untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya yang lain dengan baik dan
sempurna. Tubuh badan yang sihat merupakan keperluan utama untuk melakukan
aktiviti pembangunan insan.
4.2.7.2 Novel Sutera Dalam Lukisan
Seterusnya, analisis ini beralih kepada novel teks KOMSAS iaitu Sutera Dalam
Lukisan (seterusnya SDL) (2010) karya Abd. Talib Hassan. Nilai “Sihat” antaranya
dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang Bujei, seorang
pemuda gelandangan yang hidup kesunyian dan sering dihina. Kehidupan Bujei yang
miskin, tidak terurus menjadikan dia tidak sihat dan emosinya juga tidak stabil. Bujei
diceritakan mengalami kemurungan setelah kematian ayah, ibu serta neneknya. Dia
turut menjadi mangsa ejekan pemuda kampung. Dia diceritakan tinggal di rumah yang
tidak bersih dan tidak terurus. Keadaan ini menjejaskan kesihatannya. Pada masa yang
sama, Bujei turut dilabelkan oleh masyarakat sebagai tidak siuman. Kehadiran Adila
diceritakan mengubah kehidupan Bujei menjadi lebih terurus dan sihat. Adila berjaya
mengubah penampilan diri Bujei serta memberikan kehidupan yang lebih terarah
kepada pemuda itu. Bujei diceritakan mampu mengubah penampilan diri dan akhirnya
diterima oleh penduduk kampung. Inspirasi ini seterusnya dimantapkan dengan
usahanya membersihkan persekitaran rumah dan mengusahakan tanamannya sendiri.
Dengan kata lain, sihat dalam novel ini turut dikaitkan dengan keadaan kekemasan
diri dan persekitaran yang bersih. Justeru, dapat dikatakan bahawa watak Bujei
ditampilkan sebagai seorang insan yang berusaha untuk memperbaiki keadaan diri dari
segi jasmani dan rohani, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan
berikut:
Dia masuk semula ke dalam rumahnya, menanggalkan kelambunya
dan menarik alas tilam yang sebenarnya sudah hilang warna dan
corak asalnya. Digumpalkannya lalu dicampak ke tanah melalui
tingkap. Serba-serbi yang lain, yang suatu ketika dulu menjadi
teman kesunyiannya dipunggahnya keluar. Kemudian dibakar
(Abd. Talib Hassan, 2010: 194).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keupayaan Bujei dalam
memperbaiki kesihatan diri memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas pada
perubahan yang berlaku kepada Bujei. Dia mula menjaga kesihatan dan mengamalkan
kehidupan yang lebih sihat. Bujei akhirnya lebih bersikap positif dan mampu
menyelesaikan masalah kehidupannya dengan baik. Bujei sudah dapat membezakan
kehidupan lampaunya yang tidak terurus. Dengan kesedaran tersebut, dia berupaya
meyakinkan masyarakat bahawa dirinya tidak seperti yang disangkakan. Adalah jelas
bahawa Bujei yang pada awalnya diceritakan mengalami kesunyian setelah kematian
ahli-ahli keluarganya, kini dapat menjalani kehidupan dengan jayanya, sebagaimana
yang digambarkan dalam petikan berikut:
129
Bujei bukan lagi pemuda dungu yang dikenali dulu. Bau hamis,
sama ada daripada baju yang dipakai atau daripada tubuh Bujei,
sudah tiada. Rambut yang sudah kemas bersisir tidak lagi
memburukkan wajahnya. Pakaiannya sudah kemas dan
perlakuannya sudah teratur (Abd. Talib Hassan, 2010: 215).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan keupayaan watak Bujei, diperlihatkan
memberi kebaikan kepada orang kampung. Hal ini jelas pada ceritanya tentang
perubahan Bujei yang menjadi sebutan penduduk kampung. Pada awalnya,
kebanyakan penduduk kampung menyangka Bujei sudah tidak siuman. Akan tetapi,
Bujei membuktikan bahawa dia sihat dan siuman. Malah dia turut memiliki
keistimewaan tersendiri iaitu boleh menyanyi dengan baik. Orang kampung
diceritakan menyesal kerana menghina dan menyisihkan Bujei sebelum ini. Adalah
jelas bahawa cerita memperlihatkan bahawa gaya hidup sihat yang diamalkan Bujei
turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Antara kebaikannya
ialah sikap peduli dan penerimaan masyarakat kampung terhadap Bujei. Mereka tidak
lagi membiarkan kehidupan Bujei sebagai gelandangan malah diceritakan anak-anak
muda tidak lagi membulinya, sebagaimana yang digambarkan melalui petikan berikut:
“Aku pun satu hari nanti nak minta maaf dengan dia. Ujar Kak Som
ikhlas. “Banyak dosa aku dengan dia. Apa taknya, selalu juga aku
mengejek dan menghina dia.”
Bagus begitu,” Adila segera menyokong.” Perhatian lebih ramai
orang akan memudahkan dirinya kembali menjadi manusia biasa
macam kita” (Abd. Talib Hassan, 2010: 240).
Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan kenyataan Zainudin Abu Bakar (2014:
128), yang menjelaskan bahawa pembentukan personaliti yang sihat berupaya
menyesuaikan diri dengan kehidupan yang lebih baik dan berkesan.
4.2.8 Nilai “Kreatif”
Analisis seterusnya dengan meneliti nilai kelapan dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Kreatif.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Kreatif” menurut
kerangka Modal Insan merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam mencetuskan
idea asli yang dapat memberikan manfaat yang baik kepada diri serta masyarakat.
4.2.8.1 Novel Lestari Bukit Menghijau
Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti novel Lestari Bukit Menghijau (seterusnya
LBM) (2010) karya Syed Mahadzir. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Kreatif”
antaranya dimanifestasikan pada ceritanya yang mengisahkan tentang watak Pak Tua,
bekas professor dalam bidang Sintesis Organik. Pak Tua diceritakan berjaya mencipta
130
pelbagai ubat yang mampu merawat pelbagai penyakit dengan menggunakan tumbuh-
tumbuhan. Dia juga diceritakan membuat ubat luka dengan menggunakan tumbuhan
yang terdapat di persekitaran kampung. Menurut Pak Tua, kesejahteraan hidup
manusia juga tergugat sekiranya tumbuhan-tumbuhan dimusnahkan. Hal Ini kerana
dia percaya bahawa setiap ciptaan Allah SWT ada fungsinya. Ini diceritakan oleh Pak
Tua kepada Zahiran, remaja Tingkatan 3 yang turut suka akan alam semula jadi.
Adalah jelas bahawa watak Pak Tua ditampilkan sebagai seorang insan yang kreatif
kerana berupaya mencetus idea baharu, sebagaimana yang antaranya digambarkan
melalui petikan berikut:
Kajian farmakologi membuktikan bahawa tindak balas
inflammatory daun kacang kelor mampu merawat luka. Mudah
sahaja. Tumbuk beberapa helai daun kacang kelor dengan sedikit
minyak masak. Setelah lumat, sapukan pada luka (Abd. Talib
Hassan, 2010: 9).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana cetusan idea kreatif yang dimiliki
oleh Pak Tua itu, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas
apabila Pak Tua diceritakan membeli sebidang tanah di kaki bukit, Bukit Bintangor.
Dia mengambil keputusan untuk tinggal sendirian di Bukit Bintangor setelah kematian
isteri dan anak-anaknya. Di Bukit Bintangor, Pak Tua menanam pelbagai tumbuh-
tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ubat tradisional. Antara tumbuhan yang
ditanam ialah mengkudu, cempaka, seruntun, senduduk, temiang, langkat, terap dan
sekentut. Pak Tua juga diceritakan menunjuk ajar kegunaan tumbuh-tumbuhan untuk
mengatasi masalah penyakit yang dihadapi oleh penduduk kampung. Antaranya,
khasiat pokok Cempaka untuk merawat bisul, Kacang Kelor untuk membersihkan
darah dan pokok bintangor sebagai penawar penyakit AIDS. Hal ini diceritakan telah
menggembirakan dirinya. Adalah jelas bahawa keupayaan intelek Pak Tua
diperlihatkan mampu mencetuskan idea asli yang dapat memberikan manfaat kepada
dirinya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:
“Err…, apakah kebaikan pokok ni, pak cik?” soal Zahiran tercolek
ingin tahu.
“Hah…, kamu nak tahu? Nama saintifiknya michelia alba, cukup
baik untuk buat bisul, kudis dan bronchitis atau radang tengkuk,”
jelas Pak Tua (Abd. Talib Hassan, 2010: 5).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan daya kreatif yang dimiliki Pak Tua itu turut
memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Hal ini jelas pada cerita
tentang kejayaan Pak Tua mencipta penawar merawat penyakit AIDS dengan
menggunakan pokok bintangor. Pak Tua diceritakan telah bekerjasama dengan
beberapa orang pakar botani dari University of Illinois. Mereka terdiri daripada
Profesor Albert dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat (NCT) dan Dr.
Gine dari Arnorld Aroretum Research. Penemuan baharu penawar AIDS merupakan
usaha kreatif Pak Tua dan rakan-rakan menunjukkan (+)-calanolide A, iaitu sejenis
bahan bukan nucleoside yang terdapat dalam pokok bintangor dapat memberi tindak
131
balas berbalik kepada enzim perencat. Enzim perencat ini bertindak aktif terhadap
virus HIV-1, yang menyebabkan AIDS. Dengan daya kreatif, Pak Tua diceritakan
berjaya mencetuskan idea baharu untuk mengatasi masalah AIDS yang melanda
dunia. Cerita memperlihatkan bagaimana idea asli yang dimiliki oleh Pak Tua turut
memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
“Kajian in Vitro yang telah kami jalankan menunjukkan (+)-
calanolide A, sejenis bahan bukan nucleoside memberikan tindak
balas berbalik kepada enzim perencat atau transcriptase (NNRTI),”
Pak Tua meneruskan.
“Bahan ini bertindak aktif terhadap virus HIV-1 termasuk strain
yang rintang terhadap ubat-ubatan seperti azt, nevirapine dan
pelbagai NNRTIs” (Abd. Talib Hassan, 2010: 105).
Hasil kajian ini juga selaras dengan kajian Mohd Azhar Abd Hamid, Mohd Nasir
Markom dan Othman A.Kassim (2016: 49), menjelaskan bahawa pemikiran kreatif
memberi wawasan baharu dalam usaha memperoleh alternatif untuk sesuatu
penyelesaian masalah. Kebiasaannya idea kreatif hadir secara spontan dan tidak
diduga.
4.2.8.2 Novel Konserto Terakhir
Seterusnya, analisis beralih meneliti novel Konserto Terakhir (seterusnya KT) (2012)
karya Abdullah Hussain. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Kreatif” antaranya
dimanifestasikan menerusi ceritanya tentang daya kreatif watak Hilmi yang berjaya
menggubah ratusan lagu yang diminati ramai. Hilmi mampu mencetus idea asli
menerusi lagu-lagu yang digubahnya. Kebolehannya mencipta lagu memperlihatkan
bahawa Hilmi seorang yang kreatif. Dengan daya kreatif yang dimiliki Hilmi, dia
diceritakan memanfaatkan persekitaran seperti alam sebagai sumber inspirasi. Hilmi
diceritakan merasakan objek alam saling berkait dengan naluri hidupnya yang dilanda
keresahan akibat keretakan rumah tangga bersama Azizah. Kebanyakan lagu yang
digubah oleh Hilmi adalah hasil cetusan kreatifnya dengan alam, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
Dia akan berjalan-jalan di kebun bunga itu sampai matahari terbit.
Daripada embun yang masih terkulai di hujung rumput atau masih
bertakung di kelopak bunga, dia akan mendapat ilham untuk lagu
lagi. Daripada sinar lembut matahari yang baru muncul dari kaki
langit di sebelah timur dia akan dapat ilham lain (Abdullah Hussain,
2012: 279).
Daya kreatif yang ada pada Hilmi menjadi faktor yang membezakan dirinya dengan
individu lain. Antaranya, Hilmi turut berjaya mencipta sebuah lagu berjudul
132
‘Seniman’ yang ditujukan khas kepada Pak Bakar, berdasarkan pengalaman hidupnya
dengan Pak Bakar. Lagu ini diciptanya ketika dalam kapal terbang semasa perjalanan
pulang dari Kelantan. Adalah jelas bahawa Hilmi ditampilkan sebagai seorang insan
yang kreatif kerana keupayaan inteleknya yang diceritakan mampu mencetus idea asli,
sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:
Hilmi mencapai kotak kertas untuk mengisi muntah orang yang
mabuk dalam penerbangan yang terletak di dalam poket di belakang
tempat duduk di depannya dan mulai mencoret-coret nada-nada
muzik. Emosi dan sentimennya ketika itu meluap-luap datang dan
dia tidak dapat menahan perasaan, beberapa titik air hangat bertitik
jatuh menimpa tulisannya. Tulisannya itu kembang dan bertompok-
tompok. Tetapi dia terus juga menulis dan sambil menggumam di
dalam mulutnya. Ketika kapal terbang mendarat di Lapangan
Terbang Subang dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang
diberikan nama ‘Seniman’ (Abdullah Hussain, 2012: 284).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana pemikiran kreatif yang dimiliki
oleh Hilmi itu memberikan kebaikan kepada dirinya. Dia diceritakan memiliki daya
kreatif kerana sentiasa melihat sesuatu dengan pandangan yang jauh ke hadapan.
Bakatnya dalam penciptaan lagu menjadi manifestasi bahawa dia memiliki daya
kreatif. Dia berjaya mencipta gubahan lagu yang menjadi kegemaran pendengar.
Antaranya lagu bertajuk ‘Cinta dan Tangis’ yang tercetus hasil dari lamunan
mimpinya, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan berikut:
Hilmi pun bangun menulisnya dan kemudian mencuba dengan
biolanya. Lagu sentimental yang berhawa panas itu diberikan nama
‘Cinta dan Tangis’ dan dua hari kemudian setelah siap seni katanya
dia lalu menyerahkan lagu itu kepada seorang penyanyi pop untuk
dinyanyikannya (Abdullah Hussain, 2012: 277).
Keupayaan intelek yang dimiliki oleh Hilmi, turut memberikan kebaikan kepada
dirinya. Umpamanya, orkestra pimpinan Hilmi diceritakan menang tiga tahun
berturut-turut dalam Pesta Muzik Tahunan yang dianjurkan RTM. Hilmi turut
diberikan kesempatan bergabung dengan orkestra RTM dalam Pertunjukan Orkes
Perdana. Pertunjukan ini diceritakan sama taraf dengan persembahan diraja atau royal
performance bagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:
Hilmi tahu ini adalah pertunjukan yang paling besar yang sama
tarafnya dengan Royal Performance yang biasa didengarnya
berlaku di England, maka dia pun bekerja keras menyusun satu
susunan yang akan menjadi masterpiece [mahakarya] ciptaannya
dalam dunia muzik tanah airnya (Abdullah Hussain, 2012: 284).
133
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana nilai “Kreatif” yang dimiliki oleh
Hilmi, turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Antaranya, lagu-
lagu ciptaan Hilmi sering mendapat permintaan penyanyi dan sangat diminati ramai,
sebagaimana yang antaranya digambarkan dalam petikan berikut:
“Para penyanyi berbaris untuk giliran lagu masing-masing.
Penyanyi yang beruntung akan dapat menerima lagunya dalam
masa dua atau tiga hari sahaja” (Abdullah Hussain, 2012: 280).
Hasil kajian ini juga selaras dengan kajian Jefridin Atan, Muhammad Hilmi Jalil dan
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai (2017: 208), menjelaskan dalam membangunkan
modal insan, anak muda perlu dibentuk dengan kebolehan mencipta peluang baharu,
menyelesaikan masalah dan berupaya untuk berfikir secara kreatif.
4.2.9 Nilai “Inovatif”
Analisis seterusnya dengan meneliti nilai kesembilan dalam rangka Modal Insan, iaitu
“Inovatif.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Inovatif”
menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam
menjana pembaharuan terhadap idea asli yang sedia tercetus, untuk memberikan
manfaat baik kepada diri serta masyarakat.
4.2.9.1 Novel Wira Persona Avatari
Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti novel teks KOMSAS, berjudul Wira
Persona Avatari (seterusnya WPA) (2010) karya Ahmad Zaki Abu Bakar. Novel ini
dipilih sebagai teks KOMSAS bagi tahun 2010 untuk kegunaan murid Tingkatan 2.
Analisis ini mendapati bahawa nilai “Inovatif” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang mengisahkan tentang watak Adeen, remaja yang berusia lapan belas
tahun. Dia merupakan anak kepada Profesor Zakri. Watak Adeen diceritakan
menuntut di Kolej Khas di Koridor Raya Multimedia dalam jurusan kejuruteraan
komputer. Dia diceritakan merupakan seorang pelajar yang mempunyai intellectual
quotient (IQ) yang tinggi. Hal ini jelas apabila dia diceritakan memiliki daya inovatif
dalam bidang pengkomputeran kerana dapat mencipta papan litar induk dengan
menggunakan cip MIMOS. Adeen turut menambah baik komputer Avatari iaitu
inovasinya yang membolehkan komputer Avatari dapat melakukan pemprosesan lebih
pantas. Selain itu, Adeen juga mengubah suai CPU (Central Processing Unit) Voltra
komputer Avatari Ho Shao Long dengan menggunakan cip Alif yang dihasilkan oleh
MIMOS. Dia juga merupakan seorang pengaturcaraan komputer yang cekap dan
berjaya mengarang atur cara Cracker. Kemampuannya mengatur cara semula
komputer diceritakan telah memberi kejayaan kepada pasukannya dalam Pertandingan
Avatari Kesepuluh. Adalah jelas bahawa Adeen ditampilkan sebagai seorang insan
inovatif kerana berupaya menjana pembaharuan terhadap idea asli, sebagaimana yang
antaranya digambarkan melalui petikan berikut:
134
Dia bertindak segera melancarkan atur cara Cracker yang
terkandung dalam cakera tersebut. ….Atur cara itu bertindak pantas
dengan mencuba selari 64 percubaan serentak. Selepas satu minit
berlalu, kod laluan 32 digit yang rumit itu telah berjaya ditemukan.
