM yang digunakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan
terutamanya dalam mata pelajaran Biologi. Dalam pada itu juga, kajian ini diharapkan
dapat memberi panduan kepada KPM untuk mempertingkatkan lagi tahap pengunaan dan
pembinaan BBM oleh guru misalnya dengan membuat penganjuran pertandingan inovasi
yang dihasilkan sebagai BBM dalam pembelajaran.

1.8 Limitasi/Batasan Kajian

Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik menghadapi beberapa kekangan dalam
melaksanakan kajian ini. Pembinaan BBM ini diuji kebolehgunaannya terhad kepada guru
pelatih Ijazah Sarjana Muda Biologi di Univerisiti Pendidikan Sultan Idris. Guru pelatih dalam
bidang lain tidak terlibat dalam kajian ini.

Selain itu juga, kajian ini adalah terhad kepada subtopik struktur respirasi dan
mekanisme pernafasan manusia bagi mata pelajaran Biologi tingkatan empat dan tidak
merangkumi keseluruhan sukatan kandungan pelajaran Biologi tingkatan 4. Pada waktu yang
sama kesukaran turut dihadapi dalam mengawal pemboleh ubah boleh wujud sekiranya dapatan
yang diperolehi terpesong dari tujuan kajian tamsilannya melalui sampel kajian yang tidak
memberi komitmen dan maklumat yang diberikan oleh responden adalah palsu.

10

1.9 Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini bertujuan bagi membangunkan bahan bantu mengajar (BBM) pada subtopik struktur
respirasi dan mekanisme pernafasan manusia bagi mata pelajaran Biologi tingkatan empat dan
menguji tahap kebolehgunaan kit pengajaran yang dibina. Satu kerangka konseptual telah
dibina seperti yang terdapat dalam Rajah 1.1.

Input Proses Output

Pembinaan Bahan Model ADDIE Kebolehgunaan
Bantu Mengajar kit sebagai BBM
Teori
(Kit Pengajaran) Konstruktivisme
(5 fasa Needham)

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

11

1.10 Definisi Operasional

Bagi memenuhi kepentingan kajian, penyelidik telah mengemukakan istilah-istilah penting
untuk memperjelaskan lagi tajuk penyelidikan yang dijalankan. Berikut senarai operasi
mengikut konteks kajian:

1.10.2 Pengajaran

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya
serta dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang
sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar (Shababuddin
et al. 2003). Pengajaran juga merangkumi proses merekabentuk kurikulum, penyampaian
kurikulum, dan sistem penilaian pelajar (Hisham, 2011). Secara ringkasnya, pengajaran
membawa maksud tempoh waktu dimana pembelajaran berlaku secara dirancang.

1.10.3 Kebolehgunaan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2009), kebolehgunaan membawa maksud kepada
keadaan atau kondisi sesuatu produk yang digunakan. Dalam kajian yang dinyatakan oleh
Nurul Syafiqah (2019), kebolehgunaan merupakan salah satu faktor yang digunakan bagi
mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap suatu sistem. Oleh itu, kebolehgunaan
membawa maksud tahap ukuran dan penilaian yang dilakukan terhadap sesuatu produk.

12

1.10.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Gerlach dan Ely (1980), memberikan takrikan BBM sebagai sumber-sumber seperti manusia,
bahan atau suasana yang boleh merangsang pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran serta pembentukan sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Bahan Bantu
Mengajar mambawa maksud sebarang alat atau bahan yang boleh mendatangkan pengajaran
dan membantu guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bilik
darjah melibatkan bahan bercetak mahupun bukan bercetak (Abdul Rahim dan Hayazi, 2010).
Dalam konteks kajian ini, BBM membawa maksud sebarang alat mahupun peralatan yang
digunakan oleh guru dalam proses PdPc di bilik darjah dan BBM yang digunakan dalam kajian
ini adalah kit pengajaran bagi subtopik struktur respirasi manusia dan mekanisme pernafasan
dalam Biologi tingkatan 4.

