PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah
menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosio-
ekonomi di Tanah Melayu.
Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat
menjadi pelbagai dan rencam. Berlakulah cara kehidupan yang berbeza-beza sama
ada dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan
petempatan. Lebih merumitkan perbezaan antara kaum ini ialah pengenalan ‘dasar
‘pecah perintah’ oleh British di Tanah Melayu. Kesannya wujudlah pengasingan
masyarakat. Orang Melayu hidup di kawasan luar bandar seperti kampung dan pesisir
pantai serta terus mengamalkan sistem ekonomi sara diri seperti nelayan, kegiatan
pertanian secara kecil-kecilan dan pegawai-pegawai rendah. Orang Cina bertumpu di
kawasan bandar dan menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Orang
India pula tinggal di kawasan-kawasan estet dan ladang getah bagi menjalankan
kegiatan sebagai buruh di sektor perladangan.
Kemasukan imigran Cina dan India juga menyebabkan pertambahan bilangan
penduduk Tanah Melayu dengan begitu pesat. Pada tahun 1870, dianggarkan bilangan
penduduk Tanah Melayu adalah kira-kira 500 000 orang. Kemasukan imigran Cina dan
India ke Tanah Melayu telah menyebabkan pertambahan mendadak jumlah penduduk
kepada 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan
Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi
ini telah melahirkan masyarakat majmuk di negara dengan cara hidup dan amalan
budaya yang jauh berbeza. Imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu pula adalah
terdiri daripada pelbagai kelompok yang berbeza dialek, adat dan pengkhususan
ekonomi. Malah mereka juga membawa sikap permusuhan sesama mereka yang telah
sedia wujud sejak di negara asal lagi.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
47
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
g) Perubahan sistem pendidikan
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat
tidak formal iaitu hanya terhad kepada pengajian al-Quran dan ilmu keagamaan.
Namun selepas kedatangan Inggeris, terutamanya pada pertengahan abad ke-19,
sistem pendidikan di Tanah Melayu telah mengalami banyak perubahan dan lebih
bersifat perkauman atau vernacular. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak pernah
bertindak untuk menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan guru.
Akibatnya wujudlah perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat Melayu
tidak mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum-kaum lain
dan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.
Pada zaman penjajahan British, wujud 4 jenis aliran sekolah di Tanah Melayu
iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah
Melayu , terdapat 2 bentuk persekolahan iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan
sekular. Sekolah berbentuk keagamaan telah lama wujud sebelum kedatangan
Inggeris. Sekolah ini mengajarkan hal-hal keagamaan dan kelas mengaji al-Quran.
Sekolah ini kurang mendapat tumpuan daripada pihak Inggeris kerana pihak Inggeris
mahu mengekalkan kestabilan dan memastikan kaum Melayu terus tinggal di kampung
sebagai petani. Manakala sekolah Melayu yang bersifat sekular pula diperkenalkan oleh
Inggeris melalui sekolah mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat sambutan
daripada orang Melayu kerana bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan agama
Kristian.
Imigran Cina dan orang India pula turut membuka sekolah masing-masing.
Mereka menggunakan sistem pendidikan dan silibus yang dibawa dari negara asal
mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan
melalui pendidikan tidak wujud sama sekali. Keadaan ini telah menyebabkan wujud
perbezaan ras yang amat ketara sehingga menghalang perpaduan kaum di Tanah
Melayu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
48
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Justeru, selepas Tanah Melayu merdeka, sistem pendidikan untuk membentuk
perpaduan kaum telah diwujudkan. Sistem pendidikan tersebut memberikan peluang
kepada kanak-kanak daripada semua kaum untuk menikmati pendidikan nan sama
melalui sistem pendidikan nan sama. British turut membuka sekolah-sekolah untuk
melatih anak-anak tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian dalam sektor
awam dan swasta. Sekolah-sekolah seperti Sekolah King Edward VII Taiping dibuka
untuk memberikan pendidikan bagi membolehkan rakyat tempatan memegang jawatan-
jawatan rendah dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tetap tidak
mementingkan pelajaran pada peringkat tertinggi. Maktab Melayu Kuala Kangsar
dibuka untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat latihan untuk
memegang jawatan-jawatan peringkat pertengahan dalam perkhidmatan kerajaan
kolonial British.
h) Lahirnya semangat patriotisme dalam kalangan orang Melayu
Paling awal penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh beberapa individu
seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan
lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh
golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris. Pendudukan Jepun juga
tidak terkecuali telah menaikkan semangat nasionalisma penduduk Tanah Melayu
untuk menentang penjajah. Pendudukan Jepun (1942-1945) telah memberi keyakinan
kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat
yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Selain itu, pendudukan Jepun juga memberi
impak kepada penduduk Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan tanah air
mealui slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu ‘Asia untuk orang Asia’.
Sebagai kesan positifnya, orang Melayu mula bersatu. Pada waktu itu orang
Melayu tidak bergaduh atau berkonflik cuma terpisah mengikut semangat kenegerian
sahaja. Kebangkitan semangat nasionalisma menyaksikan tertubuhnya persatuan-
persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan Melayu Selangor, Persatuan
Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan sebagainya.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
49
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan seluruh
penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu secara
besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Ekoran daripada
inilah terbentuknya UMNO pada tahun 1946 yang akhirnya menjadi wadah politik bagi
majoriti orang Melayu pada tahun 1948.
1.1.4.4 Penjajahan Jepun
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura bermula pada 15 Februari 1942
sehingga 12 September 1945 (3 tahun 8 bulan). Penjajahan Jepun adalah kerana
desakan perkembangan perindustrian dan ketenteraan yang berlaku di Jepun. Jepun
mengambil tindakan untuk menyerang negara-negara Asia yang kaya dengan
bahan mentah bagi keperluan perindustrian dan ketenteraan mereka. Walaupun
tempoh masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu singkat namun Jepun telah berjaya
menguasai politik, ekonomi, dan sosial Tanah Melayu. Kejayaan ini membawa kesan
yang mendalam terhadap masyarakat di Tanah Melayu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
50
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dari sudut politik, Jepun telah memperkenalkan pentadbiran tentera di Tanah
Melayu di bawah pengawasan seorang Jeneral. Pentadbiran di Tanah Melayu
dibahagikan kepada dua iaitu Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor
yang beribu pejabat di Singapura. Nama Singapura diubah kepada ‘Syonan’ yang
bermaksud Cahaya Selatan. Semenanjung Tanah Melayu pula diperintah oleh seorang
residen atau Gunseikan. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap
wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun.
Semasa memerintah Tanah Melayu, Jepun telah mengembalikan kuasa Sultan
yang dirampas oleh Inggeris tetapi mengehadkan fungsi sultan sebagai ketua negeri
yang menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing sahaja.
Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan kerana ingin mendapatkan
sokongan sultan dan orang-orang Melayu dalam memenuhi hajat tersirat mereka. Bagi
menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu Jepun
membentuk pasukan keselamatan yang diketuai oleh pegawai Jepun dan anggota
perisik tentera iaitu ‘Kempeitai’ untuk mengawal keamanan. Kempeitai sangat kejam
dan telah menangkap serta membunuh ramai penduduk Tanah Melayu, khususnya
orang Cina.
Selain itu, pasukan Tekikan turut ditubuhkan dan berfungsi sebagai mata-mata
gelap yang bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris atau yang
menghasut orang Melayu menentang Jepun. Sebaik-baik sahaja Jepun menawan
Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM)
yang dipenjarakan oleh British. Jepun juga menubuhkan semula KMM dengan
melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utama. Jepun cuba memperalatkan
Ibrahim Yaacob untuk tujuan mendapatkan sokongan dan menyebarkan
propaganda anti-British.
Dari sudut ekonomi, sistem ekonomi bebas yang diperkenalkan British
sebelumnnya telah ditukar kepada sistem ekonomi kawalan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
51
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Perdagangan dengan dunia luar diputuskan. Jepun tidak menggalakkan
sebarang urusan perdagangan dengan negara-negara luar. Maka hubungan
perdagangan Singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus. Perniagaan
dan perdagangan dalam negeri dikuasaisepenuhnya oleh pihak Jepun. Jepun hanya
berminat mengeksplotasi sumber alam negara kita bagi kepentingan negaranya. Galian
besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan pembuatan senjata perang.
Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi
maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah
Melayu perlu mendapatkan kupon dari pejabat kawalan makanan untuk ditukarkan
dengan beras. Setiap keluarga hanya dihadkan dua gantang beras sebulan. Untuk
mengatasi kekurangan beras dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan
rancangan ekonomi pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu Jepun
memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman padi dilakukan dua kali
setahun. Pihak Jepun juga menggalakan masyarakat tempatan menanam makanan
yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Untuk itu, pihak Jepun
telah menebang ladang getah dan hutan bagi tujuan penanaman makanan tersebut.
Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenali sebagai Wang Pokok Pisang
untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.
Dari sudut sosial, pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyaksikan penerapan
Dasar Niponisasi (men-Jepunkan Tanah Melayu). Antaranya membezakan layanan
terhadap penduduk tempatan. Orang Melayu, Cina dan India diberikan layanan yang
berbeza-beza. Walaupun semua kaum melalui penyeksaan, penderitaan, kebuluran,
ketakutan dan pengangguran, kaum Cina mengalami penderitaan dan penindasan yang
lebih teruk gara-gara permusuhan tradisi antara negara Jepun dengan China (Perang
China-Jepun 1937). Pentadbiran tentera Jepun lebih mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan orang Melayu dan India. Layanan yang berbeza ini telah mewujudkan
permusuhan kaum antara orang Cina dengan orang Melayu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
52
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Pun begitu, ramai orang Cina, India dan Melayu telah dihantar untuk bekerja
membina jalan keretapi maut di sempadan Thailand-Burma. Beribu-ribu orang
kehilangan nyawa semasa pembinaan projek tersebut.
Dasar Niponisasi juga dilakukan dalam sistem pendidikan dengan aliran-aliran
sekolah yang telah diperkenalkan semasa bawah pemerintahan Inggeris telah ditukar
kepada sistem pendidikan Jepun. Sistem pendidikan Jepun lebih menekankan aspek
pembentukan akhlak, disiplin dan taat setia kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan
kepada kerajaan Jepun. Selain itu kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem
pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar tentang istiadat dan lagu kebangsaan Jepun
iaitu Kamigayo. Lagu ini dinyanyikan pada setiap pagi ketika menghadap matahari
terbit.
Kesan penjajahan Jepun
a) Kesan politik
Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang
Melayu. Slogan Jepun iaitu Asia Untuk Orang Asia telah menambahkan keazaman dan
semangat orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Semasa
pendudukan Jepun orang Melayu diberi jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai
Daerah. Pengalaman pentadbiran ini memberikan keyakinan diri kepada orang Melayu
untuk mentadbir negara sendiri. Dalam waktu yang sama, orang Melayu juga sedar
bahawa mereka tidak boleh menaruh harapan kepada British. Mereka harus
menentukan nasib mereka sendiri. Kejayaan Jepun dan kekalahan British telah
mengikis kepercayaan bahawa kuasa Barat tidak boleh dikalahkan. Justeru sikap anti-
British semakin menebal dalam kalangan orang Melayu.
Setelah Jepun menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob
sebagai pemimpin utamanya melalui KMM, gerakan nasionalisme Melayu dihidupkan
semula. Secara sulit KMM bergiat semula dalam menyemarakan sentimen anti-British
dalam kalangan orang Melayu. KMM juga bersikap anti-Jepun.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
53
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Apabila Jepun mengetahui kegiatan sebenar KMM, KMM dibubarkan dengan
segera. Jepun kemudiannya menubuhkan Pembela Tanahair (PETA). Ahli-ahli Melayu
dalam PETA diberi latihan ketenteraan. Jepun juga membantu menubuhkan Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr.
Burhanuddin Al-Helmy. Namun orang Melayu tidak berjaya mendapatkan kemerdekaan
daripada Jepun kerana Jepun telah menyerah kalah kepada British pada 1945. Selain
itu Parti Komunis Malaya muncul sebagai kumpulan gerila yang lahir daripada MPAJA
(Malayan People Anti-Japanese Army). MPAJA telah membantu British menyerang
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu sehingga British akhirnya berjaya menjajah
Tanah Melayu semula. PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun
1948 sehingga mencetuskan darurat.
b) Kesan ekonomi
Ekonomi dan taraf hidup penduduk Tanah Melayu merosot teruk semasa pendudukan
Jepun akibat taktik “Bumi Hangus” yang dilakukan oleh tentera British. Sebelum
menyerah kalah kepada Jepun, tentera British telah meletupkan banyak kemudahan
infrastruktur dan sumber ekonomi terutama ladang getah, lombong bijih timah, telaga
minyak di Miri dan pelbagai bangunan pentadbiran kerajaan. Taktik ini bagi
melumpuhkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dan melambat proses pembangunan
semula oleh Jepun. Tempoh pembangunan semula yang memakan masa
membolehkan British melakukan peranacangan untuk menyerang dan menawan
semula Tanah Melayu. Akibatnya daripada taktik bumi hangus tersebut, Tanah Melayu
terputus daripada pasaran-pasaran antarabangsa.
