The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juliana, 2021-06-28 20:45:06

UNIT 1: SEJARAH & POLITIK

NOTA

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat
oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan
yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara
yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali
Sabah dan Sarawak.

b) Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi
kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa
Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke
dalam persekutuan.

c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan
negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan
pusat. Hal untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan
Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.

d) Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak masih dikekalkan sehingga Majlis
Negeri membuat pindaan.

e) Sabah diberikan 24 kerusi Parlimen, Sarawak 16 kerusi parlimen dan Singapura
15 kerusi parlimen.

1.3.4.4 Referendum Singapura
Seperti Sabah dan Sarawak, pemimpin Singapura diketuai Lee Kuan Yew juga
mendapatkan pandangan dan buah fikiran rakyatnya sebelum menyertai Malaysia.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

97

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Singapura telah mengadakan satu pungutan suara yang dipanggil sebagai Referendum
Singapura bagi meninjau pendapat, mendapatkan kepastian dan pendirian daripada
penduduknya berhubung penyertaan tersebut. Secara keseluruhan, pungutan suara ini
bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia,
tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti
politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian
mereka juga perlu diambil kira. Soal menolak penggabungan sudah tidak wujud,
sebaliknya soal penyertaan ke dalam Malaysia itu yang perlu dibincangkan dan
diputuskan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

98

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :

i) Pilihan A
Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada
bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).

ii) Pilihan B
Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu
(secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).

iii) Pilihan C
Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini (secara
keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).

Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962. Namun Barisan
Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Kedua-duanya telah memulaukan pungutan suara dengan membuang
undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi
menyokong pembentukan Malaysia.

Penganalisis sejarah mendakwa rakyat Singapura menyokong Gagasan
Malaysia ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada
kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan.

Pemimpin PAP juga berjaya menykinkan penduduknya bahawa perdagangan
antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman
komunis pula dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

99

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju
untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh
kerajaan Singapura sendiri.

1.3.5 Isu Brunei, Indonesia & Singapura

1.3.5.1 Brunei
Brunei yang sebelumnya termasuk dalam wilayah cadangan pembentukan Malaysia
telah menarik diri. Selain A.M Azhari pemimpin Parti Rakyat Brunei, Sultan Omar Ali
Saifuddin juga tidak bersetuju menyertai Malaysia. Baginda membatalkan rancangan
kemasukan Brunei dalam Malaysia kerana beberapa tuntutan baginda tidak
dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu :-

i. menuntut 10 kerusi dalam parlimen
ii. menguasai semua hasil minyak
iii. memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat awal
iv. mengekalkan semua pelaburannya
v. mengekalkan kadar percukaian yang rendah
vi. meneruskan program pendidikan dan kebajikan
vii. menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
viii. meminta agar kekuasaan sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja dikira

daripada tarikh baginda menjadi sultan dan bukannya tarikh kemasukan
Brunei ke dalam Malaysia

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

100

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Sultan Omar Ali Saifuddin
Tuntutan paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke
atas hasil minyak negerinya. Walaupun permintaan telah dipersetujui oleh Tunku Abdul
Rahman tetapi sultan tetap mengambil keputusan untuk tidak menandatangani
perjanjian Malaysia. Hal ini kerana soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan
secukupnya.

Seterusnya, selain baginda sultan, A.M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei
telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Mesyuarat Undangan Negeri
Brunei bagi menyatakan bantahan terhadap penyertaan Brunei ke dalam Gagasan
Malaysia. British tidak melayan bantahan tersebut sebaliknya menangguhkan
perbincangan memorandum. Hal ini membangkitkan kemarahan Parti Rakyat Brunei.
Kemuncaknya ahli-ahli Parti Rakyat Brunei telah mencetuskan pemberontakan
bersenjata pada 8 Disember 1962 ke atas kerajaan Brunei sendiri. Indonesia pula
secara terang-terangan menyokong tindakan Parti Rakyat Brunei. Parti Komunis
Indonesia (PKNI) pula telah menghantar bantuan bagi membantu Parti Rakyat Brunei
menentang kerajaan Brunei dan British. Walau bagaimanapun, pemberontakan tersebut
berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan kerajaan British dan
Persekutuan Tanah Melayu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

101

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Akibat daripada pemberontakan itu, Tunku Abdul Rahman berpendapat kemasukan
Brunei boleh menimbulkan masalah politik. Justeru, penyertaan Brunei ke dalam
Malaysia akhirnya dibatalkan.

1.3.5.2 Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan Indonesia
juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah Melayu itu dan
mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Menteri luar Indonesia, Dr
Subandrio pernah menyatakan dalam akhbar New York Times pada 13 November 1961
bahawa Indonesia tidak menghalang penubuhan Malaysia tetapi sokongan mereka
tidak akan kekal lama.

Tidak lama kemudian sikap kerajaan Indonesia mula berubah lalu mengecam
gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Perubahan
sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) sehingga
mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrantasi terhadap Malaysia dari segi
ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia” (Ruslan
Zainuddin : 2005). Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili kuasa-kuasa
neokolonialisme British. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa
kepada pencerobohan tentera (Ganyang Malaysia) di Tanah Melayu, Singapura, Sabah
dan Sarawak. Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan
diplomatik dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah
mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia
(Nazaruddin Mohd Jali : 2004).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

102

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan
kuasa antara Parti Komunis Indonesia dengan Tentera Nasional Indonesia. Presiden
Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah
berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia
diketua panglima tenteranya yakni Jeneral Soeharto telah menumpaskan PKI,
menggulingkan Presiden Soekarno dan mengambil alih pemerintahan Indonesia pada
bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka perdamainan antara Indonesia
dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar
Indonesia) telah berunding dan menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi
memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

103

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Soeharto

1.3.5.3 Singapura
Sebelum pembentukan Malaysia lagi Lee Kuan Yew menegaskan walaupun Singapura
bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman
tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura sendiri. Hal ini
bagi memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.

