The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ykimsing, 2023-02-22 06:40:41

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

MANUAL TANAM SEMULA BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN BERKELOMPOK EDISI 7 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN Bangunan RISDA, KM7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur Tel : 03-4256 4022 Fax : 03-4256 2928 www.risda.gov.my MANUAL TANAM SEMULA e-Book ISBN 978-983-44343-7-3 978983443437 3


i Ketua Pengarah RISDA dan kepakaran dalam bidang penanaman semula, kita telah berjaya membantu memacu kemajuan ekonomi Negara dan meningkatkan pendapatan Pekebun Kecil. Kini, RISDA mengambil pendekatan yang baharu bagi memantapkan pencapaian Program Tanam Semula Berkumpulan. Inisiatif yang diperkenalkan dapat memastikan Pekebun Kecil dan Negara menikmati kemakmuran bersama. Penerbitan Buku Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi Ketujuh ini, menggantikan Edisi Keenam yang telah digunapakai bermula tahun 2014 sehingga kini bertujuan untuk penambahbaikan dan pengemaskinian pengisian tatacara serta kaedah pelaksanaan pembangunan kebun secara berkumpulan melalui kaedah TSB. Penerbitan Buku Manual Edisi ketujuh ini juga di buat secara digital agar ianya mudah digunapakai oleh semua warga kerja RISDA walau dimana mereka berada. Buku Manual ini merupakan panduan warga kerja RISDA di lapangan. Penerangan yang jelas berkaitan dengan tanggungjawab RISDA, Jawatankuasa TSB dan pekebun kecil yang terlibat dengan kebun tanam semula. Saya ingin merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja RISDA khususnya Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan di atas usaha dan komitmen dalam penyediaan Buku Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi Ketujuh. Semoga buku ini akan menjadi wadah untuk kita bekerjasama menjadikan usaha murni ini satu realiti. Sekian Terima Kasih. DATUK ABDULLAH BIN ZAINAL Assalamualaikum W.B.T Syukur Alhamdulillah kita telah mengharungi pelbagai cabaran dan mencipta banyak kejayaan sejak lima dekad yang lalu. Dengan memanfaatkan pelbagai sumber yang ada di sekeliling kita termasuk bakat, kemahiran


ii akan diberi kepada usaha merapatkan jurang pendapatan pekebun kecil dengan pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan secara berkumpulan. Penyediaan garis panduan pembangunan penanaman semula berkumpulan yang mempunyai hala tuju yang jelas dan nyata adalah tunjang kepada masa depan yang cemerlang. Buku Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi Ke-tujuh ini dikemaskini dengan prosedur–prosedur yang baru dan bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Secara ringkasnya, buku ini merupakan kesinambungan Program Tanam Semula Berkelompok yang terdahulu dalam rangka rancangan jangka panjang sebagai usaha memenuhi aspirasi pekebun kecil untuk mengecapi taraf hidup yang makmur. Saya menyeru seluruh warga kerja RISDA bersama-sama menghayati dan menjayakan yang terkandung didalam buku ini. Dengan teguhnya jati diri dan gigih menguasai teknologi, harapan yang terlalu tinggi dapat dicapai. Sekian Terima Kasih. EN. ALI SABUDDIN BIN ABDUL SAMAD Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Assalamualaikum W.B.T RISDA akan terus mara kehadapan dengan memberi fokus kepada penyusunan semula, keutamaan pembangunan penanaman semula. Dalam tempoh 10 tahun, penekanan


iii Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan RISDA Assalamualaikum W.B.T Program Tanam Semula Berkelompok merupakan program pembangunan utama sejak RISDA mula ditubuhkan dan menjadi teras kepada aktiviti RISDA sehingga kini. Ia adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun 1972. Sektor pekebun kecil merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 95% kepada pengeluaran hasil getah negara. Pra syarat utama kejayaan pembangunan tanam semula ini ialah kewujudan ekosistem menerusi pembangunan yang dilaksanakan secara berkelompok. Buku Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi Ketujuh yang diterbitkan oleh Bahagian Tanam Semula dan Perladangan merupakan satu panduan umum kepada warga kerja RISDA dan pekebun kecil untuk digunakan sebagai maklumat asas dan garis panduan pelaksanaan Program Tanam Semula. Bahagian Tanam Semula dan Perladangan (BTSP) juga telah mengambil inisiatif menerbitkan Buku Manual TSB ini dalam bentuk e-book, seiring dengan perkembangan teknologi semasa bagi memudahkan buku ini diakses di kalangan warga kerja RISDA di lapangan. Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan BTSP khususnya yang telah berusaha mengemaskini dan menerbitkan buku ini. Sekian, terima kasih. RAMLIE BIN TUMIN


iv Bahagian Tanam Semula & Perladangan telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik dan mengemaskini panduan pelaksanaan Tanam Semula Berkelompok (TSB) dengan menerbitkan Buku Manual TSB Edisi Ketujuh sebagai panduan kepada warga RISDA di lapangan khususnya untuk membangunkan kebun tanam semula secara berkumpulan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada: h Ramlie Bin Tumin h Noor Azan Bin Mohd Noor h Shaharuddin Bin Saberi h Mohd Rosli Bin Hassan h Muhd Khairuddahri Bin Abdul Rahman h Siti Norsidah Binti Md Ali h Ahmad Zaki Bin Abdullah h Khairil Harris Bin Abd Khalid h Azizah Binti Duni h Nur Hafeeza Binti Che Ab Rahman h Norzalili Binti Mohd Zakaria h Muhammad Firdaus bin Shamsul Bahrin h Abdul Rashid Bin Abdul Rahman h Noraziah Binti Othman h Siti Zaleha Binti Mohd Ali h Muhamad Imran Bin Shamsulaman h Rasadah Binti Kassim h Zufadlin Binti Mohd Zakaria h Hafez Bin Mohd Latipi h Ahmad Fadli Bin Ibrahim Ucapan terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan Penerbitan Buku Manual ini. MANUAL TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) EDISI 1 : 1977 EDISI 5 : 2005 EDISI 2 : 1985 EDISI 6 : 2014 EDISI 3 : 1989 EDISI 7 : 2022 EDISI 4 : 1991


v GLOSARI BIL PERKATAAN SINGKATAN 1. Tanam Semula Berkelompok TSB 2. Pusat Tanggungjawab PT 3. Pengarah RISDA Negeri/ Pegawai RISDA Daerah/ Pegawai RISDA Jajahan/ Pegawai RISDA Bahagian PRN/PRD/PRJ/PRB 4. Tmbalan Pengarah RISDA Negeri/ Timbalan Pegawai RISDA Daerah/ Timbalan Pegawai RISDA Jajahan/ Timbalan Pegawai RISDA Bahagian TPRN/TPRD/TPRJ/ TPRB 5. Pegawai Penilai PP 6. Penolong Akauntan PKA 7. Ketua Stesen KS 8. Penolong Pegawai Pertanian Kawasan PPPK 9. Ketua Pembantu Tadbir Tanam Semula KPtTS 10. Pembantu Tadbir Tanam Semula PtTS 11. Pembantu Tadbir Kewangan PtKew 12. Jawatan Kuasa Perolehan Projek JKPP 13. Jawatan Kuasa Pembangunan Kerja JKPK 14. Jawatankuasa Tanam Semula (Negeri) JKTS (N)


