Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
menampung kekurangan dalam kajian-kajian ilmiah sedia ada dalam meneliti novel teks
KOMSAS. Untuk itu, kajian ini akan meneliti beberapa novel teks KOMSAS yang diguna pakai
mulai tahun 2010 hingga 2014, untuk murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang meliputi
keempat-empat zon di seluruh negara.
Jadual 1 Senarai Novel Teks KOMSAS
TING TAJUK PENGARANG PENERBIT TAHUN ZON
NOVEL
Utusan
1 Istana Menanti Abd Latip Talib Publication & 2010 4
Distributors
2 Wira Persona Ahmad Zaki Sdn. Bhd 2010 2
Avatari Abu Bakar Utusan
Publication &
3 Kabus Di Mohamad Distributors 2010 4
Perbukitan Khalid Hamzah Sdn. Bhd
Dewan
Bahasa dan
Pustaka
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Penggunaan kaedah analisis teks dan kaedah kajian ke perpustakaan digunakan untuk
mendapatkan maklumat maklumat yang bersesuaian dengan skop kajian. Pelbagai sumber
rujukan seperti buku teks novel KOMSAS, buku-buku ilmiah, jurnal, prosiding, kertas kerja,
kertas seminar, risalah, majalah, latihan ilmiah, tesis, akhbar serta biografi pengkarya yang
berkaitan dirujuk dari pelbagai lokasi. Tujuan pengumpulan kesemua maklumat ini adalah
untuk memperlengkapkan dan memantapkan penulisan kajian.
DAPATAN KAJIAN
Analisis telah dijalankan dengan meneliti nilai patriotik yang diajukan oleh Abdullah sebagai
nilai-nilai dalam gagasan Modal Insan. Patriotik menurut gagasan Modal Insan dapat
dirumuskan sebagai usaha memupuk semangat kecintaan dan kesetiaan terhadap negara oleh
seluruh warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama. Usaha ini
dapat dizahirkan menerusi prinsip semangat setia kawan, ukhuwah antara individu, kesetiaan,
keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, semangat perpaduan, tidak ada perbezaan individu,
dan cintakan bangsa dan negara. Analisis ini meneliti novel teks komponen kesusasteraan
(KOMSAS) yang terdiri dari novel Wira Pesona Avatari (2010), Istana Menanti (2009) dan
6:20 (2011). Berdasarkan kajian tersebut, beberapa dapatan dinyatakan secara terperinci
mengikut gagasan Modal Insan Abdullah.
92
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
Wira Pesona Avatari
Berdasarkan takrifan di atas, analisis ini meneliti novel Wira Pesona Avatari (2010) karya
Ahmad Zaki Abu Bakar, yang dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011 bagi zon 11
yang meliputi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri
Sembilan untuk kegunaan murid Tingkatan 2. Analisis mendapati bahawa nilai patriotik
antaranya dimanifestasikan menerusi cerita dalam novel Wira Pesona Avatari (2010). Nilai
ini jelas pada ceritanya yang mengisahkan tentang pasukan Zamrud II dalam pertandingan
Avatari. Pasukan Zamrud 11 yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline dan Anjali,
remaja yang berusia antara 12 tahun hingga 18 tahun. Semua ahli dalam pasukan Zamrud 11
terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu, Melayu, Cina dan India. Zamrud 11 bertarung dengan
pasukan dari seluruh dunia antaranya Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Indonesia,
China dan United Kingdom. Mereka berusaha dan saling bekerjasama untuk memastikan
kemenangan demi menjaga maruah negara. Ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Sekejap lagi pertandingan akan dimulakan. Baik awak semua
bersiap.”
“Ya, betul tu,” kata Anas. “Marilah cepat kita sarungkan baju realiti
maya kita. Tinggal kita sahaja untuk mewakili Malaysia dalam
pertandingan akhir ini. Kita tidak boleh menghampakan rakyat
Malaysia yang mengharapkan kita membawa balik piala Avatari”
(Wira Pesona Avatari: 154-155)
Berkat kerjasama dan semangat cintakan tanah air, mereka telah berjaya menjuarai
pertandingan Avatari kali Kesepuluh dan membolot hadiah bernilai RM 1 juta. Dengan
cerita ini, adalah jelas bahawa pasukan Zamrud 11 hadir dalam novel sebagai watak-watak
yang patriotik. Seterusnya, dengan patriotik yang dimiliki oleh pasukan Zamrud 11, mereka
diceritakan merancang untuk menyertai pertandingan Avatari Kesepuluh. Tindakan ini
adalah atas dasar hendak mengulangi kejayaan pasukan Zamrud dalam pertandingan yang
sama sepuluh tahun yang lalu. Pasukan Zamrud dianggotai oleh ayah mereka, Profesor
Dr. Muhammad Fitri Izzati, Ho Shao Long, Kuppusamy, Nora dan Vicky. Mereka diceritakan
menjadi penerus budaya identiti negara dengan membuat persediaan dari segi fizikal, mental,
latihan, peralatan dan kewangan. Ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Sudah tentu,” jawab Ho bangga. “Mak Cik Nora dan Mak Cik Vicky
juga dah setuju, sama seperti Pak Cik Kuppusamy. Mereka bukan
sahaja membenarkan awak berdua menggunakan komputer kami,
tetapi wang pelaburan kami juga. Jadi sekarang, awak berdua
sudah mendapat persetujuan keempat-empat ahli Pasukan Zamrud,
pasukan Avatari ayah awak” (Wira Pesona Avatari: 45).
Dengan semangat juang yang tinggi pasukan Zamrud II telah berjaya dalam semua
pusingan hingga layak menyertai pusingan keempat. Pasukan Zamrud 11 terpaksa menghadapi
pelbagai halangan ketika pertandingan diadakan. Antara halangan pusingan pertama, buah
cempedak berisi pasu emas telah dirampas. Pada pusingan kedua, cip elektronik pemecut
mesin telah hilang. Manakala pada pusingan ketiga, Aina cedera tertembak oleh pengkhianat.
Seterusnya, pada pusingan keempat mereka terpaksa menggagalkan rancangan pasukan
musuh yang berusaha untuk mengubah sejarah dunia. Demi menjaga maruah agama dan
93
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
negara, pasukan Zamrud 11 telah menghalang visi pasukan musuh, akhirnya mereka berjaya
mencapai kejayaan yang sangat bermakna. Hal ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Ya, sekarang saya faham,” jawab Pauline. “Sebagai warganegara
Malaysia, saya amat menghargai kebebasan beragama yang
diamalkan oleh negara kita” (Wira Pesona Avatari: 166).
Kejayaan mereka adalah hasil daripada semangat patriotik yang tinggi dalam
kalangan ahli. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa pasukan Zamrud 11 yang pada
awalnya terpaksa melalui pelbagai halangan telah berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Semua ahli dalam kumpulan Zamrud II berusaha dan saling bekerjasama untuk memastikan
kemenangan demi menjaga maruah negara. Semangat patriotik yang tinggi sangat penting
bagi setiap insan dalam sesebuah negara yang merdeka agar terhindar dari mempamerkan
acuan di luar ciri-ciri Malaysia. Untuk menjamin sesebuah negara itu kekal merdeka dan
bebas dari sebarang ancaman, kesedaran terhadap sejarah masa lampau nenek moyang
perlu dikaji dan diterokai dalam kalangan remaja. Hal demikian, amat penting bagi menjamin
keharmonian dan kesejahteraan sesebuah negara untuk terus kekal aman dan sejahtera di
bawah lindungan-Nya.
Seterusnya, patriotik yang dimiliki oleh pasukan Zamrud 11 diperlihatkan memberi
impak positif bukan sahaja kepada ahli kumpulan tetapi yang lebih penting kepada masyarakat.
Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan pasukan Zamrud 11 telah berjaya melibatkan
kerjasama daripada ahli pasukan Zamrud. Mereka telah memberi sokongan kewangan,
masa dan moral bagi membolehkan pasukan Zamrud 11 mengulangi kejayaan sepuluh tahun
dahulu. Ini untuk memastikan pasukan dari Malaysia berjaya. Ini diperjelaskan menerusi
petikan berikut:
“Sekarang, tugas Anas dan Aina adalah untuk mengatasi pencapaian
kami dengan menjadi juara dunia, kalaupun tidak juara Asia.”
“Bolehkah kami capai harapan tinggi pak cik tu?” tanya Aina.
“Ah, kalau hendak seibu daya, tak hendak seribu dalih! Bukankah
begitu kata pelatah lama kita? Yakinlah kepada diri sendiri dan
kepada ahli pasukan Aina nanti. Sebagai rakyat Malaysia, tentu
sekali kita boleh.” (Wira Pesona Avatari: 46).
Hasilnya, novel menceritakan bagaimana Ho Shao Long berjaya memastikan pasukan
Zamrud 11 berjaya hingga ke peringkat akhir. Selain itu, diceritakan kejayaan pasukan
Zamrud 11 telah membuktikan remaja Malaysia sangat bijak dan berbakat dalam bidang
pengkomputeran dan menaikkan nama Malaysia. Hal ini diperjelaskan menerusi petikan
berikut:
…Malaysia rupanya mempunyai ramai remaja yang bijak dan
berbakat. Mereka wajar menang dan mendapat habuan satu juta
ringgit yang ditawarkan…(Wira Pesona Avatari: 182).
Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa patriotik yang dimiliki oleh ahli pasukan Zamrud
11 telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Analisis di atas jelas memperlihatkan
bagaimana pasukan Zamrud 11 dalam novel Wira Pesona Avatari (2010) memanifestasikan
94
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
nilai patriotik. Dengan nilai patriotik ini, mereka diceritakan telah berjaya menghadapi liku-liku
kehidupan dengan jaya, malah lebih daripada itu telah berjaya menewaskan pasukan dari
luar negara. Nilai patriotik yang terpancar daripada cerita sedemikian, jelas sejajar dengan
nilai Modal Insan yang menjadi kerangka kajian ini. Semangat patriotik amat penting untuk
menghalang pelbagai penyakit sosial yang boleh mengganggu gugat penyuburan semangat
patriotisme demi kelangsungan sesebuah negara pada masa hadapan. Ada pepatah
mengatakan, “untuk melihat kejayaan sesebuah negara dan bangsa, lihatlah generasi muda
hari ini. Identiti negara masa hadapan dicorak oleh remaja masa kini yang menjadi penerus
budaya. Kejayaan generasi muda sebagai insan patriotik dapat dilihat menerusi novel Wira
Pesona Avatari (2010) menerusi pasukan Zamrud II yang bertarung dengan pasukan dari
luar negara dalam pertandingan Avatari bertaraf dunia.
Istana Menanti
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel yang menjadi teks KOMSAS iaitu novel
Istana Menanti (2009) karya Abd Latip Talib. Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun
2010 bagi zon 1V yang meliputi negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan untuk kegunaan
murid Tingkatan Satu. Analisis mendapati bahawa nilai patriotik antaranya dimanifestasikan
menerusi cerita dalam novel Istana Menanti. Nilai ini jelas pada ceritanya yang mengisahkan
tentang tiga watak utama yang terdiri daripada Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy, remaja yang
cintakan sejarah tanah air. Sejarah tanah air perlu dikaji untuk menghargai jasa tokoh pejuang
bangsa yang telah memerdekakan negara dengan penuh kesukaran. Mereka diceritakan
sanggup menemui Tuk Ngah, lelaki tua yang mempunyai pengalaman luas tentang selok belok
puncak Gunung Datuk. Hal ini jelas apabila mereka diceritakan ingin tahu tentang sejarah
lama Istana Menanti dan mengenal asal usul sesebuah negeri. Istana Menanti merupakan
tempat persembunyian pejuang tanah air suatu ketika dahulu sewaktu menentang komunis
dan Jepun. Ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Istana Menanti merupakan istana yang pertama dibina di Negeri
Sembilan, istana lama di puncak bukit itu menjadi bahan sejarah
yang amat bernilai di negeri kita. Sepatutnya istana itu dijaga supaya
dijadikan salah sebuah tempat bersejarah yang akan menjadi daya
tarikan kepada para pelancong,” kata Fadhil pula.
“Benar kata kamu tu, Istana Menanti juga ada kaitan dengan sejarah
kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Kalau nak
dengar tuk ceritakan.” Tuk Ngah pula menyampuk (Istana Menanti:
9).
Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy hadir dalam
novel sebagai watak yang patriotik. Seterusnya, dengan patriotik yang ada pada diri tiga remaja
ini, mereka sanggup meredah hutan tebal Gunung Datuk. Mereka diceritakan ingin melihat
dengan mata sendiri istana lama yang terletak di puncak Gunung Datuk. Hal ini diperjelaskan
menerusi petikan berikut:
“Aku rasa tidak sabar lagi untuk melihatnya. Sesungguhnya,
istana lama itu banyak meninggalkan kesan sejarah. Istana itu ada
kaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke Negeri
Sembilan, kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis, penaklukan
95
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Jepun di Tanah Melayu dan penjajahan orang Inggeris di negara
kita,” kata Ah Seng pula (Istana Menanti: 15).
Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh tiga remaja ini menyebabkan Tuk Ngah
sanggup bersama-sama mendaki Gunung Datuk. Tuk Ngah sanggup merealisasi hasrat remaja
itu untuk melihat sendiri istana lama dengan lebih dekat, walaupun usianya sudah tua untuk
mendaki gunung. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa mereka menunjukkan semangat
cintakan negara dan rasa bangga untuk memulihara khazanah negara.
Seterusnya, patriotik yang dimiliki oleh tiga remaja tersebut telah memberi kesedaran
kepada mereka tentang erti sejarah. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan mereka
menentang pengganas ketika terperangkap di dalam terowong bawah Istana Menanti. Pada
awalnya, tujuan mereka sekadar untuk melihat Istana Menanti, tetapi telah bertukar untuk
mempertahankan diri daripada pengkhianat bangsa. Novel menceritakan bagaimana Fadhil,
Ah Seng dan Ramasamy berhadapan dengan cabaran yang amat membahayakan nyawa.
Umpamanya, mereka terpaksa mengikut arahan penjenayah mengali tanah untuk mencari
harta yang ditanam sejak 40 tahun dahulu. Ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Kerja cepat dan jangan pandang kami! Sergah salah seorang
daripada mereka. “Kalau awak pandang kami sekali lagi biji mata
awak kena cungkil.”
“Abang dah kata mereka tu penjenayah yang kejam. Mungkin
pada mereka nyawa kita tidak ada nilainya. Berdoalah supaya kita
selamat,” kata Khairil (Istana Menanti: 78).
Lebih penting ialah cerita bagaimana kejayaan mereka mempertahankan diri demi
tanah air tercinta. Kejayaan mereka menjadi kebanggaan kerana pihak polis telah berjaya
menangkap penjenayah yang sangat dikehendaki. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa
semangat patriotik yang dimiliki oleh Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy telah memberikan
kebaikan buat diri mereka. Menerusi novel Istana Menanti (2009) telah memperlihatkan
usaha mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan berjuang demi memelihara
kedaulatan negara.
Analisis di atas jelas memperlihatkan bagaimana novel Istana Menanti (2009)
memanifestasikan nilai patriotik. Nilai patriotik pada cerita tentang remaja mempunyai jati diri
terhadap sejarah negara. Dengan nilai patriotik ini, mereka diceritakan telah berjaya keluar
dari Istana Menanti tanpa sebarang kecederaan dan mencapai kejayaan yang bersejarah.
Nilai patriotik yang terpancar daripada cerita sedemikian, jelas sejajar dengan nilai Modal
Insan yang menjadi kerangka kajian ini.
6:20
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel yang menjadi teks KOMSAS iaitu
novel 6:20 (2011) karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun
2013 bagi zon 1 yang meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak untuk kegunaan
murid Tingkatan Tiga. Analisis mendapati bahawa nilai patriotik antaranya dimanifestasikan
menerusi cerita dalam novel 6:20 (2011). Menceritanya tentang watak Sukma, remaja berusia
19 tahun. Sukma merupakan anak perempuan tunggal kepada pasangan Tuan Haji Syaqir dan
96
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
Puan Delia, pelajar jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dia
diceritakan berusaha menyiasat dan mematahkan visi kelab WX2 atau dikenali juga Ruang
Sepi. Ruang Sepi adalah satu fahaman baharu yang memperjuangkan kebebasan mutlak
akibat dipengaruhi oleh pemikiran barat yang menyesatkan generasi muda.
