The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-09-18 00:55:04

POS Pediatrik Audiologi

POS Pediatrik Audiologi

MOH/P/BSKB/17.23(GU)-e


i PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK


ii PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubah suai. Walau bagaimanapun, penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. eISBN 978-967-0668-78-9 MOH/P/BSKB/17.23(GU)-e Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Audiologi Pediatrik © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/


iii PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Audiologi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Pemulihan Audiologi telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Prosedur Operasi Standard ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia


iv PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Kata Pengantar Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) kerana telah berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Audiologi. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah sekunder dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia


v PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) yang berusaha gigih dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Pemulihan Audiologi. Prosedur Operasi Standard ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia


vi PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK KETERANGAN MENGENAI DOKUMEN KEGUNAAN DOKUMEN INI Prosedur kerja ini diguna pakai oleh Audiologis sebagai panduan bagi mengendalikan pesakit pediatrik. POS ini boleh digunakan sebagai panduan atau rujukan, orientasi, latihan dan juga pembelajaran berterusan kepada semua Audiologis. KAITAN DENGAN DOKUMEN INI Prosedur ini digunapakai bersama: i. Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Audiologi ii. Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Audiologi Dewasa. iii. Prosedur Operasi Standard Penilaian Audiologi Retrokoklear. iv. Prosedur Operasi Standard Penilaian Audiologi Vestibular dan Keseimbangan v. Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Audiologi Tinitus dan/atau Hiperakusis


vii PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK ISI KANDUNGAN NO KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Pengenalan 1 2 Objektif 1 3 Polisi Operasi Utama 2 4 Prosedur Kerja 3 5 Arahan Kerja 19 6 Prosedur Alternatif, Variasi dan Kontingensi 74 7 Panduan Dokumentasi 75 8 Senarai Arahan Kerja dan Dokumen Rujukan Lain 76 9 Kawalan dan Penambahbaikan Kualiti 77 10 Senarai Lampiran 79 11 Senarai Singkatan 134 12 Senarai Rujukan 135 13 Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard BSKB, KKM 138 14 Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) 139 15 Penghargaan 140


1 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 1. PENGENALAN Prosedur operasi standard perkhidmatan Audiologi Pediatrik adalah untuk pesakit yang berusia 18 tahun dan ke bawah. SOP ini adalah untuk kegunaan Audiologis sahaja. Audiologis berperanan menjalankan penilaian, pengesahan masalah pendengaran dan memberikan rawatan (re)habilitasi yang bersesuaian. Pemilihan prosedur penilaian pendengaran dijalankan mengikut umur, tahap respon, kerjasama yang diberikan serta tahap kesihatan pesakit. Audiologis juga berperanan dalam memberi kesedaran, pendidikan kesihatan dan pencegahan masalah pendengaran melalui program-program yang berkaitan. 2. OBJEKTIF Objektif prosedur ini adalah untuk memastikan: 2.1. Prosedur penilaian yang dijalankan bersesuaian dengan umur dan keupayaan pesakit. 2.2. Diagnosis masalah pendengaran pesakit ditentukan dengan tepat. 2.3. Pesakit mendapat kesemua rawatan yang diperlukan, termasuk rujukan ke perkhidmatan kepakaran yang berkaitan. 2.4. Pesakit berupaya mencapai fungsi pendengaran yang optimum dengan (re)habilitasi.


2 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 3. POLISI OPERASI UTAMA 3.1. Prosedur ini hanya boleh dijalankan oleh Audiologis yang mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Audiologi. 3.2. Semua Audiologis mesti mendaftar sebagai Ahli Audiologi di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) 3.3. Ketua Jabatan dan Ketua Unit Audiologi bertanggungjawab memastikan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh Audiologis yang bertugas di semua Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. 3.4. Semua kes perlu mendapat rujukan daripada Pakar/Pegawai Perubatan atau profesional kesihatan. 3.5. Audiologis yang menjalankan prosedur ini bertanggungjawab memastikan semua ujian berkaitan dijalankan dan keputusan ujian pesakit direkodkan dan dilaporkan dengan lengkap. 3.6. Perkhidmatan ini diberikan bergandingan dengan Pakar/Pegawai Perubatan Otorinolaringologi (ORL), Pakar/Pegawai Perubatan, dan pengamal kesihatan berkaitan. 3.7. Semua pesakit yang hadir bagi lawatan baru dan ulangan hendaklah didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran hospital dan jabatan/unit. 3.8. Semua prosedur yang dijalankan mesti menggunakan Fasiliti minimum seperti di Fasiliti Standard dan Alternatif Klinik Audiologi (Rujuk Lampiran 1). 3.9. Bagi fasiliti yang tidak mempunyai peralatan verifikasi alat bantu pendengaran (ABP), semua pesakit mesti dirujuk ke fasiliti yang mempunyai peralatan lengkap untuk tujuan verifikasi ABP. 3.10. Audiologis mesti mematuhi protokol kawalan infeksi perkhidmatan audiologi seperti yang terkandung di dalam Pelan Pengurusan Operasi (PPO). 3.11. Semua pesakit mesti menandatangani Borang Persetujuan Menjalani Prosedur Audiologi (Rujuk Lampiran 2) sebelum menjalani prosedur yang ditetapkan pada lawatan kali pertama. 3.12. Audiologis boleh merujuk kepada lampiran seperti berikut sebagai panduan tambahan; a. Lampiran 3 bagi maklumat tambahan Prosedur Auditory Brainstem Response (ABR). b. Lampiran 4 untuk calon implan koklea, pesakit pediatrik dengan masalah pendengaran tahap ringan dan masalah pendengaran sebelah telinga; dan c. Lampiran 5 untuk pengurusan bunyi bising (noise management) dalam pemasangan alat bantu pendengaran.


3 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4. PROSEDUR KERJA Ringkasan prosedur menyeluruh: i. Prosedur kerja ini mempunyai empat (4) peringkat iaitu: a. Prosedur Penilaian Pendengaran Pediatrik b. Prosedur Pemilihan ABP c. Prosedur Pemasangan dan Orientasi ABP d. Prosedur Rawatan Susulan Alat Bantu Pendengaran ii. Setiap prosedur diterangkan dengan dua (2) cara iaitu: a. Dalam bentuk carta aliran kerja. b. Dihuraikan secara terperinci dalam bentuk teks. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai proses, Audiologis boleh merujuk kepada arahan kerja yang disediakan.


4 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.1 Prosedur kerja bagi Perkhidmatan Audiologi Pediatrik 4.1.1 Carta Aliran Kerja bagi Penilaian Pendengaran Pediatrik Mula Terima dan semak rekod pesakit Dapatkan sejarah perubatan dari ibu bapa/ penjaga pesakit Jalankan pemeriksaan otoskopi, timpanometri dan/atau refleks akustik Nilaikan keperluan rujukan ke Pakar / Pegawai Perubatan ORL Rujuk Pakar/Pegawai Otorinolaringologi Perlu? Tentukan sama ada ujian pendengaran tingkah laku boleh dijalankan Boleh? Ya Tidak Jalankan ujian pendengaran tingkah laku Kenal pasti diagnosis pesakit A Rujuk Lampiran 6 Rujuk A.K 5.4, 5.5, 5.6,5.7, 5.8 Lakukan ujian objektif Rujuk A.K 5.9, 5.10, 5.11 Ya Tidak


5 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK A Maklumkan keputusan ujian kepada ibu bapa /penjaga pesakit Tentukan sama ada pesakit mempunyai masalah pendengaran Ada? ? Kenal pasti jenis dan tahap masalah pendengaran Nilaikan keperluan pemakaian alat bantu pendengaran Perlu? Tetapkan janji temu percubaan alat bantu pendengaran Nilaikan keperluan rujukan kepada profesional lain Perlu? ? Rekod semua hasil pemeriksaan Beri kaunseling informatif, borang kebenaran, dan janji temu pemantauan pendengaran Lakukan rujukan Tamat Tidak Ya Tidak Ya Ya Tidak


