JURNAL PENYELIDIKAN
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
JILID 17, 2017
PEMERKASAAN PENDIDIKAN MELALUI
PENULISAN PENYELIDIKAN
Diterbitkan oleh
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Pendidikan Islam, Beg Berkunci No. 214
Pusat Mel Bandar Baru Bangi, 43657 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
i
Jurnal Penyelidikan
IPG Kampus Pendidikan Islam
Cetakan Pertama 2017
© Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Pendidikan Islam,
Beg Berkunci No. 214, Pusat Mel Bandar Baru Bangi 43657, Bandar Baru Bangi, Selangor
Darul Ehsan. Tel: 03-89250352, http://[email protected]
© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian daripada jurnal ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam apa jua cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.
Jurnal Penyelidikan
Jilid 17 (2017: IPG Kampus Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi)
Tema Pemerkasaan Pendidikan Melalui Penulisan Penyelidikan
ISSN 1985-4382
Diterbitkan oleh :
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Pendidikan Islam, Beg Berkunci No. 214
Pusat Mel Bandar Baru Bangi, 43657 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Dicetak di Malaysia oleh:
PST Enterprise Sdn. Bhd.
No. 33, Jalan 9/2, Taman IKS, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
ii
KANDUNGAN iii
iv
Senarai Kandungan v
vi
Pemberitahuan vii
1
Notification
13
Sidang Editor
24
Setitis Tinta
37
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim dalam
Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula 50
Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian Yang Dipetik 71
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith 78
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua dalam Pengurusan 87
Kokurikulum di Sekolah 103
Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian di IPG 117
Kampus Pendidikan Islam Bangi
139
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar Serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah Kepada Masyarakat
Umrah dengan Kaedah Salak
Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam Untuk
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam KOMSAS
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Pengetahuan dan
Sikap Bioteknologi Pelajar
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 IPGKPI Melalui
Kursus Hubungan Etnik
The Excellent Teacher Educator Professional Journey
iii
Pemberitahuan
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan terbitan tahunan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI). Jurnal ini menyiarkan
artikel berbentuk kertas konsep, ulasan buku, penyelidikan dan perbincangan tentang
isu-isu pendidikan. Pandangan yang terkandung dalam penerbitan ini tidak semestinya
mencerminkan pendapat Sidang Editor. Dasar penyuntingan manuskrip adalah
mengikut Publication Manual of the American Psychological Association (APA).
Penulis yang hendak menghantar manuskrip perlu mematuhi panduan berikut:
• Format dan gaya penulisan manuskrip selaras dengan panduan Manual APA.
• Abstrak ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengikut susunan
bahasa penulisan dalam manuskrip. Panjang abstrak tidak melebihi 150 patah
perkataan dan sekurang-kurangnya lima kata kunci disenaraikan di bawah
abstrak bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
• Semua manuskrip ditaip pada kertas A4, langkau dua baris. Kandungan setiap
manuskrip ditaip menggunakan Times New Roman, fon 12, termasuk jadual
dan rajah.
• Manuskrip yang dihantar ke jurnal ini seharusnya tidak pernah diterbitkan dalam
penerbitan lain atau dihantar untuk jurnal lain.
• Panjang manuskrip hendaklah antara 4000 hingga 5000 perkataan, termasuk
rujukan dan lampiran.
• Manuskrip dihantar dalam bentuk satu salinan bercetak (hardcopy) yang bermutu
tinggi dan satu salinan softcopy dalam bentuk CD, kepada:
Sidang Editor
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Beg Berkunci No. 214
Pusat Mel Bandar Baru Bangi
43657, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89250352 Fax: 03-89250781
Manuskrip yang diterima akan dihantar untuk penyemakan. Manuskrip yang tidak
terpilih tidak akan dipulangkan kepada penulis. Penulis yang manuskripnya dipilih untuk
diterbitkan sebagai artikel akan dihubungi untuk membuat pembetulan berdasarkan
saranan-saranan editor. Penulis hendaklah menghantar semula manuskrip yang
telah diperbaiki kepada sidang editor dalam tempoh dua (2) minggu. Penyumbang
artikel tidak akan dibayar tetapi akan menerima sijil penghargaan dan satu salinan
Jurnal Akademik IPG Kampus Pendidikan Islam.
iv
Notification
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pendidikan Islam is an annual journal publication
of Institute of Teacher Education, Islamic Education Campus. This journal publishes
articles that are in the form of conceptual papers, book reviews, researches and
discussions on educational issues. The views in this publication are those of the
authors and do not necessarily reflect that of the Editorial Board. The editorial policy of
this journal follows the guidelines contained in the Publication Manual of the American
Psychological Association (APA).
Manuscripts pertaining to all aspects of teacher education are welcome. Contributors
should adhere to the following guidelines:
• The format and reporting style should be consistent with the Publication Manual
of APA guidelines.
• Abstracts should be written in both Malay and English languages in the order in
which the manuscript is written. Each abstract should not exceed 150 words in
length and at least five keywords are listed below each abstract.
• All manuscripts should be typed on A4-sized paper with double spacing. The
content of each manuscript should be typed using Times New Roman, font 12,
inclusive of tables and figures.
• Manuscripts submitted to this journal should not have been previously published
in other publications or submitted to other journals.
• The length of each manuscript is between 4000 to 5000 words, including
references and appendices.
• One clearly printed copy (hard copy) and one softcopy (on CD) should be
submitted to the Editorial Board at the following address:
The Editorial Board
Department of Research and Innovation in Teacher Professionalisme
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Beg Berkunci No. 214 Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89250352 Fax: 03-89250781
Manuscripts received will be sent for review. The Editorial Board will inform the authors
of any required changes but manuscripts that are not considered for publication will not
be sent back to their authors. Revised manuscripts must be returned to the Editorial
Board within two (2) weeks. Contributors whose papers are accepted for publication
will not be paid for copyright but they will receive a certificate of appreciation and a
copy of the Jurnal Akademik IPG Kampus Pendidikan Islam.
v
JURNAL PENYELIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Penasihat : Dr. Mohamad Hussin bin Mohamad Yusof
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Selangor Darul Ehsan.
: Tuan Hj. Rusli bin Abdullah
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Selangor Darul Ehsan.
SIDANG EDITOR
Pengerusi : Dr. Jefridin bin Pilus
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Selangor
Ketua Editor : Pn. Hjh. Norasiah bt Hj. Abdullah
Pen. Ketua Editor: Puan Warti binti Kimi
Editor : Dr. Jefridin b. Pilus Dr. Mohd Ziyad b. Mukhtar
Dr. Mohd Azmi b. Mat Yusoff Dr. Zaida Nor bt. Zainudin
Dr. Noor Habibah bt. Kaderan Datin Dr. Bushro bt. Ali
Pn. Haliza bt. Hussein Dr. Raihaniah bt. Zakaria
Dr. Maisarah bt. Yaacub Dr. Bani Hidayat b. Mohd Shafie
Puan Nor Risah Jamilah
bt. Mat Lazim
Penilai : Prof. Madya Dr. Ismi Arif bin Ismail (Universiti Putra Malaysia)
Dr. Nor Azilah binti Husin (Universiti Selangor)
Prof. Dr. Saemah binti Rahman (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dr. Azlin Norhaini binti Mansor (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dr. Maharam binti Mamat (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Pengurus : Pn. Hjh. Norasiah binti Hj. Abdullah
Penerbitan
Grafik : JPIPK, IPG Kampus Pendidikan Islam
Penerbit : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
vi
SETITIS TINTA
Segala pujian khusus untuk Allah SWT kerana Jurnal Penyelidikan Kampus
Pendidikan Islam 2017 telah dapat diterbitkan. Jurnal ini menghamparkan peluang
kepada pensyarah untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
bagi menghasilkan penulisan yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Jurnal
ini juga menyediakan ruang untuk pensyarah berkongsi hasil penulisan dengan para
pembaca khususnya para pendidik.
Melalui hasil penulisan yang diterbitkan, pensyarah berpeluang memberikan
pandangan tentang sesuatu isu. Kemahiran pensyarah dalam penulisan dan
penerbitan boleh merangsang siswa pendidik dan memberi inspirasi kepada
mereka untuk menulis. Natijahnya, bakal guru dapat mencontohi pensyarah dalam
menghasilkan dan menerbitkan penulisan tentang isu-isu pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pengarah,
Timbalan Pengarah dan Pengerusi Sidang Editor kerana memberikan sokongan
dalam usaha menerbitkan jurnal ini. Terima kasih juga ditujukan kepada semua editor
dan para penilai yang telah memberikan kerjasama ketika melaksanakan proses
penyuntingan. Syabas dan sekalung penghargaan buat para penyumbang artikel yang
telah bertungkus-lumus menghasilkan penulisan bermutu untuk tatapan pembaca.
Penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung sehingga terbitnya Jurnal Penyelidikan ini.
Semoga Allah SWT memberkati usaha murni semua pihak yang terlibat dalam
memberi ruang kepada para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam untuk menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki kualiti hasil penulisan
serta menerbitkannya.
Sekian.
Ketua Editor
vii
viii
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
KAJIAN TERHADAP METODOLOGI PENDALILAN AHMAD
FAIDZURRAHIM DALAM KARYA “DARAH WAHABI”:
SATU PENILAIAN SEMULA
Nor Azyyati Faudzia ([email protected])
Mohd Arif Nazria ([email protected])
aUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Artikel ini merupakan satu penelitian awal terhadap sebuah karya yang berjudul “Darah
Wahabi”. Permasalahan yang difokuskan dalam karya ini menyentuh mengenai sejarah
kemunculan golongan Wahabi dan diikuti metodologi pendalilan terhadap amalan-amalan
yang disandarkan kepada golongan Wahabi. Namun, dalam rangka tujuan kajian ini,
pengkaji memfokuskan perbincangan mengenai metodologi Istidlal terhadap sejarah
kemunculan golongan Wahabi dan diikuti metodologi pendalilan terhadap amalan-amalan
yang disandarkan kepada golongan Wahabi yang difokuskan pengkaji dalam karya “Darah
Wahabi”. Dapatan utama kajian ini untuk mencapai keaslian dalam mengemukakan fakta
dan maklumat dalam karya. Implikasi dan kepentingan kajian memberi hasil positif terhadap
keabsahan metodologi pendalilan yang berkaitan dengan sejarah kemunculan, penamaan
dan amalan-amalan yang dinisbahkan kepada golongan Wahabi seterusnya menjadi rujukan
yang tepat kepada masyarakat.
Kata kunci: Kajian, Metodologi, Pendalilan, Wahabi, Karya
Abstract
This articles is an early study of an book entitled “blood wahhabi” that written by Ahmad
Faidzurrahim. The focused of the main problems statement discussions is about the
background history the emergence of the wahhabism group and the researches focused
on the Istidlal (taking authentic reasoning) method that used to against some of those who
called as Wahhabism. However, for the purpose of this research is the researcher focused
on the Istidlal (taking authentic reasoning) about the background history the emergence
of the wahhabism group and followed by the methodology of Istidlal of practices attributed
to them. The main findings of this study is to achieve authenticity in producing facts and
information in that book. The results shows that the discussions in book requiring a review
in terms authentic proving to achieve authenticity in substantiating facts and informations.
The implication and importance of the study to give a positive result of the validity of the
methodology about background history the emergence of the wahhabism group and related to
naming and practices attributed to wahhabism and gived accurate informations to society.
Keywords: Research, Methodology, Reasoning, Wahhabism, Book
1
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan sumber yang menjadi
pegangan dan sandaran utama ketika menyampaikan sesuatu yang berkaitan ilmu
pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan urusan keagamaan. Hal ini menunjukkan
kepada kita bahawa wajib ke atas setiap muslim untuk tetap berpegang teguh dengan
sumber yang diwakili dan dipastikan qati’ dan jelas iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta ijma’
ulama sebagai rujukan kerana ia merupakan satu manifestasi ajaran Islam yang melengkapi
semua perkara samada di dalam urusan duniawi atau ukhrawi. Disamping itu juga, setiap
muslim harus menyedari bahawa mengikuti Sunnah Nabi SAW itu adalah satu daripada dua
syarat penerimaan amalan di sisi Allah Taala (Azwira 2011).
Oleh kerana itu, semangat berterusan menepati apa yang disampaikan oleh
Baginda SAW ini perlu sentiasa diamalkan dalam kehidupan agar tidak terjadi sebarang
penyelewengan dan tokok tambah dalam melakukan amal ibadah yang sudah ditetapkan
pensyariatannya. Sekaligus menolak sebarang kemungkinan untuk menjadikan selain al-
Quran dan as-Sunnah serta ijma’ para ulama sebagai pedoman dan panduan. Di sebalik
itu, tanpa kita sedari, akibat kecuaian dan kegagalan untuk merujuk kepada al-Quran dan
as-Sunnah sebagai sumber teragung ini akan mengakibatkan kesalahan dalam penukilan
dan penyampaian beberapa maklumat, fakta atau juga termasuk tatacara dalam melakukan
amal ibadah yang tidak disyariatkan. Kesilapan itu akan membawa kesan yang amat besar
kepada individu iaitu tertolaknya amal ibadah yang dilakukan atau juga menjadi punca
utama kepada kesalahan dalam penukilan maklumat dan ilmu untuk disebarkan. Hal ini
kerana, Islam adalah agama yang amat mementingkan keperluan supaya mengikuti apa
yang disampaikan oleh baginda SAW terutama dalam hal yang melibatkan akidah, agama
dan ibadah bukannya menurut logik akal dan ikutan semata-mata.
Sehubungan dengan itu, satu penilaian semula akan dilakukan terhadap sebuah
karya yang mana pengkaji mendapati kaedah metodologi (Istidlal) yang digunakan pengarang
masih memerlukan penilaian semula dengan lebih ilmiah dan bermutu agar mampu mencapai
keaslian dalam mengemukakan fakta dan maklumat perbahasan. Berdepan dengan situasi
ini, pengkaji berusaha mendedahkan perbahasan karya oleh Ahmad Faidzurrahim dalam
karya “Darah Wahabi” yang memfokuskan perbincangan tentang asal usul kemunculan
golongan Wahabi dan kaitan dengan amalan-amalan yang disandarkan kepada golongan
tersebut dan dianggap menyeleweng serta batil menurut salah seorang tokoh dari Indonesia
iaitu K.H Syeikh Sirajuddin Abbas.
Dari sudut lain, pengkaji merasakan perlu untuk melakukan satu penilaian semula
terhadap metodologi pendalilan dalam isu sejarah dan amalan-amalan golongan Wahabi
bagi merealisasikan maklumat yang benar dan pendalilan (istidlal) yang tidak menyimpang
dari kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini berkepentingan agar lebih menampakkan
pembawaan dan penukilan nas yang jelas dari sumber-sumber yang diiktiraf bagi membentuk
maklumat yang berautoriti. Tidak terlepas dari itu penyampaian maklumat dalam bentuk
karya atau penulisan juga haruslah bertepatan dengan tuntutan syarak supaya merujuk
nas al-Quran dan as-Sunnah serta kesepakatan para ulama. Oleh kerana untuk dijadikan
rujukan dan tatapan pembaca, maka apa jua karya yang dihasilkan seharusnya tidak berlaku
kesilapan seperti bersikap bias dan lebih mengutamakan pandangan peribadi dari nas-nas
dalam penukilan dan penyampaian maklumat yang memungkinkan kepada tercetusnya
salah faham ketika menceduk ilmu dan sekaligus menghindarkan sikap tidak amanah
terhadap ilmu Allah.
2
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
Tujuan penilaian dalam kajian ini dilakukan bagi merekod semula kenyataan dan
fakta yang dibawa oleh pengarang Ahmad Faidzurrahim dalam karya beliau “Darah Wahabi”
adakah bertepatan dengan sumber yang tepat dan berautoriti. Hal ini sebagaimana dijelaskan
dalam penelitian terhadap wasiat-wasiat para imam empat mazhab mendapati, persepakatan
antara mereka bahawa menjadi suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk berittiba’ kepada
as-Sunnah Rasulullah SAW yang sahih. Kesepakatan ini juga menjadi titik tolak kepada
pelarangan ke atas seseorang itu untuk mendahulukan pandangan akal (ijtihad) dengan
sewenang-wenangnya. Secara umumnya pesanan dan wasiat ini menekankan betapa
pentingnya untuk mengunggulkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah melebihi pendapat sendiri.
Hal ini kerana sikap mereka yang sesekali tidak pernah mendahului Allah dan Rasul.
PENYATAAN MASALAH
Setelah pengkaji melakukan satu pembacaan dan penelitian ke atas karya Darah
Wahabi dan mendapati bahawa pengarang karya kurang merujuk kepada sumber utama
iaitu kepada al-Quran, as-Sunnah serta ijma’ para ulama’ dalam mengemukakan kaedah
pendalilan terhadap isu yang dibahaskan, antaranya adalah berkaitan sejarah penamaan
golongan Wahabi serta asal-usul kemunculan mereka bersama amalan-amalan yang
dianggap menyeleweng dan batil menurut tokoh dari Indonesia K.H Syeikh Sirajuddin Abbas
lalu dimasyhurkan oleh salah seorang tokoh hadith terkemuka iaitu Syeikh Nasiruddin al-
Albani.
