Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian Jurnal Penyelidikan Jilid 17
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Penganalisisan Data
Data soal selidik yang diperolehi ini dikodkan dalam borang yang disediakan, dan seterusnya
dimasukkan ke dalam perisian komputer. Data yang dikutip di lapangan ini dianalisis dengan
kaedah statistik deskriptif iaitu menggunakan program “Statistical Parkages For Social
Sciences (SPSS Version 23). Analisis ini adalah bagi memperoleh maklumat berkaitan
min, sisihan piawai, frekuensi, dan ujian-t. Manakala min dan sisihan piawai dihitung untuk
menentukan persepsi guru pelatih. Bagi penilaian min terhadap persepsi responden adalah
mengikut piawaian ISO 9001:2008, tahap skor min seperti berikut:
skor Min 1.00 – 2.34 adalah pada tahap rendah
Skor Min 2.35 – 3.67 adalah pada tahap sederhana
Skor Min 3.68 – 5.00 adalah pada tahap tinggi.
1. Analisis frekuensi dan peratus untuk menunjukkan jantina dan pengkhususan,
manakala min adalah untuk melihat persepsi pengajaran makro.
2. Analisis ujian t pula dibuat untuk menguji hipotesis pengurusan makro.
DAPATAN KAJIAN
Data dapatan kajian ini diperolehi daripada seramai 154 orang responden yang menjawab
soal selidik yang telah diberikan kepada pelatih semester akhir 5. Jadual-jadual dibawah
adalah data kajian terperinci yang telah dianalisis.
Analisis Responden
Jadual 1 adalah taburan responden berdasarkan jantina bilangan guru-guru pelatih IPG
Kampus Pendidikan Islam semester lima dalam Pendidikan Islam dan Pengkhususan bahasa
Arab. Seramai 86 orang guru pelatih lelaki yang mewakili 55.8%, bakinya 86 orang guru
pelatih atau 44.2 % daripada jumlah keseluruhan sempel. Majoriti responden dalam kajian
semester lima ini adalah terdiri daripada guru pelatih lelaki.
42
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan pengkhususan Bahasa
Arab dan Pendidikan Islam guru-guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Islam semester lima
Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kajian ini mendapati 46 orang guru pelatih adalah dari
pengkhususan Bahasa Arab atau 29.9%. Manakala jumlah responden dari pengkhususan
Pendidikan Islam mewakili 108 orang guru pelatih atau 70.1% daripada pelatih semester
lima. Majoriti responden dalam kajian ini adalah guru pelatih Pendidikan Islam.
Jadual 3 adalah sepuluh item dalam aspek pengurusan makro yang dikaji pada
guru pelatih semester lima IPG Kampus Pendidikan Islam. Data yang dianalisis mengenai
pengajaran makro mendapati item 1 iaitu membantu saya untuk menyusun proses pengajaran
dan pembelajaran dengan sistematik dengan mim 4.91 bagi lelaki dan min 4.93 bagi responden
perempuan. Item 2 memberi peluang untuk merefleksikan cara pengajaran saya min 4.90
lelaki dan 4.91 bagi perempuan. Bagi item ketiga 3 iaitu bersedia menghadapi masalah yang
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran min 4.91 lelaki dan 4.96 perempuan. Begitu
juga item 4 membantu saya mengoptimumkan penggunaan masa sewaktu pengajaran min
4.95 lelaki dan 4.96 bagi perempuan. Item 5 iaitu melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dirancang dengan min 4.98 lelaki dan 4.93 perempuan. Bagi item
6 iaitu meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa pengajaran min 4.88 lelaki dan
4.94 perempuan. Manakala item 7, penggunaan bahan sumber yang pelbagai membantu
guru lebih kreatif dalam pengajaran min 4.93 lelaki dan 4.97 perempuan. Item 8 iaitu mampu
memberikan persediaan sepenuhnya kepada saya min 4.88 lelaki dan 4.96 bagi responden
perempuan. Item 9, dapat mengaplikasikan pengalaman mengajar makro di dalam bilik kuliah
untuk dipraktikkan di sekolah min 4.87 lelaki dan 4.97 bagi perempuan. Manakala item 10
dapat berkongsi bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan rakan untuk pengajaran
secara berpasangan min lelaki 4.86 dan perempuan 4.96. Dapatan ini menunjukkan majoriti
responden perempuan mempunyai min yang tinggi iaitu 4.50 berbanding responden lelaki
yang mencatatkan min 4.46 dalam pengajaran makro. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan
bukti bahawa terdapat perbezaan persepsi pelajar antara jantina terhadap kursus pengurusan
makro sebagai persediaan praktikum di sekolah. Lihat Jadual 3.
43
Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian Jurnal Penyelidikan Jilid 17
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Jadual 3 Min Pengurusan Makro Pelatih Min Min
Lelaki Perempuan
Bil ITEM 4.91
4.93
1. Pengajaran makro membantu saya untuk menyusun 4.90
proses pengajaran dan pembelajaran dengan 4.91 4.91
sistematik. 4.95 4.96
4.98 4.96
2. Pengajaran makro memberi peluang untuk merefleksi 4.88 4.93
cara pengajaran saya. 4.93 4.94
4.97
3. Saya bersedia menghadapi masalah yang berlaku 4.88
dalam pengajaran dan pembelajaran 4.87 4.96
4.86 4.97
4. Pengajaran makro membantu saya mengoptimumkan 4.96
penggunaan masa sewaktu pengajaran. 4.46
4.50
5. Saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dirancang.
6. Saya dapat meningkatkan penglibatan murid secara
aktif semasa pengajaran.
7. Penggunaan bahan sumber yang pelbagai membantu
guru lebih kreatif dalam pengajaran
8. Pengajaran makro mampu memberikan persediaan
sepenuhnya kepada saya.
9. Saya mengaplikasikan pengalaman mengajar makro
di dalam bilik kuliah untuk dipraktikkan di sekolah nanti.
10. Saya berkongsi bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan rakan untuk pengajaran
secara berpasangan.
Purata Min
Sumber: Data Penyelidikan 2016
Dapatan bagi Hipotesis 1
(Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih antara jantina terhadap
pengurusan makro dari segi membantu untuk menyusun proses pengajaran dan pembelajaran
dengan sistematik
Jadual 4
Ujian-t persepsi guru pelatih antara jantina terhadap kursus pengurusan makro dari segi
membantu menyusun proses pengajaran pembelajaran dengan sistematik
44
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Jantina N Mean Std. Nilai-t Sig
4.91 Deviation .745 .118
Membantu Lelaki 86 4.93
68 .292
menyusun
proses pengajaran Perempuan .263
pembelajaran dengan
sistematik
*Tahap Signifikan P<0.05
Analisis Ujian-t seperti Jadual 4, perbezaan skor min persepsi guru pelatih antara
jantina dari segi dapat menyusun proses pengajaran pembelajaran dengan sistematik nilai t
= .745 dan tahap signifikan ialah .118. Tahap signifikan adalah lebih besar dari 0.05 (p>0.05).
Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kursus
pengurusan makro dari segi menyusun proses pengajaran pembelajaran dengan sistematik
melalui ujian-t. Min bagi kedua jantina menunjukkan pada tahap yang tinggi iaitu antara (3.68-
5.00) dan terdapat perbezaan min antara jantina dari segi pelajar menyusun proses pengajaran
pembelajaran dengan sistematik. Min guru lelaki 4.91 manakala min guru perempuan ialah
4.93. Ini menunjukkan pengurusan makro dari segi membantu menyusun proses pengajaran
dan pembelajaran secara sistematik majoritinya dipolopori oleh pelatih perempuan.
Dapatan bagi Hipotesis 2
(Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih antara jantina terhadap
pengurusan makro dari pengajaran makro memberi peluang untuk merefleksi cara pengajaran
saya)
Jadual 4
Ujian-t persepsi guru pelatih antara jantina terhadap kursus pengurusan mikro dari segi
memberi peluang untuk merefleksi cara pengajaran
Jantina N Mean Std. Nilai-t Sig
4.90 Deviation .463 .497
Memberi peluang Lelaki 86 4.91
untuk merefleksi .308
cara pengajaran
Perempuan 68 .286
*Tahap Signifikan P<0.05
Dapatan analisis Ujian-t seperti dalam Jadual 4 perbezaan skor min persepsi guru
pelatih antara jantina dari segi memberi peluang untuk merefleksi cara pengajaran nilai t =
.463 dan tahap signifikan ialah .497. Tahap signifikan adalah lebih besar dari 0.05 (p>0.05).
Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi jantina dengan
kursus pengurusan makro dari segi memberi peluang untuk merefleksi cara pengajaran melalui
ujian-t. Namun min bagi kedua jantina menunjukkan pada tahap yang tinggi iaitu antara (3.68-
5.00) dan terdapat perbezaan min antara jantina, iaitu min guru lelaki 4.90 manakala min guru
45
Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian Jurnal Penyelidikan Jilid 17
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
perempuan ialah 4.91. Ini menunjukkan majoriti kursus pengurusan makro banyak memberi
peluang untuk merefleksi cara pengajaran dalam kalangan pelatih perempuan.
Dapatan bagi Soalan 3
(Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih pengkhususan terhadap
pengurusan makro dari segi bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam pengajaran
dan pembelajaran?)
Jadual 5
Ujian-t persepsi guru pelatih antara pengkhususan terhadap kursus pengurusan makro dari
segi bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengkhususan N Mean Std. Nilai-t Sig
108 4.93 Deviation .152 .697
Bersedia Pend. Islam 46 4.93
menghadapi Bhs. Arab .263
masalah yang
berlaku dalam .250
pengajaran dan
pembelajaran
*Tahap Signifikan P<0.05
Hasil analisis Ujian-t Jadual 5 menunjukkan perbezaan skor min persepsi guru pelatih
antara pengkhususan dari segi bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah dengan nilai t = .697 dan tahap signifikan ialah .152. Tahap
signifikan adalah lebih besar dari 0.05 (p>0.05). Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara bidang pengkhususan iaitu pendidikan Islam dan bahasa Arab dengan
kursus pengurusan makro dari segi bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran. Min bagi kedua dua persepsi pengkhususan menunjukkan pada
tahap yang tinggi iaitu (3.68-5.00), namun tidak terdapat perbezaan min antara pengkhususan
dari segi bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Min guru pelatih pendidikan Islam dan min guru pelatih bahasa Arab menunjukkan
skor yang sama iaitu 4.93. Dapatan ini menunjukkan dalam kursus pengurusan makro guru
pelatih bahasa Arab dan guru pelatih pendidikan Islam, kedua-duanya bersedia menghadapi
masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Dapatan bagi Soalan 4
(Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih antara pengkhususan
terhadap pengurusan makro dari segi membantu mengoptimumkan penggunaan masa?)
Jadual 6
Ujian-t persepsi guru pelatih antara pengkhususan terhadap kursus pengurusan makro dari
segi membantu mengoptimumkan penggunaan masa
46
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Pengkhususan N Mean Std. Nilai-t Sig
108 4.95 Deviation .023 .879
Membantu Pend. Islam 46 4.96
.211
mengoptimumkan
penggunaan masa Bhs. Arab .206
*Tahap Signifikan P<0.05
Hasil Ujian-t dalam Jadual 6 menunjukkan perbezaan skor min persepsi guru pelatih
antara pengkhususan dari segi membantu mengoptimumkan penggunaan masa nilai t = .023
dan tahap signifikan ialah .879. Tahap signifikan adalah lebih besar dari 0.05 (p>0.05). Ini
memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru pengkhususan dalam
kursus pengurusan makro dari segi membantu mengoptimumkan penggunaan masa.
Min bagi kedua pengkhususan memperlihatkan tahap persepsi yang tinggi iaitu
antara (3.68-5.00) dan terdapat perbezaan min antara pengkhususan dari segi membantu
mengoptimumkan penggunaan masa. Min guru pendidikan Islam 4.95 manakala min guru
bahasa Arab ialah 4.96. Ini membuktikan bahawa majoriti guru pelatih pengkhususan
bahasa Arab mendapat manfaat daripada pengajaran makro iaitu dapat membantu mereka
mengoptimumkan penggunaan masa semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan bagi Soalan 5
(Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pelatih antara pengkhususan
terhadap pengurusan makro dari segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti yang dirancang).
Hasil analisis Ujian-t dalam Jadual 7 menunjukkan perbezaan skor min persepsi
guru pelatih berdasarkan pengkhususan dari segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dirancang nilai t = 10.609 dan tahap signifikan ialah .001. Tahap
signifikan adalah lebih kecil dari 0.05 (p>0.05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pengkhususan pendidikan Islam dan bahasa Arab dengan kursus pengurusan
makro dari segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang.
Bermakna terdapat persepsi pelatih antara pengkhususan dari segi melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang dalam kelas.
Jadual 7
Ujian-t persepsi guru pelatih antara pengkhususan terhadap kursus pengurusan makro dari
segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang
Pengkhususan N Mean Std. Deviation Nilai-t Sig
Melaksanakan Pend. Islam 108 4.94 .283 10.609 .001
aktiviti pengajaran Bhs. Arab
dan pembelajaran 46 5.00 .000
seperti dirancang
*Tahap Signifikan P<0.05
47
Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian Jurnal Penyelidikan Jilid 17
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
Melihat kepada min kedua pengkhususan iaitu pendidikan Islam dan bahasa Arab berdasarkan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang menunjukkan
pada tahap yang tinggi antara (3.68-5.00), terdapat perbezaan min antara pengkhususan dari
segi dari segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Min
pelatih pendidikan Islam 4.94 manakala min pelatih bahasa Arab ialah 5.00. Ini menunjukkan
dalam pengurusan makro majoriti guru pelatih bahasa Arab berjaya melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Meneliti kepada segala hasil analisis kajian terhadap pengurusan makro menunjukkan
signifikan persepsi guru pelatih pada tahap <0.05, antara pengkhususan hanya dari segi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang sahaja. Namun
berdasarkan persepsi jantina; kursus pengurusan makro dari segi membantu menyusun
proses pengajaran pembelajaran dengan sistematik, memberi peluang untuk merefleksi
cara pengajaran, dan berdasarkan persepsi pengkhususan; kursus pengurusan makro dari
segi bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran,
membantu mengoptimumkan penggunaan masa menunjukkan tidak signifikan tahap 0>5.
Ketidaksignifikan beberapa item dalam pengurusan makro yang dikaji dan diuji menunjukkan
perlunya tindakan segera perlu diambil untuk penambahbaikan bahagian tersebut. Dapatan
ini penting bagi para pensyarah dan para guru pelatih dalam melakukan pembetulan dalam
pelaksanaan praktikum di masa depan.
Cadangan untuk kajian penyelidikan pada masa akan datang cuba melihat
mengapakah item-item persepsi yang tidak signifikan ini; 1. Membantu menyusun proses
pengajaran pembelajaran dengan sistematik, 2. Memberi peluang untuk merefleksi cara
pengajaran, 3. Bersedia menghadapi masalah yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran, dan 4. Membantu mengoptimumkan penggunaan masa; boleh dikenal pasti
dan dilaksanakan penambahbaikan supaya ianya dapat meningkatkan lagi kualiti dalam
pengurusan praktikum pelatih.
KESIMPULAN
Hasil daripada analisis 5 item pengurusan makro melalui Ujian-t terhadap pembolehubah
tetap, iaitu jantina dan pengkhususan dari segi segi melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dirancang, membantu menyusun proses pengajaran pembelajaran
dengan sistematik, memberi peluang untuk merefleksi cara pengajaran, bersedia menghadapi
masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran, menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan pada tahap 0.05 pada item yang diuji, kecuali item pengkhusasan
dari segi membantu mengoptimumkan penggunaan masa pengajaran makro di bilik darjah.