6 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.1.2 Huraian Proses Prosedur bagi Penilaian Pendengaran Pediatrik. i. Terima dan semak rekod pesakit untuk memastikan identiti pesakit. ii. Temu bual ibu bapa/penjaga pesakit mengenai latar belakang dan sejarah perubatan. Rekodkan maklumat pada Borang Sejarah Pesakit Pediatrik (Rujuk Lampiran 6) iii. Jalankan pemeriksaan otoskopi, timpanometri dan/atau refleks akustik ke atas pesakit (rujuk Arahan Kerja 5.1, 5.2 dan 5.3) iv. Nilai keperluan rujukan pesakit ke Pakar/Pegawai Perubatan ORL. Sekiranya perlu, rujuk pesakit terlebih dahulu. v. Sekiranya pesakit tidak memerlukan rujukan ke Pakar/Pegawai Perubatan ORL, atau selesai rawatan, tentukan sama ada ujian tingkah laku boleh dijalankan. vi. Jalankan ujian pendengaran tingkah laku yang bersesuaian mengikut umur kronologi, kematangan perkembangan dan tahap keupayaan kognitif kanakkanak. Bentuk respon yang diperolehi daripada pesakit kanak-kanak mungkin berbeza mengikut keadaan dan kes pesakit (other handicap/disability or delay). vii. Sekiranya pesakit tidak dapat memberi kerjasama, atau tidak memahami prosedur ujian atau sebagainya, lakukan ujian objektif. Jadual 1: Cadangan Ujian Audiologi mengikut kesesuaian umur: Umur pesakit Ujian Audiologi Ujian Tingkahlaku Objektif 0 bulan – 6 bulan Refleks Auro- Palpebral (Rujuk Arahan Kerja 5.4) Ujian Otoacoustic Emission (OAE) (Rujuk Arahan Kerja 5.9) Ujian Auditory Brainstem Respone (ABR) (Rujuk Arahan Kerja 5.10) Ujian Auditory Steady State Respone (ASSR) (Rujuk Arahan Kerja 5.11) 6 bulan – 12 bulan Distraction Test (Rujuk Arahan Kerja 5.5) 6 bulan – 36 bulan Visual Reinforcement Audiometry (Rujuk Arahan Kerja 5.6) 30 bulan – 7 tahun Play Audiometry (Rujuk A.K 5.7) 7 tahun - Dewasa Pure Tone Audiometry (Rujuk Arahan Kerja 5.8) viii. Kenal pasti diagnosis pesakit berdasarkan integrasi semua ujian pendengaran. Untuk kes-kes tertentu, pesakit yang telah menjalani ujian objektif perlu dilengkapkan dengan ujian pendengaran tingkahlaku yang bersesuaian. Untuk pesakit dari program saringan pendengaran, rujuk Neonatal Hearing Screening Guideline Tahun 2021.


7 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK ix. Maklumkan keputusan ujian pendengaran yang didapati kepada pesakit/ ahli keluarga/penjaga dengan kaedah yang sesuai, secara ringkas, menyeluruh dan boleh difahami. x. Tentukan sama ada pesakit bermasalah pendengaran. Sekiranya pesakit tidak bermasalah pendengaran, tentukan keperluan rujukan kepada profesional lain. xi. Sekiranya pesakit bermasalah pendengaran; tentukan diagnosis masalah pendengaran berdasarkan tahap, jenis, dan konfigurasi masalah pendengaran dengan merujuk jadual di bawah: Jadual 2: Diagnosis masalah pendengaran berdasarkan tahap, jenis dan konfigurasi masalah pendengaran. Tahap Masalah Pendengaran Diagnosis Julat Pendengaran (dBHL) Tahap (purata 5 frekuensi: 250 Hz, 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan 4000 Hz) BSA,2018 Ringan 21 – 40 Sederhana 41 – 70 Teruk 71 – 90 Sangat teruk ˃90 Jenis Masalah Pendengaran Diagnosis Definisi Jenis Konduktif Patologi di telinga luar dan/atau telinga tengah sahaja • Normal BC threshold, Abnormal AC threshold • Significant air-bone gap (≥15 dB) Sensorineural Patologi di telinga dalam sahaja • Abnormal BC & AC threshold • No significant air-bone gap is evident (≤10 dB) Campuran Patologi di telinga luar dan/atau telinga tengah beserta telinga dalam • Abnormal BC & AC threshold • Significant air-bone gap (≥15dB)


8 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Konfigurasi Masalah Pendengaran Diagnosis Contoh Audiogram Konfigurasi Flat Hearing Loss Sloping Hearing Loss Rising/Reverse Sloping Hearing Loss Ski-slope Hearing Loss Cookie-bite Hearing Loss


9 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Reverse Cookie-bite Hearing Loss Symmetrical Hearing Loss Asymmetrical Hearing Loss • Binaural difference in bone conduction thresholds of >10 dB at two consecutive frequencies or >15 dB at one frequency (250- 8000 Hz) (Prasad & Cousins, 2008) Unilateral Hearing Loss Bilateral Hearing Loss


10 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK xii. Nilaikan keperluan pemakaian alat bantu pendengaran (ABP) bagi setiap pesakit berdasarkan tahap, jenis masalah pendengaran, dan keputusan soalselidik (LiP, LittlEARS atau lain-lain). Keperluan dan kesesuaian pemakaian alat juga perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa/penjaga pesakit untuk pemakaian ABP. xiii. Tetapkan janji temu untuk percubaan ABP sekiranya perlu. xiv. Bagi pesakit yang tidak memerlukan ABP, beri kaunseling informatif, dan janji temu secara berkala bagi memantau tahap pendengaran. xv. Nilaikan keperluan rujukan pesakit kepada profesional lain. Sekiranya tidak perlu, rekod semua hasil pemeriksaan dalam nota kes pesakit dengan tepat dan lengkap. xvi. Sekiranya perlu, rujuk kepada professional yang berkaitan seperti berikut: a. Pakar/Pegawai Perubatan ORL bagi semua kes pesakit yang mempunyai masalah pendengaran. b. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bagi pesakit yang melibatkan masalah pertuturan dan bahasa. c. Pasukan Implan Koklea Kebangsaan bagi pesakit yang mengalami masalah pendengaran yang memenuhi kriteria sebagai calon implan koklea. d. Pegawai Terapi Cara Kerja bagi pesakit yang mempunyai masalah perlakuan dan/atau tidak memberi kerjasama untuk melakukan ujian tingkah laku/subjektif. e. Pegawai Fisioterapi bagi pesakit yang mengalami kelewatan perkembangan motor. f. Pegawai Kerja Sosial bagi pesakit yang memerlukan bantuan atau nasihat kewangan untuk pembelian alat bantu pendengaran. g. Profesional lain yang berkaitan, mengikut tatacara rujukan hospital/jabatan masing-masing.


11 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.2 Prosedur kerja bagi Pemilihan Alat Bantu Pendengaran (ABP) 4.2.1 Carta Aliran Kerja Prosedur Pemilihan ABP Mula Terima dan semak rekod pesakit Rujuk Lampiran 8(vii) Dan Rujuk AK 5.19 Tentukan keupayaan pendengaran semasa Tentukan kesesuaian pesakit untuk percubaan ABP. Tidak Sesuai? Ya Pilih ABP yang sesuai Program ABP menggunakan perisian ABP/ 2cc coupler Rujuk A.K 5.16 Lakukan pemasangan percubaan ABP Perhatikan reaksi atau dapatkan maklum balas pesakit Berikan bunyi kuat untuk menguji keselesaan pesakit Nilai kemampuan ibu bapa/ penjaga pesakit untuk membeli ABP A


12 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Rujuk Polisi Operasi Pemilihan ABP (2016) Mampu? Tidak Majukan permohonan bantuan dana ABP ke JKSP/ manamana agensi berkaitan Ya Rujuk Lampiran 9 Dapatkan kelulusan bantuan dana ABP Berikan Preskripsi ABP Rujuk A.K 5.12 Lakukan pengukuran acuan telinga setelah pemerolehan ABP Rekod hasil pemilihan ABP Tetapkan janji temu susulan untuk pemasangan ABP Teruskan Dengan Prosedur Pemasangan Dan Orientasi ABP A


