The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norasiahipis, 2020-04-13 04:23:24

NILAI MODAL INSAN DALAM NOVEL TEKS KOMSAS

DR. NORASIAH BINTI HJ. ABDULLAH

Keywords: MODAL INSAN,NILAI,KOMSAS

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kreatif merupakan nilai yang dapat
mencetuskan penciptaan baharu. Insan yang kreatif berkeupayaan untuk mencetuskan
idea-idea yang berbeza daripada kebiasaan dan memberi nilai tambah untuk
dimanfaatkan. Berdasarkan penjelasan Abdullah, yang turut sejajar dengan
pandangan-pandangan yang dibincangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa nilai
“Kreatif” dianggap menjadi antara nilai yang menunjangi kerangka modal insan.
Dalam konteks kajian ini, nilai “Kreatif” merujuk kepada keupayaan intelek insan
dalam mencetuskan idea asli yang dapat memberikan manfaat yang baik kepada diri
serta masyarakat.

3.5.9 Inovatif

Nilai seterusnya yang terkandung dalam kerangka Modal Insan ialah “Inovatif.”
Penekanan terhadap nilai ini jelas apabila Abdullah membangkitkan tentang
pentingnya inovatif sebagai usaha meningkatkan kualiti dan produktiviti. Oleh itu,
nilai “Inovatif” ditanggapi sebagai usaha penjanaan idea baharu melalui penyelidikan
dan percambahan minda, di samping mencari peluang baharu. Menurut Abdullah,
penjanaan idea-idea baharu ini terhasil daripada idea-idea yang bernas hasil daripada
penemuan baharu dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti, sebagaimana yang
dinyatakan oleh Abdullah dalam petikan berikut:

…saya berharap idea-idea bernas daripada saudara-saudari pada
petang ini merupakan cadangan dan strategi untuk kita menjadi
lebih self-reliant [berdikari] serta berusaha meningkatkan
produktiviti kita melalui pendekatan baharu yang lebih inovatif
(Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif, 18 April 2005).

Seiring dengan penekanan ini, Mustafa Dakian (2009) turut menjelaskan bahawa insan
yang berinovatif menjadi aset yang dapat memperkasakan negara. Menurutnya lagi,
masyarakat harus memiliki minda yang suka bereksperimen, mencari penemuan
baharu serta mencari alternatif. Justeru, berinovasi merupakan usaha untuk menerokai
cara baharu untuk memenuhi keperluan masyarakat, sebagaimana yang dijelaskan
dalam petikan berikut: “Pemikiran inovatif dapat membantu kita dalam meneroka cara
baharu bagi memenuhi kehendak pelanggan” (Mustafa Dakian, 2009: 213-214).

Zaini Ujang dalam bukunya bertajuk Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi
(2010) menjelaskan bahawa inovasi merupakan usaha penambahbaikan dan
penyesuaian kepada pemikiran idea yang sedia ada sehingga terjana ciptaan baharu
yang bermanfaat kepada manusia. Justeru, setiap lapisan masyarakat perlu didedahkan
dengan budaya inovasi supaya dapat memacu perubahan dan pembangunan negara.
Ekosistem inovasi juga perlu disemarakkan dalam seluruh aspek kehidupan, perlu
difahami serta diamalkan. Nilai “Inovasi” dilihat juga sebagai penambahbaikan dan
nilai tambah yang memberi manfaat kepada masyarakat dalam bentuk produk atau
perkhidmatan, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut:

80

Inovasi menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada
pemikiran, idea sedia ada sehingga memberi nilai tambah yang
boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai
produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan (Zaini Ujang,
2010: 3).

Roshamimi Faisal dan Ahmad Othman (2011) pula menjelaskan bahawa inovatif
merupakan prasyarat utama bagi kemajuan sesebuah organisasi. Organisasi yang
berkualiti dianggap mempunyai modal insan yang berinovatif. Tanpa nilai-nilai
“Inovatif”, sesebuah organisasi tidak mampu mencetuskan ciptaan-ciptaan baharu.
Inovatif bertujuan untuk mempertingkatkan ketamadunan manusia, seiring dengan
arus kemajuan dan tuntutan semasa. Pengubahsuaian atau penambahbaikan dilakukan
untuk meningkatkan produktiviti yang dapat dimanfaatkan. Penemuan baharu hasil
daripada cetusan idea dapat menyelesaikan masalah, dan meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara. Justeru, individu yang mempunyai nilai “Inovatif” dikatakan
mempunyai kecenderungan untuk melakukan pembaharuan, berkeyakinan dan positif
terhadap perubahan, sebagaimana dijelaskan dalam petikan berikut: “Individu yang
inovatif cenderung untuk sentiasa mencari pembaharuan, bermaklumat, berdikari,
berkeyakinan dan tidak takut menanggung risiko” (Roshamimi Faisal dan Ahmad
Othman, 2011: 110).

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa inovatif merupakan usaha penjanaan idea,
mencetus perubahan serta penambahbaikan. Inovatif juga merupakan penciptaan
baharu yang lahir daripada pemikiran kreatif tanpa menukar konsep asal. Justeru,
inovasi menjadi nilai tambah yang bermanfaat dalam meningkatkan kualiti dan
produktiviti. Berdasarkan kepada penjelasan Abdullah, yang turut sejajar dengan
pandangan-pandangan yang dibincangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa nilai
“Inovatif” menjadi antara nilai yang menunjangi kerangka Modal Insan. Dalam
konteks kajian ini, nilai “Inovatif” merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam
menjana pembaharuan terhadap idea asli yang telah sedia tercetus, untuk memberikan
manfaat baik kepada diri serta masyarakat.
3.5.10 Patriotik

Antara nilai seterusnya yang menunjangi kerangka Modal Insan ialah “Patriotik.”
Penekanan terhadap nilai ini jelas apabila Abdullah membangkitkan tentang
pentingnya nilai “Patriotik” disematkan dalam jiwa setiap insan. Setiap insan
mempunyai tanggungjawab untuk mengekal dan memelihara kemerdekaan terhadap
negara yang tercinta. Di samping itu, turut memiliki akhlak mulia serta bersemangat
patriotik. Justeru, golongan muda turut disarankan untuk membina nilai “Patriotik,”
sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah dalam petikan berikut: Warga muda
Malaysia hendaklah dididik mempercayai kepada tuhan, berakhlak mulia, menghargai
nilai keluarga, berkeyakinan, dan patriotik terhadap negara (Koleksi Ucapan Abdullah
Ahmad Badawi 2004: Siri Ucapan Penting, 2005: 137).

Seiring dengan penekanan terhadap nilai “Patriotik”, Mohd Hasrol Haffiz Aliasak,
Hamzah Jusoh dan Mohd Yusoff Hussain (2012) turut menjelaskan bahawa patriotik

81

merupakan usaha untuk menanamkan sifat kecintaan dan setia kawan. Masyarakat
berusaha untuk mempertahankan sifat kecintaan dan setia kawan yang mempunyai
nilai estetika kepada mereka. Prinsip kesetiaan dianggap sebagai tunjang dalam nilai
patriotik, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut: “Semangat nilai
patriotik dapat dilihat menerusi prinsip semangat setia kawan, menunjukkan ikatan
ukhuwah antara individu dalam kelompok masyarakat” (Mohd Hasrol Haffiz Aliasak,
Hamzah Jusoh dan Mohd Yusoff Hussain, 2012: 1243-1253).

Seterusnya, Nazri Muslim dan Jamsari Alias (2004) pula berpendapat bahawa
patriotik ialah semangat cintakan negara dan akan membuat apa sahaja untuk
mempertahankannya. Semangat patriotik dapat menyumbang ke arah pembentukan
generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Nilai ini penting bagi melahirkan
warganegara yang cintakan negara dan semangat perpaduan. Mereka turut
berpendapat bahawa, semangat patriotik perlu disemarakkan secara berterusan.
Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mempertahankan negara demi
kedaulatan. Justeru, generasi muda perlu disuburkan dengan nilai “Patriotik” yang
menjadi teras kepada pertahanan negara dan perpaduan, sebagaimana yang dijelaskan
dalam petikan berikut:

Patriotik penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang
sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara.
Kerajaan perlu menjadikan patriotisme sebagai agenda negara
kerana patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan
pembinaan bangsa bermaruah (Nazri Muslim dan Jamsari Alias,
2004: 6).

Demikian juga pandangan Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad dan Azwani Ismail
(2012) menjelaskan bahawa semangat setia negara dan perpaduan perlu difahami.
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama perlu disemaikan
semangat perpaduan. Semangat perpaduan ini perlu diperkukuhkan dalam jiwa
menerusi semangat setia terhadap negara dan menghayati peristiwa-peristiwa
bersejarah negara, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut:

Sejarah yang ingin dicapai iaitu dari aspek semangat setia negara,
jati diri sebagai warganegara Malaysia, dapat memahami keadaan
masyarakat dan negara, mempunyai semangat perpaduan dan
kekitaan, dan mempunyai ingatan terhadap peristiwa sejarah negara
(Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad dan Azwani Ismail, 2012:
3).

Seterusnya, Maizatul Akma Aziz, et al., (2017) pula berpendapat patriotik ialah
kesanggupan dan kesediaan untuk berkorban demi negara. Semangat patriotik yang
dizahirkan adalah kesetiaan terbesar bagi setiap individu untuk menunjukkan kasih
sayang dan cinta akan negara. Mereka turut menjelaskan bahawa patriotik boleh
disemarakkan dengan pelbagai cara, seperti berbangga menjadi rakyat Malaysia,

82

kesetiaan terhadap negara, semangat kekeluargaan, berdisiplin, dan usaha berterusan
untuk mewujudkan kemakmuran negara. Justeru, generasi muda perlu disuburkan
dengan nilai “Patriotik” yang menjadi teras kepada pertahanan dan perpaduan negara,
sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut:

Perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air atau negara tidak
mematahkan semangat insan untuk meneruskan perjuangan
sehingga akhir hayat. Oleh itu, semangat patriotik adalah sangat
penting bagi sesebuah negara membangun dalam era kegemilangan
dan kemajuan negara (Maizatul Akma Aziz, et al., 2017: 849).

Kesimpulannya, patriotik merupakan nilai yang dapat memupuk semangat cinta dan
setia terhadap negara. Nilai ini dapat dizahirkan menerusi semangat setia kawan,
kesetiaan, keberanian, semangat perpaduan, dan cintakan negara. Adalah menjadi
matlamat utama negara dalam mewujudkan nilai “Patriotik” dalam kalangan
masyarakat ke arah membangunkan negara. Berdasarkan penjelasan Abdullah, yang
turut sejajar dengan pandangan-pandangan yang dibincangkan di atas, dapat
dirumuskan bahawa nilai “Patriotik” merupakan antara nilai yang menunjangi
kerangka modal insan. Dalam konteks kajian ini, nilai “Patriotik” merujuk kepada
keperibadian insan yang cinta, setia dan sedia berkorban diri demi kebaikan serta
kedaulatan tanah airnya.

3.5.11 Keadilan

Nilai seterusnya yang menunjangi kerangka Modal Insan ialah “Keadilan.” Penekanan
Abdullah terhadap nilai ini jelas apabila beliau membangkitkan tentang adil, yang hak
dan benar iaitu keupayaan insan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Hal ini
perlu menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian yang lebih bahagia. Keadilan
merupakan antara sifat keinsanan yang dapat membawa kebahagian dan merapatkan
hubungan sesama insan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah dalam petikan
berikut:

Jika bersikap adil, kita senang diterima oleh sesiapa sahaja. Sikap
ini juga, jika sudah menjadi kebiasaan dalam diri, seseorang itu
boleh nikmati kebahagiaan di tempat kerja dan keluarga (Koleksi
Ucapan Abdullah Ahmad Badawi 2005: Siri Ucapan Penting, 2006:
41).

Abdullah juga berpendapat bahawa keadilan merujuk kepada insan yang tidak
mementingkan diri dan tidak menindas hak insan yang lain. Keadilan memberi hak
kepada setiap insan mengikut hak serta kedudukan yang sama dan dinikmati bersama,
sebagaimana yang dijelaskan oleh Abdullah dalam petikan berikut: “Saya juga
mahukan kita semua untuk terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan

83

dan seterusnya, meningkatkan usaha menghapuskan kemiskinan agar kemakmuran
dapat dinikmati bersama” (Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif, 30 Ogos, 2007).

Seiring dengan penekanan ini, Nazri Muslim, Nik Yusri Musa dan Ahmad Hidayat
Buang (2011) menjelaskan nilai “Keadilan” dapat mewujudkan keharmonian.
Keadilan dengan sendirinya menghindari permusuhan, kezaliman dan perasaan
kebencian dalam kalangan masyarakat. Menurut mereka, keadilan memberi setiap
orang akan haknya dan setiap individu akan merasa aman dan tenteram. Keadilan
dilihat sebagai jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan
keturunan manusia. Justeru, nilai “Keadilan” hendaklah dipupuk dalam usaha
membentuk peribadi insan yang amanah, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan
berikut:

Keadilan bermaksud individu, keluarga, kaum, bangsa, etnik yang
layak mendapat sesuatu maka ia perlu diberi mengikut kelayakan,
agar amanah yang diberikan itu dapat diurus dengan sempurna
(Nazri Muslim, Nik Yusri Musa dan Ahmad Hidayat Buang, 2011:
18).

Seterusnya, nilai “Keadilan” turut dibangkitkan oleh Abdul Monir Yaacob (2005),
ketika membicarakan tentang pembangunan modal insan. Abdul Monir Yaacob
berpendapat bahawa keadilan dapat memberi hak yang benar kepada seseorang dan
dapat membentuk keharmonian bermasyarakat. Keadilan yang dilaksanakan mengikut
peraturan dapat membanteras kezaliman. Nilai “Keadilan” mendorong kehidupan
yang harmoni, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut: “Keadilan yang
dilaksanakan bagi menutup ruang-ruang kemusnahan (Sadd al-Zara'ie) yang mungkin
berlaku dalam kalangan masyarakat atau mengelakkan pencerobohan ke atas hak-
hak yang telah ditetapkan” (Abdul Monir Yaacob, 2005: 527).

Demikian juga pandangan Mohd Yusof Din dan Engku Ahmad Zaki (2015) tentang
perlunya keadilan dalam kesejahteraan masyarakat. Mereka antara lain berpendapat
bahawa keadilan merupakan sifat takwa yang dituntut oleh Islam. Agama Islam
menuntut agar manusia meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya demi
mengelak daripada berlakunya kezaliman. Nilai “Keadilan”, memperlihatkan sifat
yang mulia, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut: “Adil merupakan
neraca piawaian seseorang untuk memburu darjat yang istimewa di sisi Allah SWT.
Sifat yang menghiasi diri insan dengan perhiasan takwa” (Mohd Yusof Din dan Engku
Ahmad Zaki, 2015: 127).

Kesimpulannya, nilai “Keadilan” bermaksud meletakkan sesuatu sesuai pada
tempatnya yang hak demi mengelak daripada berlakunya kezaliman. Nilai “Keadilan”
dapat merealisasikan aspirasi negara dalam melahirkan modal insan berkualiti dan
harmoni. Berdasarkan kepada penjelasan Abdullah, yang turut sejajar dengan
pandangan-pandangan yang dibincangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa nilai
“Keadilan” menjadi antara nilai yang menunjangi kerangka Modal Insan. Dalam

84

konteks kajian ini, nilai “Keadilan” merujuk kepada keperibadian insan yang tahu
serta berani dalam menegak kebenaran dan menentang kezaliman.

3.5.12 Cekal

Antara nilai seterusnya yang menunjangi kerangka Modal Insan ialah “Cekal.”
Penekanan terhadap hal ini jelas apabila Abdullah membangkitkan tentang pentingnya
nilai “Cekal” dalam kehidupan seseorang insan untuk memperoleh kejayaan hidup.
Menurut Abdullah, kehidupan menghadirkan pelbagai cabaran yang memerlukan
kecekalan yang tinggi. Kecekalan akan menentukan kekuatan untuk terus maju,
dengan memikirkan usaha-usaha yang membawa kejayaan. Sebagai insan, perlu
berani membuat sesuatu keputusan dengan cekal untuk melakukan perubahan yang
baik, sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah dalam petikan berikut:

Untuk mengekalkan keupayaan negara bagi mendepani cabaran-
cabaran yang telah saya sebut tadi, maka kerajaan perlu berani
membuat keputusan serta cekal melakukan perubahan, demi
kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara dalam jangka panjang
(Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif, 26 Jun 2008).

Seiring dengan penekanan terhadap pentingnya nilai tersebut, Stephen R. Covey
(2016) menjelaskan cekal merupakan keupayaan untuk melakukan sesuatu dan
bertindak ke arah yang lebih baik. Keupayaan bertindak adalah mengikut tuntutan nilai
jati diri dan tidak tunduk dengan hawa nafsu. Menurut Stephen R.Covey, seseorang
itu dapat menjalani kehidupan dengan cekal jika berupaya memilih dan membuat
sesuatu keputusan untuk bertindak dengan bijak, sebagaimana dijelaskan dalam
petikan berikut: “Cekal merupakan keupayaan kita membuat keputusan, memilih dan
bertindak dengan sewajarnya” (Stephen R.Covey, 2016: 202).