Namun keseluruhan skor min memperlihatkan tahap yang tinggi (3.68-5.00). Dapatan
ini membekalkan maklumat yang berfaedah bahawa kursus pengurusan makro yang
dilaksanakan sekarang pada guru-guru pelatih perlu semakan semula dan penambahbaikan
dalam beberapa bahagian yang menampakkan ketempangan.
48
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pengurusan Makro Guru Pelatih: Satu Kajian
di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi
RUJUKAN
Babbie, E. (2005). The Basics Of Social Research (Third Edition). California: Wadsworth,
Inc.
Brookfield, S. (2005). Becoming A Critically Reflective Teacher. Jossey-Bass: San
Francisco.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Putra Jaya
Tyler,R.W. (1993). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Terj. Kamaruddin Hussin & Hazil
Abdul Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Alawiyaah al Sagoff. (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur. Heinemann
Asia.
Subandi Kasidan.(2010). Kajian Terhadap Pelaksanaan Praktikum Siri 1 PISMP Ambilan
Januari 2007. Jurnal Mapera, Jilid 21 Nov 2010. Sarawak: Institut Pendidikan Guru
Kampus Rajang.
49
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
KUALITI HADITH DALAM KITAB HIDAYAT AL-MUKHTAR
SERTA IMPLIKASI TERHADAP PENYAMPAIAN
DAKWAH KEPADA MASYARAKAT
Muhammad Ashraf Shahrulaila ([email protected])
Mohd Akil Mohamed Ali, PhDa ([email protected])
aUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kitab hadith Hidayat al-Mukhtar yang dikumpul dan disusun oleh al-Imam al-Hafiz al-Mundhiriyy
terjemahan Syeikh Wan Hasan Wan Ishaq al-Fathani merupakan karya yang memuatkan
perbincangan berkaitan dengan 40 hadith tentang kelebihan menuntut ilmu dan kelebihan
ulama. Walaupun kitab ini tidak dinyatakan oleh pengarang sumber dan martabat hadith-
hadithnya, namun ia adalah antara kitab-kitab wakaf yang diedarkan oleh pihak syarikat
penerbit Khazanah Fathaniyah ke masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok pengajian dan
seumpamanya. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sumber pengambilan hadith oleh
Imam al-Hafiz al-Mundhiriyy dengan menggunakan ilmu takhrij dan juga menganalisis status
hadith yang terdapat di dalamnya. Kajian kepustakaan ini dijalankan dengan menganalisis
setiap hadith berdasarkan kaedah takhrij untuk menentukan sumber-sumber dan hukum hadis.
Antara senarai kitab yang dirujuk termasuklah kitab-kitab muktabar seperti al-Sunan al-Tiscah,
kitab-kitab takhrij dan cUlum Hadith. Kajian mendapati bahawa daripada 40 hadith tersebut,
sebanyak 25 hadith dalam kitab ini ditemui sumbernya, manakala 15 lagi tidak diketahui akan
sumber asal. Daripada jumlah 25 hadith tersebut, 2 adalah hadith hasan, 6 hadith dacif , 4
hadith dacif jiddan,1 hadith matruk, 12 hadith mawduc. Kajian ini memberi implikasi kepada
pengkaji hadith, pendakwah agar lebih berhati-hati dalam memilih kitab-kitab hadith dalam
menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Kajian ini juga mencadangkan agar
pihak institusi agama atau JAKIM mengambil inisiatif untuk memantau setiap kitab-kitab
hadith yang dijumpai dalam pengajian di masjid-masjid, surau-surau dan institusi-institusi
bagi menjaga kesahihan sumber dan status hadith tersebut.
Kata kunci: al-Mundhiriyy, Syeikh Wan Hasan al-Fathani, Metodologi, Takhrij
Abstracts
The book of hadith collected and compiled by Imam Hafiz al-Mundhiriyy entitled Hidayat
al-Mukhtar is one of the works incorporating the discussions on 40 Ahadith regarding the
advantage of seeking knowledge. Although the book does not expose the status of its author
and the eminence of its Ahadith, but it is among the endowed books distributed by the publisher
Khazanah Fathaniyah to mosques, pondok learning institution and so on. The objective of this
study is to identify the source of collection of hadith by Imam al-Mundhiriyy by using takhrij
knowledge and also analysing the status of the Ahadith in it. This document analysis study
analysed every hadith in the book one by one using takhrij technique to determine the sources
and ruling of Ahadith. Among the books referred were al-Sunan al-Tiscah, takhrij works and
hadith disciplines of knowledge. This studyco nclude that the book has yet to be analysed of
50
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
its various angels considering that the book was long published since a few years back. The
source of each hadith in the book is found embedded in the reliable book of hadith and prior
finding this study shows that there are 2 hadith hasan, 6 hadith dacif, 4 dacif jiddan, 1 hadith
matruk, 12 hadith mawduc and 15 hadith that the original source can not be found. This study
bears an implication to Hadith researches, islamic callers so as to be more careful in selecting
hadith books in delivering knowledge and dacwah to society. This study also suggest that
those in the religious institution or JAKIM take initiative in overseeing every hadith book found
in religious teachings at mosques, prayer houses and institutions in order to safeguard the
aunthenticity of sources and the status of the Ahadith.
Keywords: al-Mundhiriyy, Syeikh Wan Hasan al-Fathani, Methodology, Takhrij
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber utama perundangan Islam yang tidak boleh
lagi dipertikaikan kewajipan menjadikan keduanya sebagai satu pegangan hidup sepanjang
zaman. Keaslian al-Quran sebagai sumber utama syariat dalam Islam tidak perlu diragukan
lagi tentang keasliannya, tetapi al-Sunnah perlu dinilai terlebih dahulu sebelum kita
menjadikannya sebagai suatu pegangan fakta agama. Perkembangan ilmu hadith pada
zaman ini sangat meluas dan menarik minat ramai orang untuk mengetahui lebih lanjut lagi
tentang kefahaman ilmu hadith. Oleh yang demikian, bagi memastikan umat Islam hanya
mengamalkan hadith-hadith yang maqbul sahaja, maka para ulama telah berusaha sedaya
upaya untuk mengkategorikan hadith-hadith kepada hadith maqbul dan hadith mardud iaitu
hadith-hadith yang diterima dan hadith-hadith yang ditolak.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian, terdapat begitu banyak kitab klasik karya ulama
Nusantara yang dijadikan rujukan utama dalam sukatan pembelajaran di masjid-masjid,
surau-surau dan pondok-pondok yang tidak diketahui status hadith di dalamnya sama ada ia
sahih, hasan, dacif atau mawduc. Walaupun karya-karya tersebut dikarang oleh ulama yang
diiktiraf kepakaran mereka di dalam ilmu agama, ini tidak bermakna ia terlepas daripada
hadith-hadith yang berstatus dacif dan mawduc.
PERNYATAAN MASALAH
Kitab hadith yang dikumpul dan disusun oleh Imam al-Hafiz al-Mundhiriyy yang berjudul
Hidayat al-Mukhtar ini merupakan salah satu karya yang memuatkan perbincangan berkaitan
dengan permasalahan hadith-hadith tentang kelebihan menuntut ilmu dan ulama. Seterusnya
kitab ini diterjemahkan ke dalam tulisan melayu jawi oleh Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq
al-Fathani. Syeikh Wan Hasan al-Fathani juga menghuraikan dan menerangkan setiap matan
secara ringkas supaya dapat difahami maksud sebenar sesuatu hadith. (Wan Mohd Saghir
Abdullah, 2000: 35)
Kitab ini mempunyai 40 buah hadith yang tidak dinyatakan oleh pengarang sumber dan
martabat hadith-hadith tersebut sama ada maqbul ataupun mardud dan boleh membawa kesan
kepada masyarakat untuk beramal. Terdapat 40 buah hadith dalam kitab ini diterjemahkan ke
dalam tulisan jawi yang lama dan ini juga sudah pasti menyukarkan lagi untuk menganalisis
hadith terjemahan tersebut kerana tulisan jawi yang digunakan untuk terjemahan hadith
tersebut tidak diguna pakai lagi dalam sistem kehidupan moden hari ini. Dapatan awal kajian
mendapati status dan martabat 5 hadith daripada 40 hadith yang terdapat dalam kitab Hidayat
51
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
al-Mukhtar ini dihukum dacif oleh ulama-ulama hadith seperti Imam al-Dhahabiyy, Ibn Hajar
al-cAsqalaniyy dan yang lain-lain.
Kitab Hidayat al-Mukhtar ini merupakan antara kitab-kitab wakaf yang yang diedarkan
oleh pihak syarikat penerbit Khazanah Fathaniyah ke masjid-masjid, surau-surau, pondok-
pondok pengajian dan selainnya. Pihak Khazanah Fathaniyah juga mengadakan kelas
pengajian kitab-kitab Melayu/Jawi klasik yang merupakan karya ulama Melayu. Tujuan dan
usaha mereka adalah untuk membantu menghidupkan kembali penulisan jawi yang semakin
hilang1. Mereka juga menerbit, mengedar, menjual beratus-ratus karya dalam pelbagai kategori
termasuklah kitab-kitab transliterasi, koleksi kertas kerja, koleksi kitab Arab dan jawi, koleksi
manuskrip, serta karya-karya ilmiah yang terkini.2
Syarikat penerbitan Khazanah Fathaniyah memaklumkan bahawa terdapat pengajian
kitab berjudul Risalah Hidayat al-Mukhtar di Rawang pada tahun 2014. Kitab ini telah
mendapat permintaan daripada seorang ahli jawatankuasa Masjid di Rawang sebanyak 42
buah kitab untuk kegunaan kelas pengajian. Manakala pengajian di Negeri Sembilan pada
tahun 2006 hingga sekarang iaitu di sekitar Masjid dan Surau Daerah Tampin dan Kuala Pilah
adalah berdasarkan pengetahuan salah seorang pelanggan yang pernah hadir ke Khazanah
Fathaniyah.3
Terdapat kebanyakan karya-karya yang dihasilkan oleh ulama Nusantara lebih
tertumpu kepada bidang cAqidah, Tasawwuf dan Fiqh, namun tidak dinafikan juga terdapat
karya yang dihasilkan melalui bidang hadith. Satu perkara yang kerap kali terjadi dalam karya
mereka ini adalah dari segi metodologi penulisan dan susunan kitab yang tidak dinyatakan
secara jelas sumber pengambilan dan rujukannya. (Shamsul Mohd Nor, 2014: 7)
Hadith-hadith di dalam kitab ini juga banyak disebarkan di laman sesawang
sehinggakan ramai yang bertanyakan terhadap status setiap hadith di dalam kitab ini.
Masalah ini juga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap orang awam terhadap status hadith
yang disebarkan dalam kitab ini. Disebabkan itulah kajian ini dijalankan bertujuan untuk
memantapkan lagi penggunaan kitab ini dalam perkembangan ilmu pengajian Islam pada
hari ini supaya kita dapat meletak kitab tersebut sesuai pada kedudukan yang sepatutnya.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif berikut:
1. Mengkaji pendekatan penulisan pengarang kitab dalam karya Hidayat al-Mukhtar
ini.
2. Menganalisis dan menjelaskan status hadith yang terdapat di dalam kitab Hidayat
al-Mukhtar
1 Temubual penulis di Persatuan Kajian Khazanah Klasik Nusantara Dan Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur.
(pada 18 Mac 2015 jam 2.45pm)
2 Temubual penulis di Persatuan Kajian Khazanah Klasik Nusantara Dan Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur,
(pada 18 Mac 2015 jam 2.45pm)
3 Laporan daripada Khazanah Fathaniyah pada 24 Mac 2015
52
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan berikut:
1. Bagaimanakah pendekatan penulisan hadith yang diketengahkan dalam karya
Hidayat al-Mukhtar ini?
2. Apakah status kekuatan dan kualiti hadith-hadith yang terdapat dalam karya
tersebut?
TINJAUAN LITERATUR
Berdasarkan tinjauan penulis, kitab Hidayat al-Mukhtar karangan Imam al-Mundhiriyy ini belum
pernah dikaji dari setiap segi memandangkan kitab ini telah lama diterbitkan beberapa tahun
kebelakangan ini. Namun begitu penulis mendapati terdapat beberapa kajian yang pernah
dikaji oleh beberapa individu yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Kajian-kajian tersebut secara tidak langsung berkaitan dengan kajian ini, iaitu
kajian berbentuk takhrij hadis terhadap kitab-kitab culama’ terdahulu. Antara kajian-kajian
terdahulu yang sempat dirujuk oleh penulis antaranya ialah:
Wan Azlee bin Wan Ibrahim pada tahun 2014 dalam kajian beliau yang bertajuk
“Kedudukan Hadith Dalam Kitab Empat Puluh Hadith Membudayakan al-Sunnah (siri ketiga)”
Oleh Jabatan Agama Islam Johor merupakan kajian berkaitan takhrij dan komentar terhadap
hadith-hadith dalam Kitab Empat Puluh Hadith. Kajian dalam kitab ini memberi tumpuan
hanya diberikan kepada takhrij dan analisis setiap hadith sahaja. Kitab ini juga mengandungi
40 hadith yang tidak dinyatakan sumber asal dan kedudukannya. Takhrij dan kajian hadith
dimulai dari bab 1 hingga bab ke 40. Dapatan kajian ini diperolehi dengan menggunakan
kaedah penyelidikan perpustakaan dan kaedah analisis data yang bersesuaian dengan
bidang ilmu hadith. Hasil daripada kajian ini mendapati tedapat 29 hadith sahih, 8 hadith
hasan dan 4 hadith dacif
Nor Hanani Ismail, Suriani Sudi dan Rosni Wazir (2013), dalam jurnal mereka yang
bertajuk “Hadith-Hadith Dalam “Hadith Arba’in” Karya Syeikh Daud al- Fathani: Takhrij Dan
Ulasan” merupakan satu kajian berkaitan biografi Syeikh Daud al-Fathani dan sumbangan
beliau terhadap ilmu hadith. Kajian ini menumpukan pada hadith-hadith yang terdapat dalam
kitab beliau di mana terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan status dan martabat hadith.
Kajian ini hanya menumpukan pada takhrij dan ulasan pada setiap hadith sahaja.
Muhammad Khairuddin bin Hussin pada tahun 2014 dalam kajian beliau yang bertajuk
“Takhrij Hadith Kitab Tanqih al-Qawl” merupakan kajian berkaitan Biografi pengarang kitab
ini iaitu Syeikh Nawawi al-Bantani. Kajian ini menjelaskan kaedah-kaedah yang digunakan
oleh Syeikh Nawawi al-Bantani ketika mengemukakan hadith-hadith dalam kitab Tanqih al-
Qawl. Kajian ini hanya menumpukan kepada mentakhrij hadith yang tidak ditentukan hukum
sahaja. Kitab ini membicarakan tentang bab targhib wa tarhib dan jumlah hadith di dalamnya
menjangkau 200 hadith tetapi kajian penulis ini hanya menumpukan 52 hadis sahaja. Hasil
daripada kajian hadith tersebut terdapat 17 hadith sahih, 2 hadith hasan, 16 hadith dacif, 4
hadith mawduc dan 13 hadith lagi tidak dapat ditemui.