Diceritakan juga kumpulan ini menggunakan dadah yang bertindak mengikut reaksi
tubuh. Maklumat ini dinyatakan oleh Jerry yang merupakan ahli kelab WX2. Ini diperjelaskan
menerusi petikan berikut:
“Kalau mereka tahu saya memberikan maklumat ini, saya akan
mati, percayalah! Mereka tak takut membunuh. Dan saya tak akan
mati serta-merta. Dadah itu akan bertindak mengikut reaksi tubuh
saya. Jika saya lemah, organ dan saraf lebih cepat lumpuh. Saya
akan mati perlahan-lahan dan jika badan ini dibedah siasat kelak,
kalian tak akan menjumpai satu pun bahan bukti untuk disabitkan
tuduhan kepada sesiapa” (6:20: 219).
Kegagalan usaha mematahkan kelab WX2 akan meruntuhkan peradaban dan
kemajuan sesebuah negara. Sukma diceritakan pernah pergi ke Kelab WX2 seorang diri
untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut dan mencari lebih banyak bahan bukti
dan maklumat. Selain itu, dia juga pernah mendapatkan maklumat daripada Iskandar, Jerry
dan Reny yang menyertai kumpulan WX2. Ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Tentu Sukma tak sangka begini keadaan di dalam Kelab WX2,
bukan? Orang kata, di sini tempat anak muda macam kita ni
menikmati lagu-lagu rock dan metal. Agaknya, Sukma tentu keliru.”
Saya mengangguk (6:20: 134).
Kesungguhan Sukma membanteras kegiatan negatif di kawasan tempat tinggalnya
dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial dan cintakan negara. Seterusnya, dengan patriotik
yang dimiliki oleh Sukma itu, dia diceritakan dapat menghadapi segala macam halangan
dengan jayanya. Hal ini jelas apabila dia diceritakan meminta Kak Ros, jirannya yang
merupakan pegawai polis membantu untuk menyiasat gerakan ahli kumpulan WX2 yang
menggugat boleh keamanan negara. Dia juga berusaha membanteras kumpulan WX2 dengan
meminta ayahnya untuk menyiasat pergerakan ibunya yang dikatakan terlibat dengan kelab
WX2. Ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Akak dan pihak atasan sedang buat siasatan tapi masih tak
dapat kenal pasti siapa yang akan mengepalai kumpulan ini dan
bagaimanakah cara mereka mempengaruhi anak-anak muda seperti
Sukma ni,” keluh Kak Ros (6:20: 200).
Novel menceritakan bagaimana Sukma berjaya mendapat maklumat-maklumat
daripada mereka yang terlibat dalam kelab WX2. Semua maklumat yang diterima hasil
siasat Sukma telah banyak membantu pihak polis dalam memberkas kegiatan kelab WX2.
Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa patriotik yang dimiliki oleh Sukma memberi kesedaran
kepada rakan serta masyarakat. Seterusnya, patriotik yang dimiliki oleh Sukma diperlihatkan
memberikan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya sendiri, lebih daripada itu ialah remaja
97
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
dan pelajar. Usaha murni Sukma telah berjaya memberi kesedaran kepada Iskandar, juga
merupakan ahli kelab WX2. Hal ini diperjelaskan menerusi petikan berikut:
“Maafkan saya, Sukma.”
Saya memaliskan muka. Seketika Iskandar terdiam sebelum kembali
bersuara.
“Saya hargai semangat dan kekuatan Sukma. Sifat luar biasa itu
yang membuatkan saya sedar. Pandangan saya jadi jelas. Saya
sendiri terkejut dengan apa-apa yang saya lakukan ini. Apakah
makna perjuangan ini? Untuk siapa saya berjuang?
Kalau di Iraq, di Palestin, di Afghanistan, mereka berjuang kerana
jihad. Demi menegakkan kebenaran menyerahkan nyawa untuk
Islam. Tapi perjuangan kami hanya menuntut kebebasan mutlak.
Kebebasan falsafah Barat yang menyesatkan” (6:20: 226).
Usaha Sukma untuk membawa kembali rakan-rakannya kembali ke pangkal jalan
telah memberi kesan yang bermakna. Hasil daripada maklumat yang diterima membolehkan
pihak polis menumpaskan kumpulan WX2. Selain itu, dia juga menemui jawapan yang sering
mengganggu fikirannya akan penglibatan ibunya dalam kegiatan Kelab WX2. Hasilnya, novel
menceritakan kebenaran akan ibunya bukanlah pengkhianat negara. Ibunya telah ditugaskan
menjadi ejen perisik pihak berkuasa untuk menumpaskan kegiatan Kelab WX2. Berita ini
membuatkan Sukma gembira. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa Sukma telah berjaya
membantu rakan-rakannya daripada terus terjebak dengan kelab MX2.
Analisis di atas jelas memperlihatkan bagaimana Sukma dalam novel 6:20 (2011)
memanifestasikan nilai patriotik. Dengan nilai patriotik ini, Sukma diceritakan telah berjaya
menumpaskan kumpulan WX2 dengan bantuan polis. Nilai patriotik yang terpancar daripada
cerita sedemikian, jelas sejajar dengan nilai Modal Insan yang menjadi kerangka kajian ini.
Secara keseluruhannya, terdapat 4 novel teks KOMSAS yang mempamerkan
watak-watak yang patriotik. Dalam hal ini, Wira Persona Avatari, Kabus di Perbukitan, Istana
Menanti, dan 6:20 mengungkapkan watak patriotik tetapi dari perspektif yang berbeza. Hal
ini terserlah dengan jelas apabila Wira Persona Avatari, Kabus di Perbukitan, dan 6:20
menghadirkan watak-watak yang berjiwa patriotik dalam menangani kejadian-kejadian yang
berlaku di persekitaran kehidupan watak. Umpamanya, Kabus di Perbukitan menghadirkan
watak yang rindukan tanah air setelah sekian lama berhijrah ke luar negara namun masih
sebati dengan budaya serta adat negara asal. Semangat patriotik perlu dibugarkan dalam
jiwa setiap insan agar negara yang dicintai dapat dijaga dan dipelihara. Insan yang cintakan
negara akan memastikan jati dirinya tetap utuh dan tidak sekali-kali menggadaikan maruah
bangsanya. Insan yang mengamalkan nilai positif patriotik mempunyai integriti yang tinggi
dan menjadi contoh yang baik kepada generasi masa depan.
Seterusnya dalam novel 6:20 (2011) mempamerkan watak yang berketerampilan
dalam menangani kejadian-kejadian jenayah sosial yang berlaku di persekitaran tempat
tinggal, mempamerkan rasa benci terhadap kegiatan remaja yang menggugatkan keamanan
negara. Seterusnya menerusi Wira Persona Avatari menghadirkan watak yang berjaya
mengharumkan negara Malaysia dengan mengulangi kejuaraan pertandingan Avatari yang
turut disertai oleh pasukan daripada pelbagai negara. Seterusnya, menerusi Istana Menanti
98
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
menghadirkan watak yang cintakan sejarah tanah air dengan mengkaji sejarah Istana
Menanti dan tokoh tokoh pejuang bangsa yang telah memerdekakan negara dengan penuh
kesukaran.
Wira Pesona Avatari (2010) membuktikan dengan adanya semangat patriotik dalam
kalangan remaja menunjukkan wujudnya rasa bangga dalam diri untuk menjaga kedaulatan
negara. Untuk kenal sesuatu bangsa, sudah tentulah bermula dengan mengenali asal usul
sejarah sesebuah negara itu. Sejarah sesebuah negara dan bangsa perlu dikaji untuk
menghargai jasa tokoh pejuang bangsa yang telah memerdekakan negara dengan penuh
kesukaran.
Novel Istana Menanti (2009) jelas membuktikan peranan sastera sebagai agen
literasi sejarah yang bukan sekadar satu pengetahuan am tetapi memerlukan penghayatan
dan kesedaran. Pembentukan sikap ini mampu menjamin kestabilan sesebuah negara terus
kekal sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni. Pengarang telah berjaya membangkit
persoalan masyarakat akan kepentingan sejarah dan mahu generasi kini menelusuri sejarah
asal-usul mereka. Nilai modal insan patriotik perlu diterap dalam sanubari setiap insan.
Sesungguhnya semangat patriotik akan membentuk masyarakat yang lebih mendahulukan
kepentingan negara daripada kepentingan bangsa. Usaha ini perlu ada dalam diri seseorang
warganegara di bumi yang berdaulat, Malaysia.
Berdasar dapatan kajian, nilai patriotik yang disuburi dan dihayati dalam novel teks
KOMSAS dilihat sangat memberi impak kepada murid sekolah, hal ini kerana nilai modal insan
patriotik merupakan tunjang kepada pertahanan negara. Usaha menyemarakkan nilai modal
insan patriotik dalam kalangan murid sekolah melalui penerapan nilai melalui disiplin mata
pelajaran. Penerapan nilai melalui disiplin mata pelajaran akan dapat menggerakkan jiwa murid
sekolah untuk lebih menghayati semangat patriotik sehingga terjelma kesanggupan untuk
melakukan apa-apa sahaja tindakan yang baik demi mempertahankan kedaulatan negara.
Berdasarkan kajian ini, bagi memastikan wujudnya semangat patriotik, usaha
meningkatkan kesedaran, minat dan semangat bermasyarakat perlu disemai dan dipupuk di
semua peringkat masyarakat, khususnya dalam kalangan murid sekolah. Semangat patriotik
amat diperlukan dalam konteks masyarakat majmuk. Semangat bermasyarakat tanpa mengira
kaum menjadikan kerja yang sukar menjadi mudah dan mencapai kejayaan. Sebagai makhluk
sosial, manusia tidak mampu hidup sendirian. Luntur nilai modal insan patriotik akan memberi
kesan terhadap kestabilan negara. Semangat hidup bermasyarakat serta saling melengkapi
membantu melonjakkan hasrat negara ke arah negara yang stabil dan muhibah.
Demi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak lenyap, usaha
pemupukan semangat patriotik melalui karya sastera KOMSAS dilihat sebagai langkah positif
dalam pembangunan modal insan. Usaha ini dapat memupuk perpaduan, yang merupakan
elemen penting dalam semangat patriotik. Nilai modal insan ini bukan sahaja untuk diungkap
di bibir sebaliknya dapat dijiwai dan diamalkan. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi
muda khususnya menjadikan nilai Modal Insan patriotik sebagai amalan atau pegangan.
Nilai yang perlu disemai ke dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia khasnya murid
sekolah demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali
sebagai masyarakat majmuk. Justeru itu, nilai patriotik yang dijadikan panduan melalui
novel KOMSAS ini secara tidak langsung akan dapat membangunkan nilai insan dalam diri
99
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
murid khususnya di samping dapat mengetengahkan kembali teks KOMSAS yang makin
dilupakan. KOMSAS merupakan lambang jati diri bangsa Melayu dan warisan cara hidup
Melayu yang tidak boleh dilupakan kerana terkandung di dalamnya nilai dan tingkah laku
yang wajar dijadikan panduan sebagai membentuk akhlak dan peribadi yang baik selaras
dengan pembangunan negara dalam mencapai modal insan yang seimbang dari segi aspek
rohani, jasmani dan intelektual.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Semangat patriotik perlu disemat dalam jiwa golongan remaja masa kini melalui novel teks
KOMSAS agar dapat menjadi insan yang cintakan kepada tanah air dan menjadikan mereka
insan yang bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara. Insan yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri serta berusaha
untuk memajukan negara setanding dengan negara yang maju. Hal ini selaras dengan
pernyataan oleh Nik Anuar Nik Mahmud (2002).
Semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya
mereka didedahkan dengan bahan pembacaan yang mengandungi pengajaran nilai-nilai
modal insan patriotik dan dapat membantu melahirkan modal insan yang mempunyai sifat-
sifat yang mulia. Nilai modal insan patriotik sangat penting dalam sesebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Usaha yang murni bertujuan untuk memastikan
negara akan terus aman damai. Usaha ini juga turut menggalakkan generasi baharu ke arah
memupuk dan menyuburkan pembangunan negara dan seterusnya menaikkan imej negara.
Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilai-
nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran
dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal
sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan
pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum (Nik
Hassan Nik Ab. Kadir, 2007)
Malah turut disarankan agar para penyelidik untuk terus mengkaji peranan nilai dalam
pembentukan modal insan pada masa mendatang secara konsisten. Hal ini bertujuan agar nilai
tidak dilihat sebagai elemen pinggiran dalam kemenjadian insan dalam dunia yang semakin
mencabar. Rakyat Malaysia hendak melaksanakan transformasi sosio-budaya dan pemahaman
terhadap kesusasteraan dengan mendalam melalui penghayatan daripada pembacaan, ini
kerana di dalamnya termuat segala aspek tentang pembinaan modal insan cemerlang.
Bangsa Malaysia sepatutnya dengan penuh keyakinan boleh terus melangkah memajukan
diri. Menjadi tanggungjawab kita untuk memikirkan usaha bagaimana kesejahteraan sosial
dan kehidupan kebudayaan tinggi dapat didukung bersama KOMSAS.
KESIMPULAN
Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa sumber manusialah yang menjadi asas utama kepada
suatu usaha pembentukan insan. Jika semangat patriotik ada dalam jiwa manusia, sudah
tentu akan terbentuk kualiti diri yang tinggi dan saling satu hati dalam memangkinkan
keutuhan sebuah tamadun dan kelangsungannya akan terus bertahan sebagai sebuah negara
berdaulat. Sebaliknya apabila unsur-unsur ini semakin terhakis, kedudukannya akan menjadi
goyah dan lama kelamaan akan menemui zaman kehancuran. Membangkitkan nilai patriotik
100
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas
dalam kalangan murid diharapkan dapat mendidik jiwa yang cintakan akan negara. Implikasi
daripada pembentukan nilai ini membolehkan masyarakat membentuk sebuah negara yang
bertamadun. Secara tidak langsung akan membentuk keamanan, kemakmuran dan harmoni,
namun jika semangat patriotik bertukar menjadi sebaliknya sudah pasti generasi pewaris tidak
lagi mempunyai kualiti diri yang tinggi. Justeru itu, antara unsur penting pembangunan modal
insan berkualiti dalam masyarakat kini ialah penghayatan nilai patriotik di samping pemurnian
akidah dan pemantapan akhlak. Kegagalan dalam usaha penghayatan nilai patriotik akan
menyebabkan masyarakat tenggelam dalam tuntutan hawa nafsu sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan negara.
RUJUKAN
Ahmad Haji Badawi. (2004). Ucapan di Perhimpunan Agung UMNO Yang Ke-55, pada 23
September 2004 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ahamad Rahim, Abd Razaq Ahmad & Azwani Ismail. (2012). Pelaksanaan Kurikulum Sejarah
Di Sekolah: Satu Tinjauan. Jurnal Pendidikan dan Latihan. Jilid 4 Bil. 02, Disember
2012. Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA). (1-12).
Ahmad Zaki Abu Bakar. (2010). Wira Persona Avatari. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Sdn. Bhd.
Adnan Alias, Datuk Prof Dr. (2000). Berita Harian. 1 April 2000. Ms: 5.
Abd. Latip Talib. (2010). Istana Menanti. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd.
Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006. (2006). Jabatan Penerangan Malaysia. http://www
pmo.gov.my
Curti, M. (1946). The Roots of American Loyalty. London: Columbia University Press.
Doob, L.W. (1964). Patriotism and Nationalism: Their Psychological Foundation. New Haven:
Yale University Press
George E. Woodberry. (1969). The Appreciation of Literature. New York: Kenniket Inc. Ms:
1-3.
