The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BM KSSM KERTAS 2 SIRI 2 2021 EDISI PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helmijuta1, 2021-08-01 14:45:07

MODUL BM KSSM KERTAS 2 SIRI 2 2021 EDISI PELAJAR

MODUL BM KSSM KERTAS 2 SIRI 2 2021 EDISI PELAJAR

PENDIDIKAN BERKUALITI MODUL
INSAN TERDIDIK GEMILANG

NEGARA SEJAHTERA 2.0

USAHA
TANGGA
KEJAYAAN

(Edisi PELAJAR)

BAHASA MELAYU KERTAS 2

(1103/2) SIRI 2
TINGKATAN 4 & 5/2021

Alhamdulillah, dengan rahmat dan keizinan-Nya jua Modul Gemilang 2.0
SPM bagi tahun 2021 berjaya dihasilkan melalui Projek Kemenjadian Murid Melaka
(KM2). Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada Unit Bahasa, Sektor
Pembelajaran, pegawai SISC+ Bahasa dan barisan panel pakar yang sentiasa
menghulurkan sokongan dan bantuan kepada jabatan dalam mengimplementasikan
misi dan visi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ke landasan berfokus.

Bersama-samalah kita dengan prinsip membuka lembaran baharu (open the new
horizon) untuk menilai, menganalisis strategi dan taktikal agar dapat melakukan
penambahbaikan dalam pendidikan norma baharu lebih-lebih lagi dengan cabaran
pandemik covid-19. Prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita
melakukan inisiatif dan tindakan yang mencabar proses (challenge the process).
Guru mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi
pelajar maju secara holistik. Oleh itu, penghasilan Modul Gemilang 2.0 SPM
merupakan salah satu strategi untuk membantu peningkatan pencapaian para pelajar
negeri Melaka yang berimpak tinggi dan selari dengan slogan kita “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Dengan demikian, penerokaan ilmu dan
pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan
aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi
murid.

Pihak Jabatan Pendidikan Melaka dengan seikhlasnya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pakar yang
telah berusaha dengan begitu gigih untuk menghasilkan modul ini khususnya untuk
dimanfaatkan oleh kelompok sasaran agar pelajar menguasai kemahiran dengan lebih
efektif. Usaha gigih dan komitmen daripada semua yang terlibat menggambarkan
kualiti pendidik di Melaka berada pada tahap yang sungguh cemerlang. Teruskanlah
usaha murni dengan menyediakan modul-modul yang berinovasi serta kompetitif yang
memberi impak tinggi kepada kecemerlangan pelajar di negeri Melaka.

Semoga matlamat dan hasrat murni ini dapat membantu para pelajar menggapai cita-
cita mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti walaupun mengharungi
kekangan dalam pendidikan norma baharu. Insya-Allah, semoga Tuhan
mengkabulkan permintaan ke atas hambanya yang telah berusaha.

Sekian, wassalam.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, penghasilan
Modul Gemilang 2.0 SPM bagi tahun 2021 dapat direalisasikan. Ini merupakan usaha
murni hasil kejayaan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
khasnya Sektor Pembelajaran dengan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Melaka
Tengah, Jasin dan Alor Gajah serta guru-guru pakar negeri Melaka dalam
menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan dan
melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam
persaingan dunia realiti.

Pandemik covid-19 pada bulan Mac 2020 hingga kini telah merubah dunia pendidikan
kepada norma baharu iaitu para pelajar melaksanakan pembelajaran sama ada secara
dalam talian, luar talian atau luar kawasan dan lebih dikenali Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). Namun, bagi mengangkat martabat pendidikan
negeri Melaka lebih cemerlang, Projek Kemenjadian Murid Melaka @KM² menyasar
matlamat berfokus bagi mencapai misi dan visi JPN Melaka yang lebih strategik. Para
pegawai di JPN, PPD dan pentadbir sekolah serta warga pendidik akan sentiasa
memastikan pelaksanaan pada peringkat sekolah selari dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dengan memberi
peluang dan ruang mempelajari ilmu melalui pelbagai kaedah dan medium.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor
Pembelajaran di JPN dan PPD serta barisan panel pakar yang bergabung tenaga juga
idea dalam penghasilan modul ini. Sesungguhnya besar harapan kita agar Modul
Gemilang 2.0 SPM ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dengan sebaik-baik yang
mungkin dan dapat mencipta kejayaan berimpak tinggi kepada kemenjadian murid
Melaka, khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekian, terima kasih.

Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

JAWATANKUASA PANEL MODUL BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Penaung

YBhg. Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Penasihat

YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran

Pengarah Projek

Hajah Rubaiya binti Abu Nawas

KPPK Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran

Penyelaras Projek Pembantu Tadbir

Helmi bin Murid Hajariah binti Ghazali Arnita binti Bakri
Pen. Pengarah Bahasa Melayu

Panel Pakar Kawalan Mutu
SISC+ Bahasa

Hajah Reny Azreena Hajah Fadhilah Norasiah Razman bin Siti Sabariah Noormala
binti Ahmad Mohammad binti Tompang
bt Abd Rahman binti Embi

_______P_P_D__M__e_l_ak_a__T_e_n_g_a_h____________________P_P_D__A_l_o_r _G_a_j_a_h___________________P_P_D__J_a_si_n__________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Ketua Panel (Penyelaras)
Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021

Noraini binti Mohd Yusof

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya tahun
1989 dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Mula berkhidmat di SMK
Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis pada Jun 1990. Kini berkhidmat
di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Panel Modul Bahasa Melayu KSSM SPM 2021 Kertas 2 (1103/2)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi,UKM dan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan UKM. Mengambil Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah di Maktab Perguruan Kota Bharu dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah.
Beliau memulakan perkhidmatan di SMK (P) Puterijaya, KL dan berpindah ke SMK Datuk
Bendahara, Jasin, Melaka pada tahun 2003. Berpengalaman 24 tahun mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, Beliau merupakan Munsyi Dewan Bahasa dan kini
memegang jawatan GKMP Kemanusiaan di SM Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin, Melaka
sejak 2018.