Musa bin Mohamad pada tahun 2014 dalam kajian beliau yang bertajuk “Status
dan Kualiti Hadith Dalam Kitab Perisai Bagi Sekelian Mukallaf” merupakan kajian berkaitan
53
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
biografi pengarang kitab iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dan sumbangannya. Kajian ini
juga menerangkan tentang sumber dan status kekuatan sesuatu hadith yang terdapat dalam
kitab tersebut. Kitab ini mengandungi 106 buah hadith yang tidak dinyatakan oleh pengarang
status dan dan martabat hadis-hadis tersebut sama ada maqbul atau mardud. Hasil kajian
pengkaji mendapati terdapat 90 hadith sahih, 2 hadith hasan, 12 hadith dacif dan 2 hadith
mawduc
Rorsuedee Salaeh@Rushdi dan Ishak Sulaiman pada tahun 2013 dalam artikel
mereka iaitu “Takhrij Karya-Karya Hadith Ulama Patani di IPTA Malaysia: Satu Tinjauan”
merupakan satu kajian berkaitan senarai karya-karya hadith yang terdapat di selatan Thailand.
Dalam kajian ini juga, takhrij hadith biasanya dilakukan keatas kitab-kitab klasik atau lebih
dikenali sebagai kitab kuning. Penemuan dalam kajian ini mendapati bahawa sebanyak 24
karya hadith yang terdapat di selatan Thailand. Namun hanya sebanyak 17 karya sahaja
yang dapat dikesan pengkaji, sementara selebihnya adalah masih berbentuk manuskrip dan
tidak dapat dikesan pengkaji. Di antara kajian takhrij keatas kitab klasik di Nusantara yang
telah dilakukan adalah kajian oleh Sabri Mohamad Daud4, Sulaiman Muhammad Hassan5,
Muhammad Fawzi bin Muhammad Amin6, Halim Shah Muhammad Anuar7 dan Arwansyah
bin Kirin8. Kitab “Hidayat al-Mukhtar” telah disenaraikan di antara kitab-kitab yang masih
belum dikaji.
Penulis mendapati terdapat persamaan antara kajian-kajian tersebut dengan kajian
penulis dalam menyatakan tentang sumber asal sesuatu hadith dan hukumnya. Secara
umumnya hasil daripada tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu, dapatlah dijelaskan
bahawa kajian-kajian ini berkenaan dengan analisis takhrij hadith Rasulallah SAW yang tidak
dinyatakan sumber dan hukum oleh pengarang kitab. Oleh itu, kajian ini sesuai dilakukan
untuk mengetahui kedudukan hadith di dalam Kitab Hidayat al-Mukhtar ini sama ada maqbul
atau mardud. Ini kerana semua hadith di dalam kitab ini pengarang tidak menyatakan sumber
asal dan hukumnya. Bertepatan pula kitab ini belum pernah dikaji oleh mana-mana penyelidik
sebelum ini dan merupakan topik yang tersendiri. Keperluan kepada kajian ini adalah sejajar
dengan nilai keabsahan ilmu memandangkan hadith-hadith Rasulallah SAW merupakan
antara sumber terpenting dalam syariat Islam. Meskipun begitu, hasil kajian terdahulu sedikit
sebanyak boleh dikaitkan dengan permasalahan kajian yang dilakukan ini. Justeru, penulis
beranggapan, hasil kajian tersebut tentu sekali berfaedah dan berguna untuk dijadikan sebagai
panduan dalam usaha menyiapkan kajian ini.
4 Sabri bin Mohammad Daud, Tahkik dan Takhrij Kitab al-Sayd wa al-Dhaba’ih oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-
Fatani, Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004.
5 Sulaiman Muhammad Hassan, Tahkik dan Takhrij Kitab Hidayat al-Habib fi Targhib oleh Syeikh Nur al-Din Al-
Raniri, Disertasi ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.
6 Muhammad Fawzi bin Muhammad Amin, Tahkik dan Takhrij Kitab Tanbih al-Ghafilin oleh Syeikh Abdullah bin
Abd al-Mubin, Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.
7 Halim Shah bin Muhammad Anuar, Tahkik dan Takhrij Kitab Tanbh al-Ghafilin oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-
Mubin, Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.
8 Arwansyah bin Kirin, Kajian Hadith Kitab Ta’lim wa al-Muta’allim oleh Syeikh al-Zarnuji, Disertasi jazah Sarjana,
Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010
54
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
METODOLOGI
Metode Pengumpulan Data
Dalam menjalankan metode penyelidikan ini, kajian menumpukan kepada usaha untuk
mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian terhadap kitab ini. Pemilihan metode
pengumpulan data ini sangat penting kerana dengan metode ini, data-data yang terdapat
daripada beberapa sumber dapat dikumpulkan. Hasil daripada pengumpulan data-data ini
akan dijadikan sebagai kesimpulan kepada kajian ini.
Pengumpulan data dijalankan melalui kajian kepustakaan yang meliputi segala bahan
yang berkait dengan metode analisis hadith yang dijalankan seperti mengenalpasti sumber
utama untuk menganalisis hadith iaitu kitab-kitab utama dalam bidang hadith seperti Sahih
al-Bukhariyy, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhiyy, Sunan al-Nasa’i, Sunan
Ibn Majah dan juga kitab-kitab hadith yang lain. Data-data untuk analisis hadith juga diambil
dari kitab-kitab rijal dan biodata perawi hadith bagi mengenal pasti status perawi dalam hadith
yang dikaji. Selain daripada itu, data-data juga dikumpulkan melalui sumber sekunder untuk
mempercepatkan dapatan data seperti software untuk analisis hadis sebelum dirujuk dalam
sumber utama seperti Maktabah Syamilah, Jawami’ al-Kalim, Islam Web dan Dorar.net
Metode Analisis Data
Dalam menganalisis dan mengolah data-data seperti maklumat yang telah dikumpulkan dari
pelbagai sumber sebelum ini, penulis menggunakan metode analisis kandungan terutama
dalam kitab Hidayat al-Mukhtar karangan Imam al-Mundhiriyy. Penganalisaan pelbagai bentuk
dijalankan bagi menjelaskan kepada pembaca tentang kepentingan kajian ini dijalankan.
Terdapat tiga bentuk analisis data yang dipraktikkan dalam kajian ini iaitu:
a) Metode Induktif
Metode Induktif ini adalah satu kaedah membuat kesimpulan daripada beberapa data
bersifat khusus yang dianalisis untuk mencari kesimpulan yang bersifat umum. Kaedah
ini digunakan bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan gambaran yang menyeluruh.
Dalam Kajian ini, data-data hadis daripada kitab Hidayat al-Mukhtar dikeluarkan, dianalisis
dan dirumus untuk memperlihatkan status hadith dalam kitab tersebut. Kaedah ini
digunakan dalam menentukan sumber rujukan yang digunakan oleh beliau dalam hadith
yang dicatatkan oleh Imam al-Mundhiriyy. Sebagai contoh, kajian menjelaskan sumber
asal setiap hadith yang terdapat dalam kitab Hidayat al-Mukhtar dengan menggunakan
Ilmu Takhrij Hadith.
b) Metode Kompratif
Metode ini pula merupakan satu kaedah di mana penyelidik membuat kesimpulan
berdasarkan perbandingan data-data yang diperolehi semasa menjalankan penyelidikan.
Daripada metode perbandingan ini, kajian membandingkan pandangan ulama dalam
menentukan status hadith-hadith yang terdapat dalam kitab tersebut.
c) Jadual
Kaedah ini adalah kaedah yang akan memberikan analisis yang lebih jelas berdasarkan
jadual digunakan. Dengan kaedah ini, penulis membuat analisis dengan mudah memberi
55
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
kefahaman yang lebih kepada pembaca. Menerusi kaedah ini, kajian menerangkan
tentang aspek perbezaan antara status hadith-hadith yang terdapat dalam kitab tersebut
sama ada sahih, hasan, dacif dan sebagainya.
Metode Takhrij Hadith
Syeikh Mahmud Tahan dalam kitabnya Taisir Mustolah al-Hadith mengatakan aspek hukum
dan darjat hadith merupakan eleman yang sangat penting dalam perkara yang melibatkan
usaha takhrij. Hukum dan darjat hadith akan dapat ditentukan kualiti sesuatu hadith dari
sudut kehujahan dan kekuatannya sebagai salah satu sumber ilmu dalam islam. Justeru itu,
ulama hadith sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya pada usaha untuk menghukum
sesuatu hadith itu. Pelbagai kaedah dan manhaj telah disusun dan dibina oleh ulama terdahulu
sebagai panduan sebelum sesuatu hadith itu dinilai. Aspek takhrij hadith dilakukan melalui
dua acara iaitu:
a) Takhrij Hadith
Kaedah ini bermaksud mencari atau merujuk kembali hadith kepada perawi yang meriwayatkan
hadith di kalangan ulama hadith di dalam karya-karya mereka disertakan dengan penerangan
mengenai hukum sesuatu hadith itu. Mahmud al-Tahan menjelaskan pengertian takhrij dengan
makna ini banyak digunakan oleh ulama’ hadith. Contohnya apabila seseorang itu menyebut
sesuatu hadith, maka dia mesti mengatakan “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhariyy di
dalam sahihnya” atau contohnya yang lain “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabariyy dalam
tafsirnya.”
Dalam kajian ini kaedah takhrij yang diaplikasi dan digunakan seperti berikut:
1. Takhrij yang dilakukan mestilah merangkumi al-Kutub al-Sittah iaitu Sahih al-Bukhari,
Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhiyy, Sunan al-Nasa’i dan Sunan
Ibn Majah terlebih dahulu. Sekiranya terdapat di dalam salah satu daripada karya-
karya tersebut, maka memadai dengan sumber daripada salah satu al-Kutub al-Sittah
sahaja.
2. Sekiranya tidak dijumpai dalam al-Kutub al-Sittah, maka takhrij hadith akan
diperluaskan kepada kitab Muwata’ Malik bin Anas, Sunan al-Darimiyy, Musnad
Imam Ahmad, Mustadrak al-Hakim, Sahih Ibn Hibban dan juga Sahih Ibn Khuzymah.
Sekiranya terdapat pada salah satu daripada kitab tersebut memadai kajian kepada
sumber tersebut sahaja.
3. Sekiranya masih juga tidak terdapat di dalam kitab-kitab tersebut, kajian akan merujuk
kepada kitab-kitab bidang lain.
4. Sekiranya tidak juga terdapat di dalam kitab-kitab hadis tersebut, maka kajian akan
diluaskan kepada kitab-kitab bidang lain seperti fiqh, caqidah dan lain-lain lagi.
b) Hukum Hadith
Menghukum hadith, bererti menyatakan status atau kedudukan sesuatu hadith. Ianya adalah
merupakan satu kaedah untuk merujuk kembali pada pengertian takhrij dalam sudut istilah
iaitu merujuk atau menyatakan sumber asal sesuatu hadith daripada sumber asal yang
diriwayatkan oleh perawi dengan jalannya sendiri. Kemudian menjelaskan status kedudukan
hadith sama ada maqbul iaitu sahih, hasan ataupun mardud iaitu dacif, munkar, matruk, dacif
jiddan, mawduc dan la aslalah. Pentashihan merupakan eleman yang sangat penting dalam
56
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
sesuatu kajian pada masa kini kerana wujudnya keperluan dan tuntutan semasa. Eleman
pentashihan diaplikasikan sebagaimana seperti berikut:
1. Hadith yang diriwayatkan daripada al-Bukhariyy dan Muslim, maka hadis tersebut
dihukum dengan muttafaq calaih iaitu hadith yang disepakati oleh al-Bukhariyy dan
Muslim.
2. Hadith yang merupakan riwayat salah seorang daripada al-Bukhariyy dan Muslim,
maka hadith dihukum dengan sahih.
3. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Tirmidhiyy, al-Nasa’i dan Ibn Majah,
maka kajian melihat pada pandangan ulama yang menghukum hadith tersebut,
sekiranya hadith tersebut sahih atau hasan, maka kajian memadai dengan pandangan
ulama tersebut sahaja dan sekiranya hadith tersebut bertaraf dacif dan ke bawah.
4. Demikian juga hadith selain daripada Kutub al-Sittah, sekiranya hadith tersebut
dihukum sahih dan hasan oleh ulama, memadai kajian dengan mengambil pandangan
culama’ sahaja dalam menghukum hadith tersebut dan sekiranya bukan sahih atau
hasan atau dacif .
Perihal kitab yang dikaji
Kitab Hidayat al-Mukhtar merupakan sebuah karya yang dikarang dengan tulisan jawi pada
keseluruhannya. Kitab ini merupakan sebuah karya asal yang ditulis oleh Imam al-Mundhiriyy
dan kitab ini telah diterjemahkan ke dalam tulisan jawi oleh Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq
al-Fathani. Menurut Haji Wan Mohd Saghir Abdullah, di dalam muqaddimah kitab tersebut,
kitab ini menerangkan secara jelas tentang empat puluh hadith yang hampir kesemuanya
menerangkan tentang bab kelebihan menuntut ilmu dan kelebihan ulama. Kitab ini mempunyai
16 halaman yang bercetak dan kesemuanya dalam tulisan jawi lama yang agak sukar untuk
dibaca oleh kebanyakan masyarakat pada hari ini (Wan Mohd Saghir Abdullah, 2000: 40).
Kitab Hidayat al-Mukhtar ini siap diterjemahkan oleh Syeikh Wan Hasan Wan Ishaq
al-Fathani pada hari jumaat ketika waktu dhuha iaitu pada 6 Muharram 1259H/1833M dan
terdapat beberapa cetakan untuk kitab ini sebagaimana berikut:
1. Cetakan pertama kitab ini dicetak oleh percetakan Khazanah Fathaniyah yang
beroperasi di Gombak pada bulan pada tahun 1424H/2003M.9
2. Cetakan kedua kitab ini dicetak oleh percetakan Abnak productions yang
beroperasi di yayasan al-sofa, Negeri Sembilan pada tahun 1431H/2010M
Bentuk Penulisan dan Penyusunan Hadith
Sesebuah penulisan amat memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca dan
juga kepada ilmuan yang dahagakan ilmu pengetahuan. Tumpuan kaedah penulisan ini,
penulis menumpukan hanyalah pada kitab terjemahan karya Syeikh Wan Hasan al-Fathani
sahaja. Dalam membincangkan mengenai bentuk penulisan yang digunakan dalam karya
Syeikh Wan Hasan al-Fathani ini, beberapa aspek yang dianggap lebih menonjol seperti format
9 Penulis akan menggunakan kitab ini bagi tujuan kajian.
57
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
penulisan, penggunaan huruf, sistem ejaan serta bahasa yang digunakan diberi perhatian
dan penekanan yang lebih. Jika dilihat daripada segi format penulisan, kajian mendapati
kitab ini telah ditulis secara mendatar atau umum tanpa membahagikannya kepada bab-bab
atau subtopik tertentu.
Manakala dari segi penulisan huruf pula, didapati bahawa penggunaan tulisan
jawi dalam karya ini telah menarik penggunaan huruf-huruf jawi lama seperti huruf-huruf
berikut:
Jadual 2.1 Penggunaan huruf Jawi
Bil. Sebutan Huruf dalam Jawi Ayat dalam Jawi Maksud Rumi
dalam Rumi
1. Nga Mengetahui
2. Gha Syurga
3. Cha Nescaya
4. Nya Baginya
5. Pa Mengucap
Sumber: Penyelidik 2016
Penggunaan huruf-huruf jawi adalah sewajarnya digunakan oleh Syeikh Wan
Hasan al-Fathani dalam kitab Hidayat al-Mukhtar kerana bersesuaian sosial dan komunikasi
masyarakat pada zaman beliau, tetapi tidak lagi sesuai pada zaman kini kerana kebanyakan
masyarakat pada hari ini tidak lagi mahir dalam menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan
harian mereka. Memandangkan penelitian secara terperinci terhadap kitab tersebut khususnya
terhadap pembahagian hadith, maka penulis berusaha untuk mengira satu persatu jumlah
hadith yang dimuatkan oleh pengarang dalam kitab tersebut. Melalui usaha tersebut, penulis
perlu membaca satu persatu bermula dari halaman pertama sehingga halaman terakhir.