1.10.5 Respirasi

Menurut Kamus Biologi KBSM, respirasi membawa maksud proses biokimia yang berlaku
pada membran mitokondria dan membran plasma sel hidup sama ada aerob atau anaero serta
memerlukan tenaga dalam bentuk Adenosin Trifosfat (ATP). Subtopik yang dipilih oleh
penyelidik berdasarkan analisis masalah adalah berkaitan dengan struktur respirasi mekanisme
perafasan manusia yang terlibat dalam kajian ini merangkumi konsep pertukaran gas dalam
badan manusia berlaku dalam alveolus peparu. Manakala konsep pernafasan yang ditekankan
dalam kajian ini adalah melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas yang belaku
secara silih berganti.

13

1.11 Rumusan
Bab ini menjelaskan tentang latar belakang kajian, penyataan masalah, objektif kajian
pengunaan BBM yang diterangkan secara terperinci. Kajian ini dijalankan bagi membina bahan
bantu mengajar iaitu kit pengajaran untuk dijadikan BBM sebagai alternatif bagi membantu
proses penyampaian maklumat dalam PdPc supaya pembelajaran dalam bilik darjah menjadi
lebih seronok dan menarik. Tambahan pula, kajian ini juga untuk mengenalpasti
kebolehgunaan kit yang dibina oleh penyelidik mengenai subtopik struktur respirasi dan
mekanisme pernafasan manusia dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat.

14

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Setelah mengenal pasti masalah, objektif, skop dan kaedah kajian maka penyelidik akan
menjalankan kajian literatur terlebih dahulu. Dalam bab ini, terdapat beberapa kajian lepas
yang diperolehi oleh penyelidik yang terdahulu yang digunakan sebagai rujukan dan
pengumpulan maklumat. Kajian literatur merupakan satu proses yang sistematik dan
memerlukan pembacaan dan perhatian yang mendalam terhadap kandungan kajian. Antara
kajian literatur yang dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini adalah mengenai
pendidikan Biologi di Malaysia, teori-teori pembelajaran, bahan bantu mengajar dan
pengunaan media sebagai bahan bantu mengajar

2.2 Pendidikan Biologi di Malaysia

Biologi merupakan salah satu mata pelajaran elektif yang terdapat di sekolah menengah di
Malaysia. Rashidah dan Esther (2016), mata pelajaran Biologi telah diperkenalkan di
Malaysia sejak tahun 1972 dengan melibatkan 10 buah sekolah dengan sukatan pelajaran
telah diubah suai daripada kursus Nuffield ‘O’ Level Biology dari England, dimana objektif
kurikulumnya adalah untuk memperluaskan kefahaman konsep dan penggunaan sains
kepada situasi kehidupan sebenar. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2018), dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Biologi KSSM (Kurikulum Standard
Sekolah Menengah) bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang biologi bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah
dengan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berlandaskan sikap saintifik dan
nilai murni.

Melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Cimer (2012), terdapat 5 topik utama
yang menjadi kesukaran pelajar termasuklah topik respirasi di mana punca utama
kesukaran pembelajaran adalah konsep pada topik tersebut, gaya pengajaran guru, perasaan
dan sikap negatif pelajar terhadap topik dan kekurangan sumber. Dalam kajian tersebut,
mendapati pelajar menghadapi masalah dari segi konsep disebabkan beberapa perkara
seperti memerlukan hafalan, topik yang abstrak dan kompleks, mengandungi perkataan
Latin, terlalu banyak konsep dan topik cepat dilupakan. Dari segi gaya pembelajaran
berpunca daripada guru tidak menjalankan kerja yang praktikal (eksperimen, kajian
makmal, pemerhatian) dan kekurangan kemahiran mengajar. Pelajar juga tidak belajar
dengan kerap, tidak mendengar arahan guru dan tidak minat mata pelajaran Biologi
menyebabkan mereka menghadapi kesukaran memahami konsep pada topik respirasi.

16

Tambahan itu juga, pelajar turut menyatakan masalah dari segi sumber kerana mereka tidak
dapat menjalankan eksperimen di sekolah disebabkan ketiadaan peralatan atau tidak
mempunyai makmal sekolah dan waktu pengajaran yang limit sedangkan kandungan
pembelajaran pula banyak.

