The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI SALWA BINTI ABD HAMID -, 2019-04-15 22:15:42

KESAN AKTIVITI "ROUNDTABLE" DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

PROJEK TAHUN AKHIR

39

3.7 Pembahagian Soalan Soal Selidik
Soal selidik ini diambil berdasarkan pengubahsuaian soal selidik yang digunakan
pengkaji lepas untuk mengkaji permasalahan berkaitan kemahiran menulis. Soal
selidik ini merupakan alat pengumpulan data dan penyelidik secara tidak langsung
bersoal jawab dengan responden (Nana Syaodih Sukmadinata, 2005). Pada
bahagian A dan B, soalan adalah berdasarkan latar belakang responden, misalnya
jantina, bangsa, kelulusan akademik ibu dan ayah, keadaan sosioekonomi keluarga
dan sebagainya.

Melalui bahagian ini, maklumat ini dapat juga dikaitkan sebagai faktor yang
mempengaruhi kemahiran menulis karangan yang juga merupakan antara perkara
yang dipelajari responden semasa di sekolah. Terdapat juga beberapa soalan yang
berjawapan ya/tidak dan soalan berskala likert, iaitu lima skala. Soalan-soalan ini
juga adalah berkaitan faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis responden,
antaranya faktor individu, guru, ibu bapa, minat, faktor persekitaran dan
sosioekonomi.

3.8 Kerangka Kerja Konseptual
Kerangka kerja konseptual ini dibina berdasarkan tajuk kajian, objektif, teori yang
digunakan, kaedah kajian, peserta kajian, tempat kajian dan proses pengumpulan

40

dan penganalisisan data. Kerangka ini dapat dilihat seperti dalam jadual yang
berikut:

Kajian Lapangan

Kajian Tempat Kajian Penerapan
Kepustakaan Teori dan
* Sekolah Menengah Analisis
Kebangsaan Pesisiran
Perdana

Sampel: Dapatan Kajian:
*30 orang pelajar tingkatan 4 yang
terdiri pelajar tingkatan 4 Perdana 2 i. Faktor masalah
yang merupakan pelajar- pelajar kemahiran
yang berpencapaian sederhana. menulis
ii. Perbezaan
Alat Kajian: Markah Pra dan
* Borang Soal Selidik Pasca Ujian
* Kertas Soalan Ujian
Karangan

Kaedah Kajian:
* Soal selidik
- Faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis
pelajar
* Ujian Penulisan Karangan
- Mengenal pasti perbezaan markah pelajar dalam
pra ujian dan pasca ujian

Rajah 3.0 : Kerangka Kerja Konseptual
Kajian

41

3.8 Kesimpulan

Bab III metodologi kajian ini menghuraikan secara lebih terperinci mengenai
kerangka teori, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan data dan pembahagian soalan soal selidik. Kesemua bahagian yang
telah dibincangkan ini akan memudahkan kumpulan pengkaji melaksanakan
kajian secara terancang.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan analisis
soal selidik dan markah ujian penulisan karangan yang telah dikumpulkan. Dapatan
kajian didapati daripada kaedah kuantitatif menerusi 30 set soal selidik mengenai
faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menulis karangan bahasa
Melayu pelajar dan perbandingan markah pelajar dalam ujian pra dan pacsa.
Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini, iaitu mengenalpasti faktor kelemahan
murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid Tingkatan Empat dan
mengenalpasti keberkesanan aktiviti meja bulat “round table” dalam penulisan
karangan bahasa Melayu murid Tingkatan Empat. Untuk memulakan bab ini,

43

penerangan mengenai latar belakang responden akan diberikan kemudian diikuti
dengan dapatan kajian yang boleh menjawab objektif dan persoalan kajian.

4.1 Latar Belakang Responden
Kesemua responden bagi kajian ini merupakan 30 orang pelajar tingkatan empat di
salah sebuah sekolah di negeri Johor. Kesemua pelajar ini merupakan pelajar dari
kelas yang sama. Responden yang terlibat merupakan responden yang berumur 16
tahun. Responden juga terdiri daripada bangsa Melayu. Pengkaji mendapati tiada
pelajar berbangsa Cina dan India di sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana
kawasan sekolah tersebut merupakan kawasan penempatan orang melayu. Terdapat
juga menengah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di kawasan yang berdekatan
menyebabkan tiada pelajar cina dan india di sekolah yang dipih oleh pengkaji untuk
dikaji. Kebanyakan pelajar- pelajar ini datang dari latar belakang yang berbeza.
Terdapat ibu bapa pelajar yang bekerja sendiri, bekerja di sektor awam dan juga
bekerja di sektor swasta. Taraf ekonomi setiap pelajar juga rata- ratanya berbeza.
Dua ciri demografi ditentukan daripada borang soal selidik iaitu jantina dan tempat
kediaman mereka.

44

4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Latar Belakang Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 13 43

Perempuan 17 57

JUMLAH 30 100

Jadual 4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

43%

57%

Lelaki Perempuan

Rajah 4.1
Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang berlainan jantina. Berdasarkan
jadual 4.1 dan rajah 4.1, jumlah responden perempuan melebihi jumlah responden
lelaki. Jumlah pelajar lelaki ialah seramai 13 orang mewakili 43% manakala
selebihnya iaitu pelajar perempuan ialah seramai 17 orang mewakili 57%. Pengkaji

45

memilih responden berlainan jantina kerana tahap pemikiran lelaki dan perempuan
rata- ratanya berbeza.

Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman

Latar Belakang Kekerapan Peratus (%)

Kediaman Rumah Teres 17 57

Bandar 27

Kampung 11 36

JUMLAH 30 100

Jadual 4.2

Taburan Responden Mengikut Tempat
Kediaman

37% 56%
7%

Rumah Teres Bandar Kampung
Rajah 4.2

46

Jadual 4.2 dan rajah 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut tempat
kediaman. Seramai 17 orang mewakili 57% responden tinggal di rumah teres. Hal
ini demikian kerana sekolah tersebut berada dalam kawasan perumahan. Rata- rata
penduduk kawasan itu merupakan pelajar sekolah tersebut. Selain itu, seramai 2
orang mewakili 7% responden merupakan penduduk kawasan bandar. Hal ini
demikian kerana jarak antara sekolah dengan kawasan bandar hanya lebih kurang
3KM sahaja. Seterusnya, pelajar yang tinggal di kawasan kampung ialah seramai 11
orang mewakili 36% daripada jumlah responden. Terdapat beberapa perkampungan
kecil berdekatan dengan sekolah tersebut. Secara keseluruhannya, pelajar yang
tinggal di kawasan rumah teres lebih ramai daripada pelajar yang tinggal di kawasan
bandar dan juga kampung.

4.2 Faktor Kelemahan Murid Dalam Penulisan Karangan Bahasa
Melayu Murid Tingkatan Empat

Sampel Data Faktor Individu

Mengikuti Kelas Tambahan Bahasa Melayu

Kekerapan Peratus (%)

Ya 9 30

Tidak 21 70

Jumlah 30 100

Jadual 4.3

47

Mengikuti Kelas Tambahan Bahasa
Melayu

30%

70%

Ya Tidak

Rajah 4.3 : Faktor Individu
Jadual 4.3 dan rajah 4.3 menunjukkan bilangan pelajar yang mengikuti dan
tidak mengikuti kelas tambahan. Seramai 9 orang mewakili 30% pelajar
yang mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan. Hal ini
demikian kerana pelajar tersebut terdiri daripada keluarga yang tidak
mengalami masalah kewangan untuk menghantar anak mereka ke pusat
tuisyen. Lebihan pelajar iaitu seramai 21 orang mewakili 70% pelajar tidak
mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan atas faktor kewangan.
Keadaan ini mengehadkan pengetahuan pelajar untuk belajar di luar
daripada waktu persekolahan dan menjadikan guru di sekolah sebagai
tunjang utama untuk mereka memperoleh ilmu. Pelajar terlalu
mengharapkan guru untuk memberi ilmu tanpa mempunyai alternatif lain
untuk memantapkan lagi ilmu yang diperolehi mereka.

48

Faktor Ibu Bapa

Kelulusan Akademik Bapa

Kekerapan Peratus (%)

Tidak Bersekolah 1 3
Lulus Darjah 6 2 7
SRP/ PMR 9 30
SPM 13 44
STPM 3 10
DIPLOMA 1 3
IJAZAH 1 3
JUMLAH 30 100

Jadual 4.4

Kelulusan Akademik Bapa

10% 3% 3% 3% 7%

30%

44%

Tidak Bersekolah Lulus Darjah 6 SRP/ PMR
DIPLOMA
SPM STPM

IJAZAH

Rajah 4.4

49

Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan data tahap akademik bapa
pelajar. Berdasarkan kajian, seramai 13 orang mewakili 44% daripada
jumlah bapa pelajar yang mempunyai kelulusan SPM. Selain itu, bilangan
bapa pelajar yang mempunyai kelulusan SRP/PMR ialah seramai 9 orang
mewakili 30%. Hanya seorang sahaja bapa pelajar yang mempunyai
kelulusan diploma dan ijazah iaitu 3% daripada jumlah 30 orang bapa
pelajar. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa juga merupakan
punca kegagalan pelajar untuk memahami pengajaran guru di dalam kelas.
Pelajar tidak boleh hanya mengharapkan guru untuk memberikan
kefahaman terhadap pembelajaran. Ibu bapa juga menjadi tunjang untuk
membantu guru dengan memantau pembelajaran anak mereka di rumah.
Namun begitu, ibu bapa yang tidak berpelajaran tinggi mempunyai masalah
untuk membantu anak mereka mengulangkaji pelajaran di rumah
menyebabkan pelajar terikat dengan pengajaran guru di sekolah sahaja.
Ilmu yang terhad menyebabkan mereka sukar mengajar anak mereka lebih-
lebih lagi pengajaran yang melibatkan penulisan karangan. Bahagian
penulisan karangan memerlukan penguasaan kosa kata yang tinggi dalam
kalangan individu itu sendiri. Penulisan karangan juga melibatkan daya
pemikiran yang tinggi.

50

Faktor Guru
Perasaan Bosan Ketika Guru Mengajar

Kekerapan Peratus

Sangat Tidak Setuju 7 23

Tidak Setuju 6 20

Setuju 12 40

Sangat Setuju 5 17

Jumlah 30 100

Jadual 4.5

Perasaan Bosan Ketika Guru Mengajar

17% 23%
40% 20%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju

Setuju Sangat Setuju

Rajah 4.5

51

Jadual 4.5 dan rajah 4.5 menunjukkan peratusan pelajar berkenaan
respon terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Jumlah tertinggi didapati
pada bilangan pelajar seramai 12 orang mewakili 40% yang sangat setuju
bahawa mereka berasa bosan dengan pengajaran guru di dalam kelas. 20%
iaitu seramai 5 orang pelajar bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pengajaran guru memberikan faktor yang besar
terhadap tahap kefahaman pelajar di dalam kelas. Guru mungkin
menggunakan teknik pengajaran yang sama tanpa memikirkan cara untuk
mengubah corak pembelajaran supaya sesuai dengan situasi pelajar. Guru
juga mempunyai kemahiran yang kurang dalam menjelaskan makna sesuatu
kata klasik dan ada segelintir guru yang memberikan jawapan seperti
“Cikgu juga kurang pasti makna kata tersebut” kepada pelajar mereka di
dalam kelas yang menunjukkan kurangnya pengetahuan guru dalam
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan
murid bosan dengan pengajaran guru di dalam kelas. Namun begitu,
terdapat juga pelajar yang tidak bosan mengikuti pembelajaran di dalam
kelas iaitu seramai 6 orang (23%) dan 7 orang (17%) yang menyatakan tidak
setuju dan sangat tidak bersetuju.