Hashim Awang.(1984). Penghayatan Novel. Dewan Sastera, 14 (2): 65-68. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Nor. (2009). Semangat Patriotik dalam Kalangan Mahasiswa
Bukan Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi, Sekitar Lembah Klang. Akademika 75
(Jan-April) 2009: 85-100. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Malike Brahim. (2004). “Yang Menurut Perintah”- Nilai Penjawat Awam. Seminar Antarabangsa
Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel
City Bayview Langkawi.
Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusoff Hussain. (2012). Nilai Kapitalistik
dan Patriotistik di dalam Pembangunan dan Pemilikan Tanah -Satu Kerangka
Konseptual. PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012). Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah
Negara Maju Ipoh, Perak, 4- 6 Jun 2012. 1243- 1253.
Mustafa Dakian. (2009). Pembangunan Modal Insan: Misi 2057 Berteraskan Islam dan
Konvensional. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 163.
Nik Anuar Nik Mahmud. (2002). Patriotisme dalam Penulisan Sejarah. Kertas Kerja
dibentangkan di Kongres patriotisme Negara. Di Institut Latihan Keselamatan Sosial
KWSP Bangi pada 22-28 Oktober 2002.
101
Nilai Patriotik Membangunkan Modal Insan dalam Komsas Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2007). Kewajaran Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa
Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5, Tahun 2007. http://jurnalperadabanipm.
blogspot.my/2008/08/jurnal-peradaban-melayu_04.html. Muat turun pada 18 Januari
2012.
Primoratz, I. (2002). Patriotism: A Deflationary View. The Philosophical ForuAm. XXXIII:
443-457.
Siti Jasmina Ibrahim. (2011). 6:20. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
102
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
KESAN JANTINA DAN JENIS MATA PELAJARAN TERHADAP
PENGETAHUAN DAN SIKAP BIOTEKNOLOGI PELAJAR
Mohd Fairuz Ahmad Haraila ([email protected])
Mohd Rizal Mohtara ([email protected])
Abdol Razak Abdul Aziza ([email protected])
Melor Md Yunus, PhDb ([email protected])
aUniversiti Kebangsaan Malaysia
bInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Abstrak
Pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi penting untuk diselidiki kerana ia dapat
memberikan maklumat semasa berkaitan status pengetahuan dan sikap pelajar sekolah
terhadap bioteknologi secara am. Kajian dijalankan untuk mengkaji sama ada jantina dan jenis
mata pelajaran yang diambil (Sains atau Biologi) mempengaruhi tahap pengetahuan serta
sikap pelajar terhadap bioteknologi. Soal selidik dengan 15 item Biotechnology Knowledge
Questionnaire dan 28 item Biotechnology Attitude Questionnaire telah ditadbir ke atas 214
pelajar tingkatan empat di negeri Melaka. Hasil analisis ANOVA menunjukkan jantina dan jenis
mata pelajaran serta interaksi kedua-duanya tidak mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar
manakala bagi sikap secara keseluruhan, hanya jenis mata pelajaran yang mempengaruhi
sikap pelajar. Hasil kajian ini memberikan input awal berkaitan faktor yang mempengaruhi
pengetahuan dan sikap pelajar sekolah terhadap bioteknologi.
Kata kunci: Bioteknologi, Jantina, Pendidikan Sains, Pengetahuan, Sikap,
Abstract
Students' knowledge and attitudes towards biotechnology are important to be investigated as
they can provide current information regarding the status of knowledge and attitudes of school
students towards biotechnology in general. The study was conducted to examine whether
the gender and subjects (Science or Biology) influence the level of knowledge and attitude of
students towards biotechnology. A questionnaire with 15 items of Biotechnology Knowledge
Questionnaire and 28 items Biotechnology Attitude Questionnaire was administered on
214 form four students in the state of Melaka. The results of ANOVA analysis showed that
gender and subjects and interactions both did not influence the level of student's knowledge
while for overall attitudes, only subjects influenced student attitudes. The results of this study
provide early inputs on factors that influence the knowledge and attitude of students towards
biotechnology.
Keywords: Biotechnology, Gender, Science Education, Knowledge, Attitude
103
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Bioteknologi merupakan satu bidang daripada sains dan teknologi yang menunjukkan
perkembangan pesat pada abad 21 dan dilihat sebagai bidang yang mempunyai potensi besar
dalam menjana ekonomi berasaskan pengetahuan. Malaysia merupakan salah satu negara
yang berminat memanfaatkan bioteknologi dalam memacu dan menyokong matlamat negara
dalam proses perubahan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Perubahan tersebut
boleh direalisasikan melalui peranan pendidikan yang dapat meningkatkan keupayaan dan
minat pelajar bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam Pendidikan
Sains dan Teknologi seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025) anjakan pertama dimana salah satu elemennya adalah meningkatkan
kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2013), seterusnya melahirkan modal insan berkualiti bagi mengisi
keperluan negara maju 2020. Ini kerana kualiti dan kemahiran sumber manusia adalah penting
dalam menjayakan bidang bioteknologi negara (Malaysia 2006).
Memandangkan Malaysia telah mengenal pasti bidang bioteknologi sebagai salah
satu penjana ekonomi negara pada masa kini dan hadapan, adalah perlu untuk pihak
bertanggungjawab mengetahui apakah pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap
segala isu yang timbul dalam bidang ini. Walaupun sudah terdapat kajian yang dijalankan
melibatkan golongan dewasa namun ia tidak memadai kerana setakat yang diketahui masih
kurang terdapat kajian yang serupa dijalankan melibatkan pelajar sekolah. Kajian sebegini
perlu dijalankan kerana hasil yang diperolehi dapat memberikan gambaran atau pandangan
mereka yang bergelar pelajar pada hari ini yang seterusnya bakal menjadi pemimpin,
penggubal polisi, pengguna dan masyarakat negara Malaysia pada masa akan datang
terhadap isu-isu yang timbul berkaitan bidang bioteknologi. Justeru responden yang terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4 sekolah menengah
harian di Melaka yang mengambil mata pelajaran sains atau biologi.
PENYATAAN MASALAH
Kajian berkaitan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bidang bioteknologi merupakan suatu
perkara penting untuk diselidiki kerana ia dapat memberikan maklumat semasa mengenai
status pengetahuan dan sikap pelajar di Malaysia secara amnya terhadap bioteknologi dan
aplikasinya. Beberapa pembolehubah yang lazim diguna pakai dalam kajian-kajian tersebut
antaranya adalah jantina, jenis aliran (contohnya pelajar yang mengambil subjek biologi atau
sebaliknya), dan umur. Selain itu, sampel yang kerap diambil untuk kajian-kajian tersebut
terdiri daripada para pelajar sekolah peringkat menengah dan tinggi berumur antara 12-17
tahun serta pelajar universiti. Justeru, kajian ini telah dijalankan bagi menentukan kesan faktor
jantina dan jenis mata pelajaran ke atas pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi
khususnya para pelajar sekolah yang berada diperingkat menengah atas. Melalui kajian yang
dijalankan secara kuantitatif menggunakan item-item berskala selang dapat memberikan
gambaran yang lebih luas dan jelas secara statistik tentang kesan faktor jantina dan jenis
mata pelajaran ke atas pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk
1. mengenal pasti kesan jantina dan jenis mata pelajaran sains (sains atau biologi)
yang diambil terhadap tahap pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi
dan aplikasinya.
104
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
2. mengenal pasti perkaitan antara tahap pengetahuan bioteknologi pelajar dengan
sikap terhadap bioteknologi dan aplikasinya.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat kesan jantina dan jenis mata pelajaran sains (sains atau biologi)
yang diambil terhadap tahap pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi
dan aplikasinya.
2. Adakah terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap pengetahuan bioteknologi
pelajar dengan sikap terhadap bioteknologi dan aplikasinya.
TINJAUAN LITERATUR
Bioteknologi secara ringkasnya merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau
kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan menghasilkan atau mengubahsuai
hasil sesuatu produk biologi, meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman serta
membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus. Dengan
erti kata lain bioteknologi merupakan suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup
serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi bagi
tujuan-tujuan yang tertentu (NBBnet, 2004).
Mengikut teori pembuat keputusan (Kelley, 1995), orang ramai hanya akan membentuk
sikap terhadap sesuatu teknologi setelah memperolehi maklumat yang berkaitan. Jadi adalah
penting untuk menilai tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap bioteknologi.
Beberapa penyelidik mendapati bahawa masyarakat akan lebih menyokong bioteknologi
apabila mempunyai lebih pengetahuan (Allum et al. 2002; Gaskell et al. 2000), sementara
penyelidik lain mencadangkan kesan yang berlawanan (Barling et al. 1999).
Ciri-ciri demografi telah diketahui ramai boleh mempengaruhi sikap dan nilai.
Mengikut Kelly (1995), ciri umur dan jantina mesti diambil kira kerana mengikut beberapa
penyelidik, proses penemuan saintifik yang berterusan sering menjadikan mereka yang lebih
tua ketinggalan (mungkin kerana pengetahuan saintifik hanya diperolehi semasa belajar
dan tidak diteruskan selepas bekerja). Sementara lelaki dan perempuan sering berbeza
pendapat dalam isu-isu yang berkait dengan Sains dan Teknologi. Kajian Gaskel et al. (2003)
pula mendapati bahawa pembolehubah seperti umur, jantina, tempat tinggal (bandar/luar
bandar) dan pekerjaan didapati mempengaruhi tahap ‘penglibatan’ dan sokongan masyarakat
awam Eropah terhadap bioteknologi. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian berkaitan
pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi mengkaji ciri demografi seperti jantina,
umur dan aliran akademik (Lock & Miles 1993; Chen & Raffan 1999; Usak et al. 2009; Ozel
Murat et al. 2009).
Menurut Firdaus-Raih et al. (2005), Malaysia perlu untuk bersiap sedia dalam
menghadapi isu-isu yang berhubung dengan pembangunan bioteknologi seiring perubahan
bidang bioteknologi di Malaysia seperti kemasukan produk-produk bioteknologi moden
dari luar negara sebagai contoh kacang soya terubahsuai secara genetik. Pembangunan
bioteknologi perlu mengambil kira pandangan masyarakat kerana persepsi, pengetahuan
serta penerimaan masyarakat terhadap organisma terubahsuai secara genetik (GMO) penting
dalam menentukan sama ada proses pengkomersilan dan penggunaannya dibolehkan atau
105
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
dihalang (Kamaldeen & Powell 2000). Berdasarkan pendapat tersebut, beberapa kajian
telah dijalankan di Malaysia antaranya, Latifah et al. (2006) telah menjalankan kajian bagi
mengetahui sikap masyarakat terhadap bioteknologi moden dengan melibatkan responden
yang berumur 18 tahun ke atas. Selain itu, terdapat beberapa lagi kajian yang dijalankan di
Malaysia antaranya kajian Nor Arizah (2008) yang mengkaji tahap kefahaman dan sikap guru
pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian serta kajian pembangunan
model sikap pelajar universiti terhadap GMF oleh Nur Aziera, Nur Riza dan Latifah (2009).
Justeru itu, bioteknologi dilihat sebagai suatu perkara penting untuk didedahkan
kepada remaja atau pelajar terutama diperingkat sekolah menengah. Pengetahuan dan
sikap pelajar terhadap bioteknologi adalah penting kerana pelajar ini akan menjadi pemimpin
masyarakat, penggubal polisi, pembuat keputusan serta pengguna pada masa hadapan.
Beberapa kajian berkaitan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi telah
dijalankan di luar negara sejak awal 1990an lagi dan terus dilakukan sehingga kini kerana
perkembangan bioteknologi yang begitu memberangsangkan (Lock & Miles 1993; Chen &
Raffan 1999; Dawson & Shibeci 2003a, 2003b; Cavanagh, Hood & Wilkinson 2005; Dawson
2007; Prokop, Leskova, Kubiatko & Diran 2007; Ozel Murat, Erdogan, Usak & Prokop
2009; Bahri et al. 2014; Velickovic et al. 2015; Lieshout & Dawson 2016; Maes et al. 2017;
Moravcikova et al. 2017; Ozturk-Akar 2017). Hasil kajian secara umumnya mendapati pelajar
mempunyai pelbagai tahap pengetahuan berkaitan bioteknologi dan aplikasinya. Manakala
dari aspek sikap pelajar terhadap bioteknologi, ia membentuk suatu julat persetujuan yang
luas dalam menilai sesuatu isu berkenaan bioteknologi serta bergantung kepada konteks
bagaimana teknik-teknik bioteknologi tersebut diaplikasikan.
Kepentingan kajian berkaitan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi
dapat dilihat melalui beberapa kajian yang telah dijalankan di negara luar. Antaranya di United
Kingdom (UK) (Lock & Miles 1993; Gunter, Kinderlerer & Beyleveld 1998; Hill, Stanisstreet,
Boyes & O’Sullivan 1998). Para penyelidik di Australia juga banyak menjalankan kajian
mengenai pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi (Dawson & Shibeci 2003a,
2003b; Cavanagh et al. 2005; Dawson & Soames 2006; Dawson 2007; Lieshout & Dawson
2016). Terdapat juga beberapa kajian serupa yang dijalankan di beberapa lagi negara
antaranya di Brazil (Massarani & Moreira 2007), Belanda (Klop & Severiens 2007), Sepanyol
(Saez, Nino & Carretero 2008), Turki (Bal, Samanci & Bozkurt 2007; Ozturk-Akar 2017),
Lithuania (Lamanauskas & Makarskaite-Petkeviciene 2008), Lubnan (Haidar et al. 2014),
negara-negara Balkan Barat (Velickovic et al. 2015) serta di Slovakia (Moravcikova et al.
2017).
Isu-isu berkaitan pengetahuan dan sikap orang ramai terhadap bioteknologi dan
genetik moden dilihat menjadi suatu minat untuk diketengahkan di banyak negara dan ia
menjadi objek dalam banyak kajian sama ada secara kuantitatif ataupun kualitatif. Kajian-
kajian yang dijalankan lebih banyak melibatkan populasi dewasa berbanding pelajar sekolah.
Di Malaysia, perkembangan bidang bioteknologi sedang begitu pesat membangun tetapi
kajian-kajian berkaitan pengetahuan, sikap, penerimaan dan persepsi masyarakat terhadap
bioteknologi masih kurang dijalankan kerana hanya terdapat sebilangan kecil kajian sahaja
setakat ini. Beberapa kajian tersebut seperti Latifah et al. (2006), UIUC-ISAAA (2003) Nor
Arizah (2008) dan Nur Aziera et al. (2009) hanya melibatkan golongan dewasa di mana
responden terdiri daripada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas; dan mereka antaranya
ialah pengilang, saintis, penggubal polisi, NGO, media, ahli politik, ahli agama, pelajar universiti
dan orang awam.
106
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Kebanyakan kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap
bioteknologi dan genetik moden dijalankan secara kuantitatif sepenuhnya serta kombinasi
penggunaan item atau soalan jenis terbuka dan tertutup dalam borang soal selidik (Lock &
Miles 1993; Hill et al. 1998; Dawson & Schibeci 2003a, 2003b; Bal et al. 2005). Terdapat juga
beberapa kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengumpul data
dengan menggunakan soal selidik serta temubual berstruktur (Gunter et al. 1998; Dawson
& Soames 2006; Dawson 2007). Namun, beberapa kajian tahap pengetahuan dan sikap
pelajar yang terbaharu (Prokop et al. 2007; Lamanauskas & Makarskaite-Petkeviciene 2008;
Erdogan, Ozel, Usak & Prokop 2009; Ozel Murat et al. 2009; Usak, Erdogan, Prokop & Ozel
2009; Bahri et al. 2014; Velickovic et al. 2015; Ozturk-Akar 2017) lebih cenderung memilih
kaedah kuantitatif dengan menggunakan item-item jenis tertutup sepenuhnya.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif berbentuk tinjauan
secara keratan melintang dan korelasi bagi melihat perkaitan antara pembolehubah-
pembolehubah mengikut konteks kajian ini. Pemilihan tinjauan sampel dibuat kerana kos,
masa dan sumber tenaga menjadi kekangan. Selain itu, kesukaran untuk menggunakan
seluruh ahli populasi maka tinjauan hanya dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji.