Khadijah binti Ahmad
Ketua Panel Modul Kertas 2

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kelas Pertama Universiti Malaya
dan mendapat Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka pada 1988. Sekarang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Mansor Shah. Merupakan antara Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Melaka.

Khamisah binti Baba

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, UKM (1992) dan Diploma Pendidikan,
UKM (1993). Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMKA Segamat, Segamat
Baru, Johor pada tahun 1993. Kini, berkhidmat di SMK Dato’ Abdul Rahman
Ya’kub, Merlimau Melaka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.

Habibah binti Akob

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, UPM
dalam bidang Pengajian Melayu. Memperoleh Sijil Perguruan Asas
daripada Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Berpengalaman mengajar
selama 26 tahun dan pernah menjadi Guru Cemerlang BM 2014 - 2016
Kini beliau bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Seri Tanjong, Melaka.

Lis Quraisin binti Dolhalit

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Berkelulusan Ijazah Pertama Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Pertama) dan
Sijil Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Berpengalaman mengajar mulai 1990 hingga sekarang. Bergerak aktif sebagai hakim
pertandingan koakademik Peringkat Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka dan
Penceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dan Kesusasteraan
Melayu SPM serta Pembina Item Bahasa Melayu SPM peringkat Daerah Alor Gajah.

Ariffin bin Mokhtar

Mendapat pendidikan awal di Ipoh dan di Kuala Lumpur. Memiliki Ijazah
Sarjana Muda Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya 1999, Beliau
memperoleh Diploma Pendidikan melalui pengajian KPLI di Institut Bahasa
Melayu Malaysia 2000. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2001.
Bertugas di SM Tahfiz Al-Qur'an Chenderah sejak 2014 hingga sekarang.

Syahiful Kamariah binti Mohamad

Berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Malaya dalam bidang Pengajian
Melayu dan Diploma Pendidikan di Institut Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa
Melayu/ Sejarah). Bergerak aktif sebagai hakim dalam pertandingan koakademik
Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Pengerusi
Teknik Pertandingan Forum Remaja Daerah Jasin.Kini,bertugas sebagai GKMP
Bahasa SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Roslan bin Kasim

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Kesusasteraan Melayu (Major)/ Bahasa Melayu (Minor)
daripada UPSI. Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMK
Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY) Johor Bahru pada
tahun 2010 dan sekarang berkhidmat di SMK Nyalas,
Asahan Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Zamzarina binti Misnan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dari Universiti
Sains Malaysia tahun 1999. Mula berkhidmat di SK Tanjung Puteri, Johor
pada Januari 1988. Kini berkhidmat di SMK Ayer Molek, Melaka sebagai
GPK Kokurikulum dan merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu.

Hajah Samiah binti Samari

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Pendidikan, USM pada tahun 1990 dalam bidang Geografi
dan Kesusasteraan Melayu). Mula berkhidmat pada tahun
1990 dan kini berkhidmat di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah.

Hajah Nor Azlina binti Mat Said

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun
1995 dan Diploma Pendidikan pada tahun 1996. Mula berkhidmat di SMK
Taman Tun Aminah pada Ogos 1996 dan kini berkhidmat di SMK Gajah Berang
sebagai GKMP Kemanusiaan serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 18 tahun.

Norhayati binti Parlan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu & Kesusasteraan
Melayu, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002. Mula
berkhidmat di Sek. Men. Kerajaan Kabong Sarawak pada September
2002 dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah
serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 18 tahun.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hanita binti Rahim
Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada tahun 2007. Mula berkhidmat di
SMK Subang Jaya pada November 2007 dan kini
berkhidmat SMK Seri Bemban serta berpengalaman
mengajar Bahasa Melayu selama 13 tahun.

Rafidah binti Hashim

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu
Linguistik, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998.
Mula berkhidmat di SMK Tenom, Sabah pada November
Julai 1999 dan kini berkhidmat SMK Ghafar Baba sebagai
GKMP Bahasa serta berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 20 tahun.

Nasruddin bin Abdullah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu, Universiti
Sains Malaysia pada tahun 2017. Mula berkhidmat di SMK
Seri Pengkalan pada Oktober 2018 hingga kini.