2.3 Teori Pembelajaran

Teori-teori pembelajaran yang telah diperkenalkan dalam psikologi pendidikan
memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran serta mempunyai prinsip-prinsip yang
tersendiri. Menurut Hanani (2016), teori pembelajaran merupakan pendekatan yang
digunakan oleh golongan guru dalam proses memindahkan ilmu atau maklumat kepada
pelajar. Selain itu juga, teori pembelajaran didefinisikan sebagai teori yang menekankan
penjelasan tentang bagaimana proses pembelajaran berlaku dalam diri seorang individu
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).

2.3.1 Teori Behaviorisme

Behaviorisme merupakan teori mengenai perkembangan tingkah laku yang dapat
diukur, dilihat dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan. Menurut Pavlov
(1927), setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan pembelajaran akan berlaku
sekiranya terdapat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Ummu Salamah (2018) berpendapat bahawa belajar merupakan suatu

17

proses perubahan tingkah laku yang berlaku hasil daripada rangsangan dan gerak balas
yang dilihat.

2.3.2 Teori Kognitif

Teori kognitif pula lebih membawa maksud bahawa pembelajaran merupakan
perubahan dalam pengetahuan yang disimpan dalam memori. Gagne (1985),
berpendapat bahawa rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria manusia dan kemudian maklumat akan ditafsir dalam stor ingatan
seterusnya dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Terdapat lapan fasa yang
disarankan oleh Gagne (1985) yang dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran
antaranya ialah fasa motivasi, fasa tanggapan, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa
mengigat kembali, fasa generalisasi, fasa perlakuan dan akhir fasa maklum balas.

2.3.3 Teori Konstruktivisme

Menurut Syahida (2015), dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip
asas iaitu pengetahuan dibina oleh para murid, setiap murid memiliki idea dan
pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru
merupakan fasilatator dalam pembinaan pengetahuan murid. Tokoh-tokoh yang terkenal
dengan pendekatan konstruktif adalah terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev
Vygotsky dan John Dewey dan kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran

18

sebagai aktiviti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru (Zakaria,
2014). Selain itu, pendapat yang diutarakan oleh Zurainu dan Abdull Sukor (2012),
menyatakan bahawa konsep konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menerangkan bagaimana manusia belajar dengan cara
pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Teori konstruktivisme juga menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dengan mensintesis pengalaman baru berdasarkan apa yang mereka telah fahami
sebelum ini (Brooks dan Brooks, 1993). Oleh hal yang demikian, teori pembelajaran
konstruktivisme lebih memberi penekanan terhadap aktiviti pelajar yang lebih
menjurus kearah bagaimana pelajar tersebut belajar. Melalui pendekatan
konstruktivisme, pelajar akan lebih melibatkan diri dengan aktif dalam PdPc dan guru
hanya memaikan peranan sebagai pemudahcaraan. Antara model yang terkenal dalam
teori ini adalah Model Lima Fasa Needham yang diperkenalkan oleh Richard Needham
di United Kingdom pada tahun 1987. Terdapat lima fasa yang telah ditekankan oleh
Needham iaitu fasa orientasi, fasa pencungkilan idea, fasa penstrukturan idea, fasa
aplikasi idea dan akhir fasa refleksi. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengunakan
teori atau pendekatan konstruktivisme dalam menghasilkan kit pengajaran.

2.4 Bahan Bantu Mengajar

Dalam pendidikan di Malaysia, BBM bukanlah perkara yang baru. Atan (1981) telah
membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat

19

pendangan dan alat pandang dengar. Manakala menurut Noaziah (1981) telah
membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan
elektronik. Namun bagi Sang (1981), berkaitan dengan BBM, kita tidak mampu
memberikan takrifan yang tetap walupun pada keseluruhannya ramai pendidik yang
bersetuju bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah
merupakan pengalaman yang melibatkan pengunaan penglihatan serta pandangan
seseorang.

Kajian Faizah Ja’apar (2017) menyatakan bahawa BBM merupakan segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru atau pelajar untuk membantu dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Penggunaan BBM merupakan salah satu
kaedah berkesan dalam PdPc kerana dengan menggunakan BBM guru dapat memastikan
pelajar mengikut aktiviti PdPc serta memberikan kefahaman yang berkesan sekaligus
dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Bukan itu sahaja,
menurut Abdul Rahim dan Hayazi (2010), penggunaan BBM dapat membantu guru-guru
menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat
berbanding secara lisan. Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan antara kaedah alternatif
yang digunakan oleh pengajar untuk membantu sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
(Norfarizah dan Mohd Zazril, 2016).

