The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ykimsing, 2023-02-22 06:40:41

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

41 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH JADUAL PELAKSANAAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK TAHUN ___________ PERINGKAT PRA PEMBANGUNAN (KERJA UTAMA) *POTONG YANG TIDAK BERKENAAN BIL JENIS AKTIVITI KUANTITI KERJA TAHUN 0 (TAHUN SEBELUM) TAHUN 1 ( TAHUN SEMASA) J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D 1 Menebang dan mengeluarkan Hek Pelaksanaan 2 Melonggok dan membakar Hek Pelaksanaan: 3 Membajak 2 kali / menyisir 2 kali Hek Pelaksanaan (jika perlu): 4 Membuat teres. Hek Pelaksanaan: 5 Membuat baris Hek Pelaksanaan: 6 Pembinaan jalan pertanian jambatan Hek Pelaksanaan: 7 Pembinaan parit Hek Pelaksanaan: 8 Memagar Hek Pelaksanaan: 9 Membuat lubang tanaman Hek Pelaksanaan: 10 Tempahan/ bekalan (Benih & Hek Pelaksanaan: 11 Menanam Kacang penutup bumi Hek Pelaksanaan: 12 Menanam tanaman utama Pelantikan Hek kontraktor Pelaksanaan: 13 Menyulam Hek Pelaksanaan: Nota: Jenis kerja boleh diatur mengikut keperluan setempat A. PROFIL PEMOHON Negeri Luas _______Hektar Daerah Jenis Tanaman Nama TSB Bil. Peserta TSB 02 TSB 02


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 42 JADUAL PELAKSANAAN TANAM SEMULA BERKELOMPOK TAHUN ___________ PERINGKAT PENYELENGGARAAN KAWASAN BIL JENIS AKTIVITI KUANTITI TAHUN KE KERJA J F M A M J J O S O N D 1 Penyenggaraan Kawasan Hek Pelaksanaan: 2 Membaja \kpb Hek Pelaksanaan: 3 Membaja tanaman Utama Hek Pelaksanaan(jika perlu): 4 Menyulam Hek Pelaksanaan: 5 Catasan / galakan perdahanan Hek Pelaksanaan: 6 Mengawal penyakit dan perosak Hek Pelaksanaan: 7 Membaiki jalan pertanian Hek Pelaksanaan: 8 Membaiki parit saliran Hek Pelaksanaan: 9 Membaiki teres Hek Pelaksanaan: 10 Membaiki pagar (benih & baja) Hek Pelaksanaan: 11 Banci lilitan Hek Pelaksanaan: A. PROFIL PEMOHON Negeri Luas: ___________Hektar Daerah: Jenis Tanaman: Nama TSB: Bil. Peserta: TSB 03 TSB 03


43 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH TSB 04 CADANGAN BAJET LADANG NAMA TSB : ________________________________________________ LUAS KAWASAN : ............ Hektar BIL. POKOK : ............ Pokok ANSURAN KATEGORI BANTUAN JENIS KERJA INPUT PERTANIAN KUANTITI / UNIT RM/Unit CADANGAN HARGA HARGA TAWARAN (RM) RM/Unit JUMLAH (RM) RM/Unit JUMLAH (RM) Ansuran 1 Input Pertanian Benih 538 Pokok Baja RP (10kg) 7 Beg Baja RP1 (10kg) 27 Beg Jumlah Bayaran Kerja : Kerja Utama Ukur Perimeter 0 Hektar Menebang & Membersih dengan jentera 1 Hektar Membaris, pancang, melubang & menanam 538 Pokok Penyelenggaraan Kebun 2 Pusingan Upah Membaja 3 Pusingan Kawalan Penyakit & Musuh 1 Hektar Jumlah Bayaran Kerja : Kos Tambahan Teres (1,100m*70%) 770 Meter KPB RM451/hektar Pagar ( 1 hek = 400m = 20 rantai) 0 Meter Jalan Pertanian (Laterite) 100m/hek Jumlah Jumlah Ansuran 1 Ansuran 2 Input Pertanian Baja R1 33 Beg Jumlah Bayaran Kerja: Kerja Utama Upah membaja R1 3 Pusingan Penyelenggaraan Kebun 4 Pusingan Kawalan Penyakit & Musuh 1 Hektar Jumlah Bayaran Kerja: Kerja Menyulam Menyulam 5% (BCMP 2TD) 28 Pokok Baja RP (10kg) 1 Beg Baja R1 (10kg) Beg Upah Membaja Beg Melubang dan menanam benih sulam 28 Pokok Cantasan Pusingan Jumlah Jumlah Ansuran 2 Ansuran 3 Input Pertanian Baja R1 35 Beg Jumlah Bayaran Kerja: Kerja Utama Upah membaja R1 2 Pusingan Penyelenggaraan Kebun 1 Pusingan Kawalan Penyakit & Musuh 1 Hektar Jumlah Bayaran Kerja: Kerja Menyulam Meyulam 5% (APM) 28 Pokok Baja RP (10kg) 0 Beg Baja R1 (10kg) Beg Upah Membaja Beg Melubang dan menanam benih sulam 28 Pokok Jumlah Jumlah Ansuran 3 Ansuran 4 Input Pertanian Baja R1 20 Beg Baja R4 36 Beg Jumlah Bayaran Kerja : Kerja Utama Upah membaja 2 Pusingan Penyelenggaraan Kebun 2 Pusingan Kawalan Penyakit & Musuh 1 Hektar Jumlah Jumlah Ansuran 4 Ansuran 5 Input Pertanian Baja R4 80 Beg Jumlah Bayaran Kerja : Kerja Utama Upah membaja 2 Pusingan Penyelenggaraan Kebun 1 Pusingan Kawalan Penyakit & Musuh 1 Hektar Jumlah Jumlah Ansuran 5 Jumlah Keseluruhan Ansuran 1 hingga Ansuran 5 Disediakan oleh : Disokong oleh : _________________________ _____________________ Penolong Pegawai Pertanian: Pengerusi JKPK: Nama & Cap : Nama & Cap : Tarikh : Tarikh :


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 44 REKOD LADANG TSB 05 Nama / TSB Jarak Jenis Tanaman Jenis Tanah Luas Kebun Status Kebun BULAN J F M A M J J O S O N D Meracun Rumpai di Lorong Pembajaan Penyelengaraan Prasarana Kawalan Penyakit dan Perosak Cantasan Terkawal Butir-Butir Kerja Bulanan Butir-Butir Perjalanan TARIKH JENIS PERBELANJAAN KUANTITI KOS / UNIT JUMLAH JUMLAH PERBELANJAAN TSB 05


45 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH LAPORAN BAKI BANTUAN TANAM SEMULA / TANAM BARU TSB 06 Nama TSB : ……………………………………….. Tarikh : ………….……... BIL NO. PERMOHONAN NAMA PEMOHON NO. LOT KELULUSAN TS27 KELULUSAN BANTUAN LUAS (HEK) AKTIVITI KADAR BANTUAN SEHEKTAR LUAS (HEK) JUMLAH BANTUAN TELAH DIBAYAR BAKI BANTUAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 JUMLAH TSB 06


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 46 TSB 07 UNDANG-UNDANG KECIL PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK FASAL 1 BUTIRAN TSB 1. Projek ini dikenali dengan nama PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK ______________________________________________________________ 2. Nama ringkas projek ialah TSB ______________________________________________________________ 3. Alamat surat menyurat: ______________________________________________________________ FASAL 2 TAFSIRAN Di dalam Undang - Undang Kecil ini, melainkan jika ada sebarang maksud yang lain dalam sesuatu perkara, perkataan atau ayat, perkataan-perkataan: 1. “TSB” bermakna Tanam Semula Berkelompok. 2. TSB luasnya tidak kurang daripada sepuluh (10) hektar yang terdiri daripada lot kebun yang berhampiran antara satu sama lain dimiliki oleh tidak kurang lapan (8) orang peserta dan diuruskan oleh satu Jawatankuasa terdiri daripada peserta sendiri dengan bimbingan RISDA.