52

Faktor Pelajar

Ya Minat Peratus (%)
Tidak Kekerapan 30
Jumlah 70
9 100
21
30

Jadual 4.6

Minat

30%

70%

Ya Tidak
Rajah 4.6

Jadual 4.6 dan rajah 4.6 menunjukkan peratusan pelajar yang
memberi respon tentang minat mereka terhadap penulisan karangan.

53

Majoriti pelajar iaitu 21 orang mewakili 70% pelajar tidak berminat dengan
penulisan karangan di sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang menyekat
minat mereka untuk meminati penulisan karangan. Antaranya ialah diri
sendiri. Penulisan karangan memerlukan pengetahuan yang luas.
Kebanyakan soalan karangan melibatkan isu semasa dan perkara- perkara
yang berlaku di kawasan sekeliling. Kebanyakan pelajar tidak minat untuk
membaca padahal membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
meluaskan penguasaan kosa kata pelajar. Penguasaan kosa kata yang baik
dapat menghasilkan karangan yang baik di samping idea- idea yang bernas.
Lebihan pelajar yang berminat dengan penulisan karangan ialah seramai 9
orang mewakili 30%. Keadaan ini disebabkan oleh corak pengajaran dan
pembelajaran guru sesuai dengan kehendak pelajar untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran.

Faktor Persekitaran

Bahasa Pertuturan di Sekolah

Kekerapan Peratus (%)

Bahasa Melayu Baku 7 23

Bahasa Pasar 23 77

Jumlah 30 100

Jadual 4.7

54

Bahasa Pertuturan di Sekolah

23%

77%

Bahasa Melayu Baku Bahasa Pasar

Rajah 4.7

Jadual 4.7 dan rajah 4.7 menunjukkan dapatan kajian daripada soal
selidik mengenai faktor persekitaran yang mempengaruhi penguasaan
kemahiran menulis pelajar. Berdasarkan dapatan kajian yang melibatkan 30
orang responden mengenai bahasa pertuturan yang digunakan di sekolah,
seramai 77% daripada keseluruhan responden menyatakan mereka
menggunakan bahasa Melayu dialek sebagai bahasa pertuturan utama
bersamaan dengan 23 orang pelajar daripada keseluruhan responden. Angka
ini merupakan angka yang tertinggi daripada mereka yang mengatakan
menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pertuturan di sekolah.
Pelajar tidak dapat menguasai bahasa Melayu tinggi dengan baik sekiranya

55

pelajar kerap menggunakan bahasa pasar sebagai pertuturan utama. Selain
sikap pelajar terhadap persekitaran bahasa mereka, guru juga berupaya
menjadi penyebab kepada tahap penguasaan menulis karangan pelajar.

Faktor Sosioekonomi
Pendapatan Ibu Bapa

Kekerapan Peratus

Kurang 500 - 0

501 - 999 3 10

1000 - 1499 6 40
1500 – 1999 8 37

2000 ke atas 13 43

Jumlah 30 100

Jadual 4.8

56

Pendapatan Ibu Bapa

10%

43% 20%

27%

Kurang 500 501 - 999 1000 - 1499
1500 – 1999 2000 ke atas

Rajah 4.8

Jadual 4.8 dan rajah 4.8 menunjukkan faktor sosioekonomi yang
dapat mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar. Seramai
43% daripada keseluruhan responden menyatakan pendapatan ibu bapa
mereka melebihi RM 2000 bersamaan dengan 13 orang responden. Walau
bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang mempunyai tahap
sosioekonomi yang rendah, iaitu kurang daripada RM 500 iaitu seramai
10% bersamaan dengan 3 orang responden. Terdapat beberapa kajian yang
mengatakan bahawa faktor sosioekonomi merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan masalah ini berlaku. Hal ini demikian kerana, faktor
kurangnya kemampuan ini menyebabkan ibu bapa gagal menyediakan

57

bahan pengajaran untuk membentuk kemahiran menulis dengan lebih baik.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian di atas, telah membuktikan bahawa
faktor sosioekonomi merupakan faktor yang kurang signifikan untuk
masalah penguasaan kemahiran menulis pelajar. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai latar
belakang sosioekonomi yang rendah.

58

4.3 Perbezaan Markah Bagi Pra dan Pasca Ujian

Pra ujian dan pasca ujian telah dijalankan bagi menentukan tahap perbezaan
markah pelajar dalam penulisan karangan. Pra ujian dijalankan melalui
teknik pengajaran biasa iaitu guru mengajar secara langsung mengenai
karangan. Kemudian, murid diminta menulis sebuah karangan dan jawapan
pelajar dinilai oleh guru. Pasca ujian dilakukan setelah menjalankan aktiviti
“roundtable” meja bulat di dalam kelas. Seperti pra ujian juga, guru
meminta pelajar menulis sebuah karangan dan jawapan pelajar dinilai oleh
guru. Berikut merupakan markah bagi pra ujian, pasca ujian dan
perbandingan markah di antara kedua- dua ujian tersebut.

