PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
UNIT 1 : SEJARAH DAN POLITIK
Course Rationale
Objektif mata pelajaran ini adalah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta
kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi
cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan
Malaysia di peringkat antarabangsa.
Course Synopsis
Kursus ini menghuraikan tentang warganegara Malaysia yang berwawasan dan mampu
menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati
peranan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kursus ini memberi penghayatan tentang
sejarah dan politik, perlembagaan Malaysia, kemasyarakatan dan perpaduan,
pemikiran dan kepercayaan, pembangunan negara, isu-isu keperihatinan negara dan
MARA.
Learning Outcomes
Pada akhir kursus pelajar boleh:
1. Menerangkan sejarah dan proses politik dalam mencapai kemerdekaan serta
menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara.
2. Membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan
ekonomi.
3. Menjelaskan dasar-dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada
pembangunan negara dan membincangkan peranan serta sumbangan Malaysia di
peringkat antarabangsa.
4. Menerangkan peranan MARA dalam mengangkat martabat Bumiputera.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL L UNIT 1
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Original Writer
Noraslan bin Norasim
Panel of Editors
Alimin bin Alias
Hanim binti Yusof
Norlilawati binti Samak
Ruzaini binti Abdullah
Dr Nazri bin Muslim (Panel MQA)
Cover Design & Developed by
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat
Edition, Oktober 2016
This module is permitted for KKTM, MJII and IKM use only.
Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat
All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means
without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal ,
MARA.
This module is permitted for internal circulation (KKTM/MJII/IKM) only
Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Web Page: http://www.mara.gov.my
Penasihat Modul
Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LL UNIT 1
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
INDEKS
UNIT CONTENTS PAGES
i
Sinopsis ii
Credit page
Indeks iii - iv
1 – 54
1.0 SEJARAH DAN POLITIK NEGARA
54 – 84
1.1 Latar Belakang Awal Sejarah Tanah
Melayu 85 – 105
1.1.1 Sejarah awal Tanah Melayu
1.1.2 Kerajaan-kerajaan Melayu lama
1.1.3 Kesultanan Melayu Melaka
1.1.4 Peluasan kuasa asing di Tanah Melayu
i. Portugis
ii. Belanda
iii. British
iv. Jepun
1.2 Kemerdekaan
1.2.1 Malayan Union
1.2.2 Ciri-ciri Malayan Union
1.2.3 Kaedah Penentangan ke atas Malayan
Union
1.2.4 Kerjasama etnik ke arah kemerdekaan
1.2.5 Rundingan kemerdekaan
1.3 Pembentukan Malaysia
1.3.1 Peranan Tunku Abdul Rahman
1.3.2 Faktor-faktor pembentukan Malaysia
1.3.3 Reaksi wilayah-wilayah terlibat
1.3.4 Proses pembentukan Malaysia
1.3.5 Isu Brunei, Indonesia dan Singapura
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LLL UNIT 1
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.4 Sistem dan Struktur Pentadbiran 106 – 135
Negara 136 – 145
1.4.1 Doktrin pengasingan kuasa
1.4.2 Peranan YDPA dan Majlis Raja-raja
1.4.3 Badan eksekutif
i. Kabinet Malaysia
ii. Peranan Perdana Menteri
1.4.4 Badan perundangan
i. Dewan Negara
ii. Dewan Rakyat
1.4.5 Badan kehakiman
i. Hierarki dan fungsi mahkamah
1.5 Demokrasi Berparlmen di Malaysia
1.5.1 Pilihanraya di Malaysia
Self Assessment 146-148
Bibliography 149
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LY UNIT 1
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
UNIT 1.0 : SEJARAH DAN POLITIK
1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
1.1.1 Sejarah Awal Tanah Melayu
Sejarah awal negara ini telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-
penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan
zaman paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara
petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan
Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman
Mesolitk, zaman Logam hingga zaman Proto sejarah memperlihatkan pembangunan
tamadun yang pesat di tanah air sejak sebelum masihi hinggalah abad sepuluh yang
pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang
menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan
pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.
1.1.2 Kerajaan-Kerajaan Melayu Lama
1.1.2.1 Asal Usul Kerajaan Melayu
a) Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada
disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung
yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia. Raja Gangga Shah Johan
dipercayai sebagai salah seorang raja yang memerintah Gangga Negara. Para
penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan runtuh selepas
serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan antara tahun 1025
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
1
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa
yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan
oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan
keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai
sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Pihak muzium Beruas telah
ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi. Kerajaan Gangga Negara
meliputi Beruas dan Dinding/Manjung. Artifak-artifak arca Buddha abad ke-5 dan ke-6
Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini
yang berpusat di Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna
dari Kedah.
Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers
dari Kemboja. Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud
tidak lewat pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di
daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur
Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat
Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak
purba dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di
Pangkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu
Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan
tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng
ataupun mitos semata-mata. Hal ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah
mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas
khususnya.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
2
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
b) Beruas
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low
pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan
Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara
memang wujud tetapi tidak dapat ditentukan tapaknya secara tepat. Selama beberapa
tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nisan dengan tulisan
yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di
Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak yang dipercayai wujud semenjak kerajaan
kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang
dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari
kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, telah
dijangkakan bahawa Pangkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan
Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Penemuan artifak turut
memperlihatkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali.
Gangga Negara dinamakan Beruas selepas Islam bertapak di sana.
c) Langkasuka (kurun-2 hingga kurun-14)
Langkasuka juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka
(Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang
mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-
2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudah pun
wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya
bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu
antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani.
Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua
berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu
sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Lagenda orang Melayu
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
3
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, tetapi kemudian berpindah ke
Pattani.
Persoalan Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para
pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
d) Kerajaan Patani
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah
negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor.
Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India
bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di
Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul. Beliau menyatakan bahawa
Langkasuka itu terletak di Patani dan pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain
seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih jauh dari itu, seorang pengkaji sejarah, Sir John Braddle, menegaskan bahawa
kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora,
Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri
Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, yakni Hikayat Merong Mahawangsa, ada
menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di
negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain
terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof.
Paul Wheatly tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani
sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batuan purba
peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada
masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai
jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi
kawasan semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka
wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani. Ada
pendapat pengkaji sejarah yang mengatakan Jerang atau Djere merupakan ibukota
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
4
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Langkasuka. Asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari suku Jawa-
Melayu, Pada ketika itu, suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu.
Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan
(perkahwinan) sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai
sekarang. Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak
sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya
ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.
Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan
sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi. Hal ini kerana Teluk
Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal
dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh. Namun begitu, persoalan
Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji
sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
d) Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga
hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu,
Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Dipercayai bahawa
kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya. Semasa Dinasti
Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan Pan Pan pernah
menghantar ufti ke China. Antaranya pada tahun 616 dan 637 kerajaan Pan Pan
pernah menghantar ufti kepada Dinasti Tang
e) Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu
purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak
mempengaruhi Asia Tenggara. Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7;
apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya
selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683
masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
5
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor.
Antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit.
Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya adalah pusat perkembangan agama
Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud
"seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".
Selepas kejatuhan Srivijaya, kerajaan itu dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah
tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu sebesar Srivijaya yang pernah wujud di
kepulauan Asia Tenggara. Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun
1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis, Georges Coedès. Kebesaran raja Srivijaya
digambarkan melalui catatan Arab yang mensifatkannya sebagai ‘raja di gunung’ dan
‘maharaja di pulau’. Kedua-dua gelaran itu menggambarkan kebesaran raja yang
mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya
memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja
dengan rakyat.