vi SENARAI LAMPIRAN BAGI PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK BIL PERKARA SINGKATAN BORANG MUKA SURAT 1 Cadangan Tanam Semula Berkumpulan TSKum 01  36 2 Borang Pengesahan Batu Sempadan TSKum 02  37 3 Borang Tuntutan Tanam Semula Berkumpulan TSKum 03 39 4 Jadual Pelaksanaan Tanam Semula Berkelompok Peringkat Prapembangunan (Perancangan) TSB 01 40  Jadual Pelaksanaan Tanam Semula Berkelompok Peringkat Prapembangunan (Kerja Utama) TSB 02 41  Jadual Pelaksanaan Tanam Semula Berkelompok Peringkat Penyelenggaraan Kawasan TSB 03 42  5 Bajet Ladang TSB 04 43  6 Rekod Ladang TSB 05 44 7 Laporan Baki Bantuan Tanam Semula/ Tanam Baru TSB 06 45  8 Undang-Undang Kecil TSB 07 46  9 Kenyataan Sebutharga DSH 01 61  Surat Pelawaan Sebutharga DSH 02 62  Dokumen Sebutharga DSH 03 63  Surat Setuju Terima DSH 04 69  Dokumen Perjanjian Dokumen A 71  Pelan Kawasan Kerja Dokumen B 73 Syarat-syarat dan Prosedur Dokumen C 74 Tambahan (Appendix) Dokumen D 83 Penentuan Kerja Dokumen E 84 10 Senarai Semak TSB 08 96 


vii TAFSIRAN OBJEKTIF SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) Carta Alir Penubuhan Dan Pembangunan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Perincian Carta Alir Tindakan Penubuhan Dan Pembangunan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Isi Kandungan 1 5 6 2 3 4 SUMBER PEMBIAYAAN 5.1 Sumber pembiayaan 5.2 Kaedah Bayaran Bantuan 5.2 Proses Kelulusan Bayaran dan Bekalan Input Pertanian PERANCANGAN KERJA DAN PEMBANGUNAN LADANG 6.1 Peringkat Pra-pembangunan 6.2 Peringkat Kerja Utama 6.3 Peringkat Penanaman Dan Penyelenggaraan Kawasan 6.4 Merancang Pelaksanaan Projek Integrasi 6.5 Pelaksanaan Kerja Pembangunan Ladang 6.6 Penyelenggaraan Kawasan 1 1 2 3 8 9 5.1 Sumber pembiayaan 5.2 Kaedah Bayaran Bantuan 5.3 Proses Kelulusan Bayaran dan Bekalan Input Pertanian


viii UNDANG-UNDANG KECIL 7.1 Mesyuarat Agung 7.2 Mesyuarat Penubuhan 7.3 Mesyuarat Agung Tahunan 7.4 Mesyuarat Agung Khas 7.5 Kuorum Mesyuarat 7.6 Jawatankuasa TSB 7.7 Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) 7.8 Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) KAEDAH PELAKSANAAN PEROLEHAN 8.1 Jawatankuasa Kecil Pembuka Sebutharga 8.2 Jawatankuasa Kecil Penilai Sebutharga PROSES SEBUTHARGA 9.1 Penetapan Kerja 9.2 Pelawaan 9.3 Peti Sebutharga 9.4 Penyediaan Jadual Penilaian Sebutharga 9.5 Mesyuarat Pemutus Sebutharga 9.6 Surat Setuju Terima (SST) 9.7 Dokumen Perjanjian 9.8 Wang Pegangan 9.9 Perubahan Kepada Perjanjian PINDAAN PESERTA DAN PEMBUBARAN 10.1 Peserta Menarik Diri 10.2 Carta Alir Penarikan Diri Peserta Tanam Semula Berkelompok (TSB) 10.3 Perincian Carta Alir Penarikan Diri Peserta Tanam Semula Berkelompok (TSB) 10.4 Pembubaran 10.5 Carta Alir Pembubaran Tanam Semula Berkelompok (TSB) 10.6 Perincian Carta Alir Pembubaran Tanam Semula Berkelompok (TSB) PENUTUP 14 20 21 7 8 9 10 11 26 35


1 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH TAFSIRAN DAN SYARAT - SYARAT PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) 1.0 TAFSIRAN Tanam Semula Berkelompok (TSB) adalah satu pendekatan Pengurusan Tanam Semula di mana kebun-kebun berdekatan digabungkan dan dibangunkan secara bersama diuruskan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilikpemilik kebun yang terlibat. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Untuk mewujudkan ekonomi bidangan di semua peringkat pembangunan ladang dengan menyatukan beberapa lot tanah milik beberapa orang peserta sebagai satu unit pengeluaran. 2.2 Membangun dan memajukan tanah pekebun kecil melalui penyatuan tanah untuk diurus dengan lebih ekonomik dengan penggunaan teknologi baru yang bersesuaian serta pemasaran yang efisien. 2.3 Mempelbagaikan aktiviti ekonomi melalui pelaksanaan projek-projek sampingan yang sesuai bagi menambah pendapatan pekebun kecil.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 2 3.0 SYARAT- SYARAT PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) 3.1 Terdapat sekurang-kurangnya lapan (8) peserta yang bersetuju memberi kuasa kepada Jawatankuasa TSB sebagai wakil kuasa untuk menerima Bantuan Tanam Semula/ Tanam Baru (tunai dan mata benda) bagi pihak mereka. 3.2 Satu Jawatankuasa TSB hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang terdiri di kalangan peserta TSB tersebut. 3.3 Kawasan TSB tersebut terletak dalam satu kawasan yang berhampiran yang layak menerima Bantuan Tanam Semula/Tanam Baru. 3.4 Luas minima TSB sekurang-kurangnya sepuluh (10) hektar. 3.5 Kelulusan penubuhan TSB perlu diputuskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Timbalan Pengarah RISDA Negeri bagi Negeri yang tiada PRD/PRJ/PRB.