Seterusnya, Kazim Elias (2015) turut membicarakan tentang kecekalan yang
membolehkan seseorang insan itu meningkatkan diri. Insan yang cekal bersedia
menghadapi apa jua rintangan. Insan yang cekal turut memperlihatkan keteguhan hati
ketika menerima ujian dan musibah. Insan yang cekal turut bersedia menghadapi apa
jua rintangan, berlapang hati dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapinya, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut: “Cekal adalah
kekuatan melalui ujian dan musibah yang menimpa dengan tenang dalam menghadapi,
bahkan dapat menghadapinya dengan baik dalam menyelesaikannya” (Kazim Elias,
2015: 47).

Demikian juga pandangan Mohd Fadli Sulaiman (2004) bahawa insan yang cekal
tidak mudah mengalah. Insan yang cekal juga memperlihatkan akhlak yang
menyenangkan, menunjukkan keredhaan serta berfikiran terbuka dalam melakukan
sesuatu kerja untuk berjaya, sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut:
“Orang yang cekal sentiasa redha dengan apa yang ada, sentiasa berfikiran positif serta

85

berlapang dada di samping berusaha untuk meningkatkan diri ke arah kejayaan”
(Mohd Fadli Sulaiman, 2004: 91).

Kesimpulannya, cekal merupakan nilai yang merujuk kepada kekuatan dalam diri
seseorang untuk terus berjaya. Insan yang cekal memiliki keberanian, keteguhan dan
ketetapan hati dalam menghadapi pelbagai kesukaran. Insan juga mampu menghadapi
kesukaran dengan penuh semangat dan iltizam. Berdasarkan penjelasan Abdullah,
yang turut sejajar dengan pandangan-pandangan yang dibincangkan di atas, dapat
dirumuskan bahawa nilai “Cekal” menjadi antara nilai yang menunjangi kerangka
Modal Insan. Dalam konteks kajian ini, nilai “Cekal” merujuk kepada keperibadian
insan yang tetap hati, teguh dan tekal dalam menghadapi cabaran demi kebaikan diri
serta masyarakat.

3.5.13 Berdaya Saing

Antara nilai yang menunjangi kerangka Modal Insan ialah “Berdaya Saing.”
Penekanan terhadap nilai ini jelas apabila Abdullah membangkitkan tentang insan
yang cemerlang iaitu insan yang mampu untuk melangkah lebih jauh dan
berkeupayaan untuk bersaing dalam apa jua keadaan. Menurut Abdullah, insan yang
berdaya saing dapat menunjukkan sikap berani untuk membuat perubahan berubah
dan bertindak balas terhadap persekitaran yang mencabar. Insan yang berdaya saing
juga dapat mempamerkan kualiti kerja yang produktif serta menyempurnakan
tanggungjawab dengan baik. Nilai “Berdaya Saing” mampu melonjakkan sesebuah
organisasi dan seterusnya membawa kepada peningkatan kesejahteraan hidup. Hal
yang demikian membawa kepada kemakmuran negara, sebagaimana yang dinyatakan
Abdullah dalam petikan berikut:

Keperluan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra
perniagaan bagi meningkatkan daya saing negara juga akan
dititikberatkan di dalam bajet ini. InsyaAllah, dengan langkah ini,
kita yakin ekonomi negara akan kekal kukuh dan menjana
pendapatan serta kekayaan untuk meningkatkan kesejahteraan
semua rakyat dalam konteks membina sebuah negara yang aman,
makmur dan bersatu padu (Koleksi Ucapan Arkib Ketua Eksekutif,
30 September 2005).

Menerusi buku Meneruskan Momentum Transformasi: Kecemerlangan
Perkhidmatan Awam Berteraskan CTI-PCI (2012) oleh Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Malaysia (MAMPU) bahawa daya saing menjadi kayu ukur prestasi
dalam pencapaian negara. Seiring dengan penekanan terhadap pentingnya berdaya
saing dalam pembangunan modal insan, usaha penambahbaikan perlu dijana.
Penambahbaikan dengan mencorakkan suatu dimensi baharu dengan pemerkasaan
kapasiti dan keupayaan daya saing negara melalui persekitaran yang kondusif,
sebagaimana yang dijelaskan dalam petikan berikut: “Malaysia perlu memastikan
pewujudan persekitaran yang menyokong kepada peningkatan daya saing dan

86

meminimumkan halangan yang boleh menjejaskan kedudukannya dalam ranking
semasa” (MAMPU, 2012: 5).

Seterusnya, Craig D. Jerald (2009) menjelaskan bahawa nilai “Berdaya Saing”
penting pada abad ke-21 yang menuntut kepada perubahan dalam memenuhi
keperluan masyarakat terkini. Perkembangan teknologi menjadi saingan kepada
pendidikan tradisional yang menuntut sistem pendidikan melakukan perubahan
terkini dan sesuai dengan keperluan kemahiran abad ke-21. Sistem pendidikan turut
disarankan agar menguasai perkembangan teknologi masa kini dan menyediakan
murid yang mampu berdaya saing pada abad millennium kini, sebagaimana yang
dijelaskan menerusi petikan berikut:

Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang
diperlukan oleh murid untuk berdaya saing pada milenium baru.
Perkembangan teknologi sekarang mendorong beberapa reformasi
pendidikan untuk berhujah bahawa kurikulum tradisional tidak
cukup, oleh itu sekolah perlu menyediakan murid dengan set yang
lebih luas dengan "kemahiran abad ke-21" (Craig D. Jerald, 2009:
27).

Demikian juga pandangan Sidek Baba (2009a) yang menjelaskan bahawa modal insan
yang perlu dilahirkan dalam zaman yang penuh cabaran ini ialah insan yang berdaya
saing. Usaha melahirkan modal insan yang berdaya saing sangat penting bagi
keperluan masa hadapan. Justeru, pelbagai pendekatan secara holistik perlu
dilaksanakan dalam usaha melahirkan insan yang berdaya saing. Selain itu, modal
insan yang berdaya saing turut memiliki kualiti diri yang unggul antaranya
mempunyai nilai dan tingkah laku baik, sebagaimana yang dijelaskan oleh Sidek Baba
dalam petikan berikut:

Pendekatan holistik dan integratif ini amat penting bagi
menyediakan generasi hari depan yang berdaya saing dan memiliki
daya tahan. Cabaran kini dan masa depan tidak sahaja bersifat
saintifik dan teknologikal tetapi ia juga berbentuk tabiat, tingkah
laku, sistem nilai dan cabaran kemanusiaan (Sidek Baba, 2009a:
32).

Kesimpulannya, berdaya saing merupakan nilai yang membolehkan individu untuk
melangkah lebih jauh dan berkeupayaan untuk bersaing dalam apa jua keadaan. Insan
yang berdaya saing menunjukkan sikap berani untuk berubah mengikut keperluan
semasa, dan mampu menunjukkan responsif terhadap persekitaran. Berdasarkan
kepada penjelasan Abdullah, yang turut sejajar dengan pandangan-pandangan yang
dibincangkan di atas, dapat dirumuskan bahawa nilai “Berdaya Saing” menjadi antara
nilai yang menunjangi kerangka Modal Insan. Dalam konteks kajian ini, nilai
“Berdaya Saing” merujuk kepada daya usaha insan yang baik, responsif, berani dan
bersemangat untuk berjuang bagi kebaikan diri serta masyarakat.

87

3.6 Kesimpulan

Perbincangan ini berhasil dalam mengenal pasti, menggariskan secara sistematik, dan
seterusnya mengorganisasikan nilai-nilai yang menunjangi kerangka Modal Insan. Ini
merujuk kepada nilai berilmu, berkeyakinan, beretika, bersopan santun, berdisiplin,
dinamik, sihat, kreatif, inovatif, patriotik, keadilan, cekal dan berdaya saing. Kesemua
nilai ini dianggap penting dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang
menjadi agenda nasional, yang antaranya direalisasikan melalui pendidikan. Ini juga
bererti, Objektif Pertama kajian ini telah dapat dianalisiskan. Seterusnya, nilai-nilai
yang telah dikenal pasti, digariskan secara sistematik, dan diorganisasikan itu akan
diterapkan bagi menganalisis teks-teks kajian iaitu novel-novel teks KOMSAS. Rajah
2 memaparkan 13 nilai dalam kerangka Modal Insan yang menjadi kerangka analisis
dalam kajian ini.

Rajah 2 : Nilai-nilai dalam Kerangka Modal Insan

Ini bererti, satu kerangka analisis yang sistematik telah tersedia untuk tujuan analisis
yang akan dilakukan dalam bab seterusnya. Secara keseluruhannya, bab ini berusaha
untuk menyediakan satu perbincangan yang substantif tentang modal insan yang
dimanfaatkan sebagai kerangka analisis. Atas tujuan itu, bab ini antaranya
membincangkan tentang latar belakang Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai
pencetus gagasan Modal Insan. Perbincangan ini antara lain berupaya melakarkan
fokus serta hala tuju Abdullah terhadap usaha-usaha untuk membangunkan
masyarakat. Dalam konteks ini, gagasan Modal Insan tercetus dan kemudiannya

88

menjadi antara agenda nasional sehingga kini. Seterusnya, perbincangan turut meneliti
reaksi serta resepsi yang diberikan terhadap gagasan Modal Insan. Tinjauan daripada
arena politik mendapati bahawa gagasan Modal Insan sehingga kini masih dianggap
sebagai agenda penting dan relevan dalam pembangunan negara. Lebih penting
apabila pendidikan menjadi bidang yang dianggap mampu untuk melahirkan modal
insan.

Seterusnya, tinjauan daripada dunia akademik pula menjelaskan bagaimana gagasan
Modal Insan ditangani dengan penekanan yang seimbang terhadap aspek rohani dan
aspek jasmani. Berdasarkan tinjauan ini, perbincangan turut berhasil menggariskan
secara sistematik nilai-nilai yang menunjangi kerangka Modal Insan, iaitu berilmu,
berkeyakinan, beretika, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, sihat, kreatif, inovatif,
patriotik, keadilan, cekal dan berdaya saing. Untuk tujuan analisis, nilai-nilai dalam
kerangka Modal Insan yang telah digariskan secara sistematik ini, akan diterapkan
dalam analisis terhadap novel-novel teks KOMSAS yang dikaji, seperti dalam Rajah
3 yang berikut. Kerangka Modal Insan digunakan untuk menganalisis novel-novel teks
KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam konteks ini, skop kajian ini
distrukturkan untuk menganalisis novel yang terpilih sebagai “Novel teks KOMSAS”
mulai tahun 2010 hingga 2016. “Novel teks KOMSAS” yang dikaji ini digunakan di
empat zon yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Lihat Jadual
4, LAMPIRAN 5). Dengan cakupan ini, kajian ini meneliti 19 buah novel yang
digunakan dalam KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu, yang kesemuanya telah
digunakan di seluruh negeri.

89

Rajah 3 : Kerangka Modal Insan dalam Novel Teks KOMSAS
90



BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini diperuntukkan bagi menganalisis novel-novel yang menjadi bahan kajian.
Sebagaimana yang telah dijelaskan pada awal kajian, bahan kajian ini terdiri daripada
novel-novel yang telah dipilih sebagai teks KOMSAS dari tahun 2010 hingga tahun
2016 bagi kegunaan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Untuk itu, sebanyak 19
buah novel teks KOMSAS akan dianalisis dalam bab ini. Sebagaimana yang telah
dijelaskan juga, kajian ini menerapkan kerangka Modal Insan yang digagaskan oleh
Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kerangka Modal Insan ini menggariskan 13 nilai yang
dianggap penting dalam pembentukan diri individu. Analisis akan dilakukan dengan
menerapkan 13 nilai yang terkandung, dan diorganisasikan dalam kerangka Modal
Insan yang diguna pakai dalam kajian ini. Untuk itu, bab ini akan dibahagikan kepada
13 sub topik berdasarkan 13 nilai Modal Insan. Setiap sub topik akan dimulakan
dengan penjelasan secara ringkas tentang nilai tertentu, yang kemudiannya akan
dikenal pasti dalam teks-teks yang dikaji. Pengenalpastian 13 nilai menurut kerangka
Modal Insan dalam novel teks yang dikaji akan dilakukan dengan meneliti aspek
cerita, terutamanya aspek watak dan perwatakan. Aspek-aspek ini dianggap lebih
relevan dengan fokus kajian ini, berbanding aspek-aspek lain. Hal ini demikian kerana
kajian ini memberikan fokus terhadap nilai-nilai yang dianggap penting dalam
pembentukan diri manusia atau insan. Justeru, adalah wajar jika analisis terhadap
novel-novel teks yang dikaji meneliti nilai-nilai yang diperagakan melalui aspek watak
dan perwatakan. Perbincangan pada akhir bab ini diharap dapat menganalisis novel-
novel yang menjadi teks KOMSAS menurut kerangka Modal Insan.

4.2 Analisis Novel-novel Teks KOMSAS Menurut Kerangka Modal Insan

Analisis ini dilakukan mengikut nilai-nilai modal insan gagasan Abdullah Ahmad
Badawi, dengan menganalisis meneliti aspek cerita, terutamanya aspek watak dan
perwatakan untuk menjelaskan nilai-nilai gagasan Modal Insan. Analisis ini dijangka
dapat mengenal pasti nilai-nilai yang digarap oleh pengarang dalam karyanya. Untuk
itu, analisis akan mengamati nilai-nilai gagasan Modal Insan seperti berilmu,
berkeyakinan, beretika, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, sihat, kreatif, inovatif,
patriotik, keadilan, cekal dan berdaya saing. 13 nilai yang terkandung ini
diorganisasikan dalam kerangka Modal Insan yang diguna pakai dalam kajian ini.

4.2.1 Nilai “Berilmu”

Analisis ini dimulakan dengan meneliti nilai pertama dalam kerangka Modal Insan
iaitu “Berilmu.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Berilmu”

91

menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada keupayaan intelek insan dalam
meneroka ilmu pengetahuan, yang dengan ilmu pengetahuan itu dapat memberi
kebaikan kepada dirinya serta masyarakat. Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti
beberapa buah novel.

4.2.1.1 Novel Sukar Membawa Tuah

Analisis dimulakan dengan meneliti novel Sukar Membawa Tuah (seterusnya SMT)
(2007) karya Suziana Che Will. Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun
2010 untuk kegunaan murid Tingkatan 1. Analisis ini mendapati nilai “Berilmu”
antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang kehidupan
Adit, seorang remaja orang Asli di Kampung Bakai. Pada usianya sebelas tahun, Adit
diceritakan baru diterima masuk sebagai murid darjah 1 ke sekolah yang terletak di
sebuah pekan yang jauh daripada kampungnya. Adit bersedia untuk melalui perjalanan
yang jauh kerana dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berjaya dalam pelajaran.
Dia diceritakan ingin mengubah nasib keluarganya. Adit diceritakan bangun seawal
jam empat pagi untuk meredah hutan belantara yang jaraknya hampir 30 kilometer ke
sekolah. Usaha gigihnya untuk belajar menyebabkan badannya kurus, matanya
cengkung dan tidak bermaya. Sungguhpun begitu, Adit diceritakan tetap gigih
menuntut ilmu. Dia tidak mengeluh atas kepayahan yang dihadapinya. Selain itu, dia
juga terpaksa menghadapi pelbagai rintangan seperti musim kemarau yang terdedah
dengan debu kering. Ketika musim hujan, pakaiannya basah dan kotor akibat terkena
lumpur. Justeru, dapat dikatakan bahawa Adit dalam SMT ditampilkan sebagai
seorang insan yang berupaya meneroka ilmu pengetahuan, sebagaimana yang
antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

Semasa dalam perjalanan, dia terdedah kepada debu jalan semasa
kemarau. Apabila hari hujan pakaiannya akan basah dan kotor
terkena lumpur. Kadang-kadang terpaksa berjalan apabila
kenderaan yang dinaiki tersangkut di jalan yang berselut.
Selagi terdaya, Adit terus ke sekolah seperti biasa (Suziana Che
Will, 2007: 77).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keupayaan Adit dalam meneroka
ilmu pengetahuan, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas
apabila Adit diceritakan mengalami kemalangan dan cedera parah yang menyebabkan
dia terlantar di hospital selama dua bulan. Peristiwa itu menyebabkan kakinya
tempang dan mendapat kecacatan kekal. Walau bagaimanapun, kejadian ini tidak
mematahkan semangat Adit untuk terus mencapai kejayaan. Kegigihan Adit dalam
menimba ilmu akhirnya memberi hasil yang membanggakan. Dia mendapat keputusan
yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan pencapaian
keputusan 3A, dia ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di bandar. Dengan cerita
ini, adalah jelas bahawa Adit yang pada awalnya diceritakan mengalami pelbagai liku
kehidupan, kini berjaya meneruskan persekolahan di sekolah berasrama penuh.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keupayaan Adit dalam

92

meneroka ilmu pengetahuan, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

Kini Adit boleh berbangga dengan dirinya. Dia menjadi harapan
keluarga dan kaumnya. Adit teringat kata-kata ayahnya. “Kalau ada
kemahuan di situ ada jalannya” (Suziana Che Will, 2007: 102).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keupayaan Adit dalam meneroka
ilmu pengetahuan, turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya iaitu
masyarakat orang Asli di Kampung Bakai, Bukit Lokan. Hal ini jelas pada cerita
tentang kejayaan Adit yang membanggakan masyarakat kampungnya. Dia juga
menjadi inspirasi kepada rakan-rakannya yang lain. Kegigihannya turut berjaya
mengubah pandangan masyarakat kaum Asli tentang kepentingan ilmu dan menyuntik
inspirasi kepada anak-anak kampungnya untuk turut belajar bersungguh-sungguh.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keupayaan Adit dalam
meneroka ilmu pengetahuan turut memberikan kebaikan kepada masyarakat orang
Asli di Kampung Bakai, Bukit Lokan, sebagaimana yang antaranya digambarkan
melalui petikan berikut:

Kini semakin ramai anak-anak suku kaum Asli dari kampung Adit
bersekolah. Mereka terdorong mengikut jejak Adit. Semangat Adit
telah meresap ke jiwa anak-anak kampungnya (Suziana Che Will,
2007: 103).

