STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
3.3.3 Memanipulasi data
Pemboleh ubah biasa bukan tatasusunan seperti
berjenis integer, float, double dan char boleh
dirujuk dengan menyatakan namanya sahaja.
Tatasusunan tidak boleh dicapai begitu kerana
jika kita menyatakan namanya sahaja, kita tidak
memberitahu unsur manakah yang
dimaksudkan. Untuk menyatakan unsur itu kita
menggunakan subskrip. Setiap unsur
tatasusunan mempunyai subskripnya sendiri.
Subskrip menyatakan kedudukan unsur
tatasusunan dari permulaan tatasusunan. Oleh
itu unsur pertama dicapai dengan subskrip 0,
unsur kedua dicapai dengan subskrip 1 dan
seterusnya unsur ke-n dicapai dengan subskrip
n-1.
190 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Sama seperti pemboleh ubah biasa, unsur
tatasusunan boleh dicapai untuk :
i) Meletakkan sesuatu nilai (umpukan)
kepada unsur itu, iaitu :
a) membaca input dari pengguna.
b) menyalin dari pemboleh ubah lain
atau pemalar.
ii) Menggunakan nilai unsur itu, iaitu :
a) mengeluarkannya menjadi output.
b) menyalinnya kepada pemboleh ubah
lain.
c) menggunakannya dalam ungkapan.
d) menghantar nilai itu ke sesuatu
fungsi.
191 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Kita boleh menganggap setiap unsur
tatasusunan itu sama seperti pemboleh ubah
biasa, cuma unsur tatasusunan mempunyai
subskrip yang diletakkan simbol “[]”. Jadual 1
berikut menunjukkan beberapa perbandingan
cara capaian unsur tatasusunan dan pemboleh
ubah biasa
Jadual 1 Perbandingan cara capaian unsur tatasusunan dan
pemboleh ubah biasa
192 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Unsur tatasusunan disimpan dengan struktur berjujukan.
Oleh itu kita boleh melawat setiap unsur satu persatu,
bermula dari unsur pertama hingga unsur terakhir. Gelung
digunakan untuk proses lawatan ini dan dikenali sebagai
penyusuran tatasusunan.Oleh kerana saiz tatasusunan adalah
tetap maka kita memang telah tahu bilangan pengulangan
yang diperlukan untuk menyusuri sesebuah tatasusunan.
Oleh itu gelung for kerap digunakan untuk menyusuri
tatasusunan. Sebagai contoh, keratan aturcara berikut
mencetak semua unsur tatasusunan.
int markah[5] = { 70, 44, 85, 64, 72 };
for (i = 0; i < 5; i++)
cout<< “ ”<<markah[i];
Jika dilihat pada syarat dalam penyataan for di atas, kita
dapat meramalkan bahawa gegelung ini akan mengulang
sebanyak 5 kali, dengan nilai i diubah dari 0 hingga 4. Setiap
kali pengulangan, markah i dicetak. Oleh kerana i diubah-
ubah dari 0 hingga 4, maka yang dicetak ialah markah[0]
hingga markah[4] iaitu semua unsur tatasusunan tersebut.
Perhatikan bagaimana ungkapan “i < 5” digunakan sebagai
pengujian untuk keluar gegelung. Ini untuk memastikan
badan gegelung tidak akan dilaksanakan lagi apabila i
menjadi 5 kerana markah[5] tidak pernah wujud.
193 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Contoh 1 Sebuah aturcara lengkap untuk menyelesaikan masalah
menganalisa markah ujian ditunjukkan pada rajah 18.
Rajah 18 Aturcara mengira purata menggunakan tatasusunan
194 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Dua penyataan for digunakan untuk menyusuri
tatasusunan. Gegelung pertama memasukkan
semua nilai ke dalam setiap unsur manakala
gegelung kedua pula membaca nilai setiap
unsur dan menambah markah ke pemboleh
ubah jumlah.
Nilai pemboleh ubah jumlah itu kemudiannya
digunakan untuk mengira purata dengan
membahagikannya dengan saiz tatasusunan
tersebut. Perhatikan saiz tatasusunan telah
diisytihar sebagai pemalar. Jika bilangan
pelajar di dalam kelas itu berubah atau
pensyarah lain ingin menggunakan atur cara
ini, yang perlu ditukarkan hanya pada baris
#define BILPELAJAR 5.
