The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ykimsing, 2023-02-22 06:40:41

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

TANAM SEMULA BERKELOMPOK EDISI 7 untuk ebook 17022023

91 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH anak getah yang akan ditunjukkan oleh PPPK/JAWATANKUASA TSB dan PPPK/JAWATANKUASA TSB ini adalah berhak meminda jarak di antara teres-teres setelah menimbangkan keadaan muka bumi dan cerun kawasan-kawasan yang hendak diteres. 3. Teres-teres yang dibina hendaklah mempunyai lebar sekurangsekurangnya seperti berikut- (a) 1.5 meter (5 kaki) daripada lebarnya terdiri daripada permulaan tanah asal jika dibina dengan tenaga buruh dan teres yang siap hendaklah tidak kurang daripada : i) 2.4 meter (8 kaki) lebarnya jika dibina dengan jentolak dan ii) 1.5 meter (5 kaki) lebar jika dibina dengan tenaga buruh. 4. Teres-teres hendaklah dipotong supaya berbentuk seperti baji dengan curaman ke belakang teres. Sudut ini hendaklah seperti berikut: (a) 45 sm (18 inci) ke belakang teres jika dibina dengan jentolak. (b) 30 sm (12 inci) ke belakang teres jika dibina dengan tenaga buruh. 5. Tanah-tanah yang dipotong dan dikeluarkan daripada lereng bukit itu untuk ditambah mewujudkan bahagian luar teres hendaklah dimampatkan sepadat-padatnya supaya teres itu


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 92 menjadi kukuh dan mengelakkan hakisan tanah. 6. Dalam pembinaan teres dengan jentolak semua tunggultunggul hendaklah dibongkar dan dialihkan daripada barisan teres dan dalam pembinaan teres secara tenaga buruh, tunggultunggul bergarisan pusat kurang daripada 10 inci hendaklah dipotong hingga ke paras permukaan tanah dan dialihkan daripada barisan teres. Di dalam kedua-dua pembinaan teres iaitu dengan jentolak dan tenaga buruh, semua kayu-kayan yang tumbang ke atas/merentangi barisan teres hendaklah dialihkan oleh Kontraktor ke tempat lain. PENENTUAN KERJA UNTUK PEKERJAAN MEMANCANG DAN MELUBANG 1. MEMANCANG: (RUJUK AKP KEPADATAN TANAMAN) i) Di kawasan rata ke tinggi rendah yang tidak akan ditanam dengan tanaman kontan, kontraktor hendaklah memancang dengan jarak 6.10 meter x 3.05 meter = 538 pokok sehektar bagi tanaman getah. ii) Dikawasan berbukit, Kontraktor hendaklah memancang dengan jarak 7.25 meter x 2.75 meter = 502 pokok sehektar bagi tanaman getah. 2. MELUBANG: i) Lubang-lubang boleh digali sama ada secara tenaga manusia atau mekanikal.


93 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH ii) Ukuran lubang-lubang yang digali adalah seperti berikut: Untuk Getah Dikorek Secara Tenaga manusia Dikorek secara Mekanikal Bahagian Atas Dalam Bahagian bawah 60 cm persegi 60 cm dalamnya 60 cm persegi 45 garis pusatnya 45 cm dalamnya 45 cm garis pusatnya iii) Di kawasan – kawasan yang telah diteres lubang – lubang hendaklah dikorek di tengah – tengah teres pada tanah asal atau seperti yang diarahkan oleh PPPK/ JAWATANKUASA TSB. MENANAM KACANG PENUTUP BUMI (JIKA PERLU) 1. Sebelum KPB ditanam, seluruh kawasan yang telah ditanam dengannya hendaklah dibersihkan daripada segala jenis tumbuh-tumbuhan termasuk lalang, rumpai yang tidak diingini hingga mati keakar umbinya. 2. Penanaman KPB yang menjalar ini hendaklah dijalankan seluruh kawasan yang boleh ditanam dengan syarat – syarat cuaca sesuai dan sebaik sahaja kerja – kerja membaris/ membuat teres/ pentas tanaman telah disiapkan seperti yang diarahkan oleh PPPK/JAWATANKUASA TSB.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 94 3. Campuran biji KPB hendaklah digaulkan dengan mikroorganisma Rhizobium menurut kadar 1 paket mikroorganisma Rhizobium - 5 kg biji. Campuran ini hendaklah dicampurkan pula dengan baja CIRP mengikut berat yang sama dengan campuran biji, sebelum ditanam ke kebun. 4. Penanaman campuran benih KPB hendaklah dijalankan seperti berikut: i. Jalur–jalur tanah hendaklah dibuat dengan menggunakan cangkul atau lain –lain alat sehingga sedalam yang ditentukan oleh PPPK/JAWATANKUASA TSB. ii. Jarak jalur ini hendaklah sekurang-kurangnya 6 kaki dari barisan pokok (tanah rata) atau seperti yang diarahkan oleh PPPK/JAWATANKUASA TSB sebanyak (3 - 4) barisan jalur diperlukan. iii. Campuran benih hendaklah ditabur sama rata disepanjang jalur tanah itu. iv. Jalur –jalur tanah yang telah ditaburkan campuran benih hendaklah ditimbus semula. 5. Pembajaan KPB jika dibuat oleh Kontraktor hendaklah dijalankan apabila diarahkan oleh Pegawai Penguasa TSB. Kadar taburan baja CIRP ialah sebanyak 2 oz bagi tiap –tiap jarak 1 meter (lebih kurang 200 kg sehektar). 6. Pembayaran bagi sebarang kawasan/blok akan dikeluarkan oleh Pegawai RISDA Daerah tidak terdahulu daripada 30 hari selepas benih KPB ditanam menurut Penentuan Kerja ini dengan syarat: i. Benih KPB telah cambah tidak kurang daripada 90% bagi seluruh kawasan atau blok.