4.2.1.2 Novel Lestari Bukit Menghijau

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, Lestari Bukit
Menghijau (seterusnya LBM) (2010) karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Novel ini
dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011 untuk kegunaan murid Tingkatan 2.
Nilai “Berilmu” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan
tentang kehidupan Pak Tua, seorang pakar penyelidik berpangkat profesor (sudah
bersara) dalam bidang sintesis organik iaitu satu bidang ilmu yang mengkaji tumbuh-
tumbuhan. Dia diceritakan menghabiskan sisa-sisa kehidupannya di Bukit Bintangor
dengan menjalankan penyelidikan. Dapat dikatakan bahawa Pak Tua atau nama
sebenarnya Osman Yunus, hadir dalam novel ini sebagai watak yang berilmu. Hal ini
jelas apabila watak Pak Tua diceritakan mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam tentang ilmu sains, khususnya sintesis organik. Pak Tua juga merupakan
seorang ahli akademik yang sejak muda lagi giat menjalankan penyelidikan tentang
tumbuh-tumbuhan. Dia diceritakan pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat
bersama isteri serta dua orang anaknya. Selain itu, dia juga diceritakan pernah terlibat
dalam penyelidikan untuk mencari penawar AIDS, bersama dengan pakar botani dari
Amerika Syarikat. Adalah jelas bahawa Pak Tua ditampilkan sebagai seorang insan
yang berupaya meneroka ilmu pengetahuan, sebagaimana yang antaranya
digambarkan melalui petikan berikut:

93

“Betul, Dir!” sokong Osman. “Pelbagai maklumat yang kita dapat
daripada Pak Tua tadi. Betullah kata kamu dulu, Zahiran”
“Baiklah…, sekarang kita mesti teruskan hubungan baik dengan
Pak Tua, banyak lagi ilmu yang boleh kita ambil daripadanya,”
saran Zahiran polos (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010: 62).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Pak Tua
itu, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas apabila Pak Tua
diceritakan kematian isteri yang disayanginya akibat virus HIV yang dijangkiti
melalui pemindahan darah setelah isterinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Dia diceritakan melawan kesedihan itu dengan membeli sebidang tanah di Bukit
Bintangor yang dimanfaatkannya sebagai tapak untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan. Dengan tanah itu, dia menanam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang
dapat dijadikan penawar untuk mengubati pelbagai penyakit. Antaranya ialah pokok
bintangor yang diceritakan boleh merawat pesakit HIV positif. Selain itu ialah pokok
bunga cempaka sebagai penawar untuk penyakit bisul, kudis dan bronchitis atau
radang tengkuk. Pak Tua juga diceritakan dapat membantu penduduk kampung di
Bukit Bintangor yang menghidap beberapa penyakit. Antaranya, Hamzah yang
menderita penyakit deman kuning dan Pak Hamid yang berpenyakit untut. Pak Tua
membawa Hamzah untuk mendapatkan rawatan segera di hospital. Kejayaan Pak Tua
mengenal pasti punca penyakit Pak Hamid dan Hamzah mendapat perhatian ketua
kampung dan Cikgu Idham, Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor
Rambai. Lebih penting lagi, kejayaan itu diceritakan sangat menggembirakan Pak Tua
yang dianggapkan sebagai sesuatu yang bermakna dalam kehidupannya. Adalah jelas
bahawa cerita memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Pak Tua
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya
diceritakan dalam petikan berikut:

“Saya bukan nak halang kamu percaya kepada dukun tu!’ balas Pak
Tua. “Saya yakin, Hamzah deman bukan kerana ditegur hantu tanah
tapi dia deman kuning! Hamzah mesti dihantar ke hospital kerana
deman ini berbahaya. Boleh bawa maut!” (Syed Mahadzir Syed
Ibrahim, 2010: 76).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Pak Tua
turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Hal ini jelas pada cerita
tentang Pak Tua menjadi sumber inspirasi kepada Zahiran, seorang yang pintar. Novel
menceritakan bagaimana Zahiran tertarik untuk berkenalan dengan Pak Tua setelah
mendengar pelbagai cerita daripada penduduk kampung. Pada awalnya, kebanyakan
penduduk kampung menyangka bahawa Pak Tua seorang yang nyanyuk. Akan tetapi,
sangkaan tersebut sukar diterima oleh Zahiran kerana dia sendiri berpendapat bahawa
Pak Tua merupakan seorang yang berilmu. Dia kagum kerana Pak Tua mengetahui
nama-nama saintifik bagi tumbuh-tumbuhan secara tepat, selain mengetahui pula
kegunaannya untuk tujuan perubatan. Perkenalannya dengan Pak Tua diceritakan
dapat menyuntik inspirasi kepada Zahiran untuk belajar bersungguh-sungguh dan
mendalami ilmu sains. Inspirasi ini seterusnya dimantapkan dengan bimbingan Pak
Tua sendiri. Umpamanya, Zahiran diceritakan sering melawat tapak pertanian yang

94

diusahakan oleh Pak Tua, selain mendapat penjelasan mengenai kegunaan tumbuh-
tumbuhan daripada Pak Tua. Hasilnya, Zahiran diceritakan mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam SPM dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi
di Londang, Melaka. Zahiran juga diceritakan bercita-cita menjadi seorang ahli sains
dengan harapan untuk berbakti kepada masyarakat. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Pak Tua itu turut memberikan
kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang antaranya diceritakan
dalam petikan berikut:

Kini, sudah lebih tiga tahun Pak Tua kembali ke rahmatullah.
Memandangkan ke arah Bukit Bintangor, segera mengingatkan
Zahiran kepadanya. Segala-gala terbayang mesra. Cita-citanya
sudah semakin membara. Dia akan menurut jejak langkah Pak Tua,
menjadi seorang ahli sains yang berjasa kepada manusia dan
masyarakat sejagat (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010: 110).

Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan kajian Muhammad Hilmi Jalil dan
Fakhrul Adabi (2015: 116), dengan memiliki ilmu yang tinggi seseorang itu bersedia
dan mampu untuk melaksana tugasnya sebagai pentadbir alam dan memanfaatkan
segala nikmat Tuhan dalam alam ini, untuk manusia itu sendiri serta semua makhluk
yang lain.

4.2.1.3 Novel Cempaka Putih Untukmu

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, iaitu
Cempaka Putih Untukmu (seterusnya CPU) (2011) karya Rohani Deraman. Novel ini
dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2012 untuk kegunaan murid Tingkatan 3.
Nilai “Berilmu” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan
tentang watak Satiah, iaitu seorang murid Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kuala
Batu Jerantut, Pahang. Satiah merupakan seorang remaja orang Asli yang hidup serba
miskin. Kemiskinan yang dialami tidak menghalangnya untuk berjaya dalam
mencapai ilmu yang dicita-citakan. Dia juga digambarkan sebagai seorang murid yang
pintar dan bijak dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kepintarannya menjadi
kebanggaan Cikgu Hanafi, iaitu guru bahasa Melayu yang sering memuji hasil kerja
dan karangan Satiah, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

“Kalau awak semua nak lulus subjek ini dengan baik, perlu banyak
membaca bahan lain untuk memperkembangkan minda. Lihat
karangan Satiah. Susunan ayat dan gaya bahasanya kemas. Kamu
perlu banyak belajar daripada cara Satiah menulis (Rohani
Deraman, 2011: 19).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Satiah itu,
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Kesungguhannya ini jelas apabila

95

dia diduga dengan penyakit barah paru-paru. Sungguh pun begitu, dia diceritakan tetap
berusaha belajar dan membuat ulang kaji dengan tekun. Penyakitnya itu diceritakan
tidak menghalangnya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi
PMR. Hasilnya, Satiah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan
melayakkan dirinya ke sekolah berasrama. Namun, kejayaan yang dicapai tidak
kesampaian kerana Satiah meninggal dunia akibat penyakit barah. Bagi dirinya, ilmu
sangat penting untuk mengubah kemiskinan hidup keluarganya. Ayahnya juga turut
berubah dan bersikap positif terhadap pentingnya pendidikan. Satiah akhirnya berjaya
memperoleh keputusan 8A dan merupakan seorang murid yang cemerlang. Adalah
jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Satiah
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang digambarkan
dalam petikan berikut:

“Siapa murid yang cemerlang itu cikgu?”
“Kawan baik awak. Satiah binti Morit,” Kata Cikgu Hanafi.
“Satiah? Satiah mendapat 8A?” kataku dengan mata berkaca.
“Kenapa? Awak tidak percaya?” tanya Cikgu Malik.
“Bukan tidak percaya tetapi saya memang gembira sekali (Rohani
Deraman, 2011: 69).

Seterusnya, kesungguhan Satiah dalam menimba ilmu diperlihatkan turut memberikan
kebaikan kepada rakan-rakannya yang lain. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan
Satiah menjadi kebanggaan, Hartini serta rakan-rakannya. Novel menceritakan
bagaimana Hartini dan rakan-rakannya tertarik untuk bersahabat dengan Satiah kerana
kepintarannya dalam pelajaran, terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Novel
menceritakan Hartini meminta ayahnya, Encik Hasrul untuk menemui ayah Satiah
(Pak Morit) dan mengambil Satiah sebagai anak angkat dan teman belajar. Hasilnya,
novel menceritakan bagaimana Satiah dan Hartini serta rakan-rakannya mencapai
keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Hartini turut mendapat pencapaian
cemerlang dengan keputusan 7A 1B, keputusan kedua terbaik di belakang Satiah.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana ilmu yang dicari oleh Satiah
itu turut memberi kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya seperti Hartini dan
rakan-rakannya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

Hanya lima orang yang mendapat keputusan cemerlang termasuk
aku. [Hartini]. Sinda mendapat 4A 2B. Ineng mendapat 5A 1B.
Ambok juga mendapat 5A 1B. Murid-murid yang lain
kebanyakannya mendapat 3A 3B. Bagaimanapun pencapaian kami
bolehlah dianggap sebagai satu pencapaian yang baik kerana
sebelum ini belum pernah sekolah ini mencatat keputusan
cemerlang (Rohani Deraman, 2011: 70).

96

4.2.1.4 Novel Azfa Hanani

Analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel yang menjadi teks KOMSAS, iaitu Azfa
Hanani (seterusnya AH) (2010) karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Novel ini dipilih
sebagai teks KOMSAS pada tahun 2010 untuk kegunaan murid Tingkatan 4. Analisis
ini mendapati bahawa nilai “Berilmu” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya
yang mengisahkan tentang kehidupan Azfa Hanani, murid Tingkatan 5 Kenanga di
Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani seorang remaja berusia tujuh belas
tahun, dan memiliki paras rupa yang cantik, berwajah lembut dan bersifat penyayang.
Dia menjadi anak yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya ketika dia masih bayi. Dia dipelihara dan dibesarkan oleh bapa
saudaranya, Pak Madi yang dipanggilnya Pak Long, bekerja sebagai penoreh getah.
Disebabkan kesempitan hidup, Azfa Hanani berhasrat untuk berhenti daripada
persekolahan bagi meringankan beban Pak Longnya. Wang biasiswa yang
diterimanya hanya digunakan untuk membayar yuran sekolah dan bayaran langganan
bas. Selain itu, Azfa Hanani juga diceritakan sedar akan kelemahannya dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Justeru, dia memberi lebih tumpuan terhadap mata
pelajaran berkenaan. Selain itu, kemiskinan juga menyebabkan Azfa Hanani
membawa keluar buku rujukan perpustakaan sekolah. Tindakannya itu dilakukan
dengan tujuan untuk membuat ulang kaji pelajarannya, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:

Aku bersalah tetapi sesungguhnya tindakan itu bersebab. Aku cuma
mahu belajar, ingin meraih ilmu sebanyak mungkin dan semoga
pada suatu hari nanti, berupaya menggenggam segulung ijazah
idaman setiap pelajar. Tindakan itu bukan sama sekali didorong
oleh sebarang niat jahat yang sebati bergumpal dalam darah daging
(Halis Azhan Mohd Hanafiah, 2010: 3-4).

Hasilnya, dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP). Namun bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, Azfa Hanani diceritakan
hanya memperoleh keputusan P7. Semasa belajar di sekolah baharu iaitu di Sekolah
Menengah Taman Sari, dia seringkali diejek oleh rakannya kerana tidak dapat bertutur
dalam bahasa Inggeris dengan baik. Justeru, Azfa Hanani diceritakan bertekad untuk
membeli buku rujukan untuk memahirkan penguasaan bahasa Inggeris. Dia juga
diceritakan belajar bersungguh-sungguh di kelas tuisyen untuk memantapkan
penguasaan bahasa Inggeris. Adalah jelas dalam novel ini bahawa Azfa Hanani
ditampil sebagai seorang insan yang berupaya meneroka ilmu pengetahuan,
sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

Saya memang mahu belajar bahasa Inggeris. Bahasa Jepun memang
betul. Tapi saya rasa, kalau tak kerana terpaksa pun, memang elok
kalau kita tahu banyak bahasa (Halis Azhan Mohd Hanafiah, 2010:
111).

97

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Azfa
Hanani itu memberi kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas pada cerita Azfa Hanani
menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni, iaitu anak kepada
keluarga Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani terpaksa menerima
pelawaan tersebut kerana dia tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Tengku Mazran
menawarkan kepada Azfa Hanani untuk membantu ibunya, Datin Maziah yang
mengalami tekanan perasaan akibat rindukan anak kesayangannya, Tengku Murni
yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hal ini pada awalnya tidak
diketahui oleh Datin Maziah. Hal ini jelas apabila dia diceritakan berusaha untuk
mencapai kejayaan dalam pelajaran, terutamanya untuk menghadapi SPM. Dengan
kesungguhan ini, dia dapat membuktikan kemiskinan tidak menghalangnya untuk
terus berjaya. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana ilmu yang
dimiliki oleh Azfa Hanani kemudiannya memberi kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

Sebenarnya, itulah cara terbaik untuk aku membalas budi yang
ditaburkan oleh ibu bapa saudaraku. Kalau tidak, aku akan
keciciran. Pintu ilmu akan tertutup kemas dan tanpa segulung ijazah
dalam genggaman, aku tidak mungkin dapat membantu keluarga.
Kami sama-sama terpaksa berkorban, cuma caranya sahaja yang
berbeza (Halis Azhan Mohd Hanafiah, 2010: 107).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Azfa
Hanani turut memberi kebaikan kepada orang di sekelilingnya. Azfa Hanani
diceritakan juga amat pandai mengaji dan sering membaca al-Quran. Dia pernah
diminta untuk membacakan Surah Yasin buat orang yang telah meninggal dunia.
Kebolehan Azfa Hanani mengaji di antaranya memberi kesedaran kepada Tengku
Muzaffar iaitu adik kepada Tengku Mazran yang diceritakan lemah pengetahuan
agama dan sering mengabaikan solat. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Azfa Hanani itu turut memberi kebaikan kepada
insan di sekelilingnya, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan berikut:

Pada malam itu, aku baru sahaja selesai membaca surah Yasin yang
kuhadiahi kepada ayah dan ibuku. Dia terdengar suaraku dan
meminta aku membacakan surah yang sama untuk adiknya.
Mungkin sedikit pengetahuan yang mahu diajar itu bersifat sebagai
ganjaran balas (Halis Azhan Mohd Hanafiah, 2010: 156).