“Hah … kan aku dah kata Cracker aku lebih hebat!” kata Adeen
(Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 171-172).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana daya inovatif yang dimiliki oleh
Adeen itu turut memberikan kebaikan Pasukan Zamrud 11 dan Malaysia. Adeen
diceritakan telah menggunakan prototaip cip Alif oleh pihak MIMOS Berhad untuk
membantu pasukannya menjuarai Pertandingan Avatari Kesepuluh. Cip-cip
mikroelektronik tersebut diuji dan seterusnya dijadikan produk. Adeen diceritakan
berjaya membina sebuah papan litar induk dengan menggunakan cip Alif tersebut.
Ciptaan ini membolehkan pasukannya bersaing dengan pasukan-pasukan lain dari
pelbagai negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Indonesia, China
dan United Kingdom. Lebih penting lagi, daya inovatif Adeen membolehkan
komputer Avatari milik Pasukan Zamrud 11 menjadi komputer yang mempunyai
kelajuan 100 giga hertz dengan ingatan RAM (Random Access Memory) yang lebih
besar. Daya inovatif Adeen turut menarik perhatian Ho Shao Long, pengurus pusat
permainan video yang kagum dengan kehebatannya. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan daya inovatif Adeen itu, turut memberikan kebaikan kepada ahli
pasukan dan negara, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam dua petikan
berikut:
“Cip Voltra tu memang hebat, tapi ada cip baharu yang lebih hebat.”
“Eh, awak seriuskah Adeen?”
“Serius, pak cik. Saya sebenarnya menggunakan prototaip cip Alif
yang baharu dihasilkan oleh MIMOS Berhad. Pak Cik tentu sudah
dengar tentang kehebatan cip itu yang berkelajuan 100 giga hertz
(Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 69).
Saya pun dah berjaya membina papan litar induk menggunakan cip
MIMOS tu. Tapi, saya tak tahu apa-apa kesannya kalau digunakan
dalam komputer Avatari ini” (Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 69-
70).
Hasil kajian ini juga selaras dengan pernyataan Max Mckeown (2014: 5), inovasi ialah
cara menghasilkan idea-idea baru yang boleh menyelesaikan masalah lama dengan
idea-idea baru atau menyelesaikan masalah baru dengan idea-idea lama yang
digunakan dalam cara yang berbeza.
4.2.9.2 Novel Konserto Terakhir
Seterusnya, analisis ini beralih kepada novel Konserto Terakhir (seterusnya KT)
(2012) karya Abdullah Hussain. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Inovatif”
135
antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan watak Hilmi yang
memiliki kebijaksanaan dengan penghasilan idea baharu dalam bidang muzik. Beliau
diceritakan mampu memainkan pelbagai alat muzik, termasuk menggubah lagu,
menulis lirik, menyanyikan lagu serta memimpin orkestra. Dia diceritakan memiliki
daya inovatif yang mampu menghasilkan satu ciptaan baharu dalam dunia muzik.
Umpamanya, Hilmi mencipta lagu “Sebuah Intermeso” dan diceritakan mendapat
sambutan yang hebat daripada hadirin. Mereka diceritakan terpesona dengan gubahan
lagu Hilmi Itu. Adalah jelas bahawa Hilmi ditampilkan sebagai seorang insan yang
mempunyai daya inovatif dalam berkarya, sebagaimana yang digambarkan melalui
petikan berikut:
Dia sendiri yang membuat seni katanya. Dia mulai terasa bahawa
menggubah lagu-lagu itu sebagai satu isi yang ditugaskan oleh
Tuhan kepadanya. Lagu-lagu itu ialah ‘dakwah’ yang
memperlihatkan kebesaran Tuhan dan kasih sayang kepada
makhluknya kerana lagu dapat membentuk peribadi seseorang itu
menjadi halus, sebab ia adalah santapan rohani dan jasmani melalui
lagu semangat kebangsaan dapat dihidupkan (Abdullah Hussain,
2012: 278).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana daya inovatif yang dimiliki Hilmi
memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas pada cerita tentang Hilmi
dikurniakan anugerah ‘Seniman Agung’. Hilmi turut diceritakan menubuhkan kugiran
(kumpulan gitar rancak) yang diberi nama “Kugiran Dahlia” yang mendapat sambutan
dalam kalangan remaja pada ketika itu. Pada setiap malam sebaik sahaja pulang dari
bekerja, dia duduk di hadapan pianonya dan menggubah lagu-lagu baharu. Antara
lagu-lagu ciptaannya yang terkenal ialah “Balada Kasih”, “Cinta dan Tangis” dan
“Perpisahan”. Semua lagu ciptaannya ada kaitan dengan kisah hidupnya.
Umpamanya, lagu “Perpisahan” dicipta khas untuk Haryati, manakala lagu “Balada
Kasih” pula ditujukan khas untuk isterinya, Azizah dan anak kesayangan. Kesemua
lagu ciptaannya mendapat sambutan daripada pendengar. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana daya inovatif yang dimiliki oleh Hilmi memberikan
kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:
Encik Bakar lalu memainkan semula. “Itu cuba dengan baik-baik.
Gambaran dua orang kekasih yang akan berpisah. Deru motokar
yang lewat di tempat pertemuan mereka, hembusan angin, desiran
daun di tempat mereka duduk, percakapan, esakan tangis, jabatan
tangan, lambaian, deru angin kapal terbang dan baru kesan
perpisahan itu kepada yang tinggal. Cukup baik lagu ini. Syabas
Hilmi. Sekali lagi kau menempa sejarah” (Abdullah Hussain, 2012:
259-260).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana daya inovatif yang dimiliki Hilmi
turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Hal ini jelas pada cerita
136
tentang pencapaian Hilmi dalam Festival Muzik di Tokyo kemudiannya
mengharumkan nama negara. Kejayaannya dalam dunia muzik membolehkan Hilmi
diberikan peluang untuk membuat satu persembahan besar yang dihadiri oleh
pemimpin besar negara. Dia diberikan pengiktirafan atas persembahan Pertunjukan
Orkes Perdana yang dianggap paling hebat pernah dianjurkan oleh RTM. Cerita
memperlihatkan bagaimana daya inovatif Hilmi turut memberikan kebaikan kepada
masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:
Beberapa buah lagu gubahannya kini telah sampai ke gelanggang
internasional bermula daripada hadiah yang dimenanginya dalam
Festival Muzik di Tokyo tahun lalu. Tuan-tuan dan puan-puan yang
kami muliakan. Siapakah antara kita yang tidak terpesona
mendengar ‘Sebuah Intermeso?..., “Nah, tuan-tuan dan puan-puan
inilah dia ‘Hilmi Potpuri’!” (Abdullah Hussain, 2012: 305-306).
4.2.10 Nilai “Patriotik”
Analisis seterusnya ialah meneliti nilai kesepuluh dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Patriotik.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Patriotik”
menurut kerangka Modal Insan dapat dirumuskan merujuk kepada keperibadian insan
yang cinta, setia dan sedia berkorban diri demi kebaikan serta kedaulatan tanah airnya.
4.2.10.1 Novel Istana Menanti
Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti novel yang menjadi teks KOMSAS iaitu
Istana Menanti (seterusnya IM) (2010) karya Abd Latip Talib. Novel ini dipilih
sebagai teks KOMSAS pada tahun 2010 untuk kegunaan murid Tingkatan 1. Analisis
ini mendapati bahawa nilai “Patriotik” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya
yang mengisahkan tentang tiga watak utama yang terdiri daripada Fadhil, Ah Seng
dan Ramasamy. Mereka berpendapat bahawa sejarah tanah air perlu dikaji bagi
menghargai jasa tokoh pejuang bangsa yang telah memerdekakan negara. Mereka
diceritakan bertemu dengan Tuk Ngah, seorang lelaki tua yang berpengalaman luas
tentang selok-belok puncak Gunung Datuk di Negeri Sembilan. Pertemuan ini
didorong oleh keinginan mereka untuk mengetahui tentang sejarah lama Istana
Menanti. Istana Menanti merupakan istana yang pertama di Negeri Sembilan dan
mempunyai kaitan dengan kehadiran orang Minangkabau ke negeri tersebut. Mereka
diceritakan sedia meredah hutan tebal Gunung Datuk kerana ingin melihat sendiri
Istana Menanti. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh tiga remaja tersebut
menyebabkan Tuk Ngah turut sama mendaki Gunung Datuk, walaupun usianya sudah
tua. Adalah jelas bahawa watak-watak ini memanifestasikan semangat cinta akan
negara dan bangga untuk memulihara khazanah negara, sebagaimana yang antaranya
digambarkan melalui petikan berikut:
137
“Aku rasa tidak sabar lagi untuk melihatnya. Sesungguhnya, istana
lama itu banyak meninggalkan kesan sejarah. Istana itu ada kaitan
dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke Negeri
Sembilan, kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis, penaklukan
Jepun di Tanah Melayu dan penjajahan orang Inggeris di negara
kita,” kata Ah Seng pula (Abd Latip Talib, 2010: 15).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat patriotik yang dimiliki
oleh watak Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy, kemudiannya memberikan kebaikan
kepada mereka. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan mereka berhadapan dengan
penjenayah ketika terperangkap di bawah Istana Menanti. Pada awalnya, tujuan
mereka sekadar untuk melihat Istana Menanti akan tetapi kemudiannya bertembung
dengan penjenayah. Novel menceritakan bagaimana Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
berhadapan dengan cabaran yang membahayakan nyawa kerana penjenayah memiliki
senjata, senapang patah dan pistol. Mereka juga cuba meyakinkan penjenayah bahawa
negara telah merdeka dan mereka tidak boleh dipaksa untuk menggali tanah bagi
mencari harta yang dipercayai ditanam sejak 40 tahun dahulu, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
“Kami bukannya buruh paksa. Cukuplah kalau nenek moyang kita
dulu yang menjadi buruh paksa. Mereka disuruh membina Jalan
Kereta Api Maut di Burma oleh tentera Jepun. Tetapi janganlah
nasib kami seperti mereka,” rungut Fadhil pula (Abd Latip Talib,
2010: 91).
Begitu juga cerita bagaimana kejayaan mereka mempertahankan diri tanpa sebarang
kecederaan. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy diceritakan mempamerkan keberanian
berhadapan dengan penjenayah yang sememangnya dikehendaki polis. Mereka juga
menunjukkan semangat setia kawan dan rela berkorban untuk mempertahankan diri.
Selain itu, Khairil (mahasiswa Universiti Putra Malaysia) yang turut terperangkap
bersama Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy turut menunjukkan keberanian dan semangat
setia kawan dalam usaha membebaskan diri daripada penjenayah. Adalah jelas
bahawa cerita memperlihatkan bagaimana semangat patriotik dan setia kawan yang
dimiliki oleh Khairil, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy menyelamatkan mereka
daripada penjenayah yang bersenjata. Hal ini memberikan kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan di bawah:
Ah Seng segera mendapatkan mereka.
“Saya selamat. Bagaimana pula dengan kamu?” Tanya Ah Seng
“Kita sama-sama dalam bahaya,” bisik Khairil. “Kepala kau
berdarah. Nanti abang balut dengan baju ni.”
Khairil menanggalkan bajunya lalu membalut bahagian kepala Ah
Seng yang luka (Abd Latip Talib: 77).
138
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana semangat patriotik tiga watak
remaja tersebut turut memberikan kebaikan kepada negara. Novel memperlihatkan
daya usaha mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara. Mereka diceritakan
selamat keluar dari Istana Menanti tanpa sebarang kecederaan. Kejayaan mereka
sangat bermakna kerana pihak polis sememangnya ingin menangkap penjenayah
tersebut. Kejayaan menumpaskan penjenayah dan penemuan harta yang tertanam di
Istana Menanti merupakan satu kebanggaan negara. Sekiranya penjenayah berjaya
membawa harta yang bernilai jutaan ringgit itu, diceritakan mereka bercadang untuk
membiayai kegiatan yang dirancang untuk menghuru-harakan negara. Adalah jelas
bahawa cerita memperlihatkan bahawa semangat patriotik yang dimiliki oleh watak-
watak tersebut memberikan kebaikan kepada negara, sebagaimana yang dinyatakan
dalam petikan berikut:
Menurut ketua polis itu lagi, kelima-lima lelaki tersebut merupakan
pengganas yang paling dikehendaki oleh pihak polis kerana mereka
terlibat dalam beberapa kegiatan jenayah di negara ini.
“Mereka bercadang menggunakan harta tersebut untuk membiayai
kegiatan pengganas yang ingin membuat huru hara di negara kita,”
kata ketua polis (Abd Latip Talib, 2010: 104-105).
Hasil kajian ini didapati selaras dengan kajian Ahmad Ali Seman, et al. (2017: 271)
yang menegaskan bahawa nilai patriotik merupakan sebahagian daripada nilai yang
boleh menyumbang kepada pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Kekurangan penghayatan terhadap nilai patriotik akan
menyebabkan murid menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial (Ahmad Ali
Seman et al., 2017: 271).
4.2.10.2 Novel Wira Pesona Avatari
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel yang menjadi teks KOMSAS
iaitu Wira Pesona Avatari (seterusnya WPA) (2010) karya Ahmad Zaki Abu Bakar.
Analisis ini mendapati bahawa nilai “Patriotik” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang mengisahkan tentang Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.
Pasukan Zamrud II terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline dan Anjali, remaja
yang berusia antara dua belas tahun hingga lapan belas tahun. Semua ahli dalam
Pasukan Zamrud II terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu, Cina dan India.
Pasukan Zamrud II turut bertarung dengan pasukan dari Australia, Amerika Syarikat,
Jepun, Rusia, Indonesia, China dan United Kingdom. Mereka diceritakan saling
bekerjasama dan berusaha untuk memastikan kemenangan demi maruah negara.
Berkat kerjasama dan semangat cintakan tanah air, mereka berjaya menjuarai
pertandingan Avatari dan membolot hadiah bernilai satu juta ringgit. Justeru, dapat
dikatakan bahawa ahli-ahli Pasukan Zamrud II ditampilkan sebagai insan yang cinta,
setia dan sedia berkorban diri demi maruah tanah airnya, sebagaimana yang
digambarkan melalui petikan berikut:
139
“Sekejap lagi pertandingan akan dimulakan. Baik awak semua
bersiap.”
“Ya, betul tu,” kata Anas. “Marilah cepat kita sarungkan baju realiti
maya kita. Tinggal kita sahaja untuk mewakili Malaysia dalam
pertandingan akhir ini. Kita tidak boleh menghampakan rakyat
Malaysia yang mengharapkan kita membawa balik piala Avatari”
(Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 154-155).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat patriotik yang dimiliki
oleh watak-watak tersebut memberikan kebaikan kepada diri mereka. Dengan
semangat juang yang tinggi serta kerjasama berpasukan, ahli-ahli Pasukan Zamrud II
berjaya menggagalkan usaha pasukan lain untuk mengubah sejarah dunia dan
mempertahankan agama Islam dalam alam ruang siber. Demi menjaga maruah agama
dan negara, Pasukan Zamrud II diceritakan berjaya menghalang pasukan negara lain
daripada terus mara. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana semangat
patriotik yang dimiliki oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II telah memberikan kebaikan
kepada diri mereka, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan
berikut:
Sekiranya mereka berjaya melaksanakan pelan jahat mereka, pihak
Yahudi bukan sahaja memenangi pertandingan Avatari, tetapi juga
mendapat kemenangan moral terhadap Islam. Saya tidak boleh
benarkan keadaan itu berlaku… Adakah awak faham pendirian saya
sekarang?”
“Ya, sekarang saya faham,” jawab Pauline.” Sebagai warganegara
Malaysia, saya amat menghargai kebebasan beragama yang
diamalkan oleh negara kita” (Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 166).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana semangat patriotik ahli-ahli
Pasukan Zamrud II turut memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini jelas pada cerita
tentang kejayaan Pasukan Zamrud II hasil kerjasama dan semangat juang yang tinggi.
Mereka saling bekerjasama memberi sokongan kewangan, tenaga, masa dan moral
bagi membolehkan Pasukan Zamrud II mencapai kejayaan. Selain itu, kejayaan
Pasukan Zamrud II dapat membuktikan bahawa remaja Malaysia juga bijak dan
berbakat dalam bidang pengkomputeran. Dengan semangat patriotik yang tinggi
mereka diceritakan berjuang untuk memenangi pertandingan antarabangsa itu dan
berusaha menaikkan nama negara. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana semangat patriotik yang dimiliki oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II telah
memberikan kebaikan kepada negara, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam
dua petikan berikut:
“Syabas Anas, tindakan gila awak itu berjaya,” kata Adeen memuji
keberanian Anas. “Sekarang biar saya pula yang beraksi. Awak
semua jangan leka pula. Saya pasti pasukan lain akan datang
menyerang sebentar lagi” (Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 170 ).
140
… Malaysia rupanya mempunyai ramai remaja yang bijak dan
berbakat. Mereka wajar menang dan mendapat habuan satu juta
ringgit yang ditawarkan (Ahmad Zaki Abu Bakar, 2010: 182).
