3.10Rumusan
Secara keseluruhan pada bab ini, penyelidik menerangkan tentang reka bentuk kajian dan
prosedur-prosedur yang terdapat dalam kajian ini. Bukan itu shaja, aspek lain yang turut
dikupas secara ringkas adalah mengenai bentuk kajian, pembinaan kit pengajaran “Fun
Respiration Box”, persampelan kajian serta instrumen kajian. Tambahan itu juga, pada bab
ini menjelaskan mengenai kesahan dan kebolehpercayaan kit pengajaran dan instrumen
kajian dengan terperinci. Data yang diperoleh daripada sampel kajian adalah berbentuk
deskriptif maka penyelidik akan mengunakan perisian SPSS versi 25.0 bagi menganalisis
data.
35
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Bab ini mengupas data serta hasil kajian yang telah diperolehi berdasarkan boring soal selidik
yang telah diedarkan 30 orang sampel pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) dari
UPSI. Bab ini juga melaporkan hasil analisis data yang melibatkan kebolehgunaan kit
pengajaran. Kesahan pakar turut dijalankan dari segi kesahan muka kit pengajaran dan kesahan
kandungan instrumen soal selidik. Selepas mendapat kesahan, penyelidik juga menjalankan
kajian rintis bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan. Bagi mendapatkan nilai
kebolehpercayaan pula, penyelidik telah menyatakan nilai alfa Cronbach bagi kit pengajaran
“Fun Respiration Box”. Akhir sekali, selepas mendapat data daripada kajian sebenar nilai min
dan kekerapan akan disertakan bagi menilai tahap kebolehgunaan kit pengajaran yang dibina.
4.2 Pembinaan Kit Pengajaran
Dalam membina kit pengajaran bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan
manusia sebagai BBM, penyelidik telah mengunakan model ADDIE sebagai asas yang
digunakan bagi pembinaan kit pengajaran yang dihasilkan. Instrumen utama yang dibangunkan
dalam kajian ini adalah pembinaan kit pengajaran. Kit pengjaran ini melibatkan teori
konstruktivisme.
4.2.1 Analisis (Analysis)
Dalam fasa ini, penyelidik telah menganalisa topik-topik yang sukar difahami oleh pelajar
dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 melalui rujukan kajian lepas dan analisa kupasan
mutu jawapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM serta soal selidik yang
dilakukan terhadap pelajar Biologi Tingakatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak
Selatan, Perak. Hasil daripada tinjaun soal selidik mendapati lebih 60% pelajar yang menjawab
tinjauan tersebut menyatakan bahawa subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan
manusia merupakan subtopik yang susah dari segi beberapa aspek.
Dalam Kupasan Mutu Jawapan Biologi Kertas 2 tahun 2017 mendapati terdapat pelajar
yang keliru antara kedudukan bronkus dan bronkiol dalam sistem respirasi manusia. Bukan itu
sahaja dalam Kupasan Mutu Jawapan Biologi Kertas 2 tahun 2018 juga turut menyatakan
bahawa terdapat calon dalam kumpulan rendah menunjukkan mereka kurang mengetahui
struktur yang terlibat dalam proses pernafasan serta peranannya dalam mekanisme pernafasan.
Daripada analisa yang telah dilakukan penyelidik mendapati terdapat beberapa masalah yang
37
timbul dalam memahami pembelajaran struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia.
Justeru itu, setelah mengenalpasti masalah yang kajian, penyelidik menentukan objektif kajian,
kumpulan sasaran dan skop isi kandungan bagi membina kit pengajaran sebagai BBM dalam
menekankan struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia.
4.2.2 Reka bentuk (Design)
Fasa kedua iaitu fasa reka bentuk yang dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai.
Pada fasa ini penyelidik akan merancang dan membuat reka bentuk kit pengajaran yang ingin
dibina dan menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan serta jenis-jenis media yang akan
digunakan pada kit tersebut. Penyelidik membuat lakaran kotak yang telah dibahagikan kepada
lima bahagian dan menyusun setiap aspek yang terdapat dalam lima bahagian kit pengajaran
dengan lebih teratur supaya perancangan yang direka lebih sistematik. Dalam fasa ini juga,
penyelidik telah membina kit pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mata pelajaran
Biologi 2018. Menurut Jamalludin (2001), pada fasa ini menjelaskan pandangan keseluruhan
mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan
teknologi yang terlibat.
38
4.2.3 Pembangunan (Development)
Pembangunan merupakan proses bagi membina kit pengajaran berdasarkan reka bentuk yang
ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Dalam kajian ini, penyelidik membina kit pengajaran yang
mengandungi beberapa bahagian yang berlainan. Aktiviti-aktiviti pada setiap bahagian yang
terdapat pada kit pengajaran ini akan disesuaikan mengikut setiap teori konstruktivisime lima
fasa Needham iaitu fasa orientasi, fasa pencungkilan idea, fasa penstrukturan idea, fasa aplikasi
idea dan fasa refleksi.
1. Fasa Orientasi
Pada fasa ini, pelajar dikehendaki melakukan aktiviti menarik dan menghembus nafas
untuk beberapa kali dan guru akan bertanya soalan kepada para pelajar. Pada kit pengajaran
fasa ini, penyelidik telah meletakkan gambar menarik dan menghembus nafas serta
disebelah tepi terdapat kad yang mengandungi dua soalan. Pelajar dikehendaki memberi
jawapan mereka yang tersendiri kerana pada fasa ini bertujuan memberi peluang kepada
pelajar untuk mengembangkan tujuan pembelajaran. Soalan guru dalam fasa ini bertujuan
membawa aliran pemikiran pelajar kepada topik semasa (Seng dan Mohammad Yusof,
2008).
Rajah 4.1 Fasa Orientasi
39
2. Fasa Pencungkilan Idea
Bagi fasa pencungkilan idea, guru akan memberikan puzzle board kepada pelajar dan
mereka dikehendaki menyusun kembali gambar pada puzzle tersebut dan mendapatkan
maklumat melalui gambar tersebut. Gambar yang terdapat pada purzle ialah gambar
alveous serta maklumat mengenai ciri-ciri penyesuaian alveolus. Antara bahan asas yang
digunakan bagi membina puzzlle borad ialah impraboard plastic, mounting board dan
gambar alveolus.
