The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN AUDIT NAFAS - LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Giga Wise Network, 2025-12-12 02:40:37

LPP - LAPORAN AUDIT

LAPORAN TAHUNAN AUDIT NAFAS - LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

2LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Hak cipta terpelihara Lembaga Pertubuhan PeladangHak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit.DiterbitkanBahagian Audit PertubuhanMenara LPP, No 20,Jalan Sultan Salahudin,50480 Kuala Lumpur,Tel: 03 - 2610 9600 | Faks: 03 - 2697 0987Email: [email protected] olehGiga Wise Network Sdn. Bhd. (640661-P)Megah Industrial Park, 74, Jalan Kapar 27/89, Seksyen 27, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor


3LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)KANDUNGANRingkasan EksekutifPendahuluanLaporan Pengauditan Pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)• Pengurusan Modal• Pengurusan Likuiditi• Pengurusan Pelaburan Dan Ekuiti NAFAS• Pengurusan Aset NAFAS• Pengurusan Pentadbiran Dan Personel• Pengurusan Projek Ekonomi Dan Sosial• Pengurusan TeknologiLaporan Pengauditan KewanganPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)Rumusan Audit45101014222837597577105


4LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)RINGKASAN EKSEKUTIFPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merupakan Pertubuhan Peladang induk kepada 14 Pertubuhan Peladang Negeri yang menguruskan aktiviti utama termasuk pembekalan baja subsidi, pemasaran produk peladang, perladangan kelapa sawit serta pelaburan ekuiti dan hartanah. Laporan Audit Akhir bagi tahun kewangan NAFAS 2024 menyimpulkan bahawa NAFAS berada dalam kedudukan yang mencabar dan berisiko tinggi dari segi kewangan, operasi dan tadbir urus. Walaupun NAFAS mencatatkan keuntungan belum beraudit sebanyak RM199,790,549, keuntungan ini adalah tidak mampan kerana kebergantungan tinggi kepada kelulusan Variance of Price (VOP) berjumlah RM339,920,897. Tanpa pendapatan VOP, NAFAS akan mengalami kerugian sebanyak RM140,130,348. Lebih serius lagi, keuntungan semasa adalah terlebih nyata kerana kegagalan merekodkan denda atas penghantaran lewat SBPKP dan SIPP berjumlah RM288,559,386.67.Aspek Tadbir Urus dan Pematuhan menunjukkan kelemahan berulang, terutama dalam ketidakpatuhan kepada Arahan Pendaftar. Ini termasuk penggunaan kemudahan perdagangan bank dan peningkatan kadar caruman KWSP majikan secara fleksibel tanpa kelulusan Pendaftar. Selain itu, projek seperti pembinaan Jambatan Timbang di Sungai Karap berjumlah RM407,739.26 dibuat melalui lantikan terus yang meragukan dan melanggar Peraturan Pertubuhan Peladang 1983, serta dilakukan tanpa kelulusan Pendaftar. Audit turut mendapati Kaedah Perolehan NAFAS yang diguna pakai tidak mempunyai kelulusan rasmi daripada Pendaftar.Di bawah Pengurusan Operasi dan Subsidiari, kelemahan serius dilihat dalam keputusan yang merugikan NAFAS. Antaranya ialah pelarasan harga jualan bahan mentah kepada anak syarikat Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB) yang menyebabkan NAFAS menanggung kerugian RM24,870,997, yang menimbulkan pandangan audit tentang kelemahan pengurusan. Selain itu, penyewaan ladang kepada NAFAS Estates Sdn. Bhd. (NESB) adalah merugikan secara berterusan kerana pendapatan sewa lebih rendah daripada kos susut nilai tahunan. Aspek Pengurusan Aset dan Inventori pula terjejas teruk, di mana NAFAS gagal menggunakan Buku Daftar Aset dan Inventori seperti yang diwajibkan oleh Arahan Pendaftar, menyebabkan rekod aset dan inventori tidak lengkap, termasuk aset rosak yang belum dilupuskan dan pendahuluan tunai yang berlarutan berjumlah RM155,382 tanpa penyelesaian.Akhir sekali, Sistem Perakaunan dan Pelaporan menunjukkan kelemahan ketara, digambarkan oleh Laporan Kewangan Akhir yang tertakluk kepada 48 permohonan pelarasan lewat kepada Juruaudit selepas penutupan akaun berjumlah RM258,729,228. Menandakan kelemahan serius dalam proses penutupan akaun dan kawalan dalaman. Penemuan audit ini menekankan keperluan mendesak bagi NAFAS untuk melaksanakan penambahbaikan menyeluruh dalam semua aspek, terutamanya bagi memperkukuh kawalan kewangan, memastikan pematuhan perolehan, dan melaksanakan sistem pengurusan aset dan inventori yang teratur bagi memulihkan potensi dan keyakinan pihak berkepentingan terhadap NAFAS.


5LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENDAHULUANLaporan Audit Pendaftar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merangkumi Audit Pengurusan dan Audit Kewangan yang dilaksanakan bertujuan memperkukuh asas tadbir urus korporat, menjamin integriti kewangan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berimpak tinggi. Objektif ini dijalankan secara menyeluruh (holistik) dan strategik untuk mengangkat tahap kecekapan dan akauntabiliti organisasi sebagai peneraju sektor pertanian negara.Pengauditan pengurusan NAFAS dinilai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan pengauditan kewangan dinilai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Metodologi yang digunakan sepanjang proses pengauditan adalah dengan kaedah memeriksa fail, minit-minit mesyuarat, dokumen kewangan, menemubual kakitangan NAFAS, menganalisis data-data kewangan serta lawatan fizikal ke projek-projek ekonomi NAFAS.Objektif pengauditan Laporan Audit Pendaftar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dikeluarkan adalah:1. Memastikan Tadbir Urus Organisasi yang Efisien dan BerintegritiAudit ini menjadi instrumen kawalan dalaman bagi menilai kecekapan pelaksanaan polisi, prosedur serta amalan pengurusan dalam memastikan kelangsungan pentadbiran yang berlandaskan nilai integriti, ketelusan dan profesionalisme.2. Mengesan dan Membetulkan Ketidakpatuhan Audit membantu mengenal pasti kelemahan dalam pematuhan terhadap peraturan, Akta Pertubuhan Peladang, perolehan, dan garis panduan kewangan. Audit membolehkan tindakan pembetulan proaktif diambil sebelum isu menjadi lebih besar dan menjejaskan reputasi organisasi.3. Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Sumber dan AsetProgram Audit Pengurusan dan Kewangan di NAFAS bukan sekadar satu kewajipan pematuhan, tetapi merupakan mekanisme strategik yang mendepani cabaran tadbir urus moden, mendasari reformasi organisasi, serta memperkukuhkan keberkesanan dan kelestarian perkhidmatan kepada ahli dan sektor pertanian negara secara menyeluruh.Audit Kewangan menilai sejauh mana NAFAS mengurus kewangan dan aset secara berhemah, memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi pulangan optimum dan mematuhi prinsip value for money.4. Menyediakan Asas Kukuh bagi Pengambilan Keputusan StrategikLaporan audit menyediakan data dan analisis kritikal yang membantu pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah membuat keputusan yang lebih tepat, berasaskan bukti dan menyokong pencapaian visi jangka panjang organisasi.5. Memupuk Budaya Penambahbaikan Berterusan Audit bukan sekadar menilai, tetapi menjadi pemangkin kepada budaya akauntabiliti dan inovasi dengan mengenal pasti ruang penambahbaikan serta mencadangkan langkahlangkah reformasi yang bersesuaian.


6LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)6. Menjamin Ketelusan Dalam Pelaporan dan Tanggungjawab AwamAudit memastikan bahawa penyata kewangan NAFAS mencerminkan kedudukan sebenar organisasi secara telus, sekaligus membina keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan termasuk anggota peladang, kerajaan dan rakyat.Elemen yang dinilai merangkumi aspek-aspek utama dalam pengurusan, pematuhan peraturan, serta kecekapan pengurusan kewangan dan operasi. Audit Pengurusan memberi fokus kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi menggunakan konsep pendekatan secara menyeluruh (total approach) dengan mengaplikasi enam (6) elemen C.A.M.E.L-T. Perincian kepada elemen ini adalah seperti yang berikut:1. Elemen C (Capital) - Pengurusan Modal menilai kecekapan dan kekukuhan struktur kewangan dan sumber modal dalaman dan luaran PP.2. Elemen A (Asset) - Pengurusan Pelaburan Aset Tetap & Ekuiti menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan menguruskan aset dan memberikan pulangan yang tinggi kepada PP. 3. Elemen M (Management)- Pengurusan Pentadbiran, Personel & Undang-Undang menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbiran, personel dan kepatuhan kepada undangundang.4. Elemen E (Economy)- Pengurusan Projek Ekonomi & Sosial menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek-projek ekonomi dan sosial bagi meningkatkan pulangan kepada PP dan ahlianggota peladang.5. Elemen L (Liquidity)- Pengurusan Kecairan & Modal Kerja menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan modal kerja Pertubuhan.6. Elemen T (Technology)- Pengurusan Teknologi menilai kecekapan dan keberkesanan penggunaan informasi dan teknologi di PP.Manakala Audit Kewangan memberi fokus kepada ketepatan dan ketelusan laporan kewangan serta pematuhan terhadap Peraturan dan Arahan Pendaftar yang berkuatkuasa.


7LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Pengauditan Pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)Audit Pengurusan atas Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tahun kewangan terakhir beraudit 2023 mendedahkan penemuan-penemuan kritikal yang menunjukkan kegagalan sistemik (kegagalan menyeluruh) dalam tadbir urus, pengurusan kewangan, pematuhan peraturan, dan pelaksanaan operasi teras. Kedudukan kewangan NAFAS berada dalam kategori sangat lemah dengan Z-Score pada 0.34 pada tahun 2023, yang meletakkan organisasi berisiko tinggi menghadapi isu kelangsungan operasi.Aspek Utama Penemuan Kritikal Audit Syor UtamaKewangan & LikuiditiModal kerja merosot mendadak kepada RM28.3 juta (2023). Nisbah hutang melonjak kepada 75% (2023). Kerugian bersih negatif sejak 2021.Pengstrukturan semula komitmen kewangan, peningkatan pelan pengurusan hutang, dan pelaksanaan strategi pemulihan kewangan.Pematuhan & Tadbir UrusKegagalan meluluskan Pelan Perniagaan di Mesyuarat AJP, menjejaskan kesahan strategi organisasi. Gagal mendaftarkan Kaedah Wajib (cth: Tatatertib, Skim Perkhidmatan). Kelewatan melampau penghantaran minit Mesyuarat AJP (sehingga 263 hari).Wujudkan mekanisme kelulusan rasmi bersepadu, segera daftarkan semua Kaedah Wajib, dan patuhi tempoh masa penghantaran minit mesyuarat.Pengurusan Aset & PelaburanRosot nilai pelaburan material berjumlah RM71.72 juta (25%). Pelaburan RM170.44 juta tidak beri pulangan dividen selama tiga tahun. Pembelian aset tanpa kelulusan AJP dan tiada Buku Daftar Aset Tetap.Kaji semula strategi pelaburan ekuiti, laksanakan mekanisme mitigasi risiko, dan wajibkan kelulusan AJP bagi pembelian aset.Rantaian Bekalan BajaKelemahan sistemik dalam gudang: Baja lama/lapuk sejak 2013-2018 belum dilupuskan. Pengeluaran stok guna kaedah LIFO, bukan FIFO. Kelewatan pengedaran baja sehingga 56 hari.Laksanakan Integrated Fertilizer Supply Chain Management System (FIFO), kuatkuasakan klausa penalti kontrak, dan segera lupuskan stok lama.Kawalan DalamanTempoh kutipan hutang terlalu panjang (385 hari). RM176.9 juta hutang sangsi diperuntukkan. 66% hutang anggota tertunggak melebihi 2 tahun. Sistem perakaunan NAFSV5 gagal didaftarkan.Mempercepatkan proses kutipan hutang, mengambil tindakan perundangan segera, dan mendaftarkan sistem perakaunan dengan Pendaftar.


8LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Laporan ini juga menggariskan penemuan utama Audit Kewangan atas Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Secara keseluruhannya, penemuan Audit Kewangan menunjukkan kelemahan ketara dalam pematuhan tatakelola, prosedur perolehan, pengurusan aset, dan ketepatan rekod kewangan. Pelanggaran berulang terhadap peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang dan Arahan Pendaftar mendedahkan NAFAS kepada risiko kewangan yang signifikan dan menjejaskan gambaran kedudukan kewangan yang saksama.Pengauditan Kewangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)Aspek Utama Penemuan Kritikal Audit Syor UtamaPerolehan & Tadbir UrusPerolehan Jambatan Timbang Melanggar Kaedah: Pelantikan kontraktor secara lantikan terus dan pembinaan aset (RM407,739.26) tanpa kelulusan Pendaftar yang melanggar Peraturan 55 (c), Peraturanperaturan Pertubuhan Peladang 1983. NAFAS hendaklah memastikan pemilihan kontraktor dibuat secara telus mengikut prosedur perolehan sedia ada serta mematuhi Peraturanperaturan Pertubuhan Peladang 1983Pinjaman/Fasiliti Tanpa Kelulusan: Penggunaan kemudahan perdagangan (Trade Facility) Agrobank tanpa kelulusan Pendaftar yang melanggar Peraturan 58(2) Peraturanperaturan Pertubuhan Peladang 1983. Kelulusan Pendaftar hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan perdagangan baru dengan manamana bank. Kaedah Perolehan Tidak Sah:Dokumen Kaedah Perolehan NAFAS (KKP-P-STD-001) yang digunakan sejak 2020 masih tiada kelulusan Pendaftar.NAFAS hendaklah menyemak Arahan Pendaftar 4.1.7 yang terkini dan mendaftar Kaedah Perolehan kepada Pendaftar dengan segera.Kewangan & Kerugian OperasiKerugian Pelarasan Harga dengan Subsidiari NAFAS (MNFSB): Pelarasan harga jualan bahan mentah dan belian baja siap dengan MNFSB yang mengakibatkan NAFAS menanggung kerugian bersih RM24,870,997 pada tahun kewangan 2024.NAFAS hendaklah memperkukuh justifikasi bagi setiap pelarasan harga dengan menyediakan rasional perniagaan yang komprehensif serta disokong oleh bukti analisis kos dan keuntungan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan


9LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Aspek Utama Penemuan Kritikal Audit Syor UtamaKewangan & Kerugian OperasiDenda Baja Terkurang Peruntukan:NAFAS telah dikenakan denda RM301,370,415.44 (2020-2023) oleh KPKM tetapi hanya RM12,811,028.77 yang telah direkodkan sehingga 2024. NAFAS hendaklah merekodkan liabiliti denda berjumlah RM288,559,386.67 terhadap KPKM bagi memastikan Laporan Kewangan NAFAS tidak terlebih nyata.Sewaan Ladang Merugikan:Penyewaan Ladang Sungai Karap dan Lembah Beriah kepada subsidiari (NASB) menyebabkan NAFAS menanggung kerugian berterusan RM1,669,742 pada 2024.NAFAS hendaklah melaksanakan pemantauan berterusan dan sistematik terhadap status pelaburan semua aset sewaan bagi memastikan keberhasilan pelaburan dapat dinilai secara objektif serta mengelakkan NAFAS terus menanggung aset yang tidak memberikan pulangan menguntungkan.Pengurusan Aset dan Inventori yang Gagal:NAFAS tidak menggunakan Buku Daftar Aset Tetap dan Buku Daftar Inventori. Selain itu terdapat 67 aset rosak yang belum dilupuskan dan aset yang tidak diketahui kedudukan sebenar fizikalnya. NAFAS hendaklah menyelaras rekod aset dan inventori supaya sepadan dengan kedudukan fizikal sebenar. Selain itu, penggunaan dokumen dan buku rekod hendaklah diperkemas bagi meningkatkan keberkesanan kawalan serta mengelakkan risiko salah nyata dan kehilangan aset.Kawalan Dalaman & RekodPelarasan Selepas Penutupan Akaun: Laporan kewangan tertakluk kepada 48 pelarasan lewat (client late adjustments) berjumlah RM258,729,228.Pengurusan NAFAS hendaklah memastikan proses penutupan akaun dilaksanakan secara teratur, lengkap dan tepat pada masanya bagi menjamin ketepatan penyata kewangan serta mengelakkan kelewatan dalam pelaporan.Pengurusan Projek Lemah (SPA/KPB): Urus niaga Projek Stok Penimbal Ayam (SPA) dan Kontrak Panel Berpusat (KPB) mengalami banyak pelarasan dan risiko rekod jualan KPB terkurang nyata.NAFAS hendaklah mematuhi kaedah pengiktirafan pendapatan secara akruan dengan merekodkan pendapatan pada tahun ia berlaku bagi memastikan laporan kewangan menggambarkan kedudukan sebenar.


10LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)LAPORAN PENGAUDITAN PENGURUSAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN MODALKegagalan NAFAS Menetapkan Sasaran Saham Anggota Dalam Pelan Perkhidmatan dan Belanjawan TahunanNAFAS tidak menetapkan sasaran tambahan saham anggota dalam Pelan Perkhidmatan dan Belanjawan pada tahun kewangan terakhir beraudit 2023 menyebabkan kekurangan perancangan strategik dalam pembangunan modal. Perkara ini tidak mematuhi kehendak Perkara V(2)(iv) Pekeliling Pendaftar Bil.5/1983. “Kursus dan penerangan kepada anggota untuk menambahkan pengeluaran hasil pertanian, ternakan dan lain-lain perusahaan kecil-kecilan, kempen simpanan wang dan tambahan saham”Bil Nama No.AnggotaBaki Awal Tahun 2023(RM)Tambahan Semasa(RM)Baki Akhir Tahun 2023(RM)1. PPN N. Sembilan PPN01 2,571,688.12 - 2,571,688.122. PPN Kedah PPN02 2,763,350.52 - 2,763,350.523. PPN Perlis PPN03 389,380.72 - 389,380.724. PPN Pulau Pinang PPN04 7,296,709.54 - 7,296,709.545. PPN Perak PPN05 11,245,746.80 - 11,245,746.806. PPN Johor PPN06 9,701,422.96 - 9,701,422.967. PPN Kelantan PPN07 1,576,267.10 - 1,576,267.108. PPN Melaka PPN08 2,547,614.63 - 2,547,614.639. PPN Pahang PPN09 13,543,564.96 - 13,543,564.9610. PPN Selangor PPN10 13,097,825.97 - 13,097,825.9711. PPN Terengganu PPN11 3,706,012.83 293,987.17 4,000,000.0012. PPN Labuan PPN12 62,643.75 - 62,643.7513. PPN Sarawak PPNS/1 1,028,617.78 - 1,028,617.7814. PPN Sabah PPN(S)1 184,971.87 - 184,971.87Jumlah 69,715,817.55 293,987.17 70,009,804.72Syor JuruauditNAFAS mesti menetapkan sasaran tahunan bagi tambahan saham anggota untuk memastikan aliran modal saham yang lebih terancang. Ianya bertujuan bagi menggalakkan penambahan pelaburan saham berasaskan nilai minimum RM10,000 bagi setiap anggota.


11LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Pemilikan Saham tidak mematuhi Perlembagaan NAFASBeberapa anggota masih memiliki saham dengan nilai tidak genap RM1 menyebabkan ketidakpatuhan terhadap Perkara 20(i) Perlembagaan NAFAS seperti yang berikut:Bil Nama No. Anggota Senarai Genap(RM)Senarai Tidak Genap(RM)1. PPN N. Sembilan PPN01 - 2,571,688.122. PPN Kedah PPN02 - 2,763,350.523. PPN Perlis PPN03 - 389,380.724. PPN Pulau Pinang PPN04 - 7,296,709.545. PPN Perak PPN05 - 11,245,746.806. PPN Johor PPN06 - 9,701,422.967. PPN Kelantan PPN07 - 1,576,267.108. PPN Melaka PPN08 - 2,547,614.639. PPN Pahang PPN09 - 13,543,564.9610. PPN Selangor PPN10 - 13,097,825.9711. PPN Terengganu PPN11 4,000,000.00 -12. PPN Labuan PPN12 - 62,643.7513. PPN Sarawak PPNS/1 - 1,028,617.7814. PPN Sabah PPN(S)1 - 184,971.87Syor JuruauditNAFAS mesti sentiasa memastikan baki saham setiap anggota adalah genap bagi mematuhi Perlembagaan NAFAS.Kegagalan NAFAS Membuat Pembayaran Penuh Atas Pembahagian Keuntungan Pihak NAFAS masih gagal membuat bayaran atas Dividen atas saham, Bonus kepada pekerja, Honorarium kepada pegawai dan Yayasan Pelajaran Peladang. Perkara ini berpotensi menjejaskan kepercayaan anggota terhadap pengurusan NAFAS itu sendiri seperti yang berikut:Bil Pembahagian Baki Awal 2022 (RM)Lulus/ Tambah (RM)Bayar(RM)Baki Semasa(RM) %a. Dividen Atas Saham 8,067,411 - 7,866,939 200,472 25%b. Bonus Kepada Pekerja 54,602 - 835 53,767 98%c. Honorarium Kepada Pegawai 44,347 - 5,287 39,060 88%d. Yayasan Pelajaran Peladang 20,000 - - 20,000 100%Syor JuruauditMembuat jadual bayaran dokumen yang lebih sistematik bagi memastikan pembayaran keuntungan diselesaikan mengikut jadual yang diluluskan.


12LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Ketidaktetapan NAFAS dalam Pemantauan Pinjaman LuarNAFAS mempunyai had kuasa pinjaman luar yang tinggi berjumlah RM1,746,100,000 yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 49/2022 pada 30 November 2022 tetapi hanya membuat pinjaman yang berupa trade facilities berjumlah RM772,678,027 iaitu 44.30% dalam tahun kewangan terakhir beraudit 2023 seperti yang berikut:NAFAS ada membuat pinjaman yang berupa ‘trade facilities’ daripada lima (5) buah bank dan dua (2) daripadanya tidak mendapat kelulusan daripada Pendaftar seperti yang berikut:Bil Bank Nilai Dipinjam(RM)Kelulusan PendaftarRujukan (RM)1. Bank Islam 429,610,047 LPP(B)NFO.Jld.25(36) bertarikh 23 September 2021 *50,000,0002. Affin Bank 139,542,207 TIADA3. CIMB 30,337,947 LPP(B)NFO.Jld.35 (24) bertarikh 22 Disember 2023 108,000,0004. Agro Bank 25,293,560 TIADA5. Standard Chartered 147,894,266 LPP(B)NFO.Jld.33 (85) Bertarikh 19 April 2023 165,000,000Jumlah 772,678,027Perkara ini tidak mematuhi Peraturan 58(2), Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983. “Tertakluk kepada apa-apa had yang boleh dikenakan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa atas kuasa-kuasa meminjamnya yang maksimum dan kadar faedah maksimum yang kena dibayar atas pinjaman-pinjamannya, sesuatu Pertubuhan Peladang boleh meminjam wang daripada anggota-anggota dan bukan anggota untuk digunakan dalam urusannya”.Manakala merujuk kepada maklumat di atas, pinjaman daripada Bank Islam berjumlah RM429,610,047 telah melebihi daripada kelulusan had kuasa pinjaman tambahan daripada Pendaftar bernilai RM50,000,000, pada masa yang sama surat kelulusan had kuasa pinjaman yang asal tidak diperlihatkan oleh NAFAS.1 757,300,000Jaminan Bank & Overdraft2 54,000,000 Modal Pusingan3 101,500,000Pelaburan4 832,300,000 Pinjaman Jangka Panjang5 1,000,000 Pinjaman Jangka Pendek772,678,027 Trade facilities di lima (5) buah bankJumlah: 1,746,100,000Nilai Had Kelulusan (RM) PerkaraPeratus Penggunaan: 44.30%


13LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditNAFAS seharusnya mengkaji semula keperluan pembiayaan bagi memastikan dana yang diluluskan digunakan secara strategik untuk pelaburan atau pembangunan agar ianya lebih sejajar dengan keperluan semasa NAFAS. Disamping itu, menetapkan prosedur wajib kelulusan Pendaftar sebelum sebarang pinjaman dimeterai dan sekiranya prosedur dipatuhi, pastikan semua surat kelulusan daripada Pendaftar disimpan dengan baik. Audit Dalaman boleh memainkan peranan dengan pemeriksaan secara berkala terhadap transaksi pinjaman dan kelulusan yang diterima. Seterusnya membuat pemantauan secara bulanan terhadap baki dan had pinjaman bagi memastikan pematuhan berterusan.Kegagalan NAFAS Mematuhi Perlembagaan Dalam Membuat PinjamanDokumen perjanjian pinjaman dengan CIMB Bank sebanyak RM185,050 tidak ditandatangani dengan sempurna iaitu hanya seorang AJP yang telah menandatangani dan ianya tidak mematuhi Perkara 59, Perlembagaan NAFAS. Manakala pengesahan baki pinjaman di bank berkenaan tidak diperolehi seperti yang berikut:Bil Pinjaman Rujukan Perjanjian Perjanjian1.Affin IslamicPembiayaan sebuah ladang kelapa sawit berkeluasan 3,000 hektar di Sg. Karap, Miri, Sarawak. berjumlah RM230,500,000.I/IBIZ/CO15/000129bertarikh 03 Mac 2017Ditandatangani oleh Pengerusi dan 2 orang AJP2.Agro BankPembiayaan Bangunan Pejabat 3 Tingkat/Gudang (Menara RCG) lot 1, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Selangor berjumlah RM58,000,000. 05711/2014/0000156bertarikh 12 Mei 20143.RHB BankPembiayaan Bangunan Perniagaan 2 Tingkat lot 3153, Jalan Kesang, Taman Wawasan, Muar, Johor berjumlah RM16,000,000.P1091A230864120bertarikh 02 November 20234.CIMB BankPembiayaan sebuah kenderaan Toyota Velfire 2.4Z Edition no. pendaftaran VAK9499 berjumlah RM185,050.1406507617bertarikh 15 Ogos 2017Ditandatangani oleh 1 orang AJPSyor JuruauditNAFAS seharusnya memastikan semua dokumen perjanjian pinjaman ditandatangani oleh pihak yang sah mengikut kehendak Perlembagaan NAFAS serta mendapatkan pengesahan baki pinjaman tahunan daripada semua institusi kewangan yang terlibat bagi memastikan ketepatan pelaporan kewangan.


14LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN LIKUIDITIKemerosotan Modal Kerja NAFASModal kerja NAFAS semakin merosot dalam tempoh 5 tahun iaitu daripada RM805.5 juta pada tahun 2019 kepada hanya RM28.3 juta pada tahun 2023. Ini menunjukkan aliran tunai NAFAS yang semakin tenat. Antara tahun 2021 dan 2022 terdapat peningkatan jumlah Liabiliti Semasa daripada RM651,876,631 kepada RM1,210,936,502 iaitu 85.76% seperti yang berikut:Bil Tajuk Akaun Tahun 2022(RM)Tahun 2021(RM)Tambah/(Kurang)(RM)%1. Pemiutang Perdagangan Anggota 3,432,994 2,985,732 447,262 14.982. Pemiutang Perdagangan Bukan Anggota 98,623,503 26,815,556 71,807,947 267.783. Pemiutang Subsidiari 787,155,034 331,342,428 455,812,606 137.574. Pemiutang Pelbagai 41,792,267 25,589,513 16,202,754 63.325. Deposit Simpanan 8,689,480 10,970,270 (2,280,790) (20.79)6. Pinjaman Bahagian Semasa 259,467,127 233,578,408 25,888,719 11.087. Sewa Beli 25,268 46,765 (21,497)(42.82) 8. Peruntukan Percukaian 3,564,469 - 3,564,4699. Yayasan Pelajaran Peladang 20,000 40,000 (20,000)10. Peruntukan-peruntukan 8,166,360 20,507,959 (12,341,599)Jumlah 1,210,936,502 651,876,631 559,059,871 85.76Syor JuruauditNAFAS perlu memperkukuhkan pengurusan aliran tunai dan merancang strategi pembiayaan jangka pendek untuk meningkatkan modal kerja. Disamping itu perlu membuat kajian semula atas dasar pemberian kredit kepada bukan anggota dengan tempoh kredit yang terkawal. NAFAS juga seharusnya membuat pemantauan berkala terhadap transaksi subsidiari dengan menyediakan laporan bulanan untuk memastikan rekod hutang sentiasa kemaskini dan menetapkan had kredit serta tempoh kutipan khusus kepada setiap subsidiari.


15LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Penurunan Purata Nisbah Semasa NAFASNisbah semasa merosot dari 2.41 pada tahun 2019 kepada 1.02 pada tahun 2023. Ini menunjukkan kelemahan dalam keupayaan membayar liabiliti semasa semakin ketara seperti yang berikut:Syor JuruauditNAFAS perlu meningkatkan pelan pengurusan hutang dan mengoptimumkan aset semasa untuk memperbaiki nisbah semasa ke tahap lebih sihat iaitu lebih daripada 2.0.Peningkatan Nisbah Hutang NAFASNisbah hutang meningkat daripada 40% pada tahun 2019 kepada 75% pada tahun 2023 dan menandakan peningkatan kebergantungan kepada pembiayaan luar seperti yang berikut:Daripada maklumat di atas berlaku peningkatan ketara atas jumlah Liabiliti daripada RM721,901,363 pada tahun 2019 kepada RM1,243,741,208 pada tahun 2023 mengikut perincian berikut:2019 2020 2021 2022 20231,377,309,548 571,787,1422.411,251,431,682 472,029,6792.651,402,469,117 651,876,6312.151,509,344,914 1,210,936,5021.251,198,031,110 1,169,705,8741.02TahunAset Semasa (RM)(A)Liabiliti Semasa (RM)(B)Nisbah (RM) (A/B):12019 2020 2021 2022 2023721,901,363 1,790,123,29640%608,814,413 1,681,774,01336%767,528,758 1,834,555,56142%1,299,659,719 1,960,867,92266%1,243,741,208 1,657,278,53375%TahunJumlah Liabiliti (RM)(A)Jumlah Aset (RM)(B)Peratusan (%)(A/B*100)


16LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Peningkatan tinggi berlaku pada tahun 2022 sebanyak RM532,130,961 iaitu 69.33% seperti yang dinyatakan pada perkara di atas.Syor JuruauditPengstrukturan semula komitmen kewangan perlu dilakukan dengan segera untuk menstabilkan kadar hutang.Pulangan Atas Saham dan Ekuiti NAFAS NegatifKeuntungan bersih menunjukkan angka negatif sejak tahun 2021 dengan kemerosotan besar dalam tahun 2022 dan 2023 iaitu (RM434.9 juta) dan (RM253.7 juta) masing-masing seperti yang berikut:Pulangan Atas Saham2019 2020 2021 2022 2023571,787,142 150,114,221 721,901,363 472,029,679 136,784,734 608,814,413 (113,086,950) 651,876,631 115,652,127 767,528,758 158,714,345 1,210,936,50288,723,2171,299,659,719532,130,961 1,169,705,874 74,035,3341,243,741,208(55,918,511)- (15.66%) 26.07% 69.33% (4.30%)TahunLiabilitiSemasa (RM)J/Panjang (RM)(RM)%Jumlah (RM)Peningkatan / (Penurunan)2019 2020 2021 2022 202365,557,822 29,990,0390.4665,557,822 29,471,1080.4569,695,818 (25,440,795)(0.37)69,715,818(434,952,987)(6.24)70,009,805 (253,732,128)(3.62)TahunModal Saham (RM) (A)Keuntungan Bersih (RM) (B)Pulangan Sesaham (RM) (B/A)


17LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Pulangan Atas EkuitiSyor JuruauditLaksanakan strategi pemulihan kewangan dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi.Z-Score NAFAS Sangat LemahKedudukan kewangan NAFAS berada dalam kategori lemah iaitu 0.34 pada tahun 2023 dan memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan berisiko muflis seperti yang berikut:Bil Formula Nisbah Purata Industri Z Score1.Modal Kerja 0.02 1.20 0.02Jumlah Aset2.Keuntungan Terkumpul+ Rizab Berkanun 0.03 1.40 0.04Jumlah Aset3. Keuntungan Bersih (0.15) 3.30 (0.51)Jumlah Aset4.Nilai Bersih0.29 0.60 0.17Jumlah Liabiliti5. Isipadu Perniagaan 0.61 1.00 0.61Jumlah Aset0.34Berdasarkan maklumat di atas Z-Score berada di tahap yang sangat lemah. Keuntungan bersih atas jumlah aset pada tahun 2023 telah mendapat score (0.51) kerana telah mengalami kerugian bersih berjumlah RM253,732,128 disamping memiliki jumlah aset berjumlah RM1,657,278,533 dan ianya merupakan faktor utama yang menjejaskan nilai Z-Score secara keseluruhan.2019 2020 2021 2022 202329,990,039 1,014,997,452 2.95%0.0329,471,108 1,020,072,725 2.89%0.03(25,440,795) 1,014,347,881 (2.51%) (71.46%) (70.32%)(0.03)(434,952,987) 608,654,270(0.71)(253,732,128) 360,815,662(0.70)TahunUntung Bersih (RM) (A)Kump. Wang Ahli + RizabBerkanun (RM) (B)Nisbah (RM) (A/B)Peratus (%)


18LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditNAFAS perlu membuat kajian pelan pemulihan jangka panjang untuk meningkatkan kestabilan kewangan dan daya tahan organisasi. Manakala pelan jangka sederhana dengan membuat sasaran mengurangkan defisit tahunan dan menstabilkan aliran tunai. Ianya lebih kepada peningkatan margin keuntungan dan pengurangan kos operasi.Kajian semula perlu dibuat untuk semua liabiliti jangka panjang dan perlu dihadkan pengambilan liabiliti baru yang tidak memberikan pulangan strategik. Tempoh Kutipan Hutang yang Terlalu PanjangTempoh kutipan hutang melebihi setahun iaitu 385 hari pada tahun 2023 dan ianya menjejaskan aliran tunai NAFAS. Disamping peruntukan hutang sangsi sebanyak RM176,915,196 iaitu 15% daripada jumlah penghutang berjumlah RM1,148,792,259 seperti yang berikut:TahunIsipadu Perniagaan(RM)(A)Purata AAT = Baki Awal + Baki Akhir/2(RM)(B)Kali(RM)(A/B)2019 893,834,226 1,122,692,602 0.802020 889,645,822 857,184,150 1.042021 967,305,355 719,716,840 1.342022 1,220,148,561 911,728,530 1.342023 1,010,171,530 1,064,277,345 0.95Tahun 365 Hari(A)Pusing Ganti AAT(B)Hari(A/B)2019 365 0.80 4582020 365 1.04 3522021 365 1.34 2722022 365 1.34 2732023 365 0.95 385Akaun Jumlah Penghutang P/Hutang Sangsi % (RM) (RM)Penghutang Perdagangan - Anggota 4,749,896 1,715,946Penghutang Perdagangan - B/Anggota 491,020,168 51,593,853Penghutang Pelbagai 653,022,195 123,605,397Jumlah 1,148,792,259 176,915,196 15%


19LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditMempercepatkan proses kutipan hutang dengan sistem pemantauan lebih ketat dan tindakan perundangan terhadap hutang tertunggak. Ini kerana hutang sangsi yang telah diperuntukan sebanyak RM176,915,196 telah menyumbang kepada kerugian bersih dan seterusnya kerugian terkumpul.Kelemahan NAFAS Dalam Memantau Penghutang Perdagangan Anggota Dan Bukan AnggotaKedua-dua penghutang tidak dipantau dengan baik kerana 66% daripada hutang anggota dan 48% daripada hutang bukan anggota telah tertunggak melebihi tempoh dua (2) tahun seperti yang berikut :Penghutang Perdagangan AnggotaBil Pengumuran Baki (RM) Melebihi 2 Tahun(%)1. Kurang 12 bulan 1,257,8242. 13 hingga 24 bulan 358,6253. *25 hingga 36 bulan 2,447,6884. *37 bulan atas 685,759Jumlah 4,749,896 66%Penghutang Perdagangan Bukan AnggotaBil Pengumuran Baki (RM) Melebihi 2 Tahun(%)1. Kurang 6 bulan -2. 7 hingga 12 bulan 253,250,0623. 13 hingga 24 bulan 3,864,9564. *25 bulan atas 233,905,150Jumlah 491,020,168 48%Syor JuruauditNAFAS perlu menyediakan mekanisme lebih ketat bagi pengurusan kredit seperti tuntutan melalui tindakan timbangtara, undang-undang atau penggunaan ejen kutipan hutang.Tindakan Kurang Efisien NAFAS Atas Penghutang TertunggakNAFAS tidak mengambil tindakan timbang tara atau melantik ejen kutipan hutang bagi lima (5) penghutang tertinggi yang telah melebihi lima (5) tahun secara menyeluruh. Ini kerana hanya satu (1) penghutang perdagangan bukan anggota iaitu Worldcome G-Mart Sdn. Bhd telah diambil tindakan undang-undang.


20LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Penghutang AnggotaPenghutang Bukan AnggotaSyor JuruauditNAFAS perlu segera mengambil tindakan perundangan atau penguatkuasaan terhadap penghutang ini untuk mengelakkan risiko kerugian.Penetapan Had Wang Tunai HarianNAFAS membuat penetapan had wang tunai di semua lokasi tanpa kelulusan Mesyuarat AJP seperti yang berikut:Syor JuruauditHad wang tunai yang ditetapkan perlu mendapat pengesahan dan kelulusan dalam Mesyuarat AJP pada setiap akhir tahun untuk kelulusan had pada tahun berikutnya.KUTIPAN (RM) TINDAKAN TIMBANG TARA/AGEN KUTIPAN HUTANG BAKI (RM) PENGHUTANGPERDAGANGAN ANGGOTA1. PPK BUKIT GANTANG2. PPK KLANG3. PPK GRIK4. PPK BINTONG5. PPN PERAK138,116.00107,763.8787,451.6564,000.0951,741.79TIADA300.00TIADATIADATIADATIADATIADATIADATIADATIADABAKI (RM) KUTIPAN (RM) TINDAKAN MAHKAMAH/AGEN KUTIPAN HUTANG NAMA TAHUN1. CHYE SENG HUAT (PDN005)2. LPP (WLS017)3. WORLDCOME G-MART SDN. BHD (JDH026)4. PERMODALAN PELADANG BERHAD (BDA002)5. PERMODALAN PELADANG BERHAD (BDH010)19842017---987,750.00775,455.00730,261.32431,059.56384,778.55TIADATIADA730,261.32TIADATIADATIADATIADA-TIADATIADAMesyuarat AJP& TarikhTIADA Nilai: RM 1,000Nilai: RM 1,000Nilai: RM 1,000Nilai: RM 1,000Nilai: RM 5,000Tempat:Pejabat Utama - KewanganTempat:Pejabat Utama - PentadbiranTempat:Cawangan NAFAS MallTempat:Cawangan Jentera - KuantanTempat:Cawangan Jentera - Kluang


21LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Kegagalan NAFAS Memantau Pendahuluan TunaiNAFAS gagal membuat pemantauan atas enam (6) pendahuluan tunai sehingga tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Disamping itu pendahuluan tunai kepada En. Mohammad Ghadafi pada 08 April 2025 sebanyak RM1,939.35 telah dikeluarkan tanpa mengambilkira pendahuluan tunai sebelum itu masih belum diselesaikan lagi seperti yang berikut:Bil Tarikh NamaNilai(RM)DiselesaikanTarikh Tempoh (Hari)1. 05.03.2025 Abdul Zali Hasmidi 3,000.00 28.03.2025 *142. 06.03.2025 Muhd Al Aprinuddin 3,000.00 10.04.2025 *193. 07.03.2025 Mohamad Shafrien 3,000.00 25.03.2025 *114. 14.03.2025 Khalib bin Abdullah 3,000.00 17.04.2025 *185. 20.03.2025 Norazlina Nordin 630.00 22.04.2025 *176. 21.03.2025 Mohammad Gadafi 2,000.00 31.05.2025 *447. 08.04.2025 Mohammad Gadafi 1,989.35 14.04.2025 48. 18.04.2025 Mohd Azree Rahim 480.00 22.04.2025 4Jumlah 17,099.35Syor JuruauditMemastikan sistem pemantauan lebih ketat terhadap pendahuluan tunai dan kepatuhan terhadap tempoh penyelesaian.


22LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN PELABURAN DAN EKUITI NAFASKegagalan Merancang Had Kuasa MelaburPencapaian penggunaan pelaburan NAFAS yang hanya mencapai 4.6% jauh daripada sasaran belanjawan tahun 2023 menunjukkan kelemahan dalam strategi pelaburan dan pengurusan aset tetap. Perkara ini tidak mematuhi Pekeliling Pendaftar Bil. 5 Tahun 1983 Belanjawan Dan Rancangan Perkhidmatan Tahunan. Penggunaan Had Kuasa Melabur 2023Syor JuruauditPenetapan Sasaran Pelaburan yang lebih realistik dengan mengkaji semula had kuasa pelaburan dan menetapkan sasaran yang lebih sesuai dengan keadaan pasaran serta memastikan strategi pelaburan selaras dengan objektif kewangan jangka panjang.Ketidaksempurnaan Dalam Dokumentasi Dan Pengesahan Pelaburan NAFASPelaburan saham dan ekuiti disertakan dengan dokumen pengesahan namun tidak semuanya dapat disahkan melalui dokumen rasmi manakala terdapat rekod baki pelaburan yang berbeza merujuk kepada dokumen pengesahan.Pelaburan Tak TersiarhargaBil Pelaburan Ekuiti Jumlah (RM)Sijil/ Surat Pengesahan1. Kedai Rakyat 20,000 TIADA2. Permodalan Peladang Berhad 1,836,930 TIADAJumlah Pelaburan Tak Tersiarharga 1,856,930Pelaburan Tanpa Dokumen Pengesahan Rasmi Bil Pelaburan Ekuiti Bil. Sijil/ Surat PengesahanPengesahan(RM)Rekod NAFAS(RM)Pelaburan Syarikat Bersekutu1. Howard Alatpertanian Sdn. Bhd.Pengesahan SSM 490,000 343,000Jumlah Pelaburan Syarikat Bersekutu 490,000 343,000Perbezaan Pelaburan Berbanding Dokumen Pengesahan Rasmi Ketidaksepadanan dengan sijil pengesahan menimbulkan kemungkinan ketidaktepatan dalam rekod pelaburan NAFAS.38,514,6694.6%841,250,000Had Pelaburan (RM) Pelaburan (RM) Peratus Penggunaan (%)


23LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditNAFAS perlu memastikan semua pelaburan disertakan dengan sijil pengesahan lengkap serta melaksanakan semakan berkala terhadap nilainya bagi meningkatkan ketelusan serta ketepatan rekod kewangan dan keselarasan dengan dokumen rasmi.Kegagalan Pelaburan NAFAS Memberi Pulangan Dividen Sepanjang Tempoh PelaporanTerdapat pelaburan tidak memberikan pulangan dividen dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir berjumlah RM170,440,250.Strategi pelaburan, khususnya dalam pelaburan syarikat subsidiari, didapati gagal menghasilkan pulangan dividen kepada NAFAS. Selain itu, beberapa pelaburan turut dikenal pasti sebagai tidak aktif, kerana tidak menunjukkan sebarang aktiviti kewangan atau pulangan sepanjang tempoh pelaporan.Bil Pelaburan EkuitiNilai(RM)Pulangan/ Dividen (RM)2021 2022 2023Pelaburan Tersiarharga1. Affin Holding Berhad 2,987,500 - - -2. Radium Development Berhad 5,000,000 - - -3. Plytec Holding Berhad 1,995,000 - - -Jumlah Pelaburan Tersiarharga 9,982,500 - - -Pelaburan Syarikat Bersekutu1. Bajakimia Industri Sdn. Bhd. 570,000 - - -2. Howard Alatpertanian Sdn. Bhd. 343,000 - - -Jumlah Pelaburan Syarikat Bersekutu 913,000 - - -Pelaburan Syarikat Subsidari1. Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. 56,000,000 - - -2. Medan Juara Sdn. Bhd. 6,900,000 - - -3. NAFAS Agri Services Sdn. Bhd. 4,114,987 - - -4. NAFAS Plastic Industries Sdn. Bhd. 1,000,000 - - -5. NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. 25,470,772 - - -6. NAFAS Estates Sdn. Bhd. 28,000,000 - - -7. NAFAS Sialin (M) Sdn. Bhd. 127,501 - - -8. NAFAS Modal Insan Sdn. Bhd. 5,000,000 - - -9. NAFAS Jentera Sdn. Bhd. 5,000,000 - - -10. NAFAS Media Sdn. Bhd. 500,000 - - -11. NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. 17,500,000 - - -12. NAFAS Taj Agro (M) Sdn. Bhd. 350,000 - - -13. Agro Edaran Sdn. Bhd. 7,000,000 - - -14. Saby Sdn. Bhd. 200,000 - - -Jumlah Pelaburan Syarikat Subsidari 157,285,761 - - -


24LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Pelaburan Tak Tersiarharga1. Kedai Rakyat 20,000 - - -2. Permodalan Peladang Berhad 1,836,930 - - -3. Konsortium Pasar Borong Sdn. Bhd. 137,500 - - -4. Budaya Generasi 222,220 - - -5. Beluru Palm Oil Mill Sdn. Bhd. 42,339 - - -Jumlah Pelaburan Tak Tersiarharga 2,258,989 - - -Jumlah Keseluruhan Pelaburan 170,440,250 - - -Pelaburan Yang Tidak Memberi Pulangan Dividen Dalam Tempoh Tiga (3) Tahun Syor JuruauditStrategi pelaburan ekuiti perlu dikaji semula bagi meningkatkan pulangan dividen dan mengurangkan risiko rosot nilai. Di samping itu, mekanisme pemantauan dan pelaporan pelaburan disarankan untuk ditambahbaik agar pelaburan lebih berdaya saing dan menguntungkan. Selain itu, pemilihan institusi pelaburan wajar disandarkan kepada prinsip Arm’s Length Transaction bagi mengelakkan pengaruh kepentingan peribadi atau perniagaan mana-mana pihak. Impak Material Rosot Nilai Pelaburan NAFASRosot nilai pelaburan NAFAS berakhir tahun 2023 direkodkan 25% bernilai RM71,720,077 daripada jumlah keseluruhan pelaburan. Rekod Rosot Nilai Pelaburan NAFAS pada tempoh pengauditan Tahun Kewangan 2023 adalah seperti yang berikut:-Bil Pelaburan EkuitiPelaburan(RM)Rosot Nilai(RM)Rosot Nilai(%)Pelaburan Tersiar Harga1. MAHB 1,841,058 - 24%2. DRB-Hicom Berhad 1,018,500 458,500 3. Affin Holding Berhad 2,987,500 450,000 4. YTL Power International Berhad 2,524,281 1,355,131 5. Petronas Chemical Group Berhad 139,600 - 6. Malakoff Corporation Berhad 1,570,000 920,000 7. Radium Development Berhad 5,000,000 1,050,000 8. Plytec Holding Berhad 1,995,000 256,500 9. CPE Technology Berhad 1,999,937 140,183 Jumlah Pelaburan 19,075,876 4,630,314


25LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Pelaburan Syarikat Bersekutu1. Agricultural Chemical (M) Sdn. Bhd. 7,383,957 -6%2. F.Y Food Processing Sdn. Bhd. 800,000 -3. NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd. 570,000 570,0004. Howard Alatpertanian Sdn. Bhd. 343,000 -Jumlah Pelaburan 9,096,957 570,000Pelaburan Syarikat Subsidari1. Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. 56,000,000 - 40%2. Medan Juara Sdn. Bhd. 6,900,000 3,450,000 3. NAFAS Agri Services Sdn. Bhd. 4,114,987 - 4. NAFAS Plastic Industries Sdn. Bhd. 1,000,000 - 5. NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. 25,470,772 - 6. NAFAS Estates Sdn. Bhd. 28,000,000 25,470,773 7. NAFAS Sialin (M) Sdn. Bhd. 127,501 127,501 8. NAFAS Modal Insan Sdn. Bhd. 5,000,000 5,000,000 9. NAFAS Jentera Sdn. Bhd. 5,000,000 5,000,000 10. NAFAS Media Sdn. Bhd. 500,000 500,000 11. NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. 17,500,000 17,500,000 12. NAFAS Taj Agro (M) Sdn. Bhd. 350,000 350,000 13. NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd. 2,077,246 - 14. Agro Edaran Sdn. Bhd. 7,000,000 7,000,000 15. Saby Sdn. Bhd. 200,000 - Jumlah Pelaburan 159,240,506 64,398,274Pelaburan Tak Tersiarharga1. Kedai Rakyat 20,000 20,000 2%2. Permodalan Peladang Berhad 1,836,930 1,836,930 3. Konsortium Pasar Borong Sdn. Bhd. 137,500 - 4. Budaya Generasi 222,220 222,220 5. Beluru Palm Oil Mill Sdn. Bhd. 42,339 42,339 6. Dana Peladang Kebangsaan 30,000,000 - 7. Amanah Hartanah Bumiputera 65,000,000 - Jumlah Pelaburan 97,258,989 2,121,489Jumlah Keseluruhan Pelaburan 284,672,328 71,720,077 25%Rosot Nilai Pelaburan Tahun 2023Jumlah Rosot Nilai Pelaburan NAFAS adalah material dan memberi impak negatif kepada kestabilan pelaburan dan kewangan NAFAS.


26LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditAdalah disyorkan agar strategi pelaburan ekuiti dikaji semula bagi meningkatkan pulangan dividen dan mengurangkan risiko rosot nilai. Di samping itu, strategi pemulihan perlu dirangka bagi pelaburan yang tidak memberikan pulangan, termasuk penilaian semula terhadap keseluruhan portfolio. Mekanisme mitigasi risiko seperti diversifikasi pelaburan dan pemantauan yang lebih ketat terhadap prestasi ekuiti turut disarankan bagi memperkukuh daya tahan kewangan.Pelaksanaan Pelaburan Simpanan Tetap Tidak Mematuhi Arahan Pendaftar Berkuatkuasa.Pelaburan dalam Simpanan Tetap berjumlah RM38,032,771 telah dilaksanakan tanpa kelulusan Ahli Jemaah Pengarah (AJP), sekali gus tidak mematuhi Arahan Pendaftar Bil. 4 Tahun 2010 berhubung institusi yang dibenarkan untuk mendepositkan wang oleh Pertubuhan Peladang (PP).Pelaburan Simpanan Tetap NAFAS adalah seperti yang berikut:- Bil Bank & No Sijil Nilai(RM)Kelulusan Mesy. AJP & TarikhTempoh MatangMalayan Banking Berhad 1. 26430634205 (A418667) 20,180,000 TIADA01.12.2023 hingga 01.03.20242. 26430634205 (B598756) 12,000,000 01.12.2023 hingga 01.03.20243. 26430634205 (B598847) 1,000,000 02.10.2023 hingga 02.01.2024Jumlah Pelaburan 33,180,000MBSB Berhad1. 26430634205 (A418667) 1,824,349 TIADA02.10.2023 hingga 02.01.20242. 26430634205 (B598756) 3,028,422 27.12.2023 hingga 27.03.2024Jumlah Pelaburan 4,852,771Jumlah Keseluruhan Pelaburan 38,032,771Pelaburan Simpanan Tetap Tahun 2023Pemilihan institusi pelaburan simpanan tetap tidak melalui proses kajian dan kelulusan oleh mana-mana jawatankuasa, sekali gus tidak bersandarkan kepada prinsip Arm’s Length Transaction, yang bertujuan mengelakkan pengaruh kepentingan peribadi atau perniagaan mana-mana pihak.


27LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditNAFAS dicadangkan agar menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengawal selia pelaksanaan pelaburan Simpanan Tetap. Jawatankuasa ini hendaklah bertanggungjawab mengenal pasti risiko yang berkaitan serta memastikan pematuhan terhadap peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa. Semua pelaburan Simpanan Tetap perlu dikaji terlebih dahulu oleh jawatankuasa tersebut sebelum dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP). Di samping itu, pelaksanaan semakan secara berkala disarankan bagi menjamin ketepatan dokumentasi dan pematuhan berterusan terhadap garis panduan yang ditetapkan.


28LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN ASET NAFASKegagalan Memperolehi Kelulusan Mesyuarat AJP Atas Pembelian Aset Alih Dan Pematuhan Kepada Had Serta Rekod Daftar Aset.Beberapa ketidakpatuhan NAFAS telah dikenal pasti berkaitan pengurusan aset tetap dan aset alih bagi tahun kewangan beraudit 2023. Pembelian aset tetap bernilai kurang RM200,000 telah dilaksanakan tanpa kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP), manakala pembelian aset alih tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh mesyuarat tersebut. Selain itu, Buku Daftar Aset Tetap tidak disediakan, disahkan, atau ditandatangani oleh Pengurus yang diberi wakil kuasa dan boleh menjejaskan ketelusan dan menyukarkan pemantauan rekod aset. Semua perkara ini didapati tidak mematuhi Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang Bil. 1 Tahun 2018, Manual Prosedur Kualiti PK-PA-02: Sistem Merekod Daftar Harta Tetap.Bil Aset Jumlah (RM)Kelulusan Mesyuarat AJPTarikh PembelianPejabat Utama NAFAS1.Perkhidmatan menaiktaraf dan menukar ganti sistem Cooling Tower dari 400 ton kepada 450 ton di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 198,000 TIADA N231971 09.03.20232.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit perkakasan komputer ke NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 4,750 TIADA N231978 05.04.20233.Pembelian dan Pemasangan satu (1) unit server rack dengan kelengkapan pendawaian internet di Bangunan NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 32,935 TIADA N231847 10.04.20234.Pembelian dan penghantaran alat pembesar suara (PA System) mudah alih di bangunan NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,210 TIADA N232737 07.06.20235.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan Kumpulan Perniagaan Input dan Baja NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 2,329 TIADA N232736 07.06.20236.Perkhidmatan membekal, menghantar, memasang dan menguji sistem Door Accessdan kelengkapan di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 14,686 TIADA N233392 14.06.20237.Perkhidmatan membekal, menghantar, memasang dan menguji sistem Door Access dan sistem kamera litar tertutup (CCTV)dan kelengkapan di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 143,000 TIADA N233392 14.06.20238.Pembelian dan pembekalan peranti isyarat video (VGA) dengan sokongan lebar jalur (pixel) sehingga 350MHz beserta kelengkapan di Bilik Mesyuarat Utama NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,521 TIADA N236148 06.09.2023Jumlah 398,431Pembelian Aset Alih dibawah Nilai RM200,000 Tanpa Kelulusan Mesyuarat AJP


29LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil Aset Jumlah (RM)Kelulusan Mesyuarat AJP Tarikh PembelianPejabat Utama NAFAS9.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan Kumpulan Baja Kimia di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,380 TIADA N235198 20.09.202310.Pembelian dan pembekalan peranti Uninterruptible Power Supply (UPS) dengan sokongan 30kVA beserta kelengkapan di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 41,140 TIADA N240325 18.12.202311.Pembelian dan pembekalan satu (1) unit kamera jenama Sony model HVL F60RM2 Flash kepada Bahagian Komunikasi Korporat NAFAS di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 3,880 TIADA N242422 31.12.2023Jumlah 46,400Ladang Kelapa Sawit Sungai Serai, Pekan, Pahang12.Pembelian perabot dan kelengkapan asrama pekerja di Ladang Kelapa Sawit Sungai Serai, Pekan Pahang. 34,738 TIADA N231213 16.02.2023Jumlah 34,738KPIBK Cawangan Sarawak13.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan KPIBK Cawangan Sarawak. 2,329 TIADA N233908 10.08.2023Jumlah 2,329Jumlah Pembelian Aset 481,898Pembelian Aset Alih Dibawah Nilai RM200,000 Tanpa Kelulusan Mesyuarat AJPBil Aset Nilai (RM)Had Nilai Aset (RM)Perbezaan (RM)1.Pembelian penghantaran alat pembesar suara (PA System) mudah alih di bangunan NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,210 2,000 (790)2.Pembelian dan pembekalan peranti isyarat video (VGA) dengan sokongan lebar jalur (pixel) sehingga 350MHz beserta kelengkapan di Bilik Mesyuarat Utama NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,521 2,000 (479)3.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan Kumpulan Baja Kimia di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,380 2,000 (620)Pembelian Aset Alih Dibawah Had Nilai Aset Alih Bernilai RM2,000


30LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil Aset Jumlah (RM)Tarikh PembelianTarikh RekodTarikh Tandatangan1.Perkhidmatan menaiktaraf dan menukar ganti sistem Cooling Tower dari 400 ton kepada 450 ton di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 198,000 N231971 09.03.2023 TIADA TIADA2.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit perkakasan komputer ke NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 4,750 N231978 05.04.2023 TIADA TIADA3.Pembelian dan Pemasangan satu (1) unit server rack dengan kelengkapan pendawaian internet di Bangunan NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 32,935 N231847 10.04.2023 TIADA TIADA4.Pembelian dan penghantaran alat pembesar suara (PA System) mudah alih di bangunan NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,210 N232737 07.06.2023 TIADA TIADA5.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan Kumpulan Perniagaan Input dan Baja NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara.2,329 N232736 07.06.2023 TIADA TIADA6.Perkhidmatan membekal, menghantar, memasang dan menguji sistem Door Access dan kelengkapan di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 14,686 N233392 14.06.2023 TIADA TIADA7.Perkhidmatan membekal, menghantar, memasang dan menguji sistem Door Access dan sistem kamera litar tertutup(CCTV) dan kelengkapan di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 143,000 N233392 14.06.2023 TIADA TIADA8.Pembelian dan pembekalan peranti isyarat video (VGA) dengan sokongan lebar jalur (pixel) sehingga 350MHz beserta kelengkapan di Bilik Mesyuarat Utama NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,521 N236148 06.09.2023 TIADA TIADA9.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan Kumpulan Baja Kimia di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 1,380 N235198 20.09.2023 TIADA TIADA10.Pembelian dan pembekalan peranti Uninterruptible Power Supply (UPS) dengan sokongan 30kVA beserta kelengkapan di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 41,140 N240325 18.12.2023 TIADA TIADA11.Pembelian dan pembekalan satu (1) unit kamera jenama Sony model HVL F60RM2 Flash kepada Bahagian Komunikasi Korporat NAFAS di NAFAS Ibu Pejabat Kota Damansara. 3,880 N242422 31.12.2023 TIADA TIADA12.Pembelian perabot dan kelengkapan asrama pekerja di Ladang Kelapa Sawit Sungai Serai, Pekan Pahang. 34,738 N231213 16.02.2023 TIADA TIADA13.Pembelian dan penghantaran satu (1) unit pencetak untuk kegunaan KPIBK Cawangan Sarawak. 2,329 N233908 10.08.2023 TIADA TIADAJumlah Pembelian Aset 481,898Tiada Rekod dan Pengesahan Dari Pegawai Diberi Kuasa Pada Buku Daftar Aset


31LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditAdalah disyorkan agar had pembelian aset tetap bagi Pengurus Besar ditetapkan dengan jelas, dan setiap transaksi pembelian disertakan dengan minit edaran sebagai rekod rasmi. Bagi mengelakkan konflik kepentingan, pengasingan kuasa antara Pengurusan dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) perlu dilaksanakan bagi menghindari sebarang pertindihan kuasa. Semua pembelian aset hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat AJP dan Pendaftar sebelum sebarang transaksi dilakukan, serta mematuhi had dan kriteria yang telah ditetapkan sebelum direkod sebagai aset. Buku Daftar Aset Tetap perlu dikemaskini secara berkala, dengan setiap kemas kini disahkan dan ditandatangani oleh Pengurus Besar bagi meningkatkan ketelusan. Di samping itu, sistem pelabelan dan pemantauan aset perlu diperkukuh bagi mengurangkan risiko kehilangan atau penyalahgunaan aset.Kegagalan dan Ketidakcukupan NAFAS Menyediakan Kawalan dan Perlindungan Insurans Aset Tetap dan InventoriBeberapa ketidakpatuhan telah dikenal pasti berkaitan perlindungan insurans kebakaran dan kecurian melibatkan aset tetap, inventori dan wang tunai. Sebahagian kategori inventori dan aset tetap didapati tidak mempunyai perlindungan insurans kebakaran dan kecurian yang mencukupi, sekali gus meningkatkan risiko kewangan sekiranya berlaku insiden kehilangan atau kerosakan. Keadaan ini tidak mematuhi Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang Bil. 4 Tahun 2006 berhubung Pemakaian Manual Perakaunan PP: 05-01-02. Selain itu, perlindungan insurans bagi wang tunai di pejabat dan cawangan tiada penetapan had pegangan yang diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP), yang boleh menyebabkan risiko kehilangan aset kewangan. Perkara ini didapati tidak mematuhi Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2007 berkenaan Kuasa Menandatangani Dokumen dan Pengendalian Tunai Pertubuhan Peladang.


32LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil Agensi dan Polisi Insurans Nilai Perlindungan (RM)Generali Insurance Malaysia BerhadInsurans kebakaran – No. Polisi FIR-F0362615-51Tempoh Polisi - 01.02.2025 – 31.01.2026i.Kluang, Johor – NAFAS Jentera Cawangani. Bangunan 107,500ii. Alat Pemajuan 5,000iii. Mesin dan Alatan Pejabat 5,000iv. Inventori TIADAii.Kuantan, Pahang – NAFAS Jentera Cawangani. Bangunan 652,000 ii. Alat Pemajuan 15,000 iii. Mesin dan Alatan Pejabat 5,000 iv. Inventori TIADAPerlindungan Insurans kebakaran di dua (2) cawangan tidak lengkap melibatkan inventoriBil Agensi dan Polisi Insurans Nilai Perlindungan (RM)Agensi Insurans - TIADAInsurans Kecurian - TIADA Tempoh Polisi - TIADAa.Lot 1 Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,Kota Damansarai. Perabot dan Kelengkapanii. Mesin dan Alatan Pejabat TIADAiii. InventoriPerlindungan Insurans kecurian di NAFAS Ibu Pejabat Damansara tidak lengkap melibatkan semua aset alih


33LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil Agensi dan Polisi Insurans Nilai Perlindungan (RM)Kelulusan Had Wang Tunai Harian(RM)Patuh / Tidak PatuhGenerali Insurance Malaysia BerhadPerlindungan wang tunai “Money in Premises” No. Policy - GMP-G0156786-51Tempoh Polisi – 01.02.2025 – 31.01.2026a. Ibu Pejabat NAFAS, Kota Damansara, Selangor 50,000 TIADA TIDAK PATUHb. NAFAS Jentera, Cawangan Kota Bharu, Kelantan 2,000 TIADA TIDAK PATUHc. NAFAS Jentera, Cawangan Alor Setar, Kedah 2,000 TIADA TIDAK PATUHd. NAFAS Jentera, Cawangan Kluang, Johor 2,000 TIADA TIDAK PATUHe. NAFAS Jentera, Cawangan Kuantan, Pahang 2,000 TIADA TIDAK PATUHf. Ladang NAFAS Sungai Serai/ Dara, Pahang 5,000 TIADA TIDAK PATUHg. Ladang Sungai Cemaran/ Kejora, Kota Tinggi, Johor 2,000 TIADA TIDAK PATUHh. Gudang NAFAS Bajakimia, Gurun, Kedah 3,000 TIADA TIDAK PATUHi. Gudang NAFAS Bajakimia, Prai, Pulau Pinang 2,000 TIADA TIDAK PATUHPerlindungan Insurans Wang Tunai Di Pejabat melibatkan NAFAS Ibu Pejabat dan Cawangan tiada kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Syor JuruauditPerlindungan insurans kebakaran dan kecurian hendaklah dinilai semula bagi memastikan semua kategori inventori dan aset tetap dilindungi secara mencukupi. Perlindungan insurans bagi Wang Tunai Harian dan Wang Tunai Dalam Perjalanan hendaklah diselaraskan dengan had pegangan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan (AJP). Audit berkala terhadap perlindungan insurans perlu dilaksanakan bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan dan mengurangkan risiko kewangan. Di samping itu, penaiktarafan fasiliti keselamatan di pejabat dan cawangan perlu dilaksanakan selaras dengan polisi insurans yang dipilih, termasuk penyediaan bilik kebal di Ibu Pejabat NAFAS, peti besi yang bersesuaian, pintu keselamatan magnetik dengan kad kawalan akses, serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV). Perlindungan insurans hendaklah ditetapkan berdasarkan nilai setara (fair value), hasil daripada proses verifikasi aset dan stok di setiap lokasi yang terlibat.


34LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Kegagalan Mematuhi Arahan Pendaftar Atas Pelaksanaan Pelupusan Aset Tetap Tindakan pelupusan tidak diselesaikan dalam tempoh 3 bulan, yang boleh menyebabkan kelewatan dalam pengurusan aset. Manual Prosedur Kualiti (MPQ) PP Bil 1 Tahun 2018 PK-PO-14 Permohonan Kelulusan Pendaftar Menjual Aset Tetap/Pelupusan Harta Pertubuhan Peladang.Bil Aset Yang DilupuskanJumlah (RM) Kelulusan Mesyuarat Tarikh Pelaksanaan Pelupusan Aset 1. Nissan X-Trail WFY3054 124,935Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset Bil 02/2022 bertarikh 28.04.202221.09.20222. Toyota Innova WSW9499 108,964 20.09.20223. Hicom Perkasa MTB 145 WTU9499 81,350 20.09.20224. Mercedes Benz E240 V6 WMG9499 273,986Mesyuarat AJP Bil.03/2017 bertarikh 31.05.201706.12.2017Jumlah Keseluruhan 589,235Pelupusan yang dilaksanakan mengambil masa yang lebih daripada tiga (3) bulan.Syor JuruauditProses pelupusan aset hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan seperti yang ditetapkan, dengan pemantauan yang dipertingkatkan terhadap prosedur pelupusan bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa.Kegagalan Mengemaskini Buku Log Kenderaan Dan Analisa Bahan Api Serta Penurunan Kuasa Kepada Kakitangan Memandu Kenderaan dan Pengangkutan.Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam pengurusan aset alih dan kenderaan pejabat, yang tidak mematuhi Arahan Pendaftar Bil. 3 Tahun 2022 berhubung Pengurusan Kenderaan Darat Pertubuhan Peladang. Semakan buku Log secara sampling telah dilaksanakan atas 14 Buku Log kenderaan dan pengangkutan didapati sebahagian besarnya tidak dikemaskini sepenuhnya terutama melibatkan rekod penggunaan bahan api dan odometer. Selain itu, tiada analisa penggunaan kenderaan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu satu (1) bulan sekali, dan tiada penurunan kuasa rasmi kepada kakitangan untuk menggunakan kenderaan pejabat.


35LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil No.PendaftaranButir-Butir Penggunaan KenderaaanTandatangan Pengesahan Rekod Minyak OdometerBacaan(KM) Tarikh Kemaskini1. VJB 9499 Ada TIADA 117,404 08.05.20252. VJB 5050 Ada TIADA 159,453 06.05.20253. VAK 9499 Ada TIADA 341,453 07.05.20254. BPF 9499 Ada TIADA 360,085 02.05.20255. VAJ 9499 Ada TIADA 342,962 07.05.20256. BQW 38 Ada TIADA Rosak 19.12.20247. VE 9499 Ada TIADA 339,158 07.05.20258. VJ 9499 Ada TIADA 286,236 08.05.20259. WB 9499 R Ada TIADA 479,806 27.03.202510. WB 9499 W Ada Ada 305,877 05.05.202511. WA 4699 T Ada TIADA Tiada 29.04.202512. WVF 9499 Ada TIADA Rosak 01.10.202113. VBH 1540 Ada TIADA 282,308 25.03.202514. VC 5241 Ada Ada 228,959 18.04.2025Sebahagian kenderaan dan pengangkutan tersebut tidak mengemaskini bacaan odometer di buku log selaras dengan penggunaan kenderaan.Bil Jenis Kenderaan No.PendaftaranAnalisa Penggunaan Status Kenderaan1. Toyota / Vellfire 2.4 VJB 9499 TIADA Aktif2. Toyota / Vellfire 2.4 VJB 5050 TIADA Aktif3. Toyota / Vellfire 2.4 VAK 9499 TIADA Aktif4. Toyota / Innova 2.0 G AT BPF 9499 TIADA Aktif5. Toyota / Innova 2.0 G AT VAJ 9499 TIADA Aktif6. Toyota / Alphard 3.5 AT Executive Lounge BQW 38 TIADA Aktif7. Honda / Accord 2.4 L I-VTEC (A) VE 9499 TIADA Aktif8. Honda / Accord 2.4 L I-VTEC (A) VJ 9499 TIADA Aktif9. Nissan / X-Trail 2.0 l CVT WB 9499 R TIADA Aktif10. Isuzu / D-Max WB 9499 W TIADA Aktif11. Hino / (Lori 12 Tan) [Kargo] WA 4699 T TIADA Aktif12. Isuzu / (Lori 5 Tan) [Kargo] WVF 9499 TIADA Tidak Aktif13. Toyota / Fortuner Srz 2.7 AT4x4 VBH 1540 TIADA Aktif14. Hino / (5 Tan) [Refrigerated] VC 5241 TIADA AktifSemua kenderaan dan pengangkutan tidak dianalisis penggunaan bahan api selaras dengan penggunaan kenderaan.


36LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditPenambahbaikan prosedur pemantauan berkala perlu diwujudkan bagi memastikan rekod penggunaan aset sentiasa dikemas kini, termasuk maklumat tarikh penggunaan, bacaan odometer, dan penggunaan bahan bakar. Penggunaan perisian pemantauan automatik seperti RFID atau GPS turut disarankan bagi memperkukuh ketepatan dan sistematik pengurusan rekod. Di samping itu, dokumen pelantikan rasmi perlu disediakan bagi setiap individu yang diberi kuasa untuk mengoperasikan aset, manakala latihan berkala hendaklah dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta keselamatan penggunaan aset sentiasa terpelihara.Tidak Pindah Hakmilik Pengangkutan Milik LPPPengangkutan yang diterima daripada LPP belum dipindah milik kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) (Pengangkutan VC5241).Bil Jentera No. Pendaftaran Status Pemilikan Status Pindah Milik1. Hino (5 Tan) [Refrigerated] VC 5241 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Pengangkutan Belum Pinda Hakmilik Dari Lembaga Pertubuhan Peladang kepada NAFASSyor JuruauditAdalah disyorkan agar rundingan bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) disegerakan bagi mempercepatkan proses pemindahan hak milik kenderaan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Memandangkan NAFAS memiliki beberapa kenderaan yang telah diserahkan kepada syarikat subsidiari, pengurusan aset tersebut hendaklah dilaksanakan secara teratur dengan memastikan pematuhan terhadap semua peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.


37LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PERSONELKegagalan Mematuhi Keperluan Pendaftaran Kaedah Wajib Pertubuhan PeladangNAFAS belum mendaftarkan beberapa kaedah wajib termasuk Panduan Pengambilan Pekerja dan Skim Perkhidmatan Personel Pertubuhan Peladang (rujukan AP Bil.04/2011) Kaedah Tatatertib Pekerja PP (rujukan AP 2/2004 dan 1/2007 - Pindaan) dan Kaedah Tabung Persaraan serta Ganjaran Perkhidmatan Anggota PP (rujukan AP Bil.04/2011). Manakala arahan terbaru, Arahan Pendaftar 1.1.1 – Skim Perkhidmatan Personel dan Peraturan Tatatertib Pertubuhan Peladang.Kaedah-kaedah wajib merupakan dokumen perundangan dan pentadbiran utama yang digubal bagi memastikan setiap Pertubuhan Peladang, termasuk NAFAS selaku pertubuhan induk, melaksanakan operasi harian secara tertib, berakauntabiliti dan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109].Kaedah-kaedah ini menjadi rangka panduan rasmi dalam semua aspek pengurusan - termasuk urusan pelantikan, pengambilan dan tatatertib personel, pengurusan kewangan, pelaksanaan skim ganjaran dan tabung persaraan, serta tadbir urus organisasi dan anak syarikat.Kelewatan Pelaksanaan Arahan-Arahan PendaftarKesan daripada kegagalan mendaftarkan Kaedah-Kaedah Wajib yang ditetapkan menyebabkan NAFAS lewat melaksanakan beberapa Arahan Pendaftar yang telah dikuatkuasakan sejak beberapa tahun yang lalu. Kelewatan ini menunjukkan kelemahan serius dalam mekanisme kawalan pematuhan dalaman serta kecuaian pengurusan tertinggi dalam memastikan setiap Arahan-arahanPendaftar diterjemahkan kepada tindakan pentadbiran yang berkesan.Tindakan yang tertangguh ini menyebabkan pelbagai dasar dan garis panduan Pendaftar tidak dapat dikuatkuasakan di peringkat organisasi, seterusnya mewujudkan jurang tadbir urus yang ketara antara NAFAS dan Pertubuhan-pertubuhan Peladang di bawah naungannya. Lebih membimbangkan, terdapat situasi di mana Pertubuhan-pertubuhan Peladang di peringkat akar umbi telah mematuhi sepenuhnya arahan dan garis panduan Pendaftar, sedangkan NAFAS selaku badan induk masih gagal berbuat demikian. Keadaan ini memperlihatkan kegagalan fungsi kepimpinan dan pengawasan (oversight failure) dalam memastikan keseragaman pelaksanaan dasar di semua peringkat hierarki Pertubuhan Peladang.Syor JuruauditNAFAS hendaklah segera mendaftarkan semua Kaedah Wajib yang belum diluluskan oleh Pendaftar, termasuk Panduan Pengambilan Pekerja, Skim Perkhidmatan Personel, Kaedah Tatatertib serta Kaedah Tabung Persaraan dan Ganjaran Perkhidmatan Anggota Pertubuhan Peladang, bagi memastikan setiap pelaksanaan mempunyai punca kuasa yang sah dan diiktiraf.Selain itu, semakan semula atas semua Kaedah sedia ada perlu dilaksanakan agar selaras dengan dasar dan Arahan Pendaftar terkini. NAFAS juga disarankan menubuhkan mekanisme kawalan dalaman atau jawatankuasa pemantauan bagi memantau status pelaksanaan Arahan Pendaftar secara berkala. Langkah ini penting bagi memastikan pematuhan menyeluruh, memperkukuh tadbir urus serta memulihkan kredibiliti NAFAS sebagai badan induk Pertubuhan Peladang.


38LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Ketidaksempurnaan Pengurusan Struktur OrganisasiStruktur organisasi yang berbeza berbanding kebiasaan serta wujud ketidakseimbangan perjawatan di antara bahagian-bahagian di NAFAS. Sebahagian besar kakitangan berada di bawah sayap Pengurusan berbanding Operasi. Terdapat bahagian yang tiada keperluan kritikal untuk menempatkan kakitangan yang ramai. Ketidakseimbangan ini turut mengakibatkan pembaziran modal insan, di mana tenaga kerja tidak dimanfaatkan secara optimum selaras dengan keperluan sebenar organisasi.Dasar digitalisasi yang diperkenalkan tidak diterjemahkan dengan berkesan, menyebabkan proses kerja masih bergantung kepada kaedah manual serta gagal meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi seperti yang dihasratkan.Syor JuruauditNAFAS disyorkan untuk menyemak dan menyelaraskan semula struktur organisasi bagi memastikan pengagihan kakitangan seimbang mengikut keperluan setiap bahagian, khususnya antara pengurusan dan operasi, supaya modal insan dapat dimanfaatkan secara optimum. Selain itu, dasar digitalisasi perlu diterjemahkan dengan berkesan melalui pengenalan proses kerja digital dan automasi, bagi mengurangkan pergantungan kepada kaedah manual serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi. Langkah-langkah ini juga perlu disokong dengan pemantauan berterusan bagi memastikan pelaksanaan struktur dan digitalisasi memberi impak positif terhadap tadbir urus dan prestasi organisasi serta tidak menjadi pelaburan yang sia-sia.Kegagalan Pelaksanaan Strategi Diversifikasi Melalui Penubuhan Anak SyarikatMeskipun penubuhan anak-anak syarikat oleh NAFAS pada asalnya bertujuan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan menyokong perkembangan perniagaan NAFAS, terdapat kelemahan nyata dalam aspek perancangan, tadbir urus dan pengurusan prestasi.Terlalu banyak anak syarikat ditubuhan namun akhirnya menjadi tidak aktif (dormant) mencerminkan strategi perniagaan yang tidak fokus atau kurang efisien. Berdasarkan Laporan Audit dan Penyata Kewangan berkahir 31 Disember 2023, senarai anak syarikat NAFAS adalah seperti yang berikut:Bil. Nama Syarikat Aktiviti Utamai. NAFAS Agri Services Sdn. Bhd. Penanaman, Penyemaian dan Jualan Hasil Pertanian.ii. NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd. Pengimport dan Pemasaran Baja dan Bahan Kimia.iii. Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. Pemprosesan, Pengilangan dan Perniagaan Baja.iv. NAFAS Plastic Industries Sdn. Bhd.Pengilangan, Percetakan dan Perniagaan Plastik Teranyam.v. NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd.Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran Daging Ayam.vi. NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. Menjalankan Aktiviti dan Perniagaan Pengilangan dan Makanan Ternakan.vii. NAFAS Estates Sdn. Bhd. Penuaian Hasil Tani dan Pemegang Pelaburan.


39LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil. Nama Syarikat Aktiviti Utamaviii. Saby Sdn. Bhd. Penanaman dan Jualan Hasil Tanaman.ix. Medan Juara Sdn. Bhd. Menjalankan Perniagaan Pengeluaran dan Pembekalan Anak Ayam Pedaging.x. NAFAS Jentera Sdn. Bhd. Tidak Beroperasi.xi. Agro Edaran Sdn. Bhd. Tidak Beroperasi.xii. NAFAS Modal Insan Sdn. Bhd. Tidak Beroperasi.xiii. NAFAS Taj Agro (M) Sdn. Bhd. Tidak Beroperasi.xiv. NAFAS Sialin (M) Sdn. Bhd. Tidak Beroperasi.xv. NAFAS Media Sdn. Bhd. Tidak Beroperasi.Syarikat Subsidiari yang dipegang oleh NAFAS Estates Sdn. Bhd.:BIL. NAMA SYARIKAT AKTIVITI UTAMAi. P.T NAFASindo Penanaman, Pemprosesan dan Pemasaran Kelapa Sawit.Tiada kajian yang komprehensif dalam menubuhkan anak syarikat dari segi pasaran sasaran, pulangan pelaburan dan keupayaan pengurusan sedia ada.Persampelan AuditSebuah anak syarikat NAFAS yang pernah pernah menjadi kebanggaan dalam menjalankan operasi penetasan anak ayam pedaging berskala besar akhirnya menjadi dormant iaitu Medan Juara Sdn. Bhd.Untuk makluman pada tahun 2023, NAFAS menerima peruntukan berjumlah RM2,382,640 daripada LPP. Peruntukan tersebut kemudiannya disalurkan kepada Medan Juara Sdn. Bhd. dengan perincian seperti yang berikut:Bil. Rujukan Surat Jumlah (RM)1. LPP (P) 18/37 Jld. 6(53) bertarikh 21 Ogos 2023 532,6402. LPP (P) 18/37 Jld. 6(48) bertarikh 3 Ogos 2023 350,0003. LPP (P) 18/36 Jld.2 (26) bertarikh 20 Mac 2023 1,500,000Jumlah 2,382,640Hasil semakan melalui Laporan Audit dan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023, peruntukan-peruntukan ini belum disenaraikan sebagai Rizab Bantuan Kerajaan (RBK).Penubuhan anak-anak syarikat secara berlebihan tanpa analisis risiko yang mantap telah menyebabkan sebahagian besar entiti menjadi tidak aktif (dormant) dan tidak memberikan sebarang pulangan kepada organisasi. Kegagalan ini mencerminkan strategi perniagaan yang lemah, keputusan pelaburan yang tidak berasaskan data, serta ketidakefisienan pengurusan dalam menilai keupayaan sebenar pasaran dan operasi. Keadaan ini turut menimbulkan persoalan terhadap tahap kebertanggungjawaban (accountability) pengurusan tertinggi NAFAS dalam melindungi kepentingan peladang yang diwakili.


40LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditNAFAS disyorkan untuk menilai semula peranan dan strategi setiap anak syarikat bagi memastikan penubuhan tersebut memberi nilai tambah kepada organisasi. Sebarang anak syarikat yang tidak aktif atau tidak menyumbang kepada objektif perniagaan perlu dipertimbangkan untuk penggabungan, penstrukturan semula, atau penamatan operasi bagi mengelakkan pembaziran sumber dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus. Di samping itu, NAFAS perlu memperkenalkan mekanisme pemantauan prestasi dan pelaporan berkala bagi setiap anak syarikat, termasuk sasaran kewangan, operasi dan pematuhan tadbir urus, supaya strategi perniagaan dapat dijalankan secara fokus, berkesan dan telus.Kesenggangan Gaji Yang KetaraTerdapat jurang yang ketara dalam struktur gaji antara lapisan pengurusan tertinggi dan pengurusan pertengahan/bawahan, yang tidak disokong dengan justifikasi peranan, tanggungjawab dan beban kerja yang munasabah.Keadaan ini menunjukkan kegagalan dalam merangka skim perkhidmatan yang adil, telus dan berpaksikan prinsip meritokrasi (prinsip atau sistem di mana peluang, ganjaran, dan kenaikan pangkat diberikan berdasarkan keupayaan, prestasi dan pencapaian seseorang, bukannya kerana hubungan, pangkat, senioriti, atau faktor lain yang tidak relevan dengan prestasi kerja).Skim gaji yang tidak konsisten dan tidak selaras antara bahagian menimbulkan persepsi ketidakadilan serta menjejaskan semangat dan motivasi kerja kakitangan.Kesan jangka panjangnya ialah penurunan tahap produktiviti, peningkatan kadar keluar masuk staf (turnover) serta wujudnya budaya kerja yang berasaskan layanan tidak seimbang. Keadaan ini turut mencerminkan kelemahan kawalan dalaman dalam pengurusan sumber manusia dan kegagalan pihak pengurusan tertinggi memastikan keseragaman dasar ganjaran selaras dengan kemampuan kewangan organisasi.Kegagalan Mematuhi Standard Pengurusan Fail Yang AsasHasil penilaian audit berdasarkan lapan (8) kriteria pengurusan fail yang asas (basic) iaitu:i. Penyediaan Buku Daftar Fail Am.ii. Penyediaan Buku Daftar Fail Sulit.iii. Tempoh Masa Pengambilan Fail (10 minit 15 fail).iv. Penyediaan Kertas Catatan Minit.v. Catatan Kertas Minit berbanding nombor kandungan surat dalam fail.vi. Keadaan fizikal fail/kulit fail.vii. Penyimpanan Fail Tutup dan Kawalan Makhluk Perosak.viii. Penyediaan Kad Pergerak Fail.Keputusan pengauditan menunjukkan tahap pematuhan yang sangat rendah (25%), sekaligus mencerminkan kegagalan sistematik dalam memastikan rekod dan dokumen organisasi diuruskan dengan teratur dan selamat.Perincian penemuan hasil penilaian terhadap 8 kriteria asas tersebut adalah seperti yang berikut:


41LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Hasil Pengauditan di Pejabat Utama NAFAS:i. Buku Daftar Fail Am tidak diserahkan sepenuhnya kepada pihak audit. Pihak audit tidak dapat menyatakan jumlah fail yang jelas. Bil. Bahagian Jumlah Fail Am1. Komunikasi Korporat. 272. Kumpulan Wang & Latihan Peladang. 03. Perhubungan Wilayah. 144. Akaun. 05. Sokongan Kewangan. 06. Perancangan Sumber Manusia. 07. Perolehan. TIADA MAKLUMAT8. Teknologi Maklumat. 69. Pentadbiran. 010. Pelaburan & Analisa. 311. Penyelidikan Pembangunan. 1012. Undang-Undang. 11613. Sekretarial. TIADA MAKLUMAT14. Audit. 015. Pemantauan, Kelestarian & Piawaian. 1616. Projek Khas. TIADA MAKLUMAT17. Kontrak Pembekalan Berpusat (KPB). 718. Hartanah. 7619. Kejenteraan. TIADA MAKLUMAT20. Pemasaran & Promosi. 1421. Operasi Perniagaan Input. 8222. Bekalan. TIADA MAKLUMAT23. Benih Padi Sah. 1524. Pengeluaran. TIADA MAKLUMAT25. Setiausaha Syarikat. 026. Perladangan TIADA MAKLUMAT27. Operasi Subsidiari. 028. Dana Peladang Kebangsaan 58Jumlah Keseluruhan TIDAK DAPAT DIPASTIKAN


42LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)ii. Buku Daftar Fail Sulit tidak diserahkan sepenuhnya kepada pihak audit. Pihak audit tidat dapat menyatakan jumlah fail yang jelas. Bil. Bahagian Jumlah Fail Sulit1. Komunikasi Korporat. 42. Kumpulan Wang & Latihan Peladang. 843. Perhubungan Wilayah. 04. Akaun. 55. Sokongan Kewangan. 3086. Perancangan Sumber Manusia. 167. Perolehan. TIADA MAKLUMAT8. Teknologi Maklumat. 09. Pentadbiran. 1610. Pelaburan & Analisa. 211. Penyelidikan Pembangunan. 212. Undang-Undang. 1513. Sekretarial. TIADA MAKLUMAT14. Audit. 1215. Pemantauan, Kelestarian & Piawaian. 716. Projek Khas. TIADA MAKLUMAT17. Kontrak Pembekalan Berpusat (KPB). 518. Hartanah. 319. Kejenteraan. TIADA MAKLUMAT20. Pemasaran & Promosi. 721. Operasi Perniagaan Input. 5622. Bekalan. TIADA MAKLUMAT23. Benih Padi Sah. 224. Pengeluaran. TIADA MAKLUMAT25. Setiausaha Syarikat. 426. Perladangan TIADA MAKLUMAT27. Operasi Subsidiari. 428. Dana Peladang Kebangsaan (DPK) 310Jumlah Keseluruhan TIDAK DAPAT DIPASTIKAN


43LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)iii. Semakan rawak pengambilan fail – tempoh masa dikemukakan kepada pihak auditor: 18 minit.Bil. Bahagian Jumlah Fail DikemukakanTempoh Masa Pengambilan Fail(minit:saat)1. Komunikasi Korporat(Kumpulan Pemajuan Peladang) 15 07:142. Sokongan Kewangan(Kumpulan Kewangan) 5 00:363. Pentadbiran(Kumpulan Khidmat Pengurusan) 5 38:294. Undang-Undang(Kumpulan Perkhidmatan Korporat). 15 08:205.Audit(Kumpulan Pemantauan & Audit Pengurusan).12 09:486.Pemantauan, Kelestarian dan Piawaian.(Kumpulan Pemantauan & Audit Pengurusan).17 03:387.Operasi Perniagaan Input.(Kumpulan Perniagaan Input Baja & Kimia)15 14:34Piawaian Audit Pengurusan : 15 Fail = 10 minitTempoh masa pengambilan fail oleh : 99 Fail = 116 minitNAFAS : 01 Fail = 1.17 minit : 15 Fail = 1.17 x 15 = 18 minitKeputusan : Gagaliv. Sebahagian fail ada kertas minit.v. Sebahagian fail catatan kertas minit sama dengan nombor kandungan surat.vi. Keadaan fizikal kesemua fail dalam keadaan sempurna. vii. Fail tutup disimpan sempurna di ruangan penyimpanan fail dan kawalan makhluk perosak dibuat sekiranya ada keperluan.viii. Sebahagian fail tiada kad pergerakan fail.Rating: 2/8Kelemahan paling ketara melibatkan aspek penyelenggaraan dan penyimpanan fail serta ketiadaan rekod pergerakan fail yang lengkap. Kelemahan ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan penyampaian maklumat dan integriti dokumen rasmi, malah berpotensi menimbulkan risiko kehilangan rekod penting dan penyalahgunaan maklumat dalaman. Kegagalan mematuhi piawaian asas seperti ini memperlihatkan tahap keprihatinan dan disiplin organisasi terhadap tatacara pentadbiran yang amat lemah. Ia turut memberi gambaran bahawa mekanisme kawalan dalaman dan pengawasan pengurusan (oversight function) tidak berfungsi secara efektif.


44LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditNAFAS disyorkan untuk menubuhkan dan menguatkuasakan prosedur penyelenggaraan serta penyimpanan fail yang sistematik, termasuk rekod lengkap bagi setiap pergerakan fail. Semua dokumen rasmi perlu didaftarkan, dilabel dan disimpan mengikut garis panduan standard yang memastikan akses mudah, keselamatan dan integriti rekod terjamin. Selain itu, mekanisme pemantauan dan audit dalaman berkala perlu diperkenalkan untuk memastikan kepatuhan terhadap prosedur ini, mengenal pasti sebarang kelemahan atau kehilangan rekod, dan memperkukuh fungsi kawalan dalaman serta pengawasan pengurusan. Pelaksanaan langkahlangkah ini dijangka dapat meningkatkan disiplin organisasi, kecekapan pentadbiran dan keselamatan maklumat dalaman secara menyeluruh.Nota Serah Tugas Tidak Disediakan Secara SistematikSemakan mendapati sebahagian kakitangan yang berpindah, berhenti atau bersara tidak menyediakan Nota Serah Tugas seperti yang dikehendaki oleh prosedur perkhidmatan. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan dan gangguan terhadap kesinambungan urusan kerja di bahagian terlibat. Daripada sejumlah 21 individu yang berpindah atau bersara dalam tempoh semakan, hanya dua (2) orang didapati menyediakan Nota Serah Tugas yang lengkap. Hal ini menunjukkan pemantauan dan pematuhan terhadap keperluan menyediakan Nota Serah Tugas masih lemah.Bil. Nama Jawatan Status Tarikh Berkuat-kuasaNota Serah Tugas1. Nur Natasya binti HarudinEksekutifDana Berhenti 03.02.2025 TIADA2.Wan Nurullizza binti Wan Abd HalimKeraniOperasi Perniagaan InputBerhenti 05.02.2024 TIADA3. Mohammad Sani bin Abd HamidPemangku Penolong PengurusHartanahBerhenti 31.10.2024 Ada4. Anwar bin Mohd GhoziEksekutifAudit Berhenti 29.02.2024 TIADA5. Noor Farizan binti Abd KadirPemangku PengurusKomunikasi KorporatBerhenti 26.07.2024 TIADA6. Khairil Shazreen binti KamarudinEksekutifSumber Manusia Berhenti 26.06.2024 Ada7.Muammar Nur Parizzat bin NorudinKeraniOperasi Perniagaan InputBerhenti 19.04.2024 TIADA8. Farah Suraya binti ZainudinKeraniOperasi Perniagaan InputBerhenti 27.09.2024 TIADA


45LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil. Nama Jawatan Status TarikhBerkuat-kuasaNota Serah Tugas9. Aisyah Nabila binti Ab RahmanEksekutifPerolehan Berhenti 07.08.2024 TIADA10. Nur Liana Izzati binti Mohd TazriEksekutifPerolehan Berhenti 12.08.2024 TIADA11.Muhammad Azuan bin Muhamad HusainEksekutifDana Berhenti 12.09.2024 TIADA12. Baharozaman bin MohidPengurus Kanan Kumpulan Pengurusan PerniagaanKumpulan Pengurus KananBerhenti 31.08.2024 TIADA13. Hazim bin Abdul MalekEksekutifOperasi Perniagaan InputBerhenti 31.03.2024 TIADA14. Ismail bin Che Mat MekanikKejenteraan Bersara 31.07.2024 TIADA15. Annuar bin HamzahPenolong PengurusOperasi Perniagaan InputBersara 30.09.2024 TIADA16. Kamal Arifin bin SulaimanPengurusPengeluaran Bersara 22.01.2024 TIADA17. Siti Aishatul Radziah binti RazaliPengurus Kanan Kumpulan Perkhidmatan KorporatKumpulan Pengurus KananBersara 05.01.2024 TIADA18. Azizlan bin Talib MekanikKejenteraan Bersara 30.11.2024 TIADA19. Mohd Zamani bin SalimKetua Pegawai EksekutifOperasi NAFAS Feedmills Sdn. Bhd.Berpindah ke NFPMSB 30.11.2024 TIADA20. Saharudin bin Mohd DanPengurusBenih PadiBertukar ke NPISB 31.03.2025 TIADA21. K Juslly Elis @ K Juslly AliasKetua Pegawai EksekutifOperasi Medan JuaraTamat Kontrak 31.01.2025 TIADA


46LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditSemua kakitangan yang berhenti, berpindah atau bersara hendaklah diwajibkan menyediakan Nota Serah Tugas bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran urusan kerja. Prosedur penyediaan Nota Serah Tugas yang seragam dan didokumenkan perlu diwujudkan serta dikuatkuasakan atas semua bahagian dan unit bagi menjamin pematuhan menyeluruh.Pematuhan terhadap pelaksanaan Nota Serah Tugas perlu dipantau secara berkala melalui audit dalaman bagi menilai keberkesanan dan memastikan aspek akauntabiliti dipertingkatkan.Ketidaksempurnaan dalam Pemantauan Kehadiran KakitanganPemantauan terhadap kehadiran dan disiplin kerja pihak Pengurusan Tertinggi didapati tidak dilaksanakan secara konsisten dan sistematik. Tiada mekanisme pemantauan yang jelas bagi memastikan pematuhan terhadap waktu bekerja dan kehadiran rasmi.Tiada kawalan atau garis tanggungjawab yang khusus terhadap ketiadaan pihak Pengurusan Tertinggi di pejabat. Semakan mendapati tiada pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan atau memantau ketidakhadiran tersebut, sekali gus mewujudkan jurang akauntabiliti dan risiko ketidaktelusan dalam pengurusan kehadiran.Syor JuruauditMewujudkan mekanisme pemantauan kehadiran yang seragam dan berpusat bagi semua peringkat kakitangan termasuk Pengurusan Tertinggi. Sistem ini boleh dilaksanakan melalui penggunaan aplikasi atau perisian kehadiran berasaskan biometrik, kad pintar, atau log digital bagi memastikan rekod kehadiran yang tepat, telus dan mudah disemak semula.Menetapkan pegawai atau jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab memantau dan mengesahkan kehadiran Pengurusan Tertinggi. Fungsi ini boleh diletakkan di bawah Bahagian Sumber Manusia atau Unit Integriti bagi memastikan akauntabiliti dua hala (check and balance) serta mengelakkan sebarang konflik kepentingan.Menguatkuasakan garis panduan atau pekeliling dalaman mengenai tatacara pelaporan kehadiran dan ketiadaan bagi Pengurusan Tertinggi. Garis panduan tersebut perlu menjelaskan prosedur pelaporan, tempoh kebenaran ketiadaan, serta kuasa meluluskan cuti atau urusan rasmi di luar pejabat.Menjalankan audit dalaman berkala terhadap rekod kehadiran dan pelaporan ketiadaan pegawai kanan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap dasar organisasi. Hasil audit hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit atau Lembaga Pengarah untuk tindakan susulan sekiranya terdapat ketidakpatuhan.Menggalakkan budaya disiplin dan ketelusan di peringkat kepimpinan tertinggi melalui contoh teladan (tone at the top). Langkah ini penting bagi memperkukuh integriti organisasi dan memastikan pematuhan terhadap peraturan hadir bertugas diamalkan secara menyeluruh.


47LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Ketidakpatuhan dalam Proses Lantikan KakitanganSebahagian lantikan pekerja baru bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir tidak mendapat kelulusan Mesyuarat AJP.Bil. Nama Mesy. Jawatankuasa Perjawatan Mesyuarat AJP1. Mohd Razali bin Abd. Hamid TIADA2. Fazrin bin Mukhtar TIADA3. Nur Su’aida binti Mohd Rosli TIADA4. Muhammad Adi Yusri bin Mohd Sabri TIADA5. Abdul Harith bin Ismail TIADA6. Nor Najwa binti Kamaludin TIADA7. Jack Baxter George TIADA8. Mohamad Fairus bin Samsuddin TIADA9. Farah Nabilah binti Imam Maskor TIADA10. Muhammad Faris bin Arriffin Bil.04/2023 bertarikh16 Februari 2023Bil.02/2023 bertarikh 17 Februari 202311. Muhammad Danial bin Azizlan Bil.06/2023 bertarikh18 Ogos 2023 TIADA12. Muhammad Iqbal Mustaqim bin AzizBil.06/2023 bertarikh18 Ogos 2023 TIADA


48LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Kaedah lantikan tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan sepenuhnya, termasuk iklan jawatan dan proses dokumentasi.Bil. Nama Iklan**Surat Permohonan(Borang Permohonan Kerja/ Borang Pendaftaran Protege)Temuduga Surat TawaranSurat Terima Jawatan1. Mohd Razali bin Abd. HamidAda(minit AJP) Ada Ada Ada Ada2. Fazrin bin Mukhtar Ada(minit AJP) TIADA TIADA Ada Ada3.Nur Su’aida binti Mohd Rosli*protegeTIADA Ada TIADA Ada Ada4.Muhammad Adi Yusri bin Mohd SabriTIADA Ada TIADA Ada Ada5. Abdul Harith bin Ismail TIADA TIADA TIADA Ada Ada6.Nor Najwa binti Kamaludin*protegeTIADA TIADA TIADA Ada Ada7. Jack Baxter George TIADA Ada TIADA Ada Ada8. Mohamad Fairus bin SamsuddinAda(minit AJP) Ada Ada Ada Ada9.Farah Nabilah binti Imam Maskor*protegeTIADA Ada TIADA Ada Ada10. Muhammad Faris bin Arriffin TIADA TIADA TIADA Ada Ada11. Muhammad Danial bin Azizlan Ada Ada Ada Ada Ada12. Muhammad Iqbal Mustaqim bin Aziz Ada Ada Ada AdaTidak bertandatangan


49LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Tiada Kawalan Terhadap Waran Perjawatan Bagi Setiap Kumpulan dan Bahagian. Semakan mendapati tiada kawalan atau pemantauan berpusat terhadap waran perjawatan yang diluluskan bagi setiap Kumpulan dan Bahagian. Ketiadaan mekanisme kawalan ini menyebabkan perbezaan antara jumlah perjawatan yang diluluskan dengan bilangan sebenar pegawai yang berkhidmat, selain menyukarkan pemantauan terhadap pengisian jawatan, kekosongan, dan keperluan sebenar tenaga kerja.Keadaan ini juga boleh mengakibatkan risiko lebihan atau kurangan perjawatan, ketidakselarasan dengan struktur organisasi semasa, serta penyalahgunaan atau ketidakpatuhan terhadap peruntukan waran asal.Statistik Berdasarkan Nama JawatanBIL. NAMA JAWATAN JUMLAH(ORANG)1. Pengurus Besar 12. Timbalan Pengurus Besar 23. Pengurus Kanan Kumpulan 74. Pengurus 175. Pemangku Pengurus 36. Penolong Pengurus 247. Pemangku Penolong Pengurus 38. Eksekutif 689. Pemangku Eksekutif 610. Pembantu Khas 411. Pegawai Wilayah 112. Kerani 4313. Pemandu 1214. Juruteknik 115. Pembantu Juruteknik 216. Mekanik 1317. Technician (Building Maintenance) 118. Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) 119. Pekerja Am 2Jumlah 211


50LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Statistik Berdasarkan PenempatanBIL. PENEMPATAN JUMLAH(ORANG)1. Pejabat Utama 1782. Cawangan Jentera Alor Setar, Kedah 13. Gudang Baja di Gurun, Kedah 44. Cawangan Jentera Kluang, Johor (termasuk seorang Pegawai Perhubungan Wilayah) 45. Cawangan Jentera Kota Bharu, Kelantan 36. Gudang Baja Kota Kinablau, Sabah 37. PPN Sabah (Pegawai Pelaburan dan Pegawai Perhubungan Wilayah) 28. Kota Tinggi, Johor (Operasi Medan Juara) 19. Cawangan Jentera Kuantan, Pahang 910. Gudang Baja Kuching, Sarawak 311. NAFAS Mall 3Jumlah 211Syor JuruauditBagi memperkukuh kawalan terhadap pengurusan waran perjawatan, NAFAS disyorkan untuk mendaftarkan secara rasmi Kaedah Pengambilan Pekerja dan berhubung dengan pihak Pendaftar bagi mendapatkan maklum balas sekiranya proses kelulusan masih dalam semakan. Arahan Pendaftar sedia ada hendaklah diterapkan ke dalam kaedah berkenaan supaya ia selaras dengan keperluan dan struktur perjawatan di NAFAS. Selain itu, semua lantikan baharu perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) sebelum pengambilan rasmi dibuat bagi memastikan setiap keputusan pengisian jawatan dilaksanakan dengan telus dan mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.NAFAS juga perlu merangka waran perjawatan yang jelas dan terperinci yang memperincikan bilangan, gred, nama jawatan serta pengagihan jawatan mengikut Kumpulan dan Bahagian. Setiap jawatan yang diwujudkan hendaklah dikaji semula dari segi rasional dan asas kewujudannya bagi memastikan struktur organisasi kekal relevan dengan keperluan semasa. Seterusnya, pemantauan terhadap waran perjawatan perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan semua perubahan dalam struktur organisasi atau keperluan sumber manusia direkodkan dan dikemas kini dengan tepat.


Click to View FlipBook Version