Kelebihan tinjauan keratan melintang ini dapat memberikan gambaran semasa mengenai
pembolehubah yang menjadi tumpuan.
Pensampelan
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan populasi kajian, kaedah persampelan rawak berstrata
tidak berkadar digunakan bagi membolehkan semua bahagian PPD di Melaka diwakili oleh
pelajar. Kajian ini telah dijalankan di enam buah sekolah menengah melibatkan daerah Melaka
Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Bilangan keseluruhan sampel kajian adalah seramai 214
orang, dengan 49 pelajar dari Melaka Tengah, 51 pelajar dari Alor Gajah dan 98 pelajar dari
Jasin. Pelajar lelaki yang terlibat adalah seramai 99 orang dan pelajar perempuan seramai
115 orang. Manakala pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi adalah seramai 106
orang dan Sains teras seramai 108 orang.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Sebanyak 300 set soal selidik beserta risalah panduan dan arahan kepada pentadbir soal
telah dihantar secara pos ke sekolah-sekolah terlibat dan ditadbir oleh wakil guru di sekolah
masing-masing. Selepas tempoh dua minggu hingga sebulan, 230 set soal selidik telah
dikembalikan dan hanya 214 set sahaja yang telah dijawab dengan lengkap oleh responden
dan boleh dianalisis.
Instrumen
Kajian tinjauan yang dijalankan ini menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada
43 item yang diukur menggunakan skala Likert dengan skala 1 (sangat tidak setuju) hingga
skala 5 (sangat setuju). Sebanyak 15 item Biotechnology Knowledge Questionnaire (BKQ)
107
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan pelajar terhadap bioteknologi dan aplikasinya.
Manakala untuk megukur sikap pelajar terhadap bioteknologi dan aplikasinya sebanyak 28 item
Biotechnology Attitude Questionnaire (BAQ) telah digunakan. Soal selidik yang digunakan ini
dibina oleh Prokop et al. (2007) dan Erdogan et al. (2009). Soal selidik yang diterjemah dan
diubahsuai kepada Bahasa Melayu telah ditentukan kesahan melalui kesahan muka oleh dua
orang penilai yang merupakan guru ketua bidang yang mengajar mata pelajaran Biologi dan
Sains teras menengah atas. Bagi memastikan makna asal setiap item tidak berubah, soal
selidik yang dikemukakan kepada responden adalah dalam bentuk dwibahasa.
Kebolehpercayaan soal selidik
Kajian rintis telah dijalankan ke atas 32 orang pelajar bagi menentukan kebolehtadbiran
dan mendapatkan indeks kebolehpercayaan soal selidik. Secara keseluruhan indeks
kebolehpercayaan BKQ dan BAQ adalah seperti dalam Jadual 1. Nilai Cronbach alfa kajian
secara perbandingannya didapati berada dalam lingkungan nilai Cronbach alfa seperti yang
diperolehi dalam kajian Prokop et al. (2007), Erdogan et al. (2009), Ozel Murat et al. (2009)
dan Usak et al. (2009).
Analisis data
Analisis inferensi ujian ANOVA dua-hala telah digunakan bagi mengenal pasti kesan jantina
dan jenis mata pelajaran sains yang diambil terhadap masing-masing tahap pengetahuan
dan sikap bioteknologi pelajar. Disebabkan ada dua faktor (pembolehubah bebas) yang dikaji
mengandungi dua kategori data masing-masing jantina (lelaki dan perempuan) dan jenis mata
pelajaran sains KBSM (Sains teras dan Biologi) terhadap satu pembolehubah bersandar (tahap
pengetahuan atau sikap bioteknologi), ujian ANOVA dua-hala untuk sampel-sampel bebas
digunakan. Bagi menentukan sama ada terdapat hubungan antara pengetahuan dengan
sikap pelajar terhadap bioteknologi, ujian korelasi Pearson r akan digunakan.
108
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Interpretasi skor min bagi menentukan tahap pengetahuan dan sikap pelajar terhadap
bioteknologi seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2 Interpretasi skor min bagi tahap pengetahuan dan sikap pelajar terhadap
bioteknologi
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina dan jenis mata pelajaran yang diambil serta
interaksi kedua-duanya tidak mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar terhadap bioteknologi
dan aplikasinya. Bagi sikap secara keseluruhan, didapati hanya jenis mata pelajaran yang
mempengaruhi sikap bioteknologi pelajar tetapi jantina dan interaksi kedua-duanya tidak
mempengaruhi sikap bioteknologi pelajar. Selain itu, untuk sikap mengikut dimensi/faktor,
didapati jenis mata pelajaran sains hanya mempengaruhi sikap GPGM manakala jantina
mempengaruhi sikap BPGM dan kajian menunjukkan jantina dan jenis mata pelajaran sains
serta interaksi kedua-dua pembolehubah tidak mempengaruhi sikap pelajar bagi dimensi/
faktor sikap bioteknologi yang lain.
Kesan Faktor Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Sains Terhadap Pengetahuan
Bioteknologi
Hasil analisis ujian ANOVA dua hala mendapati bahawa tiada kesan utama pembolehubah
bebas Jantina (nilai-F(1, 210) = 2.651, p>0.05) dan M.P. Sains (nilai-F(1, 210) = 1.496,
p>0.05) terhadap tahap pengetahuan pelajar berkaitan bioteknologi dan aplikasinya yang
signifikan. Selain itu, kesan interaksi antara kedua-dua pembolehubah bebas (Jantina* M.P.
Sains) terhadap tahap pengetahuan pelajar berkaitan bioteknologi dan aplikasinya juga tidak
signifikan dengan nilai-F(1, 210) = 2.469 dan p>0.05.
Kesan Faktor Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Sains Terhadap Sikap Bioteknologi
Analisis ANOVA dua hala mendapati bahawa ada kesan utama pembolehubah bebas M.P.
Sains (nilai-F(1, 210) = 7.873, p<0.05) terhadap sikap secara keseluruhan pelajar terhadap
bioteknologi dan aplikasinya yang signifikan (Jadual 3). Walau bagaimanapun, kesan utama
bagi pembolehubah bebas Jantina (nilai-F(1, 210) = 0.018, p>0.05) dan kesan interaksi antara
kedua-dua pembolehubah bebas (Jantina*M.P. Sains) dengan nilai-F(1, 210) = 0.229 dan
p>0.05 adalah tidak signifikan.
109
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Jadual 3 Ujian ANOVA dua-hala perbezaan sikap secara keseluruhan pelajar terhadap
bioteknologi dan aplikasinya berdasarkan jantina dan mata pelajaran sains
Nota: * Signifikan pada tahap p<0.05
Jadual 4 menunjukkan ujian ANOVA dua-hala perbezaan sikap pelajar terhadap
penggunaan produk GM (GPGM) menunjukkan bahawa ada kesan utama pembolehubah
bebas M.P. Sains (nilai-F(1, 210) = 8.771, p<0.05) terhadap sikap penggunaan produk
GM (GPGM) yang signifikan. Walau bagaimanapun, kesan utama bagi pembolehubah
bebas Jantina (nilai-F(1, 210) = 1.591, p>0.05) dan kesan interaksi antara kedua-dua
pembolehubah bebas (Jantina*M.P. Sains) dengan nilai-F(1, 210) = 0.001 dan p>0.05 adalah
tidak signifikan.
Jadual 4 Ujian ANOVA dua-hala perbezaan sikap pelajar terhadap penggunaan produk
GM (GPGM) berdasarkan jantina dan jenis mata pelajaran sains
Terdapat kesan utama pembolehubah bebas Jantina (nilai-F(1, 210) = 4.311, p<0.05)
terhadap sikap pembelian produk GM (BPGM) yang signifikan hasil analisis ujian ANOVA dua
hala. Walau bagaimanapun, kesan utama bagi pembolehubah bebas M.P.Sains (nilai-F(1,
210) = 0.001, p>0.05) dan kesan interaksi antara kedua-dua pembolehubah bebas (Jantina*M.
P. Sains) dengan nilai-F(1, 210) = 0.017 dan p>0.05 adalah tidak signifikan (Jadual 5).
110
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Jadual 5 Ujian ANOVA dua-hala perbezaan sikap pelajar terhadap pembelian produk GM
(BPGM) berdasarkan jantina dan jenis mata pelajaran sains
Seterusnya, analisis ANOVA dua hala menunjukkan bahawa tiada kesan utama
pembolehubah bebas Jantina dan M.P. Sains terhadap sikap GM dalam industri agro (GMIA)
yang signifikan. Selain itu, kesan interaksi antara kedua-dua pembolehubah bebas (Jantina*M.
P. Sains) terhadap sikap GM dalam industri agro (GMIA) juga tidak signifikan. Keputusan yang
sama juga didapati untuk dimensi sikap kesedaran masyarakat terhadap GMO (KMGMO),
etika pengubahsuaian genetik (EPG), dampak ekologi dari kejuruteraan genetik (DEKG) dan
penggunaan kejuruteraan genetik dalam perubatan manusia (GKGUM).
Perkaitan antara Pengetahuan dan Sikap Terhadap Bioteknologi
Bagi sampel kajian ini (n = 214), kekuatan korelasi antara pengetahuan (Min = 3.279, S.P.
= 0.426) dan sikap secara keseluruhan (Min = 3.158, S.P. = 0.328) adalah sangat lemah, r
= 0.291 dan signifikan pada p<0.01. kajian ini mendapati bahawa hanya terdapat perkaitan
yang sangat lemah secara positif antara pengetahuan dengan sikap secara keseluruhan
pelajar terhadap bioteknologi dan aplikasinya.
Seterusnya, hasil prosedur statistik korelasi Pearson r antara pengetahuan
bioteknologi dan ketujuh-tujuh dimensi/faktor sikap terhadap bioteknologi dan aplikasinya
ditunjukkan dalam Jadual 6. Terdapat sebanyak 19 korelasi daripada 28 korelasi didapati
signifikan secara statistik dan enam daripadanya berkorelasi secara negatif.
111
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Hanya satu daripada tujuh dimensi/faktor sikap yang berkorelasi dengan pengetahuan
tidak menunjukkan statistik secara signifikan iaitu sikap terhadap penggunaan kejuruteraan
genetik dalam perubatan manusia (GKGUM). Korelasi yang signifikan didapati antara
pengetahuan dengan dimensi/faktor sikap GPGM (r = -0.153, p<0.05), GMIA (r = 0.421,
p<0.01), KMGMO (r = 0.281, p<0.01), BPGM (r = 0.321, p<0.01), EPG (r = -0.150, p<0.05)
dan DEKG (r = 0.291, p<0.01). Kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan berkait secara
lemah dengan sikap pelajar terhadap GM dalam industri agro (GMIA) dan pembelian produk
GM (BPGM). Selain itu, pengetahuan berkait sangat lemah dengan sikap pelajar terhadap
kesedaran masyarakat terhadap GMO (KMGMO) dan sikap pelajar terhadap dampak ekologi
dari kejuruteraan genetik (DEKG). Manakala, pengetahuan menunjukkan perkaitan yang
sangat lemah secara negatif dengan sikap pelajar terhadap penggunaan produk GM (GPGM)
dan sikap pelajar terhadap etika pengubahsuaian genetik (EPG).
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Sains Terhadap Tahap Pengetahuan
Bioteknologi Pelajar
Hasil analisis kajian mendapati bahawa jantina dan jenis mata pelajaran sains yang diambil
serta interaksi kedua-duanya tidak mempengaruhi tahap pengetahuan bioteknologi pelajar.
Walaupun kajian Velickovic et al. (2015) mendapati beberapa aspek pengetahuan bioteknologi
pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki tetapi secara keseluruhannya ia tidak
dapat membuktikan hipotesis paradoks jantina. Usak et al. (2009) juga mendapati bahawa
kesan jantina adalah tidak ketara. Ini menunjukkan bahawa dalam hal berkaitan pengetahuan
bioteknologi pelajar, faktor jantina adalah kurang relevan. Dapatan Ozturk-Akar (2017),
mendapati bahawa walaupun tahap pengetahuan bioteknologi pelajar jurusan sains secara
statistiknya berbeza dengan pelajar bukan sains namun terdapat lapan daripada 16 soalan
yang dijawab betul oleh pelajar sama ada dari jurusan sains atau bukan sains. Manakala
Lamanauskas dan Makarskaite-Petkevicience (2008) membuat kesimpulan daripada hasil
kajian mereka bahawa tiada perbezaan signifikan tahap pengetahuan di antara pelajar yang
mengambil biologi dengan pelajar yang mengambil subjek lain dan adalah dipercayai bahawa
sebahagian besar maklumat yang diperolehi berkaitan bioteknologi adalah berdasarkan
kepada pendidikan secara am dan bukannya secara formal.
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Sains Terhadap Sikap Bioteknologi Pelajar
Kajian ini juga mengkaji sama ada jantina dan jenis mata pelajaran sains mempengaruhi
sikap pelajar terhadap bioteknologi dan aplikasinya. Dapatan kajian menunjukkan jenis mata
pelajaran sains mempengaruhi sikap (secara keseluruhan) bioteknologi pelajar tetapi jantina
serta interaksi kedua-duanya tidak mempengaruhi sikap (secara keseluruhan) bioteknologi
pelajar. Dapatan serupa ditunjukkan bagi sikap terhadap penggunaan produk GM (GPGM).
Manakala, jantina didapati mempengaruhi sikap pelajar terhadap pembelian produk GM
(BPGM). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tiada kesan jantina dan mata pelajaran
sains yang diambil pelajar serta interaksi kedua-duanya terhadap dimensi-dimensi sikap
bioteknologi yang lain.
Walaupun dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan jantina terhadap sikap
pembelian produk GM (BPGM), tetapi secara keseluruhannya, dapatan kajian menyokong
112
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
dapatan kajian Usak et al. (2009) yang menunjukkan bahawa kesan jantina adalah tidak
signifikan untuk sikap pelajar terhadap bioteknologi. Dapatan kajian juga menunjukkan
terdapat kesan jenis mata pelajaran sains terhadap sikap (secara keseluruhan) bioteknologi
dan sikap penggunaan produk GM (GPGM). Dapatan ini selari dengan dapatan Lamanauskas
dan Makarskaite-Petkevicience (2008) yang juga menunjukkan terdapat kesan jenis mata
pelajaran terhadap sikap bioteknologi tertentu tetapi dalam masa yang sama terdapat juga
sikap bioteknologi yang tidak dipengaruhi oleh jenis mata pelajaran. Walau bagaimanapun,
hasil kajian mendapati tiada kesan interaksi antara jantina dan jenis mata pelajaran terhadap
kesemua sikap bioteknologi pelajar. Berdasarkan kepada dapatan kajian mendapati faktor
jantina dan jenis mata pelajaran yang diambil pelajar juga kurang relevan dalam membentuk
sikap positif pelajar terhadap bioteknologi secara keseluruhannya dan terhad kepada sikap
bioteknologi tertentu.
Hubungan Pengetahuan dan Sikap Pelajar Terhadap Bioteknologi dan Aplikasinya
Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan atau perkaitan yang sangat lemah secara
positif di antara pengetahuan dengan sikap pelajar secara keseluruhan terhadap bioteknologi
dan aplikasinya. Begitu juga perkaitan pengetahuan dengan dimensi/faktor sikap kesedaran
masyarakat terhadap GMO (KMGMO) dan sikap terhadap dampak ekologi dari kejuruteraan
genetik (DEKG). Selain itu, wujudnya perkaitan secara lemah antara pengetahuan dengan
sikap pelajar terhadap GM dalam industri agro (GMIA) dan pembelian produk GM (BPGM).
Manakala perkaitan pengetahuan dengan sikap terhadap penggunaan produk GM (GPGM)
dan sikap terhadap etika pengubahsuaian genetik (EPG) adalah sangat lemah secara negatif.