Namun begitu, Mat Som (2005) menyatakan bahawa terdapat pelbagai cabaran
yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan BBM dalam PdPc. Bukan
itu sahaja, Abdul Rahim dan Hayazi (2010) turut menyatakan bahawa faktor sikap dan
minat, pengurusan dan pentadbiran, bebanan tugas, kewangan serta kemahiran dan
pengetahuan yang kurang turut mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan

20

BBM dalam proses pembelajaran. Walakin begitu, bukanlah menjadi alasan kepada
seorang pendidik untuk tidak menggunakan BBM kerana masalah yang timbul boleh
diatasi dengan pelbagai cara dan inovasi dari seorang guru serta setiap kekangan yang
dinyatakan tersebut seyogia diatasi bagi membolehkan seorang guru meningkatkan lagi
mutu dan kualiti seorang pendidik.

2.5 Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pembelajaran

Penggunaan BBM dalam pembelajaran memberikan banyak impak yang positif kepada
para pelajar. BBM memainkan peranan yang besar dalam membolehkan pelajar memahami
konsep terhadap proses pembelajaran dan bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam
suatu pelajaran (Noor Azlan dan Nuradina, 2010). Faizah Ja’afar (2017) menyatakan
dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berionovasi akan membantu pelajar
dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka. Thompson (1992) turut
menyatakan bahawa dengan penggunaan bahan konkrit adalah lebih efektif bagi
mencetuskan pemikiran pelajar kerana apabila pelajar didedahkan dengan bahan konkrit,
pemikiran dan perasaan ingin tahu akan meningkatkan minat belajar. Hal ini turut disokong
oleh Norma (2004), dalam kajiannya mendapati bahawa minat pelajar akan tercetus dan
rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan BBM.

Penggunaan BBM dalam kalangan guru di sekolah mampu memberi kesan yang
positif terhadap kecemerlangan akademik pelajar serta kaedah pengajaran guru itu sendiri
(Mohd Faeez, Murihah, Kalthom, Mohd Amin dan Zetty, 2016). Bukan itu sahaja,

21

kehadiran BBM menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara serta meningkatkan
keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan hanya 25 peratus penglibatan
duru di dalam kelas (Kamarul, Mohd Faeez, Ab. Halim dan Mohd Izham, 2011). Tambahan
itu juga, Norfarizah dan Mohd Zazril (2016) menyatakan bahawa penggunaan BBM amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini dapat membantu
dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan
lebih jelas dan berkesan. Penggunaan BBM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran guru
kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria mereka bagi
membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan (Shya, 2004).

Justeru itu, dalam kajian ini penyelidik membina kit pengajaran yang mampu
berfungsi sebagai BBM bagi memberikan manfaat yang pelbagai kepada pelajar dalam
pembelajaran.

2.6 Rumusan

Dalam bab ini, peyelidik membincnagkan mengenai teori yang digunakan serta beberpa
kajian lepas yang berkaitan dengan BBM dalam pembelajaran. Perkara yang dibincangkan
pada bab ini akan dijadikan panduan oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian dalam
membina kit pengajaran “Fun Respiration Box” dalam subtopik struktur respirasi dan
mekanisme pernafasan manusia.

22

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian.
Metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif dan persoalan
kajian yang telah dikemukan dalam menjayakan kajian tersebut. Dalam bahagian ini juga,
penyelidik membincangkan secara terperinci mengenai reka bentuk kajian, lokasi dan
sampel kajian, instrument, kesahan dan kebolehpercayaan, analisis data, kajian rintis,
prosedur kajian dan cara menganalisis data yang telah diperolehi.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bagi membina dan menentukan kebolehgunaan kit
pengajaran yang dihasilkan bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan
manusia. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk dan pembangunan (Design and
Development) kuantitatif secara tinjauan. Bagi membangunkan kit pengajaran ini
memerlukan langkah utama bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai supaya proses
pembinaan kit tersebut dapat dijalankan secara sistematik dan terancang seperti yang
dinyatakan pada Rajah 3.1.

