The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pustakakkps, 2021-06-23 03:26:35

Asas Pengaturcaraan

Asas Pengaturcaraan

.:: NOTA EBOOK SECARA TEORI & KONSEP::.

STM 1033
ASAS
PENGATURCARAAN

Disediakan oleh:

ZETTY ASNIRA BINTI ABDUL RASHID
PENSYARAH STM

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan
dengan cara apa jua sama ada secara electronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti Pasir
Salak, Kampung Gajah, Perak. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Diterbit oleh :
Kolej Komuniti Pasir Salak
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan
Malaysia.
Tel : 05-655 2300
Faks : 05-622 2800
Laman Web :
http://www.kkpsa.edu.my/

Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

TOPIK 1.0
TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

DAN ALGORITMA

Senarai Muka

Kandungan Surat

1.1 Mengetahui aspek 3
pengaturcaraan komputer

1.1.1 Peringkat bahasa iaitu 4
bahasa peringkat rendah, Bahasa
himpunan, Bahasa peringkat tinggi
dan Bahasa generasi keempat

1.1.2 Kaedah pengaturcaraan iaitu 28
pengaturcaraan berstruktur dan
pengaturcaraan berorientasi objek

1.2 Memahami konsep penyelesaian 39

masalah dalam pengaturcaraan

i Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Senarai Muka

Kandungan Surat

411.3 Mengenalpasti dan mengaplikasi 42

fasa-fasa menyelesaikan masalah
1.3.1 Memahami kehendak masalah

431.3.2 Analisa masalah input, output

dan proses

441.3.3 Merekabentuk algoritma iaitu

kod pseudo dan carta alir

591.3.4 Membuat implementasi

601.3.5 Menguji dan menilai

611.3.6 Menyenggara dan teknikal

ii Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

TOPIK 2.0
ASAS PENGATURCARAAN

Senarai Muka

Kandungan Surat

702.1 Mengetahui konsep asas

pengaturcaraan

712.1.1 Pengecam,pembolehubah

dan pemalar

742.1.2 Jenis-jenis data

2.1.3 Operator iaitu aritmetik, 77
hubungan, logikal, perbandingan,
tokokan/susutan, umpukan,
ungkapan dan persamaan

2.2 Mengenalpasti ciri-ciri dan 85
arahan-arahan asas
bahasa pengaturcaraan C++

iii Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Senarai Muka

Kandungan Surat

922.3 Mengenalpasti jenis struktur kawalan :

932.3.1 Struktur kawalan Jujukan
972.3.2 Struktur kawalan pilihan iaitu

penyataan if, if-else dan switch-case

2.3.3 Struktur kawalan ulangan iaitu

105penyataan while, do- while dan for

2.3.4 Mengubah aliran kawalan

113atau pintasan struktur iaitu

pernyataan continue, break,
goto dan return

iv Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

TOPIK 3.0
PENGATURCARAAN BERSTRUKTUR

Senarai Muka

Kandungan Surat

1273.1 Memahami teknik fungsi dalam
bahasa pengaturcaraan C++

1293.1.1 Konsep fungsi
1343.1.2 Kaedah menulis fungsi
1463.1.3 Parameter-parameter dalam fungsi

1583.1.4 Panggilan dan pulangan fungsi

1663.1.5 Penghantaran nilai kepada fungsi
1673.1.6 Penghantaran nilai sebenar

3.1.7 Penghantaran alamat nilai iaitu skop

pembolehubah dan prototaip fungsi 168

v Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Senarai Muka

Kandungan Surat

1743.2 Pengenalan kepada tatasusunan
1803.3 Mengisytihar dan merujuk

tatasusunan satu dimensi

1853.3.1 Memberi nilai awal
1893.3.2 Membaca nilai
1903.3.3 Memanipulasi data
1993.3.4 Memaparkan kandungan

vi Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

TOPIK 1.0
TEKNIK PENYELESAIAN
MASALAH DAN ALGORITMA

Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

Setelah mengikuti kursus ini,
pelajar akan dapat;

i. Mengenalpasti teknik penyelesaian
masalah dan algoritma secara
sistematik. [C1] [PLO1]

ii. Mengaplikasikan konsep utama asas
pengaturcaraan dalam aturcara
mudah. [P3] [PLO2]

iii. Memanipulasi pengaturcaraan
berstruktur menggunakan Bahasa
Pengaturcaraan. [P3] [PLO6]