Dalam karya ini, pengarang telah mengaitkan kehadiran Syeikh Muhammad Ibn cAbd
Wahhab sebagai pemula kepada kemunculan golongan Wahabi lalu telah menyebarluaskan
ajaran beliau kepada umat Islam. Turut disandarkan juga beberapa amalan yang amat
dikait rapatkan dengan beliau dan pengikutnya, antaranya ialah kaedah mempelajari tiga
ilmu tauhid iaitu tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Al-asma’ wa al-Sifat harus berpegang
dengan fahaman Ibnu Taimiyah rahimahullah, melarang keras umat Islam dari berdoa
dengan tawassul (perantaraan), melarang menziarahi kuburan walaupun makam Nabi SAW,
melarang membaca qasidah dan kenduri tahlil, melarang umat Islam menyambut Maulidur
Rasul, wirid dan berdoa selepas solat berjemaah dilarang keras (Ahmad Faidzurrahim,
2013).
Dalam konteks ini, pengkaji merasa perlu untuk kembali mengemukakan fakta
dan dalil dari nas-nas yang jelas bagi mencorak semula persepsi dari sudut istidlal dan
penghujahan Ahmad Faidzurrahim agar lebih menjadi tepat dan kuat berdasarkan al- Quran,
as-Sunnah, Ijma’, Qias dan fatwa Ulama’. Ditekankan disini bahawa amat berkepentingan
bagi penulis karya untuk mencorakkan bukti kukuh dan sahih dalam penukilan kaedah
metodologi pendalilan dan berkeyakinan dalam hujahnya berdasarkan setiap perbincangan
dalam isu-isu yang diulas agar setiap pembaca dan pengkaji karya mendapat maklumat dari
sumber yang bertitik tolak dari kebenaran sahaja bukan menurut akalan dan ikutan semata-
mata.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bermatlamatkan untuk menjernihkan semula
persepsi dan metodologi pendalilan pengarang karya yang memungkinkan kepada salah
faham terhadap perjuangan sebenar Syeikh Muhammad Ibn cAbdul Wahhab serta para
pengikut beliau. Memandangkan Ibn cAbd Wahhab merupakan salah seorang tokoh Islah
Islam yang hebat menyebarkan dakwahnya ke seluruh dunia seterusnya menjadi benteng
3
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
kepada masyarakat, orang agama, penulis karya, penceramah agar tidak bermudahan
mengemukakan apa jua maklumat dan fakta yang boleh mendatangkan keraguan. Di
samping itu, harus ada sikap berlapang dada dalam banyak perkara khususnya dalam hal
yang melibatkan khilafiah yang masih menjadi medan perbincangan. (Khairuddin al-Zirkali,
t.th)
Melalui pegamatan yang dilakukan juga, didapati bahawa Ahmad Faidzurrahim
kurang pengkajian terhadap sejarah awal kemunculan dan penamaan gerakan golongan
Wahabi menjadi punca utama kepada penyampaian maklumat yang tidak tepat dari
segi hujah dan pendalilan. Berkait dengan hal itu, nukilan dari beliau dalam karya jelas
menampakkan pembawaan dalil serta maklumat yang tidak releven kerana banyak merekod
dari sumber sekunder sahaja sebagai rujukan disamping sering menimba banyak maklumat
daripada individu yang berlainan dan berbeza status pemikirannya.
Satu kajian bakal dilakukan bagi melakukan penilaian semula ke atas metode
pendalilan Ahmad Faidzurrahim dalam karya Darah Wahabi terhadap isu sejarah dan asal
usul penamaan golongan Wahabi serta amalan-amalan yang disandarkan kepada golongan
tersebut. Maka kajian ini akan cuba merungkai metodologi pendalilan yang digunakan oleh
Ahmad Faidzurrahim ketika membahaskan isu-isu tersebut. Tujuan penilaian ini adalah
untuk menekankan supaya pengarang lebih memfokuskan kepada fakta dan penghujahan
yang lebih bernas supaya tidak menimbulkan kesamaran yang boleh membawa kepada
banyak implikasi negatif kepada masyarakat dan agama Islam itu sendiri.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
1. Mengenalpasti perbahasan karya dan latarbelakang pengarang serta menjelaskan
tentang sejarah penamaan dan kemunculan golongan Wahabi menurut Ahmad
Faidzurrahim.
2. Mengenalpasti metode pendalilan Ahmad Faidzurrahim terhadap amalan-amalan
golongan Wahabi serta sejauh mana kebenaran hal tersebut.
3. Menganalisis pendekatan pendalilan yang dibawa Ahmad Faidzurrahim adakah
bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta ijma’ para ulama.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan berikut:
1. Apakah latarbelakang Ahmad Faidzurrahim selaku pengarang karya “Darah
Wahabi” dan metodologi pendalilan mengenai sejarah penamaan serta kemunculan
golongan Wahabi?
2. Apakah metode pendalilan Ahmad Faidzurrahim terhadap amalan-amalan golongan
Wahabi serta sejauh mana kebenaran hal tersebut?
3. Adakah pendekatan pendalilan yang dibawa Ahmad Faidzurrahim dalam karya
bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma’ para ulama.
TINJAUAN LITERATUR
Berdasarkan tinjauan pengkaji, karya Darah Wahabi hasil karangan Ahmad Faidzurrahim
ini masih belum pernah dikaji dan dibahaskan dari setiap aspek perbincangan dalam karya
4
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
tersebut. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk kajian yang
pernah dikaji oleh beberapa individu berlainan yang berkaitan secara langsung dengan
kajian ini. Menyentuh literatur terdahulu bagi kajian ini, paling tidak dibahagikan kepada dua
aspek kajian berbeza telah dilakukan. Pertamanya, buku dan tulisan perihal dengan sejarah
gerakan Wahabi serta kaitan dengan kehadiran Syeikh Muhammad Ibn cAbdul Wahhab.
Kedua, buku dan tulisan yang membahaskan secara khusus terhadap pemikiran dan
amalan golongan yang digelar Wahabi terutamanya tokoh-tokoh ulama yang disandarkan
padanya.
Rasul Dahri (2015) dalam karyanya Inilah Wahabi Yang Sebenar-benarnya Wahabi
yang mana beliau turut merujuk kitab Al-A’lam oleh KhairudinAz-Zirkali (t.th) yang menjelaskan
bahawa asal usul kewujudan golongan Wahabi bermula pada abad kedua hijrah di Morocco,
Afrika Utara yang mana telah munculnya sebuah negara Wahhabi atau Wahhabiyyah di
bawah pimpinan Abdul Wahhab Bin Abdul Rahman Rustum. Beliau merupakan pendiri bagi
kerajaan Rustumiyyah yang terkenal dengan sebuah gerakan yang bersifat kejam, ganas
terhadap umat islam. Menurut seorang penulis Perancis bernama Charlie Andre, bahawa
kota Taharat di Morocco yang didirikan oleh Abdul Wahhab Bin Rustum telah dinamakan
sebagai Daulah Wahhabiyyah. Dari fitnah dan kerosakan yang dimunculkan oleh gerakan
Wahhabiyyah Rustumiyyah di Morocco ini maka timbullah idea atau buah fikiran dari pihak
musuh-musuh Islam untuk memburuk-burukkan gerakan dakwah Syeikh Muhammad Ibn
cAbdul Wahhab. Dapatan dari kajian ini mendapati bahawa kemunculan gerakan Wahabiyyah
sebenar bukan berpunca dari kehadiran Ibn cAbdul Wahhab bahkan disebabkan oleh gerakan
kerajaan Rustumiyyah di Afrika Utara.
Manakala menurut Engku Ibrahim, Abdul Rahman, Syed Hadzrullathi (2011) dalam
sorotan jurnal mereka Syaikh Muhammad bin ‘Abd Wahhab dan kaitannya dengan Isu Takfir
menjelaskan satu kajian yang berkaitan dengan tokoh reformis Islam yang mula mengasaskan
gerakan Wahabi iaitu Muhammad Ibn cAbd Wahhab, beliau sering dicetuskan dengan
isu mengkafirkan dan kemunculannya di Tanah Arab pula sering menimbulkan pelbagai
persepsi samada di pihak yang menyokong dan menentang. Pihak yang menyokong, Syeikh
Muhammad dikatakan sebagai seorang mujaddid dalam dakwah, manakala yang menentang
pula melontarkan beliau sebagai pembawa kemunduran kepada umat Islam. Hasil kajian ini
mendapati sikap melampau Muhammad cAbd Wahhab menakfirkan segolongan ulama tidak
sealiran pemikiran dengan beliau adalah suatu yang sukar dinafikan dan pemikiran beliau
tidak sesuai untuk dipraktikkan dalam masyarakat masa kini.
Zulkarnain Haron dan Nordin Hussin (2013) pula menegaskan perkara yang sama
dalam artikel mereka “Islam di Malaysia: Penilaian semula fahaman salafi jihadi dan intepretasi
jihad oleh Al-Jamaah Al-Islamiyah” dengan menyifatkan Wahabi adalah kelompok yang
diasaskan oleh Muhammad bin cAbd Wahhab, di pihak yang menentang akan melabelkan
golongan ini sebagai pembawa ajaran Wahabi. Manakala, di pihak yang menjadi pengikut
pula akan melabel sebagai muwahhidun. Maka, telah wujud kekeliruan terhadap penamaan
terhadap kemunculan gerakan ini. Justeru, menamakan fahaman ini dengan nama Wahabi
adalah suatu yang tidak tepat kerana penggerak utamanya adalah Muhammad Ibn cAbd
Wahhab. Artikel ini mendapati bahawa terdapat golongan radikal didalam Al-Jamaah Al-
Islamiyah yang sekaligus menolak segala unsur jihad yang lebih menghalalkan tindakan
ekstrem yang membawa kepada perpecahan.
5
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
Zamihan Mat Zain, dan dinilai semula oleh Azwira Abdul Aziz (2011) dalam karya
‘’Pegangan Ahli Sunnah Dan Pendustaan Zamihan Terhadap Ulama Mereka‘’. Menurut
Zamihan, para pendukung dakwah Sunnah yang ingin menegakkan risalah Nabi Saw pasti
akan diberi dengan gelaran Wahabiyyah dan pada masa yang sama beliau menegaskan
aliran ini telah diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab dan membawa
kepada punca perpecahan umat. Hal ini dijawab semula oleh Azwira Abdul Aziz, menurut
beliau Syeikh Muhammad cAbdul Wahhab adalah seorang tokoh Ahli Sunnah yang disegani
yang telah melancarkan gerakan dakwah Islah di Tanah Arab untuk menghidupkan semula
Sunnah Nabi Saw yang telah mati dalam pelbagai aspek seperti aqidah dan syariat. Hal ini
dikuatkan dengan beberapa pujian dari ulama seperti Syeikh Yusuf Qaradawi, Dr Wahbah
Zuhaili. Menurut Az-Zirkali dalam kitabnya al-‘Ilam menyebut bahawa Muhammad Ibn Abd
al-Wahhab ialah salah seorang tokoh reformasi Islam yang kembali memurnikan ajaran
agama. Hasil kajian merumuskan bahawa telah berlaku salah faham terhadap tokoh Islah
tersebut yang telah berusaha melakukan pembaikan kepada agama serta turut dilabel
sebagai pemecahbelah ummat. Sedangkan hal itu tidak benar dan berlaku sebaliknya.
Hairi Nonchi (2015) dalam karyanya “Menyingkap 61 fakta Mengenai Wahabi”
menegaskan, terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab utama kepada perselisihan
dan perpecahan dalam kalangan ummat Islam. Diantaranya ialah berlakunya bid’ah
dalam agama, enggan berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah. Jika dikaji kedua-dua
faktor tersebut, ternyata tiada kaitan langsung dengan gerakan fahaman Wahabi. Hasil
dari pengamatan penulis mendapati bahawa segala andaian tersebut hanya rekaan dan
tohmahan semata-mata. Beliau menguatkan lagi dengan beberapa perkara penting iaitu
fahaman Wahabi tidak pernah mengajar umat Islam kepada sesuatu selain al-Quran dan
al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan dan fahaman ini juga sangat mengambil
berat akan sebarang kerosakan di dalam agama seperti berlakunya amalan bid’ah dan
penyelewengan
Selanjutnya dalam karya “Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab” oleh Zakaria @ Mahmod
Daud (2015) ‘mengeluarkan kenyataan berkenaan pemikiran golongan Wahabi. Menurut
beliau, untuk mengetahui adakah dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad cAbdul
Wahhab dan pengikutnya yang dituduh Wahabi ini menyeleweng atau tidak haruslah dinilai
melalui corak pemikiran dan ajaran yang dibawa oleh mereka. Untuk mengetahuinya kita tidak
boleh melakukan pengamatan melalui ulasan atau pandangan orang lain sebaliknya perlu
melihat kepada kata-kata atau fatwa beliau sendiri. Dapatan dari ini merumuskan bahawa
kekurangan pengetahuan atau ilmu terhadap sejarah kemunculan golongan Wahabi menjadi
punca utama terjadinya beberapa sandaran negatif kepada Syeikh Muhammad. Akibatnya,
terbuka ruang atau jalan tuduhan terhadap umat Islam sebagai pengganas, ekstrem dalam
meluruskan agama Islam.
Begitu juga dengan satu bantahan ilmiah dari salah seorang pengarang karya dari
Indonesia AM Waskito (2011) dalam karyanya ‘’Bersikap Adil Kepada Wahabi”, mengulas
ringkas tentang perlunya berlaku adil terhadap gerakan dakwah Muhammad cAbdul Wahhab
yang memperjuangkan agama Islam dari hal seperti bid’ah atau apa sahaja amalan dan
pemikiran yang tidak ada contoh ikutan dari Nabi Muhammad Saw. Penulis berpendapat,
sebelum ligat mengatakan golongan wahabi gemar bersikap membid’ahkan amalan atau
mengkafirkan orang maka terlebih dahulu kita mengkaji apakah benar amalan itu dikategori
bid’ah, atau pemikirannya itu dikatakan menyeleweng.
6
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
Penulis yang sama Zakaria @ Mahmod Daud (2015) dalam karya ‘’Muhammad Ibn
Abd Al-Wahhab‘’ menerangkan perihal beberapa contoh pemikiran golongan Wahabi yang
dicetuskan oleh Syeikh Muhammad cAbdul Wahhab pada asalnya adalah untuk memperbaiki
keadaan umat Islam yang semakin merosot. Gerakan ini didorong oleh keinginan beliau
untuk memurnikan kembali ajaran agama Islam dari unsur-unsur berbentuk syirik, khurafat,
bida’ah dan juga memperjuangkan tauhid. Syeikh Muhammad meletakkan tauhid itu kepada
tiga asas iaitu tauhid rububiyyah, uluhiyyah, al-asma’ wa as-sifat. Rumusan dari penulis
mengatakan corak pemikiran Ibn cAbd Wahhab bukan bertujuan untuk mengubah ajaran
syariat. Akan tetapi memperbaiki kerosakan akidah dan pemahaman yang salah dalam
kalangan umat Islam.
Akhirnya, setelah membuat beberapa kritikan dan penilaian terhadap penulisan-
penulisan dalam kajian yang lalu dapat dirumuskan terdapat banyak persamaan antara
kajian-kajian tersebut dengan kajian yang bakal dilakukan oleh pengkaji. Namun begitu,
jika dibandingkan diantara kajian terdahulu dengan kajian pengkaji, didapati terdapat juga
persamaan dan perbezaan terutama metodologi kajian iaitu pengkaji akan lebih menekankan
terhadap metodologi pendalilan pada isu sejarah kemunculan dan penamaan serta amalan-
amalan yang disandarkan kepada golongan Wahabi dalam karya Darah Wahabi hasil
karangan Ahmad Faidzurrahim.
Keperluan kajian yang bakal dilakukan ini adalah untuk membuat penilaian semula
terhadap karya “Darah Wahabi” berkenaan metodologi pendalilan yang pengarang bagi
membincangkan isu sejarah penamaan golongan Wahabi, asal-usul kemunculan Wahabi,
amalan yang disandarkan kepada golongan tersebut. Namun, perbahasan pengarang dalam
karyanya itu tidak mengikuti panduan penulisan sebenar. Oleh kerana kurang merujuk
kepada sumber yang berautoriti seperti al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ ulama. Disamping
itu juga, pengarang turut mengambil rujukan dari individu yang jelas berlainan fikrah atau
buah fikiran dengan golongan yang digelar Wahabi.
Secara umumnya hasil daripada tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu, dapat
dijelaskan bahawa kajian ini berkenaan dengan sejarah kemunculan Wahabi dan kaitannya
dengan Syeikh Muhammad Ibn cAbd Wahhab. Pada masa yang sama, menegaskan bahawa
segelintir yang memuji golongan Wahabi ini diyakinkan dengan hujah bahawa mereka tidak
menyeleweng dan benar berdasarkan beberapa bukti yang dinyatakan seperti permulaan
tokoh Syeikh Muhammad serta pengikutnya yang gigih dengan aktiviti Islah dalam
menggerakkan dakwah di Semenanjung Tanah Arab. Dan dari sudut lain menunjukkan
golongan ini bukanlah yang bersifat memerangi atau memecahbelahkan ummat dengan
sewenangnya bahkan cuba mencetuskan kebenaran dalam agama.
METODOLOGI PENGUMPULAN DATA
Dalam menjalankan metode penyelidikan ini, kajian menumpukan kepada usaha untuk
mengumpulkan data bagi menyelesaikan kajian ini. Pemilihan kaedah pengumpulan data
adalah berdasarkan beberapa elemen dan bahan yang berbentuk primer dan sekunder.