Rajah 4.2 Fasa Pencungkilan Idea (Permainan Puzzle)
40
3. Fasa Penstrukturan Idea
Penstrukturan idea bertujuan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan
semula idea secara urutan dan guru memainkan peranan dalam mengukuhkan konsep atau
idea yang tepat (Subadrah dan Muthiah, 2005). Pada fasa ini, guru akan menayangkan slide
PowerPoint dan video sebagai bahan tambahan bagi menambahkan lagi kefahaman kepada
para pelajar. Dalam slide tersebut mengandungi isi kandungan pembelajaran mengenai
struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia merangkumi mekanisme tarikan dan
hembusan nafas. Pada fasa ini juga, guru boleh menggunakan kad-kad tambahan yang
ditampal pada kit pengajaran tersebut sebagai alat bantu mengajar tambahan.
Rajah 4.3 Fasa Penstrukturan Idea
41
Rajah 4.4 Nota Tambahan Berkaitan Ciri Penyesuaian Alveolus
4. Fasa Aplikasi Idea
Dalam fasa aplikasi idea, pelajar dikehendaki membina model pernafasan manusia dengan
menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan pada kit tersebut. Penyelidik telah
menyediakan bahan-bahan seperti botol, penyedut minuman dan belon. Bukan itu sahaja,
terdapat kad tambahan yang menerangkan mengenai mekanisme pernafasan iaitu
mekanisme tarikan dan hembusan nafas.
Rajah 4.5 Fasa Aplikasi Idea (Membina model pernafasan manusia)
42
5. Fasa Refleksi
Pada fasa refleksi ini pelajar dikehendaki mengisi ruang pada kad mekanisme pernafasan
pernafasan berdasarkan model yang dibina pada fasa pengaplikasian idea. Bukan itu sahaja,
terdapat soalan-soalan pada kad imbas yang disediakan oleh penyelidik pada kit pengajaran
fasa refleksi untuk dijawab oleh pelajar.
Rajah 4.6 Fasa Refleksi
43
4.2.4 Pelaksanaan (Implementation)
Selepas kit pengajaran dibina, kit tersebut diuji dari segi kesahan muka dan kesahan kandungan
Kesahan ini dilakukan oleh dua orang pakar mata pelajaran Biologi iaitu seorang pensyarah
Fakulti Sains dan Metamatik, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris manakala seorang lagi pakar
merupakan guru pakar Biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Selatan yang
mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. Selepas instrumen kajian disahkan, penyelidik
menjalankan kajian rintis terhadap 10 orang guru pelatih dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Sains) di Univerisiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian rintis dijalankan bertujuan mendapatkan
kebolehpercayaan kit pengajaran melalui nilai alfa Cronbach dengan menggunakan perisian
SPSS versi 25.0. Nilai alfa Cronbach yang diperolehi melalui kajian rintis ini adalah 0.92.
Sekiranya terdapat kesilapan, penambahbaikkan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum
penyelidik menguji kit pengajaran kepada kumpulan sasaran dalam kajian sebenar.
4.2.5 Penilaian (Evaluation)
Penilaian merupakan fasa terakhir dalam model ini. Pada fasa ini juga Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 25.0 telah dugunakan bagi mendapatkan nilai kekerapan dan
peratus bagi menentukan kebolehgunaan kit pengajaran yang dibina.
44
4.3 Kesahan Kit Pengajaran
Terdapat dua bahagian kesahan yang dinilai oleh pakar dalam kajian ini iaitu kesahan muka
terhadap kit pengajaran yang dibina dan kesahan kandungan terhadap borang soal selidik.
Dalam kajian ini, penyelidik melakukan kesahan terhadap dua orang pakar iaitu seorang pakar
yang merupakan pensyarah dari Jabatan Biologi di Univerisiti Pendidikan Sultan Idris
manakala seorang lagi merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun
dalam mata pelajaran Biologi. Bagi kesahan muka dinilai berdasarkan kit pengajaran yang
dibina manakala kesahan kandungan dinilai dengan menggunakan borang soal selidik yang
mengandungi beberapa aspek yang penting.
Tahap Peratusan Kesahan Pakar bagi Kesahan Kit Pengajaran
Item Pakar Skor Pakar Kesahan
⁄ %
Kesahan Muka Pakar 1 92
44 100
Pakar 2 72 96
87.5
Purata 63 97.2
70 92.3
Kesahan Kandungan Pakar 1
Pakar 2
Purata
Berdasarkan Jadual 4.1, dapatan nilai kesahan muka yang diperolehi dari dua orang
pakar terhadap kit pengajaran ialah sebanyak 96% manakala bagi nilai kesahan kandungan
sebanyak 92.3%. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
45
dikemukan oleh pakar antaranya ialah menukarkan nama kit mengikut kesuaian kandungan
yang terdapat pada kit tersebut dan menambahbaik kit pengajaran terutamanya pada bahagian
puzzle board. Oleh itu, penyelidik membuat penambahbaikan dari segi susun atur dengan lebih
kemas bagi memudahkan penggunaan kit pengajaran dalam sesi PdPc. Jadual 4.2 menunjukkan
peratusan kesahan pakar bagi kesahan muka kit pengajaran.
Jadual 4.2
Tahap Peratusan Kesahan Pakar bagi Kesahan Muka Kit Pengajaran
Bil Item Peratusan (%) Min
Pakar 1 Pakar 2
1. Bahasa yang digunakan dalam kit mudah difahami. 100 100 100
2. Persembahan BBM yang jelas. 100 100 100
3. Saiz teks dan imej sesuai dan mudah dibaca. 100 100 100
4. Jarak teks dan imej yang digunakan pada kit 100 100 100
bersesuaian.
5. Label yang disertakan jelas dan terpeinci. 100 100 100
6. Tiada kesalahan ejaan pada kit tersebut. 100 100 100
7. BBM ini berfungsi dengan baik. 100 100 100
8. Istilah yang digunakan dalam kit ini adalah tepat. 75 100 87.5
9. Pengunaan teks dan grafik adalah sesuai dan 75 100 87.5
menarik.
10. Kit ini mudah untuk dilaksanakan. 100 100 100
11. Maklumat yang disampaikan dengan menarik. 75 100 87.5
12. Kit ini kukuh dan mudah dibawa. 75 100 87.5
Min Keseluruhan 95.8
46
Berdasarkan Jadual 4.2, dapatan kesahan menunjukan bahawa dua orang pakar
bersetuju terhadap beberapa item iaitu bahasa, persembahan yang jelas, jarak teks dan imej
bersesuaian label yang jelas dan terperinci, tiada kesalahan ejaan, BBM berfungsi dengan baik
dan kit ini mudah dilaksanakan. Kesemua item yang dinyatakan mendapat skor min sebanyak
100%.