Shaidatul Amirah binti Salim

***HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA***
***Kegunaan Untuk Sekolah-sekolah Negeri Melaka***
*Dilarang dijual bagi kepentingan peribadi*

*Penggunaan pihak luar sama ada membuat salinan aatau sebagainya perlulah
mendapatkan kebenaran rasmi daripada

Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
***********************************************************************************************

Terbitan Julai 2021

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
1. Bahagian A (SISTEM DAN APLIKASI
4
BAHASA) 5
Soalan 1 (MORFOLOGI) 6
Set 3 7
Set 4 8
Set 5
Set 6
Set 7

Soalan 2 (SINTAKSIS) 9
Set 3 10
Set 4 11
Set 5 12
Set 6 13
Set 7

Soalan 3 (PENYUNTINGAN) 14
Set 3 16
Set 4 17
Set 5 18
Set 6 19
Set 7

Soalan 4 (BAHASA MELAYU 20
STANDARD) 21
Set 3 22
Set 4 23
Set 5 24
Set 6
Set 7

Soalan 5 (PERIBAHASA) 25
Set 3 26
Set 4 27
Set 5 28
Set 6 29
Set 7
30
2. BAHAGIAN B (PEMAHAMAN) 33
Soalan 6 (PETIKAN UMUM) 36
Set 3 39
Set 4 42
Set 5
Set 6 46
Set 7 49
Soalan 7 (PETIKAN SASTERA) 52
Set 3 56
Set 4 59
Set 5
Set 6 2
Set 7

Soalan 8 (NOVEL) 62
Set 3 67
Set 4 72
Set 5 76
Set 6 81
Set 7
85
3. BAHAGIAN C : SOALAN 9 (RUMUSAN) 88
Set 3 91
Set 4 94
Set 5 97
Set 6
Set 7

3

BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 1 (MORFOLOGI)
SET 3
SK: 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai

bidang.

SP: 5.13 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim
dengan betul mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga akronim. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap akronim untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan
atau menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) dan
Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) telah memberikan peluang kepada anak muda untuk
mendapatkan maklumat pekerjaan. Program yang berjalan lancar pada 2 Mac 2020 ini
menyediakan lebih 3000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Yawam, Encik Muhammad Zaki bin Zahid, mengatakan bahawa program itu
turut dijayakan oleh 50 buah organisasi termasuklah syarikat swasta, kementerian, jabatan
kerajaan, Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), dan Pusat Latihan Kemahiran Awam
( PLKA).

Dipetik dan diubah suai daripada
Harapan Setinggi Gunung (Alam Kerjaya Terbentang Luas)
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2019)

[ 6 markah ]

Jawaban:

Kata Majmuk Ayat
Yawam

( Yayasan Anak Watan
Malaysia)

UA
( Universiti Awam)

US
( Universiti Swasta )

4

SET 4

SK: 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam
pelbagai bidang.

SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul
mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui
Emergency [Registration Areas] Regulations 1948 bagi membendung ancaman pengganas
komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan untuk tujuan pengecaman dan
pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh yang demikian, kad pengenalan yang pertama ini
juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana catuan makanan pada zaman darurat memerlukan
bukti pengenalan diri untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad pengenalan telah
melalui pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman.

Dipetik dan diubah suai daripada
Identitiku ( Evolusi Kad Pengenalan)
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2019)

[ 8 markah ]

Jawaban: Ayat
Kata Hubung

5

SET 5

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai
SP: 5.13 bidang.

Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul
mengikut konteks

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sebelum meneruskan pidato ini, saya terlebih dahulu akan menjelaskan maksud

perkataan yang menjadi mauduk pidato saya. Bilik darjah bermaksud bilik atau tempat untuk
belajar, manakala masa hadapan pula merujuk gambaran tentang kehidupan kita pada masa akan
datang. Pengajaran berkesan pula bermaksud proses terancang yang menyediakan dan
mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan murid untuk terus belajar. Ringkasnya bilik
darjah masa hadapan ialah bilik darjah yang memenuhi keperluan generasi masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada
Membawa Dunia ke Bilik Darjah ( Bilik Darjah Masa Hadapan)

Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2019)
[ 8 markah ]

Jawaban Ayat
Kata terbitan
1.

2.

3.

4.

6

SET 6

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai
SP: 5.1.1 bidang.

Mengaplikasikan bentuk kata tunggal kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa
dengan betul mengikut konteks.

Baca panduan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata tunggal dan
kata majmuk untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Berikutan dengan penularan wabak penyakit seperti COVID-19, Influenza A, dan
H1N1,semua kakitangan syarikat dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga. Antara
langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

a. Pakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi
tangan.

b. Gunakan sapu tangan atau tisu semasa batuk dan bersin.
c. Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami demam, batuk, dan sukar untuk

bernafas.
d. Jangan meludah di merata-rata tempat.
Semoga para pekerja syarikat dapat memberikan kerjasama untuk mematuhi garis panduan
yang diberikan.

Dipetik dan diubah suai daripada

Kawal Sebelum Tular ( Panduan Menghadapi Wabak Penyakit)

Buku Teks Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2020)

[ 8 markah ]

Kata Tunggal Ayat

Kata Majmuk Ayat
7

SET 7

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

SP: 5.13 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan
betul mengikut konteks.

Baca maklumat di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata
adjektif untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada norma diplomasi
berteraskan keamanan dan kestabilan. Strategi pelaksanaan dihuraikan secara lebih
komprehensif melalui prinsip-prinsip Dasar Luar Negeri yang bersifat sejagat seperti:
√ penyelesaian konflik melalui perundingan dan menolak pendekatan secara kekerasan dan

paksaan;
√ mengamalkan pendekatan jalinan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara-

negara lain; dan
√ mendukung prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni serta berpegang pada prinsip

menghormati kemerdekaan, serta keutuhan sesebuah wilayah melalui pendekatan tidak
campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.