1 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

PENILAIAN

TUGASAN(15%)
PEMBENTANGAN
(5%)

2 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

1.1 Mengetahui aspek pengaturcaraan
komputer

Data •Fakta mentah atau bahan yang belum diproses atau dihitung
•Boleh jadi dalam bentuk digital (berangka) ataupun analog (bukan berangka)

•Keputusan atau hasil yang diperolehi daripada pengumpulan, pemprosesan
dan penganalisaan data yang telah dilakukan oleh komputer (data yang
telah diproses)

Maklumat •Mudah difahami, lebih bermakna dan boleh digunakan untuk membuat
keputusan

• Satu siri arahan yang mengarahkan komputer melakukan

Program suatu tindakan

• Satu set perkataan, simbol atau kod yang membolehkan
manusia berinteraksi dengan komputer

Bahasa • Digunakan untuk membangunkan atau membina sesuatu
Pengaturcaraan program atau perisian

3 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

1.1 Mengetahui aspek pengaturcaraan
komputer

1.1.1 Peringkat bahasa iaitu
bahasa peringkat rendah,
bahasa himpunan, bahasa
peringkat tinggi dan bahasa
generasi keempat.

4 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Bahasa Pengaturcaraan

Mengikut takrif, bahasa pengaturcaraan adalah set
arahan yang memberitahu komputer berkenaan
operasi yang hendak dilaksanakan.

Pengaturcara iaitu pakar yang mahir dalam bahasa
pengaturcaraan, menggunakan bahasa ini untuk
menghasilkan perisian komputer.

Setiap bahasa yang dicipta mempunyai tujuan untuk
memberi penyelesaian kepada masalah tertentu.
Walaupun pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan,
namun ada satu kesamaan yang nyata, iaitu mereka
akan ditukarkan kepada bentuk digital
komputer 0 dan 1 yang mewakili tenaga
elektronik tutup dan buka.

5 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Bahasa yang digunakan untuk melakukan
kerja / tugas pengaturcaraan

Ada Bahasa yang difahami terus oleh
komputer dan ada yang memerlukan
penterjemah sebelum difahami oleh
komputer.

Terbahagi kepada 5 generasi: (Bahasa
 Bahasa peringkat rendah

mesin)
 Bahasa himpunan
 Bahasa peringkat tinggi
 Bahasa generasi ke-4
 Bahasa generasi ke-5

6 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Generasi
bahasa
pengaturcaraan

Bahasa
pengaturcaraan

aras tinggi

Bahasa
pengaturcaraan

aras rendah

Generasi bahasa pengaturcaraan
terbahagi kepada dua

7 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Seperti mana-mana komputer dan perisian, bahasa
pengaturcaraan juga mengalami proses evolusi. Proses
ini menghasilkan 5 generasi bahasa pengaturcaraan
iaitu bermula daripada bahasa Mesin. Generasi kedua
dikenali sebagai bahasa Assembly. Generasi ketiga
dinamakan sebagai bahasa Peringkat Tinggi. Generasi
keempat dan kelima dikenali sebagai bahasa Peringkat
Sangat Tinggi dan bahasa Lazim.
Bahasa pengaturcaraan dikategorikan sebagai
peringkat rendah apabila ia hampir dengan bahasa
yang difahami komputer iaitu perwakilan 0 dan 1.
Bahasa Peringkat Tinggi pula hampir kepada bahasa
yang manusia gunakan setiap hari atau menghampiri
bahasa Inggeris lazim.