Pada 23 Ogos 1961 , mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan
Persekutuaan Tanah Melayu dan mencapai persetujuaan atas beberapa perkara.
Antara perkara tersebut ialah menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan
keselamatan menjadi tanggungjawab persekutuan. Walau bagaimanapun soal
pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura.
Perkara ini juga menjadi bidang kuasa Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri
Melayu. Semua perkara tersebut termaktub dalam kertas putih dan diisyhtiharkan
secara rasmi pada bulan November 1961. Selain itu, jumlah perwakilan Singapura yang
masuk ke dalam Dewan Rakyat telah ditetapkan seramai 15 orang.

Setelah 2 tahun Singapura berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu
dan Singapura mula menjadi tegang. Hal ini kerana banyak perselisihan faham telah
timbul antara kerajaan Singapura dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

104

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Antara isu yang menjadi perbalahan dan perbahasan hangat ialah soal ekonomi, parti
dan perkauman. Bagi aspek ekonomi, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
telah sepakat untuk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan secara bersama-
sama. Sebagai contoh dalam isu barang-barang yang dihasilkan dalam negara mestilah
untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dieksport ke luar negara. Keuntungan yang
diperoleh akan dikongsi bersama-sama. Namun apabila Malaysia ditubuhkan, tidak
banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini mengecewakan Singapura.

Dalam soal parti dan perkauman, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin
oleh Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN di bawah pimpinan Tunku
Abdul Rahman. PAP cuba untuk menarik perhatian kaum Cina kerana mendakwa MCA
tidak mampu untuk membangun dan memajukan orang Cina. Kempen ini telah
dijalankan oleh PAP sehingga pergerakkan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan
ke atas hak istimewa orang Melayu. Dalam hal ini, PAP seakan-akan melupakan
pengorbanan orang Melayu yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang
bukan Melayu. Keadaan ini juga telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Singapura memperjuangkan persamaan hak dan
kempen ‘Malaysia untuk orang Malaysia’ yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Untuk
merealisasikan cita-cita ini, Singapura telah membentuk ‘United Opposition Front’ yang
kuat memperjuangkan konsep persamaan hak dan ‘Malaysia untuk orang Malaysia’.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan,
namun tidak berjaya. Akhirnya, pada bulan Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah
mengadakan sidang parlimen mengejut dan mengumumkan Singapura disingkirkan
daripada Malaysia.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

105

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.4 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yakni Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan
Agong (YDPA) berperanan sebagai Ketua Negara. Sebagai pelengkap kepada
pembentukan negara, Perlembagaan Persekutuan telah digubal dan menjadi punca
kuasa serta sumber perundangan utama negara. Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan struktur pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran negara yang
meliputi badan perundangan (Legislatif), badan eksekutif (Pentadbiran) dan badan
kehakiman (Judisiari) serta peranan kerajaan negeri dan hubungannya dengan
kerajaan pusat.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

106

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Bab ini menghuraikan beberapa unsur utama dalam sistem dan struktur
pemerintahan di Malaysia yang diamalkan sejak era selepas kemerdekaan sehingga
hari ini. Perkara yang dihuraikan termasuk komponen utama dalam sistem
pemerintahan, pembentukan kerajaan dan tanggungjawab pemerintah. Keterangan
yang terperinci berkaitan komponen utama dalam sistem kerajaan Malaysia seperti
YDPA, badan pentadbiran, badan perundangan dan badan kehakiman turut diberikan.

1.4.1 Doktrin Pengasingan Kuasa
Konsep doktrin pengasingan kuasa ini merupakan idea yang dikemukakan seorang
pemikir barat iaitu John Locke dan dikembangkan oleh Montenquieu, seorang ahli
falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18 (Syed Ahmad Hussein : 1994).
Montenquieu mengutarakan bahawa doktrin pengasingan kuasa ialah pembahagian
kuasa kepada tiga badan bebas iaitu badan perundangan (legislative), kehakiman
(judiciary), dan eksekutif (executive).

Doktrin pengasingan kuasa merupakan prinsip atau kepercayaan mengenai
pemerintahan berperlembagaan yang mengesyorkan pengasingan kuasa dan fungsi
pemerintahan ketiga-tiga badan tersebut agar tidak tertumpu kepada seseorang
individu atau sesebuah lembaga sahaja. Pengasingan kuasa ini perlu bagi menjamin
kuasa pemerintahan tidak bersifat mutlak oleh mana-mana pihak.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

107

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Pengasingan kuasa bermakna kelainan fungsi yang dijalankan oleh badan atau
institusi tertentu, mengikut bidang kuasa masing-masing dan tidak bertindih.

Badan perundangan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan meminda
undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Dengan kata lain,
badan ini bertanggungjawab untuk membuat peraturan-peraturan yang akan
diamalkan oleh sesebuah negara. Institusi ini juga mempunyai kuasa untuk menyelia
segala tindakan pemerintah atau raja agar mematuhi kehendak dasar yang diluluskan
oleh dewan perundangan. Namun badan ini tidak boleh menyerapkan kuasanya
kepada badan lain.

Badan pentadbiran atau eksekutif ialah badan yang menjalankan kuasa dan
mengamalkan undang-undang yang diluluskan oleh dewan perundangan. Badan ini
menguatkuasakan segala keputusan badan kehakiman yang mungkin memberi
keputusan yang bertentangan dengan kehendak badan eksekutif itu sendiri mahupun
badan perundangan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

108

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Ketiga ialah badan kehakiman yang menjatuhkan hukuman yang setimpal
dengan kesalahan dan memberikan keputusan yang muktamad. Badan kehakiman
akan berpandukan undang-undang yang diluluskan oleh dewan perundangan atau
berpandukan perlembagaan negara semasa menjalankan tugas mereka. Selain itu,
badan kehakiman juga mempunyai kuasa untuk mengawal badan eksekutif dan badan
perundangan. Dalam hal ini, badan kehakiman dapat menjatuhkan hukuman ke atas
para pegawai pemerintah termasuk eksekutif negara yang tidak menjalankan tugas
dengan sempurna atau jika didapati menyeleweng daripada tugasnya yang telah
ditetapkan di dalam perlembagaan.