4.2.10.3 Novel Kabus di Perbukitan
Seterusnya, analisis ini beralih kepada iaitu novel Kabus di Perbukitan (seterusnya
KDP) (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah. Analisis ini mendapati bahawa nilai
“Patriotik” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang
kehidupan watak Faridah, seorang wanita yang menetap lebih 25 tahun di New
Zealand. Faridah diceritakan menghabiskan seluruh kehidupannya di New Zealand
bersama-sama dengan suami tercinta dan sepasang anak kembar mereka. Dia
diceritakan pernah menyatakan hasrat dan bertekad untuk kembali menetap di
Malaysia, yang dianggap menyimpan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Dapat
dikatakan bahawa Faridah tampil sebagai seorang insan yang bersemangat patriotik
kerana memiliki jati diri dan cinta akan tanah airnya, sebagaimana yang digambarkan
melalui dua petikan berikut:
Jauh di sudut hatinya dia amat merindui Semenanjung yang tetap
menjadi tanah tumpah darahnya, atau lebih dekat dengan istilah
tanah tumpah air matanya (Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 121).
Saya masih lagi rakyat Malaysia, kerakyatan itu akan tetap saya
pegang sampai bila-bila,” kata Faridah panjang lebar (Mohamad
Kholid Hamzah, 2010: 220).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat patriotik yang tertanam
dalam jiwa Faridah, memberikan kebaikan kepada dirinya. Semangat cinta akan tanah
air diceritakan tidak pernah pudar dalam jiwanya. Dia diceritakan tetap mengamalkan
cara kehidupan masyarakat Melayu. Umpamanya, dia masih gemar masakan Melayu
seperti kari ayam yang turut menjadi makanan kegemaran anaknya, Anne. Faridah
juga diceritakan mengenakan pakaian baju kurung yang ditempah di Jalan Tuanku
Abdul Rahman. Dia turut mendengar lagu-lagu Melayu di internet. Kesemua cerita ini
memperlihatkan bahawa Faridah masih mengekalkan jati diri dan tidak lupa akan
identitinya. Cerita memperlihatkan bagaimana semangat patriotik yang dimiliki oleh
Faridah memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang diceritakan dalam
dua petikan berikut:
Sudah mama. Hujung minggu ini kita masak kari kegemaran mama,
boleh? Sudah lama Anne tidak merasai kari ayam mama, Pinta
Anne. (Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 121).
Dia memakai skarf, berbaju kurung yang ditempah di Jalan Tuanku
Abdul Rahman sebaik sahaja tiba kembali ke Malaysia (Mohamad
Kholid Hamzah, 2010: 205).
141
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana semangat patriotik Faridah turut
memberikan kebaikan kepada keluarganya. Hal ini jelas pada cerita tentang dia
mengahwinkan anak gadisnya, Anne dengan Zain, anak teruna Datuk Azrul. Novel
menceritakan bagaimana perkahwinan Anne dan Zain menambahkan kerinduannya
pada tanah air. Perkahwinan ini diceritakan telah merapat kembali ikatan kekeluargaan
kerana ayah Zain, Datuk Azrul sekampung dengan Faridah. Ikatan perkahwinan ini
membawa Faridah dan suaminya kembali menetap ke Malaysia. Adalah jelas bahawa
cerita memperlihatkan semangat patriotik Faridah turut memberikan kebaikan kepada
ahli keluarganya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:
…berjanji pada tanah ini, susur galur-akar tunjang keturunan akan
teguh. Sebagaimana dia yang telah pulang dan kembali membina
jati diri bangsa di tanah air ini. Begitulah juga anak cucunya akan
diamanatkan sebaik mungkin (Mohamad Kholid Hamzah, 2010:
254).
4.2.11 Nilai “Keadilan”
Analisis seterusnya ialah meneliti nilai kesebelas dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Keadilan.” Sebagaimana yang dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Keadilan” menurut
kerangka Modal Insan merujuk kepada keperibadian insan yang tahu serta berani
menegak kebenaran dan menentang kezaliman.
4.2.11.1 Novel Renyah
Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti novel Renyah (2010) karya Gunawan
Mahmood. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Keadilan” antaranya
dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang Datuk Dolhi, seorang
tokoh korporat dan bapa kepada lima orang anak. Datuk Dolhi merupakan seorang
usahawan berjaya yang memiliki empayar perniagaan sendiri, iaitu Dolhi-Albert
Holding. Dia diceritakan kecewa dengan anak-anaknya yang tidak berminat untuk
meneruskan legasi perniagaannya. Dia juga berharap anak-anaknya lebih berjaya
dengan haluan masing-masing. Untuk berlaku adil kepada anak-anaknya, dia akhirnya
membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada anak-anaknya.
Tindakannya bertujuan untuk mendidik anak-anaknya supaya tidak terlalu selesa
dengan kemewahan yang sedia ada. Dapat dikatakan bahawa Datuk Dolhi dalam
Renyah ditampilkan sebagai seorang yang adil dan berani menyatakan yang salah dan
benar, sebagaimana yang digambarkan melalui petikan berikut:
“Mana aku boleh keluar duit selalu?”
“Duit sendiri pun tak boleh?”
“Walaupun di syarikat itu aku berkuasa, aku juga menerima gaji.
Bukan boleh aku pakai duit sewenang-wenangnya” (Gunawan
Mahmood, 2010: 59).
142
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana Datuk Dolhi menunjukkan
keadilan terhadap karenah anak-anaknya, yang sekali gus memberikan kebaikan
kepada dirinya. Datuk Dolhi tidak mahu terus kecewa dengan tindakan anak-anaknya
yang akhirnya akan memudaratkan dirinya sendiri. Hal ini jelas apabila Datuk Dolhi
membiarkan anak-anaknya memilih haluan kerjaya masing-masing. Semua anaknya
diberikan pelajaran hingga ke universiti. Datuk Dolhi akhirnya telah mengambil
keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Wahi untuk mengurus empayar
perniagaannya. Satu-satu waris yang menunjukkan minat untuk meneruskan
legasinya. Wahi merupakan anak kandungnya bersama isteri kedua, Mastura yang
telah meninggal dunia. Sebagai seorang ayah yang adil, tanpa pengetahuan Wahi, dia
telah menanggung segala perbelanjaan untuk membesarkan Wahi sehingga anaknya
itu melanjutkan pelajaran ke universiti. Dia juga tidak membezakan Wahi dengan
anak-anaknya dengan Datin Tominah, iaitu isteri pertamanya. Adalah jelas bahawa
cerita memperlihatkan bagaimana nilai “Keadilan” yang dimanifestasikan menerusi
watak Datuk Dolhi, memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang
antaranya digambarkan melalui petikan berikut:
Petang itu Datuk Dolhi mencari ketenangan sambil membilang satu
persatu nama anaknya. Dia membayangkan masa hadapan Hasnol,
Ilham, Amera, Mukhlis dan Dani. Kemudian dia memikirkan hal
Wahi. Kesemua mereka warisnya yang berpotensi, diberikan
pendidikan hingga ke institut pengajian tinggi (Gunawan
Mahmood, 2010: 215).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan juga bagaimana sifat keadilan yang dimiliki
oleh Datuk Dolhi itu turut memberikan kebaikan kepada ahli keluarganya. Hal ini jelas
pada tindakan Datuk Dolhi mengambil keputusan membiarkan anak-anaknya untuk
memilih haluan sendiri, akhirnya memberi kesedaran kepada anak-anaknya kembali
ke pangkuannya. Umpamanya, Hasnol (anak sulung Datuk Dolhi) bersedia ditangkap
oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba dari London atas tuduhan menerima rasuah.
Hasnol yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik telah menyalah guna
kuasa dengan meluluskan tender projek kerajaan yang disertai oleh syarikat milik
Tengku Munir. Hasnol kemudiannya telah diikat jamin oleh Datuk Dolhi. Hasnol
kesal atas perbuatannya. Begitu juga penangkapan ke atas Dani (anak kedua) kerana
mengambil dadah. Dani kemudiannya dihantar oleh Datuk Dolhi ke pusat pemulihan.
Begitu juga, Ilham (anak ketiga) seorang aktivis alam sekitar yang menentang
pembalakan di Sarawak, menyebabkan tender-tender syarikat Datuk Dolhi ditarik
balik. Manakala Mukhlis (anak keempat) dirawat di hospital akibat kemalangan
setelah dikatakan tidak siuman. Mukhlis diceritakan terikut-ikut dengan kumpulan
agama yang dikatakan mengamalkan ajaran songsang. Dia kemudiannya dimasukkan
ke pusat rawatan mental. Semua kejadian tersebut diceritakan telah memberi
kesedaran kepada anak-anaknya supaya lebih bertanggungjawab. Walaupun apa yang
telah berlaku, Datuk Dolhi akhirnya tidak mahu menzalimi anak-anak dan sebaliknya
mengambil keputusan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah,
sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam tiga petikan berikut:
143
Hasnol dibebaskan dengan jaminan. Demi masa depan anaknya itu,
Datuk Dolhi terpaksa menjaminnya (Gunawan Mahmood, 2010:
206).
Untuk Dani pula, Datuk Dolhi memutuskan untuk menghantarnya
ke pusat pemulihan… (Gunawan Mahmood, 2010: 211).
Mukhlis mulai beransur pulih. Kecederaan yang dialaminya
semakin sembuh. Menurut doktor, selepas fizikalnya pulih, Mukhlis
mesti dihantar ke pusat rawatan mental (Gunawan Mahmood, 2010:
211).
4.2.12 Nilai “Cekal”
Analisis seterusnya ialah meneliti nilai kedua belas dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Cekal.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, “Cekal” menurut
kerangka Modal Insan merujuk kepada keperibadian insan yang tetap hati, teguh dan
tekal dalam menghadapi cabaran demi kebaikan diri serta masyarakat.
4.2.12.1 Novel Hikmah
Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul
Hikmah (2010) karya Mohd. Faris Ikmal. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Cekal”
antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya melalui watak ibu Amri yang hidup
miskin dan sengsara. Novel menceritakan bagaimana, ibunya sering kali dipukul oleh
ayah Amri, seorang lelaki yang panas baran, kaki judi, kaki pukul dan terlibat dengan
dadah. Ibu Amri diceritakan tetap cekal, dan menunjukkan sifat hormatnya terhadap
seorang suami. Amri tersentuh melihat kecekalan ibunya itu, Justeru, dapat dikatakan
bahawa ibu Amri ditampilkan sebagai seorang insan yang cekal, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
“Sudahlah Amri. Emak tidak apa-apa. Luka sedikit sahaja. Bukan
ayah yang buat begini. Emak yang terhantuk ketika cuba
menghalang ayah mengambil barang kemas yang ada di dalam
lipatan kain baju. Barang itu ialah warisan daripada nenek kamu,”
kata emaknya cuba menenangkan Amri (Mohd. Faris Ikmal, 2010:
49).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana kecekalan ibu Amri, kemudiannya
memberikan kebaikan kepada dirinya. Dengan semangat cekal yang dimiliki oleh ibu
Amri itu, ibunya diceritakan dapat menghadapi semua kesukaran dengan tenang. Ibu
Amri turut diceritakan mempunyai kekuatan rohani yang membolehkan dia
meneruskan kehidupan demi anaknya, Amri. Kejadian yang berlaku diceritakan
mengajar dia erti kesetiaan seorang isteri kepada suami. Ibunya juga diceritakan telah
144
mendapat rawatan yang sempurna di hospital dengan bantuan keluarga Sapura yang
amat simpati dengannya. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana ibu
Amri yang cekal menghadapi kesengsaraan, kemudiannya memberi kebaikan kepada
dirinya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Emak amat berterima kasih kepada keluarga Sapura yang telah
membantunya dan Amri dengan menghantar mereka ke hospital
(Mohd. Faris Ikmal, 2010: 76).
Emak Amri tetap tabah. Dia seorang ibu dan isteri yang setia.
Walaupun hidup terseksa, dia tetap memaafkan suaminya itu
(Mohd. Faris Ikmal, 2010: 78).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan ibu Amri dalam
menghadapi kesengsaraan hidup turut memberikan kebaikan kepada anaknya, Amri.
Amri yang diceritakan tersepit antara kasih sayang seorang ibu dan kekejaman
bapanya telah berubah sikap setelah melihat kesabaran ibunya. Lebih penting lagi,
kecekalan yang dipamerkan oleh ibu Amri dapat meningkatkan lagi rasa hormat Amri
terhadap seorang ibu. Ketabahan dan kecekalan ibu Amri diceritakan memberi kesan
yang mendalam kepada Amri. Umpamanya, Amri tidak menyimpan perasaan dendam
dan sedia memaafkan ayahnya. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana kecekalan ibu Amri menghadapi kesukaran hidup turut memberi kebaikan
kepada anaknya Amri, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Dia tidak lagi menyimpan dendam di dalam hati. Segala yang
berlaku diterimanya dengan reda. Dia sedia menunggu kepulangan
ayahnya nanti dan memaafkan kesilapan lalu (Mohd. Faris Ikmal,
2010: 78).
4.2.12.2 Novel Bukan Duniaku
Seterusnya, analisis beralih kepada sebuah lagi novel yang menjadi teks KOMSAS,
iaitu novel Bukan Duniaku (seterusnya BDK) (2010) hasil karya Aida Shahira. Novel
ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2010 untuk kegunaan murid Tingkatan
1. Novel mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang berlegar tentang kehidupan dua remaja yang berusia lima belas tahun,
iaitu Halim dan Saleh. Kedua-duanya datang daripada latar keluarga yang berbeza.
Halim yang datang daripada keluarga berada, diceritakan melarikan diri dari rumah
kerana berasa kecil hati dengan ibu dan ayahnya. Halim berkecil hati kerana ibu dan
bapanya terlalu sibuk bekerja sehingga terlupa untuk menyambut hari kelahirannya.
Ketika merayau-rayau di bandar, Halim telah disamun dan ketika itu dia dibantu oleh
seorang lelaki bernama Abang Joe. Manakala, Saleh yang lahir dari keluarga miskin,
berhijrah ke Kuala Lumpur kerana ingin bekerja bagi membantu keluarganya.
Disebabkan kesusahan hidup, Saleh berhenti sekolah. Ketika di Kuala Lumpur, Saleh
berkenalan dengan Abang Joe yang kemudiannya menjanjikan kepadanya pekerjaan.
Ketika di bawah jagaan Abang Joe, Halim dan Saleh berkenalan. Novel menceritakan
145
bahawa Abang Joe sebenarnya seorang pengedar dadah dan berniat untuk
menggunakan Halim dan Saleh bagi tujuan yang sama. Ketika di bawah kawalan
Abang Joe, Halim dan Saleh dipaksa untuk melakukan kerja-kerja haram seperti
mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta tanpa kebenaran. Halim dan Saleh
diceritakan tidak suka melakukan pekerjaan tersebut dan cuba melarikan diri daripada
Abang Joe. Mereka berdua juga dipukul oleh Abang Joe serta konco-konconya apabila
cuba melarikan diri, sebagaimana yang digambarkan menerusi petikan berikut:
Halim bangkit lalu memeluk rakannya itu. Diperhatikan setiap inci
tubuh Saleh yang tidak berbaju dengan kesan lebam. Mukanya juga
lebam. “Kasihan kamu. Mengapa kamu sanggup berbuat
demikian?” Tanya Halim. Dia berasa sedih melihat lebam-lebam
yang memenuhi tubuh Saleh. “Itulah dinamakan sahabat sejati. Aku
rela menerima padah bersama-sama,” ujar Saleh (Aida Shahira,
2010: 64).
Seterusnya, novel memperlihatkan bagaimana masalah yang melanda Halim itu
memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini merujuk kepada kekesalan Halim
kerana mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali. Selain itu, Halim merasa
lebih kesal atas tindakannya lari dari rumah telah membawa padah kepadanya. Halim
berasa kesal dan bersalah terhadap ibu bapanya. Peristiwa ini menjadikan Halim lebih
cekal dan mempunyai hikmah kerana dapat mengenali Saleh. Halim berpendapat
bahawa dia banyak belajar daripada kehidupan Saleh yang meskipun hidup susah
tetapi tidak merungut. Halim juga selalu menerima nasihat daripada Saleh, agar terus
cekal menghadapi masalah yang melanda, sebagaimana yang digambarkan dalam
petikan berikut:
Halim duduk memikirkan keadaannya. Dia meneliti kesan lebam
yang terdapat pada tubuhnya.
“Bilakah semua ini akan berakhir? Aku tidak sanggup
menghadapinya” rungut Halim. Dia termenung lagi. Entah bila
semua ini akan berakhir, dia sendiri kurang pasti (Aida Shahira,
2010: 67).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan Halim turut
memberikan kebaikan kepada masyarakat. Hal ini jelas pada cerita bagaimana rentetan
kepada peristiwa penangkapan Abang Joe oleh pihak polis. Semasa berkerja di bawah
cengkaman Abang Joe, Halim telah berkenalan dengan Inspektor Fariz. Inspektor
Fariz, seorang pegawai polis diceritakan menyamar sebagai pelanggan yang mahu
mencuci kereta, dalam usahanya untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan
Abang Joe. Halim telah membantu memberi maklumat kepada Inspektor Fariz tentang
tempat Abang Joe menyembunyikan dadah. Kegiatan pengedaran dadah yang
dijalankan oleh Abang Joe akhirnya tumpas. Hal ini dengan sendirinya memberikan
kebaikan kepada masyarakat. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana
sifat cekal Halim dalam menghadapi masalah yang melanda, akhirnya memberikan
146
kebaikan kepada masyarakat di sekelilingnya, sebagaimana yang digambarkan dalam
petikan berikut:
Kini segalanya sudah berakhir. Dengan penemuan dadah-dadah itu
serta keterangan yang diberikan oleh Halim dan kawan-kawannya,
Johari atau Abang Joe telah didakwa dan dijatuhkan hukuman yang
setimpal oleh mahkamah (Aida Shahira, 2010: 77).