Jepun ketika mentadbir Tanah Melayu gagal membangunkan Tanah Melayu
semula dalam tempoh yang singkat. Kebanyakan perusahaan tempatan diambil alih
oleh syarikat besar Jepun iaitu Mitsui dan Mitsubishi. Kegagalan memulihkan sektor
ekonomi Tanah Melayu dengan segera menyaksikan berlakunya inflasi berikutan
kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan dan pengeluaran
mata wang pokok pisang yang tidak terkawal.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
54
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Tanah Melayu juga mengalami kekurangan makanan seperti beras.Penduduk
terpaksa menanam ubi kayu, keladi dan keledek.
c) Kesan sosial
Sistem pendidikan Jepun cuba menerapkan semangat rajin kepada para penduduk
Tanah Melayu, terutamanya kaum Melayu. Bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah dan nyanyian lagu negara Jepun diwajibkan bagi
menyemai perasaan taat setia dan kepatuhan kepada Maharaja Jepun. Ekoran
penindasan oleh Jepun, ramai daripada orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan
kerana tidak tertahan dengan penyiksaan tentera Jepun. Mereka mendirikan
petempatan dan menjalankan kehidupan seharian di dalam dan di pinggir-pingir hutan
sehingga mewujudkan masalah setinggan di Tanah Melayu. Ramai antara orang Cina
telah menyertai MPAJA. Kaum Melayu dan India walaupun diberi layanan baik tetapi
telah ramai yang dipaksa ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya
ramai yang terkorban kerana tidak dapat menahan seksaan dan jangkitan penyakit.
Penduduk tempatan pula mengalami kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan.
Bekalan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari Burma dan Siam akibat
peperangan. Taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya pelbagai penyakit
tropika seperti beri-beri, taun dan malaria. Ubat-ubatan yang ada hanya untuk askar
Jepun sahaja.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
55
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2 KEMERDEKAAN
1.2.1 Malayan Union
1.2.1.1 Bibit-bibit Permulaan Penubuhan
British sudah lama merancang pembentukan Liga Malaya atau Kesatuan Malaya sejak
tahun 1930-an lagi.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
56
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Bahkan kalau dilihat kepada dasar desentralisasi British, itu merupakan langkah
pertama memujuk negeri-negeri di luar negeri-negeri Melayu Bersekutu yang cuba
diusahakan sejak tahun 1990. Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun dalam masa yang
singkat (8 Disember 1941 – 31 Januari 1942) telah mengejutkan pihak British. Tewas
kepada Jepun menyedarkan British bahawa penyatuan pentadbiran dianggap satu
bentuk penyelesaian yang munasabah bagi pertahanan Tanah Melayu bagi masa akan
datang. British berpendapat sudah tiba masanya untuk mengubah dasar dan sruktur
Tanah Melayu sebelum berulang kembali peperangan. Justeru rancangan Kesatuan
Malaya telah diputuskan oleh Whitehall. Pada bulan Oktober 1945, kerajaan British
menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama sebelum perang iaitu :
(a) Kedaulatan raja-raja.
(b) Autonomi negeri-negeri Melayu.
(c) Hak istimewa orang Melayu.
Pejabat perang dan kolonial juga memutuskan untuk membina Tanah Melayu selepas
ditakluk semula secara ketenteraan dan selepas itu, pentadbiran Tanah Melayu
dikekalkan terus di bawah pemerintahan tentera. Pemerintahan tentera dianggap
kaedah paling sesuai untuk memaksa dasar-dasar British ke atas Tanah Melayu diikuti
rakyat tempatan. Bagi merancang langkah-langkah yang perlu diambil, kerajaan British
menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU (Malayan Planning Unit).
1.2.1.2 Perancangan Masa Perang
MPU ditubuhkan pada pertengahan tahun 1943 dan diletakkan di bawah Jabatan Timur
Jauh, Pejabat Tanah Jajahan yang dikepalai oleh Sir Edward Gent. Ralph Hone telah
dilantik untuk mengetuai MPU. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam unit pengurusan
MPU ini antaranya Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T Newboult, Kolonel E.V.G. Day
dan Kolonel M.C Hay. Victor Purcell pula diberi tugas untuk meneliti hal ehwal orang
Cina. MPU meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya bagi
membantu penyusunan semula pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Ramai
pegawai British telah menghantar memorandum (cadangan) kepada MPU.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
57
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
` Pada peringkat awal, British berpendapat Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri
Selat (kecuali Singapura) dan Borneo British perlu disatukan manakala Singapura diberi
status khas. Bagaimanapun menjelang bulan Mac, 1943, Borneo British dianggap
belum bersedia untuk menyertai kesatuan. Pada bulan Mei 1944, kabinet perang British
bersetuju untuk mengubah perlembagaan dan sistem pentadbiran Tanah Melayu
sebelum perang. Matlamatnya untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan
sebagai langkah awal ke arah pemerintahan demokratik. British juga menggalakkan
penyatuan kaum dalam pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri.
Namun seorang pegawai British, Ralph Hone, berpendapat sebelum perlembagaan
Malayan Union diperkenalkan, satu perjanjian baru dengan sultan-sultan diperlukan.
Dalam waktu pemerintahan tentera inilah paling sesuai untuk mengugut sultan-sultan
supaya bersetuju dengan penubuhan Malayan Union.
1.2.1.3 Pentadbiran Tentera British (BMA)
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Lord Louis Mountbatten, Pemerintah
Tertinggi Pihak British mempunyai kuasa penuh dalam semua bidang dan
bertanggungjawab ke atas Tanah Melayu. Tanah Melayu diletakkan di bawah BMA
(British Military Administration). Mejar Jeneral Ralph Hone (bekas ketua MPU) dilantik
sebagai ketua Pegawai Hal Ehwal Awam manakala Brigadier H.C. Willan sebagai
pembantu. BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan British, memelihara
undang-undang dan peraturan, mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi
tujuan pemulihan serta membuat persediaan ke arah pemerintahan awam. Pentadbiran
tentera di Tanah melayu bermula pada bulan September 1945 hingga Mei 1946. Pada
asasnya, pentadbiran ini merupakan organisasi tentera. Walaupun begitu, terdapat juga
penasihat yang terdiri daripada orang awam. Namun sebahagian besar pentadbir-
pentadbir BMA tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal
menangani masalah yang ditinggalkan oleh kesan peperangan. Antara masalahnya :
a) BMA tidak dapat mengawal tentera-tenteranya yang bertindak sewenang-
wenangnya dan melanggar undang-undang.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
58
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
b) BMA menimbulkan kesulitan rakyat dengan tindakan segeranya mengumumkan
wang Jepun tidak laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli barang keperluan
dan memberi tekanan ekonomi kepada rakyat.
c) BMA gagal mengatasi warisan zaman Jepun seperti pasar gelap, penyeludupan,
rasuah dan sebagainya.
d) Pergaduhan kaum dan balas dendam berlaku secara berleluasa dan BMA gagal
mententeramkan keadaan.
Akibat pelbagai masalah, BMA menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada bulan
April 1946. Langkah ini diharapkan dapat memberi keyakinan baru di Tanah Melayu.
1.2.1.4 Penubuhan Malayan Union
i) Latar Belakang
Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang
isinya adalah mengenai matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran
baru yang dikenali sebagai Malayan Union. Dari segi petadbiran, Malayan Union
berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat
yang kuat. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini,
sebaliknya terus kepada Parlimen British di London. Konsep pentadbiran baru ini telah
menolak tradisi dan sistem politik Melayu.
Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House
(Carcosa Seri Negara) kuala Lumpur. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan pentadbiran tentera British atau British
Military Administration (BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September
1945. (Nazaruddin Mohd Jali:2004)
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
59
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
ii) Tujuan diperkenalkan Malayan Union
British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa faktor. Antaranya:
a) Memastikan kepentingan British di Tanah Melayu terpelihara, khususnya
ekonomi.
Melalui matlamat tersebut, British dapat memastikan sumber tenaga dan
pelaburan untuk memajukan ekonomi negara tidak terbantut.
b) Menyeragamkan sistem pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran.
Sebelum pendudukan Jepun, pentadbiran Tanah Melayu terbahagi kepada tiga
iaitu Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan
Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu (NNMTB). Kepelbagaian sistem
pentadbiran tersebut telah melibatkan perbelanjaan yang besar.
c) Dakwaan sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk
pemerintahan sendiri.
d) Sebagai balasan terhadap orang Melayu yang dikatakan menyokong Jepun
semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
e) Mengawal kuasa politik orang Melayu.
f) Membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat
melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan
Union. (Nazaruddin Mohd Jali : 2004)
1.2.1.5 Perlembagaan Malayan Union
Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kebinet oleh
kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
60
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Rancangan kerajaan diumumkan pada bulan Oktober 1945 dan isi kandungannya
dikeluarkan pada 1 Januari 1946. Butir-butir perlembagaan dikeluarkan dalam warta
kerajaan “Kertas Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946. Menurut perlembagaan
Malayan Union, Negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di
bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan perlu kerana sebelum ini tiap-
tiap negeri menjalankan pentadbiran dengan undang-undang sendiri dan sukar untuk
menyelaraskannnya. Walaupun pemerintahan dipusatkan, kerajaan negeri diberi kuasa
menguruskan hal ehwal tempatan tetapi melalui persetujuan pusat. Ketua pentadbiran
kerajaan kesatuan ialah gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan
perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha,
Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang akan ditentukan
oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima orang ahli tidak rasmi.
Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi , dan
ahli rasmi tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan
mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga
kumpulan kaum utama iaitu;
i. Melayu
ii. Cina
iii. Eropah, India, Eurasian dan sebagainya.
Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli. Negeri-negeri Melayu pula
mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. Baginda akan melantik ahli-ahli
majlis, tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor. Majlis ini akan menasihatkan sultan
dalam semua perkara berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat melayu.
Bagaimanapun hal ini mesti dirujuk kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat
persetujuan Residen. Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan
dianggotai oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu. Jelaslas bahawa gabenor memiliki ‘kuasa’ yang
selama ini adalah menjadi hak istimewa raja-raja.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
61
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union kononya
dianggap langkah pertama ke arah itu. Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-
kaum tidak bersatu. Bagi kepentingan imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan
kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang Melayu ditarik balik.
Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union. Mereka yang layak mendapat
kerakyatan :
Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singpura.
Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada 15 tahun yang lalu.
Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 5 tahun.
Rakyat Brtish boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang
kerakyatan British.
Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
a) Kedudukan Sultan
Sultan yang menaiki tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada
sultan Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor, Sultan
Alam Syah pada mulanya disingkirkan oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan
Sultan Musaudin. Apabila British kembali, Sultan Musaudin di buang ke Pulau Cocos
dan Sultan Alam Syah dirajakan semula.
Sultan yang menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada
Sultan Ali (Terengganu), Raja Syed Hamzah (Perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan
Sultan Badlisyah (Kedah). Pihak British belum membuat keputusan muktamad tentang
kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa pentadbiran Jepun.
Pihak British mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan
akan menandatangani perjanjian baru jika mahu kedudukan baginda diiktiraf. Pegawai
British yang ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan sultan ialah Sir harold Mc
Michael. Sebelum itu, H.C. Willan ditugaskan untuk bersemuka dengan sultan-sultan
bagi mengetahui reaksi awal.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
62
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
b) Misi Mac Michael
Sir Harold Mac Michael seorang yang berpengalaman luas dan pernah
berkhidmat di Sudan, Sub, Gabenor Wilayah Darfur, Penolong Setiausaha
Awam, Gabenor Tangayika (1933-1937) dan Pesuruhjaya Tinggi Palestin dan
Trans-Jordan (1938-1944).
Mac Michael tiba di pelabuhan Kelang pada 11 Oktober 1945 dengan kapal
H.M.S Royalist. Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon dan A.T. Newboult.
MacMichael dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapat
perjanjian baru dengan sultan-sultan.
Dengan perjanjian baru, kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan
sepenuhnya kepada British. Setelah itu, barulah British dapat membentuk
perlembagaan Kesatuan Malaya Mac Michael memulakan misinya ke Johor.
Pada18 Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh British sebagai pro-
Jepun telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru. Selepas itu, Mac
Michael telah menghadap semua sultan.
Mac Michael mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama
Sultan Badlisyah dan Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
James Allen berpendapat Malayan Union dirancang kerana sentimen anti-
melayu dan sebagai penghormatan kepada orang cina yang menyokong British
semasa perang.
Pandangan ini disetujui oleh beberapa pengkaji yang beranggapan matlamat
Malayan Union ke arah membentuk nasionalisme dan kesedaran Malaya dimana
rakyat berbilang kaum akan memberi taat setia. Dan tentunya juga rancangan ini
kerah menjayakan dasar dekolonisasi British.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
63
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2.2 Ciri-ciri Malayan Union
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
64
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
65
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2.3 Kaedah Penentangan Terhadap Malayan Union
1.2.3.1 Faktor Penentangan
Penubuhan Malayan Union telah menimbulkan penentangan yang hebat terutama
dalam kalangan orang Melayu disebabkan :
i) Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang
Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti
kandungan perjanjian Malayan Union. Mereka tidak di beri peluang lagsung
untuk berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-
masing.
ii) Persetujuan raja-raja berkenaan penubuhan Malayan Union dianggap tidak sah
kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan
raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani
sebarang perjanjian dengan kuasa asing.
iii) Sikap Sir Harold Mac Micheal yang menggunakan ugutan untuk menyingkirkan
mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
66
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Beliau juga bersikap biadap, tidak menghormati adat resam dan memahami
bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.
iv) Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu.
Kuasa raja-raja hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak
lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang Melayu. Sebelum ini raja
merupakan orang yang paling tinggi dalam struktur sosial masyarakat Melayu
tradisional. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi raja. Seseorang raja
yang memerintah merupakan seorang pemimpin yang ditaati, dihormati dan
disegani oleh masyarakat Melayu.
v) Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada
kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara
boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu. Terutama apabila kesetiaan
kaum bukan Melalyu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.
vi) Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum
dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai
penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka
perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum
lain.