1.4.1.1 Amalan Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia berbeza dengan doktrin asal. Amalan doktrin
pengasingan kuasa di Malaysia menekankan kuasa secara relatif (kebergantungan)
antara ketiga-tiga badan bebas tersebut. Situasi ini memberi ruang dan peluang
kepada badan-badan ini untuk bergerak bebas di samping mempunyai peranan
tersendiri. Dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, Perlembagaan Persekutuan
telah mengasingkan badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman
(judiciary) dalam sistem pemerintahan negara.

Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting mengenai pengasingan kuasa
ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang,
menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

109

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Hal Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan
yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa
sebarang pertindihan. YDPA merupakan Ketua Negara yang berkuasa bagi ketiga-tiga
badan tersebut.

Doktrin ini juga menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang
hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-
badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah
hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara sahaja dan tidak boleh membuat
undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan
kehakiman yang hanya dibenarkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh
membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin
pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa dalam tangan mana-
mana pihak.

Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia
mengandungi ketiga-tiga badan dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan,
badan pentadbiran dan badan kehakiman.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

110

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Kuasa tertinggi bagi ketiga-tiga badan itu terletak pada YDPA sebagai Ketua
Negara dan juga merupakan ketua kepada ketiga-tiga badan itu. Menurut
Perlembagaan Malaysia, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan
juga kuasa perundangan.

Dari segi perundangan, Bab 4 Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan
meletakkan kuasa legislatif persekutuan pada Parlimen yang ditunjangi tiga komponen
penting iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam hal ini, fungsi YDPA
dan dua dewan tersebut, sifat anggotanya adalah berlainan orang dan
memperlihatkan ciri pengasingan kuasa dan kawalan dalam meluluskan satu-satu
undang-undang itu. Pentadbiran perundangan pada peringkat persekutuan lazimnya
diletakkan di bahu Perdana Menteri, ahli-ahli kabinet serta ahli-ahli Parlimen yang
terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Pada peringkat kerajaan negeri
pula, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ahli Dewan Undangan Negeri
menjalankan tugas pentadbirannya. Ini merupakan satu lagi contoh doktrin
pengasingan kuasa dalam aspek perundangan di Malaysia.

1.4.2 Peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja
Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang memerintah mengikut kuasa yang
diberikan kepada YDPA oleh perlembagaan. Baginda harus bertindak atas nasihat
kabinet atau jemaah menteri yang bertindak di bawah kuasa am kabinet (biasanya
Perdana Menteri). Sebagai ketua negara Malaysia, YDPA berada di puncak ketiga-
tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. YDPA mempunyai
keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam
perbicaraan mana-mana Mahkamah. Baginda bebas daripada menyebelahi mana-
mana pihak atau parti politik dan merupakan lambang kedaulatan, perpaduan negara
serta memayungi rakyat tanpa mengira keturunan, agama dan bangsa.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

111

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.4.2.1 Yang di-Dertuan Agong (YDPA)

Perkara 181, Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus
berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada YDPA.
YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang
dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Baginda mempunyai kuasa mengatasi segala orang
dalam persekutuan dan tidak boleh di dakwa di mana-mana mahkamah kecuali
Mahkamah Khas yang dianggotai raja-raja sahaja. YDPA memegang jawatan selama
lima tahun tetapi baginda boleh meletak jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan
dan boleh dipecat daripada jawatan YDPA oleh Majlis Raja-Raja.

Jawatan YDPA diwujudkan pada tahun 1957 dan merupakan satu-satunya
jawatan seumpama itu di dunia ini. Seorang raja berperlembagaan memegang
jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik secara turun-temurun seperti di negari-
negari yang mengamalkan sistem beraja (Ruslan Zainuddin : 2010).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

112

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Sebagi ketua tertinggi negara, YDPA mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang
ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga
cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

a) Kuasa Eksekutif
Fasal 39, perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada YDPA. Walaupun terdapat
beberapa pengecualian dalam perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan YDPA,
secara lazim baginda menerima nasihat dari kabinet atau lebih khusus, Perdana
Menteri. Baginda juga walaupun bertindak atas nasihat kabinet atau menteri atau
selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain
kabinet), boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi perlembagaan iaitu:

i. melantik seorang Perdana Menteri.
ii. bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
iii. meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan memutuskan
apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

b) Kuasa Perundangan
Kuasa perundangan persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi
YDPA dan dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. YDPA sebagai ketua
Parlimen mempunyai kuasa berikut:

i. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
ii. Menghentikan sidang Parlimen
iii. Membubarkan Parlimen.
iv. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
v. Memperkenankan kelulusan Rang Undang-Undang.

YDPA juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta
mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

113

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

c) Kuasa Kehakiman
YDPA mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab
YDPA ialah :

i. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah
dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

ii. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas
berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu
langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi).

iii. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun.
Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah
mencapai umur 65 tahun.

iv. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau
Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, boleh
mengemukakan laporan kepada YDPA untuk menyingkirkan seorang hakim
Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu. Selepas menerima laporan itu,
YDPA akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin
atas cadangan tribunal itu maka seseorang hakim itu boleh disingkirkan
jawatannya. Dalam hal ini, YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda
untuk menerima atau menolak cadangan tribunal dan mengekalkan jawatan
hakim tersebut.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

114

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

v. YDPA mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan boleh
mengeluarkan perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa satu darurat
besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau
ketenteraan awam dalam persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

vi. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan
Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan
yang menetapkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.
Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi
Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama
Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan
kepada Yang Dipertua Negeri.

d) Fungsi-fungsi lain YDPA
 Pemerintah tertinggi angkatan bersenjata.
 Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman
bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan
yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
 Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
 YDPA adalah sumber penghormatan dan kebesaran.
 YDPA berfungsi dalam bidang diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di
luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.
 Menghadiri pelbagai majlis dan acara-acara penting dalam dan luar negara.

e) Larangan terhadap YDPA
Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA semasa
memegang jawatan. Antara perkara tersebut ialah:
i) Tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan
ii) Tidak boleh memegang jawatan bergaji

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

115

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

iii) Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas
hari kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja atau kerana membuat
lawatan rasmi ke sebuah negara lain;

iv) Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen dari negeri yang baginda
menjadi Raja

v) Tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Raja negerinya kecuali tugas-
tugas sebagai Ketua Agama Islam, tugas-tugas melibatkan pindaan
perlembagaan dan pelantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku
Raja.

