The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI SALWA BINTI ABD HAMID -, 2019-04-15 22:15:42

KESAN AKTIVITI "ROUNDTABLE" DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

PROJEK TAHUN AKHIR

KESAN AKTIVITI MEJA BULAT “ROUNDTABLE”
DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

PELAJAR TINGKATAN 4

SITI SALWA BINTI ABD HAMID

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2017

KESAN AKTIVITI MEJA BULAT “ROUNDTABLE”
DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

PELAJAR TINGKATAN 4

SITI SALWA BINTI ABD HAMID
D20131063384

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT
UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA

MELAYU

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2017

i

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa kertas projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumber rujukannya.

2 JUN 2017 …………………………………….

SITI SALWA BINTI ABD HAMID
D20131063384

ii

KESAN AKTIVITI MEJA BULAT “ROUNDTABLE”
DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

PELAJAR TINGKATAN 4

SITI SALWA BINTI ABD HAMID

Latihan ilmiah ini telah diterima oleh Program Pendidikan Bahasa Melayu untuk
memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Bahasa Melayu) dengan kepujian pada semester dua sesi 2016/2017

(………………………..............) 2 JUN 2017

Penyelia,
Prof. Madya Dr. Mahzan Bin Arshad
Pensyarah,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya
saya dapat menyiapkan kertas projek bahasa Melayu ini. Pertama sekali, ucapan
terima kasih saya tujukan kepada pensyarah penyelia iaitu Prof. Madya Dr. Mahzan
bin Arshad berkat jasa dan bimbingan daripada beliau, serta tunjuk ajar yang
diberikan dapat saya menyiapkan kertas projek ini dengan jayanya.

Penghargaan yang seterusnya saya tujukan kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Pesisiran Perdana yang telah mengizinkan saya untuk membuat latihan
mengajar serta penyelidikan ke atas guru-guru pelatih di sana. Kerjasama yang
telah diberikan oleh mereka semua telah melicinkan lagi kajian saya dalam
mendapatkan dapatan kajian.

Tidak lupa kepada ayahanda, Abd Hamid bin A Majid dan bonda saya Siti
Rusmah binti Shahdan yang banyak memberikan dorongan, semangat dan
sokongan moral dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini. Segala bantuan, dorongan
dan semangat yang diberikan oleh mereka semua menjadikan saya lebih
bersemangat dalam menempuh segala halangan yang mendatang.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan penulisan ini. Bantuan dan sokongan yang diberikan memudahkan
saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmatNya ke atas jasa murnimu sekalian. Amin.

SITI SALWA ABD HAMID
Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
2 Jun 2017

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti meja bulat “roundtable”
dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan di sebuah
sekolah, iaitu tempat guru-guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris
menjalani latihan mengajar. Jumlah responden yang dipilih adalah seramai 30
orang murid Tingkatan 4. Data kajian dikumpul melalui pengedaran soal selidik
dan ujian pra dan pasca. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan kaedah deskriptif
dengan jumlah kekerapan dan peratusan, iaitu secara kiraan manual. Bagi hasil
ujian pra dan pasca pula, hasil dapatan akan diambil untuk dibuat perbandingan
markah yang didapati oleh responden. Beberapa cadangan turut dikemukakan bagi
memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

v

ABSTRACT

This research aims to identify the impact of activities roundtable "roundtable" in
the Malay language essay writing. This study was conducted in a school, where
teachers coach Universiti Pendidikan Sultan Idris teaching practice. The number of
respondents who selected a total of 30 students form 4. Data were collected
through questionnaires and distribution of pre and post test. Results were analyzed
using descriptive methods with the number of frequencies and percentages, ie
manual count. For pre and post test results, the findings will be made to make a
comparison of marks obtained by the respondents. Several suggestions were put
forward to allow further research is done.

SENARAI JADUAL vi
NO. JADUAL
Mukasurat
3.1 Pra Ujian
3.2 Pasca Ujian 33
3.4 Perbandingan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian 34
3.5 Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B 34
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman 44
4.3 Sampel Data Faktor Individu 45
4.4 Sampel Data Faktor Ibu Bapa 46
4.5 Sampel Data Faktor Guru 48
4.6 Sampel Data Faktor Pelajar 50
4.7 Sampel Data Faktor Persekitaran 52
4.8 Sampel Data Faktor Sosioekonomi 53
4.9 Markah Pra Ujian 55
4.10 Markah Pasca Ujian 58
4.11 Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 60
62

SENARAI RAJAH vii

NO. RAJAH Mukasurat

2.1 Model Konstruktivisme 5E 25
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman 45
4.3 Mengikuti Kelas Tambahan Bahasa Melayu 47
4.4 Kelulusan Akademik Bapa 48
4.5 Perasaan Bosan Ketika Mengajar 50
4.6 Minat 52
4.7 Bahasa Pertuturan di Sekolah 54
4.8 Pendapatan Ibu Bapa 56
4.9 Markah Pra Ujian 59
4.10 Markah Pasca Ujian 61
4.11 Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 63

SENARAI LAMPIRAN viii

NO. LAMPIRAN Mukasurat

A Borang Soal Selidik i
B Kertas Soalan Pra Ujian v
vi
Kertas Soalan Pasca Ujian vii
C Contoh Karangan Pelajar (Pra Ujian) ix
xii
Contoh Karangan Pelajar (Pasca Ujian) xv
xvii
D Rancangan Pengajaran Harian (i) xxi
Rancangan Pengajaran Harian (ii)
Rancangan Pengajaran Harian (iii)
Rancangan Pengajaran Harian (iv)

ix

KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

PENGAKUAN i
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACK v
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vii
SENARAI LAMPIRAN viii
KANDUNGAN ix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang 4
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Definisi Operasional 11
1.8 Kesimpulan 13

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kemahiran Menulis Secara 15

2.3 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 16

2.3.1 Teknik Meja Bulat “Roundtable” dalam Pengajaran 17

2.4 Kajian Berkaitan 19

2.4.1 Kajian Dalam Negara 19

2.4.2 Kajian Luar Negara 21

2.5 Teori Berkaitan 23

2.5.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 24

2.6 Kesimpulan 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Sampel Kajian 30
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 32
3.6 Proses Penganalisisan Data 33
3.7 Pembahagian Soalan Soal Selidik 39