4.2.12.3 Novel Sukar Membawa Tuah
Analisis ini seterusnya beralih kepada novel teks KOMSAS berjudul Sukar Membawa
Tuah (seterusnya SMT) (2007) karya Suziana Che Will. Analisis ini mendapati bahawa
nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan
tentang watak Adit, remaja orang Asli yang cekal menimba ilmu setelah menghadapi
kemalangan. Novel menceritakan bagaimana kemalangan yang dialami telah
menyebabkan keadaan fizikal Adit tidak seperti dahulu, kaki Adit tempang dan dia
tidak dapat berjalan dengan sempurna. Adit juga diceritakan terlantar selama dua bulan
di hospital. Semua ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus bersekolah. Adalah
jelas bahawa Adit ditampilkan sebagai seorang insan yang bersemangat cekal,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Adit telah membuktikan kemampuannya kepada kedua ibu
bapanya. Keperitan hidup untuk menimba ilmu selama ini menjadi
pembakar semangatnya. Biarpun kini dia lebih selesa, Adit tidak
akan melupakan pengalaman itu. Adit terus berusaha. Dia ada
matlamat dan akan terus mengejar impiannya itu (Suziana Che Will,
2007: 102).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana kecekalan Adit, kemudiannya
memberikan kebaikan kepada dirinya. Semangat kecekalan yang dipunyai
membolehkan Adit berjaya menghadapi segala kesulitan. Dia mendapat keputusan
yang baik iaitu 3A dalam UPSR. Ini membolehkan dia ditawarkan ke sekolah
berasrama penuh di bandar. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana
kecekalan yang dimiliki oleh Adit, kemudiannya memberikan kebaikan kepada
dirinya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Keputusan peperiksaan UPSR Adit amat membanggakan. Adit
berjaya mendapat 3A. Adit telah ditawarkan ke sekolah berasrama
penuh yang terletak di bandar yang lebih jauh dari rumahnya
(Suziana Che Will, 2007: 103).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan Adit itu, turut
memberikan kebaikan kepada masyarakat di sekelilingnya. Kejayaan Adit dalam
147
pelajaran menjadi kebanggaan buat keluarga dan masyarakat orang asli di
kampungnya, selain meniup semangat baharu kepada kawan-kawannya untuk
memajukan diri. Turut diceritakan bagaimana Adit berjaya memajukan minda
masyarakat kampungnya. Kejayaannya juga mendorong Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli untuk menyediakan kemudahan asrama kepada anak-anak orang Asli. Adalah
jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Adit itu turut memberikan kebaikan kepada masyarakat di sekelilingnya, sebagaimana
yang digambarkan dalam petikan berikut:
… kini semakin ramai anak-anak kaum asli dari kampung Adit
bersekolah. Mereka terdorong mengikut jejak Adit. Semangat Adit
telah meresap ke jiwa anak-anak kampungnya (Suziana Che Will,
2007: 103).
4.2.12.4 Novel Istana Menanti
Seterusnya, analisis ini meneliti sebuah lagi novel teks KOMSAS, iaitu Istana Menanti
(2010) (seterusnya IM) karya Abd Latip Talib. Analisis ini mendapati bahawa nilai
“Cekal” turut dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang
kecekalan tiga remaja iaitu Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang berusaha meloloskan
diri daripada penjenayah. Mereka diceritakan berdepan dengan penjenayah yang
dikehendaki polis. Kecekalan mereka tergambar ketika berhadapan dengan ancaman
penjenayah yang memiliki senjata api. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan
pelbagai halangan dan arahan tuntutan penjenayah. Umpamanya mereka dipaksa
menggali tanah untuk mencari harta. Adalah jelas bahawa Fadhil, Ah Seng dan
Ramasamy merupakan insan-insan yang bersemangat cekal, sebagaimana yang
dijelaskan dalam petikan berikut:
“Kalau kamu nak selamat hadapkan muka kamu ke dinding
terowong dan jangan sesiapa yang cuba bergerak. Jika degil kamu
akan ditembak!” jerit pemuda itu lagi (Abd Latip Talib, 2010: 94).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy memberi kebaikan kepada mereka. Hal ini diceritakan
bagaimana mereka berhadapan dengan tikus-tikus ketika berusaha untuk keluar dari
Istana Menanti. Selain itu, mereka tidak makan dan kelaparan selama beberapa hari.
Kesemua rintangan yang dihadapi menjadikan mereka berani dan cekal. Mereka tetap
terus berusaha untuk keluar dari istana lama tersebut. Kemuncak daripada kecekalan
ini ialah apabila mereka berjaya menyelamatkan diri daripada penjenayah. Cerita yang
sedemikian memperlihatkan bagaimana sifat cekal telah memberikan kebaikan kepada
remaja-remaja tersebut, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
148
“Bertenang kerana kita masih hidup dan orang jahat itu sudah pergi.
Kita akan berusaha mencari jalan keluar dari terowong ini,” jawab
Khairil.
“Aku takut berada dalam gelap kerana tikus-tikus itu akan datang
mengerumuni kita,” kata Ramasamy pula dengan suara gementar.
“Mungkin juga ular sawa akan datang membelit kita,” kata Ah Seng
pula (Abd Latip Talib, 2010: 95).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy itu, turut memberikan kebaikan kepada negara. Hal
ini jelas pada cerita tentang kecekalan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berhadapan
dengan penjenayah yang dikehendaki. Apa yang lebih membanggakan ialah kecekalan
mereka mempertahankan diri dan terpaksa akur dengan tuntutan penjenayah yang
bersenjata api tanpa pertumpahan darah. Novel menceritakan mereka dipaksa
menggali tanah untuk mendapatkan kembali harta yang ditanam dahulu. Mereka
diarahkan tidak cuba melarikan diri dan jangan banyak bercakap. Malah ada di antara
mereka diikat kaki dan tangan serta diacukan dengan senjata jika enggan menerima
arahan. Hal ini memaksa mereka untuk memberikan kerjasama demi mempertahankan
diri. Berkat kecekalan mereka, kesemua penjenayah telah ditangkap dan harta yang
bernilai jutaan ringgit turut dirampas oleh pihak polis. Ini merupakan kejayaan yang
membanggakan negara kerana berjaya menangkap penjenayah yang sangat
dikehendaki. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana semangat cekal
dalam mempertahankan diri turut memberi kebaikan kepada negara, sebagaimana
yang diceritakan dalam dua petikan berikut:
“Jangan banyak soal lagi. Kalau kamu nak selamat, ikut saja arahan
kami,” kata salah seorang daripada mereka sambil mengacukan
senjata ke arah Khairil (Abd Latip Talib, 2010: 76).
Dengan hati yang berat mereka memulakan kerja menggali tanah.
Tanahnya keras dan mereka terpaksa menggunakan tenaga yang
kuat untuk menggalinya (Abd Latip Talib, 2010: 78).
4.2.12.5 Novel Lestari Bukit Menghijau
Analisis seterusnya beralih kepada novel teks KOMSAS berjudul Lestari Bukit
Menghijau (seterusnya LBM) (2010) karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Analisis ini
mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang
mengisahkan tentang watak Pak Tua yang tinggal bersendirian di Bukit Bintangor.
Pak Tua merupakan seorang profesor dalam bidang Sintesis Botani. Dia diceritakan
membeli sebidang tanah di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan. Di Bukit Bintangor, Pak Tua tinggal bersendirian tanpa sebarang
kemudahan, kerana kecintaannya terhadap alam flora. Dia diceritakan cekal
menghadapi pelbagai tohmahan. Antaranya, dia ditohmah memproses dadah kerana
mengasingkan diri dari penduduk kampung. Pak Tua akhirnya dapat membuktikan
semua tohmahan tersebut tidak benar, sebaliknya sifat kemesraan dan keramahan Pak
149
Tua amat menyenangkan Zahiran dan rakan-rakannya. Ketika Zahiran dan rakan-
rakannya mengunjungi Pak Tua, mereka telah dilayan dengan baik. Adalah jelas
bahawa Pak Tua ditampilkan sebagai seorang insan yang bersemangat cekal,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Masing-masing terpegun dengan keramahan dan kemesraan yang
ditunjukkan oleh Pak Tua. Ternyata pandangan yang disangkakan
mereka selama ini meleset dan tidak tepat.
Pak Tua bukanlah seperti yang didengar mereka selama ini. Pak Tua
amat baik dan penyayang. Jiwanya keras tetapi tutur katanya lembut
(Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010: 61).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Pak Tua itu memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas apabila Pak Tua
diceritakan mengalami kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang. Insiden
kemalangan jalan raya di Chicago diceritakan menjadi penyebab kematian isterinya,
Kamariah. Akibat kemalangan itu, isteri Pak Tua mengalami pendarahan yang banyak
dan menerima pemindahan darah yang mengandungi virus HIV. Dalam kemalangan
itu, Pak Tua turut kehilangan dua orang anak tersayang. Sejak peristiwa itu, Pak Tua
berusaha mencari penawar penyakit AIDS dan diceritakan menghabiskan masa
menjalankan kajian tentang penawar penyakit seperti AIDS. Usaha Pak Tua akhirnya
berhasil apabila dia menemui penawar penyakit AIDS daripada pokok bintangor.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki
oleh Pak Tua memberikan kebaikan kepada dirinya dengan penemuan pokok
bintangor, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
“Bayangkan! Lebih dua ribu seratus enam puluh jam kami di perut
belantara Negeri Sarawak - meredah paya beronak, mendaki bukit
berduri, cerun tajam berbatu dan mendepani pelbagai cabaran,
semata-mata mencari bintangor itu,” jelas Pak Tua
“Pak Tua berjaya?”
“Ya, Pak Tua dan rakan-rakan Pak Tua berjaya!” (Syed Mahadzir
Syed Ibrahim, 2010: 105).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan Pak Tua turut
memberikan kebaikan kepada masyarakat sekeliling. Kecekalan Pak Tua diceritakan
memberi manfaat kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan
kebersihan, sebagaimana yang diceritakan. Novel turut menceritakan tentang kejayaan
Pak Tua mencipta penawar AIDS yang diusahakan dengan memanfaatkan pokok
bintangor. Penawar AIDS yang diusahakan oleh Pak Tua bersama-sama rakannya itu,
diceritakan tidak sempat dinikmati oleh Kamariah, isterinya. Pak Tua diceritakan
berasa sungguh sedih dan kesal mengenangkan peristiwa tersebut. Justeru, Pak Tua
mengambil keputusan menanam sejumlah besar pokok bintangor di Bukit Bintangor.
Usaha ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh generasi masa hadapan. Pak Tua turut
diceritakan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan dan penyelidikan
dengan mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor. Adalah jelas bahawa cerita
150
memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh Pak Tua itu turut
memberikan kebaikan kepada masyarakat, sebagaimana yang diceritakan dalam
petikan berikut:
Masing-masing melopong membaca tajuk besar di akhbar tersebut
yang berbunyi: ‘Profesor Osman Yunus - Pesara Pakar Penyelidik
Sintesis Organik Telah Mewakafkan Tanahnya di Bukit Bintangor
untuk Tujuan Pendidikan dan Penyelidikan’ (LBM, 2010: 109).
4.2.12.6 Novel Di Sebalik Wajah
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, iaitu Di
Sebalik Wajah (2010) karya Abang Saifuddin Abang Bohari. Analisis ini mendapati
bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang
mengisahkan tentang kehidupan Fikri yang dilahirkan dalam keadaan balar (albino).
Dia diceritakan menghadapi cabaran seperti diejek dan dibuli oleh rakan sekolah
kerana fizikalnya. Novel menceritakan bagaimana Fikri pernah dibuli untuk
membayar cukai. Basikalnya turut dicuri oleh murid nakal di sekolah. Fikri diceritakan
menerima dengan hati yang cekal dan tidak menyimpan dendam dengan mereka yang
membulinya, sebaliknya dia membiarkan sahaja perlakuan mereka kerana dia sedar
akan kemampuan dirinya sebagai orang kelainan upaya (OKU). Adalah jelas Fikri
ditampilkan sebagai watak yang cekal, sebagaimana antaranya yang digambarkan
dalam petikan berikut:
“Sial!” Jamali menolak basikal Doktor Fikri [Fikri]. Basikal itu
rebah. Doktor Fikri hanya menyimpan rasa marah tanpa boleh
melakukan apa-apa. Dia hanya boleh bersabar (Abang Saifuddin
Abang Bohari, 2010: 73).
Seterusnya, novel DSW turut memperlihatkan bagaimana sifat Fikri yang cekal itu,
memberikan kebaikan pada dirinya. Antara kebaikannya, Fikri memilih untuk
bersendirian di perpustakaan dan menghabiskan masa dengan membaca buku.
Manakala, ketika di rumah, Fikri diceritakan menghabiskan masa membuat kerja-kerja
yang mendatangkan faedah seperti bercucuk tanam dan ternakan ayam. Hasil
tanamannya dijual di pasar dan hasil jualan disimpan untuk membeli basikal. Dia juga
diceritakan membuktikan keupayaan diri dalam penyertaan acara larian 1500 meter di
kejohanan sukan sekolah. Fikri memperlihatkan kekuatan dalaman diri walaupun
sedar akan kekurangan yang dimiliki. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana keperibadian Fikri yang cekal itu memberi kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang antaranya digambarkan dalam petikan berikut:
“Dia punya hati yang cekal, kakak. Dia tahu dia tidak mampu untuk
menamatkan pusingan itu, kakak lihat sendiri betapa gigihnya dia
untuk menghabiskan pusingan itu walaupun dia pengsan beberapa
151
langkah saja dari garisan penamat,” terang Cikgu Fatmawati
membuatkan ibu Doktor Fikri bangga mempunyai anak yang cacat
fizikal, namun hatinya tidak cacat (Abang Saifuddin Abang Bohari,
2010: 101).
Seterusnya, kecekalan Fikri diceritakan telah memberi kebaikan kepada rakan-
rakannya. Hal ini jelas pada cerita yang menunjukkan bagaimana kecekalan Fitri
menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakannya. Fikri dikagumi kerana
kebolehannya berhadapan dengan Narius, seorang murid nakal di sekolahnya yang
memaksanya membayar cukai keselamatan. Umpamanya, ketika Narius di balai polis
atas kesalahan mencuri, Fikri telah meminta ayahnya untuk membayar wang jaminan
untuk membebaskan Narius. Narius dan rakan-rakannya diceritakan kesal terhadap
perbuatan mereka. Mereka diceritakan turut kesal memfitnah Fikri mencuri di sekolah
sebelum ini. Kesemua kejadian tersebut ternyata memberi kesan baik kepada Narius
dan rakan-rakannya untuk berubah. Sejak peristiwa itu, Narius dan rakan-rakan tidak
lagi membuli dan mengutip cukai keselamatan. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa
semangat cekal yang dimiliki oleh Fikri turut memberi contoh baik kepada sahabat-
sahabatnya, sebagaimana yang digambarkan dalam dua petikan berikut:
Saya pernah menganiayai dia. Dahulu kami sakit hati kepadanya
kerana dia melaporkan kepada guru disiplin tentang ugutan kami.
Dan kami malu apabila didenda…(Abang Saifuddin Abang Bohari,
2010: 120).
“Kami memang jahat. Dan kerana kejahatan itu kami telah
ditangkap polis, awak tahu siapa yang telah menjamin saya?
Bapanya, atas permintaan dialah. Kami kesal kerana selalu
menyakitinya!” (Abang Saifuddin Abang Bohari, 2010: 121).
4.2.12.7 Novel Erti Sebuah Pengorbanan
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, iaitu Erti
Sebuah Pengorbanan (seterusnya ESP) (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin.
Analisis ini mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang mengisahkan watak tentang Iman Zulaikha, seorang remaja berusia
tiga belas tahun. Iman Zulaikha diceritakan cekal dalam meneruskan kehidupan tanpa
kasih sayang ayahnya, iaitu setelah kedua ibu bapanya berpisah. Kemudiannya, Iman
dijaga oleh datuk dan nenek di kampung setelah ibunya berjaya menyambung
pelajaran ke luar negara. Dia turut berdepan dengan rakan sekelasnya, Linda yang
menjadi saingannya dalam pertandingan pidato. Linda sering mencabarnya untuk
menarik diri dari menyertai pertandingan pidato. Kesemua cabaran ini dihadapinya
dengan semangat cekal oleh Iman dalam usia yang muda. Adalah jelas bahawa watak
Iman dalam novel ini ditampilkan sebagai seorang remaja yang cekal, sebagaimana
yang digambarkan dalam petikan berikut:
152
“Tak mengapa Linda. Kalah atau menang Iman tak kisah. Kalau
Linda menang, Iman akan sokong. Bukankah tujuan pertandingan
ini untuk mencari calon yang terbaik mewakili sekolah kita?” Tanya
Iman lagi (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 37).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Iman itu, memberi kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas pada cerita tentang semangat
cekal yang dipunyai Iman memberi kekuatan untuknya menghadapi pelbagai cabaran
kehidupan. Umpamanya, dia sering diugut oleh rakannya, Linda supaya menarik diri
daripada menyertai pertandingan. Pada saat-saat waktu pertandingan, diari yang
mengandungi teks pidatonya itu telah dicuri. Kesemua cabaran yang dihadapi itu
menambahkan kecekalan untuk terus berjaya dan berhadapan dengan Linda.