Pembangunan Soal Pengumpulan Analisis Dapatan
Selidik Data Data Kajian

Rajah 3.1 Carta Alir Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan reka bentuk model ADDIE sebagai
penanda aras dan panduan dalam membina kit pengajaran yang mendorong kepada
pembinaan bahan bantu mengajar dalam PdPc. Model ini telah dikembangkan oleh Reise
dan Mollenda yang kemudiannya diolah semula oleh Peterson pada tahun 2003 (Nadia
Amira, 2018). Gabungan teori-teori yang dioleh oleh Peterson menghasilkan garis panduan
model ADDIE yang lebih sistematik (Rajah 3.1). Fungsi model ADDIE adalah untuk
menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran bagi penyampaian lebih
efektif dan efisien. Model ini merupakan asas kepada model-model reka bentuk instruksi
yang lain serta mempunyai beberapa kelebihan tersendiri (Jamaludin Ahmad, 2001).

24

Terdapat lima fasa yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan,
pelaksanaan dan penilaian.

1. Analisis (Analysis)
Pada fasa ini, penyelidik telah menganalisa topik-topik yang sukar difahami oleh
pelajar dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 melalui rujukan kajian lepas, dan
analisa kupasan mutu jawapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM serta
soal selidik yang dilakukan terhadap pelajar Biologi Tingakatan 4 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Trolak Selatan, Perak. Setelah mengenalpasti masalah yang
kajian, penyelidik menentukan objektif kajian, kumpulan sasaran dan skop isi
kandungan bagi membina kit pengajaran dalam menekankan struktur respirasi dan
mekanisme pernafasan manusia.

2. Reka Bentuk (Design)
Fasa kedua iaitu fasa reka bentuk yang dilaksanakan selepas proses analisis keperluan
selesai. Pada fasa ini penyelidik akan merancang dan membuat reka bentuk kit media
yang ingin dibina dan menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan serta jenis-jenis
media yang akan digunakan pada kit tersebut. Menurut Jamalludin (2001), pada fasa
ini menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan
pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang terlibat. Dalam kajian
ini, penyelidik membina kit pengajaran yang mengandungi beberapa aktiviti yang
berbeza mengikut lima fasa Needham iaitu fasa orientasi, pencungkilan idea,
penstrukturan idea, pengaplikasian idea dan refleksi.

25

3. Pembangunan (Development)
Pembangunan merupakan proses bagi membina kit pengajaran berdasarkan reka bentuk
yang ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Dalam fasa ini, penyelidik telah membina kit
pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mata pelajaran Biologi 2018.

4. Pelaksanaan (Implementation)
Kit pengajaran yang telah dibina akan dipersembahkan dalam keadaan sebenar untuk
diuji kesahan kandungan dan kebolehpercayaan terhadap kit yang dihasilkan. Kesahan
akan dilakukan oleh oleh dua orang pakar mata pelajaran Biologi iaitu seorang
pensyarah Fakulti Sains dan Metamatik, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris manakala
seorang lagi pakar merupakan guru pakar Biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan
Trolak Selatan yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. Kemudian penyelidik
menjalankan kajian rintis. Sekiranya terdapat kesilapan, penambahbaikkan perlu
dilakukan terlebih dahulu sebelum penyelidik menguji kit pengajaran kepada kumpulan
sasaran dalam kajian yang dilaksanakan di sekolah lain.

5. Penilaian (Evaluation)
Penilaian merupakan fasa terakhir dalam model ini. Pada fasa ini, nilai kekerapan dan
peratus akan dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 25.0 bagi menentukan kebolehgunaan kit pengajaran yang dibina. Bukan
itu sahaja, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dan dinilai dari
segi pencapaian objektif dan maklumbalas mengenai kit pengajaran yang dibina
sebagai BBM.

26

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling).
Antara kriteria pemilihan yang telah digariskan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
sampel hendaklah mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan Biologi dan
mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Biologi dalam bilik darjah di sekolah
menengah. Guru pelatih dipilih sebagai responden dalam kajian ini bagi menentukan
kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” sebagai BBM.

Sampel kajian yang digunakan adalah sejumlah 30 orang guru pelatih Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi semester 7 kerana
mereka mempunyai pengalaman Latihan Mengajar di sekolah. Pemilihan sampel seramai
30 adalah berdasarkan Roscoe (1975) yang mencadangkan dalam menentukan ukuran
sampel saiz sampel lebih besar daripada 30 dan kurang daripada 500 adalah bersesuaian
untuk kebanyakan penyelidikan.