8 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Generasi Pertama - Bahasa Mesin

9 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Bahasa peringkat paling rendah ialah bahasa
Mesin yang merupakan bahasa komputer yang
terdiri daripada digit binari 0 dan 1. Digit binari
yang mewakili keadaan tenaga elektrik tutup
dan buka susah dibaca serata difahami oleh
manusia.

Dengan bahasa mesin, pengaturcara boleh
menulis satu atur cara yang optimal. Tapi,
kaedah ini agak sukar kerana pengaturcara
perlu mengingati kod binari dan nombor. Oleh
itu, bahasa mesin jarang digunakan sekarang.
Bahasa mesin juga bergantung kepada
jenama komputer dan ini agak menyukarkan
penggunaannya. Contoh bahasa mesin yang
digunakan untuk mewakilkan suruhan dan
data adalah:

01011010 000100000111110011101001

10 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Contoh : Hasil tambah 2 nombor (6 dan 12)

Jadual 1 : Perwakilan Decimal dan Perwakilan Perduaan

Perwakilan 6 + 12
Decimal

Perwakilan 0000 0110 1000 0001 0000 1100
Perduaan

Penerangan :
 Penukaran decimal kepada perduaan iaitu:
o Nombor 6 (00000110₂)
o Simbol + (10000001₂)
o Nombor 12 (00001100₂)

 Perwakilan perduaan dicantumkan untuk membentuk satu
arahan perduaan.

 Arahan ditafsirkan dan dilaksanakan oleh computer untuk
menghasilkan jawapan 18.

Arahan bukan dari bahasa mesin akan diterjemah oleh pengkompil
(Compiler) bahasa komputer yang digunakan.

Contoh :

Arahan bahasa C++ → diterjemah oleh pengkompil C++ → Arahan
bahasa mesin yang sepadan

Kelemahan :
 Memakan masa untuk menulis kod.
 Mudah berlaku kesilapan semasa menaip kerana hanya 2 nombor

(0 dan 1).

11 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Generasi Kedua - Bahasa Assembly

12 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Bahasa Assembly (Himpunan) adalah bahasa
peringkat rendah yang membolehkan pengaturacara
menggunakan singkatan atau perkataan yang mudah
diingati bagi menggantikan nombor.

Contohnya ialah huruf MP digunakan bagi
menggantikan arahan MULTIPLY dan STO
mewakili STORE. Pengaturcara dapat menulis
arahan secara lebih mudah berbanding bahasa
Mesin. Walaupun demikian bahasa ini susah untuk
dipelajari. Tambahan pula bahasa ini mempunyai
kekangan kerana ia bergantung kepada mesin
tertentu.

Bentuk bahasa ini akan berbeza untuk arahan kepada
mesin yang berlainan. Oleh kerana kekangan
tersebut, pakar komputer telah memperkenalkan
Penterjemah Bahasa. Disebabkan komputer hanya
boleh menjalankan arahan dalam bahasa Mesin,
Penterjemah diperlukan jika aturcara ditulis dalam
bahasa lain.

13 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Contoh : Penukaran kod perwakilan

Jadual 1 : Kod Perwakilan dan Perwakilan Perduaan

Kod Perwakilan Bahasa Mesin Kegunaan

ADD 1000 0001 Operasi tambah

MOV 1000 0111 Mengubah tempat

SUB AX, BX 011 0101 1100 AX - BX
0011

Penukaran perwakilan perduaan yang selalu digunakan

kepada bahasa himpunan
 Proses arithmetic (ADD, SUB, MULT, DIV)
 Proses tertentu (SAVE, LOAD, PUSH)

Kelemahan :
 Aturcara lebih perlahan dan memakan ruang
 Tidak dapat menggunakan dalam komputer lain

14 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Contoh atur cara dalam bahasa penghimpun
adalah seperti berikut:

Oleh kerana aturcara dalam bahasa penghimpun
bukan dalam bahasa mesin yang difahami oleh
komputer, ia perlu ditukar dahulu kepada bahasa
mesin sebelum ia boleh dilaksanakan oleh
komputer. Aturcara penghimpun digunakan untuk
menukar aturcara dalam bahasa penghimpun
kepada bahasa mesin.