47 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 3. “RISDA” bermakna ‘Rubber Industry Smallholder Development Authority’ atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. 4. Undang - Undang Kecil bermakna Undang - Undang Kecil ini dan termasuk pindaan-pindaan yang diperbuat kepadanya dari semasa ke semasa. 5. Pekebun kecil bermaksud pemilik tanah atau wakil-wakil sah 6. Ahli biasa mempunyai makna seperti di FASAL 4. 7. Rancangan Tanam Semula bermakna rancangan yang diluluskan oleh RISDA. 8. Di bawah mana-mana fasal ‘kebun’ dan ‘tanah’ mempunyai makna yang sama seperti yang terkandung dalam penggunaannya dalam RISDA. 9. “JKPP” bermaksud Jawatankuasa Perolehan Projek 10. “JKPK” bermaksud Jawatankuasa Pembangunan Kerja. 11. Penaung bermakna pemimpin tempatan yang dapat memberi nasihat, teguran, pandangan yang baik, membuat keputusan dan mengambil tindakan yang tidak berat sebelah. 12. Pegawai RISDA Tempatan bermakna Penolong Pegawai Pertanian atau penggantinya yang bekerja dalam sesuatu kawasan di mana TSB itu dibangunkan. FASAL 3 TUJUAN Tujuan projek TSB seperti berikut: 1. Untuk mewujudkan ekonomi bidangan di semua peringkat pembangunan ladang dengan menyatukan beberapa lot tanah milik beberapa orang peserta sebagai satu unit pengeluaran.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 48 2. Membangun dan memajukan tanah pekebun kecil melalui penyatuan tanah untuk diurus dengan lebih ekonomik dengan penggunaan teknologi baru yang bersesuaian serta pemasaran yang efisien. 3. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi melalui pelaksanaan projekprojek sampingan yang sesuai bagi menambah pendapatan pekebun kecil. FASAL 4 PENYERTAAN Keahlian projek ini terdiri daripada: 1. PESERTA Mereka yang mempunyai tanah dan menyertai projek Tanam Semula Berkelompok ________________________________________ 2. PENASIHAT PRN/PRD/PRJ/PRB atau wakil dengan sendirinya dilantik menjadi penasihat dan mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang ditentukan oleh RISDA dari semasa ke semasa. FASAL 5 HAK – HAK KEWAJIPAN PESERTA Peserta 1. Berhak bersuara, mengundi dan menjadi calon dalam Mesyuarat Agung. 2. Berhak memberi pendapat dan pandangan untuk kebaikan Projek TSB melalui ahli Jawatankuasa TSB.


49 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH Kewajipan Peserta 1. Mematuhi prosedur - prosedur TSB yang terkandung dalam Undang-Undang Kecil serta keputusan Mesyuarat Agung, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa JKPK dan Jawatankuasa JKPP. FASAL 6 MESYUARAT AGUNG 1. Merupakan kuasa tertinggi dalam TSB. Di dalam mesyuarat ini, peserta berhak hadir dan mempunyai satu undi. 2. Terbahagi kepada tiga jenis: 2.1 Mesyuarat Penubuhan i. Mesyuarat Penubuhan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab RISDA untuk penubuhan Tanam Semula Berkelompok (TSB). Agenda Mesyuarat Penubuhan adalah seperti berikut: a) Persetujuan Undang-undang Kecil b) Pelantikan Jawatankuasa TSB c) Persetujuan penubuhan Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) dan Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) 2.2 Mesyuarat Agung Tahunan i. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan selepas akhir tahun kewangan ada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa TSB. Notis Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah dikeluarkan tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh Mesyuarat Agung. Notis ini hendaklah


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 50 mengandungi butiran tarikh, waktu, tempat dan cadangan usul daripada peserta. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut: a) Membentang laporan Jawatankuasa berkenaan dengan kemajuan dan perjalanan TSB tahun sebelum. b) Membentang dan menerima penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelum. c) Memilih Jawatankuasa mengikut Fasal 7 dan 2 orang Juruaudit Dalam untuk tahun yang akan datang mengikut Fasal 10. 2.3 Mesyuarat Agung Khas i. Mesyuarat Agung Khas bagi TSB ini boleh diadakan: a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau b) Atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah peserta dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. ii. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh pesertapeserta hendaklah diadakan pada satu tarikh, tidak melebihi daripada 30 hari daripada tarikh penerimaan permintaan untuk mengadakan mesyuarat itu. iii. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedar kepada tiaptiap peserta oleh setiausaha sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.


51 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 2.4 Kuorum Mesyuarat i. Jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung atas permintaan peserta-peserta maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurangkurangnya enam (6) bulan daripada tarikh itu Mesyuarat Agung Khas atas permintaan pesertapeserta dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. ii. Kuorum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada setengah 1/2 daripada jumlah peserta TSB. Semua perbahasan melainkan pindaan Undang-Undang Kecil hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi peserta-peserta yang hadir. Pengerusi tidak mempunyai undi muktamad. Jika undi sama banyak, undi itu dikira kalah. iii. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada sesuatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ; dan jika KUORUM tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah pesertapeserta yang hadir menjalankan mesyuarat tapi tidaklah berkuasa mengubah Undang - Undang Kecil TSB dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua peserta.Undang - Undang Kecil ini tidak boleh ditambah,dikurangi atau dipinda melainkan dengan persetujuan oleh sekurangkurangnya bilangan peserta-peserta yang menjadi KUORUM Mesyuarat Agung.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 52 FASAL 7 JAWATANKUASA 1. Satu Jawatankuasa TSB hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa terdiri daripada: i. Seorang Pengerusi ii. Seorang Setiausaha iii. Seorang Bendahari iv. Ahli Jawatankuasa Biasa (sekurang-kurangnya 2 orang) v. Seorang wakil agensi (jika berkaitan) 2. Pemegang – pemegang jawatan TSB ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas dalam TSB ini hendaklah warganegara Malaysia. 3. Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah di cadang, disokong dan pemilihan dijalankan dengan undian secara sulit atau angkat tangan oleh peserta-peserta di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua Jawatankuasa yang dipilih di bawah Fasal 7(1) boleh dilantik semula tiap-tiap tahun. 4. Tugas Jawatankuasa adalah mengelola, mentadbir dan mengurus TSB dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan TSB dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung, dasar dan prosedur-prosedur RISDA. Jawatankuasa tidak boleh membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu merujuk kepadanya dan Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan. 5. Mengeluarkan surat setuju terima (SST) dan menandatangani perjanjian bersama kontraktor.


53 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 6. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa TSB sekurangkurangnya dua (2) kali setahun. 7. Jawatankuasa TSB hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) untuk membantu mengurus tender/ sebutharga TSB yang terdiri daripada: i. PRN/PRD/PRJ/PRB/ - Pengerusi ii. Setiausaha TSB - Setiausaha iii. Semua AJK TSB - Ahli iv. Ketua Stesen - Ahli 8. JKPP akan mengadakan mesyuarat sekiranya diperlukan. Pengumuman hendaklah disampaikan oleh setiausaha kepada ahli-ahli jawatankuasa tiga (3) hari sebelum tarikh mesyuarat. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat. 9. Jawatankuasa juga hendaklah menubuhkan sebuah JKPK untuk menguruskan Projek pembangunan TSB tersebut. Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) terdiri daripada: i. TPRN/TPRD/TPRJ/TPRB - Pengerusi ii. Ketua Stesen - Setiausaha iii. 2 AJK TSB - Ahli iv. 1 Orang PPPK - Ahli 10. Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) yang dilantik berperanan membantu setiausaha seperti berikut: i. Merancang dan memantau kerja-kerja dilapangan sepanjang kerja-kerja pembangunan dilaksanakan. ii. Memastikan kerja-kerja dilapangan dilaksanakan oleh kontraktor mengikut amalan pertanian baik (GAP) dan


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 54 mengikut spesifikasi kerja yang telah dipersetujui dalam tempoh. iii. Penyediaan Bajet Ladang (TSB 04) bersama-sama Ahli Jawatankuasa TSB. iv. Bertanggungjawab untuk semakan dan pengesahan siap kerja bagi bayaran kepada kontraktor dari akaun TSB. 11. Mengadakan Mesyuarat JKPK sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. 12. Ahli Jawatankuasa TSB yang tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa dua (2) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletak jawatan di dalam Jawatankuasa. 13. Jika seorang ahli Jawatankuasa TSB meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka Jawatankuasa berkuasa melantik peserta lain TSB memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan. 14. Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada setiausaha dan Jawatankuasa lain untuk menjalankan urusan-urusan TSB, melantik sesuatu Jawatankuasa kecil yang difikirkannya mustahak dan menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pegawai atau jawatankuasa kecil kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan TSB. 15. Antara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberi tafsirannya kepada Undang - Undang Kecil ini dan


