The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamili Diana Alias @ Yusof, 2020-10-11 07:18:25

combinepdf (5)

combinepdf (5)

338 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Kerosakan dan kadar tindakbalas makanan dan hayat simpanan. Pengiraan jangkaan jangka
hayat produk makanan juga akan dibincangkan.
Bacaan Asas
David, J.R.D., Graves, R.H. and Szemplenski, T. 2016. Handbook of Aseptic Processing and

Packaging. CRC Press, Boca Raton.
Jung, H.H. 2014. Innovations in food packaging. Elsevier, San Diego, USA.
Mathlouthi, M. 2012. Food Packaging and Preservation – Theory and Practice. Elsevier

Applied Sci. Publ. London.
Riccardi, D. 2015. Food Packaging Design. CRC Press, Boca Raton.
Robertson, G.L. 2012. Food Packaging – Principles and Practice. Marcell Dekker Inc. New

York.
STKM6973 Projek Penyelidikan I
Pelajar dikehendaki melaksanakan projek penyelidikan berkaitan bidang sains makanan.
Projek ini akan dijalankan dalam dua semester berturut-turut. Tajuk projek akan disediakan
oleh penyelia yang dikenalpasti. Penilaian ke atas projek penyelidikan akan dinilai
berdasarkan penulisan pembentangan cadangan penyelidikan, penulisan bab 1, II dan III
serta kemajuan yang dicapai di sepanjang semester.
Bacaan Asas
Pusat Siswazah. 2015. Format Gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.
STKM6986 Projek Penyelidikan II
Projek Penyelidikan II adalah sambungan kepada Projek Penyelidikan I. Setelah projek
penyelidikan selesai, pelajar dikehendaki menulis disertasi dan mempertahankan hasil kajian
semasa peperiksaan lisan. Peraturan bagi penyediaan disertasi dijelaskan dalam “Menulis
Tesis Gaya UKM”.
Bacaan Asas
Pusat Siswazah. 2015. Format Gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

339 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

PROGRAM SARJANA SAINS (PEMAKANAN)

PENGENALAN

Program Pemakanan menawarkan Sarjana Sains secara tesis dan kerja kursus. Bidang
pengkhususan ini dirangka untuk melatih pelajar tentang kepentingan pengaruh pemakanan
ke atas kesihatan serta memahami masalah pemakanan yang kompleks. Ia juga mempunyai
kaitan yang rapat dengan aktiviti pengeluaran makanan dan keselamatan makanan kepada
pengguna.

Program ini penting daripada segi kesinambungan dan penambahan ilmu bagi pelajar yang
ingin meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang rata-rata mengikuti
penyelidikan sepenuhnya. Siswazah yang dikeluarkan akan dilengkapi dengan pengetahuan
yang kukuh dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Adalah diharapkan siswazah ini
juga mampu menggunakan pengetahuan ini dalam penyelidikan dan penghasilan produk baru
yang berkhasiat, memantau kualiti dan keselamatan makanan, dapat menyumbang dalam
perkembangan dasar makanan dan pemakanan negara, membantu melaksana peraturan-
peraturan makanan dan juga program pendidikan makanan dan pemakanan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

OPP1 : Berketerampilan dengan sahsiah dan akhlak terpuji yang dapat mendukung
OPP2 : wawasan fakulti dan universiti serta mampu menyumbang tenaga dan
OPP3 : kepakaran kepada perkembangan teknologi dan penyelesaian masalah
OPP4 : semasa.
Memberikan pengetahuan mendalam dan membimbing penerokaan
penyelidikan terkini berhubung perkembangan tabiat pemakanan mengikut
budaya, persekitaran dan perubahan sikap masyarakat.
Membangunkan sikap dan kesedaran untuk mengenalpasti, merancang aktiviti
kerja, mereka-bentuk penyelidikan baru dan inovasi bagi menghadapi cabaran
dan memenuhi permintaan dalam bidang pemakanan oleh industri makanan
semasa.
Membangunkan dan membentuk jaringan perkongsian ilmu untuk menjalankan
penyelidikan secara berkesan dan saksama bagi menghadapi cabaran
permintaan industri makanan dan pemakanan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1 : Penguasaan pengetahuan asas dan lanjutan menjalankan penyelidikan dalam
HPP2 : bidang pemakanan.
HPP3 : Mempunyai kemampuan teknikal yang mendalam berkaitan bidang
pemakanan.
Berkemampuan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah berkaitan
penyelidikan pemakanan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