Akibat dari kekacauan yang berlaku di pesisir pantai China ketika zaman
kejatuhan Dinasti Tang, bukan hanya aktiviti perdagangan orang Arab dan Parsi
dengan China terjejas teruk, malah Srivijaya juga menerima kesan besar daripadanya.
Walaupun Srivijaya masih menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka dan pesisir
utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot pada
penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10. Menjelang tahun 925 masihi, tiada lagi
komuniti pedagang asing di China. Kekacauan dan pelanunan semakin menjadi-jadi
selama beberapa dekad berikutnya di sepanjang pesisir selatan China. Pada
penghujung kurun ke-10, perdagangan dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara mula
pulih dengan peranan Dinasti Song Selatan di China, bagaimanapun hal itu
menimbulkan persaingan yang serius antara Srivijaya dengan Kerajaan Medang di
Jawa Timur dan Wangsa Chola di India selatan. Ketiga-tiga kerajaan bersaing merebut
laluan perdagangan dengan China yang baru pulih.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
6
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Berakhirnya Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan
istana Melayu. Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah
dilakukan oleh waris-waris diraja Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang
masih setia sebagai jajahan Srivijaya. Pada tahun 1293, Majapahit yang merupakan
pengganti kerajaan Singhasari menguasai sebahagian besar Sumatera. Putera
Adityawarman diberi tanggungjawab memerintah Sumatera pada tahun 1347 oleh
pemerintah ketiga Majapahit, Tribhuwana Wijayatunggadewi. Satu pemberontakan
yang berlaku pada tahun 1377 berjaya dipatahkan oleh Majapahit. Pada tahun 1324,
Sang Nila Utama yang mendakwa dari keturunan diraja Srivijaya di Banten, bersama
para pengikut dan tenteranya yang terdiri dari orang laut, telah menubuhkan Kerajaan
Singapura Lama di Temasik. Menurut Sejarah Melayu dan ahli sejarah China, Wang Ta
Yuan, orang Siam menyerang kerajaan Singapura di antara tahun 1330 hingga 1340,
namun berjaya dikalahkan. Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14
bagaimanapun berjaya menundukkan kerajaan ini, dan rajanya yang terakhir,
Parameswara terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.
Parameswara kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada
tahun 1402. Kesultanan Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya
sebagai kuasa politik Melayu yang utama di Kepulauan Melayu. Walaupun Kesultanan
Melaka jatuh pada tahun 1511, Melaka kekal menjadi suatu prototaip institusi: satu
paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya Melayu untuk negeri-negeri
pengganti seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak (1528–kini) dan
Kesultanan Pahang (1470–kini).
e) Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu. Kedah Tua juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai,
Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing dari negara China, Kedah Tua
juga disebut sebagai Cheh-Cha. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
7
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke
Lembah Bujang.
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu.
Pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di
Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk
singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua
telah menjadi tempat pertukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki
kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum
mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Pelabuhan ini juga menjadi pusat
perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti
bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya.
Walaupun Kedah Tua adalah sebuah kerajaan samudera tetapi kerajaan ini juga
menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan
Sultan al-Mutawakil (847-861). Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak
pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan
kaca dari Timur Tengah.
1.1.2.2 Kerajaan-kerajaan Melayu Selepas Kerajaan Melayu Lama
a) Kerajaan Melaka
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
8
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Parameswara mangkat pada tahun 1414 dan takhta diwarisi anaknya, Sultan Megat
Iskandar Shah 1414-1424.
Megat Iskandar kemudiannya digantikan oleh putera baginda, Sri Maharaja, yang
kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).
Kemangkatan Sultan Mahmud Syah dalam tahun 1444, telah digantikan oleh putera
bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan
pemerintah sebenarnya adalah sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak
setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu
Syahid". Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki
takhta pada tahun1445 dengan memakai gelaran “Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456).
Baginda menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh banginda ke seluruh Kepulauan Melayu
seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, pihak Siam telah membuat dua serangan
ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun
1445, tetapi berjaya ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak
jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam sekali lagi melancarkan serangan kedua pada
1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan juga berjaya dipatahkan oleh Tun
Perak. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk
menyerang empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan bendahara dengan
gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat sultan dan
merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di
Kepulauan Melayu.
Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara 1400 – 1414
(Raja Iskandar Shah)
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
9
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
b) Kerajaan Johor
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 Masihi sebagai suatu petempatan
perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah
tanggungan empayar Majapahit sehingga muncul pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka (1400-1511) yang menyaksikan Johor menjadi pula menjadi salah sebuah
jajahan pemerintahan Melaka. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis
dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan
kemudiannya ke Banten di Johor.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
10
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda
Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528. Wilayah jajahan kerajaan ini ialah Johor, Riau,
wilayah yang terBanteng dari sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar,
Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga,
Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera. Pada tahun 1946, negeri Johor
menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai
Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia pada tahun 1963.
c) Kerajaan Perak
Bukti awal wujudnya penempatan di Perak adalah berdasarkan penemuan-penemuan
arkeologi. Beberapa artifak purba telah pernah ditemui di kawasan-kawasan seperti
Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong, Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung
Churau di Ipoh. Selain itu, terdapat juga catatan di dalam naskhah Sejarah Melayu
tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding. Pernah juga
disebut sebuah negeri bernama ‘Gangga Negara’ yang dipercayai wujud pada abad ke-
5 atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung, Perak.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
11
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
d) Kerajaan Pahang
Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina menggelarnya sebagai
Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain.
Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua
mengatakan bahawa antara negeri yang diserang oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri
yang digelar Peng-Keng, iaitu Pahang. Rekod lain termasuklah buku yang ditulis oleh
Fei Shin (1436), dan buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).
Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang sebagai Pam,
Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan Pahagh. Ahli
sejarah G.R Tibbets pernah mengulas sebuah cerita yang ditulis oleh Al-Masudi, ahli
sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali sebagai "Herodotus Arab". Tibbets
percaya bahawa Fanjab yang disebut di dalam buku itu ialah Pahang. Bagaimanapun
beliau berpendapat bahawa nama Fanhan atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat
berbanding dengan Fanjab. Sesetengah orang mengatakan bahawa nama 'Pahang'
berasal daripada salah satu bahasa orang asli Thailand yang membawa pengertian
'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di kawasan ini dan membuka banyak kawasan
pelombongan, khususnya di Sungai Lembing. Menurut sebuah cerita Melayu lama pula,
sebatang pokok 'mahang' raksasa (keladi besar) yang tumbuh berhampiran Sungai
Pahang jatuh menyeberangi sungai itu dan berdasarkan kejadian itu maka lahirlah
nama negeri Pahang.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
12
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau 'Pahang Inderapura', dengan
Pekan menjadi bandar diraja yang terkenal pada suatu ketika. Bagi Kesultanan
Melayau Melaka, Pahang dikenali sebagai 'Pura'. Ahli arkeologi telah melakukan
banyak penyelidikan dan kerja ekskavasi di beberapa tempat di Pahang. Tapak
arkeologi yang popular di Pahang termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan
kawasan pelombongan yang lama, serta sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang
ditemui ialah alat batu, tembikar, dan alat gangsa, serta alat besi.
Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk:
Kota Tongkat, Kota Gelanggi (berhampiran Jerantut),
Tersang (Kuala Lipis), Nyong, Kampung Batu
Pasir Garam, dan Kampung Pagi (titik pertemuan Sungai Tembeling dengan
Sungai Pahang);
Gua Kecil (Raub);
Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak),
Gunung Tongkat, Gunung Kecil, Gunung Bama,
Gunung Kota Gelanggi, dan Bukit Jong;
Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala lembing,
pisau, sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu ditemui di sebilangan
tempat, termasuk tebing Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing
Sungai Lipis). Ahli arkeologi mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh orang pada
zaman batu terakhir, iaitu Zaman Neolitik.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
13
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
e) Kerajaan Negeri Sembilan
Nama Negeri Sembilan itu terhasil apabila terbentuknya sebuah negeri yang
berasaskan gabungan sembilan buah negeri atau kawasan. Negeri-negeri tersebut
asalnya adalah Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelebu, Johol, Klang, Jelai, Ulu
Pahang dan Segamat. Namun begitu, kawasan seperti Klang kemudian telah
diserahkan kepada Selangor, Jelai dan Ulu Pahang diberikan kepada Pahang
sementara Segamat diberikan kepada Johor. Kemudiannya, sembilan kawasan lain
terkumpul di dalam Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu
Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol. Kawasan-kawasan tersebut telah
digabungkan menjadi Negeri Sembilan (Hari ini, hanya terdapat tujuh daerah sahaja
dalam Negeri Sembilan, iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Seremban, Port Dickson,
Rembau dan Tampin.)
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
14
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
f) Kerajaan Selangor
Asal-usul Selangor juga boleh dilihat berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi yang
membuktikan negeri ini telah didiami manusia sekurang-kurangnya 2000 tahun dahulu.
Antara alatan yang pernah dijumpai adalah gendang dan loceng gangsa di Klang dan
Sungai Lang, Kuala Langat. Tulang mawas turut ditemukan di Klang. Tapak-tapak pra-
sejarah lain adalah seperti di Jenderam Hilir, Gombak, Batu Caves, Ampang, Bukit
Kuda, Bukit Jati dan Bukit Badak.
Selangor berada di bawah taklukan Melaka pada abad ke-15. Catatan dalam
naskhah Sejarah Melayu membuktikan dakwaan ini dengan menyebut nama-nama
tempat seperti (Kuala) Selangor, Klang, Jeram, Jugra dan Morib. Apabila Melaka
ditewaskan Portugis dan kesultanannya berpindah ke Johor, Selangor turut menjadi
wilayah taklukan Johor. Sehingga abad ke-18, Selangor kekal di bawah kuasa dan
pengaruh Kerajaan Johor.
Pada bulan Mei 1745, Daeng Chelak, iaitu salah seorang daripada opu (gelaran
bangsawan Bugis) Bugis lima bersaudara yang bertapak dan berpengaruh dalam
pentadbiran Johor pada abad ke-18 telah mangkat. Beliau meninggalkan dua orang
putera yang kemudian menjadi tokoh yang masyhur dalam politik Negeri-Negeri
Melayu, iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
15
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Semasa Selangor di bawah taklukan Johor, pentadbiran Selangor diuruskan oleh
seorang pemangku raja iaitu Daeng Lakani (Suliwatang), Raja Said (anak Daeng
Marewah) dan satu badan yang terdiri daripada orang tua-tua. Pengasasan Kesultanan
Selangor berlaku apabila pada tahun 1766, Raja Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan
Selangor yang pertama bergelar Sultan Salahuddin Riayat Syah. Tindakan Raja Lumu
ini dikatakan kerana beliau ingin mendapatkan kedudukan yang baik memandangkan
abangnya Raja Haji telah menjadi Yamtuan Muda Johor. Oleh itu, untuk mengelakkan
Selangor daripada terus-menerus dikawal oleh Johor dan menjadi pemerintah yang
berdaulat, beliau telah merancang untuk menjadi Sultan Selangor. Dengan perlantikan
Raja Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin Shah, maka bermulalah keluarga
kesultanan baru di Selangor yang kekal hingga hari ini.
g) Kerajaan Terengganu
Sejak abad ke-13, peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan telah terbukti
melalui catatan pengembara-pengembara asing. Pengembara Cina yang menulis pada
tahun 1525M menyebut nama pelabuhan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu
sebagai ÂTong-Ya-NongÊ. Dalam peta lakaran Ptolemy pada abad ke-12 pula
menyebut pelabuhan di Kuala Terengganu iaitu ÂPerimoulaÊ dan ÂKoleÊ di Kemaman.
Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang yang bertarikh 702H (1303M)
membuktikan pula penerimaan Islam di Terengganu telah bermula selewat-lewatnya
pada abad ke-14. Apa yang jelas ialah Tun Zainal Abidin Ibn Tun Habib Abdul Majid
adalah pengasas Kesultanan Terengganu iaitu pada abad ke-18. Baginda adalah
keturunan keluarga bendahara dari Johor.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
16
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Perlantikan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu ini telah membawa kepada
kemunculan keluarga pemerintah berdaulat di Terengganu pada abad ke-18
h) Kerajaan Kedah
Dari segi penemuan arkeologi, negeri Kedah merupakan negeri yang tertua didiami di
Tanah Melayu. Antara tapak-tapak penempatan awal itu adalah di kawasan sekeliling
Gunung Jerai seperti dataran Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda. Kedah juga
wujud dalam catatan-catatan asing dengan beberapa nama. Penulis Arab dan Parsi
menyebutnya sebagai ‘Kilah’ atau ‘Kalah’ atau ‘Qalha’. Sementara catatan Sanskrit
menyebutnya sebagai ‘Kataha’ atau ‘Kadara’ dan catatan Tamil yang menyebut Kedah
sebagai ‘Kadaram’ atau ‘Kalagam’.
Sebuah sumber Melayu tempatan yang boleh dimanfaatkan dalam melihat
sejarah Kedah adalah :
i. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyatakan pemerintah-pemerintah awal
Kedah adalah dari Gumrun Parsi yang memakai gelaran Maharaja bermula
dengan Maharaja Durbar Raja; dan
ii. Hikayat Merong Mahawangsa mendakwa pemerintahan Kedah diasaskan
oleh raja yang datang dari Rom bernama Raja Merong Mahawangsa.
Menurut hikayat ini lagi, raja yang ketujuh daripada dinasti ini yang bernama
Raja Phra Ong Mahawangsa sebagai raja Kedah pertama memeluk Islam
dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
17
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sejarah negeri Kedah telah melalui beberapa episod pemerintahan misalnya
pernah ditewaskan oleh Aceh, diduduki kuasa Siam juga dipindahkan ke tangan British
melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Namun begitu, peristiwa-peristiwa
tersebut tidak memutuskan warisan kesultanan tersebut sehinggalah hari ini.
i) Kerajaan Kelantan
Bukti awal kewujudan penempatan dan pelabuhan di Kelantan, boleh dikenal pasti
melalui catatan-catatan pengembara asing. Antaranya ialah:
a. Catatan sejarah daripada Dinasti Tang (618-907M) ada menyebut tempatan
yang bernama ‘Ko-lo’ atau ‘Ko-lo Fu-sha-lo’ yang berkemungkinan besar merujuk
kepada Kelantan.
b. Tulisan Cina yang lain pula ada menyebut Kelantan itu dengan ‘Ho-lan-tan’ atau
‘Kou-lo-tan’.