1.4.2.2 Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1948 dengan
wujudnya Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan
mengikut Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Fungsi dan tugas-
tugasnya adalah mengikut Jadual Ke-5, Perlembagaan Persekutuan. Majlis Raja-Raja
menjadi badan rasmi bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri
bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperoleh nasihat daripada Majlis
Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak
pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal
agama Islam di Malaysia.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

116

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang
di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia
(DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan
dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang
ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai
penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua
Negeri masing-masing. YDPA hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua
dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Hal ini menjadikan
mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, YDPA
biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut melibatkan pelantikan YDPA atau
Timbalan YDPA baharu atau membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana
Menteri tidak tergolong dalam anggota Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja menjadi satu badan yang tertakluk tugasnya di bawah Jadual
Ke-5, Perlembagaan Persekutuan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

117

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Dalam konteks pemerintahan di Malaysia, Majlis Raja-Raja bertindak sebagai ketua
selepas YDPA, bagi 3 badan utama dalam sistem pemerintahan Malaysia iaitu badan
eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Majlis Raja-raja juga boleh
menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan dasar negara dan hal-hal lain yang
dikira patut. Apabila menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar
negara, YDPA hendaklah disertai bersama YAB Perdana Menteri dan raja-raja lain.
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri pula disertai oleh menteri-menteri besar atau
ketua-ketua menteri negeri masing-masing. Tiada undang-undang yang boleh
menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau
kebesaran raja-raja, malah undang-undang tersebut tidak boleh diluluskan dengan
tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Secara ringkasnya, peranan Majlis Raja-Raja seperti dalam Jadual Ke-5,
Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut :
 Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi

persekutuan. Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama
Islam bagi seluruh persekutuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak.

 Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana
undang-undang atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan
yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.

 Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut
untuk pembangunan negara.

 Merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak isitimewa orang
Melayu. Jika berlaku apa-apa tuntutan atau isu berkaitan kedudukan orang
Melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu dalam majlis ini.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

118

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

 Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik
oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu :
i. Pelantikan Ketua Hakim Negara , dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah
Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi .
ii. Pelantikan Ketua Audit Negara .
iii. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan
Raya yang merupakan suruhanjaya bebas .

• Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara meliputi perkara berikut :
i. Memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA
ii. Memberikan nasihat tentang apa-apa pelantikan .
iii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang
mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja .
iv. Menyetujui atau tidak menyetujui apa-apa perbuatan, amalan, atau upacara
berkaitan agama Islam meliputi Semenanjung Malaysia .

1.4.3 Badan Pentadbiran (Eksekutif)
Di Malaysia, kuasa eksekutif peringkat pusat dijalankan oleh kabinet (jemaah menteri)
yang dibentuk oleh parti yang memenangi pilihanraya setelah menguasai kerusi
majoriti di dewan rakyat. Sejarah pengenalan jemaah menteri bermula pada tahun
1951 melalui penubuhan kabinet mini yang dinamakan Sistem Ahli (Member System).
Penubuhan sistem ahli ini adalah hasil usaha Dato’ Onn Ja’afar supaya orang
tempatan terlibat dalam pentadbiran koloni sebagai langkah untuk menuju
kemerdekaan dan pemerintahan sendiri (Asnarulkhadi Abu Zamah : 1997). Dalam
sistem ahli, seseorang yang dilantik adalah ibarat seorang menteri kerana beliau
memainkan peranan yang sama. Beberapa buah jabatan akan diletak di bawah
kawalan seorang ahli.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

119

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Oleh kerana pada 1951 Sistem Ahli diwujudkan di bawah pemerintahan British
dan bukannya bagi sebuah negara merdeka, maka semua ahli bertanggungjawab
secara langsung kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem Ahli ini berakhir pada
Ogos 1955 apabila pilihanraya umum pertama diadakan pada bulan Ogos 1955.
Selepas piliharaya 1955, sebuah kerajaan baru telah dibentuk apabila Parti Perikatan
(UMNO, MCA & MIC) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan seiring dengan
itu lahir pula sebuah kabinet moden pramerdeka.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku
Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan kabinet yang dibentuk
pada ketika itu merupakan kabinet pertama selepas Tanah Melayu memperolehi
kemerdekaan. Sistem kabinet terus berlanjutan sehingga hari ini.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

120

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.4.3.1 Kabinet Malaysia
Kabinet merupakan satu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan
pada masa ini oleh kebanyakan negara. Kabinet ditadbir oleh segolongan manusia
yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di
Parlimen atau dewan perundangan. Apabila sesebuah parti politik berjaya dalam satu
satu pilihan raya, maka parti itu layak untuk membentuk kabinet dan memerintah
negara. Perdana Menteri akan membentuk kabinetnya yang terdiri daripada menteri
menteri yang menganggotai kabinet bagi membantu Perdana Menteri menjalankan
pentadbiran negara.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

121

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Kabinet Malaysia Terkini

Di Malaysia kabinet menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa
eksekutif. Jemaah menteri terdiri daripada seorang Perdana Menteri dan beberapa
orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing. Seorang
Perdana Menteri secara tidak langsung berperanan sebagai ketua jemaah menteri.
Beliau mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk
menyertai kabinet yang dibentuknya. Dalam konteks demokrasi berpalimen, ahli-ahli
jemaah menteri bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dibuat oleh jemaah
menteri.

1.4.3.2 Peranan Perdana Menteri (PM)

i) Ketua Jemaah Menteri
Perdana Menteri adalah ketua jemaah menteri. Hal ini bermakna beliau berkuasa
mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh YDPA sebagai ahli kabinet. Beliau
juga boleh menasihatkan YDPA untuk menamatkan perkhidmatan menteri dan
timbalan menteri yang gagal melaksanakan tugas masing-masing.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

122

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri yang
diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal
agenda mesyuarat (apa-apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang
mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu).