13 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.2.2 Huraian Proses bagi Prosedur Pemilihan ABP i. Terima dan semak rekod pesakit untuk memastikan identiti pesakit. Pastikan nama dan nombor kad pengenalan pesakit adalah betul. ii. Tentukan keupayaan pendengaran semasa menggunakan Pengukuran Keberhasilan yang bersesuaian (LittlEARS) dan Ujian 6 Ling’s Sound untuk menentukan jangkaan faedah dari pemakaian ABP (Rujuk Lampiran 8(vii) dan Arakan Kerja 5.19. iii. Tentukan kesesuaian pesakit untuk percubaan ABP. Sekiranya tidak sesuai, teruskan dengan menilai kemampuan ibu bapa/ penjaga pesakit untuk membeli ABP. iv. Sekiranya pesakit sesuai menjalani sesi percubaan ABP, pilih ABP yang mempunyai ciri elektroakustik dan bukan elektroakustik yang padan/ sesuai dengan keperluan pesakit. a. Pemilihan ABP yang sesuai untuk pesakit, dari segi model, output, frequency response, compression atau tetapan khas yang lain. b. Pemakaian ABP perlu mengambilkira faktor- faktor lain seperti kemampuan kewangan, kecelaruan auditori, perkembangan pertuturan, komitmen ibu bapa/ penjaga pesakit dan masalah-masalah perubatan yang lain. v. Programkan ABP yang telah dipilih menggunakan perisian ABP/2cc coupler. (Rujuk Arahan Kerja 5.16) vi. Lakukan pemasangan percubaan ABP ke atas pesakit. vii. Perhatikan reaksi/tingkah laku atau dapatkan maklum balas pesakit terhadap keselesaan amplifikasi ABP. viii. Berikan bunyi kuat untuk menguji keselesaan pesakit. ix. Nilai kemampuan ibu bapa/penjaga pesakit untuk membeli ABP. x. Sekiranya ibu bapa/ penjaga pesakit mampu dan memilih untuk membeli ABP sendiri, berikan preskripsi ABP dan rekod dalam Borang Pengesahan Percubaan & Preskripsi ABP (Rujuk Lampiran 9) xi. Sekiranya tidak mampu, majukan permohonan bantuan dana ABP ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) atau kepada mana-mana agensi berkaitan. Rujuk Polisi Operasi Pemerolehan Alat Bantu Pendengaran (2016). xii. Dapatkan kelulusan bantuan dana ABP. xiii. Lakukan pengukuran acuan telinga selepas pemerolehan ABP/ selepas preskripsi ABP (rujuk Arahan Kerja 5.12). xiv. Rekod hasil pemilihan ABP. xv. Tetapkan tarikh janji temu untuk pemasangan ABP. xvi. Teruskan dengan prosedur pemasangan dan orientasi ABP.


14 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.3 Prosedur kerja bagi Pemasangan Dan Orientasi ABP 4.3.1 Carta Aliran kerja bagi Prosedur Pemasangan dan Orientasi ABP Mula Terima dan semak rekod pesakit Setkan ABP menggunakan perisian ABP dan hasil verifikasi ABP pada REM/RECD Rujuk A.K 5.14, 5.15, 5.16 Lakukan pemasangan ABP Rujuk Lampiran 10 Lakukan orientasi dan berikan kaunseling informatif kepada ibu bapa/ penjaga pesakit mengenai penggunaan dan penjagaan ABP Serah ABP kepada pesakit Beri janji temu rawatan susulan Rekodkan sesi pemasangan ABP ke dalam rekod pesakit Teruskan Dengan Prosedur Rawatan Susulan ABP


15 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.3.2 Huraian Prosedur bagi Pemasangan dan Orientasi ABP i. Terima dan semak rekod pesakit untuk memastikan identiti pesakit. ii. Set tetapan ABP menggunakan perisian yang berkaitan dan hasil verifikasi ABP dengan mengukur respon di dalam Real-Ear-Measurement (REM) (rujuk Arahan Kerja 5.14) atau Real Ear to Coupler Difference (RECD) (rujuk Arahan Kerja 5.15) atau 2 cc coupler (rujuk Arahan Kerja 5.16). iii. Lakukan pemasangan ABP ke atas pesakit. iv. Lakukan orientasi dan berikan kaunseling informatif kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai penggunaan dan penjagaan ABP (Rujuk Lampiran 10). v. Serahkan ABP kepada pesakit. vi. Beri janji temu untuk rawatan susulan. vii. Rekodkan sesi pemasangan ABP pesakit ke dalam rekod perubatan pesakit. viii. Teruskan dengan prosedur rawatan susulan ABP.


16 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.4 Prosedur kerja bagi Rawatan Susulan ABP 4.4.1 Carta Aliran kerja bagi Prosedur Rawatan Susulan ABP Mula Terima dan semak rekod pesakit Tentukan samada pesakit mempunyai masalah dengan ABP Ada? Tidak Ya Kenal pasti & selesaikan masalah pesakit Rujuk A.K 5.13, 5.14, 5.15, 5.16, 5.17 Nilai peningkatan prestasi selepas pemasangan ABP Rujuk A.K 5.18, 5.19 dan Lampiran 8 Rujuk kepada professional yang berkaitan jika perlu Meningkat? Tidak Ya Discaj Beri janji temu mengikut keperluan Rekodkan janji temu susulan dalam rekod pesakit Tamat


17 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 4.4.2 Huraian Prosedur bagi Proses Rawatan Susulan Alat Bantu Pendengaran i. Terima dan semak rekod pesakit untuk memastikan identiti pesakit. ii. Tentukan sama ada pesakit mempunyai masalah dengan ABP. iii. Sekiranya pesakit mempunyai masalah dengan ABP, kenal pasti masalah pesakit seperti di bawah, dan lakukan penyelesaian bagi masalah tersebut. Antara masalah yang boleh berlaku: a. ABP tidak berfungsi baik. b. Acuan telinga tidak selesa. c. Ibu bapa/penjaga pesakit tidak faham tujuan penggunaan ABP d. Terdapat perubahan tahap pendengaran e. Bunyi ABP terlalu kuat, perlahan atau terdapat feedback f. Kurang amplifikasi pada bunyi frekuensi tinggi (/s/ atau /sh/) berdasarkan maklum balas daripada ibu bapa/penjaga pesakit atau dari keputusan audiogram berbantu: • Ujian verifikasi perlu dilakukan setiap kali perubahan dilakukan pada tetapan ABP (rujuk Arahan Kerja 5.13, 5.14, 5.15, 5.16 dan 5.17). iv. Sekiranya pesakit tidak mempunyai masalah dengan ABP, nilai peningkatan prestasi selepas pemasangan ABP melalui pengukuran keberhasilan ABP, a. Ujian-ujian dalam Pengukuran Keberhasilan ABP seperti Ujian 6 Ling’s Sound (rujuk Arahan Kerja 5.19) dan Pengukuran Keberhasilan (rujuk lampiran 8) atau ujian berbantu (rujuk Arahan Kerja 5.18). b. Rujuk Jadual 3 dalam menentukan Pengukuran Keberhasilan yang bersesuaian.


18 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Jadual 3: Penilaian Objektif dan Subjektif dalam Pengukuran Keberhasilan ABP untuk pesakit Pediatrik v. Sekiranya pesakit masih lagi tidak menunjukkan peningkatan performa selepas semua langkah penambahbaikan telah dilakukan, rujuk kepada profesional berkaitan (jika perlu) untuk pilihan amplifikasi dan peranti pendengaran yang lain, seperti assistive listening device, Cochlear Implant (CI), Bone Implant, dan Auditory Brainstem Implant. Bagi kes yang memerlukan Implan Koklea, rujuk Polisi Koklea Implan Kebangsaan (2017). vi. Berikan janji temu mengikut keperluan. vii. Rekodkan sesi susulan ke dalam rekod perubatan pesakit. Children Chronological Age Objective Measures Subjective Measure 1 Less than 3 years old 1. Ling 6 Sound Test 2. Evaluation of Auditory Responses to Speech (EARS) (e.g LIP & MTP) 1. LittlEARS 2. Parent’s Evaluation of Aural/Oral Performance of Children (PEACH) 3. Meaningful Auditory Integration Scale (MAIS) 4. Meaningful Use of Speech Scale (MUSS) 2 3-4 years old 1. Ling 6 Sounds Test 2. EARS (e.g MTP, matrics) 3. MyMaPS 1. LittlEARS 2. PEACH 3. MAIS 4. MUSS 3 5 years old 1. EARS (eg MTP, matrics) 2. Children Hearing in Noise Test (HINT-C) 3. MyMaps 1. PEACH 2. MAIS 3. MUSS 4. For older children, selfreport tools may be used. Example is the SelfEvaluation of Listening Function (SELF)


