STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
iv. Arahan <iostream.h>
Kepala fail <iostream.h> (bermaksud standard
input / output header) ini mengandungi maklumat
yang diperlukan untuk pengendalian masukan
cout<< dan keluaran cin >>
Contoh :
#include <iostream.h>
main()
{
int umur;
cout<<“Masukkan umur anda : ”;
cin>>umur;
cout<<“Umur anda ialah”<< umur <<“tahun”;
return 0;
}
Output
Masukkan umur anda : 30
Umur anda ialah 30 tahun
91 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
2.3 Mengenalpasti jenis struktur
kawalan
Terdapat tiga jenis struktur kawalan
/ logikal yang digunakan dalam
penyelesaian masalah iaitu
a. Jujukan
b. Pilihan
c. Ulangan
92 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
2.3.1 Struktur kawalan Jujukan
Suatu aturcara C++ mempunyai struktur asas seperti berikut:
a. Komen aturcara
b. Arahan prapemproses preprocessor directives
c. Fungsi utama main function
d. Pengisytiharaan pembolehubah
e. Penyataan C++
f. Penyataan kembali return statement
93 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Contoh :
Rajah 4 : Contoh struktur aturcara C++
94 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
a. Komen aturcara
i. Boleh ditulis di mana-mana bahagian aturcara
ii. Tidak menyebabkan komputer mengambil sebarang
tindakan (Tidak akan diproses oleh kompiler)
iii. Digunakan untuk menjadikan aturcara mudah difahami
atau dibaca.
iv. Digunakan bagi tujuan penerangan sesuatu bahagian
aturcara dan dokumentasi
v. Ditulis diantara /* dan */ atau selepas // sebagaimana
contoh dibawah
vi. Tanda /*…*/ –
Contoh: /*Aturcara saya yang pertama*/
i. Tanda //
Contoh: //Aturcara saya yang pertama
95 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
b. Arahan pemproses
i. Arahan prapemproses – Dimulakan dengan tanda # –
ii. Digunakan untuk memasukkan fail kepala (header file)
iii. Bentuk arahan prapemproses adalah seperti berikut:
Contoh :
#include – Arahan #include adalah arahan
untuk memasukkan fail kepala stream
input-output yang mengandungi definisi
bagi cout dan cin
c. Struktur main()
Rajah 5 : Struktur main()
96 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
2.3.2 Struktur kawalan Pilihan iaitu
pernyataan if, if-else dan switch case
a. Penyataan if
i. if ( syarat ) penyataan;
ii. Syarat biasanya ialah satu perbandingan, tetapi
boleh jadi juga hasil dari sesuatu operasi matematik
atau suatu fungsi.
iii. Penyataan ialah sebarang penyataan atau set
penyataan-penyataan C++.
iv. Jika kita inginkan satu set penyataan dilaksanakan,
penyataan-penyataan ini perlulah di letakkan di
dalam satu blok seperti ini:
if ( syarat ) pernyataan_1; Sintaks:
{ pernyataan_2; If (condition) statement;
. Atau
} . If (condition)
pernyataan_n; {
statement 1;
statement 2;
… statement n;
}
97 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
v. Contoh :
Rajah 6 : Contoh aturcara bagi penyataan if
98 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
b. Penyataan if-else
i. Jika syarat adalah benar, maka penyataan 1 akan
dilaksanakan, dan jika tidak penyataan2 akan
dilaksanakan.
