The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadariffikribinjamel, 2022-06-11 08:24:25

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

Assesment

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5
4 Zon di Malaysia

Nama : MUHAMMAD ARIF FIKRI BIN JAMEL

No.Maktab : PB190096

Homeroom : CIKGU HARYANI

Nama G uru : CIKGU AKMA

Isi Kandungan

Penghargaan
Pengenalan Novel
Biografi Penulis
Kulit Hadapan dan Kulit belakang Novel
Sipnosis novel

Sipnosis Keseluruhan
Sipnosis Setiap Bab
Kekuatan 8 Novel
Kekurangan 8 Novel
Cadangan Penambahbaikan
Rujukan
8 Rujukan Novel
7 Rujukan Laman Sesawang

I

Penghargaan

Pertama sekali, bersyukur kepada tuhan yang telah memberikan waktu yang
secukupnya untuk meyiapkan tugasan ini

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mak dan ayah saya yang
memberi sokongan kepada saya untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan
juga kepada guru-guru yang memberikan ilmu dengan ikhlas.

Terima kasih juga kepada Cikgu Akma yang telah mendidik kami dan mengajarkan
kami teknik menjawab soalan novel ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dengan
menerangkan cara-cara untuk melaksanan tugasan ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada yang terlibat dalam membantu saya.

1

Pengenalan Novel

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib

Novel 'Leftenan Adnan' ialah teks komsas bagi murid Wilayah Persektuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bahagian penceritaan novel merangkumi
35 bab yang diberikan judul setiap satunya. Tiada sebarang ilustrasi di bahagian berkenaan
yang berjumlah 358 muka surat. Terdapat lampiran bergambar dari muka surat 360 - 372,
termasuk potret hitam putih Leftenan Adnan sendiri. Selain itu, tersedia dua halaman glosari
(374 - 375) yang berkisar terhadap istilah ketenteraan. Pengarang juga mencatat senarai
rujukan pada halaman terakhir. Harga senarai naskhah Leftenan Adnan edisi murid ialah
RM18.90. Walaupun murid memperoleh skim pinjaman buku teks, tiada salahnya membeli
naskhah tambahan, terutamanya murid yang tinggal di asrama. Teknik penceritaan novel
Leftenan Adnan ialah sudut pandangan orang ketiga, iaitu kisah disampaikan oleh pengarang.
Sebagai sebuah novel sejarah, hampir keseluruhan novel ditulis secara naratif (pengkisahan)
dan dialog. Teknik monolog boleh dikatakan tiada. Novel Leftenan Adnan sarat dengan
maklumat walaupun mungkin murid berasa khuatir tidak dapat mengingati begitu banyak
fakta peristiwa, watak dan tempat. Bagi meredakan kekhuatiran itu, ikhlaskan diri membaca
novel tebal berkenaan, sambil menikmati pembacaan yang santai. Insya-Allah, menerusi
bimbingan guru berpengalaman, novel Leftenan Adnan menjadi bacaan yang mudah, ringan,
menimbulkan rasa teruja dan memupuk jati diri yang mendalam.

2

ii) Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor
Novel di Sebalik Dinara adalah karya Dayang Noor telah digunakan untuk kajian KOMSAS
Tingkatan 4 bagi Zon Sabah, Sarawak, Labuan dan Johor. Novel ini mengisahkan sebuah
persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn
lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan
gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl.
Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

3

iii) Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mat Darin
Jumlah muka surat bahagian penceritaan: 271, tidak termasuk glosari, biodata penulis
Jumlah bab: 36
Bilangan ilustrasi: 37 (muka surat 2, 8, 18, 24, 30, 40, 48, 53, 59, 69, 83, 88, 96, 104, 111,
118, 133, 147, 150, 159, 166, 176, 179, 186, 195, 199, 206, 213, 220, 225, 232, 236, 246,
251, 255, 260, 263).
Naskhah asal: 2009
Pencapaian: tempat kedua kategori novel remaja Kumpulan Utusan 2009
Harga naskhah edisi murid: RM18.50 (sebelum diskaun)
Penerbit: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

4

iv) Pantai Kasih Karya Azmah Nordin

1. Pengarang
Azmah binti Nordin, 57, berasal dari Kedah, tetapi menetap di Sabah sejak berusia 15

tahun. Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27 tahun. Novel pertama beliau 'Si Bidul'
diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis 50 buah novel. Azmah menerima
pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel berunsur Islam dan SEA Write Award.
Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988 pernah terpilih sebagai teks komsas
menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun 1994.
2. Penerbit

Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. dengan kerjasama Oxford Fajar Sd. Bhd. Edisi murid
cetakan

pertama ini diterbitkan pada tahun 2014.
3. Harga senarai: RM7.90
4. Jumlah bab: 9
5. Jumlah muka surat: 164 (termasuk glosari, biodata penulis, tetapi tidak termasuk kulit

hadapan hingga pendahuluan dan kulit belakang)

5

v) Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip

Hanya pada muka surat terakhir (halaman 255) pembaca beroleh jawapan tentang tajuk
novel. Watak utama, Dahlia membelek hadiah berkenaan daripada tunangnya, Azhari semasa
di dalam bas ekspres menuju Kuala Lumpur. Penulis novel, Khairuddin Ayip, 54, juga
dikenali sebagai penulis buku model peperiksaan dan ulasan yang prolifik di pasaran. Novel
ini memenangi hadiah tempat pertama peraduan menulis novel remaja DBP pada tahun 1990.
Secara keseluruhannya novel ini mudah difahami jalan ceritanya, serta tidaklah terlalu
abstrak dari segi gambaran mental setiap watak yang dipaparkan. Kisah yang berkisar di
sekolah dan di kampung juga tidaklah menghairankan justeru penulisnya seorang guru
lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (180-82) dan Universiti Putra
Malaysia (1996-1999).

6

vi) Tirani Karya Beb Sabariah
Setelah membaca hampir satu per tiga naskhah kreatif ini, kemusykilan tentang tajuk novel
karya Beb Sabariah (Puan Haja Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet) akhirnya terlerai. Ayat
pertama bab 8 dengan judul 'Hadiah Alam' pada muka surat 110 itu berbunyi "Kecantikan
ialah tirani yang berumur pendek." Kata-kata itu terpacul daripada mulut Dr. Rushdi yang
memetik falsafah Socrates pada kurun ke-9 Masihi. Novel tanpa ilustrasi itu memiliki
ketebalan 344 muka surat bahagian penceritaan. Selain butiran teknikaliti halaman berhuruf
roman, terdapat juga halaman glosari, indeks dan biodata Beb Sabariah, pesara guru yang
aktif berkarya. Naskhah novel edisi murid dijual pada harga rak RM15.50 sahaja.

7

vii) Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Jumlah muka surat = 195
(tidak termasuk kulit dan muka surat berhuruf roman)
Muka surat ilustrasi = 34
Muka surat kosong = 1
Muka surat glosari = 5
Muka surat biodata penulis = 3
Maka, jumlah muka surat yang sebenarnya perlu dibaca ialah 152 halaman. Penulis novel
ialah Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang.
Bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti
Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

8

viii) Silir Daksina Karya Nizar Parman
Penulis novel, Nizar Parman, 42, kelahiran Batu Pahat, Johor meraikan ulang tahun
bersamaan hari kemerdekaan negara. Nizar, guru SK Seri Lalang, Kluang, baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah
rendah. Novel pertama beliau ini terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon
Mobil tahun 2009 kategori novel remaja. Penulis novel, Nizar Parman, 42, kelahiran Batu
Pahat, Johor meraikan ulang tahun bersamaan hari kemerdekaan negara. Nizar, guru SK Seri
Lalang, Kluang, baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia
pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel pertama beliau ini terus menang tempat
kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.

9

Biografi Pengarang

i) Abdul Latip bin Talib

Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung
Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri
Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama
televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah
diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah
dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan Beliau telah
menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara
Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri
Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah
Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat
Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.

10

ii) Dayang Noor

Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang

Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)

11

iii) Ruhaini Mat Darin

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah
sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan,
pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di
beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community
Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula
tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah
kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai
dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk
membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup
Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri
Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah.
Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya
eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan
Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek Sastera Malaysia - sejak
Oktober 2020.

12

iv) Azmah Nordin

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah
dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan
menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu
dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada
awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

13

v) Khairuddin Ayip

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

14

vi) Beb Sabariah

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera
Sarawak).

15

vii) Sri Rahayu Mohd Yusop

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New
Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

16

viii) Nizar Parman

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973
di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya,
Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.

