The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ykimsing, 2023-03-31 09:57:07

LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL REHAB FINAL

LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL REHAB FINAL

145 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 mengambil kira impak kepada kelancaran perkhidmatan di HRC. 3. KPI/ CENSUS JABATAN BAGI TAHUN 2021 BIL TARIKH AKTIVITI / PROGRAM 1 3 - 4 Oktober 2020 Hari Keluarga Unit Kewangan HRC 2 17 November 2020 – Januari 2022 Hari pertama menerima pendaftaran kemasukan pesakit Covid-19 4. AKTIVITI/ TAKWIM SEPANJANG 2020/2021 5. SLOT JASAMU DIKENANG (ANGGOTA JABATAN/ UNIT YANG BERTUKAR KELUAR) Hari Keluarga Unit Kewangan HRC 2020 Sesi pendaftaran kemasukan pesakit Covid-19 BIL NAMA ANGGOTA PERTUKARAN KE TEMPOH BERKHIDMAT DI HRC 1 CC Syed Mohd Hilman Bin Syd Fauzinor Hospital Putrajaya 3 Tahun 2 Bulan 2 CC Muhamad Hakimi Bin Mohd Naroji PKD Putrajaya 8 Tahun 2 Bulan 3 Mariayati Binti Mohamad Rashid Hospital Rembau 7 Tahun 7 Bulan 4 CC Nur Azimah Binti Kamarulzaman JKWP & KL 5 Tahun 7 Bulan 5 Norfarahdatul Aida Binti Che Hat JKN Selangor 2 Tahun 1 Bulan 6 Muhamad Shafiq Bin Rusli Agensi Nuklear, MOSTI 10 Bulan


146 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS Disediakan oleh: HOSPITAL HYBRID COVID-19 NURUL ATIQAH BINTI OTHMAN Pembantu Tadbir (P/O) UNIT PEROLEHAN, ASET DAN STOR 1. CABARAN YANG DIHADAPI KETIKA ERA COVID-19 Selaras dengan penularan dan peningkatan kes COVID-19 yang dihadapi, KKM telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan sistem kesihatan Malaysia benar-benar bersedia menghadapi wabak ini. Secara tidak langsung, semasa wabak COVID-19 pengoperasian hospital yang sememangnya mempunyai pelbagai isu dan cabaran turut terjejas. Unit Perolehan, Aset dan Stor bertanggungjawab menguruskan pembelian peralatan dan kelengkapan serta menyediakan keperluan bekalan alat tulis untuk Bilik Gerakan dan Pasukan Petugas Kesihatan. Cabaran paling utama tentunya dengan ketiadaan perjumpaan secara bersemuka dalam proses perbincangan, perancangan, membuat keputusan, arahan kerja dan pemantauan tugasan anggota. Cabaran kedua pula ialah ketidakupayaan mencapai liputan internet yang berkualiti. Sebahagian anggota tidak mempunyai WIFI dirumah masing-masing dan menggunakan telefon bimbit yang tidak mempunyai capaian internet untuk tujuan melaksanakan tugasan seharian. Cabaran ketiga pula ialah ketidakmampuan sebahagian anggota untuk mempunyai komputer atau laptop persendirian. Hal ini telah menjejaskan urusan kerja seharian. Cabaran keempat pula ialah sebahagian anggota tinggal di lokasi yang jauh dari tempat kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Cabaran-cabaran ini telah memberi kesan kepada pihak pengurusan atasan untuk mewujudkan kaedah-kaedah pelaksanaan tugasan selaras dengan tatacara norma baru. TINDAKAN : Pelbagai strategi telah diketengahkan untuk terus memastikan impak pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan baik. Justeru itu, tindakan yang telah diambil ialah : i) Mengekalkan tahap konsistensi kerja anggota semasa menjalankan tugas. Pengekalan fokus adalah penting memandangkan bekerja dari rumah dan berada dalam persekitaran yang berbeza. Mengekalkan fokus anggota menjadi keutamaan, khususnya menyediakan platform kepada anggota untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ukuran prestasi semasa dan meminta agar anggota terus berhubung dengan pihak atasan bagi membolehkan segala masalah penting dapat diselesaikan tanpa memberi tekanan kepada anggota. ii) Memperkukuhkan nilai-nilai murni diantara anggota dan pihak atasan kerana terdapat anggota yang memerlukan sokongan moral dan motivasi kerana ini kali pertama negara berdepan dengan bencana wabak yang besar. Justeru itu, ceramah dan tazkirah secara dalam talian turut dilaksanakan supaya dapat menjadi benteng dalam diri disamping memastikan amanah pekerjaan dapat dilaksanakan sebaiknya. iii) Medium digital seperti Zoom dan Google Meet mula diperluaskan penggunaannya. Penggunaan platform digital sebegini ternyata berbeza dan memberi ilmu dan kemahiran tambahan kepada anggota dalam menjalankan tugasan seharian. b) KADAR PUSINGAN STOR Bil Item Kontrak Pusat & Sistem Panel Amaun (RM) 1. Pakaian seragam 90,947.04 2. Perabot 1,428.00 3. Sampul surat 3,038.20 Bil Jenis Stor Nilai Pembelian Tahunan (RM) Nilai Pengeluaran Tahunan (RM) Nilai Stok Semasa Tahunan (RM) KPS Tahunan 1. Farmasi 3,198,094.35 2,960.880.29 793,941.13 4.384 2. Alat Tulis 231,676.00 283,130.10 129,843.99 1.820 3. Sajian 476,939.03 479,933.019 51,209.07 9.106 4. Makmal 300,230.31 286,032.37 77,814.74 3.11 3. KPI / CENSUS JABATAN BAGI TAHUN 2020 – 2021 a) PEROLEHAN MELALUI KONTRAK PUSAT & KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL


147 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 4. AKTIVITI / TAKWIM SEPANJANG 2020 / 2021 AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2020 / 2021 1. Menggunakan scan MySejahtera di pintu masuk unit untuk staf dan pelawat. 2. Memastikan staf mengikut SOP semasa bertugas. 3. Menjalankan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara bergiliran mengikut jadual yang telah ditetapkan. 4. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat berkaitan sebutharga secara atas talian dan mengikut sop yang telah ditetapkan. 5. Mengurangkan pengerakan staf dan pembekal yang berurusan di Unit Perolehan, Aset dan Stor. 6. Membantu pihak Hospital Rehabilitasi Cheras di dalam penyediaan PPE. Tajuk Aktiviti / Program Deskripsi (penglibatan, pencapaian, objektif tercapai) Perolehan Secara Sebutharga Bil. 13 sebutharga Nilai keseluruhan : RM 1,969,339.00 Mesyuarat Jawatankkuasa Sebutharga 6 kali bersidang iaitu pada ; 24.2.2020, 6.3.2020, 11.3.2020 (bersemuka) 8.7.2020, 22.7.2020 & 12.8.2020 (mengikut SOP yang ditetapkan) Mesyuarat JKPAK / JKPA 4 kali bersidang mengikut setiap suku tahun (mengikut SOP yang ditetapkan) Pemeriksaan aset alih Pemeriksaan Aset dilakukan sebanyak 1 kali setahun (mengikut SOP yang ditetapkan) Pemeriksaan stok dan Verifikasi Stor Pemeriksaan Stok dan Verifikasi Stor akan dilaksanakan 1 kali setahun (mengikut SOP yang ditetapkan) Kursus Pengurusan Aset dan Stor Dilaksanakan sekali setahun (mengikut SOP yang ditetapkan)