19 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5. ARAHAN KERJA 5.1 Arahan Kerja Pemeriksaan Otoskopi i. Terangkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai ujian atau prosedur yang akan dijalankan. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit bahawa telinga akan ditarik secara perlahan dan spekulum akan dimasukkan sedikit ke dalam salur telinga untuk memeriksa keadaan fizikal salur telinga dan gegendang telinga. ii. Pastikan pesakit duduk dengan selesa dan telinga yang hendak diuji berada setara dengan mata audiologis. iii. Pastikan pesakit duduk dalam keadaan tenang dan persekitaran yang terang. Hentikan pemeriksaan sekiranya pesakit mengalami tantrum dan agresif bagi mengelakkan kecederaan pada salur telinga. iv. Pilih spekulum yang sesuai dengan saiz salur telinga pesakit. v. Periksa bahagian cuping telinga dan belakang telinga untuk memastikan sekiranya terdapat abnormaliti. Periksa sama ada terdapat collapsing ear canal pada telinga pesakit. vi. Genggam otoskop atau pegang seperti memegang sebatang pen, dan masukkan spekulum ke dalam salur telinga dengan berhati-hati. Pastikan teknik bracing diaplikasikan. Rujuk Gambar rajah A: Cara memegang otoskop yang selamat dengan contoh teknik bracing yang betul dan salah. Gambar rajah A: Gambar di sebelah kiri adalah pemeriksaan otoskopi yang selamat di mana Audiologis meletakkan tangan dengan rapi di pipi pesakit menggunakan teknik bracing, manakala gambar di sebelah kanan adalah pemeriksaan otosokopi yang tidak selamat di mana teknik bracing tidak digunakan.


20 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK vii. Gunakan spekulum yang berbeza untuk telinga kiri dan kanan, dan ujian ini hendaklah dijalankan pada telinga yang tidak mengalami infeksi terlebih dahulu sekiranya perlu, untuk mengelakkan jangkitan pada pesakit. viii. Terangkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit hasil pemeriksaan yang diperolehi dan lakukan rujukan sekiranya pesakit memerlukan rawatan segera untuk sebarang masalah telinga luar yang dialami. ix. Simpan semula otoskop di tempat simpanan dengan baik selepas digunakan. Spekulum hendaklah ditukar atau dibersihkan selepas digunakan. x. Catat keputusan pemeriksaan ke dalam rekod pesakit.


21 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.2 Arahan Kerja Ujian Timpanometri i. Jalankan pemeriksaan otoskopi (Rujuk Arahan Kerja 5.1) terlebih dahulu. ii. Terangkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai ujian atau prosedur yang akan dijalankan. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit bahawa probe tip akan dimasukkan ke dalam telinga dan pesakit akan mendengar bunyi stimulus dan terasa sedikit tekanan udara. iii. Pastikan pesakit berada di dalam keadaan yang tenang dan selesa. Minta pesakit untuk tidak menelan dan bercakap semasa prosedur dijalankan. Hentikan pemeriksaan sekiranya pesakit mengalami tantrum, agresif atau menangis untuk mengelakkan nilai ujian yang tidak tepat. iv. Nilai kesesuaian pesakit untuk menjalani ujian timpanometri dengan merujuk Jadual 4 untuk senarai kontra-indikasi dan panduan penilaian Audiologis dalam menjalankan prosedur ujian timpanometri. Jadual 4: Jadual Kontra-indikasi dan Panduan Penilaian Ujian Timpanometri No. Jenis Kontra-indikasi Penilaian Menjalankan Prosedur Timpanometri 1 Pesakit di bawah pengaruh bius am Keputusan ujian mungkin menghasilkan peak pressure ≥200 daPa. Prosedur dibenarkan untuk dijalankan sekiranya mengambil kira kesan tersebut. 2 Atresia/ear stenosis Penggunaan prob tip umbrella-type sambil Audiologis memegang prob tip ke atas telinga pesakit adalah disarankan sekiranya perlu. 3 Otorrhoea Dilarang untuk menjalankan prosedur. 4 Acute otitis media Dilarang untuk menjalankan prosedur sekiranya gegendang telinga kelihatan kemerahan dan bengkak. 5 Otitis externa Prosedur dibenarkan untuk dijalankan sekiranya: • Pesakit memberi kebenaran untuk menguji telinga yang sedang mengalami kesakitan. • Kebenaran diberi dengan jelas dan pesakit faham untuk memberi maklum balas dengan segera kepada Audiologis sekiranya mengalami sebarang kesakitan atau ketidakselesaan semasa prosedur dijalankan. 6 Kehadiran bendasing di dalam salur telinga Bendasing hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum prosedur dijalankan (kehadiran tiub grommet di gegendang telinga adalah terkecuali). 7 Serumen berlebihan Prosedur pembersihan serumen dilakukan terlebih dahulu untuk menjamin keselamatan pesakit dan mengelak kerosakan pada timpanometer.


22 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 8 Sejarah pembedahan telinga • Untuk semua pesakit yang pernah menjalani pembedahan telinga kurang daripada tempoh 2 bulan perlu mendapat kebenaran formal daripada Pakar/Pegawai Perubatan ORL yang bertanggungjawab. • Bagi kes-kes pembedahan osikular (stapedectomy, stapedotomy) dan pembedahan rekonstruksi gegendang telinga (tympanoplasty, myringoplasty) prosedur dibenarkan untuk dijalankan setelah mendapat pandangan perubatan dan persetujuan daripada Pakar/Pegawai Perubatan ORL. v. Pilih probe tip yang bersesuaian dengan saiz salur telinga pesakit. vi. Luruskan salur telinga dengan menarik cuping telinga ke bawah, bagi pesakit berumur 0-12 bulan. Lakukan prosedur ini secara perlahan-lahan dan berhatihati. vii. Luruskan salur telinga dengan menarik cuping telinga ke belakang, bagi pesakit berumur 12 bulan ke atas. Lakukan prosedur ini secara perlahan-lahan dan berhati-hati. viii. Masukkan probe tip ke salur telinga dan pastikan ia menutupi keseluruhan bukaan salur telinga pesakit dan pastikan tiada kebocoran/leaking. ix. Mulakan ujian timpanometri. x. Hentikan ujian sekiranya pesakit mengalami tantrum dan agresif bagi mengelakkan kecederaan pada salur telinga dan keputusan ujian yang tidak tepat. xi. Ubah kedudukan atau ubah saiz probe tip kepada sai z yang lain jika bacaan tekanan udara tidak konsisten atau bacaan tidak dapat diperolehi. xii. Lakukan ujian timpanometri frekuensi tinggi (1000 Hz) bagi pesakit berumur kurang dari 6 bulan, manakala pesakit yang berumur lebih 6 bulan lakukan ujian timpanometri frekuensi 226 Hz. xiii. Semak dan rekodkan keputusan ujian untuk setiap telinga. a. Peak compliance b. Ear canal volume c. Middle ear pressure d. Tymp width xiv. Tentukan status fungsi telinga tengah pesakit. Sila rujuk Jadual 5: Nilai Normatif Timpanometri untuk kanak-kanak, Jadual 6: Nilai Normatif Kuantitatif Timpanometri, Gambar rajah B: Ilustrasi kesan patologi ke atas ECV dan Gambar rajah C: Gambar Hasil Keputusan Ujian Timpanometri. xv. Cetak slip keputusan jika perlu dan catatkan ke dalam rekod pesakit.