4.2.1.5 Novel Melunas Rindu

Analisis seterusnya meneliti sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul Melunas
Rindu (seterusnya MR) (2010) karya Hartini Hamzah. Novel ini dipilih sebagai teks
KOMSAS pada tahun 2010, untuk kegunaan murid Tingkatan 4. Analisis ini
mendapati bahawa nilai “Berilmu” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya
yang mengisahkan tentang kehidupan Fuad, seorang pemuda berketurunan Cina yang

98

beragama Islam. Nama sebenar Fuad ialah Abdul Halim. Dia juga dikenali dengan
nama Joshua ketika tinggal bersama pak ciknya yang bernama Peter Lim. Ayahnya,
Robert Lim (nama Islamnya ialah Roslan) yang berketurunan Cina, berkahwin dengan
ibunya bernama Mariana yang berketurunan Melayu. Watak Fuad merupakan anak
muda yang berjaya dalam pendidikan. Dia diceritakan memiliki kelulusan ijazah
Pentadbiran Perniagaan daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat. Walau
bagaimanapun, kehidupannya diceritakan penuh liku. Ini kerana sejak kecil lagi Fuad
tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Semasa
kecil dia dibesarkan oleh Peter Lim, iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada
ayahnya. Setelah dewasa dia menumpang kasih dengan Pak Ismail dan Mak Salmah.
Bersama keluarga Pak Ismail, dia mendalami agama Islam. Dia juga diajar dengan
cara hidup Islam termasuk mendirikan solat berjemaah dan belajar membaca al-Quran.
Adalah jelas bahawa Fuad diperlihatkan sebagai seorang insan yang berupaya
meneroka ilmu pengetahuan, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

“Pak Mail dengarlah, saya nak baca al-Quran. Macam biasa, Pak
Mail betulkan saya, ya?” sambungnya seraya berkisar sedikit ke
hadapan untuk mengambil senaskhah al-Quran dari rak di tepi
dinding (Hartini Hamzah, 2010: 3-4).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Fuad itu,
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas apabila ilmu yang
dimiliki oleh Fuad membolehkan dia ditawar bekerja sebagai guru sandaran di
Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad diberi kepercayaan oleh Cikgu Abas iaitu
Penolong Kanan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi murid
Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Sebagai guru sandaran, dia melaksanakan
tanggungjawabnya dengan jaya sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas.
Selain itu, dia turut menunjukkan sikap yang dedikasi terhadap tugas. Sebagai contoh,
dia diceritakan tidak pernah ponteng kelas dan sedia pulang lewat untuk menyiapkan
kerjanya. Berkat kerajinan Fuad, akhirnya dia ditawarkan untuk mengikuti Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kursus ini membolehkan dia dilantik sebagai guru
tetap dalam perkhidmatan kerajaan. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Fuad memberi kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

Sepulangnya dari Makkah nanti, dia mempunyai masa kira-kira
lima hari sahaja lagi untuk menyiapkan diri bagi mengikuti Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun di Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Kuala Lumpur (Hartini Hamzah, 2010: 207).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Fuad itu,
turut memberi kebaikan kepada masyarakat di sekelilingnya. Hal ini jelas pada cerita
tentang keprihatinan dan kesungguhannya mengajar anak-anak muridnya yang lemah
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kesungguhannya itu, menyerlahkan
perwatakannya sebagai seorang yang berilmu dan dilihat sebagai satu sumbangannya
terhadap masyarakat. Kesediaan Fuad melaksanakan tanggungjawab kepada murid-

99

murid diceritakan dapat membantu ramai murid di sekolahnya menguasai mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana
ilmu yang dimiliki oleh Fuad itu turut memberikan kebaikan kepada masyarakat di
sekelilingnya, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan berikut:

Saya cuma inginkan ilmu Fuad. Ilmu yang saya minta hantarkan
kepada anak-anak yang kalaupun tidak sebangsa, tetap seagama
dengan Fuad (Hartini Hamzah, 2010: 30).

Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan kajian Muhammad Hilmi Jalil dan
Fakhrul Adabi (2015: 116), yang menegaskan bahawa ilmu perlu dicari sebanyak-
banyaknya, setelah ditimba ilmu setinggi yang mungkin, menguasai berbagai macam
bidang ilmu dan diadun ilmu-ilmu yang telah ditimba dengan bijaksana. Ilmu yang
dimiliki diusahakan untuk melaksanakan pembangunan negara dengan baik dan
cemerlang.

4.2.1.6 Novel Konserto Terakhir

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul
Konserto Terakhir (seterusnya KT) (2012) karya Abdullah Hussain. Novel ini dipilih
sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011 untuk kegunaan murid Tingkatan 5. Analisis
ini mendapati bahawa nilai “Berilmu” dimanifestasikan menerusi ceritanya yang
mengisahkan watak Hilmi, pemuda kampung berpendidikan darjah empat sekolah
Melayu. Hilmi diceritakan berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari
pekerjaan. Di Kuala Lumpur, Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah pak
ciknya, Datuk Johari dan kemudiannya bekerja di stesen minyak. Hilmi mempunyai
sifat yang baik dan terpuji seperti rajin, gigih dan tabah, selain memiliki bakat semula
jadi dalam bidang muzik. Bakat ini dikesan ketika dia mencuba bermain piano milik
Hayati, anak kepada Datuk Johari. Dia kemudiannya mempelajari bidang muzik
secara sambilan di rumah Encik Bakar, seorang ketua bagi sebuah kumpulan muzik.
Meskipun tidak berpelajaran tinggi, Hilmi diceritakan berusaha untuk mempelajari
kemahiran bermain alat muzik sehingga akhirnya menjadi pemuzik terkenal. Adalah
jelas bahawa Hilmi ditampilkan sebagai seorang insan yang berupaya meneroka ilmu
pengetahuan, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Saya boleh ajar Hilmi. Kalau rajin dan bersungguh-sungguh, Hilmi
cepat boleh pandai. Hilmi ada bakat.”
Hilmi mendengar kata-kata itu dengan penuh gembira. Memang dia
akan belajar bersungguh-sungguh, itu tidak pelak lagi (Abdullah
Hussain, 2012: 103).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Hilmi itu,
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini jelas apabila Hilmi
diceritakan dapat menghadapi segala cabaran sebelum mencapai kejayaan. Ketekunan

100

dan kesungguhan Hilmi menimba ilmu dalam bidang muzik akhirnya menjadikan dia
seorang pemuzik profesional. Hilmi diceritakan mempelajari ilmu muzik daripada
Encik Bakar secara percuma kerana menyedari bahawa Hilmi mempunyai bakat yang
dianugerahi Allah SWT. Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, Encik Bakar
antara insan yang berjasa dalam mendidiknya sebagai pemuzik yang berkaliber. Selain
itu ialah Mamat, rakan Hilmi dan Hayati, sepupunya yang turut membantunya untuk
mencapai kejayaan. Mamat bertanggungjawab memperkenalkan Hilmi dengan Encik
Bakar, manakala Haryati memberi galakan untuk Hilmi terus berjaya dalam bidang
muzik. Hilmi dapat menggubah beberapa lagu yang kemudiannya menjadi popular,
selain diberi peluang untuk memimpin orkestranya sendiri. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Hilmi memberikan kebaikan
kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam

perayaan Keputeraan Sultan di Kelantan. Ini adalah antara beberapa

undangan yang sering kali diterima oleh orkesnya. Dia merasakan

undangan ini sebagai satu penghormatan kepadanya untuk bertemu
dengan rakyat biasa… (Abdullah Hussain, 2012: 280).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Hilmi itu,
turut memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan
Hilmi menjadi pemain muzik terkenal sehingga melonjakkan namanya di persada seni
sehingga dia dianugerahkan sebagai ‘Seniman Agung’. Antara kejayaannya yang
mengharumkan negara ialah memenangi anugerah Festival Muzik di Tokyo. Orkes
Hilmi turut mencapai kejayaan tiga tahun berturut-turut dalam pesta muzik anjuran
Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kesungguhannya dalam bidang muzik memberi
kejayaan buat dirinya sehingga dia diberi kepercayaan dalam memimpin orkesnya
dalam Pertunjukan Orkes Perdana. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Hilmi itu turut memberikan kebaikan kepada
masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:

Persiapan-persiapan terakhir yang dilakukan di belakang layar pun
memuncak rancaknya, lebih-lebih lagi apabila terbetik cerita
terakhir bahawa Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri
Agong telah pun berkenan mencemarkan duli untuk ikut hadir sama
menyaksikan Pertunjukan Orkes Perdana yang paling besar dan
belum ada taranya dalam sejarah muzik tanah air (Abdullah
Hussain, 2012: 290).

4.2.1.7 Novel Kabus di Perbukitan

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS berjudul
Kabus di Perbukitan (seterusnya KDP) (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah.
Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011 untuk kegunaan murid

101

Tingkatan 5. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Berilmu” antaranya
dimanifestasikan pada ceritanya yang mengisahkan tentang watak Datuk Azrul
seorang yang berilmu. Datuk Azrul diceritakan pernah belajar di Fakulti Ekologi
Manusia, Universiti Putra Malaysia dalam bidang pembangunan manusia. Dia
diceritakan turut mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu pertanian,
khususnya dalam bidang pertanian dan penternakan. Dengan ilmu yang dipelajari, dia
mengusahakan pertanian di kampungnya. Dia turut menjalankan kajian tentang baka
kambing yang baik untuk tujuan penternakan. Selain itu, Datuk Azrul seorang
pencinta alam dan kerap memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya
memelihara alam sekitar. Untuk itu, Datuk Azrul dan rakan-rakannya menaja
penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan. Justeru, dapat dikatakan bahawa
Datuk Azrul ditampilkan sebagai seorang insan yang berupaya meneroka ilmu
pengetahuan, sebagaimana yang digambarkan melalui petikan berikut:

Sebagai pelajar universiti yang idealis dan agak radikal, Azrul
langsung tidak berminat dengan politik tetapi lebih cenderung
kepada NGO yang memperjuangkan alam sekitar dan pengguna
(Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 4).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan keupayaan Datuk Azrul dalam meneroka
ilmu pengetahuan, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Usahanya
yang bersungguh-sungguh itu menjadikan dia seorang usahawan yang berjaya dan
telah beberapa kali mendapat anugerah ‘Penternak Jaya Kebangsaan’. Datuk Azrul
juga menjadi usahawan tani sehingga berjaya membina empayar perniagaannya.
Kejayaannya dalam memajukan industri tani membolehkan dia dikurniakan gelaran
‘Datuk’. Dia juga menjadi perhatian dan pengharapan masyarakatnya untuk turut
berkongsi pengetahuan dan kemahiran. Datuk Azrul turut berjaya meyakinkan
penduduk kampungnya untuk menyatukan kebun-kebun mereka bagi membentuk
mini estet kelapa sawit dan buah-buahan. Hasilnya, Datuk Azrul mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam bidang pertanian. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan
bagaimana keupayaan Datuk Azrul dalam meneroka ilmu pengetahuan memberikan
kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan
berikut:

Datuk Azrul yang telah beberapa kali mendapat anugerah Penternak
Jaya Kebangsaan. Pertanian ialah darah dagingnya, pekerjaan
keluarganya turun temurun (Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 140).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Datuk
Azrul turut memberikan kebaikan kepada anaknya, Zain dan masyarakat
sekelilingnya. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan Datuk Azrul menjadi sumber
inspirasi kepada Zain untuk mengikuti usahanya sebagai petani moden. Dia juga turut
menggalakkan anaknya meneruskan pengajian dalam bidang pertanian di New
Zealand. Zain akhirnya mewarisi legasi perniagaan penternakan ayah mentuanya di
New Zealand. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana ilmu yang

102

dimiliki oleh Datuk Azrul itu turut memberikan kebaikan kepada kepada anaknya,
sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

“Zain, sebab itulah ayah galakkan kamu belajar di luar negara.

Ambil pengalaman cara negara lain memajukan sektor

pertaniannya. Semaju mana pun negara tanpa hasil tani, rakyat tidak
akan hidup,” kata Datuk Azrul sambil merenung wajah anak

lelakinya (Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 177).

4.2.1.8 Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)

Seterusnya, analisis ini beralih kepada novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!)
(seterusnya PAPA) (2009) karya Deana Yusuf. Novel ini dipilih sebagai teks
KOMSAS pada tahun 2010 untuk kegunaan murid Tingkatan 4. Nilai “Berilmu”
dimanifestasikan pada ceritanya yang mengisahkan tentang kehidupan Intan Julia,
seorang anak tunggal dan remaja berusia tujuh belas tahun. Dia menuntut dalam
Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Gading. Bapanya bernama Jeffri, seorang
pensyarah Ekonomi di Kolej Ikhtisas, manakala ibunya bernama Intan Maliana
merupakan seorang guru Matematik. Julia diceritakan sebagai seorang yang
cemerlang dalam pelajarannya dan berkat kesungguhannya, dia lulus SPM dengan
cemerlang. Pencapaian ini membolehkan dia menyambung pengajian di Kolej
Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa. Justeru, dapat dikatakan bahawa Julia
dalam PAPA ditampilkan sebagai seorang insan yang berusaha dalam mencari ilmu
pengetahuan, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Ju [Julia] nak ambil Ekonomi dan berharap suatu hari nanti, Ju
[Julia] akan jadi seorang pakar ekonomi yang disegani,” aku
menjawab dengan hati yang tulus” (Deana Yusuf, 2009: 129).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keupayaan Julia dalam
mempelajari ilmu pengetahuan, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya.
Hal ini jelas pada cerita tentang kesungguhannya menuntut ilmu di universiti. Dia
menunjukkan kesungguhan dalam meneroka ilmu dan berusaha memastikan
peperiksaan akhir yang didudukinya, melayakkannya ke kampus induk Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Dia juga sentiasa berusaha menggembirakan
hati bapanya (yang dipanggil “Papa”) dengan belajar bersungguh-sungguh. Semua
yang dilakukan adalah untuk memenuhi hasrat dan cita-cita ibunya yang kini terlantar
koma kerana mendapat komplikasi ketika melahirkan adik Julia. Adalah jelas bahawa
cerita memperlihatkan bagaimana keupayaan Julia dalam menimba ilmu pengetahuan,
kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya
digambarkan melalui petikan berikut:

“Julia tidak boleh ikutkan hati dan perasaan! Tugas Julia sekarang
hanya belajar dan menduduki peperiksaan dengan tabah, itu pesan

103

mama! Mama mahu Julia berjaya mendapatkan kedudukan yang
tinggi dan istimewa” (Deana Yusuf, 2010: 82).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keupayaan Julia dalam meneroka
ilmu pengetahuan, turut memberikan kebaikan kepada keluarganya. Hal ini jelas
apabila Julia diceritakan berusaha untuk memenuhi cita-cita papa dan mama yang
mahukan dia berjaya dalam akademik. Julia belajar bersungguh-sungguh tanpa rasa
jemu. Dia ingin memastikan cita-citanya tercapai. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh Julia itu turut memberikan
kebaikan kepada keluarganya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:

Peperiksaan akhir untuk menentukan sama ada kami dapat
menempatkan diri di kampus induk UIA di Gombak…

Harapanku agar hasrat mama, hasrat papa dan hasratku juga akan

termakbul. Aku mencuba sedaya upayaku untuk menjawab soalan

itu bersungguh-sungguh (Deana Yusuf, 2010: 194).

4.2.1.9 Novel Kembara Amira

Analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul Kembara Amira
(seterusnya KA) (2010) karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini dipilih sebagai teks
KOMSAS pada tahun 2011 untuk kegunaan murid Tingkatan 5. Analisis ini mendapati
bahawa nilai “Berilmu” jelas dimanifestasikan melalui watak Profesor Zaidah, iaitu
ibu Amira. Dia merupakan seorang pensyarah dalam bidang arkeologi di sebuah
institusi pengajian tinggi di ibu negara. Dia mempunyai pengalaman luas dalam
bidang arkeologi. Profesor Zaidah serta para pelajarnya terlibat dalam projek
ekskavasi untuk menjejak kewujudan tamadun manusia zaman purbakala di sebuah
perkampungan orang Asli. Projek ekskavasi diceritakan berjaya menemui tulang
karpus dan artifak tembikar. Kejayaan ini amat bermakna buat Profesor Zaida serta
kumpulan ekskavasinya. Penemuan tersebut dapat memberi petunjuk akan kewujudan
sosiologi masyarakat ketika itu. Profesor Zaidah turut membuktikan penemuan artifak
menyokong teori kehidupan manusia lampau. Projek ekskavasinya mencapai kejayaan
yang cemerlang dan membanggakan, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan
berikut:

“Penemuan paling sempurna setakat ini!” Profesor Zaidah tidak
sabar-sabar menceritakannya kepada Dr. Zawawi. Profesor Zaidah
membelek-belek tembikar tersebut yang dihiasi dengan lakaran
berbentuk baji sambil menyapu lembut dengan berusnya (Amer
Hmzah L. Kadir, 2010: 193).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keupayaan Profesor Zaidah dalam
meneroka ilmu pengetahuan, kemudiannya memberi kebaikan kepada dirinya. Hal ini

104

jelas pada cerita tentang kejayaan Profesor Zaidah dalam bidang arkeologi. Dengan
ilmu yang dimilikinya, Profesor Zaidah berupaya memberikan anggaran usia kapak
batu berasaskan bukti lapisan tanah yang berlainan. Profesor Zaidah turut
mengemukakan bukti bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili satu
tempoh masa. Warna-warna lapisan tanah dianggap dapat memberikan anggaran usia
kapak batu yang ditemuinya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

“Dengan meneliti lakaran ini, kita dapat buat andaian terhadap
kapak batu itu. Mungkin juga kita boleh membuat anggaran
usianya” (Amer Hmzah L. Kadir,, 2010: 233).

4.2.2 Nilai “Berkeyakinan”

Analisis ini seterusnya meneliti nilai kedua dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Berkeyakinan.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai
“Berkeyakinan” menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada keperibadian insan

yang teguh berpegang pada kebenaran yang diasaskan pada ilmu pengetahuan.