340 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

HPP4 : Berkemampuan menggunakan kaedah saintifik untuk merekabentuk,
HPP5 : menjalankan, menganalisis dan mentafsir data penyelidikan.
HPP6 : Kefahaman terhadap isu dan keperluan berkaitan dengan etika, masyarakat,
HPP7 : budaya dan persekitaran sebagai ahli pemakanan yang profesional.
Kebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
HPP8 : Berkemampuan untuk memainkan peranan secara berkesan sebagai individu
ataupun berkumpulan beserta keupayaan menjadi pemimpin mahupun ahli
HPP9 : kumpulan yang berkesan.
Berkebolehan mengurus dan mengumpul maklumat serta melibatkan diri
dalam pembelajaran sepanjang hayat dan memiliki kemampuan untuk berbuat
demikian.
Berkeupayaan untuk memperolehi kemahiran keusahawanan dan pengurusan
bagi memenuhi keperluan industri berasaskan pemakanan dan masyarakat.

STRUKTUR PROGRAM

Setiap pelajar yang mendaftar program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 40 jam kredit
sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Daripada 40 jam kredit tersebut, 29 jam kredit
adalah kursus wajib dan 11 jam kredit kursus pilihan. Pelajar boleh memilih mana-mana
kursus pilihan yang disenaraikan untuk memenuhi keperluan jam kredit kursus tersebut.

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN JUMLAH

STPD6014

Kaedah Penyelidikan

STKM6223 STKM6413

Teknik Penyelidikan Pemakanan Pemakanan dan Penuaan

STKM6313 STKM6033 20
I Kualiti Makanan Sains Lemak dan Minyak

STKM6712 STKM6122
Toksikologi Makanan dan Teknik Eksperimen Dalam
Pemakanan Sains Makanan

STKM6973
Projek Penyelidikan I
STKM6213
Pemakanan Gunaan

STKM6222 STKM6243
Interaksi Nutrien dan Ubat-
II Ubatan Pengurusan Keselamatan 20
Makanan

STKM6333
Terapi Diet Lanjutan

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

341 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

JUMLAH STKM6986 11 40
Projek Penyelidikan II

29

KURSUS YANG DITAWARKAN

STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
STKM6213 Pemakanan Gunaan
STKM6222 Interaksi Nutrien dan Ubat-ubatan
STKM6223 Teknik Penyelidikan Pemakanan
STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
STKM6313 Kualiti Makanan
STKM6333 Terapi Diet Lanjutan
STKM6413 Pemakanan dan Penuaan
STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
STKM6973 Projek Penyelidikan I
STKM6986 Projek Penyelidikan II

KANDUNGAN KURSUS

STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
Kursus ini membincangkan pemprosesan lemak dan minyak untuk menghasilkan produk
bernilai tambah. Ini termasuklah pemeringkatan, penghidrogenan, pentransesteran dan
pengadunan untuk menghasilkan pengemulsi (ester gula, DAG, MAG) dan lemak istimewa
(lipid berstruktur, lemak konfeksi, lelemak). Selain daripada itu, ciri-ciri polimorfisme lemak
dan minyak dan kepentingannya dalam pemindahan lemak, keserasian dan pembentukan
bebunga lemak juga dibincangkan. Perubahan fizikokimia lemak dan minyak semasa
memasak juga dibahaskan. Peranan lemak dan minyak diet dalam kesihatan dan penyakit
(penyakit koronari jantung, keobesan) juga diterangkan.