148 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Disediakan oleh: NURUL AJEERAH BINTI MOHAMAD OTHMAN Penolong Pegawai Tadbir UNIT SUMBER MANUSIA DAN LATIHAN Unit Sumber Manusia Dan Latihan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan segala urusan berkaitan pengurusan sumber manusia dan latihan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Perkhidmatan yang disediakan : 1. CABARAN YANG DIHADAPI KETIKA ERA COVID-19 • Mengurus dan merekod setiap permohonan cuti kuarantin (HSO) kakitangan termasuk ahli keluarga kakitangan yang dijangkiti Covid-19. • Kursus/ Bengkel/ Taklimat/ Seminar tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. 2. TINDAKAN : • Kakitangan Unit Sumber Manusia Dan Latihan merekod setiap kelulusan HSO dalam Buku Rekod Perkhidmatan kakitangan seterusnya menyediakan memo kelulusan kepada kakitangan. • Kakitangan boleh menghadiri Kursus/Bengkel/ Taklimat/Seminar secara online. Kakitangan Unit Sumber Manusia Dan Latihan terdiri daripada : BIL. JAWATAN GRED BILANGAN 1. Penolong Pegawai Tadbir N29 1 2. Pembantu Tadbir Kanan N22 1 3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 (TBK) 4 4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 3 5. Pembantu Operasi N11 1 JUMLAH 10 Orang UNIT SUMBER MANUSIA DAN LATIHAN PERJAWATAN & HRMIS URUSAN PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN ANGGOTA TATATERTIB & URUSAN PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP (KONTRAK) LATIHAN KEMUDAHAN SARA UBAT, PINJAMAN PERUMAHAN, URUSAN KELUAR NEGARA URUSETIA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ), PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (PPSM) 3. AKTIVITI /TAKWIM SEPANJANG 2020/2021 • Taklimat Ringkas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2019 & 2020 serta Jasamu Dikenang Tahun 2021 di Auditorium, HRC. • Melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2019 & 2020 serta Jasamu Dikenang Tahun 2021 di Menara Kuala Lumpur pada 11 November 2021. • Kemaskini Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2020 dan 2021 dalam Buku Rekod Perkhidmatan kakitangan. • Kemaskini Pengerakan Gaji Tahunan KAKITANGAN BERTUKAR KELUAR Bil. NAMA DAN JAWATAN TARIKH BERPINDAH KELUAR TEMPAT BERTUGAS BARU 1. Mohd Hasni Bin Mohd Talib Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 12 Mei 2020 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban 2. Noor Suzaini Binti Mohd Zahari Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 8 Februari 2021 Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM


149 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 PERJALANAN / PROSES SEPANJANG KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 Disediakan oleh: AHMAD IZUDDIN BIN IBRAHIM Penolong Pegawai Keselamatan UNIT KESELAMATAN PENGENALAN Unit Keselamatan adalah satu unit yang diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Rehabilitasi Cheras. Unit Keselamatan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Keselamatan (KP32) selaku Ketua Unit Keselamatan dengan dibantu oleh anggota kakitangan iaitu Pembantu Keselamatan, Pembantu Tadbir (Mystep) dan Syarikat Kawalan Keselamatan yang dilantik secara kontrak. Unit Keselamatan bertanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat berkenaan Keselamatan Perlindungan kepada hospital bagi memastikan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi berada dalam keadaan yang terbaik sepanjang masa. Dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19, Unit Keselamatan secara amnya menjadi salah satu unit yang bertanggungjawab didalam menguruskan kawalan keselamatan dalam kawasan hospital. PERSEDIAAN AWAL KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 • Hospital Rehabilitasi Cheras telah dijadikan sebagai Hospital Hybrid Covid-19 pada November 2020 berikutan pertambahan pesakit Covid-19 di Lembah Klang. • Bertanggungjawab dalam menguruskan penutupan laluan serta menghadkan pintupintu masuk ke dalam bangunan hospital. • Memastikan tiada aktiviti lawatan untuk pesakit yang berada di wad-wad. • Bertanggungjawab membuat persediaan kawalan lalu lintas serta ditugaskan membuat laporan pergerakan kenderaan yang masuk ke kawasan hospital untuk menghantar pesakit Covid-19. • Bertanggungjawab menguruskan kawalan pintu akses, pintu kecemasan dikawasan wadwad dan mengemaskini penggunaan kad akses para petugas. • Berkerjasama dengan pihak PDRM cawangan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Cheras untuk membantu dari segi kawalan rondaan berkala dan menempatkan Pondok Polis sementara di kawasan hospital serta membantu membuat pemeriksaan barang milik pesakit Covid-19 (Warga Asing). • Barang terlarang seperti rokok, vape, pemetik api, peralatan tajam, sudu/ garfu, extension plug dan makanan luar tidak dibenarkan dibawa bersama ke dalam wad (Pihak Hospital akan menyimpan barang milik peribadi pesakit dan akan diserahkan selepas dibenarkan keluar). KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 i. Menerima maklumat tentang pergerakan kenderaan yang akan masuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras dari Bilik Gerakan. ii. Melaporkan pergerakan masuk kenderaan serta jumlah pesakit yang dihantar kepada Bilik Gerakan Covid-19 HRC. iii. Memastikan kenderaan yang membawa pesakit Covid-19 tiba ke lokasi tempat kemasukan pesakit Covid-19. iv. Pemeriksaan barang-barang milik pesakit akan dilakukan oleh anggota Polis yang bertugas di tempat penerimaan pesakit Covid-19. v. Anggota Pengawal Keselamatan yang bertugas di kawasan dalam wad akan memastikan kawalan laluan tidak digunakan oleh kakitangan ketika proses kemasukan pesakit Covid-19 ke wad-wad. Penutupan laluan dan penyediaan papan tanda/ petunjuk arah bagi makluman kakitangan hospital dan kenderaan yang terlibat dengan urusan penghantaran pesakit COVID-19 ke HRC. Anggota Polis terlibat untuk pemeriksaan barang milik pesakit bagi mengenalpasti barang yang dilarang tidak dibawa masuk ke dalam wad.


150 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Pemakaian PPE oleh anggota Polis dibantu oleh petugaspetugas hospital Kawalan lalulintas di Pintu Masuk Utama Hospital Rehabilitasi Cheras bagi laluan kenderaan untuk saringan (Drive Thru Swab Test) di Pejabat Kesihatan Daerah Cheras Anggota Pengawal Keselamatan ditugaskan membuat kawalan di Pintu Masuk Utama Hospital Rehabilitasi Cheras bagi kenderaan yang masuk untuk menghantar pesakit Covid-19. Anggota Pengawal Keselamatan ditugaskan mengiringi kenderaan yang membawa pesakit Covid-19 ke lokasi kemasukan pesakit Covid-19 Rondaan berkala dari pihak Polis dilokasi (4 check point) dalam kawasan Hospital Rehabilitasi Cheras. CABARAN & TINDAKAN DIAMBIL Sepanjang wabak Covid-19 melanda negara kita, pelbagai cabaran telah dihadapi oleh warga KKM bagi memastikan penularan wabak berkenaan dapat dikawal. Begitu juga dengan Unit Keselamatan HRC, keselamatan para petugas dan pesakit amat dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Akibat tekanan dan rasa takut kepada wabak berkenaan terdapat juga pesakit yang berada di wad menjadi agresif dan cubaan untuk melarikan diri dari wad berlaku. Namun begitu, dengan kecekapan anggota pengawal keselamatan dan bantuan daripada pihak polis dapat meredakan masalah pesakit yang agresif dan tindakan amaran telah dikeluarkan kepada pesakit yang terlibat supaya bertenang dan kekal berada di wad sehingga tamat tempoh rawatan. Tindakan membawa barang-barang terlarang seperti membawa rokok, vape, barang-barang tajam dan sebagainya juga dilakukan oleh pesakit semasa pesakit dibawa masuk ke wad. Dengan garis panduan yang telah diwujudkan oleh Unit Keselamatan HRC, tindakan memeriksa semua barang-barang yang dibawa oleh pesakit telah dilakukan terlebih dahulu oleh anggota yang bertugas dan hal ini dapat mengekang daripada barang-barang tersebut dibawa masuk. Barang rampasan tersebut telah disimpan sementara dan diserahkan kembali setelah pesakit dibenarkan pulang.