Markah Pra Ujian

Markah Peringkat Kekerapan Peratus (%)
80 – 100 0
66 - 79 Cemerlang 0 24
51 - 65 43
36 - 56 Kepujian 7 20
21 – 35 13
Baik 13
Jumlah 100
Memuaskan 6

Kurang 4

Memuaskan

30

Jadual 4.9 : Markah Pra Ujian

59

MARKAH PRA UJIAN

14

12

Bilangan Pelajar 10

8

6

4

2

0 Baik Memuaskan Kurang
Cemerlang Kepujian Markah Memuaskan

Gambar Rajah 4.9 : Markah Pra Ujian

Jadual dan rajah menunjukkan markah pelajar dalam pra ujian yang
dijalankan oleh guru. Berdasarkan graf di atas, terdapat 13 pelajar iaitu 43%
daripada jumlah keseluruhan pelajar memperoleh gred baik (51 – 65%)
dalam pra ujian yang dijalankan oleh guru. Selain itu, pelajar yang
memperoleh gred kepujian ( 66 - 79% ) ialah seramai 7 orang mewakili
24%. Selain itu, pelajar yang memperoleh gred memuaskan (36-56%) ialah
seramai 6 orang mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan pelajar.
Terdapat 4 orang pelajar yang memperoleh gred kurang memuaskan ( 21 –
35% ) dalam pra ujian tersebut iaitu 13% daripada jumlah keseluruhan
pelajar. Tiada pelajar yang memperoleh gred cemerlang (80 – 100%) dalam

60

pra ujian yang dijalankan oleh guru. Berdasarkan skor markah yang
diperolehi pelajar, guru mengenalpasti beberapa orang pelajar yang lemah
dalam penulisan karangan. Walaupun secara keseluruhannya terdapat
beberapa orang pelajar yang memperoleh gred yang agak baik, namun
masih terdapat ramai pelajar yang masih lemah dalam penguasaan
penulisan karangan. Guru mengenalpasti pelajar sangat bermasalah untuk
mendapatkan isi- isi penting dalam penulisan karangan.

Markah Pasca Ujian

Markah Peringkat Kekerapan Peratus (%)
80 – 100 30
66 - 79 Cemerlang 9 57
51 - 65 10
36 - 56 Kepujian 17 3
21 – 35 0
Baik 3
Jumlah 100
Memuaskan 1

Kurang 0

Memuaskan

30

Jadual 4.10 : Markah Pasca Ujian

61

MARKAH PASCA UJIAN

18

16

14

Bilangan Pelajar 12

10

8

6

4

2

0 Baik Memuaskan Kurang
Cemerlang Kepujian Markah Memuaskan

Gambar Rajah 4.10: Markah Ujian Pasca
Jadual dan rajah di atas menunjukkan markah pelajar dalam pasca
ujian yang dijalankan oleh pengkaji. Berdasarkan graf di atas, terdapat 17
orang pelajar iaitu 57% daripada jumlah keseluruhan pelajar memperoleh
gred kepujian dalam pra ujian yang dijalankan oleh guru. Selain itu, pelajar
yang memperoleh gred cemerlang ialah seramai 9 orang mewakili 30% dan
gred baik ( 51-65% ) menunjukkan 3 orang pelajar mewakili 10%. Terdapat
seorang pelajar yang memperoleh gred memuaskan ( 36 - 56% ) dan tiada
pelajar yang mendapat gred kurang memuaskan (21 – 35%) dalam pasca
ujian yang dijalankan oleh pengkaji. Berdasarkan skor markah yang

62

diperolehi pelajar, guru mengenalpasti berlaku perubahan markah antara
pra ujian dan pasca ujian yang diduduki oleh pelajar.

Perbandingan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian

Markah Peringkat Pra Ujian Pasca Ujian
80 – 100 Cemerlang 0 9

66 - 79 Kepujian 7 17

51 - 65 Baik 13 3

36 - 56 Memuaskan 6 1
21 – 35 Kurang 4 0

Memuaskan

Jumlah 30 30

Jadual 4.11: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

63

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

18 17

16

14 13

Bilangan Pelajar 12

10 9

87

6
6

4 3
4

2 1

0 Memuaskan Baik Kepujian 0
0 Cemerlang
Peringkat
Kurang
Memuaskan

Pra Ujian Pasca Ujian

Gambar Rajah 4.11: Perbandingan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian

Jadual dan gambar rajah menunjukkan perbandingan markah antara
pra ujian dengan pasca ujian yang dijalankan oleh pengkaji. Perbandingan
markah bagi kedua- dua ujian tersebut dijalankan bagi mengenalpasti
perbezaan markah selepas pengkaji menjalankan aktiviti “roundtable”
meja bulat di dalam kelas. Berdasarkan graf, jumlah pelajar yang mendapat
gred kurang memuaskan (21 – 35%) menurun daripada 4 orang kepada 0
orang. Selain itu, jumlah pelajar yang memperoleh gred memuaskan (36 –
56%) juga menurun daripada 6 orang pelajar kepada 1 orang pelajar.

64

Terdapat 13 orang pelajar yang memperoleh gred baik (51 – 65%) namun
jumlah tersebut menurun kepada 3 orang pelajar sahaja. Jumlah pelajar
yang memperoleh gred kepujian (66 – 79%) menunjukkan 7 orang dan
jumlah tersebut meningkat kepada 17 orang dalam pasca ujian yang telah
dijalankan. Untuk pelajar yang memperoleh gred cemerlang iaitu
markahnya 80 – 100%, berlaku kenaikan jumlah pelajar iaitu daripada 0
orang kepada 9 orang pelajar. Berdasarkan perbezaan markah antara pra
ujian dan pasca ujian, jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan
markah yang ketara setelah aktiviti meja bulat “round table” dijalankan
oleh pengkaji. Pelajar yang dikenalpasti lemah dalam penulisan karangan
semakin menguasai penulisan karangan dengan baik. Pengkaji mendapati
peningkatan yang sangat ketara terhadap pelajar yang memperoleh gred A
dalam pasca ujian yang diadakan membuktikan aktiviti meja bulat “round
table” merupakan satu aktiviti yang berkesan untuk dilaksanakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti meja bulat
“round table” merupakan salah satu aktiviti yang mampu mencungkil idea
pelajar untuk diaplikasikan dalam penulisan karangan pelajar.