23 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Jadual 5: Nilai Normatif Timpanometri untuk kanak-kanak Age Group Equivalent Ear Canal Volume (Vec) Static Compensated Admittance (Ytm) Tympanometric Width (TW) Tymanometric peak pressure (TTP) ˂6 months (1000 Hz probe) 0.2 – 0.8 cc ≥ 0.6 mmho for negative compensation ≥ 0.4 mmho for positive compensation <150 dapa NA 6-18 months (226Hz probe) 0.5 – 1.0 cc ≥ 0.2 mmho <250 dapa +25 to -75 dapa >18 months to 10 years (226Hz probe) 0.6 – 1.2 cc ≥ 0.3 mmho <200 dapa +25 to -75 dapa >10 years 1.0 – 2.2 cc (males) 0.8 – 1.9 cc (females) ≥ 0.3 mmho <125 dapa +5 to -105 dapa (Hunter and Shahnaz, 2013) Jadual 6: Nilai Normatif Kuantitatif bagi Timpanometri Frekuensi Rendah (226Hz) untuk 4-6 tahun Puncak Ytm (mmhos) V ea (cm³) TW (daPa) Overall 90% Range 0.27 – 1.18 0.45 – 1.65 59.60 – 149.80 Male 90% Range 0.23-1.24 0.45-1.81 59.00-175.60 Female 90% Range 0.30-1.02 0.43-1.62 65.45-149.85 (Noor Alaudin & Norashikin, 2010) Gambar rajah B: Ilustrasi kesan patologi ke atas ear canal volume


24 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK (Jerger 1977) Gambar rajah C: Gambar Hasil Keputusan Ujian Timpanometri Jenis Timpanogram Bentuk Graf Bacaan Keputusan (rujuk kepada nilai kualitatif) Type A Peak Compliance: Normal Ear Canal Volume: Normal Middle Ear Pressure: Normal Type As Peak Compliance: Low Ear Canal Volume: Normal Middle Ear Pressure: Normal Type Ad Peak Compliance: High Ear Canal Volume: Normal Middle Ear Pressure: Normal Type B Peak Compliance: Not applicable Ear Canal Volume: Normal/Small/Large Middle Ear Pressure: Not applicable Type C Peak Compliance: Normal Ear Canal Volume: Normal Middle Ear Pressure: High Negative Pressure


25 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.3 Arahan Kerja Ujian Refleks Akustik i. Arahkan pesakit untuk duduk dengan tenang. Jalankan pemeriksaan otoskopi (Rujuk Arahan Kerja 5.1) untuk memeriksa keadaan salur telinga dan gegendang telinga. ii. Terangkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai ujian atau prosedur yang akan dijalankan. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit bahawa probe tip akan dimasukkan ke dalam telinga dan pesakit akan mendengar bunyi stimulus dan terasa sedikit tekanan udara. iii. Pastikan pesakit berada di dalam keadaan yang tenang dan selesa. Minta pesakit untuk tidak menelan dan bercakap semasa prosedur dijalankan. Hentikan pemeriksaan sekiranya pesakit mengalami tantrum, agresif atau menangis untuk mengelakkan nilai ujian yang tidak tepat. iv. Pilih probe tip yang bersesuaian dengan saiz salur telinga pesakit. v. Luruskan salur telinga dengan menarik cuping telinga ke bawah, bagi pesakit berumur 0-12 bulan. Lakukan prosedur ini secara perlahan-lahan dan berhatihati. vi. Luruskan salur telinga dengan menarik cuping telinga ke belakang, bagi pesakit berumur 12 bulan ke atas. Lakukan prosedur ini secara perlahan-lahan dan berhati-hati. vii. Masukkan probe tip ke salur telinga dan pastikan ia menutupi keseluruhan bukaan salur telinga dan pastikan tiada kebocoran/leaking. viii. Mulakan ujian refleks akustik ipsilateral. ix. Hentikan pemeriksaan sekiranya pesakit mengalami tantrum dan agresif bagi mengelakkan kecederaan pada salur telinga dan keputusan ujian yang tidak tepat. x. Ubah kedudukan atau ubah saiz probe tip kepada saiz yang lain jika bacaan tekanan udara tidak konsisten atau bacaan tidak dapat diperolehi. xi. Lakukan ujian refleks akustik dengan menggunakan probe frekuensi (probe tone) yang sama untuk ujian timpanometri dan pada peak pressure yang telah ditentukan semasa ujian timpanometri. a. Semasa mengunakan probe 226 Hz, ujian refleks akustik boleh dilakukan pada frekuensi 1000Hz dan frekuensi lain atau broadband noise. Refleks pada 4000Hz mungkin tidak dapat diukur walaupun bagi telinga yang mempunyai pendengaran normal. Sekiranya menggunakan probe 1000Hz dalam ujian timpanometri dan refleks akustik, ujian pada 1000Hz perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan interaksi antara probe dan nada yang diuji dan menghasilkan artifak (Smith & Wolfe, 2013).


26 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK b. Refleks akustik untuk bayi yang kecil (infant) mungkin akan menunjukkan upward deflection, berbeza dengan downward deflection yang biasa ditemui (Smith & Wolfe, 2013). xii. Lakukan Refleks akustik contralateral perlu dilakukan untuk menguji integiti saraf auditori. Rujuk Jadual 7: Patterns of Acoustic Middle Ear Muscle Reflex (MEMR) Respones. xiii. Cetak slip keputusan jika perlu dan catatkan ke dalam rekod pesakit. Jadual 7: Patterns of Acoustic Middle Ear Muscle Reflex (MEMR) Respones Jerger S & Jerger J (1977)


27 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.4 Arahan Kerja Ujian Refleks Auro-Palpebral i. Terangkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai prosedur yang akan dijalankan. ii. Maklumkan kepada ibu bapa /penjaga pesakit bahawa Audiologis akan memberi bunyi yang agak kuat dan minta ibu bapa/penjaga pesakit untuk tidak memberi kiu kepada pesakit. iii. Hasilkan bunyi contohnya suara /ba/ atau menggunakan noisemaker (Barany’s Box /cymbal) dalam jarak 30-50 cm dari telinga pesakit. Intensiti bunyi tersebut mesti diukur dengan Sound Level Meter di antara 90 – 100dBA. iv. Rekodkan tindak balas daripada pesakit. a. RESPON ADA jika ada tindak balas daripada pesakit (contohnya riak muka terkejut, mata berkelip, badan tersentak, atau menangis). b. TIADA RESPON jika pesakit tidak menunjukkan apa-apa respon terhadap bunyi yang diberikan. • Ujian ini boleh dibuat maksimum 2 kali sahaja. • Ujian ini sesuai dijalankan ke atas pesakit kanak-kanak berusia 0 - 6 bulan, atau kanak-kanak yang lebih besar tetapi mempunyai kelewatan perkembangan.


28 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.5 Arahan Kerja Ujian Distraksi i. Pastikan pesakit mempunyai sokongan leher dan tulang belakang yang baik. ii. Terangkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit mengenai prosedur yang akan dijalankan. Audiologis akan memberi bunyi dan minta ibu bapa/penjaga pesakit untuk tidak memberi kiu kepada pesakit. iii. Pastikan pesakit duduk tegak di atas riba ibu bapa/penjaga pesakit, tidak bersandar dan menghadap ke hadapan (Audiologis 1). a. Audiologis 1 bertindak sebagai distractor, duduk di hadapan pesakit. b. Audiologis 2 bertindak sebagai tester berada di belakang sebelah kanan atau kiri pesakit. iv. Pastikan tiada kiu visual, kiu bunyi atau kiu lain (gerakan, bau) yang boleh dikesan oleh pesakit. v. Gunakan peralatan noisemaker yang mempunyai frekuensi berbeza seperti C chime bar (250 Hz), G chime bar (1 kHz) dan rattle (4 kHz), atau peralatan lain yang bersesuaian. vi. Ukur intensiti bunyi menggunakan sound level meter (SLM) sekiranya ujian dilakukan dengan noisemaker seperti chime bar atau rattle. Kedudukan dan jarak SLM dari noisemaker adalah sama dengan kedudukan dan jarak noisemaker dari pesakit. vii. Pastikan stimulus bunyi yang diberikan berada sama paras dengan telinga bayi dan di luar medan penglihatan bayi. Jarak stimulus perlu berada 1meter dan bersudut 135° dari telinga pesakit. Rujuk Gambar rajah D: Kedudukan pesakit semasa Ujian Distraksi. Gambar rajah D: Kedudukan pesakit semasa ujian distraksi