Tiada perkaitan yang wujud secara signifikan antara pengetahuan dengan sikap terhadap
penggunaan kejuruteraan genetik dalam perubatan manusia (GKGUM).
Dapatan kajian ini menyokong beberapa dapatan kajian lepas yang menunjukkan
terdapatnya perkaitan yang lemah secara positif di antara pengetahuan dengan sikap
terhadap bioteknologi dan aplikasinya. Dapatan kajian Prokop et al. (2007) dan Bahri et al.
(2014) menunjukkan terdapat korelasi positif di antara sikap dengan tahap pengetahuan.
Ozel Murat et al. (2009) dalam kajiannya mendapati terdapat korelasi yang lemah wujud
di antara pengetahuan dengan beberapa dimensi/faktor sikap terhadap bioteknologi. Usak
et al. (2009) pula mendapati dalam kajiannya bahawa secara keseluruhan, pengetahuan
bioteknologi berkait dengan sikap positif terhadap bioteknologi. Namun, Ozturk-Akar (2017)
berpendapat, sikap pelajar terhadap aplikasi bioteknologi boleh dianggap tidak berkait dengan
pengetahuan bioteknologi mereka. Walaupun beberapa kajian lepas menunjukkan terdapatnya
perkaitan bahawa tahap pengetahuan bioteknologi mempengaruhi sikap bioteknologi, namun
masih belum ada kajian yang dapat membuktikannya secara statistik bahawa sikap positif
terhadap bioteknologi sememangnya berkait secara langsung dengan tahap pengetahuan.
Ini disebabkan terdapat elemen-elemen selain pengetahuan yang mewujudkan sikap positif
terhadap bioteknologi.
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan dan perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada
kajian ini adalah (i) Jantina dan jenis mata pelajaran sains yang diambil serta interaksi kedua-
duanya tidak mempengaruhi tahap pengetahuan bioteknologi pelajar. (ii) Bagi sikap terhadap
bioteknologi pula, jantina didapati mempengaruhi sikap pelajar terhadap pembelian produk
113
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
GM (BPGM) manakala jenis mata pelajaran sains mempengaruhi sikap (secara keseluruhan)
bioteknologi pelajar dan sikap terhadap penggunaan produk GM (GPGM). (iii) Terdapat
perkaitan yang sangat lemah di antara pengetahuan dengan sikap (secara keseluruhan)
bioteknologi. Perkaitan yang lemah wujud di antara pengetahuan dengan dimensi/faktor
sikap GM dalam industri agro (GMIA) dan pembelian produk GM (BPGM). Terdapat juga
perkaitan yang sangat lemah secara positif di antara pengetahuan dengan sikap kesedaran
masyarakat terhadap GMO (KMGMO) dan sikap terhadap dampak ekologi dari kejuruteraan
genetik (DEKG) dan perkaitan yang lemah secara negatif di antara pengetahuan dengan
sikap terhadap penggunaan produk GM (GPGM) dan sikap terhadap etika pengubahsuaian
genetik (EPG).
Oleh itu, kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti jika faktor-faktor demografi
lain yang mungkin mempengaruhi pengetahuan dan sikap pelajar terhadap bioteknologi. Selain
itu, kajian lanjut perlu melihat juga kepada kredibiliti dan ketepatan cara maklumat berkaitan
bioteknologi ini disampaikan di dalam kelas dan adakah kaedah pengajaran yang digunakan
bersesuaian dengan pembelajaran bioteknologi. Kajian ini mempunyai beberapa implikasi dari
sudut pembangunan modal insan dan perancangan pendidikan. Dari sudut pembangunan
modal insan, perbincangan berkisar kepada menyediakan para pelajar sekolah di Malaysia
dengan pengetahuan bioteknologi secukupnya dalam menghadapi isu-isu yang berhubung
dengan pembangunan bioteknologi pada masa kini dan masa hadapan. Pembelajaran
bioteknologi perlu diimplementasi secara lebih khusus sebagai satu bab di dalam mata
pelajaran Biologi dan Sains. Manakala implikasi dari sudut perancangan pendidikan pula akan
meliputi hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Sains Kebangsaan (FPSK) serta memenuhi kehendak-kehendak dasar negara
berkaitan bioteknologi, sains dan sebagainya.
RUJUKAN
Allum, N.C., Boy, D., & Bauer, M.W. (2002). European regions and the knowledge deficit model.
In Bauer, M. & Gaskell, G. (pnyt.). Biotechnology: the making of a global controversy.
Cambridge: Cambridge University Press.
Bahri, N.M., Suryawati, E., & Osman, K. (2014). Students’ biotechnology literacy: The pillars of
STEM education in Malaysia. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology
Education,10(3), 195-207.
Bal, S., Samanci, N.K., & Bozkurt, O. (2007). University students’ knowledge and attitude
about genetic engineering. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology
Education, 3(2), 119-126.
Barling, D., De Vriend, H., Cornelese, J.A., Ekstrand, B., Hecker, E.F.F., Howlet, J., Jensen,
J.H., Lang, T., Mayer, S., Staer, K.B., & Top, R. (1999). The social aspects of food
biotechnology: a European view. Environmental Toxicology and Pharmacology
7(2):85-93.
Cavanagh, H., Hood, J., & Wilkinson, J. (2005). Riverina high school students’ views of
biotechnology. Electronic Journal of Biotechnology, 8(2), 121-127.
Chen, S-Y., & Raffan, J. (1999). Biotechnology:student’s knowledge and attitudes in the UK
and Taiwan. Journal of Biological Education, 34(1), 17-23.
Dawson, V. (2007). An exploration of high school (12-17 year old) students’ understandings
of, and attitudes towards biotechnology processes. Research in Science Education,
37, 59-73.
114
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Dawson, V., & Schibeci, R. (2003a). Western Australian school students’ understanding of
biotechnology. International Journal of Science Education, 25(1), 57-69.
Dawson, V., & Schibeci, R. (2003b). Western Australian high school students’ attitudes towards
biotechnology processes. Journal of Biological Education, 38(1), 1-6.
Dawson, V., & Soames, C. (2006). The effect of biotechnology education on Australian high
school students’ understandings and attitudes about biotechnology processes.
Research in Science & Technological Education, 24(2), 183-198.
Erdogan, M., Ozel, M., Usak, M., & Prokop, P. (2009). Development and validation of an
instrument to measure university students’ biotechnology attitude. Journal of Science
Education & Technology, 18, 255-264.
Firdaus-Raih, M., Sahidan, S., Abdul Munir, M., Nik Marzuki, S., Wan, K.L., Fauzi, D.,
Shahrul Hisham, Z.A., Zulkeflie, Z., Tan, C.S., Ahmad Sofiman, O., Sharr Azni, H.,
Mohd Yusof, R.S., & Rahmah, M. (2005). A nationwide biotechnology outreach and
awareness program for Malaysian high schools. Electronic Journal of Biotechnology,
8(1), 9-15.
Gaskell, G., Allum, N., & Stares, S. (2003). Europeans and biotechnology in 2002. A report to
the EC Directorate General for Research from the project ‘Life Sciences in European
Society’. QLG7-CT-1999-00286.
Gaskell, G., Allum, N., Bauer, M., Durant, J. Allansdottir, A., Bonfadelli, H., Boy, D. Cheveigne,
D.S., Fjaestad, B., Gutteling, J.M., Hampel, J., Jelsoe, E., Jesuino, J.G., Kohring, M.,
Kronberger, N., Midden, C., Nielsen, T.H., Przestalski, A., Rusanen, T., Sakellaris, G.,
Torgersen, H., Twardowski, T., & Wagner, W. (2000). Biotechnology and the European
public. Nature Biotechnology 18: 935-938.
Gunter, B., Kinderlerer, J., & Beyleveld, D. (1998). Teenagers and biotechnology: A survey of
understanding and opinion in Britain. Studies in Science Education, 32, 81-112.
Haidar, H., Chouman, H., & Abou Tayeh, P. (2014). Attitudes of Lebanese secondary school
students and teachers towards biotechnology and its teaching. American Journal of
Educational Research, 2(6), 430-435.
Hill, R., Stanisstreet, M., Boyes, E., & O’Sullivan, H. (1998). Reactions to a new technology:
studentss’ ideas about genetically engineered foodstuffs. Research in Science &
Technological Education, 16(2), 203-216.
Kelly, J. 1995. Public perceptions of genetic engineering: Australia, 1994. Final report to the
Department of Industry, Science and Technology.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah)
Klop, T., & Severiens, S. (2007). An exploration of attitudes towards modern biotechnology: a
study among Dutch secondary school students find. International Journal of Science
Education, 29(5), 663-679.
Lamanauskas, V., & Makarskaite-Petkeviciene, R. (2008). Lithuanian university students’s
knowledge of biotechnology and their attitudes to the taught subject. Eurasia Journal
of Mathematics, Science & Technology Education, 4(3), 269-277.
Latifah, A., Jamaluddin, M.J., Abd. Rahim, M.N., Mohamad, O., & Nor Muhammad, M.
(2006). Uncovering factors influencing Malaysian public attitude towards modern
biotechnology. Asia Pacific Journal of Molecular Biology and Biotechnology, 14(2),
33-39.
Lieshout, E. van, & Dawson, V. (2016). Knowledge of, and attitudes towards health-related
biotechnology applications amongst Australian year 10 high school students. Journal
of Biological Education, 50(3), 329-344.
115
Kesan Jantina dan Jenis Mata Pelajaran Terhadap Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Pengetahuan dan Sikap Bioteknologi Pelajar
Lock, R., & Miles, C. (1993). Biotechnology and genetic engineering: students’ knowledge
and attitudes. Journal of Biological Education, 27(4), 267-272.
Maes, J., Bourgonjon, J., Gheysen, G., & Valcke, M. (2017). Variables affecting secondary
school students’ willingness to eat genetically modified food crops. Research in
Science Education, https://doi.org/10.1007/s11165-016-9580-4
Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.
Moravcikova, J., Matusikova, I., Nemecek, P., Blehova, A., Balazova, Z., Galova, Z. Meszaros,
P., & Kraic, J. (2017). Perception of biotech trees by Slovak university students- a
comparative survey. Nova Biotechnologica et Chimica, 16(1), 12-19.
NBBnet. 2004. http://www.nbbnet.gov.my/pintarbiotek/malayversion/index.htm [8 Oktober
2008].
Nor Arizah, M. (2008). Kefahaman dan sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi
dalam pertanian. Tesis Master Sains Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti
Putra Malaysia.
Nur Aziera, S., Nur Riza, M.S., & Latifah, A. (2009). Pembangunan model sikap pelajar
terhadap makanan termodifikasi secara genetik. Sains Malaysiana, 38(2), 241-247.
Ozel Murat, Erdogan, M, Usak, M., & Prokop, P. (2009). High school students’ knowledge
and attitudes regarding biotechnology applications. Educational Sciences: Theory &
Practice, (9)1, 321-328.
Ozturk-Akar, E. (2017). Turkish university students' knowledge of biotechnology and
attitudes toward biotechnological applications. Biochemistry and Molecular Biology
Education,(42)2, 115-125.
Prokop, P., Leskova, A., Kubiatko, M., & Diran, C. (2007). Slovakian students’ knowledge of
and attitude toward biotechnology. International Journal of Science Education, 29(7),
895-907.
Saez, M.J., Nino, A.G., & Carretero, A. (2008). Matching society values: students’ views of
biotechnology. International Journal of Science Education, 30(2), 167-183.
Usak, M., Erdogan, M, Prokop, P., & Ozel, M. (2009). High school and university students’
knowledge and attitude regarding biotechnology. Biochemistry and Molecular Biology
Education, 37(2), 123-130.
Velickovic, V., Jovic, M., Nalic, E., Visnjic, A., Radulovic, O., Sagric, C., & Ciric, M. (2015).
Knowledge, attitudes toward, and acceptability of genetic modification among Western
Balkan university students of life sciences (AGREE Study). Journal of the American
College of Nutrition, 0 (0), 1-3
116
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
KAJIAN TAHAP NILAI PERPADUAN PELAJAR SEMESTER 8 IPG KPI
MELALUI KURSUS HUBUNGAN ETNIK
Ahmad Tarmizi Salleha ([email protected])
Mohd Puzi Othmana ([email protected])
Warti Kimia ([email protected])
Fazida Hj Othmana ([email protected])
Saipo Ayuba ([email protected])
Ahmad Ali Seman, Ph.Db ([email protected])
aInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
bProgram Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap nilai perpaduan yang terdapat dalam kalangan pelajar di
Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kesediaan mereka dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan
kepada murid-murid di sekolah selepas menamatkan pengajian. Kajian ini berdasarkan kursus
yang diikuti oleh pelajar iaitu kursus Hubungan Etnik. Sampel kajian terdiri daripada 2374
orang pelajar IPG Semester 8 (semester akhir) dari 27 IPG di seluruh Malaysia. Kajian ini
menggunakan pendekatan bercampur jenis reka bentuk Explanatory. Data kuantitatif telah
dikumpul melalui soal selidik yang ditadbir secara online, manakala data kualitatif diperoleh
melalui temubual bersama 140 orang pelajar dari 14 buah IPG yang dilakukan secara focused
group. Kaedah pemerhatian turut dilakukan ke atas pelajar dalam kawasan kampus selain
kaedah analisis dokumen dengan mengkaji Proforma dan Ringkasan Maklumat Kursus
(RMK). Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 22, manakala
data kualitatif dianalisis melalui pengekodan, pengkategorian dan pencarian tema daripada
data temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa kursus Hubungan Etnik telah menyumbang
kepada kefahaman yang tinggi terhadap elemen nilai-nilai perpaduan serta memberi kesediaan
kepada pelajar untuk mengaplikasikan nilai perpaduan dalam masyarakat sekolah. Dapatan
temubual menunjukkan hampir kesemua pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk
menerapkan nilai perpaduan di sekolah kelak.
Kata kunci: tahap nilai perpaduan, Hubungan Etnik, pelajar semester akhir, Proforma
& Ringkasan Maklumat Kursus, Institut Pendidikan Guru (IPG)
Abstract
This study aims to assess the level of unity values among students at the Institute of Teacher
Education (IPG) and their willingness to implement the values of unity to pupils in school
upon graduating. This is based on the Ethnic Relation Course taken by the students. The
sample consisted of 2374 final semester students of 27 IPGK throughout Malaysia. This
is a mixed approach study with explanatory type design. Quantitative data was collected
through questionnaires and was administered online, while the qualitative data obtained
through interviews with 140 focused group students from 14 different campuses. Observation
of students in campus was done besides document analysis on the Proforma and Course
117
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
Information Summary (RMK). Quantitative data was analyzed using SPSS version 22, while
qualitative data was analyzed through coding, categorization and themes of the interviews.
The results show that the Ethnic Relation Course for Teachers contributes to the elements of
unity values and provides high availability for students to apply those values within the school
community. Interview findings indicate that almost all students have high self-confidence to
implement unity in schools later.
Keywords: level of unity values; Ethnic Relations; Proforma and Course Information
Summary (RMK); final semester students; Institute of Teacher Education.