Sejarah awal pemerintahan di Kelantan menunjukkan negeri ini pernah ditadbir
oleh dinasti Jembal sebelum beralih kepada dinasti kesultanan yang bertakhta hingga
ke hari ini. Selain itu, kewujudan negeri Kelantan boleh didapati melalui teks klasik
Melayu seperti:
i. Hikayat Seri Kelantan
ii. Riwayat Kelantan
Kedua-dua teks ini menyatakan bahawa negeri Kelantan pernah diperintah oleh raja
perempuan iaitu Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang. Biarpun begitu, dinasti
Jembal yang bertakhta di Kelantan berakhir pada tahun 1721 dengan kemangkatan
Sultan Omar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
18
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Hal ini demikian kerana, walaupun Sultan Omar mempunyai putera, namun selepas
kemangkatan baginda, takhta diberikan kepada menantunya, Long Bahar yang juga
merupakan warisan keluarga diraja Patani. Keturunan dinasti Jembal hilang terus
penguasaan terhadap Kelantan apabila Long Bahar mangkat kerana puteranya dengan
puteri Kelantan (Raja Pah) tidak dilantik sebagai pengganti baginda sebaliknya
puteranya bernama Long Sulaiman iaitu anak hasil perkahwinan dengan Puteri Patani
ditabalkan sebagai pemerintah Kelantan.
1.1.3 Kesultanan Melayu Melaka (1402 – 1511)
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesultanan Melayu tertua dalam sejarah
Malaysia dan merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang,
Sumatera Tenggara. Kesultanan Melayu Melaka muncul antara abad ke-7 hingga abad
ke-13 Masihi diasaskan oleh Parameswara antara tahun 1400 hingga tahun 1403.
Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang
terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya
pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477).
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
19
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan
gemilang pada waktu ini ialah :
i. Faktor Geografi
ii. Faktor Ekonomi
iii. Faktor Politik dan Pentadbiran
1.1.3.1 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15
Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai:
i) Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan,
kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan
Kepulauan Riau Lingga.
ii) Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua saudagar
Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur
dan Kepulauan Melayu.
iii) Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-
pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh
sultan serta rakyatnya.
iv) Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan sebagai pusat
pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.
1.1.3.1 Pemerintahan Kerajaan Melaka
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau
‘Yang di-Pertuan’. Apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk Islam, pemerintahnya
digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’. Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar
Syah (Parameswara) merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk Islam.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
20
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja
tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat. Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan
beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakan pada waktu itu, iaitu
konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan ‘nobat’. Konsep-konsep ini juga berkait
rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat kebesaran dan bahasa istana. Antara
bahasa istana yang digunakan seperti ‘titah’, ‘patik’, ‘murka’, ‘kurnia’ dan ‘anugerah’.
Istilah-istilah lain pula seperti ‘bersiram’, ‘gering’, ‘berangkat’ dan ‘mangkat’.
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang
tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai perkenan melantik para
pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan,
menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan,
merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat
istana. Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi
masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’.
Kesultanan Melayu Melaka telah melaksanakan undang-undang berasaskan
Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang ini
diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua
undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan
Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-
undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian
bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal. Undang-
undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-
undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang
ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada
di darat atau di laut.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
21
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang
dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana. Daripada sistem empat orang menteri utama ini, wujud
pula golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai
pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika,
tentera, mantra, Seri Bija Diraja, Bentara Chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain
mewakili pembesar lapan, pembesar enam belas dan pembesar 32. Corak pentadbiran
sebegini membentuk sistem kebangsawanan di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini
melahirkan dua golongan masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah
berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat
kategori utama, iaitu:
(a) Kota Melaka
(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c) Wilayah-wilayah taklukan
(d) Jajahan-jajahan takluk
Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah
pegangan merujuk kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar
tertentu untuk mentadbirnya, sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah
tersebut. Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawankan kepada
penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang
dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain. Sementara itu, jajahan-jajahan
takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti
Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan juga
meliputi Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Banten, Lingga dan kawasan-kawasan
lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonomi untuk
mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan
Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang
ditentukan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
22
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.1.3.2 Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar
yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan
undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu, sebahagian Timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka
pernah menjadi pusat perdangangan dunia. Hal ini kerana kedudukannya yang
strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari timur dan Barat
misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakan penyebaran agama
Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru,
Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai
agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. Melaka juga berkembang menjadi
pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana.
Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan
dan kesusasteraan.
1.1.3.3 Kegemilangan Melaka
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke
negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-
sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada
peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada
perkahwinan campur antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum
Peranakan ini juga dikenali sebagai Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya
dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura dan sebahagian besar
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
23
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang
Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut gagal.
1.1.3.4 Kejatuhan Melaka
Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456 –
1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad
ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang
menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah :
i) Ketiadaan pemimpin yang cekap dan adil
Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan
ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan
Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap
lembut dan tidak suka akan kekerasan. Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah
berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba
membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing.
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Sayangnya bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka ketika itu telah tua,
begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Sultan Mahmud bukan seorang pemerintah
yang cekap. Di bawah pentadbirannya, Melaka sering dilanda rancangan jahat dan
amalam pilih kasih oleh baginda sendiri. Sultan Mahmud menjadi mangsa keadaan.
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada ketika usia Sultan Mahmud
masih muda. Baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Justeru baginda tidak
dapat berperanan sebagai pemerintah yang cekap dan adil.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
24
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang
menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya,
adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang
yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada
keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan.
Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan,
ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah
melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan
ii) Pemerintah yang zalim
Walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka,
pegangan dan amalannya dalam kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak
dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan
penindasan. Fenomena ini menyebabkan kegiatan rasuah yang berleluasa dalam
kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.
iii) Rakyat berpecah-belah
Nipisnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat mengundang kepada
kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak
tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak
bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan
kaum Melayu.
iv) Pedagang mengalihkan tumpuan perdagangan ke tempat lain
Sikap tidak adil pembesar yang mengenakan cukai tinggi kepada pedagang-pedagang
menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh,
Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
v) Kekuatan tentera dan pertahanan yang lemah
Kerajaan Melaka masih belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga
senjata.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
25
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan senjata
tradisional seperti keris, pedang dan tombank bagi menghadapi peperangan. Pihak
Portugis pula menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu senapang, peluru dan
meriam.
vi) Faktor luaran
Penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew
Diaz pada tahun 1488 menyaksikan bermulanya aktiviti penjelajahan kuasa Eropah ke
Timur. Penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat
mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis
telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Pada masa itu, Melaka tidak
mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan
Portugis yang lebih canggih dan moden. Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada
tahun 1511, iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de
Alburqueque.
1.1.3.5 Kesinambungan Pengaruh Kesultanan Melayu Melaka
a) Negeri Johor
Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan
Mahmud Syah serta pengikut-pengikut mereka telah berundur dari Melaka ke selatan.
Sultan Mahmud Syah bersemayam di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad pula
membuat kubu di Pagoh. Mereka bersiap sedia bagi melancarkan serangan untuk
merampas semula Melaka dari tangan Portugis. Rancangan Sultan Ahmad
bagaimanapun berjaya dikesan oleh Portugis, menyebabkan Sultan Ahmad dan Sultan
Mahmud kemudian berundur hingga ke Pahang. Setelah beberapa tahun di sana,
kedua-dua keluarga diraja ini pergi pula ke Bentan. Di Bentan, mereka bersemayam di
Kopak. Sultan Ahmad mangkat di Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu. Justeru itu,
baginda digelar Marhum Bukit Batu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
26
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dengan kemangkatan Sultan Ahmad, ini bermakna Sultan Mahmud mengambil
alih semula teraju Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini telah dilepaskan.