Skor peratusan bagi item yang lain iaitu penggunaan istilah yang tepat, penggunaan
teks dan grafik yang sesuai, maklumat yang disampaikan menarik serta kit yang kukuh dan
mudah dibawa ialah sebanyak 87.5%. Walau bagaimanapun, pakar 1 masih lagi bersetuju
dengan item-item tersebut yang tidak mendapat skor 100%. Justeru itu, penambahbaikan telah
dilakukan dari segi penambahan font saiz tulisan pada kit pengajaran agar tidak terlalu kecil
yang akan menyukarkan pelajar menggunakan kit tersebut. Bagi item lain seperti penggunaan
teks yang menarik, penyelidik membuat penambahbaikan dengan mengubah beberapa gambar
dan teks pada kit pengajaran bagi lebih menarik. Akhir sekali, skor min bagi keseluruhan
peratusan pakar terhadap kesahan muka kit pengajaran adalah 95.8%.
Jadual 4.3
Tahap Peratusan Kesahan Pakar bagi Kesahan Kandungan Borang Soal Selidik
Bil Item Peratusan (%) Min
Pakar 1 Pakar 2
1. Manual penggunaan yang disediakan adalah jelas 100 100 100
selaras dengan Rancangan Instruksional
2. Reka bentuk kit yang ringkas dan tidak 75 100 87.5
membebankan.
47
3. Kit ini dapat mencapai objektif bagi topik respirasi. 100 100 100
4. Kit ini berfungsi dengan baik. 75 100 87.5
5. Bahan yang digunakan pada kit media adalah sesuai 75 100 87.5
dari segi grafik, warna dan teks.
6. Laras bahasa yang digunakan pada kit ini mudah 100 100 100
untuk difahami
7. Maklumat pada kit media ini disusun dengan jelas 100 100 100
dan terperinci.
8. Kit media ini memberi gambaran yang jelas 75 100 87.5
terhadap struktur dan mekanisme respirasi.
9. Kit media yang dihasilkan selaras dengan huraian 75 100 87.5
sukatan Biologi tingakatan 4 bagi topik struktur dan
mekanisme pernafasan manusia.
10. Kit media yang dihasilkan dapat digunakan dalam 100 100 100
menarik minat dan meningkatkan kefahaman
pelajar pada topik respirasi.
11. Kit media ini kukuh dan tahan lasak. 75 75 75
12. Kit ini dapat membantu pelajar menguasai subtopik 75 100 87.5
ini.
13 Kit ini mudah untuk disimpan. 75 75 75
14 Kit yang dibina mampu menggalakkan 75 100 87.5
pembelajaran secara koperatif
15 Kit instruksional ini mudah untuk digunakan dalam 100 100 100
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Min Keseluruhan 90.83
48
Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan item kesahan kandungan bagi instrumen borang
soal selidik. Terdapat beberapa item yang mendapat min peratusan kesahan sebanyak 100%
iaitu item berkaitan manual penggunaan yang disediakan jelas, kit pengajaran mencapai
objektif topik, maklumat pada kit pengajaran ini disusun dengan jelas, menarik minat pelajar
dan mudah digunakan dalam PdPc. Kesemua item yang mendapat min peratusan yang tinggi
menunjukkan kedua-dua pakar bersetuju dengan item yang dinyatakan.
Selain itu, bagi item reka bentuk kit yang ringkas dan tidak membebankan seorang
pakar memberi kesahan 100% manakala seorang pakar memberi 75% dan min peratusan
kesahan bagi item ini adalah 87.5%. Terdapat juga item-item lain yang mendapat nilai min
peratusan kesahan sebanyak 87.5% iaitu item gambaran yang jelas terhadap struktur dan
mekanisme respirasi, kit yang selaras dengan huraian sukatan Biologi tingakatan 4 bagi topik
struktur dan mekanisme pernafasan manusia, membantu pelajar menguasai subtopik ini dan
mampu menggalakkan pembelajaran secara koperatif. Hal ini bermaksud terdapat seorang
pakar yang bersetuju dan seorang lagi pakar sangat bersetuju dengan item-item tersebut. Akan
tetapi, walaupun item-item tersebut tidak mendapat 100% nilai kesahan daripada pakar 1,
namun item-item ini masih lagi dipersetujui oleh pakar 1.
Tambahan itu juga, terdapat min peratusan kesahan pakar yang menunjukkan nilai
sebanyak 75%. Hal ini menerangkan bahawa kedua-dua pakar mempunyai pandangan yang
sama terdapat item-item tersebut dan mereka hanya setuju dengan item yang dinyatakan. Item
yang mendapat nilai peratusan 75% ialah item berkaitan kit yang kukuh dan tahan lasak serta
mudah untuk disimpan. Perubahan yang ketara yang dicadangkan oleh pakar adalah penyelidik
menukar nama kit yang asalnya kit multimedia kepada nama yang lain yang lebih bersesuaian
49
dengan kit yang dihasilkan oleh penyelidik. Cadangan dan penambahbaikan lain yang
dikemukan oleh pakar iaitu memperkemaskan lagi permainan puzzle board serta menilai
semula maklumat demografi responden pada borang soal selidik. Justeru itu, kit multimedia
telah diubah kepada kit pengajaran “Fun Respiration Box”.
Kesimpulan bagi berdasarkan peratusan kesahan muka dan kesahan kandungan
menunjukkan kit pengajaran berada pada tahap yang baik. Penentuan kesahan yang baik adalah
berasaskan pandangan Tuckman dan Waheed iaitu aras pencapian 70 peratus dianggap telah
mencapai tahap yang tinggi. Oleh hal yang demikian, jelas membuktikan bahawa kit
pengajaran yang dibina oleh penyelidik bagi subtopik struktur respirasi dan mekanisme
pernafasan berada pada tahap yang tinggi melebih 70 peratus.
4.4 Kebolehpercayaan Kit Pengajaran
Bagi menentukan kebolehpercayaan kit pengajaran yang dibina penyelidik telah
menjalankankan kajian rintis. Tujuan menjalankan kajian ritis adalah untuk menilai kestabilan
nilai alfa Cronbach yang diperolehi daripada hasil kajian rintis. Tahap ini penting bagi
memastikan ketepatan data dalam penyelidikan data yang sebenar dapat menjawab kesemua
persoalan kajian yang telah digariskan oleh pengkaji (Lily, Maimun, ashinida dan Mus’ab,
2018). Dalam kajian ini, penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap guru pelatih
semester 7 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach bertujuan mengukur tahap kebolehpercayaan item-
item yang terdapat pada borang soal selidik. Instrumen soal selidik ini mempunyai empat nilai
50
skor bagi tahap kesetujuan iaitu skor 1 (sangat tidak setuju), skor 2 (tidak setuju), skor 3 (setuju)
dan skor 4 (sangat setuju). Proses menganalisis maklumat adalah dengan menggunakan
perisian SPSS bagi mendapatkan nilai alfa Cronbach.