3 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH KAEDAH PELAKSANAAN 4.0 PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) 4.1 Mengadakan kempen dan majlis penerangan kepada peserta TSB dengan menjelaskan perkara-perkara berikut: i. Maksud TSB ii. Syarat-syarat penubuhan TSB iii. Tanggungjawab peserta dan AJK TSB iv. Peranan RISDA dalam pelaksanaan TSB v. Sumber Kewangan vi. Sistem Pengurusan 4.2 Setelah mendapat persetujuan dari peserta untuk menyertai TSB, perkara berikut hendaklah dilaksanakan: i. Mengisi borang TS 11 (Pin.01/22) dan dokumen berkaitan. ii. Menyediakan borang cadangan penubuhan TSB (TSKum 01) iii. Menghantar semua dokumen bersama borang TS 11 (Pin.01/22) iv. Proses kelulusan permohonan penubuhan TSB (TSKum01) v. Penyediaan Pelan Kawasan Kerja (Dokumen B) 4.3 Melaksanakan Mesyuarat Penubuhan dengan agenda seperti berikut: i. Membentangkan undang-undang kecil TSB untuk diterima oleh peserta.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 4 ii. Pelantikan Jawatankuasa TSB yang terdiri daripada: a) Seorang Pengerusi b) Seorang Setiausaha c) Seorang Bendahari d) 2 orang AJK iii. Persetujuan menubuhkan 2 Jawatankuasa dengan keahlian yang ditetapkan iaitu: a) Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) b) Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) 4.4 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa TSB sekurangkurangnya dua (2) kali setahun.


5 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 4.5 CARTA ALIR PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN CTANAM SEMULA BERKELOMPOK(TSB) ARTA ALIR PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) Kenal pasti cadangan kawasan dan penyediaan TSB 01 (Jadual 01) PPPK PPPK Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik Jawatankuasa TSB KS/PPPK Kempen dan majlis penerangan Dapatkan persetujuan peserta untuk cadangan penubuhan TSB (TSKum 01), lengkapkan TS 11 (Pin.01/22), pelan kawasan kerja dan Dokumen B PtTS Buka fail kemajuan projek TSB PPPK Tubuh Jawatankuasa Perolehan Projek dan Jawatankuasa Pembangunan Kerja Maklum penolakan permohonan melalui TS 16 (Pin. 01/22)] TPRN/PRD/PRJ/PRB Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan Penyediaan bajet ladang (TSB 04) PKA/PtKew Menguruskan proses perolehan sebutharga TSB TAMAT Menguruskan pembangunan projek TSB & Penyediaan borang TSKum 02 Siap kerja dan membuat tuntutan siap kerja (TSKum 03) mengikut carta alir di i-POWeR Pembayaran tuntutan mengikut peraturan yang berkuatkuasa Teruskan proses permohonan di i-POWeR KS/PPPK KS/PPPK JKPP/JKPK JKPK/JKTSB KPtTS/PtTS Taksiran borang TSKum 01 Tidak Lulus Diluluskan TPRN/PRD/PRJ/PRB TPRN/PRD/PRJ/PRB KPtTS/PtTS MULA


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 6 4.6 PERINCIAN CARTA ALIR TINDAKAN PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN PPPK 1. Kenal pasti cadangan kawasan dan penyediaan TSB 01 (Jadual 01) PPPK 2. Kempen dan majlis penerangan PPPK 3. Dapatkan persetujuan peserta untuk cadangan penubuhan TSB (TSKum 01), lengkapkan TS 11 (Pin.01/22), pelan kawasan kerja dan Dokumen B PtTS 4. Buka fail kemajuan projek TSB TPRN/PRD/PRJ/PRB 5. 5.1 5.2 Taksiran borang TSKum 01 Jika lulus, ke tindakan No. 7  Jika tidak lulus, ke tindakan No. 6. TAMAT KPtTS/PtTS 6. Maklum penolakan permohonan melalui TS 16 (Pin.01/22)] KS/PPPK 7. Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik Jawatankuasa TSB


7 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN TPRN/PRD/PRJ/PRB 8. Tubuh Jawatankuasa Perolehan Projek dan Jawatankuasa Pembangunan Kerja TPRN/PRD/PRJ/PRB 9. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan JKPK/JKTSB 10. Penyediaan bajet ladang (TSB 04) JKPP/JKPK 11. Menguruskan proses perolehan sebutharga TSB KPtTS/PtTS 12. Teruskan proses permohonan di i-POWeR KS/PPPK 13. Menguruskan pembangunan projek TSB & Penyediaan borang TSKum 02 KS/PPPK 14. Siap kerja dan membuat tuntutan siap kerja (TSKum 03) mengikut carta alir di i-POWeR PKA/PtKew 15. Pembayaran tuntutan mengikut peraturan yang berkuatkuasa. TAMAT


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 8 5.0 SUMBER PEMBIAYAAN 5.1 Antara sumber pembiayaan kos pembangunan TSB adalah seperti berikut: i. Bantuan Tanam Semula ii. Hasil jualan kayu iii. Tanaman kontan iv. Pajakan tanah untuk tanaman kontan. 5.2 KAEDAH BAYARAN BANTUAN Bayaran Bantuan Tanam Semula adalah berdasarkan kadar yang telah ditetapkan bagi setiap ansuran. Bayaran Bantuan Tanam Semula boleh dibuat secara kemajuan kerja di mana bayaran bantuan secara ansuran tidak melebihi kadar ansuran bagi tahun semasa. 5.3 PROSES KELULUSAN BAYARAN DAN BEKALAN INPUT PERTANIAN i. Pengerusi TSB perlu mengemukakan TSKum 03 untuk sebarang tuntutan bayaran kemajuan kerja kepada PRN/PRD/PRJ/PRB dengan nasihat dari JKPK. ii. Ketua stesen atau PPPK perlu membuat temujanji dan mencetak Borang TS18A (Pin.1/22) untuk tujuan bayaran bantuan dalam sistem i-POWeR. iii. Pemeriksaan kebun dilakukan dan direkodkan di dalam TS18A (Kumpulan)(Pin.1/22). iv. Isi maklumat lawatan dalam sistem i-POWeR. v. Bayaran Bantuan Tanam Semula hendaklah dibayar ke akaun Jawatankuasa TSB.


9 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH vi. Salinan RISDA 7 hendaklah dihantar kepada Pengerusi TSB, dan difailkan dalam Fail Kemajuan Tanam Semula individu serta Fail Kemajuan TSB berkenaan. vii. Tatacara dan prosedur melulus dan membekal input pertanian program ini kepada peserta-peserta TSB adalah mengikut kadar yang ditetapkan. viii. Proses bekalan input pertanian sehingga kelulusan SPS 42 dan mencetak SPS. ix. Laporan Baki Bantuan Tanam Semula /Tanam Baru (TSB 02) dijana dalam sistem I-POWeR. 6.0 PERANCANGAN KERJA PEMBANGUNAN LADANG Jawatankuasa TSB bersama-sama JKPK membuat perancangan yang teliti dan menyeluruh sebelum kerja pembangunan ladang. Perancangan kerja pembangunan ladang boleh dibuat mengikut 4 peringkat seperti berikut: 6.1 Peringkat Prapembangunan Perancangan untuk peringkat ini ditumpukan kepada perkara-perkara berikut: i. Menjalankan aktiviti khidmat pengembangan termasuk mengadakan kursus pratanam semula dan kursus-kursus lain yang berkaitan untuk memberi kefahaman kepada semua peserta mengenai konsep dan pelaksanaan TSB, peranan Jawatankuasa TSB dan peserta untuk menjayakan TSB.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 10 ii. Menjadualkan pelaksanaan kerja prapembangunan TSB secara terperinci seperti contoh TSB 01 di lampiran. iii. Semua Ahli Jawatankuasa TSB dan JKPK bermesyuarat untuk menyediakan bajet ladang dengan teliti dan terperinci kerana ia akan digunakan sebagai asas menentukan kos kawalan kerja ladang. 6.2 Peringkat Kerja Utama Perancangan di peringkat kerja utama hendaklah memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut: i. Menentukan jenis kerja utama dan spesifikasinya yang perlu dilaksanakan. ii. Menjadualkan pelaksanaan kerja prapembangunan mengikut kesesuaian cuaca dan persekitaran ladang. Contoh jadual pelaksanaan kerja seperti TSB 02 dilampiran. 6.3 Peringkat Penanaman dan Penyelenggaraan kawasan Kerja menanam hendaklah dirancang dengan teliti untuk menjamin kejayaan benih yang ditanam di ladang. Perkara berikut hendaklah diberi perhatian dalam perancangan kerja penanaman dan penyelenggaraan kawasan. i. Menentukan kualiti dan kuantiti benih yang secukupnya. ii. Menetapkan spesifikasi kerja penanaman benih di ladang.