Sehubungan dengan kemangkatan Sultan Ahmad juga, Sultan Mahmud melantik
puteranya hasil perkahwinan baginda dengan puteri dari Kelantan, iaitu Puteri Onang
Kening. Putera tersebut yang bernama Raja Muzaffar telah dilantik sebagai pengganti
baginda dan bergelar Raja Muda.
Namun begitu, apabila isteri Sultan Mahmud yang lain (Raja Fatimah) selamat
melahirkan seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.
Atas permintaan Raja Fatimah, Sultan Mahmud telah menabalkan Raja Ali sebagai
Sultan Muda. Sultan Mahmud bersemayam di Bentan hampir 13 tahun, iaitu dari tahun
1513 hingga 1526. Dalam tempoh ini juga, Portugis telah beberapa kali menyerang
Bentan, iaitu pada tahun 1521,1523 dan 1524.
Walaupun Sultan Mahmud bersemayam lama di Bentan, ini tidak bermakna
baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang tetap dan kukuh. Baginda kemudian
berundur ke Kampar, Sumatera apabila diserang Portugis pada Oktober 1526. Di
Kampar, baginda bersemayam di istana Kampar, milik saudara baginda, almarhum
Sultan Munawar Syah, sekali gus menerajui pemerintahan Kampar. Sultan Mahmud
mangkat di Kampar pada tahun 1528 yang bergelar Marhum Kampar. Raja Ali
ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dan bergelar Sultan Alauddin Riayat
Syah. Sementara Raja Muzaffar yang disingkirkan tadi membawa diri ke Perak dan
ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah
(memerintah hingga 1549).
Sultan Alauddin kemudian berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri Pahang,
iaitu Puteri Kesuma Dewi dan berpindah pula ke Johor lalu membuka penempatan yang
tetap pada tahun 1528 di Hujung Tanah. Justeru itulah, beliau disebut sebagai Sultan
Johor yang pertama. Pada tahun 1718, kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja
Kecil dari Siak. Baginda menabalkan diri sebagai Sultan Johor yang baru bergelar
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
27
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Pulau Bentan. Sultan
Abdul Jalil Rahmat Shah berjaya dikalahkan pula oleh putera Sultan Abdul Jalil IV, iaitu
Raja Sulaiman. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor yang seterusnya
bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722. Baginda terus
bersemayam di Pulau Bentan. (Mardiana Nordin, 2000).
Kerajaan Johor banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran dari Kerajaan
Melaka. Bagi pentadbiran di peringkat pusat, kedudukan tertinggi dalam kerajaan ialah
Sultan, dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung,
Penghulu Bendahari, Laksamana dan Syahbandar.
Selain daripada pembesar-pembesar tadi, wujud juga jawatan lain seperti Seri
Bija Diraja, Seri Perdana Menteri, Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di samping
pembesar agama seperti Kadi dan Imam. Selain daripada kumpulan pembesar, Sultan
juga dibantu oleh kerabat diraja terdekat seperti bakal sultan atau juga Raja
Muda/Sultan Muda. Dari segi bentuk pemerintahan, hierarkinya dapat diklasifikasikan
seperti berikut:
i. Sultan
ii. Kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan
Johor; dan
iii. Unit Orang Kaya. Dalam kelompok ini wujudnya gelaran-gelaran seperti Dato’
Bendahara, Paduka Raja, Tuan Pikrama, Laksamana, Temenggung, Seri Bija
Diraja, Seri Nara Menteri, Seri Nara Diraja, Seri Bija Wangsa, Paduka Seri
Maharaja, Seri Pikrama Raja, Seri Mahawangsa dan Maharaja Indera Denda.
Johor telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting sekitar
pertengahan abad ke-17 dan secara tidak langsung sebagai sebuah pusat
perdagangan yang utama di Nusantara.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
28
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kemampuan tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa memang
dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti berikut:
i) Tapak-tapak ibu kota Johor di sepanjang Sungai Johor merupakan
kawasan yang strategik bagi persinggahan pedagang-pedagang dari
Timur dan Barat. Sungainya yang lebar dan dalam membolehkan kapal-
kapal besar mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman terutamanya
ketika air pasang.
ii) Kemampuan menyediakan gudang dan pasaran yang baik untuk
melancarkan aktiviti perdagangan. Catatan penulis Barat bertarikh 1703M
menyebut, Pelabuhan Johor yang berpusat di Panchor waktu itu
menyediakan kemudahan membaiki kapal-kapal dagang. Pada tahun
1706M, dilaporkan Johor telah membuka tiga buah kilang membaiki kapal.
Antara kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan ini adalah seperti
gudang-gudang, pegawai-pegawai terlatih dalam urusan perjalanan
perdagangan, cukai kastam yang berpatutan dan sistem sukat yang tetap.
iii) Johor juga banyak bergantung kepada barang-barang dagangan yang
diperolehi dari luar. Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain
dengan corak terbaru dengan harga yang murah. Di samping itu, di sini
juga diperdagangkan emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur
barus, bijih timah, rotan, lilin, tembaga, sutera, tembikar, candu dan
pelbagai barang lain yang datang dari merata dunia.
iv) Orang Laut turut berperanan dalam mempengaruhi kepesatan
perdagangan di Johor. Orang Laut inilah yang paling banyak
menggalakkan para pedagang berkunjung ke Johor dalam usaha untuk
menghalang pesaing-pesaing ekonomi mereka yang lain.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
29
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
v) Pelabuhan Johor mendapat faedah yang besar melalui persahabatan
mereka dengan Belanda (terutama apabila membantu Belanda mengusir
Portugis dari Melaka). Sebagaimana Melaka yang mendapat naungan dari
China, Johor pula mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.
Dalam urusan perdagangan Kerajaan Johor, sebagaimana juga negeri-negeri
Melayu yang lain, wujud jawatan Syahbandar. Syahbandar ini adalah antara empat
orang menteri utama di Johor yang mempunyai tugas-tugas seperti;
i. mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk dari dan ke Johor;
ii. menjadi hakim bagi sebarang perselisihan antara pedagang dan merujuk
kepada mahkamah jika berat kesnya;
iii. memeriksa dan menentukan segala cukai;
iv. memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz kapal-kapal tersebut;
dan
v. menjaga keselamatan pelabuhan.
Selain itu, perdagangan di Johor dijalankan di bawah satu sistem naungan.
(Sistem ini lebih menonjol pada zaman penguasaan Laksamana Tun Abdul Jamil di
Johor). Mengikut sistem ini, seseorang pedagang, sama ada dari luar atau dalam Johor
sendiri mendapat naungan daripada seorang individu yang berkuasa di dalam kerajaan
seperti Bendahara, Raja Indra Bongsu, Temenggung dan Laksamana.
Secara keseluruhan, kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur,
pada abad ke-17, di samping menjadi pusat penyebaran Islam apabila peranan yang
dipegang oleh Aceh sebelum ini semakin merosot. (Mardiana Nordin, 2000
b) Negeri Perak
Pengasasan Kesultanan Perak juga berkaitan dengan Kesultanan Melaka. Apabila
Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud dan anakanda baginda,
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
30
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam
usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri daripada
serangan balas oleh Portugis sendiri. Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak,
Sultan Ahmad telah mangkat. Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud
melantik puteranya dengan puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening iaitu Raja
Muzaffar sebagai Raja Muda.