3.8 Kerangka Kerja Konseptual x
3.8 Kesimpulan
39
41

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 42
4.1 Latar Belakang Responden 43
44
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman
4.2 Faktor Kelemahan Murid Dalam Penulisan Karangan 46
Bahasa Melayu Murid Tingkatan Empat 58
4.3 Perbezaan Markah Bagi Pra dan Pasca Ujian 65
4.4 Kesimpulan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 66
67
5.0 Pengenalan 72
5.1 Rumusan 74
5.2 Perbincangan 76
5.3 Cadangan 78
5.4 Cadangan Penyelidikan Selanjutnya
5.5 Kesimpulan

RUJUKAN
LAMPIRAN

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan
Bahagian ini akan memberikan huraian umum mengenai latar belakang berhubung
dengan masalah kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, persoalan-persoalan
kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, dan beberapa tarif istilah dan konsep
penting yang digunakan dalam kajian ini. Melalui bab ini, penyelidik bakal
menentukan hala tuju kajian yang akan dijalankan.

2

1.1 Latar Belakang
Salah satu saluran yang digunakan oleh penutur sesuatu bangsa untuk
menyampaikan sesuatu maklumat ialah melalui bahasa. Maklumat yang
disampaikan pula boleh melalui pelbagai kaedah dan bentuk. Bahasa terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahasa lisan dan bahasa bukan lisan. Bahasa mempunyai
lambang yang menunjukkan makna yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat
perlulah menguasai bidang bahasa supaya komunikasi antara masyarakat sekeliling
lebih lancar. Bahasa sememangnya memainkan peranan penting sebagai medium
komunikasi dalam sesuatu kelompok masyarakat. Seperti Malaysia, bahasa Melayu
diangkat menjadi bahasa kebangsaan. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi negara dan menjadi digunakan oleh segenap lapisan
masyarakat.

Pendidikan yang berkualiti adalah penting dalam memastikan murid
memperkembang potensi mereka sepenuhnya. Perkara ini adalah bergantung
kepada guru yang menyampaikan sumber ilmu kepada murid. Najwa Mohd Nor
(2002) menegaskan bahawa guru yang berkualiti mampu menghasilkan sumber
manusia yang produktif pada masa hadapan. Begitu juga Sufean Hussin (2002)
yang menyatakan manusia mempunyai potensi intelek yang tinggi dan berdaya
usaha jika dibekalkan dengan pendidikan yang berkualiti secara optimum.

2

3

Dewasa ini, kemajuan dan perkembangan pesat telah berlaku terhadap isu-
isu pendidikan di negara kita. Perubahan-perubahan bukan sahaja berlaku terhadap
isi pelajaran, malah terhadap konsep, matlamat dan pendekatan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum bahasa Melayu
digubal bertujuan untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI).

Penguasaan kemahiran bahasa yang baik mampu memberikan impak yang
positif kepada pelajar. Kemahiran mendengar mampu menguji kepekaan seseorang
pelajar dalam menguasai keadaan sekeliling. Manakala kemahiran bertutur pula
membolehkan ini akan menjadikan pelajar lebih berkeyakinan untuk
berkomunikasi. Gabungan kemahiran mendengar dan bertutur ini menjadikan
pelajar lebih berketerampilan sekiranya pelajar menguasainya. Kemahiran bahasa
seperti mendengar dan bertutur membolehkan proses komunikasi antara pelajar dan
pihak lain berjalan dengan lancar. Penguasaan bahasa yang berkembang seiring ini
akan dapat melahirkan individu yang lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan
pelbagai pihak di sekeliling mereka.

Penguasaan kemahiran mengajar dalam kalangan guru sangat penting
seiring dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru perlulah
memainkan peranan yang penting untuk memastikan proses pengajaran dan

3

4

pembelajaran terhadap murid berjalan lancar. Guru perlulah bijak dalam
menerapkan nilai kefahaman yang tinggi dalam kalangan pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Karangan merupakan bahagian terpenting dalam kertas peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia iaitu bahagian karangan sahaja memperuntukkan sebanyak
100 markah. Penguasaan murid dalam bahagian ini sangat penting untuk
mendapatkan markah yang cemerlang dalam kertas bahasa Melayu yang bakal
diduduki nanti.

Aktiviti meja bulat “roundtable” merupakan salah satu daripada aktiviti
pembelajaran abad ke-21 (PA21). Menurut Zamri (2012), bentuk pengajaran dan
pembelajaran (PdP) pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, tetapi guru
memainkan peranan lebih penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Pembelajaran abad ke-21 menerapkan kemahiran berfikir
aras tinggi, pembelajaran konstekstual, merentas kurikulum, pembelajaran
kolaboratif, penggunaan teknologi maklumat dan media, pemtaksiran secara telus
dan sebagainya.

Aktiviti meja bulat “roundtable” merupakan salah satu daripada aktiviti
pengajaran yang memerlukan pelajar terlibat secara langsung dalam proses

4

5

pengajaran dan pembelajaran. Peranan murid sangat penting bagi memastikan
keberkesanan aktiviti ini. Murid perlu duduk di dalam kumpulan. Satu topik akan
diberikan oleh guru. Murid mencatat 1 idea seorang demi seorang secara bergilir-
gilir. Murid menggunakan pen dan kertas yang sama untuk menulis idea mereka.
Akhir sekali, hasil dapatan dirujuk dan dibentangkan oleh murid. Guru bertindak
sebagai pembimbing bagi memastikan kelancaran aktiviti.

1.2 Penyataan Masalah
Karangan merupakan salah satu bahagian yang wajib dijawab dalam kertas bahasa
Melayu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahagian ini memerlukan
murid mengemukakan idea dan menghuraikannya mengikut format yang
diberikan. Bahagian karangan ini juga menyumbang markah yang banyak dan
membantu pelajar mendapatkan skor cemerlang dalam matapelajaran bahasa
Melayu. Terdapat 5 soalan yang dikemukakan dan murid perlu menjawab satu
soalan sahaja. Panjang karangan murid hendaklah tidak kurang daripada 350
patah perkataan. Terdapat dua bentuk soalan iaitu karangan berformat serta
karangan tidak berformat.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, permasalahan berlaku apabila murid tidak dapat
mencari idea atau isi berpandukan kepada soalan yang diberikan. Keadaan ini
menyebabkan murid menggunakan masa yang lama untuk menjawab soalan

5

6

karangan tersebut. Murid juga tidak dapat membuat perbezaan di antara idea utama
dengan huraian dengan baik. Keadaan ini akan menjejaskan markah pelajar kerana
setiap penyataan isi dan huraian melibatkan markah yang berlainan.