Golongan pelajar merupakan golongan penting yang akan meneruskan perjuangan pemimpin
masa kini. Kajian perpaduan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap nilai perpaduan
dalam kalangan siswa guru kerana siswa guru merupakan bakal pendidik yang akan ke
sekolah. Di sekolah, mereka akan melaksanakan apa yang diharapkan melalui PPPM 2015-
2025 iaitu sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian (PPPM 2013-2025, Sept 2012). Masalah
perpaduan menjadi agenda penting para pemimpin negara yang mahukan keadaan aman,
makmur dan harmoni ini berterusan. Perpaduan amat penting dalam negara yang mempunyai
masyarakat pelbagai kaum dan jika tidak dikawal boleh menjejaskan perkcmbangan yang
sihat di kalangan pelajar-pelajar kita dan mungkin juga akan menggagalkan pencapaian
matlamat pendidikan kebangsaan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang bersatupadu
(Ahmad Ali bin Seman, 2012). Jika timbul masalah dalam perpaduan antara kaum ini juga
harus dilihat sebagai suatu reaksi dan akibat dari sistem yang wujud di negara ini. Oleh
kerana golongan pelajar adalah sebahagian dari masyarakat, maka masalah pelajar itu juga
adalah mencerminkan masalah yang dihadapi olch masyarakat seluruhnya. Oleh itu adalah
wajar jika kajian dilakukan untuk melihat sejauhmanakah calon guru yang sedang menuntut di
institut pendidikan guru dapat menerapkan nilai perpaduan seterusnya mempunyai kesediaan
untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan di sekolah. Justeru, bakal guru yang dilatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) merupakan agen yang akan menerapkan nilai-nilai perpaduan bagi
melahirkan murid-murid yang berjiwa patriotik.
Kajian ini telah dijalankan ke atas siswa guru yang berada di semester akhir iaitu
Semester 8 di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor pada tahun
2016. Hasil kajian boleh digunakan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran kursus
Hubungan Etnik bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Pemilihan siswa guru
perlu bersesuaian dengan minatnya dan fungsinya. Calma,T, (2007) menyatakan bahawa
pendidikan banyak fungsinya. Selain daripada menyampaikan ilmu pcngctahuan, kcmahiran
dan nilai yang mustahak kepada kelangsungan hidup sesebuah masyarakat, ia juga berfungsi
sebagai satu alat untuk memupuk intcgrasi. Kursus Hubungan Etnik merupakan kursus yang
wajib diambil oleh semua siswa guru di IPGK. Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang
konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan
etnik di Malaysia. Hasratnya adalah mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan
Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertepatan dengan kehendak negara melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyatakan bahawa pendidikan juga
menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan (PPPM 2013-2025,
Sept 2012).
118
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
PENYATAAN MASALAH
Kesedaran tentang perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat sebagai satu
perkara penting yang dapat membantu memupuk keharmonian negara. Sebagai graduan
perguruan, seharusnya kumpulan ini dibekalkan dengan persediaan yang lengkap semasa
pengajian agar mereka dapat menterjemahkan erti perpaduan kaum yang sebenar kepada
anak didik mereka. Oleh itu, untuk memenuhi keperluan tersebut, pelajar didedahkan dengan
kursus Hubungan Etnik (HE). Bertepatan dengan itu, kajian ini telah dijalankan untuk melihat
sejauh mana unsur-unsur perpaduan diterapkan dan dipraktikkan dalam kursus ini.
Elemen-elemen perpaduan yang telah digariskan oleh Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) boleh dilihat melalui Model Perpaduan dalam
Kalangan Guru dan Murid Sekolah, 2014 mempunyai elemen seperti berikut:
1. Menerima Perbezaan (bersikap terbuka, bertoleransi, bekerjasama dan percaya)
2. Menghormati Perbezaan (berhemah tinggi, mengharigai dan prihatin)
3. Mengurus Perbezaan (adil, amanah dan rasional)
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2010), antara masalah yang dihadapi oleh
Malaysia pada ketika ini bersangkut paut kepada kesilapan meletakkan persamaan apabila
menyatakan perpaduan sosial itu sama dengan perpaduan ekonomi. Sifat-sifat utama
perpaduan gagal difahami dan tidak disentuh, antaranya elemen asimilasi, akomodasi,
akulturasi dan amalgamasi. Apa yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini adalah kesepaduan
sosial (social cohesion) iaitu suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud
dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan
sosial (social bonding) yang kuat yang terbina sejak sekian lama (Shamsul Amri Baharuddin,
2014). Pernyataan ini jelas menggambarkan bahawa perjalanan isu perpaduan kaum di
Malaysia masih belum menemui noktahnya. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk melihat
persepsi para responden di IPG berkaitan penerapan nilai-nilai perpaduan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian penerapan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar PISMP IPG ini adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap nilai perpaduan dalam kalangan pelajar PISMP IPG KPI
2. Mengenal pasti sejauh mana kesediaan pelajar PISMP IPG melaksanakan aktiviti
perpaduan di sekolah.
3. Mengenal pasti sejauh mana kursus-kursus Hubungan Etnik mempunyai elemen
nilai perpaduan.
SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian penerapan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar PISMP IPG ini adalah
seperti berikut:
1. Apakah tahap nilai perpaduan dalam kalangan pelajar PISMP IPGK?
2. Sejauh manakah kesediaan pelajar PISMP IPGK melaksanakan aktiviti perpaduan
di sekolah?
3. Sejauh manakah kursus-kursus Hubungan Etnik mempunyai elemen nilai
perpaduan?
119
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
TINJAUAN LITERATUR
Denison Jayasuria (2010), menekankan bahawa perpaduan nasional merupakan 'tema
utama' dalam pembinaan negara terutamanya setelah negara merdeka. Dengan mempunyai
masyarakat yang pelbagai, sekali lagi topik berkaitan dengan perkongsian kuasa dikatakan
sebagai antara mekanisma utama untuk mencapai perpaduan tersebut. Dikatakan bahawa
peranan kerajaan yang memerintah adalah penting untuk menganjur atau menggerakkan
program merangsang minda rakyat supaya rakyat faham dengan jelas matlamat sesuatu
dasar atau program. Hal ini mungkin boleh dikaitkan dengan pengamalan Konsep I Malaysia
sekarang.
Dalam hubungan ini, Dadang Supardan (2004), menyatakan bahawa generasi muda
negara perlu lebih memahami aspirasi negara, sanggup berkorban dan memberi fokus untuk
mengisi era pembangunan negara di masa akan datang. Kumpulan ini mesti menghayati
prinsip-prinsip Rukun Negara, Perlembagaan serta dasar-dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan yang dilihat ingin membawa negara ini kearah yang lebih baik. Mempunyai nilai-
nilai patriotik merupakan sesuatu yang sangat dituntut daripada generasi muda ini. Terdapat
juga beberapa kajian ilmiah berkaitan dengan tajuk yang dikaji, antaranya ialah kajian
Rusimah Sayuti et. al. (2004), mengenai hubungan kaum dalam kalangan pelajar Sekolah
Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Dapatan hasil kajian tcrsebut didapati
bahawa suasana interaksi di kalangan pelajar dalam kampus menunjukkan kecenderungan
kepada keadaan yang positif berdasarkan peratus situasi sebanyak 57% berbanding situasi
yang negatif iaitu 43%. Kajian Abdullah Taib (1984) melihat kadar interaksi dalam kalangan
pelajar pelbagai kaum di tiga buah Universiti. Kajian tersebut mendapati bahawa darjah
interaksi adalah tinggi hanya wujud sesama etnik jika dibandingkan dengan kadar interaksi
antara etnik. Interaksi sesama etnik banyak didorong faktor pembelajaran seperti berbincang
mengenai pelajaran atau menyiapkan tugasan.
METODOLOGI
Reka bentuk Kajian
Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan bercampur (mixed-method) jenis reka
bentuk Explanatory. Menurut Creswell (2008), mixed methods approach adalah gabungan
dua pendekatan penyelidikan (pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif) untuk
menyelesaikan keseluruhan masalah kajian. Gabungan dua pendekatan ini dijalankan
semasa proses pengumpulan data, menganalisis dan mengintepretasi data dan membuat
laporan kajian. Pendekatan ini saling lengkap melengkapi dan mengukuhkan antara satu
sama lain.
Instrumen
Beberapa kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk menjawab soalan kajian yang
ditetapkan. Berikut adalah kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini:
Soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mengenal pasti tahap perpaduan pelajar, menilai keberkesanan
outcome kurikulum/program/aktiviti yang dijalankan, dan menilai kesediaan pelajar
120
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
menerapkan nilai perpaduan di sekolah selepas mengikuti latihan perguruan. Pelajar juga
diberi peluang untuk memberikan pandangan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan
penambahbaikan kurikulum/program/aktiviti melalui item terbuka yang terdapat di dalam soal
selidik. Bagi mengenal pasti tahap perpaduan pelajar, kajian ini menggunakan soal selidik KPM
(BPPDP, 2016) yang telah diubah suai. Soal selidik ini mempunyai tiga konstruk perpaduan,
iaitu Menerima Perbezaan dengan empat subkonstruk (Bersikap terbuka (5 item), Bertoleransi
(5 item), Bekerjasama (3 item) dan Percaya (4 item). Konstruk Menghormati Perbezaan
dengan tiga subkonstruk (Berhemah tinggi (5 item), Menghargai (4 item) dan Prihatin (5 item).
Manakala konstruk ketiga ialah Mengurus Perbezaan dengan tiga subkonstruk (Adil (3 item),
Amanah (2 item) dan Rasional (2 item).
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini mengambil pelajar PISMP Semester 8 (akhir pengajian) di semua IPGK
seluruh Malaysia iaitu seramai 3991 orang (SHEPHL, IPGM 2016). Bilangan responden
setelah soal selidik ditadbirkan secara dalam talian selama sebulan (18 Julai 2016 hingga
18 Ogos 2016) ialah seramai 2374 orang pelajar.
Peserta Kajian Temu Bual
Temu bual untuk kajian ini telah dilaksanakan secara focus group. Terdapat 14 kumpulan temu
bual focus group yang mewakili 14 buah IPG. Senarai IPG tersebut adalah seperti Jadual 1.
Daripada 14 kumpulan tersebut, 3 daripadanya ialah temu bual untuk rintis. Setiap kumpulan
temu bual focus group itu terdiri daripada 10 orang pelajar.
121
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
Bagi menilai keberkesanan outcome kurikulum/program/aktiviti yang dijalankan di kampus,
item kajian ini dibina berdasarkan Course Learning Outcome (CLO) sebagaimana cadangan
Malaysian Qualification Association (MQA) bagi kursus yang didapati berkait rapat dengan
menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar, iaitu Kursus Hubungan Etnik - WAJ3106
(Lihat Jadual 2).
Jadual 2
Pernyataan CLO bagi kursus Hubungan Etnik
Bagi menilai kesediaan pelajar menerapkan nilai perpaduan di sekolah, item-item dibina
berdasarkan Programe Educational Outcome (PEO) melalui enam konstruk sebagaimana
cadangan MQA. Jadual 3 menunjukkan enam PEO bagi HE (WAJ3106).
Jadual 3
Pernyataan PEO bagi kursus HE
122
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
Semua item, sama ada berasaskan CLO atau PEO dibina menjurus kepada nilai perpaduan
dalam kalangan pelajar PISMP mengikut objektif kajian yang dihasratkan.
Pemerhatian
Satu daripada teknik pengumpulan data dalam kajian ini ialah dengan menggunakan teknik
pemerhatian. Pemerhatian telah diadakan bagi mengukuhkan data yang dikumpul daripada
temu bual dan analisis dokumen agar dapat dijadikan sebagai triangulasi data. Menurut
Marshall dan Rossman (1999), untuk mendapatkan data tentang interaksi sosial, pengumpulan
data melalui pemerhatian perlu diadakan kerana data daripada temu bual tidak mencukupi.
Pemerhatian diadakan di dalam bilik kuliah dan Dataran Gerkoketika PdP sedang dilaksanakan
serta di. Cafétaria. Fokus pemerhatian adalah untuk melihat interaksi sosial antara pelajar
pelbagai kaum/etnik.
Pemerhatian di dalam bilik darjah
Pemerhatian di dalam bilik darjah adalah untuk melihat interaksi sosial yang berlaku dalam
kalangan pelajar pelbagai kaum/etnik. Penyelidik berada di dalam bilik kuliah untuk melihat
PdP yang sedang berlangsung. Pada masa pemerhatian, pelajar sedang membentangkan
tugasan mereka. Pemerhatian meliputi kedudukan kerusi meja, interaksi sosial di antara
sesama pelajar dan juga pensyarah.
Pemerhatian di Dataran Gerko
Sewaktu pemerhatian di Dataran Gerko dijalankan, sesi demonstrasi memasak makanan
tradisional mengikut kaum/etnik sedang berlangsung. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti
Unit Badan Beruniform.
Pemerhatian di Cafétaria
Cafétaria merupakan satu tempat pertemuan tidak rasmi pelajar-pelajar sewaktu rehat dan
juga adakalanya pada waktu yang lain. Penyelidik membuat pemerhatian di cafétaria pada
waktu rehat kerana waktu ini merupakan masa yang tepat untuk melihat interaksi sosial dalam
kalangan pelajar. Ketika sesi pemerhatian dibuat, terdapat juga pergaulan di antara pelajar
dari kelas yang berlainan kerana waktu inilah memberikan peluang dan kesempatan kepada
123
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
mereka untuk berinterkasi dengan pelajar-pelajar kelas lain. Sebagai rumusan, pengumpulan
data melalui pemerhatian dilakukan untuk memperoleh data yang lebih menyeluruh dan
dapat menyokong data daripada kaedah temu bual, analisis dokumen dan juga soal selidik
atas talian.
Analisis Dokumen
Kajian ini juga menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai tambahan kepada kaedah lain
yang digunakan. Terdapat pelbagai jenis dokumen yang boleh digunakan bagi mendapatkan
data untuk kajian ini. Merriam (2001) telah mengenal pasti beberapa jenis dokumen yang
boleh digunakan oleh seorang pengkaji, yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga,
iaitu bahan-bahan bertulis atau bercetak, visual dan bahan fizikal. Namun demikian, dalam
kajian ini, hanya dokumen yang bersesuaian sahaja dipilih iaitu dokumen bertulis. Dokumen
bertulis yang dimaksudkan ialah Proforma dan Ringkasan Maklumat Kursus sebagai bahan
utama dokumen dalam kajian ini. Analisis kedua-dua dokumen ini sangat penting kerana
dokumen ini merupakan asas kepada kandungan pengajaran kursus-kursus HE.
Kajian Rintis
Kajian rintis dilaksanakan secara bersemuka dengan 117 pelajar PISMP Semester 7 dari IPGK
Pendidikan Islam (n=57), IPGK Ipoh (n=30) dan IPGK Raja Melewar (n=30). Pentadbiran
instrumen mengambil masa selama 30 minit dan penyelidik terus mengumpul respon daripada
sampel pada hari yang sama. Latar belakang sampel adalah sebagaimana dalam Jadual 4.
Sebahagian daripada data tidak ditunjukkan kerana sangat kecil dan tidak memberikan kesan
kepada dapatan kajian rintis ini. Selain mentadbir instrumen, penyelidik juga mengadakan
sesi temubual dengan 28 orang pelajar PISMP Semester 7 yang telah menjawab instrumen
berkenaan. Tujuan temubual ialah untuk mendapat maklum balas responden untuk
menambahbaik protokol temubual sebelum digunakan dalam kajian sebenar.
Kebolehpercayaan Alpha
Kebolehpercayaan diukur menggunakan Alpha Cronbach (α) sebagaimana Jadual 5 dan
keseluruhan item nilai perpaduan (38 item) mempunyai nilai 0.98. Semua konstruk CLO bagi
tiga kursus menunjukkan nilai alpha melebihi 0.80 dan ini mempunyai kebolehpercayaan yang
mencukupi. Nilai alpha bagi PEO antara 0.81 hingga 0.93 adalah baik dan nilai keseluruhan
ialah 0.97 mempunyai nilai kebolehpercayaan yang sangat baik dan diterima.