Kecekalan Iman memberi kekuatan sendiri dan akan mengaku kalah untuknya
mencapai kejayaan dalam pertandingan berpidato. Iman akhir mencapai kejayaannya
menewaskan rakan sekelasnya, Linda dalam pertandingan pidato, membolehkan dia
mewakili sekolah ke peringkat daerah. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh Iman memberikan kejayaan kepada
dirinya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Tiada pilihan lain. Iman harus menyediakan sebuah lagi teks yang
sama seperti disediakan sebelum ini. Apatah lagi, Iman telah
menghafal segala-galanya sejak seminggu yang lalu.
Walaupun fikiran Iman terganggu, Iman tidak mengaku kalah
(Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 102).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Iman itu turut memberikan kebaikan kepada sekolahnya. Iman tidak berputus asa dan
cepat mengalah dengan apa yang berlaku. Kejayaan Iman memenangi pertandingan
pidato di peringkat sekolah melayakkan dia mewakili sekolah ke pertandingan pidato
peringkat daerah. Seterusnya, dia diceritakan menjadi johan, dan melayakkan diri
mewakili daerah ke peringkat negeri. Kejayaan ini amat membanggakan sekolahnya.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki
oleh Iman turut memberikan kebaikan kepada sekolahnya, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
Guru-guru sesi pagi dan petang, semuanya mengenali Iman
Zulaikha. Yang lebih berbangga, sudah tentu Cikgu Julia. Manakan
tidak, anak kesayangannya berjaya membuktikan janjinya untuk
menjadi johan sekaligus mewakili sekolah ke peringkat negeri
(Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 106).
153
4.2.12.8 Novel Cempaka Putih Untukmu
Seterusnya, analisis ini beralih ke sebuah lagi novel teks KOMSAS berjudul Cempaka
Putih Untukmu (seterusnya CPU) (2011) karya Rohani Deraman. Analisis ini
mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang
mengisahkan tentang Satiah yang cekal mengharungi kesakitan akibat penyakit barah
paru-paru. Satiah diceritakan mengalami kesakitan di saat menghadapi PMR. Satiah
sentiasa reda dan tenang menghadapi kesakitan dan berkat kecekalan, dia terus
berusaha dengan gigih dan membuktikan kesakitan yang dialami bukan halangan
untuknya terus berjaya. Dia diceritakan bersetuju untuk tinggal bersama keluarga
Hartini untuk belajar. Adalah jelas bahawa Satiah ditampilkan sebagai seorang yang
cekal, sebagaimana yang diceritakan melalui petikan berikut:
“Apa nak buat Tini. Agaknya ini nasib yang Tiah terpaksa hadapi.”
“Jangan berputus asa Tiah. Ajal dan maut di tangan tuhan. Tiah
kena kuatkan semangat. Kita akan berusaha untuk menyembuhkan
penyakit Tiah itu” (Rohani Deraman, 2011: 54).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana kecekalan Satiah itu, memberikan
kebaikan kepada dirinya. Dia diceritakan cekal melawan kesakitannya dengan
meminta pertolongan daripada Allah SWT dan berdoa agar ayahnya bersetuju
untuknya mendapat rawatan moden seperti yang dicadangkan oleh ayah Hartini. Ayah
Hartini, Hasrul amat prihatin dengan kesakitan yang dialami oleh Satiah. Encik Hasrul
meyakinkan ayah Satiah, Pak Morit akan kemudahan ubat, peralatan dan rawatan di
hospital. Berkat kesabaran dan kecekalan Satiah, akhirnya ayahnya bersetuju
membenarkan Satiah untuk mendapatkan rawatan moden di hospital. Keputusan Pak
Morit dilihat menggembirakan Satiah, dan sekali gus meringankan penderitaan yang
ditanggungnya. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana kecekalan
Satiah melawan penyakit, memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang
antaranya digambarkan melalui petikan berikut:
Baiklah, Hasrul buatlah perkara yang patut. Abang serahkan segala-
galanya kepada kau. Abang tidak berdaya lagi. Abang ikut sahaja
kata-kata engkau,” kata Pak Morit (Rohani Deraman, 2011: 73).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan yang dimiliki oleh
Satiah itu, turut memberikan kebaikan kepada sahabatnya, Hartini. Kecekalan Satiah
diceritakan memberi motivasi kepada Hartini untuk memujuk ayahnya supaya
membenarkan Satiah tinggal bersama sebagai teman belajar. Kecekalan Satiah
menjadi sumber inspirasi buat Hartini untuk belajar bersungguh-sungguh. Novel turut
menceritakan bagaimana Hartini kagum dengan kecekalan Satiah dan berusaha untuk
menyainginya. Kesungguhan Satiah membuat ulang kaji serta kecekalannya
menanggung kesakitan diceritakan berjaya memotivasikan Hartini. Novel
menceritakan bagaimana Satiah memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaan,
manakala Hartini turut mencapai kejayaan yang cemerlang. Adalah jelas bahawa
154
cerita memperlihatkan kecekalan Satiah dalam menghadapi penyakit turut memberi
kebaikan kepada kepada Hartini, sebagaimana yang antaranya dalam petikan berikut:
Tahniah Hartini! Kamu mendapat 7A 1B. Keputusan kedua terbaik
bagi sekolah ini. Ternyata kamu telah membuktikan kegigihan
kamu,” ucap Cikgu Malik dengan gembira (Rohani Deraman, 2011:
69).
4.2.12.9 Novel Melunas Rindu
Analisis seterusnya, beralih kepada novel teks KOMSAS, iaitu Melunas Rindu
(seterusnya MR) (2010) karya Hartini Hamzah. Analisis ini mendapati bahawa nilai
“Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang
watak Fuad, pemuda berusia dua puluh tujuh tahun yang memiliki ijazah pengurusan
perniagaan dari Amerika Syarikat. Fuad (Abdul Halim atau Joshua) yang dilahirkan
dalam keluarga Islam, dipelihara oleh ayah saudaranya, Peter Lim yang kembali
kepada agama asalnya, Buddha. Fuad diceritakan mencari hidayah Islam dan cekal
mempelajari tentang Islam dengan menjadikan Pak Ismail dan Mak Salmah sebagai
keluarga angkatnya. Seterusnya dengan nilai “Cekal” yang dipunyai oleh Fuad, dia
diceritakan dapat menghadapi tohmahan daripada penduduk kampung dan kemarahan
Mak Salmah. Fuad diceritakan menjadi punca kematian Sofia, anak angkat Mak
Salmah dan Pak Ismail. Semua tohmahan diterima dengan hati yang cekal, serta
dianggap sebagai satu ketentuan Tuhan. Fuad juga berusaha mengambil hati Mak
Salmah dan sering memohon kemaafan dengan apa yang terjadi. Walaupun Fuad
tinggal serumah dengan Mak Salmah, tidak sekali Mak Salmah menegurnya dan tidak
pernah makan bersama. Fuad menghadapi situasi tersebut dengan sabar dan berdoa
kepada Allah supaya Mak Salmah dapat menerimanya. Berkat kecekalannya, Mak
Salmah sudah mula bercakap dengannya dan tidak lagi memaling muka dengan Fuad.
Ini diceritakan sudah dapat membuatkan hati Fuad gembira. Adalah jelas bahawa
dapat dikatakan bahawa Fuad sebagai seorang insan yang cekal, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
Hampir setahun lamanya dia mengambil waktu untuk memulihkan
keadaan selepas pulang tanpa membawa Sofia ke Danau Seberang.
Bukan sedikit kata nista daripada orang kampung yang
diterimanya, malah bukan sebulan dua dia harus menghadapi mata
benci Mak Salmah, betapa pun mereka tinggal sebumbung (Hartini
Hamzah, 2010: 12).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal Fuad dalam usaha
mendekatkan diri dengan agama Islam, kemudiannya memberikan kebaikan kepada
dirinya. Dia diceritakan tidak mengenal erti putus asa untuk membuat kebaikan dan
memohon keampunan Allah SWT. Fuad dilihat berusaha mempelajari bacaan al-
Quran dengan bantuan Pak Ismail pada setiap kali selepas solat Maghrib berjemaah.
Dia sudah boleh berpuasa dan mengerjakan solat sunat. Umpamanya, dia diceritakan
155
menunaikan solat taubat, solat hajat dan solat tasbih untuk mencari ketenangan.
Kembalinya kepada agama Islam dikatakan dapat memberi kegembiraan buat dirinya.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana kecekalan Fuad untuk
mendalami agama Islam, kemudiannya memberi kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Syukurlah, fikir Fuad. Syukurlah kerana Islamnya hari ini adalah
Islam yang lahir daripada sesuatu kesedaran (Hartini Hamzah,
2010: 146).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal Fuad turut
memberi kebaikan kepada keluarganya. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan Fuad
mencari ibu kandungannya yang terpisah sejak lahir. Pelbagai usaha dilakukan Fuad
untuk menemukan ibunya. Berkat kecekalannya, dia akhirnya dapat bertemu dengan
ibunya di sebuah hospital. Pertemuan yang tidak diduga itu terjadi ketika Fuad
menziarah ibu Farhana, yang kebetulan adalah wanita yang selama ini dicari.
Pertemuan ini turut menyatukan hubungan kekeluargaan antara ayahnya, dengan
ibunya, Mariana. Kecekalan Fuad ini turut membuka hati ayahnya kembali kepada
agama Islam yang telah ditinggalkan. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana kecekalan Fuad dapat menyatukan keluarganya, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
“Mak!” Kali ini, tangisnya benar-benar pecah. “Maakkk. ”Akhirnya
dapat jua dia memanggil ibu, sebagaimana doanya setiap waktu.
Telah Tuhan hantarkan kepadanya sebuah kebahagian, betapa pun
harganya ialah suatu kehampaan. Yang pergi biarkanlah pergi, rintih
hatinya. Yang datang pula haruslah disyukuri (Hartini Hamzah,
2010: 190).
4.2.12.10 Novel Renyah
Analisis seterusnya, beralih kepada novel teks KOMSAS, iaitu Renyah (2010) karya
Gunawan Mahmood. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya
dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan watak Datuk Dolhi, tokoh
perniagaan yang memiliki pelbagai rangkaian perniagaan hingga ke luar negara iaitu
Kemboja dan Uzbek. Dia diceritakan berusaha memastikan kelima-lima anaknya
bekerja di syarikatnya. Namun, kesemua anaknya tidak berminat dalam dunia
perniagaan. Mereka sebaliknya memilih kerjaya masing-masing. Hal ini meresahkan
Datuk Dolhi. Namun, dia diceritakan cekal mengharungi konflik yang berlaku dalam
keluarganya sehingga akhirnya sikap anak-anaknya itu berubah. Adalah jelas bahawa
Datuk Dolhi ditampilkan sebagai seorang insan yang bersemangat cekal dalam
menghadapi konflik keluarga, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
156
Datuk Dolhi mengeluh. Kemudian dia merenung keluar menerusi
cermin pintu. Damai melihat kehijauan di halaman rumahnya. Dia
berjaya memotivasikan ramai anak muda untuk bergiat dalam
lapangan perniagaan sedangkan kesemua anaknya buta niaga.
Semacam benci akan dunia keusahawanan. Takut akan ranjau duri
dunia perniagaan. Sedang di sebalik gunung sana terhampar sawah
kemewahan yang tidak habis dimakan (Gunawan Mahmood, 2010:
79).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Datuk Dolhi itu, memberikan kebaikan kepada dirinya. Kegagalan anak-anaknya
menjadi insan yang diharapkan diceritakan amat mengecewakan Datuk Dolhi. Dia
diceritakan reda dengan konflik yang melanda keluarganya. Datuk Dolhi diceritakan
turut melawan kesedihan dengan bermunajat kepada Allah SWT. Dia percaya setiap
satu kejadian itu mengandungi hikmah. Dengan cara ini, dia berharap anak-anaknya
diberikan hidayah untuk berubah. Datuk Dolhi diceritakan mahu bersara dan
mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dia diceritakan turut bercadang mengerjakan
ibadah umrah di Mekah serta melupakan semua peristiwa yang menghimpit
kehidupannya. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana kecekalan
Datuk Dolhi mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dan mengerjakan umrah
memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan
berikut:
“Awak ni. Tanah Suci Makkahlah. Kita buat umrah dan ziarah.”
“Baguslah tu!” (Gunawan Mahmood, 2010: 215).
“Dia bermunajat kepada Allah Subhanahuwataala agar mereka
sekeluarga diberikan hidayah untuk meneguhkan iman, sekali gus
menempa kejayaan” (Gunawan Mahmood, 2010: 215).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Datuk Dolhi itu, turut memberikan kebaikan kepada keluarganya. Hal ini jelas, apabila
dia berjaya menyatukan keluarganya semula. Anak-anaknya diceritakan bangkit
menebus kesalahan yang lalu dan kembali ke sisinya. Umpamanya, Hasnol menerima
rasuah dan telah diikat jamin. Manakala Dani yang terlibat dengan pengambilan dadah
telah dihantar ke pusat pemulihan. Seterusnya, Mukhlis dimasukkan ke pusat rawatan
mental setelah terlibat dengan kumpulan beragama songsang dan menjadi tidak
siuman. Berbekalkan kecekalan, Datuk Dolhi, akhirnya berjaya mengharungi konflik
yang dihadapinya. Adalah jelas bahawa kecekalan Datuk Dolhi berjaya melembutkan
hati anak-anaknya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Malam itu mereka sekeluarga berkumpul walaupun tidak lengkap
semuanya. Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu.
Malam tu juga Datuk Dolhi menceritakan segala-gala (Gunawan
Mahmood, 2010: 210).
157
4.2.12.11 Novel Sutera Dalam Lukisan
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS berjudul
novel Sutera Dalam Lukisan (seterusnya SDL) (2010) hasil karya Abd. Talib Hassan.
Analisis ini mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang mengisahkan Bujei, remaja yang cekal menghadapi pelbagai ujian
kehidupan. Bujei diceritakan, menghadapi pelbagai konflik jiwa setelah kematian ibu,
bapa dan neneknya. Bujei turut difitnah oleh bapa tirinya bahawa dia menjadi punca
kematian ibunya. Masyarakat kampung diceritakan mempercayai fitnah tersebut, dan
hal ini menjadikan Bujei semakin tertekan dan hidup sendirian dan tidak terurus
dirinya. Lantaran itu, Bujei menderita sehingga kehadiran Adila yang berjaya
mengubahnya. Dia akhirnya menjadi insan biasa dan mampu mengurus dirinya
sendiri. Adalah jelas bahawa Bujei ditampilkan sebagai seorang insan yang
bersemangat cekal, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Dia juga ada hati dan perasaan. Selalu dia tersinggung dan berkecil
hati setiap kali dia diejek atau dipersendakan. Tidak kira siapa,
setiap kata yang didengarnya, tahu dia membezakan, sama ada
ejekan atau tidak. Bukan dia tidak tahu sedih, kecewa atau marah,
namun apakan daya, keadaan seperti tidak menyebelahinya (Abd.
Talib Hassan, 2010: 52).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat cekal yang dimiliki oleh
Bujei itu, memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas apabila Bujei pada
awalnya diceritakan mengalami tekanan emosi. Dengan kecekalan yang ada, selain
sokongan Adila, Bujei berjaya mengubah dirinya. Bujei berupaya membuktikan
kepada masyarakat kampung bahawa dirinya waras dan tidak bodoh. Penampilan
Bujei telah berubah, rambutnya disikat kemas, badannya tidak lagi berbau dan
perlakuannya amat sopan. Dia mula menjaga kebersihan rumah dan mengusahakan
tanah peninggalan arwah ibunya. Perubahan diri Bujei membolehkan dia diterima oleh
masyarakat. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana kecekalan Bujei
kemudiannya memberi kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang digambarkan
dalam petikan berikut:
Bujei bukan lagi pemuda dungu yang dikenali dulu. Bau hamis,
sama ada daripada baju yang dipakai atau daripada tubuh Bujei,
sudah tiada. Rambut yang sudah kemas bersisir tidak lagi
memburukkan wajahnya. Pakaiannya sudah kemas dan
perlakuannya sudah teratur (Abd. Talib Hassan, 2010: 215).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan Bujei turut memberikan
kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Perubahan Bujei diceritakan sangat
menggembirakan Adila serta orang kampung. Bujei turut menunjukkan kebolehan
menyanyi. Penampilan dirinya yang lebih sempurna mendapat perhatian daripada
orang kampung. Lebih membanggakan apabila Bujei mampu mengusahakan sendiri
158
tanah pusakanya. Hal ini menyebabkan ada penduduk kampung yang kesal kerana
menghina Bujei. Umpamanya, Wak Senen bersetuju untuk mengembalikan tanah
pusaka milik ibu Bujei untuk diusahakan. Wak Senen telah membeli tanah kepunyaan
ibu Bujei melalui ayah tirinya, Harun. Dari segi undang-undang jual beli tanah tersebut
tidak sah kerana tidak dilakukan mengikut peraturan. Wak Senen simpati dengan
kehidupan Bujei dan ingin mengembalikan tanah tersebut kepadanya untuk
diusahakan sendiri, memandangkan Bujei sudah berubah. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana kecekalan Bujei turut memberi kesedaran masyarakat
akan tanggungjawab sesama insan, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan
berikut:
Begini, kalau kamu rasa nak kan tanah itu balik, cakaplah pada wak.
Bila-bila saja wak akan serahkan. Itu hak kamu. Kalau kamu nak
usahakan pun bagus (Abd. Talib Hassan, 2010: 252).