Dalam apa-apa cara sekalipun seseorang itu dilantik menganggotai Jemaah
Menteri, yang dilantik itu wajib setia kepada Perdana Menteri kerana pelantikan itu
merupakan hak atau prerogatifnya. Oleh itu, kuasa dan pengaruh beliau akan
bertambah dengan setiap pelantikan menteri-menteri pilihannya. Jawatan Timbalan
Perdana Menteri tidak dinyatakan dalam perlembagaan. Hal ini bermakna jawatan
Timbalan Perdana Menteri adalah hak prerogatif (hak mutlak dan istimewa) Perdana
Menteri dan lantikan jawatan itu boleh diwujudkan atau ditiadakan mengikut
keperluan dan hak Perdana Menteri.

ii) Ketua Pentadbir Utama
Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua pentadbir utama negara.
Hal ini kerana semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian)
diturunkan daripada pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Beliau
bertanggungjawab memaklumkan kepada YDPA setiap perancangan pihak kerajaan
dan segala keputusan kabinet. Di samping itu, Perdana Menteri bertanggungjawab
menyelaraskan dasar-dasar kerajaan, menyelia tugas para menteri, memastikan
segala keputusan kabinet dilaksanakan oleh kementerian berkaitan, menyelesaikan
pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan menasihati
YDPA untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum
diadakan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

123

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

iii) Ketua Parti Pemerintah
Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik.
Dalam sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk
menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti yang memenangi undi majoriti
rakyat dalam pilihanraya. Di Malaysia, lazimnya ketua parti politik yang memimpin
partinya sehingga menang pilihanraya umum dan memungut kerusi majoriti di
Parlimen akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Keadaan ini memudahkan tugas
pelantikan portfolio utama bidang eksekutif itu oleh YDPA. YDPA tidak perlu
menggunakan kuasa budi bicara baginda sebaliknya hanya menuruti konvensyen
dan amalan biasa yang telah berlaku di Malaysia iaitu ketua parti politik yang
memenangi majoriti kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan kerajaan.

iv) Jurucakap Hal Ehwal Antarabangsa dan Dalam Negara
Selain bertindak sebagai jurucakap utama kerajaan dalam negeri, Perdana Menteri
juga merupakan jurucakap utama negara di persada antarabangsa. Perdana Menteri
akan mewakili negara pada perhimpunan-perhimpunan penting dunia. Sebagai
contoh, setiap tahun apabila Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan
perhimpunan tahunannnya, Perdana Menteri akan ke New York untuk
menyampaikan pendirian Malaysia tentang isu-isu global kepada masyarakat
antarabangsa. Sama ada pendirian Malaysia terhadap isu-isu itu di dengar atau
tidak, itu adalah soal kedua. Yang pentingnya, sejajar dengan sistem negara bangsa,
Malaysia tidak akan ketinggalan untuk memberikan pandangannya terhadap
pelbagai perkara seperti hak asasi manusia, demokrasi, alam sekitar, perdagangan
bebas, globalisasi dan yang terkini berkaitan isu keganasan antarabangsa. Atas
dasar itulah Malaysia menyertai pelbagai pertubuhan serantau dan pertubuhan dunia
agar suara Malaysia dapat diketengahkan kepada negara-negara dunia yang lain.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

124

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

v) Pegawai Diplomatik Utama
Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Oleh
itu, beliau memainkan peranan seperti berikut :

a) Hubungan dengan negara luar
Seorang Perdana Menteri berkuasa menentukan negara-negara yang boleh
mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, termasuk meletak dan
menentukan taraf perwakilan (pegawai kedutaan) di negara tersebut.

b) Peranan Malaysia di arena antarabangsa
Peranan Malaysia dalam arena antarabangsa amat berkait rapat dengan kebolehan
dan keupayaan seorang Perdana Menteri.

Justeru kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada
personaliti dan kehebatan kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-
mata atas keputusan untuk berbuat demikian semata-mata.

1.4.4 Badan Perundangan (Legislatif)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

125

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Parlimen Malaysia adalah badan perundangan dalam sistem Kerajaan Malaysia. Dari
segi struktur pentadbirannya, Parlimen Malaysia mengandungi tiga institusi utama,
iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia berfungsi sebagai
platform bagi Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang.

Dari segi prosedur, rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh
Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan diangkat untuk mendapat perkenan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan di
seluruh negara. Selain penggubalan undang-undang, Parlimen Malaysia berfungsi
meluluskan pindaan kepada undang-undang persekutuan sedia ada, memeriksa
dasar-dasar serta meluluskan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan hasil-hasil
cukai yang baru. Parlimen Malaysia juga menjadi forum untuk ahli parlimen
membahaskan isu-isu berkepentingan nasional serta menyampaikan pandangan dan
kritikan berhubung perkara-perkara yang berlaku dalam dan luar negara.

1.4.4.1 Dewan Negara
Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia. Dewan
Negara ditubuhkan untuk membahas rang undang-undang dengan lebih teliti. Dewan
negara juga bertindak sebagai forum bagi membolehkan ahli-ahli politik, orang awam
atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk turut serta
memberi sumbangan dan idea dalam persidangan parlimen tanpa perlu bertanding
dalam pilihanraya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

126

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Selain itu, Dewan Negara diwujudkan bertujuan untuk memastikan kepentingan
kerajaan negeri terutama negeri yang kecil terjamin kerana jumlah wakil di Dewan
Rakyat adalah dalam kadar yang kecil berbanding dengan negeri yang besar.