151 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 4. GAMBAR-GAMBAR PROSES KERJA Disediakan oleh: HASLINA BINTI ZAKARIA Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT Unit Pengurusan Maklumat (Unit IT) Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) mula beroperasi sejak 2 Julai 2012. Perkhidmatan yang disediakan adalah : 1. Menyediakan kemudahan peralatan ICT secara penempatan kekal dan pinjaman seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, projektor dan pelbagai jenis aksesori peralatan ICT. 2. Memberikan perkhidmatan pembaikan terhadap kerosakan peralatan ICT. 3. Membangunkan dan menyelenggara Sistem Daftar Pesakit, Sistem Daftar Temujanji, Sistem e-Orientasi HRC dan Laman Web HRC. 4. Memproses permohonan berkaitan pinjaman peralatan ICT, menwujudkan akaun e-mel myGovUC dan ID Active Directory (AD) serta menyelia tempahan Bilik Latihan ICT, dan 5. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan ICT. Kakitangan Unit IT, Hospital Rehabilitasi Cheras terdiri daripada seorang Ketua Jabatan / Pegawai Teknologi Maklumat (F41), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA38 TBK), dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA 29) dan seorang Pembantu Awam (H11). CABARAN YANG DIHADAPI KETIKA COVID-19 Bermula 17 November 2020, HRC telah menjadi hospital hybrid bagi rawatan pesakit covid berisiko rendah kategori satu dan dua. Unit IT bertangunggjawab untuk menyediakan khidmat sokongan teknikal kepada pasukan kesiapsiagaan COVID-19 di semua fasilitis HRC terutama di Bilik Gerak Covid-19 dan Patient Management Centre (PMC). Antara cabaran semasa melaksanakan tugasan adalah: • Peningkatan keperluan mendesak terhadap peralatan ICT yang high-end bagi kerja-kerja kemasukkan data pesakit COVID-19, • Peralatan Standby di bawah simpanan Unit IT adalah terhad untuk dipinjam atau ditempatkan di Bilik Gerakan serta PMC, • Kemudahan internet amat terbatas di mana sesetengah lokasi tiada kemudahan port internet, • Peralatan ICT berulang kali dinyahpasang dan pemasangan semula memandangkan lokasi Bilik Gerakan dan PMC mengalami beberapa perubahan, dan • Kekurangan tenaga kerja di Unit IT untuk melaksanakan tugasan di luar waktu pejabat termasuk cuti am dan cuti umum memandang terdapat kakitangan Unit IT yang tinggal jauh dari HRC. TINDAKAN YANG DIHADAPI BAGI MENGHADAPI CABARAN KETIKA COVID-19 1. KEMUDAHAN PERALATAN ICT • Unit IT perlu membuat permohonan peralatan tambahan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P), • Unit IT telah melaksanakan proses pinjaman peralatan dari Unit/Jabatan lain di dalam HRC untuk diserahkan kepada Pasukan kesiapsiagaan COVID-19 yang beroperasi di Bilik Gerakan dan PMC, dan • Nyahpasang peralatan ICT dan pemasangan semula dari wad biasa yang telah dinaik taraf ke wad Pesakit COVID-19 termasuk di Bilik Gerakan dan PMC dilaksanakan mengikut keperluan dan perubahan lokasi. 2. KEMUDAHAN SISTEM DAN PENAMBAHAN PORT INTERNET • Memandangkan CPRP Hospital System tidak digunapakai di HRC sepanjang pendemik COVID-19, data pesakit COVID-19 hanya dikunci masuk menggunakan Sistem Daftar Pesakit. Pengemaskinian ke atas data yang telah silap dikunci masuk dan tidak lengkap semasa proses penerimaan pesakit COVID-19 dilaksanakan dari masa ke semasa, dan • Melaksanakan penambahan port internet bagi memastikan kelancaran capaian internet bagi operasi di Bilik Gerakan dan PMC. 3. KESIAPSIAGAAN ANGGOTA BERTUGAS DAN BANTUAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL • Menyediakan jadual standby Unit IT bagi kemudahan kakitangan di Bilik Gerakan dan PMC untuk menghubungi kakitangan Unit IT di luar waktu pejabat memandangkan kemasukan pesakit COVID-19 adalah sepanjang waktu iaitu (24jam / 7hari – Isnin hingga Ahad), dan • Unit IT sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat teknikal bagi melancarkan operasi kesiapsiagaan pendemik COVID-19. Proses pembaikan pendawaian rangkaian


152 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Proses pembaikan pendawaian rangkaian Semangat kerja berpasukan di kalangan Kakitangan Unit IT Semakan bilik TCR dibuat secara berkala bagi mengelakkan sebarang masalah di luar jangka berlaku Contoh jadual standby bagi Unit IT


153 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Disediakan oleh: Ts. MUAMAR ZUL IKHMAN BIN MOHD NAZERI Jurutera Operasi Hospital Negeri UNIT KEJURUTERAAN 1. LATAR BELAKANG Unit Kejuruteraan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital yang bertanggungjawab dalam memantau, mengawalselia dan memastikan segala prosedur Perkhidmatan Sokongan Hospital dipatuhi oleh Syarikat Konsesi, Sinar Jernih Sdn Bhd berpandukan Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Sokongan Hospital (5) Lima Tahun bermula 1 September 2017. Berbekalkan seramai (5) lima orang kakitangan yang terdiri daripada (1) seorang Jurutera Hospital, (1) seorang Penolong Jurutera Kanan dan (2) dua orang Penolong Jurutera serta (1) seorang Pembantu Tadbir, Unit Kejuruteraan mampu untuk menjadikan perkhidmatan berkualiti kepada dasar / akta / aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan, keselamatan kejuruteraan dan perkhidmatan sokongan hospital menjadi misi utama Unit Kejuruteraan. 3. PERJALANAN / PROSES SEPANJANG KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 Pemantauan Pelaksanaan Kontrak Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) meliputi 6 servis iaitu FMS, FEMS, BEMS, CLS, Pemantauan LLS & HWMS Pelaksanaan Sustainability Program (SP) meliputi Energy Management (EM), Indoor Air Quality (IAQ) & 3R Bertanggungjawab dalam urusan perkembangan dan isu berbangkit terhadap 6 servis dalam Validation & Committee Meeting (VCM) Bertanggungjawab menguruskan projek naiktaraf / ubahsuai/ penyelenggaraan Hospital Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Pengarah Hospital bagi pelaksanaan kerja-kerja kecil (minor work) Indeks: Facility Management Service (FMS) Facility Engineering Maintenance Service (FEMS) Biomedical Engineering Maintenance Service (BEMS) Cleansing (CLS) Linen & Laundry Services (LLS) Hospital Waste Management Service (HWMS) 2. PERSEDIAAN AWAL KEMASUKAN PESAKIT COVID-19 Hospital Rehabilitasi Cheras telah dijadikan sebagai Hospital Hybrid Covid-19 bermula pada 24 November 2020. Untuk itu, Unit Kejuruteraan telah bekerjasama dengan Syarikat Sinar Jernih Sdn Bhd (SJSB) selaku kontraktor penyelenggaraan hospital untuk mengurus tadbir segala kelengkapan dan keperluan berkaitan penyediaan penerimaan pesakit covid-19 merangkumi aspek Linen, Clinical Waste, BEMS dan FEMS. Kakitangan SJSB giat menaiktaraf keperluan di Wad bagi persediaan penerimaan pesakit Covid-19. Kakitangan kontraktor penyelenggaraan hospital sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di wad