95 Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH ii. Kawasan itu telah dijaga dengan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan yang tidak diingini semasa pemeriksaan dibuat. 7. Jika tidak memenuhi syarat No. 6 kontraktor hendaklah menanam semula hingga mencapai kejayaan tersebut dengan perbelanjaaan Benih, baja dan lain-lain ditanggung oleh kontraktor sendiri.


Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) EDISI KETUJUH 96 TSB 08 NEGERI : ……………………………….. PUSAT TANGGUNGJAWAB : ……………………………….. STESEN : ……………………………….. NAMA TSB : ……………………………….. LUAS : ……………………………….. BILANGAN PESERTA : ……………………………….. PERKARA BIL SENARAI SEMAK PERATURAN ADA TIADA Syarat Penubuhan Tanam Semula Berkelompok (TSB) 1 Luas sekurang-kurangnya 10 hektar. Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi ke-7 2 Lot-lot kebun berdekatan. 3 Minimum 8 orang peserta Penubuhan dan Pemba- ngunan Tanam Semula Berkelompok (TSB) 1 Kempen/ majlis penerangan 2 Cadangan Penubuhan Projek Berkumpulan (TSKum 01) 3 Permohonan Tanam Semula TS 11(pin.01/22) dalam i-POWeR AKP 4/2022 4 Membuka Fail Kemajuan Projek TSB (Induk dan Individu) Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi ke-7 5 Borang Pengesahan Batu Sempadan (TSKum 02) 6 Mesyuarat Penubuhan dan lantik Jawatankuasa TSB 7 Tubuh Jawatankuasa Perolehan Projek (JKPP) 8 Tubuh Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) 9 Jadual Pelaksanaan TSB Peringkat Pra Pembangunan (Perancangan) (TSB 01) 10 Jadual Pelaksanaan TSB Peringkat Pra Pembangunan (Kerja Utama) (TSB 02) 11 Jadual Pelaksanaan TSB Peringkat Penyenggaraan Kawasan (TSB 03) 12 Penyediaan Pelan Kawasan Kerja (Dokumen B) 13 Penyediaan Bajet Ladang (TSB 04) AKP 5/2021 14 Rekod Ladang (TSB 05) Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi ke-7 15 Laporan Baki Bantuan Tanam Semula (TSB 06) 16 Undang-undang Kecil di tandatangan (TSB 07) 17 Tuntutan siap kerja (TSKum 03) Kaedah Perolehan 1 Tubuh 2 Jawatankuasa Kecil Perolehan dibawah JKPP : i. Jawatankuasa Kecil Pembuka Sebutharga ii. Jawatankuasa Kecil Penilaian Sebutharga 2 Kenyataan Sebutharga (DSH 01) 3 Surat Pelawaan (DSH 02) 4 Dokumen Sebutharga (DSH 03) 5 Surat Setuju Terima (DSH 04) 6 Dokumen Perjanjian (Dokumen A) Pembubaran TSB 1 Semakan dan analisa daya maju projek 2 Penyediaan kertas kerja cadangan penyerahan projek 3 Kelulusan Mesyuarat JKTS Negeri AKP 8/2017 4 Notis kelulusan pembubaran TSB dijana Melalui i-POWeR Manual Tanam Semula Berkelompok (TSB) Edisi ke-7 5 Mesyuarat Agung Khas 6 Serah notis pembubaran TSB kepada peserta 7 Serah Minit Mesyuarat Agung kepada Ketua PT 8 Hantar surat makluman pembubaran TSB kepada Pengarah BTSP dan PRN. Mesyuarat Agung / Jawatankuasa TSB 1 Mesyuarat Agung Tahunan (Dilaksanakan setiap tahun) 2 Mesyuarat Jawatankuasa TSB 2 kali setahun dan minit mesyuarat disimpan didalam fail projek 3 Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kerja (JKPK) 2 kali setahun Amalan Pertanian Baik (GAP) 1 Borang PGM 01-06 dikemaskini setiap tahun dan disimpan didalam fail individu AKP16/2017 2 Pemantauan Tumbesaran Pokok Getah AKP 20/2010 Lawatan TS 18E 1 50% lot TSB telah dibuat lawatan pemeriksaan pengesahan kebun oleh pegawai AKP 6/2019 Rancangan Khas Pemulihan Kebun 1 Bantuan pemulihan RKPK diterima oleh TSB ini AKP 16/2022 Disediakan Oleh: Disemak dan Disahkan Oleh: ………………………………… ………………………………… (Ketua Pembantu Tadbir Tanam Semula) (TPRN/PRD/PRJ/PRB) SENARAI SEMAK PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB)


MANUAL TANAM SEMULA BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN BERKELOMPOK EDISI 7 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN Bangunan RISDA, KM7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur Tel : 03-4256 4022 Fax : 03-4256 2928 www.risda.gov.my MANUAL TANAM SEMULA e-Book ISBN 978-983-44343-7-3 978983443437 3


Click to View FlipBook Version