Jadual 4.4 Bilangan Item
Nilai Kebolehpercayaan alfa Cronbach 15
Alfa Cronbach
0.92
Berdasarkan jadual 4.4 di atas, kesemua skor nilai pekali alfa yang diperolehi daripada
kajian rintis adalah sebanyak 0.92. Ujian yang mempunyai nilai alfa 0.7 ke atas merupakan
ujian kebolehpercayaan yang tinggi (Mohammad Najib,1999). Kebolehpercayaan yang tinggi
membawa maksud item-item dalam instrumen soal selidik akan membolehkan kestabilan dan
ketekalan soal selidik berada pada tahap yang tinggi.
Berdasarkan nilai alfa yang diperolehi juga menunjukkan bahawa kit pengajaran ini
berada pada tahap konsistensi yang baik kerana melebihi nilai minimum o.7. Justeru itu, dapat
disimpulkan bahawa kit pengajaran “Fun Respiration Box” yang dibangunkan boleh diterima
dan dipercayai untuk dijadikan sebagai BBM dalam subtopik struktur respirasi dan mekanisme
pernafasan manusia.
51
4.5 Analisis Soal Selidik
4.5.1 Latar Belakang Responden
Responden kajian ini terdiri daipada 30 orang guru pelatih semester 7 Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Biologi) dipilih berasaskan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling)
yang mana bukan semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Biologi yang dipilih tetapi
sebaliknya hanya guru pelatih yang pernah menjalani Latihan Mengajar di sekolah yang hanya
dapat memberi dasa berdasarkan pengetahuan dan pengelaman yang dimiliki. Data yang
dikumpul dalam bahagian A iaitu demografi responden adalah jantina dan bangsa.
Jantina
36.67%
Lelaki
Perempuan
63.33%
Rajah 4.7 Carta Peratusan Responden Mengikut Jantina
Berdasarkan carta 4.7 diatas menunjukkan bilangan peratusan responden perempuan
lebih ramai berbanding responden lelaki. Peratus responden perempuan adalah 63.33%
manakala peratusan responden lelaki adalah 36.67%.
52
Bangsa Melayu
Cina
10% Lain-lain
3%
87%
Rajah 4.8 Carta Peratusan Responden Mengikut Bangsa
4.5.2 Kebolehgunaan Kit Pengajaran
Secara keseluruhannya, kupasan dalam dapatan kajian ini adalah berlandaskan objektif dan
persoalan kajian kedua iaitu menentukan tahap kebolehgunaan pembinaan kit pengajaran
dalam subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi tingkatan 4.
Analisis deskriptif data kajian melibatkan pengiraan nilai min. Bagi tujuan menghuraikan tahap
kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration Box”, kajian ini telah menggunakan
interpretasi nilai min yang telah diubah suai daripada Riduwan (2012). Jadual 4.5
menunjukkan dapatan soal selidik kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” dalam
subtopik struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia dalam bentuk skor min bagi
setiap item dalam instrumen soal selidik.
53
Jadual 4.5
Kebolehgunaan Kit Pengajaran bagi Setiap Item
Bil Item Kekerapan (%) Min
12 3 4
1. Manual penggunaan yang disediakan adalah 00 5 25 3.83
jelas (23.3) (76.7)
2. Reka bentuk kit pengajaran yang ringkas dan 0 0 12 18 3.60
tidak membebankan. (40.0) (60.0)
3. Kit pengajaran ini dapat mencapai objektif bagi 0 0 5 25 3.83
topik respirasi. (16.7) (83.3)
4. Kit pengajaran ini berfungsi dengan baik. 00 7 23 3.77
(23.3) (76.7)
5. Bahan yang digunakan pada kit pengajaran 00 6 24 3.80
adalah sesuai dari segi grafik, warna dan teks. (20.0) (80.0)
6. Laras bahasa yang digunakan pada kit 0 0 10 20 3.67
pengajaran ini mudah untuk difahami (33.0) (66.7)
7. Maklumat pada kit pengajaran ini disusun 00 6 24 3.80
dengan jelas dan terperinci. (20.0) (80.0)
8. Kit pengajaran ini memberi gambaran yang jelas 0 0 10 20 3.67
terhadap struktur dan mekanisme respirasi. (33.3) (66.7)
9. Kit pengajaran yang dihasilkan selaras dengan 00 7 23 3.77
huraian sukatan Biologi tingakatan 4 bagi topik (23.3) (76.7)
struktur dan mekanisme pernafasan manusia.
54
10. Kit pengajaran yang dihasilkan dapat digunakan 0 0 7 23 3.77
(23.3) (76.7)
dalam menarik minat dan meningkatkan
17 12 3.37
kefahaman pelajar pada topik respirasi. (56.7) (40.0)
11. Kit pengajaran ini kukuh dan tahan lasak. 10 12 18 3.60
(40.0) (60.0)
(3.3)
7 23 3.77
12. Kit ini dapat membantu pelajar menguasai 00 (23.3) (76.7)
subtopik ini. 5 25 3.83
(16.7) (83.3)
13. Kit pengajaran ini juga mudah untuk disimpan. 00
5 25 3.83
14. Kit pengajaran yang dibina mampu 00 (16.7) (83.3)
menggalakkan pembelajaran secara koperatif 3.79
15. Kit pengajaran ini mudah untuk digunakan 00
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Nilai min keseluruhan
Berdasarkan Jadual 4.5 diatas, mendapati nilai min keseluruhan merangkumi kesemua
item yang terdapat pada instrumen soal selidik adalah 3.79. Terdapat empat item yang
mendapat nilai tertinggi daripada responden iaitu sebanyak 3.83. Antaranya ialah item dari
aspek manual penggunaan yang jelas, kit pengajaran ini dapat mencapai objektif bagi subtopik
struktur respirasi, mekanisme pernafasan manusia dan item kit pengajaran yang dibina mampu
menggalakkan pembelajaran secara koperatif dan kit penagajaran mudah untuk digunakan
dalam PdPc. Bagi nilai kedua tertinggi pula dengan jumlah sebanyak 3.80 iaitu item bahan
yang digunakan pada kit pengajaran adalah sesuai dari segi grafik, warna dan teks serta item
maklumat disusun dengan jelas dan terperinci.