Dipetik dan diubah suai daripada
Wisma Putra ( Sentuhan Diplomasi Negara)
buku teks tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2020)

[ 8 markah ]

Kata Kerja Ayat

Kata Adjektif Ayat

8

BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 2 (SINTAKSIS)

SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kenal pasti dan tulis satu ayat majmuk gabungan, dua ayat
majmuk pancangan dan satu ayat majmuk campuran yang terdapat dalam petikan. Anda perlu
menyalin ayat yang berkenaan dengan melabelkan jenis ayat tersebut.

Anda pernah menyaksikan diodrama dasar laut? Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya,
silalah berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS).
AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di
kawasan pinggir laut sungguh mengagumkan. Pembinaan AMUMS ini untuk
menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut.
Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi dan penerokaan. Di
sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut,
udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu menghiburkan.

Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks Tingkatan 4 halaman 180
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(8 markah)

Jawaban i.
Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk pancangan i.

ii.

Ayat majmuk campuran i.

9

SET 4

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan satu skim simpanan wang yang telah
direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN). Pendeposit melantik
PTPTN untuk menguruskan pendeposit mereka bagi tujuan pelaburan. Melalui skim ini Akaun
SSPN-I boleh dibuka secara dalam talian atau berurusan di kaunter PTPN dan bank-bank
terpilih. Akaun ini boleh dibuka oleh ibu bapa untuk anak mereka seawal usia satu hari hingga
berumur 29 tahun.

Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 4 halaman 154
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(8 markah)

Jawaban Ayat
Bil.
1.
2.
3.
4.

10

SET 5
Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan ayat-ayat majmuk tersebut kepada ayat-ayat tunggal.

Rakyat Malaysia amat bangga akan keindahan Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi yang
terdapat di Malaysia. Penduduk di negara kita boleh ke sana pada waktu cuti dengan
menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam yang disediakan. Di sana kita dapat
menikmati makanan laut yang lazat di samping pemandangan yang indah.

(12 markah)

Bil. Ayat tunggal
1.
2.
3.
4.
5.
6.

11

SET 6
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Kain telepuk dianggarkan telah mula diusahakan sejak abad ke-17 hingga abad ke-18. Kain ini
diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang Bugis yang datang dari Sulawesi. Pada masa
ini kesenian telepuk masih dihidupkan, walaupun tidak secara besar-besaran. Kain telepuk ini
dapat bertahan lama. Kain telepuk milik koleksi perseorangan ada yang berusia antara 60 hingga
250 tahun.

Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 4 halaman 109
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(6 markah)

Jawaban:
Bil Ayat
1.
2.
3.

12

SET 7

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap
ayat yang bergaris.

E-sukan ialah satu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan dimainkan dengan penuh
semangat kesukanan. E-sukan telah berkembang di serata dunia dan menjadi sumber pendapatan
yang lumayan. Di Malaysia, e-sukan semakin popular dan melahirkan atlet e-sukan yang
berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Atlet e-sukan perlu menjadikan disiplin umpama akar tunjang dan mengamalkan gaya hidup
sihat untuk berjaya dalam sukan ini. Nur Amirul bin Afandi merupakan atlet e-sukan bagi
permainan FIFA 19. Beliau pernah menjuarai Asia Tenggara bagi AGNES 2016 dan Cyber fest
2017. Pada tahun 2018, beliau menjuarai Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara seterusnya mara
ke pertandingan dunia di Jerman.

Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 4 halaman 6-7
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(8 markah)

Jawaban Subjek Predikat

1.
2.
3.
4.

13

BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 3 (PENYUNTINGAN)

SET 3

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks
SP : 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

PETIKAN 1

Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam era ini, semua pihak mesti

sentiasa cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kita tidak cakna

terhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di dalam arus perkembangan dunia sains dan

teknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh kerana saban hari pelbagai teori, penemuan dan

ciptaan yang canggih dicipta manusia di seantero dunia. SEAMEO RECSAM yang berpusat

di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program. Program yang dianjurkan oleh

SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-murid tetapi melibatkan golongan pendidik

termasuk ibu dan bapa.

Dipetik dan diubah suai daripada
SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan

buku teks Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[6 markah]

14

PETIKAN 2

SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada 1967. Misi penubuhan pertubuhan ini adalah
untuk mempromosi dan meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik di kalangan ahli negara-
negara SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEO RECSAM berusaha melaksanakan
mandat dan kini telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk para-para pendidik lain-
lain negara di dalam dan di luar rantau Asia Tenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi
pendidikan yang dilaksanakan oleh pusat serantau ini.

Dipetik dan diubah suai daripada
SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan,
buku teks tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[5 markah]

Jawaban: Petikan 1 Petikan 2
1.
1. 2.
2. 3.
3. 4.
4. 5.
5.
6.

15

SET 4

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.
SP : 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

Dalam petikan di bawah terdapat lapan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Kenali SALAM

Yayasan Salam Malaysia atau ringkasnya SALAM ialah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan
pada tahun 1997. Penubuhannya bertujuan untuk menanamkan lagi semangat sukarelawan
dalam kalangan masyarakat. Para sukarelawan SALAM menganjurkan pelbagai jenis program-
program kebajikan. Untuk menjalankan program ini SALAM mendapat sumbangan dari badan
korporat, kerajaan, dan orang ramai.

Misi SALAM

Para sukarelawan SALAM yang mampu mewujudkan kesejahteraan dalam komuniti dengan
cara memupuk etika perkongsian, sikap saling bantu-membantu serta saling menyayangi. Rakyat
Malaysia akan berpeluang untuk memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat
madani dengan berkhidmat seperti sukarelawan SALAM. Oleh itu, rakyat Malaysia yang
berumur 18 tahun di atas dialukan untuk menjadi sukarelawan SALAM.