154 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 5. TINDAKAN YANG DIAMBIL BAGI MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT Unit Kejuruteraan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan situasi luar jangka dalam menyedia dan memastikan kelengkapan fasiliti yang lengkap kepada pesakit Covid-19 di hospital ini. Sebarang isu dan permasalahan akan dibawa ke meja rundingan bersama kontraktor penyelenggaraan agar dapat diselesaikan. 6. KPI / CENSUS JABATAN BAGI TAHUN 2020 & 2021


155 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Disediakan oleh: Muhammad Mihrab bin Zain Azman Ketua Unit Perhubungan Awam UNIT PERHUBUNGAN AWAM 1. PENGENALAN Sememangnya peranan Pegawai Perhubungan Awam sangat penting untuk mendominasi perkhidmatan bagi menyampaikan maklumat kepada orang awam melalui pelbagai medium komunikasi secara terancang dan teratur. Unit Perhubungan Awam Hospital Rehabilitasi Cheras ditubuhkan pada 23 Mac 2015 dengan seorang Pegawai Penerangan Kader dari Jabatan Penerangan Malaysia. Fungsi utama Unit Perhubungan Awam ialah: 1. Menguruskan sebarang maklum balas hospital seperti aduan, penghargaan, pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelanggan hospital (pesakit, penjaga, kakitangan hospital mahupun orang awam) 2. Menyelaras lawatan dari dalam dan luar negara. 3. Menguruskan perhubungan media dan publisiti hospital melalui medium media konvensional dan media sosial. 4. Menyelaras permohonan penggambaran oleh produksi dalam dan luar negara 5. Memberikan khidmat nasihat berkaitan protokol untuk acara rasmi hospital. 6. Menyelaras sumbangan yang diterima oleh orang awam mahu pun NGO. 7. Menyelaras Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang dilantik oleh Menteri Kesihatan 8. Menyelia Unit Perpustakaan Perubatan Hospital 2. CABARAN YANG DIHADAPI Negara kita Malaysia mengharungi pandemik luar biasa yang telah meragut jutaan insan seluruh dunia. Pada masa yang sama, jumlah jangkitan menampakkan trend yang kian meningkat, yang amat menggusarkan kita mutakhir ini. Malahan gaya hidup kita juga secara automatik berubah akibat jangkitan ini. Ledakan varian yang lebih ganas menyebabkan fungsi Perhubungan Awam juga terkesan dari pelbagai segi, khususnya dalam pengendalian lawatan dan aduan di mana sepajang tahun 2020-2021 HRC terpaksa menghentikan segala program lawatan baik dalam mahupun luar dari hospital bagi membendung wabak COVID-19 daripada menular. Selain itu juga, terdapat kekangan yang membantutkan proses pengendalian siasatan aduan dilakukan disebabkan tidak boleh melawat tapak dan bersemuka dengan pengadu. 3. TINDAKAN YANG DIAMBIL Sejak daripada pelaksanaan dasar dan inisiatif Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1990an di negara kita dan pengaplikasian kerajaan elektronik, sistem dan prosedur sedia ada sudah banyak digunakan secara maya. Mujurlah ada teknologi di mana kita boleh melakukan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Penyiasat dan pengadu secara maya atau dalam talian. 4. PENCAPAIAN Sepanjang tahun 2020-2021, Unit Perhubungan Awam & Perpustakaan Hospital telah diberi kepercayaan untuk menyelaraskan sumbangan yang diterima ketika pandemik COVID-19 memandangkan HRC adalah merupakan hospital hybrid COVID-19 yang menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 warga emas. HRC telah menerima pelbagai bentuk sumbangan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, individu dan juga syarikat dengan anggaran jumlah keseluruhan berjumlah RM523,171.00. Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa pek makanan yang disumbangkan kepada para petugas hadapan dan barangan keperluan pesakit seperti katil, tilam dan sebagainya. Sumbangan pek makanan dari Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS untuk petugas barisan hadapan Sumbangan barangan keperluan pesakit dari Indah Water Konsortium Sdn Bhd.


156 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Statistik Unit Perhubungan Awam 2020-2021 Sepanjang tahun 2020 Unit Perhubungan Awam menguruskan sebanyak 342 maklum balas pelanggan meliputi penghargaan, cadangan, pertanyaan, permohonan dan aduan. Manakala terdapat penurunan penerimaan maklum balas pada tahun 2021 di mana hanya 157 maklum balas sahaja direkodkan sepanjang tahun. PETI ADUAN PERMOHONAN PENGHARGAAN ADUAN CADANGAN PERTANYAAN PERMOHONAN 2020 2021 271 19 37 3 12 137 8 12 0 0 Maklum balas yang diterima HRC pada tahun 2020 dan 2021mengikut kategori Peratus bilangan aduan biasa dan kompleks sepanjang tahun 2020 dan 2021 2021 2020 ADUAN BIASA ADUAN KOMPLEKS ADUAN BIASA ADUAN KOMPLEKS 84% 16% 100% 0%


157 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 UNIT PERPUSTAKAAN Unit Perpustakaan merupakan Perpustakaan Perubatan Hospital di bawah seliaan Unit Perhubungan Awam. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2015 dengan seorang Pembantu Pustakawan Kader dari Perpustakaan Negara Malaysia. Unit Perpustakaan atau dikenali sebagai Perpustakaan Perubatan Hospital Rehabilitasi Cheras (PPHRC) telah diwujudkan pada Oktober 2015. Lokasi PPHRC ini terletak di aras satu bangunan utama Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Keluasan PPHRC ini di anggarkan boleh memuatkan seramai 110 orang dalam satu masa. Terdapat buku perubatan dan bukan perubatan termasuk 400 buah buku melayu dan inggeris melalui Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia terdapat di PPHRC. Perkhidmatan yang disediakan ialah: 1. Perkhidmatan sirkulasi iaitu perkhidmatan pinjaman , pemulangan dan pembaharuan pinjaman. 2. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan. 3. Perkhidmatan rujukan dan perujukan meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan dan pangkalan data. 4. Pusat rujukan bagi perkhidmatan Virtual Library yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. Jasamu Dikenang Budimu Disanjung Warga Unit Perhubungan Awam & Perpustakaan mengucapkan penghargaan terima kasih di atas pengorbanan, sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh Puan Zaitoon binti Ibrahim selaku Ketua Unit sepanjang perkhidmatan bersama HRC. Terima kasih diucapkan