Bacaan Asas
Akoh, C.C. 2017. Food Lipids: Chemistry, Nutrition and Biotechnology. Boca Raton: CRC

Press.
Ahmad, M. 2017. Fatty Acids: Chemistry, Synthesis, and Applications. London: Academic
Press.
Bornscheuer, U.T. 2018. Lipid Modification by Enzymes and Engineered Microbes. London:
Elsevier.
Foo, D.C. 2018. Green Technologies for the Oil Palm Industry. Singapore: Springer.
Padley, F. 2018. Lipid technologies and applications. London: Routledge.
Sato, K. 2018. Crystallization of Lipids: Fundamentals and Applications in Food, Cosmetics

and Pharmaceuticals. Chichester: John Wiley & Sons.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

342 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STKM6122 Teknik Eksperimen Dalam Sains Makanan
Kursus ini membincangkan prinsip asas teknik menjalankan eksperimen dalam sains
makanan. Perbincangan juga merangkumi beberapa kaedah menjalankan eksperimen yang
biasa dijalankan dalam bidang sains makanan, menganalisa dan merumuskan hasil
eksperimen serta penggunaan perisian untuk menganalisa data. Kursus ini akan menekankan
aspek praktikal selain dari teori.

Bacaan Asas
Cornell, J. 2011. A Primer on Experiments with Mixtures. John Wiley & Sons. Inc., Florida.
Myers, R.H. & Montgomery, D.C. 2016. Response Surface Methodology. John Wiley & Sons.

Inc.,Florida.
Fellows, P. 2009. Food Processing Technology: Principles & Practice. Ellis-Harwood Ltd.,

Chichester, England.
Montgomery, D.C. 2012. Design and analysis of Experiments. John Wiley & Sons. Inc., New

York.
Jackson, S.L. 2015. Research Methods and Statistics. Cengage Learning. Boston.

STKM6213 Pemakanan Gunaan
Kursus ini membincangkan peluang dalam pemakanan komuniti, perancangan program untuk
kejayaan, prinsip epidemiologi dan pendidikan pemakanan dan merekabentuk intervensi
pemakanan komuniti. Tabiat makan kumpulan etnik di Malaysia juga dibincangkan. Beberapa
program berkaitan dengan pemakanan di Malaysia juga akan dibincangkan. Di samping itu
pelajar akan didedahkan kepada kerja lapangan yang berkaitan dengan pemakanan, di mana
pelajar akan melibatkan diri dalam perancangan, implementasi, pengajaran dan penilaian
projek yang perlu dijalankan.

Bacaan Asas
Bauer, K.D, Liou, D. & Sokolik, C.A. 2016. Nutrition Counseling and Education Skill

Development. 2nd edition. Belmont CA: Wadsworth/Cengage Learning.
Nix, S. 2016. William’s Basic Nutrition and Diet Therapy, 15th Edition. Missouri: Elsevier
Nnakwe, N.E. 2017. Community Nutrition: Planning Health Promotion and Disease

Prevention. 3rd Edition. Burlington, MA: Jones and Bartlett Learning.
Suresh, C. B., Shailendra, N. Gajanan & Prabuddha, S. 2014. Food Security, Poverty, and

Nutrition Policy Analysis. 2nd Edition, San Diego: Elsevier Inc.
Temple, N.J. & Steyn. N. 2016. Community Nutrition For Developing Countries. Edmonton

AB: Athabasca University Press.

STKM6222 Interaksi Nutrien dan Ubatan-ubatan
Kursus ini membincangkan kesan-kesan nutrien terhadap kemujaraban/spesifikasi dan
ketoksikan ubat-ubatan. Pelajar juga akan didedahkan kepada kesan ubat-ubatan terhadap
penyerapan, penyebaran dan metabolisme nutrien-nutrien. Penekanan juga akan diberi
kepada tindakbalas-tindakbalas yang diaruhkan oleh dadah atau ubat-ubatan contohnya
alkohol dan makanan. Kesan interaksi aditif makanan dan supplemen dengan ubat-ubatan
terhadap penyakit-penyakit tertentu akan dihuraikan.