65

Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan dapatan kajian mengenai faktor
kelemahan pelajar dalam penulisan karangan serta perbezaan markah
pelajar setelah menjalani aktiviti meja bulat “round table” semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dapatan kajian yang
dibentangkan ini telah dapat menjawab objektif dan persoalan yang
diketengahkan dalam kajian ini. Rumusan yang dilakukan dengan merujuk
kepada objektif kajian mendapati bahawa terdapat faktor yang signifikan
dan tidak signifikan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam
kalangan pelajar tingkatan 4. Faktor signifikan yang dikenal pasti
mempengaruhi masalah penguasaan kemahiran menulis pelajar adalah
faktor individu dan guru, manakala faktor yang tidak signifikan adalah
faktor sosioekonomi. Bagi persoalan kedua bagi kajian ini, secara
keseluruhannya berlaku peningkatan markah pelajar dalam kedua- dua ujian
yang dijalankan oleh pengkaji. Secara amnya, kajian ini telah memberikan
gambaran bahawa kaedah pengajaran yang menarik mampu menarik minat
pelajar dalam menguasai sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan
Hasil daripada analisis data dalam bab IV, pengkaji telah membuat rumusan dan
beberapa cadangan dalam membantu pelajar menguasai penulisan karangan dengan
baik. Berdasarkan kepada faktor kelemahan pelajar dalam menguasai penulisan
karangan pelajar tingkatan empat. Setiap bab dalam kajian ini saling berkaitan bagi
mencapai ke arah objektif kajian yang telah digariskan.

67

5.1 Rumusan

Data yang diperoleh daripada responden amat relevan dalam kajian ini. Hasil kajian
dan dapatan daripada kajian ke atas 30 orang responden yang terdiri daripada
pelajar- pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di Johor akan
dirumuskan dalam bahagian ini. Dapatan yang pertama adalah mengenai faktor-
faktor kelemahan pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu. 30 set soal
selidik diedarkan kepada 30 orang responden. Pilihan jawapan ialah sama ada ya
ataupun tidak dan juga soalan berdasarkan skala. Pelajar menjawab soalan dalam
boring soal selidik tersebut sambal dipantau oleh pengkaji. Dapatan kedua pula
melihat kepada perbandingan markah antara pra dan pasca ujian yang dijalankan
oleh pengkaji. Pra ujian dijalankan setelah pengkaji mengajar menggunakan kaedah
biasa manakala pasca ujian pula dijalankan setelah pengkaji menjalankan aktiviti
meja bulat “roundtable” dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.

Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan
faktor kelemahan pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu tingkatan
empat dari segi kekerapan dan peratus. Set soalan ini dibina bagi mengenal pasti
faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan kemahiran menulis pelajar.
Bentuk soalan adalah berdasarkan jawapan ya ataupun tidak, soalan struktur dan
skala likert. dan juga bagi mendapatkan perbandingan markah mereka dalam pra

68

ujian dan pasca ujian. Pendekatan kuantitatif juga digunakan untuk membuat
perbandingan markah pelajar dalam pra ujian dan pasca ujian. Bukti dokumen
penulisan karangan pelajar dalam kedua- dua ujian tersebut turut diambil.

Berdasarkan dapatan dalam 4.1, terdapat enam faktor yang menyebabkan
kelemahan pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu tingkatan empat.
Faktor tersebut ialah faktor individu, faktor ibu bapa, faktor guru, faktor minat
pelajar, faktor persekitaran dan faktor sosioekonomi. Berdasarkan dapatan,
sejumlah besar pelajar tidak mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan.
Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar bukan berasal daripada keluarga yang
berada. Namun begitu, guru- guru di sekolah tersebut juga ada menyediakan
perkhidmatan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar tingkatan empat pada
waktu petang dan hujung minggu. Namun begitu, sikap pelajar itu sendiri yang
malas untuk menghadiri kelas tersebut menyebabkan mereka lemah untuk
menguasai sesuatu subjek yang diajarkan oleh guru. Kemahiran menulis
semestinya memerlukan pembacaan dan latihan menulis yang banyak. Hal ini
dibuktikan melalui peratusan pelajar yang mengikuti kelas tambahan hanya 30%
berbanding 70% yang tidak mengikuti kelas tambahan.

Dari segi faktor ibu bapa, peratusan tertinggi tahap kelulusan akademik ibu
bapa adalah pada peringkat SPM iaitu sebanyak 44%. Sejumlah 30% ibu bapa
mempunyai tahap pencapaian SRP atau PMR bagi akademik mereka. Jumlah ini

69

menunjukkan tahap kelulusan akademik ibu bapa pelajar berada pada tahap yang
sederhana. Ibu bapa yang tidak berpelajaran tinggi mempunyai masalah untuk
membantu anak mereka mengulangkaji pelajaran di rumah menyebabkan pelajar
terikat dengan pengajaran guru di sekolah sahaja. Ilmu yang terhad menyebabkan
mereka sukar mengajar anak mereka lebih- lebih lagi pengajaran yang melibatkan
penulisan karangan. Bahagian penulisan karangan memerlukan penguasaan kosa
kata yang tinggi dalam kalangan individu itu sendiri. Penulisan karangan juga
melibatkan daya pemikiran yang tinggi. Dengan itu, dapat dilihat bahawa taraf
pendidikan ibu bapa yang sederhana juga mempengaruhi anak-anak dalam
menguasai kemahiran tertentu dalam pembelajaran khasnya kemahiran menulis.

Faktor seterusnya ialah faktor guru yang didapati turut menjadi penyebab
kepada kelemahan pelajar dalam menguasai penulisan karangan bahasa Melayu.
Dari segi pengajaran guru, seramai 40% pelajar mengakui bahawa mereka merasa
bosan dengan pengajaran guru di kelas. Dapatan ini jelas menunjukkan teknik
pengajaran guru mempengaruhi kelemahan pelajar dalam menguasai penulisan
karangan. Guru tidak mempelbagaikan teknik pengajaran sehingga menimbulkan
rasa bosan dalam diri murid terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Guru juga
mendapati terdapat pelajar yang gemar ponteng kelas semasa subjek bahasa Melayu
diajar oleh guru. Walaupun masih terdapat pelajar yang tidak bosan dengan
pengajaran guru, namun majoriti yang menyatakan perasaan bosan dengan
pengajaran guru perlulah diambil serius.