Biarpun begitu, apabila isteri baginda yang lain, iaitu Raja Fatimah melahirkan
putera, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera
barunya, Raja Ali sebagai Sultan Muda. Justeru itulah apabila Sultan Mahmud mangkat
pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar
Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil hati dengan peristiwa ini
kemudian telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang
pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah. Ini bermakna mulai kurun ke-16, keluarga
pemerintah Perak adalah daripada keturunan Sultan Mahmud Syah, Melaka. Keluarga
diraja ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah abad ke-17 apabila keluarga baru
muncul dari Pahang untuk memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini
berlaku kerana melibatkan campur tangan pemerintah Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda
Thani. Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh, Perak menjadi salah sebuah
negeri yang tunduk di bawah kekuasaannya. Oleh itu baginda telah melantik saudara
sepupunya dari keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai
Sultan Perak yang baru dan digelar Sultan Muzaffar Syah II.
c) Negeri Pahang
Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga berkait rapat dengan
Kesultanan Melayu Melaka. Naskhah Sejarah Melayu menyebut, pada zaman
pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera baginda iaitu Raja Muhammad
telah membunuh anak Bendahara Tun Besar kerana bermain sepak raga. Bola anak
Bendahara Tun Besar telah terkena destar baginda.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
31
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Oleh itu, untuk membalas perbuatan Raja Muhammad yang zalim itu, Sultan Mansur
telah menitahkan baginda dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Oleh itu, Raja
Muhammad menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.
Baginda kemudian mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan
memperolehi tiga orang putera iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud.
Justeru itu, sehingga awal kurun ke-17, keturunan baginda (Raja Muhammad) menjadi
pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun
1614 apabila Raja Muda Abdullah, iaitu putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat
pada tahun tersebut. Implikasinya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan
Melaka Johor iaitu Raja Bujang. Walaupun muncul keluarga baru yang memerintah
Pahang, tetapi kedua keluarga ini sebenarnya dari jurai keturunan yang sama iaitu
Kesultanan Melayu Melaka.
1.1.4 Perluasan Kuasa asing di Tanah Melayu
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
32
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain. Hal ini
kebiasaanya terjadi melalui dua cara iaitu menguasai dengan kaedah campur
tangan atau menggunakan kaedah ketenteraan. Negara yang ditakluki menerusi
kaedah kekerasan dipanggil kolonial manakala negara yang ditakluki secara aman
dipangil negeri wilayah. Penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah selalunya
berlandaskan konsep imperialisme. Perkataan imperialisme berasal daripada perkataan
latin iaitu imperium yang merujuk sistem pemerintahan secara perhubungan ekonomi
dan politik dengan negara-negara yang kaya dan berkuasa. Negara-negara ini
mengawal dan menguasai wilayah-wilayah yang lazimnya mundur dan lemah.
Penjajah juga menjalankan dasar imperialisme dengan tujuan untuk
mengeksploitasi sumber yang ada di negara berkenaan.
Menurut Wan Abdul Rahman Latif dalam bukunya ‘Sejarah Perkembangan
Tamadun Dunia’, imperialisme ialah suatu fahaman atau kecenderungan dan kegiatan
sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat
atau negara lain. Peluasan kuasa itu disebabkan oleh faktor-faktor seperti ekonomi,
politik, kebanggaan bangsa, tamadun, agama, kekuatan tentera dan persaingan kuasa
dengan negara-negara lain.
Penjajahan merupakan sebuah kisah pensejarahan penting khususnya
buat Tanah Melayu yang menimbulkan pengaruh sehingga terbentuknya negara
Malaysia. Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu dijajah kuasa asing, bermula
dengan kedatangan mereka pada peringkat awal sebagai pedagang yang datang
berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. Bagaimanapun kesilapan, kelemahan dan
masalah dalaman kerajaan telah diambil peluang oleh penjajah. Tambahan pula kuasa-
kuasa asing memang mempunyai matlamat untuk menawan kawasan-kawasan yang
kaya dengan sumber bahan-bahan mentah (ekonomi), selain untuk mengembangkan
agama Kristian.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
33
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dari segi sejarah , negara telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun. Bermula
dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan
kemudiannya diikuti penjajahan Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali semula dijajah
oleh Inggeris. Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utama di Tanah Melayu.
Impaknya penjajahan pasti meninggalkan kesan yang pelbagai, khususnya yang
berkaitan sistem pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan. Penjajahan Inggeris dan Jepun
pula turut meninggalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini.
1.1.4.1 Penjajahan Portugis
Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke
Melaka dengan tujuan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di
Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan atau menambahkan
kelazatannya. Pedagang-pedagang Eropah sanggup belayar Timur kerana mahu
mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu. Ketika itu perdagangan rempah ini
dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli
perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar Islam sejak sekian lamanya.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
34
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka
kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan
tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran
Kristian.
Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke
seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur. Pada
tahun 1498, Vasco da Gama telah sampai ke India dan mereka berjaya menakluki Goa
dan menjadikannya sebagai pusat operasi di Timur. Ini diikuti dengan kedatangan
rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka pada tahun 1509. Melaka masih menjadi
pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis
diketuai Lopez de Sequira tiba di situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk
mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka. Pada mulanya rombongan Portugis itu
disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Namun keadaan
kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan bendahara
Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam.
Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis.
Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan
termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo. Dalam
penangkapan itu, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang
dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.
Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk
menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam
istana telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya. Apabila berita penahanan
rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (wakil/gabenor untuk
Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang
untuk menyerang Melaka. Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah
pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah
bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
35
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini
Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata
Portugis yang lebih canggih dan moden. Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki
elaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 hinggae 1641. Wizurai (Viceroy) yang
bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso
d’Albuquerque. Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan.
Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas
selama 3 ke 4 tahun. Beliau dipilih daripada kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan
bangsawan Portugal.
Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik, sekali gus sebagai timbalan kepada
Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan
Feitor. Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada
3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta
Pentadbiran orang tempatan.
Kesan Penjajahan Portugis
Implikasi penaklukan Portugis ke atas Melaka dapat dilihat melalui tiga aspek utama
iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik ialah keruntuhan
institusi Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan melayu Melaka merupakan organisasi
pemerintahan bangsa Melayu yang pertama. Setelah menerima serangan yang
berterusan daripada tentera Portugis, Sultan Mahmud Syah terpaksa melarikan diri ke
Pulau Banten. Beberapa usaha untuk mengambil semula takhta kerajaan Melayu
Melaka telah dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya
namun semua usaha tersebut menemui kegagalan sehinggalah baginda sultan
mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528.
Seterusnya ialah penubuhan kota A Famosa. Penubuhan kota A
Famosa yang membawa maksud ‘Yang Mahsyur’ ini adalah sebagai langkah oleh
pihak Portugis untuk mengukuhkan kedudukannya di Melaka.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
36
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kota tersebut dibina oleh Alfonso de Albuquerque sebagai kubu pertahanan
mereka. Batu bata yang digunakan untuk membina kubu ini diambil di kawasan bukit
berhampiran dan juga menggunakan batu runtuhan masjid serta batu nisan raja-raja
Melayu Melaka. Kota ini siap dibina pada Januari 1512 dan memuatkan rumah
pembesar Portugis, peluru-peluru dan bekalan makanan. Di samping itu, pihak Portugis
juga telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Pegu, Jawa, Hindu, Cina, Siam
dan Sumatera. Perkara ini bertujuan untuk memulihkan hubungan perdagangan yang
terjejas akibat perang antara Portugis - Melaka. Setelah itu bermulalah dasar
monopoli orang Portugis terhadap pentadbiran Melaka.