Bacaan Asas
Meckling, K.A. 2019. Nutrient-Drug Interaction. 1st Ed. Boca Raton: CRC Press.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

343 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Pronsky, Z.M., Elbe, D., Finn L., Roberts, W., Ayoob, K. & Epstein, S. 2018. Food-Medication
Interactions. 19th ed. Pottstown: Food Medication Interactions.

Fernstrom, M. & Fernstrom, J. 2017. Don’t Eat This if You’re Taking That: The Hidden Risks
of Mixing Food and Medicine. New York: Skyhorse Publishing.

Mahan, L.K. & Raymond, J.L. 2016. Krause’s Food and the Nutrition Care Process. 14th ed.
Missouri: Elsevier Saunders.

Pammi, M. & Vallejo, J.G. 2016. Nutrition-Infection Interactions and Impacts on Human Health.
Boca Raton: CRC Press.

Sitwat, Q. & Hina, W. 2015. Drug-Nutrient Interaction in Human. Riga: LAP Lambert Academic
Publishing.

STKM6223 Teknik Penyelidikan Pemakanan
Prinsip teknik penyelidikan dalam bidang pemakanan diperkenalkan. Pelajar akan
didedahkan kepada kajian menggunakan haiwan eksperimen termasuk penilaian biologi
seperti nisbah kecekapan protein, asei biologi in vivo, penghadaman in vitro dan
keseimbangan tenaga. Pelajar juga akan didedahkan kepada kajian secara survei dan
penyelidikan klinikal. Sebagai latihan, pelajar akan menggunakan prinsip penyelidikan ke
dalam projek berkumpulan dengan menggunakan haiwan eksperimen.

Bacaan Asas
Conn. P.M. 2017. Animal Models for the Study of Human Disease 2nd Edition. London:

Academic Press
Herrmann, K. & Jayne, K. eds. 2019. Animal Experimentation: Working Towards a Paradigm

Change. Brill.
Lovegrove, J.A., Hodson, L., Sharma, S. & Lanham-New, S.A. eds., 2015. Nutrition Research

Methodologies. New Jersey: John Wiley & Sons.
Miligan, T. 2015. Animal Ethics: The basics. Abingdon: Routledge.
Nieman, D.C. 2019. Nutritional Assessment. 7th ed. New York: McGraw-Hill Education.
Sauberlich, H.E. 2018. Laboratory Test for the Assessment of Nutritional Status. 2nd ed.

Routledge. (Kindle edition)

STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
Pengawalan kualiti makanan, pengurusan kualiti keseluruhan (TQM) dan pengurusan
keselamatan makanan dalam industri makanan akan dibincangkan. Kursus ini juga
membincangkan konsep analisis risiko makanan dan kebolehkesanan makanan. Pelajar juga
akan didedahkan mengenai pembangunan perundangan dan piawaian makanan termasuklah
perkara-perkara utama dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 serta
Piawaian Malaysia bagi pelbagai kategori produk makanan. Peranan Codex Alimentarius
Commission dalam membangunkan pelbagai piawai dan panduan mengenai pengeluaran
makanan akan dijelaskan. Pelajar juga didedahkan secara mendalam kepada pembangunan
dan mentadbirkan sistem kualiti sesuatu produk. Sistem kualiti yang cekap amat perlu bagi
tuk menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat yang menepati kehendak piawai dalam
negara dan antarabangsa. Prinsip kebersihan makanan, kod amalan, kod Amalan
Pengilangan baik, konsep makanan halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Bahaya
(HACCP) dan ISO9000 akan dibincangkan. Pembangunan dan pentadbiran peraturan dan
penguatkuasaan berkaitan dengan sistem kualiti juga akan dibincang dalam kursus ini.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

344 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
Albert, I. & gustavo, V.B.C. 2014. Introduction to Food Process Engineering (Food Presevation

Technology). 1st Edition. Boca raton: CRC Press.
Foster, S.T. 2014. Managing Quality: an Integrative Approach. Upper Saddle River, New

Jersey: Prentice Hall
Hoyle, D. 2005. ISO9000 Quality Systems Handbook. 5th Ed. Butterworth Heinemann.