70

Berdasarkan dapatan, pengkaji mendapati faktor persekitaran sangat
memberi pengaruh dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar. Hal ini demikian kerana, hasil dapatan mendapati sejumlah besar iaitu 77%
pelajar menggunakan bahasa pasar dalam perbualan seharian mereka tidak kira
semasa berada di sekolah mahupun di rumah. Keadaan ini mempengaruhi bahasa
tulisan yang mereka gunakan. Menurut Awang Sariyan (1980:3) masih terdapat
banyak kesilapan bahasa Melayu pada peringkat tulisan, daripada kesalahan ejaan
hinggalah kepada kesilapan morfologi dan sintaksis. Hal ini disebabkan tiada
penerapan bahasa baku dalam komunikasi harian penutur. Sebahagian besar
perkataan daripada bahasa pasar yang dituturkan oleh pelajar diaplikasikan dalam
penulisan karangan sekaligus menyebabkan berlaku kecelaruan bahasa dalam
penulisan tersebut.

Selain itu, faktor lain yang menjadi punca kelemahan pelajar dalam
penulisan karangan bahasa Melayu ialah faktor sosioekonomi. Faktor
sosioekonomi melibatkan pendapatan ibu bapa pelajar itu sendiri. Berdasarkan
dapatan kajian dalam bab V, pengkaji mendapati pendapatan ibu bapa pelajar
berada pada tahap yang sederhana. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan
bahawa faktor sosioekonomi merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
masalah ini berlaku. Hal ini demikian kerana, faktor kurangnya kemampuan ini
menyebabkan ibu bapa gagal menyediakan bahan pengajaran untuk membentuk
kemahiran menulis dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, dapatan kajian di atas,
telah membuktikan bahawa faktor sosioekonomi merupakan faktor yang kurang

71

signifikan untuk masalah penguasaan kemahiran menulis pelajar. Hal ini demikian
kerana, kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai latar
belakang sosioekonomi yang rendah. Kesimpulannya, faktor sosioekonomi
bukanlah faktor tertinggi buat mereka.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa faktor yang paling besar
memberi pengaruh terhadap kelemahan penulisan karangan dalam kalangan pelajar
tingkatan empat ialah faktor individu, persekitaran dan guru. Hal ini perlu diteliti
dan diperbaiki dari sudut kelemahannya melalui teknik-teknik dan kaedah tertentu
yang boleh mempertingkatkan kemahiran menulis pelajar sama ada melalui usaha-
usaha yang dilakukan oleh guru mahupun ibu bapa dalam menggalakkan pelajar
untuk menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Untuk objektif kedua, pengkaji telah menganalisis perbandingan markah
pelajar dalam pra ujian dan pasca ujian. Berdasarkan dapatan dalam bab V,
pengkaji mendapati telah berlaku kenaikan dalam pasca ujian yang dijalankan.
Keadaan ini menunjukkan teknik meja bulat “roundtable” yang digunakan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat berkesan. Hal ini demikian
kerana markah pada pra ujian menunjukkan tiada seorang pelajar pun yang
menunjukkan gred cemerlang. Namun begitu, setelah pasca ujian dijalankan,
pengkaji mendapati jumlah tersebut meningkat kepada 9 orang. Jumlah pelajar
yang mendapat gred kurang memuaskan juga telah berkurang daripada 4 orang

72

kepada 0 orang pelajar. Keadaan ini membuktikan pelajar sudah bebas daripada zon
lemah dalam penulisan karangan.

Dapatan ini membuktikan bahawa aktiviti meja bulat “roundtable” sangat
membantu pelajar yang lemah dalam penulisan karangan. Pengkaji mendapati
pelajar sudah dapat membezakan isi utama dengan huraian. Melalui aktiviti meja
bulat “roundtable”, semua pelajar berpeluang untuk meluahkan idea berdasarkan
topik yang diberikan oleh guru. Setelah kesemua idea dikeluarkan, pelajar juga
berpeluang untuk membentangkan hasil dapatan tugasan mereka. Pada waktu ini,
guru berperanan untuk menapis jawapan pelajar yang dilihat hampir sama dan
memilih isi yang sebenar. Ketika ini, minda pelajar juga turut dapat membezakan
antara isi dan juga huraian yang diperlukan.

5.2 Perbincangan
Berdasarkan dapatan yang telah dianalisis, terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan pelajar lemah dalam penulisan karangan. Sebagai contohnya,
keadaan ini jelas ditunjukkan dalam data dalam bab IV (4.2) antara faktor yang
dikenalpasti ialah faktor sosioekonomi. Namun begitu, analisa data menunjukkan
faktor ekonomi bukanlah faktor yang signifikan dalam mempengaruhi kelemahan
pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan ini tidak selaras dengan dapatan kajian
yang didapati daripada kajian lepas yang dijalankan oleh Mohamad Johdi Salleh,
et. al., (2009). Kajian tersebut ialah kajian yang berkaitan status sosioekonomi dan

73

komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa faktor sosioekonomi
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa aktiviti meja bulat “roundtable”
merupakan antara aktiviti yang diyakini berkesan dalam menangani masalah
pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan ini ternyata selari dengan kajian lepas
yang dijalankan oleh Sharon Lee (2009) yang bertajuk Teknik Round Robin dan
Round Table dalam Proses Penulisan Karangan Bagi Mata Pelajaran Bahasa Cina
Tahun Empat Di Kawasan Luar Bandar. Kajian ini adalah berbentuk kajian
tindakan yang bertujuan untuk mengaplikasikan teknik Round Robin dan Round
Table dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan penulisan
karangan Bahasa Cina. Ujian yang dijalankan oleh kedua- dua kajian jelas
menunjukkan peningkatan markah dalam penulisan karangan setelah menjalani
aktiviti meja bulat “roundtable”.