Namun ketelitian amat diperlukan untuk membaca dari satu baris ke satu baris yang lain bagi
mengenalpasti hadith dan membezakan dengan kenyataan lain seperti perkataan sahabat,
perkataan ulama dan sebagainya. Apa yang pasti daripada penelitian tersebut, penulis dapat
menyimpulkan bahawa terdapat tiga keadaan atau bentuk penulisan hadith yang dimuatkan
dalam kitab tersebut:
a. Hadith yang dicatatkan dengan matan bahasa arab dan terjemahannya.
b. Hadith yang tidak disertakan dengan sanadnya bahkan disandarkan terus kepada
sahabat RA
c. Hadith yang tidak dinyatakan hukum oleh pengarang kitab sama ada sahih,
hasan atau dacif
PERBINCANGAN
Secara asasnya, kitab Hidayat al-Mukhtar mengandungi hadith-hadith yang dihimpun oleh
Imam al-Mundhiriyy ini merangkumi perkara yang berkaitan dengan kelebihan ilmu dan
kelebihan ulama, tetapi penelitian kajian hanyalah pada kitab terjemahan sahaja. Pada
halaman awal kitab tersebut mengandungi kata-kata aluan dan nasihat ditujukan kepada
penuntut ilmu daripada penterjemah iaitu Syeikh Wan Hasan al-Fathani. Pada muqaddimahnya
58
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
Syeikh Wan Hasan menjelaskan bahawa kitab Hidayat al-Mukhtar adalah merupakan
terjemahan hadith empat puluh yang dikumpulkan oleh Imam al-Mundhiriyy. Hadith empat
puluh yang beliau terjemahkan ke dalam tulisan melayu jawi ini berbeza dengan hadith empat
puluh yang dikarang oleh Imam al-Nawawiyy.
Halaman yang seterusnya, Syeikh Wan Hasan al-Fathani menyusun setiap hadith
mengikut bahagiannya dan kebanyakan hadith yang dipilih menjelaskan tentang ganjaran
setiap orang yang menuntut ilmu.
i. Bahagian 1: Hadith 1, 2 dan hadith yang ke 40 menjelaskan tentang kelebihan orang
yang menghafal hadis.
ii. Bahagian 2: Hadith 3 sehingga hadith yang ke 11 menjelaskan tentang kelebihan
atau ganjaran seseorang itu menuntut ilmu dan menyertai dalam majlis ilmu.
iii. Bahagian 3: Hadith 12 sehingga hadith yang ke 39 menjelaskan tentang kemulian
dan martabat para alim ulama’ di dunia ini.
TAKHRIJ HADITH 1-40
10 Al-Naisaburiyy, 2002, Jil 1, Hlmn 169
11 Al-Albaniyy, 2002, Jil 1, Hlmn 102
12 Al-Tirmiziyy, 2008, Jil 4, Hlmn 416
13 Al-Albaniyy, 2002, Jil 1, Hlmn 98
59
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
14 Al-Tabraniyy, 2006, Jil 8, Hlmn 265
15 Al-Suyutiyy, 1982, Jil 11, Hlmn 629
16 Al-Albaniyy, 2000, Jil 1, Hlmn 78
17 Musnad Ahmad, 2008, Jil 5, Hlmn 246
18 Al-Albaniyy, 2000, Jil 1, Hlmn 49
19 Abu Yacla, 1990, Jil 2, Hlmn 163
20 Al-Albaniyy, 2000, Jil 1, Hlmn 578
21 Al-Tabraniyy, 2008, Jil 1, Hlmn 166
22 Al-Albaniyy, 2000, Jil 1, Hlmn 767
60
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
23 Ibn Majah, 2009, Jil 1, Hlmn 89
24 Al-Soncaniyy, 2011, Jil 2, Hlmn 562
25 Al-Albaniyy, 2000, Jil 1, Hlmn 96
26 al-Daruqutniyy, 1994, Jil 1Hlmn 133
27 Al-Suyutiyy, 2001, jil 1, Hlmn 207
28 Al-Albaniyy, 2009, Jil 1, Hlmn 1254
29 Al-Tabraniyy, 2008, Jil 9, Hlmn 174
30 Al-Albaniyy, 2000, jil 1, Hlmn 45
31 Al-Baihaqiyy, 2003, Jil 10, Hlmn 203
32 Al-Albaniyy, 2001, Jil1, Hlmn 16
61
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
33 Al-Raficiyy, 1987, Jil 4, Hlmn 187 38Al-‘Asqalaniyy, 1986, Jil 1, Hlmn 1009
34Al-Albaniyy, 2009, Jil 1, Hlmn 1263 39Khatib al-Baghdadiyy, 1995, Hlmn 235
35Al-cAjluniyy, 1930, Jil. 1, Hlmn 263 40Al-‘Asqalaniyy, 1986, Jil 1, Hlmn 1009
36Al-Dhahabiyy, 2004, jil 16, Hlmn 323 41Al-Salafiyy, 1992, Jil 1, Hlmn 37
37Al-cAjluniyy, 1930, Jil. 1, Hlmn 262 42Al-Mulaqqin, 2004, jil 7, hlmn 279
43Al-Albaniyy, 2010, jil 1, hlmn 12
62
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
44Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 275 51Abu Nucaym, 1996, Jil 8, Hlmn 188
45Al-Shawkaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 204 52Ibn al-Jawziyy, 1998, Jil 1, Hlmn 63
46Al-Albaniyy, 2003, Jil 1, Hlmn 96 53Al-Albaniyy, 2000, Jil 2, Hlmn 1229
47Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 274 54Al-Tabraniyy, 2008, Jil 6, Hlmn 77
48Al-Shawkaniyy, 1995, Jil 1, Hlmn 284 55Al-Albaniyy, 2002, Jil 1, Hlmn 104
49Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 272
50Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 272 63
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
56 Al-Wadiciyy, 1999, Jil 1, Hlmn 207
57Al-Wadiciyy, 1999, Jil 1, Hlmn 206
58Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 278
59 Mulla ‘Aliyy Qari, 1985, Jil 1, Hlmn 206
60Al-Dhahabiyy, 1998, Jil 2, Hlmn 14
61Al-Dhahabiyy, 1998, Jil 2, Hlmn 13
62Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 281
63Al-Dhahabiyy, 1998, Jil 2, Hlmn 13
64Al-Kinaniyy, 1981, Jil 1, Hlmn 283
64
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
65Ibn al-Jawziyy, 1997, Jil 1, Hlmn 176
66Ibn al-Jawziyy, 1997, Jil 1, Hlmn 176
65
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
66
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
KESIMPULAN
Daripada penilaian di atas, secara keseluruhannya dapat dinyatakan dalam jadual di
bawah:
67Al-Baqariyy, Al-Maradiniyy dan al-Rahabiyy. 1998, Syarh al-Rahibah fi cIlm al-Faraid. Pentahkik: Dr Mustofa Dib
al-Bugha. Dar al-Qalam.
68Al-Baqariyy, Al-Maradiniyy dan al-Rahabiyy. 1998, Syarh al-Rahibah fi cIlm al-Faraid. Pentahkik: Dr Mustofa Dib
al-Bugha. Dar al-Qalam.
69Al-Baqariyy, Al-Maradiniyy dan al-Rahabiyy. 1998, Syarh al-Rahibah fi cIlm al-Faraid. Pentahkik: Dr Mustofa Dib
al-Bugha. Dar al-Qalam.
67
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
Kualiti Hadith
Status kualiti hadith dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian untuk menunjukkan
perbezaan antara kualiti hadis mengikut status yang diberikan untuk kajian ini adalah seperti
berikut:
i) Maqbul dan Mardud
Berdasarkan skop kajian dengan peratusan keseluruhan, hadith yang bertaraf maqbul adalah
5% dan 57% bertaraf mardud. Penilaian umum ini adalah untuk menjelaskan mengenai
jumlah peratus kandungan hadith yang didapati dalam kitab kajian ini sama ada hadith-hadith
dalam kitab ini bertatus maqbul iaitu diterima, yang termasuk dalam ketegori hadith sahih dan
hasan. Kedua pula hadith yang bertaraf mardud iaitu ditolak atau tidak diterima hadithnya.
Ia termasuk dalam kategori dacif, dacif Jiddan, matruk, munkar, mawduc dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian tentang beberapa perkara yang dilarang dalam
berinteraksi dengan hadith dacif. Sekiranya hadith dacif itu mempunyai kaitan dengan perkara
akidah dan hukum-hakam, maka ia dilarang, akan tetapi sekiranya berkaitan dengan fadail
acmal, al-targhib wa al-tarhib, kisah-kisah pengajaran umat terdahulu dan sebagainya maka
penggunaan hadith dacif tersebut adalah dibenarkan. Namun begitu haruslah mencakupi
beberapa syarat-syarat berikut:
a) Hadith tersebut mestilah tidak terlalu dacif.
b) Tidak beriktikad bahawa hadis tersebut thabit, dan harus mengambil langkah
berhati-hati dalam penerimaan hadith tersebut kerana berkemungkinan ia
bukanlah daripada riwayah atau kata-kata Nabi SAW.
c) Hadith tersebut mestilah merangkumi aspek berkaitan agama islam.
ii) Taraf Hadith
Taraf hadith merujuk kepada status nilai dan kualiti sesebuah hadith yang telah dikaji
sepanjang kajian yang akan dijalankan. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa taraf
yang ditentukan seperti sahih, hasan, dacif, dacif jiddan, matruk dan mawduc. Penilaian adalah
seperti berikut:
a) Sahih: Tidak ditemui hadith sahih dalam kajian kitab ini
b) Hasan: Terdapat 2 hadith yang dihukum hasan
c) Dacif: Terdapat 6 hadith yang dihukum dacif
d) Dacif Jiddan: Terdapat 4 hadith yang dihukum dacif Jiddan
e) Munkar: Terdapat 1 hadith yang dihukum matruk
f) Mawduc: Terdapat 12 hadith yang dihukum mawduc
g) Hadith yang tidak ditemui: 15 hadith yang tidak ditemui.
68
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
CADANGAN KAJIAN
Melalui hasil kajian yang dilihat sepanjang kajian penulis, di sini dapatlah dicadangkan
beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi usaha membangunkan lagi penggunaan kitab
Hidayat al-Mukhtar dalam konteks yang lebih besar dan global. Cadangan penulis adalah, kitab
ini perlu ditulis semula dengan tujuan menggantikan tulisan yang agak lama dengan bentuk dan
tulisan yang sesuai dengan keadaan semasa. Di samping itu juga lebih menarik jika disusun
dan diubah dengan teknikal yang terkini untuk memberi sedikit tarikan minat masyarakat
untuk membaca kitab ini. Selain itu juga, kitab ini juga perlu dilengkapkan dengan takhrij
serta hukum hadith sama ada ianya sahih, hasan, dacif atau mawduc, supaya memudahkan
penilaian masyarakat untuk membaca dan beramal dengan hadith yang dibaca. Disarankan
supaya kitab ini diletakkan glosari ringkas untuk memudahkan para pembaca untuk mencari
ayat-ayat al-quran, hadith-hadith dan juga menjelaskan perkataan-perkataan yang gharib
(ayat yang tidak pernah atau jarang didengari). Seterusnya kitab ini perlu meletakkan nombor
pada setiap bab dan memudahkan kepada pembaca mencari bab-bab yang tertentu.
Kajian ini bukanlah untuk mencari kesalahan pengarang asal kitab, akan tetapi ini
adalah sedikit usaha dan khidmat untuk menjaga al-Sunnah daripada diselewengkan oleh
pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian sekiranya terdapat beberapa kekurangan dan
kesilapan dalam kajian yang dilakukan ini, didahulukan dengan jutaan kemaafan dan semoga
segala usaha yang dilakukan ini mendapat keredaan dari Allah SWT.
RUJUKAN
Abu Nucaym. Ahmad cAbd Allah bin Ahmad bin Ishaq. (1996). Hilyat al-Auliya’ wa Tobaqat
al-Asfiya’, Beirut: Dar al-Fikr.
Abu Nucaym. Ahmad cAbd Allah bin Ahmad bin Ishaq. (1998). Akhbar Asbahan li Abi Nucaim.
Pentahkik: Sayyid Kusrawiyy Hasan. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Abu Yacla. Ahmad cAliyy bin al- Muthanna. (1990). Musnad Abu Yacla al-Musailiyy.
Dimasyq:Dar al-Ma’mun.
Al-Albaniyy. Muhammad Nasiruddin (2008). Silsilat al-Ahadith al-Dacifah wa al-Mauducah.
Beirut: Maktabah al-Macarif.
Al-Albaniyy. Muhammad Nasiruddin (2008). Dacif al-Jamic al-Saghir wa Ziyadatuh. Maktabah
al-Islamiyy.
Al-Ajluniyy. Ismail Muhammad al-cAjluniyy al-Jarahiyy. (2010). Kashf al-Khafa wa Mazil al-
`Ilbas. Kaherah: Dar al-Qudsiyy.
Al-Baghdadiyy. Ahmad Aliyy bin Thabit. (1995). Sharf Ashab al-Hadith. Pentahkik: Muhammad
Sa’id Khatib. Maktabah Ibn Taimiyyah.
Al-Baihaqiyy. Abu Bakr Ahmad Husayn Aliyy. (2003). Sunan al-Kubra. Pentahkik: Ibrahim
Syams al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-cAlamiyyah.
Al-Baqariyy. Al-Maradiniyy dan al-Rahabiyy. (1998). Syarh al-Rahibah fi cIlm al-Faraid.
Pentahkik: Dr Mustofa Dib al-Bugha. Dar al-Qalam
Al-Daruqutniyy. cAliyy Umar. (1994). Tacliqat al-Daruqutniyy cAla al-Majruhain li Ibn Hibban.
Pentahkik: Khalil bin Ahmad al-cArabiyy. Maktabah al-Tijariyyah.
Al-Dhahabiyy. Abu cAbdullah Syams al-Din Muhammad bin Ahmad (2004). Siyar Aclam al-
Nubala’. Pentahkik: Hassan cAbd al-Manan, Lubnan: Bait al-Afkar al-Dauliyyah.
Al-Dhahabiyy. Abu cAbdullah Syams al-Din Muhammad Ahmad (1998). Talkhis Kitab al-
Mauducat li Ibn al-Jawziyy. Madinah: Maktabah al-Rasyd.
Al-Kinaniyy. Abu al-Hassan cAliyy Muhammad bin cArraq. (1981). Tanzih al Syaricah Marfucah.
Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
69
Kualiti Hadith dalam Kitab Hidayat Al-Mukhtar serta Implikasi Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Terhadap Penyampaian Dakwah kepada Masyarakat
Al-Mulaqqin. Siraj al-Din Abu Hafs cUmar cAliyy (2008). al-Taudih li Syarh al-Jamic al-Sahih.
Pentahkik: Khalid al-Ribat. Qatar: Wizarah al-Awqaf.
Al-Mundhiriyy. cAbd al-cAzim cabd al-Qawiyy. (2000). Sahih al-Targhib wa al-Tarhib. Pentahkik:
Nasiruddin al-Albaniyy, Maktabah al-Macarif.
Al-Mundhiriyy. cAbd al-cAzim cabd al-Qawiyy. (2000). Dacif al-Targhib wa al-Tarhib. Pentahkik:
Nasiruddin al-Albaniyy, Maktabah al-Macarif.
Al-Mundhiriyy. cAbd al-‘Azim ‘abd al-Qawiyy. (2003). al-Targhib wa al-Tarhib.Pentahkik:
Muhammad Nasiruddin al-Albaniyy. Riyadh :Maktabah al-Ma’arif.