Pengkaji juga telah mendapatkan data keputusan peperiksaan pelajar pada
ujian penggal yang lalu. Statistik menunjukkan keputusan ujian Bahasa Melayu
bagi peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan kemerosotan. Pengkaji turut
melihat kemerosotan pelajar disebabkan mereka tidak dapat menguasai bahagian
karangan dengan baik menyebabkan kelemahan mereka mempengaruhi
keseluruhan markah.

Kebanyakan murid masih tidak berupaya untuk menghasilkan sebuah
karangan yang baik dari aspek jalinan ideanya. Murid juga agak khuatir untuk
memulakan penulisan karangan disebabkan oleh ketidakyakinan mereka pada isi
yang mereka dapati. Masalah ini sering berlaku disebabkan pelajar tidak dapat
memulakan karangan mereka dengan baik kerana tidak dapat memahami kehendak
soalan. Hal ini menyebabkan mereka menulis tanpa kefahaman yang tinggi
terhadap soalan yang diberikan. Pemarkahan dalam bahagian karangan agak rumit.
Pemeriksa mementingkan jalinan idea yang dipersembahkan oleh pelajar dalam
menghuraikan sesuatu isi. Penggunaan bahasa yang betul juga mempengaruhi
pemarkahan pelajar. Kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai cara mendapatkan
isi karangan sebelum mengembangkannya.

6

7

1.3 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan aktiviti
meja bulat “roundtable” dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid
Tingkatan 4. Antara objektif kajian ialah :
a) Mengenalpasti faktor kelemahan murid dalam penulisan karangan

bahasa Melayu murid Tingkatan Empat.
b) Mengenalpasti perubahan markah pelajar selepas aktiviti meja

bulat “roundtable” dalam penulisan karangan bahasa Melayu
murid Tingkatan Empat.

1.4 Persoalan Kajian
Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa persoalan berikut:
a) Apakah faktor kelemahan pelajar dalam penulisan karangan bahasa

Melayu Tingkatan empat?
b) Terdapatkah perubahan markah pelajar dalam penulisan karangan

bahasa Melayu Tingkatan Empat selepas aktiviti meja bulat
“roundtable”?

7

8

1.5 Kepentingan Kajian
Masalah penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah bukan
suatu masalah yang asing dalam pembelajaran bahasa Melayu. Masalah ini akan
memberi kesan terhadap penguasaan pembelajaran pelajar sekiranya tiada langkah
untuk menyelesaikannya. Kemahiran menulis tidak terlahir secara semula jadi,
kemahiran ini perlu dibentuk serta diterapkan dalam kalangan pelajar. Usaha untuk
melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam penulisan ini perlu dibimbing oleh
pelbagai pihak yang berada di sekeliling pelajar serta badan-badan yang
bertanggungjawab seperti institusi pendidikan.

Kajian ini dapat memberi manfaat kepada badan-badan yang
bertanggungjawab dalam membangunkan sektor pendidikan di Malaysia serta
membantu banyak pihak dalam menangani masalah penguasaan kemahiran menulis
dalam kalangan pelajar sekolah menengah seperti guru-guru di sekolah. Kajian ini
boleh dimanfaatkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK) Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menggubal Kurikulum. Selain itu, kajian ini dapat
memberi sedikit gambaran kepada guru-guru bahasa Melayu tentang masalah yang
dihadapi oleh para pelajar sekolah menengah serta mudah untuk guru mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan menulis pelajar mereka.

Perkara utama yang perlu dilakukan oleh guru dalam sesebuah sesi
pengajaran dan pembelajaran ialah merancang dan merangka strategi pengajaran

8

9

dan pembelajaran bahasa Melayu yang lebih berkesan. Kajian ini dapat membantu
guru-guru bahasa Melayu merancang dan menentukan pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai untuk pengajaran penulisan karangan bahasa Melayu
di dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung memudahkan guru untuk mengenal
pasti kaedah yang bersesuaian untuk membentuk kemahiran menulis dalam
kalangan pelajar yang juga merupakan salah satu bentuk kemahiran yang wajib
dibentuk oleh guru bahasa kepada pelajar mereka.

Penelitian terhadap permasalahan ini tidak lari daripada bidang tugas
seorang guru. Oleh hal yang demikian, kajian ini dapat menjadi panduan kepada
guru bagi mengenal pasti daerah kelemahan pelajar yang terjadi disebabkan
beberapa faktor luaran dan dalaman. Masalah penguasaan menulis dalam kalangan
pelajar ini mendorong ahli bahasa untuk meneliti kelemahan serta mewujudkan
kaedah untuk mengatasi masalah ini. Melalui kajian ini, para pengkaji dan
cendekiawan bahasa Melayu dapat terus membuat penyelidikan dan mencari jalan
penyelesaian serta tidak memandang remeh terhadap masalah ini. Kajian ini
berupaya membantu semua pihak dalam meneliti daerah kelemahan penguasaan
menulis pelajar serta mencari jalan penyelesaiannya.

Kajian ini juga berupaya untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang
sesuai dengan tahap kefahaman pelajar. Pembelajaran abad ke-21 telah dilancarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya pendidikan seiring dengan

9

10

perkembangan zaman. Pembelajaran abad ke-21 lebih berpusatkan pelajar iaitu
guru sebagai pembimbing dan pelajar menjadi pelaku yang utama. Antara aktiviti
pembelajaran abad ke-21 ialah aktiviti roundtable, hot seat, pembentangan, jigsaw,
think- pair- share dan sebagainya. Kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru
bagi mengenalpasti kaedah atau teknik dalam pengajaran penulisan karangan
kepada pelajar. Namun, aktiviti meja bulat “roundtable” dipilih oleh penyelidik
kerana aktiviti ini agak mudah dilaksanakan serta terdapat pelbagai kebaikan dalam
pelaksanaan aktiviti ini. Kajian ini dapat menyelesaikan masalah para guru dalam
membantu pelajar menguasai karangan dengan baik.