Laporan Khas Hospital Hybrid COVID-19


160 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS Disediakan oleh: HOSPITAL HYBRID COVID-19 Dr Farah Husna Bt Mohd Fadzil Pegawai Perubatan IMBASAN OPERASI HOSPITAL HYBRID COVID-19 HRC FASA COVID 1.0 - (14 NOV – 31 DIS 2020) PENGENALAN Mengimbas kembali di penghujung tahun 2019, di mana wabak Covid-19 mula menyerang bandar Wuhan di Cina. Terdapat pelbagai ketakutan dan kebimbangan yang timbul di kalangan masyarakat, disebabkan pelbagai berita yang tersebar seperti puluhan mangsa yang mati bergelimpangan di sekitar Daerah Wuhan. Situasi seperti ini telah menimbulkan pelbagai andaian di kotak pemikiran saya. Adakah benar wujudnya virus yang sebegitu agresif? Adakah sejarah wabak dunia seperti Black Death, Small Pox, Spanish Flu yang melibatkan berjuta-juta nyawa manusia bakal berulang? Atau adakah semua ini hanyalah propaganda atau konspirasi pihak tertentu? Akhirnya perkara yang dibimbangi rakyat Malaysia berlaku apabila kes pertama Covid-19 mula direkodkan di Malaysia pada pada 25 Januari 2020. Di sinilah titik permulaan wabak Covid-19 di negara ini. Hari demi hari, bilangan kes semakin meningkat dan mula menimbulkan kerisauan kepada masyarakat. Dari satu sudut yang lain, kisah tentang warga kerja kesihatan yang bertungkus lumus melawan virus ini mula menjadi buah mulut masyarakat kerana tatkala masyarakat awam yang lain cuba sedayaupaya menjauhkan diri dari virus ini, kakitangan kesihatan pula sentiasa bersiap siaga berhadapan dengan ancaman virus ini. Mereka sentiasa bersedia berhadapan dengan wabak ini demi membantu para pesakit yang memerlukan rawatan dan bantuan yang sewajarnya. Sokongan dan kata-kata semangat dari masyarakat kepada seluruh petugas kesihatan sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat mereka demi berhadapan dengan tugasan yang sangat mencabar ini. Ketika wabak menjadi semakin tular, majoriti institusi kesihatan telah mula mengurangkan servis di jabatan masing-masing bagi memberi ruang kepada pesakit dan perawatan wabak Covid-19. Selain itu, terdapat juga pusat-pusat rawatan covid-19 yang diwujudkan seperti Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS Serdang bagi menampung sejumlah besar pesakit Covid-19 terutamanya bagi kawasan Lembah Klang. Pada 10 Julai 2020 PKRC MAEPS mula ditutup disebabkan bilangan kes harian semakin menurun. Namun tanpa dijangka, kes Covid-19 telah mengalami peningkatan semula dan pada pertengahan November 2020, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk pembukaan pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) yang beroperasi secara hybrid bagi menampung kemasukkan pesakit Covid-19 yang semakin meningkat. KRONOLOGI PERJALANAN OPERASI HOSPITAL HYBRID COVID-19 HRC Minggu 1: (14 November 2020 – 21 November 2020) Tirai pembukaan Hospital Hybrid Covid HRC 1.0 bermula pada 14 November 2020 dengan kesemua unit dan jabatan di HRC yang terlibat telah mengadakan mesyuarat bagi merangka operasi keseluruhan Hospital Hybrid Covid-19 HRC. Dua unit khas ditubuhkan bagi melancarkan proses kerja perawatan iaitu unit Bilik Gerakan (BG) dan unit Patient Management Center (PMC). Unit-unit ini diterajui oleh pakar perubatan rehabilitasi iaitu Dr. Azhari Nordin (BG) dan Dr. Mohd Izmi (PMC). Fungsi unit Patient Management Centre adalah untuk menguruskan urusan klinikal melibatkan perawatan pesakit Covid-19. Keesokkan harinya, program simulasi telah diadakan dengan disertai oleh semua petugas yang telah dilantik dan turut disertai oleh pasukan pelawat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Petugas telah didedahkan denganpelbagai maklumat dan garis panduan yang telah disampaikan oleh pasukan perubatan dari HKL. Seterusnya, sebilangan petugas HRC telah dihantar ke Wad Covid-19 HKL pada 16 November 2020 untuk mereka menyaksikan sendiri bagaimana proses kerja dan operasi di sana untuk diadaptasi di Hospital Hybrid Covid HRC. Pada peringkat ini, Hospital Hybrid Covid HRC hanya menerima pesakit kategori 1 (tidak bergejala) dan kategori 2 (bergejala) sahaja. Kumpulan pesakit pertama diterima pada 17 November 2020 dengan kemasukan seramai 134 orang pesakit. Dari hari ke hari, terdapat pelbagai penambahbaikan dilakukan hasil dari penilaian keberkesanan operasi dari masa ke semasa. Pada minggu ke-2 hospital ini telah mula menerima pesakit yang lebih ramai dari sekitar Lembah Klang. Sejajar dengan istilah ‘Hybrid’, HRC masih menjalankan rawatan rehabilitasi kepada pesakit yang memerlukan, namun jumlah temujanji pesakit rehabilitasi telah dikurangkan sebanyak 50% dari jumlah biasa. Pembahagian katil pesakit covid-19 adalah seperti berikut; di bangunan wad Aras Bawah iaitu Wad 1A menempatkan 81 katil , Wad 1B menempatkan 81 katil, manakala Wad 1C menempatkan 68 katil.


161 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Minggu 2 hingga 4: (22 Nov 2021 – 13 Disember 2020) Peningkatan bilangan pesakit semakin ketara ekoran kemunculan pelbagai kluster Covid-19 yang menular di dalam negara. Situasi ini memberi cabaran yang tinggi kepada semua petugas klinikal di sini kerana jumlah petugas yang ada semakin berkurang disebabkan arahan mobilisasi sebilangan petugas ke Hospital Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga sebilangan pesakit yang dihantar hanyalah kontak rapat dan bukannya positif Covid-19. Ianya mungkin disebabkan kesilapan pengasingan pesakit positif di lokasi-lokasi kluster terbabit. Bagi mengelakkan percampuran kontak rapat dan pesakit yang positif, pihak PMC telah menetapkan SOP tambahan bagi memastikan kedua-dua kategori ini tidak bercampur. Terdapat satu kejadian dimana Wad 1A mengalami kebocoran paip air yang mengakibatkan banjir diseluruh kawasan wad. Justeru, pesakit di wad tersebut dipindahkan ke Wad 2C di Aras 1. Semua petugas bertungkus lumus membantu memindahkan segala kelengkapan wad seperti katil, tilam, dan lain-lain peralatan perubatan. Tidak dinafikan juga pada ketika ini petugaspetugas barisan hadapan kebanyakkan mengalami tekanan kerja dan emosi yang tinggi akibat bebanan tugas yang terpaksa digalas. Namun mereka telah menunjukkan sikap profesionalisma yang tinggi dengan saling membantu antara satu sama lain bagi memastikan semua tugasan dapat dilaksanakan.