55 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH apabila mustahak, memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang kecil. 16. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap peserta-peserta adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung. 17. Jawatankuasa boleh memberi kebenaran kepada pengerusi untuk menandatangani apa-apa perjanjian dengan pihakpihak yang berkenaan bersabit dengan perkara-perkara yang boleh memajukan TSB ini. FASAL 8 Tugas Ahli Jawatankuasa Pengerusi TSB i. Menjadi pengerusi pada tiap-tiap Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. ii. Mewakili TSB dimana-mana perjumpaan rasmi. iii. Menandatangani minit-minit mesyuarat setelah disahkan. iv. Pada amnya pengerusi juga hendaklah mengawasi perjalanan TSB. v. Membuat penerangan berkenaan dengan perjalanan TSB kepada peserta-peserta dan orang lain yang memerlukannya. vi. Menandatangani cek-cek TSB bersama-sama dengan setiausaha atau bendahari.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 56 Setiausaha TSB i. Mengurus surat-menyurat bagi TSB. ii. Menyedia dan menyimpan segala rekod TSB. iii. Menyimpan segala dokumen dan rekod TSB yang disediakan oleh RISDA. iv. Menyedia dan menyimpan segala rekod mesyuarat agung dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa. v. Menyedia penyata tahunan dan membentangkannya kepada Mesyuarat Agung vi. Membuat panggilan mesyuarat. vii. Menandatangani cek-cek TSB bersama pengerusi atau bendahari. Bendahari TSB i. Mengutip dan menerima semua wang termasuk Bantuan Tanam Semula daripada RISDA. ii. Menyimpan semua wang dalam bank yang dilantik. iii. Mengeluarkan wang untuk bayaran-bayaran yang diluluskan oleh Jawatankuasa. iv. Menyimpan dan mengemaskini akaun-akaun TSB. v. Menyediakan penyata-penyata kewangan dan membentang penyata-penyata tersebut dalam mesyuarat agung dan apabila diminta oleh pihak RISDA pada bila-bila masa. vi. Menjalankan segala kerja yang diarah oleh Jawatankuasa. vii. Menandatangani cek-cek TSB bersama pengerusi atau setiausaha.


57 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH FASAL 9 KEWANGAN Satu akaun bank atas nama TSB hendaklah dibuka. 1. Wang tabung TSB i. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang kecil ini, wang TSB boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan TSB termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan Juruaudit dalam, tetapi tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda mana-mana peserta yang telah dijatuhkan hukum oleh mahkamah. ii. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1,000.00 pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah ini mestilah dimasukkan dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang dilantik oleh Jawatankuasa. Akaun bank hendaklah di atas nama TSB. iii. Perbelanjaan yang melebihi daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan bagi pentadbiran yang melebihi RM 500.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Jawatankuasa TSB terlebih dahulu. iv. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada TSB akaun bank hendaklah ditandatangani bersama oleh 2 daripada 3 orang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 58 2. Wang tabung Tanam Semula i. Wang Bantuan Tanam Semula daripada RISDA hendaklah digunakan hanya untuk menjayakan kebun tanam semula peserta-peserta. Perbelanjaan atas wang bantuan ini boleh dilakukan dari semasa ke semasa yang difikirkan perlu dan jumlahnya bergantung kepada satusatu keperluan yang terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa TSB. ii. Penyata mengenai wang yang diterima dan dibelanjakan berserta penyata kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Salinansalinannya hendaklah boleh diperolehi untuk makluman peserta-peserta dari alamat yang berdaftar atau dari tempat mesyuarat bagi TSB. FASAL 10 JURUAUDIT DALAM 1. Dua orang yang bukan Jawatankuasa TSB perlu dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit dalam untuk tempoh selama satu tahun. 2. Juruaudit dalam dikehendaki memeriksa rekod dan penyata kewangan TSB, membuat laporan dan mengesahkan untuk kegunaan Mesyuarat Agung. 3. Mereka boleh dikehendaki mengikut keperluan pada bilabila masa oleh pengerusi atau RISDA memeriksa rekod dan penyata kewangan TSB di dalam tempoh jawatan mereka


59 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH seterusnya membuat laporan kepada pengerusi dan RISDA untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa TSB. FASAL 11 PENGAMANAH 1. Tiga orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh TSB dan mereka akan menguruskan harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa. 2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik atau menukar harta kepunyaan TSB dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung peserta-peserta. 3. Seseorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh jawatankuasa oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam Negara atau kerana sebab lain yang menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, peletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pengamanah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan maka kekosongan itu boleh dipenuhkan mengikut budi bicara Jawatankuasa sehingga pengamanah yang baru dilantik didalam Mesyuarat Agung. 4. Pengamanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut Undang - Undang Kecil ini berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 60 FASAL 12 LARANGAN 1. TSB atau peserta-peserta tidak boleh mencuba, menghalang atau dengan apa cara jua mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Undang - Undang Kesatuan Sekerja, 1959. 2. TSB ini tidak boleh menjalankan loteri dan lain-lain kegiatan perjudian atas nama organisasi atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa. 3. Peserta-peserta dilarang membawa perkara-perkara atau unsur-unsur yang berbaur politik dalam perjalanan TSB. FASAL 13 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang - Undang Kecil ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Disahkan oleh: _______________________________________ ( ) Pengerusi Projek Tanam Semula Berkelompok, _______________________________________ ( ) Setiausaha Projek Tanam Semula Berkelompok,


61 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMBINA SERTA MENYIAPKAN KENYATAAN SEBUT HARGA (CONTOH) 1. Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor / pembekal tempatan bai kerja / bekalan / perkhidmatan seperti tajuk di atas dan syarat-syarat berikut : PERINGATAN : “PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DIBAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)” Bil Wajib Berdaftar Dengan : Wajib Hadir Taklimat Tapak Pada : Dokumen Sebut harga dijual dengan harga RM30.00 (Tunai/ Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Pengarah RISDA) pada tempoh dan tempat berikut: 1. RISDA PKK Sijil Taraf Bumiputera Waktu Mula Tarikh Hingga CIDB Gred G1 , Kategori CE , Pengkhususan CE01 & CE21 Tempat Tempat Hari Waktu Ahad hingga Rabu Khamis 9.00 pagi – 12 tengahari & 2.30 petang – 4.00 petang 9.00 pagi – 12 tengahari SEBUT HARGA TUTUP PADA: WAKTU TARIKH TEMPAT DSH 01 2. Dokumen Sebut Harga akan hanya diberikan kepada kontraktor yang memenuhi syarat-syarat berikut : a. Hadir lawatan tapak dalam tempoh yang ditetapkan dan SLIP HADIR akan diberikan semasa lawatan tapak. b. Membawa sijil ASAL PKK yang sah tempoh lakunya beserta satu salinan fotostat. c. Hanya penama di dalam Sijil Taraf Bumiputera (STB), Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang boleh menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat sebut harga. Kontraktor / syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam STB, PPK dan SPKK. 3. Waktu urusan pembelian dan pertanyaan mengenai sebutharga seperti berikut : 4. Bagi tawaran kerja, Dokumen Sebutharga yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dengan nombor dan tajuk sebutharga dicatatkan dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di tempat sepertimana jadual di atas. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat ber-lakri yang berasingan. DSH 01


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 62 SURAT PELAWAAN SEBUTHARGA 1. Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan memiliki ……………………………………………. oleh Pusat Khidmat Kontraktor ……………………………………………………………….. oleh CIDB dalam …………………yang masih sah laku pendaftaran untuk menyertai sebutharga ini. 2. Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri dan bertulis nombor tawaran disebelah kiri atasnya dan dimasuk ke dalam Peti Tawaran yang terletak di …………………………….sebelum atau pada …………….. jam ……………….. 3. Syarat-syarat sebutharga, pelan lukisan serta ringkasan sebutharga dikembarkan bersama-sama ini. 4. Kontraktor adalah diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak pada ………….. jam ……… Taklimat akan di sampaikan hanya sekali sahaja dan pihak kontraktor dikehendaki berkumpul di ……………………….. pada tarikh dan masa yang telah di tetapkan di atas. 5. Jawatankuasa TSB tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga lain. 6. Sedemikian, kerjasama dari tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, ……………………………………... Setiausaha TSB …………………… S.k. PRN/PRD/PRJ/PRB PERHATIAN: SILA ISI DENGAN PENUH / TANDATANGAN BORANG SEBUTHARGA DAN KEMBALIKAN DENGAN SAMPUL SURAT YANG DISEDIAKAN. No. Sebutharga : …………………………………………………. Sebutharga : …………………………………………………. …………………….…………………………… Pembekal/Kontraktor : …………………………………………………. Alamat : …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. DSH 02 Pengerusi TSB ................................... ................................... Kepada : ................................... ................................... Tarikh : ................... DSH 02


63 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH COP SYARIKAT : NO.SIRI : Dokumen Sebutharga No. Sebutharga : TAJUK No. Pendaftaran SSM : ____________ Tarikh iklan : ____________ Tarikh lawat tapak : ____________ Tarikh buka s/harga : ____________ Tarikh tutup s/harga : ____________ Tempoh siap kerja : _____ minggu Denda : RM 100.00/hari Penyata Bank : 3 BULAN TERKINI PERINGATAN: SATU PEMBEKAL DIBENAR MENAWARKAN SATU TAWARAN SAHAJA BORANG S/HARGA WAJIB DILETAKKAN HARGA DAN WAJIB DITANDATANGANI PERINGATAN: “PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (AKTA 694)” DSH 03 (1/6) DSH 03 (1/6)