Oleh sebab ini Dewan Negara telah dianggap sebagai penimbal terhadap perkara-
perkara yang dibincangkan supaya dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat di
Malaysia.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli, iaitu 26 ahli yang dipilih oleh Dewan
Undang Negeri sebagai mewakili 13 Negeri ( setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli).
44 ahli lagi dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri termasuk 2 ahli dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 dari WP Labuan dan 1 dari WP Putrajaya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

127

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang
khidmat cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-
masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau
perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan kaum minoriti ataupun
kebolehan menjaga kepentingan orang-orang Asli. Untuk layak menjadi ahli Dewan
Negara, seseorang calon hendaklah:

i) warganegara Malaysia;
ii) umur tidak kurang dari 30 tahun;
iii) waras fikiran;
iv) bukan seorang muflis; dan
v) tidak mempunyai rekod jenayah

Peranan utama Dewan Negara ialah untuk membahaskan sesuatu Rang
Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih mendalam dan
teliti. Hal ini bererti Dewan Negara dapat membaiki Rang Undang-Undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara juga merupakan forum bagi pegawai-
pegawai awam dan ahli politik yang berpengalaman (senator-senator) untuk
membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Seorang ahli Dewan Negara di kenali sebagai ‘Senator’. Tempoh perjawatan
bagi setiap ahli senator adalah selama tiga tahun dan tidak boleh memegang jawatan
tersebut lebih dari dua penggal dan perjawatan senator ini tidak terhenti dengan
pembubaran Parlimen. Had umur minimum untuk menjadi ahli Dewan Negara ialah 30
tahun. Seseorang boleh meletak jawatan dengan mengutuskan surat kepada Yang di-
Pertua Dewan Negara. Sekiranya terdapat kekosongan, kekosongan tersebut harus
diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan. Yang di-Pertua dan seorang
Timbalan Yang di-Pertua Dewan akan dilantik dalam kalangan ahli Dewan Negara.

Dewan Negara mempunyai kuasa bagi memulakan apa-apa jua rang undang-
undang kecuali rang undang-undang kewangan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

128

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Dewan Negara tidak boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh
Dewan Rakyat tetapi berkuasa untuk menangguhkan rang undang-undang yang
diluluskan itu daripada dipersembahkan untuk mendapat perkenan YDPA. Tempoh
penangguhan bagi rang undang-undang kewangan adalah selama satu bulan
manakala rang undang-undang lain selama satu tahun.

1.4.4.2 Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan satu dewan terpenting dalam badan perundangan di
Malaysia. Keanggotaan ahli Dewan Rakyat diperuntukan dalam Bahagian 4, Bab 4,
Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dewan Rakyat bertindak sebagai
penggubal rang undang-undang. Rang Undang-Undang yang telah dibahaskan dan
diluluskan di Dewan Rakyat kemudiannya dikemukakan ke Dewan Negara untuk
dibahaskan buat kali kedua sebelum diluluskan. Rang Undang-undang yang telah
diluluskan di Dewan Negara akan dibawa mengadap YDPA untuk mendapatkan
perkenan baginda. Dewan Rakyat juga menjadi platform untuk semua ahlinya
membahaskan dan mendebatkan apa-apa jua dasar kerajaan.

Terdapat empat jenis rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen iaitu;
1. Rang Undang-undang Awam (dibentang oleh menteri, mewakili kerajaan,
melibatkan kepentingan awam)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

129

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

2. Rang Undang-undang Persendirian (melibatkan pertubuhan, persatuan,
perbadanan dan orang tertentu sahaja)

3. Rang Undang-undang Ahli Persendirian (dibentangkan oleh ahli parlimen
daripada parti pembangkang)

4. Rang Undang-undang Hibrid (dibentangkan oleh ahli parlimen, mewakili parti
pemerintah @ pembangkang dan difikirkan mempunyai kepentingan tertentu)

Dewan Rakyat juga mempunyai kata pemutus dalam Rang Undang-undang
Kewangan seperti;

 Rang Undang-Undang Percukaian
 Rang Undang-Undang Perbelanjaan Wang Awam
Proses penggubalan rang undang-undang di parlimen Malaysia melalui tiga peringkat
seperti rajah di bawah;

PERINGKAT PERTAMA

Kabinet mengadakan Jabatan Undang-undang Kabinet mengadakan
mesyuarat berhubung menyusun RUU itu perbincangan lanjut

RUU yang hendak tentang RUU itu

 di gubal

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

130

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

PERINGKAT KEDUA

RUU dibentangkan di Dewan Rakyat RUU dicetak untuk edaran
ahli-ahli dewan
 untuk bacaan kali pertama
 (bacaan tajuk panjang)

 Bacaan kali ketiga i. RUU dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali
 Undian untuk kali kedua dengan membahaskan prinsip-prinsip am RUU
itu.
kedua
ii. Perbahasan dan perundingan melalui majoriti mudah
 Tajuk panjang RUU atau majoriti dua pertiga

dibaca dan diluluskan iii. Peringkat jawatankuasa (perbahasan khusus tentang
semua fasal, jadual dan pendahuluan RUU yang
oleh Dewan Rakyat dicadangkan)



PERINGKAT KETIGA

yaDnegwtaenlaNh edgilaurluasmkaenmoblienhcaDnegwkaann RUU RUU dibawa semula ke Dewan Rakyat
rakyat (jika perlu penelitian semula)



RUU berkuatkuasa RUU yang diperkenan RUU dipersembahkan
YDPA disiarkan dalam kepada YDPA untuk
sebagai undang-undang mendapat perkenan
warta kerajaan dan
 yang sah. dicetak untuk edaran

Proses Penggubalan RUU di Parlimen Malaysia

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

131

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihanraya
umum yang dijalankan setiap lima tahun sekali. Keanggotaan ahli Dewan Rakyat
adalah seramai 222 orang yang dipilih daripada dua kumpulan berikut;

a) 209 orang ahli Parlimen mewakili negeri-negeri di Malaysia
(26 Johor, 15 Kedah, 14 Kelantan, 6 Melaka, 8 Negeri Sembilan, 14 Pahang, 13
Pulau Pinang, 24 Perak, 3 Perlis, 25 Sabah, 31 Sarawak, 22 Selangor dan 8
Terengganu)

b) 13 orang ahli parlimen mewakili Wilayah Persekutuan,
(11 Kuala Lumpur, 1 Labuan dan 1 Putrajaya)

Seorang ahli Dewan Rakyat atau dikenali sebagai ahli Parlimen (bertanding
kerusi Parlimen) digelar sebagai ‘Yang Berhormat’. Tempoh perjawatan bagi setiap ahli
parlimen adalah selama lima tahun dan boleh memegang jawatan tersebut selagi
memenangi pilihanraya dan perjawatan ini akan terhenti dengan pembubaran Parlimen.
Had umur minimum untuk menjadi ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun.

Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh meletak jawatan dengan mengutuskan
surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Sekiranya berlakunya kekosongan kerusi ,
kekosongan tersebut harus diisi melalui pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari
(Semenanjung Malaysia) dan 90 hari (Sabah dan Sarawak) dari tarikh pengosongan.
Seseorang ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan jika sabit salah satu daripada
perkara berikut :

i) Tidak sempurna akal.
ii) Muflis yang belum dibebaskan.
iii) Memegang jawatan bergaji dan berfaedah (jawatan sepenuh masa dalam

perkhidmatan awam).
iv) Tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama 6 bulan berturut-turut

tanpa izin Dewan Rakyat.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

132

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

v) Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang
ditetapkan.

vi) Disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah dalam
persekutuan serta dihukum penjara tidak kurang daripada 1 tahun atau didenda
tidak kurang RM 2000 dan tidak mendapat pengampunan.

vii) Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan
taat setia kepada negara tersebut.

Setiap ahli Dewan Rakyat di kehendaki menggangkat sumpah taat setia kepada
negara dan perlembagaan sebelum menduduki kerusi Dewan Rakyat. Yang di-Pertua
dan seorang Timbalan Yang di-Pertua Dewan akan dilantik dalam kalangan ahli Dewan
Rakyat atau bukan ahli Dewan Rakyat.

1.4.5 Badan Kehakiman (Judisiari)
Badan kehakiman merupakan badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa
kehakiman terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman
juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang
termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130, Perlembagaan Persekutuan. Badan
kehakiman bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang undang. Badan ini
juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan
majistret yang biasanya dilantik oleh YDPA. Mereka menjalankan tugas di mahkamah
dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan
undang-undang.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

133

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak
memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang kerajaan yang lain iaitu
perundangan dan pentadbiran. Kebebasan badan kehakiman ini dapat dilihat pada
perkara-perkara berikut :

i) Seorang hakim (Hakim Mahkamah/Hakim Mahkamah Tinggi) setelah dilantik tidak
boleh dilucutkan jawatannya oleh YDPA sebelum mencapai umur bersara iaitu 65
tahun, kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak
berupaya (tubuh badannya uzur) atau sebab-sebab lain yang boleh memberi
kesan ke atas tugasnya, barulah ia boleh dipecat.

ii) Saraan seorang hakim diperuntukan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut
hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang disatukan.

iii) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

134

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.4.5.1 Pelantikan Kehakiman
Pelantikan hakim dibuat oleh YDPA melalui rundingan dengan Majlis Raja-Raja dan
mendapat nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Ketua hakim Negara.
Dalam hal pelantikan Hakim Mahkamah Agung, YDPA harus berunding dengan dua
Hakim Besar.

1.4.5.2 Fungsi-Fungsi Badan Kehakiman
 Mentafsir Undang-undang
 Mengadili pendakwaan jenayah
 Mengadili tindakan sivil
 Mendengar rayuan daripada mahkamah bawahan
 Pengurusan harta pusaka
 Mengeluarkan waran tangkap
 Menguruskan dan mengadili hal-hal berkaitan hal ehwal keluarga Islam

1.4.5.3 Jenis-jenis Mahkamah di Malaysia
 Mahkamah Agung
 Mahkamah Rayuan
 Mahkamah Tinggi
 Mahkamay Seksyen
 Mahkamah Juvana
 Makamah Majistret Kelas I
 Mahkamah Majistret Kelas II
 Mahkamah Tuntutan Kecil
 Mahkamah Penghulu
 Mahkamah Tentera
 Mahkamah Khas Raja-raja
 Mahkamah Syariah
 Mahkamah Adat

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

135

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.5 DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara
perwakilan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara melalui proses
pilihanraya. Raja dan sultan pula tidak memihak mana-mana pihak dan menjadi
lambang setia rakyat. Sistem demokrasi mewujudkan kestabilan dalam negara serta
membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi,
politik, sosial dan sebagainya.

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mula diamalkan sejak negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem demokrasi berparlimen ini
menjadikan perlembagaan Malaysia sebagai garis panduannya. Melalui sistem ini,
rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui
pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan dan menukar kerajaan yang
sedia ada melalui pilihanraya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,
sejahtera dan stabil . Selain itu, pindaan-pindaan perlembagaan dibuat untuk
menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Undang-
undang berkaitan perlembagaan digubal dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan
Negara melalui wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang
mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

136

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.5.1 Pilihanraya di Malaysia
Salah satu ciri penting dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pilihanraya.
Dalam proses pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin sama ada
pada peringkat persekutuan (ahli Parlimen) atau negeri (ahli Dewan Undangan Negeri).
Pemimpin yang dipilih akan mewakili mereka dan berfungsi sebagai wakil rakyat di
Parlimen dan dewan undangan negeri bagi menyuarakan masalah-masalah berkaitan
rakyat yang diwakili.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

137

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.5.1.1 Faedah-faedah amalan demokrasi berparlimen di Malaysia
i) Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik, ekonomi dan sosial negara.

Demokrasi berparlimen memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih
pemimpin berkebolehan dan berkualiti.

ii) Melahirkan taat setia rakyat kepada pemimpin yang dipilih sendiri oleh majoriti
rakyat.

iii) Rakyat berhak untuk bersuara, berpolitik dan berpersatuan dalam memilih pemimpin
sendiri. Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik-baik mungkin
kepada rakyat seterusnya membantu ekonomi negara berkembang maju.

iv) Sistem demokrasi berparlimen dapat mengekalkan kestabilan politik dan kedaulatan
negara.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

138

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

v) Amalan perkongsian kuasa memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak,
sebaliknya negara ditadbir urus secara sistematik dan cekap oleh wakil-wakil yang
dipilih melalui pilihanraya. Segala permasalahan negara diselesaikan melalui
rundingan dan perancangan pembangunan negara dapat dirancang dan diatur
dengan berkesan.

vi) Kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat
mengurangkan tekanan antarabangsa serta memperkukuhkan perpaduan dalam
kalangan rakyat. Unsur keharmonian perpaduan sangat penting bagi menjamin
kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing dan
membantu perkembangan industri.