17

Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib

ii) Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor

18

iii) Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mat Darin
iv) Pantai Kasih Karya Azmah Nordin

19

v) Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani Karya Beb Sabariah

20

vii) Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
viii) Silir Daksina Karya Nizar Parman

21

Sipnosis Novel

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib

Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan
Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan
duduk bersembang di kedai kopi. Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau
sengaja merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana
moyangnya menjadi orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam
jiwa Adnan.Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya
orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil
kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang
Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh
penduduk kampungnya.Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu
seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk
Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.

22

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik untuk
anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh
sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar
bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka
setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu
menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu
pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi
murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk
menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris.Bagi Pak
Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam
pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana
itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga
guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi
askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port
Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di
pelosok kampung. Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali
barut Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau
menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang.

23

Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu
dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan
anak-anaknya ke Singapura. Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya
pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu
bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah
Melayu. Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan
percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan
anggota sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi
232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun
mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama
Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11
pegawai waran, 759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab
untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun. Pada Sabtu 6 Disember
1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri oleh pegawai-pegawai
Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan
laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal
pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut
China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang
Dunia Kedua. Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada
8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.

24

Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang
pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India
yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan
dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu
yang sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat
di Kelantan setelah tiga hari bertempur. Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu
dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya
mendarat di Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh
tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-
negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus
mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota
Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan
kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya. Namun,mereka masih percaya satu-satunya
kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di
Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar
Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai
Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu
yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42
orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada
15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran
hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

25

ii) Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab
terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk
menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula
ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha
telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia
telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan
Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan
dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina
yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan
Medina bukanlah persoalan yang besar.

26

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai. Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi
hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak
balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di
suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-
rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang
kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida
namun gagal. Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta
ribuan manusia.

27

Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak. Semua orang bergegas ke
rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl
menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada
dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida)
menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

28

iii) Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mat Darin

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan
perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya. Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka
yang masih muda. Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda
dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas
surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika
dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran
yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ. Terdapat
sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah,
iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Walaupun Lili pernah
ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan orang
kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya
semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan
pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami
Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala
Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia
jendela yang menghadap jalan.

29

iv) Pantai Kasih Karya Azmah Nordin

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di
sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang
serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada
pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas
suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat
mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan
juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang
masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal
sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan
mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi
tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang
beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain
kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun
akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor
Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

30

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun
perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi
ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

31

v) Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-
temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata /
bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan
ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam
SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya
walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan
bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang
lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan
untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu,
Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Sebagai
anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Sementelahan,
adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 /
berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu
berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia
bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang
masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam.
Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar.

32

Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading). Tekanan kian bertambah
kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh jiran-jirannya. Tindakan
berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula
kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda,
Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan
peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui
cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya
dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan
STPM. Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM
dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31
Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke
rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan
lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas
Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan
penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke
Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu
dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah
menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia
agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia
berada.

33

vi) Tirani Karya Beb Sabariah

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

34

vii) Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri
kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ,
apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington
dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua
Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu,
Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul.
Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula
diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis
di IPD Kuala Selangor.

35

Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan
Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri
kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan
Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.

36

viii) Silir Daksina Karya Nizar Parman
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu
dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal
mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia
yang perlu dihuraikan?

37

Sipnosis Bab

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib

Bab 1-Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu
kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2-Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

38

Bab 3-Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya
yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar
bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak
mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walaupun ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak
Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu,
Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4-Dusun Durian di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-
anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi
menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya
dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah
Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui
senjata tetapi melalui politik.

39

Bab 5-Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan
hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6-Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.

40

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak
Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.

Bab 8-Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

41

Bab 9-Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama
dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu
malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua
lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka
mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki.
Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam
tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap
hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan kepada
Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

42

Bab 11-Yakin Boleh

Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi
juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan

pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas

hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh

Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak

muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang

dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana

beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.

Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan

bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah

setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan

bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan

ayahnya.

43

Bab 13-Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak
kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru

Bab 14-Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem

latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori

barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima

menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke

rumahnya.

44

Bab 16-Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17-Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih
Muda.

45

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan
di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

Bab 19-Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.

45

Bab 20-Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat
untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.

46

Bab 21-Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya
mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan
dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan
gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

47


Click to View FlipBook Version