11 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH iii. Menjadualkan kerja menanam mengikut kesesuaian masa dan cuaca supaya benih dapat dipastikan hidup subur di ladang. iv. Menjadualkan kerja penyelenggaraan kawasan termasuk kerja membersih kawasan, membaja, mengawal musuh dan penyakit mengikut pusingan dan kekerapan yang disyorkan. Contoh jadual kerja penyelenggaraan kawasan adalah seperti TSB 03 dilampiran. 6.4 Merancang Pelaksanaan Projek Integrasi i. Peserta TSB digalakkan melaksanakan projek Integrasi sama ada secara on farm atau off farm untuk menampung kehilangan punca pendapatan atau menambah pendapatan sedia ada. ii. Antara projek integrasi yang sesuai dilaksanakan secara on farm atau off farm di kawasan projek TSB adalah seperti berikut: a) Tanaman Kontan b) Tanaman Herba c) Ternakan d) Industri kecil e) Dan lain-lain yang bersesuaian iii. Jawatankuasa dan peserta TSB hendaklah memastikan semua aktiviti integrasi yang dilaksanakan hendaklah mempunyai potensi pasaran.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 12 6.5 Perlaksanaan Kerja Pembangunan Ladang i. Kerja Pembangunan Utama a) Sebelum kerja ladang dimulakan, pesertapeserta bersama Jawatankuasa TSB dan kontraktor hendaklah memastikan lot-lot yang termasuk dalam TSB sahaja diusahakan. b) Peserta TSB hendaklah mengesahkan jumlah batu sempadan di lot masing-masing bersama Jawatankuasa TSB dan kontraktor mengikut pelan di geran tanah. Bilangan batu sempadan yang ditemui dan tidak ditemui perlu ditanda di kebun bagi memastikan tiada kehilangan batu sempadan apabila kerja pembangunan dijalankan kelak. Pengesahan mengenai batu sempadan hendaklah direkod di dalam TSKum 02. c) Kerja-kerja pengesahan batu sempadan melibatkan lot-lot yang mempunyai hak milik (bergeran) sahaja. Tidak termasuk lot-lot peserta agensi seperti JAKOA. d) Kerja pembangunan ladang hendaklah dilaksanakan oleh kontraktor mengikut spesifikasi dan jadual kerja yang ditetapkan dalam surat perjanjian. Nota: Kerja-kerja menyemak semula batubatu sempadan bagi setiap lot selepas kerja-kerja pembangunan utama dan dibandingkan dengan batu-batu yang telah ditanda terdahulu.


13 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH e) JKPK hendaklah sentiasa menyelia kerja yang dilakukan oleh kontraktor mengikut spesifikasi dan jadual kerja dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian. f) Jika kontraktor tidak mengikut spesifikasi dan jadual kerja yang telah ditetapkan, tindakan mendenda kontraktor hendaklah diambil. g) Peserta-peserta yang berminat untuk bekerja dalam projek TSB, hendaklah memohon kepada kontraktor. Jika kontraktor bersetuju mengambil mereka sebagai pekerja, mereka adalah terikat kepada syarat dan prosedur yang dikenakan oleh kontraktor. 6.6 Penyelenggaraan Kawasan i. Kerja penyelenggaraan kawasan hendaklah dimulakan setelah kerja menanam dijalankan. Penyelenggaraan kawasan hendaklah dibuat mengikut jadual dan spesifikasi kontrak meliputi kepada perkara-perkara berikut: a) Kawalan Rumpai b) Pembajaan c) Penyelenggaraan prasarana d) Kawalan penyakit dan makhluk perosak e) Cantasan terkawal ii. Rekod ladang berhubung dengan semua kerja penyelenggaraan kawasan hendaklah dikemaskini. Contoh rekod ladang adalah seperti TSB 05 dilampiran.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 14 7.0 UNDANG - UNDANG KECIL Undang-undang kecil hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Penubuhan TSB dan perlu dipersetujui oleh semua ahli TSB. 7.1 MESYUARAT AGUNG i. Merupakan kuasa tertinggi dalam TSB. Di dalam mesyuarat ini peserta berhak hadir dan mempunyai satu undi. ii. Terbahagi kepada tiga jenis: a) Mesyuarat Penubuhan b) Mesyuarat Agung Tahunan c) Mesyuarat Agung Khas 7.2 MESYUARAT PENUBUHAN i. Mesyuarat Penubuhan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab RISDA untuk penubuhan Tanam Semula Berkelompok (TSB). Agenda Mesyuarat Penubuhan adalah seperti berikut: a) Persetujuan Undang-Undang Kecil b) Pelantikan Jawatankuasa TSB c) Persetujuan penubuhan dengan keahlian yang ditetapkan untuk Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) dan Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK)


15 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 7.3 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN i. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan selepas akhir tahun kewangan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa TSB. Notis mesyuarat agung tahunan ini hendaklah dikeluarkan tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh Mesyuarat Agung. Notis ini hendaklah mengandungi butiran tarikh, waktu, tempat dan cadangan usul daripada peserta. Kuorum bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada setengah (1/2) daripada jumlah peserta TSB. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut: a) Membentang laporan Jawatankuasa berkenaan dengan kemajuan dan perjalanan TSB tahun sebelum. b) Membentang dan memberi penyata kewangan yang telah di audit bagi tahun sebelum. c) Memilih Jawatankuasa mengikut Fasal 7 dan 2 orang Juruaudit Dalam untuk tahun yang akan datang mengikut Fasal 10. 7.4 MESYUARAT AGUNG KHAS i. Mesyuarat Agung Khas TSB ini boleh diadakan apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang dua pertiga (2/3) daripada jumlah peserta dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebabsebab mengadakannya.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 16 ii. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh pesertapeserta hendaklah diadakan pada satu tarikh penerimaan untuk mengadakan mesyuarat itu. iii. Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedar kepada tiaptiap peserta oleh setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat. 7.5 KUORUM MESYUARAT i. Kuorum bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada setengah (1/2) daripada jumlah peserta TSB. Semua perbahasan melainkan pindaan undang-undang kecil hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi peserta-peserta yang hadir. Pengerusi tidak mempunyai undi muktamad. Jika undi sama banyak, undi itu dikira kalah. ii. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada sesuatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah pesertapeserta yang hadir menjalankan mesyuarat tapi tidaklah berkuasa mengubah Undang-undang Kecil TSB dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua peserta.Undang-undang kecil ini tidak boleh ditambah,dikurangi atau dipinda melainkan dengan persetujuan oleh sekurang-