Al-Naisaburiyy. Abu cAbd Allah Muhammad Abd cAllah al-Hakim. (2002) Al-Mustadrak cAla
al-Sahihain. Pentahkik: Mustofa cAbd al-Qadir. Beirut: Dar al-Kutub al-cAlamiyyah.
Al-Raficiyy. cAbd al-Karim Muhammad. (1987). Al-Tadwin fi Akhbar al-Qazwin. Pentahkik:
cAziz Allah al-cAtaridiyy. Beirut: Dar al-Kutub al-cAlamiyyah.
Al-Salafiyy. Al-Hafzh Abi Tahir Ahmad Muhammad. (1992). Arbacin al-Buldaniyyah. Pentahkik:
cAbdullah Rabih. Maktabah Dar al-Beirut.
Al-Soncaniyy. Muhammad Ismacil al-cAmir. (2011). Al-Tanwir Syarh al-Jamic al-Saghir.
Pentahkik: Muhammad Ishaq bin Ibrahim. Riyadh. Maktabah Dar al-Salam.
Al-Syawkaniyy, Muhammad bin cAliyy Muhammad. (2010). al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith
al-Mauducah. Pentahkik cAbd al-Rahman bin Yahya bin Ma’lami al- Yamaniyy. Beirut:
Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Tabraniyy. Abu al-Qasim Sulayman cAyyub bin Mutayyir al-Lakhmi. (2008). Al-Mucjam
al-Awsat. Pentahkik: Tariq bin cAud allah. Dar al-Haramain.
Al-Tirmidhiyy. Abu Isa Muhammad Isa (2008). Jamic al-Kabir. Pentahkik: Basysyar cAwwad
Macruf. Dar al-Gharb al-Islamiyy.
Arwansyah bin Kirin. (2010). Kajian Hadith Kitab Ta’lim wa al-Muta’allim oleh Syeikh al-Zarnuji,
Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Halim Shah Muhammad Anuar. (2005). Tahkik dan Takhrij Kitab Tanbh al-Ghafilin oleh
Syeikh Abdullah bin Abd al-Mubin, Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibn Hanbal. Ahmad Muhammad Hanbal. (2008). Musnad al-Imam Ahmad binHanbal.
Pentahkik: Muhammad cAbd al-Qadir cAto. Beirut: Dar al-Kutub al-cAlamiyyah.
Ibn Hajar al-cAsqalaniyy. (1998). Matalib al-cAliyah bi Zawaid al-Masanid al-Thamaniyyah.
Pentahkik: ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muhsin bin Ahmad al-Tuwaijariyy, Dar al-‘Asimah.
Ibn Majah. Abu cAbd Allah Muhammad bin Yazid. (2009). Sunan Ibn Majah. Pentahkik:
Muhammad Fuad cAbd al-Baqiyy. Dar Ahya’ al-Kutub al-cArabiyyah.
Muhammad Fawzi Muhammad Amin. (1999). Tahkik dan Takhrij Kitab Tanbih al-Ghafilin
olehSyeikh Abdullah bin Abd al-Mubin, Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sabri Mohammad Daud. (2004) Tahkik dan Takhrij Kitab al-Sayd wa al-Dhaba’ih oleh Syeikh
Daud bin Abdullah al-Fatani, Disertasi Ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian I s l a m ,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Muhammad Hassan. (2003) Tahkik dan Takhrij Kitab Hidayat al-Habib fi Targhib
oleh Syeikh Nur al-Din Al-Raniri, Disertasi ijazah Sarjana, Fakuliti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Shamsul Mohd Nor. (2014). Takhrij al-hadith dalam kitab Bisharat al-Amilin wa Nadharat al-
Ghafilin karya Shaykh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, Disertasi Ijazah Sarjana,
Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Mohd Saghir. (2000). Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama’ Sejagat Dunia Melayu.
Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dan Khazanah
Fathaniyah.
70
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Umrah dengan Kaedah Salak
UMRAH DENGAN KAEDAH SALAK
A.Rahman Haron, PhDa ([email protected])
Zarina Ahmad, PhDa ([email protected])
Jamaludin Badushah, PhDb ([email protected])
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
bUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Umrah adalah suatu ibadat yang sukar untuk di hayati jika tanpa pengetahuan. Walau
bagaimanapun, masalah-masalah yang dialami mampu diatasi melalui kaedah SALAK. Kajian
ini adalah untuk meneroka kesesuaian menggunakan teknik SALAK dalam mengajar umrah.
Seramai 196 orang peserta yang menghadiri kursus-kursus terdiri daripada enam institusi yang
telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk pengumpulan data.
Dapatan kajian menunjukkan majoriti daripada peserta adalah positif dengan menggunakan
kaedah SALAK sebagai panduan untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, penemuan ini adalah
penting untuk melihat kesediaan dan penerimaan masyarakat di Malaysia terhadap kaedah
yang diperkenalkan. Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat awal kepada para mutawif
sebagai satu panduan yang mudah untuk membimbing jemaah umrah. Kepentingan kajian ini
juga memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu guru-guru
Pendidikan Islam menggunakan kaedah SALAK dalam mengajar topik umrah dan Haji.
Kata Kunci: Jemaah, Umrah, Mutawif, menerapkan, respons.
Abstracts
Umrah is a worship, it's hard to be internalized if without knowledge. However these problems
averted through SALAK introduced. The study was to explore the suitability of using SALAK
technique in teaching umrah. A total of 196 participants who attended the courses from six
institutions were selected as samples. This survey used questionnaire for data collection. The
findings indicate majority of the participants were positive with the use of the Table as a guide
for your LINK info. Therefore, these findings are important to see availability and acceptance
of Malaysian society against the method introduced. In addition, this study gives preliminary
information to the mutawif as a simple guide to guide the umrah pilgrims. The importance of
this study is also beneficial to the Ministry of Education (MOE) to assist teachers of Islamic
education to apply methods of SALAK in teaching the topic of umrah and Hajj.
Keywords: pilgrim, umrah, mutawif, apply, response.
71
Umrah dengan Kaedah Salak Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Umrah dari sudut bahasa ialah ziarah manakala dari sudut syarak pula ialah pergi ke Baitullah
al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat
yang tertentu (Jamaluddin 2015; Muhd. Najib 2010; Lembaga Tabung Haji 2002). Menunaikan
ibadah umrah adalah dengan berniat, mengerjakan tawaf, sa’ie antara Safa dan Marwah,
bergunting (bercukur) dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala yang wajib
dan dilakukan secara tertib (Md. Daud 2012; Sayyid Sabiq 1982).
Mengerjakan umrah memerlukan kemahuan yang kuat dan hal ini bukan sesuatu yang
mudah untuk dilaksanakan (Alex, Bambang & Berliana 2011). Biarpun telah berkemampuan
dari segi kewangan tetapi ada dalam kalangan masyarakat yang tidak mempunyai kemahuan
untuk mengerjakan umrah. Terdapat pula yang berkemahuan tetapi tidak mempunyai
kemampuan. Justeru, dapat menunaikan umrah merupakan suatu keberuntungan yang
besar kerana para jemaah yang mengerjakan umrah dikatakan sebagai tetamu Allah atau
Dhuyufur Rahman. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah: 196, Dan tunaikanlah haji
dan umrah kerana Allah Taala.
PENYATAAN MASALAH
Setiap orang Islam yang berkemampuan dari aspek kewangan perlu bercita-cita untuk
mengerjakan ibadah umrah. Untuk mengerjakan umrah memerlukan ilmu pengetahuan
dan manasik umrah. Namun terdapat jemaah umrah yang tiada pengetahuan asas untuk
mengerjakan umrah dan biasanya, jemaah umrah akan menghadiri kursus sebagai persediaan
sebelum mereka ke sana. Kursus umrah yang disampaikan adalah dalam bentuk ceramah
dan amali. Justeru, kursus ini mengambil masa yang lama melalui siri penerangan yang
disampaikan oleh pembimbing umrah. Kebanyakan jemaah umrah yang pertama kali
mengerjakan umrah masih belum menguasai sepenuhnya pengetahuan dan pemahaman
khusus tentang rukun umrah, larangan setelah berniat ihram, dan larangan setelah tawaf
wada’. Tambahan pula, ibadah umrah bukannya amalan harian atau bulanan ataupun tahunan
seperti ibadah lain yang biasa dan dilakukan di tempat sendiri berulang kali (Md. Daud 2012).
Kesibukan masa dengan kerja dan tugasan menjadi kekangan untuk mereka menghadiri
kursus umrah. Amalan-amalan yang bertentangan dengan ibadah umrah perlu diperjelaskan
supaya pelaksanaannya bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w (Roshimah, Aiza
& Noor Shakira 2014). Berdasarkan situasi ini, satu kaedah perlu dibuat bagi memudahkan
pemahaman jemaah umrah ketika berada di dua kota Tanah Suci. Kaedah yang sesuai
dan berkesan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran membimbing jemaah umrah
sebelum mereka berangkat mengerjakan ibadah umrah.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti peserta kursus memahami Umrah dengan kaedah SALAK.
2. Menilai persepsi peserta kursus tentang Umrah dengan kaedah SALAK berbanding
kaedah tradisional.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Adakah peserta kursus mudah memahami Umrah dengan Kaedah SALAK?
2. Adakah terdapat perbezaan pengajaran dan pembelajaran Umrah dengan Kaedah SALAK
berbanding dengan kaedah tradisional?
72
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Umrah dengan Kaedah Salak
TINJAUAN LITERATUR
Teknik SALAK ialah sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah (A.Rahman et al. 2012; A.Rahman 2013). Suasana pengajaran yang menarik dan
pembelajaran yang kondusif dapat memudahkan pemahaman jemaah untuk mengerjakan
umrah. Oleh itu, satu kaedah pengajaran Umrah dengan kaedah SALAK diwujudkan bagi
menangani permasalahan jemaah yang ingin mengerjakan umrah. Bagi kajian umrah,
penggunaan akronim SALAK adalah merujuk kepada maksud berikut, iaitu:
Siapa (Jemaah umrah – lelaki, perempuan dan kanak-kanak)
Aktiviti (Perlakuan ibadah yang dibuat – tawaf, sai’e, bergunting
atau bercukur, ziarah tempat-tempat bersejarah di Mekah dan
Madinah)
Lokasi (Tempat ibadah dilakukan – Qarnul Manazil, Bir Ali, Kaabah,
Bukit Safa dan Bukit Marwah, Tana'im, Ji'ranah, Hudaibiyah,
Shumashi)
Alatan (Penggunaan alatan dalam ibadah – gunting, pisau cukur,
pakaian ihram)
Keterangan (Hukum-hakam – sunat, wajib, rukun,
harus, haram, dikenakan dam)
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Kuantitatif
adalah berdasarkan kuantiti seperti menggunakan angka, skor dan kekerapan (Mohd Najib,
1999). Melalui pendekatan kuantitatif, pengumpulan data primer dalam kajian ini menggunakan
instrumen borang soal selidik. Babbie (2005), menerangkan bahawa kajian yang menggunakan
soal selidik bertulis yang diedarkan kepada responden sebagai alat kajian adalah bersifat logik,
saintifik, dan khusus. Maklumat yang diperoleh dinilai mengikut aspek yang telah ditentukan
dan dianalisis secara kuantitatif.
Persampelan
Peserta kajian terdiri daripada 196 peserta Kursus Ibadah Umrah yang dijalankan di masjid-
masjid, di Institut Pendidikan Guru, di sekolah, dan di Akademi Mutawwif Training and
Consultancy, Kajang.
Pengumpulan Data
Data dikumpul setelah selesai kursus dijalankan. Soal selidik telah ditadbirkan kepada peserta
Kursus Ibadah Umrah. Peserta kursus diterangkan tujuan dan kepentingan mengadakan kajian
73
Umrah dengan Kaedah Salak Jurnal Penyelidikan Jilid 17
ini. Setelah itu kertas soal selidik diberi untuk dijawab dengan masa yang mencukupi. Data
soal selidik yang diperoleh telah direkodkan dalam komputer untuk seterusnya dianalisis.
Penganalisisan Data
Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan kekerapan dan peratus.
Demografi responden yang pelbagai umur, tahap pendidikan dan lokasi yang berbeza
dinyatakan dalam dapatan kajian.
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden Kajian
Setelah data dianalisis, didapati bahawa jumlah peserta lelaki adalah seramai 79 orang
(40%), manakala peserta perempuan adalah seramai 117 orang (60%). Peserta adalah terdiri
daripada mereka yang menghadiri kursus mengerjakan umrah di 6 tempat yang berbeza.
Tempat-tempat yang terpilih dalam kajian ini adalah sebanyak 6 tempat pada tarikh seperti
yang berikut:
Aspek Umur Peserta Kursus
Dari aspek umur, peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang berumur antara 18 - 60
tahun. Setelah dianalisis, didapati bahawa jumlah peserta yang paling ramai adalah dalam
kalangan mereka yang berumur antara 41-50 tahun (30%). Namun secara keseluruhannya
dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kursus adalah terdiri daripada pelbagai peringkat
umur. Dapatan kajian menunjukkan peserta yang ingin meningkatkan ilmu dan pemahaman
dalam mengerjakan umrah tidak tertumpu pada satu kelompok umur tertentu sahaja.
Aspek Pendidikan Peserta Kursus
Kebanyakan peserta adalah terdiri daripada pelbagai peringkat, iaitu daripada peringkat
Sijil Rendah Pelajaran (2%) sehinggalah ke peringkat Doktor Falsafah (3%). Peserta yang
74
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Umrah dengan Kaedah Salak
berpendidikan SPM (26%), STPM (7%) sementara peringkat Diploma (12%). Peserta yang
berpendidikan Sarjana (7%). Kebanyakan peserta adalah dalam kalangan mereka yang
berpendidikan Sarjana Muda (36%). Dapatan kajian menunjukkan semua peringkat telah
mempunyai kesedaran untuk menghadiri kursus umrah sama ada yang belum atau sudah
beberapa kali menghadiri kursus umrah sebelum ini. Sebanyak (7%) peserta sahaja yang
tidak mencatatkan tahap pendidikan mereka.
Penyertaan Kursus Umrah
Peratus penyertaan peserta kursus sama ada penyertaan mereka bagi kali pertama atau
mereka telah pernah menyertai kursus umrah sebelum ini. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa 71% (140 orang) daripada peserta kursus merupakan kali pertama mereka menghadiri
kursus umrah manakala 29% (56 orang) lagi, pernah menghadiri kursus umrah sebelum ini.
Mereka menghadiri kursus beberapa kali untuk mengingatkan kembali pembelajaran dan
memahami pelaksanaan ibadah umrah.
Kekerapan Menghadiri Kursus Umrah
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 50% (28 orang) daripada 196 orang peserta kursus telah
pernah mengikuti kursus umrah, 27% (15 orang) telah mengikuti kursus sebanyak dua kali,
12% (7 orang) sebanyak tiga kali, 5% (3 orang) sebanyak empat kali, 4% (2 orang) sebanyak
lima kali, 2% (1 orang) lagi telah menghadiri sebanyak enam kali sebelum menghadiri kursus
ini. Hal ini menunjukkan mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam
melaksanakan ibadah umrah. Selain itu juga, peserta kursus mempunyai tahap keyakinan
yang rendah dan pemahaman yang kurang mantap kerana tiada panduan yang sistematik
untuk panduan persediaan mereka mengerjakan umrah.
Kesesuaian Kaedah SALAK dalam Pengajaran Kursus Umrah
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 96% (189 orang) daripada peserta kursus menyatakan
bahawa penggunaan kaedah SALAK dalam panduan mengerjakan umrah adalah mudah
difahami. Hanya 3% (5 orang) yang tidak memahami panduan mengerjakan umrah dengan
menggunakan kaedah SALAK, manakala hanya 1% (2 orang) yang tidak menjawab soalan.
Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa 98% (192 orang) daripada peserta kursus
menyatakan bahawa penerangan dengan menggunakan kaedah SALAK adalah lebih jelas
dan sistematik. Hanya 2% (4 orang) yang tidak bersetuju dan tidak menjawab soalan ini.
Dapatan kajian turut mendapati bahawa 97% (190 orang) daripada peserta kursus
menyatakan bahawa langkah-langkah mengerjakan umrah lebih mudah diingati dengan
menggunakan kaedah SALAK. Sebanyak 3% (6 orang) lagi tidak bersetuju dan tidak menjawab
soalan ini. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti daripada peserta kursus bersetuju bahawa
penerangan yang disampaikan oleh penyampai kursus adalah lebih jelas dan sistematik
dengan menggunakan kaedah SALAK.
Sebanyak 95% (185 orang) daripada peserta kursus menyatakan bahawa mereka
berasa lebih yakin untuk mengerjakan ibadah umrah melalui pembelajaran menggunakan
kaedah SALAK. Sebanyak 2% (5 orang) lagi tidak bersetuju dengan penyataan tersebut,
manakala 3% (6 orang) lagi tidak menjawab soalan ini. Rumusan kajian menunjukkan bahawa
75
Umrah dengan Kaedah Salak Jurnal Penyelidikan Jilid 17
majoriti daripada peserta kursus berasa lebih yakin dan mudah memahami untuk mengerjakan
ibadah umrah setelah mendapat pendedahan pembelajaran dengan kaedah SALAK.
Pandangan dan Cadangan Peserta Kursus
Terdapat beberapa orang peserta kursus yang memberi pandangan dan cadangan terhadap
kursus umrah menggunakan kaedah SALAK. Antaranya ialah:
i. Penerangan pada bahagian K (Keterangan) boleh diperincikan lagi oleh penyampai
kursus dengan memasukkan rumusan daripada sesi soal jawab permasalahan peserta
kursus.
ii. Kaedah SALAK akan menjadi lebih menarik dan membantu jemaah untuk mengerjakan
umrah dengan sempurna melalui tayangan video yang menunjukkan lokasi dan aktiviti
ibadah yang dilakukan agar cara mengerjakan umrah dapat difahami dengan lebih
jelas.
iii. Kaedah SALAK dapat memudahkan jemaah mengingat pelaksanaan umrah secara
sistematik dengan adanya bahan bercetak yang berupa buku panduan aktiviti yang perlu
dibuat sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah.
iv. Kursus seumpama ini perlu lebih kerap diadakan ke seluruh negara untuk disebarluaskan
Umrah dengan kaedah SALAK kepada segenap lapisan masyarakat.
PERBINCANGAN
Berdasarkan jawapan terhadap soal selidik yang telah dianalisis, menunjukkan bahawa kaedah
SALAK sangat berkesan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan
umrah. Kaedah ini mudah difahami dan senang diaplikasi dalam menyampaikan kursus
mahupun dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Islam. Kaedah
SALAK yang diperkenalkan dalam penyampaian kursus, dan pengajaran dan pembelajaran
dalam melaksanakan umrah mampu untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan
keyakinan untuk mengerjakan ibadah umrah. Selain itu, kaedah ini sangat sesuai untuk
pembimbing umrah dalam menyampaikan kursus atau ceramah dengan lebih berkesan.
Guru-guru Pendidikan Islam juga boleh menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran topik ibadah umrah dan haji.
KESIMPULAN
Kaedah SALAK adalah sangat sesuai digunakan untuk rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan
umrah terutamanya yang pertama kali ingin mengerjakan ibadah umrah. Selain itu, sesuai
juga bagi rakyat Malaysia yang ingin menjadikan kaedah SALAK sebagai bahan bacaan dan
rujukan untuk menjadi tetamu Allah. Di samping itu, ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah
ini sebagai panduan dalam membimbing anak-anak untuk mengerjakan umrah. Dengan
menggunakan pengurusan grafik seumpama ini, pengetahuan dan pemahaman terhadap
ibadah umrah dapat difahami dengan mudah oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai tahap dan aras pengetahuan.
76
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Umrah dengan Kaedah Salak
RUJUKAN
A.Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK Dalam Menjana
Idea Membina Ayat Dengan Cepat Dan Efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2 (2): 83-92.
A.Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. (2013). Teknik SALAK: Bagaimana
variasi ayatnya? Prosiding Seminar pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu &
Kesusasteraan Melayu Kali Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (269-
280).
Alex Fahrudin, Bambang Eka Purnama & Berliana Kusuma Riasti. (2011). Pembangunan
Sistem Informasi Layanan Haji Berbasis Web Pada Kelompok Bimbingan Ibadah
Haji Ar Rohman Mabrur Kudus. Journal Speed – Sentra Engineering dan Edukasi,
3 (1). Fakultas Teknologi Informatika Universitas Surakarta.
Babbie, E. (2005). The basics of social research. Thomson: Wadsworth.
Jamaluddin Hashim. (2015). Panduan mengerjakan umrah. Terengganu: Universiti Islam
Sultan Zainal Abidin.
Lembaga Tabung Haji. (2002). Ibadat haji, umrah dan ziarah. Kuala Lumpur: Bahagian
Bimbingan Jabatan Haji.
Md. Daud Che Ngah. (2012). Panduan umrah dan ziarah Madinah dan Makkah. Kuala Lumpur:
Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.
Muhd. Najib Abdul Kadir. (2010). Nota kursus haji bersiri. Ibadat haji, umrah dan ziarah
Madinah. Ampang: Pena Gemilang Sdn. Bhd.
Roshimah Shamsudin, Aiza Maslan @ Baharudin & Noor Shakirah Mat Akhir. (2014). Ibadah
Haji Masyarakat Melayu: Antara Sunnah Dan Amalan Kebiasaan. Sains Humanika.
3 (1): 67-76.
Sayyid Sabiq. (1982). Fikih Sunnah Jilid 5-8. Bandung: PT al-Ma’arif.
Yesni Malau & Adi Surya Putra Ari Ariyanto. (2014). Pelayaran Pendaftaran Haji Dan Umrah
Online Pada Pt. Mandiri Mawaddah Nusantara. Bianglala Informatika, II (1). Akademi
Sekretariat dan Manajemen Administrasi Bina Sarana Informatika, Jakarta.
77
Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
POLA APLIKASI DAKWAH GURU NOVIS PENDIDIKAN ISLAM UNTUK
MENINGKATKAN KECERDASAN ROHANI MURID
Rosidah Jemaina ([email protected])
Zainab Ismail, PhDa ([email protected])
Salasiah Hanin Hamjah, PhDb ([email protected])
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
bUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Pelaksanaan dakwah yang konsisten merupakan satu tuntutan dalam Islam. Justeru itu,
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aplikasi dakwah yang dilakukan oleh guru novis
Pendidikan Islam (GNPI) semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kajian ini dijalankan secara kualitatif melibatkan tujuh orang guru novis Pendidikan Islam, di
mana data dikumpulkan menggunakan teknik temubual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Dapatan kajian ini menunjukkan guru novis Pendidikan Islam telah melaksanakan dakwah
untuk mencerdaskan rohani murid mereka berdasarkan pengetahuan dan penghayatan
mereka terhadap ilmu dakwah. Penelitian dapatan kajian menunjukkan terdapat pola dalam
aplikasi dakwah guru novis Pendidikan Islam. Pola tersebut ialah mengikut situasi, dirancang
awal semasa membuat persediaan mengajar, secara spontan (on the sport) yang berkaitan
dengan sukatan pelajaran dan dirangsang oleh buku teks. Dapatan ini menunjukkan bahawa
aplikasi dakwah akan menjadi lebih baik dan berkesan sekiranya pola-pola aplikasi dakwah
tersebut dioptimumkan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, institusi
yang terlibat dengan latihan perguruan pra perkhidmatan atau latihan dalam perkhidmatan
perlu menekankan pengisian tentang metodologi dakwah yang berkaitan dengan pola-pola
dakwah untuk mencerdaskan rohani murid.
Kata Kunci: aplikasi dakwah, guru novis Pendidikan Islam, kecerdasan rohani, bilik
darjah dan pola aplikasi dakwah encourage
Abstract
Consistent Islamic preaching or dakwah is greatly encourage in Islam. Therefore, this study
aimed to identify how novice teachers of Islamic Education (GNPI) practice dakwah during
the process of teaching and learning in the classroom. This qualitative study used interviews,
observation and document analysis as data collection method involving seven Islamic
Education novice teachers. Finding shows that Islamic Education novice teachers practice
dakwah to educate their pupils base on their understanding and appreciation of spiritual
enhancement Findings also show that there is a pattern in the practice of dakwah among the
novice teachers. The patterns is could be based on situational factors, pre-planned, done
spontaneously (on the sport) linked s optimized during teaching and learning. Thus, the
institutions involved in pre-service teacher training or in-service training should emphasize
dakwah using these patterns towards enhancing students spiritual needs.
Keywords: dakwah application, Islamic Education novice teachers, spiritual quotient,
pattern of dakwah
78
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada
Allah SWT. Dakwah adalah menjadi tanggungjawab kepada semua individu muslim termasuk
guru. Namun guru Pendidikan Islam mempunyai tanggungjawab yang lebih berat berbanding
dengan guru-guru mata pelajaran lain dalam mengaplikasikan dakwah dalam amalan
pengajaran mereka. Berdakwah merupakan satu seni penyampaian yang mempunyai berbagai
pendekatan. Pendekatan yang betul dan selari dengan kehendak madcu akan mendorong
madcu mengikuti ajaran yang disampaikan oleh daci. Kewajipan berdakwah tertanggung
di atas bahu semua muslim, namun perlaksanaa kewajipan tersebut mengikut bidang dan
kemampuan masing-masing.
Ini adalah lanjutan dari hukum pelaksanaan dakwah itu sendiri iaitu fardhu ain
kepada setiap muslim mengikut bidang dan kemampuan mereka (Salasiah 2008: 43). Justeru
setiap individu muslim wajib mempelajari serta mendalami ilmu dakwah ini agar berupaya
menyampaikan dakwah walaupun mereka bukan dari bidang dakwah. Syamsul Bahri
(2003:37-49) yang mengatakan bahawa dakwah merupakan suatu proses yang berterusan
dengan matlamat untuk mengubah sasaran dakwah agar bersedia menuju ke jalan Allah,
dan secara berperingkat mengarah kepada kehidupan yang Islamik. Suatu proses berterusan
memerlukan perancangan dan pendekatan yang sistematik yang boleh dilaksanakan dan
dinilai secara terus-menerus agar ia dapat mengubah tingkah laku mad’u sesuai dengan
matlamat yang telah dirumus.
PENYATAAN MASALAH
Masyarakat umum mengatakan bahawa pendidikan dan dakwah merupakan dua perkara yang
selari dalam usaha untuk membentuk manusia menjadi insan yang seimbang antara ukhrawi
dan duniawi. Namun saranan oleh Ab. Halim dan Khadijah (2004) agar guru memperkukuhkan
sifat dan kualiti dakwah dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan tanggapan
bahawa dakwah dalam kalangan guru masih memerlukan penambahbaikan. Begitu juga
dengan saranan Zakaria (2012) yang mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam diperkasakan untuk memastikan ia berkesan dalam mendidik pelajar menjadi
insan yang berakhlak mulia. Justeru kajian perlu dilakukan untuk melihat sejauh manakah
guru melaksanakan dakwah khususnya guru Pendidikan Islam.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji bagaimana aplikasi dakwah yang dilakukan
oleh guru novis Pendidikan Islam dalam meningkatkan kecerdasan rohani murid ketika
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tumpuan utama kajian
adalah untuk meneliti pola aplikasi dakwah untuk mencerdaskan rohani selain meneliti kaedah
yang paling berkesan untuk berdakwah ke atas murid. Kajian ini penting untuk membantu
guru novis melaksanakan dakwah semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
SOALAN KAJIAN
Merujuk kepada objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, persoalan kajian yang perlu
dijawab dalam kajian ini ialah bagaimanakah guru novis Pendidikan Islam mengaplikasikan
dakwah ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya dakwah
untuk meningkatkan kecerdasan rohani murid? Adakah terdapat faktor-faktor tertentu yang
79
Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
mendorong guru-guru novis untuk melaksanakan dakwah dan apakah persediaan utama
dalam melaksanakan dakwah semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
TINJAUAN LITERATUR
Bidang perguruan dan pendidikan adalah dua komponen yang berkait langsung dengan
dakwah. Dakwah dari sudut bahasa, ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang
mempunyai beberapa pengertian seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput,
mengajak, memanggil, menyeru dan melaung (Ibn Manzur t.t:257-262). Menurut Al Khalaf
(1998:40) pula dakwah ialah menyeru dan menuntut kepada sesuatu sama ada yang baik
atau sebaliknya, tetapi jika disandarkan kepada Allah maka dakwah ialah seruan kepada
Allah dan mentauhidkanNya.
Dakwah dari sudut istilah pula, Muhammad Yusuf (2002:1) menterjemahkan dakwah
sebagai satu usaha memperkenalkan Islam kepada umat manusia, agar mereka memahami
Islam dengan jelas dan mendapat respon yang positif tanpa sebarang kecurigaan dan
keraguan. Menurut Dr. Yusuf al Qardawi (1978 : 5), dakwah ialah usaha membawa orang lain
kepada agama Islam dan mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapanNya
di muka bumi ini, khususnya segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada
Allah sahaja. Selain itu, menurut beliau dakwah bertujuan untuk melepaskan diri daripada
segala kongkongan selain daripada Allah iaitu taghut yang terpaksa dipatuhi, memberi hak
kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang ditentukan
hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan berjihad dijalanNya.
Ab. Aziz telah menegaskan dalam tulisannya bertajuk “Dakwah Islam Di Malaysia”
bahawa penerimaan masyarakat Malaysia terhadap Islam adalah kerana ciri-ciri uniknya
yang mudah mempengaruhi naluri rohani dan fikrah manusia (Ab. Aziz 2006:52). Kenyataan
ini jelas menunjukkan bahawa unsur kerohanian Islam amat selaras dengan fitrah manusia,
justeru insan yang menerima dan mengamalkan Islam adalah insan yang selari dengan fitrah
kejadiannya. Keselarian inilah yang mendorong kepada ketenangan dan kebahagiaan yang
sebenar bagi insan. Mereka inilah orang-orang yang cerdas rohani dan jasmaninya.
Kecerdasan rohani amat berkait rapat dengan keimanan dan kekuatan akidah
seseorang. Menurut Zakaria (2001:104-105), iman yang mantap bukan hanya sesuatu yang
tertumpu kepada kerja-kerja yang berlangsung pada peringkat lidah, anggota badan dan
mental seseorang, bahkan ia juga merujuk kepada suatu kerja atau perlaksanaan yang
berlangsung pada peringkat spiritual atau dalaman diri seseorang manusia yang amat
mendalam, sehingga dia dapat menguasai sepenuhnya seluruh kesedaran, kemahuan
dan perasaan orang berkenaan. Ini merupakan punca munculnya kecerdasan rohani
iaitu keupayaan seseorang untuk sentiasa menyedari keimanannya kepada Allah (s.w.t.),
kebersamaan Allah (s.w.t.) dalam setiap hal dan urusan kemanusiaan manusia. Justeru itu,
dakwah untuk mencerdaskan rohani adalah ajakan dan seruan kepada madcu agar sentiasa
dapat menyedari dan merasai kebersamaan Allah (s.w.t.) dalam setiap hal serta urusan
kemanusiaan manusia sehingga mendorong manusia melakukan amalan mahmudah dan
menjauhi amalan mazmumah. Kecerdasan ini perlu diwujudkan dalam rohani setiap murid
agar mereka menjadi individu yang muslim, mukmin dan sentiasa dalam keredhaan Allah
SWT.