Reka bentuk kajian
Kajian ini berbentuk kualitatif yang mana meliputi bahan-bahan yang berkaitan
melalui metode analisis kandungan dan teks dalam karya “Darah Wahabi” hasil tulisan
7
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
Ahmad Faidzurrahim. Berkenaan dengan pendalilan yang terdapat dalam karya yang ingin
dikaji, pengkaji akan mengenalpasti apakah sumber utama dalam menghasilkan pendalilan
yang tepat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, qaul ulama dan atsar para Sahabat. Di
dalam sumber tersebut, pengkaji mendapati banyak penjelasan, perbandingan mahupun
keabsahan dalam penukilan maklumat. Manakala, sumber primer pengkaji ialah buku “Darah
Wahabi” dan sekunder pula merujuk kepada beberapa kalam dari ulama yang terdapat di
dalam buku-buku, artikel, jurnal dan fatwa.
Pengumpulan Data
Manakala, data-data menganalisis karya pula diambil juga dari sumber lain iaitu
Maktabah Syamilah, Dorar.net terutama dalam proses pencarian matan dan mengenalpasti
status hadis dan atsar. Di dalam kajian ini, kaedah kepustakaan adalah keperluan yang
sangat penting bagi menjamin maklumat yang sahih. Hal ini perlu dititikberatkan agar setiap
kajian mampu menghasilkan dapatan yang bukan sahaja terbaik dan akademik bahkan
ketepatan dalam menukilkan maklumat dan terhindar dari kesilapan dan penyelewengan.
Oleh yang demikian, perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, perpustakaan UIA menjadi
destinasi penulis dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian terhadap
persepsi dan metodologi pendalilan Ahmad Faidzurrahim dalam karya “Darah Wahabi”.
Penganalisisan Data
Setelah memperoleh data-data dan maklumat yang diperlukan, pengkaji
menggunakan beberapa metode bagi menganalisis kandungan dalam karya “Darah Wahabi”
yang ditulis oleh Ahmad Faidzurrahim. Di antara pendekatan yang digunakan ialah seperti
berikut :
Pendekatan Thematic: Metode ini merupakan satu kaedah yang mana pengkaji
mengeluarkan ayat al-Quran dan Hadis, pendapat ulama atau sarjana berkaitan
dengan isu dan permasalahan yang di dapati berdasarkan tema. Tema bersesuaian
yang terdapat pada Hadis, ayat al-Quran, pendapat ulama kemudiannya dianalisis.
Jika melibatkan hadis, pengkaji menggunakan takhrij hadis bagi mengeluarkan
darjat untuk hadis tersebut. Manakala, ayat al-Quran pula ditafsirkan maksudnya
mengikut kesesuaian tema yang dibawa. Antara tema yang dibawa ialah sejarah
penamaan, sejarah kemunculan dan amalan yang disandarkan kepada mereka.
Pendekatan Naratif: Metode ini pula membawa kaedah penceritaan berkenaan
dengan latarbelakang. Pengkaji menghuraikan latarbelakang sejarah penamaan
kemunculan golongan Wahabi dan pengenalan tokoh Syeikh Muhammad Ibn cAbd
Wahhab. Turut dimuatkan juga amalan-amalan dan pemikiran yang dikaitkan dengan
golongan Wahabi. Kemudiannya diteliti dan diperhalusi keabsahan maklumatnya.
Pendekatan Komparatif: Metode ini merupakan kaedah perbandingan melalui data-
data yang diperolehi oleh pengkaji. Daripada metode ini, kajian membandingkan
banyak pandangan ulama yang membawa pendalilan yang tepat berdasarkan al-
Quran, as-Sunnah, ijma’ para Sahabat bagi membuat penilaian semula terhadap
metode pendalilan yang dibawa oleh pengarang didalam karyanya. Rujukan yang
digunakan untuk membuat perbandingan ialah karya “Darah Wahabi”, karya yang
mengulas tentang sejarah kemunculan dan penamaan dan beberapa karya, artikel
yang mengkritik Wahabi.
8
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan beberapa hasil seperti berikut:
Kajian ini akan membincangkan tentang latarbelakang pengarang bersama dengan
pengenalan karya dan perbahasan tentang isu sejarah penamaan serta asal-usul
Kemunculan golongan Wahabi dalam karya.
Kajian akan membincangkan tentang metode istidlal pengarang karya terhadap
amalan-amalan golongan Wahabi dan sejauh mana kebenaran tersebut.
Kajian akan menganalisis pendekatan metode pendalilan yang dibawa penulis
adakah bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah atau sebaliknya.
Kesimpulan akan memberi rumusan terhadap keseluruhan kajian dan juga hasil
dapatan kajian.
Latar Belakang Ahmad Faidzurrahim dan Metodologi pendalilan (Istidlal) dalam
karya Darah Wahabi
Keseluruhan kajian memfokuskan perbincangan berdasarkan kepada penggunaan
kaedah metodologi pendalilan (Istidlal) oleh Ahmad Faidzurrahim dalam karya beliau “Darah
Wahabi”. Perbahasan utama membincangkan tentang latarbelakang pengarang bersama
pengenalan karya dan metodologi pendalilan berkenaan isu sejarah penamaan serta asal-usul
kemunculan golongan Wahabi dalam karya. Ahmad Faidzurrahim bin Mohd Alwi merupakan
anak kelahiran negeri Pahang Darul Makmur, beliau mendapat pendidikan awal daripada
ayahnya almarhum Tuan Guru Hj Mohd Alwi bin Hj Abd Hamid. Memulakan peringkat pengajian
sekolah rendah dan menengah di negeri Pahang, kemudiannya melanjutkan pelajaran di
universiti al-Azhar, Mesir dan pernah berguru dengan dua ulama di Mekah iaitu Syeikh Yasin
al-Fadani dan Syeikh Sayyid Alawi al-Maliki.
Beliau juga berjaya menerbitkan beberapa karya lain seperti Risalah Maulid dari
Kaca Mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, kitab Aqidah Muslimin, Israk Mikraj dari Kaca Mata
Ahli Sunnah Wal Jamaah, Menyingkap Hakikat Hizbut Tahrir, Mukhtasar Abdillah al-Harari,
Risalah Pendedahan Kesesatan Wahabi dan Hizbut Tahrir, Ibnu Arabi Menyingkap Tabir
Fitnah, Akidah Sultan Solahudin Syarah Akidah Mursyidah.
Kemudian fokus kepada metode istidlal pengarang karya terhadap amalan-amalan
golongan Wahabi dan sejauh mana kebenaran tersebut. Di antara bentuk metode pendalilan
pengarang ketika mengulas dan membincangkan isu sejarah penamaan dan asal usul
kemunculan dan amalan-amalan golongan Wahabi adalah berbentuk serangan peribadi
dan tuduhan, lontaran dalil secara umum dan tidak bertepatan, gaya bahasa kurang sopan,
manakala sumber rujukan pula banyak dinukilkan dari tokoh yang tidak thiqah (terpercaya),
penjelasan dan penafsiran berlaku secara tidak tepat serta bertindak menyembunyikan fakta
dan karya disusun dengan menggunakan metode yang mudah difahami dan ringkas untuk
memudahkan pembaca menyakininya.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Menyentuh literatur terdahulu bagi kajian ini, paling tidak telah dibahagikan kepada dua
aspek kajian berbeza telah dilakukan. Pertamanya, buku dan tulisan perihal dengan sejarah
gerakan Wahabi serta kaitan dengan kehadiran Syeikh Muhammad Ibn cAbdul Wahhab.
9
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
Kedua, buku dan tulisan yang membahaskan secara khusus terhadap pemikiran dan amalan
golongan yang digelar Wahabi terutamanya tokoh-tokoh ulama yang disandarkan padanya.
Kajian mewacanakan permasalahan pandangan dan metodologi pendalilan (istidlal)
yang dibawa oleh pengarang karya. Pengkaji telah menerima pakai dan merujuk kepada
beberapa skop dalam kajian sebagai titik tolak dalam menghasilkan kajian ini. Hal ini adalah
penting bagi memastikan agar kajian tidak tersasar dari objektif atau garis panduannya yang
sebenar. Jelasnya kajian ini menghasilkan perbincangan sebagaimana berikut:
1. Kajian ini dapat menumpukan kepada penilaian semula karya berjudul Darah
Wahabi karangan Ahmad Faidzurrahim mengenai sejarah penamaan, asal usul
kemunculan golongan tersebut dan amalan yang disandarkan kepada Wahabi.
2. Kajian ini merujuk kepada penilaian semula terhadap metodologi pendalilan pengarang
karya dalam dua aspek yang dinyatakan di atas. Menekankan penggunaan sumber
dan nas-nas yang bertepatan dengan al-Quran, as-Sunnah serta ijma’ sebagai satu
kaedah pembuktian terhadap metodologi pendalilan dalam karya.
3. Isu-isu penting dalam kajian ini memainkan peranan penting sebagai pemahaman
dalam mengeksploitasi bagaimana kaedah penggunaan setiap pendalilan (istidlal)
dalam karya yang diterbitkan. Setiap perbincangan dalam kajian akan difokuskan
kepada bab tertentu untuk isu yang berbeza dan akan diutarakan idea dan hujah
berdasarkan dalil-dalil yang qati’ dan jelas.
4. Implikasi kepada kajian ini memberi sumbangan dan kesan yang wajar mengenai
ketulenan metodologi pendalilan terhadap isu yang difokuskan pada karya oleh
pengarang iaitu sejarah penamaan golongan Wahabi dan amalan yang disandarkan
kepada mereka.
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Setelah menyelesaikan kajian awal terhadap penilaian semula karya Darah Wahabi hasil
karangan Ahmad Faidzurrahim, di dapati bahawa implikasi kepada kajian ini menyentuh
kaedah penggunaan metodologi pendalilan dalam beberapa isu utama yang dibahaskan
dalam karya. Pertamanya, sejarah penamaan golongan Wahabi. Kedua, amalan yang
disandarkan kepada golongan Wahabi. Setelah itu, satu proses analisis dilakukan bagi setiap
fokus perbincangan yang dinyatakan di atas dengan lebih rinci dan kemas berdasarkan
kepada petikan dari nas-nas dan juga fakta-fakta yang ditemui dalam beberapa rujukan
dari pengkaji. Harapan dalam kajian ini agar dapat memberi rumusan terbaik terhadap
perbincangan dari segi pengunaan pendalilan terhadap isi kandungan dalam karya sekaligus
memberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang tepat dan benar tentang siapakah
golongan Wahabi dan sejarah kemunculan mereka adakah membawa kemudaratan atau
juga kemaslahatan kepada umat Islam.
CADANGAN DAPATAN KAJIAN
Melalui hasil literatur yang dilihat sepanjang kajian penulis, di sini dapatlah dicadangkan
beberapa usul cadangan bagi meningkatkan lagi mutu penulisan dalam karya Darah
Wahabi. Pembaharuan melalui penggunaan dalil-dalil yang spesifik untuk menghasilkan
pendalilan yang bermutu perlu dikemaskini. Di samping itu juga, lebih menarik jika disusun
setiap perbahasan isu dengan disertai dalil bagi mencapai ketulenan dalam penulisan ilmiah
10
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
seperti penulisan buku-buku, artikel dan jurnal dengan dipandukan oleh sumber asli iaitu al-
Quran, as-Sunnah dan Ijma’ para ulama’ dalam menghasilkan hukum dan pendalilan yang
akademik.
KESIMPULAN
Kajian ini dilihat dapat melahirkan para pengkaji yang lebih dinamik, akademik dan
ilmiah untuk mengkaji karya-karya dan hasil penulisan yang bersifat tidak peka terhadap
penggunaan Istidlal yang tepat berdasarkan sumber-sumber yang benar. Ini membolehkan
untuk menyedarkan umat Islam betapa pentingnya fakta dalam penukilan idea dan sekaligus,
menggelakkan kita dari terjerumus kepada penyelewengan maklumat.
Seterusnya, langkah Penilaian semula ke atas metode terhadap isu sejarah dan
asal kemunculan golongan Wahabi telah diambil, ini dapat memberi impak dan pengetahuan
kepada masyarakat tentang sejarah sebenar kemunculan golongan ini. Selain itu dapat
mengkaji secara mendalam mengenai kewujudan Syeikh Muhammad Ibn cAbdul Wahhab
rahimahullah yang dikatakan bersikap eksterim dalam dakwah. Namun, setelah melalui
beberapa pembuktian, pengkaji berjaya merungkai bahawa sejarah penamaan Wahabi
merupakan gelaran yang sengaja direka-reka kerana sikap ketegasan mereka dalam
mempertahankan agama dari pelbagai kerosakan yang menggugat kesucian syariat Allah
dan Rasul-Nya. Hal ini sekaligus memadamkan kekeliruan dan desas-desus mengatakan
gerakan tersebut kian menular dan semakin mendatangkan persepsi negatif terhadap umat
Islam. Berkenaan dengan metode pendalilan amalan yang disandarkan kepada golongan
Wahabi, suatu hal yang sudah menjadi kesepakatan ke atas setiap kaum muslimin dan
perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, iaitu teguh mengikuti jalan yang diredhai Allah
Taala, yakni petunjuk al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW tanpa sebarang bantahan.
Meskipun terjadi perbezaan serta perselisihan dalam pemberian Istidlal (pendalilan) ketika
mengemukakan sesuatu hujah dalam perbincangan ilmu, hal ini bukan halangan mahupun
alasan untuk tidak mempersembahkan hujah mahupun penulisan dalam bentuk karya dan
kitab, penyampaian ceramah dengan mengikuti sumber yang benar berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah serta ijma’ para ulama muktabar.
Ini menunjukkan bahawa setiap mukmin yang hendak melakukan apa sahaja
amalan yang menjamin pahala berterusan, harus menyemak dan mengenalpasti terlebih
dahulu adakah ianya menepati kehendak dalil (wahyu) atau sekadar menurut logik akal
semata-mata dan disangka baik untuk dilakukan. Manakala, perbuatan segelintir dari
mereka yang gemar melakukan perkara baru (bid’aah) dalam urusan agama tanpa dalil
yang jelas padanya adalah dilarang bahkan diancam keras oleh Allah dan Rasul. Hal ini
telah menggariskan dua perkara asas penting yang perlu diberi penekanan iaitu sifat ikhlas
dan istiqamah mengikuti kesahihan dalam menyampaikan sesuatu hadith dengan merujuk
kepada apa yang disampaikan oleh Baginda SAW. Namun, yang pasti setiap amalan dalam
Islam sudah mempunyai nilai dan hikmah tersendiri di sebalik pensyariatannya. Oleh kerana
itu, kita diperintahkan supaya berusaha sedaya mungkin untuk mengikuti apa yang sudah
digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya tanpa memalingkannya.
11
Kajian Terhadap Metodologi Pendalilan Ahmad Faidzurrahim Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Karya “Darah Wahabi”: Satu Penilaian Semula
RUJUKAN
Ahmad Faidzurrahim. (2013). Darah Wahabi. Johor: Darul Taklim.
Asri Mohd Zainul Abidin. (2008). Jangan Mudah Menuduh Orang Wahabi.
Azwira Abdul Aziz. (2006). Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar.
Azwira Abdul Aziz. (2011). Pegangan Ahli Sunnah dan Pendustaan Zamihan Terhadap
Ulama Mereka. Pustaka al-Ikhlas Enterprise.
Engku Ibrahim Engku Wok Zin, Abdul Rahman Mahmod, Syed Hadzrullathfi Syed Omar,
Syaikh Muhammad. (2011). cAbd Al-Wahhab dan Kaitannya dengan Isu Takfir,
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.
Hersi Mohammad Hilole, PhD. (2012). Wahabi Sesatkah Mereka. Selangor: PTS Millennia
Sdn Bhd.
Johari Mat, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.(2007). Antara Fakta Dan Palsu. Selangor:
Karya Bestari Sdn Bhd.
Mohd Hairi Nonchi. (2010). Cukupkah Sekadar Niat. Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.
Mohd Hairi Nonchi. (2014). Salahkah Aku Menetapkan Sifat Allah Tanpa Tasybih?. Team
Busyra Studio & Publication.
Nashir Abdul Karim Al-‘Aql. (2014). Hanya Islam Bukan Wahhabi, Mengurai Fitnah
Menegakkan Sunnah. Jawa Barat: Darul Falah.
Rasul Dahri. (2009). Wahhabi! Wahhabi! Wahhabi! Apa Kata Uthman El-Muhammady dan
Apa Ulasan Ustaz Rasul Dahri. Syarikat Ummul Qura Sdn Bhd.
Rasul Dahri. (2015). Inilah Wahhabi Yang Sebenar-benarnya Wahhabi. Ummi International.
Zakaria@Mahmod Daud. (2015). Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Zamihan Mat Zin Al-Ghari. Siapa Sebenarnya Wahabi?. Kelantan: Kemah Enterprise.
Zulkarnain Haron, Nordin Hussin. (2013). Islam di Malaysia: Penilaian semula fahaman salafi
jihadi dan intepretasi jihad oleh Al- Jama’ah Al Islamiyah. Jurnal Pusat Pengajian
Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
12
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU “DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN
YANG DIPETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN” MENERUSI
TAKHRIJ HADITH
Nor Bazila Shafiea (norbazilashafi[email protected])
Mohd Arif Nazri, PhDa ([email protected])
aUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Takhrij merupakan satu kaedah dan metodologi kepada para ulama hadith dalam menentukan
kedudukan sesebuah hadith sama ada maqbul ataupun mardud. Pengkaji telah memilih
sebuah buku yang menghimpunkan doa-doa mustajab harian yang dipetik daripada Hadith
dan al-Quran. Objektif kajian ini bagi merungkai keabsahan dan penelitian semula terhadap
kedudukan sesebuah hadith yang dijadikan doa-doa harian melalui kaedah takhrij, dan
mencadangkan penambahbaikan buku tersebut yang menjadi rujukan dan pengamalan
kepada masyarakat. Metodologi kajian ini berbentuk kepustakaan dengan menganalisis
setiap hadith dengan merujuk kitab asal melalui kaedah takhrij. Hasil kajian ini terdapat
sebanyak 101 hadith daripadanya 19 hadith Sahih Bukhari dan Muslim, 19 hadith sahih,
14 hasan, 43 dacif, 4 dacif, Jiddan dan 2 bukan daripada hadith. Kesimpulan kajian ini,
51% hadith yang maqbul, manakala, 47% hadith yang mardud dan 2% bukan berkenaan.