55
Selain itu juga beberapa item lain yang memperolehi nilai min yang sama iaitu 3.77
dari segi item kit pengajaran ini berfungsi dengan baik, kit pengajaran yang dihasilkan selaras
dengan huraian sukatan Biologi tingakatan 4 bagi topik struktur dan mekanisme pernafasan
manusia, kit pengajaran yang dihasilkan dapat digunakan bagi menarik minat dan
meningkatkan kefahaman pelajar dan kit pengajaran ini juga mudah untuk disimpan. Bagi item
berkaitan laras bahasa yang digunakan pada kit pengajaran mudah untuk difahami mempunyai
jumlah min yang sama dengan item kit pengajaran ini memberikan gambaran yang jelas
terhadap subtopik yang diperlajari dengan nilai 3.67.
Disamping itu juga, bagi item berkaitan reka bentuk kit pengajaran yang ringkas dan
tidak membebankan serta item mengenai kit ini dapat membantu pelajar menguasai subtopik
ini memperolehi nilai min sebanyak 3. Bukan itu sahaja, terdapat satu item yang mendapat nilai
min yang rendah iaitu item kit pengajaran ini kukuh dan tahan lasak dengan nilai min sebanyak
3.37. Berdasarkan interpretasi skor min menunjukkan item ini berada pada tahap yang
sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden kurang bersetuju dengan kit
pengajaran ini kukuh dan tahan lasak. Justeru itu, jika kajian ini dicadangkan untuk dijalankan
pada masa hadapan pengubahsuaian dari segi ketahanan kit pengajaran hendaklah dilakukan
supaya kit pengajaran yang dibina lebih kukuh dan tahan lasak.
Bagi item yang lain menunjukkan item berada pada tahap yang tinggi kerana melebihi
nilai min 3.5. Berdasarkan interpretasi skor min skala likert empat mata yang digunakan pada
jadual, mendapati hampir keseluruhan item pada instrumen soal selidik berada pada tahap yang
tinggi kerana melebihi nilai min 3.51. Nilai purata skor min kajian 3.72 menunjukkan tahap
kebolehgunaan kit pengajaran berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dapatan kajian ini
56
menunjukkan bahawa kesesuaian kit pengajaran “Fun Respiration Box” sebagai BBM dalam
PdPc adalah tinggi. Kit pengajaran ini dibina untuk dijadikan sebagai BBM sekaligus dapat
menarik minat pelajar. Hal ini dibuktikan oleh Norzainariah Hassan (2004), bahawa
penggunaan kit dapat mendatangkan kesan minat, seronok dan bersemangat termasuk
meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
Purata Keseluruhan Frekuensi Item Soal Selidik
(%)
0.22 0
27.33
72.45
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Rajah 4.9 Purata Frekuensi Skala Likert
Purata frekuensi skala likert berdasarkan item yang terkandung dalam instrumen soal
selidik dinyatakan dalam Rajah 4.9. Instrumen soal selidik ini mengandungi skala likert empat
mata iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Berdasarkan carta
tersebut dapat dilihat 72.45% daripada item soal selidik ini berada pada skala likert sangat
bersetuju. Manakala 27.33% daripada kesemua item soal selidik berada pada tahap setuju.
Akan tetapi terdapat juga, 0.22% responden yang sangat tidak setuju, namun hanya hakikatnya
hanya satu item dan seorang daripada 30 reponden yang telah menandakan pada skala likert
sangat tidak setuju. Bagi skala likert tidak setuju, tiada responden yang tidak bersetuju terhadap
mana-mana item yang terkandung dalam instrumen soal selidik,
57
Peratusan (%) Peratusan Kekerapan Responden Terhadap Kebolehgunaan Kit
Pengajaran "Fun Respiration Box"
15
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Item Instrumen Soal Selidik
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Sangat Setuju Setuju
Rajah 4.10 Peratusan Kekerapan Responden terhadap Kebolehgunaan Kit Pengajaran
Peratusan kekerapan responden terhadap kebolehgunaan kit pengajaran telah
diterjemahkan dalam bentuk graf bar pada Rajah 4.10. Pada rajah 4.9 boleh dilihat perbezaan
dari segi skala-skala yang telah dijawab oleh responden. Jika dilihat terdapat seorang responden
yang sangat tidak bersetuju terhadap item 11 iaitu item kit pengajaran ini kukuh dan tahan
lasak. Bagi item ini juga, peratusan setuju lebih tinggi berbanding skala sangat setuju. Bagi
item-item lain, keseluruhan menunjukkan skala sangat setuju lebih tinggi berbanding skala
setuju.
58
4.6 Rumusan
Secara umumnya, dalam bab ini penyelidik telah membincnagkan dengan lebih lanjut behasil
dapatan kajian berdasarkan insrtumen yang digunakan pada fasa pelaksanaan dan penilaian.
Nilai kesahan dan kebolehpercayan selepas dianalisis bagi kajian ini turut dinyatakan beserta
formula. Berdasarkan data yang dikumpul selepas dianalisis menggunakan SPSS, purata nilai
min bagi keseluruhan ialah sebanyak 3.79. Hal ini membuktikan bahawa kebolehgunaan kit
pengajaran “Fun Respiration Box” sesuai untuk dijadikan BBM dan bersesuaian untuk
digunakan dalam PdPc.
59
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai kesimpulan secara menyeluruh dan
menitikberatkan ringkasan kajian meliputi objektif kajian, instrumen kajian, responden dan
prosedur kajian secara ringkas. Bukan itu sahaja, dalam bab ini juga penyelidik akan
memberikan cadangan penambahbaikkan terhadap kajian yang dijalankan. Justeru itu,
penyelidik berharap agar kajian ini boleh dijadikan sumber bahan rujukan kepada
penyelidik lain pada masa hadapan.
5.2 Pembangunan Kit Pengajaran “Fun Respiration Box”
Pembinaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” adalah berpandukan kepada model
ADDIE yang mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan,
pelaksanaan dan penilaian. Kit pengajaran ini mempunyai lima bahagian yang berbeza
kerana menggunakan pendekatan konstruktivisme lima fasa Needham. Lima fasa Needham
tersebut ialah fasa orientasi, pencungkilan idea, penstrukturan idea, pengaplikasian idea
dan refleksi. Pada setiap fasa ini, penyelidik telah merancang aktiviti yang bersesuai selaras
dengan teori konstruktivisme. Bahan asas yang digunakan sebagai kit pengajaran ialah
kotak yang akan dipotong dan dipecahkan kepada 5 bahagian yang mewakili aktiviti yang
berbeza. Pembinaan kit pengajaran ini menjadikan suasana pembelajaran di dalam kelas
lebih meyeronokkan serta dapat meningkatkan minat pelajar terhadap kandungan pelajaran.
5.3 Perbincangan dapatan kajian
Dalam kajian ini, persoalan kajian yang telah dititiberatkan adalah untuk menetukan
pembinaan dan tahap kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” dalam subtopik
struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi tingkatan empat.