Dipetik dan diubah suai daripada
Yayasan Salam buku teks tingkatan 4,

Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[8 markah]

Jawaban: Betul Salah Betul
Salah 5.
6.
1. 7.
2. 8.
3.
4.

16

SET 5

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.
SP : 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan

idea dalam pelbagai teks.

Dalam petikan di bawah terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Encik Ahmad: Perangkap Hutang Sambung Bayar

Saya telah menerima notis pembayaran tertunggak daripada pihak bank.
Saya begitu ditekan kerana situasi ini boleh membawa kepada
kebankerapan jika tidak diselesaikan segera.

Puan Nurul Fadzlin: Mengapakah hal ini boleh berlaku?

Encik Ahmad: Dua tahun sudah, saya dihimpit masalah kewangan. Dalam keadaan
terpaksa, saya telah menyerahkan kereta kepada seorang rakan. Dia
menggunakan kereta tersebut dengan menyambung bayaran kepada
pihak bank. Malangnya saya tidak bertukar nama saya sebagai pemilik
asal. Kini, dia pula tidak dapat dihubungi.

Puan Nurul Fadzlin: Oh begitu! Pihak AKPK akan cuba membantu Encik Ahmad.

Dipetik dan diubah suai daripada
Perangkap Hutang Sambung Bayar

Buku Teks Tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2020)

[ 5 markah]

Jawaban:
1.
2.
3.
4.
5.

17

SET 6

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks
SP : 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan

idea dalam pelbagai teks

Dalam petikan di bawah terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Panduan Menghadapi Wabak
Penyakit

Berikutan dengan pentularan wabak penyakit seperti COVID-19, Influenza A, dan H1N1, semua
kaki tangan syarikat dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga. Antara langkah yang perlu
diambil adalah seperti yang berikut:

1. Pakai penutup muka dan cuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi tangan

2. Jangan hantar anak yang menghidapi penyakit berjangkit ke pusat jagaan kanak-kanak.

3. Tinggal di rumah sehingga penyakit sembuh jika diberi cuti sakit.

4. Bersihkan pemukaan lantai dan meja yang terkena cecair hidung dan mulut.

5. Gunakan sapu tangan atau tisu semasa batuk dan bersin.

6. Dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami demam, batuk dan sukar hendak bernafas.

Dipetik dan diubah suai daripada
Panduan Menghadapi Wabak Penyakit

buku teks tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2020)

[6 markah]

Jawaban: 4.
1. 5.
2. 6.
3.

18

SET 7

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks
SP : 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan

idea dalam pelbagai teks

Dalam petikan di bawah terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Salah Betul
1. 19
2.
3.
4.
5.

BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 4 (BAHASA MELAYU STANDARD)

SET 3

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang
Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada
akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.” Maka titah raja,
“Benarlah bagai kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Singapura Diserang Todak’
Buku Teks Tingkatan 4,

Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[6 markah]

Jawaban:

20

SET 4

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, “Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?”
Maka kata Tun Mamad, “Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan
Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung
ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?”

Maka sahut perempuan itu, “Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri
Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada
tuan puteri.”

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Edisi Pelajar’

Buku Teks Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[6 markah]

Jawaban:

21

SET 5

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada
anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep
tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian,
bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”

Dipetik dan diubah suai daripada
Kepimpinan Melalui Teladan

dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Jawaban:

22

SET 6

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka
puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia
mati, nescaya alahlah Melaka itu.’

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama
Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah.

Dipetik dan diubah suai daripada Antologi Teks KOMSAS,
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2014)

[6 markah]

Jawaban:

23

SET 7

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka
Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar
Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh

berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu
banyak tiada terpermanai lagi.

Dipetik dan diubah suai daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada

dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

[8 markah]

Jawaban:

24

BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 5 (PERIBAHASA)

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan
Kandungan 4.2.1 penulisan.
Standard
Pembelajaran Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
dengan betul mengikut konteks.
SUMBER
Tema 6: Dunia Pelancongan m/s 74

SET 3

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai dengan ayat tersebut.

Sebelum memulakan kerja, Amir sebagai pegawai atasan di tapak binaan itu akan mengingatkan
pekerja di bawah jagaannya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika bekerja. Pekerja-
pekerja tersebut bekerja bersungguh-sungguh dan berhati-hati dengan pekerjaan mereka.
Namun pekerja di bawah jagaan Amir, Leslie telah mengalami kecelakaan yang terjadi dengan
tiba- tiba di tempat kerjanya.

Jawaban:
i.
ii.

iii.

25

SET 4 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan
4.2.1 penulisan.
Standard
Kandungan Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
Standard dengan betul mengikut konteks.
Pembelajaran
SUMBER Tema 7: Demi Kedamaian m/s 99

Membina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.

i. seperti telur di hujung tanduk

ii. sambil menyelam minum air

[4 markah]

26

SET 5

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan
Kandungan 4.2.1 penulisan.
Standard
Pembelajaran Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
SUMBER dengan betul mengikut konteks.

Tema 6: Dunia Pelancongan m/s 82

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan dialog-
dialog tersebut.

Katrina: Wah, bersih sungguh tempat ini! Dahulu tidak begini.
Erwan: Kini kesedaran tentang penjagaan kebersihan di tempat awam semakin

meningkat.