162 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Minggu 5: (14 - 17 Disember 2020) Dalam tempoh ini, kemasukan pesakit covid-19 ke HRC telah berkurang disebabkan pembukaan semula PKRC di MAEPS. Pesakit terakhir telah didiscaj pada 17 Disember 2020. Operasi akhir diteruskan dengan aktiviti pembersihan di semua wad yang terlibat dengan pesakit covid-19. sekaligus menandakan tamatnya operasi Hospital Hybrid Covid HRC fasa 1. Kesemua petugas Hospital Hybrid Covid HRC seterusnya bersama-sama melakukan proses mengemas dan menyusun semula susun atur wad kepada keadaan asal. Secara rasminya operasi fasa 1 telah ditamatkan pada 28 Disember 2020. Cabaran Dan Tindakan Unit Patient Management Centre (PMC) di Hospital Hybrid Covid HRC semasa tempoh 1.0: Secara keseluruhan, berikut adalah cabaran yang dihadapi oleh petugas di PMC sepanjang operasi Hospital Hybrid Covid HRC pada peringkat 1.0: Pada peringkat awal, petugas terpaksa berhadapan dengan penyakit berjangkit baharu yang belum dapat diketahui segala sifat-sifat sebenar penyakit tersebut. Segala tindak tanduk penyakit ini masih lagi dalam kajian dan mereka perlu berhadapan dengannya. Justeru petugas perlu sentiasa cakna dengan perkembangan dan pengumuman dari KKM dan WHO berkenaan perkembangan dan penemuan fakta baharu berkenaan virus ini. Cabaran seterusnya ialah hospital ini sendiri bukanlah fasiliti perubatan yang direka untuk menerima jumlah pesakit dalam jumlah yang tinggi. Untuk menyesuaikan keadaan, petugas perlu sentiasa peka dalam mengenalpasti apa-apa isu penting yang perlu diberi perhatian sepanjang bertugas di sini untuk membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan. Cabaran seterusnya ialah semasa berhadapan dengan pesakit Covid 19, sebagai petugas tiada ruang untuk mereka melakukan sebarang kesilapan terutama sekali dalam pematuhan SOP pemakaian sut PPE kerana risiko untuk dijangkiti adalah amat tinggi sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau pengabaian SOP. Disamping itu, proses pemakaian dan pembukaan sut PPE itu sendiri adalah satu proses yang sangat memenatkan. Sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit diperlukan untuk setiap kali pemakaian dan pembukaan sut PPE. Justeru petugas perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal semasa bertugas di sini. Selain dari itu, memakai sut PPE dalam tempoh yang panjang juga adalah satu lagi cabaran yang mereka perlu hadapi terutama semasa menjalankan tugasan-tugasan klinikal. Suhu dalam sut PPE yang tinggi dan juga face shield yang berwap adalah antara perkara-perkara yang perlu diharungi petugas. Terdapat situasi dimana petugas jatuh tergelincir akibat pandangan yang terbatas dan pemakaian ‘shoe cover’ menyebabkan permukaan lantai licin. Antara langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran ini, mereka bergilir-gilir dengan rakan setugas lain untuk berhadapan dengan pesakit bagi mengurangkan tempoh berada dalam sut PPE. Selain itu, petugas dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutama dalam mengatur langkah, semasa didalam sut PPE. Seterusnya, mengendalikan proses kemasukan dan discaj pesakit secara besar-besaran juga adalah antara perkara yang tidak boleh dilupakan oleh mana-mana petugas di PMC. Ianya adalah sangatsangat memenatkan terutama dalam keadaan memakai sut PPE. Terdapat situasi dimana petugas perlu mengendalikan proses kemasukan seramai lebih kurang 100 orang pesakit serentak dalam


163 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 tempoh 4 jam. Pengalaman ini mendidik petugas untuk perlu bijak membahagikan tugasan serta bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menyelesaikan proses ini dengan sebaiknya-baiknya. Selain dari itu, jumlah pesakit yang ditempatkan di lain-lain ruangan wad dan dipisahkan oleh ruang legar atau common area turut memberi cabaran dari segi pergerakan petugas, pesakit, peralatan, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Perkara ini memberi cabaran kepada tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Justeru, PMC telah menggunakan teknologi robot pintar untuk urusan seperti menghantar makanan kepada pesakit dari 1 wad ke wad yang lain. Teknologi ini dapat menjimatkan tenaga kerja staff yang kurang dan menjimatkan penggunaan PPE serta mengurangkan risiko transmisi virus kepada petugas. Ratio antara pegawai perubatan dan pesakit yang tinggi juga adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi terutama pada peringkat awal pembukaan Hospital Hybrid ini. Pada satu ketika hanya terdapat seramai lebih kurang 4 orang doktor untuk mengendalikan anggaran 250 pesakit. Penambahan bilangan pegawai perubatan dan penjadualan shif kerja yang lebih fleksibel sedikit sebanyak telah membantu menyelesaikan masalah ini. Masalah komunikasi dengan pesakit warga asing akibat kekangan bahasa pertuturan turut menjadi satu cabaran yang tersendiri. Di peringkat awal petugas banyak menggunakan kaedah gambar untuk berkomunikasi dengan pesakit warga asing yang tidak boleh berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Gambar-gambar seperti simptom penyakit seperti selesema, demam, muntah dan sebagainya dicetak di atas kertas untuk berkomunikasi dengan pesakit. Selain penyakit Covid-19, petugas kesihatan juga terpaksa merawat lain-lain penyakit yang dihidapi oleh pesakit Covid di sini. Ada di antara mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik yang tidak dirawat, justeru pihak petugas turut memberi rawatan secara menyeluruh kepada semua pesakit dan bukan merawat wabak Covid-19 semata-mata, agar kesihatan pesakit berada dalam keadaan terkawal sebelum dibenarkan discaj. KENANGAN PMC SEPANJANG OPERASI FASA 1.0


164 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS Disediakan oleh: HOSPITAL HYBRID COVID-19 Dr Zafirah Bt Ahmad Zaharein Pegawai Perubatan OPERASI HYBRID COVID HRC 2.0 DAN 3.0 Setelah penutupan Hospital Hybrid Covid-19 HRC fasa 1.0 pada Disember 2020, Hospital Rehabilitasi Cheras sekali lagi menerima mandat untuk membuka semula tirai dalam perawatan pesakit covid-19 memandangkan dalam tahun 2021, gelombang Covid-19 menjadi semakin barah. Semasa tempoh ini, wad-wad di HRC telah dibuka dan ditutup sebanyak dua kali berikutan kadar keberjangkitan Covid-19 yang sukar diramal. Pembukaan wad-wad tersebut untuk kali ke-2 dan ke-3 adalah dikhususkan untuk mengendalikan pesakit covid geriatrik. Justeru, struktur organisasi operasi Hybrid Covid HRC 2.0 dan 3.0 ini dikendalikan oleh Unit Geriatrik HRC bersama unit PMC dan Bilik Gerakan. Kadar penggunaan katil di wad-wad juga sangat tinggi dan wad yang pada awalnya hanya memuatkan 24 katil telah bertukar menjadi wad yang mampu memuatkan sehingga 50 katil dalam sekelip mata. Salah satu kesukaran yang dihadapi oleh petugas yang berkhidmat di Hospital Hybrid Covid-19 HRC peringkat 2.0 dan 3.0 ialah apabila mereka sendiri (tidak kira Doktor, Jururawat mahupun Penolong Pegawai Perubatan) telah dijangkiti virus tersebut dan mengakibatkan petugas lain yang belum dijangkiti perlu bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Kitaran yang tidak sihat tersebut telah berulang berkali-kali. Memandangkan pesakit peringkat 2.0 dan 3.0 ini adalah dikalangan warga emas yang berisiko tinggi, maka jumlah mortality telah dijangka. Maka, petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit Covid-19 juga perlu menghadapi rutin yang menyebakkan iaitu perlu membuat panggilan video kepada ahli keluarga pesakit yang menemui ajal akibat virus tidak berwajah itu tidak kira waktu. KENANGAN PMC SEPANJANG OPERASI FASA 2.0 DAN 3.0