1.6 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, bidang kajian pengkaji hanya terbatas dalam penulisan karangan
bahagian B kertas 1 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Kajian ini dibataskan
kepada kesan aktiviti meja bulat ”roundtable” dalam penulisan karangan pelajar
tingkatan 4. Pengkaji mengkhususkan karangan bagi soalan bahagian B kertas 1
untuk dijadikan kajian. Kajian ini melibatkan 30 orang murid tingkatan 4 sebuah
sekolah di Johor yang terdiri daripada 13 lelaki dan 17 perempuan. Kesemua
sampel merupakan murid daripada tingkatan yang sama. Alat kajian yang
digunakan ialah penulisan karangan bahagian B kertas 1 dan lembaran soal selidik
pelajar.

10

11

1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Kesan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesan boleh didefinisikan sebagai tanda
yang ditinggalkan oleh sesuatu. Kesan juga boleh didefinisikan sebagai sesuatu
kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian.

1.7.2 Roundtable

Round table merupakan teknik menulis yang menerapkan pembelajaran dengan
menunjuk tiap-tiap anggota kelompok untuk berpartisipasi secara bergiliran dalam
kelompoknya dengan membentuk meja bundar atau duduk melingkar
(Mccafferty, 2006 : 191).

1.7.3 Karangan

Menurut Za’ba (1965), karangan merupakan hasiln daripada kepandaian atau
kemahiran menggubah atau menyusun kata- kata untuk dijadikan rangkai kata dan
seterusnya dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan
mengandungi ayat- ayat yang telah digubal atau disusun untuk dijadikan cerita.,
laporan, penerangan dan sebagainya.

11

12

Bagi Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1975) dan Ishak Harun (1979),
karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran menggubah atau
menyusun kata- kata, frasa dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran
menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran
manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan
bahasa (dalam Kamarudin Hj. Husin 1998 : 276:277). Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa karangan ialah latihan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara
bebas tetapi dikawal oleh arahan, peraturan dan tajuk karangan yang telah
disediakan.

1.7.4 Bahasa Melayu
Menurut Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail dan Mastura Mohamed Berawi
(2014), bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia. Bahasa
Austronesia pula tergolong dalam satu keluarga bahasa yang lebih besar iaitu
bahasa Austris (rujuk Rajah 1.1)

Menurut Nik Safiah Karim (dalam Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail
dan Mastura Mohamed Berawi, 2014), keluarga bahasa Austris pula dapat
dikelompokkan kepada tida iaitu Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia.
Austronesia pula dapat dibahagikan kepada empat cabang iaitu (i) bahasa- bahasa
Kepulauan Melayu atau bahasa Nusantara yang merangkumi Bahasa Melayu,
Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain- lain, (ii) bahasa-

12

13
bahasa Polisenia seperti bahasa- bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Haiti, (iii)
bahasa- bahasa Melanesia seperti bahasa- bahasa Kepulauan Fiji, Irian dan
Kepulauan Caledoni dan (iv) bahasa- bahasa Mikronesia seperti bahasa- bahasa di
Kepulauan Myanmar, Marshall, Carolina dan Gillbert.

1.8 Kesimpulan
Bab ini membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian, batasan
kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional serta hala tuju kajian ini. Latar
belakang kajian telah membincangkan perihal latar semasa pengajaran kemahiran
bahasa iaitu penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah yang
membawa kepada satu masalah yang menjadi punca kepada kegagalan penguasaan
penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Beberapa isu telah diketengahkan
dalam pernyataan masalah seterusnya memperlihatkan kerasionalan untuk
menjalankan kajian ini untuk kepentingan pelbagai organisasi.

13

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Bab 2 akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kajian literatur
berkaitan konsep, kajian dan teori yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan
oleh pengkaji. Kupasan terhadap bahan bacaan yang berkaitan topik kajian
dilakukan melalui tinjauan literatur dan kaedah kepustakaan. Pendedahan daripada
kajian- kajian terdahulu membolehkan pengkaji meneliti sebarang kekurangan
yang dapat diisi dan dikaji dalam kajian ini. Hal ini secara tidak langsung dapat
melihat kelebihan kajian ini wajar dilakukan.

15
2.2 Kemahiran Menulis
Dalam Kamarudin (1997), beliau menyatakan menulis ialah proses merakam atau
menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan,
maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan
diri sendiri. Walaupun hakikatnya kemahiran menulis tidak dikuasai oleh setiap
orang, namun kemahiran menulis boleh dibentuk dan dilatih. Hal ini demikian
kerana, kemahiran menulis merupakan aspek yang penting dalam kemahiran
berbahasa. Ketinggian penguasaan ilmu seseorang dapat diterjemah melalui
kemahiran menulis.

Kemahiran menulis perlu dilihat daripada pelbagai aspek dan konteks. Hal
ini demikian kerana, bahan penulisan tidak boleh dirakamkan dengan sewenang-
wenangnya. Hasil yang ditulis perlu bermakna atau dapat menimbulkan kesan
kepada pembaca. Kemahiran menulis bukan semata-mata kecekapan tatabahasa
tetapi meliputi penguasaan konteks yang menentukan ketepatan berbahasa.
Pengetahuan tatabahasa dan penguasaan konteks penggunaan bahasa
membolehkan seseorang penulis menerapkan pengetahuan yang berkenaan dengan
tepat dan bermakna dalam sesuatu komunikasi.

Roselan Baki (2003), menyatakan hampir setiap orang menghadapi masalah
untuk memulakan penulisan. Hal ini demikian kerana, penulisan memerlukan
penghujahan yang bernas. Pelajar gagal menulis dengan baik sekiranya pelajar

16
mempunyai masalah dalam menghuraikan idea-idea yang bernas dalam penulisan.
Hal ini demikian kerana, bahan penulisan bukan tertumpu kepada bentuk penulisan
sahaja, malah penulisan yang berkualiti perlu dilihat dari aspek kandungannya.