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 64 DOKUMEN SEBUTHARGA (Gunakan Sampul Surat yang tersedia apabila membuat Sebutharga) NO SEBUTHARGA : JENIS KERJA JENIS TANAMAN HEKTAR/EKAR TSB : DAERAH: MUKIM: NEGERI: 1. Merujuk kepada kerja di atas dengan butir-butir lanjut seperti dinyatakan dibawah ini yang akan dijalankan dan dilaksanakan sehingga sempurna di Tanam Semula Berkelompok (TSB) yang telah diteliti dan saya fahami dan merujuk kepada dan berdasarkan syarat-syarat peruntukan yang terkandung dalam Borang Sebutharga ini. 2. Jadual Penentuan Kerja, Pelan dan kesemua dokumen-dokumen yang lain sama ada yang khusus dirujukkan dalam Borang ini atau sebaliknya yang dirujukan secara menyeluruh sebagai dokumen kontrak atau menjadi kontrak yang mana butir-butir, syarat-syarat peruntukan, dokumen-dokumen telah saya baca, teliti, fahami dan bersetuju mematuhinya. BIL *JENIS PEKERJAAN HARGA SEHEKTAR JUMLAH i) Menebang / Menolak RM RM ii) Memerun, Mengumpul dan Membersihkan kawasan RM RM iii) Membajak dan Menyikat RM RM iv) Memancang, Membaris,Melubang dan menanam RM RM v) Penyelenggaraan Kebun (2 Pusingan) RM RM vi) Upah Membaja (3 Pusingan) RM RM vii) Kawalan Penyakit dan Musuh RM RM viii) Membuat Teres (Semeter) RM RM ix) Tolak : Nilai Kayu Getah RM RM JUMLAH: RM RM Jadual 1 : Nilai Tawaran Sebutharga DSH 03 (2/6) DSH 03 (2/6)


65 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 4. TAFSIRAN Dalam kenyataan ini istilah-istilah ‘TSB’ bererti Tanam Semula Berkelompok. ‘Kontraktor’ bererti orang perseorangan / syarikat yang membuat sebutharga. 5. TAWARAN SEBUTHARGA BAGI SESEBUAH TSB Sebutharga boleh ditawarkan satu atau lebih bagi sesebuah TSB dengan menggunakan Borang Sebutharga yang berasingan untuk setiap kerja. 6. LAWATAN TAPAK, DOKUMEN PERJANJIAN DAN SYARAT-SYARAT KONTRAK Kontraktor sendiri dianggap, sebelum membuat sebutharga bagi sesuatu TSB telah : i) Melawat dan memeriksa setiap lot tanah yang termasuk dalam satu-satu TSB. ii) Memeriksa, meneliti, membaca dan memahami semua dokumen perjanjian berkaitan dengan sebutharga ini (yang boleh didapati dari Pejabat RISDA yang berkenaan). iii) Membuat perhitungan dalam sebutharga atas segala kerumitan dan kemungkinan lain berkaitan dengan tapak kerja dan juga untuk mematuhi dan menunaikan kehendak sebarang perkara dalam kesemua dokumen perjanjian yang tersebut itu. 7. PEMBAYARAN WANG PEGANGAN DAN MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN Kontraktor yang berjaya dikehendaki mematuhi dan menunaikan syarat-syarat di bawah ini: i) Membayar wang pegangan - banyaknya seperti yang tertera di Jadual 1 dalam surat kenyataan sebutharga ini atau seperti yang dinyatakan oleh AJK TSB dalam dokumen lain dalam bentuk wang tunai bank (dalam borang yang diterakan oleh AJK TSB). ii) Menandatangani surat perjanjian yang akan disediakan oleh JAWATANKUASA TSB dalam masa empat belas (14) hari mulai daripada tarikh surat penerimaan sebutharga atau pada tarikh yang akan ditetapkan oleh JAWATANKUASA TSB dalam penerimaan sebutharga. iii) Sekiranya kontraktor yang berjaya gagal mematuhi dan menunaikan kedua-dua syarat yang tersebut di atas, kontraktor yang berjaya itu dianggap telah menolak penerimaan sebutharga oleh JAWATANKUASA TSB. Dengan demikian, JAWATANKUASA TSB berhak memberikan kontrak ini kepada sebarang orang atau kontraktor yang lain. 8. BAYARAN SIAP KERJA DAN WANG PEGANGAN i) Bayaran siap kerja akan hanya dilakukan apabila kerja telah disempurnakan dan memuaskan pihak AJK TSB. ii) Bayaran wang pegangan akan dipulangkan selepas tiga puluh hari (30) dari tarikh bayaran siap kerja dilakukan dan tiada sebarang tuntutan ke atas kontraktor. DSH 03 (3/6) DSH 03 (3/6)


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 66 DSH 03 (4/6) 9. MEMULAKAN KERJA Kontraktor yang berjaya dikehendaki memulakan dan melaksanakan kerja selewat-lewatnya dalam masa empat belas (14) hari mulai daripada tarikh surat setuju terima ditandatangani oleh kontraktor. 10. POTONGAN KERANA KELEWATAN MENYIAPKAN KERJA Kontraktor yang gagal untuk menyiapkan kerja mengikut tarikh-tarikh seperti yang disyaratkan akan didenda sebanyak RM 100.00 sehari bagi tiap-tiap hari kelewatan berlaku untuk tiap-tiap peringkat kerja dan wang ini akan dipotong daripada bayaran kemajuan dan sekiranya tidak cukup, daripada wang pegangan. 11. CARA MENGISI DAN KIRIMAN DOKUMEN SEBUTHARGA Untuk menerima pertimbangan pada setiap sebutharga, kontraktor dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan berikut : i) Melengkapkan dan menandatangani borang sebutharga. ii) Borang sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tersedia dan yang sudah beralamat dan dimeterai dan sampul surat ini hendaklah dihantar kepada AJK TSB di alamat Pejabat RISDA yang berkenaan tidak lewat daripada jam dan tarikh tutup sebutharga yang tersebut. 12. PENERIMAAN SEBUTHARGA AJK TSB tidak mengikat dirinya untuk menerima sebarang sebutharga dan tidak perlu memberi sebarang sebab menolak sebarang sebutharga secara menyeluruh atau sebahagian daripadanya. 13. DOKUMEN-DOKUMEN KONTRAK Kenyataan sebutharga ini hendaklah dibaca dan diertikan sebagai sebahagian daripada dokumen-dokumen kontrak. DSH 03 (4/6)


67 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH …………………………………………………. (Tandatangan Pengarah/Pemilik/Wakil Yang Diberi Kuasa dan Cap Syarikat) Nama : No. K/P : Tarikh : ……………………………………………….. (Tandatangan Saksi) Nama : No. K/P : Tarikh : TSB : No. Sebutharga : DSH 03 (5/6) 14. Bahawasanya saya bersetuju : a) Menandatangi surat perjanjian yang akan disediakan oleh Jawatankuasa TSB dalam masaempat belas (14) hari mulai daripada Surat Setuju Terima (DSH04) atau pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa TSB. b) Surat Setuju Terima (DSH04) daripada Jawatankuasa TSB akan menjadi satu kontrak yang sah dan berkuatkuasa antara saya dan Jawatankuasa TSB sehingga Dokumen Perjanjian ditandatangan. c) Memulakan kerja selewat-lewatnya dalam masa empat belas (14) hari mulai dari tarikh DSH04) ditandatangani dan melaksanakan kerja sehingga siap sempurna menurut peruntukan-peruntukan dokumen perjanjian. d) Wang pegangan sebanyak lima (5) peratus daripada nilai kontrak akan diberikan kepadaJawatankuasa TSB. Wang pegangan ini akan hangus dan menjadi hakmilik Jawatankuasa TSBpada bila -bila masa sekiranya saya melanggar sebarang syarat menurut dokumen perjanjian. e) Bahawasanya kedudukan kewangan saya adalah kukuh untuk meneruskan kerja-kerja berkenaanhingga sempurna tanpa bergantung kepada bayaran kemajuan kerja. f) Menyempurnakan dan menyiapkan kerja-kerja seperti yang disyaratkan dalam dokumen perjanjiandan akan selesai sebelum tarikh ……………………………………….. 15. Saya mengaku bahawa semua butir-butir yang diisi didalam “Borang Keterangan Kontrak” (dilampirkan) adalah benar. DSH 03 (5/6)