4.2.2.1 Novel Sukar Membawa Tuah

Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti beberapa buah novel teks KOMSAS
antaranya, Sukar Membawa Tuah (seterusnya SMT) (2007) karya Suziana Che Will.
Analisis ini mendapati bahawa nilai “Berkeyakinan” antaranya dimanifestasikan
menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang watak Adit, seorang remaja masyarakat
orang Asli di Kampung Bakai yang berusia sebelas tahun. Adit diceritakan ingin
bersekolah di bandar untuk memajukan diri dan bersedia untuk mengharungi pelbagai
rintangan dalam usaha mencapai cita-citanya. Selain itu, dia juga meletakkan
keyakinan yang tinggi untuk mengubah nasib keluarganya. Adit memberanikan diri
untuk meminta kebenaran ayahnya, Pak Katan untuk bersekolah. Adit dikatakan
berjaya meyakinkan bapanya dengan membuktikan kesungguhan untuk belajar.
Dengan keyakinan yang dimiliki oleh Adit, dia diceritakan dapat mempengaruhi
ayahnya. Hal ini jelas apabila Adit diceritakan berjaya melembutkan hati ayahnya
setelah melihat dia menunjukkan kesungguhan, sebagaimana yang digambarkan
dalam petikan berikut:

“Bapak bangga dengan semangat dan keinginan yang ada dalam diri
anak bapak ini. Bapak nampak kesungguhan kamu. Selama ini
bapak hanya menguji kamu. Bapak ingin lihat sejauh mana
keinginan kamu untuk belajar,” kata Pak Katan (Suziana Che Will,
2007: 36).

Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa Adit merupakan seorang anak yang berjiwa
besar kerana sedia menghadapi pelbagai cabaran bagi mencapai cita-cita menjadi

105

seorang jurutera. Cabaran menempuh pelbagai halangan seperti bangun seawal pagi,
menempuh jarak perjalanan yang jauh dan tidak mudah berputus asa walaupun
terpaksa menerima kecacatan kekal, tempang kaki setelah menimpa kemalangan
semasa pulang dari sekolah. Justeru, dapat dikatakan bahawa Adit dalam SMT
ditampilkan sebagai seorang yang berkeyakinan, sebagaimana yang antaranya
digambarkan melalui petikan berikut:

Adit memang tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Kesusahan
yang ditempuhi semasa berulang-alik akan menjadi pendorong
untuknya terus belajar. Dia sudah ada peluang. Peluang ini akan
digunakan sepenuhnya bagi mencapai cita-citanya (Suziana Che
Will, 2007: 60).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keyakinan Adit dalam meneroka
ilmu pengetahuan, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Nilai
“Berkeyakinan” terlihat pada cerita tentang watak Adit yang berkeyakinan tinggi
untuk mengubah kehidupannya. Keinginan untuk ke sekolah diceritakan menjadi
pembakar semangatnya untuk dia berjaya. Dia diceritakan sentiasa berusaha
meningkatkan pencapaian diri dengan memberi tumpuan terhadap pelajaran. Adalah
jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keperibadian Adit yang teguh
berpegang terhadap ilmu, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang antaranya digambarkan menerusi petikan berikut:

Pelajarannya semakin meningkat. Dalam peperiksaan yang lepas
Adit berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas (Suziana Che
Will, 2007: 102).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keyakinan Adit dalam meneroka
ilmu pengetahuan turut memberikan kebaikan kepada masyarakat di sekelilingnya
iaitu masyarakat orang Asli di Kampung Bakai, Bukit Lokan. Semangat dan
keyakinan kental yang dipamerkan oleh Adit diceritakan menjadi pencetus dan
penyuntik semangat kepada anak-anak suku kaum orang Asli yang lain untuk ke
sekolah. Hal ini jelas pada cerita tentang kejayaan Adit mencapai keputusan baik
dalam UPSR, dan dia dijadikan sebagai contoh kepada masyarakatnya. Adalah jelas
bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keupayaan Adit dalam meneroka ilmu
pengetahuan turut memberikan kebaikan kepada masyarakat orang Asli di Kampung
Bakai, Bukit Lokan, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan
berikut:

Kini semakin ramai anak-anak kaum Asli dari kampung Adit
bersekolah. Mereka terdorong mengikut jejak Adit. Semangat Adit
telah meresap ke jiwa anak-anak kampungnya (Suziana Che Will,
2007: 103).

106

4.2.2.2 Novel Erti Sebuah Pengorbanan

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul Erti
Sebuah Pengorbanan (seterusnya ESP) (2010) karya Zaihanim Zainal Abidin. Novel
ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011 untuk kegunaan murid Tingkatan
2. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Berkeyakinan” antaranya dimanifestasikan
menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang watak Iman Zulaikha, seorang murid
Tingkatan 1 Dinamik yang berusia tiga belas tahun. Iman Zulaikha atau Iman
merupakan seorang murid yang pintar, pandai berpidato dan selalu memperoleh
kejayaan. Dia merupakan anak tunggal kepada pasangan Yusri dan Ruhaida. Ayah dan
ibunya bercerai ketika usianya dua belas tahun. Dia diceritakan tinggal bersama
ibunya, seorang pensyarah setelah mahkamah memutuskan ibunya mendapat hak
penjagaan. Ketika ibunya melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Kedoktoran di
New Zealand, Iman tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman
sentiasa menyimpan hasrat untuk menyatukan kembali ayah dan ibunya dan sentiasa
berkeyakinan bahawa suatu hari nanti keluarganya akan bersatu semula. Adalah jelas
bahawa Iman ditampilkan sebagai seorang insan yang berkeyakinan, sebagaimana
yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Iman, kita ziarah ibu di New Zealand. Ayah juga hendak bawa
datuk dan nenek bersama-sama. Kita bercuti di sana. Kita bina
semula ikatan keluarga kita yang runtuh selama ini,” jelas Yusri
penuh semangat (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 122).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keyakinan yang dimiliki oleh
Iman itu, memberikan kebaikan kepada dirinya. Keyakinan yang dimilikinya,
diceritakan Iman dapat menghadapi semua cabaran yang dilalui. Antaranya, dia
mampu bersaing dengan Linda, rakan sekelasnya yang sering menghalangnya untuk
bertanding dalam pertandingan pidato. Linda tidak senang akan kehadiran Iman dan
sering mengugutnya untuk menarik diri dalam pertandingan. Dia diceritakan tidak
menghiraukan permintaan Linda. Iman terus menunjukkan sikap berkeyakinan dan
tidak mudah tewas terhadap cabaran yang dihadapi itu, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:

“Macam mana Iman. Dah seminggu aku beri masa untuk engkau
berfikir. Apa keputusan engkau? Nak tarik diri atau tidak?” soal
Linda, agak angkuh (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 75).

Keyakinan yang ditunjukkan oleh Iman menjadikannya lebih matang dalam
berhadapan dengan cabaran dan seterusnya memberikan kejayaan buat dirinya. Hal
ini jelas apabila dia diceritakan berkeyakinan teguh dalam menghadapi pertandingan
pidato. Berkat keyakinannya, dia terpilih sebagai pemenang pertandingan pidato
peringkat sekolah dan seterusnya menjadi wakil ke pertandingan peringkat daerah.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keperibadian Iman yang

107

berkeyakinan, memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang diceritakan
dalam petikan berikut:

Akhirnya, seperti yang dijangka, nama Iman diumumkan sebagai

juara. Iman dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
pidato pada bulan hadapan” (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 49).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana nilai “Berkeyakinan” yang
dimiliki oleh Iman itu turut memberi kebaikan Linda dan sekolahnya. Keyakinan yang
teguh dalam diri Iman juga membolehkan dia mengurus kehidupan dengan baik, serta
menghadapi segala cabaran dengan jayanya. Misalnya, novel menceritakan
bagaimana Iman sedia memaafkan kesalahan Linda yang mencuri teks pidatonya.
Iman berkeyakinan bahawa hanya dengan memaafkan Linda, jiwanya menjadi lebih
tenang. Keperibadian Iman yang berkeyakinan diceritakan telah menyebabkan Linda
menjadi insaf, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

“Tidak, cikgu. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini. Cukuplah
jika selesai di sini. Saya sedia memaafkan Linda seandainya dia
sedia berubah. Lagipun, saya telah berjaya dalam pertandingan
tersebut. Tiada apa-apa lagi yang perlu saya risaukan,” jelas Iman
dengan tenang (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 113).

Kejayaan Iman dalam pertandingan pidato di peringkat daerah turut memberi kebaikan
kepada sekolahnya. Iman berjaya mengharumkan nama sekolah dan sekali gus
membuktikan usaha dan keyakinan diri dalam menghadapi segala cabaran
memberikan kejayaan buat dirinya serta sekolah. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana keyakinan yang dimiliki oleh Iman itu turut kebaikan
kepada sekolahnya, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan berikut:

Siapa yang tidak merasa bangga sekiranya peserta yang bertanding
berjaya mengharumkan nama sekolah. Nama Iman, sekali lagi
menjadi buah mulut para murid sekolahnya (Zaihanim Zainal
Abidin, 2010: 106).

4.2.2.3 Novel Sutera Dalam Lukisan

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul
Sutera Dalam Lukisan (seterusnya SDL) (2010) karya Abdul Talib Hassan. Novel ini
dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011, kegunaan murid Tingkatan 5. Analisis
ini mendapati bahawa nilai “Berkeyakinan” antaranya dimanifestasikan menerusi
ceritanya yang mengisahkan tentang watak Adila, seorang gadis bandar yang
berpendidikan luar negara. Dia diceritakan bersimpati terhadap Bujei atau nama
sebenarnya Mohamad Hafiz, seorang remaja gelandangan. Bujei menghadapi tekanan

108

jiwa setelah kehilangan ahli-ahli keluarganya. Dia kehilangan ayahnya yang terlibat
dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Karak. Kemudian ibunya, Fatimah pula
meninggal dunia dalam kebakaran rumahnya. Akhir sekali, dia tinggal sendirian
setelah nenek kesayangannya pula meninggal dunia. Selain itu, dia turut menerima
tekanan dan cemuhan daripada orang kampung yang memandangnya sebagai tidak
siuman. Dia juga sering dibuli oleh budak-budak kampung. Umpamanya Alias,
seorang remaja yang nakal menyuruhnya terjun ke dalam sungai dan menyuruhnya
mencuci motosikal tanpa dibayar upah. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan
hidupnya semakin tertekan sehinggalah Bujei kemudiannya bertemu dengan Adila
yang ketika itu sedang mengunjungi saudaranya di kampung. Adila berkeyakinan
bahawa dia mampu mengubah keperibadian Bujei. Kehadiran Adila diceritakan
memberi sinar baharu buat Bujei. Bujei dibimbing oleh Adila agar berani
mempertahankan maruah dirinya, dibentukkan keyakinan diri Bujei termasuk aspek
komunikasi, penampilan dan kebersihan diri. Akhirnya, Bujei berjaya mengubah nasib
diri dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Adalah jelas bahawa Adila ditampilkan
memiliki keperibadian insan yang berkeyakinan, sebagaimana yang antaranya
digambarkan melalui petikan berikut:

Bujei akhirnya mampu mengumpulkan kembali kemampuan
membaca dan mampu berdialog tentang bahan bacaannya.
Sungguhpun pendapat dan fikirannya masih lagi dangkal, namun
Adila kagum dengan daya bahas yang timbul daripada satu
perbincangan (Abdul Talib Hassan, 2010: 215).

Seterusnya, novel SDL turut memperlihatkan bagaimana keperibadian Adila yang
berkeyakinan itu, memberikan kebaikan kepada dirinya. Dengan nilai “Berkeyakinan”
yang dimiliki itu, dia diceritakan dapat menghadapi menangkis segala tohmahan yang
dilemparkan oleh masyarakat kampung. Antara tohmahan ialah Adila dikatakan
berpenyakit AIDS. Malah, Adila turut menerima penghinaan dan difitnah oleh
masyarakat kampung atas tindakannya membantu Bujei. Adila diceritakan tidak
menghiraukan kata-kata orang sekeliling dalam usaha memulihkan imej Bujei. Malah
Adila bertekad untuk terus membantu Bujei dengan mengembalikan keyakinan diri
sebagai seorang yang sihat dan bukannya tidak siuman. Adila berkeyakinan dia berada
di pihak yang benar dan sedar semua tindakannya atas dasar keinsanan dan rasa
tanggungjawab sesama insan, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:

“Dia yakin dirinya tidak melampaui batas-batas kemanusiaan biasa,
tidak lebih daripada rasa insaf dan simpati, tidak lebih daripada
hasrat untuk memulihkan seorang insan yang malang” (Abdul Talib
Hassan, 2010: 266).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keyakinan teguh Adila turut
memberikan kebaikan kepada kepada Bujei dan masyarakat sekeliling. Hal ini jelas
pada cerita bagaimana Adila yang akhirnya berjaya mengubah diri Bujei menjadi
seorang yang mementingkan kebersihan, berdikari dan berani mempertahankan diri.

109

Kejayaan Adila mengubah diri Bujei diceritakan juga menggembirakan sebahagian
orang kampung yang turut bersimpati dengan Bujei. Dengan nilai “Berkeyakinan”,
Adila membuktikan kepada masyarakat kampung usaha yang dianggap sia-sia
sebelum ini menunjukkan impak yang positif. Hasilnya, Bujei berubah menjadi
pemuda normal, jujur, rajin dan mampu mempertahankan diri. Masyarakat kampung
turut kesal dengan segala perlakuan dan cemuhan terhadap Bujei sebelum ini. Cerita
memperlihatkan bagaimana keyakinan yang dimiliki oleh Adila itu turut memberikan
kebaikan kepada Bujei dan masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang antaranya
diceritakan dalam petikan berikut:

“Aku pun satu hari nanti nak minta maaf dengan dia [Bujei],” ujar
Kak Som ikhlas. “Banyak dosa aku dengan dia. Apa taknya, selalu
juga aku mengejek dan menghina dia.”

“Bagus begitu,” Adila segera meyokong. “Perhatian lebih ramai
orang akan memudahkan dirinya kembali menjadi manusia biasa
macam kita” (Abdul Talib Hassan, 2010: 240).

4.2.2.4 Novel Kabus di Perbukitan

Seterusnya analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS berjudul
Kabus di Perbukitan (seterusnya KDP) (2010) karya Mohamad Kholid Hamzah.
Analisis ini mendapati bahawa nilai “Berkeyakinan” antaranya dimanifestasikan
menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang watak Datuk Azrul sebagai watak
berdikari dan memiliki keyakinan diri. Dia diceritakan berjaya menjadi seorang
usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan dan pertanian yang diusahakan
sendiri. Dia yang memiliki ijazah dari Universiti Putra Malaysia tidak mengharapkan
tawaran kerja daripada pihak kerajaan atau swasta. Sebaliknya, Datuk Azrul bertekad
untuk mengusahakan bidang pertanian sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu,
kekasihnya semasa mereka belajar di universiti. Dia juga berkeyakinan dalam
meneruskan kehidupan setelah kekasihnya, Rahayu meninggal dunia akibat barah.
Datuk Azrul diceritakan bertekad untuk memenuhi hasrat Rahayu untuk menjadi
dirinya sebagai penternak kambing. Hasratnya itu diceritakan turut dipersetujui oleh
bapanya. Justeru, dapat dikatakan bahawa Datuk Azrul dalam novel KDP ditampilkan
sebagai seorang insan berkeyakinan yang diasaskan pada ilmu pengetahuan yang
dimiliki, sebagaimana yang digambarkan melalui petikan berikut:

“Tak teringin ke kamu bekerja dalam pejabat berhawa dingin,
Azrul?”
“Tak apalah, mak. Nanti kita buat satu pejabat di rumah kita ini dan
pasang pendingin hawa.”
“Loyar buruk, mak cakap betul-betul ini.”
Dia ketawa. Dia lebih senang berdikari, bukankah bekerja sendiri
itu lebih mulia daripada makan gaji (Mohamad Kholid Hamzah,
2010: 107).

110

Seterusnya, novel KDP turut memperlihatkan bagaimana keyakinan teguh Datuk
Azrul dalam meneroka dunia perniagaan akhirnya memberikan kebaikan kepada
dirinya. Hal ini jelas apabila Datuk Azrul diceritakan bekerja sendiri walaupun
memiliki ijazah dalam bidang pembangunan manusia. Novel KDP turut
memperlihatkan bagaimana dengan keyakinan Datuk Azrul terhadap keazamannya
menjadikan dia berjaya menangani cabaran dalam perniagaan. Antara cabaran Datuk
Azrul ialah untuk mendapatkan modal dan meyakinkan penduduk Merbau Berdarah
untuk menyatukan kebun-kebun tradisi dalam usaha membentuk sebuah estet mini
kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Berkat usaha dan keyakinan diri, dia muncul
sebagai Penternak Jaya Kebangsaan dan dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keyakinan diri yang teguh,
membolehkan Datuk Azrul memberi kejayaan buat dirinya, sebagaimana yang
antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

Zain faham maksud ayahnya itu, Datuk Azrul dikurniakan darjah
gelaran Datuk bukan kerana berjasa kepada rakyat melalui politik
tetapi atas usaha gigihnya memajukan industri pertanian melalui
ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang (Mohamad Kholid
Hamzah, 2010: 170).

