The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadariffikribinjamel, 2022-06-11 08:24:25

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

Assesment

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

148

BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

149

5 Kebaikan, Kekurangan dan Penambahbaikan

1) Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib
Kebaikan

Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip Talib, terdapat 5 kebaikan berdasarkan peristiwa yang terkandung di
dalam novel ini.

Kebaikan yang pertama ialah seseorang wira bangsa yang sangat bijak dan berani
melawan tentera Jepun dan beliau telah terkorban kerana keberaniannya mampu membuatkan
tentera Jepun takut dengan adanya Leftenan Adnan ini. Sebagai contoh, Leftenan Adnan
bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India
dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

Selain itu, terdapat pertempuran yang sengit antara dua pihak yang membuatkan
pembaca tertarik dengan situasi ini. Sebagai contoh, pertempuran sengit antara tentera British
yang dibantu oleh askar Melayu menentang tentera Jepun. Kejatuhan negeri-negeri di Tanah
Melayu ke tangan Jepun menyebabkan British terpaksa mempertahankan Singapura sebagai
kubu terakhir mereka. Leftenan Adnan merupakan pegawai tentera yang diamanahkan untuk
mempertahankan kubu di Pasir Panjang dan Bukit Candu. Berlaku beberapa siri pertempuran
yang hebat antara askar Melayu dengan tentera Jepun. Pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun. Leftenan Adnan terus
memberikan kata- kata semangat kepada anak-anak buahnya.

Di samping itu, permulaan novel ini sangat membuatkan penggemar novel tertarik.
Pada awal novel ini telah memperkenalkan perwatakan seseorang ini iaitu Leftenan Adnan.
Sebagai contoh, watak utama, iaitu Adnan. Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda
yang mempunyai ciri- ciri keistimewaan dalam dirinya. Dia memiliki sifat keberanian yang
jarang-jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya.

150

Seterusnya, novel ini banyak menceritakan pengorbanan seseorang untuk negara dan
bangsa. Pengorbanan seseorang ini juga sangatlah menyentuh hati pembaca novel. Beliau
dengan beraninya menentang tentera Jepun sehingga beliau terkorban di tikam oleh tentera
Jepun. Namun, Jepun telah menyerah kalah dalam menakluk Tanah Melayu. Tentera Jepun
marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya
menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana
meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang
kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok
ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan
bayonet.

Akhir sekali, yang menarik tentang novel ini ialah jalan cerita yang cukup hebat. Novel
ini menceritakan kisah benar seseorang wira bangsa pada zaman di jajah Jepun. Novel yang
menceritakan kisah benar membuatkan ramai orang tertarik dan mempunyai sifat ingin tahu
tentang kisah hidup Leftenan Adnan.

Kekurangan

Novel yang telah saya kaji di tingkatan 4 iaitu Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip Talib, terdapat 5 kekurangan yang tidak memuaskan pembaca novel ini.

Kekurangan yang pertama ialah jalan cerita yang panjang dan susah bagi pembaca untuk
memahami dengan mudah dan membuatkan mereka untuk mengetahui dengan membaca
jalan cerita yang panjang. Sebagai contoh, novel ini menceritakan kisah perjalanan hidup
Leftenan Adnan yang akhirnya beliau menjadi wira dan terkorban. Novel ini mengambil
waktu yang lama untuk menghabiskannya.

151

Rujukan

Buku novel

1. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
2. Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor
3. Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mat Darin
4. Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
5. Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip
6. Tirani Karya Beb Sabariah
7. Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
8. Silir Daksina Karya Nizar Parman

Laman Sesawang

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin
2. https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-

mengikut-bab/
3. https://papermate2401.blogspot.com/2018/05/analisis-lengkap-leftenan-adnan.html
4. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
5. https://www.academia.edu/38314129/SINOPSIS_NOVEL_PANTAI_KASIH_SEMU

A_BAB
6. https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
7. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
8. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
9. https://karangan.net/songket-berbenang-emas/

152


Click to View FlipBook Version