17 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH kurangnya bilangan peserta-peserta yang menjadi kuorum Mesyuarat Agung. 7.6 JAWATANKUASA TSB i. Satu Jawatankuasa TSB hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Penubuhan / Agung Tahunan yang terdiri daripada: a) Seorang Pengerusi b) Seorang Setiausaha c) Seorang Bendahari d) Ahli Jawatankuasa biasa (sekurang-kurangnya 2 orang) e) Seorang wakil agensi (jika berkaitan) ii. Pemegang–pemegang jawatan TSB ini dan setiap pegawai yang menjalankan tugas dalam TSB ini hendaklah warganegara Malaysia. iii. Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah di cadang, disokong dan pemilihan dijalankan dengan undian secara sulit atau angkat tangan oleh peserta-peserta di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua Jawatankuasa yang dipilih di bawah Fasal 7(1) boleh dilantik semula tiap-tiap tahun. iv. Tugas Jawatankuasa adalah mengelola, mentadbir dan mengurus TSB dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan TSB dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung, dasar dan prosedur-prosedur RISDA. Jawatankuasa tidak boleh membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 18 dengan tidak terlebih dahulu merujuk kepadanya dan Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan. v. Mengeluarkan surat setuju terima (DSH 04) dan menandatangani perjanjian bersama kontraktor. vi. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa TSB sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. vii. Ahli Jawatankuasa TSB yang tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa dua (2) kali berturutturut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletak jawatan di dalam Jawatankuasa. 7.7 JAWATANKUASA PEROLEHAN PROJEK (JKPP) i. Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) terdiri daripada: a) PRN/PRD/PRJ/PRB - Pengerusi b) Setiausaha TSB - Setiausaha c) Ketua Stesen/PPPK - Ahli d) Semua AJK TSB - Ahli ii. Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) berperanan untuk membantu Jawatankuasa TSB mengadakan mesyuarat bagi semua urusan perolehan melibatkan TSB. Panggilan mesyuarat hendaklah disampaikan oleh setiausaha (JKPP) kepada ahliahli jawatankuasa (JKPP) tiga (3) hari sebelum tarikh mesyuarat. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat.


19 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 7.8 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KERJA (JKPK) i. Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) terdiri daripada: a) TPRN/TPRD/TPRJ/TPRB - Pengerusi b) Setiausaha TSB - Setiausaha c) 2 AJK TSB - Ahli d) 1 PPPK - Ahli ii. Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) yang dilantik berperanan seperti berikut: a) Merancang dan memantau kerjakerja dilapangan sepanjang kerja-kerja pembangunan dilaksanakan. b) Memastikan kerja-kerja dilapangan dilaksanakan mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP) oleh kontraktor dan mengikut spesifikasi kerja yang telah dipersetujui dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. c) Penyediaan bajet ladang bersama Jawatankuasa TSB mengikut cadangan kos pembangunan yang berkuatkuasa. d) Bertanggungjawab untuk semakan dan pengesahan siap kerja bagi tujuan bayaran kepada kontraktor dari akaun TSB. iii. Mengadakan Mesyuarat JKPK sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 20 8.0 KAEDAH PELAKSANAAN PEROLEHAN JKPP berperanan membantu Jawatankuasa TSB untuk tatacara perolehan TSB. Nilai tawaran kerja tidak tertakluk kepada nilai tertentu. Jawatankuasa Perolehan Projek terdiri daripada 2 Jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Pengerusi JKPP iaitu: 8.1 JAWATANKUASA KECIL PEMBUKA SEBUTHARGA Apabila telah sampai tarikh tutup penghantaran sebutharga, Jawatankuasa ini bertanggungjawab membuka peti dan sampul sebutharga. Jawatankuasa Kecil Pembuka Sebutharga terdiri daripada: i. Pegawai kanan RISDA Gred 29 Ke atas - Pengerusi ii. Pembantu Tadbir Gred 19 ke atas - Ahli iii. Dua orang wakil AJK TSB - Ahli 8.2 JAWATANKUASA KECIL PENILAI SEBUTHARGA Penilai sebutharga perlu membuat Jadual Penilaian Sebutharga bagi sebutharga lengkap yang telah dihantar oleh kontraktor untuk dipilih oleh Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP). Jawatankuasa Kecil Penilai Sebutharga terdiri daripada: i. TPRD/TPRB/TPRJ/Ketua Unit TS - Pengerusi ii. PPPK - Ahli iii. Dua orang wakil AJK TSB - Ahli


21 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 9.0 PROSES SEBUTHARGA Proses berikut hendaklah diikuti oleh JKPP, JKPK dan AJK TSB. 9.1 PENETAPAN KERJA JKPK dan AJK TSB perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu untuk menetapkan jenis kerja yang dapat atau tidak dapat diusahakan oleh peserta dan perlu ditawarkan kepada kontraktor, mengikut anggaran kos kerja yang dikeluarkan oleh RISDA. Setelah dipastikan jenis kerja itu setiausaha Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) hendaklah menyediakan dokumen sebutharga mengandungi butir-butir kerja mengikut spesifikasi: a) Kerja-kerja yang perlu di dalam sebutharga untuk ditawarkan kepada kontraktor. b) Kerja-kerja yang tidak perlu di dalam sebutharga untuk diusahakan sendiri oleh Jawatankuasa TSB atau peserta sendiri. 9.2 PELAWAAN i. Kerja-kerja perlu sebutharga a) Kerja-kerja yang perlu ditawarkan kepada kontraktor. b) Kenyataan sebutharga DSH 01 hendaklah dipamerkan (iklan) di tempat-tempat strategik awam, dari tarikh iklan sehingga tutup sekurangkurangnya adalah sepuluh (10) hari. Pada hari ke-3 selepas iklan dikeluarkan, taklimat tapak diadakan dan iklan hanya akan ditutup selepas 7 hari taklimat tapak.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 22 c) Dalam notis ini hendaklah ditetapkan dan dinyatakan jenis-jenis kerja, nama tempat TSB, keluasan TSB, bilangan rujukan sebutharga dan sebagainya. Tarikh dan waktu tutup bagi penerimaan sebutharga hendaklah ditetapkan dan dinyatakan dalam notis ini. d) Surat pelawaan DSH 02 hendaklah dikeluarkan oleh pengerusi TSB kepada sekurang-kurangnya 3 kontraktor termasuk Syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holding (KRH). e) Setiausaha JKPP perlu menyediakan dokumen sebutharga yang mengandungi spesifikasi kerja, syarat-syarat, tarikh, masa sebutharga ditutup dan tempat untuk dikembalikan. Dokumen sebutharga seperti DSH 03. f) Hanya syarikat tempatan atau berhampiran yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965, adalah layak untuk dipelawa serta mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembangunan ladang. g) Borang sebutharga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di pejabat RISDA Stesen yang berhampiran. ii. Kerja-kerja yang tidak perlu sebutharga a) kerja yang dapat diusahakan sendiri oleh AJK TSB. 9.3 PETI SEBUTHARGA i. Sebutharga-sebutharga yang telah diterima hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang berkunci.