4.2.12.12 Novel Kabus di Perbukitan
Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, iaitu Kabus
di Perbukitan (seterusnya KDP) (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah. Analisis ini
mendapati bahawa nilai “Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang
mengisahkan watak Faridah, seorang sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat
yang berkhidmat kepada anak-anak istimewa. Novel menceritakan bagaimana Faridah
ditinggalkan oleh ayahnya sejak kecil. Faridah juga pernah ditimpa kemalangan yang
mengakibatkan dirinya koma. Selain itu, Faridah diceritakan turut menghadapi
pelbagai ujian. Umpamanya, kematian saudara kembarnya, Rahayu dan ibunya yang
dikasihinya. Beberapa bulan kemudian, suaminya pula meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya. Dugaan-dugaan ini diceritakan memberi tekanan jiwa kepada
Faridah, namun. semua dugaan ini dapat dihadapi oleh Faridah dengan cekal. Faridah
turut diceritakan menerima tawaran mengikut kursus di New Zealand selama enam
bulan untuk melupakan semua kesedihan. Adalah jelas bahawa Faridah ditampilkan
sebagai seorang insan yang bersemangat cekal, sebagaimana yang digambarkan
melalui petikan berikut:
Hampir-hampir sahaja dia menjadi gila kerana tekanan perasaan.
Mujurlah tidak lama kemudian dia ditawarkan ibu pejabat JKM
[Jabatan Kemajuan Masyarakat] untuk mengikuti kursus enam
bulan Community Services for Disable People di New Zealand
(Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 122).
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana kecekalan Faridah, kemudiannya
memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas diceritakan apabila Faridah
bertekad untuk membawa diri ke New Zealand. Dia telah ditawarkan mengikut kursus
selama enam bulan dalam bidang Community Services for Disable People di New
Zealand. Diceritakan semasa di New Zealand, Faridah bertemu jodoh baharu dengan
Soleh Johnsons. Novel menceritakan bagaimana ketika di perantauan, Faridah hidup
159
bahagia di samping suami dan anak-anaknya. Kehidupannya lebih bahagia dan pada
masa yang sama turut mencapai kejayaan dalam pelajaran dan rumah tangga.
Kecekalan yang dimilikinya diceritakan telah memberikan sinar baharu kepada
Faridah meneruskan kehidupannya. Faridah pada awalnya mengalami kedukaan
akibat kematian ahli keluarga, kini dapat menjalani kehidupan lebih dan bermakna
dengan semangat cekal. Dengan cerita itu, memperlihatkan bagaimana kecekalan
Faridah memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang digambarkan dalam
petikan berikut:
Siapa sangka, pemergiannya ke luar negara yang pada asalnya
hanya untuk enam bulan berkekalan hingga sekarang sudah 25
tahun dia tidak menjejak kaki ke Malaysia, tanah tumpah darah dan
air matanya. Soleh Johnsons, yang bermata biru dan bertubuh 6
kaki 2 inci itulah yang mengikat kasihnya bertaut abadi di sini
(Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 123).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan Faridah turut
memberikan kebaikan kepada keluarganya. Umpamanya dengan kecekalannya,
Faridah diceritakan dapat kembali menetap di Sungai Besar, Selangor bersama
suaminya, Soleh Johnsons. Diceritakan juga dia berjaya mendidik anak-anaknya
dengan nilai ketimuran. Antaranya, anaknya gemar cita rasa masakan kari ayam.
Keluarganya turut berjaya dalam bidang perniagaan. Lebih penting lagi kejayaan
menyatukan hubungan kekeluargaannya dengan keluarga Datuk Azrul, seorang
usahawan Melayu yang berjaya. Perkahwinan anak perempuannya, Anne dengan anak
lelaki Datuk Azrul, Zain diceritakan mengukuhkan jalinan dua negara. Semua yang
diinginkan Faridah akhirnya tercapai. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana kecekalan Faridah turut memberikan kebaikan kepada keluarganya,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Datuk Azrul tersenyum. “Ya, siapa sangka akhirnya kita akan
berbesan? Siapa Sangka? Bukankah itu juga takdir yang tidak
dapat dipisahkan dari dalam diri dan kehidupan manusia?”
Faridah ketawa kecil. “Yalah, siapa sangka akan berbesan dengan
orang yang pernah dicintai oleh arwah adik sendiri?” (Mohamad
Kholid Hamzah, 2010: 217).
4.2.12.13 Novel Konserto Terakhir
Analisis kemudiannya beralih kepada novel teks KOMSAS, iaitu Konserto Terakhir
(seterusnya KT) (2012) karya Abdullah Hussain. Analisis ini mendapati bahawa nilai
“Cekal” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang
watak Hilmi, seorang pemuda kampung berpendidikan rendah. Hilmi pernah menjadi
tukang kebun, pencuci kereta, seorang pemain muzik di kelab malam. Hilmi
diceritakan pernah menggunakan piano milik Hayati tanpa pengetahuan pemiliknya
kerana minatnya yang mendalam dalam muzik. Hilmi pernah dimarahi oleh Datin
160
Salmah kerana curi main piano dan meminta Hilmi membayar kos kerosakan dengan
memotong gaji bulanannya. Watak Hilmi diceritakan memperlihatkan kecekalan yang
tinggi sehinggalah dia berjaya mencapai kejayaan yang paling tinggi dalam dunia
muzik. Hilmi tidak mudah berputus asa ketika berdepan dengan pelbagai bentuk
cabaran, kesulitan dan kegagalan. Dia diceritakan mampu bertahan dan cekal
menghadapi segala dugaan. Adalah jelas bahawa Hilmi ditampilkan sebagai seorang
insan yang bersemangat cekal, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
Mukanya pucat, takutnya bukan kepalang lagi, walaupun ketika itu
dia menerima tepukan daripada Hayati. Ketakutannya tidak juga
hilang. Dia memandang muka mak ciknya, mata mak ciknya yang
tajam itu menusuk hatinya. Dia dapat merasakan kesakitannya. Pak
ciknya hanya memandang kepadanya dengan muka yang tenang.
“Mainlah lagi,” kata Hayati. “ Mainlah lagi!”
“Oh!” Hanya itulah sahaja yang dapat keluar daripada mulut Hilmi
“Mainkan lagi,” ulang Hayati.
Tetapi Hilmi telah bangun. Hatinya kecut kerana takut (Abdullah
Hussain, 2012: 121).
Seterusnya novel turut memperlihatkan bagaimana kecekalan Hilmi itu, kemudiannya
memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas apabila Hilmi diceritakan
mengalami kesedihan setelah berpisah dengan isterinya, Azizah serta anak yang
disayangi. Novel menceritakan tiada siapa yang memahami kesedihan yang
ditanggung, yang dibawanya sehingga akhir hayat. Hilmi diceritakan terus cekal
dalam menghadapi kesedihan. Dia menghilang kedukaan dengan berkarya. Antara
usahanya ialah mencipta lagu-lagu yang dianggap sebagai medium dakwah. Lagu-
lagu yang membawa kepada kegembiraan, kepuasan dan kemurnian budi pekerti.
Semua penderitaan yang dialaminya digambarkan melalui lirik-lirik lagu. Melalui
karya yang dihasilkan, Hilmi dikatakan dapat menghadapi kesulitan hidup dengan
lebih tenang dan bermakna. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana
kecekalan Hilmi, memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:
Dia sendiri yang membuat seni katanya. Dia mulai terasa bahawa
menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang ditugaskan oleh
Tuhan kepada. Lagu-lagu itu ialah ‘dakwah’ yang memperlihatkan
kebenaran Tuhan dan kasih sayang kepada makhluk-Nya kerana
lagu dapat membentuk peribadi seseorang itu menjadi halus, sebab
ia adalah santapan rohani dan jasmani (Abdullah Hussain, 2012:
278).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana kecekalan Hilmi turut memberikan
kebaikan kepada sepupunya, Haryati dan masyarakat sekelilingnya. Novel
menceritakan bagaimana kejayaan Hilmi mencipta namanya sebagai ‘Seniman
Agung’ mengagumkan sepupunya, Hayati. Kejayaan Hilmi menempa kejayaan dalam
bidang muzik menjadi inspirasi kepada Hayati. Semua hak cipta lagu-lagu
161
gubahannya diberikan kepada Hayati, seolah-olah tahu dirinya tidak hidup lama.
Lantaran itu, Hayati tidak bermasalah untuk mengambil alih tempat Hilmi dalam
memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang diadakan di Stadium Negara. Novel
menceritakan bagaimana Hayati mencapai kejayaan memimpin Orkestra Perdana
tersebut. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana kecekalan Hilmi turut
memberikan kebaikan kepada sepupunya Hayati, sebagaimana yang digambarkan
dalam petikan berikut:
Kau ini, aku tidak tahu siapa, kata Ketua Pengarah itu dalam
hatinya, tetapi kau bagiku ialah malaikat yang datang mahu
menyelamatkan kami semua daripada malapetaka ini. “Okey, puan
boleh bersedia dari sekarang” (Abdullah Hussain, 2012: 304).
4.2.13 Nilai “Berdaya Saing”
Analisis seterusnya meneliti nilai ketiga belas dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Berdaya Saing.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, “Berdaya
Saing” menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada daya usaha insan yang baik,
responsif, berani dan bersemangat untuk berjuang bagi mencapai kejayaan untuk diri
serta masyarakat.
4.2.13.1 Novel Erti Sebuah Pengorbanan
Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti novel teks KOMSAS bertajuk Erti Sebuah
Pengorbanan (seterusnya ESP) (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin. Analisis ini
mendapati bahawa nilai “Berdaya Saing” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang mengisahkan tentang Iman, murid Tingkatan 1. Dia diceritakan
seorang murid yang pintar dan hebat berpidato. Nilai “Berdaya Saing” terserlah ketika
pemilihan wakil pidato di sekolahnya. Hal ini jelas apabila Iman diceritakan terpaksa
menghadapi persaingan hebat untuk mendapatkan tempat sebagai wakil sekolah ke
pertandingan pidato peringkat daerah. Semangat juang dan responsif yang ditampilkan
oleh Iman merupakan tindakan berani yang dianggap perlu ada dalam diri setiap insan
untuk memperoleh kejayaan. Adalah jelas bahawa Iman ditampilkan sebagai seorang
insan yang berdaya saing untuk mencapai kejayaan, sebagaimana yang antaranya
digambarkan melalui petikan berikut:
“Macam mana Iman. Ah seminggu aku beri masa untuk engkau
berfikir, Apa keputusan engkau? Nak tarik diri atau tidak?” soal
Linda, agak angkuh.
Iman tersenyum. Wajah Linda direnung sedalam-dalamnya.
“Maafkan Iman, Iman tidak akan menarik diri daripada
pertandingan ini. Iman tetap akan bertanding,” balas Iman penuh
hormat (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 75).
162
Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana semangat juang untuk bersaing
yang dimiliki oleh Iman itu, memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas
apabila Iman diceritakan mendapat tentangan yang sengit daripada Linda yang tidak
menyenangi kelebihannya dalam beberapa hal. Iman diceritakan sedar setiap kejayaan
memerlukan seseorang itu bersaing untuk meningkatkan potensi diri. Kejayaan tidak
tercapai secara sendirian, sebaliknya semangat berdaya saing merupakan satu motivasi
yang perlu diterapkan dalam diri. Dengan nilai “Berdaya Saing” yang dimiliki oleh
Iman, dia diceritakan dapat menghadapi segala cabaran dengan jayanya. Iman
diceritakan dapat menangani semua cabaran tersebut dengan bersangka baik terhadap
Linda. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa Iman berjaya menghadapi cabaran
dengan jayanya. Iman Zulaikha tidak menjadikan semua kejadian tersebut sebagai
halangan untuk dia terus mencapai kejayaan. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana semangat berdaya saing yang dimiliki Iman,
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya
diceritakan dalam petikan berikut:
Untuk apa dia mengalah? Jika sesuatu perkara itu ditakdirkan
untuk terjadi. Dia tidak dapat mengubahnya walau seinci pun.
Yang perlu dilakukan adalah meneruskan kehidupan.
Tanggungjawab sebagai seorang murid harus diutamakan
(Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 80).
Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana sifat daya saing Iman, turut
memberikan kebaikan kepada rakan dan sekolahnya. Tindakan responsif, berani dan
bersemangat dipamerkan oleh Iman berupaya menempatkan diri dalam pertandingan
pidato peringkat daerah. Dia diceritakan memenangi tempat pertama dalam
pertandingan pidato peringkat daerah, walaupun buku diari yang mengandungi teks
pidatonya dicuri oleh Linda. Manakala Iman sedia memaafkan Linda atas
perbuatannya itu. Adalah jelas bahawa, nilai “Berdaya Saing” yang dipamerkan oleh
Iman turut memberi kebaikan kepada Linda. Selain itu, dia juga berjaya dalam
pertandingan pidato peringkat daerah yang membolehkan dia mewakili daerah ke
peringkat negeri. Lebih menggembirakan Iman ialah perubahan sikap Linda
terhadapnya dan turut kesal atas perbuatannya. Linda malu dengan tindakannya
mencuri diari milik Iman dan dia memohon maaf daripada Iman. Adalah jelas bahawa
nilai “Berdaya Saing” yang dimiliki oleh Iman turut memberi kebaikan kepada Linda,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:
“Maafkan aku, Iman,” bisik Linda sambil menahan getar pada
bibirnya. “Iman maafkan. Iman harap, Linda berubah. Kita tetap
rakan sekelas” (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 114).
Hasil kajian ini juga selaras dengan kenyataan Musa Ali (2014: 2), yang menjelaskan
bahawa berdaya saing merupakan usaha untuk melakukan perubahan terhadap sesuatu
yang lebih baik untuk memastikan kecekapan.
163
4.3 Kesesuaian Nilai dalam Novel Teks Komsas Menurut Kerangka Modal
Insan
Merujuk kepada nilai pertama dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Berilmu” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Berilmu” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam meneroka ilmu pengetahuan, yang
dengan ilmu pengetahuan itu dapat memberi kebaikan kepada dirinya serta
masyarakat. Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Berilmu”
dalam novel SMT (2007) karya Suziana Che Will, LBM (2010) karya karya Syed
Mahadzhir Syed Ibrahim, CPU (2011) karya Rohani Deraman, AZ (2010) karya Halis
Azhan Mohd Hanafiah, MR (2010) karya Hartini Hamzah, KT (2012) karya Abdullah
Hussain, KDP (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah , PAPA (2009) karya Deana
Yusuf dan KA (2010) karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel SMT, CPU, AH, KT, PAPA
dan KA didapati mengandungi nilai “Berilmu” yang dimanifestasikan melalui cerita-
cerita tentang keupayaan intelek watak-watak yang berjaya dalam meneroka ilmu
pengetahuan atas usaha gigih mereka untuk memperoleh kejayaan. Manakala, nilai
“Berilmu” dalam novel LBM, MR dan KDP pula didapati terserlah melalui cerita-
ceritanya yang berlegar soal keupayaan intelek watak-watak yang berilmu dalam
memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk kebaikan kepada diri dan masyarakat. Dapat
dikatakan bahawa melalui cerita-cerita yang disajikan dalam novel-novel teks
KOMSAS di atas, ilmu dipersepsikan sebagai wadah yang dapat mengubah
kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Berilmu” sebagai antara nilai utama dalam
pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal pasti nilai
“Berilmu” yang dimanifestasikan dalam novel SMT, LBM, CPU, AH, MR, KT, KDP,
PAPA dan KA. Nilai ini didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan
perwatakan dalam novel-novel tersebut. Terdapatnya nilai “Berilmu” ini sekali gus
menjelaskan kesesuaian novel-novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai kedua dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Berkeyakinan” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Berkeyakinan” menurut kerangka Modal
Insan merujuk kepada keperibadian insan yang teguh berpegang pada kebenaran yang
diasaskan pada ilmu pengetahuan. Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti
kehadiran nilai “Berkeyakinan” dalam novel SMT (2007) karya Suziana Che Will,
ESP (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin, SDL (2010) karya Abd. Talib Hassan,
KDP (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah dan KT (2012) karya Abdullah Hussain.
Novel ESP, memperlihatkan kecenderungan watak berhadapan dengan cabaran
kehidupan yang tidak menghalang watak untuk terus berjaya dalam pendidikan dan
tercapai hasrat menyatukan keluarga. Manakala, nilai “Berkeyakinan” dalam novel
SMT dan KT dengan masalah kemiskinan yang membelenggu kehidupan yang
akhirnya dengan berkeyakinan telah membawa kejayaan yang cemerlang. Seterusnya,
SDL tentang konflik kejiwaan yang berjaya mengembalikan keyakinan diri watak
untuk terus diterima oleh masyarakat. Seterusnya diikuti, KDP yang mempamerkan
watak yang berkeyakinan dalam menghadapi apa jua rintangan dan halangan yang
akhirnya membuktikan kejayaan kehidupan yang membanggakan diri dan
masyarakatnya. Dapat dikatakan bahawa melalui cerita-cerita yang disajikan dalam
novel-novel teks KOMSAS yang dikaji, keyakinan dipersepsikan sebagai wadah yang
164
dapat mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Berkeyakinan” sebagai antara
nilai utama dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Berkeyakinan” yang dimanifestasikan dalam novel SMT, ESP,
SDL, KDP dan KT. Nilai ini didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak
dan perwatakan dalam novel-novel tersebut. Terdapatnya nilai “Berkeyakinan” ini
sekali gus menjelaskan kesesuaian novel-novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai ketiga dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Beretika” dalam sebuah novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Beretika” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keperibadian insan yang berpegang kepada kod etika yang benar dan
telah disepakati dengan tujuan memberikan kebaikan kepada masyarakat. Dengan
takrifan ini, analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Beretika” dalam novel 6:20
(2011) karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel 6:20 didapati mengandungi nilai “Beretika”
yang dimanifestasikan melalui cerita tentang keperibadian watak yang berpegang
kepada kod etika yang benar dan disepakati dengan tujuan memberi kebaikan kepada
masyarakat sekeliling. Keperibadian watak yang tidak berkompromi dengan mana-
mana pihak termasuklah ibunya untuk disoal siasat demi memastikan kebenaran.