if ( syarat ) Sintaks:
If (condition)
pernyataan1;
else statement a;
pernyataan2; else
statement b;
Atau
If (condition)
{
statement a1;
statement a2;
… statement an;
}
else
{
statement b1;
statement b2;
… statement bn;
}
99 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
ii. Contoh 1 :
if ( x == 0 )
cout<<"\n X adalah sifar";
else
cout<<"\n X bukan sifar";
iii. Contoh 2 :
Rajah 7 : Contoh aturcara bagi penyataan if-else
100 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
101 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
c. Penyataan if-else-if atau nested if-else
i. Penyataan ini membolehkan lebih daripada 2
pilihan seperti berikut:
if ( x == 0 )
cout<<"\n X adalah sifar";
else if ( x > 0 )
cout<<"\n X adalah positif";
else
cout<<"\n X adalah negatif";
Sintaks:
If (syarat 1)
statement a;
else if (syarat 2)
statement b;
else if (syarat 3)
statement c;
Atau
If (syarat 1)
{
statement a1;
… statement an;
}
else if (syarat 2)
{
statement b1
…statement bn;
}…
102 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
ii. Contoh 1 :
Rajah 8 : Contoh aturcara bagi penyataan nested if-else
iii. Contoh 2 :
Rajah 9 : Contoh aturcara bagi penyataan nested if-else
103 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
d. Penyataan switch-case
i. Digunakan untuk menggantikan penyataan-
penyataan if-else if
ii. Akan lebih berstruktur dan memudahkan
pengaturcaraan
iii. Contoh;
Rajah 10 : Contoh aturcara bagi penyataan switch-case
104 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
2.3.3 Struktur kawalan Ulangan iaitu
pernyataan While, Do-While dan For
Terdapat 3 jenis sintak yang digunakan dalam bahasa C++ untuk
struktur pengulangan iaitu While, Do-While dan For.
Rajah 11 : Struktur Gelung
105 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
a. Penyataan While
i. Bentuk penggunaan penyataan
while ( syarat ) penyataan;
Rajah 12 : Contoh aturcara bagi penyataan while
Rajah 13 : Dalam contoh ini, satu senarai nombor dari sifar
hingga ke sembilan dipaparkan pada paparan.
106 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
ii. Contoh 1;
Rajah 14 : Contoh aturcara bagi penyataan while
Rajah 15 : Dalam contoh ini, satu senarai output jadual kuasa
dua bagi nilai 12 hingga 21 dipaparkan pada paparan.
107 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
iii. Contoh 2
While Loop
Rajah 16: Contoh aturcara bagi penyataan while
Rajah 17 : Dalam contoh ini, satu senarai nombor
dari 1 hingga 5 dipaparkan pada paparan.
108 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
b. Do-While
i. Bentuk penggunaan penyataan.
do penyataan;
while ( syarat );
109 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
ii. Contoh :
Rajah 18 : Contoh aturcara bagi penyataan do-while
Dalam contoh ini, satu senarai output jadual kuasa
dua bagi nilai 12 hingga 21 dipaparkan pada paparan.
110 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
c. For
i. digunakan untuk melakukan gelungan dengan bilangan
tertentu
ii. Bentuk penggunaan penyataan
for ( pememulaan; ; perubahan syarat)
penyataan;
111 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
iii. Contoh :
Rajah 19: Contoh aturcara bagi penyataan for
112 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
2.3.4 Mengubah aliran kawalan atau pintasan struktur
iaitu pernyataan continue, break, goto dan return
Melakukan perubahan pada aliran kawalan (flow of control)
a. Continue
Penyataan continue merupakan satu arahan kawalan
bagi mengawal aturcara berdasarkan syarat-syarat yang
ditetapkan. Penyataan continue menyambung kembali
aturcara yang dibina selepas pernyataan syarat itu
benar.
Dengan kata lain, penyataan continue melangkau
penyataan selanjutnya di dalam gegelung tersebut dan
meneruskan penyataan berikutnya tanpa keluar dari
gegelung tersebut.
Penyataan continue boleh digunakan dengan arahan
pilihan iaitu pilihan if dan if else. Penyataan continue
juga boleh digunakan dengan penyataan while, do
while dan for.