DAPATAN KAJIAN
Tahap Nilai Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar IPG
Tahap nilai perpaduan pelajar IPG dilihat mengikut lapan kategori iaitu jantina, lokasi kediaman
asal, jenis sekolah yang akan ditempatkan mengajar, major yang diikuti, bangsa, agama, zon
negeri asal dan kejiranan tempat tinggal. Secara keseluruhan, nilai perpaduan dibahagikan
kepada tiga elemen iaitu menerima perbezaan, menghormati perbezaan dan mengurus
perbezaan. Dapatan menunjukkan elemen Menghormati Perbezaan (min=4.47) adalah
paling tinggi, diikuti Mengurus Perbezaan (min=4.43) dan paling rendah ialah Menerima
124
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
Perbezaan (min=4.39). Tahap nilai perpaduan keseluruhan (min=4.43) menunjukkan tahap
tinggi. Bagi sub-elemen pula, tahap paling tinggi ialah menghargai (min=4.54) dan tahap yang
paling rendah ialah percaya (min=4.25). Nilai perpaduan dalam kalangan pelajar IPG secara
keseluruhan dapat dilihat dalam Jadual 4 seperti berikut:
Jadual 4
Min dan sisihan piawai nilai perpaduan pelajar PISMP
(a) Tahap Nilai Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar Mengikut Jantina
Secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan nyata terhadap tahap nilai perpaduan pelajar
mengikut jantina. Jadual 5 memaparkan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar mengikut
jantina.
Jadual 5
Min dan sisihan piawai Nilai Perpaduan Pelajar PISMP mengikut jantina
125
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
(b) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar mengikut lokasi kediaman asal
Dapatan menunjukkan pelajar pedalaman lebih tinggi nilai perpaduannya berbanding pelajar
bandar dan luar bandar. Semua elemen Menghormati Perbezaan (min=4.63) adalah paling
tinggi, diikuti Mengurus Perbezaan (min=4.61) dan paling rendah ialah Menerima Perbezaan
(min=4.51). Tahap nilai perpaduan keseluruhan (min=4.57) menunjukkan tahap tinggi. Bagi
sub-elemen pula, paling tinggi ialah menghargai (min=4.69) bagi pelajar pedalaman dan
yang paling rendah ialah percaya (min=4.23) bagi pelajar luar bandar. Jadual 6 memaparkan
Nilai Perpaduan pelajar mengikut lokasi kediaman asal pelajar sepanjang mengikuti latihan
perguruan di IPGK masing-masing.
Jadual 6
Min dan sisihan piawai nilai perpaduan pelajar PISMP mengikut lokasi kediaman asal
126
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
(c) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Mengikut Jenis Sekolah Yang Akan Ditempatkan
Mengajar
Dapatan menunjukkan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)) lebih tinggi nilai
perpaduannya berbanding pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) (SJK(C)) bagi semua elemen. Aspek Menghormati Perbezaan (min=4.60) adalah paling
tinggi, diikuti Mengurus Perbezaan (min=4.58) dan aspek paling rendah ialah Menerima
Perbezaan (min=4.50). Tahap nilai perpaduan keseluruhan (min=4.54) menunjukkan
tahap tinggi. Bagi subelemen pula, aspek paling tinggi ialah menghargai (min=4.65) bagi
pelajar SJK(T) dan aspek paling rendah ialah percaya (min=4.21) bagi pelajar SK. Jadual 7
memaparkan Nilai Perpaduan pelajar mengikut jenis sekolah yang akan ditempatkan mengajar
selepas mengikuti latihan perguruan di IPGK masing-masing.
Jadual 7
Min dan sisihan piawai nilai perpaduan pelajar PISMP mengikut jenis sekolah yang akan
ditempatkan mengajar
(d) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Mengikut Kursus Major Yang Diikuti
Kursus major yang diikuti pelajar di IPG telah dikelompokkan mengikut bidang kebitaraan
supaya analisis dapatan dan interpretasi lebih bermakna. Major Sains, Matematik dan Reka
Bentuk Teknologi dikelompokkan kepada bidang STEM. Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa
Arab, Bahasa Tamil dan Bahasa Iban dikelompokkan kepada bidang bahasa, manakala major
Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Muzik dikelompokkan kepada bidang Sains Sosial. Major
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pembelajaran dan
127
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
Pendidikan Pemulihan dikelompokkan kepada bidang Pendidikan Khas. Major Pendidikan
Agama, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bimbingan dan Kaunseling dan Prasekolah tidak
dikelompokkan. Jadual 8 memaparkan Nilai Perpaduan pelajar mengikut bidang kebitaraan
mata pelajaran major semasa mengikuti latihan perguruan di IPG masing-masing. Dapatan
menunjukkan pelajar Prasekolah lebih tinggi (min=4.50) nilai perpaduannya berbanding
pelajar bidang lain. Kedudukan bagi elemen perpaduan pula menunjukkan aspek Menerima
Perbezaan (min=4.47) adalah paling tinggi bagi pelajar STEM, manakala aspek Menghormati
Perbezaan (min=4.58) dan aspek Mengurus Perbezaan (min=4.50) adalah paling tinggi bagi
pelajar Prasekolah. Nilai paling rendah bagi aspek Menerima Perbezaan (min=4.27) ialah
pelajar Pendidikan Islam, manakala bagi elemen Menghormati Perbezaan (min=4.38) dan
aspek Mengurus Perbezaan (min=4.34) adalah paling rendah bagi pelajar Bimbingan dan
Kaunseling.
Jadual 8
Min dan sisihan piawai Nilai Perpaduan Pelajar PISMP mengikut kursus major yang diikuti
128
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
(e) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Mengikut Bangsa
Dapatan menunjukkan pelajar Bumiputera Sarawak paling tinggi nilai perpaduannya
berbanding pelajar bangsa lain (min=4.59) dalam ketiga-tiga aspek iaitu Menerima Perbezaan
(min=4.55), Menghormati Perbezaan (min=4.63) dan Mengurus Perbezaan (min=4.62).
Pelajar Melayu menunjukkan nilai perpaduan paling rendah bagi semua aspek, iaitu
Menerima Perbezaan (min=4.33) elemen Menghormati Perbezaan (min=4.43) dan aspek
Mengurus Perbezaan (min=4.37) berbanding bangsa-bangsa lain. Jadual 9 memaparkan
Nilai Perpaduan pelajar mengikut bidang bangsa semasa mengikuti latihan perguruan di
IPG masing-masing.
Jadual 9
Min dan sisihan piawai nilai perpaduan pelajar PISMP mengikut bangsa
129
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
(f) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Mengikut Agama
Dapatan menunjukkan pelajar beragama Hindu paling tinggi nilai perpaduannya berbanding
pelajar beragama lain (min=4.56) dalam ketiga-tiga aspek iaitu Menerima Perbezaan
(min=4.51), Menghormati Perbezaan (min=4.62) dan Mengurus Perbezaan (min=4.56).
Pelajar beragama Islam menunjukkan nilai perpaduan paling rendah bagi aspek Menerima
Perbezaan (min=4.35) dan aspek Mengurus Perbezaan (min=4.40) berbanding bangsa-
bangsa lain. Manakala pelajar beragama Buddha, paling rendah dalam aspek Menghormati
Perbezaan (min=4.41). Jadual 10 memaparkan Nilai Perpaduan pelajar mengikut bidang
agama semasa mengikuti latihan perguruan di IPGK masing-masing.
Jadual 10
Min dan sisihan piawai Nilai Perpaduan Pelajar PISMP mengikut agama
130
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
(g) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Mengikut Zon Negeri Asal
Analisis dijalankan mengikut negeri yang dikelompok kepada enam zon di seluruh Malaysia.
Dapatan menunjukkan pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak masing-masing
(min=4.50) lebih tinggi nilai perpaduannya berbanding zon-zon lain. Pelajar zon Timur pula
mempunyai nilai perpaduan paling rendah (min=4.35). Dapatan juga menunjukkan pelajar zon
Sabah dan Sarawak lebih tinggi dalam semua aspek iaitu Menerima Perbezaan (min=4.45 dan
4.46), Menghormati Perbezaan (min=4.57 dan 4.54) dan Mengurus Perbezaan (min=4.50).
Pelajar zon Timur paling rendah dalam semua aspek nilai perpaduannya berbanding semua
zon yang lain. Jadual 11 memaparkan Nilai Perpaduan pelajar mengikut zon negeri asal
semasa mengikuti latihan perguruan di IPG.
Jadual 11
Min dan sisihan piawai Nilai Perpaduan Pelajar PISMP mengikut zon negeri asal
131
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
(h) Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Mengikut Kejiranan Tempat Tinggal
Dalam aspek kejiranan, dapatan menunjukkan semua aspek, iaitu Menerima Perbezaan
(min=4.49), Menghormati Perbezaan (min=4.58) dan Mengurus Perbezaan (min=4.53) lebih
tinggi bagi pelajar yang tinggal dalam kejiranan lebih daripada tiga bangsa berbanding pelajar
yang tinggal dalam kejiranan satu bangsa.
Aspek Menerima Perbezaan (min=4.32) nampaknya paling rendah bagi pelajar tinggal
dalam kejiranan satu bangsa. Aspek Menghormati Perbezaan pula menunjukkan pelajar
tinggal dalam kejiranan satu bangsa dan dua bangsa (min=4.41) paling rendah, manakala
aspek Mengurus Perbezaan, pelajar tinggal di kejiranan dua bangsa (min=4.37) adalah paling
rendah. Jadual 12 memaparkan Nilai Perpaduan pelajar mengikut kejiranan tempat tinggal
semasa mengikuti latihan perguruan di IPG.
Jadual 12
Min dan sisihan piawai Nilai Perpaduan Pelajar PISMP mengikut kejiranan tempat tinggal
132
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Hasil temu bual dengan responden, majoriti bersetuju bahawa aktiviti BIG lebih menjurus
kepada penerapan elemen nilai perpaduan jika dibandingkan dengan HE dan B&P. Elemen
nilai perpaduan yang dibincangkan ini merujuk kepada Model Perpaduan dalam Kalangan Guru
dan Murid Sekolah (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2014) yang
melibatkan elemen menerima perbezaan, menghormati perbezaan dan mengurus perbezaan.
Ini bermakna, kursus HE dan B&P mempunyai banyak elemen nilai perpaduan, Walau
bagaimanapun, ketika sesi PdP, elemen tersebut tidak dijelmakan serta dipraktikkan secara
langsung. Hal ini berbeza dengan BIG yang jelas mempraktikkan elemen nilai perpaduan
melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti projek anak angkat, gotong-royong dan
bantuan bencana serta perkhemahan seperti aktiviti air dan kembara.
Pemerkasaan Struktur Kursus
1. Penstrukturan semula kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP)
• Kursus HE perlu diletakkan pada semester 1 PPISMP supaya dapat membantu
pelajar dalam menyerapkan nilai-nilai perpaduan semasa interaksi di kampus.
Dapatan daripada kajian menunjukkan pelajar-pelajar ini datang dari sistem
persekolahan yang sama jenis bermula dari peringkat tadika sehinggalah ke
peringkat sekolah menengah.
Saya dari pedalaman, kaum Kadazan-Dusun. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah
saya dalam kelompok yang sama. Saya tak pernah jumpa kaum lain. Bila saya masuk sini,
saya terkejut, saya tak pandai nak berbual. (TBR10J)
• Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa kursus BIG yang telah dijalankan di dalam
setiap semester sangat berkesan dalam penerapan elemen nilai-nilai perpaduan
dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, kursus BIG ini dilihat amat wajar
dilaksanakan di peringkat PPISMP lagi memandangkan dapatan kajian membuktikan
133
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
bahawa aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam kursus BIG sangat sesuai untuk
menerapkan nilai perpaduan secara natural.
Jadual 13
Pelaksanaan kursus HE/B&P/BIG pelajar mengikut tahun dan semester
• Selain itu, tajuk-tajuk berkaitan etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak dan
Pribumi di Semenanjung perlu dimasukkan dalam kandungan HE. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa pelajar di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak tidak
mengetahui secara mendalam tentang sosio budaya etnik-etnik lain selain dari tiga
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pengetahuan ini penting bagi mereka
sebagai persediaan sekiranya ditempatkan di sekolah-sekolah terutamanya di
Sabah dan Sarawak.
Keseimbangan Antara Teori dan Praktikal
1. Proforma/Jadual 3/Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) HE
• Kebanyakan Proforma/Jadual 3/Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) HE dan lebih
menekankan teori berbanding praktikal. Kursus HE dilihat akan menjadi lebih
mantap dan saling melengkapi sekiranya aspek teori dan praktikal diseimbangkan
di antara kedua-duanya. Apabila kursus HE dilaksanakan dalam Semester 1
PPISMP, maka segala konsep berkaitan HE dapat diaplikasikan secara praktikal
menerusi kursus lain pada Semester 2 PPISMP.
2. Strategi pelaksanaan dan pentaksiran kursus
• HE perlu kepada projek di luar (praktikal/amali) dan tidak terkongkong hanya
dalam kelas sahaja. Kerangka kursus dan tajuk-tajuk yang terdapat dalam HE
lebih menjurus kepada penerapan konsep hubungan etnik yang dapat menerapkan
elemen nilai perpaduan. Setiap tenaga pengajar HE, perlu mempunyai asas
dan latar belakang pengkhususan dalam bidang Sejarah supaya mereka dapat
134
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
menyampaikan kursus HE dengan lebih mudah dan berkesan. Selain daripada
itu, kursus HE juga perlu memasukkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan
perpaduan kaum yang lebih relevan dan bukan hanya memfokuskan kepada subjek
Sejarah yang telah dipelajari semasa peringkat sekolah menengah dahulu. Aktiviti
HE perlu dijalankan secara serentak yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik
dalam kohort yang sama agar nilai perpaduan dapat diterapkan melalui aktiviti
khidmat masyarakat, perkhemahan budaya, pameran budaya, aktiviti masakan
dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung Kemahiran insaniah atau soft skills pelajar
dapat diperkukuhkan.
Kesediaan pelajar dalam menerapkan nilai perpaduan
i. Hasil kajian mendapati bahawa 123 daripada 125 responden sangat bersedia untuk
menerapkan nilai perpaduan apabila ditempatkan di sekolah. Dapatan ini menunjukkan
bahawa hampir kesemua responden bersedia menerapkan nilai perpaduan semasa
PdP di dalam dan di luar bilik darjah. Mereka juga bersedia untuk bekerjasama sebagai
agen perpaduan dalam komuniti setempat.
ii. Bersesuaian juga dengan Pelan Strategik Fasa 2 KPM ke arah Memperkasakan
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, bakal guru seharusnya diberi
peluang mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina, Tamil dan Bahasa-
bahasa Peribumi sebagai nilai tambah. Dengan adanya nilai tambah kepada
Bahasa-bahasa ini, ia dapat membantu dan memudahkan bakal guru berkomunikasi
dan menyesuaikan diri apabila ditempatkan di sekolah-sekolah pedalaman di
Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
iii. Dapatan kajian mendapati bakal guru sangat bersedia untuk turun ke lapangan bersama
masyarakat dan komuniti setempat untuk menerapkan elemen perpaduan. Dapatan
ini bertepatan dengan salah satu topik di dalam kursus B&P yang menekankan guru
sebagai agen mesra budaya komuniti, nasional dan global.Ini juga sejajar dengan
hasrat KPM melalui Perkara 9 Pelan Strategik iaitu mewujudkan persekitaran yang
membolehkan nilai-nilai positif diterapkan dalam kalangan keluarga dan komuniti
secara keseluruhan.
CADANGAN
Walaupun dapatan kajian menunjukkan bahawa banyak unsur penerapan nilai perpaduan
dalam kalangan pelajar IPG, beberapa cadangan dan syor boleh dipertimbangkan lagi untuk
memantap dan memperkasakan penerapan tersebut. Antaranya:
i. Penempatan pelajar PPISMP dibuat di seluruh IPG secara heterogeneous yang
mempunyai pelbagai kaum dan etnik tanpa pengkhususan. Hanya selepas tempoh
setahun di peringkat PPISMP, barulah pelajar ditempatkan semula mengikut
pengkhususan di peringkat PISMP.Pendekatan ini (secara heterogeneous di PPISMP)
membolehkan pelajar bercampur dan bergaul dalam pelbagai kaum dan etnik sesama
mereka dalam usaha menerapkan nilai-nilai perpaduan.
ii. Kursus HE perlu diletakkan pada semester 1 PPISMP. Ini adalah kerana tajuk-tajuk
yang terdapat dalam kursus HE mempunyai konsep-konsep asas hubungan di antara
pelbagai kaum yang sangat penting untuk difahami dan diketahui oleh pelajar seawal
semester 1 lagi iaitu ketika mereka mula-mula memasuki IPG.