165 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Disediakan oleh: Mohd Shukri bin Md Aris Jururawat IMBASAN OPERASI HOSPITAL HYBRID COVID-19 BILIK GERAKAN ( BG ) Pengurusan pandemic COVID-19 merupakan satu cabaran baru bagi Hospital Rehabilitasi Cheras pada hujung Tahun 2020 ketika mana hospital ini diarahkan untuk menjadi sebuah hospital hibrid COVID-19. Satu AJK COVID-19 telah ditubuhkan oleh pihak pengurusan tertinggi hospital, di mana arahan pembentukan Bilik Gerakan COVID HRC (BG) telah dikeluarkan. Segala tugas berkaitan pengurusan pesakit COVID-19 dan staf-staf yang terlibat telah diletakkan bawah tanggungjawab Bilik Gerakan HRC. Sememangnya terdapat banyak cabaran yang dihadapi Bilik Gerakan terutamanya pada awal pembentukan HRC sebagai hospital hibrid COVID. Antara cabaran yang terawal ialah menyediakan dan melengkapkan keperluan Bilik Gerakan itu sendiri termasuk penubuhan jawatankuasa BG, pemilihan lokasi, penyediaan sambungan telefon dan internet bagi memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. BG juga bertanggungjawab menyediakan, meluluskan serta memantau Kawasan Red Zone dan juga PMC sepanjang pengendalian pesakit-pesakit COVID di HRC. BG juga perlu memastikan komunikasi yang berkesan secara dalaman/ internal (antara BG, PMC, UKI, penyeliaan dan pengurusan tertinggi hospital) dan secara luaran/ external (antara BG HRC dengan pejabat-pejabat Kesihatan Daerah, hospital, MAEPS, serta pesakit dan waris sendiri). Antara contoh cabaran yang telah dihadapi adalah dalam urusan penempatan pesakit semasa proses kemasukan, nombor katil, penambahan katil, kekurangan katil, urusan discaj dan urusan menghubungi waris. Manakala BG telah menghadapi cabaran komunikasi bersama pihak luar dari segi urusan penempatan pesakit bagi tujuan kemasukan dan ’transfer out’, pergerakan pesakit, makluman perjalanan menggunakan ambulans HRC, kekurangan katil di wad COVID HRC dan sebagainya. Walaubagaimanapun, BG telah berjaya memastikan urusan secara dalaman dan luaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Pandemik COVID-19 yang berlaku juga telah memberi cabaran dari segi kekangan staf yang bertugas. BG telah berusaha keras bagi memastikan kelangsungan pengurusan pesakit-pesakit COVID yang dimasukkan ke HRC ketika redzone (dan BG sendiri) menghadapi kekangan staf akibat penularan wabak dalam kalangan petugas. BG juga bertanggungjawab menguruskan permohonan claim elaun COVID-19 petugas-petugas kesihatan di HRC yang terlibat dalam pengendalian pesakit COVID-19, dengan memastikan elaun yang dituntut tepat dan diberikan mengikut kelayakan yang bersesuaian. CABARAN BILIK GERAKAN 1. Menyediakan dan melengkapkan keperluan Bilik Gerakan termasuk penubuhan jawatankuasa BG pada awal pembukaan HRC sebagai hospital hibrid COVID-19 -pemilihan lokasi, penyediaan sambungan telefon dan internet 2. Komunikasi antara BG dan PMC (internal)- penempatan pesakit semasa urusan kemasukan, nombor katil, penambahan katil, kekurangan katil, urusan discaj, urusan menghubungi waris 3. Komunikasi antara BG HRC dan PKD/ HKL/ etc (external)-urusan penempatan pesakit bagi tujuan kemasukan dan ’transfer out’, pergerakan pesakit, makluman perjalanan menggunakan ambulans HRC, kekurangan katil di wad COVID HRC 4. Pengendalian BG dan redzone semasa kekangan staf akibat penularan wabak dalam kalangan petugas -penjadualan staf, kes burn out 5. Urusan claim petugas -permohonan yang hilang, kelewatan urusan claim FLOOR PLAN RUANG OPERASI HOSPITAL HYBRID COVID-19 (FASA1.0)


166 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 KENANGAN SEPANJANGAN TEMPOH OPERASI HYBRID COVID-19 HRC JUMLAH KEMASUKAN & DISCAS PESAKIT COVID-19 BULAN NOVEMBER & DISEMBER 2020 JUMLAH KEMASUKAN & DISCAS PESAKIT COVID-19 BULAN NOVEMBER & DISEMBER 2020


167 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Disediakan oleh: KJ Rafidah Abd Ghani Ketua Jururawat IMBASAN OPERASI PATIENT MANAGEMENT CENTRE (PMT) COVID-19 Imbasan Operasi Patient Management Centre (PMT) Covid-19 merupakan program perubatan berjadual yang dipantau untuk membantu pesakit jantung pulih dan membaiki keseluruhan fungsi fizikal, mental dan sosial dengan lebih selamat. Program yang dirangka khusus untuk setiap pesakit memberi manfaat termasuk kepada mereka yang belum atau telah mengalami serangan jantung dan mereka yang telah menjalani prosedur atau pembedahan jantung. Pemantauan dan pengambilan tanda vital dilakukan ke atas pesakit sepanjang masa aktiviti dijalankan. Sebelum ini CRP tidak mempunyai pejabat atau ruang kerja untuk beroperasi dengan sempurna. Oleh sebab itu, kerja-kerja pembinaan premis baru CRP telah bermula seawal Mei 2020. Pembinaan mengambil masa lebih kurang 3 bulan dan setelah itu CRP berpindah ke premis baru yang terletak di Aras 1, bersebelahan dengan Ruang Terapi Gunasama. Namun, ketika ini, penularan wabak Covid 19 telah meningkat dengan mendadak dan HRC telah ditukarkan status daripada hospital non covid kepada hospital hybrid covid. Dengan penukaran status tersebut, CRP telah dijadikan sebagai Patient Management Centre (PMC) Covid 19. Ruang kerja CRP menjadi PMC secara berperingkat bermula dari 17 November 2020 hingga 17 Julai 2021. CABARAN-CABARAN CRP KETIKA PANDEMIK COVID 19 1. Penutupan CRP untuk menjadikan ruang kerja PMC. 2. Akibat penutupan CRP, kesemua kakitangan CRP bertugas sama ada di Bilik Gerakan, PMC dan wad-wad covid. 3. Penurunan statistik CRP akibat tiada temujanji pesakit CRP untuk menyertai program CRP.