1.5.1.2 Fungsi pilihanraya
i. Untuk menentukan pemindahan kuasa secara aman tanpa kekerasan dan
pertumpahan darah.
ii. Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang mengamalkan
demokrasi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

139

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.5.1.3 Proses pilihanraya

1.5.1.4 Penamaan calon dan berkempen
Tempoh bagi penamaan calon-calon yang bertanding ialah selama 14 hari. Beberapa
syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya sama ada di
peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:

i) berumur 21 tahun ke atas,
ii) warganegara Malaysia,
iii) berakal/ Waras,
iv) tidak disabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau

denda lebih RM2000),
v) tidak memegang mana-mana jawatan bergaji,
vi) tidak muflis,

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

140

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

vii) bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar
sebagai pengundi.

Pada hari penamaan calon, bakal calon perlu menyerahkan beberapa dokumen
kepada pegawai bertugas, seperti:

i) Kertas penamaan calon mesti diserahkan antara jam 9.00 pagi hingga jam
11.00 pagi pada hari penamaan calon.

ii) Wang pertaruhan sebanyak RM5,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri
dan RM10,000 untuk calon Parlimen. Wang disertakan bersama-sama kertas
penamaan calon.

iii) Wang pertaruhan akan hilang sekiranya calon gagal mendapat undian
sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi yang diperoleh
semua calon dalam bahagian piliharaya tersebut.

iv) Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol
parti masing-masing, manakala calon bebas boleh menggunakan simbol-
simbol yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

141

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Semasa berkempen, calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihanraya bagi
memastikan suasana aman dan tenteram sepanjang proeses pilihanraya berlangsung.
Mereka dibenarkan menggunakan kaedah mereka sendiri untuk memancing pengundi
seperti mengedar risalah, surat, pelekat, poster, ceramah atau berkempen dari rumah
ke rumah. Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:

i) tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan
untuk berkempen dan memancing undi.

ii) memastikan semua risalah atau bahan bercetak mengandungi alamat
pencetak dan penerbit.

iii) dilarang memberi rasuah dan sogokan.
iv) dilarang menggunakan kekerasan, paksaan atau halangan.

1.5.1.5 Proses Pengundian
Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR. Selain itu,
pengundi juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 119,
Perlembagaan Persekutuan. Warganegara Malaysia yang layak mengundi mesti
memenuhi syarat-syarat berikut :

i. warganegara Malaysia,
ii. berumur 21 tahun ke atas,
iii. bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya,
iv. mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja. (Hamidon Pawanteh:2005)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

142

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Bagi warganegara yang berada di luar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan
mengundi secara pos. Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:

i. anggota perkhidmatan awam,
ii. pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian,
iii. panggota Polis,
iv. pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belantara,
v. pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara semasa pengundian

dijalankan.

Warganegara Malaysia hilang kelayakan mengundi sekiranya;
i. tidak sempurna akal.
ii. sedang menjalani hukuman penjara.
iii. dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah

1.5.1.6 Proses Pengiraan Undi
Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau pusat berkelompok
dan undi-undi pos bagi setiap bahagian pilihan raya dikira di tempat yang ditetapkan
oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya
pihak-pihak berikut benarkan berada di tempat pengiraan undi:

i. anggota dan pegawai SPR
ii. pegawai yang dilantik oleh SPR
iii. kerani yang mengira undi
iv. calon yang bertanding dalam pilihan raya semasa
v. ejen pilihanraya serta ejen pengiraan undi yang dilantik oleh parti-parti yang

bertanding

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

143

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

1.5.1.7 Keputusan Pilihanraya
Keputusan pilihan raya diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengikut
kawasan tersebut. Mana-mana calon yang mendapat undi terbanyak akan diisyitiharkan
menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh kawasan
pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti
akan membentuk kerajaan (Ruslan Zainuddin : 2005).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

144

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Walaupun seseorang calon telah diisytiharkan menang dalam pilihanraya
kawasan, kemenangan calon tersebut masih boleh di cabar di mahkamah sekiranya
berlaku:

i. penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
ii. tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
iii. calon atau ejen calon hilang kelayakan
iv. berlaku penipuan dan ugutan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

145

PENGAJIAN MALAYSIA (DIPLOMA)

________________________________________________________________________________________________________

Assessment Question

Latihan Ulangkaji:

1. Tempoh imperialisme dan kolonialisme barat di Tanah Melayu paling lama
merupakan dari …
A. Portugis.
B. Belanda.
C. Inggeris.
D. Perancis

2. Inggeris memastikan penguasaan penuh ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu
tanpa penglibatan kuasa Barat lain melalui Perjanjian
A. Pangkor.
B. Bangkok.
C. Inggeris – Siam.
D. Inggeris – Belanda

3. Antara faktor berikut, yang manakah bukan pandangan Tunku Abdul Rahman
dalam pembentukan Malaysia ?
A. Menyekat pengaruh komunis di Singapura.
B. Mengimbangi komposisi kaum antara Melayu dan Cina.
C. Menarik perhatian dan sokongan negara luar terhadap beliau.
D. Mempercepatkan kemerdekaan dan memajukan ekonomi Sabah dan
Sarawak

4. Suruhanjaya Reid mengesyorkan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan ialah

I. Parlimen dengan dwidewan.
II. Kerajaan raja mutlak.
III. Kerajaan Persekutuan.
IV. Demokrasi Berparlimen.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

5. Gagasan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963 melibatkan
gabungan negeri-negeri berikut.
A. Tanah Melayu, Sabah dan Brunei.
B. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei.
C. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
D. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1

146


Click to View FlipBook Version