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya kajian hadith supaya menjadi rujukan
yang tepat dalam masyarakat serta dapat mengamalkan doa harian yang bersumberkan
rujukan yang sahih.
Kata Kunci: Kedudukan hadith, Doa mustajab harian, Takhrij.
Abstract
Takhrij is a method and important study in the science of hadith and became one of the
scholars of hadith methodology in determining the position of a hadith issued to determine
the status of resources and traditions whether mardūd or maqbul. Through this study, the
researchers have chosen a book that compiles ‘Doa-doa Mustajab harian yang dipetik
daripada Hadith and al-Quran’. The objective of this study to identify the validity and to review
the status of hadith via the takhrij method to improve that book for further use and reference
to the public. This study employed literature reviews to analyze every hadith by the authentic
book for finding sahih resources and status. The findings of the study shows that, there were
101 hadith found in the book includes 19 hadith from Bukhari and Muslim, 19 hadith sahih
14 hasan, 46 da’if and anothers 2 are not from hadith. In conclusion, 51% of the hadiths
consist of hadiths maqbul, while 47% of hadiths are mardud, the rest 2% are irrelevent The
implication of this study, show that the important research of hadith to find the status as a
review or reference to community to practice of dua’ by authentic hadith resources.
Keywords: status hadith, doa mustajab harian, Takhrij
13
Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik Jurnal Penyelidikan Jilid 17
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
Al-Quran dan al-Sunnah telah menjadi satu pegangan kepada umat Islam sehingga
tidak boleh dipertikaikan kewajipan keduanya sepanjang zaman dan ia juga merupakan
sumber utama dalam perundangan Islam. Keaslian al-Quran terbukti tanpa diragui oleh
setiap umat Islam kerana al-Quran datang daripada kalam Allah s.w.t, manakala, al-Sunnah
perlu dinilai semula kesahihanya sebelum dijadikan pegangan dan hujah dalam agama.
Pada era globalisasi kini, ilmu hadith menjadi satu ilmu yang sangat penting dan menjadi
tarikan ramai orang untuk mengetahui dan mempelajari serta memahami ilmu hadith dengan
lebih mendalam. Demikian itu, pelbagai usaha ulama-ulama hadith terdahulu dan masa kini
dalam memastikan bahawa umat Islam hanya mengamalkan hadith-hadith yang maqbul dan
mengetahui hadith yang mardud dengan mengkategorikan setiap hadith mengikut status
sama ada diterima (maqbul) dan ditolak (mardud).
Terdapat buku atau kitab yang mengumpulkan doa-doa yang dipetik daripada
hadith tanpa dinyatakan sumber serta status yang menjadi bahan bacaan dan rujukan
pada masyarakat antaranya buku “Doa-Doa Mustajab Harian Yang Dipetik Daripada al-
Quran dan Hadith” yang menjadi pilihan penulis dalam kajian ini. Doa sering kali dikaitkan
sebagai senjata umat Islam dan ianya merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam.
Penghubung antara hamba dengan penciptanya(Allah) adalah dengan berdoa. Berkata Ibn
Qayyim: doa terbahagi kepada dua bahagian iaitu 1) doa yang merupakan puji-pujian 2)
ibadat dan doa yang merupakan permintaan atau permohonan (Abu Dayf 1997). Ini dapat
disimpulkan bahawa bentuk dan lafaz doa sangat meluas, sebahagiannya merupakan puji-
pujian, tasbih, takbir dan sebagainya.
Doa ataupun zikir yang lebih afdal adalah ayat al-Quran kerana ia merupakan sumber
syariat Islam yang pertama. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulnya
Muhammad s.a.w untuk memberi pentunjuk kepada umat Islam daripada kesesatan. Selain
itu, banyak juga doa atau zikir yang diambil dan dijadikan amalan daripada hadith. Ini kerana
hadith merupakan sumber Islam yang kedua selepas al-Quran. Terdapat banyak hadith
Rasullulah s.a.w mengajarkan kepada kita lafaz doa yang pelbagai dan harus diamalkan,
diikuti dan menjadi teladan supaya tidak ada penyelewengan dalam berdoa daripada segi
bahasa dan cara yang tidak sesuai (Azharuddin 2002).
Namun kita digalakkan untuk berdoa dengan memohon apa sahaja yang diinginkan.
Namun, terdapat juga doa yang dilarang daripada dihajati iaitu memohon sesuatu kejahatan
dan keburukan pada diri sendiri, keluarga, anak-anak dan sebagainya. (Abu Dayf 1997).
Selain itu, tidak memohon sesuatu yang diluar kemampuan sebagai manusia atau sesuatu
yang mustahil kita capai. Ini adalah salah satu sebab-sebab doa kita tertolak (Azharuddin
2002). Sebaliknya, kita dianjurkan untuk memohon sesuatu yang baik untuk diri sendiri serta
untuk orang lain dan memohon sesuatu yang tidak bertentangan dengan fitrah manusia atau
perkara yang mustahil atau perkara yang melampau. Buku ini dipilih kerana menghimpunkan
doa-doa harian yang dipetik daripada hadith dan al-Quran yang digunakan dan diamalkan
oleh masyarakat walaupun telah dicetak beberapa tahun yang lalu terutamanya masyarakat
sebelum ini yang telah menggunakan buku tesebut, dan terdapat cetakan yang terbaru
yang telah dijual kepada masyarakat, ini menunjukkan bahawa buku doa-doa harian masih
digunapakai oleh masyarakat. Maka, buku ini memerlukan kajian dalam penetilian semula
tentang sejauh mana kesahihan hadith tersebut yang dijadikan doa melalui takhrij dan kajian
ini juga bertujuan bagi mencadangkan penambahbaikan buku tersebut.
14
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
Namun, jika doa yang petik daripada hadith ini merupakan hadith yang bertaraf
dacif, tidak bermakna ia tidak boleh diamalkan, selagi ia bertetapan dan tidak melampaui
makna al-Quran dan hadith serta membawa makna doa yang baik, ia boleh diamalkan
dalam seharian. Namun, apabila sesuatu itu telah disandarkan pada hadith daripada
Nabi Muhammad s.a.w maka, ianya mestilah sahih darinya. Walaubagaimana pun, ulama
terdahulu telah memberi pelbagai pandangan dalam memberi hukum mengamalkan hadith
yang bertaraf dacif. Justeru, penulis merasakan kajian ini perlu dijalankan untuk menilai
semula keabsahan hadith-hadith yang dijadikan doa yang telah dimuatkan di dalam buku
tersebut.
PENYATAAN MASALAH
Melalui beberapa sorotan kajian, terdapat banyak kajian yang mengkaji kitab atau buku
yang mengandungi nas-nas atau hadith-hadith yang tidak dinyatakan sumber dan status.
Antaranya kajian terhadap kitab 40 Hadis Membudayakan al-Sunnah Jabatan Agama Johor
oleh Ahmad Mujahideen Haji Yusoff (2012), Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar (2012) dan
Wan Azlee Wan Ibrahim (2014). Tujuan kajian ini bagi memurnikan kitab ini disisi masyarakat
umum dan dijadikan panduan dalam usaha menyampaikan hadith. Hasil kajian mendapati
bahawa wujudnya hadith yang mardud dalam sekitar 10% yang mana hadith-hadith dacif
tersebut tergolong dalam fadhail camal, ini menunjukkan kekurangan yang perlu diperbaiki
dan disemak supaya kitab ini jadi lebih baik dan dapat diamalkan tanpa ragu-ragu.
Berdasarkan hasil kajian diatas, mendapati bahawa hadith-hadith yang dacif adalah
tergolong dalam fadhail camal. Ini bertetapan dengan pandngan ulamac mengenai hukum
beramal dengan hadith dacif dalam fadhail camal dan hukum: Pendapat pertama mengatakan
boleh beramal secara mutlak sama ada fadhail camal dan hukum dengan 2 syarat iaitu: 1)
dacif yang ringan dan 2) tidak wujud hadith lain. ini adalah pendapat Imam Ahmad, Abu
Dawud dan beberapa ulama yang lain. Pendapat kedua mengatakan tidak boleh beramal
secara mutlak sama ada fadhail camal dan hukum walaupun dacif yang ringan, antara
ulama yang memberi pandangan ini ialah Imam Yahya Ibn Main, al-Bukhari dan Syeikh al-
albani. Adapun, menurut Jumhur ulamac pula mengatakan boleh beramal hadith dacif pada
fadhail camal, Taghrib wa Tarhib sahaja dan tidak boleh pada hukum dan akidah dengan
meletakkkan 6 syarat iaitu: 1) dacif yang ringan, 2) mesti ada sandaran hadith yang lain,
3) tidak ditentukan waktu yang khusus atau sifat yang tertentu, 4) tidak disebarkan kepada
masyarakat, 5) tidak beriktiqad ketika beramal (daripada Nabi) dan 6) tidak bertentangan
dengan nas yang sahih (Abdul Karim,1997), Abu Lais, 2009).
Selain itu juga, dalam satu kajian Zafrul Nizar (2004) bertajuk “Takhrij dan Penilaian
Nas-Nas Berbahasa Arab Yang Terdapat Dalam Buku Doa dan Rawatan Penyakit yang
Digunakan di Darulsyifa”. Kajian ini sangat penting kerana buku ini mengandungi doa dalam
merawat penyakit yang digunakan di Darulsyifa’ yang mana tidak dinyatakan sumber yang
diambil darinya sehingga menimbulkan persoalan tentang keabsahan nas tersebut sama ada
sahih atau tidak yang hanya dapat diatasi dengan merujuk kembali nas-nas kepada sumber
asal. Hasil dapatan kajian ini, terdapat 61% hadith maqbul, 11% mardud, 2% Mauduc.
Berdasaran hasil kajian di atas, penggunaan nas atau hadith yang tidak sahih
atau hadis palsu dikalangan masyarakat awam yang dibawa oleh golongan agama dan
ahli akademik boleh mendatangkan masalah dan bahana yang buruk kepada masyarakat
15
Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik Jurnal Penyelidikan Jilid 17
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
yang tidak mempunyai ilmu atau kurang ilmu dalam agama terutamanya berkaitan dengan
akidah dan syariat yang boleh menyesatkan dan merosakkan akidah dan syariat mereka.
Tambahan pula, hadith yang tidak berautoriti banyak terdapat didalam buku bacaan awam,
kitab jawi, majalah dan sebagainya (Jawiah Dakir 2009).
Justeru itu, ia memerlukan kepada kajian takhrij hadith bagi mendapatkan sumber
serta status hadith. Ini bertetapan dengan ilmu takhrij yang mana setiap hadith yang tidak
dinyatakan sumber dan status (darjat), maka hadith tersebut kekal disembunyikan daripada
manusia (masyarakat) dan tidak boleh diamalkan sehingga kajian takhrij dilakukan supaya
dapat dikemukakan kepada masyarakat dengan hadith yang telah ditahqiq serta jelas sifat
hadith tersebut dan boleh diamalkan (Abu Lais 2009).
Oleh itu, Pemilihan kajian terhadap Kedudukan Hadith Dalam Buku bertajuk “Doa-
doa Mustajab Harian yang Dipetik Daripada Hadith dan Al-Quran” yang diambil dalam
majalah Pengasuh terbitan Majlis Agama Islam Kelantan adalah satu kajian bagi memenuhi
cadangan daripada kajian lepas yang mencadangkan supaya memperbanyakkan kajian
melalui kaedah takhrij terhadap kitab atau buku yang terdapat nas-nas atau hadith sama
ada berbahasa arab atau berbahasa melayu yang tidak dinyatakan sumber dan status yang
telah digunapakai oleh masyarakat bagi penambabaikan buku tersebut. Melalui pernyataaan
masalah di atas, mendorong pengkaji untuk mengkaji seta mengambil langkah atau inisiatif
untuk mengumpulkan hadith serta mentakhrij hadith yang dijadikan doa mustajab harian
dalam buku “doa-doa mustajab harian yang dipetik dari hadith dan Al-Quran” yang disiarkan
dalam “Majalah Pengasuh” terbitan Majlis Agama Islam Kelantan”. 19 hadith Sahih Bukhari
dan Muslim, 19 hadith sahih, 14 hasan, 43 dacif, 4 dacif, Jiddan dan 2 bukan daripada hadith.
Kajian ini bertujuan untuk menilai semula sumber serta kedudukan atau status hadith-
hadith yang dijadikan doa-doa harian yang mana buku ini telah digunapakai juga dapat
menambahbaikan dalam buku doa ini supaya kita dapat meletakkan buku tersebut mengikut
kesesuaian kedudukan yang sebenar.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
1. Untuk mengenalpasti sumber hadith yang dijadikan doa dalam buku “doa-doa
mustajab harian yang dipetik dari hadith dan Al-Quran” yang disiarkan dalam
“Majalah Pengasuh” terbitan Majlis Agama Islam Kelantan”.
2. Untuk mengenalpasti kedudukan hadis atau status hadith yang dijadikan doa-doa
harian sama ada maqbul atau mardud.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan berikut:
1. Apakan sumber hadith yang dijadikan doa dalam buku “doa-doa mustajab harian
yang dipetik dari hadith dan al-Quran yang disiarkan dalam “Majalah Pengasuh”
terbitan Majlis Agama Islam Kelantan”?.
2. Apakah kedudukan hadis atau status hadith yang dijadikan doa-doa harian?
16
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
TINJAUAN LITERATUR
Beberapa tinjauan lepas telah dikenal pasti dan diteliti sebagai bahan dan sumber utama
bagi kajian ini yang mentakhrij hadith-hadith. Daripada kajian tinjauan lepas didapati
banyak kajian terhadap hadith dan takhrij hadith yang telah dilakukan, ini akan membantu
dan menyumbang sedikit sebanyak dalam kajian yang bakal dijalankan. Sebuah artikel
yang membincangkan tentang hadith hasilan oleh Monika@Munirah Razak dan Nik Mohd
Zaim Ab Rahim (2011) yang bertajuk “Hadith-hadith Mengenai Anjing: Tumpuan kepada
Isu Pemeliharaan dan Pengharamannya daripada Perspektif Hadith Ahkam” Artikel ini
menganalisis hadith-hadith mengenai anjing dan tumpuan kepada fiqh hadith dan isu-
isu di sekitar pemeliharaan haiwan ini. Ia merangkumi hukum dan tujuan pemeliharaan,
pengurusan dan penjagaan anjing dan sebagainya. Tegasnya, majoriti ulama berpandangan
hukumnya adalah haram kecuali ada keperluan akan penggunaannya seperti unit anjing di
jabatan polis dan menjaga ternakan dan tanaman.
Selain itu, terdapat 3 kajian di Univesiti Kebangsaan Malaysia yang mengkaji kitab
40 Hadis Membudayakan al-Sunnah yang terdapat 3 siri iaitu kajian pada tahun 2012 oleh
Ahmad Mujahideen Bin Haji Yusoff yang bertajuk “Takhrij dan Tacliq Hadis di dalam Kitab 40
Hadis Membudayakan al-Sunnah Siri ke-2, dan Wan Khairul Aiman Bin Wan Mokhtar yang
bertajuk “Takhrij dan Tacliq Hadis di dalam Kitab 40 Hadis Membudayakan al-Sunnah Siri
ke-4 dan kajian ini diteruskan oleh Wan Azlee Bin Wan Ibrahim, 2014 “Kedudukan Hadis
Dalam Kitab 40 Hadis Membudayakan al-Sunnah (Siri Ketiga) Jabatan Agama Johor. Tujuan
utama kajian diatas dijalankan untuk mengenalpasti sumber serta hukum atau status hadith
bagi memberi kepercayaan kepada pembaca atau masyarakat yang menggunakan kitab
tersebut tanpa ragu-ragu serta menjadikan kitab tersebut sebagai kitab yang berautoriti.
Setelah dianalisis ketiga kajian ini, mendapati hasil dapatan keseluruhan kajian ini
sebanyak sekitar 90% hadith yang maqbul dan hanya 10% hadith yang bertaraf mardud,
ini membuktikan bahawa kajian ini sangat penting dijalankan kerana terdapat hadith yang
mardud walaupun hanya sekitar 10% sahaja tetapi kesahihanya tidak mencapai 100%.
Walaubagaimanapun, hasil daripada kajian ini, penulis mengatakan kitab ini masih lagi
diterima serta digunapakai dan hanya memerlukan penambahbaikan.
Jawiah Dakir (2009) dalam artikel yang berjudul “Hadith Masyhur dalam Masyarakat
Melayu: Takhrij dan Analisis” dan artikle “ Analisis Hadith Mauduc dalam Novel Perempuan
Nan Bercinta karya Faisal Tehran” oleh Muhamad Nur Adzim Amran, Ahamad Asmadi Sakat
dan Latifah Majid (2015). Persamaan antara dua kajian ini ialah menganalisis hadith-hadith
yang terkandung di dalam buku.