Seterusnya, nilai “Berkeyakinan” yang dimiliki oleh Datuk Azrul diperlihatkan turut
memberi kebaikan kepada anaknya, Zain dan lebih penting sumbangannya kepada
masyarakat dan industri pertanian. Hal ini jelas pada cerita tentang Datuk Azrul
menjadi sumber inspirasi kepada Zain, anak lelakinya turut menceburkan diri dalam
bidang pertanian dengan mengikuti pengajian dalam bidang pertanian di sebuah
universiti terkemuka di luar negara. Zain turut mengambil alih syarikat penternakan
keluarga mentuanya, Soleh Johnson, ahli perniagaan yang memiliki pusat
penyembelihan di New Zealand. Novel menceritakan bagaimana Zain mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam bidang penternakan berkat keyakinan ayahnya,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

“Zain, sebab itu ayah galakkan kamu belajar di luar negara. Ambil
pengalaman cara negara lain memajukan sektor pertaniannya.
Semaju mana pun negara tanpa hasil tani, rakyat tidak akan hidup,”
kata Datuk Azrul sambil merenung wajah anak lelakinya
(Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 177).

Selain itu, Datuk Azrul turut berkempen dan meminta pemilik tanah-tanah terbiar
untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang. Usaha ini membolehkan
Pertubuhan Peladang membeli dan memasarkan hasil-hasil tani mereka. Datuk Azrul
juga mampu meyakinkan penduduk Merbau Berdarah untuk mengusahakan tanah-
tanah yang terbiar dengan menyatukan kebun-kebun tradisi bagi membentuk sebuah
estet, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan berikut:

111

Ayahlah [Datuk Azrul] yang gigih meyakinkan penduduk
penduduk Merbau Berdarah, menyatukan kebun-kebun tradisi dan
akhirnya membentuk sebuah estet mini kelapa sawit dan dusun
buah-buahan (Mohamad Kholid Hamzah, 2010: 170).

Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan kajian Shafinaz A. Maulod (2017: 36)
bahawa keyakinan merupakan kemampuan untuk mengenali kekuatan diri, kebolehan
untuk berhadapan dengan kesulitan, mempunyai keyakinan terhadap sebarang
keputusan yang dibuat.

4.2.2.5 Novel Konserto Terakhir

Analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS iaitu Konserto Terakhir
(seterusnya KT), (2012) karya Abdullah Hussain. Analisis ini mendapati bahawa nilai
“Berkeyakinan” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan
tentang watak Hilmi, pemuda kampung yang berpendidikan darjah empat sekolah
Melayu. Penghijrahan Hilmi dari kampung ke bandar hanya semata-mata untuk
mencari pekerjaan. Dia diceritakan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pakciknya,
Datuk Johari. Di sini bermulanya minat dan kerjayanya terhadap muzik. Minatnya
terhadap muzik timbul ketika dia mendengar main piano oleh Hayati, anak kepada
Datuk Johari menerusi petikan pianonya. Minatnya itu kemudiannya diketahui oleh
sahabatnya, Mamat. Mamat yakin dengan bakat semula jadi Hilmi. Dia kemudiannya
memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah kumpulan muzik.
Hilmi menunjukkan kebolehannya bermain organ dengan yakin. Keyakinan yang
dipamerkan oleh Hilmi, diceritakan menarik minat Encik Bakar untuk mengajar Hilmi
secara percuma. Hilmi berasa bertuah kerana diberi peluang untuk mempelajari muzik
dan dia sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana memiliki
bakat. Kata-kata positif Encik Bakar menambahkan keyakinannya, dan dari situ dia
mula merasa yakin dengan kemampuannya. Justeru, dapat dikatakan bahawa
keyakinan Hilmi diasaskan pada bakat dan ilmu yang dipelajari. Dengan keyakinan
ini, Hilmi berusaha untuk meningkatkan kemampuan diri dan terus mencapai
kejayaan. Adalah jelas bahawa Hilmi ditampilkan sebagai seorang insan yang
berkeyakinan, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Saya berjanji saya akan belajar bersungguh-sungguh.” “Bagus.
Engkau sendiri mesti tolong dirimu. Gunakan telingamu dengan
sebaik-baiknya, suaramu, tanganmu dan akalmu. Kau mesti buka
telinga sebab muzik ialah seni telinga dan pendengaranmu mesti
terlatih betul-betul apabila kau ingin menikmati muzik atau hendak
jadi ahli muzik” (Abdullah Hussain, 2012: 112).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keyakinan teguh Hilmi dalam
meneroka dunia muzik, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini
jelas terpancar pada watak Hilmi yang sentiasa ingin membuat yang terbaik dan
menunjukkan keyakinan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam mempelajari

112

muzik secara sambilan. Lebih penting ialah cerita bagaimana Hilmi dikatakan sering
menerima nasihat dan teguran daripada Encik Bakar. Encik Bakar sering
mengingatkan Hilmi supaya mengenali alat-alat muzik dan not. Kesemua ini
diceritakan menyuntik keyakinan kepadanya untuk lebih berjaya dan akhirnya
menjadikan dia sebagai pemuzik profesional, sebagaimana yang digambarkan dalam
petikan berikut:

“Kau akan berjaya kerana kau ada bakat.” Demikian ucapan yang
selalu dikeluarkan oleh Encik Bakar setiap kali dia dimarahi atau
diketuk. Suara-suara itulah yang membuat dia keras hati di samping
hatinya berasa terhibur apabila dia berada di rumah Encik Bakar
(Abdullah Hussain, 2012: 197).

Keyakinan yang dipamerkan oleh Hilmi, membuktikan kebolehannya menguasai
bidang muzik dan mendatangkan kebaikan buat dirinya. Umpamanya, dia
berkebolehan membaca nota muzik, bermain pelbagai alatan muzik dan menggubah
lagu. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana keyakinan yang teguh
dalam diri Hilmi untuk meneroka ilmu muzik memberikan kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Ah, ini sudah cukup baik! Ini lagu gubahanmu yang pertama.
Kadang-kadang gubahan yang pertama serupa ini boleh menjadi
masterpiece. Siapa tahu ini masterpiece kamu, Hilmi”
“Saya baru mencuba-cuba saja, Pak Bakar,” jawab Hilmi dengan
rendah hati (Abdullah Hussain, 2012: 217).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keyakinan yang dimiliki oleh
Hilmi itu, turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Dengan
keyakinan, dia diceritakan dapat membuktikan bahawa dirinya yang berpendidikan
rendah dapat menguasai dunia muzik. Hilmi berjaya mewarnai dunia seni kerana
minatnya yang mendalam. Dia turut dijemput untuk membuat beberapa persembahan
besar di dalam dan luar negara. Adalah jelas bahawa Hilmi pada awalnya
berpendidikan darjah empat sekolah Melayu, kemudiannya menjadi seniman besar
yang mengharumkan nama negara. Cerita memperlihatkan bagaimana nilai
“Berkeyakinan” yang dimiliki oleh Hilmi itu turut memberikan kebaikan kepada
masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:

Lagu-lagu yang telah digubah olehnya berjumlah ratusan sudah.
Mungkin Hilmi orang yang paling produktif waktu itu (Abdullah
Hussain, 2012: 279).

113

4.2.3 Nilai “Beretika”

Analisis seterusnya dengan meneliti nilai ketiga dalam kerangka Modal Insan iaitu
“Beretika.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Beretika”

menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada keperibadian insan yang berpegang

kepada kod etika yang benar dan telah disepakati dengan tujuan memberikan kebaikan

kepada masyarakat.

4.2.3.1 Novel 6:20

Berdasarkan tafsiran beretika, analisis ini meneliti novel 6:20 (2011), karya Siti
Jasmina Ibrahim. Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2013 untuk
kegunaan murid Tingkatan 3. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Beretika”
antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan watak Nur Sukma,
anak tunggal kepada pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia. Sukma yang berusia
sembilan belas tahun, merupakan penuntut jurusan sains dan falsafah di sebuah
institusi pengajian tinggi awam. Nilai “Beretika” jelas terlihat pada cerita tentang
Sukma yang berusaha menyiasat kegiatan sebuah kelab hiburan di daerahnya yang
dikenali sebagai Kelab WX2. Kelab WX2 dikatakan membawa gejala negatif yang
boleh merosakkan masyarakat seperti penggunaan dadah, black metal dan pengaruh
pemikiran Barat yang bercanggah dengan budaya Timur. Oleh itu, Sukma memastikan
kumpulan ini dapat dibanteras dengan memberi kerjasama kepada pihak polis. Adalah
jelas bahawa Sukma ditampilkan sebagai watak yang berkeperibadian insan
berpegang kepada kod etika yang telah disepakati, sebagaimana yang digambarkan
melalui petikan berikut:

“Salahkah apa yang saya cakap ni, Rafiq?”
“Tak salah tapi kita perlu siasat dan tahu lebih mendalam sebelum
melaporkannya kepada pihak berkuasa.”
“Nak tunggu sampai berkulat? Sampai mereka itu dah kebal dengan
satu kepercayaan palsu, dengan semangat yang songsang, barulah
kita nak bertindak? (Siti Jasmina Ibrahim, 2011: 105-106).

Seterusnya, novel 6.20 turut memperlihatkan bagaimana dengan berpegang kepada
etika, Sukma mendapat kebaikan daripada tindakannya. Dengan nilai “Beretika”,
Sukma diceritakan berjaya merungkai misteri kehadiran tetamu-tetamu misteri yang
muncul di hadapan rumahnya pada setiap hari tepat jam 6:20 pagi. Peristiwa ini
berlaku selama seminggu berturut-turut. Sukma bertekad untuk menyiasat kehadiran
seorang nenek tua dan cucunya, Aim yang dikatakan mempunyai perkaitan rapat
dengan ibunya. Dengan nilai “Beretika” ini, Sukma diceritakan dapat meleraikan
segala misteri yang membelenggu fikirannya, termasuk perkaitan antara Kelab WX2
dengan ibunya. Setelah siasatan dilakukan, Sukma mengetahui hal sebenar bahawa
ibunya ditugaskan dengan misi khas sebagai pemerhati dan pemberi maklumat kepada
pihak atasan tentang segala aktiviti oleh Kelab WX2. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana keperibadian insan yang beretika seperti Sukma turut

114

memberi kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan
berikut:

Pengorbanan ibu terlalu besar bagi saya, ibu selalu memerhatikan
saya, saya berasa amat tersinggung apabila ibu kerap menuduh saya
menghadapi tekanan perasaan, rupa-rupanya ibu bimbang saya
terlibat dalam kumpulan ini. Sebab itu juga ibu merasa curiga
apabila saya melayani tetamu yang datang setiap 6:20 (Siti Jasmina
Ibrahim, 2011: 236-237).

Seterusnya, novel 6:20 juga memperlihatkan bagaimana nilai “Beretika turut
memberikan kebaikan kepada keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling. Sukma
diceritakan dapat meyakinkan Iskandar, rakannya yang terjebak dengan kegiatan
Kelab WX2 untuk kembali ke pangkal jalan. Iskandar mengaku kesilapannya serta
menerima nasihat Sukma supaya tidak tersalah memilih jalan, sebagaimana yang
digambarkan dalam petikan berikut:

Saya hargai semangat dan kekuatan Sukma. Sifat luar biasa itu yang
membuatkan saya sedar. Pandangan saya jadi jelas, saya sendiri
terkejut dengan apa-apa yang saya lakukan ini. Apakah makna
perjuangan ini? Untuk siapa saya berjuang? (Siti Jasmina Ibrahim,
2011: 225).

Selain itu, Sukma berjaya membongkar kegiatan Kelab WX2 yang memberikan
pengaruh buruk kepada remaja. Dia berbincang tentang kegiatan Kelab WX2 dengan
Kak Ros, jiran rumahnya, seorang anggota polis. Sukma bersama rakan-rakannya,
iaitu Teja dan Rafiq diceritakan berusaha mencari maklumat berkaitan Kelab WX2.
Dia turut memberanikan diri pergi ke Kelab WX2 bersendirian untuk mengetahui
keadaan sebenar kelab tersebut. Dengan keberanian itu, Sukma mengetahui bahawa
Kelab WX2 diwujudkan untuk mentadbirkan dunia. Kumpulan ini juga melakukan
suntikan cecair yang disebut sebagai `Pati 1’ yang merupakan bahan eksperimen
sebuah kuasa besar dunia. Cecair ini diberikan kepada ahli Kelab WX2 agar proses
mempengaruhi pemikiran seseorang lebih mudah dijalankan. Begitu juga cerita
Sukma yang menyangka ibunya menjadi dalang di sebalik kegiatan ini. Dia mahu
kesalahan yang dilakukan ibunya dihukum dan diadili mengikut lunas-lunas
perundangan. Tindakan Sukma menunjukkan sikap beretika tanpa mengira siapa,
sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

Apa kaitan semua ini dengan ibu kamu pula?” Bertalu-talu ayah
menyoal.
“Sebab sekiranya saya membuat laporan rasmi kepada Kak Ros, ibu
akan terbabit dan ayah akan dapat malu. Ayah mahu itu berlaku?”
(Siti Jasmina Ibrahim, 2011: 195).

115

Sikap Sukma yang “Beretika” diceritakan turut membantu pihak polis dalam
mengatur rancangan untuk memberkas ahli kumpulan Kelab WX2. Sukma
bekerjasama dengan memberi maklumat tentang kegiatan ahli kumpulan Kelab WX2.
Kumpulan Kelab WX2 telah disiasat, diserbu dan tangkapan oleh pihak polis di
beberapa lokasi yang dikenal pasti. Kejayaan menumpaskan gerakan kumpulan Kelab
WX2 telah memberi kejayaan besar kepada negara. Cerita memperlihatkan
bagaimana keperibadian Sukma yang berpegang pada etika, memberikan kebaikan
kepada masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam
petikan berikut:

“Macam mana Sukma tahu semua ni? Tanya Kak Ros.
“Itu tak penting. Yang pentingnya saya akan bantu Kak Ros
menyiasat dan mengesan ketuanya.
Saya janji!”
Itu tekad saya. Walaupun amat menginginkan segala-galanya
diselesaikan dengan segera, rahsia yang sudah tersemat dalam diri
ini masih saya simpan lagi (Siti Jasmina Ibrahim, 2011: 201).

4.2.4 Nilai “Bersopan Santun”

Analisis seterusnya meneliti nilai keempat dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Bersopan Santun.” Sebagaimana yang dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Bersopan
Santun” menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada keperibadian insan yang

mencerminkan sifat lemah lembut, tertib dan kehalusan tingkah laku yang baik

termasuk bahasa dan pertuturan, yang menjadikan dirinya berketerampilan dan

disenangi oleh masyarakat.

4.2.4.1 Novel Erti Sebuah Pengorbanan

Berdasarkan takrifan, analisis ini meneliti novel Erti Sebuah Pengorbanan (2010)
karya Zaihanim Zainal Abidin. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Bersopan
Santun” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang
watak-watak remaja seperti Iman, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial yang
mempamerkan sikap bersopan santun. Misalnya, amalan bersalaman dengan orang
lebih tua jelas terpancar menerusi novel ESP. Rakan-rakan Iman amat menghormati
datuk dan nenek. Mereka sentiasa bersalaman setiap kali bertemu. Diceritakan Pei
Wen, Zulkarnain dan Adif Danial bersalaman dengan datuk dan nenek Iman ketika
mereka mengunjungi ke rumah nenek Iman. Hal yang sama turut diceritakan menerusi
watak Zulkanain ketika mengunjungi rakan sekelasnya, Adif yang tidak sihat. Dia
diceritakan menghulurkan tangan bersalaman dengan datuk Adif. Novel turut
mempamerkan sikap bersopan santun melalui watak Iman dan Pei Wen yang
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Adif, Mak Cik Sofia ketika majlis
kenduri kesyukuran di rumah nenek Iman. Nilai “Bersopan Santun” yang ditampilkan
oleh remaja-remaja dalam novel ini mencerminkan kehalusan tingkah laku yang
mendatangkan kesenangan dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan cerita ini,

116

memperlihatkan bahawa Iman serta rakan-rakannya hadir dalam novel sebagai watak-
watak yang bersopan santun, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui dua
petikan berikut:

Iman bersalaman dan mengucap tangan nenek dan datuk. Sebelum
berlalu, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial turut bersalaman
dengan datuk dan nenek (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 35).