Dapatan yang sama turut didapati daripada kajian luar negara yang dijalankan oleh
Aprianti dan Yelvi pada tahun 2016 yang bertajuk Penerapan Model Pembelajaran
Kooperatif Tipe Round Table Dalam Pembelajaran Menulis Teks Berita. Pengkaji
menjalankan kajian berkenaan kegiatan menulis khususnya penulisan teks berita
siswa SMP yang masih rendah. Hasil penelitian menunjukkan bahwa kemampuan
menulis teks berita dengan menggunakan model pembelajaran kooperatif tipe

74

round table mengalami peningkatan yang lebih tinggi dibandingkan dengan
pembelajaran terlangsung.

5.2 Cadangan
Penulisan karangan merupakan aspek yang penting untuk dikuasai oleh setiap
pelajar. Hal ini demikian kerana bahagian karangan memperuntukkan markah yang
besar dan sangat mempengaruhi markah keseluruhan kertas bahasa Melayu. Tahap
penguasaan kemahiran menulis ini dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kajian
ini telah mengenal pasti faktor yang signifikan dan tidak signifikan terhadap
penguasaan kemahiran menulis pelajar. Berdasarkan pemerhatian, cadangan yang
berikut wajar diberikan pertimbangan, antaranya ialah:

1) Pihak sekolah perlulah menekankan kemahiran berbahasa bermula daripada
peingkat sekolah rendah. Pelajar perlulah didedahkan dengan kemahiran
berbahasa supaya tidak kecundang dalam menjawab soalan yang melibatkan
bahasa.

2) Guru perlulah mengenalpasti kelemahan pelajar melalui latihan- latihan yang
diberikan kepada mereka. Guru perlulah memastikan segala kerja yang
diberikan oleh guru disiapkan oleh pelajar tanpa sebarang alasan.

75

3) Guru perlulah bijak mengenalpasti teknik yang sesuai dengan tahap pemikiran
pelajar. Aktiviti- aktiviti yang agak sukar dijalankan oleh pelajar perlu diganti
dengan aktiviti- aktiviti yang mudah namun tetap memberi tahap kefahaman
yang tinggi kepada pelajar.

4) Bahan pengajaran perlulah dipelbagaikan oleh guru supaya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik. Penggunaan bahan- bahan yang dapat
merangsang minat dan minda pelajar perlulah ditekankan.

5) Kerjasama antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu dipererat dalam menghasilkan
rancangan pengajaran bagi mata pelajaran bahasa Melayu yang lebih berkesan
seperti penambahan lembaran grafik yang membolehkan pelajar mengolah
maklumat.

6) Pihak KPM perlu mengenal pasti bahan pengajaran bahasa yang mampu
membentuk kemahiran menulis dalam kalangan pelajar yang tidak hanya
tertumpu kepada kemahiran bahasa yang lain, supaya dapat memperbaiki
kelemahan tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar.

76

5.3 Cadangan Penyelidikan Selanjutnya

Penyelidikan seperti ini boleh dimanfaatkan untuk penyelidikan seterusnya.
Penyelidikan seterusnya boleh memfokuskan tentang aktiviti- aktiviti pembelajaran
abad ke- 21. Kita sedia maklum bahawa aktiviti- aktiviti ini amat digalakkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti yang berpusatkan
murid seperti ini sangat bagus untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas kerana dapat melahirkan murid yang aktif dan meminimakan murid yang
pasif. Murid memainkan peranan penting dalam merangsang keberkesanan aktiviti
di dalam kelas

Penyelidikan seperti ini juga boleh dimanfaatkan kepada sampel yang
terdiri daripada pelajar berbilang kaum seperti Cina dan India. Pengkaji
mengehadkan penyelidikan kepada pelajar Melayu sahaja kerana tiada pelajar
berbangsa lain di sekolah yang dipilih oleh pengkaji. Sekiranya pelajar berbangsa
lain dapat dijadikan sampel untuk kajian seperti ini, pastinya terdapat pelbagai
faktor kelemahan kemahiran penulisan karangan yang boleh dikenal pasti
terutamanya daripada segi bahasa dan pertuturan.

77

Selain itu, kajian ini boleh diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi
seperti peringkat institusi- institusi pengajian tinggi supaya keberkesanan aktiviti
meja bulat “roundtable” ini dapat dirasai oleh semua lapisan pelajar tidak kira di
peringkat rendah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana
pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi tidak menjamin pelajar tidak
melakukan kesilapan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Dalam kajian ini, sampel kajian hanya berfokuskan kepada 15 orang pelajar
sahaja yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Sampel kajian bagi penyelidikan
seterusnya juga boleh diperbanyakkan supaya faktor dan langkah yang sesuai lebih
mudah dikesan. Pemilihan sampel kajian boleh mengambil kira pelajar daripada
tingkatan yang berlainan untuk mendapatkan data yang berkesan.

78

5.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menyimpulkan perbincangan yang berkaitan
dengan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat enam faktor
yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu
tingkatan empat. Hasil kajian juga jelas membuktikan bahawa pelaksanaan aktiviti
meja bulat “roundtable” membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan
karangan bahasa Melayu tingkatan empat.

Tuntasnya, kajian ini dapat menjawab objektif dan persoalan yang telah
digariskan dalam bab I. Diharapkan kajian ini dapat membantu mengenal pasti
faktor kelemahan pelajar bukan sahaja dalam penulisan karangan malah dalam
subjek- subjek pembelajaran yang lain. Langkah yang diterapkan dalam membantu
pelajar menguasai penulisan karangan diharapkan dapat membantu pelbagai pihak
tidak kira sama ada ibu bapa, guru mahupun pihak sekolah untuk mendapatkan hasil
pencapaian yang terbaik dalam penulisan.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis
bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12.