Laila: Minggu lepas saya dan Katrina ke tempat perkelahan yang berhampiran dengan
rumah saya. Keadaannya sangat mendukacitakan.

Katrina: Betul Erwan. Peribahasa ada mengatakan .........................................(1)
Erwan: Aduhai, sungguh tak sangka!
Laila: Kesedaran tentang penjagaan tempat awam perlu bermula dari rumah. Ibu bapa

perlu menjadi contoh kerana ..............................................(2)
dan ...........................................................................(3)

Jawaban:
i.
ii.
iii.

[6 markah]

27

SET 6

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan penulisan.
Kandungan 4.2.1
Standard Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul
Pembelajaran mengikut konteks.

Berikan maksud simpulan bahasa di bawah.
i. ajak-ajak ayam
________________________________________________________

ii. cakar ayam
________________________________________________________

iii. rabun ayam

________________________________________________________
[6 markah]

28

SET 7

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan
Kandungan 4.2.1 penulisan.
Standard
Pembelajaran Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
dengan betul mengikut konteks.

Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang
sesuai dengan ayat tersebut.

i. Ibu agak sukar untuk membuat pilihan apabila melihat pelbagai corak dan rekaan
pakaian terkini yang cantik-cantik di butik itu.

____________________________________________________________________

ii. Setelah berjaya menjawat jawatan tinggi di bandar, Alia tidak pernah pulang ke
kampung walaupun telah diberitahu ibunya sakit.

____________________________________________________________________

iii. Hairi yang begitu meminati bidang nyanyian sejak kecil kerana sering melihat
bapanya menyanyi di kaca televisyen akhirnya menjadi penyanyi setelah berjaya
memasuki rancangan realiti nyanyian.

________________________________________________________

[6 markah]

29

BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 6 (PETIKAN UMUM)

Tema 4 : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Standard 2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta
Kandungan ungkapan dan ayat dalam pelbagai bahan.

Standard 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan
Pembelajaran
tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan
primer.

Sumber Buku Teks Tema : Menjulang Harapan di Bumi Bertuah ms 51

Internet Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gurindam Hati Waja

Jika teguh azam dan cita,
Yang dibuat menjadi nyata.

Jika kau asah potensi diri,
Yang diusahakan pasti menjadi.

Jika ilmu penuh di dada,
Idea terbaik sentiasa ada.

Jika semangat tersemat di dada,
Hasil kaudapat berlipat ganda.

Jika tabah juga semangat,
Tidak rugi menumpah keringat.

Jika bekerja utamakan muafakat,
Semua usaha membawa berkat.

Jika idea sungguh kreatif,
Kelak kaudapat pelbagai insentif.

Jika hidup selalu berbakti,
Namamu harum tersemat di hati.

Alias bin Derais Shah Alam, Selangor

Dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka

30

Bahan 2

KENYATAAN MEDIA
1. Ladang Sinergi ZIA berkeluasan 100 hektar menjadi pusat projek penternakan ikan Tilapia

Genomar Supreme Tilapia (GST). Projek ini diterajui oleh Trapia Malaysia Sdn. Bhd. yang
beroperasi sejak tahun 2011.
2. Melalui konsep Transfers of Technologies (TOT), peserta yang terlibat akan dipilih untuk
menjalani latihan dan menjalankan aktiviti penternakan dengan bimbingan syarikat tersebut.
Jabatan Perikanan pula sebagai jabatan teknikal berperanan untuk memantau projek ini secara
keseluruhannya.
3. Aktiviti penternakan ikan tilapia dalam sangkar ini dijalankan oleh 6 orang peserta yang terpilih.
Setiap peserta yang bersemangat tinggi itu mampu menghasilkan pulangan 2 kali setahun
dengan menjana pendapatan sebanyak RM900,000.00.
4. Bermula dari tahun 2011 hingga 2019, kira-kira sebanyak 4,168,051 ekor ikan tilapia berjaya
dituai. Pencapaian pengeluaran bagi tempoh 9 tahun itu mencatatkan lebih kurang RM 1.966 juta
bersamaan 437 tan metrik ikan tilapia.

Dipetik dan diubah suai daripada Kenyataan Media Lawatan ke Ladang Sinergi Zon Industri
Akuakultur (ZIA), Tasik Temenggor: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT IbuPejabat, Jabatan

Perikanan Malaysia Wisma Tani, Putrajaya 08 November 2020

i. Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata menumpah keringat?
Maksud rangkai kata menumpah keringat ialah _________________________________
[2 markah]

31

ii. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan syarat mencapai kejayaan
dalam apa-apa bidang yang diceburi. [2 markah]

Persamaan syarat mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang yang diceburi ialah

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

iii. Golongan remaja didapati kurang berminat dalam bidang pertanian, penternakan dan
perikanan meskipun bidang tersebut menjanjikan pulangan yang besar.
Mengapakah perkara ini berlaku? [4 markah]

Golongan remaja didapati kurang berminat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan
meskipun bidang tersebut menjanjikan pulangan yang besar kerana
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________

iv. Industri pertanian dan penternakan memberikan pulangan yang besar kepada pengusaha.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan golongan remaja
menceburi bidang pertanian dan penternakan? [4 markah]
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan golongan remaja menceburi
bidang pertanian dan penternakan ialah

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

32

SET 4

Tema 6: PELANCONGAN

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai
Kandungan bahan.
2.3.1
Standard Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada
Pembelajaran Buku Teks pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Sumber Majalah Tema 6: Dunia Pelancongan
Dewan Siswa Bil 6/2020