Aspek yang perlu dititikberatkan dalam sebuah penulisan adalah seperti
tatabahasa, kesantunan, susunan, kejelasan dan sebagainya. Penulisan yang lengkap
dan sempurna mengikut konteksnya akan memudahkan pembaca menerima dan
menterjemah maklumat yang disampaikan dengan jelas. Pelajar juga dituntut
supaya dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Hal ini demikian kerana,
bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang diwajibkan di sekolah. Penguasaan
kemahiran menulis dalam kalangan pelajar menjadikan pelajar lebih mahir
menjawab pelbagai soalan selain mata pelajaran bahasa Melayu.

2.3 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21
Di Malaysia, Kementerian telah mengenalpasti kemahiran abad ke- 21 yang sesuai
dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing
pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk
melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, patriotik dan mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi serta bekerja secara berpasukan.

17
Pembelajaran Abad Ke-21 adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang
memerlukan pelajar menguasai isi kandungan sambil menghasilkan, mensintesis
(penyatuan atau penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata
pelajaran dan sumber- sumber yang meluas dengan memahami dan menghormati
budaya yang berbeza. Mereka diharap dapat mencipta, berkomunikasi,
bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti pembelajaran abad ke-21. Antaranya ialah
Gallery Walk, Three Stray One Stray, Hot Seat, Think Pair Share, meja bulat
“roundtable” dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini mempunyai kelebihan dan
kekuatannya yang tersendiri. Aktiviti- aktiviti ini dibina khas untuk mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Aktiviti- aktiviti pembelajaran
abad ke-21 ini lebih berpusatkan murid iaitu guru hanya bertindak sebagai
pemantau kepada aktiviti yang dijalankan oleh murid.

2.3.1 Teknik Meja Bulat “Roundtable” dalam Pengajaran
Aktiviti meja bulat “roundtable” merupakan salah satu daripada aktiviti
pembelajaran abad ke- 21. Aktiviti ini memerlukan murid untuk memberikan idea
dalam kumpulan yang diberikan oleh guru. Setiap ahli diwajibkan memberikan idea
berdasarkan topik yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini diyakini mampu
meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

18
Dalam aktiviti ini, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-
gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan
tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat
dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu
menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut,
setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar
tugasan mereka mantap dan bermakna

Langkah- langkah untuk melaksanakan aktiviti meja bulat “roundtable”
adalah seperti berikut :

a) Murid duduk dalam kumpulan.
b) Guru memberikan satu tajuk kepada pelajar.
c) Secara bergilir- gilir, murid mencatat idea.
d) Murid menggunakan pen dan kertas yang sama.
e) Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.

Semasa aktiviti berlangsung, guru berperanan sebagai pemantau dan
pemudah cara. Guru juga perlulah memastikan bilik darjah kekal kondusif.
Sebarang pandangan yang dilontarkan oleh pelajar perlulah diterima secara
terbuka. Guru harus berkomunikasi dengan pelajar secara mesra dan penyayang.
Guru yang tidak mesra akan menyebabkan pelajar takut untuk melontarkan
pandangan sekaligus memberikan kerjasama.

19

2.4 Kajian Berkaitan

Azizi Yahaya et. Al., (2007) menyatakan bahawa kajian literatur memberikan
pengetahuan yang diperlukan bagi mengubah masalah kajian tentatif menjadi
terperinci, ringkas dan padat. Hal ini membuktikan bahawa, bahan kajian lepas
(bahan yang berkaitan dengan kajian semasa) dapat membantu menyediakan diri di
samping memberi ilmu dan pengetahuan umum terhadap kajian yang hendak
dilakukan oleh seseorang pengkaji (Sulaiman Masri, 2005). Dengan itu, kajian
literatur atau sorotan literatur ini dianggap penting dalam apa jua kajian
penyelidikan yang hendak dilakukan supaya dapat memberi contoh terhadap kajian
akan datang dan kajian yang dijalankan pada masa hadapan dapat memberi lebih
keyakinan kepada pembaca.

2.4.1 Kajian dalam Negara

Kajian dalam negara yang dilihat ialah sebanyak tiga kajian. Kajian pertama ialah
kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian (2011). Kajian yang dijalankan
oleh beliau adalah berkaitan dengan ‘Permasalahan Kemahiran Membaca dan
Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar’. Kajian ini
dijalankan ke atas 161 orang murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 sebagai
responden. Mereka ini merupakan murid dari sekolah luar bandar di Negeri
Sembilan, Pahang dan Sarawak. Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal
pasti masalah dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah
di luar bandar. Manakala, tujuan khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti

20
masalah kemahiran membaca bahasa Melayu murid luar bandar, mengenal pasti
masalah menguasai kemahiran menulis bahasa Melayu murid dan melihat persepsi
murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.

Kajian kedua ialah kajian yang dilakukan oleh Mohamad Johdi Salleh, et.
al., (2009). Kajian ini adalah kajian berkaitan status sosioekonomi dan komitmen
ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kajian ini membincangkan Status Sosioekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa
terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di
Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan prestasi
akademik antara pelajar-pelajar golongan kelas sosial berbeza, mengenal pasti
pengaruh atau komitmen ibu bapa terhadap prestasi anak-anak mereka dalam
peperiksaan, mengetahui komitmen ibu bapa terhadap prestasi anak-anak dalam
peperiksaan dan mengetahui komitmen ibu bapa daripada golongan SSE tinggi,
pertengahan dan rendah dalam membantu pelajar mencapai kejayaan.

Kajian ketiga ialah kajian yang berkaitan dengan teknik Round Robin Dan
Round Table dalam proses penulisan karangan bagi mata pelajaran Bahasa Cina
Tahun Empat di kawasan luar bandar oleh Sharon Lee (2009). Kajian ini adalah
berbentuk kajian tindakan yang bertujuan untuk mengaplikasikan teknik Round
Robin dan Round Table dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan
dengan penulisan karangan Bahasa Cina. Sebuah kelas Tahun Empat terlibat dalam

21

kajian ini kerana kemahiran yang dipelajari berkaitan dengan penulisan karangan.
Peserta kajian didedahkan dengan teknikteknik berkenaan semasa penulisan
karangan Bahasa Cina, diikuti dengan membuat Latihan 1. Di samping itu, borang
pemerhatian dan soalan temu bual juga digunakan. Hasil-hasil tersebut
kemudiannya dianalisis untuk melihat kesan teknik-teknik tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan penulisan karangan Bahasa Cina.