29 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK viii. Berikan stimulus bunyi secara rawak, iaitu sela masa antara bunyi tidak sekata, tidak mengikut turutan frekuensi dan bergilir- gilir antara telinga kiri dan kanan. ix. Audiologis 1 hendaklah mengesan sebarang tindak balas pesakit kepada bunyi. x. Audiologis 2 perlu memberikan control trial semasa ujian. xi. Berikan ganjaran kepada pesakit secara verbal (pujian) atau visual (senyuman/lampu LED dari peralatan) setiap kali respon yang diberikan adalah betul. xii. Kriteria respon pesakit adalah memusing kepala dengan ketara (clear headturn) ke arah sumber bunyi. Namun begitu, respon lain seperti gerakan mata, pusingan kepala yang tidak ketara (partial head-turn) boleh diambil kira dengan melakukan control trial, dan respon ini perlu dicatatkan di dalam rekod pesakit. Ujian dijalankan dengan tiga kali percubaan, dan keputusan perlu dicatitkan pada setiap kali percubaan. xiii. Mulakan ujian. Respon pesakit dikira pada tahap paling perlahan dengan sekurang-kurangnya dua respon dari tiga kali bunyi yang diberi pada tahap tersebut. Respon pesakit direkodkan sebagai Minimum Respone Level (MRL). (BSA 2018) a. Bagi pesakit yang disyaki tidak mempunyai masalah pendengaran, beri bunyi pada intensiti 30dBA. Sekiranya pesakit memberikan respon, hentikan ujian. Pesakit dengan MRL pada 30 dBA dianggap mempunyai pendengaran normal atau dikira tidak mempunyai masalah pendengaran yang ketara/signifikan. Sekiranya pesakit tidak memberikan respon pada 30dBA, naikkan intensiti stimulus sehingga pesakit memberikan respon. b. Bagi pesakit yang disyaki mempunyai masalah pendengaran, bunyi diberi pada intensiti 70dBA. Sekiranya pesakit tidak memberikan respon, naikkan sehingga intensiti maksimum. Sekiranya pesakit masih tidak memberikan respon, hentikan ujian. xiv. Rekodkan hasil pemeriksaan ke dalam rekod pesakit dengan lengkap dan tepat. Rujuk Jadual 8 untuk Contoh Keputusan Ujian Distraksi. • Ujian ini sesuai dijalankan ke atas pesakit kanak-kanak berusia 6 - 12 bulan, atau kanak-kanak yang lebih besar tetapi mempunyai kelewatan perkembangan.


30 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Jadual 8: Contoh Keputusan Ujian Distraksi Telinga Stimulus Frekuensi rendah Frekuensi Mid (Tengah) Frekuensi Tinggi Catatan Kanan G Chime Bar √-√ √√- NA Clear head turn Pediatric Audiometer (2000 Hz) NA NA √?√ Clear head turn (respones decrease towards the end of the test session) Kiri G Chime Bar -√√ -√- NA Unable to get a clear and repeatable head turn Pediatric Audiometer (2000 Hz) NA NA -√√ Clear head turn


31 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.6 Arahan Kerja Ujian Visual Reinforcement Audiometry (VRA) i. Pastikan pesakit mampu untuk duduk tanpa sokongan atau dengan sokongan minima di samping mempunyai kawalan kepala dan leher yang baik. a. Dua orang Audiologis diperlukan untuk menjalankan prosedur ini, di mana: • Audiologis 1- berperanan mengendalikan audiometer dan visual reinforcer di samping memerhatikan tindak balas pesakit terhadap stimulus yang diberikan. • Audiologis 2- berperanan sebagai distractor untuk mendapatkan perhatian pesakit di samping membantu Audiologis 1 memerhatikan tindak balas pesakit terhadap stimulus yang diberikan. ii. Pastikan ujian dijalankan di dalam bilik kedap bunyi. iii. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit bahawa ujian akan dijalankan dengan menggunakan transduser atau pembesar suara. Stimulus bunyi dari pelbagai frekuensi serta intensiti akan diberikan kepada pesakit. Ibu bapa/penjaga pesakit diminta untuk tidak memberi kiu kepada pesakit. a. Pemilihan transduser untuk ujian adalah seperti berikut: • Fon sisip perlu digunakan untuk semua pesakit, • Fon telinga digunakan hanya apabila terdapat masalah/contraindication, contohnya salur telinga yang terlalu sempit atau stenotic, atau pesakit menolak untuk menggunakan fon sisip. Audiologis perlu memastikan ketepatan pemasangan fon telinga dan tiada masalah collapsing ear canal dan serumen berlebihan. • Pembesar suara digunakan sekiranya pesakit tidak memberi kerjasama untuk menggunakan fon sisip/fon telinga. Namun begitu, keputusan ujian medan bebas tidak boleh digunakan sebagai ambang pendengaran. Ujian lain diperlukan untuk mendapatkan keputusan ambang pendengaran telinga spesifik. (Ontario 2019) • Bone vibrator digunakan untuk mengenalpasti masalah konduktif dan sensorineural pada pesakit. Letakkan bone vibrator di mastoid bone. iv. Pastikan pesakit berada di kedudukan yang terlindung daripada pergerakan tangan Audiologis 1. Audiologis 1 perlu berada pada kedudukan yang membolehkan beliau melihat ekspresi wajah atau gerak badan pesakit. v. Lakukan fasa pembiasaan (conditioning) untuk melihat sama ada pesakit dapat memahami ujian yang akan dijalankan. a. Semasa fasa ini, bunyi stimulus pada 60-70 dB pada frekuensi 2000 Hz diberi serentak dengan visual reinforcer.


32 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK b. Fasa pembiasaan ini dilakukan sehingga Audiologis dapat melihat pesakit memberi respon dengan menoleh kepala ke arah visual reinforcer dengan tepat dan konsisten. c. Fasa conditioning perlu dilakukan sebelum mendapatkan ambang pendengaran. Sekiranya pesakit tidak memberikan respon semasa fasa conditioning, stimulus perlu dinaikkan ke 90 dBHL, untuk maksimum 2 kali sahaja. Sekiranya tiada respon, tukar ke transduser lain/frekuensi berbeza/type of sound maka ujian lain perlu dilakukan, termasuk ujian objektif. d. Jika pesakit telah memberikan respon yang konsisten semasa fasa conditioning, maka fasa ujian boleh dimulakan. iv. Lakukan saringan dengan memberikan stimulus 20dB bagi setiap frekuensi yang diuji Sekiranya pesakit respon sebanyak 2 kali bagi setiap frekuensi yang diuji, keputusan diterima sebagai hearing within normal range. v. Mulakan ujian dengan pemilihan frekuensi yang bersesuaian. Frekuensi permulaan ditentukan berdasarkan matlamat sesi ujian dan keadaan pesakit tersebut. Sebagai panduan, ujian boleh dijalankan dengan memilih mana-mana langkah seperti berikut: (BSA 2018). • 2 kHz → 500 Hz → 4 kHz → 1 kHz atau • 1 kHz → 4 kHz → 500 Hz → 2 kHz vi. Tentukan nilai Minimum Response Level (MRL) bagi pesakit yang tidak memberikan respon pada fasa saringan. Untuk permulaan, turunkan bunyi di antara 15-20dB selagi pesakit masih memberikan respon. Kaedah HughsonWestlake (turun 10 dB, naik 5 dB) digunakan. Stimulus diberi selama 1-2 saat secara rawak. MRL diambil pada tahap stimulus paling rendah sekiranya pesakit memberi respon sekurang-kurangnya dua kali daripada 3 kali stimulus. • MRL: Minimum Response level: ialah tahap intensiti paling perlahan yang boleh didengar oleh pesakit kanak-kanak. MRL diplotkan jika pesakit memberi 2 respon dari 3 percubaan pada intensiti yang sama secara teknik menaik (ascending technique). (BSA, 2014) vii. Lengkapkan ujian pada frekuensi lain. MRL dicari pada telinga secara berselang-seli. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan ujian adalah: a. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit yang memegang pesakit supaya tidak memberi kiu kepada pesakit. b. Audiologis 1 perlu kerap memeriksa false positive response dengan cara tidak memberikan bunyi atau interval yang panjang di antara bunyi.