168 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS Disediakan oleh: HOSPITAL HYBRID COVID-19 KJ Rafidah Abd Ghani Ketua Jururawat SUMBANGAN – SUMBANGAN YANG DITERIMA OLEH HRC Pepatah ada mengatakan, bahwa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Pandemik Covid 19 sememangnya amat menakutkan dan tiada siapa yang boleh menjangkakan apa yang akan berlaku. Namun begitu, yang pastinya, rakyat Malaysia, ratarata amat bersimpati dan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu frontliner mahu pun pesakit-pesakit covid 19 yang dirawat di hospitalhospital bagi meringankan bebanan dan tekanan ketika itu. HRC juga tidak terkecuali. Saban hari, HRC menerima pelbagai sumbangan dari agensi dan orang perseorangan. Sumbangan tersebut diberikan kepada pesakit - pesakit Covid 19 yang menerima rawatan di HRC dan, tidak dilupakan kepada frontliner yang bertungkus lumus menjaga pesakit Covid 19 tanpa mengira waktu, bangsa dan agama. BIL. NAMA PENYUMBANG 1. KAWAN SEKOLAH MANTAN PENGARAH, HRC 2. JKWPKL & P 3. JABATAN SAJIAN, HRC 4. ST JOHN AMBULANCE 5. TAMAN SUNWAY KAYANGAN 6. RUNNING MAN DELIVERY 7. KELUARGA KJ RAFIDAH 8. TOP GLOVES 9. RUNCIT ON CALL 10. TAIWAN BUDDHIST TZU-CHI MALAYSIA 11. SRI SAKTI SDN BHD 12. LIFE LINE 13. KELUARGA HAJI KHAIRUL HISYAM 14. PN. LIN IT, HRC 15. UNIT PSIKOLOGI KLINIKAL BIL. NAMA PENYUMBANG 1. YAYASAN MRCB 2. TZU CHI FOUNDATION 3. IJM 4. MAIWP 5. PENGARAH HRC, DR JASMEET 6. ILTIZAM (EKUINAS) 7. JABATAN SAJIAN 8. MAIWP 9. MCDONALDS MALAYSIA 10. MR ZAMHURI MOHD NASIR 11. MR. MIHAEL CHANG 12. MAIWP 12. PN. HUDA (AUDIOLOGI) 13. AIR SELANGOR 14. MAIWP 16. ILTIZAM (EKUINAS) 17. MAIWP BERIKUT IALAH SENARAI SUMBANGAN DITERIMA OLEH BILIK GERAKAN CPRC, HRC PADA TAHUN 2021 Sumbangan yang diterima berupa barangan makanan dan keperluan harian yang sememangnya menjadi keperluan pesakit Covid 19 memandangkan mereka tidak boleh keluar dari HRC untuk membeli dan mendapatkan barangan-barangan tersebut. Antara sumbangan tersebut adalah pek makanan panas panas, air mineral, minuman 3 dalam 1, biskut dan roti. Tidak ketinggalan juga, keperluan mandian seperti sabun, ubat gigi, pencukur dan lain-lain. Terdapat juga agensi luar yang memberi sumbanan peralatan perubatan seperti katil dan commode wheelchair. Kesemua sumbangan ini sedikit sebanyak memberikan senyuman dan harapan pada pesakit Covid 19, mahupun frontliner yang bersamasama mengharungi wabak yang masih berleluasa sehingga kini. HRC mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap penyumbang. BERIKUT IALAH SENARAI PENYUMBANG DITERIMA OLEH BILIK GERAKAN CPRC, HRC PADA TAHUN 2020


169 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19


170 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020/2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS HOSPITAL HYBRID COVID-19 Sidang Editorial GAMBAR KENANGAN SEPANJANG OPERASI HOSPITAL HYBRID COVID-19 (FASA1.0) SIMULASI BERSAMA TEAM HKL DIAMBANG PEMBUKAAN HOSPITAL HYBRID COVID-19 (FASA 1.0) LAWATAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LAWATAN DARI DR PARAMJEET SINGH (PKN JKWPKL&P) MESYUARAT PAGI DI BILIK GERAKAN


Sidang Editorial


SidangEditorial “THE STRENGTH OF THE TEAM IS EACH INDIVIDUAL MEMBER. THE STRENGTH OF EACH MEMBER IS THE TEAM.” PENASIHAT DR JASMEET SINGH A/L SUCHA SINGH PENASIHAT II ENCIK MUHAMMAD MIHRAB BIN ZAIN AZMAN PENYELARAS LAPORAN KHAS COVID-19 DR FARAH HUSNA BINTI MOHD FADZIL KETUA EDITOR PUAN WAN NORIZAN BINTI W OTHMAN K.B;P.A PENOLONG KETUA EDITOR PUAN NORHAFIZAH BINTI ZAINAL ARIFIN EDITOR DR. VAIRAVANATHAN A/L THEENATHAYALAN DR AFHAM BIN MOHD MUHARAM PUAN NORHIDAYANI BT ALI PUAN NOR AZIAH BINTI MOHD YUSOF SR RAFIDAH BINTI ABD GHANI PUAN ROHANA BINTI HUSSIN PUAN NORNIRYANTI BINTI MD SUKOR ENCIK AHMAD NAJIB BIN MUHAMMAD FOTOGRAFI PUAN NORHASIKIN BINTI NORDIN ENCIK MOHD SHAHRUL AFFENDI BIN ADAM PUAN WAN NORIZAN BINTI W OTHMAN K.B;P.A Pegawai Psikologi (Kaunseling) PUAN ROHANA BINTI HUSSIN Pegawai Dietetik SR RAFIDAH BINTI ABD GHANI Ketua jururawat PUAN NORNIRYANTI BINTI MD SUKOR Penolong Pegawai Penyediaan Makanan PUAN NOR AZIAH BINTI MOHD YUSOF Pegawai Kerja Sosial Perubatan ENCIK MOHD SHAHRUL AFFENDI BIN ADAM Juru X-Ray PUAN NORHASIKIN BINTI NORDIN Pembantu Pegawai Perhubungan Awam PUAN NORHAFIZAH BINTI ZAINAL ARIFIN Pegawai Dietetik DR FARAH HUSNA BINTI MOHD FADZIL Pegawai Perubatan DR. VAIRAVANATHAN A/L THEENATHAYALAN Pegawai Perubatan DR AFHAM BIN MOHD MUHARAM Pegawai Perubatan PUAN NORHIDAYANI BT ALI Pegawai Penyediaan Makanan DR JASMEET SINGH A/L SUCHA SINGH ENCIK MUHAMMAD MIHRAB BIN ZAIN AZMAN PENASIHAT 172 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020 / 2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS


SidangEditorial “THE STRENGTH OF THE TEAM IS EACH INDIVIDUAL MEMBER. THE STRENGTH OF EACH MEMBER IS THE TEAM.” PENASIHAT DR JASMEET SINGH A/L SUCHA SINGH PENASIHAT II ENCIK MUHAMMAD MIHRAB BIN ZAIN AZMAN PENYELARAS LAPORAN KHAS COVID-19 DR FARAH HUSNA BINTI MOHD FADZIL KETUA EDITOR PUAN WAN NORIZAN BINTI W OTHMAN K.B;P.A PENOLONG KETUA EDITOR PUAN NORHAFIZAH BINTI ZAINAL ARIFIN EDITOR DR. VAIRAVANATHAN A/L THEENATHAYALAN DR AFHAM BIN MOHD MUHARAM PUAN NORHIDAYANI BT ALI PUAN NOR AZIAH BINTI MOHD YUSOF SR RAFIDAH BINTI ABD GHANI PUAN ROHANA BINTI HUSSIN PUAN NORNIRYANTI BINTI MD SUKOR ENCIK AHMAD NAJIB BIN MUHAMMAD FOTOGRAFI PUAN NORHASIKIN BINTI NORDIN ENCIK MOHD SHAHRUL AFFENDI BIN ADAM PUAN WAN NORIZAN BINTI W OTHMAN K.B;P.A Pegawai Psikologi (Kaunseling) PUAN ROHANA BINTI HUSSIN Pegawai Dietetik SR RAFIDAH BINTI ABD GHANI Ketua jururawat PUAN NORNIRYANTI BINTI MD SUKOR Penolong Pegawai Penyediaan Makanan PUAN NOR AZIAH BINTI MOHD YUSOF Pegawai Kerja Sosial Perubatan ENCIK MOHD SHAHRUL AFFENDI BIN ADAM Juru X-Ray PUAN NORHASIKIN BINTI NORDIN Pembantu Pegawai Perhubungan Awam PUAN NORHAFIZAH BINTI ZAINAL ARIFIN Pegawai Dietetik DR FARAH HUSNA BINTI MOHD FADZIL Pegawai Perubatan DR. VAIRAVANATHAN A/L THEENATHAYALAN Pegawai Perubatan DR AFHAM BIN MOHD MUHARAM Pegawai Perubatan PUAN NORHIDAYANI BT ALI Pegawai Penyediaan Makanan DR JASMEET SINGH A/L SUCHA SINGH ENCIK MUHAMMAD MIHRAB BIN ZAIN AZMAN PENASIHAT 173 LAPORAN EDISI KHAS COVID-19 TAHUN 2020 / 2021 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS


Click to View FlipBook Version