15 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Penterjemah bahasa adalah sejenis perisian
sistem yang akan menterjemahkan aturcara
yang ditulis dalam bahasa kedua, ketiga atau
lebih tinggi kepada bahasa mesin.
Penterjemah Bahasa tergolong kepada 3
jenis :
 Assembler (Pencantum)
 Interpretor (Penafsir)
 Compiler (Penyusun)

16 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Generasi Ketiga - Bahasa Peringkat Tinggi

17 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Ia banyak menyerupai bahasa tabii manusia.
Ini memudahkan pengaturcara untuk menulis
aturcara. Bahasa generasi ini juga dikenali sebagai
bahasa paras tinggi dan direkabentuk untuk
digunakan pada berbagai mesin dengan sedikit
perubahan.
Dengan bahasa generasi ketiga pengguna tidak perlu
lagi menulis banyak arahan bahasa mesin yang
rumit. Sebaliknya pengguna hanya perlu menaip satu
arahan untuk melakukan sesuatu yang memerlukan
banyak arahan dalam bahasa mesin.

18 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Contoh : Perbandingan Bahasa Himpunan dan
Bahasa Peringkat Tinggi – Hasil tambah 2 nombor
(6 dan 12).

Bahasa Himpunan Bahasa Peringkat Tinggi
MOV 6, D1 jumlah = 6 + 12;
MOV 12, D2
ADD D1, D2

6 dan 12 ditambah dan disimpan di dalam
pembolehubah jumlah.

Contoh :
 C, C++, Pascal, Java, COBOL, Fortran.

Kelemahan :
 Menghasilkan aturcara lebih panjang dan

perlahan.
 Seakan-akan Bahasa Inggeris.

19 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Penterjemah bahasa generasi ketiga ialah sama
ada Compiler atau Interpreter.

Compiler - Laksana kemudian : Kompiler adalah
penterjemah bahasa yang menukarkan keseluruhan
aturcara dalam bahasa mesin, sebelum komputer
melaksanakan sesuatu aturcara. Bahasa peringkat
tinggi yang perlu diterjemahkan itu dipanggil
sebagai Source Code (kod sumber). Apabila kompiler
menterjemahkan kod sumber tadi, ia akan bertukar
nama kepada Object Code (Kod Objek). Kepentingan
Kod Objek ialah ia boleh disimpan. untuk dilaksanakan
kemudian nanti. Contoh bahasa ini yang
menggunakan Kompiler ialah COBOL, FORTRAN dan
Pascal.

Interpreter - Laksana serta merta : Interpretor ialah
penterjemah bahasa yang menukar pernyataan
bahasa peringkat tinggi kepada bahasa Mesin dan
aturcara yang telah ditukar itu dilaksanakan serta
merta. Tidak ada kod objek yang dihasilkan. Oleh
kerana itu pemprosesan menjadi lebih pantas. Contoh
bahasa yang menggunakan Interpretor ialah BASIC.

20 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Antara sebab-sebab penciptaan bahasa paras
tinggi adalah untuk:

 Memudahkan penulisan dalam bahasa
mesin dan bahasa penghimpun.

 Membolehkan aturcara dijalankan pada
lebih dari satu mesin. Atur cara hanya perlu
dikompil semula untuk dilarikan pada
mesin yang berlainan.

 Membolehkan pengaturcara memberikan
tumpuan kepada memenuhi keperluan
pengguna

 Kebanyakan bahasa paras tinggi adalah bahasa
yang berasaskan tatacara atau prosedur.

 Dengan bahasa berasaskan prosedur,
pengaturcara perlu menggunakan logik
pengaturcaraan untuk menyelesaikan masalah.
Dalam erti kata lain, pengaturcara perlu menulis
arahan dalam turutan tertentu yang dilaksanakan
untuk menyelesaikan masalah.

 Aturcara yang ditulis dalam bahasa paras
tinggi disebut sebagai kod punca.