33 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK c. Audiologis 2 perlu memilih permainan yang sesuai dan tidak terlalu melekakan pesakit. d. Audiologis 2 perlu berada pada kedudukan yang sesuai dan tidak menghalang visual reinforcement toys dari pandangan pesakit (rujuk Gambar rajah E: Contoh susun atur pesakit dan peralatan ujian semasa ujian VRA pada setting bilik yang berbeza); kedudukan speaker adalah pada 0 degree atau 90 degree daripada telinga pesakit e. Audiologis 2 perlu membantu Audiologis 1 untuk melihat perubahan ekspresi wajah pesakit setiap kali stimulus/bunyi diberikan. f. Untuk ujian konduksi udara, pakaikan fon telinga/fon sisip kepada pesakit, dan pastikan cuping telinga tidak terlipat. Pastikan fon telinga/fon sisip dipasang dengan betul. Untuk fon sisip, pastikan saiz tip fon sisip bersesuaian dan dimasukkan dengan betul. Jika tidak menggunakan fon telinga/fon sisip, gunakan pembesar suara untuk ujian secara medan bebas. g. Bone vibrator tidak boleh bersentuh dengan cuping telinga atau dilapisi dengan rambut yang tebal. h. Jika pesakit takut/tidak selesa dengan puppet yang diberikan, tukar kepada visual reinforcer yang lain. viii. Tentukan dan kenal pasti keabsahan (validity) ujian. Ulang kembali frekuensi yang pertama diuji, lihat respon pesakit pada tahap MRL atau 5 dB dari MRL. Jika tiada respon, keabsahan ujian boleh diragui dan perlu disokong dengan ujian lain. ix. Jalankan ujian pendengaran nada tulen konduksi tulang terutama pada frekuensi yang mana konduksi udara tidak normal. a. Mulakan dengan 2000Hz dengan konduksi tulang (BC) jika (Ontario 2019), • Kanak-kanak mempunyai atresia sepenuhnya di kedua-dua belah telinga, atau • Ujian pendengaran sebelum ini menunjukkan pesakit perlu menggunakan bone conduction hearing aid (BCHA); atau • Kanak-kanak berisiko bermasalah pendengaran sensorineural late onset dan mempunyai masalah telinga tengah. x. Berikan ganjaran visual reinforcer selama 0.5-1 saat pada setiap respon yang betul yang diberikan oleh pesakit. a. Respon yang betul didefinisikan sebagai pergerakan kepala yang jelas ke arah visual reinforcer tidak melebihi 4 saat daripada masa stimulus diberikan. b. Ekspresi muka, reaksi mata, memandang kepada Audiologis tidak dikira sebagai respon, namun begitu, ia boleh dikira sebagai respon jika kedua-


34 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK dua Audiologis bersetuju untuk mengambil ia sebagai respon (IRA – individualized reinforcement audiometry). xi. Rekodkan keputusan ujian dengan betul dan tepat pada Borang Ujian Distraksi, Visual Reinforcement Audiometry (VRA) (Lampiran 7(i)) dan simpan ke dalam rekod pesakit. • Ujian ini sesuai dijalankan ke atas pesakit kanak-kanak berusia 6 - 24 bulan, atau kanak-kanak yang lebih besar tetapi mempunyai kelewatan perkembangan. Gambar rajah E: Contoh susun atur pesakit dan peralatan ujian semasa ujian VRA pada setting bilik yang berbeza. 2 pembesar suara 1 pembesar suara 1 pembesar suara


35 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.7 Arahan Kerja Ujian Conditioned Play Audiometry (CPA) i. Pastikan ujian dijalankan di dalam bilik kedap bunyi. ii. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit bahawa ujian akan dijalankan dengan menggunakan transduser atau pembesar suara. Stimulus bunyi dari pelbagai frekuensi serta intensiti akan diberikan kepada pesakit. Ibu bapa/penjaga pesakit diminta untuk tidak memberi kiu kepada pesakit. a. Pemilihan transduser untuk ujian adalah seperti berikut: • Fon sisip perlu digunakan untuk semua pesakit, • Fon telinga digunakan hanya apabila terdapat masalah/contraindication, contohnya salur telinga yang terlalu sempit atau stenotic, atau pesakit menolak untuk menggunakan fon sisip. Audiologis perlu memastikan ketepatan pemasangan fon telinga dan tiada masalah collapsing ear canal dan serumen berlebihan. • Pembesar suara digunakan sekiranya pesakit tidak memberi kerjasama untuk menggunakan fon sisip/fon telinga. Namun begitu, keputusan ujian medan bebas tidak boleh digunakan sebagai ambang pendengaran. Ujian lain diperlukan untuk mendapatkan keputusan ambang pendengaran telinga spesifik. (Ontario 2019) • Bone vibrator digunakan untuk mengenalpasti masalah konduktif dan sensorineural pada pesakit. Letakkan bone vibrator di mastoid bone. iii. Pastikan pesakit berada pada kedudukan di mana pergerakan tangan Audiologis tidak dapat dilihat. Audiologis perlu berada pada kedudukan yang membolehkan beliau melihat ekspresi wajah dan tindakbalas pesakit. iv. Lakukan fasa pembiasaan (conditioning) untuk melihat sama ada pesakit dapat memahami ujian yang akan dijalankan. a. Semasa fasa ini, bunyi stimulus pada 60-70 dB pada frekuensi 2000 Hz diberi dan pesakit memberi respon dengan bermain. b. Lakukan fasa pembiasaan ini sehingga pesakit dapat memberikan respon dengan tepat dan konsisten. c. Sekiranya tiada respon semasa fasa conditioning, stimulus diberi serentak dengan aktiviti bermain, sehingga kanak-kanak boleh memberikan respon tanpa diarah bila stimulus diberikan. d. Jika pesakit telah memberikan respon yang konsisten semasa fasa conditioning, maka fasa ujian boleh dimulakan. v. Lakukan saringan dengan memberikan stimulus 20dB bagi setiap frekuesi yag diuji untuk pesakit yang tidak disyaki mempunyai masalah pendengaran dan masalah kurang tumpuan. Sekiranya pesakit respon sebanyak 2 kali bagi


36 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK setiap frekuensi yang diuji, keputusan diterima sebagai hearing within normal range. vi. Mulakan ujian dengan frekuensi bersesuaian. Rujuk Arahan Kerja 5.6 langkah ke 6 untuk pemilihan frekuensi yang bersesuaian. vii. Ukur ambang pendengaran konduksi udara melalui teknik modified HughsonWestlake method (1944): a. Turunkan intensiti stimulus sebanyak 10 dB setiap kali pesakit memberikan respon. b. Tingkatkan intensiti stimulus sebanyak 5 dB jika pesakit tidak memberikan respon. c. Rekod bacaan ambang pendengaran sekiranya pesakit memberi respon pada tahap intensiti stimulus paling rendah sekurang-kurangnya 2 daripada 3 kali stimulus (plateau). viii. Lengkapkan ujian pada frekuensi lain. Ambang pendengaran dicari pada telinga secara berselang-seli. ix. Jalankan ujian pendengaran nada tulen konduksi tulang terutama pada frekuensi yang mana konduksi udara tidak normal. a. Bone vibrator tidak boleh bersentuh dengan cuping telinga atau dilapisi dengan rambut yang tebal. x. Lakukan fasa penopengan jika perlu. Rujuk Arahan Kerja 5.8, langkah xi. xi. Rekodkan keputusan ujian pada Borang Ujian Distraksi VRA dan CPA (Lampiran 7(i)). • Ujian ini sesuai dijalankan ke atas pesakit kanak-kanak berusia 36 – 60 bulan, atau kanak-kanak yang lebih besar tetapi mempunyai kelewatan perkembangan.