113 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 20 : Struktur Asas Penyataan Continue
114 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Format Penyataan Continue Dalam Bahasa Pengaturcaran C++
#include<iostream>
main()
{
<pengisytiharan pembolehubah>
<syarat kawalan>
{
<syarat continue>
<Operasi Pertambahan dan Penolokan >
}
return 0;
}
115 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 21 : Contoh Aturcara dan paparan output
116 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
b. Break
Penyataan break merupakan satu arahan kawalan bagi
mengawal aturcara berdasarkan syarat-syarat yang
ditetapkan. Penyataan break memberhentikan aturcara
yang dibina. Aturcara akan tamat.
Kenyataan break dalam sesuatu aturcara akan
memaksa sesuatu proses pengulangan dihentikan serta
merta. Baris aturcara berikutnya selepas gelung akan
dilaksanakan.
Penyataan break boleh digunakan dengan arahan
pilihan iaitu pilihan if dan if else. Penyataan break juga
boleh digunakan dengan penyataan while, do while
dan for.
117 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 22 : Struktur Asas Penyataan Break
118 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Format Penyataan Break Dalam Bahasa Pengaturcaraan C++
#include<iostream>
main()
{
<pengisytiharan pembolehubah>
<syarat kawalan>
{
<syarat break>
<Operasi Penambahan dan Penolokan >
}
return 0;
}
goto nama_label;
119 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 23 : Contoh Aturcara dan paparan output
120 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
c. Goto
Kenyatan goto berfungsi untuk memerintahkan
CPU melompat ke baris manapun berdasarkan
label yang telah dibuat. Contoh :
goto nama_label;
Penyataan goto merupakan satu arahan kawalan bagi
mengawal aturcara berdasarkan syarat-syarat yang
ditetapkan. Penyataan goto yang menghantar aliran ke
label.
Label adalah penanda yang diikuti dengan tanda titik
bertindah (:). Penyataan goto boleh digunakan dengan
arahan pilihan iaitu pilihan if dan if else.
121 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 24 : Contoh Aturcara dan paparan output
122 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
d. return
Pernyataan return memberitahu pengkompil
untuk mengembalikan nilai jika setiap
aturcara tamat secara lazim. Contoh return 0,
fungsi main mengembalikan nilai sifar
memberitahu sistem pengoperasian
komputer bahawa aturcara diberhentikan
tanpa sebarang ralat.
Digunakan untuk mengirimkan nilai atau nilai
dari suatu fungsi kepada fungsi yang lain yang
memanggilnya. Penyataan return() diikuti
oleh argumen yang berupa nilai yang akan
dikirimkan. Berikut ialah satu contoh aturcara
yang menggunakan pernyataan return
123 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 25 : Contoh Aturcara dan paparan output
124 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
TOPIK 3.0
PENGATURCARAAN
BERSTRUKTUR
Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)
Setelah mengikuti kursus ini,
pelajar akan dapat;
i. Mengenalpasti teknik penyelesaian
masalah dan algoritma secara
sistematik. [C1] [PLO1]
ii. Mengaplikasikan konsep utama asas
pengaturcaraan dalam aturcara
mudah. [P3] [PLO2]
iii. Memanipulasi pengaturcaraan
berstruktur menggunakan Bahasa
Pengaturcaraan. [P3] [PLO6]
125 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
PENILAIAN
PROJEK
(30%)
PEMBENTANGAN
(10%)
126 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
3.1 Memahami teknik fungsi dalam
Bahasa pengaturcaraan C++
Segmen aturcara yang menjalankan tugas khusus
Terbahagi kepada 2 kategori :
i. Fungsi pustaka / piawai
ii. Fungsi takrifan pengguna ( ditulis sendiri)
Tugas Fungsi
i. Melaksanakan tugas apabila “dipanggil”.
ii. Boleh dipanggil beberapa kali dari lokasi
berbeza.
iii. Menerima dan memproses maklumat yang
dihantarkan (parameter) dan mengembalikan
hasilnya (return).
127 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Fungsi ini sememangnya wajib dalam setiap program C ++,
kerana fungsi ini akan dilaksanakan pada kali pertama
program dijalankan.