21 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Generasi Keempat - Bahasa Peringkat Tinggi

22 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Dikenali sebagai bahasa berorientasikan masalah.
Bahasa generasi ini, dikenali juga sebagai
4GL, memerlukan lebih sedikit suruhan dari bahasa
generasi ketiga dalam melaksanakan satu-satu tugasan.

Takrifan 4GL adalah berbeza mengikut vendor. Selalunya
bahasa ini digabungkan dengan pakej perisian seperti
perisian pengurusan pangkalan data (DBMS). Lazimnya,
4GL digunakan untuk mencapai maklumat dari fail dan
pangkalan data.

Arahan dalam 4GL menyerupai arahan dalam Bahasa
Inggeris untuk mencapai dan memformat data.

Sangat terhad kepada aplikasi tertentu sahaja.

Bahasa generasi ini mudah digunakan. Ini membolehkan
pengguna profesional dan bukan profesional membangunkan
perisian aplikasi dengan mudah. Setengah pihak
menganggap ia bukan bahasa berorientasikan tatacara
kerana ia lebih menekankan kepada apa yang patut
dilakukan dan bukan kepada bagaimana patut dilakukan
(tatacara).

4GL tidak akan menggantikan bahasa generasi ketiga kerana
ia lebih memfokus kepada satu tugas. Kebanyakan dari
prosedur 4GL dijana secara automatik oleh komputer dan
penggunahanya perlu menyatakan apa yang perlu dibuat dan
bukan bagaimana hendak melakukannya.

23 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Beberapa contoh bahasa generasi keempat adalah:
 Bahasa pertanyaan seperti SQL, QBE dan

Intellect. Bahasa ini digunakan untuk mengubah,
mengedit, mencipta dan mencapai maklumat dari
pangkalan data.
 Penjana laporan adalah bahasa yang digunakan
untuk menjana pertanyaan dan laporan dari
pangkalan data.
 Penjana aplikasi melakukan lebih daripada
bahasa pertanyaan dan penjana laporan. Ia
merupakan satu alat yang menjanakan perisian
mengikut kehendak pengguna tentang keperluan
data yang perlu diproses dan dilaporkan.

24 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Generasi Kelima - Bahasa Peringkat Tinggi

Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa tabii
iaitu bahasa yang hampir sama kepada bahasa
pertanyaan kecuali pengguna tidak perlu
mempelajari kamus, nahu dan sintaks tertentu.

Ia menggunakan bahasa tabii seperti Bahasa
Inggeris. Penggunaan bahasa tabii ini
menyentuh tentang satu bidang kajian
kecerdasan buatan, iaitu satu bidang yang
mengkaji bagaimana cara hendak menjadikan
komputer yang boleh berfikir seperti manusia.

Bahasa visual yang mengandungi gambar
contohnya grafik antaramuka seperti mesin
ATM yang membenarkan pengguna
berinteraksi dengan komputer

25 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

26 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Peringkat awal ciptaan komputer hanya memaparkan teks.
Kini sistem pengoperasian Windows mempunyai antara
muka dan boleh melaksanakan arahan kawalan.
Bahasa pengaturcaraan yang membekalkan kemudahan
untuk menghasilkan aturcara yang mengandungi Graphical
User Interface (GUI)
Contoh:
 Visual Basic, Delphi

27 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

1.1 Mengetahui aspek pengaturcaraan
komputer

1.1.2 Kaedah pengaturcaraan iaitu
pengaturcaraan berstruktur dan
pengaturcaraan berorientasi objek.

28 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Kaedah pengaturcaraan berstruktur

Definisi:
Adalah satu subset kepada pengaturcaraan
prosedural yang membentuk struktur logik pada
program yang sedang ditulis bagi menjadikan ia
lebih efisien dan lebih mudah untuk difahami dan

diubah suai.
 Menggunakan model atas bawah (disusun

mengikut hierarki)
 Struktur program dibahagi kepada sub

seksyen dari atas ke bawah
 Gambaran pendekatan berstruktur :

29 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

30 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Pengaturan Berstruktur logik :
A. Struktur Berjujukan (Sequence Structure)
1. Satu arahan atau tugas menjadi petunjuk

kepada arahan atau tugas berikutnya dalam
susunan yang telah ditentukan.
2. Tiada arahan atau tugas yang dilangkau
daripada turutan arahan.
3. Semua arahan mesti dilarikan (run) selepas
arahan lain yang disusun secara berturutan
tanpa meninggalkan atau melangkau
sebarang arahan.