Perbincangan dalam kajian ini akan menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan oleh
penyelidik.
61
5.3.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan merujuk kepada mengukur perkara yang seharusnya diukur atau instrumen yang
digunakan mesti mampu untuk mengukur dengan tepat terhadap perkara yang kita ingin
diukur (Arasinah, Ab. Rahim, Ramlah dan Soaib, 2012). Bagi memastikan kit pengajaran
dan kandungan instrumen soal selidik kajian ini mencapai kesahan yang baik seramai dua
orang panel pakar iaitu seorang pensyarah di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik
dan seorang lagi guru pakar bidang Biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak
Selatan telah terlibat dalam memberikan komen, maklum balas dan penilaian terhadap
kesahan muka kit pengajaran “Fun Respiration Box” dan kesahan kandungan terhadap item
instrumen soal selidik. Nilai purata kesahan muka bagi kit pengajaran ini adalah sebanyak
96% manakala purata kesahan kandungan mempunyai nilai sebanyak 92.3%. Berdasarkan
pandangan daripada Tuckman dan Waheed (1981), pencapaian 70% dan lebih dianggap
telah mencapai tahap pencapaian kesahan yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa kit
pengajaran “Fun Respiration Box” yang dihasilkan mempunyai tahap pencapaian kesahan
yang tinggi kerana dari setiap aspek yang dinilai bagi kit pengajaran ini mempunyai tahap
peratusan kesahan pakar yang melebihi aras pencapian 70%. Dapat disimpulkan bahawa
kit pengajaran yang dibina dianggap sah dan mempunyai kesahan yang baik dan tinggi.
Tambahan itu juga, kajian rintis juga turut dijalankan bagi mendapatkan
kebolehpercayaan kit pengajaran ini. Kajian rintis merupakan kajian yang dilaksanakan
terhadap jumlah sampel yang lebih kecil berbanding kajian sebenar dan dijalankan
sebelum kajian sebenar. Kebolehpercayaan adalah merujuk kepada kestabilan data atau
konsistensi data yang diperolehi melalui pengumpulan data yang dilaksanakan (Noraini,
62
2010). Dapatan kebolehpercayaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” diuji
menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS version 2.5 bagi
mendapatkan nilai alfa Cronbach.
Berdasarkan kajian rintis, mendapati nilai kebolehpercayaan kit pengajaran “Fun
Respiration Box” bagi kesemua skor nilai pekali alfa yang diperolehi daripada kajian rintis
adalah sebanyak 0.92. Menurut Mohammad Najib (1999), ujian yang mempunyai nilai alfa
0.7 ke atas merupakan ujian kebolehpercayaan yang tinggi. Tamabhan itu juga,
berdasarkan model pengukuran Rash, skor nilai alfa Cronbach yang boelh diterima adalah
0.71 hingga 0.99 seperti yang dipersetujui oleh Bond dan Fox (2015). Kebolehpercayaan
yang tinggi membawa maksud item-item dalam instrumen soal selidik akan membolehkan
kestabilan dan ketekalan soal selidik berada pada tahap yang tinggi. Oleh hal yang
demikian, menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan bagi kit pengajaran ini berada
pada tahap yang tinggi.
5.3.2 Tahap Kebolehgunaan
Aspek kebolehgunaan kit pengajaran ini dinilai dengan menggunakan prosedur analisis
data secara statistik diskriptif. Daripada dapatan kajian yang dijalankan, keseluruhan
responden memberikan reaksi yang positif terhadap kit pengajaran yang dibagunkan. Hal
ini dibuktikan melalui data yang diperolehi daripada instrumen soal selidik yang telah
diedarkan kepada guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Instrumen soal selidik telah diedarkan secara dalam talian kepada
63
30 orang guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi bagi menguji
kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration Box”.
Bagi tujuan menghuraikan tahap kebolehgunaan kit pengajaran “Fun Respiration
Box”, kajian ini telah menggunakan interpretasi nilai min yang telah diubah suai daripada
Riduwan (2012). Berdasarkan keputusan analisis bagi menentukan kebolehgunaan kit
pengajaran ini, penyelidik mendapati nilai purata skor min kajian adalah 3.79
menunjukkan tahap kebolehgunaan kit pengajaran dalam pembelajaran adalah dipersetujui
oleh responden dengan tahap persetujuai yang tinggi. Oleh hal yang demikian, dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa kesesuaian kit pengajaran “Fun Respiration Box” sebagai
BBM dalam PdPc adalah tinggi.
Kit pengajaran “Fun Respiration Box” merupakan inovasi yang dibina menepati
ciri-ciri pembelajaran abad ke 21 kerana melibatkan hand on activity dan pembelajaran
secara dua hala antara guru dan pelajar. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukan
bahawa kit pengajaran yang dibina menepati kesesuaian untuk dijadikan BBM berdasarkan
tahap kebolehgunaan yang diperolehi daripada responden iaitu guru pelatih semester 7
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi). Kit pengajaran yang dibina berdasarkan
pendekatan konstruktivisme bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan daripada
pengalaman melakukan aktiviti yang disediakan pada kit pengajaran “Fun Respiration
Box”. Kenyataan ini disokong dalam kajian Nur Faezah, Hanin, Noor Dayana dan Nor
Hasniza (2018), bagi mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep, pelbagai
kaedah serta model pengajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme bagi
meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains.
64
Penyelidik yakin bahawa dengan mempelbagaikan aktiviti yang terdapat dalam kit
pengajaran “Fun Respiration Box” mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari topik
pembelajaran yang akan dipelajari pada ketika itu. Haslinda, Syahidah, Rajandran,
Mahyudin dan Hasnah (2019), berpendapat melalui kaedah belajar sambil bermain dengan
aktiviti yang disediakan dalam “Explode Sweing Box” (ESB) dapat mempelbagaikan
kemahiran dan menghasilkan suasana yang menarik minat pelajar untuk lebih aktif dalam
kelas yang bersesuai dengan pembelajaran abad ke-21.