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 68 A. PERIHAL KONTRAKTOR 1. Jenis Perniagaan: Perseorangan / Berkongsi / Syarikat 2. Jika berkongsi, sila isi butir-butir seperti berikut :- 3. Adalah perniagaan ini didaftar : Ya / Tidak 4. Jika berdaftar, sila berikan butir-butir : - 5. Bayaran modal sekarang : RM____________________ B. PENGALAMAN KONTRAKTOR 1. Projek ladang yang dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun yang lalu 2. Pengalaman Lain : BORANG KETERANGAN KETERANGAN LANJUT BERKAITAN DENGAN KONTRAKTOR DAN PENGALAMANNYA Nama Ahli Alamat Bahagian Modal Peranan No Pendaftaran: Tarikh Pendaftaran: Nama Projek Lokasi Nilai (RM) Jenis Tanaman Luas (Hek) Tarikh Projek Pemilik Projek NAMA KONTRAKTOR: TANDATANGAN: Nota: *Borang ini mesti dikembalikan bersama-sama dengan Borang Sebutharga. * Sila kepilkan lampiran tambahan jika ruangan tidak mencukupi. DSH 03 (6/6) DSH 03 (6/6)


69 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH Pengerusi TSB ………………………………….. ………………………………….. Kepada: ................................................ ………………………………….. Tarikh : ……………………….. Tuan, SURAT SETUJU TERIMA 1. Berhubung dengan kerja yang tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tanam Semula Berkelompok dipanggil Ahli Jawatankuasa TSB dengan ini menerima tawaran sebutharga tuan untuk menjalankan kerja-kerja dengan kadar yang ditentukan di bawah dan mengikut syarat yang terkandung di dalam Dokumen Perjanjian, perincian, surat penerimaan tawaran ini dan juga semua dokumen-dokumen sama ada dimaksudkan disini atau tidak yang dipanggil ‘Dokumen Perjanjian’ yang menjadi perjanjian ini. NAMA TSB LUAS (HEKTAR) KERJA NO KONTRAK BIL *JENIS PEKERJAAN HARGA SEHEKTAR JUMLAH i) Menebang / Menolak RM RM ii) Memerun, Mengumpul dan Membersihkan kawasan RM RM iii) Membajak dan Menyikat RM RM iv) Memancang, Membaris,Melubang dan menanam RM RM v) Penyelenggaraan Kebun (2 Pusingan) RM RM vi) Upah Membaja (3 Pusingan) RM RM vii) Kawalan Penyakit dan Musuh RM RM viii) Membuat Teres (Semeter) RM RM ix) Tolak : Nilai Kayu Getah RM RM JUMLAH: RM RM DSH 04 (1/2) DSH 04 (1/2)


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 70 1. Berhubung dengan kerja yang tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa 2. Tarikh penerimaan dan permulaan kerja ialah pada ………………... Tarikh kerja-kerja tersebut di atas hendaklah disiapkan pada ………………… atau tarikh yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa TSB. 3. Wang pegangan bagi kontrak ini berjumlah RM ……………….. dan perlu diserahkan kepada Pengerusi/Bendahari Jawatankuasa TSB untuk disimpan. 4. Dokumen Perjanjian dalam proses penyediaan dan pihak tuan akan dihubungi apabila siap untuk ditandatangani. ………………………………………………………………………………………………… PENGAKUAN KONTRAKTOR Yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengaku menerima Surat Setuju Terima, dimana satu salinan telah dihantar kepada penandatangan bersetuju kepada syaratsyarat yang ditetapkan dan yang terkandung di dalam Dokumen Perjanjian dan seterusnya yang Surat Setuju Terima ini akan dibawa sebahagian daripada kontrak. ……………………………………………… …. (Tandatangan Pengarah/Pemilik/Wakil Yang Diberi Kuasa dan Cap Syarikat) Nama : No. K/P : Tarikh : ……………………………………………….. (Tandatangan Saksi) Nama : No. K/P : Tarikh : ……………………………………………… …. (Tandatangan Pengerusi TSB) Nama : No. K/P : Tarikh : ……………………………………………….. (Tandatangan Saksi) Nama : No. K/P : Tarikh : DSH 04 (2/2) DSH 04 (2/2)


71 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH DOKUMEN PERJANJIAN Surat Perjanjian ini dibuat pada …………………... Di antara …………..………………………………………………………………………………………… Pengerusi sebagai wakil yang sah bagi Ahli Jawatankuasa Tanam Semula Berkelompok dan …………………………………………………………………………………………………… No Kad pengenalan / No pendaftaran: ………………………………………………………. Keterangan Projek: Kampung : ………………………………… Mukim : ……………… Dun : ………………… Dalam Surat Perjanjian Ini Disaksikan Berikut :- Bahawa Jawatankuasa TSB yang mewakili ……………………………………………….. Pekebun kecil yang memiliki kebun getah (kemudian daripada ini dipanggil “Tanah Tersebut” menghendaki dilaksanakan kerja-kerja seperti terkandung dalam Jadual 1 dalam prosedur-prosedur, syarat-syarat kerja, dan menerima tawaran / sebutharga kontraktor untuk melaksanakan kerja itu di …………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………… Bahawa sebagai balasan kepada bayaran-bayaran yang akan dibuat oleh Jawatankuasa TSB kontraktor bersetuju menerima dan sanggup melaksanakan kerjakerja tersebut mengikut syarat-syarat dan prosedur-prosedur yang terkandung dalam Surat Perjanjian ini. Huruf-huruf dan rangkaian kata yang terdapat dalam Perjanjian ini adalah mempunyai makna yang sama seperti yang telah diperuntukkan kepadanya dalam syarat kontrak yang dimaksudkan selepas ini. Bahawa Jawatankuasa TSB hendaklah membayar kontraktor atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan mengikut syarat-syarat dan prosedur perjanjian, harga tawaran seperti di jadual 1 mengikut cara yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. Dokumen A (1/2) Dokumen A (1/2)


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 72 Bahawa tawaran ini hendaklah disifatkan sebagai bermula pada tarikh-tarikh dibuat ataupun pada tarikh Perjanjian dimaterkan yang mana satu terdahulu. Bahawa segala dokumendokumen seperti dalam Jadual 2 dan arahan-arahan pindan yang dikeluarkan berikutnya dan semuanya ini disatukan dan hendaklah dibaca dan disifatkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Pembangunan ini. Jadual 2: Dokumen-Dokumen Meliputi Perjanjian Ini A. Surat Setuju Terima (SST) B. Dokumen Perjanjian (Dokumen A) C. Syarat-syarat dan Prosedur (Dokumen B) D. Tambahan (Appendix) (Dokumen C) E. Penentuan Kerja (Dokumen D) BIL *JENIS PEKERJAAN HARGA SEHEKTAR JUMLAH i) Menebang / Menolak RM RM ii) Memerun, Mengumpul dan Membersihkan kawasan RM RM iii) Membajak dan Menyikat RM RM iv) Memancang, Membaris, Melubang dan menanam RM RM v) Penyelenggaraan Kebun (2 Pusingan) RM RM vi) Upah Membaja (3 Pusingan) RM RM vii) Kawalan Penyakit dan Musuh RM RM viii) Membuat Teres (Semeter) RM RM ix) Tolak : Nilai Kayu Getah RM RM JUMLAH: RM RM ……………………………………………… (Tandatangan Pengerusi Jawatankuasa TSB) Nama : No. K/P : Tarikh : ………………………………………… (Tandatangan Saksi) Nama : No. K/P : Tarikh : ……………………………………………… (Tandatangan Pengarah/Pemilik/Wakil Yang Diberi Kuasa dan Cap Syarikat) Nama : No. K/P : Tarikh : ………………………………………………. (Tandatangan Saksi) Nama : No. K/P : Tarikh : DENGAN INI DISAKSIKAN bahawa pihak-pihak berkenaan dalam Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka dan tarikh tertulis di atas. Jadual 1: Jenis Kerja dan Harga Tawaran Dokumen A (2/2) Dokumen A (2/2)


73 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH NAMA PROJEK PELAN KAWASAN KERJA Dokumen B Dokumen B


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 74 DOKUMEN C SYARAT-SYARAT DAN PROSEDUR-PROSEDUR YANG DIMAKSUDKAN TERDAHULU A. Dalam perjanjian (kemudian daripada ini ditaksirkan) perkataan-perkataan dan istilah-istilah berikut hendaklah diertikan: i. “RISDA” – Ertinya The Rubber Industry Smallholders Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. ii. “Pengerusi J/Kuasa TSB” ertinya Pengerusi/Ahli Jawatankuasa yang dilantik secara rasmi oleh semua peserta-peserta TSB melalui Mesyuarat Agung sebagai wakilnya untuk maksud perjanjian ini. iii. “Kontraktor” ertinya orang atau orang-orang perkongsian firma atau syarikat yang tawarannya telah diterima oleh JAWATANKUASA TSB termasuklah wakil dan penggantinya yang tertentu. iv. “Kerja” atau Kerja-Kerja” ertinya semua atau sebahagian semua barang-barang, alat-alat dan perkakas yang diperlukan bagi pelaksanaan kerja sama ada berada di kawasan atau tidak. v. “Kawasan: ertinya tanah atau tempat di mana kerja-kerja hendaklah dilaksanakan atau dibuat oleh Kontraktor. vi. “Kelulusan” (atau “arahan”) ertinya kelulusan, kebenaran atau arahan bertulis oleh Ahli Jawatankuasa Tanam Semula Berkelompok. vii. Semua sukatan, ukuran, pelan, perincian dalam Dokumen Perjanjian hendaklah mengikut “Matric Legal Standard Measure”.