3.4 Instrumen Kajian

Data kajian dan sumber maklumat yang dikumpul bagi penyelidikan ini diperolehi melalui
sumber primer yang mana data tersebut merupakan data terus daripada sumber asal
(responden). Penyelidik juga telah memilih untuk menggunakan instrumen set soal selidik
bagi mengumpulkan data. Kaedah soal selidik selalu digunakan dalam kajian kerana
dibentuk secara khusus untuk mengumpul data bagi tujuan analisis yang dapat menjawab

27

persoalan kajian. Borang soal selidik ini juga digunakan bagi menentukan kebolehgunaan
kit pengajaran sebagai bahan bantu mengajar. Instrumen ini diedarkan kepada kumpulan
sasaran iaitu guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) melalui platform
google form dalam talian.

Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian A: Demografi Guru Pelatih
Bahagian ini merangkumi maklumat tentang butiran responden iaitu jantina, bangsa,
semester dan program pengajian.
Bahagian B: Kebolehgunaan Kit Pengajaran

Bahagian ini mengandungi mengandungi 15 item bagi mendapatkan maklumat
mengenai kebolehgunaan kit pengajaran beserta ruangan yang membolehkan responden
untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan. Borang soal selidik ini (Lampiran F)
telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian lepas yang dijalankan oleh Ummu Salamah
(2018).

Dalam instrumen soal selidik ini, terdapat pilihan jawapan mengikut Skala Likert
dengan nilai empat iaitu sangat tidak setuju (STS), sangat setuju (ST), setuju (S) dan sangat
setuju (SS). Responden akan menandakan skala persetujuan terhadap setiap item pada
borang soal selidik berdasarkan skala satu hingga empat seperti yang dinyatakan pada
Jadual 3.1.

28

Jadual 3.1 Ringkasan Skor
Skala Likert Empat Pilihan STS 1
Kenyataan TS 2
Sangat Tidak Setuju S 3
Tidak Setuju SS 4
Setuju
Sangat Setuju

3.5 Kesahan

Kesahan digunakan dalam mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan dalam
kajian. Kesahan merupakan instrumen yang merujuk kepada sejauh manakah sesuatu
instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, 2010). Dalam kajian ini, bagi
kesahan mendapatkan kesahan muka kit pengajaran dan kesahan kandungan instrumen
borang soal selidik, penyelidik telah menjalankan kesahan tersebut kepada dua orang pakar
untuk menyemak dan memberi komen terhadap pembinaan kit pengajaran dan kandungan
item pada borang soal selidik yang disediakan oleh penyelidik. Dua orang pakar ini terdiri
daripada seorang guru pakar Biologi yang berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun dan
seorang pensyarah daripada Fakulti Sains dan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan
Idris dirujuk bagi mendapatkan pengesahan kandungan bagi item-item pada borang soal
selidik serta BBM yang dibina. Analisis yang digunakan bagi mengukur kesahan ini adalah
menggunakan peritus persetujuan pakar. Formula yang digunakan bagi mengukur nilai
kesahan ialah:

29

Jumlah skor pandangan pakar( ) x 100% = peratus persetujuan
Jumlah keseluruhan skor ( )

Rajah 3.2 Formula Kesahan Kandungan Sidek dan Jamaludin (2015)

Penyelidik telah merujuk peratusan persetujuan pakar mengenai penerimaan item
yang digunakan oleh Tuckman dan Waheed (1981). Penentuan kesahan yang baik adalah
dengan aras pencapian 70 peratus dianggap telah mencapai tahap yang tinggi. Item yang
mendapat peratusan yang dipersetujui pakar akan dikekalkan dalam instrumen soal selidik
manakala item yang mendapat kurang daripada 70 peratus maka item tersebut akan
diubahsuai berdasarkan cadangan dan komen daripada pakar.