Kenapa perlu fungsi?
i. Dapat meringkaskan penulisan suatu aturcara yang
besar kerana aturcara ditulis dalam skop aturcara
yang lebih kecil.
ii. Memudahkan penulisan aturcara dengan
menggalakan aturcara bermodular di mana
pecahan masalah yang besar kepada beberapa
masalah yang kecil. Skop masalah diselesaikan satu
per satu.
iii. Memudahkan pengaturcara mengesan kesilapan di
mana struktur lebih mudah di baca dan difahami
dengan kumpulan arahan yang melakukan kerja-
kerja tertentu dikumpulkan dalam kumpulan
tertentu (fungsi) serta memudahkan pengaturcara
membuat perubahan ke atas aturcara.
iv. Menjimatkan masa penyuntingan aturcara kerana
arahan berulang di dalam aturcara boleh dijadikan
fungsi. Kod aturcara hanya perlu ditulis sekali
sahaja dan boleh digunakan semula dengan
memanggil fungsi
128 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
3.1.1 Konsep Fungsi
Situasi 1
Jika anda menjadi pengerusi persatuan teknologi maklumat
di Kolej Komuniti anda. Persatuan Teknologi Maklumat akan
menganjurkan pertandingan membina laman web untuk
Kolej Komuniti . Anda selaku pengerusi persatuan
Apakah tindakan anda untuk menjayakan pertandingan ini?
Adakah anda mampu menguruskan semua perkara-perkara
yang berkaitan pertandingan? Kalau anda pengerusi yang
pandai dalam pengurusan….Anda akan menguruskan
dengan baik dan bijaksana.
Tetapi kalau anda pengerusi yang tidak tahu pengurusan,
mungkin semua perkara akan anda uruskan. Ini
membebankan anda. Sebagai pengerusi, anda perlu agihkan
tugas anda kepada AJK yang terlibat. Ini bermakna anda
pecahkan tugas mengikut keperluan. Agihan tugas ini
dipanggil sebagai fungsi
129 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Situasi 2
Jika anda sebagai Ketua Jabatan ingin membuat satu
temujanji. Apakah proses berlaku ? Ketua jabatan
mengarahkan setiausaha beliau untuk mengatur tarikh,
masa dan tempat untuk perjumpaan tersebut.
Kemudian kerani akan memberi maklumat tentang
temujanji. Kerani pula mungkin diarahkan untuk
menyediakan semua dokumen yang berkaitan.
Manakala budak pejabat pula diarahkan untuk
menghantar surat temujanji tersebut pada orang-orang
yang terlibat. Dalam situasi ini, masing-masing
mempunyai bidang tugas tertentu. Agihan tugas ini
dipanggil sebagai fungsi. Rajah 1 ini menunjukkan
proses yang berlaku.
Rajah 1: Pengagihan tugas dalam sebuah pejabat
130 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Fungsi merupakan blok binaan penting
dalam pembinaan pengaturcaraan C++.
Fungsi adalah sub aturcara yang
dipecahkan daripada aturcara yang
besar.
Tujuan fungsi adalah membina aturcara
dalam satu pecahan untuk
memudahkan penyelesaian masalah.
Setiap atur cara kecil dikenali sebagai
modul. Kelebihannya lebih mudah
diurus dan menulis aturcara.
131 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Contoh Carta Alir Fungsi
Rajah 2 : Contoh carta alir fungsi
Rajah 2 menunjukkan contoh carta alir fungsi yang
mempunyai satu fungsi. Output pertama yang ialah
Selamat Datang. Selepas itu, aturcara ini akan ke fungsi
yang bernama kk dan akan mengeluarkan output Kolej
Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Selepas itu, fungsi ke kembali ke aturcara utama dan
aturcara tamat. Berikut ialah aturcara bagi fungsi kk
132 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Fungsi kk Fungsi dipanggil
(aturcara)
Aturcara
Utama
Rajah 3 : Contoh Aturcara dan paparan Output
133 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
3.1.2 Kaedah menulis fungsi
Di dalam pustaka piawai C++, terdapat banyak fungsi yang
sedia ada untuk digunakan. Kita akan melihat penggunaan 2
daripadanya yang definisinya terkandung di dalam fail math.h.
