101LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak pengurusan NAFAS hendaklah memastikan proses penutupan akaun dilaksanakan dengan lebih teratur dan tepat pada masanya. Mekanisme pemantauan perlu diwujudkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pelarasan selepas penutupan akaun. Tindakan surcaj boleh dikenakan keatas pegawai yang terlibat. Bahagian operasi dan subsidiari perlu mempercepatkan penyerahan dokumen sokongan kewangan melalui jadual penghantaran yang ditetapkan serta pemantauan berkala.6. KELEMAHAN PENGURUSAN REKOD KEWANGANa) BAKI BERLARUTAN TIDAK DAPAT DIPERTENTUKANSemakan audit mendapati pada baki tahun kewangan 2024 terdapat penghutang dan pemiutang yang mana baki berlarutan seperti yang berikut:i. Penghutangii. PemiutangPihak audit berpandangan berpandangan NAFAS perlu mempergiatkan usaha kutipan hutang dan penentuan atas baki penghutang dan pemiutang yang berlarutan. Nafas Breeding Farm SBRM 9,449 PerdaganganPasaraya KerayongDividen Akan TerimaPinjaman KeretaGuaranteed LoanRM 121,484,132RM 8,360,010RM 32,370RM 96,654RM 60,148Penerimaan TerakruRM 5,000JUMLAH:RM 130,047,763Belanja Terakru (Denda)RM 12,856,825PerdaganganRM 556,808DividenRM 200,472Tuntutan Perjalanan Kerja2023 belum bayarRM 5,000Tuntutan Perjalanan Kerja2023 baki negatifRM 10,988Tuntutan Perjalanan Kerja2024 baki negatifRM 10,707Bonus KakitanganRM 53,767 Bonus AJPRM 39,060Supplier ProvisionRM 9,166,971JUMLAH:RM 23,646,910Pelbagai RuncitRM 746,312
102LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PANDANGAN / SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mengenal pasti baki penghutang dan pemiutang dengan mengklasifikasikan kepada tiga kategori bagi memudahkan proses penyelesaian seperti yang berikut:1) Mempunyai dokumen transaksi dan disertai pengesahan.2) Tiada dokumen transaksi tetapi terdapat pengesahan.3) Tiada dokumen transaksi dan tiada pengesahan.Bagi kategori (3), iaitu penghutang dan pemiutang yang tiada dokumen transaksi dan tiada pengesahan, tindakan pemutihan hendaklah dilaksanakan kerana ia merupakan kelemahan di pihak NAFAS serta tidak membolehkan sebarang tindakan undang-undang diambil.b) PERBEZAAN BAKISemakan audit mendapati pada tahun kewangan 2024, terdapat perbezaan baki akaun seperti berikut: i. Perbezaan bayaran deposit sewa di antara Perjanjian Sewaan Gudang (NAFAS/BPK2022/N02/53) dan Akaun Kawalan seperti yang berikut:NAFAS memaklumkan rekod akaun kawalan bagi deposit yang diterima adalah daripada tahun 2019 dan tiada makluman untuk pemulangan semula atau pelarasan bagi mengikut perjanjian baru dibuat oleh bahagian terlibat.ii. Perbezaan modal saham NAFAS dengan PPN Sarawak sebanyak RM3,906.78 berikutan kekurangan rekod PPN Sarawak. iii. Semakan pengesahan baki pemiutang mendapati terdapat perbezaan antara nilai pengesahan diedar oleh NAFAS untuk Pemiutang Perdagangan PPN dan baki akaun NAFAS pada 31 Disember 2024:SyarikatTropicoSdn. Bhd.70,000 65,800 4,200 31.12.2024Akaun Kawalan (RM) Perjanjian (RM) Perbezaan (RM) Tarikh LuputAkaunPertubuhanPeladangNegeri (PPN)5,867,049 6,412,349 545,300Baki Akaun pada31.12.2024 (RM)PengesahanDiedar (RM)Perbezaan (RM)
103LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)iv. Perbezaan baki Akaun Kawalan dan SenaraiSYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah melaksanakan semakan dalaman yang mencukupi sebelum menyerahkan sebarang dokumen kepada juruaudit bagi memastikan ketepatan maklumat serta mengelakkan pertikaian semasa proses pengauditan.c) AKAUN BERBAKI NEGATIFSemakan audit mendapati pada baki tahun kewangan 2024 terdapat baki akaun berbaki negatif seperti berikut: i. Deposit utiliti berbaki negatif berjumlah RM10,625 seperti yang berikutAkaun1. Supplier ProvisionRM1,922,613 RM1,910,194 RM12,419Akaun Kawalan Senarai BezaAkaun2. Skim Pelaburan Khas PeladangRM4,418,000 RM4,412,000 RM6,000Akaun Kawalan Senarai BezaAkaun3. Penghutang W. Gmart- RM90,000 (RM90,000)Akaun Kawalan Senarai Beza01Keterangan Tarikh Jumlah RMPemulangan baki kredit beikutanpenamatan perkhidmatan akaun TMno akaun 100713829815.09.2015 11602 Pemulangan baki kredit beikutanpenamatan perkhidmatan akaun TMno akaun 101299217613.01.2016 1,59003 Metro Telecom Sdn Bhd. Refunddeposit atas langganan talian 21.03.2016 8,00004 Pemulangan baki kredit beikutanpenamatan perkhidmatan akaun TMno akaun A60021816270119.08.2016 46805 Pemulangan baki kredit beikutanpenamatan perkhidmatan akaun TMno akaun A600218404004JUMLAH19.08.2016 45110,625
104LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)ii. Senarai yang disediakan oleh NAFAS bagi Prabayar (prepayment) NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd kod akaun 316-01-03 terdapat baki negatif seperti dibawah: iii. Pemiutang perdagangan Pertubuhan Peladang Kawasan yang berbaki negatif iaitu: iv. Suppliers Provision yang berbaki debit seperti yang berikut:v. Pemiutang pelbagai, terdapat juga pemiutang yang berbaki debit iaitu:Pihak Audit berpandangan, NAFAS perlu mengambil tindakan segera dalam penentuan keatas baki-baki akaun tersebut. SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah melaksanakan semakan dalaman yang mencukupi sebelum menyerahkan sebarang dokumen kepada juruaudit bagi memastikan ketepatan maklumat serta mengelakkan pertikaian semasa proses pengauditan.01Keterangan Tarikh Jumlah RMNafas Baja Kimia Petronas ChemicaMarketing (Labuan)no 70050469215.09.2015 14,52602 Nafas Baja Kimia tuntut bayaraninvois terkurang caj padaPetronas Chemical Marketing (Labuan)no 7005046928.11.2024 130,937JUMLAH 145,46301Kod Akaun Keterangan Baki Pada 31/12/2024 (RM)BKP005 PPK Pasir Panjang (50,272)02 JKP001 PPK Johor Bharu Utara (795)JUMLAH (51,067)01Suppliers Provision Jumlah (RM)Baja Subsidi (808,500)02 Pemasaran Ayam (159,240)JUMLAH (967,740)01Kod Akaun Keterangan Baki Pada 31/12/2024 (RM)BDA107 Mutual Sense Sdn Bhd (10,413)0203BDA243 Klinik Azizan Sdn Bhd (98)JDA001 BCB Berhad (132)JUMLAH (10,643)
105LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)RUMUSAN AUDIT Penemuan Audit Pengurusan NAFAS boleh dikategorikan kepada lima (5) perkara utama dengan risiko yang tinggi:1. Tadbir Urus Korporat dan Kepatuhan OrganisasiPematuhan kepada Arahan Pendaftar dan Perlembagaan organisasi adalah rendah. Pelan Perniagaan 2021-2025 tidak dibentang dan tidak mendapat pengesahan rasmi AJP. NAFAS gagal mendaftarkan Kaedah-Kaedah Wajib seperti Skim Perkhidmatan Personel dan Kaedah Tatatertib. Kelewatan penghantaran minit mesyuarat utama adalah melampau (cth: Minit AJP Bil. 01/2024 dihantar 263 hari selepas mesyuarat). Penemuan lain termasuk lantikan kakitangan baharu tanpa kelulusan AJP dan kelemahan pengurusan fail asas (tahap pematuhan 25%). Pengurusan teknologi juga lemah dengan sistem perakaunan NAFSV5 tidak didaftarkan, dan sebahagian komputer tidak dilengkapkan dengan antivirus.2. Pengurusan Kewangan dan Pematuhan PeraturanKedudukan kewangan NAFAS adalah kritikal dengan kerugian bersih negatif sejak 2021. Likuiditi merosot ketara, dibuktikan dengan kejatuhan modal kerja dan nisbah semasa yang hampir kepada 1.0. Pematuhan kepada peraturan pinjaman adalah lemah, di mana pinjaman trade facilities daripada dua bank tidak mendapat kelulusan Pendaftar, melanggar Peraturan 58(2), Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983. Pinjaman daripada Bank Islam pula melebihi had kelulusan tambahan yang diberikan Pendaftar. Kegagalan membuat pembayaran penuh atas pembahagian keuntungan (dividen, bonus, dan honorarium) turut menjejaskan kepercayaan anggota.3. Kelemahan Rantaian Bekalan Baja (Operasi Teras)Terdapat kegagalan menyeluruh dalam pengurusan rantaian bekalan baja. Di gudang, baja rosak tidak diasingkan, dan terdapat stok lama yang belum dilupuskan (sejak 2013-2018). Pengurusan gudang tidak mengamalkan prinsip First In First Out (FIFO), menyebabkan pembaziran sumber. Turut dikesan adalah perbezaan ketara antara baki stok fizikal dan rekod buku stok, yang menimbulkan risiko kehilangan stok. Proses pengedaran baja juga tidak mengikut perjanjian kontrak, menyebabkan kelewatan penghantaran sehingga 56 hari, menjejaskan operasi pesawah.4. Pengurusan Kredit dan Penghutang Kawalan kredit NAFAS adalah sangat lemah, di mana tempoh kutipan hutang melebihi setahun (385 hari). Keadaan ini menyebabkan peruntukan hutang sangsi berjumlah RM176.9 juta. Pengumuran hutang menunjukkan situasi kritikal, dengan 66% hutang anggota dan 48% hutang bukan anggota telah tertunggak melebihi tempoh dua (2) tahun. NAFAS didapati tidak mengambil tindakan timbang tara atau undang-undang yang efisien terhadap penghutang tertinggi yang tertunggak melebihi lima (5) tahun.5. Pengurusan Modal, Pelaburan dan AsetPengurusan modal tidak dirancang oleh NAFAS kerana gagal menetapkan sasaran tahunan bagi tambahan saham anggota. Terdapat ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan NAFAS kerana pemilikan saham beberapa anggota bernilai tidak genap RM1. Dari segi pelaburan, pulangan adalah negatif dengan Rosot Nilai material (25% atau RM71.72 juta) pada 2023. Pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM157.29 juta tidak memberi pulangan dividen dalam tempoh tiga tahun terakhir. Selain itu, terdapat isu pembelian aset tanpa kelulusan Mesyuarat AJP dan kelemahan dalam perlindungan insurans aset tetap, inventori, dan wang tunai.
106LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Sementara fokus Audit Pengurusan adalah terhadap isu-isu tatakelola, perolehan, dan operasi harian NAFAS, bahagian ini pula beralih kepada penemuan kritikal yang mempengaruhi kedudukan kewangan dan ketepatan pelaporan NAFAS. Audit Kewangan NAFAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 menunjukkan risiko salah nyata material yang tinggi, terutamanya disebabkan oleh ketidakpatuhan asas perakaunan dan kegagalan mengiktiraf liabiliti. Penemuan utama Audit Kewangan boleh dikategorikan kepada tiga (3) aspek kritikal yang memerlukan perhatian segera:1. Pengukuhan Tadbir Urus dan Pematuhan NAFAS mesti serta-merta menghentikan semua aktiviti kewangan yang dilaksanakan tanpa kelulusan Pendaftar. Budaya pematuhan atas perundangan perlu ditanam dengan meminda dan mendaftarkan semula kaedah-kaedah utama seperti Kaedah Perolehan dan Skim Perkhidmatan Personel untuk memastikan ketelusan, terutamanya dalam urus niaga bernilai tinggi seperti kontrak pembekalan, perolehan aset dan pelaksanaan menyeluruh perkara-perkara yang digariskan dalam skim personel NAFAS. Proses perwakilan kuasa untuk pengurusan tunai dan perbelanjaan juga mesti dilaksanakan dan diperbaharui setiap tahun seperti yang ditetapkan beserta penghapuskan sebarang ketidakjelasan punca kuasa.2. Penstabilan Kewangan dan Ketelusan LaporanNAFAS perlu merekodkan sepenuhnya liabiliti denda kelewatan penghantaran baja dan racun oleh KPKM berjumlah RM288 juta dalam penyata kewangan tanpa menunggu keputusan rayuan bagi menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama. Walaupun langkah ini diperlukan untuk membina semula kepercayaan pihak berkepentingan. Selain itu, NAFAS mesti menamatkan amalan permohonan pelarasan lewat kepada Juruaudit selepas penutupan akaun dengan meningkatkan kawalan dan pemantauan bagi penutupan akaun sekaligus memastikan pelaporan kewangan seiring dengan aktiviti operasi semasa. NAFAS perlu menyediakan justifikasi harga yang kukuh bagi setiap urus niaga utama bagi mengelakkan keputusan pelarasan harga yang merugikan serta memastikan setiap keputusan perniagaan berteraskan keuntungan bersih NAFAS demi manfaat Anggota peladang.3. Pemulihan Nilai Operasi dan Integriti Aset NAFAS perlu segera menilai semula dan menghentikan atau mengubah kaedah operasi yang merugikan, termasuk penyewaan ladang yang merugikan berikutan kos susut nilai aset yang tinggi dan perlaksanaan penanaman kelapa yang tidak strategik. Dalam pengurusan aset, NAFAS mesti melaksanakan pemutihan rekod aset dan inventori secara menyeluruh dan diikuti dengan penggunaan Buku Daftar Aset dan Inventori yang diwajibkan bagi mendapatkan semula kawalan atas kekayaan organisasi. Tindakan tuntutan undang-undang juga perlu disegerakan bagi baki hutang lama dan pendahuluan tunai yang berlarutan.Secara keseluruhannya, NAFAS berhadapan dengan krisis tadbir urus dan kewangan yang memerlukan tindakan intervensi segera dan reformasi menyeluruh bagi memulihkan kedudukannya sebagai institusi peneraju sektor input pertanian negara. Hasil keseluruhan penilaian audit menunjukkan bahawa kelemahan yang berlaku di dalam NAFAS bukan merupakan isu terpencil atau bersifat teknikal semata-mata, sebaliknya merupakan
107LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)kegagalan sistemik yang merentasi keseluruhan rantaian nilai organisasi – bermula daripada peringkat perancangan strategik, pelaksanaan projek ekonomi, pengurusan logistik dan inventori, pematuhan dokumentasi undang-undang, sehinggalah kepada pembangunan modal insan. Audit mendapati bahawa ketiadaan mekanisme kawalan dalaman yang berkesan telah menyebabkan keputusan operasi dan kewangan dibuat tanpa berpandukan mandat organisasi serta tidak disokong oleh proses kelulusan yang sah dan terkawal. Kelemahan ini telah membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa, ketidakcekapan pengurusan aset, serta kerugian