37 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK 5.8 Arahan Kerja Ujian Audiometri Nada Tulen (Pure-Tone Audiometry) i. Pastikan ujian dijalankan di dalam bilik kedap bunyi. ii. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga pesakit bahawa ujian akan dijalankan dengan menggunakan transduser atau pembesar suara. Stimulus bunyi dari pelbagai frekuensi serta intensiti akan diberikan kepada pesakit. Ibu bapa/penjaga pesakit diminta untuk tidak memberi kiu kepada pesakit. iii. Posisikan pesakit pada kedudukan yang sesuai contoh 45o dari Audiologis untuk mengelakkan dari kiu visual dan membolehkan Audiologis melihat ekspresi wajah atau gerak badan pesakit. iv. Arahkan pesakit supaya memberi respon kepada stimulus bunyi yang diberi sama ada kuat atau perlahan. Pesakit perlu respon dengan menekan butang respon. (Pilihan isyarat yang lain adalah seperti mengangkat tangan, menganggukkan kepala atau secara verbal mengatakan ada/tiada bunyi). v. Pastikan pesakit menanggalkan semua aksesori di kepala dan telinga yang mengganggu kedudukan transduser. a. Untuk ujian konduksi udara, pakaikan fon telinga/fon sisip kepada pesakit. Tentukan fon telinga/fon telinga bertanda merah pada telinga kanan dan bertanda biru pada telinga kiri. b. Jika menggunakan fon telinga pastikan saiz tip telinga bersesuaian dengan salur telinga dan pastikan tip telinga dimasukkan dengan betul ke dalam salur telinga. c. Jika tidak menggunakan fon telinga/fon telinga, gunakan pembesar suara untuk ujian secara medan bebas. vi. Mulakan ujian dengan stimulus nada tulen pada frekuensi 1000 Hz: a. Sekiranya pesakit dijangka mempunyai pendengaran normal, mulakan ujian pada intensiti stimulus 40 dBHL. b. Sekiranya pesakit dijangka mempunyai masalah pendengaran yang signifikan, mulakan ujian pada intensiti stimulus 60 dBHL atau lebih kuat berdasarkan kepada penilaian awal Audiologis. vii. Ukur ambang pendengaran konduksi udara melalui teknik modified HughsonWestlake method (1944): a. Turunkan intensiti stimulus sebanyak 10 dB setiap kali pesakit memberikan respon. b. Tingkatkan intensiti stimulus sebanyak 5 dB jika pesakit tidak memberikan respon. c. Rekod bacaan ambang pendengaran sekiranya pesakit memberi respon pada tahap intensiti stimulus paling rendah sekurang-kurangnya 2 daripada 3 kali stimulus (plateau).


38 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK viii. Ulang langkah vii mengikut turutan frekuensi 2000 Hz, 4000 Hz, 8000 Hz, 500 Hz dan 250 Hz. Ulang ujian pada frekuensi 1000 Hz bagi menilai test-retest reliability: a. Nilai test-retest reliability adalah ±5 dB. Sekiranya melebihi nilai tersebut, beri arahan yang lebih jelas dan ulang ujian pada semua frekuensi. b. Ulangan ujian pada 1000 Hz hanya dilakukan pada telinga pertama sahaja. ix. Teruskan ujian PTA dengan meletakkan bone vibrator pada tulang mastoid (mastoid process) bagi mendapatkan ambang pendengaran konduksi tulang (Bone Conduction, BC). Pastikan bone vibrator tidak bersentuhan dengan cuping telinga atau berada di atas lapisan rambut. Ulang semula arahan kepada pesakit supaya memberi respon kepada stimulus bunyi yang didengari. x. Mulakan ujian pada telinga dengan bacaan ambang pendengaran konduksi udara yang lebih teruk dahulu. xi. Lakukan prosedur penopengan bunyi jika berlaku keadaan berikut: a. Penopengan konduksi udara perlu dilakukan jika berlaku: • Syarat 1a: Perbezaan ambang pendengaran telinga yang diuji (testear) dengan telinga yang tidak diuji (non-test-ear) adalah ≥ Inter Aural Attenuation (IAA) transduser alat yang digunakan. • Syarat 1b: Perbezaan ambang pendengaran konduksi tulang telinga yang lebih baik (BC better ear) dengan ambang pendengaran konduksi udara yang lebih teruk (AC worse ear) adalah ≥ IAA jenis transduser yang digunakan. Rujuk Jadual 9 untuk nilai IAA mengikut transduser: Jadual 9: Nilai IAA Mengikut Transduse Stimulus Transducer Minimum IAA across frequencies Air conduction Supraural earphones (Synder, 1973; Killion et al., 1985) 40 Insert earphones* (Gumus et al., 2016) 50 Bone conduction Bone vibrator (Snyder, 1973; Nolan & Lyon, 1981) 0 *Different IAA values were observed at different frequencies. However, only one fixed value (minimum value across frequency) is used for clinical purposes (BSA, 2018)


39 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK b. Penopengan konduksi tulang perlu dilakukan jika berlaku: • Syarat 2: Perbezaan ambang pendengaran konduksi tulang yang tidak ditopeng dengan konduksi udara di telinga yang sama adalah ≥15dB (diketahui IAA bone vibrator adalah 0 dB) c. Kaedah penopengan konduksi udara dan tulang pada pesakit kanak-kanak: • Tentukan sama ada ambang pendengaran perlu ditopeng. • Arahan yang jelas perlu diberikan kepada pesakit. Maklumkan kepada pesakit bahawa bunyi bising/hujan akan diberikan ke sebelah telinga dan abaikan sahaja bunyi tersebut. Pesakit perlu respon jika bunyi stimulus nada tulen didengari. • Pastikan pesakit memahami konsep penopengan sebelum ujian diteruskan. • Bunyi masking noise ditambah 30 dBHL daripada ambang pendengaran konduksi udara pada telinga yang baik/telinga tidak diuji. • Stimulus diberi (serentak dengan masking noise) pada telinga yang diuji. Tahap stimulus adalah pada tahap ambang pendengaran konduksi udara atau konduksi tulang. • Jika pesakit memberikan respon, ia terus diambil sebagai ambang pendengaran (masked threshold). • Jika pesakit tidak memberikan respon, naikkan stimulus sebanyak 5dB sehingga respon diperolehi. Ambang pendengaran diterima sekiranya penambahan stimulus tidak melebihi atau sama dengan 20dB daripada stimulus awal. • Sekiranya tidak mendapat ambang pendengaran pada langkah vi, naikkan masking noise sebanyak 20dB. Ambang pendengaran (masked threshold) dikira sekiranya stimulus tidak melebihi atau sama dengan 20 dB daripada stimulus awal. • Hentikan ujian sekiranya ambang pendengaran tidak dapat diperolehi (tiada plateau atau berlaku cross-masking). • Rujuk Jadual 10 bagi contoh penentuan ambang penopengan.


40 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Jadual 10: Penentuan Ambang Penopengan Contoh: Pemerolehan tahap ambang penopengan BC telinga kiri: Ambang BC unmasked = 10dBHL Ambang AC telinga kanan = 20dBHL Ambang AC telinga kiri = 60dBHL Tahap Stimulus Konduksi tulang Telinga kiri (dBHL) Tahap Bunyi Masking Noise Telinga Kanan Respon Pesakit Ambang BC setelah Penopengan (masked BC) (dBHL) (A) Sekiranya pesakit memberikan respon: 10 20 (+30) = 50 ✓ 10 (B) Sekiranya pesakit tidak memberikan respon: 10 20 (+30) = 50 ✘ 15 50 ✘ 20 50 ✘ 25 50 ✘ 30 50 ✘ 35 50 (+20) = 70 ✓ 35 (C) Sekiranya pesakit masih tidak memberikan respon 35 50 (+20) = 70 ✘ 40 70 ✘ 45 70 ✘ 50 70 ✘ 55 70 (+20) = 90 ✓ 55 ● Konsep penopengan untuk kanak-kanak: o Tahap ambang penopengan diambil sekiranya dBSL masking noise tidak melebihi atau sama dengan 20 dB. o Penopengan dihentikan sekiranya tahap masking noise melebihi had audiometer (audiometric limit), dan plateau tidak dapat ditentukan. xii. Rekodkan keputusan ujian pada borang audiogram (Rujuk Lampiran 7(ii)). • Modifikasi ujian mungkin perlu dilakukan sekiranya pesakit tidak mengikuti arahan dengan baik xiii. Rujuk Jadual 11 untuk simbol-simbol ujian PTA yang digunakan. SENSATION LEVEL ≥ 20dB SENSATION LEVEL ≥ 20dB


41 PROSEDUR OPERASI STANDARD : PERKHIDMATAN AUDIOLOGI PEDIATRIK Jadual 11: Simbol-simbol Ujian PTA Deskripsi Simbol Telinga Kanan Telinga Kiri Unmasked AC X Masked AC Unmasked BC specified ear < > Unmasked BC unspecified ear Masked BC [ ] No response AC line BC line Vibrotactile response VT Free-field response Uncomfortable Loudness Level, UCL xiv. Terangkan kepada pesakit hasil keputusan ujian PTA yang diperolehi. xv. Pastikan fon telinga/fon sisip, butang respon dan bone vibrator yang digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan. xvi. Catat keputusan ujian ke dalam rekod pesakit.


Click to View FlipBook Version