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Giethoorn atau nama asalnya Geytenhoren merupakan satu perkampungan air yang sangat indah,
nyaman dan tenteram di negara Netherlands yang mendapat nama daripada kisah penemuan banyak
tanduk kambing semasa penduduk yang meneroka kawasan ini mengusahakan pertanian di situ
pada kurun ke-13. Destinasi pelancongan yang unik dan bersih ini hanya menggunakan bot dan
perahu sahaja yang beroperasi di terusan-terusan sebagai jalan perhubungan. Walau bagaimanapun,
terusan-terusan tersebut bukanlah semula jadi sebaliknya dibina untuk mengangkut keluar tanah
gambut bagi tujuan pertanian pada awal pembukaan perkampungan itu.

Selain lokasi-lokasi penginapan yang disediakan, Giethoorn juga menyediakan kedai-kedai yang
menjual cenderamata di kawasan sekitar dan beberapa buah restoran yang boleh dituju dengan
menggunakan bot yang terdapat di situ. Kedatangan pelancong tanpa henti sepanjang tahun juga
tidak mengganggu hidupan seperti unggas yang terdapat di situ kerana konsep kelestarian alam
yang sentiasa dijaga.

Dipetik dan diubah suai daripada
Keindahan Perkampungan Air di Giethoorn, Netherlands

oleh, Masri Mustafa, Dewan Siswa Bil 6/2020.

33

Bahan 2

(i) Berikan maksud rangkai kata meneroka kawasan seperti yang terdapat dalam petikan
Bahan 1. [2 markah]
Maksud rangkai kata meneroka kawasan ialah
_______________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah persamaan dan perbezaan antara Perkampungan Air Giethoorn
di Netherlands dan Tarikan Taman Negara Mulu? [4 markah]
Pada pendapat saya, persamaan antara Perkampungan Air Giethoorn di Netherlands dan
Tarikan Taman Negara Mulu ialah
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Manakala perbezaan antara Perkampungan Air Giethoorn di Netherlands dan Tarikan
Taman Negara Mulu ialah
______________________________________________________________________
34

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

(iii) Banyak negara yang mempromosikan keindahan alam dalam pilihan pelancongan
mereka. Mengapa? [3 markah]
Banyak negara yang mempromosikan keindahan alam dalam pilihan pelancongan
mereka kerana
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(iv) Berhampiran kampung kamu terdapat sebuah air terjun yang sangat menarik tetapi
masih belum dikenali ramai. Bagaimanakah cara yang boleh kamu cadangkan untuk
menarik lebih ramai pengunjung ke situ? [3 markah]
Cara yang boleh saya cadangkan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke situ ialah
dengan
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

35

SET 5

TEMA: SEJARAH DAN WARISAN

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.
Kandungan
Standard 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
Pembelajaran
Sumber Buku Teks Tajuk: Dalam Lipatan Kenangan (ms101)

Internet http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com
Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sejarah bukan lagi suatu mata pelajaran yang asing kepada murid-murid. Tambahan pula,
mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa Sejarah susah dan
membosankan untuk dipelajari.

Mempelajari Sejarah dapat mengelakkan diri kita daripada mengulangi sesuatu kesilapan.
Banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah. Bak pepatah
Melayu, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Siri penjajahan yang
berlaku di negara kita dahulu seharusnya mengingatkan kita agar sentiasa mempertahankan
negara.

Sejarah juga menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa. Martabat sejarah
perlu diangkat untuk membentuk keperibadian rakyat. Rakyat yang mengenali sejarah akan
bersikap lebih prihatin dan menghargai tanah airnya.

Melalui sejarah, rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan dan undang-
undang dalam pembentukan negara ini. Mereka tidak akan melakukan jenayah atau sesuatu yang
bertentangan dengan perlembagaan negara dan boleh mencemarkan nama baik negara Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada
Sejarah Mendewasakan Kita, Bahasa Melayu

Tingkatan 4, DBP

36

Bahan 2

Raja Melaka mencurah jasa,
Pencetus tamadun budaya bangsa,

Agama dan adat diadun mesra,
Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,
‘Aib peribadi ada belaka,
Namun rakyat tetap dijaga,

Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad jasa tak hilang,
Sultan Muzaffar pendakwah cemerlang,

Sultan Alauddin taqwa terbilang,
Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,
Mengikut kata fitnah petualang,
Bala turun Portugis menyerang,
Namun raja tetap berjuang.

Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,

Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.

Dipetik dan diubah suai daripada
Syair Rintihan Raja Melayu,

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com

i.Berdasarkan Bahan 1 apakah maksud rangkai kata membentuk keperibadian rakyat? [2 markah]
Maksud rangkai kata membentuk keperibadian rakyat ialah
_______________________________________________________________________________

37

ii.Penjajahan ada dinyatakan dalam kedua-dua bahan di atas. Nyatakan fungsi pemimpin pada masa
dahulu dan fungsi pemimpin masa kini dalam soal penjajahan. [3 markah]
Fungsi pemimpin pada masa dahulu dalam soal penjajahan ialah
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

dan fungsi pemimpin masa kini pula ialah
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

iii. Seorang pemimpin hendaklah berperibadi tinggi dan amanah dalam menjalankan
tanggungjawabnya terhadap negara. Jelaskan. [4 markah]
Seorang pemimpin hendaklah berperibadi tinggi dan amanah dalam menjalankan tanggunjawabnya
terhadap negara ialah
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

iv.Pasukan badan beruniform kamu dipilih untuk mengendalikan satu projek melibatkan semua
pasukan badan beruniform di sekolah. Sebagai seorang pemimpin, cadangkan langkah-langkah
untuk memastikan projek dapat dijalankan dengan jayanya. [3 markah]
Langkah-langkah untuk memastikan projek dapat dijalankan dengan jayanya ialah dengan
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