Aprianti, Yelvi (2016) .Penerapan model pembelajaran kooperatif
tipe round table dalam pembelajaran menulis teks
berita: penelitian eksperimen kuasi pada siswa kelas VIII SMP Negeri 12
Bandung. S1 thesis, Universitas Pendidikan Indonesia.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli et.al, (2007). Menguasai
penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Profesional
Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. (1980). Kesalahan umum penggunaan bahasa Malaysia KBSM.
Kuala. Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd.

Eka Yuni Mukti Diastofa. (2016). Penerapan model pembelajaran kooperatif
tipe round table dalam keterampilan menulis karangan deskripsi
bahasa jerman, 5(2). 1-2.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997). Siri pendidikan
perguruan: penguasaan kemahiran menulis. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Mastura Mohamed Berawi. (2014).
Sejarah perkembangan bahasa melayu, perkamusan dan terjemahan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mccafferty, Steven G., dkk. 2006. Cooperative learning and second language
teaching. New York: Cambridge University Press.

Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen dan Amir Hasan
Dawi, (2009). Status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap
pencapaian pelajar dalam penilaian menengah rendah, Malaysia. Sultan
Hassanal Bolkiah: Universiti Brunei Darussalam.

Nik Safiah Karim, Hashim Musa, Hamid Mahmood dan Farid M. Onn
(2010). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Prof. Dr. Nana Syaodih Sukmadinata, 2005, Landasan psikologi proses
pendidikan, Bandung: PT Rosda Karya.

Roselan Baki, (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa melayu:
senario, teori dan panduan untuk guru dan pelajar. Shah Alam: Karisma
Publication Sdn. Bhd.

Sekar Chandra Ratnasari, dkk.,Efektifitas pembelajaran kooperatif tipe round
table, (Bandung: UPI Press, 2012), hlm. 5

Sufian Hussin (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia. Teori dan
Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Sulaiman Masri, (2005). Tuju cemerlang peperiksaan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Ditributors sdn. Bhd.

Sharon Lee Fui Sze. (2009). Teknik round robin dan round table dalam
proses penulisan karangan bagi mata pelajaran bahasa Cina tahun empat.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009. Sarawak. 13
November 2009.

Tati Kurniati, Wahyudi, Ngatman (2014). Penerapan model pembelajaran
kooperatif tipe round table dalam peningkatan pembelajaran bahasa
Jawa. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Surakarta.

Yahya Othman (2002). trend dalam pengajaran bahasa melayu.
Pahang:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Za’ba (1965). Ilmu mengarang melayu: bagi perguruan guru- guru dan murid-
murid darjah tinggi di sekolah menengah dan penuntut- penuntut di
maktab latihan guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://repository.upi.edu/id/eprint/22026 (diakses pada 23 Mac 2017, pukul
: 04.45)

i
LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Panduan untuk menjawab soal selidik:
1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam set ini

dengan ikhlas.
2. Semua maklumat yang diberikan adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-mata.
3. Kejujuran anda memberi maklumat menentukan kejituan kajian ini.
4. Ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama anda dalam menjayakan penyelidikan ini.

Penyelidik : Siti Salwa binti Abd Hamid

Kursus : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu (dengan kepujian)

BAHAGIAN A:

LATAR BELAKANG

TANDA ( / ) DALAM PETAK BERKENAAN:

ii

1. JANTINA
Lelaki
Perempuan

2. UMUR
15 tahun
16 tahun
17 tahun

3. BANGSA
Melayu
Bukan Melayu
Campur

4. TEMPAT TINGGAL
Kawasan perumahan (teres)
Kawasan Bandar
Kawasan Kampung

iii

BAHAGIAN B
FAKTOR PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
TANDA ( / ) DALAM PETAK BERKENAAN:

1. Anda ada mengikuti tusyen / kelas tambahan bahasa Melayu?
Ya
Tidak

2. Kelulusan Akademik Bapa/penjaga.
Tidak Bersekolah
Lulus Darjah 6
SRP
SPM
STPM
Diploma
Ijazah

3. Anda bosan setiap kali guru mengajar bahasa Melayu?
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sederhana
Setuju
Sangat setuju

iv

4. Adakah anda minat menulis karangan bahasa Melayu?
Ya
Tidak

5. Apakah bahasa yang biasa digunakan di sekolah?
Bahasa Melayu Baku
Bahasa Melayu Dialek

6. Pendapatan ibu bapa sebulan.
Kurang 500
501-999
1000-1499
1500-1999
2000 ke atas

 Borang soal selidik ini telah dipetik dan diubah suai daripada, Siti Salmah
binti Mohamed Abdul Ghani (2001). Masalah Penguasaan Kemahiran
Menulis Karangan di kalangan Pelajar Menengah Rendah. Tesis Sarjana yang
tidak diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah penguasaan kemahiran menulis karangan
dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

v
LAMPIRAN B

KERTAS SOALAN PRA UJIAN

PRA UJIAN
BAHASA MELAYU

Kertas 1
(Bahagian B)
Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit

ARAHAN:
Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk “Faedah- faedah Penggunaan Teknologi pada Masa
Kini”. Panjang karangan hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

(100 markah)

vi
LAMPIRAN B

KERTAS SOALAN PASCA UJIAN

PASCA UJIAN
BAHASA MELAYU

Kertas 1
(Bahagian B)
Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit

ARAHAN:
Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk “Faedah- faedah Memupuk Amalan Menabung Sejak
Kecil”.. Panjang karangan hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

(100 markah)

vii
LAMPIRAN C
CONTOH KARANGAN PELAJAR (PRA UJIAN)


Click to View FlipBook Version