2.4.2 Kajian Luar Negara

Tajuk kajian lepas luar negara yang pertama ialah Penerapan Model Pembelajaran
Kooperatif Tipe Round Table Dalam Pembelajaran Menulis Teks Berita yang
dijalankan oleh Aprianti dan Yelvi pada tahun 2016. Pengkaji menjalankan kajian
berkenaan kegiatan menulis khususnya penulisan teks berita siswa SMP yang
masih rendah. Berdasarkan permasalahan tersebut, pengkaji akan menguji
keberkesanan penerapan model pembelajaran kooperatif tipe round table dalam
pembelajaran menulis teks berita. Tujuan dari penelitian ini adalah untuk melihat
keefektifan model pembelajaran kooperatif tipe round table dalam pembelajaran
menulis teks berita. Penelitian ini menggunakan dua kelas, iaitu kelas eksperimen
dan kelas pembanding dengan jumlah masing-masing sebanyak 36 orang. Data
dalam penelitian ini berupa hasil ujian kemampuan siswa dalam menulis teks berita.
Hasil penelitian menunjukkan bahawa kemampuan menulis teks berita dengan
menggunakan model pembelajaran kooperatif tipe round table mengalami
peningkatan yang lebih tinggi dibandingkan dengan pembelajaran terlangsung.

22

Kajian lepas yang seterusnya bertajuk Penerapan Model Pembelajaran
Kooperatif Tipe Round Table Dalam Keterampilan Menulis Karangan Deskripsi
Bahasa Jerman telah dijalankan oleh Eka Yuni Mukti Diastofa dari Fakultas Bahasa
dan Seni, Universitas Negeri Surabaya pada tahun 2016. Kajian ini melibatkan
siswa di SMA Negeri 1 Mojosari yang seringkali memiliki kesulitan menemukan
idea untuk menulis, terutama dalam menulis karangan deskripsi. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengetahui proses penerapan model pembelajaran kooperatif tipe
round table dalam keterampilan menulis karangan deskripsi bahasa Jerman siswa
kelas XI IPS 2 SMA Negeri 1 Mojosari.”. Sumber data diperoleh melalui penelitian
ini terhadap siswa-siswi kelas XI IPS 2 SMA Negeri 1 Mojosari yang berjumlah 32
orang. Data dalam penelitian ini merupakan data proses penerapan model
pembelajaran kooperatif tipe round table, yang dilakukan selama lima kali
pertemuan. Data hasil belajar menulis karangan deskripsi bahasa Jerman dengan
model pembelajaran kooperatif tipe round table ialah sebagai data pendukung.
Hasil penelitian menunjukkan bahawa model pembelajaran kooperatif tipe round
table telah diterapkan dengan baik dan dengan prosedur yang benar. Siswa senang
belajar bahasa Jerman dengan model pembelajaran kooperatif tipe round table,
terutama dalam menulis deskripsi.

Kajian seterusnya ialah kajian berkenaan Penerapan Model Pembelajaran
Kooperatif Tipe Round table dalam Peningkatan Pembelajaran Bahasa Jawa pada
Siswa Kelas V SD Negeri Entak. Tujuan penelitian ini adalah untuk mengenal pasti
langkah-langkah penerapan model pembelajaran kooperatif jenis round table untuk

23

meningkatkan kualiti pembelajaran bahasa Jawa siswa kelas V SD Negeri Entak.
Subjek penelitian ini melibatkan mahasiswa kelas IV SD Negeri 1 Tamanwinangun
yang berjumlah 32 pelajar yang terdiri daripada 19 orang lelaki dan 13 orang
perempuan. Hasilnya menunjukkan bahawa penerapan model pembelajaran
kooperatif jenis round table dapat meningkatkan kualiti pembelajaran bahasa Jawa.

2.5 Teori Berkaitan
Bidang linguistik berlandaskan teori dan prinsip-prinsip tertentu. Oleh hal yang
demikian, penekanan aspek teori dalam kaedah pengajaran seorang guru bahasa
perlu dititikberatkan. Terdapat teori dan teknik-teknik untuk menganalisis bahasa
yang telah dipelajari oleh ahli bahasa untuk merumus sesuatu bahasa melalui
pemerhatian mereka terhadap bahasa. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan
melihat teori yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penguasaan
kemahiran bahasa pelajar.

Terdapat pelbagai teori pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan kajian
yang dijalankan oleh pengkaji. Teori yang dipilih oleh pengkaji ialah Teori
Pembelajaran Konstruktivisme. Model pembelajaran konstruktivisme 5E
merupakan salah satu model yang digunakan dalam teori ini.

24
2.5.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah peka dengan tahap
penguasaan pelajar mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Teknik yang sesuai
perlulah diberikan penekanan bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik akan meningkatkan suasana yang aktif
dan ceria di dalam kelas. Guru perlulah bijak dalam merangka aktiviti yang
bersesuaian dengan kemampuan pelajar.

Teori pembelajaran konstruktivisme merupakan salah satu daripada teori
pembelajaran yang diasaskan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky . Teori ini
merupakan suatu proses pembelajaran yang menekankan kefahaman murid dalam
membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada
pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan
secara pasif dari persekitaran atau pengalaman. Teori pembelajaran
konstruktivisme ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk membina
pengetahuan baru. Pengaplikasian teori ini juga membantu pelajar mencari idea,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori
konstruktivisme ini termasuklah Piaget (dari perspektif kognitif dan
perkembangan) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson
(1977). Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif, mereka menganggap

25
bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses
pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan.

Teori Konstruktivisme ternyata membantu pengkaji dalam melaksanakan
kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berikut
merupakan rajah yang menunjukkan model konstruktivisme 5E yang boleh
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran:

Evaluate Engage Explore
(Menilai) (Melibatkan) (Meneroka)

Model
Konstruktivisme

5E

Elaborate Explain
(Menghurai) (Penerangan)

Rajah 2.1 Model Konstruktivisme 5E

26

1. Engage (melibatkan) : Guru memberikan topik atau tugasan yang merangsang
murid untuk menyatakan pengetahuan awal mereka. Langkah ini dapat
menimbulkan minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran.