Contoh Situasi Struktur Berjujukan

31 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

B. Struktur Pemilihan (Selection structure)
1. Dalam struktur pemilihan, arahan adalah

dilaksanakan berdasarkan SYARAT.
2. Hanya 1 daripada 2 penyataan akan

dilaksanakan.

Contoh Situasi Struktur Pemilihan

32 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

C. Struktur Pengulangan
(Repetition Structure)
1. Menentukan satu blok pernyataan yang

terdiri daripada satu atau lebih
pernyataan dilaksanakan berulang kali
sehingga sesuatu syarat itu dipenuhi.
2. Membenarkan kita mentakrif gelung.
3. Memudahkan sesuatu blok pernyataan
dilaksanakan berulang dan pada masa
yang sama memendekkan penulisan
aturcara kerana kita tidak perlu menulis
beberapa kali.

Contoh Situasi Struktur Pengulangan

33 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Kelebihan Pengaturcaraan Berstruktur
Pengaturcaraan Berstruktur adalah satu subset
kepada pengaturcaraan prosedural yang
membentuk struktur logik pada program yang
sedang ditulis bagi menjadikan ia lebih
efisien dan lebih mudah untuk
difahami dan diubah suai.

34 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Kaedah pengaturcaraan berorientasi objek

Definisi:

 Satu program yang menggabungkan data
dan fungsi bagi menghasilkan objek

 Objek pula merupakan item yang
mengandungi data dan prosedur yang
boleh bertindak ke atas data.

 Boleh digunakan untuk memanggil
semula objek yang telah digunakan
sebelumya.

 Contoh : c++

35 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

36 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

37 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

38 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

1.2 Memahami konsep penyelesaian
masalah dalam pengaturcaraan

Aturcara komputer ?

 Set arahan yang diberikan kepada
komputer untuk melaksanakan
sesuatu ‘tugas’.

Pengaturcaraan ?

 Proses membina aturcara.

Mengapa aturcara dibina?

 Untuk selesaikan masalah.

39 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

Penyelesaian Masalah?

 Prosidur utk menentukan penyelesaian
sesuatu masalah dan menyatakannya kpd
bentuk yg jelas

 Proses pembangunan perisian yang
menggunakan kaedah penyelesaian

kejuruteraan dan sains => KEJURUTERAAN
PERISIAN

Penyelesaian Masalah dengan Komputer

 Ciri-ciri masalah yang boleh diselesaikan oleh
komputer:

1. Boleh diwajarkan ~ mudahkan kerja,
jimatkan kos, tambah pengetahuan.

2. Boleh didefinasikan ~ Penyelesaiannya
terhingga, jelas

3. Berulang ~ masalah rutin (kira gaji pekerja)
4. Data yang banyak ~ data pekerja

40 Sijil Teknologi Maklumat

STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN

1.3 Mengenalpasti dan mengaplikasi fasa-
fasa menyelesaikan masalah

Langkah
Penyelesaian Masalah
oleh Kejuruteraan Perisian

• Memahami kehendak masalah /

1 Kenalpasti masalah Spesifikasi keperluan

• Analisa masalah input, output dan proses

2

• Merekabentuk algoritma iaitu kod

3 pseudo dan carta alir

• Membuat implementasi / menulis kod

4 aturcara

• Menguji dan menilai

5

• Menyelenggara dan teknikal

6

41 Sijil Teknologi Maklumat


Click to View FlipBook Version