1.2.3.2 Kaedah Penentangan
Justeru orang-orang Melayu telah bersatu dan bangkit dalam bentuk kumpulan bagi
menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penubuhan Gagasan Malayan Union orang-
orang Melayu telah;
1. mengadakan ceramah, demonstrasi dan perarakan,
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
67
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
2. menerbitkan akhbar seperi Utusan Melayu dan Warta Negara yang menerbitkan
pelbagai rencana menyeru rakyat menolak Malayan Union dan menyuntik
semangat nasiponalisma,
3. Bersama-sama sultan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan
perlantikan Gabenor,
4. berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok,
5. mengadakan Kongres Melayu se-Tanah Melayu. Kongres juga telah membentuk
satu jawatankuasa untuk merangka perlembagaan sebuah pertubuhan yang
dapat menentang Malayan Union dengan lebih berkesan. Ini kemudiannya
membawa kepaa Pertubuhan Kebangsaan Melahu Bersatu (PEKEMBAR) yang
kemudiannya dikenali sebagai UMNO,
6. bersama-sama raja-raja Melayu menyampaikan surat bantahan mereka kepada
Gammans dan Rees untuk disampaikan kepada kerajaan British. (Mardiana
Nordin : 2011)
7. mendapatkan sokongan pegawai-pegawai British yang pro-Melayu dan tidak
menyokong penubuhan Malayan Union seperti Laurence Guillemard, Andrew
Caldecott, R.O Winstedt, Sir Cecil Clementi, Frank Swettenham dan George
Maxwell.
1.2.3.3 Reaksi Kaum Imigran
Kerajaan British tidak segera menerbitkan Kertas Putih Malayan Union. Berita
tentang penubuhannya hanya diketahui melalui siaran radio BBC pada hari Selasa
22 Januari. Berita akhbar dikeluarkan oleg Reuter. Apabila Kertas Putih dikeluarkan
tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi akhbar cina, berita yang
lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour
Union) di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh PKM.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
68
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Terdapat dua kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan
kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam
kewarganegaraan lebih kepada kerakyatan China. Tanah Melayu hanya negara
kedua. Dua tokoh penting kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa.
Kumpulan kiri yang diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas Putih Malayan
union.
Satu perkara yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan
kerajaan demokratik dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara
keseluruhannya konsep Malayan. Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan
negara merdeka komunis.
PKM menganggap Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini
diperteguhkan lagi dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain yang
ditentang oleh PKM ialah keahlian dewan undangan dan eksekutif yang tidak
demokratik. PKM mahu diadakan pemilihan umum.
Bantahan-bantahan PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk
berjuang secara perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk
mencapai kekuasaan. PKM memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan
raya diadakan.
Terdapat kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang moderate menerima Kertas
Putih Malayan Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini
menubuhkan Parti Berbilang Kaum iaitu MDU (Malayan Demikratik Union) pada 21
Disember 1945. Kebanyakan tokohnya berpendidikan Inggeris. Bagaimanapun MDU
akhirnya dipengaruhi oleh komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM dalam parti ini.
MDU menuntut beberapa perkara :
i. Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.
ii. Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21 tahun dan ke atas .
iii. Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan Undangan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
69
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
iv. Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
v. Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan akhbar.
vi. Reformasi pendidikan.
vii. Meningkatkan taraf hidup rakyat.
1.2.3.4 Terkuburnya Malayan Union
Akibat bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans
dan Lt. Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu. Setiap
tempat yang mereka lawati disambut dengan tunjuk perasaan anti-Malayan Union.
Kerajaan British kemudiannya bersetuju berunding dengan wakil-wakil sultan dan
UMNO dalam usaha merangka satu persekutuan baru. Skim persekutuan baharu yang
dicadangkan akan menamatkan Malayan Union.
1.2.4 Kerjasama Etnik ke arah Kemerdekaan
Kerjasama etnik dalam politik di Tanah Melayu bermula selepas Perang Dunia Kedua.
Pelbagai cabaran yang telah ditempuhi menyaksikan jalinan kerjasama ini ada yang
berjaya dan ada yang menemukan jalan buntu. Keterbukaan berpolitik orang Melayu
bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All
Malayan Council Of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947 dan toleransi ini
telah berjaya melahirkan Perlembagan Rakyat. Walau bagaimanapun cadangan
menuntut kemerdekaan ini ditolak oleh pihak British kerana PUTERA dan AMCJA
dikatakan golongan radikal atau parti politik berhaluan kiri yang sentiasa bertindak
agresif terhadap pentadbiran British.
Seterusnya lahir pula kerjasama politik kumpulan moderat iaitu United Malayan
National Organization (UMNO) dengan Malayan Chinese Association (MCA) yang
lebih dikenali sebagai ‘PERIKATAN’ pada tahun 1949. Kerjasama antara kaum ini telah
memperlihatkan perpaduan dalam usaha menunutut kemerdekaan Tanah Melayu dan
lebih bersifat demokrasi bagi mengelak berlakunya sebarang pergolakan etnik.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
70
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kerjasama ini membuka mata pihak British bahawa orang Melayu dan kaum-
kaum lain boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita
memperuangkan negera ke arah bekerajaan sendiri demi kepentingan dan tujuan nan
sama. Sesungguhnya usaha ke arah mencapai perpaduan kaum, disusuli usaha
kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri merupakan titik permulaan dan
perintis dalam membawa kepada proses kemerdekaan Tanah Melayu.
1.2.4.1 Kerjasama peringkat awal
1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC)
ditubuhkan pada Januari 1949. Tujuannya untuk mewujudkan persefahaman antara
kaum. Persefahaman sangat penting bagi membentuk perpaduan dan mengelakkan
sebarang pertelingkahan kaum yang menggagalkan kerjasama ke arah berkerajaan
sendiri.
2. Rundingan CLC – UMNO
CLC telah mengadakan beberapa rundingan dengan UMNO dan berlangsung selama
2 tahun. Dalam rundingan tersebut, UMNO telah mengemukakan
memorandumnya untuk mempertahankan ketuanan Melayu, namun CLC menolak
tuntutan tersebut.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
71
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Walau bagaimanapun, akhirnya satu kompromi berjaya dicapai antara UMNO dengan
CLC dengan beberapa perkara penting telah dipersetujui. Perkara-perkara tersebut
merangkumi : Majlis
kerakyatan Persekutuan bagi bukan Melayu dilonggarkan
orang Melayu diberikan bantuan dari segi ekonomi dan pendidikan
setiap proses pilihan raya harus diadakan daripada peringkat
Bandaran, Negeri dan sehinggalah ke peringkat Majlis Perundingan
Persekutuan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
72
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2.4.2 Kerjasama melalui penubuhan parti politik
Bagi merealisasikan perpaduan kaum, beberapa buah parti politik telah ditubuhkan.
Antaranya seperti Independence Of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara. British, IMP
dan Parti Negara telah mengadakan Konferensi Nasional pada bulan Februari 1954.