Gaya pembelajaran guru sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi minat
dan prestasi pelajar. Justeru itu, guru haruslah sentiasa kreatif dalam merancang proses
PdPc dengan mempelbagaikan sumber BBM yang mampu menggalakkan pelajar untuk
terlibat dengan aktif semasa proses PdPc. Dapatan kajian daripada Norzainariah (2004),
membuktikan bahawa prestasi pelajar meningkat apabila kit pengajaran dan pembelajaran
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.4 Implikasi kajian
Penyelidik percaya bahawa pembinaan kit pengajaran “Fun Respiration Box” bagi subtopik
struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia Biologi Tingkatan 4 mampu
dijadikan BBM dalam PdPc dan mempunyai implikasi terhadap pelbagai pihak
terutamanya guru. Antara implikasi yang dapat dikenalpasti oleh penyelidik adalah:
i. Kit pengajaran “Fun Respiration Box” yang dibina dapat membantu guru dalam
PdPc serta dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
65
ii. Kit pengajaran “Fun Respiration Box” dapat menjadi bahan rujukan dan panduan
dalam menghasilkan kit pengajaran yang lain bagi topik-topik yang berlainan
khususnya dalam mata pelajaran Biologi
iii. Membantu dan memudahkan guru dalam menyusun dan merancang aktiviti
pembelajaran kerana kit pengajaran ini merangkumi kelima-lima fasa Nedham
dalam pembelajaran konstruktivisme.
iv. Kit pengajaran “Fun Respiration Box” mengandungi nota-nota yang menarik dan
mampu menarik minat pelajar untuk membacanya.
5.5 Cadangan
Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan yang
bertujuan menambahbaik kajian ini sekiranya ada kajian lanjutan daripada penyelidik yang
lain. Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik lain pada masa
hadapan. Antaranya ialah:
i. Kajian lanjutan mengenai tahap keberkesanan kit pengajaran “Fun
Respiration Box” yang dijalankan kepada pelajar tingkatan 4 yang
mengambil mata pelajaran Biologi.
ii. Penambahan bilangan sampel lebih besar kerana kajian ini melibatkan
sampel yang minimun iaitu 30 orang guru pelatih.
iii. Pembinaan lebih banyak BBM berbentuk kit yang merangkumi topik-topik
lain dalam mata pelajaran Biologi.
66
iv. Setiap soalan yang dibina dalam kit ini perlu menjalani analisis item bagi
memastikan tingkat soalan yang diberikan adalah seimbang dan tepat.
v. Menggunakan teori-teori pendekatan pembelajaran yang lain dan membuat
perbandingan dengan teori konstruktivisme yang digunakan dalam kajian
ini.
vi. Menjalankan kajian terhadap tahap penguasaan kit pengajaran “Fun
Respiration Box” membantu pelajar meningkatkan prestasi dan menarik
minat pelajar.
Dengan harapan cadangan yang telah dikemukan dapat diambil perhatian agar
memberi faedah dan manfaat dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang.
5.6 Kesimpulan kajian
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kajian ini telah mencapai kesemua
objektif dan telah menjawab persoalan-persoalan yang dikememukan sebagai sasa kepada
kajian yang dijalankan. Penyelidik telah berjaya membina kit pengajaran yang diberi nama
“Fun Respiration Box”. Kit pengajaran ini memfokuskan kepada subtopik struktur respirasi
dan mekanisme pernafasan manusia. Selepas analisis kajian, mendapati tahap
kebolehgunaan kit pengajaran "Fun Respiration Box" adalah baik berdasarkan nilai
peratusan, frekuensi dan skor min yang diperolehi. Pembinaan kit pengajaran “Fun
Respiration Box” diharapkan dapat memberi sumbangan dan dorongan kepada guru-guru
67
untuk mempelbagaikan BBM dalam PdPc supaya dapat menarik minat pelajar terhadap apa
yang dipelajari.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan dan garis panduan kepada
penyelidik mahupun pendidik yang ingin membina kit pengajaran sebagai bahan bantu
mengajar yang lebih baik dan sempurna.
68
RUJUKAN
Abdul Halim Abdullah, Johari Surif & Norhasniza. (2014). Pisa 2012: Di Mana Kedudukan
Malaysia Untuk Subjek Matematik? Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian
Insan 2014. Johor: Batu Pahat.
Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Jamaludin. (2002). Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program
Maju Diri ke atas Motivasi Pencapaian dikalangan Pelajar Sekolah Menengah
Negeri Selangor. Bangi: Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Zanzali, Noor Azlan, Daud & Nurdalina. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran
Matematik. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang
Mengajar Matapelajaran Matematik.
Arasinah, Ab. Rahim, Ramlah & Soaib. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP). Jurnal Pendidikan 37(2).
Aszoura Mohame Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran berbantukan
Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan
Penguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel untuk Sains Tingkatan 1. Kuala Lumpur:
Universiti Terbuka Malaysia.
69
Atan Long. (1981). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Atan Long. (1981). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Atilla, Cimer. (2012). What makes biology learning difficult and effective: Students' views.
Educational Research and Reviews Vol. 7(3), 61-71.
Bond, T. G. & Fox, C. M. 2015. Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the
Human Sciences. Routledge. doi:10.1207/S15327574IJT013&4_10.
Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In Search of Understanding: The Case for Construtivist
Classroom. Alexandria, VA; Association for Supervision and Curriculum
Development.
Creswell, J. W. (2010). Educational Research-Planning, Conducting, And Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril Prentice
Hall
Creswell, J. W. (2012). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five
Designs (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.
dengan berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Elyani Musa & Minarnie Mohamad. (2013). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu
Mengajar dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar
Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Kulim: Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah
70
Faizah Ja'afar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Daerah Pontian. Batu Pahat:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Fazzlijan Mohamed Adnan Khan. (2014). Pembangunan dan Keberkesanan Koswer
Multimedia Interaktif dengan Pendekatan Koperatif Masteri dalam Pembelajaran
Respirasi Sel. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Gerlanch, V. & Ely, D. (1980). Teaching & Media: A Systematic Approach. Englewood
Cliffs: NJ; Prentice -Hall Incorporated.
Hair, J. F., Black. W. C., Babin. B. J., & Anderson. R. E. (2010). Multivariate Data
Analysis, 7th Ed. Pearson Prentice Hall: New Jersey
Hanis Shaharuddin, Ku Faahiyah Ku Azizan, Wazzainab Ismail, Farah Rosnan & Norafidah
Gordani. (2017). Tahap Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di
Selangor. Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Haslinda Jamaluddin, Syahidah Ghani, Rajandran, C., Mahyudin Arsat dan Hasnah Mohamed.
(2019). Keberkesanan Explode Sewing Box dalam Meningkatkan Kemahiran Jahitan
Asas. Johor Baharu: Universiti Teknologi Malaysia.
Ismail, N.A.F. (2010). Pengenalan dan Definasi Multimedia. Kuala Lumpur: Universiti
Teknologi Malaysia.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan Venton. PTS
Publications.