Iman dan Pei Wen berlalu untuk mendapatkan Adif Danial dan
Zulkanain. Iman dan Pei Wen bersalaman dengan Mak Cik Sofia,
ibu Adif Danial (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 117).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan keperibadian Iman yang bertingkah laku dan
bertutur dengan sopan itu, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Hal ini
jelas apabila Iman yang diceritakan tinggal bersama datuk dan nenek di kampung sejak
ibu dan bapanya berpisah telah mempamerkan sikap bersopan santun. Keperibadian
yang ditampilkan oleh Iman menyebabkan datuk dan nenek amat menyayanginya.
Novel menceritakan bahawa setiap kali berjumpa dengan orang yang lebih tua, Iman
menghulurkan tangan dan begitu juga bila hendak berpisah sebagai tanda minta diri.
Keperibadian Iman hasil daripada didikan terpuji yang dididik sejak kecil oleh orang
tuanya. Dia juga amat disenangi oleh guru dan rakan-rakan di sekolah, termasuk Pei
Weh yang senang bersahabat dengannya. Adalah jelas bahawa keperibadian bersopan
santun yang dimiliki oleh Iman kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya,
sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

Tangan nenek dikucup. Dia duduk semula di atas sofa.
“Sejuk tangan nenek. Baru selesai solat?” Tanya Iman sambil
melemparkan senyuman.
Senyuman anak gadis yang berusia tiga belas tahun ini bisa
menyejukkan hati sesiapa yang memandang. Senyuman itu jugalah
yang menjadi penawar nenek dan datuk (Zaihanim Zainal Abidin,
2010: 3).

Seterusnya, novel ESP turut memperlihatkan bagaimana keperibadian Iman yang
bersopan santun itu turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Hal
ini jelas terlihat apabila sikap bersopan santun Iman diceritakan telah menarik minat
Pei Wen, seorang remaja Tiong Hua untuk bersahabat dengannya. Walaupun mereka
berlainan bangsa dan agama, Pei Wen dan keluarganya menjalinkan hubungan yang
harmoni dan bermakna dengan keluarga Iman. Selain itu, datuk dan nenek Iman turut
melayan baik Pei Wen seperti cucu sendiri. Mereka sering menerima kehadiran Pei
Wen dan menjamunya makan dan minum. Pernah satu ketika, Pei Wen diceritakan
mengalami kesedihan kerana tertekan dengan sikap ibu tirinya yang sering
memarahinya. Pei Wen mendapatkan nasihat dan pandangan daripada datuk dan
nenek Iman. Pei Wen turut diceritakan menerima nasihat nenek Iman dengan hati
terbuka, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

117

Wajahnya sedikit ceria selepas mendengar penjelasan daripada

nenek. Timbul semangat dalam dirinya untuk mengikut nasihat

nenek sebentar tadi.
“Macam mana sekarang? Soal Iman tiba-tiba.
“Baru tenang fikiran saya, Terima kasih tuk, nenek...” balas Pei

Wen. Dia tersenyum lebar (Zaihanim Zainal Abidin, 2010: 13-14).

Hubungan akrab keluarga Iman dan keluarga Pei Wen menunjukkan terjalinnya

semangat muhibah. Kunjungan keluarga Pei Wen ke rumah nenek Iman menampilkan
nilai “Bersopan Santun” menerusi watak ayah Pei Wen, Encik Lim dengan ayah Iman,

Encik Yusri. Mereka saling berjabat tangan ketika bertemu. Adalah jelas bahawa
cerita memperlihatkan bagaimana nilai “Bersopan Santun” dimanifestasikan dalam

novel ini. Hal ini jelas memberi kebaikan kepada kedua-dua keluarga, sebagaimana

yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

Iman menoleh. Rupa-rupanya Pei Wen telah tiba bersama bapa dan
ibu tirinya. Pak Cik Lim dan Yusri berjabat tangan, manakala ibu
tirinya berlalu ke dapur untuk menemui nenek (Zaihanim Zainal
Abidin, 2010: 116).

Hasil kajian ini juga selaras dengan kajian Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
(2014:148), menjelaskan sopan santun dapat dilihat pada tingkah laku yang baik dan
tutur kata melalui bahasa yang lembut, yang membawa kepada perhubungan yang
harmoni dalam kalangan masyarakat.

4.2.4.2 Novel Di Sebalik Wajah

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul Di

Sebalik Wajah (seterusnya DSW) (2010) karya Abang Saifuddin Abang Bohari. Novel

ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2011 untuk kegunaan murid Tingkatan
2. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Bersopan Santun” dimanifestasikan menerusi

ceritanya yang mengisahkan tentang watak-watak remaja yang mempamerkan nilai
“Bersopan Santun.” Watak-watak tersebut ialah Josy, Dayang Mahani, Suriani, Aziz

dan Sanin. Mereka diceritakan mempamerkan watak yang bersopan santun, antaranya

ketika menziarah Fikri, yang baru berpindah di sekolah mereka. Mereka turut

bersalaman dengan ibu Fikri, Puan Halipah dan mengucapkan terima kasih kepada

Puan Halipah semasa dijemput bersarapan. Rakan-rakan Fikri menampilkan nilai
“Bersopan Santun” seperti menghulurkan salam dan berbudi bahasa yang dilihat

sebagai perlakuan yang amat disenangi. Dengan cerita ini, adalah jelas bahawa watak

remaja-remaja (Josy, Dayang Mahani, Suriani, Aziz dan Sanin) dalam novel ini

ditampilkan sebagai watak yang bersopan santun, sebagaimana yang digambarkan

dalam petikan berikut:

118

“Kami kawan sekolahnya, saya Josy, ini Dayang Mahani, yang
kurus ini Suriani, si gemuk itu Aziz dan ini Sanin.” Josy
memperkenalkan diri dan rakan-rakannya.
Kelima-lima sahabat itu masuk dan bersalaman dengan Puan
Halipah (Abang Saifuddin Abang Bohari, 2010: 37).

Seterusnya, novel DSW turut memperlihatkan bagaimana keperibadian sopan santun
Fikri dalam bertingkah laku, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya.
Adalah jelas, dengan sopan santun yang ditampilkan oleh Fikri mendatang kesan
keselesaan, mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kesan penerimaan yang baik.
Fikri menunjukkan sikap bersopan santun dengan memberikan senyuman kepada ayah
dan ibunya. Umpamanya, Fikri melemparkan senyuman sekembalinya ayah dari
kerja, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

“Ayah balik!” Doktor Fikri membiarkan pintu pagar terbuka dan
menyambut kepulangan ayahnya dengan senyuman (Abang
Saifuddin Abang Bohari, 2010: 47).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keperibadian bersopan santun
yang dimiliki oleh Fikri turut memberikan kebaikan kepada rakannya. Hal ini jelas
apabila Fikri diceritakan hanya membiarkan dirinya yang balar (albino)
dipermainkan. Malah dia juga mendiamkan diri apabila dituduh mencuri buku dan
dompet di sekolah. Dia turut memaafkan Narius kerana mencuri basikalnya dan
meminta ayahnya membayarkan wang jaminan untuk membebaskan Narius dari
tahanan lokap. Tindakan Fikri diceritakan memberi kesan yang mendalam terhadap
Narius. Narius diceritakan malu dengan tindakannya, akhirnya berubah menjadi
murid yang baik. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana Fikri,
memiliki keterampilan diri yang bersopan santun turut memberikan kebaikan kepada
Narius, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan berikut:

Narius dikeluarkan dari lokap. Dia tersipu malu. Dia bersalaman
dengan ayah Doktor Fikri. Dia juga bersalam dengan Doktor Fikri.
“Maafkan saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu membalas jasa
awak. Saya malu kepada diri sendiri. Terima kasih, awak memang
baik hati” (Abang Saifuddin Abang Bohari, 2010: 115).

Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan kajian Mohd Khaidir Abdul Wahab
(2018:51) yang menjelaskan usaha mewujudkan masyarakat yang diidamkan mestilah
bermula dengan budaya berbahasa dan perlakuan yang baik dan santun. Hal ini kerana
jika setiap individu mempraktikkan adab dan keterampilan semasa berkomunikasi
akan mewujudkan masyarakat yang saling hormat dan menghormati antara satu sama.

119

4.2.5 Nilai “Berdisiplin”

Analisis seterusnya, diteruskan dengan meneliti nilai kelima dalam kerangka Modal
Insan, iaitu “Berdisiplin.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai
“Berdisiplin” menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada kawalan diri insan

dalam memastikan dirinya mematuhi norma, etika dan peraturan yang baik, dan

disepakati oleh masyarakat.

4.2.5.1 Novel Hikmah

Berdasarkan takrifan di atas, analisis ini meneliti novel Hikmah (2010) karya Mohd.
Faris Ikmal. Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2010 untuk kegunaan
murid Tingkatan 1. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Berdisiplin” antaranya
dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang watak Sapura,
seorang pengawas sekolah. Dia diceritakan memiliki disiplin diri yang tinggi dan tidak
gentar berdepan dengan Amri, yang merupakan ketua samseng di sekolah. Sebagai
seorang pengawas sekolah, Sapura diceritakan melaksanakan tanggungjawabnya
dengan baik. Antara tanggungjawab Sapura ialah melaporkan aduan salah laku murid
kepada guru disiplin. Adalah jelas bahawa Sapura ditampilkan sebagai seorang insan
yang berdisiplin dapat mengawal diri dan mematuhi norma, etika dan peraturan yang
disepakati oleh masyarakat, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui
petikan berikut:

“Memang itu tugas kamu, tetapi kamu mesti ingat, Amri itu seorang
budak yang nakal. Lagipun dia yang menjadi kepala samseng di
sekolah ini. Aku cuma bimbangkan diri kamu,” nasihat Rozita
(Mohd. Faris Ikmal, 2010: 8).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana disiplin yang dimiliki oleh Sapura
itu, kemudiannya memberikan kebaikan kepada dirinya. Dia dilihat sebagai seorang
wirawati yang berjaya menangani ugutan Amri terhadapnya. Kesan kebaikan daripada
disiplin ialah lebih berani, dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tidak
mudah gentar dengan ugutan. Dia juga diceritakan pernah terjatuh ke dalam bendang
yang berlumpur kerana tindakan Amri yang sengaja memberhentikan basikalnya
secara tiba-tiba. Sapura yang marah dengan tindakan Amri bertekad mengekori Amri
hingga ke rumahnya. Ketika di rumah Amri, dia terdengar perbualan Amri dan ibunya.
Sapura menginsafi diri dan bersimpati dengan kehidupan Amri dan ibunya yang
miskin dan sering diancam oleh ayahnya kerana terlibat dengan judi dan dadah. Sapura
menyedari Amri seorang anak yang penyayang dan bertanggungjawab kepada ibunya
ketika di rumah. Sapura kemudiannya bertekad untuk membantu keluarga Amri.
Sapura kemudiannya meminta ayahnya untuk membawa ibu Amri menjalani
pemeriksaan doktor di hospital. Kejadian tersebut diceritakan memberi hikmah buat
Sapura. Sapura yang pada awalnya diceritakan tidak suka dengan sikap Amri yang
sering melanggar disiplin, namun akhirnya bersimpati dengan nasib yang dialami
Amri. Peristiwa ini telah merapatkan hubungan keluarga Sapura dan keluarga Amri.

120

Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana disiplin yang dimiliki dapat
memberi kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam
petikan berikut:

Fikiran Sapura terus melayang memikirkan kejadian yang baru
berlaku. Peristiwa itu benar-benar meninggalkan kesan di hatinya.
Selama ini dia tersilap mentafsirkan diri Amri (Mohd. Faris Ikmal,
2010: 52).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana sikap berdisiplin Sapura
memberikan kebaikan kepada kepada rakannya, Amri. Novel ini menceritakan
bagaimana sikap berdisiplin Sapura menyebabkan Amri menjadi seorang yang patuh
kepada peraturan. Novel turut menceritakan bagaimana Amri berubah menjadi murid
yang baik, mampu mengawal emosi dan berusaha menjadi lebih baik. Dia juga
bertekad dan berusaha menjadi insan yang berguna. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana sikap berdisiplin Sapura turut memberikan kebaikan
kepada rakannya Amri, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan
berikut:

Kini Amri telah berjaya mengawal emosinya. Dia juga telah belajar
daripada kesilapannya dahulu. Dia berjanji akan menjadi insan yang
berguna serta tidak akan mensia-siakan masa depannya lagi (Mohd.
Faris Ikmal, 2010: 78).

4.2.5.2 Novel Merenang Gelora

Seterusnya, analisis ini beralih kepada sebuah lagi novel teks KOMSAS, berjudul
Merenang Gelora (seterusnya MG) (2011) karya Ruslan Ngah. Novel ini dipilih
sebagai teks KOMSAS pada tahun 2013 untuk kegunaan murid Tingkatan 3. Analisis
mendapati bahawa nilai “Berdisiplin” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya
yang mengisahkan tentang watak Badri, seorang pengawas sekolah. Watak Badri
merupakan seorang yang tegas dan berdisplin. Dia menyimpan cita-cita ingin menjadi
pemimpin pada masa hadapan. Oleh kerana disiplinnya, dia diceritakan menerima
pelbagai cabaran daripada murid-murid yang nakal. Umpamanya, dia pernah disiram
dengan air tandas dan difitnah membawa telefon bimbit di sekolah. Dia turut dianiayai
serta dipinggirkan oleh sahabat-sahabat baiknya kerana ketegasannya terhadap rakan-
rakannya yang melakukan kesalahan disiplin. Badri sedar bahawa tanggungjawab
yang diamanahkan ke atas dirinya itu perlu diutamakan serta melebihi kepentingan
diri. Justeru, dapat dikatakan bahawa Badri ditampilkan sebagai seorang insan yang
berdisiplin, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Aku bukan nak menunjuk-nunjuk yang aku pengawas tetapi aku
kena pikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Tak
sangka mereka sanggup bertindak demikian. Mereka buat macam

121

sekolah ini mereka yang punya, boleh buat sesuka hati. Dah sampai
masanya mereka patut disedarkan,” kata Badri lagi (Ruslan Ngah,
2011: 30).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keupayaan Badri dalam
mendisiplinkan diri sebagai seorang pengawas, kemudiannya memberikan kebaikan
kepada dirinya. Dengan disiplinnya, Badri diceritakan dapat mengurangkan masalah
disiplin di sekolahnya. Dia juga membuktikan bahawa disiplin yang tinggi dapat
menjadikan dirinya seorang yang baik dan berjaya dalam pelajaran. Ini jelas pada
cerita tentang kejayaan Badri menjadi seorang doktor setelah dewasa. Cerita
memperlihatkan bagaimana sikap Badri yang berdisiplin telah memberikan kebaikan
kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

“Engkau macam mana Bad, tak mahu buka klinik sendiri ke? Tanya
Jamil.
“Cita-cita itu ada tetapi aku fikir biarlah aku bekerja dengan hospital
kerajaan dahulu. Aku belajar pun dengan biasiswa kerajaan. Biarlah
aku berkhidmat dengan kerajaan dahulu,“ jelas Badri (Ruslan Ngah,
2011: 260).

Seterusnya, novel MG juga memperlihatkan bagaimana disiplin Badri itu, turut
memberikan kebaikan kepada rakan-rakan dan sekolahnya. Tindakan yang dilakukan
oleh Badri sebagai pengawas sekolah pada awalnya mengundang kemarahan dalam
kalangan murid yang bermasalah seperti Kumar, Meng Kong, Shahrul dan Jamil.
Malah, tindakannya yang merujuk kepada Cikgu Jailani sekiranya ada murid yang
terlibat dalam kes disiplin adalah langkah yang bijak. Novel menceritakan tindakan
Badri itu mendatangkan kebaikan terhadap rakan-rakannya. Umpamanya, tindakan
Badri telah mendorong Jamil untuk berubah, sebagaimana yang digambarkan dalam
petikan berikut:

“Syukur Mil [Jamil], engkau pun dah insaf. Aku tak pernah
membenci kau Mil [Jamil] tetapi aku tidak suka kau terlibat dengan
perkara yang tidak baik seperti ini” (Ruslan Ngah, 2011: 115-116).

Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana sifat berdisiplin Badri turut
memberikan kebaikan kepada rakan-rakan dan sekolahnya, sebagaimana yang
antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

Nasihat dan kaunseling yang diberikan oleh Cikgu Fatima benar-
benar berkesan di hati Kumar. Dia sedar akan kesilapannya selama
ini. Kejadian itu membawa makna yang cukup besar. Dia benar-
benar insaf (Ruslan Ngah, 2011: 176).

122

Hasil kajian ini juga didapati selaras dengan pernyataan Danial Zainal Abidin (2015:
91) yang menjelaskan bahawa orang yang berdisiplin memiliki emosi yang lebih stabil
dan sentiasa mendahulukan sesuatu hal atau pekerjaan mengikut keutamaan.