75 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH B. “Kontraktor” hendaklah: i. Membuat, melaksana dan menyiapkan semua kerjakerja mengikut syarat-syarat dan prosedur seperti dalam perjanjian ini, melainkan apabila menerima arahan bertulis daripada Ahli Jawatankuasa TSB memberhentikan atau jangan melaksanakan kerja atau kerja-kerja tersebut. ii. Kerja atau kerja-kerja yang mana Kontraktor telah diarahkan memberhentikan atau jangan melaksanakannya hendaklah dianggap sebagai terkeluar dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 1. Kontraktor hendaklah membuat, melaksana dan menyiapkan kerja-kerja mengikut Perjanjian arahan yang berpatutan dan memuaskan hati Ahli Jawatankuasa TSB yang mana mengikut budi bicara dan arahan penjelasan-penjelasan (kemudian daripada ini dipanggil “Arahan Ahli Jawatankuasa TSB” berhubung dengan :- i. Pindahan, tambahan atau penukaran atas sebarang perubahan kerja. ii. Perlaksanaan kerja berperingkat hendaklah dilaksanakan dengan bilangan buruh yang diperlukan dan tarikh penyiapan bagi satu-satu peringkat kerja. 2. Kontraktor hendaklah mematuhi dan melaksanakan kerja-kerja mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan. Jika terdapat perubahan spesifikasi kerja JKPK perlu membuat semakan terhadap perubahan tersebut dan dimajukan untuk kelulusan JAWATANKUASA TSB Perubahan spesifikasi kerja hendaklah disahkan dengan bertulis oleh JAWATANKUASA TSB kepada Kontraktor dalam tempoh 7 hari dan sekiranya tiada bantahan


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 76 oleh Kontraktor secara bertulis kepada JAWATANKUASA TSB dalam masa 7 hari selanjutnya, maka ianya hendaklah disifatkan sebagai arahan yang dipersetujui oleh kontraktor. 3. Kontraktor hendaklah mematuhi dan membuat pemberitahuan yang dikehendaki oleh undang-undang dan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Kerajaan yang kena mengena dengan kerja-kerja dan hendaklah melepaskan RISDA dan JAWATANKUASA TSB daripada apa-apa tuntutan guaman dan bayaran yang dikehendaki oleh undang-undang berkenaan atau apa-apa tuntutan dari mana-mana pihak. 4. Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada JAWATANKUASA TSB secara bertulis dengan terperinci segala perubahan kerja yang hendak dilakukan. Jika Kontraktor tiada menerima maklumbalas daripada JAWATANKUASA TSB dalam tempoh 14 hari, maka Kontraktor harus meneruskan kerja sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian asal. 5. Kontraktor hendaklah menyediakan semua keperluan termasuklah alat-alat dan lain-lain untuk melaksanakan kerjakerja. 6. Kontraktor hendaklah melantik penyelia yang mahir dan mampu untuk menerima arahan lisan dalam Bahasa Kebangsaan. Arahan atau penjelasan yang diberikan kepadanya hendaklah dianggap sebagai tugasan diberi kepada Kontraktor. 7. JAWATANKUASA TSB dan atau wakilnya adalah berhak masuk melawat ke dalam kawasan dan tempat kerja pada bila-bila masa. 8. Bayaran balik atau pengambilan oleh Kontraktor, hendaklah dipotong daripada jumlah pembayaran berikutnya kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini, atau lain Perjanjian dengan JAWATANKUASA TSB dengan syarat peruntukan ini tidak


77 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH melibatkan lain-lain tindakan undang-undang yang mana JAWATANKUASA TSB berhak mengambil balik wang seperti itu. 9. a) Apa-apa kerosakan atau ketidaksempurnaan kerja, jangkamasa tanggungan kerosakan sebagai yang tercatat di dalam Tambahan (Appendix) atau kalau tidak tercatat, dalam masa 30 hari hendaklah diperbaiki dengan segera setelah mendapat arahan bertulis daripada JAWATANKUASA TSB dan segala perbelanjaannya ditanggung oleh Kontraktor. b) Jika Kontraktor gagal mematuhi dan melaksanakan arahan seperti (a) maka JAWATANKUASA TSB boleh memperbaiki kerja-kerja berkenaan dengan cara yang difikirkannya baik dan semua perbelanjaan hendaklah dipotong daripada baki wang pegangan ataupun mengambil balik daripada Kontraktor melalui tindakan undang-undang (ligudated amount by action). 10. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab keseluruhannya bagi mematuhi semua syarat-syarat dan prosedur-prosedur seperti yang termaktub di dalam Dokumen Perjanjian. 11. Kontraktor hendaklah membayar gaji yang berpatutan mengikut: a) Kadar-kadar dan syarat-syarat penggajian perindustrian (Industry Rate and Condition) tempatan. b) Jika (a) di atas tiada, hendaklah mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat Penggajian Perindustrian Daerah berhampiran atas kerja-kerja yang sama atau hampir sama. c) Jika (a) dan (b) di atas tiada, hendaklah mengikut kadarkadar dan syarat-syarat penggajian yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi kerja-kerja yang sama atau hampir sama.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 78 12. Jika ada perbalahan berkenaan gaji seperti dalam para 10 di atas, ianya hendaklah dirujuk kepada Pesuruhjaya Buruh. 13. Kontraktor hendaklah mematuhi dan memenuhi kehendak syarat-syarat “Employees Provident Fund Ordinance, 1951 (EPF)” dan pindaannya bagi semua buruh termasuk buruh Kontraktor kecil. 14. Kontraktor hendaklah mengambil pekerja daripada Warganegara Malaysia dan mengutamakan rakyat tempatan. Remaja yang berumur 14 tahun di bawah tidak layak diambil sebagai pekerja. 15. Kontraktor hendaklah menyimpan buku rekod gaji buruh yang mengandungi kenyataan seperti masa bekerja dan gaji dibayar dan lain-lain kenyataan yang diperlukan dan hendaklah mengemukakan buku tersebut kepada JAWATANKUASA TSB bila-bila masa dikehendaki untuk disemak. 16. Jika sekiranya Kontraktor gagal membayar gaji dan pekerja berkenaan mengadu kepada Pejabat Buruh dan didapati sabit pengaduannya maka JAWATANKUASA TSB boleh membayar tuntutan itu kepada Jabatan Kontraktor dan memotongnya daripada harga tawaran. 17. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab sendiri dan melepaskan JAWATANKUASA TSB daripada segala tuntutan akibat kerosakan dan kehilangan hartabenda, kemalangan dan kematian orang dan lain-lain melainkan yang diakibatkan oleh bencana alam di luar kekuasaannya. 18. Kontraktor hendaklah sebelum memulakan kerja-kerja dan dengan perbelanjaan sendiri, mengambil perlindungan “Contractor All Risks” daripada PROTAC Insurance Brokers Sdn. Bhd. yang diakui bagi melindungi semua pekerja-pekerjanya dan dengan ini melepaskan Kontraktor dan JAWATANKUASA TSB daripada apa-apa tuntutan gantirugi oleh pekerja dalam tawaran ini.