Perbezaan antara 2 artikel ini ialah kajian Jawiah Dakir (2009) mengfokuskan
kepada hadith masyhur yang tersebar dalam masyarat melayu yang diambil melalui buku-
buku seperti buku jawi, melalui ceramah dalam Forum Perdana, surat khabar, khutbah
jumaat dan sebagainya dan hasil dapatan mendapati 25 hadith yang dinilai5 daripadanya
dacif, 6 bertaraf dacif Jiddan, 8 hadith palsu dan 1 tidak ada asal.
Manakala, dalam artikel Nur Adzim Amran, Ahamad Asmadi Sakat dan Latifah
Majid(2015) menganalisis dan mengfokuskan hadith yang bertaraf Mauduc dalam sebuah
novel karya Faisal Tehran. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 40 hadith yang
17
Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik Jurnal Penyelidikan Jilid 17
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
terdapat dalam novel tersebut, dua daripadanya berstatus mawduc. Hadith pertama tidak
ditemui dalam mana-mana rujukan asli, manakala hadith kedua pula dihukumkan mawduc
berdasarkan status para perawinya.
Seterusnya, kajian yang dibuat oleh Musa Bin Mohammad (2014) di Universiti
Kebangsaan Malaysia yang membincangkan tentang “Status dan Kualiti dalam Kitab
Perisai Sekalian”. Kajian ini juga sama seperti kajian sebelum ini yang mana bertujuan untuk
mengetahui status hadith yang terkandung di dalam kitab ini membincangkan berkenaan
dengan akidah dan pegangan umat Islam di Nusantara sama ada maqbul atau mardud.
Kesemua hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah sebanyak 105 hadith. Terdiri 93 hadith
yang maqbul(93%) dan 12 hadith yang mardud (0.92%:Doif Jiddan, 0.92: Munkar dan 1.9%:
mauduc).
Satu kajian terhadap “Takhrij dan Penilaian Nas-Nas Berbahasa Arab Yang Terdapat
Dalam Buku Doa dan Rawatan Penyakit yang Digunakan di Darulsyifa” oleh Zafarul Nizar
Bin Zan (2004) di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah satu kajian yang mengkaji sumber
serta status atau martabat nas-nas yang terdapat dalam buku tersebut yang bersumberkan
al-Quran dan hadith. Menurut kajian, nas-nas yang tidak disertakan sumber dan status akan
menimbulkan kekeliruan kepada pembaca yang ingin merujuk kepada sumber asalnya bagi
memastikan kesahihannya, tambahan pula terdapat beberapa ayat al-Quran yang tidak
dinyatakan nama surah. Hasil dapatan mendapati 61% hadith maqbul, 11% mardud, 2%
Mauduc dan selebihnya lain-lain. Dapat disimpulkan daripada kajian ini, bahawa buku ini
tidak semua hadith bertaraf maqbul, malahan, terdapat hadith yang mauduc yang boleh
membahayakan masyarakat dari sudut ibadah, akidah, akhlak dan sebagainya. Setelah
melalui beberapa sorotan kajian ini, mendapati bahawa tiada kajian takhrij yang dilakukan
terhadap buku doa-doa harian yang diambil daripada hadith. Kajian ini sangat penting dan
mendorong pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan implikasi dalam kajian lepas.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Pemilihan metode kajian adalah satu aspek yang penting dalam sesebuah kajian
bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar. Kajian ini telah menggunakan metode
analisis kandungan dan teks yang mana diaplikasikan dalam menganalisis dan meneliti
hadith-hadith yang terdapat didalam buku doa-doa mustajab harian. Ia bertujuan untuk
mengumpul serta mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber utama dan sekunder
bagi mencapai dan menjawab objektif-objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pemilihan metode dalam pengumpulan data sangat penting dalam usaha untuk
mengumpulkan dan mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian melalui sumber-
sumber yang diperolehi. Hasil daripada pengumpulan data ini, ianya akan dijadikan sebagai
kesimpulan kepada kajian yang dijalankan. Kajian kepustakaan adalah metode yang
digunakan dalam kajiam ini bagi mengumpulkan data-data yang meliputi segala bahan
yang berkaitan dengan metode analisis hadith seperti mengenalpasti sumber utama dalam
menganalisis hadith iaitu melalui kitab-kitab utama hadith seperti kitab Sahih Bukhari, Shahih
18
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah,
Musnad Darimi, Muwatta Malik dan Musnad Ahmad ibn Hanbal.Selain itu juga, data-data
untuk dianalisis hadith juga merujuk kepada kitab rijal hadith yang membincangkan tentang
pandangan ulama mengenai perawi dalam setiap hadith bagi mengenalpasti status-status
rijal-rijal dalam hadith yang dikaji.
Penggunaan sumber sekunder juga diaplikasikan dalam kajian ini, antaranya ialah
perisian Jawamic al-Kalim, Maktabah al-Syamilah dan perisian di Internet seperti Islam Web
dan Dorar.net untuk memudahkan pencarian dan menganalisis hadith sebelum merujuk
kepada kitab utama yang asal. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terjamin
kesahihannya, maka, penggunaan kaedah kajian kepustakaan sangat penting dalam kajian
ini. Hal ini hendaklah diberikan penekanan dalam setiap kajian bagi memastikan dapatan
kajian yang mantap dan jitu.
Analisis Data
Setelah maklumat dan data telah dikumpulkan daripada pelbagai sumber, penulis
menggunakan metode analisis kandungan dalam menganalisis serta mengolah data-data
tersebut dalam kajian ini.Terdapat tiga bentuk analisis data yang digunakan dalam kajian ini
iaitu:
1. Metode Induktif: satu kaedah membuat kesimpulan daripada beberapa data yang
bersifat umum, namun, kaedah ini digunakan untuk menjelaskan sesuatu dengan
gambaran yang menyeluruh. Kaedah ini digunakan dalam kajian ini bagi menentukan
sumber rujukan hadith dalam buku tersebut yang diaplikasikan dalam bab 2 dengan
menjelaskan sumber asal setiap hadith melalui takhrij hadith.
2. Metode Kompratif/Perbandingan: merupakan kaedah yang membuat kesimpulan
berdasarkan perbandingan data-data yang diperolehi oleh pengkaji semasa membuat
kajian. Kaedah ini diaplikasikan dalam menentukan status perawi dengan membuat
perbandingan ulama Ulama Jarh wa Tacdil dalam menghukumkan perawi tersebut.
Selain itu, dalam menetapkan dan memilih status atau hukum hadith, penulis akan
mengemukan pandangan dan pendapat ulama mutaqaddimin dan kotemporari dan
memilih mengikut pendapat yang Jumhur.
3. Rajah: metode ini memberikan gambaran yang lebih jelas dan memberi kefahaman
yang mudah kepada pembaca. Kaedah ini digunakan dalam membuat aliran sanad(
shajaratu al-Asanid) dalam riwayat hadith supaya lebih jelas jalan atau jalur sanad
dalam sesebuah hadith tersebut sama ada bertaraf sahih, hasan, atau dacif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Setelah melakukan kajian terhadap buku “Doa-Doa Mustajab yang dipetik daripada Hadith
dan al-Quran” melalui kaedah takhrij, pengkaji mendapati bahawa jumlah keseluruhan doa
yang diambil daipada hadith di dalam buku ini sebanyak 101 hadith yang mana terdapat
hadith yang bertaraf dan dikategori kepada sahih termasuk sahih dalam Bukhari dan Muslim,
hasan, dacif dan dacif Jiddan. Untuk keterangan yang lebih terperinci dan jelas, pengkaji
membuat beberapa kategori yang sesuai berdasarkan hasil kajian terhadap kedudukan dan
hukum hadith dalam kajian ini. Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji juga mengklafikasikan
kedudukan hadith ini kepada maqbul dan mardud.
19
Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik Jurnal Penyelidikan Jilid 17
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
1. Maqbul - sebanyak 51% hadith yang dikategori sebagai hadith yang maqbul yang
mana terdiri daripada sahih termasuk sahih dalam Bukhari dan Muslim serta
hasan.
2. Mardud - sebanyak 47% hadith yang dikategori sebagai hadith yang Mardud yang
mana terdiri daripada dacif dan dacif Jiddan
3. Bukan berkenaan - sebanyak 2% doa yang bukan berkenaan iaitu bukan daripada
hadith.
Hadith-hadith yang maqbul dan Mardud dapat dibahagikan kepada beberapa kategori
seperti berikut:
1. Sahih dan sahih Bukhari dan Muslim - sebahagian besar hadith yang dijadikan
doa yang terdapat dalam buku ini adalah hadith Sahih termasuk Sahih dan sahih
Bukhari dan Muslim. Pengakaji mendapati terdapat 38 (38%) hadith sahih yang
mana 19 sahih selain Bukhari dan Muslim dan 19 hadith selain Bukhari dan
Muslim.
2. Hasan - pengakaji mendapati terdapat 14 (14%) hadith hasan. Kebanyakkan
hadith bertaraf hasan ini, pengkaji mendapati bahawa hadith asalnya bertaraf dacif
yang mempunyai shawahid dan Mutabacat yang mengangkat martabat hadith ini
menjadi hasan.
3. Dacif dan Daci Jiddan - pengkaji membezakan klasifikasi diantara hadith yang dacif
dan dacif Jiddan. Terdapat Sebanyak 43 (43%) hadith daripada 101 hadith dalam
kajian ini diklasifikasikan sebagai hadith dacif dan 4 (4%) hadith yang bertaraf
dan dacif Jiddan. Namun, Perbahasan mengenai hadith bertaraf dacif ini, ulama
berbeza pendapat dalam hukum berhujah dan beramal hadith yang dacif ini seperti
yang telah dibincangkan dalam bab 1.
4. Bukan berkenaan - terdapat 2 (2%) buah doa yang terdapat dalam buku ini yang
bukan daripada hadith iaitu 1 daripadanya adalah doa yang dinukilkan daripada
potongan ayat al-Quran dan 1 daripadanya merupakan daripada sejarah(hikayat)
daripada sumber Tarikh Damsyiq oleh Ibn cAsakir.
Gambar rajah bagi dapatan kajian seperti berikut:
Rajah 1. Peratusan Kedudukan Hadith: Maqbul atau Mardud dalam “Kitab Doa Mustajab
Harian Yang Dipetik daripada Hadith dan al-Quran”
Kedudukan Hadith: Maqbul atau Mardud
Bukan Maqbul
Berkenaan, 2% Mardud
Mardud, 47% Maqbul, 51%
20
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
Rajah 2. Peratusan Hukum Hadith dalam Kitab ‘Doa Mustajab Harian Yang Dipetik daripada
Hadith dan al-Quran”
Hukum Hadith Dalam Buku Doa-Doa Mustajab
yang dipetik daripada Hadith dan Al-Quran
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Setelah membuat kajian ini, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 101 hadith yang
dijadikan doa yang terdiri daripada hadith yang maqbul dan mardud. Terdapat 51% hadith
yang maqbul iaitu 38 bertaraf sahih dan 14 bertaraf hasan, manakala, 47% hadith yang
mardud yang terdiri daripada 43 hadith bertaraf dacif dan 4 dacif jiddan dan 2% bukan
berkenaan. Ini menunjukkan lebih separuh daripada kajian ini mempunyai hadith yang
maqbul dan selebihnya mardud. Ini dapat dilihat dalam tinjauan literatur terhadap kajian
kitab 40 Hadis Membudayakan al-Sunnah yang terdapat 3 siri mendapati hasil dapatan
keseluruhan kajian ini sebanyak sekitar 90% hadith yang maqbul dan hanya 10% hadith
yang bertaraf mardud. Ini membuktikan bahawa kajian ini sangat penting dijalankan kerana
terdapat hadith yang mardud dan kesahihanya tidak mencapai 100%. Namun, hadith yang
mardud dalam kajian doa ini, tidak bermakna ia tidak boleh diamalkan selagi makna doa ini
tidak melampaui makna dalam al-Quran atau doa yang dilarang, akan tetapi apabila sesuatu
itu disandarkan kepada hadith perlulah kesahihannya dijamin.
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa penulis mempunyai kefahahaman
ilmu hadith kerana sebilangan besar hadith yang dijadikan doa ini bersumberkan yang sahih.
Menerusi dapatan kajian ini, dapat dikategorikan kepada dua bahagian untuk menunjukkan
perbezaan berdasarkan kedudukan dan hukum hadith dalam kajian ini seperti berikut:
1. Maqbul dan Mardud
Penilaian ini bertujuan untuk menjelaskan peratusan hadith yang terdapat dalam buku
kajian ini sama ada maqbul iaitu diterima yang terdiri daripada hadith bertaraf sahih,
hasan. Manakala hadith yang mardud atau ditolak ini daripada hadith yang bertaraf
Dacif, Dacif Jiddan, Matruk dan sebagainya.
21
Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik Jurnal Penyelidikan Jilid 17
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
2. Hukum Hadith
Taraf hadith merujuk kepada status atau kualiti hadith dalam kajian ini. Ianya
dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu hadith yang bertaraf Sahih, Hasan, Dacif,
Dacif Jiddan dan sebagainya.
i. Buku ini perlu penambahbaikan dengan menyusun semula kandungan doa
supaya dapat dibezakan antara doa yang diambil daripada al-Quran atau hadith
dengan menyatakan sumber serta status jika diambil daripada hadith.
ii. Buku ini juga perlu meletakkan status hadith yang dijadikan doa sama ada Sahih,
Hasan, Dacif dan meletakkan doa yang sahih sahaja supaya masyarakat dapat
menjadikan amalan doa harian dan rujukan.
iii. Buku ini perlu dicetak semula dengan versi yang baru serta teknikal bagi menarik
masyarakat untuk membaca.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa doa-doa yang diambil daripada hadith
ini sebahagian besar daripadanya bersumberkan hadith yang sahih dan muktabar seperti
sahih Bukhari dan Muslim. Kajian ini bukan untuk tujuan mencari kesalahan yang terdapat
dalam buku ini, akan tetapi salah satu usaha bagi memurnikan hadith daripada Rasulullah
s.a.w supaya menjadi rujukan utama masyarakat dan dapat mengamalkan doa-doa
yang sahih dalam kehidupan seharian. Namun, kajian ini perlu diteruskan oleh pengkaji
lain untuk menyusun semula doa-doa dalam kitab ini atau mengkaji kitab-kitab lain yang
terdapat padanya hadith tanpa sumber dan status supaya tidak ada penyelewangan dalam
menyampaikan hadith.
RUJUKAN
Abdul Karim Abdullah al-Khadir (1997). Al-Hadith al-Dacif wa Hukmu Iktijij Bih. Riyad: Darul
Muslim.
Abi Abdullah Muhammad Ibn Ismail. (2002). Sahih Bukhri. Beirut: Darul Ibn Kathir.
Abu Dayf al-Muduni.(1997). Doa & Munajat Para Nabi. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publisher.
Ahmad Mujahideen Haji Yusoff. (2012). Takhrij dan Tacliq Hadis di dalam Kitab 40 Hadis
Membudayakan al-Sunnah Siri ke-2. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Bangi:
Universiti kebangsaan Malaysia.
Azharuddin Sahil(2002). Doa Makbul atau Tertolak. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distibutors Sdn Bhd.
Imam Malik. (1985). Muwatta’ Imam Malik. Juz 1. Beirut: Darul Ihya’ Turath al- Arabiah
Jawiah Dakir, Budah@Udah Mohsin, Mazlan Ibrahim & Faisal Ahmad Shah. (2009). Hadith
Masyhur dalam Masyarakat Melayu: Takhrij dan Analisis. Jurnal Usuluddin. Bil 29
(2009): 119-146.
Mohammad Fattah, Latifah Majid &Ahamad Asmadi Sakat. (2013).Menyingkap khazanah
sunnah Rasulullah s.a.w menerusi metodologi takhrij hadith &pemahaman mukhtalif
hadith. Jurnal Ilmiah Berimpak: Bil:5 .
Monika@Munirah Razak dan Nik Mohd Zaim Ab Rahim. (2011). Hadith-hadith Mengenai
Anjing: Tumpuan kepada Isu Pemeliharaan dan Pengharamannya daripada
Perspektif Hadith Ahkam. Dlm. Fauzi Deraman, Ishak Sulaiman & Faisal Ahmad
22
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kedudukan Hadith dalam Buku “Doa-Doa Mustajab Harian yang Dipetik
daripada Hadith dan Al-Quran” Menerusi Takhrij Hadith
Shah (pnyt.). Sunnah Nabi Realiti dan Cabaran Semasa,.hlm. 517-532. Kuala
Lumpur: Jabatan Quran & Al-Sunnah, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya
Muhammad Abu al-Lais al-Khair Abadi. (2009). Ulum Hadith. Selangor: Darul Syakir.
Muhammad Abu al-Lais al-KhairAbadi. (2009). Takrhij hadith nasya’atuhu wa manhajiyyatahu.
Darul al-Nafaes.
Musa Mohammad. (2014). Status dan Kualiti dalam Kitab Perisai Sekalian Mukallaf. Ijazah
Sarjana Pengajian Islam. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.
Wan Azlee bin Wan Ibrahim. (2014). Kedudukan hadis dalam kitab 40 hadis membudayakan
al-sunnah (siri ketiga) oleh Jabatan Agama Johor. Ijazah Sarjana Pengajian Islam.
Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.
Wan Khairul Aiman Wan Mokhta 2012. Takhrij dan Tacliq Hadis 40 Membudayakan al-Sunnah
Siri ke-4. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.