Nilai bilangan pelajar pada semua tempat
dalam aturcara akan berubah sendiri.
195 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Contoh 2
Menulis sebuah aturcara tatasusunan untuk menentukan
purata markah bagi 5 pelajar yang setiap satunya berjenis
integer.
Tanpa menggunakan tatasusunan, kita memerlukan 5
pemboleh ubah yang setiap satunya berjenis integer dan
mempunyai nama yang unik.
Pengisytiharannya adalah seperti berikut.
int markah1;
int markah2;
int markah3;
int markah4;
int markah5;
Perhatikan bagaimana masalah ini diselesaikan dalam
aturcara pada rajah 19 berikut.
196 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 19 Contoh aturcara yang tidak menggunakan tatasusunan
197 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Untuk menyimpan 5 markah kuiz, kita perlu mengisytiharkan
5 pemboleh ubah iaitu markah1, markah2, markah3,
markah4, markah5.
Pemboleh ubah purata adalah untuk menyimpan nilai purata
markah keseluruhan.
Fungsi cin<< dipanggil untuk membaca markah.
Perhatikan bahawa untuk membaca 5 markah, 5 spesifikasi
fungsi cin<< diperlukan.
Markah yang dibaca disimpan dalam pemboleh ubah
markah1, markah2, markah3, markah4, markah5.
198 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
3.3.4 Memaparkan kandungan
//isytihar, tentukan saiz dan umpukan nilai dalam
tatasusunan
int nom[4] = { 10, 20, 30, 40 };
//baca nilai setiap elemen dalam tatasusunan
cout<<nom[0]<<endl;
cout<<nom[1]<<endl;
cout<<nom[2]<<endl;
cout<<nom[3]<<endl;
Output:
10
20
30
40
199 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 20 Contoh aturcara lengkap bagi memaparkan kandungan
200 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
RUJUKAN
• Noraniah Mohd. Yassin, Zalmiyah Zakaria,
Dayang Norhayati Abang Jawawi, Norazah
Yusof, Radziah Mohamad (2016).
Pengaturcaraan Berstruktur Menggunakan
C++. UTM Press. (978-983-52-1232-1)
• Nor Hasbiah Ubaidullah, Jamilah Hamid, Saira
Banu Omar Khan (2015). Pengaturcaraan
Berstruktur C++. Dewan Bahasa dan Pustaka.
(978-9834900991)
• Stephen R. Davis (2015). Beginning
Programming with C++ For Dummies. John
Wiley & Sons Inc. (978-1118823873)
• Isaac D. Cody (2017). C++ : Learn C++ Like A
Boss. A Beginners Guide in Coding
Programming And Dominating C++. Novice to
Expert Guide To Learn And Master C++ Fast
(Hacking Freedom And Data Driven).
CreateSpace Independent Publishing Platform.
(978-1542737647)
• Nathan Clark (2017). Programming Basics for
Absolute Beginners (Step-By- Step C++).
CreateSpace Independent Publishing Platform.
(978-1542961547)
Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
.:: NOTA EBOOK SECARA TEORI & KONSEP::.
STM1033 ASAS PENGATURCARAAN adalah
olahan menjadi sebuah naskah eBook nota
secara teori dan konsep mengenai aspek
pengaturcaraan berasaskan komputer serta
pendedahan bagi membina set aturcara
menggunakan pengetahuan tentang kod
aturcara.
Setelah mengikuti eBook ini, pelajar akan
dapat mengenalpasti teknik penyelesaian
masalah dan algorithma secara sistematik,
mengaplikasi konsep utama asas
pengaturcaraan dalam aturcara mudah dan
dapat memanipulasi pengaturcaraan
berstruktur menggunakan Bahasa
Pengaturcaraan C++.
ZETTY ASNIRA BINTI
ABDUL RASHID
Pensyarah Teknologi Maklumat
Kolej Komuniti Pasir Salak
2008 - 2020
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
.:: NOTA EBOOK SECARA TEORI & KONSEP::.
Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara electronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti Pasir Salak,
Kampung Gajah, Perak. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau
honorarium.
Diterbit oleh :
Kolej Komuniti Pasir Salak
Jalan Lebuh Paduka
Changkat Lada
36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan
Malaysia.
Tel : 05-655 2300
Faks : 05-622 2800
Laman Web :
http://www.kkpsa.edu.my/