79 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 19. Kerja-kerja boleh dimulakan hanya selepas Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani dan wang pegangan dijelaskan, melainkan dengan kebenaran JAWATANKUASA TSB. Pemilikan kawasan hendaklah diberi atau sebelum “tarikh pemilikan” seperti tercatat dalam Tambahan Appendix. 20. Jikalau Kontraktor gagal menyiapkan kerja-kerja mengikut jadual seperti dalam Appendix atau pada masa tambahan yang diberi seperti di bawah para 18 dan JAWATANKUASA TSB mengesahkan ianya sepatutnya boleh disiapkan, maka JAWATANKUASA TSB boleh mengenakan denda atas kadar seperti tercatat dalam Appendix selama kerja itu tidak siap dan menilai serta memotong nilaian kerosakan tersebut daripada wang pegangan. 21. Jikalau JAWATANKUASA TSB berpendapat kelewatan menyiapkan kerja-kerja itu disebabkan oleh munasabah seperti di luar kawalan, cuaca luar biasa, arahan tertentu oleh Pegawai Penguasa akibat perbalahan jiran, pemilik mogok dan sebagaimana yang tidak dapat dielakkan, dipertimbangkan untuk diterima alasan untuk tidak menyiapkan kerja-kerja itu. 22. Jikalau Kontraktor gagal mematuhi arahan-arahan bertulis dalam masa tiga hari daripada penerimaannya, JAWATANKUASA TSB boleh mengambil dan membayar gaji buruh-buruh untuk melaksanakan kerja-kerja yang mustahak disiapkan dan memotong perbelanjaan ini daripada wang tawaran. 23. Tawaran ini boleh diberhentikan sekiranya: i. Kontraktor tanpa sebab-sebab yang munasabah, gagal memulakan, melaksanakan dan atau menyiapkan ataupun sengaja ingkar untuk melaksanakan kerjakerja mengikut syarat-syarat dan prosedur seperti yang terkandung didalam Perjanjian ini dan didapati


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 80 tiada kemajuan selepas 7 hari daripada pemberitahuan tersebut. ii. Kontraktor diisytiharkan muflis (Bankruptcy) iii. Dengan pemberhentian tersebut di atas, JAWATANKUASA TSB berhak mengambil alih kawasan termasuk bahanbahan dan alat-alat yang digunakan untuk pelaksanaan kerja-kerja ini dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja yang terbengkalai sehingga siap mengikut syaratsyarat dan prosedur seperti mana yang terkandung di dalam perjanjian ini. Semua bayaran kepada Kontraktor hendaklah dibekukan sehingga semua kerja-kerja di bawah perjanjian ini siap. JAWATANKUASA TSB dalam masa berpatutan hendaklah menyediakan penyata perbelanjaan yang sebenarnya ditanggung oleh JAWATANKUASA TSB dan jika jumlah ini melebihi, perbezaan ini hendaklah disifatkan sebagai hutang dan jumlah itu kurang daripada jumlah baki yang sepatutnya dibayar kepada Kontraktor perbezaan itu hendaklah dibayar kepada Kontraktor. Jika kerja-kerja itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa TSB sendiri, perbelanjaan mengelola, faedah, susut nilai atas jentera dan lain-lain perbelanjaan hendaklah dimasukkan di dalam perbelanjaan yang sebenarnya jika kerja-kerja ini dibuat oleh Kontraktor. 24. Jika semasa melaksanakan kerja-kerja dalam Perjanjian ini terjadi peperangan, rusuhan, mogok kebangsaan, gempa bumi, banjir besar, pemberhentian, Perjanjian hendaklah diselesaikan atas dasar tolak ansur oleh kedua pihak iaitu antara JAWATANKUASA TSB dan Kontraktor dan sekiranya tiada persetujuan dicapai ianya hendaklah diselesaikan oleh orang tengah.


81 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 25. Apabila Kontraktor telah menyiapkan kerja keperingkat seperti dalam Appendix atau mengikut budibicara JAWATANKUASA TSB dan memenuhi syarat-syarat Perjanjian ini maka JAWATANKUASA TSB hendaklah mengeluarkan surat pengesahan atas anggaran jumlah nilaian kerja yang telah disiapkan pada tarikh surat siap kerja disediakan. Dalam beberapa lama tetapi tidak melebihi daripada bilangan seperti di dalam Appendix selepas pengeluaran surat. JAWATANKUASA TSB hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor berdasarkan kepada surat siap kerja berkenaan. Bayaran seumpama itu, selepas menimbangkan bayaran yang dibuat terdahulunya dan potongan ‘Wang Pegangan, hendaklah tidak melebihi kerja-kerja dan atau bahan-bahan yang telah diakui, dilaksanakan atau dibekalkan. Peratus baki seperti dalam Appendix yang disimpan (kemudian daripada ini dinamakan ‘Wang Pegangan’) adalah sebagai tambahan kepada ‘Wang Pegangan mengikut syarat-syarat didalam Perjanjian ini. Surat siap kerja yang dikeluarkan oleh JAWATANKUASA TSB hendaklah tidak disifatkan sebagai bukti kepuasan kerja dan melepaskan Kontraktor daripada tanggungjawabnya untuk memperbaiki segala kecacatan dan kerosakan dan lain-lain seperti yang termaktub di dalam Perjanjian ini. Wang pegangan ini hendaklah dipegang dan tiada boleh dibayar kepada Kontraktor sehingga kerja-kerja itu telah sempurna dikerjakan mengikut syarat-syarat dan prosedur-prosedur di dalam Perjanjian ini dan juga memuaskan pihak JAWATANKUASA TSB. 26. Wang Pegangan (atau baki yang sepatutnya dibayar kepada Kontraktor) hanya dikembalikan kepada Kontraktor apabila semua kerja-kerja telah siap, mengikut syarat-syarat Perjanjian dan apa-apa kerosakan dan kecacatan jika telah ada diperbaiki


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 82 dan memuaskan Pegawai Penguasa, tertakluk kepada jadual dalam Appendix. Bagi kontrak kerja bernilai lebih daripada RM20,000 hendaklah dikenakan wang pegangan sebanyak lima (5) peratus daripada nilai kontrak dan dimasukkan ke dalam akaun TSB. Wang Pegangan hendaklah diambil oleh JAWATANKUASA TSB jika didapati Kontraktor ingkar atau tidak mahu mematuhi dalam Perjanjian ini. 27. Segala pertelingkahan atau perbalahan pendapat atau gagal mencapai persetujuan di antara Kontraktor dengan JAWATANKUASA TSB semasa melaksanakan atau sesudah siap kerja-kerja ini, hendaklah dirujukkan kepada PRN/PRD/PRJ/ PRB untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. Sekiranya Kontraktor dalam masa 14 hari selepas menerimanya, membangkang atas pandangan dan nasihat tersebut, maka perkara itu bolehlah dirujukkan dan Pengadil atau Pendamai yang dilantik dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dan keputusannya adalah muktamad. 28. Sekiranya berlaku kerosakan pada batu sempadan, tanda atau pancang, maka ganti rugi mengukur semula, kos batu sempadan dan kos lain hendaklah dibayar oleh kontraktor kepada JAWATANKUASA TSB. Jika kontraktor gagal membayar ganti rugi maka potongan akan dibuat dari mana-mana surat Bayaran Kontraktor dengan kadar tidak kurang daripada RM600/- tiap-tiap satu unit batu sempadan.


83 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH DOKUMEN D TAMBAHAN (APPENDIX) RUJUKAN KEPADA SYARAT-SYARAT TAWARAN Rujukan Perincian Jangka masa tanggungan kerosakan 30 Hari Tarikh pemilik Lihat Surat Setuju Terima (SST) Tarikh penyiapan Lihat Surat Setuju Terima (SST) Penyelesaian dan penentuan Kerugian/ kerosakan Denda RM100/- sehari Wang Pegangan 5% daripada harga tawaran Surat Siap Kerja 14 hari (tidak termasuk hari Ahad dan cuti am) Nilaian bayaran kemajuan Maksimum 90% atas kadar yang dibuat bagi setiap kumpulan kerja yang disiapkan mengikut perincian. Kelepasan “Wang Pegangan” 30 hari dari tarikh siap kerja diakui. Pegawai Penguasa Pengerusi TSB, JKPK


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 84 DOKUMEN E PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN MENEBAS/ MENOLAK/MENEBANG DI KAWASAN KERJA BAHAGIAN “A “ i. Kontraktor adalah dikehendaki mengambil sebarang langkah demi mencegah kerosakan atau hilang. ii. Kontraktor adalah bertanggungjawab dan akan melepaskan JAWATANKUASA TSB daripada segala tanggungan bersabit kerosakan yang ditimpakan ke atas tanda-tanda sempadan itu dan Kontraktor akan membayar kepada JAWATANKUASA TSB untuk kerosakan yang ditimpa ke atas tanda-tanda sempadan itu yang mana jumlah wang pembayaran tersebut akan ditetapkan oleh JAWATANKUASA TSB. BAHAGIAN “B“ i. Kerja-kerja menebas/menolak/menebang hendaklah dijalankan di dalam kawasan yang diluluskan untuk tanam semula (selepas ini disebuat sebagai ‘kawasan kerja’) sahaja seperti yang ditunjukkan dalam pelan/rajah terlampir. ii. Kawasan kerja adalah seperti yang ditandakan dimuka bumi dengan pancang. iii. Bayaran tidak akan diberi kepada sebarang kerja yang dilaksanakan diluar daripada kawasan kerja yang telah ditanda. iv. Pokok-pokok di luar daripada kawasan kerja tidak boleh ditebas/ ditolak/ditebang.Kontraktor adalah bertanggungjawab kepada sebarang tuntutan ganti rugi jika didapati berlaku.