71
Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Kamarul Jasmi, Mohd Faeez, Ab. Halim & Mohd Izham. (2011). Amalan Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Malaysia. Jurnal of Islamic and Arabic Education 3(1), 59-74.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen Merentas Kurikulum dalam Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Sekolah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Biologi Tingkatan 4 dan 5 KSSM. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Quick Facts. Diperolehi daripada: https://www.
moe.gov.my/penerbitan/1587-quick-facts-2018-malaysia-educational-statistics-1/file
Kuan Ngui Sang. (1981). Penggunaan alat pandang dengar dalam pengajaran. Suara Pendidik
Vol. 7 No.4.
Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Sons Inc.
Lembaga Peperiksaan. (2017). Kupasan Mutu Jawapan KMJ SPM 2017. Diperoleh daripada:
http://lp.moe.gov.my/index.php/kmj-spm/727-kmj-spm-2017
72
M. Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mat Som.H. (2005). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan Perbincangan.
Masalah Pendidikan Jilid 27. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Melayu 2(1).
Mohd Faeez, Murihah Abdullah, Kalthom Husain, Mohd Amin & Zetty Rashed. (2016).
Sumber Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah
Bestari dlm. International Seminar on Tarbiyah.
Mohd Najib Abd Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Muhamad Shakir Saad, Sabariah Sharif, Muralindran Mariappan. (2018). Pembangunan
Modul Robot Permainan Topik Respirasi Sel Menggunakan Model Addie. Jurnal
Pendidikan Sains & Matematik Malaysia Vol.8 No.1. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Mullis I V S, Martin MO et al. (2012). TIMSS 2011 international mathematics report.
Boston: Boston College, International Study Center.
N. Y. Shya. (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal
Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Nor Hanani Ismail. (2016). Teori Pembelajaran Lazim: Analisis daripada Perspektif Islam.
Sintok: Universiti Utara Malaysia
73
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain. (2009).
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong Selangor: Multimedia Sdn.
Bhd. ms.1-2.
Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Kertas Kerja
Seminar Perguruan. Jurnal Universiti Malaya: 28-30 Dis 198: 2-11.
Norfarizah Bakhir & Mohd Zazril Zamri. (2016). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. Conference
Proceeding: 2nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON CREATIVE MEDIA,
DESIGN & TECHNOLOGY (REKA2016).
Norliza Jasni. (2017). Pengunaan Kit Instruksional dalam Pembelajaran Berasaskan
Permainan bagi Topik Respirasi. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norma Hassan. (2004). Hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat
pelajar tahun lima di Sekolah Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana yang belum diterbitkan.
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norzainariah Hassan. (2004). Kebolehgunaan Kit Pengajaran dan Pembelajaran bagi
meningkatkan prestasi Pelajar: Satu Tinjauan di Kuittho. Batu Pahat: Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn.
Nur Faezah, Hanin, Noor Dayana Abd Halim, Nor Jasniza Ibrahim. (2017). Kit Mekanisme
Pewarisan Sifat: Papan Genetik. Johor Baharu: Universiti Teknologi Malaysia.
74
Nurul Fatihah Mustapha. (2019). Pembangunan Bahan Bantu Mengajar "Magnetic Cell
Division" dalam mata pelajaran sains Tingakatan 4. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Idris
Rahidah Gelamdin & Esther Gnanamalar Sarojini. (2016). Pendidikan Bioteknologi dalam
Mata Pelajaran Biologi dari Kacamata Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Kurikulum
dan Pengajaran Asia Pasifik. 4(3), 47-58.
Riduwan (2012) Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung.
Tuckman, B. W., Waheed, MA. (1981). Evaluating an Individualized Science
Programme for Community College Students. Journal of Research in Science
Teaching. 18, 489-495.
Roscoe, J.T. (1975). Fundamental Research Statistics for the Behavioral Sciences. New York:
Holt, Rinehart and Winston.
Samsiah Sidek. (2012). Penggunaan Media Pengajaran dalam Kalangan Guru-Guru Mata
Pelajaran Geografi di Daerah Batu Pahat, Pahat, Johor. Teknikal Batu Pahat:
Universiti Tun Hussein Onn.
Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar
Sufean Hussin. (2014). Cabaran Menyeluruh dalam Pelaksanaan Trasnformasi Pendidikan
untuk Masa Depan Malaysi. Kertas Ucaptama Seminar Transformasi Pendidikan
Nasional. Kuala Lumpur: Universiti Malaysia.
Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan
Tradisional dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(2).
75
Thompson, P.W. (1992). Notations, conventions, and constraints: Contributions of effective
uses of concrete materials in elementary mathematics. Journal for research in
mathematics education, 23, 123–147.
Vebrianto dan Kamisah Osman. (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media
Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar.
Jurnal Pendidikan Malaysia 37(1): 1-11
Zakaria Omar. (2014). Pendekatan Konstruktif dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di Kolej Vokasional. Skudai: Universiti Tun Hussien Onn
Zurainu Jasin dan Abdul Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa.
76
LAMPIRAN A
(SOALAN-SOALAN PADA FLASH CARDI)
Nyatakan struktur laluan udara Apakah yang berlaku kepada otot
mekanisme pernafasan selepas interkostal semasa menarik
nafas?
bronkiol?
A. mengendur
B. mengecut
C. mengembang
D. meletup
Apakah yang berlaku kepada Apakah yang berlaku kepada otot
diafragma semasa menarik nafas? interkostal semasa menghembus
nafas?
A. mengecut
B. bergerak ke bawah A. mengendur
C. mendatar B. mengecut
D. melengkung membentuk C. mengembang
D. meletus
kubah
Apakah yang berlaku kepada Nyatakan aliran udara ke arah
sangkar rusuk semasa peparu
menghembus nafas?
A. Bergerak ke atas dan ke dalam
B. Bergerak ke atas dan ke luar
C. Bergerak ke bawah dan ke dalam
D. Bergerak ke bawah dan ke luar
Apabila kita menghembus nafas Udara sedutan mengandungi
A. Peparu menjadi lebih besar lebih banyak ________________
B. Saiz peparu kekal sama berbanding udara hembusan.
C. Sangkar rusuk bergerak ke
atas A. Hidrogen
B. Oksigen
D. Peparu menjadi kecil C. Karbon dioksida
D. Nitrogen
Balang kaca mewakili _____(a) Nyatakan ciri-ciri yang terdapat
_____ manakala belon mewakili pada alveolus
_____(b) ______
Apakah udara yang boleh Apa akan terjadi kepada belon
memasuki badan manusia? apabila kepingan getah ditarik ke
bawah?
Gas P adalah gas ___________
Belon mengembang
Belon mengempis
Belon meletup
Belon terjatuh
Apakah organ yang membuatkan
sangkar rusuk bergerak ketika
proses tarik dan hembus nafas?
_______ dan ________ terletak
dalam rongga toraks.
LAMPIRAN B
(SLIDE POWER POINT)