Publication.
ICMSF. 1988. HACCP In Microbiological Safety and Quality. Oxford: Blackwell Scientific.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2006. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik.

Kuala Lumpur: Publication of the Ministry of Health, Malaysia.
Ministry of Health Malaysia. 2001. Malaysian Certification for HACCP, Guideline for HACCP

Certification, Guidelines for HACCP Surveillance Audit, Guidelines for HACCP
Compliance Audit, Publication of the Ministry of Health, Malaysia.
Moretimore, S. & Wellace, C. 2013. HACCP: A Practical Approach. 3rd Ed. Springer
Publication.
Shearsett, A. & Bevoc, L. 2016. Food Safety for Food Processors. NutriNiche System LLC.

STKM6313 Kualiti Makanan
Kursus ini mendalami aspek kawalan kualiti bagi beberapa jenis makanan tertentu. Perhatian
akan ditumpukan kepada pengawalan kualiti makanan tempatan untuk kegunaan tempatan
dan eksport. Kursus ini akan memperkenalkan kaedah-kaedah untuk membangunkan
spesifikasi, menyediakan piawai serta kaedah mengukur ciri-ciri kualiti termasuk kualiti
berkaitan produk makanan halal. Kualiti buah-buahan khususnya perubahan fisiologi yang
dikaitkan dengan pemasakan dan hayat simpanan buah-buahan tropika akan dibincangkan.
Kaedah-kaedah penilaian sensori seperti kaedah analisis pemerihalan, kuantitatif, profil perisa
dan profil tekstur yang mempunyai peranan dalam kawalan mutu akan dihuraikan.

Bacaan Asas
Aminah Abdullah. 2000. Prinsip Penilaian Sensori. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia
Herschdoerfer, S.M. 2012. Quality Control for the Food Industry: Food Science and

Technology. London and New York.
International Trade Centre. 1991. Quality Control for the Food Industry: An Introductory

handbook Geneva. UNCTAD/GATT.
Malaysian Standard MS1500: 2000. General guidelines on the production, preparation,

handling and storage of halal foods, Department of Standards Malaysia.
Pizato, S., Cortez-Vega, W. R. & Prentice, C. 2015. Quality assessment of cooked chicken

breast meat at different storage temperatures. International Food Research Journal 22(1):
143-154.
Taoukis, P. S., Labuza, T. P. & Saguy, I. S. 1997. Kinetics of food deterioration and shelf-life
prediction. The Editors, 30.

STKM6333 Terapi Diet Lanjutan
Kursus ini akan menyelami aspek pemakanan yang menjadi teras untuk rawatan kepada
keadaan patologi tertentu. Penyelenggaraan pemakanan yang baik dapat membantu pesakit
yang menghidap penyakit akut dan kronik untuk mengatasi masalah seperti tekanan, trauma,
infeksi, perubahan metabolik dan kesan pembedahan. Pelajar akan didedahkan kepada
fisiologi penyakit dan pelbagai aspek pemakanan seperti pemakanan enteral, parenteral,

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

345 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

pemakanan untuk penyakit seperti barah, gastrousus, hepar, ginjal, diabetes melitus,
kardiovaskular dan alahan makanan.

Bacaan Asas
DeBruyne, L.K, Pinna, K. & Whitney, E. 2012. Nutrition & Diet Therapy. 2nd Edition. Belmont,

USA: Cengage Learning.
Mahan, L.K. & Raymond, L. 2018. Krause's Food and Nutrition Care Process. 14th edition.