Dapat dikatakan bahawa melalui cerita yang disajikan dalam novel teks KOMSAS
yang dikaji, beretika dipersepsikan sebagai wadah yang dapat mengubah kehidupan.
Hal ini menjadikan nilai “Beretika” sebagai antara nilai utama dalam pembentukan
diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal pasti nilai “Beretika”
yang dimanifestasikan dalam novel 6:20. Nilai ini didapati terjelma pada cerita,
terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel tersebut. Terdapatnya nilai
“Beretika” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian novel tersebut sebagai teks
KOMSAS.
Merujuk kepada nilai keempat dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil
dalam mengenal pasti nilai “Bersopan Santun” dalam dua buah novel teks KOMSAS
yang dikaji. Sebagaimana yang ditakrifkan, nilai “Bersopan Santun” menurut
kerangka Modal Insan merujuk kepada keperibadian insan yang mencerminkan sifat
lemah lembut, tertib, dan kehalusan tingkah laku yang baik termasuk bahasa dan
pertuturan, yang menjadikan dirinya berketerampilan dan disenangi oleh masyarakat.
Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Beretika” dalam novel
ESP (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin dan DSW (2010) karya Abang Saifuddin
Abang Bohari. Novel ESP didapati mengandungi nilai “Bersopan Santun” yang
dimanifestasikan melalui cerita tentang keupayaan watak yang lemah lembut, tertib,
dan kehalusan tingkah laku yang baik termasuk bahasa dan pertuturan, yang
menjadikan dirinya berketerampilan dan disenangi oleh keluarga dan sahabatnya.
Manakala menerusi DSW menggarap nilai “Bersopan Santun” remaja balar yang
tertib, berbudi bahasa yang amat disenangi oleh kedua orang tua serta rakan-rakan
sekolahnya. Kecenderungan watak-watak mempamerkan nilai “Bersopan Santun”
melalui pertuturan, sikap dan tingkah laku dengan sendirinya membangkitkan tentang
keperluan menerapkan nilai modal insan dalam kalangan murid sekolah. Dapat
dikatakan bahawa melalui cerita-cerita yang disajikan dalam dua buah novel teks
KOMSAS yang dikaji, nilai “Bersopan Santun” dipersepsikan sebagai wadah yang
dapat mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Bersopan Santun” sebagai
antara nilai utama dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil
165
dalam mengenal pasti nilai “Bersopan Santun” yang dimanifestasikan dalam novel
ESP dan DSW. Nilai ini didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan
perwatakan dalam novel-novel tersebut. Terdapatnya nilai “Bersopan Santun” ini
sekali gus menjelaskan kesesuaian novel-novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai kelima dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Berdisiplin” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Berdisiplin” menurut kerangka Modal
Insan merujuk kepada kawalan diri insan dalam memastikan dirinya mematuhi norma,
etika dan peraturan yang baik, dan disepakati oleh masyarakat. Dengan takrifan ini,
analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Berdisiplin” dalam novel Hikmah (2010)
karya Mohd. Faris Ikmal, MG (2011) karya Ruslan Ngah dan KT (2012) karya
Abdullah Hussain. Novel MG menghadirkan watak murid sekolah yang berdisiplin
dalam memastikan dirinya mematuhi norma, etika dan peraturan yang baik, dan
disepakati untuk meningkatkan kemajuan diri. Novel Hikmah menghadirkan watak
murid yang bermasalah disiplin, dan akhirnya kembali mematuhi norma dan
berperaturan baik setelah berhadapan dengan peristiwa yang menginsafkan dirinya.
Seterusnya, KT menceritakan tentang watak yang berdisiplin mempelajari ilmu muzik
dan dengan disiplin diri itu dia berjaya mencapai kejayaan tertinggi iaitu ‘Seniman
Agung’ dan penerimaan masyarakat. Dapat dikatakan bahawa melalui cerita-cerita
yang disajikan dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji, nilai “Berdisiplin”
dipersepsikan sebagai wadah yang dapat mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan
nilai “Berdisiplin” sebagai antara nilai utama dalam pembentukan diri seseorang
insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal pasti nilai “Berdisiplin” yang
dimanifestasikan dalam novel Hikmah, MG dan KT. Nilai ini didapati terjelma pada
cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-novel tersebut.
Terdapatnya nilai “Berdisiplin” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian novel-novel
tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai keenam dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Dinamik” dalam sebuah novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang ditakrifkan, nilai “Dinamik” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada daya usaha insan yang makruf, optimis, bertenaga serta berani untuk
mengubah diri serta masyarakat ke arah kebaikan. Dengan takrifan ini, analisis
mengenal pasti kehadiran nilai “Dinamik” dalam novel Renyah (2010) karya Gunawan
Mohamood. Novel Renyah didapati mengandungi nilai “Dinamik” yang
dimanifestasikan melalui cerita insan yang optimis dan berjaya mempamerkan
penampilan diri untuk mengurus sebuah empayar perniagaan. Dapat dikatakan
bahawa melalui cerita yang disajikan dalam sebuah novel teks KOMSAS yang dikaji,
nilai “Dinamik” dipersepsikan sebagai wadah yang dapat mengubah kehidupan. Hal
ini menjadikan nilai “Dinamik” sebagai antara nilai utama dalam pembentukan diri
seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal pasti nilai “Dinamik” yang
dimanifestasikan dalam novel Renyah. Nilai ini didapati terjelma pada cerita,
terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel tersebut. Terdapatnya nilai
“Dinamik” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian novel tersebut sebagai teks
KOMSAS.
166
Merujuk kepada nilai ketujuh dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Sihat” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Sihat” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keadaan diri insan yang sejahtera dari segi jasmani dan rohani, yang
dengan kesejahteraan itu membolehkannya untuk menunaikan amar makruf terhadap
dirinya sendiri serta masyarakat. Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti
kehadiran nilai “Sihat” dalam novel LBM (2010) karya karya Syed Mahadzhir Syed
Ibrahim dan SDL (2010) karya Abd. Talib Hassan. Dalam hal ini, novel SDL dan LBM
mempamerkan watak yang mementingkan nilai “Sihat” untuk memastikan keadaan
diri insan yang sejahtera dari segi jasmani dan rohani. Novel SDL didapati
mengandungi nilai “Sihat” yang dimanifestasikan melalui cerita tentang watak yang
mempunyai kekuatan dalam melakukan perubahan keterampilan diri yang kemas.
Manakala, nilai “Sihat” dalam novel LBM pula didapati terserlah melalui cerita
tentang watak yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui amalan rawatan herba
yang memberi sumbangan kepada masyarakat. Dengan kesejahteraan itu
membolehkannya untuk menunaikan amar makruf terhadap dirinya sendiri serta
masyarakat. Dapat dikatakan bahawa melalui cerita yang disajikan dalam dua novel
teks KOMSAS yang dikaji, nilai “Sihat” dipersepsikan sebagai wadah yang dapat
mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Sihat” sebagai antara nilai utama
dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal
pasti nilai “Sihat” yang dimanifestasikan dalam novel LBM dan SDL. Nilai ini didapati
terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-novel
tersebut. Terdapatnya nilai “Sihat” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian novel-novel
tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai kelapan dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Kreatif” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Kreatif” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam mencetuskan idea asli yang dapat
memberikan manfaat yang baik kepada diri serta masyarakat. Dengan takrifan ini,
analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Kreatif” dalam novel LBM (2010) karya Syed
Mahadzhir dan KT (2012) karya Abdullah Hussain. Nilai “Kreatif” dalam novel LBM
didapati terserlah melalui cerita yang memperlihatkan watak yang kreatif mencipta
penawar AIDS dan seterusnya memberi sumbangan besar kepada masyarakat.
Manakala novel KT memperlihatkan watak yang kreatif menerusi ciptaan susunan
muzik dan lagu yang sentiasa segar dalam jiwa masyarakat. Lagu ciptaannya berjaya
mengharumkan nama negara di persada dunia dan secara tidak langsung mengangkat
watak sebagai ‘Seniman Agung’. Bakat yang dianugerahi oleh Ilahi melalui watak
utama memberikan teladan kepada masyarakat akan kejayaan seseorang itu bukan
kerana berpendidikan tinggi sebaliknya bagaimana potensi sedia ada dapat dijana
secara positif. Dapat dikatakan bahawa melalui cerita yang disajikan dalam dua novel
teks KOMSAS yang dikaji, nilai “Kreatif” dipersepsikan sebagai wadah yang dapat
mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Kreatif” sebagai antara nilai utama
dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal
pasti nilai “Kreatif” yang dimanifestasikan dalam novel LBM dan KT. Nilai ini
didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-
novel tersebut. Terdapatnya nilai “Kreatif” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian
novel-novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
167
Merujuk kepada nilai kesembilan dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil
dalam mengenal pasti nilai “Inovatif” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Inovatif” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam menjana pembaharuan terhadap idea
asli yang telah sedia tercetus, untuk memberikan manfaat baik kepada diri serta
masyarakat. Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Inovatif”
dalam novel WPA (2010) karya Ahmad Zaki Abu Bakar dan KT (2012) karya
Abdullah Hussain. Novel WPA didapati mengandungi nilai “Inovatif” yang
dimanifestasikan melalui cerita tentang keupayaan intelek menggunakan sains dan
teknologi untuk mencipta penemuan dan kejayaan dan seterusnya memberi
sumbangan besar kepada masyarakat. Manakala, novel KT turut memperlihatkan
watak yang inovatif dalam menghasilkan ciptaan muzik mengikut zaman dan
kehendak masyarakat semasa. Dalam hal ini, WPA dan KT didapati menghadirkan
watak-watak berkeupayaan intelek dalam menjana pembaharuan terhadap idea asli
yang telah sedia tercetus, untuk memberikan manfaat kepada diri serta masyarakat.
Dapat dikatakan bahawa melalui cerita yang disajikan dalam novel-novel teks
KOMSAS yang dikaji, nilai “Inovatif” dipersepsikan sebagai wadah yang dapat
mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Inovatif” sebagai antara nilai utama
dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal
pasti nilai “Inovatif” yang dimanifestasikan dalam novel WPA dan KT. Nilai ini
didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-
novel tersebut. Terdapatnya nilai “Inovatif” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian
novel-novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai kesepuluh dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil
dalam mengenal pasti nilai “Patriotik” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Patriotik” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keperibadian insan yang cinta, setia dan sedia berkorban diri demi
kebaikan serta kedaulatan tanah airnya. Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti
kehadiran nilai “Patriotik” dalam novel IM (2010) karya Abd Latip Talib, WPA (2010)
karya Ahmad Zaki Abu Bakar, KDP (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah. Novel
IM didapati terserlah melalui cerita yang menghadirkan watak cintakan sejarah tanah
air dengan mengkaji sejarah dan tokoh pejuang bangsa yang telah memerdekakan
negara dengan penuh kesukaran. Seterusnya, novel WPA turut menghadirkan watak
yang berjaya mengharumkan negara Malaysia dengan semangat juang mengulangi
kejuaraan Pasukan Avatari. Manakala, Novel KDP didapati menghadirkan watak
sekian lama berhijrah ke luar negara namun masih sebati dengan budaya serta adat
negara asal dan bertekad untuk kembali di tanah air yang tercinta. Dalam hal ini, IM,
WP dan KDP mengungkapkan watak patriotik keperibadian insan yang cinta, setia dan
sedia berkorban diri demi kebaikan serta kedaulatan tanah airnya. Dapat dikatakan
bahawa melalui cerita yang disajikan dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji,
nilai “Patriotik” dipersepsikan sebagai wadah yang dapat mengubah kehidupan. Hal
ini menjadikan nilai “Patriotik” sebagai antara nilai utama dalam pembentukan diri
seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal pasti nilai “Patriotik” yang
dimanifestasikan dalam novel IM, WPA, dan KDP. Nilai ini didapati terjelma pada
cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-novel tersebut.
Terdapatnya nilai “Patriotik” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian novel-novel
tersebut sebagai teks KOMSAS.
168
Merujuk kepada nilai ke 11 dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Keadilan” dalam novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Keadilan” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keperibadian insan yang tahu serta berani dalam menegak kebenaran
dan menentang kezaliman. Dengan takrifan ini, analisis mengenal pasti kehadiran nilai
“Keadilan” dalam novel Renyah (2010) karya Gunawan Mohamood. Novel Renyah
didapati mengandungi nilai “Keadilan” yang dimanifestasikan melalui cerita tentang
menghadirkan keperibadian insan dalam menguruskan sebuah keluarga yang berbeza
kefahaman dan pendirian. Novel Renyah memberi teladan kepada masyarakat akan
sebuah kehidupan yang cemerlang dan berani dalam menegak kebenaran dan
menentang kezaliman untuk kebaikan diri dan masyarakat. Dapat dikatakan bahawa
melalui cerita yang disajikan dalam novel teks KOMSAS yang dikaji, nilai “Keadilan”
dipersepsikan sebagai wadah yang dapat mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan
nilai “Keadilan” sebagai antara nilai utama dalam pembentukan diri seseorang insan.
Nilai “Keadilan” yang terpancar daripada cerita sedemikian, jelas sejajar dengan nilai
modal insan yang menjadi kerangka kajian ini. Analisis di atas berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Keadilan” yang dimanifestasikan dalam novel Renyah. Nilai ini
didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-
novel tersebut. Terdapatnya nilai “Keadilan” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian
novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai ke 12 dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil dalam
mengenal pasti nilai “Cekal” dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji.
Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Cekal” menurut kerangka Modal Insan
merujuk kepada keperibadian insan yang tetap hati, teguh dan tekal dalam menghadapi
cabaran demi kebaikan diri serta masyarakat. Dengan takrifan ini, analisis mengenal
pasti kehadiran nilai “Cekal” dalam BDK (2010) karya Aida Shahira, Hikmah (2010)
karya Mohd. Faris Ikmal, SMT (2007) karya Suziana Che Will, IM (2010) karya Abd
Latip Talib, LBM (2010) karya Syed Mahadzhir Syed Ibrahim, DSW (2010) karya
Abang Saifuddin Abang Bohari, ESP (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin, CPU
(2011) karya Rohani Deraman, MR (2010) karya Hartini Hamzah, Renyah (2010)
karya Gunawan Mohamood, SDL (2010) karya Abd. Talib Hassan, KDP (2010) karya
Mohamad Kholid Hamzah dan KT (2012) karya Abdullah Hussain. Novel CPU, DSW,
ESP dan SMT didapati mengandungi nilai “Cekal” yang dimanifestasikan melalui
cerita-cerita tentang keperibadian watak murid sekolah yang tetap hati, teguh dan tekal
dalam menghadapi cabaran dan meraih kejayaan. Manakala, novel KT, LBM, MR,
Renyah dan KDP pula didapati terserlah melalui cerita-cerita yang berlegar tentang
keperibadian watak yang tetap hati, teguh dan tekal dalam menggemblengkan
kemahiran dan pengetahuan yang ada untuk menjadi insan yang berjaya. Seterusnya,
novel Hikmah dan BDK didapati mengandungi nilai “Cekal” yang turut
dimanifestasikan melalui cerita tentang keperibadian watak yang cekal dalam
menghadapi pelbagai konflik kehidupan, sebelum berubah menjadi murid yang baik.
Hal yang sama turut jelas dalam novel SDL yang menghadirkan watak yang teguh dan
tekal dalam mendepani konflik kejiwaan yang kemudiannya hidup lebih sempurna dan
diterima oleh masyarakat. Berikutnya, IM yang menghadirkan kecekalan watak-watak
dalam menghadapi cabaran ancaman nyawa, yang berhadapan dengan penjenayah
bersenjata. Dapat dikatakan bahawa melalui cerita yang disajikan dalam novel-novel
teks KOMSAS yang dikaji, nilai “Cekal” dipersepsikan sebagai wadah yang dapat
mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Cekal” sebagai antara nilai utama
169
dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil dalam mengenal
pasti nilai “Cekal” yang dimanifestasikan dalam novel BDK, Hikmah, SMT, IM, LBM,
DSW, ESP, CPU, MR, Renyah, SDL, KDP dan KT. Nilai ini didapati terjelma pada
cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-novel tersebut.
Terdapatnya nilai “Cekal” ini sekali gus menjelaskan kesesuaian novel-novel tersebut
sebagai teks KOMSAS.
Merujuk kepada nilai ketiga belas dalam kerangka Modal Insan, analisis ini berhasil
dalam mengenal pasti nilai “Berdaya Saing” dalam sebuah novel teks KOMSAS yang
dikaji. Sebagaimana yang telah ditakrifkan, nilai “Berdaya Saing” menurut kerangka
Modal Insan merujuk kepada daya usaha insan yang baik, responsif, berani dan
bersemangat untuk berjuang bagi kebaikan diri serta masyarakat. Dengan takrifan ini,
analisis mengenal pasti kehadiran nilai “Daya Saing” dalam novel ESP (2010) karya
Zaihanim Zainal Abidin. Novel ESP didapati mengandungi nilai “Berdaya Saing”
yang dimanifestasikan melalui cerita tentang daya usaha watak yang mempamerkan
sikap yang baik, responsif, berani dan bersemangat untuk mencapai kejayaan bagi diri
dan sekolahnya. Dapat dikatakan bahawa melalui cerita yang disajikan dalam sebuah
novel teks KOMSAS yang dikaji, nilai “Berdaya Saing” dipersepsikan sebagai wadah
yang dapat mengubah kehidupan. Hal ini menjadikan nilai “Berdaya Saing” sebagai
antara nilai utama dalam pembentukan diri seseorang insan. Analisis di atas berhasil
dalam mengenal pasti nilai “Berdaya Saing” yang dimanifestasikan dalam novel ESP.