3.6 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan bermaksud konsep yang merujuk kepada ketekalan dan kestabilan
sesuatu ukuran atau soal selidik (Jasmi 2013). Bagi mendapatkan kebolehpercayaan
instrumen soal selidik, penyelidik menjalankan kajian rintis dengan menggunakan nilai alfa
Cronbach bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan. Penyelidik menggunakan perisian
komputer Statistical Package for the Social Sciences versi 23.0 (SPSS 23.0) bagi
menganalisis data yang diperolehi daripada kajian rintis dalam mencari nilai alfa Cronbach.
Hair, Black, Babin dan Anderson (2009) menyatakan bahawa jika nilai Alpha menghampiri
1, bermakna kebolehpercayaan tinggi, baik dan berkesan. Semakin hampir nilai alfa
Cronbach kepada 1 semakin tinggi kebolehpercayaan terhadap ketekalan produk yang

30

dihasilkan. Ujian yang mempunyai nilai alfa 0.7 ke atas merupakan ujian kebolehpercayaan
yang tinggi (Mohammad Najib, 1999).

Jadual 3.2
Pekali Kebolehpercayaan alfa Cronbach

Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan

0.9-1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang
sangat tinggi

0.8-0.9 Baik

0.7-0.8 Baik dan boleh diterima

0.6-0.7 Boleh diterima
(Mohd Najib, 1999)

Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan, penyelidik telah menjalankan kajian
rintis terhadap 10 orang guru pelatih semester 7 Ijazah Sarjana Muda (Sains). Nilai alfa
Cronbach yang diperolehi selepas menjalankan kajian rintis ialah 0.92. berdasar interpretasi
tahap kebolehpercayaan dari Mohd Najib (1999), menyatakan ujian yang mempunyai nilai
alfa 0.7 ke atas merupakan ujian kebolehpercayaan yang tinggi.

31

3.7 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Tujuan
kajian rintis ini dijalankan adalah untuk memperkemaskan rancangan pengumpulan data
serta mengenalpasti sebarang kekangan yang akan timbul dalam proses pengumpulan data
yang sebenar. Seramai 10 orang guru pelatih semester 7 Ijazah Sarjana Muda (Sains) telah
dipilih untuk menjalankan kajian rintis. Kriteria pemilihan sampel bagi kajian rintis
berdasarkan beberapa kriteria yang telah digariskan oleh penyelidik iaitu mempunyai latar
belakang dalam bidang sains dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sains
di sekolah. Maklumat yang diperolehi daripada kajian rintis dikumpulkan oleh penyelidik
bagi menyemak dan memperbaiki instrumen kajian.

Menurut Creswell (2012), kajian rintis ini kaedah yang fleksibel diperlukan dalam
kajian bagi meneroka pengalaman manusia dan dapat membantu penyelidik menyesuaikan
soalan penyelidikan dalam bidang tertentu. Justeru itu, kajian rintis perlu dijalankan
sebelum kajian sebenar bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item-
item yand terdapat pada instrumen soal selidik.

32

3.8 Prosedur Kajian
Kajian awal mengenal pasti masalah

Penyediaan proposal dan membuat permohonan untuk menjalankan kajian daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD).

Pembinaan kit pengajaran

Kesahan terhadap borang soal selidik dan kit pengajaran oleh dua orang pakar mata
pelajaran Biologi

Kajian rintis dijalankan bagi menguji kebolehpercayaan
Kajian sebenar

Mengumpul dan menganalisis data
Rajah 3.2 Carta alir prosedur kajian

33

3.9 Analisis Data

Dalam kajian ini, data daripada borang soal selidik akan dikumpulkan dalam bentuk
kuantitatif. Data kuantitatif diperolehi daripada maklum balas responden melalui soal
selidik yang berkaitan dengan kebolehgunaan kit pengajaran dan dianalisis secara statistik
deskriptif dengan mengambil kira nilai peratusan dan min. Kesemua data yang dikumpul
akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
Version 25.0 (SPSS V 25.0). Jadual 3.3 menunjukkan nilai skor min dan interpretasi skor
min skala likert empat mata bagi menentukan kebolehgunaan kit pengajaran yang dibina.

Jadual 3.3 Tahap
Interpretasi skor min skala Likert empat mata Kurang kaitan
Rendah
Skala skor min Sederhana
1.00 – 1.50 Tinggi
1.51 - 2.50
2.51 - 3.50
3.51 - 4.00

Sumber: Riduwan (2012)

34


Click to View FlipBook Version