Phildelphia: W.B. Saunders Company.
Mazur, E.E. & Litch, N.A. 2019. Lutz’s Nutrition and Diet Therapy. 7th edition. Philadelphia:

F.A Davis and Company.
McIntosh, S.N. 2016. William’s Basic Nutrition and Diet Therapy. 15th edition. United States

of America: Mosby Company.
Roth, R.A. 2010. Nutrition & Diet Therapy. 11th edition. United States of America:

Cengage Learning.

STKM6413 Pemakanan dan Penuaan
Kursus ini membincangkan tentang demografi wargatua, beberapa teori berkaitan dengan
proses penuaan serta pengaruh persekitaran, sosial, psikologi, biologi dan fisiologi yang
berlaku semasa proses ini. Masalah malnutrisi yang mungkin dihadapi warga tua, aspek
keperluan pemakanan dan pengurusan diet serta kefungsian dan kualiti hidup juga akan
dibincangkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kemudahan dan institusi
wargatua yang disediakan di Malaysia untuk golongan ini.

Bacaan Asas
Bernstein, M. & McMahon, K. 2018. Nutrition Across All Life Stages. The United States of

America: Jones & Bartlett Learning.
Chernoff, R. 2014. Geriatric Nutrition – The Health Professionals’ Handbook. 4th edition. The

United States of America: Jones & Bartlett Learning.
Mahan, L.K. & Raymond, L. 2018. Krause's Food and Nutrition Care Process. 14th edition.

Phildelphia: W.B. Saunders Company.
Morley, J.E. & Thomas, D.R. 2007. Geriatric Nutrition. New York: CRC Press.
Watson, R. R (ed). 2019. Handbook of Nutrition in the Aged. 4th edition. London, United

Kingdom: Taylor & Francis, Ltd.

STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
Kursus ini membincangkan konsep asas dan gunaan dalam toksikologi makanan dan
pemakanan. Penekanan juga diberi kepada penyerapan, pengedaran, metabolisme
(biotransformasi) dan perkumuhan bahan beracun makanan. Beberapa bahan toksik
semulajadi dan persekitaran akan diperkenalkan. Penekanan juga akan diberi kepada
mekanisme ketoksikan, pengawalan dan pencegahan ketoksikan makanan.

Bacaan Asas
Bagchi, D. & Swaroop, A. 2016. Food Toxicology. Boca Raton: CRC Press.
Dong, M.H. 2014. An Introduction to Environmental Toxicology. Third Edition. South Carolina,

USA: CreateSpace Publishing.
Omaye, S.T., Hayes, A.W. & Clemens, R. 2018. Food and Nutritional Toxicology, Second

Edition. Boca Raton: CRC Press.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan

346 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021
Klaassen, C.D. 2013. Casarett & Doull's Toxicology: The Basic Science of Poisons. 8th
Edition. Boston: McGraw-Hill Professional Publishing.
Msagati, T.A.M. 2018. Food Forensics and Toxicology. 1st Edition. New Jersey, USA: John
Wiley and Sons Inc.
STKM6973 Projek Penyelidikan I
Pelajar dikehendaki melaksanakan projek penyelidikan berkaitan bidang pemakanan. Projek
ini akan dijalankan dalam dua semester berturut-turut. Tajuk projek akan disediakan oleh
penyelia yang dikenalpasti. Penilaian ke atas projek penyelidikan akan dinilai berdasarkan
penulisan pembentangan cadangan penyelidikan, penulisan bab I, II dan III serta kemajuan
yang dicapai di sepanjang semester.
Bacaan Asas
Pusat Siswazah. 2015. Format Gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.
STKM6986 Projek Penyelidikan II
Projek Penyelidikan II adalah sambungan kepada Projek Penyelidikan I. Setelah projek
penyelidikan selesai, pelajar dikehendaki menulis disertasi dan mempertahankan hasil kajian
semasa peperiksaan lisan. Peraturan bagi penyediaan disertasi dijelaskan dalam “Menulis
Tesis Gaya UKM”.
Bacaan Asas
Pusat Siswazah. 2015. Format Gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Pemakanan


Click to View FlipBook Version