2. Explore (meneroka) : Guru memberikan peluang kepada murid untuk meneroka
sendiri pengetahuan atau pengalaman sedia ada untuk dikaitakn dengan tugasan
atau topik yang diberi. Langkah ini secara tidak langsung meluaskan skop
pemikiran murid dengan mengaitkan topik dengan pengetahuan sedia ada.

3. Explain (penerangan) : Murid membentang hasil kerja berdasarkan topik yang
diberikan oleh guru. Guru boleh membaiki pemahaman murid yang kurang
tepat. Sebarang bukti boleh disertakan oleh guru supaya murid lebih jelas dan
faham.

4. Elaborate (menghurai) : Guru cuba mengaitkan topik yang dipelajari dengan
kehidupan sebenar. Murid juga boleh diberi peluang untuk berkongsi
pengalaman.

5. Evaluate (Menilai) : Guru boleh menilai prestasi pelajar dan pelajar juga boleh
menilai prestasi rakan- rakannya yang lain. Murid juga diberi peluang untuk
mengusulkan soalan mengenai ketidakfahaman mereka terhadap topik yang
dibincangkan.

27

2.6 Kesimpulan

Bab II membincangkan kajian literatur berkaitan konsep, kajian dan teori
yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Selain itu,
pengkaji juga membincangkan penulisan buku-buku ilmiah dan jurnal
dalam bidang kajian ini bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu
aspek yang dibincangkan.

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan
Bab 3 ini membincangkan metodologi atau kaedah kajian yang turut merangkumi
reka bentuk kajian, pemilihan peserta kajian, tempat kajian, instrumen kajian,
kajian rintis, proses pengumpulan data dan proses penganalisisan data. Kajian ini
secara umumnya bertujuan mengkaji dan mengenal pasti keberkesanan

29

pengaplikasian aktiviti meja bulat “roundtable” dalam penguasaan kemahiran
menulis karangan yang dihadapi oleh para pelajar di peringkat sekolah menengah.

Hal ini secara jelasnya diterapkan dalam dua objektif utama kajian ini iaitu
untuk mengenalpasti faktor kelemahan murid dalam penulisan karangan bahasa
Melayu murid Tingkatan Empat dan mengenalpasti keberkesanan aktiviti meja
bulat “roundtable” dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid Tingkatan
Empat

Reka Bentuk Kajian
Menurut Sulaiman Masri (2003:25) reka bentuk penyelidikan bertujuan menjawab
beberapa soalan tertentu yang ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang
dikenal pasti. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen untuk
mendapatkan data. Reka bentuk ini berupaya mengkaji dan menilai keberkesanan
suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak.

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar yang sentiasa terdedah dengan ralat-
ralat dari luar seperti perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengaruh
persekitaran dan sebagainya. Penyelidik akan menganalisis markah pelajar melalui
karangan yang dihasilkan oleh mereka melalui pra ujian dan pasca ujian. Kaedah

30

lapangan pula dikhususkan untuk mengumpul data yang melibatkan pengedaran
borang soal selidik untuk mengkaji faktor kelemahan pelajar dalam penulisan
karangan bahasa Melayu.

Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan sekitar bulan Julai hingga November tahun 2016. Kajian ini
dilaksanakan semasa pengkaji sedang mengikuti latihan mengajar di sekolah yang
dipilih oleh pengkaji. Sampel kajian yang terlibat terdiri daripada 30 orang pelajar
tingkatan empat di salah sebuah sekolah yang berada di kawasan Johor. Jumlah ini
dipilih oleh pengkaji kerana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
kebiasaannya memerlukan 25 hingga 30 orang pelajar. Jumlah responden ini juga
sesuai dalam pelaksanaan aktiviti meja bulat “roundtable” yang akan dilaksanakan
oleh pengkaji. Sampel ini tidak mengira jantina. Jumlah pelajar lelaki dan
perempuan juga tidak sekata. Hal ini demikian kerana populasi pelajar perempuan
melebihi populasi pelajar lelaki. Berdasarkan sampel ini juga, sebanyak 60 buah
karangan pelajar akan dikaji, iaitu melibatkan karangan yang dikumpulkan
daripada ujian pra dan ujian pasca. Borang soal selidik juga diedarkan untuk
mengenalpasti faktor yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam penulisan
karangan bahasa Melayu.

31

Instrumen Kajian
Instrumen kajian juga disebut sebagai alat kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menyediakan borang soal selidik yang telah diubah suai. Borang tersebut
merangkumi tiga bahagian, iaitu bahagian A (rujuk Lampiran A); demografi
peserta kajian dan bahagian B; faktor penguasaan kemahiran menulis. Bahagian A,
iaitu bahagian demografi mengandungi maklumat berkenaan jantina, umur, bangsa,
kelayakan akademik penjaga dan sosioekonomi penjaga. Bahagian B pula
mengandungi maklumat berkaitan persepsi responden terhadap penulisan dan
faktor berkaitan dengan masalah kemahiran menulis responden. Antara faktor yang
dinyatakan ialah faktor individu, faktor ibu bapa, faktor guru, faktor minat, faktor
persekitaran dan faktor sosioekonomi. Dalam tempoh kajian, pengkaji turut
menjadi alat kajian. Borang soal selidik tersebut telah dipetik dan diubah suai
daripada, Siti Salmah binti Mohamed Abdul Ghani (2001). Masalah Penguasaan
Kemahiran Menulis Karangan di kalangan Pelajar Menengah Rendah. Tesis
Sarjana yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sepanjang tempoh kajian kes dijalankan, dua kaedah pengumpulan data
digunakan, iaitu analisis bukti dokumen borang soal selidik dan analisis ujian
penulisan karangan pra dan pasca yang akan digunakan secara aktif bagi
mengumpul sebanyak mungkin data deskriptif bagi membolehkan pengkaji
melaporkan dapatan secara menyeluruh. Alat penyelidikan ini, iaitu melalui soal

32

selidik dan pengumpulan ujian penulisan karangan bagi kajian kuantitatif
merupakan alat yang digunakan untuk mengumpulkan data. Kertas ujian penulisan
karangan tersebut menjadi bukti berbentuk dokumen yang dapat mengukuhkan lagi
kajian pengkaji berdasarkan tahap keberkesanan aktiviti meja bulat “roundtable”
dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Prosedur Pengumpulan Data
Borang soal selidik diedarkan ketika proses latihan mengajar sedang berlangsung
dan dikumpulkan semula dalam tempoh masa satu minggu. Data yang dikumpul
kemudiannya dianalisis. Pengumpulan bukti dokumen, iaitu ujian karangan
dijalankan setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak sekolah.