Dari segi ekonomi pula, Portugis telah menjalankan dasar monopoli
terhadap aktiviti perdagangan terutamanya di kawasan perairan Selat Melaka. Kapal-
kapal yang melalui Selat Melaka dikehendaki singgah ke Melaka. Mereka turut
mengawal perdagangan eksport kain kapas dan belacu dari pelabuhan Gujerat dan
Koromandel. Cukai juga dikenakan kepada barang-barang yang datang dari China dan
barangan yang datang dari Benggala. Bukan itu sahaja, orang Portugis juga telah
berusaha untuk menguasai perdagangan rempah. Usaha mereka telah
menunjukkan hasil apabila mereka berjaya menempatkan diri di Macau dan
menjadi pembawa barang dagangan antara China dengan Jepun.
Jika dilihat dari aspek sosial, peluasan kuasa oleh Portugis juga berfokus
kepada penyebaran agama Kristian. Pada tahun 1545, Francis Xavier telah datang ke
Melaka untuk menyebarkan agama Kristian katolik. Beliau merupakan seorang
mubaligh yang terkemuka di Eropah. Sebuah gereja juga telah dibina iaitu gereja ‘Our
Lady of the Visitation’ . Walau bagaimanpun, usaha tersebut tidak mendatangkan hasil
seperti yang diharapkan oleh mereka. Hal ini kerana, masyarakat Melayu pada ketika
itu tidak berminat dan masih berpegang teguh kepada ajaran Islam yang terlebih dahulu
disebarkan oleh pedagang-pedagang Arab. Sikap taat rakyat tempatan terhadap
pemerintah iaitu golongan sultan menyebabkan mereka sukar untuk menerima
ajaran yang dibawa oleh para mubaligh Kristian
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
37
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kemasukan pengaruh Kristian di Melaka telah mewujudkan satu bangsa yang
dipanggil kaum Serani. Kaum ini wujud hasil perkahwinan orang Portugis dengan
wanita tempatan. Masyarakat Serani secara majoritinya beragama Kristian. Bangsa ini
masih wujud sehingga hari ini dan menjadi sebahagian daripada masyarakat majmuk di
Malaysia.
1.1.4.2 Penjajahan Belanda
Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke-17
bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang
Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang
merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka
daripada penguasan Portugis berlaku pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah
gagal. Namun akhirnya orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam
bulan Melaka dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor
terdiri daripada 40 buah perahu perang bermuatan 1500 orang askar Melayu pimpinan
Laksaman Tun Abdul Jamil.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
38
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Pada 14 Januari 1641 Belanda berjaya menawan dan menguasai Melaka
setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka (1511-1641). Belanda meluaskan
perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang
biasanya menguntungkan Belanda sahaja. Hal ini menimbulkan penentangan daripada
orang Melayu khususnya dalam kalangan pembesar-pembesar terutamanya di Naning,
Perak, Johor, dan Selangor.
Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini
kerana berminat untuk bahan-bahan rempah seperti buah pala dan cengkih. Minat ini
telah mendorong pedagang-pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat
Bersatu Hindia Timur pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C. Tujuan utama penubuhan
VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih
timah. Mereka juga bertekad untuk menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam
perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai
Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada
pedagang-pedagang dunia selain Melaka. Untuk memastikan penguasaan Portugis di
Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan
ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan
Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun
1641.
Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil,
pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam
perdagangan di Tanah Melayu dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun
1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan
mengadakan satu perjanjian. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan mula
menyedari sikap mereka itu. Persaingan perdagangan antara Johor dengan Belanda
semakin sengit biarpun mereka menjalinkan hubungan selepas kejatuhan Portugis di
Melaka. Namun hubungan tersebut akhirnya seolah-olah ‘retak menanti belah.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
39
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan
ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda tatkala menjajah Melaka telah berusaha menguasai perdagangan di
Selat Melaka khususnya bijih timah. Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli
membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak
(Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi
hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam
Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini
menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan
membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650.
Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama
Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang
kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar
Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran
yang rendah dan tidak menarik .
Kesan Penjajahan Belanda
Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang
ditinggalkan oleh penjajahan belanda di Tanah Melayu adalah beberapa tinggalan
binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan
Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort), Pulau Pangkor.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
40
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.1.4.3 Penjajahan British
Pada akhir abad ke-19, British telah berusaha untuk campur tangan secara langsung di
negeri-negeri Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untuk campur tangan
dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Antaranya ialah melalui pertelingkahan takhta
dalam kerajaan Melayu serta sikap talam dua muka mereka yang kononya menjaga
keselamatan akibat pergaduhan yang dicetuskan oleh kongsi gelap Cina. Setelah
berjaya menguasai kerajaan-kerajaan negeri Melayu, British telah memperkenalkan
pelbagai dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pengenalan
Sistem Residen merupakan langkah British untuk menstabilkan kedudukan mereka di
Tanah Melayu.
Keadaan huru-hara di Tanah Melayu sering berlaku disebabkan perang saudara
dalam kalangan pemerintah di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor
dan Negeri Sembilan. Perkembangan tersebut menyebabkan para pemodal Eropah
mendesak kerajaan British supaya campur tangan untuk memulihkan keamanan
supaya kegiatan perdagangan tidak terjejas.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
41
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Contohnya, Perak mengalami masalah perebutan kuasa apabila Raja Ali telah
dilantik menjadi sultan setelah kemangkatan Sultan Jaffar pada tahun 1865. Perebutan
kuasa semakin rumit selepas kemangkatan Raja Ali apabila tiga orang putera menuntut
takhta, iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof. Malahan masalah di negeri-
negeri Melayu yang lain telah menyebabkan kerajaan British di London mengarahkan
Andrew Clarke supaya terlibat secara langsung untuk menyelesaikan pertikaian raja-
raja Melayu.
Selain itu, masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dengan Gee Hin turut
menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-
dua puak sering terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan
perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk. Malahan pergaduhan kongsi
gelap menyebabkan kemusnahan peralatan perlombongan. Peperangan penting yang
berlaku antara kedua-dua puak kongsi gelap ialah pada tahun 1861, 1865 dan 1872.
Perang yang meletus pada tahun 1861 disebabkan tindakan Hai San menyekat aliran
anak Sungai Perak yang digunakan oleh Gee Hin untuk mengangkut bijih timah.
Peperangan tersebut mengganggu kedudukan perdagangan British. British melalui
Kapten Speedy telah mendamaikan kedua-dua puak dengan mengiktiraf Hai San
sebagai pengusaha lombong bijih timah di Larut pada tahun 1873. British ingin
menguasai sumber mineral yang bernilai yang terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran
antarabangsa.
Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap
bahan mentah begitu tinggi untuk menampung pengeluaran yang semakin meningkat.
Britain amat memerlukan bahan mentah, terutama bijih timah dan getah. Oleh yang
demikian, British di Tanah Melayu telah menguasai sumber-sumber bahan mentah
tersebut. Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral telah dieksploitasi oleh
British. British menyedari sekiranya Tanah Melayu tidak dikuasai maka Tanah Melayu
akan jatuh ke tangan negara-negara lain dan mereka akan rugi.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
42
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Selain itu, terdapat desakan daripada para pedagang British yang menginginkan
supaya monopoli terhadap perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai
sepenuhnya oleh British. British telah berjaya meningkatkan pengeluaran bijih timah di
Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan perindustrian mengetin makanan.