Zafarul Nizar Zan. (2004). Takhrij dan penilaian nas-nas berbahasa Arab yang terdapat dalam
buku doa & rawatan penyakit (1) yang digunakan di Darussyifa’. Ijazah Sarjana
Pengajian Islam. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.
23
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
PENGGUNAAN RANGKA KEPIMPINAN PENGETUA
DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Noor Habibah Kaderan, PhDa ([email protected])
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Abstrak
Kokurikulum adalah komponen pembelajaran yang penting dalam usaha untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, emosi
dan mempertingkatkan nilai murni mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
meneliti dan menghuraikan peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum dari elemen
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal terhadap komponen manusia, fizikal dan
kewangan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes
atau pelbagai kes dan kajian pelbagai tempat yang melibatkan tiga buah sekolah cemerlang
kokurikulum di Malaysia. Sebanyak 15 subjek kajian telah dipilih yang terdiri daripada telah
menyenaraikan amalan-amalan terbaik pengetua yang boleh digunakan sebagai panduan
dalam pengurusan kokurikulum di sekolah. Implikasi kajian terhadap teori telah menunjukkan
muncul beberapa ciri baharu dari aspek pengetua, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru,
murid dan ibu bapa. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen dengan menggunakan Jadual Matriks Senarai Semak serta perisian Nvivo
version 8.0.161 keluaran QSR International. Dapatan kajian menunjukkan pengetua telah
mengaplikasi rangka kepimpinan sumber manusia, struktural, simbolik dan politik dalam
pengurusannya. Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengkaji merancang, mengelola dan
memimpin yang merupakan penambahbaikan kepada teori pengurusan sedia ada. Kajian
juga telah membuktikan bahawa gabungan teori pengurusan dan rangka kepimpinan mampu
menghasilkan pengurusan kokurikulum yang mantap di sekolah kes kerana kedua-duanya
mempunyai ciri-ciri persamaan.
Kata Kunci: kokurikulum, rangka kepimpinan, pengetua, murid, guru
Abstract
Co-curricular is an important learning component in the effort to assist the development of
a pupil with respect to the physical, spiritual, mental, emotional and enhance their values.
This study aims to investigate and describe the role of a principal in management of co-
curricular element of planning, organizing, directing and controlling the components such as
the human, physical and financial. This study was conducted qualitatively by using a case
study approach or multiple case studies at multisite studies involving three schools excelled in
extra-curricular in Malaysia. A total of 15 respondents: principals, Senior Assistant Curriculum,
teachers, students and parents. Data was collected by means of observation, interviews and
document analysis using Matrix Checklist and software NVivo QSR International releases
version 8.0.161. The findings indicate that principals have applied well elements of planning,
organizing, directing and controlling in the management process of curriculum management.
24
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Principals also have to apply the framework of human resources leadership, structural,
symbolic and political management. Based on the findings, researchers have compiled a list
of best practices principals that can be used as a guide in the management of curriculum in
schools. Implications for theory shows some new features in terms of designing, management
and leading has emerged which is an improvement to the existing management theory.
Studies have also shown that the theory of leadership framework has equal features equal
to management theory and the combination of the two has resulted in a robust curriculum
management in school cases.
Keywords: curriculum, leadership framework, principals, students, teachers
Bahagian Naziran Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) telah merumuskan
bahawa pengetua mempunyai peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada
kecemerlangan kokurikulum di sekolah. Menurutnya, peranan pengetua dalam pengurusan
kokurikulum perlu melalui empat proses iaitu merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal. Amalan-amalan pengetua ini adalah selari dengan Buku Panduan Pengurusan
Kokurikulum Sekolah Menengah (2009) iaitu pengurusan kokurikulum di sekolah mesti melalui
proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Berdasarkan kepada kepentingan
kokurikulum, ternyata kegiatan ini mempunyai peranan dan pengaruh secara langsung atau
tidak langsung dalam pembentukan diri dan personaliti murid.
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti dan menghuraikan peranan pengetua dalam
proses pengurusan kokurikulum sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini melibatkan proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal yang memberikan tumpuan kepada tiga
komponen sumber di sekolah iaitu manusia fizikal dan kewangan. Pengkaji menganggap
kajian ini penting kerana penyelidikan terhadap peranan pengetua dalam pengurusan
kokurikulum di sekolah masih terhad dan merupakan kajian baharu. Kajian ini boleh dijadikan
panduan kepada pengetua untuk diaplikasi dalam proses pengurusan kokurikulum kerana
ia menyenaraikan amalan-amalan terbaik dalam pengurusan kokurikulum di sekolah. Selain
itu, hasil kajian ini dapat dijadikan panduan dan menambahkan maklumat baharu kepada
seluruh kakitangan institusi pendidikan.
PENYATAAN MASALAH
Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji pelaksanaan kokurikulum mendapati kegiatan
ini kurang mendapat sokongan daripada murid dan guru berpunca daripada kelemahan
pengetua dalam mengurus sumber manusia di sekolah. Dapatan ini telah disokong oleh
hasil tinjauan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), KPM (2011) yang mendapati
kegiatan ini tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pengetua dan para murid juga tidak berminat
untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Mohd Najib (2007) menyatakan pendidikan seimbang
seharusnya menekankan kepada kedua-dua aspek kurikulum dan kokurikulum. Beliau
menyatakan bahawa kepimpinan pengetua dilihat sebagai faktor kepada kejayaan atau
sebaliknya mendatangkan pelbagai masalah dalam pengurusan kokurikulum. Sebaliknya
menurut beliau, kepimpinan pengetua masih gagal mempengaruhi sepenuhnya penglibatan
murid dan guru dalam pelaksanaan kegiatan ini di sekolah.
25
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Situasi ini juga telah dinyatakan oleh Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan (MPKK)
(2005), bahawa pengurusan kokurikulum masih tidak dapat dijalankan dengan teratur dan
sistematik di sekolah. Pengetua masih gagal dalam membuat perancangan pembangunan
yang teratur menyebabkan kegiatan ini kurang mendapat kerjasama dari guru-guru. Pengetua
juga gagal untuk melaksanakan dasar penglibatan murid dan hanya mampu memberikan
perhatian kepada yang berbakat sahaja. Indikator kegagalan dalam pengurusan kokurikulum
disebabkan oleh kelemahan pengetua dalam mengurus tiga komponen utama di sekolah iaitu
manusia, fizikal dan kewangan. Senario ini tidak sepatutnya berlaku kerana kajian oleh Mohd
Nor (2013) jelas menunjukkan bahawa wujud korelasi yang tinggi antara peranan pengetua
sebagai pengurus kokurikulum dengan tahap penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.
Menurut beliau, sekiranya peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum pada tahap yang
tinggi, maka penglibatan murid dalam kegiatan ini juga akan meningkat.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian ini adalah untuk meneliti
proses pengurusan kokurikulum dari elemen rangka kepimpinan sumber manusia, struktural,
simbolik dan politik
SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah bagaimanakah pengetua sekolah memimpin kegiatan kokurikulum
dari aspek rangka kepimpinan sumber manusia, struktural, simbolik dan politik?.
TINJAUAN LITERATUR
Model Rangka Kepimpinan telah diperkenalkan oleh Profesor Lee Bolman dan
Profesor Terence Deal pada tahun 1991 dan kemas kini semula pada tahun 2003. Melalui
buku mereka Reframing Organizations dan Path to School Leadership, Bolman dan Deal
(1997) mengemukakan Model Empat Rangka Perspektif pemikiran dan teori atau Four
Frames Leadership Model (1991; 2003). Empat Rangka Perspektif pemikiran dan teori yang
dikemukakan oleh Bolman dan Deal (1991) adalah berlandaskan dua andaian utama iaitu
organisasi yang kompleks masa kini memerlukan pemimpin mengamalkan lebih daripada
dua gelagat perspektif pemikiran. Selain itu, teori ini bertujuan untuk memahami organisasi
di samping mengamalkan stail perspektif pemikiran dan teori yang sesuai berlandaskan
situasi. Selain itu, pemikiran dan teori yang pelbagai juga menyumbang kepada keberkesanan
perspektif pemikiran dan teori berbanding amalan satu atau dua stail kepimpinan yang
dianggap kurang dinamik, tidak relevan serta menghadkan perkembangan organisasi.
Berlandaskan andaian di atas, Bolman dan Deal (1991) telah mengemukakan Model
Rangka Perspektif Pemikiran dan Teori iaitu hasilan proses penambahbaikan terhadap Model
Dua Dimensi oleh Teori Tingkah Laku, Model Tannenbaum dan Schmidt serta Model Grid
Pengurusan oleh Blake dan Mouton. Model Bolman dan Deal (1991; 2003) juga telah diuji oleh
para penyelidik peringkat ijazah doktor falsafah di Amerika Syarikat, Belize, Taiwan, Thailand
dan Puerto Rico. Dari aspek kajian pula, model ini berupaya memberi gambaran yang lebih
tepat, komprehensif dan holistik tentang perspektif pemikiran dan teori organisasi berbanding
Model Dua Dimensi. Model Bolman dan Deal (1991) lebih berupaya memberi gambaran
menyeluruh bagaimana pemimpin memahami dan mentafsir masalah dalam organisasi.
26
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Selain itu, model ini juga memberi panduan bagaimana stail perspektif pemikiran dan teori
yang pelbagai digunakan berlandaskan situasi dan keperluan yang berbeza sebagai strategi
membentuk iklim organisasi yang harmoni. Malahan, Model Bolman dan Deal (1991) juga
didapati relevan dengan ciri organisasi masa kini yang semakin kompleks dan dinamik.
Melalui modelnya, Bolman dan Deal (1991) mengandaikan bahawa tingkah laku
perspektif pemikiran dan teori dapat dikelompokkan kepada empat rangka yang merujuk
sebagai perspektif pemikiran dan teori politik, sumber manusia, simbolik dan struktural. Secara
asasnya, setiap rangka perspektif pemikiran dan teori adalah gabungan daripada empat teori
pengurusan utama. Perspektif Pemikiran dan Teori Stuktural adalah refleksi daripada Teori
Pengurusan Klasik. Manakala, Perspektif Pemikiran dan Teori Sumber Manusia adalah lebih
mirip kepada Teori Keperluan Manusia, Rangka Perspektif Pemikiran dan Teori Politik pula
diasaskan kepada perspektif politik, manakala Perspektif Pemikiran dan Teori Simbolik pula
berasal daripada teori sosio budaya. Bolman dan Deal (1991) percaya bahawa pemimpin
akan menggunakan perspektif pemikiran dan teori sama ada struktural, sumber manusia,
politik atau simbolik dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah organisasi.
Mengikut Bolman dan Deal (2003) lagi, setiap Rangka Perspektif Pemikiran dan
teori mempunyai peranan dan proses perspektif pemikiran dan teori yang perlu diamalkan
oleh pemimpin dalam situasi yang berbeza. Model Bolman dan Deal (1991) telah digunakan
dengan meluas untuk menganalisis perspektif pemikiran dan teori pengarah sekolah di Amerika
Syarikat melalui kajian Ross (2006) dan Fears (2004). Ross (2006) yang meninjau perspektif
pemikiran dan teori pengarah atau pengetua sekolah mendapati bahawa Perspektif Pemikiran
dan Teori Sumber Manusia dan Teori Politik adalah stail perspektif pemikiran dan teori utama
pengarah atau pengetua di Florida hasil daripada penilaian 349 orang pengajar. Ulmer
(2002) pula mendapati bahawa Perspektif Pemikiran dan Teori Simbolik adalah perspektif
pemikiran dan teori utama 105 orang pengarah sekolah di Connecticut iaitu mereka kerap
menggunakan budaya dan nilai sekolah dalam pembentukan jati diri murid. Dalam konteks
yang lain, perspektif pemikiran dan teori sumber manusia pula diiktiraf sebagai stail perspektif
pemikiran dan teori yang sering digunakan oleh 114 orang pengarah sekolah di Texas ketika
melaksanakan proses penilaian.
Empat Rangka Kepimpinan yang dikemukakan oleh Bolman dan Deal (1991)
adalah terdiri daripada Rangka Kepimpinan Struktur, Rangka Kepimpinan Sumber Manusia,
Rangka Kepimpinan Politik dan Rangka Kepimpinan Simbolik. Rangka-rangka kepimpinan
ini mempunyai kesinambungan yang sangat baik dan sangat sesuai dijadikan asas panduan
oleh pengetua dalam mengurus kokurikulum di sekolah (Rajah 1).
Rajah 1 Model Rangka Kepimpinan oleh Bolman dan Deal 1991
27
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Menurut Bolman dan Deal (1991), pemimpin di sekolah yang mampu mempelbagaikan
rangka kepimpinan dan fleksibel dalam segala tingkah laku akan menghasilkan pengurusan
yang cemerlang. Oleh itu, justifikasi teori ini digunakan dalam kajian adalah untuk melihat
keberkesanan kepimpinan pengetua berdasarkan kepada kemampuan mereka untuk
mengubah tingkah laku dan mengurus sekolah dalam pelbagai konteks dan situasi. Teori ini
sangat sesuai digunakan dalam mengurus kegiatan kokurikulum kerana pengurusan yang
terbaik adalah memerlukan pemimpin yang mampu menggunakan pelbagai rangka kepimpinan
dalam pentadbirannya. Perincian rangka kepimpinan oleh Bolman dan Deal (1991) ini sangat
sesuai diaplikasi oleh pengetua yang terdiri daripada rangka kepimpinan struktural, sumber
manusia, simbolik dan politik.
Kesimpulannya, penggunaan empat rangka kepimpinan ini akan dapat membantu
pengetua dalam menghasilkan pengurusan kokurikulum yang sistematik di sekolah. Empat
rangka kepimpinan ini berupaya membantu pengetua dalam mengurus komponen manusia,
fizikal dan kewangan. Secara amnya, empat rangka kepimpinan ini sudah mencukupi untuk
digunakan oleh pengetua dalam memimpin sesebuah organisasi sekolah. Secara khususnya,
penggunaan empat rangka kepimpinan ini juga boleh membantu pengetua untuk menghasilkan
pengurusan sekolah yang cemerlang dalam kokurikulum.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes atau
pelbagai kes (multiple case) dan kajian pelbagai tempat (multisite studies). Kajian kes yang
dijalankan oleh penyelidik adalah tentang peranan pengetua dalam proses pengurusan
kokurikulum terhadap komponen manusia, fizikal dan kewangan di tiga buah sekolah. Kajian
pelbagai kes dijalankan bertujuan untuk meneliti proses pengurusan di tiga buah sekolah yang
berbeza untuk mendapatkan stail kepimpinan yang pelbagai. Selain itu, dengan pelbagai
tempat yang dipilih akan mewujudkan kolaborasi antara ketiga-tiga buah sekolah dan kajian
ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini akan meneliti dan menghuraikan
peranan pengetua dalam proses pengurusan kokurikulum yang meliputi elemen merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal terhadap komponen manusia (pengetua, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum (GPKK), guru, murid dan ibu bapa), fizikal (kemudahan asas
dan peralatan) dan kewangan. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman
dan penjelasan terperinci gambaran sebenar proses pengetua mengurus dan mentadbir
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian
kes ini akan menggabungkan teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi
memperoleh data mengenai pengurusan kokurikulum. Pendekatan ini amat sesuai kerana
pengkaji berpeluang menerima dan menggambarkan peranan pengetua dalam pengurusan
serta masalah-masalah yang mereka hadapi dalam konteks yang sebenar.
Peserta Kajian
Peserta kajian ini adalah terdiri daripada pentadbir sekolah yang terdiri daripada pengetua dan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKK). Selain itu, peserta kajian juga terdiri daripada
guru, murid dan ibu bapa (PIBG). Kajian ini akan meneliti dan menghuraikan peranan
pengetua dalam proses pengurusan kokurikulum yang meliputi elemen merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal terhadap komponen-komponen manusia, fizikal dan kewangan.
28
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Data bagi kajian ini dikumpulkan menggunakan tiga teknik iaitu temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Ini adalah berdasarkan kepada Merriam (2006) yang mendapati gabungan
kaedah pemerhatian ikut serta, temu bual mendalam dan analisis dokumen adalah merupakan
teknik yang paling sesuai untuk mengumpul data kualitatif. Teknik pengumpulan data PTD ini
membolehkan data yang tidak dapat diperoleh dengan satu kaedah akan menggunakan teknik
lain. Rangkaian daripada ketiga-tiga teknik pengumpulan data ini akan dapat meningkatkan
kebolehpercayaan maklumat dan kesahan dalaman atau internal validity kajian (Merriam,
2006) serta memperkukuhkan dapatan kajian.
Rajah 2 : Triangulasi Melibatkan Pelbagai Sumber
Sumber: Merriam 2006
Teknik pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data memandangkan kajian
ini adalah untuk meneliti dan menghuraikan peranan pengetua dalam proses pengurusan
kokurikulum dalam situasi semulajadi iaitu di lapangan. Pemerhatian merupakan proses
mencatat dan merekod secara sistematik peristiwa, kejadian, tingkah laku dan artifak-artifak
di tempat kejadian (setting) yang dipilih. Pengkaji juga akan menggunakan Jadual Matriks
Senarai Semak Mengikut kes/sekolah yang digunakan sebagai panduan untuk menganalisis
dokumen terutama berkaitan. Temu bual merupakan teknik utama untuk mengumpul data
kualitatif dan akan dibantu oleh pemerhatian dan analisis dokumen.