23 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH ii. Peti Sebutharga ini hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa kecil Pembuka Sebutharga. iii. Peti sebutharga hendaklah dibuka dengan segera selepas tarikh/masa ditutup. iv. Setelah dibuka butir-butir berikut hendaklah di catat :- a) Bilangan Sebutharga b) Tarikh/masa dibuka c) Nama syarikat dan nilai tawaran d) Ditandatangani oleh semua ahli pembuka sebutharga 9.4 PENYEDIAAN JADUAL PENILAIAN SEBUTHARGA i. Jawatankuasa Kecil Penilai Sebutharga hendaklah menyediakan jadual sebutharga yang telah diterima. ii. Jadual Penilaian Sebutharga ini hendaklah dibentang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) oleh setiausaha Jawatankuasa TSB. Kandungan kertas kerja sebutharga TSB hendaklah meliputi aspekaspek berikut : a) Jenis dan anggaran kuantiti kerja yang ditawarkan b) Latar belakang kontraktor. c) Analisis tawaran kontraktor termasuk kos kawalan TSB berkenaan d) Perakuan/syor bagi perlantikan kontraktor dengan alasan-alasan yang lengkap untuk pertimbangan dan keputusan AJK Sebutharga TSB berkenaan.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 24 9.5 MESYUARAT PEMUTUS SEBUTHARGA i. Pemilihan kontraktor hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Perolehan Projek oleh Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP). ii. Mesyuarat JKPP hendaklah diadakan pada tarikh yang ditetapkan oleh setiausaha JKPP setelah dipersetujui oleh pengerusi JKPP. iii. Mesyuarat hendaklah membuat keputusan pemilihan kontraktor yang terbaik dan memenuhi kriteria. Keputusan sebutharga adalah muktamad. iv. Keutamaan diberi kepada syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 dan mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembangunan ladang. v. Harga tawaran hendaklah berpandukan bajet ladang sebagai kos kawalan. Jika kos yang ditawarkan tidak munasabah, Pengerusi JKPP hendaklah mengarahkan rundingan harga atau sebutharga semula. 9.6 SURAT SETUJU TERIMA i. Surat setuju terima DSH 04 perlu ditandatangani oleh kontraktor dan dikembalikan kepada Jawatankuasa TSB sebagai tanda persetujuan. ii. Jika kontraktor tidak mengembalikan DSH 04 dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, maka Jawatankuasa TSB berhak membatalkan tawaran tersebut dan menawarkan kepada kontraktor yang lain sebagai pilihan kedua.


25 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 9.7 DOKUMEN PERJANJIAN i. Dokumen perjanjian (Dokumen A) hendaklah ditandatangani antara Jawatankuasa TSB dengan kontraktor. Dokumen perjanjian hendaklah mengandungi semua syarat-syarat dan spesifikasi kerja. ii. Dokumen Perjanjian yang telah dimeterai hendaklah disediakan dalam 4 salinan dan diedarkan seperti berikut: a) AJK TSB b) Kontraktor c) PRN/PRD/PRJ/PRB d) PPPK TSB 9.8 WANG PEGANGAN i. Bagi kontrak kerja bernilai lebih daripada RM20,000 hendaklah dikenakan wang pegangan sebanyak lima (5) peratus daripada nilai kontrak, dalam bentuk tunai. Perkara ini dinyatakan dalam Syaratsyarat dan Prosedur di Perenggan 26 (Dokumen C). 9.9 PERUBAHAN KEPADA PERJANJIAN i. Jika berlaku perubahan kepada kontraktor asal seperti perubahan luas kawasan TSB, pemberian lanjutan masa kepada kontraktor untuk melaksanakan sesuatu kerja dan sebagainya. Perkara ini hendaklah dibawa ke Mesyuarat JKPP untuk dirunding dan di putuskan. Semua keputusan hendaklah dimasukkan sebagai tambahan dalam perjanjian asal.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 26 10.0 PINDAAN PESERTA DAN PEMBUBARAN 10.1 PESERTA MENARIK DIRI i. Penarikan diri adalah tidak dibenarkan bagi Tanam Semula Agensi dan TSB Orang Asli. ii. Permohonan penarikan diri peserta hendaklah secara bersurat kepada Ketua Pusat Tanggungjawab. iii. Ketua Pusat Tanggungjawab boleh menerima atau menolak permohonan tersebut. iv. Sekiranya diterima, Pegawai Penilai perlu menyemak sama ada TSB tersebut masih memenuhi syarat asas penubuhan TSB untuk dikekalkan. v. Sekiranya tidak memenuhi syarat asas penubuhan TSB perkara ini boleh dibawa kepada Jawatankuasa Khas Tanam Semula (Negeri) untuk dibuat keputusan. vi. Bagi TSB yang masih memenuhi syarat asas penubuhan TSB, pindaan keluasan, bilangan peserta, farm bajet dan lejar setiap peserta perlu dibuat. vii. Keluarkan surat makluman kepada AJK TSB, semua peserta dan kontraktor berkenaan pindaan keluasan, bilangan peserta dan pelarasan bajet ladang. viii. Proses bayaran diteruskan mengikut tatacara bayaran TSB yang sedang berkuatkuasa. ix. Bagi TSB yang tidak memenuhi syarat asas penubuhan TSB perlu ditukar ke pendekatan Tanam Semula Individu dan penyelarasan baki bantuan setiap peserta TSB kepada lejar individu. x. Proses bayaran diteruskan secara bayaran Tanam Semula Individu yang sedang berkuatkuasa.