UMNO, MCA dan MIC pula telah bekerjasama menubuhkan Parti Perikatan melalui
usaha Tunku Abdul Rahman. Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) juga pada peringkat
awal cuba bekerjasama dengan UMNO dalam Konvension Nasional pada bulan
Ogos 1954. Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional menjadi medan
perbincangan pelbagai parti politik untuk mencari penyelesaian bagi merealisasikan
perpaduan kaum. Persidangan itu juga telah membincangkan kepentingan
mengadakan pilihanraya.
1.2.4.3 Penyatuan kaum melalui pendidikan
Sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum merdeka bersifat perkauman dengan
kewujudan sekolah vernakular Melayu, vernakular Tamil,vernakular Cina dan sistem
aliran Inggeris. Perbezaan 5 aliran ini menyebabkan perbezaan politik, ekonomi
dan sosial sehingga menyulitkan usaha perpaduan etnik. Justeru beberapa siri
Laporan Pelajaran telah dikeluarkan antaranya ialah Laporan Pelajaran yang
mencadangkan pewujudan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang seragam di semua
sekolah dengan penggunaan sukatan pelajaran dan bahasa kebangsaan yang sama.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
73
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Hasilnya lahirlah Laporan Barnes 1951 sebagai asas untuk menyeragamkan
sistem pendidikan di Tanah Melayu. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah manakala bahasa Inggeris di sekolah
menengah. Laporan Feen-Wu 1951 telah menolak cadangan tersebut sebaliknya
menuntut bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina. Seterusnya
lahirlah Ordinan Pelajaran 1952 yang menerima cadangan Laporan Barnes. Laporan
Razak 1956 juga menerima cadangan Laporan Barnes tetapi lebih bertolak ansur.
Laporan Barnes membenarkan bahasa vernakular diguna pakai setelah 10 tahun
merdeka tetapi sebelum itu, semua sekolah wajib menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Hasil persetujuan tersebut maka semangat perpaduan mula
disemai pada peringkat sekolah. Seperti yang dijanjikan, selepas 10 tahun mencapai
kemerdekaan, sekolah vernakular kembali dibenar menggunakan bahasa vernakular
masing-masing.
1.2.4.4 Penubuhan Sistem Ahli (Member System) 1951
Penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh British dan
Raja-raja Melayu. Sistem Ahli merupakan kabinet bayangan yang diperkenalkan untuk
melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu serta
meneruskan semangat perpaduan. Keahlian awal terdiri daripada 3 pemimpin UMNO,
1 pemimpinMCA, 1 pemimpin MIC dan 4 pegawai British. Pelantikan dibuat
Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ahli-ahlinya
berperanan seperti menteri yang memegang portfolio-portfolio tertentu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
74
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Keahlian seterusnya telah bertambah kepada 10 orang.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
75
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2.4.5 Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
1. Memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mereka
mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu serta
mengelakkan pengaruh Parti Komunis Malaya.
2. Kelonggaran syarat dibuat pada 2 peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan
peringkat negeri.
3. Pada peringkat persekutuan, syarat kerakyatan dilonggarkan melalui 3 cara iaitu :
4. Pada peringkat negeri, syarat kerakyatan dilonggarkan melalui 2 cara iaitu :
Secara kuat kuasa undang-undang
i. Orang Asli di negeri-negeri Melayu.
ii. Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu.
iii. Bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada
ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
76
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Secara permohonan
i. Mencapai umur 21 tahun,
ii. Dilahirkan di negeri itu,
iii. Berkelakuan baik,
iv. Mengangkat sumpah setia kepada Raja
v. Melepaskan kewarganegaraan asal.
5. Kelonggaran syarat kerakyatan ini mezahirkan kewujudan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
1.2.4.6 Kerjasama etnik melalui penubuhan Parti Perikatan
Penyatuan UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan telah menzahirkan perpaduan
antara etnik. Dengan mendapat sokongan British, Parti Perikatan telah berjaya
mewujudkan suasana politik yang stabil dan dapat menjaga kepentingan
ekonomi persekutuan Tanah Melayu. Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP) Tahun 1955, Parti Perikatan telah menggunakan manifesto yang
sama.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
77
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2.5 Rundingan Kemerdekaan
Pada bulan Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan
menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk
merundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada
Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan Lennox-Boyd.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
78
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara iaitu:
i) Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin.
ii) Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baru
Tanah Melayu.
Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan bagi membolehkan usaha ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta
supaya rundingan kemerdekaan tidak diadakan dengan wakil-wakil Parti Perikatan
sahaja, tetapi turut melibatkan wakil raja-raja Melayu. Pada bulan November 1955,
wakil raja-raja Melayu dan Parti Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai
kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:
i. Kawalan Kewangan.
ii. Perlantikan rakyat tempatan untuk mengetuai jabatan-jabatan kerajaan.
iii. Keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan.
Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa
kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada 1 Januari 1956, Rombongan
Kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada empat orang wakil
raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke
London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat
kemerdekaan Tanah Melayu (Ruslan Zainuddin:2005).
Nama Jawatan
i. Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz Menteri Besar Perak
(Ketua) Dato’ Panglima Bukit Gantang).
ii. Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud Menteri Besar Kelantan
iii. Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Menteri Besar Johor
Said Menteri Besar Selangor
iv. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid
Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku setiausaha rombongan
Wakil Raja-Raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan 1956
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
79
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh
Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan Lennoxz Boyd. Rundingan itu
yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8 Febuari 1956 berjaya mencapai beberapa
persetujuan iaitu:
i. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957 seperti tarikh yang diminta oleh Tanah Melayu. Selepas merdeka,
Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan Komanwel dengan
mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.
ii. Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri
Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri
Perdagangan.
iii. Pihak British dibenarkan menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.
iv. Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah
Melayu.
Nama Jawatan
1. Tunku Abdul Rahman Putra Ketua Menteri
Menteri Pelajaran
(Ketua) Menteri Tanah dan Galian
2. Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Menteri Pengangkutan
Hussien
3. Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman
4. Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)
T.H. Tan ( Setiausaha Parti Perikatan) selaku setiausaha rombongan
Wakil Parti Perikatan dalam Rombongan Kemerdekaan 1956
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
80
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.2.5.1 Penubuhan Suruhanjaya Reid
Pada bulan 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan
dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai (Britain), Sir William McKell (Australia),
Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat
beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak iaitu orang
perseorangan, pertubuhan politik, kesatuan sekerja dan persatuan yang mewakili
kepentingan golongan tertentu dalam masyarakat (Ruslan Zainuddin:2005).
Suruhanjaya itu juga menerima 131 memorandum secara bertulis daripada pelbagai
pihak termasuk memorandum Parti Perikatan dan raja-raja Melayu. Memorandum
Perikatan merupakan satu bentuk pakatan murni, hasil rundingan dan tolak ansur
antara UMNO, MCA dengan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah
Melayu.`Pakatan murni’ itu mengandungi dua perkara penting iaitu mengekalkan empat
unsur tradisional dalam perlembagaan;
“…bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta hak untuk menjadi warganegara
berasaskan prinsip jus soli kepada kaum bukan Melayu (Ruslan
Zainuddin:2005)”
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
81
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Suruhanjaya Reid mengadakan 118 mesyuarat antara bulan Jun sehingga
Oktober 1956 untuk mengkaji dan mengambil kira pandangan serta maklum balas
daripada semua pihak. Pada bulan Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan
yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid.