Kajian rintis telah dijalankan di sekolah menengah harian biasa iaitu SMK Jalan Reko,
Kajang Selangor. Peserta kajian yang terlibat adalah terdiri daripada pengetua, GPKK, guru
dan murid iaitu iaitu populasi kajian sebenar. Antara perkara-perkara utama dalam kajian
rintis ialah bagaimana untuk mendapat keizinan untuk berada di lokasi kajian, pengkaji telah
berbincang dengan pengetua berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan dan meminta jasa
baik beliau untuk memberikan kebenaran bertemu dengan GPKK, guru dan murid. Pengkaji
telah bertemu dan berkenalan dengan peserta kajian yang terdiri daripada pengetua, GPKK,
guru dan murid dalam usaha untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan menerangkan
secara terperinci tujuan kajian rintis ini dijalankan.
Proses menganalisis data dilakukan dalam dua peringkat iaitu semasa proses
pengumpulan data (pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen) dan selepas proses
pengumpulan data seperti yang dinyatakan oleh Chua (2006). Pengumpulan data semasa
proses pemerhatian boleh dilaksanakan setelah mendapat persetujuan daripada subjek
29
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
kajian yang terlibat iaitu pengetua, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru, murid dan ibu
bapa. Dengan menggunakan Jadual Matriks Senarai Semak mengikut kes/sekolah, buku nota
lapangan dan alat perakam video, pengkaji akan membuat pemerhatian dan penganalisisan
data terhadap pengetua, guru dan murid serta penglibatan ibu bapa semasa mereka mengurus
kokurikulum di sekolah.
Data-data ini akan dianalisis dengan teliti dan melalui peringkat-peringkat yang akan
memakan masa yang panjang. Semua subjek kajian ditemu bual dengan menggunakan
protokol temu bual yang sama tetapi kandungan item soalan adalah berbeza mengikut
Jadual Matriks Senarai Semak mengikut kes/sekolah. Perisian komputer Nvivo version
8.0.161 keluaran QSR International akan digunakan.Analisis terhadap data temu bual adalah
berasaskan kepada transkripsi pertama yang dibuat oleh pengkaji. Kod-kod yang dibina akan
mengikut hierarki atau rajah pokok sebagai mewakili penyusunan konsep kepada kategori,
tema dan sub tema. Pengkaji menjalankan analisis dokumen mengikut proses analisis isi
kandungan sebagai teknik untuk menerangkan secara sistematik komunikasi bertulis, lisan
atau visual (Creswell, 1994). Pengkaji akan membuat kategori terhadap perkataan, idea-idea
yang dikira pernyataan, persepsi atau andaian dan dokumen-dokumen ini akan dianalisis
mengikut struktur serta isinya.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kepada hasil temu bual terhadap komponen manusia yang meliputi empat tema
sebelum ini iaitu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal didapati rangka
kepimpinan telah diimplementasikan secara tidak langsung oleh pengetua dalam pengurusan
kokurikulum di sekolah kes. Rangka kepimpinan ini terdiri daripada Rangka Kepimpinan
Sumber Manusia, Rangka Kepimpinan Struktural, Rangka Kepimpinan Politik dan Rangka
Kepimpinan Simbolik.
Selain itu, hasil temu bual di sekolah kes mendapati rangka kepimpinan sumber
manusia yang diimplementasikan oleh pengetua adalah melibatkan pengiktirafan dan
penghargaan atas kesungguhan guru dan murid mengelola kokurikulum sepanjang tahun.
Pengiktirafan ini telah memberikan semangat bekerja kepada para guru kerana penat lelah
mereka dihargai oleh pengetua.
“Setiap guru ada juga diberi latihan dalam kokurikulum dan kita juga adakan LDP
(latihan dalam perkhidmatan) bagi pengurusan kokurikulum.”
P1S1/RK/sm
“Mana-mana cikgu yang baharu atau yang tidak berkemahiran akan dihantar
berkursus. Saya tengok, pengetua selalu melihat kepada kepentingan kursus ini.”
G2S2/RK/sm
“Bonda pengetua sangat prihatin dalam hal ini. Beliau pasti akan memberikan
penghargaan kepada kami sekiranya kami berjaya dalam apa-apa pertandingan
sama ada peringkat sekolah atau pun di luar sekolah.”
PL1S1/RK/sm
“Bila akhir tahun nanti, pasti pengetua tidak lupa untuk memberikan sedikit
penghargaan. Kadang-kadang kami berasa malu juga, tapi kami sudah buat yang
30
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
terbaik. Saya lihat, pengetua juga amat ramah mesra dengan guru-guru. Pengetua
selalu bertanya masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa di kem.”
PL2S2/RK/sm
Rangka kepimpinan struktural telah diimplementasikan dengan baik di sekolah kes.
Dapatan kajian menunjukkan pengetua di S1, S2 dan S3 telah berjaya menggunakan rangka
kepimpinan ini dalam pengurusan kokurikulum. Rangka kepimpinan struktural digunakan oleh
pengetua semasa mengurus dengan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
Selain itu, menurut GPKK S1 dan S2, segala aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan
kepada perancangan dan takwim yang telah disediakan.
“Selain empowerment, beliau sendiri akan membuat pemantauan kerana beliau
sentiasa berada di sekolah dan pulang agak lewat sekitar jam 6 dan kadang-kadang
waktu malam. Jadi, segala kegiatan kokurikulum dapat beliau pantau bersama.”
GPKK1S1/ RK/ sr
“Sumbangan dari PIBG pun banyak juga, kena buat aktiviti kemudian buat kertas
kerja, insyaAllah PIBG akan sokong. Kegiatan kokurikulum kalau tiada sumbangan,
susah hendak bergerak aktif sebab semua perlukan duit. Tiada duit, apa pun tidak
boleh dilaksanakan.”
G2S2/ RK/ sr
“Apa pun yang paling penting di sini adalah perancangan. Jika kita tidak mempunyai
perancangan, segala kerja kita tidak akan terurus. Jadi perancangan yang mantap
membawa kepada kerja yang selaras dan baik hasilnya.”
GPKK1S1/ RK/ sr
“Untuk perancangan kokurikulum, biasanya untuk tahun depan 2010, kami sudah
mula merancang tahun ini untuk tahun depan. Semua guru penasihat telah
dimaklumkan bahawa mereka perlu menghantar satu jadual perancangan untuk
tahun 2010.”
GPKK2S2/ RK/ sr
Pengetua telah mengimplementasikan rangka kepimpinan simbolik dalam mengurus
kokurikulum di sekolah kes. Kajian mendapati kepimpinan pengetua yang cemerlang terbukti
apabila beliau berjaya menjadi idola atau role model kepada warga sekolah. Temu bual di S1
menunjukkan pengetua mempunyai aura yang sangat hebat dan menjadi kebanggaan warga
sekolah. Sikap kepimpinan yang ada dalam diri pengetua menjadi antara faktor kejayaan
beliau dalam mengurus komponen manusia dengan baik. Begitu juga dengan pengetua di
S3 yang dapat menjadikan dirinya disegani oleh warga sekolah. Kepimpinan pengetua ini
telah memberikan simbol-simbol dalam memberikan watak kepada sekolah tersebut.
“Inilah aura yang ada pada pengetua di sekolah ini iaitu beliau mampu menghayati dan
menjadikan dirinya sebahagian daripada warga sekolah ini yang tidak menunjukkan
jurang yang begitu jauh dengan orang-orang pimpinan di bawahnya. Kepimpinan
pengetua yang tidak membesarkan diri dengan jawatannya sebagai pengetua mampu
membawa kebaikan kepada sekolah.”
GPKK1S1/RK/sb
31
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
“Saya bagi contoh macam pelawat-pelawat yang datang untuk penanda aras, untuk
melihat guru cemerlang mengajar di sekolah, ada sekali pengetua memakai uniform
KRS. Pengetua akan mengadakan pertunjukan karate dan beliau sendiri memecahkan
or chop the wood. Then guests yang datang pun disuruh mencuba juga. Jadi banyaklah
idea beliau yang kadang-kadang kita tidak terfikir.”
G3S3/RK/sb
“Kokurikulum juga banyak membantu guru-guru terutama murid dalam membangun
sahsiah mereka.”
PG1S1/RK/sb
“Fungsi kokurikulum ini sangat penting iaitu untuk mengimbangi kurikulum. Saya
memang berpegang kepada kecerdikan emosi. Bila cerdik emosi, intelek akan datang.
Dalam kokurikulum mereka belajar kerja berpasukan, formasi, bertukar-tukar fikiran
dan sebagainya.”
P3S3/RK/sb
Rangka kepimpinan politik telah diimplementasikan oleh pengetua di S1, S2 dan
S3 dengan berkesan. Temu bual di S1 menunjukkan pengetua mampu membuat hubungan
dengan komuniti setempat dan individu yang berpengaruh untuk membantu dalam pengelolaan
kokurikulum. Hubungan yang baik ini banyak memberikan manfaat kepada pihak sekolah.
Banyak sumbangan diperoleh terutamanya dari aspek kewangan untuk membiayai kegiatan
kokurikulum.
“Pengetua memang hebat dalam membuat hubungan dengan alumni malah dengan
NGO lain. Hubungan akrab yang terjalin sebenarnya satu bonus, dan mereka akan
saling bantu membantu.”
PG1S1/RK/pk
“Ada parent pulak hendak menyumbang, hendak tanggung kos untuk sediakan stor
untuk lelaki dan stor untuk perempuan maka kami namakan Balai Kadet Polis”
G2S2/RK/pk
“Saya dapati Yang Dipertua PIBG Tuan Hj Razali sangat komited pada sekolah. Dia
yang tolong uruskan kertas kerja dan mencari dana dari luar.”
PG1S1/RK/pk
“Ini merupakan satu keistimewaan sekolah ini dan telah menjadi budaya sekolah.
Walaupun mereka sudah tamat pengajian sampai form 5 or form 6, kebanyakan
mereka akan kembali ke sekolah untuk menjadi jurulatih atau pun kita gunakan
sebagai Jurulatih Utama atau Fasilitator”
GPKK2S2/RK/pk
32
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Rajah 3: Tema dan Sub tema Rangka Kepimpinan Pengetua
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pengetua telah mengaplikasi dengan sistematik Rangka Kepimpinan Pengetua yang meliputi
Sumber Manusia, Struktural, Politik dan Simbolik dalam pengurusan kokurikulum di S1-S3
berdasarkan kepada Rajah 3.0. Hasil daripada kajian ini telah mengesahkan bahawa Teori
Rangka Kepimpinan yang telah diasaskan oleh Bolman dan Deal (1991), adalah sesuai dan
boleh digunakan dalam mengurus kokurikulum di sekolah. Teori ini ternyata mempunyai
persamaan ciri-ciri dengan teori pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995). Pengkaji
mendapati sekiranya kedua-dua teori ini di gabungkan ia akan mewujudkan satu panduan
pengurusan yang lengkap dan sistematik untuk pengetua di sekolah.
Rangka Kepimpinan Sumber Manusia dilihat banyak digunakan oleh pengetua
di S1-S3 kerana proses ini melibatkan warga sekolah dan paling utama adalah guru dan
murid. Perkara ini telah dijelaskan oleh Bolman dan Deal (1960) iaitu penggunaan Rangka
Kepimpinan Sumber Manusia oleh pengetua sangat praktikal di sekolah. Kepimpinan pengetua
yang cemerlang perlu membuat keputusan secara kolektif, mudah didekati, mudah untuk
berbincang, mempunyai hubungan interpersonal yang rapat dengan guru dan murid. Beliau
juga perlu sentiasa bersikap terbuka, positif, memberikan motivasi kepada guru dan murid
serta membimbing mereka dalam pengajaran. Pengetua sebagai watak utama di sekolah
sentiasa memberikan dorongan dan menjaga kebajikan guru dan murid. Beliau juga telah
memberikan penghargaan dan pengiktirafan sebagai agenda penting dalam usaha untuk
menghargai penat lelah guru dalam mengelola kokurikulum (Rajah 4).
Rajah 4: Penggunaan Rangka Kepimpinan dalam Proses Pengurusan Kokurikulum.
33
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
Pengetua juga mempunyai sikap dedikasi dan kepimpinan yang tinggi serta mudah
didekati. Beliau sering memberikan motivasi kepada guru dan murid dan situasi ini telah
mewujudkan keikhlasan bekerja kepada warga sekolah. Pengurusan pengetua sangat
sistematik dan terancang mengikut prosedur dan peraturan di S1, S2 dan S3. Ini menunjukkan
Rangka Kepimpinan Struktur diimplementasikan dengan baik di S1-S3. Pernyataan ini adalah
bersamaan dengan Bolman dan Deal (1960) iaitu Rangka Kepimpinan Struktur berupaya untuk
membantu pengetua dalam mengurus kerana setiap perancangan kokurikulum dijalankan
dengan sistematik dan terdapat penjelasan serta perincian bagi setiap aktiviti yang dijalankan
di sekolah. Beliau juga menyarankan agar pengetua mengelola setiap aktiviti dengan teratur
dan peranannya sebagai pemimpin sangat diutamakan.
Selain itu, pengetua juga perlu membuat kawalan terhadap kewangan dan peruntukan
bagi memastikan setiap program dapat dijalankan dengan sempurna. Beliau juga membuat
penilaian terhadap setiap program yang dijalankan selain membuat penyeliaan dan
pemantauan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam setiap aktiviti yang dijalankan
di sekolah. Beliau juga melibatkan diri dalam membuat pemantauan dan penyeliaan terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para murid bersama-sama dengan AJK Pengurusan
Tertinggi. Selain itu, beliau sentiasa memastikan sumber kewangan mencukupi untuk
membiayai program dan kegiatan kokurikulum. Sikap turun padang yang diamalkan oleh
pengetua semasa aktiviti dijalankan, dilihat dari sudut yang sangat positif oleh guru dan
murid. Kajian menunjukkan mereka berasa sangat bangga dan seronok apabila pengetua
hadir dalam aktiviti yang dijalankan serta menganggap ia sebagai satu penghargaan terhadap
penat lelah mereka.
Penggunaan Rangka Kepimpinan Simbolik oleh pengetua dapat dilihat dengan
kehebatan pengetua di S1-S3 dalam mengurus kokurikulum sehingga menjadi kebanggaan
kepada warga sekolah. Sikap beliau yang sangat dedikasi, tidak membangga diri, kerja
bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati orang lain telah menjadi idola atau role-model
di sekolah. Dapatan ini bersamaan dengan Bolman dan Deal (1960) iaitu Rangka Kepimpinan
Simbolik menurut teori ini adalah melibatkan pengetua menjadi role model dan mampu
mewujudkan simbol-simbol yang akan memberikan watak kepada sekolah. Penggunaan
Rangka Kepimpinan Simbolik oleh pengetua dapat dilihat apabila beliau sentiasa berusaha
agar segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Pengetua perlu kreatif dalam mengurus kegiatan kokurikulum, sentiasa menerapkan nilai
murni dan disiplin dalam kalangan guru serta murid. Perspektif pemikiran dan teori Simbolik
pula merujuk kepada situasi apabila pemimpin melihat organisasi sebagai realiti sosial yang
mementingkan budaya. Kajian ini telah menjelaskan bahawa kepimpinan pengetua yang
cemerlang ini telah memberikan simbol dan watak yang baik kepada sekolah. Beliau tidak
jemu untuk memberikan bimbingan kepada guru dan murid pada setiap masa tidak mengira
tempat (Rajah 4).
Rangka Kepimpinan Politik pengetua di S1-S3 telah diaplikasikan dengan baik dan
memberikan impak yang positif kepada seluruh warga sekolah. Dapatan ini mempunyai hubung
kait dengan Bolman dan Deal (1960) iaitu Rangka Kepimpinan Politik sangat berkait rapat
dengan keupayaan pengetua dalam mengurus konflik yang berlaku. Menurut beliau, pengetua
mampu membuat hubungan dengan komuniti, individu berpengaruh dan juga Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Pengetua mempunyai keupayaan memujuk dan berunding dengan
ibu bapa murid. Pernyataan ini bersesuaian dengan dapatan kajian ini iaitu pengetua mampu
34
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
membuat hubungan dengan komuniti khusus untuk mendapatkan sumbangan dari aspek
kepakaran, kejurulatihan dan kewangan. Banyak sumbangan telah diperoleh daripada agensi
kerajaan, swasta, persatuan alumni dan lain-lain agensi bagi memastikan kegiatan kokurikulum
berjalan lancar. Pengkaji berpendapat, penggunaan empat Rangka Kepimpinan ini dapat
melengkapkan lagi proses pengurusan kokurikulum di sekolah menengah.
Implikasi dapatan kajian terhadap teori menunjukkan bahawa elemen yang terkandung
dalam Teori Rangka Kepimpinan oleh Bolman dan Deal (1991) yang meliputi sumber manusia,
struktural, politik dan simbolik mempunyai ciri-ciri persamaan dengan elemen yang terkandung
dalam Teori Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995). Ini bermaksud kajian ini
telah berjaya membuktikan bahawa kedua-dua teori ini boleh digabungkan untuk menghasilkan
satu panduan yang boleh membantu pengetua dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.
Selain itu, dapatan kajian juga memberikan implikasi terhadap dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu memberikan perhatian kepada kepentingan kokurikulum sebagai sebahagian
daripada kurikulum dalam usaha untuk menghasilkan kecemerlangan kokurikulum. Dasar
pendidikan memerlukan penambahbaikan dan semakan semula. Selain itu, pengurusan
kokurikulum di sekolah juga perlu lebih mantap iaitu peranan pengetua sebagai individu yang
utama di sekolah perlu mempunyai visi dan misi yang jelas dalam pengurusan kokurikulum.