4.2.5.3 Novel Konserto Terakhir

Seterusnya, analisis beralih kepada novel Konserto Terakhir (seterusnya KT) (2012)
karya Abdullah Hussain. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Berdisiplin” antaranya
dimanifestasikan menerusi cerita yang mengisahkan tentang watak Hilmi. Hilmi
berjaya membuktikan sesuatu kejayaan diperoleh dengan adanya disiplin diri yang
tinggi dalam diri. Watak Hilmi yang lahir dalam keluarga miskin, diceritakan berjaya
kerana disiplin dirinya. Dia bersungguh-sungguh mempelajari ilmu muzik yang
diminatinya. Setiap hari Hilmi berlatih bermain muzik walaupun latihan amat
memenatkannya. Hilmi tetap melakukannya dengan penuh disiplin dan menggunakan
sepenuh peluang yang ada untuk belajar muzik. Disiplin yang dibentuk dan dipatuhi
secara konsisten ternyata memberikan manfaat buat Hilmi. Manfaat yang diperoleh
Hilmi antaranya, mengenali alat-alat muzik, membaca not muzik dan bahasa muzik.
Adalah jelas bahawa Hilmi ditampilkan sebagai seorang insan yang berdisiplin,
sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

Hilmi tidak mengerti akan maksud Encik Bakar. Dia memasang

telinganya baik-baik untuk mendengar apa yang akan dikatakan
oleh Encik Bakar itu. Satu pun dia tidak mahu ketinggalan. “Kalau

mahu menjadi pemain muzik yang baik kita mesti kenal not. Hilmi
pernah lihat not muzik?” Hilmi menggeleng (Abdullah Hussain,

2012: 109).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana disiplin yang dimiliki oleh Hilmi
itu memberikan kebaikan kepada dirinya. Dengan berdisiplin, Hilmi diceritakan dapat
menghadapi kesukaran hidup sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik professional.
Hilmi terpaksa membahagikan masa bekerja dan belajar muzik di rumah Encik Bakar.
Kebiasaannya kelas muzik dipelajari pada waktu petang hingga malam. Dengan
disiplin dan kesungguhan yang ditampilkan oleh Hilmi, dia telah diambil bermain
muzik dalam quartet Encik Bakar. Kejayaan Hilmi diceritakan memberi makna yang
besar kepada dirinya. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana disiplin
yang dimiliki oleh Hilmi, memberikan kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang
antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

Pada waktu itu Encik Bakar sedang meraba-raba kantungnya
mencari resit yuran persatuan sebagai bukti bahawa dia telah pun
menjadi pemain muzik profesional yang penuh dan sah. Sejak
malam itu tidak sahaja di hotel itu, tetapi di mana-mana sahaja di
bumi Malaysia ini dia sudah boleh bermain sendirian ataupun ikut
kumpulan orkestra yang disukainya (Abdullah Hussain, 2012: 255).

123

Seterusnya, novel KT juga memperlihatkan bahawa keperibadian Hilmi yang
berdisiplin turut memberi kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya. Hal ini jelas
pada cerita tentang disiplin diri Hilmi mempelajari muzik telah menjadi inspirasi
kepada Haryati, sepupunya. Hilmi yang berpendidikan rendah dan tidak pernah
mengikuti disiplin muzik secara formal berjaya menampilkan penguasaan luar biasa
dalam ilmu muzik. Kejayaan Hilmi, mendorong Haryati mengambil keputusan untuk
menyambung pelajaran dalam bidang muzik di London. Haryati diceritakan berjaya
dalam bidang yang diceburi ketika di luar negara. Haryati juga diceritakan telah
menawarkan diri untuk menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin orkestra dalam
Pertunjukan Orkes Perdana, setelah Hilmi dimasukkan ke hospital. Adalah jelas
bahawa cerita memperlihatkan bagaimana sikap berdisiplin yang dimiliki oleh Hilmi
itu turut memberikan kebaikan kepada Haryati, sebagaimana yang antaranya
diceritakan dalam dua petikan berikut:

“Saya lulus dari Konservotary Muzik di London. Saya beberapa kali
ikut orkestra simfoni di London dan di Paris” (Abdullah Hussain,
2012: 303).

“Ini arrangement muzik Hilmi,” kata pemain muzik itu dan
menunjukkan kepada nota muzik yang dipegang Hayati. “Ya, ini
Hilmi yang punya, di mana puan dapat?”
“Dia kirim kepada saya. Dia itu sepupu saya. Apa saja lagu-lagunya
dia akan kirimkan satu salinan untuk saya di London” (Abdullah
Hussain, 2012: 304).

4.2.6 Nilai “Dinamik”

Analisis seterusnya beralih dengan meneliti nilai keenam dalam kerangka Modal
Insan, iaitu “Dinamik.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai
“Dinamik” menurut kerangka Modal Insan merujuk kepada daya usaha insan yang

makruf, optimis, bertenaga serta berani untuk mengubah diri serta masyarakat ke arah

kebaikan.

4.2.6.1 Novel Renyah

Berdasarkan tafsiran di atas, analisis ini meneliti novel Renyah (2010) karya Gunawan
Mahmood. Novel ini dipilih sebagai teks KOMSAS pada tahun 2010 untuk kegunaan
murid Tingkatan 4. Analisis ini mendapati bahawa nilai “Dinamik” antaranya
dimanifestasikan menerusi ceritanya yang mengisahkan tentang watak Wahi, anak
Datuk Dolhi hasil perkahwinan keduanya dengan Mastura. Ibunya, Mastura
diceritakan meninggal dunia ketika melahirkan Wahi yang kemudian dipelihara oleh
neneknya di kampung. Wahi yang dibesarkan tanpa kasih sayang kedua ibu bapa sejak
dilahirkan. Dalam keadaan penuh cabaran itu, akhirnya dia menjadi pemuda yang
kental jiwanya. Dia dihantar oleh ayahnya, Datuk Dolhi ke Jepun untuk mempelajari
pengurusan kerja masyarakat Jepun. Di Jepun, Wahi belajar banyak perkara tentang

124

budaya kerja dan kemahiran masyarakat Jepun. Antaranya, sistem “Kendali Mutu”
yang dipraktikkan dalam bidang pengurusan kerja masyarakat Jepun. Datuk Dolhi
mahukan Wahi mempelajari dan menerapkannya dalam pengurusan syarikat mereka.
Datuk Dolhi juga tertarik hati dengan kertas kerja yang difakskan oleh Wahi terhadap
pelaksanaan sistem “Kawalan Mutu Menyeluruh”, yang akan dipraktikkan di
syarikatnya. Wahi turut diceritakan menjadi orang kepercayaan Datuk Dolhi kerana
kecekapannya, terutama dalam menyediakan teks-teks ucapan dan ceramah yang
dikendalikan oleh Datuk Dolhi. Lebih penting lagi, dia diceritakan memiliki sifat
dinamik dan dihormati oleh orang bawahannya. Justeru, dapat dikatakan bahawa
watak Wahi dalam novel Renyah ditampilkan sebagai seorang insan yang dinamik,
sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan berikut:

Memang. Wahi yang selalu mengarang ucapan dan ceramah Datuk
Dolhi. Kebolehan Wahi terserlah kerana minatnya yang tinggi
terhadap pembacaan. Berikanlah apa-apa topik. Wahi sentiasa
tampil memberikan pendapatnya. Bukan setakat soal perniagaan,
malah soal psikologi, budaya dan politik juga (Gunawan Mahmood,
2010: 29).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana dengan sikap dinamik yang
dimiliki Wahi membolehkan dia mencapai kejayaan. Sikapnya yang dinamik
membolehkan Wahi dihantar belajar ke Jepun dalam bidang teknologi dan
pengurusan. Ini menjadikan dia seorang yang sangat efisien dalam melaksanakan
kerja. Wahi turut menunjukkan nilai yang dinamik dengan sendiri memperbaiki diri.
Umpamanya, dia mempamerkan tindakan yang sentiasa ke hadapan, berkualiti dan
berkemahiran. Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan keupayaan Wahi yang
dinamik dalam meneroka bidang perniagaan yang kemudiannya memberikan
kebaikan kepada dirinya, sebagaimana yang antaranya digambarkan melalui petikan
berikut:

Wahi bukan calang-calang orang. Dia tidak akan bersubahat dengan
sebarang kelemahan. Dia mengetahui kecekapan Wahi kerana
pemuda itu pernah bekerja di bawahnya (Gunawan Mahmood,
2010: 205).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana sifat dinamik Wahi turut memberi
kebaikan kepada syarikat Dolhi-Albert Holding termasuk ayahnya, Datuk Dolhi.
Umpamanya, dengan nilai “Dinamik” ini, dia diceritakan mampu menyediakan
beberapa kertas cadangan. Antara kertas cadangan yang dilihat memberi impak yang
besar kepada syarikat ialah pelaksanaan sistem “Kawalan Mutu Menyeluruh” (KMM),
yang dipelajarinya ketika di Jepun. Ketika berkursus di Jepun, Wahi diceritakan gigih
menimba sebanyak mungkin ilmu pengurusan untuk diterapkan dalam usaha
memajukan perniagaan di syarikat Dolhi-Albert Holding. Adalah jelas bahawa cerita
memperlihatkan bagaimana sifat dinamik Wahi turut memberikan kebaikan kepada
syarikat, sebagaimana yang antaranya diceritakan dalam petikan berikut:

125

“Macam-macam idea si Wahi ni,“ bisik Datuk Dolhi.
“Apa datuk?” Rozie, setiausahanya yang setia itu mencelah.
“Wahi minta dilaksanakan KMM dalam syarikat kita”
“cadangan yang baik, datuk”
“Apa kata staf kita nanti?”
“Mula-mula tentu banyak karenah, lama-lama mereka akan
terbiasa” (Gunawan Mahmood, 2010: 65-66).

Tidak kurang penting ialah cerita bagaimana Wahi diterima oleh ibu tirinya, Datin
Tominah serta adik-beradik tirinya. Mereka diceritakan menerima kehadiran Wahi
dalam keluarga, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan berikut:

Ketibaan mereka disambut oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah,
Hasnol, Amera dan Dani. Sikap Datin Tominah berubah sama
sekali. Dia menerima kehadiran Wahi dengan dada terbuka. Tidak
seperti ketika mula-mula menerima berita tentangnya dahulu.
Barangkali mala petaka yang menimpa keluarganya banyak
menyedarkan dirinya (Gunawan Mahmood, 2010: 209).

Hasil kajian ini juga selaras dengan kenyataan Ani Omar (2016: 3), menjelaskan
menjelang wawasan 2020 negara memerlukan golongan berilmu dan pemikir yang
berkarya untuk melahirkan generasi muda khususnya golongan remaja yang progresif
dan dinamik.

4.2.7 Nilai “Sihat”

Analisis ini seterusnya meneliti nilai ketujuh dalam kerangka Modal Insan, iaitu
“Sihat.” Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 3, nilai “Sihat” menurut

kerangka Modal Insan merujuk kepada keadaan diri insan yang sejahtera dari segi

jasmani dan rohani, yang dengan kesejahteraan itu membolehkannya untuk

menunaikan amar makruf terhadap dirinya sendiri serta masyarakat.

4.2.7.1 Novel Lestari Bukit Menghijau

Berdasarkan takrifan ini, analisis ini meneliti novel Lestari Bukit Menghijau
(seterusnya LBM) (2010) karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Analisis mendapati
bahawa nilai “Sihat” antaranya dimanifestasikan menerusi ceritanya tentang watak
Pak Tua, seorang profesor dalam bidang sintesis organik. Dalam usia lingkungan 60-
an, Pak Tua diceritakan sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat. Pak Tua
diceritakan sihat kerana amat prihatin terhadap tumbuhan sebagai sumber makanan,
dan penawar untuk mengubati penyakit. Dia diceritakan membeli sebidang tanah di
Bukit Bintangor yang kemudiannya ditanam dengan pelbagai tumbuhan-tumbuhan.
Dia turut membuat penyelidikan tentang sintesis organik yang dimanfaatkan untuk

126

tujuan perubatan. Kehidupan di Bukit Bintangor yang mendamaikan diceritakan
diliputi dengan udara yang segar dan nyaman, suara ceridau, dan unggas hutan turut
meningkatkan kesihatan dirinya, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan
berikut:

Bukit Bintangor segar dan nyaman. Suara cengkerik rimba, riang-
riang hutan, lotong, kera, monyet dan unggas-unggas ditingkah pula
bunyi deruan air dari jeram kecil. Di dalam hutan yang hening ini,
bunyi sedemikian bagaikan lagu yang sungguh mengasyikkan
(Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010: 61).

Seterusnya, novel turut memperlihatkan bagaimana keupayaan Pak Tua dalam
memperbaiki kesihatan diri memberikan kebaikan kepada dirinya. Pak Tua memilih
untuk tinggal sendirian di Bukit Bintangor. Di sini Pak Tua dapat menghirup udara
yang bersih, selain hidup dengan tenang serta jauh daripada kesibukan kota. Novel
menceritakan bagaimana persekitaran ini menjadikan Pak Tua lebih sihat. Dengan
cerita ini, adalah jelas bahawa watak Pak Tua ditampilkan sebagai seorang insan yang
mengamalkan nilai “Sihat”, sebagaimana yang digambarkan melalui petikan berikut:

Zahiran merasakan betapa bahagia kehidupan di bukit ini. Daerah
ini sejuk dan segar, aman damai, dan yang lebih penting tiada
sebarang pencemaran berlaku (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010:
38).

Pak Tua ketika mengunjungi Hamzah yang mengalami deman panas diceritakan lebih
suka memilih untuk berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam. Dia lebih senang
tanpa kenderaan ke rumah Hamzah yang terletak jauh dari jalan besar. Cerita
memperlihatkan bagaimana keadaan jasmani Pak Tua yang sihat dan berkeupayaan
berjalan kaki pada jarak yang jauh, sebagaimana yang diceritakan dalam petikan
berikut:

“Rumahnya agak jauh ke dalam. Lebih kurang satu kilometer dari
jalan besar. Untuk sampai ke sana, kita terpaksa menyusur jalan
kecil, meredah dusun dan kebun kelapa,” jelas Zahiran. Pak Tua
terdiam sejenak sambil memikirkan penjelasan Zahiran. Agak lama
dia berfikir, akhirnya Pak Tua mengambil keputusan berjalan kaki.
Alasannya, dengan berjalan kaki, dia dapat menikmati keindahan
alam dan menghidu kesegaran udara kampung (Syed Mahadzir
Syed Ibrahim, 2010: 71).

Seterusnya, novel juga memperlihatkan bagaimana keadaan diri Pak Tua yang sihat
turut memberikan kebaikan kepada masyarakat masyarakat sekitar Kampung Alor
Rambai. Hal ini jelas apabila Pak Tua diceritakan menegur tindakan penduduk di
Kampung Alor Rambai yang menebang pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat. Pak

127

Tua meyakinkan masyarakat kampung, tumbuhan yang terdapat di persekitaran
mereka banyak fungsi dan khasiatnya. Umpamanya, tegurannya terhadap Lebai Jusoh
yang menebang pokok kacang kelor, sebagaimana yang digambarkan dalam petikan
petikan berikut:

“Eh, kenapakah pula pokok ni tak boleh ditebang?” Tanya Lebai
Jusoh dengan muka merah menahan marah badan (Syed Mahadzir
Syed Ibrahim, 2010: 7).

“Emunggai, merunggai atau remunggai ialah nama lain pokok
kacang kelor. Nama saintifiknya, moringga oleifera. Daunnya
berkhasiat untuk membantu bagi membersihkan darah,
mengurangkan kandungan gula, dan mengawal tekanan darah di
dalam badan (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010: 8).

Teguran ikhlas Pak Tua ini memberi kebaikan kepada masyarakat Kampung Alor
Rambai. Begitu juga dengan cerita tentang kejayaan Pak Tua membantu penduduk
Kampung Alor Rambai dalam mengubati pelbagai penyakit dengan hanya
menggunakan sumber sedia ada di persekitaran mereka. Ini termasuklah cerita tentang
Pak Tua membantu mengenal pasti penyakit Hamzah yang mengalami deman kuning.
Dia juga turut membantu Pak Hamid yang mengalami sakit untut, kerana gigitan
nyamuk. Penyakit yang dialami oleh Hamzah dan Pak Hamid tersebut diceritakan ada
kaitannya dengan kawasan kampung yang tidak bersih. Beberapa orang murid Sekolah
Menengah Kebangsaan Alor Rambai turut mengalami demam. Akibat kejadian
tersebut, Pak Tua mencadangkan agar persekitaran kampung dibersihkan secara
gotong royong. Selain itu, ceramah kesihatan dan kempen kutipan derma untuk
membantu Pak Hamid mengubati penyakit untut turut dilancarkan. Kejayaan usaha
Pak Tua dan penduduk kampung menjaga alam sekitar mendapat pujian daripada
wakil rakyat. Kesedaran menjaga kesihatan oleh Pak Tua diceritakan dapat
meningkatkan tahap kesihatan Kampung Alor Rambai. Mereka akhirnya sedar tentang
kepentingan mengamalkan kehidupan sihat melalui penjagaan kesihatan diri. Hal ini
kemudiannya mengubah persepsi negatif penduduk Kampung Alor Rambai
terhadapnya. Mereka kemudiannya menerima serta menghargai usaha Pak Tua.
Adalah jelas bahawa cerita memperlihatkan bagaimana gaya hidup sihat Pak Tua itu
turut memberikan kebaikan kepada masyarakat sekelilingnya, sebagaimana yang
diceritakan dalam petikan berikut:

“Saya cadangkan supaya kita sama-sama bergotong-royong
membersihkan kawasan kampung, terutama kawasan sekitar rumah
Pak Hamid!” suara Pak Tua bergema sejurus kemudian.
“Kawasan itu agak kotor, banyak tempat pembiakan nyamuk. Parit
penuh sampah sarap, airnya tak mengalir dan pelbagai pencemaran
lagi.” Jelas Pak Tua (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010: 81).

Hasil kajian ini juga selaras dengan kajian Muhammad Hilmi Jalil dan Fakhrul Adabi
(2013:83), yang menjelaskan seseorang yang memiliki badan yang sihat, mampu

128


Click to View FlipBook Version