SURUHANJAYA REID
Keanggotaan Tujuan
Pengerusi: Mengubal satu
Lord Reid (Britain) perlembagaan
Ahli-ahli Suruhanjaya: baharu bagi
Sir Ivor Jennings (Britain) Persekutuan
Sir William McKell (Australia) Tanah Melayu
Hakim B. Malik (India) yang merdeka
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Keanggotaan dan bidang tugas Suruhanjaya Reid
1.2.5.2 Ciri-ciri Perlembagaan 1957
Terdapat empat ciri utama dalam struktur kerajaan yang dicadangkan, iaitu:
1. Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong
(YDPA) yang dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu. Baginda
memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.
2. Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang
dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai suara terbanyak dalam Dewan
Rakyat. Perdana Menteri akan menubuhkan kabinet yang menjadi badan
tertinggi dalam mengubal dasar-dasar kerajaan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
82
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
3. Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri
daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104
orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh selama lima tahun.
Dewan Negara mengandungi 38 orang ahli dan mereka berkhidmat enam tahun.
4. Ketua perlembagaan di peringkat negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri
mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk
tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau
Ketua Menteri. (Nazaruddin Mohd Jali : 2004)
Cadangan soal pemberian taraf kewarganegaraan pula dibuat berasaskan perkara-
perkara berikut:
a) Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari merdeka.
b) Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas hari merdeka.
c) Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah
bermastautin selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur
dalam bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
d) Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan
tetapi telah bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu dan
boleh bertutur dalam bahasa Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.
e) Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang memiliki
kerakyatan Komanwel.
Cadangan peruntukan tentang bahasa adalah :
i. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran
dan penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak
dilarang.
ii. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat
Undangan dan mahkamah atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh 10 tahun
selepas merdeka. (Ruslan Zainuddin : 2004)
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
83
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Dalam soal berhubung agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu,
terdapat 2 peruntukan iaitu :
1. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan.
2. Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung
dengan pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan
awam dan perkhidmatan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen
perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan. (Ruslan Zainuddin : 2004)
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
84
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA (GAGASAN MALAYSIA)
Pembentukan Malaysia atau Gagasan Malaysia adalah tentang penubuhan sebuah
negara yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei. Penyatuan bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran
dan keselamatan serta kerjasama antara wilayah dalam bidang ekonomi, politik dan
sosial. Gagasan Malaysia juga bermaksud semua wilayah yang menyertai Malaysia
bersama-sama mengekang dan melumpuhkan anasir komunis.
Dalam proses pembentukannya, gagasan ini menghadapi pelbagai rintangan
dari dalam dan luar negara. Pelbagai langkah telah dimulakan secara kronologi
dengan teliti serta meninjau pendapat dan kehendak rakyat wilayah yang terlibat
dalam pembentukan Malaysia. Akhirnya pada 16 september 1963 Malaysia berjaya
diisytiharkan dan perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani. Penarikan diri
Brunei menyaksikan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak. Namun pada tahun 1965 Singapura disingkirkan dari Malaysia,
maka kekallah Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
sahaja sehingga kini.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
85
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.3.1 Peranan Tunku Abdul Rahman
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan oleh Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut
berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan
Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk
mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan
Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan
Sarawak.
Dalam ucapannya pada majlis itu Tunku berkata;
"Lambat laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain
dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei, dan Sarawak.
Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara
bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat
dielakkan bagaimana kita perlu mencapai objektif ini dan
memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat
dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat."
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
86
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Idea gagasan Malaysia ini dilahirkan atas kesedaran Tunku bahawa Tanah
Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan,
terutama dalam menghadapi sebarang persaingan pada peringkat antarabangsa.
Cadangan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah
terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan
pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
1.3.2 Faktor-Faktor Pembentukan Gagasan Malaysia
1.3.2.1 Mengelak ancaman dan pengaruh komunis
Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara terutama Singapura,
membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula
menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu
Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis
semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis
yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Kekalahan calon PAP di tangan parti yang dipengaruhi komunis dalam dua
pilihanraya kecil kawasan di Singapura membuktikan bahawa komunis mula
mengembangkan pengaruhnya. Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson
memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini
membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai
oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu.
Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia mampu menyekat pengaruh
komunis daripada merebak ke Tanah Melayu dan wilayah lain sekitarnya.
1.3.2.2 Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Menerusi penubuhan Malaysia, wilayah-wilayah seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
87
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Hal ini memandangkan wilayah-wilayah berkenaan masih lagi berada di bawah
penjajahan British semasa cadangan gagasan Malaysia ditimbulkan. Sabah dan
Sarawak jika menyertai Malaysia akan diletakkkan dalam status negeri jajahan,
manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Dalam perancangan, penubuhan Malaysia akan direalisasikan dalam tempoh
dua tahun. Sabah dan Sarawak jika cuba untuk mencapai kemerdekaan secara
berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam
tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Oleh itu, jika kedua-duanya dengan menyertai
Malaysia, kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam
pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun
Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk
merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang
kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British sebenarnya
tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun
dalam masa lima tahun. Justeru Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan
Sarawak ke dalam Malaysia kemerdekaan dua wilayah itu dapat dipermudahkan dan
dipercepat. Pengaruh komunis juga dapat dikekang lebih awal sebelum ideologi itu
bertapak kukuh.
Malah sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada Sabah dan Sarawak, pihak
British sendiri khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis, menyebabkan
British hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Selain
Malaysia, Filipina dan Indonesia juga berminat untuk bersatu dengan Sabah, Sarawak
dan Brunei.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
88
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.3.2.3 Perkongsian faedah ekonomi
Melalui penubuhan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan
kerjasama ekonomi dan perdagangan bagi faedah bersama. Secara tidak langsung,
negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-
negara anggota yang mundur dan kekurangan sumber ekonomi, sekali gus dapat
meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih
daif ekonominya. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula berupaya menjadi
penyumbang kepada wilayah-wilayah yang mundur tersebut kerana Tanah Melayu kaya
dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya, manakala
Singapura pula kaya dengan hasil pelabuhannya. Malah Singapura sendiri akan lebih
selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Malaysia.
1.3.2.4 Membela masyarakat Bumiputera Sabah & Sarawak
Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di dua
wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu,
terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-
wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat
dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya
pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut bergabung dalam Malaysia,
layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Malahan Tunku berjanji untuk memaktubkan kedudukan dan keistimewaan Bumiputera
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selain ekonomi, sistem perhubungan di Sabh dan Sarawak juga daif. Infrastrukturnya
masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara dan sangat sukar untuk
mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan
Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada
kerajaan British sedangkan orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi
perhatian. Justeru tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan
pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi dalam kalangan orang luar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
89
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini
membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
1.3.2.5 Menjaga kepentingan dan hak Bumiputera Sabah & Sarawak
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan
wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad
kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja
bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Hal ini kerana Singapura
mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja,
bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%.
Anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960 menunjukkan orang Melayu
adalah kira-kira 50% dan orang Cina pula adalah 36.9% daripada populasi penduduk.
Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera
termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Hal ini
bermakna untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,
kemasukkan Sabah dan Sarawak sangat penting bagi menjadikan kumpulan Melayu
dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
1.3.3 Reaksi wilayah-wilayah yang terlibat
1.3.3.1 Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan gagasan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada parti-parti
politik di negeri-negeri Melayu. Penduduk Tanah Melayu secara umumnya menerima
prinsip gagasan Malaysia walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang cara
pelaksanaannya. Sebagai contoh, parti PAS menyokong idea pembentukan Malaysia
tetapi juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
90
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.3.3.2 Singapura
Ketua Menteri Singapura pada ketika itu, Lee Kuan Yew menyokong gagasan Malaysia
ini kerana Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekang pengaruh komunis, sekali gus
dapat meneruskan kekuasaan parti PAP di Singapura. Selain ancaman komunis dapat
dikawal, perkembangan ekonomi Singapura akan menjadi lebih pesat, malah Singapura
boleh mendapatkan kemerdekaan dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan
Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Justeru pada 1 September 1962, Lee
Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara yang dikenali sebagai Referendum
Singapura. Pungutan suara ini bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura
mengenai penyertaan Singapura ke dalam Malaysia. Keputusan referendum
menyaksikan 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penyertaan Singapura ke
dalam Malaysia. Singapura beriya-iya mahu menyertai Malaysia kerana melalui
gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, malah Singapura diberikan
kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan. Singapura juga
mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
1.3.3.3 Sabah dan Sarawak
Para pemimpin Sabah dan Sarawak pada mulanya terkejut dengan cadangan Tunku
Abdul Rahman, Mereka lantas membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bertujuan
menentang gagasan Malaysia.
Pemimpin-pemimpin tersebut terdiri daripada Ong Kee Hui (SUPP), Temenggung
Jugah Anak Baring (PANAS), Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan Donald Stephen
(ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang penyertaan Sabah dan
Sarawak ke dalam Malaysia kerana bimbang Sabah dan Sarawak akan dikuasai
sepenuhnya oleh Tanah Melayu dan kedudukan politik anak tempatan akan terjejas.
Mereka juga bimbang imej wilayah dan kaum masing-masing akan lenyap. Golongan
peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan
Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi
kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut
menentang gagasan Malaysia.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
91
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Bantahan mereka disuarakan melalui parti seperti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
dan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO). Pemimpin di kedua-dua negeri
menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah
Melayu dan menggantikan penjajahan British.
Bagi meleraikan segala kebimbangan dan salah faham pemimpin dan rakyat
Sabah dan Sarawak, Tunku Abdul Rahman pada bulan Jun 1961, berangkat ke sana
untuk bertemu mereka. Susulan daripada itu, satu persidangan Persatuan Parlimen
Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan
Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang
konsep dan tujuan sebenar gagasan Malaysia serta faedah yang akan diperoleh oleh
wilayah-wilayah yang menyertai. Hasilnya Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM) pula ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak
mengenai gagasan ini untuk diberikan perhatian. Akhirnya selepas melawat Tanah
Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman, pada bulan Ogos 1961, Abang
Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia, disusuli sokongan
oleh Donald Stephen dan Dato’ Mustapha.
1.3.3.4 Brunei
Di Brunei, idea gagasan Malaysia ditentang hebat oleh A.M Azahari, pemimpin Parti
Rakyat Brunei. A.M Azahari lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara
yang melibatkan Brunei, Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimantan
Utara. Azahari berpendapat bahawa pembentukan Malaysia cuma satu helah dasar
‘neokolonialisme’ British yang mahu mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah
yang pernah dijajah oleh mereka. Dengan cara itu British mendapat jaminan
keselamatan dan penguasaan ekonomi mereka. Justeru Azhari menentang sekeras-
kerasnya penyertaan Brunei ke dalam Malaysia kerana khuatir Brunei akan kehilangan
sebahagian besar kekayaannya apabila menyertai gabungan tersebut. Penentangan
Azhari mendapat bantuan daripada Filipina dan Indonesia yang juga menentang
gagasan Malaysia.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
92
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.3.4 Proses Pembentukan
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukan Malaysia ini sebenarnya
sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi
sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi
memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak.
1.3.4.1 Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)
Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK)
cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat
ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil
peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak
dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama dalam
kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
93
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh
wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam jemputan Tunku untuk menyertai
Malaysia. Donald Stephens telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.
Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana
ketidaksediaaan Brunei menyertai gagasan Malaysia.
Secara amnya, jawatankuasa MSCC ini berfungsi untuk menerangkan dengan
lebih jelas akan konsep Malaysia kepada rakyat semenanjung, penduduk penduduk
Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk tujuan ini, jawatankuasa MSCC telah mengumpul
dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia.
Keterangan-keterangan dan perbincangan dilaksanakan dengan lebih giat untuk
menyegerakan rancangan pembentukan Gagasan Malaysia ini.
Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat
daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan
jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu
pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada
18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di
Singapura pada 1 Februari 1962.
Dalam perjumpaan-perjumpaan itu, pelbagai usaha telah usaha yang
dilaksanakan. Ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul
Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan
peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan
pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
94
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
1.3.4.2 Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan
setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan
kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada
16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama
ketuanya, iaitu Lord Cobbold, seorang bekas Gabenor Bank England. Ahli-ahli
suruhanjaya lainnya terdiri daripada Anthony Abell serta David Waterson yang
(mewakili kerajaan British), dan Dato’ Wong Pow Nee serta Tan Sri Mohd. Ghazali
Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju
bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan
wilayah-wilayah lain) ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak
faedah diperoleh rakyat egara yang terlibat. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold
adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan
membuat syor-syor berbangkit setelah menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19
Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut,
Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 kali perjumpaan di 35 buah tempat (20
tempat di Sarawak dan 15 tempat di Sabah). Suruhanjaya Cobbold juga telah menemui
lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan penduduk Sabah
dan Sarawak. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat
atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka.
Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih
kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak) memorandum yang
dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis
Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-
pemimpin agama mahupun orang perseorangan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
95
PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)
________________________________________________________________________________________________________
Daripada keseluruhan tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini,
jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili
sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan
kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan
suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera.
Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi
kepada tiga golongan iaitu:
a) 1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
b) 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
c) Separuh daripada baki 1/3 lagi mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung
manakala separuh lagi mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang
menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.
1.3.4.3 Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk
merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah
jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh
Lord Landsdowne yang bertindak sebagai pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein
sebagai timbalan pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil Sarawak,
Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya melibatkan
permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada
parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1
96