85 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH v. Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar ganti rugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa ke atas harta benda dan/atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perjalanan pelaksanaan kerja-kerja menebas/menolak menebang di bawah kontrak ini. JAWATANKUASA TSB mempunyai hak menahan semua atau sebahagian daripada bayaran yang sepatutnya dibayar kepada kontraktor sehingga kerosakan kepada harta benda dan/atau manusia telah diselesaikan gantirugi dan bukti siap kerja itu diserahkan kepada JAWATANKUASA TSB. 1. MENEBAS: i. Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja menebas belukar dan anak-anak kayu sebelum menjalankan kerja menebang atau menolak. ii. Semua belukar ada anak-anak kayu hendaklah ditebas 15 cm (6 inci) daripada paras permukaan tanah. 2. MENOLAK: i. Semua pokok-pokok hendaklah ditolak arah ke dalam daripada rintisan sempadan, kawasan kerja. Pokok-pokok di kawasan sempadan, kawasan berpaya, kawasan lembah yang tidak boleh ditolak hendaklah ditebang jatuh ke dalam kawasan kerja. Jika tidak boleh ditebang, pokok-pokok itu hendaklah diracun. ii. Pokok-pokok tidak boleh dibenarkan ditumbangkan ke dalam atau merintangi sungai, paya, parit atau kebun orang lain di luar kawasan kerja. Sebarang pokok atau sebahagiannya yang tumbang ke


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 86 dalam atau merintangai sungai, paya, parit atau kebun orang lain di luar kawasan kerja hendaklah dialihkan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri. iii. Jika terdapat busut-busut dalam kawasan kerja, kontraktor hendaklah meratakannya hingga ke paras tanah biasa di sekelilingnya. 3. MENEBANG: i. Semua pokok-pokok hendaklah ditebang 0.6 meter (2 kaki) dari paras permukaan tanah. ii. Semua pokok-pokok di kawasan sempadan yang tidak boleh ditebang hendaklah diracun dengan jenis racun yang diluluskan. PENENTUAN UNTUK MENGAMBIL DAN MENGELUARKAN KAYU GETAH 1. Kerja mengambil dan mengeluarkan kayu getah yang dilakukan oleh kontraktor hendaklah tidak menghalang/ mengganggu/ melewatkan mengendalakan/ memberhentikan kerja menolak/ menebang/ mengumpul membakar dan lain-lain kerja selanjutnya. 2. Kerja pengambilan dan mengeluarkan kayu getah hendaklah dilaksanakan di dalam sistem blok yang mengandungi 10 hektar satu-satu blok. Pihak kontraktor perlu mengeluarkan kayu getah dalam satu-satu blok yang ditentukan dan kontraktor tidak dibenarkan mengambil kayu getah di blok yang lain selagi blok asal tidak habis dikeluarkan kayu getahnya.


87 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 3. Kerja pengambilan dan mengeluarkan kayu getah hanya boleh dimulakan apabila seluas 8 hektar kawasan blok telah ditolak. 4. Kesemua kayu getah yang diperlukan hendaklah dipotong dan dikeluarkan dengan segera daripada kawasan TSB tersebut. Tarikh akhir bagi mengeluarkan kayu getah adalah 10 minggu dari tarikh mula kerja menolak dijalankan. 5. Sebarang kayu getah yang tidak dikeluarkan selepas tempoh yang dibenarkan diperkara 4 hendaklah ianya dikumpul dan dibakar dengan kebenaran. Lanjutan masa untuk pemotongan dan mengeluarkan kayu getah tidak akan dipertimbangan melainkan di dalam keadaan tertentu sahaja. 6. Jentera dikhaskan untuk membuat kerja menolak dan mengumpul kayu getah tidak dibenarkan meninggalkan kawasan tersebut sehingga kerja yang dipersyarat disempurnakan. 7. Kontraktor tidak dibenarkan untuk membuat melonggokkan kayu getah di dalam kawasan TSB. 8. Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar ganti rugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa harta benda dan atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perjalanan pelaksanaan kerja di bawah kontrak ini, yang bererti meliputi surat penentuan kerja ini dan lain-lain penentuan kerja yang dimeterai dalam kontrak ini PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN MEMBAKAR MEMERUN, MENGUMPUL DAN MEMBAKAR SEMULA 1. Kerja pembakaran tidak boleh dilaksana sebelum mendapat kebenaran Jabatan Alam Sekitar.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 88 2. Pekerjaan membakar, memerun, mengumpul dan mambakar semula hendaklah dijalankan di kawasan yang diluluskan untuk tanam semula sahaja seperti yang ditunjukkan dalam pelan/rajah terlampir. 3. Bayaran tidak akan diberi kepada sebarang kerja yang dilaksanakan di luar daripada Kawasan Kerja yang telah ditanda. 4. Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar ganti rugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa ke atas hartabenda dan/atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perjalanan pelaksanaan kerja-kerja membakar, memerun, mengumpul dan membakar semula di bawah Kontrak ini. JAWATANKUASA TSB adalah mempunyai hak menahan semua atau sebahagian daripada bayaran kepada hartabenda dan/atau manusia telah diselesaikan ganti ruginya dan bukti itu diserahkan kepada JAWATANKUASA TSB. 5. Jika tidak mendapat kebenaran JAS maka teknik pembakaran sifar hendaklah dilaksanakan. 6. Kaedah pembakaran kayu-kayu getah adalah seperti berikut: a. Sesudah sahaja keseluruhan kawasan atau sebahagian daripadanya, mengikut budicara PPPK/JAWATANKUASA TSB, pokok-pokok yang ditolak /ditebang telah pun cukup kering kawasan-kawasan itu hendaklah dibakar (selepas ini disebut sebagai “Pembakaran Utama”). b. Kemudian semua kayu kayan yang terletak di kawasan rata ke kawasan tinggi ke rendah yang tidak terbakar menjadi abu dalam Pembakaran Utama hendaklah dipotong, dikumpul dan dibakar semula sehingga menjadi abu. c. Semua kayu kayan yang bergaris pusat 15sm atau kurang yang terletak di kawasan berbukit curam yang


89 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH tidak terbakar menjadi abu dalam Pembakaran Utama hendaklah dipotong, dikumpul dan dibakar semula sehingga menjadi abu. d. Penentuan sama ada kawasan itu dianggap sebagai rata ke kawasan tinggi dan rendah atau Berbukit atau curam hendaklah mengikut budicara PPPK/JAWATANKUASA TSB. PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN MEMBAJAK DAN MENYIKAT (JIKA PERLU) 1. Kerja membajak dan menyikat hendaklah dijalankan di dalam kawasan seperti yang ditujukkan di dalam pelan/rajah terlampir dan kedudukan kawasan berkenaan akan dirujukan dengan pancang di atas permukaan tanah. Tiada sebarang pekerjaan pun akan diperhitungkan sekiranya kerja tersebut tunggultunggul kayu yang didapati dalam kawasan berkenaan hendaklah dibongkar sebelum kerja membajak dimulakan. 2. Sekurang-kurang 2 pusingan kerja membajak dan satu pusingan kerja menyikat hendaklah dijalankan. Jika kerja membajak dan menyikat tidak dijalankan dengan sempurna, JAWATANKUASA TSB adalah berhak untuk mengarahkan Kontraktor menyikat sekali lagi. 3. Pusingan kerja membajak adalah seperti berikut: a) Pusingan pertama kerja membajak hendaklah dijalankan dengan menggunakan piring membajak berukuran 66 cm (26 inci). Pembajakan hendaklah sedalam 17 cm (7 inci ) hingga 20 cm (8 inci).


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 90 b) Pusingan kedua kerja membajak hendaklah dijalankan secara sudut tepat kepada pusingan pertama dengan dalam pembajakan yang sama atau seperti diarahkan oleh PPPK/JAWATANKUASA TSB. 4. Jarak masa antara tiap-tiap satu pekerjaan di atas hendaklah seperti berikut: a) Kerja membajak pusingan kedua – 30 hari dari kerja membajak pusingan pertama. b) Kerja menyikat – 15 hari daripada kerja membajak pusingan kedua. Tetapi jarak masa tersebut di atas boleh juga dipinda menurut budicara PPPK/JAWATANKUASA TSB. 5. Semua lalang yang tumbuh semula dan lain-lain tumbuhan hendaklah dimusnahkan hingga mati akar umbinya menurut arahan PPPK/JAWATANKUASA TSB. 6. Semua batu-batu sempadan/tanda-tanda sempadan dan lainlain tidak dibenarkan diusik daripada kedudukan asal semasa menjalankan semua kerja membajak dan menyikat ini. PENENTUAN KERJA UNTUK PEMBINAAN TERES SECARA MEKANIKAL DAN/ATAU SECARA TENAGA BURUH (JIKA PERLU) 1. Pembinaan teres sekiranya dikehendaki hendaklah dilakukan secara tenaga buruh dan/atau dengan jentolak menurut budibicara PPPK/JAWATANKUASA TSB. 2. Pembinaan teres hendaklah dijalankan menurut kontur pada jarak 9 meter di dalam kawasan yang boleh ditanam dengan


Click to View FlipBook Version