27 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 10.2 CARTA ALIR PENARIKAN DIRI PESERTA TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) MULA Terima permohonan penarikan diri peserta. Semakan Ketua PT untuk kelulusan. Permohonan tidak diluluskan dan dimaklumkan secara bersurat kepada peserta. TAMAT Penukaran pendekatan kepada TS Individu untuk peserta. Memenuhi syarat asas TSB Tidak memenuhi syarat asas TSB Tidak lulus Semak syarat penubuhan TSB di i-POWeR. Tukar pendekatan TS individu kepada semua peserta dan selaraskan lajer setiap peserta TSB pada lejar individu. Surat makluman pembubaran kepada semua Peserta, AJK, PRN & Pengarah BTSP Proses bayaran ansuran secara Individu. Proses bayaran ansuran secara TSB. Surat makluman kepada semua Peserta, AJK dan Kontraktor (Pindaan nilai kontrak) Pelarasan/pindaan luas, bilangan Peserta, Farm Bajet dan lajer setiap peserta. Lulus KS/PPPK/PtTS PRN/PRD/PRB/PRJ PP/PtTS PP PP/PtTS PtTS/PPK PP/PtTS TAMAT


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 28 10.3 PERINCIAN CARTA ALIR PENARIKAN DIRI PESERTA TANAM SEMULA BERKELOMPOK TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN KS/PPPK/PtTS 1. Terima permohonan penarikan diri peserta TSB kecuali TSA & TSB OA PRN/PRD/PRB/PRJ 2. 2.1 2.2 Semakan Ketua PT untuk kelulusan permohonan individu. Pastikan tiada TS18A/TS18E TSB yang belum disempurnakan. Jika ada sila sempurnakan terlebih dahulu TS18A/TS18E TSB tersebut. Jika lulus ke tindakan 3 Jika tidak lulus ke tindakan 4 PP/PtTs 3. Penukaran pendekatan kepada TS Individu untuk peserta. PP/PtTs 4. Permohonan tidak diluluskan dan dimaklumkan secara bersurat kepada peserta. TAMAT PP 5. Semak syarat asas TSB di i-POWeR seperti berikut: i) Peserta mestilah melebihi daripada separuh syarat kelayakan minima penubuhan TSB. ii) Keluasan keseluruhan mestilah melebihi daripada separuh kelayakan minima luas penubuhan TSB.


29 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN PP 5.1 5.2 Jika memenuhi syarat, kekal sebagai TSB. Ke Tindakan No.6. Jika tidak memenuhi syarat, bubar TSB. Ke Tindakan No.9 PP/PtTS 6. Pelarasan atau pindaan luas, bilangan peserta dan Farm Bajet perlulah dibuat ke dalam sistem i-POWeR. PtTS/PPK 7. Keluarkan surat makluman kepada semua Peseta, AJK dan Kontraktor (Pindaan nilai kontrak) berkaitan pindaan luas, bilangan peserta dan pelarasan Bajet Ladang. PP/PtTS 8. Proses bayaran ansuran mengikut tatacara bayaran TSB yang berkuat kuasa. TAMAT PP/PtTS 9. Tukar pendekatan TS individu kepada semua peserta dan selaraskan baki bantuan setiap peserta TSB kepada lejar individu. PP/PtTS 10. Membuat dan memberikan surat makluman pembubaran TSB kepada Pengarah BTSP, PRN, semua peserta dan AJK untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa TSB bagi makluman pembubaran dan membincangkan perihal berikut:


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 30 TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN i) Laporan kewangan semasa ii) Aset dan inventori yang berada di bawah TSB iii) Perbincangan bersama kontraktor bagi hal pembangunan ladang iv) Perbincangan/penyelesaian masalah bagi pembubaran v) Mesyuarat agong dilaksanakan bagi memaklumkan mengenai pembubaran TSB. PP/PtTS 11. Proses bayaran ansuran secara individu berdasarkan tatacara bayaran TSI. TAMAT 10.4 PEMBUBARAN i. Pembubaran TSB berlaku apabila sesebuah TSB itu tidak lagi memenuhi syarat sebagai sebuah TSB, contohnya seperti: ii. Bagi projek yang akan dibubarkan perlu mengikuti kaedah-kaedah penamatan seperti berikut: a) Semakan dan analisa daya maju projek disediakan oleh Ketua Stesen atau AJK TSB kepada Ketua Pusat Tanggungjawab. b) Penyediaan kertas kerja cadangan penyerahan projek hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: - Tujuan - Latar belakang projek


31 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH - Laporan kewangan projek - Implikasi fizikal dan kewangan. - Asas pertimbangan. - Cadangan/syor. - Keputusan yang diperlukan. c) Kertas cadangan penyerahan projek dibentangkan dalam Mesyuarat JKTS Negeri untuk kelulusan. d) Notis kelulusan pembubaran TSB dijana melalui I-POWeR jika masih di dalam Bantuan Tanam Semula. e) Pihak Pusat Tanggungjawab bersama AJK TSB mengadakan Mesyuarat Agung bagi memaklumkan kelulusan pembubaran dan pihak Pusat Tanggungjawab mengeluarkan notis kelulusan pembubaran TSB dengan persetujuan bersama kepada peserta TSB. Salinan Minit Mesyuarat Agung diserahkan kepada Ketua PT. f) Pembubaran TSB perlu dimaklumkan secara bersurat kepada Pengarah BTSP dan PRN.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 32 10.5 CARTA ALIR PEMBUBARAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) Menerima Cadangan Pembubaran TSB daripada KS/AJK kepada pihak Pengurusan RISDA ( PRN/PRD/PRJ/PRB). TPRN/PRD/PRB/PRJ PRD/PRB/PRJ/PP/PtTS PRN/PRD/PRB/PRJ Kelulusan Mesyuarat JKTS (N) MULA AJK TSB JKTSN Mengadakan Mesyuarat Agong/AJK TSB bagi memaklumkan kelulusan pembubaran dan pihak RPSB mengeluarkan notis penamatan perjanjian dengan persetujuan bersama kepada peserta TSK Bawa kertas cadangan ke dalam Mesyuarat JKTS (N) untuk kelulusan Memanjangkan kepada Pengarah BTSP/ PRN untuk makluman pembubaran. TAMAT Tidak diluluskan Semakan semula dan pembetulan atau lainlain keputusan. Mengeluarkan Notis kelulusan pembubaran TSB dari i-POWeR dan pelarasan lajer individu jika masih dalam bantuan. Diluluskan KS/AJK TSB TPRN/PRD/PRB/PRJ TPRN/PRD/PRB/PRJ Minit Mesyuarat Agong/AJK TSB diserahkan satu salinan Kepada ketua PT. KS/PPK Semakan kertas cadangan untuk sokongan.


33 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 10.6 PERINCIAN CARTA ALIR PEMBUBARAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN KS/PPK/AJK TSB 1. Menerima Cadangan Pembubaran Tanam Semula Berkelompok (TSB) daripada KS/PPK/AJK kepada pihak pengurusan RISDA (PRN/PRD/ PRJ). TPRN/PRN/PRD/PRJ 2. Meneliti dan menyemak kertas kerja Cadangan Pembubaran TSB. TPRN/PRN/PRD/PRJ 3. Kertas kerja cadangan pembubaran TSB dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tanam Semula Negeri untuk kelulusan. PRN 4. 4.1 4.2 Kertas kerja cadangan pembubaran TSB perlu mendapat kelulusan Mesyuarat JKTSN. Jika diluluskan, ke Tindakan 6. Jika tidak diluluskan, ke Tindakan 5. TPRN/PRN/PRD/PRJ 5 Jika tidak diluluskan, semakan semula dan membuat pembetulan atau lain-lain keputusan. TAMAT/MULA


