Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang
telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh
Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan
Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita
yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
99
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor
Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan
Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya
juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
100
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
101
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu
Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran. Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
102
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang
ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian,
Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam
dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk
mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia
dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah
datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga
Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
103
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati
Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah
Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah
memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap
sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
104
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan
kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih
berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar
telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu
Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing
milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah
sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan
ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang
sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
105
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
106
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir
pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek
di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji
Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina
rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan
perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu
dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah
dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang
untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
107
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak
pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang
diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang
merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai
orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
108
vi) Tirani Karya Beb Sabariah
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang pesek yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya, Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Keinginan Waheeda melakukan pembedahan plastik pada wajahnya begitu membuak-buak.
Baginya kecantikan ialah ruang dan peluang membina keterampilan diri.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang dua lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Dusun Tajau Emas. Kehadiran para pelancong
ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu,
Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda
memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan
kepada ibunya, Raidah. Akan tetapi, bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah
dengan hukum agama. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu
menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menerpa masuk ke dalam chalet. Nasib
malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka
parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr.
Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
109
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke Lapangan Terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Mereka sempat
sampai ke Lapangan Terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah
anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan
katarsis. Sesampainya di Lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah
Bazilah di Yishun Street iaitu kawan satu universiti dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah.
Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-
sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr
Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik
yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa
dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
110
BAB 5: DOA SELAMAT
Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya kepada Ghazi.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala. Waheeda terkejut dan amat gembira dengan kedatangan ibunya. Raidah dan
Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan
menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah,
Raidah mendoakan keselamatan Waheeda.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda berjalan dengan lancar. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti
yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca
satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke
Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Kebanyakan
masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam di situ. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Averroes yang juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi
pengalaman dan pandangan.
111
BAB 8: HADIAH ALAM
Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja.
Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebelum tidur pada
malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
BAB 9: WAJAH PESONA
Waheeda sedar kebelakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah Bazilah. Tindakan Dr
Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda
kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup
berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan
untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah
menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Dalam pertemuan ini,
Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan
ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
112
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Tujuan asalnya untuk
bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada
ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia
dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Seterusnya, persiapan
sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian yang sesuai
dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.
Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke
paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.
BAB 11: Rumah Orang Sebelah
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di
Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan datang
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
113
BAB 12: Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan
perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk
Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya
dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh
Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan
daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
114
BAB 13: Mati Hidup Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara
Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis
pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang
dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam
pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh
Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara
Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.
115
BAB 14: Bagaikan Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
datang ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira
116
BAB 15: Hidup Ranggi
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan
Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid
teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia
semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya
serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
117
BAB 16: Mimpi Lain-lain
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang
menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar
yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang
sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya
itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam
masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri
gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau
Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet
tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang
cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan
Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan
Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser
bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.
118
BAB 17: Konflik
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di
samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall
Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi. Bagi
Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda
berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur
apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil
mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak
menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak
ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan
anak dalam kandungan.
119
BAB 18: Dilanda Nostalgia
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia
pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan
membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum
mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu
Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu,
Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
120
BAB 19: Bagaikan Bongkah Batu
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu
sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan
di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian
DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid
dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi
antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau
Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid datang,
datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.Raidah berasa senang dan terus ke bilik
Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.
121
BAB 20: Ke Pusat Rawatan Islam
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.
Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
122
BAB 21: Sinar Hujung Terowong
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
BAB 22: Bagaikan Air Gunung
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
123
BAB 23: Sejuk-sejuk Tropika
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam
untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga
kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendengar terkedu.
124
BAB 24: Karma Hati
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti
dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya
dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.
124
vii) Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun,
Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita
tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
125
BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual
setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
126
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
127
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang.
128
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.
129
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
130
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-
usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.
131
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke
Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.
132
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
133
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
134
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
135
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.
136
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum
dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
137
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa
sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke
lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan,
Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.
138
viii) Silir Daksina Karya Nizar Parman
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba
ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada
Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
139
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah
dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru.
140
Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya
tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk
mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia
mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika
Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini ,
khuatir Ai Ling tidak selesa.
.ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.
141
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama
ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca
buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya
mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai
ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih
sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi
sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas
tersebut nama Aiman di bibirnya,
142
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran
aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling
mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam.
143
Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar
Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari
persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang
baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk
menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan
menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula
meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan
D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling
dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya
kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah
3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya
Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu
aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan
kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis.
144
Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku
amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai
Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa
termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama
sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah
puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam
keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
145
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.
146
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
147