80
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menjurus kepada pendekatan kajian kes
yang sama di pelbagai tempat. Kajian ini menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Peserta kajian terdiri dari tujuh orang guru novis Pendidikan Islam. Kajian
ini merupakan kajian kualitatif yang menumpukan kepada kajian kes sebagai pendekatan
utama. Data juga dikumpulkan melalui teknik pemerhatian dan analisis dokumen.
Pensampelan
Pemilihan peserta kajian adalah menggunakan kaedah bertujuan. Pemilihan ini adalah
untuk memastikan semua ojektif dan persoalan kajian tercapai. Peserta dalam kajian ini
ialah guru-guru novis pendidikan Islam yang telah berkhidmat di sekolah-sekolah bantuan
penuh kerajaan. Pemilihan peserta kajian secara bertujuan adalah untuk memastikan semua
persoalan dan ojektif tercapai. Kriteria peserta yang telah ditetapkan ialah guru novis yang
dilatih menggunakan kurikulum PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah mengikuti
latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru. Peserta juga dipilih dari guru novis yang
merupakan pelajar cemerlang dalam Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan major Pendidikan
Islam. Guru-guru novis pendidikan Islam ini sedang berkhidmat di sekolah-sekolah bantuan
penuh kerajaan. Menurut Asmah et al (2009), guru novis adalah guru-guru yang baru bertugas
setelah tamat latihan di institusi-institusi latihan perguruan. Mereka juga belum disahkan dalam
jawatan dan dalam lingkungan lima tahun perkhidmatan. Guru novis juga merujuk kepada
guru-guru lama yang berkhidmat di tempat yang baru dan dalam suasana yang baru.
Manakala kriteria peserta kajian yang telah ditetapkan dalam kajian ini ialah guru
novis yang dilatih menggunakan kurikulum PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia, Major
Pendidikan Islam dan telah mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru. Peserta
kajian juga dipilih dari kalangan guru novis yang cemerlang dalam Kursus Ijazah Sarjana
Muda Perguruan major Pendidikan Islam. Merujuk kriteria tersebut pengkaji telah memilih
seramai sembilan orang peserta kajian, dan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat
dielakkan kajian hanya dapat dijalankan kepada tujuh orang peserta sahaja. Jadual satu
menunjukkan latar belakang peserta kajian.
Jadual 1 menunjukkan senarai peserta kajian dan pengalaman mengajar
Bil Peserta Kajian Tempoh Sekolah JPN
Berkhidmat
81
Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Bil Peserta Kajian Tempoh Sekolah JPN
Berkhidmat
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data dalam kajian ini telah dilakukan melalui empat teknik. Teknik temubual
merupakan menggunakan protokol temubual separa struktur. Selain itu, pengumpulan data
juga dilakukan melalui analisis dokumen, pemerhatian dan rakaman video setelah senarai
nama peserta kajian diperolehi dari unit peperiksaan IPG. Temubual telah dilaksanakan
pada bulan September 2013 hingga April 2014. Semua hasil temubual telah ditranskripsikan
dan dibersihkan melalui peer checking. Data sokongan melalui pemerhatian dan rakaman
serta dokumen telah dikodkan mengikut jenis. Nota lapangan bagi setiap pemerhatian juga
disediakan.
Setelah selesai mengumpulkan data, proses analisis telah dilakukan menggunakan
perisian Nvivo Version 10. Semasa menganalisis data, proses triangulasi telah dilakukan
untuk memastikan kesahan data. Proses yang utama dalam menganalisis data iaitu membina
tema dan pengkodan telah dilakukan dengan teliti. Pengesahan tema telah dilakukan oleh
dua orang pakar dalam pendidikan Islam dan dakwah dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam dan Universiti Putra Malaysia selain dari pensyarah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Data kajian ini telah dikumpul menggunakan protokol temubual separa berstruktur.
Selain itu, pengumpulan data juga dilakukan melalui analisis dokumen dan pemerhatian serta
rakaman video. Temubual telah dilaksanakan pada bulan September 2013 hingga April 2014.
82
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Semua hasil temubual telah ditranskripsikan dan dibersihkan melalui peer checking. Data
sokongan melalui pemerhatian, rakaman dan dokumen telah dikodkan mengikut jenis. Nota
lapangan bagi setiap pemerhatian juga disediakan.
Setelah selesai mengumpulkan data, proses analisis data telah dilakukan
menggunakan perisian Nvivo 10. Semasa menganalisis data proses triangulasi telah dilakukan
untuk memastikan kesahan data. Proses yang utama dalaman menganalisis data iaitu
membina tema dan pengkodan telah dilakukan dengan teliti.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Amalan dakwah yang dilaksanakan oleh guru novis
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan murid mencapai hasil
pembelajaran yang telah dirancang adalah matlamat utama guru novis dalam melaksanakan
pengajaran dalam kelas. Penumpuan kepada tujuan ini kadang kala menjadikan tuntutan
dakwah terabai dan kurang diberi fokus oleh guru novis Pendidikan Islam. Ini diakui oleh
peserta kajian pertama dan ke empat. Menurut mereka “kesuntukan masa mengejar silibus
menyebabkan kadang-kadang terlupa dakwah” (PK1). “Mungkin kerana kita mengajar benda
yang baik...agama kadang-kadang kita terlupa dakwah yang khusus itu” (PK4). Namun begitu,
kajian ini mendapati guru novis Pendidikan Islam masih melaksanakan aplikasi dakwah
untuk meningkatkan kecerdasan rohani murid, dan aplikasi dakwah itu mempunyai beberapa
pola yang boleh dilihat dan tanpa disedari oleh guru novis. Secara umumnya, pola tersebut
adalah meliputi pola mengikut situasi, dirancang awal semasa membuat persediaan mengajar,
secara spontan (on the spot) yang berkaitan dengan sukatan pelajaran dan dirangsang oleh
buku teks.
Rajah 1: menunjukkan pola aplikasi dakwah oleh GNPI
83
Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Pola aplikasi dakwah mengikut situasi
Pola ini berlaku bila timbul situasi yang positif atau negatif yang dilakukan oleh murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Situasi itu menjadi penyebab guru novis
Pendidikan Islam untuk melaksanakan dakwah. Suasana positif berlaku bila murid melakukan
perbuatan yang baik seperti menolong guru, membantu rakan dalam menyelesaikan masalah
dan berkongsi sesuatu seperti makanan atau alat tulis. Manakala suasana negatif pula
apabila berlaku keadaan seperti murid bersembang ketika guru sedang mengajar, murid
mengganggu murid yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun murid
tidak menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Sebagai contoh dalam sesi
pengajaran PK1 telah berkata kepada muridnya
“Nak malaikat catat perkara yang baik ke yang buruk?”
(PK1 V2 min 23:50).
Pernyataan ini telah dirangsang oleh peristiwa murid yang berbual ketika beliau memberi
arahan dalam kelas. Begitu juga dalam slot yang lain iaitu PK1 menegur muridnya dengan
berkata
“saya tak nampak tapi siapa yang nampak?” soal ustazah, “Allah” dijawab
oleh murid (PK1 V3 min 9.40).
Teguran ini berlaku ketika murid cuba meniru kerja-kerja kumpulan yang lain. Di dalam hadis
Rsulullah SAW mengingatkan supaya umatnya sentiasa mencegah kemungkaran apabila
melihatn kemungkaran tersebut.
Dirancang awal semasa membuat perancangan mengajar
Pola aplikasi dakwah yang ke dua adalah penerapan yang dirancang awal semasa membuat
persediaan mengajar. Pola aplikasi ini lebih tersusun dan dapat dilaksanakan dengan baik oleh
guru novis pendidikan Islam kerana ia telah bersedia awal. Perlaksanaannya lebih santai dan
menarik. Sedikit nota peringatan akan dicatat di buku rekod mengajar untuk mengingatkan
waktu yang sesuai untuk melaksanakan dakwah tersebut. Peserta kajian mengakui akan
merasa puas hati bila berjaya melaksanakan dakwah yang telah dirancang. Namun begitu,
perlaksanaan aplikasi dakwah ini masih terikat dengan kesesuaian waktu.
Dakwah on the spot atau spontan
Pola aplikasi dakwah secara tiba-tiba (on the spot) yang berkaitan dengan sukatan pelajaran.
Pola aplikasi dakwah ini amat berkait dengan pengalaman mengajar guru novis Pendidikan
Islam. Rutin guru untuk menyampaikan ilmu dalam tajuk yang sama sering membantu guru
untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
sesi yang sebelumnya. Pengalaman-pengalaman inilah yang digunakan oleh guru untuk lebih
menjayakan pengajaran mereka. Proses ini juga lebih diterima oleh murid kerana contoh atau
cerita yang dibawa oleh guru lebih jelas dan mudah difahami oleh mereka. Perlaksanaan
aplikasi dakwah ini selari dengan pendekatan kontekstual dalam pedagogi.
84
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Dakwah yang dirangsang oleh buku teks
Aplikasi dakwah yang dirangsang oleh buku teks juga berjaya dikesan dalam kalangan
guru novis Pendidikan Islam. Pola ini berlaku apabila peserta kajian menjadikan buku teks
sebagai rujukan atau bacaan dalam kelas. Pola ini mudah dilaksanakan kerana semua
murid mempunyai buku teks yang sama dan mereka mudah untuk mengulangkaji perkara
tersebut. Bidang akidah adalah bidang yang menggunakan buku teks sebagai rujukan utama
dan menjadi pemangkin kepada aplikasi dakwah guru novis semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, guru perlu mahir menggunakan buku teks agar ia kelihatan
semulajadi dan tidak terlalu bergantung kepada buku tersebut. Pada kebiasaannya pola
ini memerlukan penekanan dan penegasan daripada guru novis Pendidikan Islam dalam
melaksanakannya. Kewujudan pola-pola ini boleh menjadi garis panduan kepada guru novis
Pendidikan Islam untuk mengaplikasikan dakwah yang menjurus kepada mencerdaskan
rohani murid.
KESIMPULAN
Guru Novis Pendidikan Islam merupakan guru baru yang memasuki bidang perkhidmatan
pendidikan setelah tamat latihan. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka hanya
berdasarkan teori-teori yang dipelajari semasa belajar di institusi latihan perguruan dan
membina pengalaman peribadi untuk meningkatkan amalan pengajaran. Justeru latihan
perguruan perlu meningkatkan pengisian tentang metodologi dakwah dan pengamalan
dakwah dalam bilik darjah serta amali dakwah di medan dakwah yang sebenar. Penelitian
perlaksanaan dakwah mengikut pola-pola yang dinyatakan dalam Rajah 1, perlu diutamakan
dan dikembangkan. Kajian lanjut aplikasi dakwah perlu dilaksanakan dalam kalangan guru-
guru berpengalaman atau guru cemerlang Pendidikan Islam untuk membuat perbandingan
dapatan. Ini penting untuk meningkatkan aplikasi dakwah dan melahirkan generasi yang
cerdas rohaninya.
RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd Zin. (2005). Metodologi Dakwah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur
Abdul Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak. (2004). Dakwah dalam Menangani Isu-isu
Sosial di Kalangan Remaja. Dlm. Ahmad Sunawari Long, Jaffary Awang & Kamaruddin
Salleh (edi.) 2004. Islam: Past, Present And Future . hlm. 828-838 Bangi: Department
of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdul Karim Zaydan. (1975). Usul al-Dacwah. Baghdad: Al-Risalah
Abdullah Nasih Ulwan. (1983). Tarbiah al-Aulad fi al-Islam 2. Beirut: Dar al-Islam.
Adam Abdullah al Aluri. (1989). Tarikh al Da’wah al Islamiyyah baina al-Ams ila al-Yaum.
Kaherah : Maktabah Wahbah.
Abu Bakar Nordin. (1995). Cabaran Pendidikan Guru: Falsafah dan strategi dalam
pembentukan guru yang unggul. Prosiding Seminar Kebangsaan. Bangi: Fakulti
Pendidikan UKM Bangi.
Elmi Baharuddin & Zainab Ismail. (2011). Hubungan Kecerdasan Rohaniah Warga Tua Dengan
Amalan Agama Di Rumah Kebajikan. Prosiding Kolokium Siswazah Pengajian Islam
UKM Peringkat Kebngsaan 2011. Hlm. 251-265.
Ibn Manzur. (1968). Lisan al Arab. Jld. 14. Beirut: Dar al Sadir.
85
Pola Aplikasi Dakwah Guru Novis Pendidikan Islam untuk Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Meningkatkan Kecerdasan Rohani Murid
Leedy, P.D., & Ormrod, J.M. 2001. Practical research: Planning and design (7 th ed). New
Jersey :Prentice Hall.
Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. 2 nd
ed. San Francisco Jossey-Bass Inc.
Mohamad Muda. (1998). Cabaran dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhammad Yusuf Khalid, Syansul Bahri Andi Galigo & Mohd Radhi Ibrahim. (2002). Isu
Dakwah dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi. Nilai: Kolej Universiti Islam
Malaysia.
Muhamad Faiz, Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri. (2012). Pemantapan Peranan Guru
dan Kaedah P&P Pendidikan Islam: Suatu Agenda Berterusan. Prosiding Seminar
Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPP12013) Hlm: 91-97
Norasmah Othman, Suhaida Abdul Kadir, Abdul Rasid Jamian, Mohammed Sani Ibrahim, Zamri
Mahamod & Bhasah Abu Bakar. (2006). Masalah Profesionalisme Guru Novis. Dlm.
Kesediaan Profesionalisme Guru Novis :Cadangan Modul Latihan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 91-111
Al Qaradawi, Yusof. (1978). Thaqafah al Da’iyah. Beirut
Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjong
Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris.
Salasiah Hanin Hamjah. (2008). Pendekatan Da’wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy menurut Al-Ghazali:
satu kajian di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.
Sarimah Ismail & Abreza Atan. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam
pengajaran Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Journal
of Educational Psychology and Counseling,volume 2, Jun 2011, Pages 113-144/ISSN:
2231-735X
Syamsul Bahri Andi Galigo. (2003). Penelitian Terhadap Da’wah Islamiyah. Dlm.Mohd Radhi
Ibrahim, Abdul Rahim Arsyad, Rosilawati Ramli & marina Munira Abdul Mutalib (pnyt.)
Intelektualisme & Da’wah Masa Kini, hlm. 37-50. Kuala Lumpur: Fakulti Kepimpinan
dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia.
Zakaria Stapa. (2012). Pendekatan Tasawuf dan Tarekat: Wadah Pemerkasaan Jati Diri
Ummah. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
86
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
NILAI PATRIOTIK MEMBANGUNKAN MODAL INSAN DALAM KOMSAS
Norasiah Hj Abdulaha ([email protected])
Mohd Zariat Abdul Rani, PhDb ([email protected])
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
bUniversiti Putra Malaysia
Abstrak
Sastera merupakan medium mendidik dan memberi kebaikan menerusi nilai-nilai dan mesej
yang hendak disampaikan. Sejajar itu kajian ini bertujuan melihat perkaitan nilai patriotik
berdasarkan novel teks KOMSAS. Kajian meneliti 3 buah novel yang terdapat di dalam
teks KOMSAS. Sehubungan itu, objektif kajian ini menganalisis teks-teks KOMSAS yang
dikaji menurut nilai patriotik kerangka Modal Insan yang sistematik, dan merumuskan nilai
patriotik dalam teks-teks KOMSAS yang dikaji menurut kerangka Modal Insan. Modal Insan
yang diinspirasikan oleh bekas Perdana Menteri ke-4. Nilai yang terdapat dalam novel teks
KOMSAS sebagai asas untuk membentuk insan yang berguna dan seterusnya menyumbang
kepada pembangunan negara. Kajian ini mengaplikasikan gagasan nilai Modal Insan Abdullah
dengan membincangkan aspek nilai secara mendalam. Dapatan menunjukkan kesemua novel
yang dikaji mengandungi nilai patriotik yang menjadi indikator pembentukan insan. Pemilihan
gagasan Modal Insan Abdullah untuk menganalisis teks dan menepati kehendak kajian.