kewangan langsung yang menjejaskan keupayaan organisasi untuk mencapai objektif strategiknya sebagai pemacu sektor input pertanian negara.Audit turut menyimpulkan bahawa kegagalan dalam pengurusan rantaian bekalan baja – iaitu teras utama fungsi NAFAS – telah menimbulkan kesan berganda yang memberi impak langsung kepada pihak penerima di lapangan, khususnya golongan pesawah. Kelemahan penyimpanan baja di gudang, perbezaan ketara antara rekod stok dan stok fizikal, amalan sistem LIFO yang tidak mematuhi SOP, serta kelewatan pengedaran baja yang melampaui tempoh kontrak telah menggugat kestabilan bekalan baja di peringkat nasional, sekali gus menjejaskan kelangsungan pengeluaran makanan negara. Keadaan ini turut menunjukkan bahawa NAFAS berada dalam kedudukan kritikal di mana sebarang kegagalan yang tidak dikawal dengan segera boleh mencetuskan implikasi makroekonomi yang serius terhadap sektor pertanian dan keselamatan makanan negara.Penilaian audit seterusnya mendapati bahawa kelemahan dalam dokumentasi perjanjian, lesen dan permit adalah petunjuk jelas mengenai tahap pematuhan undang-undang yang rendah serta ketidakseragaman pelaksanaan tadbir urus korporat. Kegagalan memastikan semua kontrak lengkap dan sah di sisi undang-undang telah meningkatkan risiko litigasi, pertikaian pihak ketiga dan kemungkinan penamatan atau penggantungan operasi. Keadaan ini semakin meruncing apabila kelemahan tersebut tidak diiringi dengan tindakan penguatkuasaan atau pemulihan dalaman yang sewajarnya, menggambarkan kerapuhan sistem kawalan dan ketidakcekapan pengawasan oleh pihak pengurusan tertinggi.Dalam masa yang sama, kelemahan kritikal dalam pembangunan modal insan dan pengurusan pengetahuan turut menzahirkan bahawa organisasi tidak bersedia dari segi kapasiti untuk melaksanakan projek secara mampan. Ketiadaan latihan teknikal sebelum pelaksanaan projek serta kegagalan mendokumentasikan hasil lawatan atau pemindahan teknologi menunjukkan bahawa NAFAS belum mempunyai budaya organisasi berasaskan ilmu (knowledge-driven organisation), sekali gus melemahkan keupayaan organisasi untuk berkembang dan menyesuaikan diri dengan cabaran baharu dalam sektor agroindustri.Secara keseluruhannya, audit menegaskan bahawa kelemahan ini perlu ditangani melalui pelaksanaan reformasi menyeluruh yang merangkumi penstrukturan semula tadbir urus strategik, pengukuhan kawalan dalaman, automasi sistem logistik dan pergudangan, penguatkuasaan kontrak secara tegas, serta pelaksanaan program pembangunan modal insan secara sistematik dan berterusan. Sekiranya tindakan pembetulan tidak dilaksanakan dengan kadar segera dan konsisten, NAFAS berisiko kehilangan kedudukan sebagai institusi utama negara dalam pengurusan input pertanian, sekali gus menggugat keupayaan negara untuk memastikan kestabilan bekalan makanan dan kesejahteraan sosioekonomi komuniti peladang di seluruh Malaysia.
108LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Juruaudit mengesyorkan pelaksanaan segera strategi pemulihan kewangan jangka panjang untuk menstabilkan kadar hutang dan meningkatkan pulangan atas ekuiti. Dari segi operasi, NAFAS perlu mewujudkan Integrated Fertilizer Supply Chain Management System (FIFO) dan menguatkuasakan klausa penalti kontrak penghantaran secara tegas. Penambahbaikan tadbir urus merangkumi pendaftaran segera semua Kaedah Wajib dan pewujudan mekanisme kelulusan rasmi bersepadu di peringkat AJP untuk semua perancangan strategik dan perolehan bagi mengelakkan konflik kepentingan.Kesimpulannya, juruaudit berpandangan bahawa potensi pemulihan NAFAS masih berupaya direalisasikan melalui komitmen pengurusan dalam menjadikan penemuan audit ini sebagai asas kepada reformasi NAFAS. Langkah pembaharuan tersebut perlu menjurus kepada operasi yang lebih telus, berintegriti dan berorientasikan kelestarian jangka panjang demi kesejahteraan Anggota peladang.
109LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)