Katakan kita hendak mendapatkan nilai kuasa bagi sesuatu
nombor. Contohnya kita perlu mendapatkan jawapan bagi 25 .
Fungsi pow yang terdapat di dalam math.h boleh digunakan
untuk mengira kuasa sesuatu nombor.
Apabila kita menggunakan sesuatu fungsi, kita dikatakan
memanggil fungsi tersebut. Cara memanggil fungsi ialah
dengan menaipkan namanya, meletakkan nilai yang perlu
dihantar ke fungsi tersebut di dalam kurungan. Nilai yang
dihantar ke fungsi dikenali sebagai parameter atau argumen.
Contoh panggilan berikut mengumpukkan nilai 32 ke dalam y.
134 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Dengan panggilan tersebut , 2 parameter yang berupa nilai
2 dan 5 dihantar ke fungsi pow, kemudian jawapan yang
dipulangkan oleh fungsi tersebut iaitu 32 diumpukkan
dalam pemboleh ubah y. Ini digambarkan dengan jelas
melalui Rajah 4
Rajah 4 Gambaran panggilan fungsi
Contoh aturcara lengkap yang memanggil fungsi pow ialah
seperti yang terdapat dalam Rajah 5. Untuk menggunakan
sesuatu fungsi yang terdapat di dalam pustaka piawai, fail
kepala yang menyimpan pengisytiharan fungsi tersebut
mesti disertakan di dalam aturcara. Oleh itu, dalam
aturcara tersebut, fail math.h disertakan.
135 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Rajah 5 : Contoh Aturcara dan paparan Output
136 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Contoh yang kedua, katakan kita hendak mendapat nilai
punca kuasa dua bagi suatu nombor. Contohnya kita hendak
mendapat jawapan bagi punca kuasa dua 36. Fungsi sqrt
yang terdapat di dalam math.h boleh digunakan.
Untuk menggunakan fungsi tersebut, kita memanggilnya
dengan menghantar satu nilai. Ini dapat digambarkan pada
Rajah 6. Perbezaan panggilan ini dengan panggilan fungsi
pow ialah panggilan sqrt hanya memerlukan 1 parameter
sahaja untuk dihantar.
Rajah 6 Panggilan fungsi dengan 1 parameter
137 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Untuk mencuba fungsi sqrt, anda hanya perlu menukar
beberapa tempat sahaja pada atur cara yang memanggil
pow sebelum ini. Kod atur cara yang boleh digunakan di
dalam fungsi main() ialah
Rajah 6 : Contoh Aturcara dan paparan Output
138 Sijil Teknologi Maklumat
STM 1033 : ASAS PENGATURCARAAN
Pengisytiharan dan Membina fungsi
Pustaka piawai hanya menyediakan beberapa fungsi yang
kerap digunakan. Apabila sesuatu atur cara hendak
dibangunkan, tidak semua fungsi sudah tersedia dan
perlu dibina sendiri oleh atur cara.
Pengisytiharan fungsi juga dikenali sebagai prototaip
fungsi. Rajah 7 menunjukkan kedudukan pengisytiharan
dan definisi fungsi di dalam sesuatu fail aturcara.
Pengisytiharan fungsi biasanya diletakkan selepas
pengisytiharan pemalar tetapi sebelum fungsi main(),
manakala definisi fungsi pula biasanya diletakkan selepas
tamat main().
Pengisytiharan atau prototaip fungsi dibuat untuk
memberitahu pengkompil beberapa maklumat berkenaan
fungsi seperti bilangan, jenis dan susunan parameter.
139 Sijil Teknologi Maklumat