38

SET 6
TEMA: PENDIDIKAN

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai
Kandungan bahan.
2.3.3
Standard Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan
Pembelajaran Buku Teks betul.
Sumber Internet Tema 2: Insan Terdidik Negara Sejahtera
https://www.sinarharian.com.my

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kamudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Melaka Teruskan Kemudahan Kampung Buku

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka menilai semula pengurusan Kampung Buku yang
diwujudkan pada tahun 2007 di Taman Botanikal, Ayer Keroh. " Kita sedang berbincang untuk
meneliti keperluan-keperluannya supaya menjadi tempat pembacaan. Pelbagai inisiatif akan
disediakan untuk menarik lebih ramai orang membaca,” ujar Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

"Lokasi yang terdapat pelbagai jenis buku ini sewajarnya diberikan perhatian supaya fungsinya
dapat diperkasakan selain memastikan ia terus dikunjungi dan dapat membudayakan semangat
membaca dalam kalangan rakyat negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, Adly berharap usaha menjadikan tempat rekreasi sebagai medium memupuk
budaya membaca itu dapat direalisasikan dengan mewujudkan ruang membaca. "Saya telah
meminta Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengenal pasti kawasan tambak laut di
negeri ini supaya tidak hanya mempunyai komponen taman rekreasi namun turut disediakan
ruangan membaca oleh pemaju.

Sinar Harian difahamkan, terdapat dua lokasi Kampung Buku Malaysia iaitu di Melaka dan
Langkawi, Kedah.

Dipetik dan diubah suai daripada: https://www.sinarharian.com.my/article/25025/
EDISI/Melaka-NS/Melaka-teruskan-kemudahan-Kampung-Buku © 2018 Hakcipta

Terpelihara Kumpulan Karangkraf

39

Bahan 2

MALAYSIA MEMBACA

Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 olehPertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali
sebagai United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Dengan
slogan “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan”, pengiktirafan ini diharap akan
dapat menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia

Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia mengetengahkan konsep kepelbagaian budaya dan
pemuliharaan alam sekitar. Pelaksanaan aktiviti pembacaan dan perbukuan akan disemarakkan
berdasarkan lima teras utama, iaitu:
 Penganjuran pelbagai bentuk aktiviti membaca dan pembangunan infrastruktur berkaitan dengan
perbukuan.
 Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai destinasi perbukuan masyarakat.
 Pembangunan minat membaca dalam kalangan remaja dan kanak-kanak serta kebolehcapaian
buku digital.
 Pendidikan sepanjang hayat.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kempen membaca untuk pengguna tren komuter,
program membaca di perumahan rakyat, capaian digital untuk golongan kurang upaya, lorong
buku, dan kedai buku terbuka.

Dipetik dan diubah suai daripada
Malaysia Membaca; Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.

i.Berdasarkan bahan 2, berikan maksud pembangunan infrastruktur. [2 markah]

Maksud pembangunan infrastruktur ialah _____________________________________

ii.Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara
pembangunan Kampung Buku dan Kota Buku Dunia. [3 markah]

Persamaan antara pembangunan Kampung Buku dan Kota Buku Dunia ialah

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Manakala perbezaannya pula ialah ___________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

40

iii.Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah rendah. Mengapakah keadaan ini
berlaku? [3 markah]
Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah rendah kerana
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
iv.Kumpulan kamu diberikan projek menyediakan sudut bacaan di dalam bilik darjah. Selain
menyediakan buku atau majalah, cadangkan bahan lain yang istimewa dan langkah yang boleh diambil
untuk menarik minat murid-murid menggunakan sudut bacaan dengan aktif. [4 markah]
Bahan lain yang istimewa yang boleh disediakan di sudut bacaan bilik darjah ialah
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Manakala langkah yang boleh diambil untuk menarik minat murid-murid menggunakan sudut
bacaan dengan aktif ialah dengan
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

41

SET 7

TEMA: KERJAYA

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.
Kandungan
Standard 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
Pembelajaran
Sumber Buku Teks Tema 3: Memetik Bintang
Internet IPENDIDIKAN.MY

Baca Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

42

Bahan 2
43

Bahan 3

Kupetik Bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak
bagai tak terasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakin di dalam hati
Akhirnya terputar jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagimu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hanya bila dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

Dipetik daripada lirik lagu
Kupetik Bintang-bintang oleh

Kenny Remy dan Martin

i.Berdasarkan Bahan 3, apakah maksud ‘Kupetik bintang-bintang’. [2 markah]

Maksud ‘Kupetik bintang-bintang’ ialah ______________________________________________

ii.Nyatakan perkara-perkara yang berkaitan antara Bahan 1 dan Bahan 2 sehingga seseorang
berjaya mencapai impian seperti dalam Bahan 3. [ 2 markah]

Perkara-perkara yang berkaitan antara Bahan 1 dan Bahan 2 sehingga seseorang berjaya mencapai
impian seperti dalam Bahan 3 ialah

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

44


Click to View FlipBook Version