Nilai ini didapati terjelma pada cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam
novel tersebut. Terdapatnya nilai “Berdaya Saing” ini sekali gus menjelaskan
kesesuaian novel tersebut sebagai teks KOMSAS.
Secara keseluruhannya, nilai-nilai yang dinyatakan didapati terjelma pada cerita,
terutamanya aspek watak dan perwatakan dalam novel-novel yang dikaji. Analisis
mendapati bahawa “Cekal” merupakan nilai Modal Insan yang paling dominan
dimanifestasikan dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji. Ini diikuti dengan
nilai “Berilmu” dan nilai “Berkeyakinan”. Seterusnya nilai “Disiplin” dan nilai
“Patriotik” dan diikuti dengan nilai “Bersopan Santun”, “Sihat”, “Kreatif” dan
“Inovatif.” Manakala nilai yang kurang dimanifestasikan dalam novel-novel teks
KOMSAS ialah nilai ”Beretika”, “Dinamik”, “Keadilan” dan “Berdaya Saing”.
Rumusan kedudukan nilai dapatan ini terkandung dalam Jadual 6 yang dikepilkan
dalam kajian ini sebagai LAMPIRAN 7.
4.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, analisis ini berhasil dalam menganalisis novel-novel yang
menjadi teks KOMSAS menurut kerangka Modal Insan. Analisis ini dilakukan
berdasarkan nilai-nilai yang terkandung dalam gagasan Modal Insan, yang telah pun
diorganisasikan dalam satu kerangka analisis yang sistematik. Untuk itu, analisis
dibahagikan kepada 13 sub topik yang didasarkan kepada nilai-nilai dalam kerangka
Modal Insan yang telah diorganisasikan. Nilai-nilai menurut kerangka Modal Insan
yang dijadikan sebagai kerangka analisis ialah berilmu, berkeyakinan, beretika,
bersopan santun, berdisiplin, dinamik, kreatif, inovatif, sihat, patriotik, keadilan, cekal
170
dan berdaya saing. Analisis ini mendapati nilai-nilai tersebut dimanifestasikan dalam
cerita-cerita yang disajikan dalam novel-novel teks KOMSAS yang dikaji,
terutamanya aspek watak dan perwatakan. Analisis ini juga mendapati bahawa hampir
setiap novel teks KOMSAS yang dikaji menerapkan sekurang-kurang satu nilai
gagasan Modal Insan. Hasil analisis di atas dengan sendirinya menjelaskan bahawa
kajian ini telah berupaya merealisasikan Objektif Kedua kajian ini, iaitu menganalisis
novel-novel yang menjadi teks KOMSAS menurut kerangka Modal Insan. Kesemua
dapatan hasil kajian akan dirumuskan secara terperinci dalam bab seterusnya, Bab 5.
171
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
Kajian ini bertolak daripada pengamatan awal yang mengenal pasti beberapa lompong
ilmiah yang terserlah dalam korpus kajian-kajian sedia ada terhadap teks KOMSAS.
Di satu pihak, pengamatan awal mengenal pasti kecenderungan sejumlah kajian ilmiah
dalam memperakukan kesesuaian teks KOMSAS. Di pihak yang lain pula,
pengamatan awal turut mengenal pasti kecenderungan sejumlah kajian ilmiah dalam
mempertikaikan kesesuaian teks-teks KOMSAS. Berdasarkan kepada kedua-dua
kecenderungan di atas, adalah jelas bahawa soal kesesuaian teks-teks KOMSAS masih
menimbulkan perbahasan serta belum mencapai kata sepakat. Hal ini dengan
sendirinya membuka ruang untuk penerokaan ilmiah yang selanjutnya. Lanjutan
daripada itu, pengamatan awal turut mengenal pasti hakikat bahawa kajian-kajian
ilmiah sedia ada tentang kesesuaian teks-teks KOMSAS rata-rata cenderung
menerapkan teori, pendekatan atau model Barat, dengan falsafah serta prinsip yang
berbeza dengan nilai-nilai termasuk agama, adat resam serta budaya masyarakat di
Malaysia. Hal ini turut membuka ruang ilmiah yang luas terhadap pengkajian teks-
teks KOMSAS yang menerapkan sebuah kerangka tempatan dengan nilai-nilai yang
menjadi pegangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pengamatan awal turut
mengesan beberapa kajian ilmiah yang menerapkan beberapa teori/model sastera
cetusan para sarjana tempatan. Sesuai dengan kedudukannya itu, teori/model sastera
yang diterapkan itu didapati lebih menekankan aspek-aspek kesasteraan (literariness),
berbanding aspek-aspek pendidikan sesuai dengan kedudukan teks-teks KOMSAS
yang dikaji itu sebagai bahan pengajaran dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Hal
ini dengan sendirinya mengundang satu kajian ilmiah yang menerapkan sebuah teori
atau model tempatan yang diasaskan pada gagasan atau agenda nasional termasuk
dalam bidang pendidikan. Sehubungan dengan kajian-kajian ilmiah yang menerapkan
teori/model tempatan itu, pengamatan awal mendapati bahawa rata-rata kajian
diusahakan pada skala sederhana, dengan meneliti teks KOMSAS dalam jumlahnya
yang kecil. Hal ini dengan sendirinya menjelaskan keperluan untuk meneliti novel-
novel teks KOMSAS dalam jumlah atau bilangannya yang lebih komprehensif.
Dengan menimbang keperluan-keperluan di atas, kajian ini diusahakan dengan
keprihatinan untuk meneliti soal kesesuaian teks KOMSAS. Akan tetapi, berbanding
kajian-kajian ilmiah sedia ada, kajian ini menerapkan sebuah kerangka yang diasaskan
pada gagasan atau agenda yang bersifat nasional. Hal ini merujuk kepada gagasan
Modal Insan iaitu satu agenda pembangunan nasional yang meliputi hampir segenap
aspek pembangunan negara termasuk bidang pendidikan. Gagasan Modal Insan telah
diorganisasikan dalam satu kerangka analisis yang membolehkannya untuk diterapkan
dalam pengkajian novel-novel teks KOMSAS. Begitu juga soal keperluan meneliti
teks KOMSAS dalam jumlah atau bilangannya yang lebih komprehensif, kajian ini
meneliti 19 buah novel teks KOMSAS bagi kegunaan murid Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Lima mulai tahun 2010 hingga 2016. Sehingga kini dan sepanjang yang
diketahui, rata-rata kajian ilmiah dalam meneliti teks KOMSAS diusahakan pada skala
yang sederhana.
172
Bertitik tolak daripada permasalahan di atas, kajian ini distrukturkan untuk mencapai
tiga objektif kajian. Pertama, mengorganisasikan nilai-nilai yang menunjangi gagasan
Modal Insan dalam sebuah kerangka analisis yang sistematik. Kedua, menganalisis
novel-novel teks KOMSAS menurut kerangka Modal Insan. Dan ketiga, merumuskan
kesesuaian nilai-nilai yang terkandung dalam novel-novel teks KOMSAS menurut
kerangka Modal Insan.
Bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian tersebut, dan sebagaimana yang telah
dijelaskan di atas, kajian ini menerapkan gagasan Modal Insan sebagai kerangka
analisis yang sistematik. Kerangka Modal Insan didasarkan kepada gagasan Modal
Insan yang dicetuskan oleh Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Dalam usaha
merealisasikan Objektif Pertama kajian ini, iaitu mengorganisasikan nilai-nilai yang
menunjangi gagasan Modal Insan dalam sebuah kerangka analisis yang sistematik,
kajian ini meneliti secara tuntas gagasan Modal Insan yang diutarakan oleh Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi, selain turut mengamati kritikan serta resepsi mengenainya
baik dalam arena akademik mahupun politik. Penelitian ini berhasil dalam mengenal
pasti, menggariskan secara sistematik dan mengorganisasikan nilai-nilai yang
menunjangi kerangka Modal Insan. Ini merujuk kepada nilai berilmu, berkeyakinan,
beretika, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, sihat, kreatif, inovatif, patriotik,
keadilan, cekal dan berdaya saing. Kesemua nilai ini dianggap penting dalam usaha
untuk membangunkan modal insan yang menjadi agenda nasional, yang antaranya
direalisasikan melalui pendidikan. Ini juga bererti, satu kerangka analisis yang
sistematik telah tersedia untuk tujuan analisis yang dilakukan dalam Bab 4.
Seterusnya, berdasarkan 13 nilai dalam kerangka Modal Insan yang telah
diorganisasikan itu, kajian ini kemudiannya menganalisis 19 buah novel teks
KOMSAS yang menjadi kegunaan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah-
sekolah menengah di Malaysia. Novel-novel yang dikaji juga merupakan teks
KOMSAS dari tahun 2010 hingga 2016. Hal ini dapat merealisasikan objektif kedua
iaitu menganalisis novel-novel teks KOMSAS menurut kerangka Modal Insan.
Novel-novel yang dikaji ialah Hikmah (2010) karya Mohd. Faris Ikmal, SMT (2007)
Suziana Che Will, BDK (2010) karya Aida Shahira, IM (2010) karya Abd Latip Talib,
ESP (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin, WPA (2010) karya Ahmad Zaki Abu
Bakar, LBM (2010) karya Syed Mahadzhir Syed Ibrahim, DSW (2010) karya Abang
Saifuddin Abang Bohari, 6:20 (2011) karya Siti Jasmina Ibrahim, MG (2011) karya
Ruslan Ngah, CPU (2011) karya Rohani Deraman, AZ (2010) karya Halis Azhan
Mohd Hanafiah, PAPA… (akhirnya Kau Tewas Jua!) (2009) karya Deana Yusuf,
Renyah (2010) karya Gunawan Mohamood, MR (2010) karya Hartini Hamzah, KA
(2010) karya Amer Hmzah L. Kadir, KT (2012) karya Abdullah Hussain, SDL (2010)
karya Abd. Talib Hassan dan KDP (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah. Analisis
terhadap novel-novel teks KOMSAS yang dikaji telah dilakukan dengan meneliti
aspek cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan. Aspek-aspek dianggap lebih
relevan dengan fokus terhadap nilai-nilai yang dianggap penting dalam pembentukan
diri manusia atau insan, yang menjadi keprihatinan gagasan Modal Insan itu sendiri.
Rumusan dapatan analisis penggunaan nilai gagasan Modal Insan dalam novel teks
KOMSAS terkandung dalam Jadual 5 yang dikepilkan dalam kajian ini sebagai
LAMPIRAN 6.
173
Hasil analisis mendapati bahawa KT merupakan novel teks KOMSAS yang paling
banyak memanifestasikan nilai-nilai yang terangkum dalam kerangka Modal Insan
seperti yang terkandung dalam Jadual 7 yang dikepilkan dalam kajian ini sebagai
LAMPIRAN 8. Nilai-nilai yang dimanifestasikan dalam novel tersebut iaitu
“Berilmu”, “Berkeyakinan”, Berdisiplin”, Kreatif”, “Inovatif” dan “Cekal.” Secara
keseluruhannya, analisis ini mendapati semua 19 buah novel teks KOMSAS yang
dikaji memanifestasikan nilai-nilai menurut kerangka Modal Insan. Hal ini dengan
sendirinya menjelaskan satu perkara penting bahawa hampir kesemua novel yang
dikaji didapati sesuai dijadikan sebagai teks KOMSAS. Dapatan terakhir ini dengan
sendirinya bererti kajian ini berhasil dalam mencapai objektif terakhir kajian iaitu
merumuskan kesesuaian nilai-nilai yang terkandung dalam novel-novel teks
KOMSAS menurut kerangka Modal Insan.
Seiring dengan rumusan ini, beberapa pemahaman dapat dilakarkan. Antaranya,
kepekaan pihak Pusat Perkembangan Kurikulum yang berperanan dalam memilih
teks-teks KOMSAS, terhadap usaha membangunkan modal insan dalam kalangan
murid. Keprihatinan ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kesepaduan antara FPK dan nilai gagasan Modal Insan dianggap mampu untuk
membangunkan murid-murid sekolah dengan sifat-sifat keinsanan. Dalam konteks ini,
dapat dikatakan bahawa KOMSAS mampu memainkan peranannya sebagai satu
strategi terancang yang digubal bagi menyemai nilai-nilai yang diperakukan oleh FPK
dalam kalangan murid. Adalah menjadi harapan agar kajian ini dapat membuka ruang
ilmiah untuk diisi dengan kajian-kajian lanjut terhadap teks KOMSAS khususnya, dan
KOMSAS itu sendiri. Selain itu ialah pengkajian tentang aspek pembangunan modal
insan yang digembleng melalui sistem pendidikan negara. Semoga penemuan-
penemuan dalam kajian ini dapat menawarkan kemungkinan-kemungkinan terhadap
usaha-usaha kesarjanaan dan keilmiahan yang selanjutnya.
174
BIBLIOGRAFI
Ab. Aziz Yusof. (2018). Pembangunan Modal Insan Daripada Perspektif Islam: Impak
Kepada Pengurus. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities.
Volume 2. Issue 1, 2017:40-53.
Abang Saifuddin Abang Bohari. (2010). Di Sebalik Wajah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Sdn Bhd.
Abd. Ghafar Mahmud, Dato’. (2011). Haluan Kerja Pendidikan: Merealisasikan
Agenda Transformasi Negara. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abd. Jalil Borham. (2008). Asas Pembangunan Modal Insan. Gambang: Universiti
Pahang Malaysia.
Abd. Latip Talib. (2010). Istana Menanti. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn.
Bhd.
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Talib Hassan. (2010). Sutera Dalam Lukisan. Seri Kembangan: ABM SMAZ
Creative Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Jalaluddin Abdul Malek dan Mohd
Mahzan Awang. (2016). Penglibatan Sosial dan Pembudayaan Nilai Murni
Melalui Pembelajaran Tidak Formal dalam Kalangan Penduduk Bandar
Putrajaya. Kajian Malaysia, Vol. 34, No. 2, 2016. Minden: Penerbitan
Universiti Sains Malaysia: 75-100
Abdul Ghoni Ahmad (2017). Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Penggerak
Pembelajaran Bermakna. Majalah Pendidik. Disember, 2017. Kuala Lumpur:
Wardah Communication Sdn. Bhd.
Abdul Monir Yaacob. (2005). Hak dan Tanggungjawab Pelbagai Kaum Dari
Perspektif Syariah. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Abdullah Hussain. (2011). Konserto Terakhir. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Sdn. Bhd.
Aboukinane, C. (2007). A Qualitative Study of Creative Thinking Using Experiential.
Tesis Doktor Falsafah: Texas A & M University.
Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad dan Azwani Ismail. (2012). Pelaksanaan
Kurikulum Sejarah di Sekolah: Satu Tinjauan. Jurnal Pendidikan dan Latihan.
Jilid 4. Bil. 2. Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat: 1-9.
175
Ahmad Zaki Abu Bakar. (2010). Wira Persona Avatari. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Sdn Bhd.
Aida Shahira. (2010). Bukan Duniaku. Melaka Raya: Karya Hartamas Enterprise.
Ajmain@Jimaain Safar, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Aderi Che Noh. (2010).
Pendidikan Akhlak Sebagai Intipati Pembangunan Modal Insan Masjid: Kajian
kes Masjid Taman Puteri Kulaijaya Johor. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Masjid. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia: 66-76.
Ahmad Ali Seman, Raidah Rasyidah Makhtar, Musni Awatif Mustaffar, Anis Farhana
Izani & Fathilah Akmal Ismail. (2017). Penerapan Nilai Patriotisme Menerusi
Pendidikan Sejarah. Pendidikan Sejarah, Patriotisme & Karakter Bangsa
Malaysia-Indonesia (FKIP-UKM). Banjarmasin: Fakultas Kegurusan dan Ilmu
Pendidikan.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2014). Raksa Raya Malaysia. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
al-Qur’an Al-Karim Terjemahan. (2015). Shah Alam: Karya Bestari.
Amer Hmzah L.Kadir. (2010). Kembara Amira. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Sdn. Bhd.
Amla Mohd. Salleh. (2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan.
Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27
Januari 2010. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ani Nur Aeni. (2011). Menanamkan Disiplin Pada Anak Melalui Dairy Activity
Menurut Ajaran Islam. Jurnal Pendidikan Agama Islam-Ta’lim. Vol. 9 (1): 17-
29.
Ani Hj. Omar. (2016). Sastera Remaja di Malaysia Model Pembentukan Generasi
Unggul. Tanjong Malim: Penerbit Mentari.
Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi dan Asiah Abdul Rahman. (2010).
Sastera Melayu: Suatu Penghantar. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.
Ariff Mohamad. (2009). Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen dan
Novel Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kertas Projek.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris: 7.
Astro AWANI (2018). Unsur Kemanusiaan Harus Diterapkan dalam Sistem
Pendidikan. Video Astro AWANI, 16 Mei 2018. http://www. astroawani. com/
video-malaysia/unsur-kemanusiaan-harus-diterapkan-dalam-sistem-pendidikan
-209568. Muat Turun Pada 25 Mei 2018
176