Campur tangan British secara langsung di Tanah Melayu juga didorong oleh
perubahan terhadap politik antarabangsa, iaitu persaingan antara negara barat untuk
meluaskan wilayah. British bimbang dengan kuasa-kuasa Eropah lain yang turut mahu
menguasai Tanah Melayu. Tambahan pada ketika itu juga, kuasa-kuasa Eropah lain
giat mencari kedudukan di Asia Tenggara, contohnya Belanda di Indonesia, Perancis di
Indo-China dan Sepanyol di Filipina. Jerman pula berusaha untuk melebarkan
pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar tahun 1871. Keadaan ini membuatkan para
saudagar British mendesak Kerajaan Britain agar campur tangan segera di Tanah
Melayu.
Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan
tanah jajahan. Pada tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai parlimen
England menyebabkan berlaku perubahan terhadap dasar luarnya. Dasar pentadbiran
di Tanah Melayu turut mengalami perubahan. Andrew Clarke telah didesak supaya
menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu. Oleh yang demikian,
British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukan di Tanah
Melayu seperti Sistem Residen.
Di samping itu, pihak British telah membangunkan pelbagai infrastruktur
pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan antara timur
dengan barat semakin cepat dan singkat, contohnya pembukaan Terusan Suez mampu
memendekkan jarak pelayaran para pedagang ke Tanah Melayu. Selain itu, penciptaan
kapal wap turut menyumbang kepada penguasaan British terhadap Tanah Melayu.
Barang dagangan dari Tanah Melayu menjadi mudah diangkut ke negara asal.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
43
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dengan ini, mereka seharusnya menguasai Tanah Melayu sepenuhnya melalui
dasar campur tangan secara langsung. Pihak British di Tanah Melayu juga telah
mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan secara langsung
akibat pelbagai sekatan oleh pembesar negeri-negeri Melayu. Misalnya, para saudagar
British tidak dibenarkan memonopoli perdagangan bijih timah. Cukai yang dikenakan
terhadap saudagar British juga adalah terlalu tinggi.
Kesimpulannya, pihak Inggeris datang ke Tanah Melayu untuk menjalankan
urusan perdagangan. Oleh sebab Tanah Melayu adalah laluan perdagangan yang baik
dan strategik serta mempunyai potensi ekonomi untuk berkembang, maka pihak
Inggeris telah memutuskan untuk menduduki dan menguasainya. Yang jelas, proses
imperialisme British telah mendorong penglibatan Inggeris secara langsung di negeri-
negeri Melayu. Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah
mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang
ketara. Malahan pihak British telah berjaya menguasai ekonomi tempatan. Apabila
British mula campur tangan di Tanah Melayu maka bermulalah era penjajahan British
ke atas Tanah Melayu.
Kesan Penjajahan British
a) Perubahan pembangunan ekonomi negara
Apabila British menguasai Tanah Melayu, mereka perlu menggandakan pengeluaran
hasil tempatan untuk diperdagangkan bagi tujuan komersial. Kemajuan ekonomi yang
pesat telah membawa pelbagai perubahan di negara kita. Orang Melayu mulai sedar
bahawa pendapatan yang banyak boleh terhasil daripada aktiviti perlombongan bijih
timah dan pertanian getah serta tanaman-tanaman lain seperti lada hitam dan gambir
dan sebagainya. Perkembangan ini telah mewujudkan dua bentuk kegiatan pertanian di
negara kita iaitu kegiatan pertanian yang dikuasai oleh pengusaha dan pelabur asing
(komersial) dan juga sara diri yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
44
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Namun begitu yang menyedihkan ialah hasil ekonomi ini hanya dimonopoli oleh
pelabur-pelabur barat sedangkan kaum peribumi terus ketinggalan. Berlaku juga
ketidakseimbangan dan ketidakseragaman ekonomi antara wilayah kerana kemajuan
berpusat di kawasan pantai barat Tanah Melayu sahaja tetapi tidak di sebelah Pantai
Timur.
b) Perubahan dalam sistem pentadbiran
Segala bentuk pungutan cukai dan hasil negeri yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya
oleh para pembesar tempatan diambil alih sepenuhnya oleh pentabiran British.
Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan para pembesar tempatan apabila mereka
telah hilang peranan dan tidak berkuasa lagi. Manakala amalan perhambaan telah
dihapuskan bagi mengangkat martabat manusia. Pengenalan sistem residen pula telah
mengambil alih peranan sultan/raja Melayu apabila residen yang dilantik berperanan
sebagai penasihat sultan/raja dan segala nasihat yang diberikan oleh residen mesti
dituruti dan dipatuhi oleh sultan/raja kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Penguasaan dan perluasan kuasa British ini menunjukkan berlaku
pengubahsuaian dalam corak pentadbiran tradisional kepada sistem pentadbiran British
hampir keseluruhannya.
c) Kemajuan kemudahan asas
Kemajuan yang pesat dalam sektor perlombongan dan getah telah membolehkan
kemudahan asas yang lebih baik disediakan. Sistem jalan raya dan landasan keretapi
telah dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan
pelabuhan. Pembinaan landasan keretapi dan jalan raya di negara kita ketika itu
hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada British.
Perkembangan perhubungan landasan keretapi dan jalan raya membawa kepada
pengenalan sistem perhubungan lain seperti telegraf, telefon, pos dan radio. Hasil
daripada kemudahan ini perhubungan di dalam negeri menjadi lebih mudah, cepat dan
efisien.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
45
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
d) Kemasukan tenaga buruh secara terancang
Masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu akibat kemasukan imigran Cina dan India.
Mereka berhijrah masuk ke Tanah Melayu secara beramai-ramai untuk memenuhi
keperluan buruh di sektor perlombongan dan perladangan. Kedatangan mereka
dilakukan secara terancang. Imigran Cina datang melalui cara-cara seperti sistem tiket,
kredit, persendirian dan Sistem Kangchu untuk bekerja di sektor perlombongan. Imigran
India pula dibawa masuk oleh British melalui sistem buruh kontrak dan Sistem Kangani.
Kedatangan buruh yang begitu ramai menyebabkan berlakunya pertambahan
penduduk yang pesat. Kesan kemasukan beramai-ramai buruh India dan Cina ini telah
mewujudkan petempatan baru yang bercirikan kaum.
e) Perkembangan bandar-bandar baru
Perkembangan pesat perlombongan bijih timah di kawasan-kawasan tertentu seperti
Lembah Kinta, Lukut, Klang dan Sungai Ujong telah menyebabkan wujudnya bandar-
bandar baru. Ini ditambah lagi dengan sikap orang Cina yang suka berniaga
menambahkan lagi kepesatan kewujudan bandar tersebut dengan kegiatan
perdagangan. Akibatnya berlakulah ketidakseimbangan tumpuan tempat tinggal dengan
kebanyakan orang Cina tinggal di kawasan bandar, orang India tinggal di estet
manakala orang Melayu terus tinggal di kampong-kampung dan kawasan pesisir pantai.
f) Kewujudan masyarakat majmuk
Sebelum tahun 1800, penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu sahaja
sebagai penduduk tempatan. Pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan imigran Cina
dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India
disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka
mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di
negara asal mereka. British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Buruh India
juga digunakan dalam perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti
jalan raya dan keretapi.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
46