135
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
iii. Memandangkan terdapat pelajar yang akan ditempatkan di kawasan pedalaman,
penguasaan asas terhadap bahasa-bahasa kaum/etnik lain amat diperlukan. Justeru,
dengan menawarkan asas-asas komunikasi bahasa Cina, Tamil, dan bahasa-bahasa
peribumi di IPG, hal ini dapat menjadi nilai tambah serta memberi keyakinan kepada
pelajar untuk berkomunikasi dalam bilik darjah dan komuniti setempat.Selain itu,
kursus yang ditawarkan ini juga perlu diwajibkan sebagai salah satu jam kredit dalam
pembelajaran.
iv. Memasukkan tajuk tambahantentang kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia iaitu
Melayu, Cina, India, masyarakat peribumi dan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak di
dalam RMK HE. Selain daripada itu, unsur-unsur sosio budaya setempat juga perlu
dimasukkan agar pelajar benar-benar memahami adat resam, pantang larang dan
budaya setempat atau negeri. Pengetahuan tentang kepelbagaian budaya ini akan
membantu bakal-bakal guru yang akan ditempatkan khususnya di kawasan yang
berbeza dengan tempat asal mereka.
v. Penekanan kepada aspek kemahiran insaniah (soft skills) kepada bakal guru juga
perlu ditekankan dan dijelmakan secara tersuratdalam semua kursus yang diikuti
yang merangkumi dua aspek utama iaitu kemahiran keperibadian dan kemahiran
berkumpulan dan perlu dimasukkan dalam RMK.Dengan adanya kemahiran insaniah
ini, bakal guru dapat mempersiapkan diri masing-masing dari segi fizikal dan mental
untuk berhadapan dengan masyarakat di luar apabila ditempatkan kelak.Secara
tidak langsung, mereka juga menjadi agen pemupukan nilai-nilai perpaduan dalam
komuniti setempat.
vi. Strategi pengajaran pensyarah mestilah merangkumi kedua-dua aktiviti iaitu di dalam
dan di luar bilik kuliah. Selaras dengan itu, aspek wajaran pentaksiran bagi kursus HE
juga perlu dibahagikan kepada dua komponen iaitu peperiksaan (40%) dan projek
luar (60%).
vii. Bagi mengelakkan salah persepsi pelajar terhadap pembelajaran kursus HE seolah-
olah seperti belajar mata pelajaran sejarah di sekolah, tenaga pengajar kursus HE di
IPG sepatutnya diberi kursus khas tentang HE.Ini bagi memastikan agar pensyarah
berupaya menerangkan dan mengaitkan antara fakta sejarah, dan isu-isu semasa
berkaitan perpaduan kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia dengan lebih tepat
dan jelas.
viii. RMK HE perlu dikaji semula dan ditambahbaik dengan mengambil kira aspek kerja
lapangan yang lebih berfokuskan kepada penerapan nilai perpaduan antara kaum/
etnik dalam HE dengan disokong oleh fakta dan peristiwa Sejarah.Panel RMK HE,
B&P dan BIG juga perlu terdiri daripada pensyarah yang mempunyai pengalaman
mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan. Selain itu,
penyataan di dalam Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) terlalu rendah dan tidak
mencapai Objektif Pendidikan Program (PEO) yang ditetapkan.
ix. Memastikan segala aktiviti yang dijalankan di IPG, khususnya yang bersifat
homogenous, mengambil kira penglibatan komposisi kaum/etnik bagi menjamin
kelangsungan perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, dalam melaksanakan BIG,
pembahagian kumpulan dan aktiviti perlulah mengikut komposisi kaum dan seimbang
serta menyeluruh.
136
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap nilai perpaduan dalam kalangan pelajar IPG
adalah tinggi dan mereka sangat bersedia untuk melaksanakan nilai-nilai perpaduan apabila
ditugaskan di sekolah. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga kursus yang
dilaksanakan di IPG berjaya menerapkan elemen nilai perpaduan dalam kalangan pelajar
IPG.Namun demikian, kajian ini mendapati bahawa terdapat kelemahan/kekurangan dalam
struktur, kandungan dan pelaksanaan kursus, khususnya dalam HE dan B&P. Oleh itu,
penambahbaikan dalam aspek-aspek tersebut amat perlu untuk memastikan elemen-elemen
nilai-nilai perpaduan dapat diterapkan. Sebagai contoh, kursus HE perlu dilaksanakan seawal
semester 1 PPISMP dan disambung dengan kursus BIG pada semester ke-2 PPISMP sehingga
tahun 2 semester ke-2 peringkat PISMP. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kursus BIG
yang paling banyak mempunyai unsur-unsur perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dan
merupakan kursus yang paling digemari oleh pelajar.Ini kerana aktiviti yang terdapat dalam
kursus BIG itu sendiri yang menekankan kemahiran keperibadian dan kemahiran berkumpulan
yang jelas meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri pelajar. Dalam erti kata lain,
kemahiran insaniah (soft skills) yang terdapat dalam kursus BIG ini memainkan faktor penting
dalam pelaksanaan elemen-elemen perpaduan kaum yang kukuh. Inilah yang menjadi tunjang
kekuatan pelajar-pelajar lepasan IPG khususnya dalam pelaksanaan aktiviti BIG.Kekuatan
elemen perpaduan yang ada dalam kursus BIG sepatutnya merentasi kursus HE, B&P dan
kursus-kursus lain yang ditawarkan di IPG.
RUJUKAN
Abdullah Taib. (1984), Integrasi dan Polarisasi Mahasiswa Universiti di Malaysia. Laporan
Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
(tidak diterbitkan).
Ahmad Ali Seman. (2012). Pembelajaran Sejarah Berteraskan Perspektif Kepelbagaian Budaya
Terhadap Pembentukan Integrasi Nasional. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Creswell, J.W, (2009). Research Design: Qualitativ, Quantitative and Mixed Approaches.
Sage: London
Calma, T. (2007). Multiculturalism: A Position Paper By The Acting Race Discrimination
Commissioner. Sydney: Human rights and equal opportunities commission.
Dadang Supardan. (2004). Pembelajaran Kesedaran Sejarah Berteraskan Pendekatan
Multicultural Dari Perspektif Sejarah Lokal, Etnik dan Nasional dalam Integrasi Bangsa.
Disertasi yang tidak diterbitkan. Bandung: UPI
Denison Jayasooria, (2010) “National Unity Advisory Panel: Opportunities & Challenges In A
Multi Ethnic Society”. Managing Success in Unity. Department of National Unity and
Integration Prime Ministers Department. Putrajaya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, www.meo.gov dilayari pada 10 Okt
2016.
Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Hajah Salma Ishak. (2004). Kajian
Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial. Sintok: Universiti
Utara Malaysia.
Ringkasan Maklumat Kursus. (2015). Hubungan Etnik. Pusat Pembangunan Akademik, IPGM,
berkuatkuasa mulai Jun 2015.
Shamsul Amri Baharuddin. (2010). “Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dan Implikasi Terhadap
Hubungan Etnik Di Malaysia”, wacana anjuran Jabatan 24 Pengajian Islam dan
137
Kajian Tahap Nilai Perpaduan Pelajar Semester 8 Jurnal Penyelidikan Jilid 17
IPG KPI Melalui Kursus Hubungan Etnik
Kemanusiaan, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia
Melaka. http://alahkam.net/home/index. php?option=com_content&view=article&id=53
25:dasar-ekonomi-baru-dan-implikasi-terhadaphubungan-etnik
Shamsul Amri Baharuddin. (2014). Ucaptama untuk ‘Persidangan Pemantapan Citra
Kenegaraan: Perkongsian Pengalaman”, anjuran bersama Institut Kajian Etnik (KITA),
UKM, JPT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN), 19 – 21 Januari 2014.
138
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 The Excellent Teacher Educator Professional Journey
THE EXCELLENT TEACHER EDUCATOR
PROFESSIONAL JOURNEY
Hashimah Hashima (shimfi[email protected])
aInstitute of Teacher Education, Islamic Education Campus
Abstract
This study was conducted to explore professional journey of the excellent teacher educator
through their continuous professional education to become expert. Professional expertise
development is a long process that often takes many years. Although expertise research is
extensive, little attention has been paid to studies that explore how expertise grows over time.
This study narrate seven excellent teacher educator professional journey. Data was presented
in matric to compare the similarities and differences of their journey to become expert, in
order to gain insights on how the experience impacted on the ways in which the excellent
teacher educator acclimatized and gradually advanced in proficiency and to understand how
the experience changed over time. The study informed that all research participants enter
their profession as teachers, became lecturers at teachers training colleges, gradually moving
from one to another focus fields before they are recognized for their expertise and practice
deliberately on them. This study also informed that expertise of the excellent teacher educators
stretched beyond their service in public sectors and after their retirement.
Keywords: Continuing Professional Education, Teacher Educators, Deliberate
Practice.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meneroka perjalanan profesional pensyarah cemerlang menerusi
perkembangan profesional berterusan mereka sehingga menjadi pakar. Perkembangan
professional berterusan mereka adalah proses panjang yang mengambil masa bertahun-tahun.
Walaupun penyelidikan kepakaran adalah meluas, sedikit perhatian telah diberikan kepada
kajian-kajian yang meneroka bagaimana kepakaran berkembang dalam satu tempoh masa
yang panjang dari novis kepada pakar. Kajian kualitatif ini telah menemuduga tujuh orang
pensyarah cemerlang dari Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dapatan dibentangkan dalam
matriks untuk membandingkan persamaan dan perbezaan perjalanan mereka untuk menjadi
pakar. Data tentang bagaimana pengalaman memberi kesan kepada cara-cara pendidik
guru yang cemerlang menyesuaikan diri dan secara berperingkat meningkatkan kemahiran
dan memahami bagaimana perkembangan profesionalisme berterusan berlaku. Kajian ini
memaklumkan bahawa semua peserta penyelidikan memasuki profesion mereka sebagai
guru, menjadi pensyarah di pusat latihan guru, secara beransur-ansur berpindah dari satu
bidang ke bidang yang lain sebelum mereka diiktiraf mengikut kepakaran mereka. Kajian ini
juga memaklumkan bahawa kepakaran para pendidik guru yang cemerlang telah melangkaui
perkongsian mereka di beberapa sektor awam dan selepas persaraan mereka.
Kata kunci: pendidikan profesional berterusan, pensyarah cemerlang, amalan yang
disengajakan.
139
The Excellent Teacher Educator Professional Journey Jurnal Penyelidikan Jilid 17
Most researchers described their professional development as a journey. This metaphor clarify
‘the road taken by teacher educators”, in like manner as teachers who learnt to develop an
identity as teacher educators and later as more experienced teacher educators who learnt
and develop both, from professional activities (Swennen, etc. 2010, p.1).
Adults as the employees take charge of their own journey to development through
planned and unplanned learning opportunities (p202) as the knowledge-based economy
require workers to have higher skills and higher levels of education compared to the past
(Rothwell, et al.,2007, p118). This human process which is supported by motivation to mature
and develop has ability for growth and expansion of human capabilities that undergirds human
capital theory in economics (Swanson & Holton, 2001, p103).
Employees have intrinsic motivation to grow. Behaviorist notion explain that people
grow to seek organizational rewards. Gestalt, behaviorism and cognitive psychological theory
support HRD’s position that humans are capable of reaching for higher potential, justify long
term investment to build expertise (Swanson & Holton, 2001, p104).
McLean and McLean (2001) reviewed various definitions world-wide and offered a global
definition of Human Resource Development:
Human Resource Development is any process or activity that, either initially or
over the long-term, has the potential to develop adults’ work based knowledge,
expertise, productivity, and satisfaction, whether for personal or group/team
gain, or for the benefit of an organization, community, nation, or ultimately
the whole humanity (p1067).
Human Resource Development (HRD) is a process of developing and unleashing
human expertise, with training and development on the developing side and organizational
development on the unleashing side (Swanson & Holton, 2001, p227). Expertise developed
through continuous professional development (CPD) by formal and non-formal learning.
CPD has become important because a higher potion of employees today are professional
(Rothwell, W.J. et al, 2007, p188).
Becoming an accomplished professional, commit a person to persist learning and
acquire knowledge throughout one entire professional life. “Knowledge is socially constructed
and learning is a dynamic activity within the Community of Practice” (RCOE Vision Statement,
1990). This is align with the “communities of practice (CoP)” concept (Lave and Wenger,
1991; Wenger, 1998; Wenger, McDermont & Syder, 2002) which emphasized on the account
of informal learning that exist in workplaces (Nariko, 2001). Learning at workplace is viewed
as the new comer slowly moving from peripheral to full participation. These communities are
important because learning will connect personal development and professional identities of
practitioners.
Continuing Professional Education (CPE) and Continuing Professional Development
(CPD) are used interchangeably to describe the learning among professionals. When these
professionals participate in seminars or short courses, professional associations award what
they describe as CPE or CPD points to their members. However, the term CPE covers a wider
140
Jurnal Penyelidikan Jilid 17 The Excellent Teacher Educator Professional Journey
range of professional development such as mentoring, learning on the job and independent
learning (Hashimah and Shamsudin, 2011). Therefore, the term CPE is used throughout this
study
STATEMENT OF THE PROBLEM
The notion of teacher educators’ professional development has recently gain researchers’
attention. Bates, Swennen & Jones (2011), study on ‘what it means to become and learn
as a teacher educator’. Avalos (2011) and Loughran (2011, 2014) explored into the major
aspects of teaching and learning about teaching. Goodwin et all. (2014) investigated on ‘what
teacher educators should know and able to do’. Goodwin and Oyler (2008), U.S Department
of Education (2011) and Darling-Hammond and Lieberman (2012) were preoccupied with
teacher quality debating on the current situations, how to improve the quality and how to
measure. All these concerns drill down into professional development of the teacher educators
on how they go about teaching and learning to produce quality beginner teacher. However,
all the above concerns professional development, they hardly venture into CPE to become
expert studies.
CPE evolved out of the need for on going learning in the profession. In this study,
the researcher concerned was towards the teacher educator’s CPE by keeping track on
their professional journey since the day they become teacher, move on to becoming teacher
educator, went through their CPE and become expert in teacher education. Most researchers
study on professional expertise of teacher educators explored into the skill of making knowledge
about teaching and learning (Smith, 2005). Promotion at teacher training college requires
greater varieties of criteria (Smith, 2005), but that does not mean excellence in teaching is less
importance. In 2016, teacher educators’ annual performance appraisal at ITEM, percentage
weighting for teaching reduce as the lectures’ grade increased. This showed that a senior
teacher educator has or should already acquire their expertise in teaching. As their service
grade increase, they should play their role as leader in the profession, whether they were in
the management or in the teaching line.
To acquire expertise, expert performance was not reached with less than 10 years
of deliberate practice (Ericsson, K. et al., 1993). This was supported by Dreyfus and Dreyfus
(1986) through their five-stage acquisition model of expertise, by the “Guild” for terminology
development from Hoffman et al. (1995), Sosniak (1985, 1990) which proposed that musician
went through three phases, while Manturzewska (1990) suggested six stages in the same
area. Research has also conceptualized expertise development as a long process that often
takes many years (Papageorgi, I. et. al. 2009). Although expertise research was extensive,
little attention was paid to studies that explore how expertise grew over time (Bereiter &
Scardamalia, 1993) or in the area of occupational expertise (Van der Heijden, 2003) such as
professionals. Studies mentioned above were all looking into the cognitive aspects of how the
expert performed. They were carried out using experimental approaches, not looking into the
path of how novice developed into expert, but by experimenting the novice to carry out tasks
deliberately over 10,000 times before announcing them as expert.
Erickson (2014) a cognitive psychology scientist in his response to criticism of “Why
the expert performance is special and cannot be extrapolated from studies of performance
in the general population”, indicates that he still leads in studies of expert development using
141