Dapatan kajian dapat dijadikan rujukan, panduan dan impak berguna kepada masyarakat
dan membantu kepada kajian akan datang berkaitan dengan KOMSAS dan nilai.
Kata Kunci: Patriotik, KOMSAS, Modal Insan, Nilai, Novel
Abstract
Abstracts of Literature can educate towards goodness through the values provided via the
fineness messages to be served. The study aims to look at the correlation value of patriotism
based on the novel KOMSAS text. Research review 3 novels in the text KOMSAS.In this
regard, the objective of this study was to analyze these texts KOMSAS under review according
to the patriotic values of the systematic human capital framework, and formulating patriotic
values in texts KOMSAS under review in accordance with the framework of human capital.
Human capital ruled by the former Prime Minister of the 4th. The values appearing in the
novel KOMSAS text as a basis to form a useful and thus contribute to the development of the
country.This study applied the idea of the value of Human Capital to discuss aspects of value
with Abdullah in depth. Findings show all novels under review contain patriotic values that
become indicators of human formation. Selection of human capital idea Abdullah to analyze
text is a method that meets the requirements of the study and the findings is expected to be
used as references, guides and useful to the community impact and help expand the study
will came in connection with KOMSAS and value.
Keywords: Patriotic, KOMSAS, Human Capital, Value, Novel
87
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Nilai dalam sastera tidak boleh dipisahkan, kedua-duanya saling melengkapi untuk menjadikan
sastera benar-benar bermakna. Menerusi sastera banyak nilai-nilai positif yang boleh dikongsi
tanpa menjejaskan akidah dan kepercayaan. Menurut George E. Woodberry (1969:1-3),
kesusasteraan sebagai ekspresi hidup, ekspresi yang maha penting tentang manusia yang
dapat digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan kehidupan mereka. Manakala menurut
Hashim Awang (1984:65), penelitian sesebuah karya kreatif bukan setakat memberi perhatian
kepada unsur-unsur sesebuah teks, iaitu corak atau bentuk novel, bagaimana ia ditulis,
struktur ceritanya dan penggunaan bahasanya, tetapi juga dihubungkaitkan dengan hal-hal
lain seperti nilai moral dan kesannya kepada pembaca.
Nilai merupakan suatu konsep yang berkaitan dengan kepercayaan, amalan dan
pegangan seseorang individu yang merujuk kepada garis panduan yang dipersetujui oleh
sesuatu kelompok manusia. Malah, nilai dilihat sebagai corak pemikiran dan kelakuan
yang diamal dan diterima dalam sesuatu kelompok (Malike Brahim, 2004). Justeru, nilai
sering menjadi persoalan dalam penulisan karya yang bertujuan mendidik pembaca melalui
karyanya. Berdasarkan kenyataan, dapat dijelaskan bahawa sebuah karya kreatif yang
dijadikan teks kajian perlulah benar-benar bermutu dan bersesuaian mengikut khalayak
pembaca. Kesusasteraan Melayu berupaya membantu pelajar untuk mengenali adat dan
budaya bangsa. Hal ini disebabkan adat dan budaya bangsa merupakan satu aset yang
berharga bagi sesuatu bangsa. Sesebuah novel itu perlu dianalisis, diamati dan dinilai secara
mendalam supaya menepati objektif.
PENYATAAN MASALAH
Pengenalan komponen kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah pada dasarnya dihasilkan untuk pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni.
Selaras dengan usaha murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), langkah drastik telah
dilaksanakan dengan melaksanakan komponen kesusasteraan (KOMSAS) dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2000. Sejajar
dengan itu pengamatan terhadap kajian berfokus kepada pengenalan serta pelaksanaan
KOMSAS, yang mana soal pemilihan teks menjadi antara isu yang sering diperdebatkan
dan bersifat kontroversial. Hal ini dapat diamati dengan jelas apabila berlaku polemik dalam
pemilihan teks KOMSAS.
Menurut Mustafa Dakian (2009), pengenalan KOMSAS di sekolah-sekolah sebagai
satu pilihan saluran dalam menerapkan nilai-nilai murni di sekolah agar mampu memupuk jati
diri, semangat patriotisme dan rasa bangga terhadap bangsa dan negara. Ketegasan kerajaan
melaksanakan usaha-usaha murni dalam sistem pendidikan membolehkan kawalan sosial
dilaksanakan dengan berkesan. Sastera dilihat sebagai salah satu disiplin ilmu yang amat
berkesan diterapkan nilai-nilai positif melalui pembacaan. Hal demikian adalah wajar kajian ini
dibuat sesuai dengan tuntutan semasa pada zaman yang kian mencabar kewarasan minda
murid. Penerapan nilai patriotik dalam kalangan murid perlu dilaksanakan secara berterusan
untuk membangunkan potensi kemanusiaan dalam aspek rohani, jasmani, emosi dan kognitif
jika ingin berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Berdasarkan pelaksanaan di atas, pelbagai genre karya dipilih untuk diguna pakai
oleh murid-murid sekolah menengah. Sifat karya sastera yang subjektif dan terbuka kepada
pelbagai tanggapan telah mengundang banyak kontroversi apabila sesuatu karya diangkat
88
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
sebagai teks KOMSAS. Kecenderungan yang ketara dipertikaikan adalah terhadap topik-
topik berkaitan nilai-nilai yang terkandung dalam teks-teks novel kajian yang tidak mengikut
peraturan pemilihan serta pertimbangan semasa pemilihan teks. Teks-teks novel KOMSAS
ini dengan sendirinya menarik perhatian beberapa pengkaji untuk mengkaji teks KOMSAS
yang kebanyakan berlegar tentang soal nilai-nilai yang terkandung di dalamnya.
Sejajar dengan huraian di atas, pengkaji akan mengkaji dan menganalisis novel teks
KOMSAS dengan menggunakan nilai-nilai modal insan. Bertolak dari kenyataan ini, kajian
ini, akan menganalisis nilai-nilai modal insan dalam novel teks KOMSAS. Nilai-nilai modal
insan menurut gagasan Abdullah Badawi ialah berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni
dan moral, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif,
sihat, patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing (Buku Rasmi Tahunan, 2006). Merujuk
kepada kajian ini tumpuan diberikan khusus kepada nilai patriotik. Abdullah menjelaskan
bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara
kemerdekaan. Nilai patriotik perlu disematkan dalam jiwa setiap insan yang boleh membawa
kepada persamaan dan rasa bangga terhadap negara. Tidak ada perbezaan individu kerana
setiap insan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mengekal dan memelihara
kemerdekaan terhadap negara yang tercinta. Di samping itu, setiap insan perlu tanamkan
dalam minda akan semangat sense of belongingness (semangat kekitaan), dengan memiliki
jati diri yang kaya dengan nilai-nilai yang merentasi perbezaan kaum, agama dan budaya.
Setiap insan berusaha memainkan peranan untuk melahirkan warga Malaysia yang bersatu
padu dan cintakan negara. Menurut Abdullah Badawi (2004),
“Program pendidikan hendaklah holistik sifatnya. Di samping
membekalkan ilmu, pengetahuan dan kemahiran, di samping
membantu pembangunan intelek, ia juga bertanggungjawab
membina insan secara menyeluruh dari segi pembangunan rohani,
jasmani, sosial dan moral. Warga muda Malaysia hendaklah dididik
mempercayai kepada tuhan, berakhlak mulia, menghargai nilai
keluarga, berkeyakinan, dan patriotik terhadap negara.” (Ucapan
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Haji Badawi, di Perhimpunan Agung
Umno Yang Ke-55, pada 23 September 2004 di Pusat Dagangan
Dunia Putra).
Seiring dengan pandangan Abdullah tentang nilai patriotik, menurut Mohd Hasrol
Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusoff Hussain (2012: 1243-1253), semangat nilai
patriotik dapat dilihat menerusi prinsip semangat setia kawan, menunjukkan ikatan ukhuwah
antara individu dalam kelompok masyarakat. Ia dikaitkan dengan kerjasama dan nilai
keharmonian dalam kalangan ahli komuniti di dalam usaha untuk mempertahankan sesuatu
perkara yang mempunyai nilai estetika kepada mereka, prinsip kesetiaan merupakan tunjang
terpenting dalam nilai patriotik, setia tidak berbelah bahagi dalam kalangan ahli kepada
kelompok masyarakatnya. Prinsip kemasyarakatan bagi mewujudkan persefahaman dan
kerjasama yang erat melalui perkongsian dan pengagihan sama rata menjadi fokus utama
di mana setiap ahli akan menerima faedah dan manfaat dari segala sumber yang dimiliki.
Seterusnya, menurut Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor (2009: 85-100),
menjelaskan bahawa generasi muda perlu disedarkan akan kepentingan menjiwai semangat
yang kental bagi mengekalkan kedaulatan tanah air dengan menanam rasa bangga terhadap
89
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
tanah air. Mereka perlu disedarkan dengan pengetahuan asas kenegaraan dan kefahaman
terhadap elemen-elemen patriotisme. Mempertingkatkan semangat patriotik ke peringkat yang
maksimum dalam kalangan generasi muda secara holistik dari semasa ke semasa dengan
membudayakan semangat patriotisme.
Seterusnya, pandangan Abdullah tentang nilai patriotik ini dapat diperkukuhkan
dengan pandangan Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad & Azwani Ismail (2012: 1-12) yang
menjelaskan bahawa untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat setia negara dan
memiliki jati diri, perlu memahami akan keadaan masyarakat dan negara. Di samping itu
turut mempunyai semangat perpaduan dan kekitaan. Mempunyai kesedaran akan asal usul
sejarah negara, hal ini penting untuk membina asas nilai patriotik dalam kalangan murid.
Sebagai mana yang dijelaskan dalam petikan berikut:
“Sejarah yang ingin dicapai iaitu dari aspek semangat setia negara,
jati diri sebagai warganegara Malaysia, dapat memahami keadaan
masyarakat dan negara, mempunyai semangat perpaduan dan
kekitaan dan mempunyai ingatan terhadap peristiwa sejarah negara.
(Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad & Azwani Ismail, 2012:11)
Berdasarkan kepada penjelasan Abdullah, serta pandangan yang dihuraikan oleh
Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusoff Hussain (2012), Ku Hasnita Ku
Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor (2009), dan Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad & Azwani
Ismail (2012) di atas, dapat dirumuskan bahawa patriotik sebagai usaha memupuk semangat
kecintaan dan kesetiaan terhadap negara oleh seluruh warga Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, kaum dan agama. Usaha ini dapat dizahirkan menerusi prinsip semangat
setia kawan, ukhuwah antara individu, kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan,
semangat perpaduan, tidak ada perbezaan individu, dan cintakan bangsa dan negara.
OBJEKTIF KAJIAN
Merupakan objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian,
1. menganalisis teks-teks KOMSAS yang dikaji menurut nilai patriotik kerangka Modal
Insan yang sistematik, dan
2. merumuskan nilai patriotik dalam teks-teks KOMSAS yang dikaji menurut kerangka
Modal Insan yang sistematik.
TINJAUAN LITERATUR
Menerusi sastera, masyarakat akan tahu nilai murni dan moral, bekerjasama, adil, berdaya
saing, semangat patriotik dan membentuk peradaban insan. Malahan ada puluhan nilai-
nilai positif yang lain menjadi panduan kehidupan, misalnya nilai-nilai Modal Insan gagasan
Abdulah Badawi. Kesusasteraan memiliki kedudukan yang istimewa bagi bangsanya kerana
ada banyak panduan cara hidup bermasyarakat.
Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2002), seseorang itu dianggap berjiwa patriotik
apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan
kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Berdasarkan pernyataan tersebut dapat ditafsirkan
bahawa semangat patriotik sangat penting dalam memperkukuhkan matlamat pembinaan
90
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
negara bangsa yang bermaruah hasil dari insan yang dibangunkan dengan ciri nilai modal
insan bersemangat patriotik.
Patriotik membawa maksud individu yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan
negaranya dengan erti kata lain pembela negara (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).
Seterusnya, menurut Adnan Alias (2000) patriotik adalah semangat cinta dan setia kepada
bangsa, agama dan negara yang berterusan serta tidak berbelah bagi. Dalam konteks lain,
nilai patriotik perlu disemai dalam kalangan murid sekolah dengan rasa tanggungjawab untuk
bersatu padu. Usaha ke arah memupuk semangat patriotik terhadap negara patut diwariskan
kepada generasi akan datang demi kelangsungan kedamaian dan kemakmuran negara.
Remaja yang kompetitif perlu diterapkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri agar
mempunyai rasa kepunyaan (sense of belonging) tanpa mengira agama, bangsa mahupun
latar belakang yang berbeza.
Seterusnya, menurut Doob (1964), memberikan takrifan umum, iaitu patriotik
bermaksud cintakan negara. Malah, beliau menambah bahawa kesetiaan kepada negara
dan bangsa juga adalah komponen penting dalam patriotisme. Curti (1946) mendefinisikan
patriotisme sebagai satu perasaan bangga dan cintakan negara di samping bersedia
untuk berkorban apa sahaja untuk kepentingan negara. Manakala Berns (1997: 9), melihat
patriotik sebagai perasaan cintakan negara yakni kesanggupan untuk berkorban demi
mempertahankan negara. Dalam hal ini, Primoratz (2002), menegaskan bahawa pentakrifan
patriotik sebagai ‘cintakan negara’ sahaja adalah terlalu umum dan cetek. Menurut beliau,
perkara yang perlu diberi penekanan dalam menentukan kecintaan seseorang itu kepada
negaranya ialah apakah yang akan dilakukan untuk negaranya dan adakah individu tersebut
sanggup berkorban demi negaranya?
Nilai semangat patriotik mampu merapatkan jurang dan merealisasikan kesepaduan
atas matlamat yang sama demi pembangunan negara. Penjanaan modal insan yang
diharapkan dapat dihasilkan melalui tindakan, yang membuktikan bahawa golongan remaja
mempunyai rasa kecintaan dan sayang akan tanah air. Menjadi tanggungjawab murid masa
kini untuk meneruskan kesinambungan pengorbanan dan jerih payah pejuang terdahulu
yang berjuang mempertahankan kemerdekaan negara. Kini generasi muda berperanan
dan bertanggungjawab menggalas amanah bagi memastikan kelangsungan keutuhan dan
keharmonian serta keamanan yang telah dinikmati terus terpelihara.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Seterusnya, bagi menganalisis objektif-objektif di atas, kajian ini dilakukan dengan
menggunakan gagasan Modal Insan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pendekatan kajian.
Pemilihan gagasan Modal Insan ini adalah berdasarkan kepada nilai-nilai Modal Insan yang
mendasari gagasan ini. Dalam konteks ini, nilai Modal Insan yang lebih tertumpu kepada insan
yang memiliki nilai patriotik. Kajian ke perpustakaan dijalankan di beberapa perpustakaan
universiti, antaranya Perpustakaan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan
Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim, Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Alam dan Tamadun
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (ATMA). Kajian ini antara lain diusahakan bagi
91