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 34 TANGGUNGJAWAB NO. TINDAKAN TINDAKAN PRD/PRB/PRJ/PP/ PtTS 6. Mengeluarkan Notis kelulusan pembubaran TSB dari i-POWeR dan pelarasan lajer individu jika masih dalam bantuan. AJK TSB 7. Mengadakan Mesyuarat A g o n g / J a w a t a n k u a s a TSB bagi makluman kelulusan pembubaran dan membincangkan perihal berikut: i) Laporan kewangan semasa ii) Aset dan inventori yang berada di bawah TSB iii) Perbincangan bersama kontraktor bagi hal pembangunan ladang iv) Perbincangan/penyelesaian masalah bagi pembubaran v) Mesyuarat Agong dilaksanakan bagi memaklumkan mengenai pembubaran TSB KS/PPK 8. Minit Mesyuarat Agong/AJK TSB tentang pembubaran diserahkan satu salinan kepada Ketua PT. PRN/PRD/PRB/PRJ 9. Memanjangkan kepada Pengarah BTSP/PRN untuk makluman pembubaran. TAMAT


35 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 11.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar Buku Manual ini dapat membantu pegawai dan warga kerja RISDA di lapangan merancang dan melaksana projek TSB dengan cekap dan berkesan seterusnya membantu Pekebun Kecil memperoleh pendapatan yang maksimum daripada hasil kebun.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 36 TSKum 01 CADANGAN PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN Negeri PENDEKATAN PRD/J/B TSB : TSK : TSA : PRS TSB OA : TSK OA : Nama PPPK Tarikh Kempen TSKum01 A. MAKLUMAT CADANGAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN Nama Projek Jenis Tanaman Bilangan Peserta Bilangan Lot Luas Tanam Semula * Agensi DUN Parlimen * Tempoh Perjanjian TSK * Pengagihan Pulangan TSK * Kaedah Pembiayaan TSK B. MAKLUMAT PESERTA ** Bil Nama Peserta No. Kad Pengenalan No. Geran No. Lot Luas Kebun (Hek) Luas TS (Hek) Tandatangan 1 2 3 4 5 6 7 8 D. DISEDIAKAN OLEH : E. UNTUK KEGUNAAN PEJABAT _____________________ Pegawai RISDA / AGENSI Nama & Cap : Tarikh : Dilulus / Ditolak. Ulasan :_______________________________ ______________________________________ _________________ TPRN/PRD/PRJ/PRB Nama & Cap : Tarikh : (*) Jika berkaitan (**) Undang-undang kecil telah dipersetujui oleh semua ahli C. PROFIL LOT TANAM SEMULA BERKUMPULAN Jenis Tanah Topografi Kecerunan Tanah Kesesuaian Tanaman Jarak Dari Jalan (km) Tanaman Asal Lokasi Kediaman Tuan Tanah Di Kawasan Projek LUAR : ……. ORANG DALAM : ……..ORANG


37 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH TSKum 01 CADANGAN PENUBUHAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN (sambungan) TSKum01 B. MAKLUMAT PESERTA ** Bil Nama Peserta No. Kad Pengenalan No. Geran No. Lot Luas Kebun (Hek) Luas TS (Hek) Tandatangan 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 A. MAKLUMAT CADANGAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN Nama Projek Jenis Tanaman Bilangan Peserta Bilangan Lot Luas Tanam Semula


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 38 TSKum 02 BORANG PENGESAHAN BATU SEMPADAN TSB/TSK____________________________________________ (SEBELUM KERJA PEMBANGUNAN DIJALANKAN) TSKum02 Bahawasanya kami peserta TSB/TSK yang bertandatangan di bawah ini mengaku bahawa lawatan bersama Ahli Jawatankuasa TSB/TSK dan kontraktor untuk mengesahkan batu sempadan yang terdapat di atas tanah kami yang menyertai TSB/TSK. BIL NAMA PESERTA NO.LOT BATU SEMPADAN TANDATANGAN JUMLAH MENGIKUT PETA GERAN TANAH BILANGAN YANG DITEMUI DAN DITANDA ATAS KEBUN BILANGAN YANG TIDAK DITEMUI PESERTA Tarikh :………………………………………………………. Pengesahan: ………………………………………………………. (PENGERUSI JAWATANKUASA TSB/ TSK) Nama: ………………………………………………………. (KONTRAKTOR/RPSB) Nama:


39 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH TSKum 03 BORANG TUNTUTAN TANAM SEMULA BERKUMPULAN TSKum03 Daripada : Kepada : Nama Pengerusi TSB / RPSB / Agensi ___________________________ Nama Projek TSB/TSK/TSA : ___________________________ Tarikh : ____________________ PRN/PRD/PRJ/PRB : __________________________ __________________________ __________________________ TUNTUTAN BAYARAN KERJA / PERMOHONAN BEKALAN INPUT PERTANIAN Sukacita dimaklumkan, saya Pengerusi TSB/RPSB/Agensi : __________________________________ Membuat *tuntutan bayaran kerja bagi kerja-kerja yang telah disiapkan mengikut syarat yang ditetapkan/ permohonan bekalan input pertanian seperti berikut : Sedemikian, diharap tuan dapat membuat lawatan pemeriksaan kerja yang disiapkan untuk bayaran / membekalkan input pertanian pada tarikh berkenaan. Sekian, terima kasih Yang Benar, ______________________________ Nama : Cap Pengerusi TSB / RPSB / Agensi *Potong mana yang tidak berkenaan BIL JENIS KERJA / INPUT PERTANIAN DIPERLUKAN TARIKH SIAP KERJA / INPUT PERTANIAN DIPERLUKAN HARGA RM/UNIT JUMLAH BAYARAN (RM) UNIT


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 40 TSB 01 JADUAL PELAKSANAAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK TAHUN ___________ PERINGKAT PRA PEMBANGUNAN (PERANCANGAN) A. PROFIL PEMOHON Negeri Luas _____________ Hektar Daerah Jenis Tanaman Nama TSB Bil. Peserta *POTONG YANG TIDAK BERKENAAN BIL JENIS AKTIVITI TAHUN 0 (TAHUN SEBELUM) TAHUN 1 (TAHUN SEMASA) J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D 1 Mengenalpasti kaw. Cadangan Pelaksanaan: 2 Kajian kesesuaian Pelaksanaan: 3 Kempen/dialog Pelaksanaan: 4 Pendaftaran/ penerimaan perm. Pelaksanaan: 5 Mesyuarat Penubuhan Pelaksanaan: 6 Menyediakan kertas kerja dan bajet ladang Pelaksanaan: 7 Kursus latihan dan lawatan sambal belajar Pelaksanaan: 8 Semakan Geran Pelaksanaan: 9 Lawatan permulaan Pelaksanaan: 10 Memproses / taksiran perm. Pelaksanaan: 11 Pemberitahu (TS.27.28) Pelaksanaan: 12 Pelantikan kontraktor Pelaksanaan: 13 Kelulusan Ketuan PT Proses perolehan oleh 14 JKPP TSB 01


Click to View FlipBook Version