51LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Kegagalan Pengurusan Kawalan Disiplin dan Tanggungjawab StatutoriNAFAS didapati tidak mendaftarkan Kaedah Tatatertib seperti yang diwajibkan di bawah Arahan Pendaftar 2/2004 dan 1/2007 serta Arahan Pendaftar terbaharu 1.1.1 – Skim Perkhidmatan Personel dan Peraturan Tatatertib Pertubuhan Peladang.Kegagalan ini menunjukkan ketidakpatuhan langsung terhadap arahan berkuat kuasa dan menimbulkan persoalan serius mengenai kepekaan pengurusan terhadap keperluan perundangan serta pematuhan dasar Pendaftar.Tiada penyelarasan yang jelas antara Kaedah Tatatertib NAFAS dan Peraturan berkuat kuasa.Semakan audit turut mendapati bahawa tiada dokumentasi rasmi atau bukti perakuan pekerja yang mengesahkan penerimaan dan kefahaman terhadap Kaedah Tatatertib yang diguna pakai.Ketiadaan dokumentasi ini melemahkan asas kawalan disiplin dalaman dan meningkatkan risiko pertikaian (dispute) dalam pengurusan tatatertib, memandangkan pekerja tidak mempunyai rujukan bertulis terhadap hak dan tanggungjawab masing-masing.Selain itu, tiada penyelarasan yang jelas antara Kaedah Tatatertib NAFAS dan peraturan yang sedang berkuat kuasa di bawah bidang kuasa Pendaftar.Kekeliruan ini menyebabkan wujud pertindihan arahan, ketidakseragaman pelaksanaan tindakan tatatertib, serta potensi pelanggaran prinsip keadilan prosedural (procedural fairness) terhadap personel yang dikenakan tindakan.Syor JuruauditNAFAS hendaklah segera mendaftarkan Kaedah Tatatertib Personel selaras dengan ketetapan Arahan Pendaftar 2/2004, 1/2007 dan 1.1.1 – Skim Perkhidmatan Personel dan Peraturan Tatatertib Pertubuhan Peladang, bagi memastikan semua peraturan tatatertib yang diguna pakai mempunyai punca kuasa yang sah dan diiktiraf. Di samping itu, Kaedah Tatatertib sedia ada perlu disemak semula secara menyeluruh untuk diselaraskan dengan dasar dan peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Pendaftar, meliputi aspek struktur peraturan, bidang kuasa Lembaga Tatatertib serta prosedur pelaksanaan tindakan disiplin.Bagi memperkukuh kawalan dalaman, NAFAS disarankan membangunkan mekanisme dokumentasi perakuan pekerja melalui Borang Akuan Penerimaan dan Kefahaman Kaedah Tatatertib yang ditandatangani semasa lantikan atau selepas pindaan kaedah diluluskan. Bahagian Sumber Manusia perlu ditetapkan sebagai focal point pematuhan tatatertib, bertanggungjawab terhadap pemantauan pelaksanaan peraturan serta penyelenggaraan rekod disiplin yang lengkap dan boleh diaudit.Punca Kuasa Yang Tidak Jelas dan Tidak Difahami di Semua PeringkatSemakan audit mendapati penetapan Perwakilan Kuasa (Limit of Authority) tidak menyatakan dengan jelas nama individu yang menerima kuasa, sebaliknya hanya merujuk kepada jawatan secara umum tanpa perincian tanggungjawab dan had kelulusan yang spesifik. Keadaan ini mewujudkan ruang ketidakpastian dan potensi penyalahgunaan kuasa (abuse of authority) dalam membuat keputusan operasi dan kewangan.
52LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Selain itu, tiada mekanisme kawalan dalaman yang berkesan dalam menetapkan dan menyemak semula perwakilan kuasa mengikut tahap jawatan serta perubahan struktur organisasi. Kelonggaran ini sekali gus menjejaskan ketelusan serta akauntabiliti pengurusan. Ketiadaan punca kuasa yang jelas turut memberi kesan langsung terhadap tahap komitmen dan keyakinan kakitangan dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebahagian staf tidak pasti kepada siapa kuasa membuat keputusan, pengesahan atau kelulusan perlu dirujuk, menyebabkan kelewatan proses kerja. Kelemahan ini mencerminkan kegagalan pihak pengurusan tertinggi dalam membina struktur kuasa yang telus, berakauntabiliti dan mudah difahami di semua peringkat organisasi. Ketiadaan dokumen rujukan kuasa yang komprehensif menjejaskan fungsi kawalan dalaman, integriti keputusan pengurusan, serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan.Syor JuruauditNAFAS perlu mengkaji aspek kritikal dalam urusan harian sama ada dalam pengurusan tunai, perbankan, pengurusan dokumen terkawal – perjanjian, dokumen-dokumen asas prniagaan (resit, baucar bayaran, baucar jernal, slip deposit, pesanan belian, laporan terimaan barang, nota hantaran, bil, nota debit/kredit dan lain-lain), pengurusan aset – kenderaan dan pengurusan teknologi.Selain itu, nama penerima kuasa perlu dinyatakan dengan jelas dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) bagi membolehkan tanggungjawab diagihkan secara sistematik mengikut peranan dan tahap autoriti serta mengukuhkan integriti dalam tadbir urus NAFAS. Sekiranya terdapat anggota berpindah/berhenti/bersara, nama pengganti bagi jawatan atau kuasa yang dipertanggungjawabkan perlu dibawa semula untuk kelulusan Mesyuarat AJP.Melaksanakan kajian semula secara menyeluruh terhadap semua aspek kritikal urusan harian yang melibatkan elemen kawalan dalaman, termasuk:• Pengurusan tunai dan perbankan,• Pengurusan dokumen terkawal seperti perjanjian, invois, resit, baucar bayaran, baucar jurnal, slip deposit, pesanan belian, laporan penerimaan barang, nota hantaran, bil, serta nota debit/kredit, dan.• Pengurusan aset serta teknologi maklumat, termasuk kenderaan dan sistem sokongan operasi.Akhir sekali, NAFAS perlu menyemak dan menyelaras semula Perwakilan Kuasa (Limit of Authority) berpandukan Arahan Pendaftar yang berkuat kuasa. Setiap semakan perlu direkodkan, disahkan dan diedarkan kepada semua bahagian berkaitan bagi memastikan kefahaman dan pematuhan menyeluruh.
53LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Kelemahan Pengurusan dan Pemantauan Mesyuarat-Mesyuarat UtamaHasil pengauditan mendapati terdapat kelewatan penghantaran minit mesyuarat dan tidak mematuhi Perlembagaan dan Arahan Pendaftar berkuatkuasa iaitu dalam tempoh 14 hari.Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS tahun 2023Tarikh MAT : 06 Dis. 2023Tarikh minit dihantar kepada wakil Pendaftar : 16 Feb. 2024Tempoh minit dihantar kepada wakil Pendaftar : 71 hariMesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP)Bil. Mesyuarat Tarikh MesyuaratTarikh Minit DihantarTempoh Minit DihantarBil.01/2024 08.02.2024 28.10.2024 263 hariBil.02/2024 07.05.2024 28.10.2024 174 hariBil.03/2024 07.08.2024 TIADA -Bil.04/2024 11.09.2024 TIADA -Bil.05/2024 22.10.2024 03.01.2025 72 hariMesyuarat Pengurusan NAFASBil. Mesyuarat Tarikh MesyuaratTarikh Minit DihantarTempoh Minit DihantarBil.01/2024 23.01.2024 TIADA -Bil.02/2024 09.02.2024 TIADA -Bil.03/2024 15.02.2024 TIADA -Bil.04/2024 19.02.2024 TIADA -Bil.05/2024 23.02.2024 TIADA -Bil.06/2024 TIADA TIADA -Bil.07/2024 TIADA TIADA -Bil.08/2024 18.03.2024 TIADA -
54LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bilangan Mesyuarat Pengurusan tidak mematuhi Arahan Pendaftar berkuatkuasa iaitu diadakan pada setiap bulan.Bulan Bil. Mesyuarat Tarikh MesyuaratJanuari Bil.01/2024 23.01.2024FebruariBil.02/2024 09.02.2024Bil.03/2024 15.02.2024Bil.04/2024 19.02.2024Bil.05/2024 23.02.2024Bil.06/2024 TIADAMacBil.07/2024 TIADABil.08/2024 18.03.2024April TIADAMei TIADAJun TIADAJulai TIADAOgos TIADASeptember TIADAOktober TIADANovember TIADADisember TIADANotis Mesyuarat AJP tidak mematuhi Peraturan berkuatkuasa iaitu sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.Bulan Bil. Mesyuarat Tarikh Notis Mesyuarat Tarikh Mesyuarat Tempoh NotisFebruari Bil.01/2024 26.01.2024 08.02.2024 14 hariMei Bil.02/2024 23.04.2024 07.05.2024 15 hariOgos Bil.03/2024 26.07.2024 07.08.2024 13 hariSeptember Bil.04/2024 10.09.2024 11.09.2024 02 hariOktober Bil.05/2024 15.10.2024 22.10.2024 08 hari
55LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Terdapat minit Mesyuarat Pengurusan tidak disediakan, tiada dalam simpanan dan tidak dilengkapkan dengan tandatangan. Tahun Pelaksanaan Status2024 08 Lengkap 06/082023 10 Lengkap 10/102022 11 Lengkap 06/112021 12 Lengkap 12/122020 12 Lengkap 12/122024Minit Mesyuarat Pengurusan Bil.6 dan 7 tahun 2024 tiada disediakan.2022Minit Mesyuarat Pengurusan Bil.6 tahun 2022 tiada dalam simpanan.Minit Mesyuarat Pengurusan Bil.2, 3, 4 dan 5 tahun 2022 tiada tandatangan Pengurus Besar.Syor JuruauditMemastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Peraturan, Arahan Pendaftar dan Perlembagaan Pertubuhan Peladang yang berkuat kuasa, khususnya berkaitan tempoh penghantaran minit mesyuarat serta notis panggilan mesyuarat.Menetapkan tatacara penulisan dan semakan minit yang jelas dan seragam bagi semua mesyuarat utama. Minit mesyuarat hendaklah mengandungi butiran keputusan, tindakan, pegawai bertanggungjawab serta tempoh pelaksanaan. Proses semakan dan pengesahan oleh pegawai berkenaan perlu diselesaikan dalam tempoh masa ditetapkan dan lengkap dengan tandatangan pengesahan rasmi.Memastikan penyimpanan minit mesyuarat dilaksanakan dengan kawalan keselamatan yang tinggi memandangkan dokumen tersebut bersifat sulit dan rasmi. Seorang pegawai hendaklah dilantik secara formal dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyimpanan, keselamatan dan akses kepada dokumen berkenaan.Melaksanakan semakan audit dalaman secara berkala atas pematuhan pengurusan mesyuarat bagi memastikan setiap tindakan penambahbaikan yang diputuskan dalam mesyuarat direkodkan, dipantau dan dilaporkan kepada pengurusan tertinggi secara konsisten.Pengurusan Perolehan yang Lemah dan Tidak SeragamKaedah Pengurusan Perolehan NAFAS (Arahan Pendaftar 4.1.7) tidak dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) mahupun Mesyuarat Pentadbir. Kegagalan ini menyebabkan pihak pengurusan tertinggi tidak diberi peluang untuk meneliti, meluluskan, dan mengesahkan tatacara pelaksanaan perolehan secara rasmi. Ia menimbulkan risiko terhadap ketelusan, akauntabiliti dan integriti proses perolehan organisasi.
56LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Perolehan NAFAS didapati tidak lengkap, lapuk dan tidak disemak secara berkala. Tiada penetapan khusus mengenai jenis perolehan, kaedah pelaksanaan, tahap kelulusan dan dokumentasi wajib bagi setiap kategori perolehan. Keadaan ini mengakibatkan proses perolehan dijalankan tanpa kawalan yang mencukupi serta meningkatkan risiko ketidakpatuhan dan manipulasi.Penempatan Bahagian Perolehan di bawah Kumpulan Khidmat Pengurusan adalah tidak sesuai dan bercanggah dengan amalan tadbir urus yang baik. Susunan ini boleh menjejaskan fungsi semak dan imbang (check and balance) kerana kumpulan yang sama melaksanakan dan pada masa sama mengawal selia proses perolehan. Struktur ini perlu dikaji semula bagi memastikan peranan perolehan dijalankan dengan tahap integriti dan ketelusan yang optimum.Syor JuruauditPematuhan kepada Arahan Pendaftar berkuatkuasa dan lantikan tersebut hendaklah segera dibentangkan dalam Mesyuarat AJP/Pentadbir NAFAS untuk kelulusan.Bahagian Perolehan hendaklah diasingkan dari Kumpulan Khidmat Pengurusan. Dicadangkan Bahagian ini diletakkan dibawah Kumpulan Kewangan. Ini kerana Bahagian Perolehan menyimpan dokumen-dokumen sensitif dan potensi untuk berlaku ketirisan maklumat adalah tinggi.Ketidakpatuhan Terhadap Belanjawan yang Diluluskan dalam Pengurusan Bayaran Elaun PerwakilanBayaran elaun kehadiran Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) NAFAS Tahun 2023 didapati tidak mematuhi had belanjawan yang telah diluluskan. Terdapat perbezaan ketara antara jumlah peruntukan yang diluluskan dengan jumlah sebenar yang dibayar.Kelemahan ini mencerminkan kegagalan sistem kawalan dalaman untuk memastikan setiap perbelanjaan mematuhi bajet yang diluluskan. Perkara ini boleh mewujudkan risiko salah guna dana, perbelanjaan tidak terkawal, serta menjejaskan kredibiliti NAFAS sebagai organisasi induk peladang.Bayaran elaun kehadiran Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) NAFAS tahun 2023 tidak mematuhi belanjawan yang diluluskan. Mesyuarat Mesy. AJP MATNilai Kelulusan Belanjawan Pengerusi: RM1,600AJP: RM1,200Pengerusi: RM2,400AJP:RM2,400Perwakilan: RM2,400
57LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Mesyuarat Mesy. AJP MATNilai sebenar(Semakan Baucar Bayaran) Patuh TIDAK PATUHPengerusi:RM1,600No. Baucar:N241316 Bayaran elaun kehadiran Pengerusi Mesyuarat AJP Bil.1 tahun 2024.AJP:RM1,200No. Baucar:N245728Bayaran elaun kehadiran AJP ke Mesyuarat AJP Bil.4 dan Bil.5 tahun 2024.Pengerusi: RM3,000AJP:RM3,000Perwakilan:RM3,000No. Baucar:N235971 Bayaran elaun kehadiran Pengerusi, AJP dan Perwakilan ke MAT Ke-50 Tahun 2023Syor JuruauditMemastikan pematuhan sepenuhnya terhadap had belanjawan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) sebelumnya. Sebarang pelarasan atau lebihan perbelanjaan hendaklah mendapat kelulusan rasmi daripada Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan direkodkan melalui minit mesyuarat sebagai bukti perakuan.Bayaran elaun kepada Perwakilan, termasuk Pengerusi dan Ahli Jemaah Pengarah, hendaklah direkodkan di bawah kod perbelanjaan yang sah dan bersesuaian, iaitu ‘Belanja dan Bayaran Pengarah’, bagi memastikan ketelusan serta keseragaman pelaporan kewangan organisasi. Bayaran ini diakaunkan dibawah kod Belanja Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS. Pengurusan Audit DalamJuruaudit Dalam NAFAS tidak diberikan pendedahan profesional yang mencukupi berkaitan fungsi, peranan dan tanggungjawab audit dalaman seperti yang digariskan dalam Arahan Pendaftar 4.1.9 – Peranan, Tanggungjawab dan Kaedah Pemeriksaan Juruaudit Dalam Pertubuhan Peladang. Ketiadaan latihan dan taklimat berkala menyebabkan tahap kefahaman terhadap skop kerja audit dalam menjadi terhad, sekali gus menjejaskan keupayaan mereka melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh dan berkesan.
58LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Laporan Juruaudit Dalam NAFAS tidak disediakan mengikut format standard yang telah ditetapkan oleh Pendaftar. Semakan mendapati laporan sedia ada tidak menepati struktur pelaporan rasmi, termasuk aspek pengenalpastian penemuan, analisis risiko, cadangan pembetulan dan pelan tindakan susulan.Kegagalan mematuhi format pelaporan ini menunjukkan kelemahan kawalan kualiti dalam fungsi audit dalaman serta menjejaskan kredibiliti laporan sebagai dokumen pemantauan tadbir urus organisasi. Format Laporan Audit masih relevan dan sesuai digunakan bagi semua jenis pemeriksaan.Kepatuhan terhadap format ini penting untuk memastikan laporan audit tersusun, berasaskan bukti (evidence-based) serta mampu menjadi alat kawalan dan penambahbaikan tadbir urus (governance tool) di peringkat pengurusan tertinggi.Syor JuruauditJuruaudit Dalam hendaklah diberikan latihan dan bimbingan profesional berkaitan fungsi serta peranan audit dalaman, selaras dengan keperluan Arahan Pendaftar 4.1.9 dan piawaian amalan terbaik (best practices) pengauditan. Sebarang taklimat atau bengkel berkaitan hendaklah dikeluarkan melalui surat panggilan rasmi, disertakan dengan laporan kehadiran dan rekod latihan bagi memastikan pematuhan dan rekod kompetensi yang jelas. Keberkesanan audit dalam hanya dapat dicapai apabila ia mematuhi garis panduan semasa, bukan amalan individu. Kegagalan berbuat demikian menjejaskan kredibiliti laporan dan mengurangkan nilai tambah fungsi audit sebagai mekanisme semak dan imbang di dalam organisasi.
59LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN PROJEK EKONOMI DAN SOSIALKelemahan Tadbir Urus Strategik Dan Ketidakpatuhan Terhadap Kelulusan RasmiAudit mendapati bahawa NAFAS telah menyediakan Pelan Perniagaan bagi tempoh 2021 hingga 2025 sebagai dokumen strategik utama organisasi, namun pelan tersebut tidak dibentangkan serta tidak memperoleh pengesahan rasmi daripada Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP). Kegagalan mendapatkan pengendorsan melalui saluran tadbir urus yang sah ini telah menjejaskan kesahan dokumen tersebut sebagai asas perancangan strategik organisasi. Hasil semakan audit menunjukkan keadaan ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan dari aspek pematuhan terhadap prosedur dalaman, malah turut mengurangkan penglibatan dan akauntabiliti Ahli Lembaga dalam menetapkan halatuju organisasi secara kolektif dan berstruktur.Penilaian audit turut mendedahkan wujudnya ketidakselarasan antara perancangan strategik dan pelaksanaan kewangan apabila hanya 41 peratus kandungan Pelan Perniagaan digunakan sebagai rujukan dalam penyediaan Rancangan Perkhidmatan dan Belanjawan tahunan. Situasi ini menggambarkan kerapuhan mekanisme kawalan dalaman serta menunjukkan bahawa keputusan kewangan organisasi telah dibuat secara terasing daripada objektif strategik yang telah digariskan. Tindakan sedemikian telah mengurangkan keberkesanan pelaksanaan program serta membuka ruang kepada ketidakcekapan perbelanjaan, sekali gus meningkatkan risiko kerugian akibat pelaburan yang tidak berfokus dan tidak berlandaskan mandat yang diluluskan secara formal.Audit juga mendapati bahawa beberapa projek strategik baharu, khususnya Projek Tanaman Kelapa, telah dilaksanakan tanpa perincian belanjawan dalam pelan terdahulu kerana kelulusan diperoleh selepas penggantungan AJP. Keadaan ini mencetuskan keadaan di mana projek dilaksanakan tanpa mekanisme kawalan kewangan yang jelas, menyebabkan implikasi serius dari aspek integriti pengurusan serta mengundang risiko pelaksanaan luar jangka yang boleh membawa kepada perbelanjaan tidak terkawal. Hasil semakan lanjut audit menunjukkan bahawa amalan sebegini boleh menghakis keyakinan pihak berkepentingan serta mencetuskan risiko reputasi terhadap NAFAS sebagai entiti pelaksana program nasional.Secara keseluruhannya, audit menyimpulkan bahawa kelemahan tadbir urus strategik ini menunjukkan kegagalan sistemik dalam memastikan proses kelulusan dipatuhi dengan tegas sebagai instrumen utama kawalan organisasi. Kegagalan mematuhi struktur pengesahan formal telah mengakibatkan pelan strategik organisasi kehilangan nilai sebagai dokumen induk yang memandu hala tuju perniagaan dan belanjawan. Sekiranya kelemahan ini tidak diperbetulkan segera melalui pelaksanaan kawalan tadbir urus yang lebih mantap dan mekanisme kelulusan yang dipatuhi secara menyeluruh, organisasi akan terus terdedah kepada risiko penyelewengan kuasa, pelaksanaan program tanpa kawalan, dan kerugian kewangan jangka panjang.Pelan Perniagaan Belanjawan Tahun 2023(Kelulusan MAT Kali ke-50) %17 aktiviti 07 aktiviti 41
60LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditBagi memulihkan integriti struktur tadbir urus organisasi, audit menyarankan supaya NAFAS mewujudkan mekanisme kelulusan rasmi yang bersepadu di peringkat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan memastikan setiap Pelan Perniagaan, Pelan Strategik dan Belanjawan Tahunan tidak boleh dilaksanakan tanpa pengendorsan bertulis melalui minit mesyuarat yang sah. Adalah disyorkan supaya satu sistem e-Kelulusan Tadbir Urus diperkenalkan, dilengkapi fungsi pengesanan keputusan, tarikh kuat kuasa dan rekod pematuhan, bagi memastikan setiap keputusan yang diambil mempunyai legitimasi korporat serta dapat diaudit pada masa hadapan. Audit turut mencadangkan agar satu Jawatankuasa Transformasi Strategik ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan pelan perniagaan secara suku tahunan bagi memastikan penyelarasan projek dengan strategi induk berlaku secara berterusan.1. 2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.Perkhidmatan Industri Mekanisasi dan IOTIndustri Pemborongan BerasPerniagaan Logistik (Pengangkutan)Industri Benih Padi dan LojiPemilikan Tanah Sawah NAFASIndustri Ruminan (Daging)Industri Ruminan (Tenusu)Industri AyamTanaman KelapaTanaman DurianTanaman NanasPengeluaran Dolomit (Kapur Pertanian)Penyelidikan dan PembangunanPengembangan Estet SawitPembangunan Tanah dan HartanahBurung Walit-Pelan Perniagaan PP 5 Tahun (2021-2025)Nama Projek1. 2.3.4.Sektor Kejenteraan--Sektor Padi dan Beras---Industri Ayam5. Pemasaran Baja dan Kimia7. Tanaman Jagung Bijian6. Sektor Peladangan, Hartanahdan PelaburanSumber Kekayaan Baru(Sektor Komoditi)-Belanjawan Tahun 2023 (Kelulusan MAT Kali ke-50)Nama Projek
61LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Prestasi Projek Ekonomi Yang Tidak Konsisten Dan Risiko Kewangan BerterusanHasil semakan audit menunjukkan bahawa prestasi projek ekonomi di bawah NAFAS berada pada tahap yang tidak stabil serta gagal mencapai sasaran belanjawan yang telah ditetapkan secara konsisten. Analisis terhadap pencapaian projek utama mendapati bahawa unjuran pendapatan tahunan yang telah diluluskan melalui belanjawan tidak disokong oleh prestasi sebenar, dengan beberapa projek mencatatkan kadar pencapaian serendah 55 peratus daripada sasaran pendapatan. Keadaan ini membuktikan bahawa unjuran perancangan kewangan tidak disandarkan kepada data realistik serta tidak disokong oleh strategi pelaksanaan yang efektif, sekali gus menimbulkan risiko kemerosotan hasil dan kehilangan daya saing organisasi dalam sektor pertanian nasional.Audit mendapati bahawa ketidakstabilan prestasi kewangan turut disumbangkan oleh kegagalan sebahagian projek mencatatkan keuntungan secara berterusan sepanjang lima tahun terkini. Sebagai contoh, Projek Jualan Baja dan Bahan Kimia Pertanian mencatatkan keuntungan selama tiga tahun berturut-turut sebelum mengalami kerugian ketara pada tahun 2022 dan 2023 dengan jumlah kerugian mencecah ratusan juta ringgit. Keadaan ini mencerminkan kelemahan dalam pengurusan kos, kawalan margin keuntungan, serta ketidakupayaan pihak pengurusan melakukan tindakan pembetulan secara efektif apabila trend kerugian mula dikesan. Penilaian audit turut merumuskan bahawa ketiadaan pelan pemulihan jangka pendek telah memburukkan prestasi organisasi dan meningkatkan risiko kewangan yang boleh menjejaskan operasi jangka panjang.Hasil analisis audit turut mendedahkan bahawa perbatuan keuntungan projek tidak menunjukkan kestabilan yang mampan, malah terdapat projek yang hanya mencatat keuntungan dalam tiga daripada lima tahun. Projek seperti Jualan Kelapa Sawit dan Projek Mesin dan Pemasangan menunjukkan pola keuntungan yang tidak menentu, mencerminkan ketidakmampuan organisasi mengekalkan aliran pendapatan secara konsisten. Lebih membimbangkan apabila terdapat projek yang menunjukkan keuntungan sifar atau kerugian berterusan, namun masih diteruskan tanpa penstrukturan semula, analisis kos faedah, atau pelaksanaan strategi keluar (exit strategy) yang sepatutnya menjadi asas dalam tadbir urus korporat berprestasi tinggi.Audit seterusnya mendapati bahawa jurang ketara antara prestasi sebenar dan sasaran belanjawan ini telah menjejaskan kedudukan aliran tunai organisasi, yang mana situasi sedemikian berpotensi mencetuskan risiko ketidakmampuan NAFAS untuk menampung perbelanjaan operasi dan komitmen kewangan secara berterusan. Kelemahan ini turut menunjukkan bahawa mekanisme pemantauan prestasi projek adalah tidak mencukupi, malah sistem pelaporan prestasi tidak digunakan sepenuhnya sebagai asas kepada tindakan pengurusan. Ini membayangkan ketiadaan disiplin fiskal dan kawalan dalaman yang kukuh dalam memastikan kedudukan kewangan organisasi kekal mampan dan berdaya tahan.Secara keseluruhannya, audit menyimpulkan bahawa prestasi projek ekonomi NAFAS menunjukkan kegagalan struktur dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan kewangan. Sekiranya kelemahan ini tidak ditangani secara menyeluruh dengan mengambil kira pendekatan reformasi kewangan yang menyeluruh dan tindakan intervensi tegas, NAFAS berisiko tinggi mengalami kemerosotan kewangan berpanjangan serta kehilangan peranan sebagai peneraju utama sektor agrokomoditi negara.
62LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Bil.Pencapaian Belanjawan/Pindaan % Kuantiti (MT) RM Kuantiti (MT) RM1. Projek Jualan Baja dan Bahan Kimia Pertanian1,011,196,884 1,838,611,000 552. Projek Jualan Kelapa Sawit(238,919) 1,684,638 (14)3. Projek Mesin dan Pemasangan4,401,510 7,680,000 574. Projek Alat-alat Ganti dan Perkhidmatan2,790,834 4,100,000 685. Projek Sewaan6,675,060 5,444,594 1221. Projek Jualan Baja dan Bahan Kimia Pertanian (3/5 untung)Tahun Pendapatan (RM)Perbelanjaan (RM)Untung/(Rugi)RM %2019 884,252,097 101,571,428 783,680,669 892020 853,778,092 194,272,375 659,505,717 772021 874,011,037 238,517,174 635,493,863 732022 1,207,710,799 1,552,168,126 (344,457,327) (29)2023 1,011,196,884 1,143,705,379 (132,508,495) (13)Jumlah 4,830,948,909 3,230,234,482 1,600,714,43 33Purata/tahun 966,189,782 646,046,896 320,142,885 332. Projek Jualan Kelapa Sawit (3/5 untung)Tahun Pendapatan (RM)Perbelanjaan (RM)Untung/(Rugi)RM %2019 - - - -2020 6,707,909 5,870,296 837,613 132021 9,334,760 5,944,458 3,390,302 362022 15,257,209 12,726,762 2,530,447 172023 - 238,919 (238,919) (100)Jumlah 31,299,878 24,780,435 6,519,443 21Purata/tahun 6,259,976 4,956,087 1,303,887 21
63LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)3. Projek Mesin dan Pemasangan (3/5 untung)Tahun Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM) Untung/(Rugi)RM %2019 - - - -2020 1,645,900 1,402,763 243,137 152021 485,000 462,092 22,908 52022 2,995,700 3,022,169 (26,469) (1)2023 4,401,510 4,300,825 100,685 2Jumlah 9,528,110 9,187,849 340,261 4Purata/tahun 1,905,622 1,837,570 68,052 44. Projek Alat-alat Ganti dan Perkhidmatan (4/5 untung)Tahun Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM) Untung/(Rugi)RM %2019 - - - -2020 2,180,125 1,172,886 1,007,239 462021 2,481,203 1,268,584 1,212,619 492022 2,565,536 1,516,488 1,049,048 412023 2,790,834 1,669,915 1,120,919 40Jumlah 10,017,698 5,627,873 4,389,825 44Purata/tahun 2,003,539 1,125,575 877,965 445. Projek Sewaan (5/5 untung)Tahun Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM) Untung/(Rugi)RM %2019 5,245,797 0 5,245,797 1002020 4,101,181 0 4,101,181 1002021 4,920,733 0 4,920,733 1002022 4,993,451 0 4,993,451 1002023 6,675,060 0 6,675,060 100Jumlah 25,936,222 0 25,936,222 100Purata/tahun 5,187,244 0 5,187,244 100
64LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditBagi menangani isu prestasi projek yang tidak konsisten dan berisiko terhadap kedudukan kewangan organisasi, audit menyarankan pelaksanaan Project Performance Governance Framework yang mewajibkan setiap projek dinilai berdasarkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kewangan dan bukan kewangan secara berkala. Audit juga mencadangkan supaya projek yang mencatat kerugian sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut dikenakan penilaian semula (reassessment) melalui kaedah cost-benefit analysis dan exit strategy sekiranya didapati tidak lagi berdaya maju. Pengurusan juga disyorkan memperkenalkan Enterprise Risk Management (ERM) untuk mengenal pasti risiko projek lebih awal serta melaksanakan strategi mitigasi secara aktif sebelum kerugian kewangan menjadi lebih kritikal. Ini termasuklah pemerkasaan fungsi audit dalaman sebagai mekanisme kawalan prestasi projek secara berterusan dan bukan hanya selepas kerugian berlaku.Kegagalan Menyeluruh Dalam Rantaian Bekalan Baja – Daripada Penyimpanan Hingga PengedaranAudit mendapati bahawa pengurusan rantaian bekalan baja di bawah tanggungjawab NAFAS berada pada tahap yang amat membimbangkan, kerana melibatkan kelemahan sistemik bermula daripada peringkat penyimpanan di gudang hingga ke proses pengedaran kepada penerima akhir. Hasil semakan audit menunjukkan bahawa sebahagian besar gudang baja tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, dengan baja disusun secara tidak teratur, tidak menggunakan palet sebagai alas, malah terdapat baja rosak yang tidak diasingkan secara sistematik. Pemerhatian audit turut mendedahkan kewujudan stok baja lama dan lapuk sejak tahun 2013, 2016 dan 2018 yang masih berada dalam stor tanpa sebarang tindakan pelupusan, sekali gus menggambarkan kelemahan ketara dalam kawalan inventori dan kegagalan pihak pengurusan memastikan aset organisasi diurus secara cekap serta mengikut piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Penilaian audit selanjutnya menunjukkan perbezaan ketara antara rekod stok dalam sistem dan stok fizikal sebenar yang disimpan di gudang, di mana perbezaan ini mencapai ribuan unit dan mendedahkan potensi berlaku kehilangan stok, salah kira, atau manipulasi rekod inventori. Kelemahan ini membuktikan bahawa kawalan dalaman terhadap pengurusan stok adalah lemah dan tidak berkesan, membuka ruang kepada risiko penyelewengan, salah guna aset serta kerugian kewangan langsung yang memberi kesan terus kepada kedudukan kewangan organisasi.Selain daripada kelemahan penyimpanan, audit turut mendapati bahawa proses pengeluaran stok dari gudang tidak mengamalkan kaedah First In First Out (FIFO), sebaliknya sebahagian gudang menggunakan kaedah Last In First Out (LIFO) yang menyebabkan baja lama terus tersimpan tanpa digunakan dan akhirnya rosak. Amalan pengurusan stok sedemikian bukan sahaja bercanggah dengan prinsip pengurusan pergudangan antarabangsa, malah menyebabkan pembaziran sumber awam secara berterusan kerana stok yang telah rosak memerlukan kos pelupusan tambahan serta tidak lagi boleh dijual atau diagihkan kepada penerima manfaat. Audit turut mengesan kelemahan dalam aspek penyelenggaraan fizikal gudang, termasuk lantai berlubang, kelembapan lantai yang menyebabkan baja mengalami kerosakan dalaman, serta sistem pengudaraan yang tidak mencukupi, menunjukkan tahap pengawasan yang longgar oleh pihak pengurusan NAFAS terhadap kontraktor gudang. Lebih membimbangkan, audit mendapati tiada rekod tindakan tegas diambil oleh pihak pengurusan terhadap kontraktor walaupun teguran telah berulang kali dikeluarkan, sekali gus menunjukkan kelemahan ketara dalam aspek penguatkuasaan kontrak dan integriti tadbir urus.
65LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Selanjutnya, audit mendapati bahawa kelemahan dalam penyimpanan stok ini memberi kesan langsung kepada kelewatan proses pengedaran baja. Berdasarkan semakan terhadap jadual penghantaran, audit mendapati kelewatan penghantaran baja berlaku secara konsisten dalam tiga musim terakhir, dengan tempoh kelewatan mencecah sehingga 56 hari daripada tarikh yang telah ditetapkan dalam kontrak. Kelewatan ini mengakibatkan pesawah tidak menerima bekalan baja dalam tempoh kritikal bagi penanaman dan pertumbuhan tanaman, sekali gus mengurangkan keberkesanan input serta menjejaskan hasil pertanian secara nasional. Lebih memburukkan keadaan, kelewatan pengedaran ini tidak disusuli dengan penguatkuasaan penalti terhadap kontraktor penghantaran, walaupun klausa kontrak secara jelas memperuntukkan tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya penghantaran tidak menepati masa. Audit mendapati bahawa ketiadaan sistem pemantauan digital seperti Just In Time(JIT) atau sistem pengesanan masa nyata telah menyebabkan kegagalan pihak pengurusan mengesan kelewatan lebih awal dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kesan berantai terhadap keseluruhan operasi pertanian negara.Secara keseluruhannya, penilaian audit menyimpulkan bahawa NAFAS telah gagal mengurus rantaian bekalan baja secara menyeluruh dan berkesan, bermula daripada kawalan stok fizikal, penyimpanan, pemantauan inventori, pengurusan kontrak gudang, sehingga ke peringkat pengedaran kepada penerima akhir. Kelemahan sistemik ini membuktikan bahawa tiada integrasi strategik dalam pelaksanaan fungsi teras organisasi, malah kegagalan pelaksanaan ini telah menjejaskan reputasi NAFAS sebagai agensi peneraju sektor input pertanian negara. Jika kelemahan ini dibiarkan berterusan tanpa pembaharuan drastik melalui pelaksanaan sistem automasi pergudangan, penguatkuasaan kontrak secara tegas serta reformasi menyeluruh dalam kawalan dalaman, organisasi akan terus berada dalam keadaan rapuh dan berisiko menghadapi kerugian kewangan yang berpanjangan serta kegagalan memenuhi mandat nasional dalam menjaga kepentingan golongan pesawah dan keselamatan makanan negara.Gudang Baja Sabahi.) Terdapat sejumlah baja yang lama dan belum dilupuskan seperti yang berikut:Gudang Baja Pengkalan Kargo Pukal Prai, Pulau Pinangi. Rekod stok gudang tidak dikemaskini dengan baik. Semasa lawatan, pihak audit hanya diperlihatkan stok bahan mentah iaitu baja DAP pukal, baja CIRP pukal dan baja MOP pukal tetapi rekod keseluruhan memaparkan stok NAFAS yang lain masih berbakiseperti yang berikut:Jenis Stok TahunPembekalan20162018Jumlah65 botol716 botol0102Racun Tepat 5LRacun CoronJenis Stok Baki Sistem (pcs)23,500118,978Tarikh Kemaskini Terakhir28.04.202528.04.20250102Beg SebatianBeg SebatianPSEB0120LMIN
66LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)ii. Stok Pukaliii. Stok Begi.) Terdapat sejumlah baja yang lama dan belum dilupuskan seperti yang berikut:Tempoh Pengedaran BajaPengedaran baja tidak mengikut perjanjian kontrak dalam tiga (3) musim terakhir, menyebabkan kelewatan penghantaran dan kesan negatif terhadap operasi.i. Baja Urea Bil. Musim No. PesananTarikh Pesanan Baja Tarikh Keperluan BajaTarikh Penghantaran BajaTempoh (hari) 1. 2/2024 A127811 07.10.2024 15.11.2024 20.12.2024 (22)2. 1/2024 A4188081 22.02.2024 04.04.2024 06.06.2024 (56)3. 2/2023 A188308 04.09.2023 08.11.2023 20.11.2023 (13)ii. Baja NPKBil. Musim No. PesananTarikh Pesanan Baja Tarikh Keperluan BajaTarikh Penghantaran BajaTempoh (hari)1. 2/2024 A384780 20.10.2024 19.01.2025 28.12.2024 (20)2. 1/2024 A188357 03.03.2024 12.05.2024 22.06.2024 (43)3. 2/2023 A184308 07.08.2023 22.09.2023 14.09.2023 9Jenis Stok Baki Sistem (MT) Tarikh Kemaskini Terakhir3,501.71 28.04.2025 01 MOP (NAFAS)222.63 28.04.2025 02 DAP33.98 28.04.2025 03 Urea Granul NFS17.80 28.04.2025 04 PRP 4.74 28.04.2025 05 MAPJenis StokKod BajaPSCP0120LMINPSCP0120LMGSTahun Pembekalan Jumlah2013Baja Padi 1 - 20 kg 201775 beg491 beg2017 791 begJUMLAH 1,357 beg
67LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Perbezaan Baki Stok FizikalTerdapat perbezaan antara baki stok fizikal dan rekod buku stok, berkemungkinan disebabkan baja rosak yang tidak dikira dengan betul.i. Gudang Baja SarawakJenis Baja Baki di Buku Stok(beg)Baki fizikal Sebenar(beg)Lebihan/ Kurangan(beg)Sebatian 70,432 58,507 12,025Urea 6,285 1,952 4,333NPK 14,839 8,993 5,846ii. Gudang di Pengkalan Kargo Pukal, Prai, Pulau PinangJenis Stok Nama StokBaki pada Stok Kad(MT)Baki Fizikal Sebenar(beg)Lebihan/ Kurangan(beg)1. Bahan MentahMOP 50 kg Tiada Stok Kad 0 -DAP 50 kg 59.46 MT 0 Tidak Dapat DipastikanMAP 50 kg Tiada Stok Kad 0 -DAP 20 kg 0 0 -Jenis Stok Nama StokBaki pada Stok Kad(MT)Baki Fizikal Sebenar(beg)Lebihan/ Kurangan(beg)1. PukalCIRP 2,348.70 MT Tidak dinilai* -MOP 3,501.88 MT Tidak dinilai* -DAP 256.63 MT Tidak dinilai* -Urea Granul Tiada Stok Kad 0 MT -PRP Tiada Stok Kad 0 MT -MAP 0 MT 0 MT -
68LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Keadaan susunan stok baja di Gudang Baja Sarawak
69LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)
70LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)
71LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditSehubungan dengan kegagalan sistemik dalam pengurusan stok dan kelewatan pengedaran baja, audit menyarankan pelaksanaan Integrated Fertilizer Supply Chain Management System yang merangkumi automasi pergudangan, pemantauan stok masa nyata (real-time inventory tracking) serta penggunaan sistem First In First Out (FIFO) sebagai SOP wajib dengan pengesanan digital. Audit turut mengesyorkan NAFAS memperkenalkan sistem amaran awal bagi pengesanan stok lapuk, pemantauan kualiti secara berkala dan pelupusan terancang bagi mengelakkan kerugian berulang. Bagi menangani kelemahan pengedaran, audit menegaskan supaya klausa penalti kontrak dikuatkuasakan secara tegas terhadap kontraktor penghantaran yang gagal mematuhi tempoh kontrak. Untuk mengukuhkan kawalan operasi, audit mencadangkan penubuhan Unit Pemantauan Logistik Nasional di bawah NAFAS yang bertanggungjawab memastikan penghantaran input pertanian dilaksanakan tepat masa demi menjamin kelangsungan pengeluaran makanan negara.Kelemahan Dokumentasi Perjanjian, Lesen Dan PermitAudit mendapati bahawa pengurusan dokumentasi perjanjian, lesen dan permit di bawah tanggungjawab NAFAS tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur sebagaimana yang ditetapkan dalam prosedur tadbir urus korporat. Hasil semakan audit menunjukkan bahawa sebahagian besar perjanjian projek ekonomi tidak lengkap, malah terdapat perjanjian yang tidak mempunyai tandatangan sah pihak berkaitan, tidak disetem hasil, serta tidak menyatakan tempoh sah kuasa atau tarikh kuat kuasa yang jelas. Kegagalan ini bukan sahaja menjejaskan kesahan undang-undang sesuatu perjanjian, tetapi turut membuka ruang kepada pertikaian kontraktual, kelewatan pelaksanaan projek, serta risiko kerugian kewangan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terma oleh pihak ketiga. Penilaian audit mendapati kelemahan ini berpunca daripada ketiadaan sistem kawalan dokumen yang berpusat, di mana penyimpanan dokumen kontrak tidak dikawal melalui pangkalan data rasmi, menyebabkan dokumen perjanjian disimpan secara berasingan dan tidak dapat dijejaki dengan cepat apabila diperlukan.Hasil semakan audit lanjut mendapati kelemahan yang sama turut berlaku dalam aspek pengurusan lesen dan permit operasi, di mana sebahagian besar lesen penting telah tamat tempoh tanpa pembaharuan yang sewajarnya. Sebagai contoh, lesen perakuan bomba bagi premis NAFAS Mall telah tamat pada 15 Disember 2022, manakala pelan keselamatan bangunan belum dikemas kini mengikut struktur terkini selepas penilaian semula oleh pihak berkuasa tempatan. Keadaan ini menunjukkan bahawa NAFAS tidak mempunyai mekanisme peringatan automatik atau sistem semakan berkala untuk memastikan semua lesen dan permit diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan. Kelemahan ini telah meningkatkan risiko ketidakpatuhan terhadap undang-undang tempatan dan meletakkan organisasi dalam kedudukan liabiliti sekiranya berlaku kejadian yang melibatkan keselamatan atau kebakaran di premis milik NAFAS. Penilaian audit turut menunjukkan kelewatan melampau dalam pelantikan perunding teknikal bagi mendapatkan kelulusan pelan struktur dan pelan bomba baharu, menggambarkan kelemahan dalam penyelarasan antara jabatan dalaman dan agensi luaran.
72LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Audit juga mendapati bahawa kelewatan dan ketidaklengkapan dokumen ini telah menjejaskan keupayaan NAFAS untuk mengesahkan kesahan pelaksanaan projek secara menyeluruh. Terdapat perjanjian sewaan tanah yang dilanjutkan tanpa kelulusan Jawatankuasa Perolehan seperti yang dikehendaki oleh peraturan organisasi, manakala dokumen sokongan seperti minit mesyuarat dan surat lantikan kontraktor gagal dikemukakan kepada pihak audit. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa aspek kawalan dalaman terhadap dokumentasi projek masih berada pada tahap yang lemah dan tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh pihak pengurusan tertinggi. Kelemahan dalam pematuhan dokumentasi ini turut menjejaskan kredibiliti NAFAS sebagai agensi pelaksana nasional yang sepatutnya mematuhi prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam setiap urusan kontraktual.Secara keseluruhannya, audit menyimpulkan bahawa kelemahan dalam pengurusan dokumentasi perjanjian, lesen dan permit ini telah mewujudkan risiko operasi dan undangundang yang tinggi kepada NAFAS. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan pelaksanaan projek, malah membuka ruang kepada kerugian akibat pelanggaran kontrak serta kegagalan mematuhi keperluan perundangan. Sekiranya kelemahan ini tidak diperbetulkan segera melalui pelaksanaan sistem pengurusan dokumen digital berpusat, penetapan tanggungjawab yang jelas antara jabatan, serta penguatkuasaan audit dalaman terhadap pematuhan lesen dan permit, organisasi akan terus terdedah kepada risiko reputasi, kehilangan kepercayaan pihak berkepentingan, dan potensi tindakan undang-undang yang boleh menjejaskan kedudukan serta imej institusi pada masa hadapan.Dokumen Perjanjian Projeki. Perjanjian projek ekonomi tidak lengkap dan tidak memenuhi semua kriteria penting, termasuk tandatangan, setem hasil atau tempoh sahii.01 NAFAS Estate Sdn BhdLadang Lembah BeriahKriteriaSewaan TanahPertanianTempohDari - Hingga01.01.2023 31.12.202402 NAFAS Estate Sdn BhdLadang Sg. SeraiNama Penyewa/ Rakan UsahasamaNama Penyewa/ Rakan Usahasama01 Perakuan BombaNAFAS MALLTempohDari - Hingga16.12.2021 15.12.2022Lesen / Cukai Jalan
73LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Syor JuruauditAudit menyarankan supaya NAFAS mewujudkan Pusat Repositori Digital Perundangan yang menyimpan semua perjanjian, permit dan lesen berstatus sah, lengkap dengan tarikh kuat kuasa, tarikh tamat dan amaran automatik bagi pembaharuan. Semua kontrak hendaklah disemak oleh perunding undang-undang bertauliah dan dimeterai mengikut Akta Setem bagi mengelakkan tuntutan undang-undang pada masa hadapan. Selain itu, audit mencadangkan supaya penilaian kepatuhan undang-undang (legal compliance audit) dilaksanakan secara tahunan, dengan laporan dikemukakan terus kepada AJP bagi memastikan tidak berlaku lagi kelewatan pembaharuan permit yang boleh menyebabkan risiko penutupan operasi atau penalti oleh pihak berkuasa.Kegagalan Membangunkan Modal Insan Dan Pengurusan Pengetahuan Dalam Pelaksanaan ProjekAudit mendapati bahawa pembangunan modal insan dalam pelaksanaan projek ekonomi di bawah NAFAS berada pada tahap yang tidak memuaskan dan tidak sejajar dengan keperluan strategik organisasi sebagai entiti peneraju sektor agroindustri negara. Hasil semakan audit menunjukkan bahawa pelaksanaan Projek Tanaman Kelapa telah dimulakan tanpa sebarang latihan praktikal diberikan kepada pekerja, walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik dalam bidang berkaitan. Kegagalan menyediakan latihan teknikal dan latihan lapangan yang komprehensif ini menggambarkan bahawa pengurusan projek tidak menitikberatkan keperluan pembangunan kompetensi operasi, sekali gus mendedahkan projek kepada risiko kegagalan pelaksanaan akibat kekurangan kemahiran di peringkat pelaksana utama. Penilaian audit turut menunjukkan bahawa keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan pembangunan kapasiti yang terancang serta tiada modul latihan khusus yang dijadikan syarat wajib sebelum sesuatu projek dilaksanakan.Hasil semakan audit lanjut mendapati bahawa walaupun terdapat lawatan kerja ke projek luar yang berkaitan, tiada dokumentasi rasmi yang direkodkan untuk menunjukkan hasil pembelajaran atau pemindahan teknologi yang diperoleh daripada lawatan tersebut. Tiada bukti laporan impak, resolusi pembelajaran atau penambahbaikan yang dilaksanakan selepas lawatan dilakukan. Keadaan ini menjelaskan bahawa aktiviti lawatan kerja hanya dilaksanakan sebagai prosedur formal semata-mata tanpa objektif strategik yang jelas untuk meningkatkan keupayaan organisasi atau menambahbaik proses sedia ada. Audit merumuskan bahawa kegagalan merekod, menilai dan mengaplikasikan pengetahuan daripada lawatan kerja menunjukkan kelemahan serius dalam pengurusan ilmu (knowledge management), yang merupakan teras utama kepada kesinambungan dan kemajuan jangka panjang organisasi.Audit turut mendedahkan bahawa kelemahan dalam aspek pembangunan modal insan ini telah memberi kesan langsung terhadap prestasi projek dan tahap kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi cabaran operasi sebenar. Ketiadaan latihan yang tersusun telah menyebabkan pekerja terpaksa melaksanakan tugas berdasarkan pengalaman sendiri tanpa panduan teknikal yang seragam, sekali gus menjejaskan kualiti pelaksanaan projek dan meningkatkan risiko kesilapan secara berulang. Selain itu, ketiadaan pemantauan terhadap kecekapan tenaga kerja menyebabkan kegagalan organisasi menilai tahap keberkesanan pelaksanaan projek secara menyeluruh, serta gagal mengenalpasti jurang kompetensi yang perlu ditangani bagi meningkatkan prestasi masa hadapan.
74LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Secara keseluruhannya, audit menyimpulkan bahawa kelemahan dalam pembangunan modal insan dan pengurusan pengetahuan ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan operasi projek semasa, malah berpotensi melemahkan daya tahan organisasi dalam jangka panjang. Sekiranya kelemahan ini tidak ditangani secara serius melalui pelaksanaan latihan menyeluruh, pengenalan modul pembangunan berterusan dan sistem dokumentasi ilmu secara sistematik, NAFAS akan terus beroperasi dalam keadaan reaktif dan bukannya proaktif, serta akan kehilangan keupayaan untuk bersaing dan berkembang sebagai institusi strategik yang menyokong agenda keselamatan makanan negara.Syor JuruauditBagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek dan kesinambungan keupayaan organisasi, audit mencadangkan agar NAFAS memperkenalkan Program Latihan Mandatori Pra-Pelaksanaan (Pre-Implementation Mandatory Training) bagi semua projek baharu, merangkumi latihan teknikal, latihan lapangan dan simulasi risiko pelaksanaan. Audit juga mengesyorkan supaya setiap lawatan kerja diwajibkan menghasilkan laporan impak, cadangan penambahbaikan dan rekod pemindahan ilmu yang perlu dibentangkan kepada jawatankuasa pengurusan untuk tujuan pelaksanaan susulan. Sebagai langkah jangka panjang, audit menyarankan penubuhan Pusat Kecemerlangan Agro (Agro Centre of Excellence) yang berfungsi sebagai platform latihan berterusan, penyelidikan amalan terbaik dan arkib pengetahuan korporat yang boleh diakses oleh semua cawangan NAFAS.
75LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)PENGURUSAN TEKNOLOGISistem Perakaunan NAFAS Gagal DidaftarkanSistem Perakaunan NAFAS iaitu NAFAS Accounting Financial System (NAFSV5) tidak didaftarkan dengan Bahagian Pendaftar Pertubuhan Peladang. Sebarang penggunaan sistem perakaunan di Pertubuhan Peladang perlu berdaftar dengan bahagian ini merujuk kepada Arahan Pendaftar 1.1.2 Pengurusan Operasi Pertubuhan Peladang - Lampiran E: Pengurusan Penggunaan Sistem Perakaunan Berkomputer Pertubuhan Peladang.Syor JuruauditSistem NAFSV5 perlu didaftarkan dengan segera bagi memastikan bahawa sistem tersebut selaras dengan undang-undang dan polisi yang ditetapkan serta memudahkan pemantauan dan pengawasan oleh pihak berkuasa.Keperluan Mewujudkan Perwakilan Kuasa Bagi Pentadbir dan Pengguna Sistem Diabaikan SepenuhnyaNAFAS tidak mewujudkan perwakilan kuasa kepada pentadbir sistem (system admin) dan pengguna sistem (user). Perwakilan kuasa penting terutama bagi menentukan had-had akses dalam sistem perakaunan. Kawalan akses penting bagi mengelakkan salahguna sistem tersebut.Syor JuruauditMewujudkan perwakilan kuasa dengan kadar segera (kelulusan Mesyuarat AJP) bagi mengawal akses kepada individu yang tidak berkepentingan dan memastikan setiap akses diselia oleh individu yang bertanggungjawab. Kegagalan mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) atau Manual Rasmi bagi Sistem NAFSV5Pihak NAFAS tidak mewujudkan satu rujukan rasmi dalam bentuk SOP atau manual bagi pengurusan sistem NAFSV5. SOP atau manual merupakan bahan rujukan utama untuk setiap pekerja yang menggunakan sistem perakaunan.Syor JuruauditKerjasama dan tindakan dari pihak pembangun (developer) sistem untuk menyediakan satu manual khusus berkaitan pengurusan sistem yang merangkumi tatacara pendaftaran/pembatalan pengguna, senarai had-had akses yang terdapat di dalam sistem dan tindakan salinan data.
76LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Sebahagian Komputer Terdedah Kepada Ancaman Siber Kerana Kegagalan Memasang AntivirusSebahagian komputer dan komputer riba tidak dilengkapkan dengan antivirus.Syor JuruauditMemastikan bahawa setiap komputer dipasang dengan perisian antivirus yang sah dan dikemaskini secara berkala. Antivirus berfungsi melindungi ancaman seperti virus, malware dan ransomware. Tanpa perlindungan antivirus, komputer menjadi sasaran mudah untuk serangan siber yang boleh mengancam keselamatan data seperti kebocoran data.Komputer (21)Komputer Riba (30)Komputer (12)Komputer Riba (9)KomputerPanda Adaptive Defense360AntivirusTIADAAsliTIADAStatus
77LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)LAPORAN PENGAUDITAN KEWANGANPERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)1. ISU PEROLEHANa) PELANTIKAN KONTRAKTOR JAMBATAN TIMBANG SECARA LANTIKAN TERUS DAN PEMBINAAN TANPA KELULUSAN PENDAFTARPada tahun semasa NAFAS telah merekodkan aset bagi pembinaan jambatan timbang RM407,739.26 di Sungai Karap, Miri, Sarawak melalui JV0240233 bertarikh 01/11/2024. Walau bagaimanapun, tiada kelulusan Pendaftar dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah diperlihat. Permohonan pembelian diterima oleh Bahagian Perolehan pada 7 Februari 2022 dengan anggaran Jabatan RM300,000. NAFAS telah menerima 10 syarikat pembida tetapi hanya 7 pembida yang terlibat dalam lawatan tapak. Berdasarkan Laporan Perbandingan Harga oleh Bahagian Perolehan pada 6 April 2022, terdapat 4 syarikat yang terlibat dalam perbandingan akhir dan kemudiannya dicadangkan kepada Guardian Weighing Sdn. Bhd. (P1) dengan nilai RM222,350. Pada 16 April 2022, NAFAS telah membuat jemputan kepada Guardian Weighing Sdn. Bhd. bagi Mesyuarat Pra Anugerah yang diadakan pada 20 April 2022 bertempat di Ibu Pejabat NAFAS. Namun mesyuarat tersebut telah ditangguhkan dan pelantikan kontraktor dibatalkan atas sebab harga melebihi anggaran Jabatan berdasarkan memo NAFAS/KPSUB/LDG/MEMO/ 001.Jld4(07)2022 bertarikh 9 Mei 2022. Pada 19 Mei 2022, Wangsa Indah Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai kontraktor pembinaan tersebut melalui kontrak NAFAS/BPK2022/N03/52 bernilai RM564,130. Semakan audit mendapati terdapat surat harga oleh Wangsa Indah dengan rujukan OC 11809 bertarikh 21 Mac 2022. Walau bagaimanapun, NAFAS telah mengeluarkan notis penangguhan kerjakerja berdasarkan surat NAFAS/BPK2022/S01/139 bertarikh 20 September 2022. Pada 11 Mac 2024, NAFAS telah membuat tawaran penyelesaian kerja kepada Wangsa Indah Sdn. Bhd. berdasarkan surat NAFAS/BPK2024/S03/42 dengan nilai kontrak RM407,739.26. Laporan Pemeriksaan Alat Timbang dan Sukat di bawah Peraturan-peraturan Timbang dan Sukat 1981 oleh Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. menyatakan penimbang tersebut lulus untuk digunakan. Walau bagaimanapun, nama kontraktor pembaikan bukannya Wangsa Indah Sdn. Bhd.. akan tetapi L.A.K Weighing System Sdn. Bhd. iaitu salah satu pembida awal tahun 2022 yang tidak berjaya dipilih. 222,350Guardian Weighing Sdn Bhd (P1)Syarikat Perusahan BT Sdn Bhd (P2)Layun Enterprise Sdn Bhd (P3)L.A.K. Weighing System Sdn Bhd (P4)237,410 300,000688,000342,000Anggaran Jabatan (RM) Nilai (RM)
78LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Audit berpandangan bahawa perolehan pembelian aset jambatan timbang adalah meragukan dan pelantikan secara terus adalah melanggar kaedah perolehan NAFAS. Selain itu, NAFAS didapati telah melanggar Peraturan 55 (c), Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983 kerana tiada kelulusan Pendaftar diperolehi bagi pembinaan aset ini yang telah melebihi nilai ambang RM200,000.Pihak NAFAS juga memaklumkan kelulusan Pendaftar bagi pembangunan tanah Ladang Sungai Karap telah diperolehi berdasarkan surat kelulusan LPP(B)NFO.3 Jld.25(5) bertarikh 30 Mac 2021. NAFAS memaklumkan telah mengubah skop kelulusan daripada Garaj Traktor serta platform pengumpulan BTS kepada Jambatan Timbang tanpa memaklumkan kepada pihak Pendaftar.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memperkukuh kawalan dalaman perolehan dengan memastikan kelulusan Ahli Jemaah Pengarah dan Pendaftar diperoleh terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Sebarang perubahan skop berbanding kelulusan asal yang diterima perlu dimaklumkan semula.Pihak NAFAS juga hendaklah memastikan pemilihan kontraktor dibuat secara telus mengikut prosedur sedia ada serta mematuhi anggaran jabatan bagi mengelakkan sebarang pertikaian pada masa hadapan. Pelaksanaan perolehan yang menimbulkan keraguan perlu disiasat dengan lebih mendalam bagi memastikan tiada unsur salah guna kuasa. Sekiranya terbukti berlaku pelanggaran tatakelola, tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai NAFAS yang terlibat.b) PEROLEHAN SECARA DARURAT DAN KECEMASANSemakan audit mendapati, terdapat banyak perolehan yang dibuat dalam tahun 2024 yang dibuat secara runding terus / ‘Single Source’ menggunakan Klausa 3.0 ‘DARURAT Dan KECEMASAN’ dalam Proses dan Tatacara Perolehan.Berdasarkan maklumbalas yang diterima, perolehan di bawah klausa ini adalah bagi perolehan yang perlu dibuat segera, kecemasan, kerja tersebut hanya boleh dibuat oleh 1 kontraktor/pembekal sahaja, kontrak sedia ada masih sah dan kerja yang diperlukan bukan bersifat jangka panjang. Kelulusan perolehan ini boleh dibuat tanpa perlu melalui kaedah perolehan biasa dan tanpa nilai had. Pemohon juga dibenar untuk menghantar permohonan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh pembekalan diperlukan.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah meminda klausa berkaitan dalam kaedah perolehan sedia ada bagi memastikan proses perolehan dijalankan secara telus dan mengelakkan sebarang pertikaian pada masa hadapan.
79LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)c) KAEDAH PEROLEHAN TIDAK DIDAFTARKANSemakan audit mendapati, Kaedah Perolehan NAFAS yang sedang digunapakai No. Dokumen KKP-P-STD-001 bertarikh 1 Disember 2020 masih tiada kelulusan Pendaftar. Kaedah ini hanya dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Bil. 11/2020 bertarikh 26 November 2020 untuk Kaedah Perolehan No. Versi 03. Pihak audit berpandangan, NAFAS perlu menyemak Arahan Pendaftar 4.1.7 yang terkini dan mendaftar Kaedah Perolehan kepada Pendaftar dengan segera.Pihak NAFAS memaklumkan pemakaian Arahan Pendaftar 4.1.7 telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Pentadbir NAFAS Bil. 7/2025 pada 18 Jun 2025. Sehubungan itu, penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perolehan NAFAS sedang dilaksanakan selaras dengan keperluan Arahan Pendaftar tersebut. Dokumen SOP yang telah diperkemas akan dibentangkan untuk kelulusan di peringkat Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah atau Mesyuarat Pentadbir NAFAS (mengikut kuasa melulus) sebelum dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar bagi kelulusan pemakaian.SYOR JURUAUDITNAFAS hendaklah menyegerakan perkara ini memandangkan nilai urus niaga dan perolehan NAFAS adalah tinggi dan signifikan.d) PELANTIKAN KONTRAKTOR BAGI KERJA PEMBERSIHAN SECARA BULANANSemakan mendapati, NAFAS telah melantik Koperasi Warga NAFAS (KOWARNA) sebagai kontraktor pembersihan bagi Ibu Pejabat NAFAS dan Subang berdasarkan kod akaun Penyelenggaran Bangunan dengan jumlah RM531,993 bagi tahun 2024. Walau bagaimanapun, tiada kontrak diperlihat selain pesanan belian secara bulanan. Semasa mesyuarat penutup audit interim, NAFAS memaklumkan kontrak pembersihan tersebut telah tamat tempoh dan dibawa ke Jawatakuasa bagi pembaharuan kontrak. Walau bagaimanapun, Jawatakuasa memerlukan 2 kontraktor lain bagi tujuan perbandingan. Oleh yang demikian lantikan setiap bulan dibuat dan tiada perbandingan harga dibuat sehingga dibawa ke Jawatankuasa.Pihak Audit berpandangan perkara ini perlu dibuat mengikut kaedah perolehan yang sedang diguna pakai memandangkan kerja pembersihan adalah bersifat tetap dan boleh dirancang.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memastikan setiap tindakan yang diambil adalah selaras dengan kaedah perolehan. Sebarang kecuaian atau kesilapan menggambarkan kelemahan dalam pengurusan perolehan NAFAS.
80LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)e) SEMAKAN PEROLEHAN TANPA MAKLUMAT LENGKAPSemakan atas beberapa pesanan belian rundingan terus / ‘single source’ mendapati, selain daripada dokumen permohonan belian daripada pemohon, tiada dokumen lain yang menyokong keperluan pembelian tersebut seperti minit arahan, surat program dan lain-lain yang berkaitan terutama pembekalan bagi Kumpulan Bahagian Korporat. Selain itu, Bahagian Perolehan NAFAS juga tidak dimaklumkan mengenai bajet atau peruntukan yang ada di setiap Bahagian.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memperkemas perkara ini dengan segera.2. KETIADAAN KAEDAH, KELULUSAN PENDAFTAR DAN KETIDAKPATUHAN ARAHAN PENDAFTARa) PENGGUNAAN KEMUDAHAN PERDAGANGAN (TRADE FACILITY) DI AGROBANK TANPA KELULUSAN PENDAFTARSemakan audit mendapati, tiada kelulusan Pendaftar atas kemudahan perdagangan yang diperoleh daripada Agrobank. Baki kemudahan perdagangan pada 31 Disember 2024 adalah sebanyak RM86,054,644. Pendaftar melalui surat LPP(B)NFO.3Jld.35(40) bertarikh 22 April 2024 memaklumkan tidak menggalakkan NAFAS untuk menambah kemudahan pembiayaan perdagangan selaras dengan Arahan Eksekutif dan Perintah Khas Menteri di bawah Subseksyen 9(1) Akta 110 dan Subseksyen 27(2) Akta 109 berkenaan pemantapan tatakelola NAFAS.Pihak audit berpandangan, NAFAS telah gagal mematuhi Peraturan 58(2) Peraturanperaturan Pertubuhan Peladang 1983 bagi had kuasa pinjaman luar, yang menetapkan bahawa sebarang pinjaman luar oleh Pertubuhan Peladang hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar. Pihak NAFAS memaklumkan, pada tahun 2023 NAFAS telah menghantar permohonan kepada Pendaftar untuk kemudahan perdagangan daripada 2 bank iaitu CIMB Islamic Bank dan Agrobank. Walau bagaimanapun, hanya kemudahan perbankan daripada CIMB Islamic Bank Berhad telah diluluskan berdasarkan surat kelulusan Pendaftar LPP (B)NFO.3Jld. 35(24) bertarikh 22 Disember 2023. NAFAS memaklumkan pada tahun 2024, kedudukan tunai NAFAS sangat kritikal dan sangat memerlukan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank tersebut bagi membolehkan NAFAS meneruskan operasi pembelian bahan mentah untuk pembuatan baja.
81LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memastikan kelulusan Pendaftar perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan perdagangan baru dengan mana-mana bank selaras dengan perundangan Pertubuhan Peladang yang berkuatkuasa. b) PENINGKATAN KADAR CARUMAN MAJIKAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) TANPA KELULUSAN PENDAFTAR Semakan audit atas pembayaran KWSP caruman majikan mendapati NAFAS telah menggunakan caruman KWSP Fleksibel bagi menggantikan faedah persaraan dan perkhidmatan persaraan berdasarkan kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Bil. 1/2021 pada 18 Oktober 2021 di mana kadar caruman adalah mengikut tempoh perkhidmatan seperti yang berikut:Pihak audit berpandangan sebarang perubahan pembayaran perlu mendapat kelulusan Pendaftar terlebih dahulu bersama skim personel pekerja NAFAS. Pihak audit tidak dapat menentukan punca kuasa sebenar perubahan caruman majikan bagi KWSP.Pihak NAFAS memaklumkan berdasarkan kajian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik, kaedah KWSP fleksibel memberi lebih penjimatan berbanding menggunakan kaedah tabung persaraan anggota sebelum ini. Walau bagaimanapun, perubahan yang telah dilakukan akan dikekalkan bagi pekerja yang sedang bekerja. Sebarang perubahan mengikut skim lama adalah tertakluk kepada pekerja baru sehingga skim pekerja baru diluluskan Pendaftar.SYOR JURUAUDITPihak Audit mengambil maklum perkara tersebut. Walau bagaimanapun, pembayaran gratuiti pada tahun 2022 kepada pekerja sebelum tempoh persaraan dan yang tidak selaras dengan skim pekerja masih dianggap satu kesalahan. c) KETIADAAN PUNCA KUASA PENGGUNAAN TABUNG MAFI SELEPAS PENGGANTUNGAN NAFASSemakan audit mendapati penghutang WJS024 ‘Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia’ berbaki kredit RM6,450,390 pada 31 Disember 2024. Semasa semakan audit akhir, didapati terdapat pengunaan sebanyak RM7,493 selepas bulan Oktober 2024 walaupun pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan serta-merta penggunaan baki akaun tersebut berkuat kuasa pada 25 Oktober 2024 melalui surat LPP(B)0.27/7.41 Jld.4(39) dan Jld.4(40) bertarikh 9 April 2025. Genap Tempoh Perkhidmatan0-5 Tahun 13%>5-10 Tahun 15%>10-15 Tahun 17%>15-20 Tahun 19%>20 Tahun 21%Kadar Caruman Fleksibel
82LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Berdasarkan surat LPP(B)0.20/7.4(40) bertarikh 9 April 2025 kepada Pengurus Besar NAFAS, Pengurus Besar NAFAS diminta memberi penjelasan berhubung punca kuasa atas penggunaan akaun tersebut sepanjang penggantungan NAFAS. Semakan lanjut juga mendapati, perkara ini berkait dengan tajuk “Prepayment MOA” (kod akaun 316-01-99) yang berjumlah RM65,327.63 pada 31 Disember 2024. Akaun tersebut digunakan untuk merekod bayaran yang sebelum ini direkod menggunakan kod WJS024 seperti elaun bulanan pegawai khas YB Menteri, tuntutan perbatuan dan perjalanan dan pembayaran tiket kapal terbang. Pihak NAFAS memaklumkan bahawa pelarasan akaun ini akan dibuat dalam tahun kewangan 2025.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah menyegerakan penyelesaian baki akaun berkenaan dengan pihak Kementerian bagi memastikan ketelusan dan rekod kewangan. Pengurus Besar juga hendaklah memberikan penjelasan mengenai punca kuasa perbelanjaan dengan kadar segera untuk tujuan pengesahan dan pematuhan tatakelola kewangan.d) PENGGUNAAN KAEDAH PINJAMAN KOMPUTER TANPA KELULUSAN PENDAFTARSemakan mendapati, pada tahun 2024 NAFAS telah memberi pinjaman komputer kepada kakitangan berjumlah RM8,200 pada tahun 2024. Pinjaman Komputer yang diberikan ini adalah mengikut Kaedah/Prosedur Pinjaman Komputer berdasarkan kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Bil. 4/2013.Pihak audit berpandangan kaedah pinjaman komputer kepada kakitangan perlu diluluskan oleh Pendaftar sebelum pelaksanaan. Sebarang kerugian yang ditanggung akibat pemberian pinjaman sebelum kaedah diluluskan oleh Pendaftar perlu ditanggung oleh pengurusan NAFAS.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memastikan bahawa sebarang pemberian pinjaman baru perlu ditangguhkan sementara dan dilaksanakan selepas kelulusan Pendaftar diperoleh. e) PENURUNAN KUASA KELULUSAN PEMBAYARAN KUMPULAN WANG AHLI TIDAK DIBUAT SETIAP TAHUNSemakan audit mendapati NAFAS telah membuat penurunan kuasa bagi kelulusan pengunaan kumpulan wang berdasarkan Minit Mesyuarat AJP Bil. 10/2023 bagi had pembayaran tunai kepada Pengurus Besar berjumlah RM5,000 manakala nilai RM5,001 hingga RM50,000 perlu diluluskan bersama oleh Pengurus Besar dan Pengerusi.Pihak audit berpandangan, penurunan kuasa ini tidak mematuhi Perkara 5.7, Pekeliling Pendaftar Bil. 1/2007 Proses Perwakilan Kuasa Menandatangani Dokumen Terkawal dan Pengendalian Tunai PP. Proses perwakilan kuasa ini hendaklah dilaksanakan dan diperbaharui pada setiap tahun oleh Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah yang pertama pada tahun berkenaan.
83LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah membawa semula pembayaran sumbangan melalui Tabung Kumpulan Wang untuk dibentangkan dan dimaklumkan dalam Jawatankuasa Kumpulan Wang. Langkah ini dapat mengelakkan sebarang pertikaian berhubung kelulusan oleh Pengurus Besar pada masa hadapan. 3. KELEMAHAN PENGURUSAN ASETa) NAFAS TIDAK MENGGUNAKAN BUKU DAFTAR ASET TETAPSemakan audit mendapati, NAFAS tidak menggunakan Buku Daftar Aset Tetap untuk merekod aset-aset di NAFAS. Merujuk kepada AP Bil. 1/2018, MPQ PK-PA-02 Sistem Merekod Harta Tetap, Pertubuhan Peladang bertanggungjawab merekod butir-butir dokumen asas yang diterima semasa pembelian harta ke dalam Buku Daftar Aset Tetap dan mengekalkan buku tersebut pada sepanjang masa di Pejabat Pertubuhan Peladang. Buat masa ini senarai aset direkod menggunakan sistem perakaunan NFSV5.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mematuhi arahan ini dengan menyediakan Buku Daftar Harta Tetap bagi merekod semua aset yang dimiliki. Sebarang pengecualian daripada penggunaan buku daftar aset hanya boleh dibuat setelah memperoleh kelulusan daripada Pejabat Pendaftar.b) ASET ROSAK YANG BELUM DILUPUSKANSemakan bagi tahun kewangan 2023 mendapati, terdapat 67 aset Perkakasan Komputer telah rosak. Walau bagaimanapun, bagi aset yang dikawal selia oleh Bahagian Pentadbiran, terdapat peralatan yang rosak/tidak ekonomik sedang dalam proses pelupusan tetapi tindakan merekod belum dijalankan dan Bahagian Pentadbiran telah membuat pengasingan lokasi aset. Berdasarkan maklum balas NAFAS dalam Mesyuarat Penutup Audit Interim, proses pelupusan ini tertangguh disebabkan oleh penggantungan Perlembagaan NAFAS dan juga pelaksanaan terbaru AP 1.1.3 Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa di Pertubuhan Peladang. Semakan ketika audit akhir mendapati NAFAS masih belum membawa perkara ini untuk makluman Mesyuarat Pentadbir.Pihak NAFAS perlu membawa perkara ini ke Mesyuarat Pentadbir bagi tujuan pelupusan aset tersebut. Selain itu, kelewatan dalam pelupusan aset rosak menunjukkan kelemahan kawalan dalaman dalam pengurusan aset tetap. Pihak NAFAS memaklumkan akan mula melaksanakan proses pemutihan yang menyeluruh dan akan mengikut proses pelupusan mengikut tatacara yang ditetapkan. Jawatankuasa Pelupusan NAFAS ditubuhkan pada 18 Jun 2025 melalui Mesyuarat Pentadbir NAFAS Bil. 7/2025.
84LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah menyegerakan proses pelupusan aset tersebut kerana keadaan ini menyebabkan nilai aset dilaporkan lebih tinggi daripada nilai aset sebenar NAFAS.c) PENGIKTIRAFAN ASET DI BAWAH NILAI DITETAPKANMerujuk kepada keputusan Mesyuarat AJP Bil. 9/2020, NAFAS telah menetapkan had nilai aset berjumlah RM2,000. Semakan audit mendapati, pada tahun semasa masih terdapat pembelian aset bernilai kurang RM2,000 direkod di dalam daftar aset NAFAS seperti yang berikut: SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mematuhi had nilai aset yang ditetapkan. Jika nilaian yang ditetapkan adalah tidak sesuai maka had nilai baru wajar disemak semula.d) KAEDAH MEREKOD ASET YANG TIDAK JELASSemakan atas senarai aset tetap dalam sistem NFSV5 mendapati aset tetap direkod berdasarkan nilai keseluruhan Pesanan Belian (Purchase Order) yang mengandungi pelbagai jenis item. Oleh yang demikian, daftar aset tidak menunjukkan nama aset sebenar kerana ianya adalah butiran pesanan belian. Sebagai contoh, merujuk kod aset A01444, Pendingin Hawa direkod sebagai ‘Membekal dan memasang alat penghawa dingin’. Selain itu, aset juga tidak direkod mengikut pecahan bilangan unit pembelian. NILAI UNIT (RM)JUMLAH RM 8,770ITEM UNIT JUMLAH (RM)HP CLI PRO MFP M182NPPK KLANGLOGITECH TOUCH KEYBOARDUSB MOUSE – LOGITECHBOSCH LASER MEASURE GLM 100-25PROFESSIONAL LASER DISTANCESAMSUNG 500GB SATAIII SSDSONY ICD-UX570F 4GB RECORDERBOSCH GO 2 CORDLESS SMARTSCREWDRIVER KIT 33PCS DRILLBITS BOX MINI SCREWDRIVESELECTRIC HAND DRILL15M USB 3.0 EXTENSION CABLEWITH BUILT-IN BOOSTER USB3.0 A MALE TO A FEMALE FORPC/LAPTOPMT-8200-60-KIT TESTER,CABLE, LAN TONER & PROBEKITESCAM WEBCAM STAND HOLDERTRIPOD MULTI-PURPOSE25512112111,72037318602105002656551,595403,4401851558604205002651,3101,59540
85LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Berdasarkan maklum balas pertanyaan audit dalam Mesyuarat Penutup Audit Interim, NAFAS akan berbincang semula dengan pihak pentadbir sistem bagi menyelesaikan perkara ini. Walau bagaimanapun, semakan audit akhir mendapati NAFAS masih belum mengambil tindakan untuk perkara ini. Daftar aset yang sedang digunakan gagal berfungsi sebagai daftar aset yang kemas dan baik. Proses pemutihan senarai dan aset NAFAS perlu dilakukan segera.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memastikan fungsi merekod aset dalam sistem NFSV5 adalah setara dengan fungsi buku daftar aset di mana 1 item aset mewakili 1 aset termasuk kos–kos yang terlibat dalam pembelian dan pemasangan. Selain itu, NAFAS juga perlu segera membuat pemutihan, pengesanan dan merekod aset berdasarkan nama, jenis dan bilangan aset bagi meningkatkan kecekapan pengurusan aset dan bagi memudahkan proses pelupusan aset pada masa depan. e) ASET BANTUAN DITERIMA BELUM DIREKODSemakan audit mendapati, NAFAS ada menerima 1 unit Lori Hino (VC 5241) daripada LPP dan sehingga kini masih belum direkodkan sebagai aset bantuan.Berdasarkan maklum balas dalam Mesyuarat Pembuka Audit Akhir, pihak NAFAS telah mengadakan perjumpaan bersama Bahagian Pengeluaran dan Perniagaan LPP pada 13 Mei 2025 untuk proses penukaran nama aset tersebut. Walau bagaimanapun, maklum balas ketika semakan audit akhir dimaklumkan bahawa LPP telah meminta NAFAS menjalankan pemeriksaan PUSPAKOM bagi tujuan penukaran nama aset tersebut, dan perkara ini masih dalam proses. SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mempercepatkan urusan merekod aset tersebut kerana keadaan ini menyebabkan nilai aset dilaporkan lebih rendah daripada nilai aset sebenar.f) KLASIFIKASI REKOD ASET TIDAK BERSESUAIANSemakan mendapati terdapat aset pelaburan hartanah iaitu Bangunan NAFAS Cube direkod di bawah kategori Hartanah, Loji dan Peralatan walaupun aset ini disewakan. Pihak audit telah membuat pelarasan bangunan ini ke Pelaburan Hartanah. Pihak Audit berpandangan, sekiranya aset ini tidak digunakan bagi tujuan pentadbiran atau operasi NAFAS, aset ini perlu diklasifikasikan dengan tajuk sesuai dalam pelaporan kewangan NAFAS.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mengklasifikasikan aset berdasarkan jenis sebenar aset bagi memberikan gambaran benar dan saksama dalam penyata kewangan.
86LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)g) TANGGUNGJAWAB KAWALAN ASETPihak audit mendapati terdapat perbezaan antara rekod kenderaan yang diserahkan oleh Bahagian Pentadbiran dengan senarai daftar aset. Ini berikutan rekod aset yang disediakan oleh bahagian tidak disemak silang dengan senarai daftar aset NFSV5.SENARAI KENDERAAN DAFTAR ASETSENARAI KENDERAAN NAFAS(BAHAGIAN PENTADBIRAN)NOTAA00002 : Lorry Isuzu TiadaAset ini tiada dalam senarai kenderaan NAFAS dan tiada geran diperlihatkanA00551 : 1 X COLD TRUCK-HICOM PERKASA MTB 140-WHA 913 TiadaA00675 : TOYOTA HARRIE 2.4 (R) TiadaA01057 : Toyota Vellfire 3.5 VK (WWK9499) TiadaA01288 : KERJA-KERJA MEMBEKAL 1 UNIT TOYOTA 1.5 TON FORKLIFT UNTUK KEGUNAAN PERTUBUHAN PELADanG KEBANGSAAN (NAFAS).MODEL 8FBE15.TiadaAset ini tiada dalam senarai kenderaan NAFAS. TiadaISUZU / NKR55UEEH (LORI 5 TAN KARGO) [WVF 9499](digunakan olehNAFAS Agri Services Sdn. Bhd.)Aset ini tiada dalam senarai daftar aset tetapi geran diperlihatkan Tiada HINO / WU302R-HKMLHD3 (5 TAN) [REFRIGERATED]Aset ini tiada dalam senarai daftar aset NAFAS kerana geran adalah milik LPPDalam pengauditan tahun 2023, pihak audit telah meminta pihak NAFAS melantik pegawai aset bagi menguruskan semua aset- aset NAFAS walaupun fizikal aset digunakan oleh Bahagian lain. Ini penting bagi memastikan rekod aset dipantau dengan baik.Pihak NAFAS memaklumkan masih dalam proses mengenal pasti dan menjejaki aset tersebut berikutan ia adalah aset lama dan rekod simpanan semasa NAFAS yang tidak sistematik. Pemutihan akan dilakukan bagi melupus aset yang tidak dapat dikenal pasti. PANDANGAN / SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memperbaiki kelemahan pengurusan aset NAFAS dengan segera. Proses pemutihan dan pengesanan perlu dibuat segera.
87LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)4. KELEMAHAN PENGURUSAN REKOD INVENTORIa) TIADA BUKU DAFTAR INVENTORIHasil semakan mendapati bahawa NAFAS tidak menggunakan Buku Daftar Inventori sebagai sebahagian daripada pengurusan rekod inventori. Sebaliknya, penyelenggaraan rekod inventori dibuat melalui kad inventori dan seterusnya di akaunkan ke dalam Sistem NFSV5.Amalan ini adalah tidak mematuhi Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang Bilangan 1 Tahun 2018 Manual Prosedur Kualiti (MPQ) Pertubuhan Peladang PK–PA–09 Sistem Merekod Inventori Perniagaan. Oleh yang demikian NAFAS masih perlu menggunakan buku daftar inventori.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mematuhi sepenuhnya Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang dengan meneruskan penggunaan Buku Daftar Inventori dan disemak secara berkala. Sekiranya terdapat cadangan untuk menggunakan sistem sepenuhnya, NAFAS perlu mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko ketidakpatuhan dan memastikan integriti rekod inventori terpelihara.b) PELUPUSAN ATAS PENGECUTAN INVENTORI BAHAN MENTAH TANPA KELULUSAN Semakan audit terhadap akaun 201-01-06 (Kos Jualan- Baja Subsidi) mendapati, termasuk dalam pelarasan akaun tersebut bagi transaksi yang tidak berpadanan dalam invois merupakan pelarasan bagi pelupusan rekod inventori di Gudang NAFAS BCT Prai berdasarkan pemeriksaan fizikal akhir tahun 2024 bernilai RM499,559.17 menggunakan dokumen PADJ804. Pelarasan tersebut melibatkan peningkatan kos jualan (belanja) tahun semasa dan penurunan nilai inventori. Pihak NAFAS memaklumkan pelupusan ini adalah berikutan pengecutan inventori di gudang. Walau bagaimanapun, tiada sebarang dokumen kelulusan pelupusan inventori tersebut diperlihat. Pihak audit berpandangan, sebarang pelupusan rekod inventori perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. Perkara ini tidak selaras dengan Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang Bil. 5 Tahun 2010 berkenaan Tatacara Pelupusan Aset Pertubuhan Peladang. Pihak audit juga telah meminta NAFAS mewujudkan SOP berkenaan perkara ini semasa pengauditan tahun 2023 namun tindakan pembetulan masih belum diambil. Pihak NAFAS memaklumkan pengecutan inventori bahan mentah hanya diketahui selepas semua inventori tersebut dikeluarkan.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya isu ini kerap berlaku, tanpa menunggu baki penyamaan fizikal di hujung tahun bagi mengelakkan ruang ketirisan dalam pengurusan inventori.
88LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)c) PELARASAN INVENTORI MELIBATKAN LEBIHAN TERIMAAN BAJA SUBSIDI DI GUDANGPada tahun 2024, terdapat pelarasan penambahan inventori berjumlah RM229,101.50 iaitu daripada lebihan inventori yang diterima di Gudang NAFAS Kuching berbanding pesanan yang dibuat ke MNFSB. Penerimaan inventori ini dari Tahun 2020 - 2024 yang meliputi Baja Sebatian 2,501 beg dan Baja Subsidi Padi 3 sebanyak 580 beg berdasarkan senarai manual. Akan tetapi, pihak audit tidak dapat menentukan sumber pelarasan 996 beg lebihan inventori yang tiada rekod (berdasarkan keterangan NAFAS). Pelarasan ini adalah berikutan hasil semakan fizikal pihak NAFAS pada pertengahan 2024. Walau bagaimanapun, Laporan audit fizikal pada tahun 2023 mendapati baki fizikal ada bersamaan dengan sistem. Semakan audit fizikal pada tahun 2024 juga turut mendapati baki fizikal adalah bersamaan dengan sistem walaupun selepas pelarasan inventori. Semasa mesyuarat penutup audit interim, NAFAS memaklumkan penerimaan inventori lebih berbanding tempahan sesekali terjadi dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun semua lebihan penerimaan inventori memang ada di gudang tersebut tetapi sistem inventori NAFAS tidak boleh merekod penerimaan inventori melebihi pesanan. Oleh yang demikian segala penerimaan lebihan akan direkod melalui pelarasan. SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk merekod dan memeriksa lebihan inventori secara berkala termasuk inventori yang diterima melebihi pesanan bagi memastikan rekod inventori adalah tepat dan lengkap. NAFAS juga perlu menyemak semula adakah lebihan yang berlaku adalah disebabkan baja FOC (free of charge) daripada pihak pembekal bagi menggantikan baja yang kemungkinan rosak semasa proses penghantaran. Proses pelarasan inventori perlu dijalankan segera selepas penerimaan fizikal, dan bukannya menunggu sehingga beberapa tahun selepas penerimaan bagi mengurangkan risiko salah nyata dalam laporan kewangan.5. KELEMAHAN PENGURUSAN PROJEKa) PENENTUAN INVENTORI PENIMBAL AYAM (SPA)Semakan audit mendapati pada tahun kewangan 2023, NAFAS telah membuat pelarasan JV0230324 bernilai RM1,720,467.77 bertarikh 30/12/2023 bagi pengiktirafan pendapatan dan penghutang manakala JV0230323 RM1,681,007.51 bagi merekod perbelanjaan projek dan pengeluaran inventori tersebut. Dimaklumkan pelarasan tersebut adalah bagi menyamakan rekod nilai inventori fizikal akhir tahun iaitu 21,969.57 kg. Walau bagaimanapun, pada tahun 2024 NAFAS telah membuat pelarasan semula atas pelarasan tahun 2023 menggunakan JV0240110 bernilai RM1,720,467.77 dan JV024104 bernilai RM1,681,007.51 bertarikh 1/09/2024. Kesan daripada pelarasan ini menjadikan kod akaun 101-01-49 Pendapatan Projek Pemasaran Inventori Penimbal Ayam (SPA) dan Kod akaun 201-01-51 Perbelanjaan Projek Pemasaran (SPA) berbaki negatif. Selain itu, rekod inventori ayam RM1,681,007.51 yang mewakili 157,841,08 kg kembali dalam inventori dan tiada rekod penghutang NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. (NFPMSB). Perkara ini telah dilaporkan dalam laporan permerhatian audit interim.
89LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Semasa semakan audit akhir, NAFAS telah membuat pelarasan JV0240271 bagi melaraskan kod akaun 101-01-49 Pendapatan Projek Pemasaran Inventori Penimbal Ayam (SPA) dan Kod akaun 201-01-51 Perbelanjaan Projek Pemasaran (SPA) yang berbaki negatif di samping menambah Perbelanjaan Projek Pemasaran (SPA) bernilai RM39,460.26 atas perbezaan rekod pendapatan dan jualan. Namun, tiada pelarasan dibuat atas baki inventori 157,841.08 kg tersebut. Rekod baki awal inventori ayam penimbal pada tahun 2024 adalah 21,969.57kg namun berubah kepada 179,810.65kg selepas pelarasan tersebut. Pada tahun 2024, NAFAS telah membuat jualan melalui SPA24001 bagi 39,810.65kg dan SPA24002 bagi 40,000kg yang menjadikan baki akhir inventori penimbal ayam sebanyak 100,000kg di dalam ‘cold room’ Tan Kian Huat Fishery Sdn. Bhd. (cold room). Pihak audit tidak menjalankan pemeriksaan audit fizikal pada akhir tahun kerana NAFAS memaklumkan tiada baki inventori pada 31 Disember 2024. Semakan lanjut mendapati NAFAS telah mengeluarkan invois pada 2025 melalui SPA250001 - 20,000kg, SPA250002 - 40,000kg dan SPA250003 - 40,000kg. Kesemua dokumen nota hantaran dan pesanan bekalan adalah pada tahun 2025. Pihak audit tidak dapat membuat penentuan atas status sebenar inventori ayam penimbal NAFAS pada tahun 2023 dan 2024 dan urusniaga sebenar jualan ayam tidak dapat dipertentukan. Pihak NAFAS juga sehingga kini masih belum mengemukakan jawapan yang memuaskan bagi semua isu yang dibangkitkan dalam Laporan Pemerhatian Audit Tahun 2023 berkaitan kelemahan pengurusan projek stok penimbal ayam yang menerima peruntukan daripada LPP.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS didapati gagal mengurus Projek ini dijalankan dengan baik dan gagal memantau urusniaga dan inventori projek yang dilaksanakan oleh NFPMSB kerana terdapat banyak pelarasan bagi membetulkan baki inventori dan rekod urusniaga dalam tahun kewangan yang sebenar urusniaga berlaku. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak NAFAS. Sehingga kini, nilai Tabung Stok Penimbal Ayam pada 31 Disember 2024, masih belum diterima daripada NFPMSB. Pihak audit dimaklumkan, operasi NFPMSB telah dihentikan sejak Ogos 2025 dan menyebabkan kemungkinan NAFAS gagal mendapatkan semula amaun tersebut. b) PENDAHULUAN TUNAI YANG BERLARUTANSemakan atas akaun pendahuluan tunai (kod 312) mendapati terdapat baki pendahuluan yang telah berlarutan melebihi satu (1) tahun tanpa sebarang penyelesaian berjumlah RM155,382 yang melibatkan dalam pendahuluan tunai kepada bekas AJP NAFAS, kakitangan yang telah berhenti, kakitangan yang masih bekerja dan pinjaman komputer kepada kakitangan. Perkara ini telah melanggar Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang Bil. 3 Tahun 2006 : Pengurusan Pendahuluan Tunai, bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh pemberian. Pihak audit mencadangkan agar tuntutan dibuat segera dan memaklumkan pembayaran melalui pemotongan gaji adalah tidak dibenarkan.
90LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mempergiat usaha dalam membuat kutipan semula terhadap individu terbabit dan penentuan bagi baki yang tidak dapat dipertentukan. Selain itu, penggunaan kod akaun berkaitan perlu diperketatkan agar tidak disalahgunakan selain daripada tujuan pendahuluan kerja yang telah ditetapkan mengikut arahan Pendaftar serta menambah baik kawalan dalaman berhubung pemberian dan pemantauan pendahuluan.c) PELANJUTAN/PERUBAHAN OPERASI TANPA PERJANJIAN TAMBAHANPihak audit audit mendapati NAFAS telah membuat perubahan atau pelanjutan operasi tanpa membuat perjanjian tambahan sedangkan tempoh asal perjanjian telah tamat seperti yang berikut: i. Pinjaman usaha sama di antara NAFAS dan Dana Peladang Kebangsaan (DPK) berjumlah RM56,637,708 di mana perjanjian tersebut telah tamat pada 31 Disember 2022. Walau bagaimanapun Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Bil 1/2022 bertarikh 29 November 2022 memutuskan untuk menyambung perjanjian sehingga 31 Disember 2024 berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian yang terdahulu tanpa mengeluarkan perjanjian yang baru. ii. Perubahan harga Jualan Bahan Mentah dan Belian Baja Siap dengan pihak Malaysian NPK Fertlizer Sdn. Bhd. (MNFSB) adalah berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Bil. 1/2024 bertarikh 25 Jun 2024 dan perubahan harga tersebut hanya dipersetujui melalui Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.iii. Perubahan sewa pejabat TS Top Logistics Sdn. Bhd. di mana bayaran bulanan berjumlah RM870 sahaja berbanding perjanjian berjumlah RM1,450 sebulan berikutan NAFAS telah mengubah saiz ruang yang lebih kecil mengikut keperluan sahaja. Pihak audit berpandangan NAFAS perlu membuat pindaan perjanjian atau perjanjian tambahan bagi sebarang perubahan. SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memberi perhatian serius terhadap keperluan perjanjian dalam setiap urus niaga yang dijalankan bagi memastikan kepatuhan kepada peraturan.d) KEPUTUSAN PELARASAN HARGA YANG MERUGIKAN NAFASPada tahun 2024, terdapat pelarasan harga bagi Harga Jualan Bahan Mentah yang dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Bil. 1/2024 bertarikh 25 Jun 2024. NAFAS telah membuat pelarasan penurunan harga Jualan Bahan mentah
91LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)bagi tahun 2024 kepada Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB) bernilai RM140,436,002.10 melalui CN250012 (CLA17) bertarikh 31/12/2024 berdasarkan permohonan mengeluarkan Nota Kredit oleh KPIBK diterima oleh Bahagian Akaun NAFAS pada 4 Julai 2025. Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Bil. 1/2024 bertarikh 25 Jun 2024 turut membuat keputusan bagi penurunan Harga Belian Baja Subsidi siap daripada MNFSB bernilai RM115,565,055 melibatkan CNR240049, CNR2400050, CNR2400060 dan CNR2400061 pada Disember 2024 yang turut meliputi pelarasan harga tahun 2023 dan 2024.Tindakan ini telah menyebabkan NAFAS menanggung kerugian sebanyak RM24,870,997 bagi tahun kewangan 2024 berikutan pengurangan pendapatan jualan bahan mentah bernilai RM140,436,002.10 berbanding pengurangan kos belian baja subsidi siap bernilai RM115,565,055. Semakan lanjut mendapati NAFAS telah mendapat kelulusan Variance of Price (VOP) dari pihak KPKM berjumlah RM414,910,901.39 melalui surat MOA(S) 400-10/7/20 Jld.76 (11) bertarikh 4 September 2024 dan telah merekod RM339,920,897 sebagai pendapatan pada tahun kewangan 2024. Pihak Audit melihat keputusan untuk melaksanakan pelarasan harga pada tahun 2024, yang mengakibatkan NAFAS menanggung kerugian sebanyak RM24,870,997 kepada MNFSB, mempunyai kaitan dengan tindakan NAFAS merekodkan pendapatan pelarasan harga berjumlah RM339,920,897 yang diterima daripada KPKM.Pihak Audit mendapati bahawa keputusan NAFAS untuk melaksanakan pelarasan harga jualan bahan mentah dan belian baja siap tidak disokong oleh justifikasi perniagaan yang jelas dan menyeluruh.Selain itu, Pihak Audit berpandangan bahawa pelarasan harga tersebut adalah tidak wajar memandangkan MNFSB masih mencatatkan keuntungan sebanyak RM2,662,920 pada tahun 2023, sedangkan NAFAS menanggung kerugian besar berjumlah RM266,481,642 bagi tahun yang sama.Pihak NAFAS memaklumkan penurunkan harga jualan bahan mentah berikutan penurunan harga bahan mentah di pasaran dunia. Penentuan perbezaan harga antara bahan mentah dan produk siap ini dibuat berdasarkan permohonan Variasi Harga Operasi (VOP) yang dikemukakan oleh NAFAS kepada Kerajaan.Selain itu, NAFAS hanya mengeluarkan Pesanan Belian (PO) kepada MNFSB secara berperingkat atau secara runcit-runcit untuk pembelian produk siap. Corak ini berbeza dengan kaedah MNFSB yang memberi PO secara pukal untuk perolehan bahan mentah. Perbezaan dalam kaedah pembelian inilah yang menyebabkan sebarang pelarasan harga melalui Nota Kredit (CN) kepada MNFSB yang melibatkan jumlah amaun yang signifikan atau besar berbanding NAFAS.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memperkukuh justifikasi bagi setiap pelarasan harga dengan menyediakan rasional perniagaan yang komprehensif serta disokong oleh bukti analisis kos dan keuntungan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
92LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Walaupun pelarasan dibuat berdasarkan kelulusan Variasi Harga Operasi (VOP) daripada Kerajaan, NAFAS perlu menilai kesan kewangan setiap pelarasan secara lebih teliti bagi mengelakkan kerugian besar. Selain itu, NAFAS perlu menyemak kaedah pengeluaran PO yang lebih baik agar pelarasan seperti ini dapat dielakkan. e) SEMAKAN PELARASAN HARGA HANYA BERDASARKAN NOTA KREDIT PEMBEKALTerdapat pelarasan harga pembelian Baja Siap dari MNFSB bernilai RM115,565,055 melibatkan CNR240049 (B3-1-B-1), CNR2400050 (B3-1-B-2), CNR2400060 (B3-1-B-3) dan CNR2400061(B3-1-B-3) yang turut meliputi pelarasan harga tahun 2023. Walau bagaimanapun, dokumen sokongan dalam semua CNR tersebut hanya meliputi Nota Kredit dari MNFSB yang telah disemak oleh Bahagian Terlibat. Tiada maklumat tambahan dari NAFAS dilampirkan bagi mengesahkan Nota Kredit tersebut dan pihak audit tidak dapat menentukan pelarasan ini. Sebarang kekurangan pelarasan harga oleh MNFSB boleh memberi kesan terhadap Penyata Kewangan NAFAS. Pihak audit berpandangan bahawa pelarasan harga belian tanpa semakan terperinci menunjukkan kelemahan kawalan dalaman yang boleh menjejaskan ketepatan penyata kewangan dan membuka risiko ketidakpatuhan serta manipulasi harga oleh pembekal. Pengurusan perlu memastikan semua pelarasan disahkan dengan dokumentasi yang lengkap sebelum direkodkan.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mewujudkan prosedur kawalan dalaman yang lebih ketat untuk pelarasan harga, termasuk semakan silang, rekod jualan ke PPK, rekod inventori di gudang dan pengesahan dokumen daripada pembekal bagi mengelakkan risiko kerugian.f) PENENTUAN BAKI PERBEZAAN PENGHUTANG DAN KELULUSAN BAGI TUNTUTAN PEMBEKALAN LUAR KONTRAKSemakan audit mendapati bahawa NAFAS telah mengemukakan tuntutan luar kontrak berjumlah RM248,597,490.39 kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Walau bagaimanapun, KPKM hanya bersetuju dengan SYOR pembayaran sebanyak RM176,368,115.76, seperti yang dinyatakan dalam surat LPP(F)55/13 Jld.79(19) bertarikh 23 April 2024. Terdapat perbezaan rekod RM72,229,374.63 yang tidak mendapat kelulusan. Sehingga 31 Disember 2024, jumlah pembayaran kepada NAFAS adalah berjumlah RM124,320,134, menjadikan baki penyaluran yang belum disalurkan sebanyak RM52,047,982. Semakan lanjut sehingga 14 Julai 2025 menunjukkan bahawa jumlah bayaran yang telah diterima oleh NAFAS telah meningkat kepada RM176,346,256.91. Ini menunjukkan masih terdapat baki bayaran berjumlah RM21,858.85. Pihak audit tidak dapat penentuan atas pengesahan mengenai status baki berjumlah RM72,229,374.63 yang tidak mendapat kelulusan daripada KPKM dan status baki penyaluran yang belum disalurkan sebanyak RM21,858.85.Pihak audit berpandangan NAFAS perlu membuat penentuan keatas perbezaan baki kelulusan dan rekod penghutang berjumlah RM72,229,374.63.
93LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah lebih berhati-hati dalam membuat pengiktirafan pendapatan tahunan dan hendaklah berlandaskan kontrak perjanjian yang sah dan telah ditandatangani.Sebarang pengiktirafan pendapatan secara berlebihan boleh menyebabkan keputusan operasi NAFAS telah terlebih nyata dan menjejaskan pengurusan tunai NAFAS, memandangkan keuntungan mungkin telah diagihkan walaupun kutipan hutang tidak disokong oleh sebarang perjanjian yang mengikat.g) SEWAAN LADANG KEPADA NAFAS ESTATES SDN. BHD. (NESB) DALAM KEADAAN MERUGIKANSemakan audit juga mendapati penyewaan Ladang Sungai Karap dan Ladang Lembah Beriah kepada NAFAS Estate Sdn. Bhd. adalah dalam keadaan NAFAS menanggung kerugian secara berterusan. Ini berikutan kadar pendapatan sewaan adalah lebih rendah berbanding kos susut nilai tahunan yang perlu ditanggung NAFAS yang lebih tinggi. Pada tahun 2024, NAFAS kerugian RM1,669,742 daripada sewaan 2 ladang ini seperti perincian berikut: Ladang Keluasan LadangKos PajakanRMPendapatan Sewa 2024Susut Nilai Tahunan Rugi Tahun 2024RM RM RMLadang Sungai Karap, Sarawak7413.4 ekar(3000 hektar) 136,647,347 1,092,805 2,732,947 (1,640,142)Ladang Lembah Beriah, Perak276 ekar 7,000,000 110,400 140,000 (29,600)1,203,205 (1,669,742)Pihak audit tidak dapat membuat penentuan atas rasional perniagaan penyewaan ladang ini kepada subsidiari yang hanya menguruskan ladang milik NAFAS dan ladang tersebut seharusnya diuruskan sendiri oleh pihak NAFAS bagi mengurangkan kerugian atas sewaan yang dilihat ditanggung secara berterusan.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah melaksanakan pemantauan berterusan dan sistematik terhadap status pelaburan semua aset sewaan bagi memastikan keberhasilan pelaburan dapat dinilai secara objektif serta mengelakkan NAFAS terus menanggung aset yang tidak memberikan pulangan menguntungkan.
94LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)h) PENGGUNAAN AKAUN PRA BAYAR (‘PREPAYMENT’) SUBSIDIARI YANG BERTINDAN DENGAN AKAUN PENGHUTANG / PEMIUTANG SUBSIDIAIRISemakan audit atas senarai yang disediakan oleh NAFAS bagi Prabayar (prepayment) NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd kod 316-01-03 terdapat baki negatif berjumlah RM145,463 dan prabayar yang masih belum diselesaikan dengan beberapa syarikat subsidiari yang kini berstatus tidak aktif (dormant) berjumlah RM187,941. Pihak audit berpandangan Prabayar (prepayment) subsidiari tidak aktif perlu diklasifikasikan semula dan disatukan di bawah tajuk Penghutang atau pemiutang Subsidiari bagi memberi gambaran kedudukan kewangan yang lebih tepat dan saksama.Pihak NAFAS memaklumkan akaun ini adalah akaun sementara sebelum dicaj semula kepada Subsidiari. Ini kerana bil-bil tahun 2024 yang diterima selepas 31.12.2024 tidak dapat dikeluarkan invois kerana e-invois hanya boleh dibuat dalam tempoh 3 hari daripada tarikh akhir tahun berkenaan.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mencari kaedah yang lebih berkesan dalam mengatasi isu rekod e-invois bagi mengelakkan kelewatan merekod perbelanjaan di pihak subsidiari yang seterusnya memberi kesan kepada perbezaan baki dengan rekod NAFAS.i) DENDA LEWAT SBPKP DAN SIPP NAFAS TERKURANG PERUNTUKSemakan audit mendapati NAFAS telah dikenakan denda berjumlah RM301,370,415.44 bagi Penghantaran Baja Untuk Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) daripada tahun 2020 sehingga tahun 2023 oleh KPKM. NAFAS telah menghantar surat permohonan rayuan pengecualian denda berdasarkan surat NAFAS/KPIBK/01 (03).2025 bertarikh 23 Mei 2025. Semakan audit atas kod 418 mendapati, nilai denda sebanyak RM12,811,028.77 telah direkodkan pada tahun 2024. Pihak audit berpandangan bahawa kegagalan NAFAS merekodkan denda sebanyak RM288,559,386.67 sebagai boleh menyebabkan Laporan Kewangan NAFAS terlebih nyata. SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah meletakkan tarikh akhir menunggu kelulusan rayuan tersebut. Trend perkembangan NAFAS menunjukkan corak berulang apabila NAFAS dikenakan denda pada setiap tahun atas kelewatan penghantaran baja. Berdasarkan justifikasi yang diberikan, pihak audit akan melaporkan perkara ini di dalam nota pendedahan Liabiliti Luar Jangka dalam Penyata Kewangan NAFAS bagi tahun kewangan 2024 dan meminta pihak NAFAS menyegerakan perkara ini bagi tujuan penentuan tanggungan bagi tahun 2025. Pihak audit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang nilai denda yang akan direkod pada masa depan.
95LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)j) TUNGGAKAN BAYARAN KEMUDAHAN BANK OLEH SUBSIDIARI YANG TIDAK AKTIFSemakan audit atas senarai yang disediakan oleh NAFAS bagi Prabayar (prepayment) NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd kod akaun 316-01-03 terdapat baki negatif berjumlah RM145,463 dan prabayar yang masih belum diselesaikan dengan beberapa subsidiari yang kini berstatus tidak aktif (dormant) berjumlah RM187,941. Pihak audit berpandangan Prabayar (prepayment) subsidiari tidak aktif perlu diklasifikasikan semula dan disatukan dibawah tajuk Penghutang atau pemiutang Subsidiari bagi memberi gambaran kedudukan kewangan yang lebih tepat dan saksama.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah mencari jalan penyelesaian terhadap isu pendahuluan yang diberikan kepada subsidiari tidak aktif memandangkan pembayaran yang dibuat hanya melibatkan hutang bank dan kos pengurusan tanpa sebarang operasi dijalankan.k) PENILAIAN SEMASA LADANG SUNGAI KARAP KURANG DARI NILAI BUKU ASET DIREKOD NAFASSemakan audit mendapati NAFAS telah melantik JB Jurunilai Bersekutu Sdn. Bhd. (JBJB) bagi membuat penilaian Ladang Sungai Karap bagi tujuan pelupusan dengan bayaran sebanyak RM50,000 pada tahun 2024. Berdasarkan Laporan Penilaian oleh pihak JBJB atas pemeriksaan yang dilakukan pada 30 Oktober 2024, nilai pasaran terkini tanah dan bangunan adalah sebanyak RM90,000,000 tidak termasuk jambatan timbang. Walau bagaimanapun, semakan atas nilai buku bersih bagi tahun kewangan berakhir 2024 yang direkodkan oleh NAFAS adalah sebanyak RM116,656,768 yang meliputi tanah RM115,467,008 dan bangunan RM1,189,760. Terdapat perbezaan yang berjumlah RM26,656,768 antara nilai bersih dalam penyata kewangan NAFAS dan nilai pasaran tanah oleh pihak JBJB.SYOR JURUAUDITPihak audit mengambil maklum perkara tersebut. Walau bagaimanapun, pihak NAFAS disarankan untuk memaklumkan nilai semasa aset untuk dijual tersebut dalam Mesyuarat Pentadbir atau Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. l) PEMBINAAN JAMBATAN TIMBANG DI SUNGAI KARAP YANG MERUGIKAN NAFASPihak audit juga tidak dapat mengenal pasti keperluan pembinaan jambatan timbang di Ladang Sungai Karap kerana ladang tersebut disewakan kepada NAFAS Estates Sdn. Bhd. dan keperluan jambatan timbang juga tidak dinyatakan dalam perjanjian sewaan. Tiada maklumat perubahan kadar sewa kepada NAFAS Estates diperlihat walaupun berlaku penambahan aset tetap di Ladang Sungai Karap. Pihak audit berpandangan pelaburan penambahan aset ini dilihat sebagai penambahan kos susut nilai tahunan yang membebankan NAFAS memandangkan kadar sewaan adalah masih sama.
96LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memastikan setiap pelaburan atau penambahan aset di ladang yang disewakan dipertimbangkan dari segi kesan kewangan, termasuk kos susut nilai sebelum pelaksanaan. m) PELAKSANAAN PROJEK TANAMAN KELAPA YANG TIDAK STRATEGIKSemakan mendapati Ladang Sungai Cemaran, Kota Tinggi, Johor yang disewakan kepada NAFAS Estate Sdn. Bhd. (NESB) kini telah mula ditanam dengan projek tanaman kelapa mulai tahun 2025 di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024 bagi Tanaman Kelapa dengan persetujuan pihak KEJORA selaku pemilik tanah. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Jemaah Pengarah dalam Mesyuarat AJP Bil. 2/2024 bertarikh 7 Mei 2024. Walau bagaimanapun, pihak audit mendapati tempoh pajakan tanah tersebut berbaki 18 tahun sahaja berbanding jangka hayat pokok kelapa yang mampu bertahan sehingga 30 tahun. Berdasarkan maklum balas pertanyaan audit dalam Mesyuarat Penutup Audit Interim, pihak NAFAS belum memohon pelanjutan tempoh pajakan dengan pihak KEJORA. Walau bagaimanapun perkara ini telah dibawa ke dalam Mesyuarat AJP semasa kelulusan projek. Berdasarkan maklum balas ketika semakan audit akhir, NAFAS masih belum membuat permohonan memanjangan tempoh pajakan.Pihak audit berpandangan sebarang pelaburan tanpa perancangan jangka panjang dianggap akan merugikan pihak NAFAS pada masa hadapan kelak di mana kos pra tanaman perlu diagihkan pada tempoh yang lebih pendek berbanding jangka hayat pokok. Pihak NAFAS memaklumkan permohonan pelanjutan tempoh pajakan hanya akan dibuat 2-3 tahun sebelum tempoh pajakan semasa tamat. Permohonan awal lanjutan pajakan akan memberi kesan terhadap kewangan NAFAS dimana pembayaran premium tanah perlu dibuat sejurus pelanjutan pajakan diluluskan.PANDANGAN / SYOR JURUAUDITPihak Audit mengambil maklum berkenaan isu tersebut. Walau bagaimanapun, NAFAS perlu menyelaraskan kos pra tanaman berdasarkan tempoh baki tahun pajakan tanah bagi mengelakkan kerugian mendadak atas pelupusan baki kos pra tanaman sekiranya sambungan pajakan tidak diberikan selepas 18 tahun. Pihak NAFAS juga perlu membuat pemantauan secara serius atas prestasi projek tanaman kelapa ini yang diuruskan oleh NESB kerana projek ini menerima peruntukan daripada LPP.
97LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)n) KETIADAAN PEMANTAUAN PEMBAYARAN SEWA TAHUNSemakan audit mendapati pada tahun 2024 NAFAS ada membuat pembayaran sewa bagi tahun-tahun sebelum seperti kepada TS Top Logistic berjumlah RM145,040 bagi bulan April, Mei, Jun, Oktober dan Disember tahun 2023, pembayaran RM170,100 kepada NAFAS Bajakimia bagi bulan Jun, Ogos dan Oktober 2023, TS TOP Logistic RM9,158 bagi sewa Januari 2023 dan TS Shipping RM24,580 bagi November 2020. Terdapat juga rekod sewa tahun 2024 yang hanya meliputi 11 bulan sahaja dan baki yang tidak 1 bulan yang tidak direkod bernilai RM29,008 (TS Top Logistic) dan RM1,170 (Penang Port). Tambahan lagi terdapat sewa Januari 2025 bagi Suruhjaya Pelabuhan Pulau Pinang bernilai RM26,920.60. Perkara ini menunjukkan NAFAS gagal merekod perbelanjaan sewa dengan tepat mengikut tempoh ianya berlaku. Audit berpandangan perkara ini tidak selaras dengan prinsip perakaunan diterima umum. Kesilapan ini menunjukkan kelemahan dalam kawalan dalaman operasi bahagian terlibat yang menyebabkan penyata kewangan yang dilaporkan tidak tepat.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah memberi perhatian serius terhadap kawalan pembayaran sewa mengikut perjanjian yang telah dipersetujui. Sebarang kelewatan dalam pembayaran boleh membawa kepada risiko tindakan undang-undang. Prosedur pemantauan dalaman perlu diwujudkan untuk memastikan tarikh pembayaran dipatuhi dan kelewatan dapat dikesan awal.o) REKOD JUALAN PEMASARAN PRODUK PELADANG TIDAK MEMATUHI PRINSIP PERAKAUNANSemasa semakan interim pihak audit mendapati, NAFAS merekod jualan kepada PPK Putrajaya apabila bayaran diterima atau berdasarkan asas tunai, rujukan dokumen CSN240164. Sebarang baki bayaran yang belum selesai hanya dinotakan di Notis Kutipan ‘Collection Advice’ bersama-sama bayaran pertama yang telah diterima. Semakan ketika audit akhir mendapati NAFAS masih belum mewujudkan kod penghutang bagi PPK Putrajaya. Hal ini kerana perkara ini masih belum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Risiko memandangkan pihak pengurusan NAFAS memerlukan senarai penghutang dan pemiutang daripada PPK Putrajaya. Namun, dokumen tersebut tidak dapat disediakan oleh pihak PPK Putrajaya. Pihak audit berpandangan bahawa semakan dokumen tersebut tidak diperlukan memandangkan Laporan Kewangan beraudit PPK Putrajaya telah diperoleh.Walau bagaimanapun, urusan mewujudkan kod penghutang PPK Putrajaya hanya bersifat dalaman NAFAS sahaja kerana melibatkan kelulusan Jawatankuasa Kredit NAFAS. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Laporan Pemerhatian Audit Interim tahun 2024 supaya diambil tindakan segera.Pihak audit berpandangan NAFAS gagal mematuhi asas perekodan akruan bagi urusniaga jualan menyebabkan jualan terkurang nyata dan rekod inventori tidak dikemaskini. Penilaian kredibiliti terhadap pelanggan tersebut perlulah dipercepatkan supaya jualan dapat direkod pada masa ia berlaku.
98LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah sentiasa menepati kaedah merekod pendapatan secara akruan dan menyegerakan proses penilaian risiko dan kredibiliti pelanggan bagi memastikan rekod penghutang adalah tepat dan lengkap.p) PENENTUAN JUALAN DAN KOS JUALAN KONTRAK PANEL AYAM BERPUSAT (KPB)Berdasarkan senarai pelanggan projek bekalan ayam yang dikemukakan oleh NAFAS, pihak audit mendapati NAFAS telah membekalkan ayam kepada 239 agensi kerajaan dengan anggaran pendapatan adalah sekitar RM25 juta bagi tahun 2024. Namun, dalam tahun 2024, hanya 1 invois (NAB240001) dikeluarkan bagi pembekalan kepada Penjara Sungai Buloh berjumlah RM82,916. Pihak NAFAS telah menyerahkan CLA 33,34,35,36 (JV0240274, JV0240275, JV0240276 & JV0240277) berjumlah RM7,448,909.99 bagi merekod invois yang dikeluarkan pada tahun 2025 bagi transaksi yang berlaku dalam tahun 2024.
99LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)Seterusnya, pihak audit telah membuat perbandingan antara jumlah kontrak keseluruhan dengan pendapatan yang direkodkan dalam tahun kewangan 2024 seperti jadual di bawah:Kementerian Nilai Perjanjian KontrakTempoh KontrakAnggaran Tempoh Pengambil Alihan oleh NAFAS(bulan)Anggaran Pendapatan(RM)Pendapatan yang direkodkan oleh NAFAS(RM)Perbezaan(RM)Kementerian Kesihatan Malaysia 71,456,824.20 1/1/2022 - 31/12/2024 5 9,924,558.92 2,952,535.74 6,972,023.18Antidadah Kebangsaan Malaysia 8,571,672.00 1/1/2022 - 31/12/2024 5 1,190,510.00 294,449.70 896,060.30Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan198,000.00 12/2/2022 - 11/12/2024 5 29,117.65 - 29,117.65Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur401,200.00 1/6/2022 - 31/12/2024 5 64,709.68 40,528.20 24,181.48Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur 44,550.00 1/12/2023 - 31/1/2024 0 - - -Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 101,333.43 16/2/2022 - 14/12/2024 5 14,901.98 - 14,901.98Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 8,649,002.80 1/1/2022 - 31/12/2024 5 1,201,250.39 332,808.09 868,442.30Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 44,107,461.24 1/1/2022 - 31/12/2024 5 6,126,036.28 1,499,829.14 4,626,207.14Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Utara99,750.00 1/2/2022 - 31/12/2024 5 14,250.00 - 14,250.00Jabatan Penjara Semenanjung Malaysia 44,732,999.60 1/1/2022 - 31/12/2024 5 6,212,916.61 2,322,115.45 3,890,801.16Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia38,610.00 1/6/2022 - 31/12/2024 5 6,227.42 2,352.00 3,875.42Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) 902,500.00 1/6/2022 - 31/12/2024 5 145,564.52 38,912.00 106,652.52Hotel UiTM dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (Cawangan Terengganu, Kampus Dungun)490,190.50 1/1/2022 - 31/12/2024 5 79,062.98 11,030.45 68,032.53TIADA PERJANJIAN DIPERLIHATKAN:Hotel UiTM Puncak Alam - -Tidak dapat dipertentukan6,869.55Tidak dapat dipertentukanUiTM Cawngan Selangor, Kampus Puncak Alam - - 3,685.53UiTM Shah Alam - - 16,728.55Kolej Komuniti Sungai Petani - - 399.00Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - - 634.04Kajian Pengurusan Hotel & Pelancongan (UiTM) - - 8,948.5525,009,106.42 7,531,825.99 17,514,545.65
100LAPORAN AUDIT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)NFPMSB tanpa penyediaan modul operasi Bahagian bagi tahun 2024 ditambah dengan pelaksanaan e-invois oleh pihak Kerajaan. Pada tahun 2024, tuntutan kepada agensi telah dilakukan menggunakan Inbois Manual (isu AP-58, tuntutan sebelum pembekalan), tuntutan menerusi E-Perolehan.Untuk makluman, sistem operasi e-invois KPB hanya sedia digunakan pada tahun 2025 dan segala invois manual pada tahun 2024 telah di‘re enter’ ke dalam system NFSV5 pada tahun 2025. Segala urusan ‘re-enter’ invois dan JV hanya boleh dibuat pada tahun 2025.Pengambilalihan operasi Pembekalan Kontrak Panel Berpusat (KPB) Ayam Daging bagi pembekalan September 2024 sehingga kini adalah secara lantikan pembekal dan pengedar (tanpa penglibatan simpanan inventori oleh Bahagian KPB).Pihak audit berpandangan, keuntungan NAFAS pada tahun 2024 telah terkurang nyata disebabkan semua urusniaga KPB direkod pada tahun 2025 disebabkan kekangan yang dijelaskan oleh pihak NAFAS.SYOR JURUAUDITPihak NAFAS hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara ini dan sentiasa menepati kaedah merekod pendapatan secara akruan iaitu pada tahun ianya berlaku. Selain itu, NAFAS perlu membuat persediaan serta penelitian menyeluruh sebelum mengambil alih sesuatu projek daripada subsidiari.q) PELARASAN SELEPAS PENUTUPAN AKAUNSemakan audit akhir mendapati laporan kewangan NAFAS bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 yang diserahkan pada 30 Jun 2025 masih tertakluk kepada 48 pelarasan lewat daripada NAFAS (‘client late adjustments’) berjumlah RM258,729,228, di mana nilai ini memberi kesan langsung terhadap Laporan Kewangan NAFAS.Amalan ini menggambarkan kelemahan dalam proses penutupan akaun serta kawalan dalaman NAFAS, dan seterusnya mendedahkan laporan kewangan kepada risiko salah nyata sama ada di peringkat Mesyuarat Pengurusan dalaman mahupun Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. Situasi ini juga berpotensi menjejaskan ketepatan maklumat kewangan yang menjadi asas kepada sebarang keputusan pengurusan dan tadbir urus NAFAS.Berdasarkan perbandingan tersebut, pihak audit berpandangan Pendapatan dan Perbelanjaan Projek ini bagi tahun 2024 telah terkurang nyata dan tidak dapat dipertentukan. Pihak audit juga tidak dapat mengesahkan baki inventori ayam KPB kerana tiada semakan audit fizikal dilakukan berdasarkan maklumat daripada NAFAS, tiada inventori ayam KPB pada akhir tahun 2024.Pihak NAFAS memaklumkan Bahagian Kontrak Panel Berpusat (KPB) NAFAS ditubuhkan pada September 2024 dengan tugasan mengambil alih operasi Pembekalan Kontrak Panel Berpusat (KPB) Ayam Daging NAFAS yang sebelum ini diuruskan oleh NAFAS Food Processing and Marketing Sdn. Bhd. (NFPMSB). Pengambilalihan operasi adalah secara tergesa-gesa akibat permasalahan operasi