Pengumpulan data dilakukan dengan melakukan beberapa langkah tertentu.
Untuk mendapatkan data kuantitatif yang pertama iaitu kajian soal selidik, langkah
yang diambil oleh pengkaji ialah memilih tempat kajian. Seterusnya, pengkaji akan
meminta kebenaran secara bertulis daripada pihak sekolah. Setelah itu, pengkaji
memilih responden kajian. Langkah seterusnya ialah pengkaji menyediakan borang
soal selidik. Setelah itu, borang soal selidik tersebut diedarkan kepada responden.
Seterusnya, pengkaji menjalankan pra ujian terhadap penulisan karangan pelajar.
Empat pengajaran yang menggunakan aktiviti meja bulat “roundtable” dijalankan

33

oleh pengkaji terhadap kesemua responden. Akhir sekali, pengkaji menjalankan
pasca ujian untuk mengenalpasti perbezaan markah pelajar antara kedua- dua ujian.

Proses Penganalisisan Data
Data kuantitatif yang diperoleh melalui borang soal selidik yang telah dijawab oleh
peserta kajian dikumpul dan dianalisis. Data dianalisis berdasarkan persoalan
kajian. Data kuantitatif seterusnya iaitu ujian penulisan karangan akan dianalisis
menggunakan kaedah biasa, iaitu secara kiraan manual. Bukti dokumen akan
dianalisis dan dapatan daripada analisis dokumen tersebut akan mengukuhkan hasil
dapatan soal selidik. Dalam memahami data, kumpulan pengkaji akan melihat data
secara keseluruhan berdasarkan bukti dokumen soal selidik dan ujian penulisan.

Penganalisisan data dilakukan secara berperingkat. Data daripada ujian pra
dan ujian pasca diambil untuk dibuat perbandingan. Jadual untuk membuat
perbandingan antara ujian pra dan pasca adalah seperti berikut :

34

Markah Peringkat Kekerapan Peratus
80 – 100 Cemerlang
66 - 79 Kepujian
51 - 65
36 - 56 Baik
21 – 35 Memuaskan
Kurang Memuaskan
1 - 20 Pencapaian Minimum
JUMLAH

Jadual 3.1 : Pra Ujian

Markah Peringkat Kekerapan Peratus
80 – 100 Cemerlang
66 - 79 Kepujian
51 - 65
36 - 56 Baik
21 – 35 Memuaskan
Kurang Memuaskan
1 - 20 Pencapaian Minimum
JUMLAH

Jadual 3.2 : Pasca Ujian

35

Markah Peringkat Pra Ujian Pasca Ujian
80 – 100 Cemerlang

66 - 79 Kepujian

51 - 65 Baik

36 - 56 Memuaskan
21 – 35 Kurang Memuaskan

1 - 20 Pencapaian Minimum

JUMLAH

Jadual 3.3 : Perbandingan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian

Ketiga- tiga jadual tersebut disediakan untuk membuat perbandingan markah
pelajar dalam pra ujian dan pasca ujian. Setiap markah mempunyai gred dan
peringkat pencapaiannya yang tersendiri. Kriteria penskoran karangan bahagian B
Kertas 1 adalah seperti berikut:

Markah Peringkat Kriteria
80 – 100 Cemerlang  Penggunaan pelbagai jenis kata yang

luas dan tepat.
 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang

gramatis.
 Ejaan dan tanda baca betul
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat

36

66 - 79 Kepujian  Idea relevan mengikut tugasan,
51 - 65 Baik dihuraikan dengan jelas dan matang,
disertakan dengan contoh yang sesuai

 Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.

 Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan.

 Penggunaan unsur bahasa bervariasi
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

 Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
 Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang

gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
 Ejaan dan tanda baca betul
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat
 Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas, diserta dengan contoh yang
sesuai.
 Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa masih
bervariasi.
 Gaya bahasa masih menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan kata atau frasa.
 Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.

37

36 - 56 Memuaskan  Penggunaan ayat majmuk gramatis
tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.

 Ejaan dan tanda baca masih betul.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
 Penggunaan kosa kata umum.
 Idea masih relevan mengikut tugasan,

huraian isi masih jelas dan
contoh masih sesuai.
 Pengolahan masih menarik, dan
pemerengganan masih sesuai.
 Wacana masih lengkap
 Penggunaan unsur bahasa masih
bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.

 Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
 Ayat kurang gramatis.
 Ejaan dan tanda baca betul

tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
 Laras bahasa kurang sesuai.
 Penggunaan kosa
kata umum dan terhad.
 Idea masih relevan mengikut tugasan,
huraian isi kurang jelas dan
contoh kurang sesuai.
 Pengolahan kurang menarik,
pemerengganan kurang sesuai.
 Wacana masih / kurang lengkap
 Penggunaan unsur
bahasa kurang bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi
keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan

38

21 – 35 Kurang  Penggunaan kata kurang tepat.
1 - 20 Memuaskan  Ayat tidak gramatis tetapi masih

Pencapaian difahami.
Minimum  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda

baca yang ketara.
 Idea masih relevan / idea bercampur

aduk dan huraian tidak jelas / tidak
berkembang dan contoh tidak sesuai.
 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap dan binaan
perenggan tidak seimbang.
 Unsur bahasa tidak bervariasi.

 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan lemah

 Keseluruhan menunjukkan
penggunaan kata dan ayat yang tidak
gramatis.

 Kesalahan ejaan dan tanda
baca yang ketara.

 Idea bercampur aduk dan huraian
tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh
tidak sesuai.

 Pengolahan tidak menarik.
 Wacana tidak lengkap dan binaan

perenggan tidak seimbang dan tidak
sesuai.
 Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan lemah serta
tidak menarik.
 Keseluruhan karangan sukar / tidak
difahami.

Jadual 3.5 Kriteria Penskoran Karangan bahagian B


Click to View FlipBook Version