Beliau perlu menjadi role model kepada warga sekolah. Beliau perlu bijak mencari ruang dan
peluang untuk meningkatkan kecemerlangan kokurikulum serta mampu menangani masalah
yang timbul dengan suasana yang harmoni.
Kajian ini telah mencadangkan satu panduan pengurusan iaitu amalan-amalan terbaik
pengetua khusus untuk mengurus kokurikulum di sekolah. Cadangan ini meliputi aspek
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal komponen kokurikulum yang terdapat di
sekolah untuk lebih sistematik dan memberikan manfaat kepada seluruh warga sekolah.
KESIMPULAN
Teori Rangka Kepimpinan oleh Bolman dan Deal (1991) juga telah memberikan implikasi
yang besar dalam kajian ini. Pengkaji mendapati beberapa elemen dalam Teori Rangka
Kepimpinan ini yang meliputi sumber manusia, struktural, politik dan simbolik mempunyai
ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan Teori Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan
Gilbert (1995). Ini bermaksud kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa kedua-dua teori
ini boleh digabungkan untuk menghasilkan satu panduan yang boleh membantu pengetua
dalam pengurusan kokurikulum di sekolah. Hasil kajian ini membuka ruang kepada kajian
lanjutan dalam bidang kokurikulum secara umum dan peranan pengetua dalam pengurusannya
secara khusus. Kajian wajar dilaksanakan mengikut lokasi iaitu sekolah bandar dan luar
bandar, bagi jenis sekolah yang sama dan berkemungkinan dipengaruhi oleh situasi setempat.
Kajian selanjutnya boleh dilaksanakan terhadap sekolah agama dan berasrama penuh kerana
berkemungkinan peranan pengetua adalah berbeza dengan sekolah harian biasa yang boleh
diambil sebagai contoh yang terbaik.
35
Penggunaan Rangka Kepimpinan Pengetua Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dalam Pengurusan Kokurikulum di Sekolah
RUJUKAN
Bolman, L. & Deal, T. (1960). Leadership Orientations Survey. Cambridge: National Centre
for Educational Leadership.
Bolman, L. & T. Deal. (1991). Leadership and Management Effectiveness: Multi-frame, Multi-
sector Analysis, Human Resource Management.
Bolman, L. & Deal, T.E. (1997). Reframing Organizations. Artistry, Choice and Leadership.
San Francisco: Jossey Bass.
Bolman, L,H. & Granell, E. (1999). Versatile Leadership: A Comparative Analysis of Reframing
in Venezuelan Managers. Kertas Kerja yang dibentangkan di Persidangan World
Wide Bilingual. Sepanyol: Universiti Madrid. 1-20.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan (Buku Satu). Serdang: Mc Graw Hill
Education.
Creswell, J. W. (1994). Research Design: qualitative & quantitative approaches. Thousand
Oaks: SAGE Publications
Fears, A. (2004). A Study Of School-Based Leadership And The School Improvement Process
For Elementary Schools That Demonstrated High And Low Student Achievement.
Disertasi Ph.D. Union Institute University
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala
Lumpur: Bahagian Sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di
Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Naziran.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Laporan Tinjauan Minat Murid dalam kegiatan
Kokurikulum. Kuala Lumpur: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2007).Intervensi Pembangunan Organisasi Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai
Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan. (2005). Program Rangkaian Sahabat Pengetua. Batu
Caves: Selaseh Sdn. Bhd
Merriam, S.B. (2006). Qualitative research and case study applications in education: revised
and expanded from case study research in education. San Francisco: Jossey-
Bass.
Mohd Nor Jaafar. (2013). Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Tahap
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Stoner, J. A. F.(1995). Management. New Jersey:Prentice Hall Inc.Engleword Cliffs.
Ross, D. (2006). Leadership styles of secondary school principals as perceived by secondary
school teachers. Disertasi Ed.D. Florida Atlantic University
36
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
PENGURUSAN MAKRO GURU PELATIH: SATU KAJIAN DI IPG
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI
Abd.Aziz Ismail, PhDa ([email protected])
Amar Sidque Mohd Amina ([email protected])
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Abstrak
Prestasi kecemerlangan pelajar di dalam bilik darjah adalah sebahagian besarnya bergantung
kepada kemahiran dan kepakaran seseorang guru dalam mencorakkan pengajarannya.
Secara langsung menunjukkan bahawa disiplin pengajaran guru dalam bilik darjah merupakan
elemen terpenting yang perlu dipelajari, diasah dan dimiliki oleh setiap insan yang ingin menjadi
guru. Kajian berbentuk tinjauan ini cuba mengkaji persepsi dalam kalangan guru pelatih
mengenai aplikasi kursus pengurusan makro di IPG. Kertas soal selidik telah digunakan bagi
mendapatkan data pada 154 orang guru pelatih semester 5 IPG Kampus Pendidikan Islam.
Dapatan kajian menunjukkan signifikan p<0.05 berlaku pada pengurusan makro berdasarkan
pengkhususan hanya dari segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti
yang dirancang sahaja. Keseluruhan skor min item pengurusan makro pada tahap yang tinggi
iaitu (3.68-5.00). Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan sebagai penambahbaikan dalam
kelesuan pengajaran guru pelatih di samping menjana kualiti pengajaran cermerlang.
Kata Kunci: Pengajaran Makro, Kemahiran, Bilik Darjah, Aplikasi Maklumat,
Cemerlang.
Abstract
The performance of students' excellence in the classroom is largely dependent on the skill
and expertise of a teacher in his or her teaching. That teaching discipline in the classroom is
the most important element by every person who wants to become a teacher. This survey was
conducted to examine perceptions among trainees' teachers regarding macro management
course application at IPG. Questionnaires were used to obtain data 154 semester 5 teachers of
IPG Islamic Education Campus. The findings showed significant p <0.05 in macro management
based on specialization in terms of carrying out teaching and learning activities as planned.
The overall score of the macro management items at a high level is (3.68-5.00). The implication
of this study can be utilized as an improvement in the lack of teaching of instructional teacher
teaching as well as generating excellent teaching quality.
Keywords: Macro Teaching, Skill, Classroom, Information Application, Excellent.
37
Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian Jurnal Penyelidikan Jilid 17
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Syarat yang paling utama untuk seseorang guru bagi menjalani praktikum di sekolah, mereka
mestilah terlebih dahulu melaksanakan pengurusan mikro dan makro di peringkat Institut
Pendidikan Guru. Walau pun para pelatih ini diberikan persediaan awal pelbagai kaedah
pengajaran dan pengurusan bilik darjah namun masih terdapat pelbagai masalah ketika
mereka menjalani praktikum sebenar di sekolah. Menurut Raph W. Tyler (1993), situasi ini
terjadi kerana tahap kesediaan dan pengetahuan pedagogi guru pelatih kurang memuaskan
yang akhirnya menjurus kepada minat, sikap dan kemahiran mengajar yang sederhana.
Keyakinan diri guru pelatih dalam menyampaikan isi kandungan juga dikatakan masih di tahap
rendah. Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), yang
di lancarkan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan penambahbaikan dalam
meningkatkan peranan praktikum bagi menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia lebih
bertaraf dunia. Fenomena ini merupakan satu usaha berterusan KPM untuk memantapkan
kurikulum IPG melalui pemantapan latihan mengajar (KPM, 2013).
Kajian yang berbentuk tinjauan ini telah dilaksanakan untuk melihat persepsi
guru PISMP semester 5 terhadap pengurusan makro di Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam, Bangi. Fokus utama adalah untuk mengkaji tentang kandungan kursus
pengurusan makro yang telah diberikan. Kursus ini wajib bagi guru pelatih dengan melihat
kepada kepentingan persediaan guru pelatih sebelum mengikuti latihan mengajar yang dikenali
sebagai program praktikum di sekolah. Elemen pengurusan makro adalah satu daripada
perkembangan paling penting dalam bidang pengajaran praktik yang telah dibangunkan
oleh Dwight Allen iaitu Ketua Pegawai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan.
Pelaksanaan pengajaran ini bermula di Universiti Stanford pada tahun 1963 dan seterusnya
Brookfield (2005), mendapati salah satu kesukaran yang guru patut belajar ialah ketulusan
keinginan iaitu tidak menjamin ketulenan latihan mengajar.
Pengurusan makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula
dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata lain,
pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lenkap bermula dari set induksi hingga
penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen seperti dilakukan di kelas
yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, menumpu kepada pelbagai
kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran
yang sekian lama dipelajari.
Pelaksanaan pengurusan makro berlaku apabila seorang guru memberikan arahan
kepada seluruh ahli dalam kelas pada satu masa untuk jangka masa yang panjang, biasanya
lebih lama daripada 10 minit. Pengurusan makro sering dilakukan dalam format kuliah,
dan boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep baru, seperti menambahkan, atau
mengamalkan kemahiran baharu, seperti membunyikan kalimah-kalimah baru atau ayat-ayat
tertentu yang baru.
Antara prinsip pengurusan makro ialah guru mempunyai objektif yang besar dan luas
merangkumi aras pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan objektif secara tepat
dan jelas bagi setiap pengajaran yang dirancang berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti.
Manakala jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di
dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan
rakan-rakan. Justeru, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
38
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Aplikasi dalam strategi pengurusan makro guru perlu mempelbagaikan teknik dan
strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik
dalam jangka masa yang ditentukan. Di samping itu ianya dilaksanakan berdasarkan kepada
jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 30 hingga 40 minit satu subjek. Ekoran
itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang
ditetapkan. Pada pengurusan makro juga guru pelatih perlu menyampaikan keseluruhan isi
pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru
pelatih perlu memberikan fokus dan menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan
secara menyeluruh. Akhir sekali dalam penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru pelatih
selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru
hari itu. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan
datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan
murid di samping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.
PERNYATAAN MASALAH
Praktikum merupakan satu program yang terpenting dalam mana mana institusi latihan
keguruan di seluruh dunia. Bimbingan yang diberikan oleh para pensyarah kepada guru
pelatih ketika menjalani praktikum di sekolah sangat penting kerana melalui program
ini akan dapat membantu guru pelatih; menghadapi cabaran yang benar-benar menguji
kesabaran, daya usaha serta ketahanan fizikal dan mental, mengurangkan kebimbangan
dan tekanan, meningkatkan semangat dan mengurangkan rasa rendah diri, mengelakkan
sikap mudah berputus asa dan negatif, mengekalkan kestabilan emosi, mendedahkan guru
pelatih kepada pengalaman sebenar profesion perguruan dan membimbing guru-guru pelatih
ke arah menjadi guru yang berkompetensi dan berkualiti.
Pengurusan makro ini merupakan titik permulaan bagi bakal guru untuk mempraktikkan
dan mengamalkan teori-teori, kaedah-kaedah, strategi-strategi dan pendekatan-pendekatan
yang diperoleh daripada sesi interaksi kuliah dan pengajaran makro (macro teaching).
Untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berteknologi
tinggi dalam pendidikan, mereka haruslah bermula dari institusi keguruan. Tetapi sebelum
itu guru-guru pelatih di IPG perlu dilatih supaya dapat memahami, menguasai, serta mahir
dalam pengurusan makro bagi mencapai matlamat negara bagi membawa perubahan kepada
generasi baru dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.
Pemerhatian pada sesi praktikum fasa satu serta dari refleksi pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan guru pelatih masih tidak bersedia dari sudut menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum. Hasil pemerhatian pensyarah semasa
program praktikum di sekolah antaranya guru pelatih merasakan bahawa kurangnya keyakinan
diri untuk berdepan dengan pelajar, kepetahan dan kelancaran pertuturan tersangkut sangkut,
penulisan di papan putih (white board) yang tidak konsisten dari segi ruang papan, saiz dan
garisan huruf, pengurusan aktiviti kumpulan dalam bilik darjah yang tidak sistematik serta
intonasi suara yang tidak yakin dan mendatar sepanjang pengajaran. Lantaran itu menjadikan
sesi pengajaran yang dilakukan dalam bilik darjah di sekolah tidak berjalan lancar dan objektif
pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya.
Natijah itu, perlu satu kajian mengenai apakah persepsi guru-guru pelatih terhadap
keberkesanan kursus pengajaran makro peringkat di IPG dalam usaha untuk mengkaji dan
39
Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian Jurnal Penyelidikan Jilid 17
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
melihat kepentingannya serta penambahbaikan dalam praktikum guru pelatih di sekolah kelak.
Justeru, penyelidikan yang dijalankan ini diharapkan berupaya untuk menjelaskan, menjawab
dan membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan beberapa kelemahan serta kelesuan program
praktikum di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap kursus pengurusan makro dalam
persediaan praktikum dari segi jantina dan pengkhususan.
2. Untuk mengkaji persepsi antara guru pelatih terhadap kursus pengurusan makro dari
segi jantina.
3. Untuk mengkaji persepsi antara guru pelatih terhadap kursus pengurusan makro dari
segi pengkhususan.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat perbezaan persepsi dalam kalangan guru pelatih antara jantina
terhadap pengurusan makro untuk persediaan praktikum?
2. Adakah terdapat perbezaan persepsi dalam kalangan guru pelatih guru pelatih
antara jantina terhadap pengurusan makro dari segi membantu menyusun proses
pengajaran dengan sistematik?
3. Adakah terdapat perbezaan persepsi dalam kalangan guru pelatih antara jantina
terhadap pengurusan makro dari segi memberi peluang untuk membuat refleksi
cara pengajaran?
HIPOTESIS KAJIAN
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih guru pelatih antara
jantina terhadap pengurusan makro dari segi membantu menyusun proses pengajaran
dengan sistematik?
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih antara jantina
terhadap pengurusan makro dari segi memberi peluang untuk membuat refleksi
cara pengajaran?
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih pengkhususan
terhadap pengurusan makro dari segi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
masalah yang akan berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran?
TINJAUAN LITERATUR
Pengurusan makro yang dipelajari dan diaplikasikan oleh para pelatih sepanjang di
institut pendidikan keguruan memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah dan
kreativiti kemenjadian seorang guru. Brookfield (2005) menjelaskan bahawa satu kesukaran
yang guru pelatih patut belajar ialah ketulusan keinginan iaitu tidak menjamin ketulenan latihan
mengajar. Pengajaran makro yang dilaksanakan di institut latihan keguruan menitikberatkan
cara-cara guru-guru pelatih diberi pengalaman dan kemahiran yang hampir sama dengan
apa yang diperlukan dalam situasi yang sebenar.
40
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Pada dasarnya, pengurusan makro merupakan beberapa elemen pengajaran simulasi
di mana keadaan pengajaran ini berlaku di institut latihan keguruan sahaja. Ianya merupakan
penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahiran-kemahiran pelbagai dalam
satu sesi pengajaran dan pembelajaran seperti dalam kelas sebenar. Pengajaran makro yang
dipraktikkan oleh guru pelatih di kawal oleh pensyarah dengan diperhatikan rakan pelatih
yang lain. Ini bertujuan membiasakan guru-guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran
dalam satu sesi pengajaran, di samping mereka dapat memperbaiki beberapa kelemahan
sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.
Sharifah Alwiah (1986), dalam pengurusan makro ada pelbagai teknik pengajaran
untuk dipelajari bagi meningkatkan kemahiran pengajaran guru pelatih terutamanya dalam
aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, melaksanakan aktiviti
kumpulan, variasi rangsangan, penggunaan papan tulis, bahan bantu mengajar, pengukuhan,
penutup dan lain-lain lagi. Terdapat rungutan dan laporan yang disuarakan daripada pentadbir
sekolah khususnya para guru besar dan guru pembimbing mengenai kekalutan pengurusan
kelas dan gaya pengajaran guru pelatih IPG yang turun menjalankan praktikum di sekolah
mereka. Ini daripada kajian Subandi (2010) pelajar PISMP tidak cekap menguruskan masa,
kurang mahir menggunakan kaedah dan teknik pengajaran, tidak mengikut langkah-langkah
pelajaran yang disusun berdasarkan pembahagian masa, gagal mengawal kelas serta kurang
kreatif.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini berdasarkan tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif
melalui pengumpulan data primer menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian yang
menggunakan soal selidik bertulis yang diedarkan kepada responden sebagai alat kajian
adalah bersifat logik, saintifik dan khusus (Babbie, 2005). Instrumen kajian ini mengandungi
2 bahagian iaitu bahagian A bertujuan untuk mengumpul maklumat responden dan bahagian
B adalah berkaitan pengajaran makro yang menggunakan kaedah lima Skala.
Pengumpulan Data
Data kajian tinjauan ini dikutip daripada 154 orang guru-guru pelatih semester 5 Kampus
Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi. Tinjauan dalam kajian ini melibatkan hampir semua
maklumat yang hendak dikaji dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah ini mampu
mengendalikan jumlah saiz sampel yang besar dan berkeupayaan keputusan kajiannya
digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan.
Soal selidik ini telah ditadbirkan kepada pelajar kelas pendidikan Islam dan
pengkhususan bahasa Arab di bilik kuliah. Para pelatih diterangkan kepentingan mengadakan
penyelidikan ini kepada masa depan profesion perguruan mereka. Kemudian mereka diberikan
kertas soal selidik untuk dijawab dengan pensil dengan masa yang mencukupi. Walaupun
demikian dalam artikel ini, dilaporkan dapatan berbentuk kuantitatif sahaja.
41